Tajuk : Perbezaan Personaliti Ekstrovert Dan Introvert dalam Kalangan Pelajar Pintar         Cerdas Akademik (PCA) berdasa...
Ada juga kajian yang menunjukan pelajar cerdas akademik terdiri daripada pelajarintrovert; di mana mereka suka menyendiri ...
perbincangan latihan yang diberi. Manakala pelajar yang introvert perlu diberikan lebihperhatian dan tumpuan kerana berkem...
Kesimpulannya, sebagai guru, kita perlu memberikan layanan yang sama rata kepadapelajar ekstrovert dan introvert dalam Pen...
sebagai guru amat berbesar hati apabila mereka tetap mengingati dan mencari saya bagiberkongsi kejayaan mereka dalam subje...
6
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Jurnal review kepelbagaian pelajar

1,681 views
1,539 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,681
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
50
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Jurnal review kepelbagaian pelajar

  1. 1. Tajuk : Perbezaan Personaliti Ekstrovert Dan Introvert dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Akademik (PCA) berdasarkan Gender.Jurnal Dihasilkan Oleh : Mohd Zuri Bin Ghani, Rahimi Bin Che Aman, Nik Rosila Binti Nik Yaacob dan Azman Bin Che Ahmad.1.0 Latar Belakang Teori dan Tujuan Penelitian Kajian ini bertujuan mengkaji personaliti ekstrovert dan introvert dalam kalanganpelajar pintar akademik. Perbandingan personaliti ini berdasarkan jantina bagi melihatperbezaan personaliti dalam kalangan pelajar pintar akademik. Kajian ini juga mendapatibahawa sukar untuk mengklasifikasikan sama ada pelajar pintar akademik merupakan pelajaryang berpesonaliti ekstrovert atau sebaliknya. Perkara ini berlaku kerana adanya keunikanbagi setiap pelajar.1.1. Pengenalan Kajian terhadap personaliti ini dilihat amat penting kerana ramai berpendapatbahawa pelajar yang pintar adalah lebih baik perlakuannya daripada pelajar normal yang lain.Kepercayan ini telah mendorong pelaksaan amalan yang tidak adil sama ada yang dilakukanguru secara lansung atau tidak lansung. Pelajar biasa diklasifikasikan berdasarkan kebolehankognitif atau kebolehan akademik mereka. Sebenarnya mengikut kajian, kebolehan kognitifatau kebolehan akademik tidak boleh digunakan sebagai kayu pengukur untuk menentukanpelajar itu seorang yang baik atau tidak baik. Dengan itu, setiap pelajar mempunyai hak yangsama sebagai manusia dan menerima pengajaran yang sewajarnya.1.2. Pernyataan Masalah Saya amat bersetuju dengan kajian jurnal ini yang menyatakan bahawa pencapaianpelajar berkait dengan faktor kecerdasan mental pelajar. Begitu juga dengan faktor lainseperti faktor personaliti, persekitaran, psikologi dan juga sosiologi. Mengikut kajianpsikologi, faktor personaliti memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pencapaianakademik pelajar. Apa yang cuba diketengahkan di dalam jurnal ini, pelajar ekstrovert sukabergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan bersifat lebih terbuka.( CheMah dan Mariani, 2001). Namun yang membezakan pelajar pintar dan pelajar normal ialahpelajar pintar boleh melindungi personaliti negatif mereka dengan membentuk helah (seakanberlakon menjadi seorang pelajar yang berdedikasi). 1
  2. 2. Ada juga kajian yang menunjukan pelajar cerdas akademik terdiri daripada pelajarintrovert; di mana mereka suka menyendiri dan mempunyai cara belajar sendirian berbandingbelajar secara berkumpulan. (Dunn et al,1989 dan William, 1992). Ini juga membolehkanmereka mencapai kejayaan dalam akademik. Menurut jurnal yang dikaji, juga mendapati pelajar yang mempunyai kecerdasan yangtinggi di sekolah rendah Staffordshire adalah berpesonaliti ekstrovert. (Eysenek dan Cookson,1961). Terdapat kajian lain yang mengaitkan aspek personaliti ekstrovert dan introvertdengan jantina. Pelajar lelaki secara umumnya dilihat lebih agresif berbanding pelajarperempuan. Kajian Eysenek, 1965 ke atas kanak-kanak yang berumur 7-16 tahun telahmenemui bahawa pelajar lelaki lebih ekstrovert berbanding pelajar perempuan.1.3. Tujuan Kajian yang difahami : Kajian yang dilakukan