Your SlideShare is downloading. ×
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi

29,836

Published on

Published in: Education
5 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
29,836
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
920
Comments
5
Likes
5
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. KONSEPPEMIKIRANPemikiran merupakan kegiatan atau perbuatan yang disimpulkan dan pemikiran ini tidakdapat diperhatikan dengan mata kasar yang melibatkan perlambangan, penggunaan danmanipulasi yang simbolik. Menurut Greene (1975) di dalam Tim O „ Sullivan et al.(1996)menyatakan bahawa perkataan- perkataan yang digunakan seharian meliputi berbagai- bagaikegiatan fikiran yang luas. Sebagai contoh, pemikiran meliputi daripada berkhayal kepadaperumitan atau bertelingkah dengan perasaan sendiri atau orang lain sehingga kepadamembuat keputusan. Perihalan daripada Aristotle di dalam Tim O „ Sullivan et al.(1996)menyatakan bahawa kemampuan manusia merasionalkan sesuatu perihal atau subjeksehingga membawa kepada tindak balas yang berkeupayaan berfikir dan dengan inimenunjukkan pemikir itu manusia dibezakan dengan makhluk lain. Konsep pemikiran yang asas ialah ketika otak berfikir, otak secara langsungbertindak balas dengan berusaha untuk mengenal pasti rangsangan luar yang telah bertindakbalas dengan deria. Seterusnya, otak akan menukarkan rangsangan ke dalam bentuk konsep,membuat tafsiran dan bertindak balas berdasarkan pengalaman yang telah ada dalam ingatanatau simpanan memori. Pemikiran merupakan suatu proses membina ilmu dan kefahamanyang melibatkan aktiviti mental manusia yang berupaya menyelesaikan masalah atau konflikdalam berbagai- bagai kemahiran berfikir. Pemikiran terbahagi kepada 7 jenis iaitu asosiatif,berpandu, kritis, penaakulan, induktif, deduktif, dan kreatif. Dalam aktiviti pemikiran, bidang yang berkaitan dengannya adalah kognitifkomunikasi, tanggapan, pengingatan dan juga bahasa. Secara menyeluruh, pemikiran hanyadapat dimaksudkan melalui bahasa. Melalui teori relativiti bahasa (Whorf, 1956) di dalamTim O „ Sullivan et al.(1996) menyatakan bahawa bahasa berkepentingan dalam menentukanpemikiran. Pemikiran mempunyai konsep asas yang menjadi turutan dalam aliran pemikiraniaitu terbahagi kepada cabang- cabang tertentu. Antaranya ialah meneruskan,menghubungkan, pergerakan, seterusnya masalah dan pertanyaan. Di dalam cabang masalahdan pertanyaan mempunyai aturan asas yang menyatakan tentang mendahului, destinasi yangdiketahui dan yang tidak diketahui, serta kata- kata kabur. Sebagai ringkasan, pemikiran ialahsatu usaha oleh otak manusia untuk mencari maklumat dan mencapai keputusan yang palingwajar. 1
  • 2. sssdsfdsgdgf Input Memproses Output Apakah perkara- Bagaimana kita Jawapan- perkara yang kita memikirkannya? jawapan yang fikirkan? diperoleh (Operasi) (Kandungan) (Hasil) Rajah 1: Konsep Pemikiran.KOMUNIKASIPerkataan komunikasi berasal daripada perkataan “communicare” yang berasal daripada kataLatin memberi makna penyertaan atau pemberitahuan. Menurut perkataan “communis” pulamembawa pengertian milik bersama atau berlaku di mana- mana. Komunikasi secaraumumnya menekankan kegiatan seseorang individu atau kelompok serta sifat inginmempengaruhi orang lain. Komunikasi ini lebih menjurus kepada soal sosial. Pemahaman umum mengenai komunikasi mempunyai 3 cabang pemahaman iaitupertama, komunikasi sebagai tindakan satu arah. Hal ini mendefinisikan isyarat komunikasisebagai semua kegiatan yang dilakukan seseorang untuk menyampaikan rangsangan untukmembangkitkan tindak balas orang lain. Pandangan ini menekankan pemboleh ubah tertentuseperti kandungan mesej, cara penyampaian mesej dan daya pemujukan. Kedua, komunikasisebagai interaksi. Dalam pandangan ini, komunikasi menyamakan komunikasi dengan suatu 2
