Masalah Setinggan bandar Johor Bahru

4,463 views
4,205 views

Published on

Published in: Education
2 Comments
1 Like
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
4,463
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
82
Comments
2
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Masalah Setinggan bandar Johor Bahru

  1. 1. MASALAH SETINGGAN BANDAR JOHOR BAHRU, MALAYSIA: KAEDAH PENGENDALIAN D20101037799 Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak. ABSTRAKMasalah setinggan merupakan masalah yang sering dihadapi di semua negara terutamanya dinegara dunia ketiga, dan negara Malaysia juga tidak terkecuali daripada masalah ini. Negara-negara yang sedang membangun telah menyebabkan berlakunya pemusatan penduduk dikawasan bandar utama kerana banyak sektor ekonomi yang bertapak di kawasan tersebut. Halini telah menyebabkan peluang pekerjaan terbentang luas, lalu menyebabkan penduduktertumpu di kawasan tersebut. Penumpuan penduduk di sesuatu kawasan tekah menyebabkankawasan petempatan sedia ada tidak mencukupi lalu membawa kepada masalah setinggan.Oleh itu, permasalahan ini telah mendapat perhatian yang serius daripada pihak kerajaanMalaysia bagi menyelesaikannya. Perbincangan dalam makalah ini lebih menjurus kepadamasalah setinggan atau masalah petempatan haram yang berlaku di bandar Johor Bahru.Selain itu, kajian ini turut membincangkan tentang cara pengendalian yang digunakan untukmengekang serta membasmi masalah ini daripada terus menular ke tahap yang lebih kritikal.Kata kunci: Setinggan, perumahan, dan penempatan semula. 1
  2. 2. PENGENALANKonotasi perkataan setinggan boleh dibahagikan kepada dua iaitu konotasi secara am dankonotasi secara undang-undang. Konotasi setinggan secara am yang telah dicatatkan dalamkamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary (Edisi Ke-6, 2000) telah menyatakansetinggan adalah seseorang yang tinggal di dalam bangunan atau menduduki tanah tanpakebenaran dan tanpa membayar sewa, terutamanya di tanah rizab kerajaan. Manakalakonotasi setinggan secara undang-undang pula telah tercatat dalam Kanun Tanah Negara(KTN). Dalam seksyen 48 KTN, tercatat “tiada hak milik tanah kerajaan boleh diperolehsecara pegangan, pendudukan tak sah atau pendudukan di bawah mana-mana lesen untukselama mana sekalipun”. Secara keseluruhannya Setinggan dapat ditakrifkan sebagai aktivitipenerokaan atau pendudukan atau pembinaan bangunan di atas tanah hak milik pihak lain(sama ada rizab kerajaan, tanah agensi kerajaan, tanah komuniti, tanah persendirian dll)secara tidak sah dari segi undang-undang. Masalah setinggan ini merupakan masalah yang tidak dapat dielakkan di sesebuahnegara, terutamanya di sesebuah negara sedang membangun seperti Malaysia. Permasalahanini sering wujud di bandar-bandar maju seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan jugaSelangor. Namun begitu, kajian yang dijalankan adalah berpusatkan kepada bandar JohorBahru di Johor. Kewujudan masalah setinggan ini seolah-olah berangkai dengan isu sosio-ekonomi. Hal ini dapat dikaitkan dengan pertambahan bilangan gejala sosial seperti kecuriandan rompak apabila sesuatu kawasan itu mempunyai masalah setinggan. Manakala, masalahsetinggan ini juga dikatakan berkait rapat dengan isu ekonomi ialah dari segi peluangpekerjaan dan kemiskinan. Sekiranya masalah setinggan ini tidak dibanteras dari peringkatakal umbi lagi, masalah