ini dapat memberi gambaran yang jelas di mana personalitiekstrovert dan introvert berada dalam kalangan pelajar cerdas akademik. Perbandinganpersonaliti antara jantina juga mendapat pendedahan baru dalam katogeri ini. Berdasarkankajian, tiada perbezaan yang didapati melalui trait aktiviti, trait bersosial dan trait mengambilrisiko antara pelajar ekstrovert dan introvert dalam kalangan pelajar Pintar Cerdik Akademik.Kesimpulannya, kajian ini sukar menentukan pelajar Pintar Cerdik Akademik adalah pelajarekstrovert atau sebaliknya memandangkan setiap pelajar adalah unik. Menurut kajian adapelajar Pintar Cerdik Akademik ini perlu belajar dalam berkumpulan bagi mencapaikecemerlangan dan ada juga lebih gemar menghabiskan masa belajar bersendirian dan jugamemerlukan guru tusyen bagi membantu mereka mencapai kecemerlangan.2. Adakah pelaksanaan konsep ini sesuai atau tidak di sekolah-sekolah di Malaysia? Guru perlu sedar personaliti pelajar yang berada di dalam kelas mereka . Kesedaranini dapat membantu guru menyediakan RPH (Rancangan Pengajaran Harian bagi muridnormal) atau RPH (bagi kepelbagaian pelajar) khusus untuk pelajar mereka . Bagi pelajar yang ekstrovert mereka perlu diberikan latihan atau aktiviti yangberbentuk menyeluruh seperti diberikan latihan untuk setiap topik bagi mendapatkankeputusan sekiranya berlaku proses pembelajaran yang berkesan dalam kalangan pelajar.Seterusnya guru perlu memberi komen atau respon serta terus membuat pembetulan semasa 2
  3. 3. perbincangan latihan yang diberi. Manakala pelajar yang introvert perlu diberikan lebihperhatian dan tumpuan kerana berkemungkinan mereka ini pelajar yang cerdik tetapimempunyai perasaan rendah diri yang menebal apabila berkomunikasi dalam khalayak ramai.Guru perlu bijak memainkan peranan dalam membimbing pelajar sebegini supaya merekamampu mengenali serta membina kemampuan mereka dan mencapai kecemerlangan dari segiakademik serta berjaya dalam hidup. Kita tidak mahu pelajar ini cemerlang denganmenghafal formula atau maklumat semata-mata dan mereka akan menghadapi masalahapabila menghadiri temuduga untuk memasuki universiti pilihan (bagi lepasan SPM) keranamasalah kurangnya keyakinan diri tadi. Jika pelajar pintar ekstrovert menghadiri temuduga , mereka dapat menjawab setiapsoalan dengan bersahaja dan berkeyakinan kerana sikap mereka yang lebih terbuka,mempunyai personaliti yang ceria serta kreatif menjawab soalan penemuduga.Sehubungandengan itu, pelajar ini lebih cemerlang dalam pelajaran kerana dapat berdikari sertamenyelesaikan masalah mereka nanti. Mereka juga bakal dapat mengadaptasikan pelajarandan menjadikan serta menggunakan ilmu yang memberi manfaat dalam kehidupan . Walaupun demikian, pelajar ekstrovert tidak sepatutnya diberi pujian dan layananyang begitu istimewa sehingga ada pelajar lain yang berasa kecil hati dengan guru. Para gurudinasihatkan membimbing pelajar dan cuba sebaik mungkin dalam memberi layanan yangsama rata ( demokratik) terhadap pelajar mereka. Oleh yang demikian, guru perlu mengenalipelajar dengan lebih rapat supaya jurang ekstrovert dan introvert dalam kalangan pelajar inidapat dikurangkan dan seterusnya guru dapat membantu pelajar mencapai kecemerlangan didunia dan akhirat. Sedikit galakan daripada guru mampu membantu pelajar menjadi lebih cemerlang .Disini, saya juga ingin berkongsi sedikit pengalaman sebagai pelajar MRSM suatu masa dahulu.Ada dalam kalangan guru yang sukar menyampaikan pengajaran dengan berkesan di dalamkelas, tetapi sebagai pelajar yang ekstrovert , baik lelaki mahupun perempuan, mereka akanberusaha sedaya upaya untuk memahami sendiri subjek tersebut dengan membuat notamenggunakan peta minda, mengulangkaji bab tersebut dan memahirkannya dengan membuatlatihan sendiri. Pelajar yang ekstrovert akan mencari jalan bagaimana untuk mencapai sendiriobjektif yang mereka sasarkan. Jika dibantu oleh guru sebagai pemudah cara , maka kejayaanpelajar pasti lebih cemerlang. 3