  • 3. proses sebab-akibat atau aksi-reaksi, yang arahnya sentiasa berubah. Seseorangmenyampaikan maklumat melalui 2 cara iaitu secara verbal atau tidak verbal. Manakalamesej yang diterima oleh pendengar juga diterima dalam bentuk verbal atau tidak verbal.Salah satu unsur yang ditambahkan dalam cabang komunikasi ini adalah tindak balasdaripada respon (feed back), iaitu mesej yang disampaiakn oleh pemberi maklumat kepadapenerima maklumat atau mesej, juga dikenali sebagai pendengar; menyampaiakn pula kepadasumber mesej yang lain lalu melihat tindak balas yang diberikan. Tindak balas yangditunjukkan oleh penerima maklumat memberi petunjuk sama ada pemberi maklumatmenyampaikan maklumat dengan berkesan atau tidak. Ketiga, komunikasi bertindak sebagai transaksi. Dalam konteks ini komunikasiadalah suatu proses personal kerana makna atau pemahaman yang kita peroleh pada dasarnyabersifat peribadi. Pandangan ini mengisyaratkan bahawa komunikasi pada dasarnya adalahsuatu proses dinamik yang berkesinambungan mengubah pihak-pihak yang terlibat dalamkomunikasi. Orang-orang yang berkomunikasi dianggap sebagai komunikator yang secaraaktif menghantar dan mentafsir maklumat atau mesej. Setiap pihak dianggap sumbersekaligus juga sebagai penerima mesej. Secara ringkas, komunikasi di atas menunjukkan terdapat komponen- komponen yangterlibat secara langsung dalam komunikasi iaitu, pertama ialah komunikator merupakanindividu yang menyampaikan maklumat atau mesej kepada individu yang lain. Kedua,kandungan mesej yang dibawa oleh penyampai mesej. Ketiga, media iaitu medan untukkomunikator gunakan sama ada saluran tertentu untuk menyokong keberkesananpenyampaian maklumat kepada para pendengar atau penerima. Keempat adalah penerimamesej atau maklumat. Seterusnya yang terakhir ialah kesan atau tindak balas atau jugadikenali sebagai feed back yang melihat keberkesanan maklumat yang disampaikan.TEORI- TEORI PEMIKIRANTerdapat beberapa tokoh yang membincangkan mengenai teori pemikiran antaranya ialahRoger Sperry. Edward de Bono, Haward Gardner,Imam Al Ghazali, Kirby danGoodpastar.Roger Sperry telah menyatakan bahawa di dalam otak manusia terdapat duabahagian iaitu hemisfera otak kiri(HOKi) dan hemisfera otak kanan(HOKa). Sekiranya 3
  • 4. hemisfera otak kiri tercedera,maka bahagian kanan badan akan menjadi lumpuh. Begitu jugadengan hemisfera otak kanan yang tercedera akan menyebabkan badan menjadi lumpuh dibahagian kiri. Jadi,hemisfera otak masing-masing mengawal bahagian badan yangberlawanan. Menurutnya,hemisfera otak kiri berfungsi untuk bahasa iaitu dalam penulisandan lisan,logik,matematik, dan sains. Sementara itu,hemisfera otak kanan berfungsi untukperhubungan ruang,pemikiran kreatif,fantasi,seni dan apresiasi muzik. Kedua-dua hemisferaini juga mempunyai cara pemprosesan maklumat yang berbeza. Hemisfera otak kirimemproses maklumat secara berturutan manakala hemisfera otak kanan memprosesmaklumat secara keseluruhan. Walaupun,hemisfera otak kanan dan kiri mempunyaikebolehan untuk memproses maklumat dengan berlainan tetapi kedua-dua hemisfera inibersama-sama untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seharian. Menurut kajian yang telahdijalankan mendapati bahawa perkembangan otak manusia meningkat pada masa yangberlainan berdasarkan kepada perkembangan hemisfera otak yang berlainan. Pada peringkatkanak-kanak iaitu diantara umur 3-6 tahun,perkembangan bahasa yang berada di hemisferaotak kiri berlaku dengan pantas. Pada peringkat umur diantara 8-10 tahun pula,berlakuperkembangan dalam kemahiran ruang seperti melukis,mencari arah dan mengenali bentuk-bentuk geometri. Haward Gardner pula telah mengemukakan teori pelbagai kecerdasan atau di kenalisebagai MI (Multiple Intelligences). Beliau mengatakan bahawa manusia memiliki 