Komputer

5,825 views
5,619 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
5,825
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
158
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Komputer

  1. 1. BAB 1 Konsep Asas Komputer 1.0 Pengenalan Buta komputer pada masa kini adalah sama dengan buta huruf pada tahun 1960-an walaupun anda seorang pemegang ijazah dari institusi pengajian tinggi. Penguasaan ilmu dalam bidang komputer atau teknologi maklumat merupakan satu kemestiaan dalam zaman era kemajuan, pembangunan dan pemodenan ini. Komputer juga secara umumnya dianggap sebagai suatu lambang permodenan dan pembangunan sesebuah negara. Ini adalah kerana komputer memainkan peranan yang amat penting dalam pelbagai bidang kehidupan manusia seperti ekonomi, pentadbiran, kemanusian, pendidikan dan sebagainya. Atas dasar tersebut, setiap individu sama ada secara sedar mahupun tidak sedar pastinya akan berurusan dengan teknologi komputer setiap hari dan sedikit sebanyak mereka harus sekurang-kurangnya mengenali apakah komputer itu sebenarnya. Komputer merupakan sejenis mesin serbaguna dan fleksibel yang dibina dari sumber teknologi berasaskan elektronik dan kadangkala 1
  2. 2. 2 Sistem Komputer dan Aplikasinya elektro mekanikal. Komputer boleh diprogramkan bagi membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah secara lebih spesifik dan teratur. Program-program komputer (yang juga dipanggil perisian atau software) yang setiap satunya berbeza dan mempunyai pelbagai pendekatan juga membolehkan ianya digunakan dalam pelbagai bidang dan tujuan. Komputer juga boleh dikatakan sebagai suatu alat elektronik atau mesin yang digunakan bagi merakam dan memproses data mentah bagi menghasilkan maklumat yang lebih bermanfaat yang diperlukan oleh manusia. 1.1 Apa dia Komputer ? Komputer secara amnya bolehlah dikatakan sebagai suatu mesin elektronik yang telah diprogramkan oleh manusia bagi melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan. Dua prinsip atau sifat komputer yang utama ialah : • ia akan bertindakbalas kepada set arahan yang spesifik mengikut kaedah atau turutan yang telah ditentukan. • ia mampu menjalankan senarai arahan yang pelbagai bentuk dan aras secara lebih sistematik. Rajah 1.1 : Rekabentuk fizikal sebuah komputer mikro masa kini Secara umumnya, fungsi utama komputer ialah menggubah sesuatu data kepada maklumat. Data merujuk kepada sesuatu yang tidak tersusun atau tidak mempunyai organisasi yang teratur. Maklumat pula merujuk kepada data yang telah digubah kepada yang lebih tersusun dan bermakna. Maklumat biasanya lebih tepat, sempurna dan meyakinkan.
  3. 3. Konsep Asas Komputer 3 1.2 Konsep Literasi Komputer Kenapa seseorang itu wajar mempelajari mengenai komputer ? Selain daripada faktor ingin tahu (dan mungkin juga kerana ianya merupakan salah satu matapelajaran wajib di kebanyakan sekolah dan juga institusi- institusi pengajian tinggi), kita mungkin telah menyedari bahawa agak sukar untuk seseorang itu untuk terus menjalani hidup seharian tanpa asas pengetahuan mengenai komputer. Berikut dinyatakan tiga konsep utama yang diperlukan bagi menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan literasi komputer : Kesedaran Kita menyedari akan kepentingan komputer, kepelbagaian penggunaannya serta kepentingannya didalam masyarakat. Pengetahuan Kita memahami konsep bagaimana sistem sesebuah komputer dibangunkan serta bagaimana ia berfungsi. Interaksi Kita mampu berinteraksi dengan komputer atau dalam erti kata lain, mampu menggunakan komputer dalam melaksanakan aplikasi-aplikasi tertentu. Secara umumnya pula, literasi komputer boleh ditakrifkan sebagai pengetahuan yang secukupnya yang perlu ada pada seseorang untuk menggunakan aplikasi komputer dan hidup di dalam masyarakat yang berorientasikan komputer masa kini. Kekurangan asas pengetahuan tersebut juga boleh menyebabkan seseorang dilanda sindrom Phobia Komputer (computerphobia), iaitu satu sindrom yang takut kepada komputer. 1.3 Bagaimana Komputer Beroperasi ? Kebanyakan sistem komputer masa kini beroperasi berdasarkan empat operasi asas computerphobia seperti yang berikut :
