R1001 / UNIT 2/ 1                            PERTOLONGAN CEMAS            UNIT 2             PERTOLONGAN CEMAS            ...
R1001 / UNIT 2/ 2                           PERTOLONGAN CEMAS                                 INPUT2.0 PENGENALANPertolong...
R1001 / UNIT 2/ 3                           PERTOLONGAN CEMAS2.1 DEFINISI PERTOLONGAN CEMASDefinisi – Suatu rawatan pertam...
R1001 / UNIT 2/ 4                             PERTOLONGAN CEMAS       viii. Jangan cuba beri bantuan berlebih-lebihan. Ber...
R1001 / UNIT 2/ 5                               PERTOLONGAN CEMASAnda boleh memeriksa nadi anda atau rakan anda di pergela...
R1001 / UNIT 2/ 6                               PERTOLONGAN CEMAS2.4         RESUSITASI KARDIOPULMONARI ( CPR )Resusitasi ...
R1001 / UNIT 2/ 7                          PERTOLONGAN CEMASSementara itu untuk melakukan CPR terdapat tiga prinisip asas ...
R1001 / UNIT 2/ 8                        PERTOLONGAN CEMASAntara punca-punca boleh menyebabkan asfiksia adalah:i.     Lema...
R1001 / UNIT 2/ 9                           PERTOLONGAN CEMAS     2.4.2        Pemeriksaan ABCA (Airway)               Sal...
R1001 / UNIT 2/ 10                      PERTOLONGAN CEMAS2.4.3      Kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut1.  ...
R1001 / UNIT 2/ 11                        PERTOLONGAN CEMAS3.   Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dad...
R1001 / UNIT 2/ 12                        PERTOLONGAN CEMAS14. Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit....
R1001 / UNIT 2/ 13                       PERTOLONGAN CEMAS     vii.   lakukan sehingga bantuan pakar tiba.6.   Sekiranya t...
R1001 / UNIT 2/ 14            PERTOLONGAN CEMASa) dewasa                b) wanita          c) kanak-kanak      d) bayi    ...
R1001 / UNIT 2/ 15PERTOLONGAN CEMASRajah 5: Ringkasan CPR
R1001 / UNIT 2/ 16                                    PERTOLONGAN CEMAS     2.4.6            Kedudukan pemulihan     Apabi...
R1001 / UNIT 2/ 17                           PERTOLONGAN CEMAS                     AKTIVITI 1a    •   UJIKAN KEFAHAMAN AND...
R1001 / UNIT 2/ 18                           PERTOLONGAN CEMAS                      MAKLUMBALAS 1aJawapan :2.1. Suatu rawa...
R1001 / UNIT 2/ 19                        PERTOLONGAN CEMAS    dapat dikurangkan dengan mengawal tekanan dan kelajuan pern...
R1001 / UNIT 2/ 20                               PERTOLONGAN CEMAS                                     INPUT2.5         PE...
R1001 / UNIT 2/ 21                          PERTOLONGAN CEMAS2.5.1       Rawatan Pendarahan Eksternal secara umuma)     Lu...
R1001 / UNIT 2/ 22                          PERTOLONGAN CEMASb)        Luka kecil yang ada benda asing.Sekiranya ada benda...
R1001 / UNIT 2/ 23                      PERTOLONGAN CEMAS                                          Balut dibahagian       ...
R1001 / UNIT 2/ 24                        PERTOLONGAN CEMASc)          Anggota terputus - Kawal darah dari berterusan kelu...
R1001 / UNIT 2/ 25                                  PERTOLONGAN CEMAS      5.      Jenis-jenis pembalut yang biasa ialah :...
R1001 / UNIT 2/ 26                        PERTOLONGAN CEMAS2.6.1     Jenis-jenis patah.Patah boleh diklasifikasikan kepada...
R1001 / UNIT 2/ 27                             PERTOLONGAN CEMAS  iii.   kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota y...
R1001 / UNIT 2/ 28                                PERTOLONGAN CEMAS                         AKTIVITI 1b       •    UJI KEF...
R1001 / UNIT 2/ 29                                       PERTOLONGAN CEMAS                                 MAKLUMBALAS 1bJ...
R1001 / UNIT 2/ 30                                PERTOLONGAN CEMAS2.11       Tindakan yang perlu diambil adalah:         ...
R1001 / UNIT 2/ 31                      PERTOLONGAN CEMAS• Jika mangsa perlu dialihkan, anda memerlukan sekurang-kurangnya...
R1001 / UNIT 2/ 32                            PERTOLONGAN CEMAS                                  INPUT2.7     MELECUR DAN ...
R1001 / UNIT 2/ 33                           PERTOLONGAN CEMAS     2.7.1     Klasifikasi terbakar                         ...
R1001 / UNIT 2/ 34                          PERTOLONGAN CEMASdiberikan. Sekiranya kecederan terbakar berlaku pada tangan k...
R1001 / UNIT 2/ 35                     PERTOLONGAN CEMAS                               Kepala 9%                          ...
R1001 / UNIT 2/ 36                           PERTOLONGAN CEMAS       sejuk yang lain juga boleh digunakan seperti susu dan...
R1001 / UNIT 2/ 37                        PERTOLONGAN CEMASvi.    rawat mangsa      daripada   serangan       renjatan.   ...
R1001 / UNIT 2/ 38                                 PERTOLONGAN CEMAS         iii.   longgarkan pakaian dan pastikan suhu b...
R1001 / UNIT 2/ 39                        PERTOLONGAN CEMAS2.8.1   Rawatan lemas kerana air1.   Bawa mangsa lemas naik ke ...
R1001 / UNIT 2/ 40                         PERTOLONGAN CEMAS2.8.3        Rawatan sesak nafas (kesukaran bernafas)1.       ...
R1001 / UNIT 2/ 41                              PERTOLONGAN CEMAS      2.         Lelah      Pesakit asma biasanya mengeta...
R1001 / UNIT 2/ 42                           PERTOLONGAN CEMASRawatan bagi mangsa yang pengsan:    i.     buka salur udara...
R1001 / UNIT 2/ 43                           PERTOLONGAN CEMAS2.10 KEJUTAN ELEKTRIKBekalan arus elektrik dirumah, pejabat,...
R1001 / UNIT 2/ 44                              PERTOLONGAN CEMAS                         AKTIVITI 1c       •    UJI KEFAH...
R1001 / UNIT 2/ 45                            PERTOLONGAN CEMAS                       MAKLUMBALAS 1cJawapan :2.12   Langka...
R1001 / UNIT 2/ 46                           PERTOLONGAN CEMAS2.14   Langkah rawatan adalah seperti berikut:       i.     ...
R1001 / UNIT 2/ 47                            PERTOLONGAN CEMAS                                INPUT2.11 SENGATAN SERANGGA...
R1001 / UNIT 2/ 48                      PERTOLONGAN CEMASJika seseorang itu menderita akibat gigitan ular, langkah-langkah...
R1001 / UNIT 2/ 49                            PERTOLONGAN CEMAS    Anda juga boleh menggunakan kaedah dengan menghiris kaw...
R1001 / UNIT 2/ 50                           PERTOLONGAN CEMAS     2.11.3    Sengatan hidupan laut.     Apabila anda berke...
R1001 / UNIT 2/ 51                          PERTOLONGAN CEMASKeracunan jika tidak diubati boleh menyebabkan kerosakkan sem...
R1001 / UNIT 2/ 52                       PERTOLONGAN CEMAS3.   Terdapat tanda-tanda terbakar dan warna keputihan disekelil...
R1001 / UNIT 2/ 53                               PERTOLONGAN CEMAS                         AKTIVITI 1d       •    UJI KEFA...
R1001 / UNIT 2/ 54                            PERTOLONGAN CEMAS                       MAKLUMBALAS 1dJawapan :2.15   Langka...
R1001 / UNIT 2/ 55                           PERTOLONGAN CEMAS2.16   Langkah rawatan yang perlu anda lakukan adalah:      ...
R1001 / UNIT 2/ 56                           PERTOLONGAN CEMAS                           PENILAIAN KENDIRIAnda telah mengh...
R1001 / UNIT 2/ 57                              PERTOLONGAN CEMAS                    1                     P              ...
R1001 / UNIT 2/ 58                            PERTOLONGAN CEMAS                        MAKLUMBALAS                    Adak...
R1001 / UNIT 2/ 59                               PERTOLONGAN CEMAS     •       Tutup suis enjin kenderaan A yang terlibat ...
R1001 / UNIT 2/ 60                              PERTOLONGAN CEMASix. Gunting                           - memotong pakaian ...