7kecerdasan yang berlaianan iaitu kecerdasan muzik, kinestatik ,matematik-logik, linguistik,visual-spatial, interpersonal dan intrapersonal. Kecerdasan muzik ialah keupayaan individudalam mengesan dan mengenal irama lagu. Individu ini juga dapat membezakan ataumengubah rentak dan tempo dalam bentuk melodi yang mudah. Kinestatik pula ialahkebolehan individu mengeluarkan idea, meluahkan perasaan dan menyelesaikanmenggunakan anggota badan. Matematik –logik pula merupakan kebolehan seseorang itumenggunakan nombor secara berkesan dan pandai berhujah. Individu ini juga berupaya untukmenjangka. Seterusnya,linguistik ialah keupayaan seseorang untuk menggunakan kata-katadalam bentuk lisan dan penulisan secara berkesan. Individu juga mudah untuk mengingatimaklumat. Visual –spatial ialah kebolehan mengesan dan menggambarkanbentuk,ruang,warna dan garisan. Kecerdasan interpersonal merupakan kebolehan individuuntuk memahami perasaan,hasrat dan tabiat individu lain. Intrapersonal ialah kebolehanuntuk memahami diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan,hasrat dan kehendak. 4
  • 5. Kemahiran intrapersonal ini dapat membantu menangani perasaan marah atau sedih. Individuini juga berkemampuan untuk membuat refleksi sendiri. Imam Al-Ghazali pula menyatakan bahawa akal manusia sangat terbatas,terutamanyapada perkara-perkara agama, akhlak, dan perkara ghaib seperti ketuhanan, kenabian, roh,akhirat, aqidah, hikmah, amal ibadat dan sebagainya. Menurutnya,hubungan antara akal danpancaindera dilihat dari dua aspek. Pertamanya akal perlu membebaskan diri daripadapengaruh pancaindera. Sebagai contoh,angan-angan dan khayalan akibat daripadapenggunaan pancaindera. Keduanya,akal memerlukan pancaindera untuk berfikir tentangpengiraan,fikiran,hafalan dan ingatan. Al-Ghazali telah membuat perbandingan antara akaldan pancaindera. Menurutnya,akal lebih berautoriti berbanding dengan pancaindera untukmendapatkan kebenaran dan ilmu. Edward de Bono pula mengatakan terdapat perkaitan antara kemahiran berfikirdengan pemikiran lateral. Beliau berkata kita perlu menyelesaikan sesuatu masalah denganberfikir daripada pelbagai perspektif. Beliau telah memperkenalkan progam CoRT(cognitiveresearch trust). Program ini mempunyai 6 bahagian iaitu pertamanya;keluasan persepsi,kedua;organisasi proses berfikir,ketiga;interaksi,argument dan pemikirankritis,keempat;pemikiran kreatif, kelima;maklumat dan perasaan dan keenam, ialah tindakan.Pemikiran CoRT melibatkan teknik-teknik seperti PMI(plus,minus interesting)iaitu setiapmasalah itu dilihat daripada pelbagai aspek iaitu kelemahan dan kekuatan masalah sebelummengambil sebarang keputusan. Seterusnya,mengambil kira semua faktor iaitu setiapkeputusan yang dibuat perlu melihat semua perkara kerana melibatkan orang lain danmasyarakat. Oleh itu,kita perlu mengemukakan pelbagai pilihan untuk membuat keputusan.Seterusnya untuk mengambil sesuatu keputusan kita perlu berfikir jauh. Hal ini keranakeputusan yang diambil melibatkan kesan masa pendek dan panjang. Selain itujuga,kepentingan utama di gunakan dalam pemikiran CoRT. Dalam teknik ini kitadisaranakan untuk berfikir perkara yang lebih penting dahulu berbanding perkara-perkarayang kurang penting. Kirby dan Goodpastar pula menekankan bahawa kesilapan manusia berfikir. Menurutmereka, manusia sentiasa berfikir dalam keadaan emosi . Mereka telah menyenaraikan limakesilapan manusia berfikir. Pertamanya,memperibadikan sesuatu iaitu dikenali sebagaipemikiran egosentrik. Individu ini melihat perkara-perkara yang terjadi berkaitan dengansekelilingnya. Seterusnya,pemikiran berpolar. Pemikiran berpolar ini juga dikenali sebagai 5