ini dikhuatiri boleh membantutkan pembangunan negara kita. Lantasitu, satu anjakan paradigma terhadap pengendalian masalah setinggan ini harus diambil bagimengekangnya daripada terus berlarutan sehingga ke tahap yang lebih kritikal. Negeri Johor merupakan salah satu negeri yang berada dalam kategori negeri maju diMalaysia. Oleh itu, negeri Johor turut dilanda masalah setinggan ini terutamanya di bandarJohor Bahru. Masalah setinggan di Johor Bahru dikaitkan dengan proses perbandaran yangberlaku dan juga kebanjiran penduduk dari yang datang mencari nafkah. Ketidakupayaangolongan ini dalam memiliki rumah yang sah telah menyebabkan wujudnya setinggan. Kajianterhadap masalah setinggan dan juga kaedah penyelesaian yang diguna pakai dalammenyelesaikan masalah setinggan di negeri Johor telah mendominasi makalah ini. 2
  3. 3. BANDAR RAYA JOHOR BAHRU, JOHOR.Perbincangan tentang masalah setinggan dalam makalah ini ditumpukan kepada bandar JohorBahru di Johor. Bandar raya Johor Bahru ini merupakan ibu negeri kepada negeri Johor yangterletak di selatan Semenanjung Malaysia. Johor Bahru juga merupakan bandar raya keduaterbesar di dalam negara Malaysia selepas bandar raya Kuala Lumpur. Terdapat tiga fungsi penting bandar raya Johor Bahru ini adalah sebagai pusatperindustrian, perdagangan dan pelancongan. Sektor pelancongan merupakan penyumbangutama kepada ekonomi Johor Bahru kerana disumbangkan oleh 60% pelancong dari negaraSingapura. Pembangunan dari sektor perindustrian turut berkembang seiring denganperkembangan sektor pelancongan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kilang yangberoperasi di sekitar bandar raya Johor Bahru yang merancakkan lagi perkembangan dalamsektor perindustrian ini. Dari segi geografinya pula, bandar raya Johor Bahru ini terletak di latitud 1˚29’U dandi longitud 103˚44’T. Bandar raya Johor Bahru ini bertempat di pinggir Selat Tebrau yangmemisahkan Malaysia dengan Singapura. Keluasan bandar raya Johor Bahru adalah 185 km2.Bandar raya ini dikelilingi tanah pantai jenis paya dan juga dikelilingi sistem sungai sepertiSungai Johor, Sungai Pulai dan Sungai Tebrau. (Rujuk Lampiran 1) MASALAH SETINGGAN DI JOHOR BHARU Menurut banci tahun 2000, kini penduduk Malaysia telah mencapai 23.27 juta orangberbanding dengan banci penduduk pada tahun 1991 yang hanya mempunyai 18.38 jutaorang penduduk. Pertambahan penduduk seramai 4.9 juta orang penduduk atau dengan kadarpertumbuhan tahunan penduduk sebanyak 2.6 juta orang dalam tempoh sepuluh tahun. Halini telah menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk bandar dari 50.7% pada tahun1991 kepada 62.0% pada tahun 2000. Proses urbanisasi yang hanya tertumpu padapembangunan industri, pelaburan, infrastruktur, perkhidmatan sosial dan ekonomi telahmenyebabkan peluang ekonomi tertumpu di pusat-pusat bandar sahaja. Hal ini demikian telahmenyebabkan pertambahan penduduk bandar dan menyebabkan pembekalan perumahan yangsedia ada tidak mencukupi. Lantas itu, perkara ini telah menyebabkan berlakunya masalahsetinggan. 3