R1001 / UNIT 2/ 61            PERTOLONGAN CEMAS        P        C        M    U   K   A             L       S       O   R ...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

R1001unit2 100222101706-phpapp01

1,571

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,571
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
58
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

R1001unit2 100222101706-phpapp01

  1. 1. R1001 / UNIT 2/ 1 PERTOLONGAN CEMAS UNIT 2 PERTOLONGAN CEMAS OBJEKTIFObjektif am : • Mengetahui punca sesuatu kemalangan • Mengetahui rawatan yang perlu diberikan • Aplikasi rawatan untuk sesuatu kemalangan atau kecederaanObjektif khusus :Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :- Ø menyatakan punca dan rawatan yang perlu bagi sesuatu kecederaan Ø mengenal punca sesuatu kecederaan Ø memberi rawatan kecemasan bagi sesuatu kemalangan
  2. 2. R1001 / UNIT 2/ 2 PERTOLONGAN CEMAS INPUT2.0 PENGENALANPertolongan cemas sepatutnya dipelajari serta diamalkan oleh setiap rakyatMalaysia. Tugas dalam memberikan perkhidmatan kecemasan tidak semestinyadibebankan pada pihak hospital, doktor-doktor dan ahli pertolongan cemasterlatih sahaja. Malahan ia sepatutnya dipikul oleh setiap lapisan masyarakat. Iniadalah kerana kemalangan dan kecelakaan boleh terjadi pada bila-bila masasamada di dalam rumah, pejabat, sekolah atau di kawasan terbuka.Apabila berlaku kemalangan atau kecemasan, anda mungkin menjadi orang yangberada di lokasi ataupun orang yang pertama tiba ke lokasi kemalangan ataukecemasan. Oleh itu anda merupakan Responder Pertama atau ahli pertolongancemas yang berpotensi untuk menyelamatkan nyawa atau untuk mengurangkankemungkinan kecederaan dari menjadi lebih teruk.Bagi membolehkan anda menjalankan rawatan kecemasan yang baik, andamestilah mempunyai pengetahuan ilmu pertolongan cemas yang mahir dancekap. Di dalam unit ini anda akan didedahkan mengenai ilmu pertolongancemas agar anda dapat memberikan rawatan pertolongan cemas dengan baik.
  3. 3. R1001 / UNIT 2/ 3 PERTOLONGAN CEMAS2.1 DEFINISI PERTOLONGAN CEMASDefinisi – Suatu rawatan pertama atau bantuan permulaan yang diberikankepada pesakit atau mangsa kemalangan sebagai usaha rawatan pertama didalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulan atau sebelum pesakitmendapat rawatan dari doktor atau pakar perubatan.Matlamat utama anda sebagai ahli pertolongan cemas adalah: • untuk menyelamatkan nyawa • mengelakkan kecederaan dari bertambah teruk • mengurangkan kesakitan • sebagai persediaan sebelum diambilalih oleh ambulan atau doktor2.2 PETUA-PETUA PERTOLONGAN CEMAS i. Buat penilaian segera dan menyeluruh pada mangsa dan kawasan ii. Atasi punca kecemasan sekiranya ada atau pindahkan mangsa dari keadaan merbahaya. iii. Bertindak dengan waspada dan penuh yakin iv. Cara terbaik untuk memeriksa pesakit ialah mulai dari muka, kemudian badan dan seterusnya anggota. Perhatikan warna kulit dan air muka pesakit. Bibir kebiruan menunjukkan masalah pernafasan disebabkan kekurangan oksigen. Muka pucat dan berkeringat adalah tanda-tanda renjatan. v. Periksa nadi dan pernafasan mangsa. vi. Kawal pendarahan vii. Tentukan tahap kesedaran mangsa
  4. 4. R1001 / UNIT 2/ 4 PERTOLONGAN CEMAS viii. Jangan cuba beri bantuan berlebih-lebihan. Beri bantuan yang mustahak saja dan elakkan kecederaan bertambah parah. Beri bantuan ikut keparahan. ix. Tenangkan dan kendali dengan cermat. Tanggalkan pakaian jika perlu. x. Beri bantuan / maklumat kepada pihak hospital/ berkenaan2.3 SISTEM PERNAFASAN DAN PEREDARAN DARAHSemasa bernafas, kita sebenarnya menyedut dan menghembuskan udara. Udarayang disedut dibawa masuk ke paru-paru dan seterusnya meresapkan oksigen kedalam darah. Udara yang anda sedut sebenarnya hanya mempunyai 21%sahaja oksigen dan selebihnya adalah kompisisi gas nitrogen. Badan kita hanyamemerlukan sebanyak 5% oksigen untuk melakukan proses respirasi.Bilangan pernafasan bagi seseorang adalah seperti berikut:Dewasa 15 hingga 20 kali seminit.Kanak-kanak 6 hingga 10 tahun 22 hingga 25 kali seminitBayi 35 hingga 40 kali seminit.Bilangan nadi bagi seseorang pula adalah seperti berikut:Orang dewasa 70 – 80 seminitKanak-kanak 90 – 100 seminitBayi 100 - 140 seminitSel-sel otak kita akan mulai mati sekiranya tidak mendapat bekalanoksigen selama tiga minit.
  5. 5. R1001 / UNIT 2/ 5 PERTOLONGAN CEMASAnda boleh memeriksa nadi anda atau rakan anda di pergelangan tangan (nadiradial) atau di leher (nadi karotid). Jangan gunakan ibu jari untuk memeriksanadi sebaliknya jugakan hujung jari telunjuk, jari tengah dan jari manis anda. Nadi radial Nadi karotik Nadi brakial Rajah 1 : Cara memeriksa nadiSementara itu, sistem peredaran darah pula adalah berfungsi untuk menyalurkandan mengagihkan bahan makanan dan oksigen ke segenap sel-sel kita di dalambadan dan juga membawa bahan buangan keluar. Dalam badan seorangdewasa, terdapat sekitar empat hingga enam liter darah dan setiap tujuhkilogram berat badan mengandungi 0.5 liter darah.Fungsi darah adalah seperti berikut: i. Membawa oksigen dan bahan makanan ke tisu ii. Membawa bahan buangan ke organ pembuangan iii. Melawan penyakit iv. Membawa enzim dan hormon ke organ sasaran v. Mengawal suhu badan vi. Menghentikan pendarahan
  6. 6. R1001 / UNIT 2/ 6 PERTOLONGAN CEMAS2.4 RESUSITASI KARDIOPULMONARI ( CPR )Resusitasi kardiopulmonari atau lebih dikenali dengan nama ringkasnya CPRadalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yangtidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas. Ia merupakan kombinasiteknik pernafasan bantuan mulut ke mulut (atau bantuan pernafasan dengankaedah lain) dan juga tekanan dada.Sebelum ini anda telah dimaklumkan bahawa udara yang disedut mempunyai21% oksigen dan badan hanya memerlukan 5% sahaja oksigen untukmelakukan proses respirasi. Ini bermakna udara hembusan anda masihmempunyai baki oksigen sebanyak 16%. Baki oksigen inilah yang akan dihembuske dalam badan mangsa kecederaan untuk membantu memperolehi oksigen.Anda harus ingat bahawa mangsa juga hanya memerlukan sebanyak 5%oksigen sahaja dari 16% yang dibekalkan. Tekanan yang dilakukan semasa CPRpula berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang dihembus tadike seluruh anggota badan.Jadi CPR sebenarnya adalah agen untuk membantu mangsa yang tidak bernafasdan tiada nadi untuk melakukan proses respirasi seperti orang sihat.Secara umumnya terdapat dua sebab utama CPR perlu dilakukan iaitu: i. terhenti pernafasan. ii. tiada nadi.
  7. 7. R1001 / UNIT 2/ 7 PERTOLONGAN CEMASSementara itu untuk melakukan CPR terdapat tiga prinisip asas yang perlu andalakukan iaitu ABC:A - AIRWAY - SALURAN PERNAFASANB - BREATHING - PERNAFASANC - CIRCULATION - PEREDARAN DARAH 2.4.1 Punca-punca terhenti pernafasan (Asfiksia) Sebarang gangguan terhadap proses respirasi boleh mengakibatkan terhentinya pernafasan dan akan membawa kepada kematian. Asfiksia (aspyxia) merupakan istilah yang digunakan bagi kes sesak nafas atau terhalang pernafasan hingga menyebabkan kekurangan oksigen pada paru- paru. Asfiksia akan menyebabkan darah beroksigen rendah dalam badan. Kekurangan oksigen ini dikenali sebagai hipoksia. Sekiranya dibiarkan ia akan membawa kepada maut. Anda harus ingat bahawa sel-sel otak mulai mati sekiranya bekalan oksigen tidak diterima dalam masa tiga minit. Oleh itu tindakan segera harus diambil untuk mengatasi keadaan ini. Tanda-tanda seseorang itu mengalami hipoksia adalah: 1. pernafasan yang cepat,tercungap-cungap dan seperti menderita kesakitan 2. rasa terkeliru, mudah meradang dan agresif yang membawa kepada keadaan tidak sedarkan diri. 3. lazimnya, kulit akan menjadi lebam kebiruan 4. jika tidak dikawal, fungsi jantung akan terhenti.