  • 6. hitam putih atau dikotomi. Pemikiran hitam putih ini melibatkan individu yang sentiasaberfikiran negatif terhadap dirinya sehingga tidak dapat melihat perkara yang positif dalamdiri mereka. Ketiga,kesimpulan yang melampau. Individu ini membuat konklusi berdasarkankejadian berlaku dalam hidupnya. Sebagai contoh,pelajar yang gagal akan menganggapdirinya gagal selamanya. Keempat,membesar-besarkan sesuatu. Individu ini cenderungmelihat sesuatu yang telah berlaku daripada perseptif yang sentiasa negatif. Kelima,abstrakselektif iaitu kesilapan berfikir apabila seseorang individu tersebut terlalu fokus pada sesuatuperkara sehingga menghiraukan gambaran yang menyeluruh.JENIS-JENIS PEMIKIRANMenurut Ruggiero ( 1984) yang diterjemah oleh Ishak Ramly ( 2005 : 155) mentakrifkanberfikir sebagai “aktiviti mental yang mengeluarkan idea, menyelesaikan masalah,mengemukakan cadangan ataupun memenuhi kehendak untuk memahami”. Hal ini bermaknapemikiran merupakan proses minda yang bertujuan mencari makna dan pemahaman bagisesuatu perkara, menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membuat refleksi danpenerokaan terhadap sesuatu idea atau hujah. Pemikiran juga merujuk kepada proses membina ilmu dan kefahaman yangmelibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Pemikiran juga adalah aktiviti yangdilakukan hampir setiap masa. 6
  • 7. rangsangan Rajah 1 : Model Memproses Maklumat- Proses Berfikir Sumber : Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim (2003 :102)Model di atas menunjukkan maklumat yang diproses dalam otak semasa proses berfikirberlaku. Semasa proses berfikir, maklumat atau rangsangan yang diterima akan diprosesingatan sensori. Ingatan sensori merupakan ingatan jangka pendek yang wujud dalam deriamanusia yang tidak hilang serta-merta. Seterusnya maklumat akan di hantar ke ingatanjangka pendek untuk diproses, disusun, di tapis dan disintesiskan sebelum di hantar kemaklumat jangka panjang, (Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim ,2003:102).Pemikiran terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya adalah pemikiran kritis, pemikirankreatif, pemikiran logik, pemikiran positif dan pemikiran negatif.i) Pemikiran Kritis 7
  • 8. Menurut kamus dewan edisi ke tiga (1996: m/s). Kritis merujuk kepada menimbang baikburuk sesuatu perkara dengan teliti dan bersifat mengkritik dengan tidak menerima ataumempersetujui sesuatu perkara begitu sahaja dengan sebulat- bulatnya. Jadi, pemikiran kritisboleh dianggap sebagai cara berfikir yang dilakukan dengan membuat penimbangan danpenelitian dalam semua aspek dalam membuat sesuatu keputusan. Mohd Michael Abdullah (2007:3) mendefinisikan kritis sebagai penimbangan baik atauburuk sesuatu perkara, kebenarannya, kejelasan bahasa dan susunan hujah. Pemikiran kritisbertujuan untuk mengajar kaedah-kaedah pemikiran agar dapat berhujah dengan lebihberkesan. Aspek yang diberi penekanan dalam pemikiran kritis adalah dalam aspekpenghujahan. Individu yang mempunyai pemikiran kritis ini sering di kaitkan denganindividu yang lantang bersuara dan mengutamakan pendapat. Individu ini biasanya mampuberhujah dengan baik dan berfikir secara wajar dan relevan. Dewey (1933) yang dipetik oleh Azizi Yahaya (2005:209) mendefinisikan pemikirankritis sebagai pemikiran reflektif iaitu berfikir secara mendalam dan membuat pertimbanganyang serius dalam sesuatu perkara. Jelasnya, individu ini dapat berfikir secara tenang dantidak tergopoh- gapah dalam membuat sebarang pertimbangan dan mereka akan memikirkansegala keburukan dan kebaikan yang akan diterima sekiranya membuat sesuatu keputusan.Pemikiran kritis dapatlah didefinisikan sebagai pemikiran yang kritikal dan analitikal.ii) Pemikiran Kreatif Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menghasilkan idea yang bernas. Ishak Ramly(2005: 158 ) pula menyatakan pemikiran kreatif merujuk kepada penekanan pada kecekapandan keupayaan menggunakan minda