  4. 4. 4 Sistem Komputer dan Aplikasinya 1.3.1 Masukan (Input) Peranti masukan atau peranti input membolehkan seseorang untuk berkomunikasi dengan sistem komputer. Peranti input juga digunakan bagi membolehkan seseorang memasukkan data serta memberi arahan-arahan kepada sesebuah sistem komputer. Papan kekunci (keyboard), Tetikus (mouse) dan Kayuria (joystick) merupakan antara contoh peranti input yang sering digunakan. 1.3.2 Pemprosesan (Processing) Unit Pemprosesan Pusat atau CPU (Central Processing Unit) berperanan untuk memproses arahan, melaksanakan pengiraan dan menguruskan laluan informasi menerusi sistem komputer. Unit atau peranti pemprosesan juga akan berkomunikasi dengan peranti input, output dan storan bagi melaksanakan arahan-arahan berkaitan yang diperlukan. 1.3.3 Keluaran (Output) Peranti output membolehkan sesebuah sistem komputer berkomunikasi dengan penggunanya. Peranti ini memaparkan maklumat pada skrin komputer, menghasilkan salinan bercetak atau menghasilkan bunyi- bunyian. Skrin paparan (monitor), pencetak (printer) dan pembesar suara (speaker) merupakan antara contoh peranti output yang utama. 1.3.4 Storan (Storage) Peranti storan berperanan untuk menyimpan data atau maklumat. Komputer menggunakan maklumat yang disimpan dari peranti ini untuk melaksanakan arahan-arahan lain yang berkaitan. Cakera keras (Hard disk), cakera liut (floppy disk) dan CD-ROM merupakan contoh peranti- peranti storan yang utama. Secara amnya, setiap proses ini boleh diringkaskan dalam bentuk langkah kerja seperti yang berikut : 1 Data atau arahan dimasukkan melalui peranti masukan (papan kekunci misalnya). 2 Data atau arahan tadi kemudiannya diproses oleh peranti pemprosesan. 3 Data yang telah diproses kemudiannya dihantar kembali kepada pengguna melalui peranti keluaran (skrin paparan misalnya).
  5. 5. Konsep Asas Komputer 5 4 Maklumat yang terhasil kemudiannya disimpan di dalam storan sekunder (cakera keras misalnya). Langkah kerja ini kemudiannya dapat diringkaskan dalam bentuk rajah seperti yang berikut : Rajah 1.2 : Bagaimana komputer beroperasi ? 1.4 Elemen-elemen di dalam Sistem Komputer Terdapat enam elemen utama di dalam sesebuah sistem komputer : Perkakasan (Hardware) Bahagian fizikal komputer yang boleh disentuh dan dilihat. Contohnya : skrin paparan, tetikus dan papan kekunci.
  6. 6. 6 Sistem Komputer dan Aplikasinya Perisian (Software) Set arahan atau prosidur yang membantu perkakasan untuk beroperasi. Contoh perisian antaranya ialah Microsoft Office, Netscape Communicator dan sebagainya. Data Bahan atau sumber mentah yang akan diproses menjadi maklumat yang berguna. Manusia Merangkumi pengguna biasa dan juga pengguna professional. Prosidur Langkah-langkah yang harus diikuti bagi melengkapkan satu kitaran tugas komputer. Komunikasi Apabila sebuah sistem komputer disediakan bagi membolehkan ianya berkongsi data dan maklumat dengan sistem komputer yang lain secara elektronik, komunikasi menjadi elemen yang keenam di dalam sesebuah sistem komputer. 1.5 Sifat Semulajadi Komputer Terdapat tiga sifat semulajadi yang ada pada sesebuah sistem komputer yang menjadikan ianya semakin penting di dalam kehidupan manusia. Sifat-sifat tersebut ialah : Kepantasan Komputer menawarkan pemprosesan maklumat yang pantas dan bermakna. Kebanyakan urus niaga dan aktiviti manusia seharian bergantung kepada kepantasan sistem komputer bagi memproses sesuatu maklumat. Contohnya, urusniaga kewangan, panggilan telefon, tempahan tiket perjalanan dan sebagainya.