  8. 8. R1001 / UNIT 2/ 8 PERTOLONGAN CEMASAntara punca-punca boleh menyebabkan asfiksia adalah:i. Lemas a. Pakaian atau kain menutup muka b. Lemas di air – tidak mendapat udara c. Lemas di dalam bilik bergas – tidak mendapat oksigenii. Tercekik a. Tersekat benda atau tergantung b. Terhalang (makanan masuk saluran paru-paru )iii. Kejutan b. Arus elektrik c. KilatTanda-tanda am salur udara yang tersumbat adalah:1. pernafasan yang berbunyi bising dan tercungap-cungap2. pergerakan dada akan tersedut ke dalam dan perut menonjol ke luar3. kulit kelihatan lebam kebiruan4. lubang hidung menjadi kembang
  9. 9. R1001 / UNIT 2/ 9 PERTOLONGAN CEMAS 2.4.2 Pemeriksaan ABCA (Airway) Saluran pernafasan. Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR. Tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka. Anda boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara. Anda juga perlu membuat pemeriksaan secara visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut. Contohnya gigi palsu yang telah pecah.B (Breathing) Pernafasan. Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa. Keadaan tersebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakkan turun-naik dada. (Kaedah 3M =Mendengar,Merasa,Melihat). Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan. Contohnya mulut ke mulut.C (Circulation) Peredaran darah. Langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah. Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri. Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa. Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat bandan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati(cuaran xiphoid).
  10. 10. R1001 / UNIT 2/ 10 PERTOLONGAN CEMAS2.4.3 Kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut1. Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan bantuan.2. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.3. Buang sebarang benda asing dari mulut.4. Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.5. Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.6. Tentukan mulutnya terbuka7. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.8. Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.9. Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. Buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit.10. Jika mangsa telah mula bernafas secara normal, letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan. (rujuk halaman 16)Catatan:1. Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut mangsa.2. Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa.
  11. 11. R1001 / UNIT 2/ 11 PERTOLONGAN CEMAS3. Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah atau sebagainya. Anda mungkin perlu memberi rawatan mangsa yang tercekik.2.4.4 Rawatan tercekik mangsa tidak sedar1. Mangsa tercekik biasanya akan memegang lehernya.2. Periksa samada mangsa boleh bernafas atau tidak. Lakukan pemeriksaan ABC.3. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.4. Buang sebarang benda asing dari mulut.5. Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.6. Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.7. Tentukan mulutnya terbuka8. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.9. Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.10. Jika tiada reaksi, anda hendaklah berlutut dan membongkok di peha mangsa. Letakkan pangkal tapak tangan di tengah-tengah abdomen mangsa iaitu antara pusat dan penghujung hulu hati.11. Tekan abdomen dengan tepat dan cepat ke dalam dan ke atas abdomen menuju ke hulu hati sebanyak lima kali.12. Segera ulangi langkah 4 hingga 11 sekiranya mangsa masih belum bernafas atau masih tercekik.13. Jika mangsa mula bernafas secara normal, letakkannya dalam kedudukan pemulihan.
  12. 12. R1001 / UNIT 2/ 12 PERTOLONGAN CEMAS14. Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit. Tekan dengan tepat kedalam dan keatas sebanyak lima kali Condongkan kepala Rajah 2 : Tekanan bagi rawatan tercekik2.4.5 Kaedah CPR seorang diri1. Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan bantuan.2. Terlentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa seluruh badan3. Jika tidak bernafas, berikan dua hembusan bantuan.4. Periksa nadi karotik. Jika ada nadi, teruskan bantuan pernafasan pada kadar 12 hembusan seminit.5. Jika nadi tiada, segera mulakan tekanan. Beri tekanan sebanyak 15 kali. Caranya adalah seperti berikut: i. letakkan tangan anda di atas dada mangsa. ii. berikan 15 kali tekanan sedalam 1.5 – 2 inci untuk orang dewasa. iii. belepas beri 15 tekanan, beri pula 2 hembusan.(1 pusingan) iv. berikan 15 kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2 pusingan) v. selepas 4 pusingan periksa nadi karotik vi. teruskan CPR (15 tekanan da 2 hembusan ) jika tiada nadi.
  13. 13. R1001 / UNIT 2/ 13 PERTOLONGAN CEMAS vii. lakukan sehingga bantuan pakar tiba.6. Sekiranya telah ada denyutan jantung (nadi), teruskan dengan bantuan pernafasan. Periksa denyutan nadi selepas 10 kali hembusan. Bersedia untuk melakukan tekanan dada sekiranya nadi tiada.7. Jika mangsa mulai bernafas tanpa bantuan, letakkan dia dalam kedudukan pemulihan.8. Periksa semula pernafasan dan nadi setiap tiga minit.Catatan :1. Jika mangsa kanak-kanak , lakukan tekanan sedalam 2.5 – 3.5 cm pada kadar 100 kali seminit. Lakukan 5 tekanan : 1 hembusan. Gunakan satu tangan sahaja untuk melakukan tekanan.2. Jika bayi atau kanak-kanak bawah 2 tahun, lakukan tekanan sedalam 2 – 2.5 cm pada kadar 100 kali seminit. Gunakan dua jari sahaja untuk melakukan tekanan. Periksa nadi dibahagian braktial (lengan atas).3. Jangan lakukan latihan CPR pada orang yang sihat. Lakuan pada patung (dummy). Telefon 999 atau 991 untuk mendapatkan bantuan
  14. 14. R1001 / UNIT 2/ 14 PERTOLONGAN CEMASa) dewasa b) wanita c) kanak-kanak d) bayi mengandung Rajah 3 : Rawatan tercekik mangsa sedar Rajah 4 : Kedudukan tekanan CPR
  15. 15. R1001 / UNIT 2/ 15PERTOLONGAN CEMASRajah 5: Ringkasan CPR
  16. 16. R1001 / UNIT 2/ 16 PERTOLONGAN CEMAS 2.4.6 Kedudukan pemulihan Apabila mangsa yang diberi rawatan seperti CPR, terhenti pernafasan atau sebagainya mulai sedar dan hendaklah diletakkan dalam keadaan pemulihan. Kedudukan ini adalah bertujuan untuk menghalang lidah mangsa daripada menutupi tekak atau salur pernafasan. Oleh kerana kedudukan kepala lebih rendah sedikit daripada badan, ia akan membenarkan cecair keluar mengalir dari mulut mangsa. Ini akan mengurangkan mangsa dari menyedut kandungan perut. Kepala, leher dan bahagian belakang badan hendaklah diletakkan dalam keadaan yang lurus, manakala anggota-anggota badan yang dibengkokkan seperti kaki akan mengekalkan badan dalam kedudukan yang teguh dan selesa. Siku dibengkokkan Letakkan bahagian 1 Saluran udara 2 belakang tangan mangsa ke atas hendaklah pipinya dan biarkan dibuka terlebih di situ Kaki diluruskan dahulu Gunakan lutut anda Kepala condong ke untuk menghalang belakang dengan Kaki yang bengkok 3 mangsa daripada tergoleh jauh 4 selesa menupang badan ke atas danPegang dengan menghalang mangsakemas, kemudian Sokong dan daripada tergolekgolekkan mangsa lindungi muka kehadapankearah anda menggunakan tangan anda Tangan menyokong kepala Lengan yang bengkok memberi kestabilan Rajah 6: Kedudukan pemulihan
  17. 17. R1001 / UNIT 2/ 17 PERTOLONGAN CEMAS AKTIVITI 1a • UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! • SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYAJawab soalan-soalan yang berikut:1.1. Berikan definisi pertolongan cemas.1.2. Apakah sebab utama CPR perlu dilakukan?1.3. Berapakah bilangan nadi dan kadar pernafasan bagi orang dewasa?1.4. Cuba anda periksa nadi radial dan karotid rakan anda.1.5. Semasa anda hendak melakukan CPR anda dapati mangsa menggunakan gigi palsu. Apakah tindakan anda?1.6. Apa yang perlu anda buat untuk mengelakkan perut kembung semasa bantuan pernafasan diberikan?1.7. Berapa lamakah CPR boleh dihentikan bagi memindahkan mangsa ke tempat lain?1.8. Berapa kalikah hembusan dan tekanan yang perlu diberikan kepada mangsa semasa CPR dilakukan? Bilakah masanya untuk memeriksa nadi?
  18. 18. R1001 / UNIT 2/ 18 PERTOLONGAN CEMAS MAKLUMBALAS 1aJawapan :2.1. Suatu rawatan pertama atau bantuan permulaan yang diberikan kepada pesakit atau mangsa kemalangan sebagai usaha rawatan pertama di dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulan atau sebelum pesakit mendapat rawatan dari doktor atau pakar perubatan.2.2. Sebab utama CPR perlu dilakukan apabila mangsa: iii. terhenti pernafasan dan iv. tiada nadi.2.3. Bilangan nadi adalah 70 hingga 80 kali seminit dan kadar pernafasan adalah 15 hingga 20 kali seminit.2.4. Nadi karotid di leher dan nadi radial di pergelangan kawan anda.2.5. Jika boleh jangan tanggalkan gigi palsu tersebut supaya mulut anda dapat menutup rapat ke mulut mangsa. Anda perlu menanggalkannya jika ia longgar supaya tidak menghalang usaha-usaha menyelamat mangsa.2.6. Perut kembung biasanya terjadi disebabkan oleh pemberian nafas bantuan terlalu kuat atau saluran pernafasan yang separa tersekat. Keadaan ini
  19. 19. R1001 / UNIT 2/ 19 PERTOLONGAN CEMAS dapat dikurangkan dengan mengawal tekanan dan kelajuan pernafasan bantuan. Pastikan anda tidak menghembus dengan paksa jika dada telah mengembang.2.7. Jangan hentikan CPR melainkan keadaan tempat mengancam nyawa anda atau mangsa.2.8. 2 hembusan dan 15 kali tekanan. Lakukan sebanyak 4 pusingan. Kemudian baru memeriksa nadi. Jika nadi tiada teruskan 2 hembusan dan 15 kali tekanan sehingga 4 pusingan. Periksa semula nadi dan begitulah seterusnya. Ini bermakna satu pusingan 8 kali hembusan dan 60 kali tekanan.