bagi “menghasilkan idea yang baru, pelbagai, asli, luarbiasa, provokatif, mencabar, tepat, jelas dan memberi pertimbangan pada penerokaan danpenemuan penciptaan yang lebih luas dan terbuka”. Hal ini menjadikan individu yangmempunyai pemikiran yang kreatif dapat merencana dan membuat keputusan bagimenghasilkan pelbagai idea yang baru. Kebiasaannya individu yang mempunyai pemikiranyang kreatif ini juga mempunyai banyak idea-idea dan mampu menghuraikan idea merekasecara terperinci dan logik. Menurut Maimunah Osman (2005:1 ), pemikiran kreatif adalah keupayaan untuk menjanadan merealisasikan idea-idea baru. Ia juga melibatkan minda untuk memberi beberapa caralain yang tidak bergantung pada kebiasaan. Individu yang mempunyai pemikiran sebegini 8
  • 9. mempunyai keupayaan untuk melihat sesuatu dari sudut yang berbeza dari orang lain.Mereka juga bersifat positif , membina dan dapat melakukan sesuatu kerja dengan pelbagaicara untuk memberi makna pada kerja tersebut. Pemikiran kreatif juga memperlihatkankeupayaan seseorang untuk melihat sesuatu daripada pelbagai sudut atau perspektif yanglebih luas. Keupayaan inilah yang akan mewujudkan daya kreativiti seseorang dalammenyelesaikan masalah, penambahbaikan, produktiviti, keberkesanan dan value added.iii) Pemikiran LogikIshak Ramly (2005: 159) menyatakan perkataan logik berasal dari Yunani yang bermaksudakal hujah. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1996: m/s) logik bermaksud dapat diterimaakal, masuk di akal atau munasabah. Jadi, pemikiran logik dapat diklasifikasikan sebagaihujahan yang dapat diterima oleh akal. Pemikiran logik juga dikenali sebagai pemikiranpenaakulan.Logik pula terbagi kepada dua iaitu logik induktif dan logik deduktif.a) Logik Induktif Induktif juga dikenali sebagai eg- rule-method iaitu bermula daripada spesifik kepada amatau contoh kepada prinsip, (Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim ,2003:108).b) Logik Deduktif Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim (2003: 108) menyatakanpemikiran deduktif juga dikenali sebagai rule- eg-method iaitu pemikiran yang berbentukcontoh atau am kepada sesuatu yang spesifik.Hal ini bermakna induktif adalah pemikiran yang berbentuk khusus kepada umum manakalasebaliknya deduktif berbentuk umum kepada khusus.iv) Pemikiran Positif Pemikiran positif apabila seseorang melihat sesuatu perkara atau longgokan idea daripelbagai aspek kebaikan dan faedah. Setiap perkara mempunyai kebaikan dan keburukannya,namun individu yang berfikiran positif akan melihat kepada kelebihan dan faedah yang dapatdicapai sekiranya sesuatu perkara di laksanakan dan berusaha menghadapi danmenyelesaikan rintangan ataupun halangan dalam melaksanakan perkara tersebut. Hal inibermakna individu yang berfikiran positif ini mempunyai sifat yang optimis dan mahu maju 9
  • 10. dan berjaya (Ishak Ramly, 2005:157 ). Sebagai contoh ahli perniagaan. Individu yang terlibatdalam perniagaan berisiko untuk memperoleh keuntungan atau mengalami kerugian.Sekiranya seseorang individu mempunyai pemikiran yang positif, mereka akan mampumenghadapi segala risiko yang mendatang kerana mereka mempunyai motivasi yang positifdan yakin mereka mampu menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. Mereka juga tidakakan mudah berputus asa. Ainon binti Mohd dan Abdullah bin Hasan (2006:34) berpendapat pemikiran positif bukansifat semula jadi manusia dan sebaliknya pemikiran negatif adalah sifat semula jadi manusiakerana kesilapan, kesalahan, masalah, bahaya dan risiko dalam kehidupan memberi impakyang besar kepada pemikir. Oleh itu bagi memupuk kemahiran berfikir secara positif, ia perludilakukan secara sedar dan berniat. Individu perlu yakin dengan setiap perkara, benda ataukejadian mempunyai kebaikan dan setiap masalah juga boleh