  4. 4. Abram (1966) telah mengkategorikan penduduk setinggan kepada lima kategoriutama (Abdul Aziz Husin, 2004). Antaranya ialah setinggan penyewa, setinggan pemilik,setinggan pengeras, setinggan tuan tanah, setinggan spekulator dan juga setinggan pekerjaan.Masalah setinggan yang paling banyak berlaku di Johor Bahru setinggan penyewa, setingganpemilik dan setinggan spekulator. Setinggan penyewa merupakan penduduk yang palingmiskin dan mereka ini menduduki rumah yang disewa daripada penduduk setinggan lain. Halini demikian kerana kebanyakannya daripada mereka merupakan golongan yang baruberpindah dari luar bandar dan tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untukmenyewa di tempat yang sah. Manakala setinggan pemilik pula bermaksud penduduk dikawasan tersebut merupakan pemilik kepada rumah yang didiami tetapi bukan pemilikkepada tanah tapak rumah tersebut. Seterusnya ialah setinggan spekulator yang bermaksud,penduduk di kawasan setinggan tersebut sengaja tidak mahu berpindah daripada kawasantersebut kerana mereka mahukan pampasan daripada tuan tanah atau pihak kerajaan. Negeri Johor merupakan negeri kedua tertinggi jumlah bilangan keluarga setingganyang masih belum dipindahkan sehingga Disember 2007 berbanding dengan negeri lain yangberada di semenanjung Malaysia. Jumlah keluarga setinggan yang masih ada di Johor adalahsebanyak 11,411 orang ( Rujuk Lampiran 2). Kawasan yang sering dikaitkan dengan masalahsetinggan di negeri Johor ini ialah Kampung Semangat (rujuk Lampiran 3), Kampung DenaiPinggiran (rujuk Lampiran 4), Kampung Desa Melayu (rujuk Lampiran 5), Kampung DesaMakmur, Kampung Desa Jaya, Kampung Tengah, Kampung Tok Siak (rujuk Lampiran 6),Kampung Bakar Batu dan juga Kampung Hajah Hasnah. Kesemua lokasi kawasan setingganini berada dalam lingkungan kawasan bandar raya Johor Bahru. Kewujudan kampung-kampung setinggan di Johor Bahru ini telah cukup untuk membuktikan bahawa isu ataumasalah rumah setinggan ini memang berada pada tahap yang membimbangkan dan ia akanmenjadi lebih kritikal jika tidak diselesaikan (rujuk Lampiran 7). Kampung-kampung setinggan yang disenaraikan ini banyak didiami oleh penduduktempatan, tetapi ada juga yang didiami oleh warganegara asing seperti Kampung Tok Siak.Kewujudan perkampungan setinggan ini telah menimbulkan banyak masalah termasuklahmasalah kemiskinan, peningkatan gejala sosial, kawasan penagihan dadah, samseng, dan tarafpendidikan yang rendah. Selain itu, keadaan persekitarannya yang tidak mesra alam sepertisistem kumbahan yang tidak sistematik dan pembinaan rumah yang tidak terancang telahmenyebabkan kecacatan pemandangan memberikan imej yang kurang baik kepadamasyarakat umum. Oleh itu, kaedah pengendalian yang drastik perlu dilakukan. 4
  5. 5. MASALAH SETINGGAN DI JOHOR BAHRU: MASALAH YANG DIUNDANGMasalah setinggan di Johor Bahru telah mengundang kepada banyak masalah. Antaranyaialah masalah pencemaran, penularan wabak penyakit, dan peningkatan kes sosial. Masalah-masalah ini telah menyebabkan kecacatan dalam urbanisasi bandar Johor Bahru. Lantas itu,langkah-langkah yang bersesuaian yang drastik perlu dilaksanakan bagi membasmi masalahsetinggan ini dan sekali gus menyelesaikan masalah yang diundang oleh kewujudan kawasansetinggan ini. Masalah pertama yang diundang oleh masalah setinggan ialah masalah pencemaran.Pembinaan rumah-rumah yang tidak terancang di kawasan haram telah menyebabkanpengurusan sisa pepejal di kawasan setinggan tidak terurus. Hal ini telah menyebabkanberlakunya pencemaran darat iaitu, sisa-sisa domestik telah dibuang merata-rata tempat dantidak diuruskan dengan betul. Selain itu, pengurusan sisa domestik yang tidak teratur ini turutmenyebabkan berlakunya pencemaran air. Ironinya, penduduk di kawasan