  7. 7. Konsep Asas Komputer 7 Kebolehpercayaan Komputer merupakan sejenis mesin yang boleh dipercayai. Walaupun kadang kala berlakunya kesilapan atau “computer error” namun demikian, biasanya kebanyakan kesilapan tersebut berpunca dari kesilapan manusia itu sendiri (human error). Kemampuan Storan Sistem komputer berkemampuan untuk meyediakan ruang bagi menyimpan sejumlah data yang besar. Ianya juga mampu dicapai dan digunakan semula dengan cepat dan berkesan. 1.6 Perkakasan Komputer Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, komputer merupakan sejenis mesin yang boleh diprogramkan untuk memasukkan data (INPUT) yang kemudiannya diproses (PROSES) menjadi maklumat yang berguna. Maklumat yang telah siap diproses kemudiannya dikeluarkan (OUTPUT) semula sama ada dalam bentuk paparan pada skrin, hasil cetakan dan sebagainya untuk perhatian pengguna. Akhirnya, maklumat tersebut boleh juga disimpan (STORAN) untuk kegunaan selanjutnya di masa hadapan. Turutan proses ini juga dikenali sebagai kitaran IPOS (Input, Proses, Output dan Storan). Walau bagaimanapun langkah pengoperasian tidak semestinya perlu dilaksanakan mengikut urutan I-P-O-S. Program komputer mungkin mengikutinya seboleh mungkin tetapi dalam keadaan tertentu, sebarang urutan proses boleh dilaksanakan mengikut keperluan semasa terutamanya semasa melakukan operasi yang besar. Bagi setiap aktiviti yang dinyatakan tadi, perlaksanaannya memerlukan kombinasi antara penggunaan perkakasan dan juga perisian. Perkakasan komputer secara amnya boleh dikategorikan kepada 5 kumpulan yang utama iaitu : • Peranti Masukan (Input) • Peranti Pemprosesan • Peranti Keluaran (Output) • Peranti Storan • Peranti Komunikasi Setiap kategori perkakasan tersebut mempunyai fungsi dan peranan yang tersendiri. Setiap satunya saling bersandaran dan saling melengkapkan antara satu sama lain bagi membentuk sebuah sistem komputer yang lengkap dan sempurna.
  8. 8. 8 Sistem Komputer dan Aplikasinya 1.7 Perisian Komputer Komputer mampu melaksanakan kebanyakan tugas yang mampu diimiginasikan oleh seseorang manusia. Namun demikian terdapatnya kekangan-kekangan tertentu yang tidak dapat dielakkan. Setiap tugas yang ingin dilakukan oleh sesebuah sistem komputer biasanya dilaksanakan oleh aplikasi, program ataupun perisian komputer yang tertentu. Misalnya bagi tujuan permainan, maka perisian berbentuk permainan diperlukan. Begitu juga bagi tujuan meneroka kemudahan internet maka perisian yang berkaitan dengan internet diperlukan. Antara perisian komputer yang utama ialah : • Pemprosesan perkataan • Hamparan elektronik • Persembahan multimedia • Pangkalan data • Telekomunikasi • Grafik dan animasi • Pendidikan dan hiburan • Utiliti dan banyak lagi. Kesemuanya ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di dalam Bab 7 – Perisian Komputer. Buku Sistem Komputer & Aplikasinya Penulis Baharuddin Aris, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir Penerbit Venton Publishing (M) Sdn. Bhd. http://jz2000.iwarp.com/penerbitan

×