  4. 4. Kesimpulannya, sebagai guru, kita perlu memberikan layanan yang sama rata kepadapelajar ekstrovert dan introvert dalam Pengajaran dan Pembelajaran supaya mereka tidakmerasakan diskriminasi yang merendahkan lagi tahap keyakinan diri mereka.3. Fokus dengan Pengajaran dan Pembelajaran , pengalaman guru sendiri di sekolah. Perkongsian pengalaman sendiri sebagai GSTT di SMK Bukit Rambai, Melaka selama 3 tahun.Saya berpeluang menggantikan guru Matematik Tambahan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5selama 3 bulan pada tahun 2010. Kelas yang diambil alih oleh saya terdiri daripada kelas 5Sains 1 ( merupakan kelas pertama daripada 11 kelas tingkatan 5) dan 4 Sains 2 (matapelajaran- Matematik). Berdasarkan perbezaan jantina , saya dapati pelajar perempuan di tingkatan 5 Sains 1lebih menjurus kepada pelajar Ekstrovert. Mereka mempunyai personaliti seperti sukabergaul mesra, kreatif dan lebih bersikap terbuka. Mereka kerap mengajukan soalan kepadaguru dan aktif dalam perbincangan di dalam kelas. Personaliti murid perempuan yang ceriaini membantu saya menjadi guru menjadi proaktif dan sentiasa bersedia dengan soalan-soalanyang mungkin diutarakan oleh pelajar. Jika lilihat dari sisi pelajar lelaki 5 Sains 1, mereka lebih ke arah introvert , kurangaktif semasa perbincangan di dalam kelas, lebih banyak mendengar dan mencatat nota atausenyap dalam sesi perbincangan daripada mengajukan soalan kepada guru. Dilihat merekacenderung bertanyakan soalan di luar kelas atau semasa guru berada di bilik guru. Mereka seakan-akan mahu bersaing dengan pelajar perempuan tetapi seakan –akanmalu untuk bertanya soalan yang berbangkit di dalam kelas. Berkemungkinan, mereka inimempunyai tahap keyakinan yang rendah serta mahu kelihatan “macho”, takut-takutjawapan mereka itu tidak hebat atau terbabas daripada yang sepatutnya. Di sini dapat saya kongsikan pencapaian pelajar perempuan 5 Sains 1 inikebanyakannya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2010. Walaupun saya cumamenjadi guru sementara mereka selama 3 bulan, mereka tetap akan berkunjung danberbincang mengenai masalah, latihan atau permasalahan matematik yang tidak dapatdiselesaikan atau mereka ingin membincangkan “jalan kira-kira” yang lebih mudah. Dan saya 4
  5. 5. sebagai guru amat berbesar hati apabila mereka tetap mengingati dan mencari saya bagiberkongsi kejayaan mereka dalam subjek tersebut. Ada antara mereka sekarang inimenyambung pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang Sains Hayat dan ada 2 orangantaranya di UITM, Puncak Alam, Selangor mengambil bidang kedoktoran. Pelajarperempuan 5 Sains 1 ini cenderung belajar secara berkumpulan dan dilihat mereka ini tetapmemilih belajar secara berkumpulan sehingga hari-hari akhir peperiksaan SPM. Pelajar perempuan 5 Sains 1 juga terlibat secara aktif di dalam kelab dan persatuan.Cuma kurang aktif penglibatannya dalam bidang sukan. Kelebihan mereka dilihat menjuruskepada bidang akademik sahaja. Contoh permainan yang diminati adalah seperti catur,Scrabble, petangue dan mereka tidak terlibat dengan permainan yang melibatkan aktivitifizikal seperti sukan acara padang; lontar peluru, acara balapan dan permainan seperti bolajaring, bola tampar dan sebagainya.4. Penutup Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, kita perlu berterusan memberiperansang kepada pelajar tidak kira latar belakangnya, memotivasikan pelajar, menjadiinspirasi kepada pelajar dan sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada mereka.Seharusnya semua guru harus bergabung tenaga untuk merealisasikan objektif kerajaan bagimelahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Kemungkinan perubahan itu tidak dapat dilihat sekarang, tetapi berkadaran lansung denganmasa, pelajar ini akan mendapat manfaatnya berkat kesabaran seorang guru.5. Bibliografi Mohd Zuri Ghani, Rahimi Che Aman, Nik Rosila Nik Yaacob dan Aznan Che Ahmad(2008). Perbezaan Personaliti Ekstrovert dan Introvert dalam kalangan pelajar Pintar Cerdas Akademik (PCA) berdasarkan Gender. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 111–1226. Lampiran 6.1 Sisipan Jurnal 5
  6. 6. 6

×