setinggan ini sukamengambil jalan mudah untuk mengendalikan sisa domestik mereka dengan membuangnyadi sungai berhampiran, maka hal ini telah menyebabkan berlakunya pencemaran darat dan air.Buktinya dapat dirujuk Lampiran 8. Masalah kedua pula ialah penularan wabak penyakit. Kawasan petempatan setingganini dibina secara tidak terancang telah menyebabkan sistem kumbahan di kawasan ini jugatidak teratur. Hal ini demikian memudahkan lagi penularan wabak penyakit seperti denggi,taun, keracunan makanan, dan sebagainya. Bukti yang jelas dapat dilihat ialah melalui jurnalyang bertajuk “Dengue Vectors Surveillance in Endemic Areas in Kuala Lumpur City Centreand Selangor State, Malaysia”. Walaupun jurnal ini tidak menyatakan kawasan Johor Bahruturut tersenarai dalam masalah denggi di kawasan setinggan ini, tetapi kita sedia maklumbahawa Johor Bahru juga merupakan kawasan pusat bandar yang menjadi tumpuan sertaterdapat banyak petempatan setinggan. Lantas itu, Johor Bahru juga dapat dikaitkan denganmasalah denggi ini. Masalah seterusnya ialah peningkatan kes sosial. Kawasan setinggan ini kebiasaannyadidiami oleh penduduk yang mempunyai taraf pendidikan yang rendah dan menyebabkanmereka sukar mendapatkan pekerjaan. Oleh itu, mereka mengambil mudah denganmelakukan jenayah bagi mendapatkan rezeki untuk menampung kos hidup yang tinggi dibandar. Perbuatan mereka ini telah menyebabkan berlakunya peningkatan kes sosial seperti 5
  6. 6. mencuri, meragut, pecah rumah dan juga merompak. Selain itu, masalah sosial seperti buli,gangster dan juga penagihan dadah turut meningkat. Hal ini demikian, anak-anak di kawasanini tidak membesar di persekitaran yang betul menyebabkan mereka terpengaruh denganbudaya sekeliling yang kurang sihat, maka berlakulah peningkatan masalah sosial akibatdaripada kewujudan kawasan setinggan. Penyataan ini disokong oleh Dr. Hajah Asiah dalamlaporannya yang bertajuk, “Implikasi Pencerobohan Tanah Kerajaan, Kajian Kes: BandarRaya Johor Bahru” KAEDAH PENGENDALIAN SETINGGAN DI JOHORAntara kaedah pengendalian yang telah diambil oleh kerajaan negeri Johor dalam menanganimasalah setinggan di Johor Bahru termasuklah memberi pemilikan tanah, memberi LesenPendudukan Sementara(LPS), perpindahan ke rumah kos rendah (PPR), dan penguatkuasaanundang-undang tanah. Manakala, secara amnya, pihak kerajaan persekutuan Malaysia telahmelaksanakan dua program dalam membasmi kewujudan kawasan setinggan ini. Programpertama yang diperkenalkan ialah program sifar setinggan yang bertindak untukmengosongkan kawasan setinggan. Seterusnya ialah program perumahan awam yangmelibatkan pembinaan perumahan awam kepada penduduk setinggan. Kedua-dua program initurut dilaksanakan oleh kerajaan negeri Johor. Kaedah memberi pemilikan tanah merupakan kaedah paling lazim yang dilakukanoleh kerajaan negeri Johor. Melalui kaedah ini, kerajaan negeri telah membuat keputusanuntuk menempatkan semula penduduk setinggan di atas tanah yang telah mereka ceroboh.Hal ini bertujuan untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan daripada membayar pampasandan memindahkan golongan ini ke kawasan lain. Sekurang-kurangnya kerajaan hanya rugidari segi nilai tanah, kerana kerajaan negeri menukar pemilikan tanah kepada tanah tidakbertuan kepada tanah bertuan. Kaedah ini telah diaplikasikan oleh kerajaan negeri Johor keatas kawasan setinggan di Kampung Seri Serdang, Kampung Sri Jaya Baru, KampungSentosa Dua, Kampung Sri Aman, dan Kampung Melayu Gelang Patah. Seterusnya ialah kaedah memberi Lesen Pendudukan Sementara (LPS). Dalamkaedah ini, kerajaan negeri Johor telah memberikan LPS ini kepada penduduk di kawasansetinggan supaya mereka tidak menjadi penduduk haram di kawasan tersebut. Lesen yangdiberikan bertujuan untuk membenarkan penduduk setinggan tinggal di kawasan tersebut 6