  20. 20. R1001 / UNIT 2/ 20 PERTOLONGAN CEMAS INPUT2.5 PENDARAHAN KECILPendarahan secara umumnya terbahagi kepada tiga iaitu:1. Pendarahan eksternal ( di bahagian luar) i. Luka terhiris - disebabkan benda tajam seperti pisau ii. Luka terkoyak - disebabkan cakaran binatang atau dawai iii. Luka berdarah - kena pukulan tepat benda tidak tajam iv. Luka tembus - seperti kena tikaman pisau, jarum atau peluru2. Pendarahan internal ( di bahagian dalam ) i. Perut – muntah berdarah ii. Paru-paru / salur penafasan – batuk berdarah iii. Tali usus – darah pada dubur iv. Rahim – tumpah darah v. Buah pinggang – kencing berdarah vi. Tengkorak – darah mengalir melalui telinga dan hidung3. Pendarahan internal tanpa kesan i. Limpa dan hati pecah ii. Pendarahan dalam otak a) Luka terhiris b) Luka terkoyak c) Lebam d) Luka tembus Rajah 7: Jenis-jenis luka
  21. 21. R1001 / UNIT 2/ 21 PERTOLONGAN CEMAS2.5.1 Rawatan Pendarahan Eksternal secara umuma) Luka-luka kecil.Rawatan bagi luka kecil lazimnya hanya memerlukan pembalutan kecilseperti plaster sahaja. Biarpun begitu rawatan perlu diberi untukmengelakkan risiko jangkitan kuman. Langkah–langkah rawatannya adalahseperti berikut:i. bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.ii. cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.iii. keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril.iv. lekatkan pembebat atau plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.v. gunakan pembalut untuk memegang pembebat. Rajah 8: Balutan luka
  22. 22. R1001 / UNIT 2/ 22 PERTOLONGAN CEMASb) Luka kecil yang ada benda asing.Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka sepertikaca yang terbenam atau objek-objek lain, anda hendaklah jangan cubakeluarkan objek tersebut. Tindakan anda akan mengakibatkan lebihbanyak kerosakkan pada tisu dan pendarahan. Matlamat rawatan andaadalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan atau mencabut objekdan mendapatkan rawatan perubatan. Langkah-langkah rawatannya adalahseperti berikut:i. bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.ii. cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.iii. keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang telah disteril.iv. kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek.v. tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman. Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga anda boleh membalut tanpa menekan objek.vi. bawa mangsa ke hospital.c) Jika lebam gunakan tuaman sejuk. Anda juga boleh mengalirkan air sejuk ke atas bahagian anggota yang tercedera. Tuaman sejuk boleh dibuat dari kiub ais yang dibungkus dengan tuala. Tuam anggota yang cedera selama 20 minit.
  23. 23. R1001 / UNIT 2/ 23 PERTOLONGAN CEMAS Balut dibahagian atas dan bawah objek Rajah 9: Balutan luka ada objek2.5.2 Cara menahan daraha) Tekanan tepat – tekan terus pada luka tersebut dengan kainbersih jika tiada apa-apa benda pada luka atau luka tidak disertai denganpatah.i. Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya gunakan kain / bahan yang disterilkanii. Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga digunakan dengan menekan pada tempat berdarah.iii. Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang pembebat.iv. Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah berhenti biasanya 10- 15 minit.b) Tekanan tidak tepat - tekan pada urat nadi. Gunakan ikatanpenjerut (tourniquet). Jangan biarkan ikatan penjerut lebih dari 15 minit.Komplikasi pengunaan cara ini ialah boleh menyebabkan kecederaan padaotot, saraf dan pembuluh darah jika terlalu ketat. Ikatan yang longgarmemburukkan lagi pendarahan. Ikatan yang lupa dilonggarkan sehinggabeberapa jam menyebabkan anggota mati dan terpaksa dipotong.Gunakan kaedah ini jika anda mahir dengan ikatan tersebut.
  24. 24. R1001 / UNIT 2/ 24 PERTOLONGAN CEMASc) Anggota terputus - Kawal darah dari berterusan keluar. Bahagianputus hendaklah dibungkus dengan kain kasa yang basah, sebaik-baiknyadibasah dengan air garam isotonic yang suci kuman. Masukkan anggotaputus dalam bekas plastik. Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagibekas plastik yang mengandungi ketulan ais. Jangan rendam anggota putussecara langsung ke dalam ais. Hantar mangsa ke hospital.2.5.3 Pembebatan dan pembalutan1. Pembebatan adalah diperbuat daripada jenis kain kasa yang boleh digunakan untuk menutup luka.2. Fungsi pembebat dan balutan adalah : i. mencegah jangkitan kuman ii. menyerap kotoran yang keluar seperti nanah dan darah iii. mengawal pendarahan dan melindungi luka3. Jenis-jenis pembebatan ialah: i. paraffin – biasanya digunakan untuk luka besar ii. pembebat melekat – plaster , digunakan untuk luka kecil. iii. pembebat berubat – kain kasa yang disapu ubat pembunuh kuman iv. pembebat pembebat biasa – gauze4. Peraturan membalut: i. bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor. ii. cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka. iii. lekatkan pembebat mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka. iv. gunakan pembalut untuk memegang pembebat.
  25. 25. R1001 / UNIT 2/ 25 PERTOLONGAN CEMAS 5. Jenis-jenis pembalut yang biasa ialah : i. pembalut bergulung – berasal dari kain kasa ,WOW bandage ii. pembalut segi tiga , lebar dan tirus – terdiri dari kain segi tiga dari jenis kain kaliko iii. pembalut cincin – diperbuat dari pembalut tirus iv. pembalut kain krep – biasanya digunakan untuk kes terseliuh.2.6 TERSELIUH DAN PATAH1. Kepatahan (fraktur) merupakan salah satu kecederaan yang sering di alami oleh mangsa kemalangan. Kecederaan tulang, sendi dan otot terjadi disebabkan oleh : i. pukulan secara langsung yang tepat dan kuat. Kecederaan berlaku pada tempat yang kena pukulan, misalnya kaki dilanggar kereta. ii. pukulan sipi. Kecederaan berlaku jauh dari tempat pukulan, misalnya patah tulang peha kerana jatuh dari tempat tinggi. iii. kecederaan otot (strain). Otot telah diregang secara berlebihan. Terjadi kerana menggunakan otot secara mengejut. Sering terjadi pada ahli sukan. iv. terseliuh. Kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut. Contoh pergerakan mengejut seperti berpusing secara mengejut semasa berlari. v. dislokasi (dislocation). Hujung tulang sendi terkeluar dari kedudukan normal. Sering terjadi pada jari kaki atau tangan.
  26. 26. R1001 / UNIT 2/ 26 PERTOLONGAN CEMAS2.6.1 Jenis-jenis patah.Patah boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori :i. patah tertutup. Kulit permukaan tidak lukaii. patah terbuka. Terdapat luka yang mendedahkan keretakan tulang.iii. patah berkomplikasi (melarat). Kecederaan melibatkan tulang dan organ lain seperti otak, paru-paru dan lain-lain.iv. patah ranting muda. Terjadi dikalangan kanak-kanak.v. patah penghancuran. Tulang patah lebih dari dua.vi. patah simple. Tulang patah dua sahaja.2.6.2 Tanda-tanda kecederaan tulang.i. Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.ii. Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patahiii. Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.iv. Merasa kebas atau hilang denyutan nadi pada anggota cedera.v. Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal.vi. Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang, sendi atau otot.vii. Bentuk, kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.2.6.3 Prinsip rawatan secara am.Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut:i. memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak.ii. jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan rawatan ditempat kejadian.
  27. 27. R1001 / UNIT 2/ 27 PERTOLONGAN CEMAS iii. kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera. Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera. iv. sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan kain yang bersih. v. halang/ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat (splin), anduh dan pembebat. vi. periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat. Rajah di bawah menunjukkan cara-cara ikatan anduh. a) Andoh besar b) Andoh tiga segi c) Patah tulang lengan atas e) Patah tulang pehad) Patah tulang dagu Rajah 10: Andoh atau balutan patah
  28. 28. R1001 / UNIT 2/ 28 PERTOLONGAN CEMAS AKTIVITI 1b • UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! • SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYAJawab soalan-soalan yang berikut:2.9 Nyatakan jenis-jenis luka.2.10 Semasa anda sedang berkhemah, rakan anda terhiris lengan tangannya dengan parang semasa mencari kayu api. Apakah tindakan yang perlu anda ambil sekiranya anda tidak mempunyai kotak pertolongan cemas.2.11 Apakah tindakan dan rawatan yang perlu anda lakukan bila berhadapan dengan rakan anda yang mengalami kemalangan motosikal.