di selesaikan. Individu yangsentiasa berfikiran positif pasti dapat mencari pelbagai alasan yang logik dan dapatmelaksanakan segala perancangan dengan berjaya dan menguntungkan.v) Pemikiran Negatif Ishak Ramly (2005:158 ) berpendapat, individu yang mempunyai pemikiran negatifbanyak memikirkan mengenai keburukan, bahaya, risiko dan masalah apabila inginmelakukan sesuatu perkara. Individu yang terlalu berfikiran negatif akan membunuhkreativiti dan sering menolak idea baru. Hal ini kerana mereka sering melihat idea baru itudari sudut kelemahannya sahaja. Mereka juga sering meramalkan masalah yang timbulsekiranya idea baru tersebut di laksanakan. Namun begitu, pemikiran negatif juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Faedahnyaadalah mereka dapat menyediakan pelan darurat dan kecemasan bagi kemungkinan-kemungkinan yang di luar jangkaan. Hal ini secara tidak langsung dapat menghindar masalahyang diramal akan berlaku. Pemikiran positif mengandaikan sesuatu yang dirancang akan berjalan lancar dan tiadasesuatu yang buruk akan berlaku. Namun pada hakikatnya, risiko, bahaya dan kesilapanbanyak terjadi. Oleh itu, pemikiran yang negatif juga perlu dalam meramal perkara yang akanberlaku dan mencari jalan untuk mengatasi atau menghindari masalah tersebut. 10
  • 11. GAYA PEMIKIRAN MEMPENGARUHI CARA DAN GAYA KOMUNIKASIANTARA MANUSIAGaya- gaya pemikiran yang terbentuk dalam komunikasi tertentu banyak mempengaruhikomunikasi yang berlaku antara manusia. Komunikasi antara manusia merangkumi tujuankomunikasi, isian komunikasi atau maklumat, dan kriteria hubungan baik iaitu keputusanyang dicapai sesama sendiri. Sebagai contoh yang jelas, dalam komunikasi interpersonal.Komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang memerlukan orang yang berkomunikasimempunyai lebih dari dua orang atau lebih. Menurut R.Wayne Pace di dalam Khairuddinuad,mengatakan bahawa komunikasi interpersonal adalah proses komunikasi yang berlangsungantara dua orang atau lebih secara bersemuka. Komunikasi ini berlaku secara kontekstualbergantung kepada keadaan, budaya, dan juga konteks psikologi. Cara dan bentuk interaksiantara individu akan tercorak mengikut keadaan ini. Hal yang demikian, untuk memastikankeberkesanan dalam sesuatu komunikasi, pemikiran yang positif amat diperlukan. Dalam konsep komunikasi ini, rasa percaya (trust) adalah diperlukan. Apabilaseseorang mempunyai perasaan bahawa dirinya tidak akan dipergunakan oleh orang lain,tidak akan dikhianati, maka seseorang itu akan lebih mudah untuk membenarkan dirinyamenyertai sesuatu komunikasi dan seterusnya menjadikan komunikasi itu berkesan. Rasapercaya pada orang lain akan wujud melalui faktor- faktor seperti perilaku dan maksud oranglain, hubungan kekuasaan, dan kualiti komunikasi serta sifat terbuka. Melalui perilaku danmaksud orang lain, dapat dilihat dengan lebih jelas apabila orang yang berkomunikasimemiliki kemampuan, keterampilan, pengalaman dalam bidang yang diperkatakan, sertamempunyai sifat- sifat yang dapat diduga, diandaikan, jujur, dan konsisten. Berdasarkan hubungan kekuasaan, lebih jelas dapat diberikan contoh ialah seorangketua. Ketua merupakan orang yang mengetuai sesuatu kumpulan atau organisasi. Hal yangdemikian, apabila seseorang ketua mempunyai kuasa terhadap orang lain, maka orang yangmendengar atau menerima maklumat akan mematuhi dan mengikuti arahan yang diberikan.Hal ini menunjukkan komunikasi adalah berkesan. Melalui kualiti komunikasi dan sifatterbuka, pula merupakan kepakaran individu yang menyampaikan maklumat dengan jelasbeserta harapan yang tinggi, maka menyusulnya adalah rasa percaya yang tinggi. Seterusnyakeberkesanan komunikasi dapat dicapai. Hal ini akan menimbulkan rasa percaya yang tinggi 11