  7. 7. tetapi apabila tanah tersebut boleh diambil semula oleh pihak kerajaan, mereka tidak akanmembayar sebarang wang pampasan. Oleh itu, kaedah ini dilihat dapat menjimatkan kos darisegi membayar pampasan kepada penduduk setinggan. Kaedah ini telah diguna pakai bagikawasan setinggan di Kampung Tawakkal, Kampung Paya Kenangan Kampung Bunga Ros,Kampung Ulu Pandan, dan Kampung Lembah Murni. Langkah yang turut diambil oleh kerajaan negeri Johor dalam menangani masalahsetinggan termasuklah memindahkan penduduk di kawasan setinggan ini ke kawasanperumahan kos rendah yang telah disediakan atau dikenali juga sebagai Program PerumahanRakyat (PPR). Dalam kaedah ini, semua kos dan perbelanjaan untuk pembinaan kawasanpenempatan baru akan ditanggung oleh pihak yang ingin memajukan kawasan setinggantersebut. Oleh itu, kos yang tinggi telah digunakan bagi melaksanakan kaedah ini. Antarakampung yang terlibat dengan PPR ini ialah Kampung Laut, Batu 10 Skudai dan KampungLembah Jaya, Tebrau. Kaedah penguatkuasaan undang-undang tanah turut dilaksanakan kerajaan negeriJohor dalam menangani masalah setinggan. Penguasaan undang-undang tanah di bawahseksyen 425, Kanun Tanah Negara tahun 1965 telah menyatakan tindakan perlu diambilterhadap penduduk di kawasan setinggan terutamanya terhadap warga asing yang mendiamikawasan tersebut. Warga asing ini kebanyakannya terdiri daripada Indonesia, Myanmar,Kemboja, India, Bangladesh, dan sebagainya. Rakyat tempatan yang menceroboh tanah rizabkerajaan sememangnya satu perbuatan yang salah dari sisi undang-undang dan inikan pulawarganegara asing yang kebanyakannya terdiri daripada pendatang tanpa izin (PATI).Kesalahan yang dilakukan mereka ini memang tidak dapat dimaafkan, dan memang wajarpenguatkuasaan kanun tanah negara dilaksanakan kerajaan negeri Johor dalammenyelesaikan masalah ini. Kampung setinggan yang dikenal pasti penduduknya ialah wargaasing ialah Kampung Pertanian Masai, Kampung Pasir Dalam, Kampung Sungai Tiram danKampung Sc Batu 2. Seterusnya, kita melihat kepada pengenalan kepada program sifar setinggan. Programini telah diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun2005 bagi membasmi setinggan di kawasan bandar dan lain-lain yang terlibat dengan masalahsetinggan ini. Pelancaran program ini adalah melibatkan semua negeri yang ada di Malaysiatermasuklah Sabah dan Sarawak. Kerajaan negeri Johor juga tidak terkecuali dalammelaksanakan program ini bagi membasmi masalah setinggan. Bancian penduduk di kawasan 7