  29. 29. R1001 / UNIT 2/ 29 PERTOLONGAN CEMAS MAKLUMBALAS 1bJawapan:2.9 Jenis-jenis luka adalah: i. Luka terhiris - disebabkan benda tajam seperti pisau ii. Luka terkoyak - disebabkan cakaran binatang atau dawai iii. Luka berdarah - kena pukulan tepat benda tidak tajam iv. Luka tembus - seperti kena tikam pisau, jarum atau peluru2.10 Tindakan yang perlu diambil adalah: i. Tanggal atau gunting pakaian untuk mendedahkan luka. ii. Bersih seberapa boleh kawasan cedera. iii. Beri tekanan tepat ke atas luka dengan tapak tangan atau jari-jari anda. Jika boleh gunakan kain yang bersih, tetapi jangan buang masa untuk mencari kain pembalut. Beri tekanan sehingga darah berhenti. Biasanya sekitar 10 hingga 15 minit. iv. Angkat dan ampu anggota cedera atas dari paras jantung kawan anda. v. Baringkan mangsa. Keadaan ini akan mengurangkan pengaliran darah ke bahagian yang cedera dan mengurangkan dari risiko renjatan. vi. Dapatkan bantuan. Sekiranya telah mempunyai pembalut. Balut dengan kemas kawasan cedera. Jnagan balut terlalu ketat. Jika perdarahan tembus menerusi balutan, bal;utlah selapis lagi.
  30. 30. R1001 / UNIT 2/ 30 PERTOLONGAN CEMAS2.11 Tindakan yang perlu diambil adalah: Pastikan keselamatan diri anda terjamin dan anda tidak menimbulkan sebarang bahaya dengan: • Sekiranya anda membawa kenderaan, Letakkan kenderaan anda ditempat yang selamat dan nyalakan lampu kecemasan pada kenderaan anda. • Jangan berlari melintasi jalan raya yang sibuk untuk pergi ke tempat kemalangan. • Jika kemalangan berlaku diwaktu malam, pakailah pakaian berwarna cerah dan bawa lampu picit. Ambil langkah-langkah keselamatan yang berikut: • Telefon pusat perkhidmatan kecemasan dengan segera dan maklumkan suasana kejadian terutama bilangan mangsa. • Arahkan orang yang menyaksikan kemalangan supaya memberi amaran kepada pemandu-pemandu kenderaan yang lain. • Arahkan orang yang menyaksikan kejadian agar berada sekurang- kurangnya 18 meter dari kawasan kejadian. • Letakkan papan tanda tiga segi sejauh kira-kira 200 meter dari kawasan kejadian. • Tutup suis enjin motosikal yang terlibat dalam kemalangan samada enjin masih hidup atau telah dimatikan. Jika rakan anda tidak sedarkan diri • Jangan alih rakan anda kecuali jika benar-benar perlu. • Anggap mangsa mengalami kecederaan tulang belakang.
  31. 31. R1001 / UNIT 2/ 31 PERTOLONGAN CEMAS• Jika mangsa perlu dialihkan, anda memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang pembantu. Seorang untuk mengampu bahu dan dada, seorang untuk mengampu peha dan seorang untuk memegang kaki. Anda hendaklah sentiasa mengapu kepala rakan anda.Menanggalkan topi keledar• Hanya perlu ditanggal jika betul-betul perlu sahaja. Contohnya jika topi keledar menghalang anda dari memberi bantuan pernafasan.• Jika boleh topi keledar ditanggal sendiri oleh mangsa.• Buka topi keledar dengan menolak bahagian tepi keluar supaya kepala bebas dari tekanan. Angkat topi keledar ke atas dan kebelakang.• Sekiranya topi keledar muka penuh, Masukkan jari anda dibahagian bawah rim. Sokong leher dan pegang rahang bawah dengan jari-jari yang terbuka. Minta seseorang untuk menarik topi keledar dari bahagian atas.Rawatan kecederaan• Ikuti pemulihan kaedah ABC• Kawal pendarahan yang berlaku• Beri rawatan luka yang besar, selaran dan keretakan atau patah yang teruk• Rawat mangsa akibat renjatan.
  32. 32. R1001 / UNIT 2/ 32 PERTOLONGAN CEMAS INPUT2.7 MELECUR DAN TERBAKARKecederaan melecur dan terbakar adalah disebabkan oleh haba atau api.Kecederaan melecur dan terbakar akan memecahkan kulit dan membolehkankuman memasuki kulit dan mengakibatkan jangkitan.Kemalangan di rumah merupakan punca utama luka terbakar atau melecur.Punca utama berlakunya luka terbakar adalah kecuaian menggunakan alatancontohnya terpegang seterika panas, terkena tumpahan minyak, tersentuh ekzoskenderaan terutamanya motor, terkena kejutan elektrik dan sebagainya.Rawatan pertolongan cemas biasanya berupaya menyembuhkan luka terbakardengan baik dan secara semula jadi.Kecederaan luka terbakar dapat dikelaskan mengikut dua faktor : i. Klasifikasi terbakar atau kedalaman kecederaan ii. Peratus kawasan permukaan yang terbakar (peraturan sembilan)
  33. 33. R1001 / UNIT 2/ 33 PERTOLONGAN CEMAS 2.7.1 Klasifikasi terbakar - Terbakar kulit permukaan atas sahaja - Terkena air panas atau benda panas untuki. Kecederaan terbakar seketika atau pancaran matahari darjah pertama - Proses penyembuhan sekitar 1 minggu jika tiada masalah jangkitan kuman. - Terdapatnya gelembong air (blister) - Terkena benda panas agak lama atau semburanii. Kecederaan terbakar api seperti gasoline. darjah kedua - Memerlukan 2 hingga 3 minggu untuk sembuh. Kemungkinan berlakunya renjatan. - Melibatkan hingga bahagian otot - Bau terbakar dapat dihiduiii. Kecederaan terbakar - Tidak ada rasa sakit atau sensasi terhadap darjah ketiga cucukan jarum. - Kemungkinan berlakunya renjatan. 2.7.2 Peraturan Sembilan Secara umumnya kebakaran 15 % (10% jika kanak-kanak) adalah memerlukan rawatan perubatan dengan segera. Kecederaan anggota penting seperti muka, organ seksual (kemaluan atau buah dada) memerlukan rawatan segera walaupun kurang daripada 10%. Peraturan Sembilan adalah satu kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti atau mengira peratus kecederaan terbakar yang berlaku pada mangsa. Peraturan Sembilan juga membahagikan kawasan permukaan badan kepada sembilan bahagian . Ia digunakan untuk menghitung kemelaratan kecederaan dan memutuskan tahap rawatan yang perlu
  34. 34. R1001 / UNIT 2/ 34 PERTOLONGAN CEMASdiberikan. Sekiranya kecederan terbakar berlaku pada tangan kanan,mangsa mengalami peratus kebakaran sebanyak sembilan peratus.• sebarang luka terbakar darjah kedua atau melebihi 1% perlu mendapatkan rawatan doktor.• kemelaratan sehingga 9% atau lebih boleh mengakibatkan renjatan. Mangsa perlu dirawat dihospital.• sebarang saiz luka berdarjah ketiga perlu dirawat dihospital. PERATURAN SEMBILAN Dewasa dan Bayi Kanak-kanak (%) (%) Kepala 9 18 Dada dan abdomen - Depan 18 18 - Belakang 18 18 Kaki dan peha kanan 18 14 Kaki dan peha kiri 18 14 Tangan kanan 9 9 Tangan kiri 9 9 Kemaluan 1 1 Keseluruhan 100 101
  35. 35. R1001 / UNIT 2/ 35 PERTOLONGAN CEMAS Kepala 9% Bahagian hadapan badan 18% Bahagian belakang badan 18% Tangan kiri 9% Kemaluan 1% Bahagian belakang kaki kiri 9% Bahagian hadapan kaki kiri 9% Rajah 11: Peraturan Sembilan2.7.3 Rawatan luka terbakar yang ringanLuka terbakar yang ringan biasanya terjadi di rumah ataupun kawasankerja. Matlamat rawatan adalah untuk menghentikan lecuran,mengurangkan kesakitan dan gelembung dan risiko jangkitan.Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:i. alirkan atau curahkan air sejuk ke atas bahagian anggota yang terbakar selama 10 minit untuk menghentikan panas terbakar dan mengurangkan kesakitan. Jika tidak terdapat air paip, sebarang cecair
  36. 36. R1001 / UNIT 2/ 36 PERTOLONGAN CEMAS sejuk yang lain juga boleh digunakan seperti susu dan air minuman dalam tin.ii. tanggalkan sebarang barang kemas atau pakaian yang ketat dari bahagian yang cedera sebelum ia menggelembung.iii. balut bahagian cedera dengan pembalut steril atau sebarang bahan bersih dan nipis.2.7.4 Rawatan luka terbakar yang terukLuka terbakar yang teruk boleh terjadi sekiranya berlaku kebakaran rumahatau kemalangan yang membabitkan kebakaran.Matlamat rawatan adalah untuk menghentikan luka terbakar dan melegakankesakitan, memulihkan pernafasan, merawat kecederaan berkaitan danmengurangkan risiko jangkitan.Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:i. baringkan mangsa. Jika boleh elakkan anggota cedera dari terkena tanah.ii. dinginkan luka terbakar dengan cecair penyejuk yang secukupnya. Mungkin mengambil masa selama 10 minit atau lebih. Jangan memberi mangsa kedinginan yang berlebihan kerana boleh membawa kepada risiko penurunan suhu badan (hypotermia).iii. semasa proses penyejukan periksa saluran pernafasan dan denyutan nadi. Bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan.iv. tanggalkan sebarang pakaian seperti tali leher,pinggang, jam tangan,cincin, kasut dan baju terbakar sebelum anggota yang cedera menggelembung. Tanggalkan dengan perlahan.v. tutup kecederaan dengan sehelai bahan yang steril. Sejukkan dengan air untuk melegakan kesakitan.