  • 12. kepada mereka yang mendengar dengan pemikiran yang positif pada peringkat permulaanlagi. Dalam komunikasi yang lancer dan berkesan, perilaku menyokong (supportif)mestilah diwujudkan. Perilaku menyokong mempunyai pelbagai ciri atau indikator.Antaranya ialah evaluasi dan deskripsi, orientasi masalah serta spontan. Dalam konteks ini,pemikiran kritis adalah faktor mempengaruhi gaya komunikasi antara manusia lain.Pemikiran kritis menjadikan komunikasi lebih terbuka dalam menerima sesuatu idea,disamping cuba mempertimbangkan semula, menganalisa secara kritis dengan mengambilkira pelbagai sudut. Selain itu, mampu mencerna beberapa idea dan konsep baru. Dengan itu,pemikiran ini membolehkan menganalisa hujah yang dinyatakan dalam komunikasi yangberlangsung sama ada hujah itu kuat atau lemah, teori berguna atau perlu menyangkalnya.Seterusnya membolehkan para komunikator berhujah dengan berkesan, baik dan lengkapbagi mencapai keberkesanan komunikasi. Melalui indikator evaluasi dan diskripsi; sebarang komunikasi yang berlangsung,penerima mesej atau pendengar tidak perlu memberikan kecaman atas kelemahan dankekurangan yang dikesan. Sebaliknya pemikiran yang kritis itu mampu menyangkal denganbaik tanpa menyinggung perasaan orang lain. Dalam hal ini, cara komunikasi yang berlakuadalah berjaya kerana pendengar memahami apa- apa yang cuba disampaikan olehkomunikator. Tetapi sesuatu kesalahan yang dikesan tidak perlu ditegur secara langsungsebaliknya menukarkan cara berfikir supaya menukar persepsi pemahaman. Hal inilah yangmewujudkan pendengar menyumbangkan pemikiran kritis di dalam sesuatu komunikasi. Berdasarkan orientasi masalah pula; ketika berkomunikasi, para pendengar perlumenyumbang dalam sesuatu topik yang dibincangkan dengan memberikan idea kritis supayaberusaha untuk bekerjasama antara satu sama lain, mencari penyelesaian masalah ataumembahagikan tugas untuk mencerna masalah seterusnya mengajak orang lain bersama-sama menetapkan tujuan dan menentukan cara mencapai tujuan yang dikehendaki. Hal inimembuktikan bahawa pemikiran kritis yang disumbangkan dapat mengukur keberkesanankomunikasi antara manusia. Selain itu, sifat spontan adalah cabang sokongan kepada corakkomunikasi kerana sifat spontan adalah lebih jujur dan telus tanpa dibayangi perasaanhipokrit. Sebelum sifat spontan diaplikasikan dalam sesuatu komunikasi, berfikir secara kritisterlebih dahulu mampu menyelamatkan keadaan. 12
  • 13. Dalam konteks persepsi interpersonal, menyatakan bahawa komunikasi yangdijalankan memberi makna kepada pemboleh ubah yang jelas atau mentafsir maklumat secarajelas. Persepsi ini diwujudkan dalam komunikasi sama ada daripada sumber kepada penerimaatau daripada penerima kepada sumber dalam bentuk verbal atau tidak verbal. Dalam hal ini,pengaruh yang kuat terhadap persepsi perlu diperhalusi kerana mampu menggagalkan sesuatupenyampaian maklumat. Dengan itu, pemikiran yang logikal diperlukan untuk merungkaimaklumat yang diterima sama ada sahih atau tidak. Melalui Edward de Bono di dalam Dr.Sidek Baba, menyatakan bahawa pemikiran logikal adalah cara menjana maklumat atau ideadaripada sesuatu keadaan kepada keadaan yang lain. Dalam erti kata lain, komunikasi yangberkesan adalah dapat diwujudkan melalui pemikiran ini dengan menjurus persepsi yangpositif kerana maklumat yang diterima atau dijana adalah daripada sumber yang sahih dandata yang tepat.KESIMPULANPemikiran dan komunikasi mempunyai perkaitan yang menyumbang kepada sesuatupenyampaian maklumat kepada individu lain atau sesama manusia. Tidak kiralah pemikiranitu bermula daripada sumber kepada pendengar atau pendengar kepada sumber. Manusia ituadalah orang yang tidak pernah terkecuali daripada berfikir. Namun begitu, pemikiran ituyang membezakan sesama mereka. Pemikiran matang dan profesional adalah pemikiran yangdisesuaikan dengan