  8. 8. setinggan telah dilaksanakan bagi mengumpul maklumat mengenai jumlah sebenar penduduksetinggan yang wujud dan tindakan membasmi akan dilakukan dengan mengambil kira darisegi semua aspek, termasuklah kos pelaksanaan dan kebajikan penduduk. Pelaksanaankaedah ini melibatkan keseluruhan bandar raya Johor Bahru dan juga negeri Johor. Langkah terakhir ialah melalui program perumahan awam. Program ini telah dirangkaoleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dengan kerjasama Kementerian Perumahandan Kerajaan Tempatan untuk membuat penempatan semula penduduk di kawasan setingganseluruh negara. Antara kaedah yang digunakan ialah mewujudkan Program PerumahanRakyat Bersepadu, serta Program Perumahan Rakyat Dasar Baru untuk disewa dan dimiliki.Pelaksanaan program perumahan ini adalah sejajar dengan pelaksanaan program sifarsetinggan sebagai wadah untuk menyelesaikan masalah setinggan yang berlaku. KESIMPULAN Kesimpulannya masalah setinggan ini tidak boleh dipandang enteng kerana kegagalandalam pengendaliannya akan membawa impak yang besar terhadap pembangunan negara kita.Hal ini demikian kerana, masalah setinggan ini merupakan masalah berangkai yang akanmendatangkan banyak kesan terhadap aspek-aspek lain apabila gagal dikendalikan denganbaik. Seterusnya merujuk kepada kaedah pengendalian masalah setinggan oleh kerajaannegeri Johor, saya merasakan kaedah yang sedia ada adalah sudah memadai tetapi cubakurang dari segi pelaksanaan. Hal ini dapat dibuktikan melalui, sehingga kini masih lagiwujud kawasan setinggan di Johor Baharu. Kawasan setinggan yang wujud ini semakinbertambah-tambah dan kawasan setinggan yang sedia ada juga masih terbentang elok keranatiada tindakan yang diambil pihak kerajaan negeri Johor. 8
  9. 9. LAMPIRANLampiran 1: Peta Johor Bahru, Johor.Sumber: Blog Travelog (http://isatravelog.blogspot.com/p/peta.html) 9
  10. 10. BIL NEGERI BIL. KELUARGA SETINGGAN YANG BELUM DIPINDAHKAN 1 W.P.KUALA LUMPUR 11,181 2 W.P.LABUAN 1,068 3 SELANGOR 343 4 JOHOR 11,411 5 PULAU PINANG 6,370 6 PERLIS 2,266 7 KEDAH 3,443 8 PERAK 14,282 9 MELAKA 3610 NEGERI SEMBILAN 39911 PAHANG 97412 TERENGGANU 69913 KELANTAN 1,06914 SARAWAK 9,33915 SABAH 23,692 Jumlah 86,572 Lampiran 2: Statistik Bilangan Keluarga Setinggan yang Masih Belum Dipindahkan di Seluruh Negara Sehingga Disember 2007. Sumber: Diperoleh dan Diubahsuai Dari Jabatan Perumahan Negara, Ogos 2008. Lampiran 3: Kawasan setinggan di Kampung Semangat, Kempas, Johor Bahru. Sumber: Artikel “Illegals rent ex-squatters homes” oleh Chuah Bee Kim (Mac, 2011) 10
  11. 11. Lampiran 4: Kampung Denai Pinggiran, Kempas, Johor Bahru.Seumber: Artikel “Isu Kampung Denai Pinggiran: Pintu Perubahan di Johor” oleh Abu Safuan.Lampiran 5: Kampung Desa Melayu, Stulang, Johor Bahru.Sumber: Blog EDL dan Setinggan di (http://edldansetinggan.blogspot.com). 11
  12. 12. Lampiran 6: Kampung Tok Siak, Stulang, Johor Bahru.Sumber: Artikel “Usaha capai sifar setinggan” oleh Jaafar Ahmad. 12
  13. 13. MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU(MBJB) BILANGAN STATUSBIL NAMA KAWASAN RUMAH TANAH i. Kg. Melayu Sepakat ii. Kg. Berkat Tanah 1 iii. Kg. Al-Ikhsan 757 Kerajaan iv. Kg. Bakti v. Kg. Stulang Baru Tanah 2 Kg. Bunga Ros 48 Kerajaan Tanah 3 Kg. Paya Kenangan 22 Kerajaan Tanah 4 Kg. Pasir Tebrau 27 Kerajaan Tanah 5 Kg. Lembah Murni 27 Kerajaan Tanah 6 Kg. Denai 1 11 Kerajaan Rizab 7 Lorong Aman 37 Sungai Tanah8 Lorong Masjid 29 Kerajaan Tanah 9 Kg. Permatang 5 44 Kerajaan Tanah10 Lembah Bistari 39 Kerajaan Tanah11 Kg. Tenang 20 Kerajaan Rizab Jab.12 Kg. Muafakat 88 Haiwan Tanah13 Kg. Padu 20 Kerajaan Tanah14 Kg. Tahana 47 Kerajaan Rizab Kaw.15 Kg. Bukit Alif 27 Lapang Tanah16 Kg. Kencana A 45 Kerajaan Tanah17 Kg. Kencana B 21 Kerajaan Tanah18 Kg. Skudai Kiri 827 Kerajaan Rizab19 Kg. Usaha Jaya 22 KUSTA Kaw. Sekitar Hospital Rizab Hops.20 1300 Permai Permai Tanah21 Kg. Pasir Brunai 163 Kerajaan 13