  37. 37. R1001 / UNIT 2/ 37 PERTOLONGAN CEMASvi. rawat mangsa daripada serangan renjatan. Periksa nadi dan pernafasan sementara menanti kedatangan ambulans.2.7.5 Terkejut (Shock) atau RenjatanKesakitan yang amat sangat atau kehilangan darah atau cecair dalambadan yang banyak atau terperanjat. Boleh menyebabkan kematian jikatidak dikawal.Punca-punca ialah pendarahan yang banyak, cirit-birit dan muntah yangberterusan, kulit terbakar, kejutan elektrik, serangan jantung, kesakitanyang amat kuat, gangguan emosi, alahan kepada benda asing seperti biastebuan, penicillin atau makanan, kecederaan urat saraf tunjang.Tanda-tanda renjatan adalah:i. muka bibir dan anggota pucat.ii. kulit sejuk dan berpeluhiii. pandangan kabur dan peningiv. nafas cetek dan pantasv. denyutan nadi lemah dan pantasvi. loya , muntah dan hausvii. mungkin tidak bergerak atau bercakapLangkah rawatan adalah seperti berikut:i. baring pesakit. Jika kepala tak cedera, angkat kaki 8 - 12 inci tinggi. Jika sakit dada atau sukar bernafas, letak dalam keadaan duduk atau separuh duduk. Jangan biarkan pesakit berdiri. Lakukan pemeriksaan ABC.ii. tahan darah dari keluar ( jika berdarah )
  38. 38. R1001 / UNIT 2/ 38 PERTOLONGAN CEMAS iii. longgarkan pakaian dan pastikan suhu badan pesakit terkawal. Pesakit pucat dan kesejukan hendaklah diselimut. iv. jangan bagi pesakit minum kerana pesakit akan merasa loya dan makan/minum akan menyebabkan muntah. Jika hospital jauh, beri pesakit menghisap kain basah untuk kurangkan kekeringan tekak. v. usahakan pesakit dapat udara segar. Jangan biarkan pesakit dapat udara kering. Beri bantuan perubatan.2.8 LEMAS – AIR DAN SESAK NAFASLemas berlaku apabila udara dihalang daripada memasuki mulut dan hidung.Seseorang yang lemas di sungai atau kolam air mungkin akan mengalamikesejukan dan juga asfiksia. Ia juga mungkin memerlukan rawatan hipotermia.Biasanya air yang masuk ke paru-paru mangsa adalah sedikit berbanding yangmasuk ke dalam perut mangsa.Lemas juga boleh berlaku apabila udara yang memasuki saluran pernafasandicemari asap yang beracun seperti asap daripada kebakaran plastik, getah danekzos kenderaan.Lemas juga boleh berlaku sekiranya seseorang tertimbus di dalam pasir, leheryang dijerut atau muka ditutup bantal.Tanda-tanda seseorang ini mengalami lemas adalah: i. kesukaran untuk bernafas. ii. mulut berbuih. iii. bibir dan kuku menjadi kebiruan jika puncanya tidak dialihkan serta- merta iv. kemungkinan tidak sedarkan diri.
  39. 39. R1001 / UNIT 2/ 39 PERTOLONGAN CEMAS2.8.1 Rawatan lemas kerana air1. Bawa mangsa lemas naik ke darat, dengan kedudukan kepalanya lebih rendah daripada dada. Ini untuk mengurangkan risiko menyedut air dan muntah.2. Baringkan mangsa sebaiknya di atas selimut atau sebagainya.3. Bersedia untuk lakukan kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut.4. Bagi mengelakkan terjadinya hipotermia, gantikan pakaiannya yang basah dan hindari daripada kesejukkan dengan memberi minuman panas.5. Bawalah mangsa lemas ke hospital walaupun kelihatan telah pulih sepenuhnya.2.8.2 Rawatan lemas kerana asap1. Bawa atau alihkan mangsa ke tempat udara yang bersih. Walaupun begitu anda jangan cuba masuk ke dalam bilik yang dipenuhi asap tanpa memakai sebarang peralatan keselamatan.2. Jika mangsa pengsan, periksalah denyutan nadi dan pernafasannya.3. Bersedia untuk lakukan kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut.4. Letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan.5. Jika terdapat alat oksigen, berikanlah kepada mangsa dengan syarat anda telah dilatih menggunakannya.6. Tunggu mangsa sehingga bantuan tiba. Periksa nadi dan pernafasan setiap 10 minit.
  40. 40. R1001 / UNIT 2/ 40 PERTOLONGAN CEMAS2.8.3 Rawatan sesak nafas (kesukaran bernafas)1. HiperventilasiKeadaan di mana pernafasan udara yang berlebihan. Ia mungkin akanmenyebabkan ketakutan dan histeria. Gejala ini mudah menyerang individuyang ketakutan dan terkejut.Tanda-tanda hiperventilasii. Pernafasan yang cepat, dalam dan tidak normalii. Mungkin terdapat tabiat yang memerlukan perhatian, pitam, mengantuk dan mengigiliii. Kejang kaki dan tangan.Langkah rawatan adalah seperti berikut:i. Bercakaplah dengan nada tegas tetapi lembut dengan mangsa.ii. Jika boleh bawa mangsa ke tempat tenang supaya ia boleh mengawal kembali pernafasannya.iii. Biarkan mangsa bernafas menggunakan beg plastik atau karung kertas. Tetapi jangan terlalu lama. Ini akan menyukarkan lagi keadaan. Beg plastik atau karung kertas akan menyebabkan mangsa menggunakan udara yang sama untuk bernafas. Buka beg plastik sekiranya mangsa mulai bernafas secara normal. Jika ketegangan berterusan, biarkan mangsa menyedut semula udara hembusannya daripada beg plastik tersebut.
  41. 41. R1001 / UNIT 2/ 41 PERTOLONGAN CEMAS 2. Lelah Pesakit asma biasanya mengetahui cara yang terbaik untuk mengendalikan serangan. Biasanya mereka membawa bersama ubat aerosol dalam bentuk penyedut. Tanda-tanda lelah: i. kesukaran untuk bernafas dengan lepasan nafas yang panjang. ii. nafas yang berbunyi apabila mangsa menghembus nafas. iii. mangsa mungkin sukar untuk bercakap. Langkah rawatan adalah seperti berikut: i. tenangkan dan beri keyakinan pada mangsa. ii. bantu mangsa supaya ia dapat duduk dan berehat. iii. jika mangsa mempunyai ubat beri ia untuk menggunakan ubat tersebut. iv. jika ia merupakan serangan pertama dan berterusan, dapatkan bantuan ambulans. Periksa rekod nadi dan pernafasannya.2.9 TIDAK SEDARKAN DIRI (PENGSAN)Tidak sedar diri atau pengsan adalah keadaan yang tidak normal dimana iamelumpuhkan tindakan refleks anggota badan. Salur udara bagi seseorang yangpengsan mungkin sempit atau tersekat. Ini terjadi kerana mangsa kehilangankawalan otot di dalam tekak, mengakibatkan lidah mengendur ke belakang danmenutup tekak. Seseorang yang pengsan hendaklah diberi pertolongan cemasserta-merta.
  42. 42. R1001 / UNIT 2/ 42 PERTOLONGAN CEMASRawatan bagi mangsa yang pengsan: i. buka salur udara dengan mengangkat dagu dan rebahkan kepala mangsa ke belakang. Lakukan pemeriksaan ABC ii. periksa nadi dan pernafasan mangsa. iii. bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut. iv. jika mangsa hendak muntah letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan. v. periksa tahap kesedaran mangsa dengan pantas. Kaedah AVPU adalah cara mudah untuk menilai tahap kesedaran : A (alert) - Pesakit peka V (verbal) - Pesakit ada respons kepada rangsangan verbal P (pain) - Pesakit ada respons kepada rangsangan sakit U (unresponsive)- Pesakit tiada respons kepada semua rangsangan. Cara yang terbaik untuk menimbulkan rangsangan sakit adalah dengan memicit otot vi. kawal sebarang pendarahan. Ampu kepatahan. Lihat kecederaan lain yang nyata. Perhatikan tanda amaran perubatan contohnya rantai atau gelang. vii. letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan.Amaran i. jangan cuba memberi sesuatu menerusi mulut mangsa ii. jangan alihkan mangsa tanpa sebarang sebab. iii. jangan tinggalkan mangsa pengsan seorang diri.