sesuatu keadaan dan persekitaran komunikasi. Hal ini mampu menjagahasil atau keberkesanan sesuatu penyampaian maklumat. Hal yang demikian mampu mengelakkan sesuatu masalah timbul yang akanmenjejaskan kelangsungan penyampaian maklumat seperti salah faham, ketidakpercayaan,bersikap tertutup dan sebagainya. Pelbagai jenis pemikiran yang timbul dalam diri manusiamampu ditangani dengan bijak dari segi penggunaannya, gaya, dan juga cara berfikir. Carakomunikasi yang berlangsung sama ada terbuka, tertutup, mendatar dan sebagainyadipengaruhi secara langsung oleh jenis dan gaya pemikiran. Sesungguhnya pemikiran manusia itu bukanlah sesuatu yang terbatas dan tiada hadtertentu tetapi bergantung kepada individu tersebut untuk menggunakannya dengan cara yangbagaimana. 13
  • 14. BIBLIOGRAFIAbdul Mua‟ti @ Zamri Ahmad. (2001). Santun Komunikasi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasadan Pustaka.Abdul Salam Haji Yussof,(2003).Imam Al- Ghazali Pendidikan Berkesan.KualaLumpur:Utusan PublicationsAinon binti Mohd dan Abdullah bin Hasan (2006). Belajar berfikir. Kuala Lumpur :Percetakan Zafar Snd. Bhd.Astrid S. Susanto. (1987). Komunikasi: teori dan praktis. Indonesia. Penerbit Binacipta 1977.Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya dan Fawziah Yahya .(2005). Aplikasikognitif dalam pendidikan. Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Snd. BhdAzlena binti Zainal & Munir bin Shuib, (2003) .Meningkatkan Potensi Minda.KualaLumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.De Bono, E. (2001). Pemikiran praktikal: membincangkan cara- cara praktikal bagipemikiran yang betul. Kuala Lumpur. Golden Books Centre Sdn. Bhd.http://drsidekbaba.blogspot.com/2006/12/berfikir-logikal.html (Diperoleh pada 23/11/2011)http://jacs-inspiration.blogspot.com/2009/08/konsep-pemikiran.html(Diperoleh pada 21/11/2011)http://khairuddinuad.files.wordpress.com/2011/03/komunikasiinterpersonal.ppt(Diperoleh pada 23/11/2011)http://wahyudiantoindra.multiply.com/journal/item/3 (Diperoleh pada 21/11/2011)http://www.angelfire.com/wa/anis/pkritis.html (Diperoleh pada 23/11/2011)http://www.scribd.com/doc/14585387/Pemikiran-Dan-Gaya-Pembelajaran(Diperoleh pada 21/11/2011)http://www.scribd.com/doc/25161947/Definisi-Pemikiran (Diperoleh pada 21/11/2011)Ishak Ramly. (2005). Pemikiran dan kurikulum Inilah kurikulum sekolah. (Hlm 135-176).Diperoleh pada November 2011, 24 daripada : 14
  • 15. http://books.google.com.my/books?id=8zBfe-dLNZQC&pg=PA156&dq=john+barell+1991_+pemikiran&hl=en&ei=_aDNTuHJBIr4rQetuNn5DA&sa=X&oi=book_result&ct=book-thumbnail&resnum=1&ved=0CDMQ6wEwAA#v=onepage&q=john%20barell%201991-%20pemikiran&f=false.Mahani Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin Hashim,(2006) Psikologi Pendidikan. KualaLumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim (2003). Jenis-jenis pemikiran.Psikologi pendidikan. (hlm 101-114).Selangor : Nightingle Printing Snd Bhd.Maimunah Osman. (2005). Pemikiran kreatif. Kuala Lumpur : Institut TadbiranMohd. Michael Abdullah. (1995). Pemikiran kristis. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.Mokhtar Muhammad. (2004). Komunikasi dan perubahan. Selangor Darul Ehsan. UPENAUiTM.O‟ Sullivan, T. Saunders, D. Hartley, J. Fiske, J. (1996). Konsep penting dalam komunikasi.London. Routledge.Poh Swee Hiang, (2000).KBKK Kemahiran Berfikir secara kreatif dankritis.Selangor:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.Salhah Abdullah,(2009). Kecerdasan Pelbagai- Aplikasi dalam Pengajaran danPembelajaran.Kuala Lumpur :PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.Samsuddin A. Rahim. (1997). Komunikasi asas. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Severin, J. W dan Tankard Jr, W. J. (1988). Teori komunikasi. New York. CommunicationArts Books. 15

×