  14. 14. Tanah 22 Kg. Pengkalan Rinting 115 Kerajaan Tanah 23 Kg. Sri Serdang 79 Kerajaan Tanah 24 Kg. Serdang Baru 105 Kerajaan Tanah 25 Kg. Sri Jaya 126 Kerajaan Tanah 26 Kg. Bukit Batu 216 Kerajaan Tanah 27 Kg. Desa Melayu 272 Kerajaan Tanah 28 Kg. Desa Jaya 212 Kerajaan Tanah 29 Kg. Desa Makmur 172 Kerajaan Tanah 30 Kg. Tengah 50 Kerajaan Tanah 31 Kg. Belantik 182 Kerajaan Tanah 32 Kg. Melayu ( Jln Budiman) 120 Kerajaan Tanah 33 Kg. Sri Makmur Plentong 123 Kerajaan Kg. Laut batu 10 & 11 Tanah 34 360 Skudai Kerajaan Tanah 35 Kg. Sri Purnama 87 Kerajaan Tanah 36 Kg. Pasir Tebrau 33 Kerajaan Tanah 37 Kg. Baru Ulu Pandan 49 Kerajaan Tanah 38 Kg. Baru Pandan 88 Kerajaan Tanah 39 Kg. Jaya Sepakat 25 Kerajaan Tanah 40 Sekitar Sg. Plentong 54 Kerajaan TOTAL 6089Lampiran 7: Senarai Rumah Setinggan di Kawasan Johor BahruSumber: Laporan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Negeri Johor (28 Julai 2009) 14
  15. 15. BIBILIOGRAFIDr. Hajah Asiah Othman (2006). Laporan Akhir Penyelidikn Jangka Pendek ”Implikasi Pencerobohan Tanah Kerajaan. Kajian Kes: Bandar Raya Johor Bharu”. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor. M/surat (29-44).Abdul Aziz Hussin, Wan Hazimah Wan Hariri dan Nazri Zakaria (2004). Setinggan: Isu Pengurusan, Undang-undang dan Pembangunan Harta Tanah.Haji Salleh Buang (2003). Kanun Tanah Negara 1965 dan pelbagai undang-undang berkaitan tanah, satu tinjauan. Seminar pentadbiran dan perundangan untuk pegawai daerah/ pentadbir tanah semenanjung Malaysia pasa 15-16 Disember 2003.Hamid Saad (1988). Petempatan dan Asas Pertapakan Bandar: Rujukan kepada Semenangjung Malaysia Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.Jamaluddin Husin (2004). Projek rumah untuk rakyat berpendapatan rendah. Akbar Berita Harian pada 2/1/2004.Katiman Rostam (1988). Pengantar Geografi Bandar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.C.D.Chen, B.Seleena, W.A.Nazni, H.L.Lee, S.M.Masri, Y.F.Chiang and M.Sofian-Azirun (2006). Dengue Vectors Surveillance in Endemic Areas in Kuala Lumpur City Cebtre and Selangir State, Malaysia. Dengue Bulletin: Vol-30. 15
  16. 16. Azlinor Sufian dan Nor Asiah Mohamad (2009). Squatters and Affordable Houses ini Urban Areas: Law and Policy in Malaysia. Theorical and Empirical Researches in Urban Management. Number 4(13)/ November 2009.Yaso Nadarajah. Life Under the Freeway in Malaysia: Community Resilience amidst Modernization in Contemporary Malaysia. Dislocation: Local Global.Badrul Hisham b. Baharuddin. Pengurusan Bandar. Diperoleh dari pdf Pengurusan Bandar (http://peperiksaan.dbkl.gov.my/sppi/public/borang/PENGURUSAN%20BANDAR)Sumber Internet: Malaysia Achiving The Millennium Development Goals: Suxxesses And Challenges. Diterbitkan Economic Planning Unit, Prime Minister’s Department,Malaysia.Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. ( 28 Julai 2009). Laporan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Johor. 16
  17. 17. HGM 3043:GEOGRAFI BANDAR DAN METROPOLITAN Tajuk: Tugasan Individu PILIH SEBUAH BANDAR DI MALAYSIA DAN BINCANGKAN MASALAH SETINGGAN DI BANDAR TERSEBUT.“MASALAH SETINGGAN BANDAR JOHOR BAHRU, MALAYSIA: KAEDAH PENGENDALIAN”. No. Matrik : D20101037799 No.Kad pengenalan : 901228-03-5882 Semester : Sem 3 sesi 2011/2012 Program : AT-33 Pendidikan Geografi Nama Pensyarah : Dr. Mazdi Bin Marzuki 17
  18. 18. 18

×