  43. 43. R1001 / UNIT 2/ 43 PERTOLONGAN CEMAS2.10 KEJUTAN ELEKTRIKBekalan arus elektrik dirumah, pejabat, bengkel dan kedai boleh menyebabkankecederaan yang teruk dan membawa maut. Kebanyakan kecederaan adalahdisebabkan suis yang rosak, wayar hampir putus dan alatan yang rosak. Air pulamerupakan pengalir elektrik yang baik. Sekiranya berlaku kemalangan yangmembabitkan arus elektrik, putuskan atau tutup suis utama sebelum bantuandiberikan. Berikan bantuan setelah anda pasti punca elektrik telah diputuskan.Langkah-langkah rawatan mangsa kejutan elektrik: i. jika mangsa tidak sedarkan diri, bukalah salur udara dengan serta merta. Periksa pernafasan dan nadi mangsa. Bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan bantuan dan CPR, jika perlu. ii. jika mangsa tidak sedar tetapi masih bernafas, letakkan dalam kedudukan pemulihan. iii. sejukkan sebarang luka terbakar dengan air sejuk yang banyak seperti rawatan terbakar. iv. rawat mangsa dari serangan renjatan.
  44. 44. R1001 / UNIT 2/ 44 PERTOLONGAN CEMAS AKTIVITI 1c • UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! • SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYAJawab soalan-soalan yang berikut :2.12 Betis rakan anda tersentuh pada ekzos motor yang panas. Apakah tindakan yang perlu anda lakukan?2.13 Semasa perbarisan tamat latihan Kawad diadakan rakan anda tiba-tiba jatuh pensan. Apakah yang perlu anda lakukan untuk membantu rakan anda itu?2.14 Rakan anda yang diserang kekejangan kaki dan tangan semasa aktiviti perkhemahan diadakan. Pernafasan rakan anda juga cepat dan tidak teratur. Apakah tindakan yang perlu anda lakukan?
  45. 45. R1001 / UNIT 2/ 45 PERTOLONGAN CEMAS MAKLUMBALAS 1cJawapan :2.12 Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut: i. Alirkan atau curahkan air sejuk ke atas bahagian anggota yang terbakar selama 10 minit untuk menghentikan panas terbakar dan mengurangkan kesakitan. Jika tidak terdapat air paip, sebarang cecair sejuk yang lain juga boleh digunakan seperti susu dan air minuman dalam tin. ii. Tanggalkan sebarang pakaian yang ketat dari bahagian yang cedera sebelum ia menggelembung. iii. Balut bahagian cedera dengan pembalut steril atau sebarang bahan bersih dan nipis.2.13 Rawatan bagi mangsa yang pengsan: i. Buka salur udara dengan mengangkat dagu dan rebahkan kepala mangsa ke belakang. Lakukan pemeriksaan ABC ii. Periksa nadi dan pernafasan mangsa. iii. Bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut. iv. Jika mangsa hendak muntah letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan. v. Periksa tahap kesedaran mangsa dengan pantas.
  46. 46. R1001 / UNIT 2/ 46 PERTOLONGAN CEMAS2.14 Langkah rawatan adalah seperti berikut: i. Bercakaplah dengan nada tegas tetapi lembut dengan mangsa. ii. Jika boleh bawa mangsa ke tempat tenang supaya ia boleh mengawal kembali pernafasannya. iii. Biarkan mangsa bernafas menggunakan beg plastik atau karung kertas. Tetapi jangan terlalu lama. Ini akan menyukarkan lagi keadaan. Beg plastik atau karung kertas akan menyebabkan mangsa menggunakan udara yang sama untuk bernafas. Buka beg plastik sekiranya mangsa mulai bernafas secara normal. Jika ketegangan berterusan, biarkan mangsa menyedut semula udara hembusannya daripada beg plastik tersebut.
  47. 47. R1001 / UNIT 2/ 47 PERTOLONGAN CEMAS INPUT2.11 SENGATAN SERANGGA DAN GIGITAN BINATANGKecederaan seperti ini sering terjadi semasa aktiviti kegiatan luar diadakan.Ancaman dari hidupan seperti ular, lipan, tebuan dan sebagainya tidak bolehdipadang ringan. Pengetahuan mengenai rawatan kecemasan adalah perlu agarmangsa tidak terbiar kesakitan seorang diri. Rajah 12: Corak gigitan ular 2.11.1 Patukan Ular Terdapat lebih kurang 136 jenis ular di Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 104 jenis adalah dari yang tiada bisa. Jenis ular yang berbisa adalah ular kapak, ular katam, ular tedung dan ular laut.
  48. 48. R1001 / UNIT 2/ 48 PERTOLONGAN CEMASJika seseorang itu menderita akibat gigitan ular, langkah-langkah berikutadalah disyorkan. Kejayaan cara begini selalunya bergantung kepada masayang berlaku diantara waktu kena gigit dan masa pertolongan cemasdiberikan. Lebih singkat masa lebih berkesan rawatannya.a. Seseorang yang kena gigitan ular selalunya terkejut dan menderita kerana takut mati. Pulihkan rasa terkejut dan panaskan tubuh mangsa.b. Baringkan pesakit dan jangan biarkan ia bergerak selepas kena gigit. Jangan benarkan pesakit berjalan atau menggunakan tenaga. Tempat yang digigit mestilah jangan digerakkan.c. Letakkan kedudukan gigitan dibawah paras jantung.d. Cuci sekeliling tempat kena gigit.e. Kenakan alat penahan darah bagi kes gigitan ular senduk, katam dan ular laut, tetapi tidak bagi ular kapak kerana ini akan menambahkan kelemayuh (gangrene) Alat penahan darah (pengikat tourniquet) boleh dibuat pada bahagian peha atau lengan bergantung pada kedudukan gigitan. Biasanya 10 sentimeter di sebelah atas gigitan. Kekuatan ikatan ini adalah sekadar menutup vena-vena dan tidak terlalu ketat untuk menghalang pengaliran darah di arteri-arteri. Ini boleh dipastikan dengan adanya nadi di arteri selepas ikatan.f. Alat penahan darah hendaklah dilonggarkan 60 saat setiap 30 minit dan jangan digunakan lebih dari 8 jam.g. Tiub getah adalah alat yang terbaik untuk tujuan ini. Kaedah ini tidak akan berhasil jika dilakukan 30 minit selepas gigitan.h. Bawa pesakir terus ke hospital.i. Bunuh ular tersebut dan bawa ke hospital. Ini mungkin mustahak bagi mengenali jenis ular tersebut.
  49. 49. R1001 / UNIT 2/ 49 PERTOLONGAN CEMAS Anda juga boleh menggunakan kaedah dengan menghiris kawasan gigitan ular menggunakan pisau yang disterilkan, kemudian sedut keluar bisa tersebut dan ludah keluar dari mulut anda. Sebagai langkah keselamatan, anda mesti memastikan bahawa tiada pendarah atau kelukaan di dalam mulut anda sebelum melakukan kaedah ini. 2.11.2 Sengatan serangga Sengatan serangga seperti lebah dan tebuan menyebabkan kesakitan dan kebengkakan pada tempat yang digigit. Ia juga kadangkala menimbulkan perasaan ketakutan kepada mangsa. Jika seseorang itu sensitif pada sengat atau disengat di dalam mulut, ia akan membengkak dengan cepat.Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut: i. Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya. ii. Jika sengat masih ada, keluarkan dengan menggunakan penyepit. Jika boleh penyepit hendaklah disterilkan atau dibakar hujungnya supaya basmi kuman. Elakkan menyepit pundi racun yang biasanya berada di bahagian atas sengat. iii. Sapukan krim antihistamine. Sekiranya tiada surgical spirit atau larutan amonia atau larutan soda bikarbonat boleh digunakan. iv. Tuamkan kulit dengan tekanan sejuk untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak. Sekiranya disengat di dalam mulut, berilah mangsa seketul ais untuk dihisap. v. Jika ragu-ragu dengan keadaan pesakit, dapatkan bantuan perubatan.
  50. 50. R1001 / UNIT 2/ 50 PERTOLONGAN CEMAS 2.11.3 Sengatan hidupan laut. Apabila anda berkelah di tepi laut yang mempunyai ampai-ampai atau obor- obor, anda sebenarnya terdedah dengan sengatan obor-obor tersebut. Sengatan ikan sembilang juga menimbulkan kesakitan yang amat sangat berserta kebengkakan. Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut: 1. Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya. 2. Curahkan alkohol atau sebarang minuman beralkohol atau cuka makanan ke atas luka selama beberapa minit untuk melemahkan sel- sel penyengat. 3. Sapukan krim antihistamin. Jika tiada sapukan sodium bicarbonate (serbuk penaik) dan air pada luka. 4. Taburkan serbuk bedak yang kering ke atas kulit. Serbuk pelembut daging yang digunakan dalam masakan “barbecue” adalah baik kerana ia mempunyai “papain” untuk mematikan bisa. Bawa pesakit ke hospital sekiranya ia mengalami alahan yang teruk atau berterusan.2.12 KERACUNANKes keracunan biasanya terjadi dengan tidak disengajakan. Keracunan yangbiasa terjadi adalah berpunca daripada makanan yang tercemar, sayuran ataubuah-buahan yang beracun. Keracunan juga boleh berlaku melalui resapan padakulit seperti racun rumpai atau racun serangga.
  51. 51. R1001 / UNIT 2/ 51 PERTOLONGAN CEMASKeracunan jika tidak diubati boleh menyebabkan kerosakkan sementara ataukekal pada tubuh badan. Racun boleh tertelan, tersedut, tersentuh, terserapdalam kulit, atau termasuk dalam mata. 2.12.1 Keracunan makanan Tanda-tanda keracunan: 1. Biasanya mangsa mengalami loya dan muntah. 2. Sakit perut. 3. Cirit birit. 4. Pening kepala 5. Mungkin merasa deman. 6. Mangsa juga mungkin mengalami renjatan. Langkah rawatan adalah: 1. Rehatkan mangsa. 2. Beri mangsa minum air yang banyak. Meminum glukosa “isotonic” dan garam “oral rehydration” adalah ideal. Jus oren merupakan sumber kalium yang amat berguna. 3. Dapatkan bantuan perubatan 2.12.2 Keracunan umum Tanda-tanda keracunan umum adalah: 1. Mangsa merasa sangat mengantuk atau tidak sedar. 2. Mungkin terdapat botol atau bekas yang mengandungi bahan beracun, tablet ubatan atau tumbuh-tumbuhan disamping mangsa
  52. 52. R1001 / UNIT 2/ 52 PERTOLONGAN CEMAS3. Terdapat tanda-tanda terbakar dan warna keputihan disekeliling bibir, mulut sekiranya mangsa tertelan raun yang mengakis4. Rasa sakit perut, cirit birit atau muntah.5. Sakit kepala dan pening6. Mungkin juga terdapat sesak nafas atau nafas terlalu cepat tetapi cetek dan pendek ataupun nafas menjadi lambat.7. Kemungkinan berlakunya renjatanLangkah-langkah rawatan secara am:1. Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah diambilnya. Jika mangsa tidak sedar diri, periksa sekitar mangsa kerana ini mungkin dapat membantu untuk mengesan apa yang diambil mangsa2. Segera telefon ambulans3. Periksa nadi dan pernafasan mangsa. Bersedia untuk melakukan pemulihan bantuan pernafasan mulut kemulut.4. Letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan5. Jika anda pasti pesakit tidak tertelan racun menghakis, tetapi hanya buah atau tablet, muntahkan dengan menggeletek anak lidah.6. Cairkan racun dengan memberikan minum air atau susu yang banyak. Beri sedikit demi sedikit agar mangsa tidak muntah.7. Jangan muntahkan pesakit yang tertelan racun jenis mengakis seperti bahan peluntur, disinfektan dan pengilap lantai.8. Jika terkena bahan kimia, cuci dan bilas sisa bahan kimia pada kulit dengan menggunakan air yang banyak dan mengalir.9. Bawa mangsa ke hospital bersama-sama pil, bekas kosong atau buah yang dijumpai berhampiran mangsa.
  53. 53. R1001 / UNIT 2/ 53 PERTOLONGAN CEMAS AKTIVITI 1d • UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! • SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYAJawab soalan-soalan yang berikut:2.15 Rakan anda disengat seekor lebah semasa menjalankan aktiviti merentas hutan. Apakah yang anda perlu lakukan?2.16 Tangan rakan anda digigit seekor anjing liar semasa cuba untuk melarikan diri dari anjing liar tersebut. Apakah tindakan yang perlu anda lakukan.
  54. 54. R1001 / UNIT 2/ 54 PERTOLONGAN CEMAS MAKLUMBALAS 1dJawapan :2.15 Langkah rawatan yang perlu anda lakukan adalah: vi. Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya. vii. Jika sengat masih ada, keluarkan dengan menggunakan penyepit. Jika boleh penyepit hendaklah disterilkan atau dibakar hujungnya supaya basmi kuman. Elakkan menyepit pundi racun yang biasanya berada di bahagian atas sengat. viii. Sapukan krim antihistamine. Sekiranya tiada surgical spirit atau larutan amonia atau larutan soda bikarbonat boleh digunakan. ix. Tuamkan kulit dengan tekanan sejuk untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak. Sekiranya disengat di dalam mulut, berilah mangsa seketul ais untuk dihisap. x. Jika ragu-ragu dengan keadaan pesakit, dapatkan bantuan perubatan.
  55. 55. R1001 / UNIT 2/ 55 PERTOLONGAN CEMAS2.16 Langkah rawatan yang perlu anda lakukan adalah: i. Cuci luka dengan bersih mengunakan air dan sabun. ii. Sekiranya luka adalah serius, kawal dan cegah pendarahan dengan menggunakan tekanan secara terus. Angkat bahagian luka agar lebih tinggi dari jantung mangsa. iii. Tutup luka dengan pembalut atau pad yang bersih. iv. Bawalah mangsa ke hospital.
  56. 56. R1001 / UNIT 2/ 56 PERTOLONGAN CEMAS PENILAIAN KENDIRIAnda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaiankendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan .Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.Selamat mencuba semoga berjaya !!!1. Kereta A telah melanggar kereta B diatas lebuhraya. Kemalangan menyebabkan kereta B tercampak ke tiang letrik di tepi lebuhraya. Hentaman ini telah menyebabkan talian kuasa jatuh ke atas bumbung kereta B. Kereta A telah terbabas keluar dari jalan. Senaraikan perkara yang anda harus perhatikan semasa penilaian tempat kejadian.2. Apakah keperluan yang perlu ada sekiranya anda ingin menyediakan kotak pertolongan cemas untuk kegunaan aktiviti rekreasi anda?
  57. 57. R1001 / UNIT 2/ 57 PERTOLONGAN CEMAS 1 P 2 3 4 A 5 6 S 7 H S 8 I 9 10 A D TMELINTANG2. Kecederaan terbakar anggota ini perlu diberi perhatian walaupun ianya kurang 10%5. Bawalah ia bersama untuk membantu masalah cirit-birit7. Pendarahan akibat benda tajam seperti pisau8. Ia amat berguna digunakan untuk kes kecederaan lebam9. Tindakan rawatan yang membabitkan tekanan bahagian dada. Jangan lakukan padamereka yang sihat10. Peperiksaan tempat ini menentukan peredaran darah seseorang itu masih beroperasiKE BAWAH1. Ramai yang menggunakannya untuk mengatasi kebanyakkan rasa tidak selesa. Tetapiada juga orang yang alah dengannya3. Ancamannya boleh membawa maut jika tidak diberi rawatan seawal mungkin4. Penyakit ini mempunyai tanda-tanda seperti nafas berbunyi, kulit lebam,hidungkembang dan pergerakan dada yang tersedut6. Tindakan ini dilakukan semasa peringkat B dalam melakukan pemeriksaan ABC7. Sekiranya tiada sebarang alat semasa kawan anda mengalami luka terhiris, anda perlulakukan tindakan tekanan ini
  58. 58. R1001 / UNIT 2/ 58 PERTOLONGAN CEMAS MAKLUMBALAS Adakah anda telah mencuba dahulu ??? Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda .JAWAPAN PENILAIAN KENDIRIJAWAPAN :1. Pastikan keselamatan diri anda terjamin dan anda tidak menimbulkan sebarang bahaya dengan: • Letakkan kenderaan anda ditempat yang selamat dan nyalakan lampu kecemasan pada kenderaan anda. • Jangan berlari melintasi jalan raya yang sibuk untuk pergi ke tempat kemalangan. • Jika kemalangan berlaku diwaktu malam, pakailah pakaian berwarna cerah dan bawa lampu picit. Ambil langkah-langkah keselamatan yang berikut: • Telefon pusat perkhidmatan kecemasan dengan segera dan maklumkan suasana kejadian terutama keadaan talian kuasa yang jatuh di atas kereta B dan bilangan mangsa. • Arahkan orang yang menyaksikan kemalangan supaya memberi amaran kepada pemandu-pemandu kenderaan yang lain. • Arahkan orang yang menyaksikan kejadian agar berada sekurang- kurangnya 18 meter dari kawasan kejadian. • Letakkan papan tanda tiga segi sejauh kira-kira 200 meter dari kawasan kejadian.
  59. 59. R1001 / UNIT 2/ 59 PERTOLONGAN CEMAS • Tutup suis enjin kenderaan A yang terlibat dalam kemalangan samada enjin masih hidup atau telah dimatikan. Jangan hampiri kenderaan B sehingga anda diberitahu bahawa bekalan kuasa telah diputuskan. Bahan-bahan seperti kayu kering atau pakaian tidak berupaya melindungi anda daripada arus elektrik bervoltan tinggi. Bekalan kuasa harus diputuskan dan dipisahkan sebelum mangsa dalam kereta B didekati. Faktor ini amat penting terutama apabila talian kuasa elektrik laluan atas. • Pastikan kenderaan dalam keadaan stabil. Jika kenderaan dalam keadaan tegak, tarik brek neutral, atau gunakan penghalang pada tayar. Jika kenderaan terbalik pada sisinya, biarkan sahaja. Cuba halang kenderaan itu daripada terbalik sepenuhnya. • Perhatikan bahaya fizikal yang lain. Adakah sesiapa yang merokok, membawa bahan kimia berbahaya, kerosakan talian bekalan elektrik, telefon bimbit.2. KOTAK PERTOLONGAN CEMAS Keperluan pembebatan (dressing) dan balutan (bandages) i. White Open Wove (WOW) - untuk memegang pembebatan bandage pada tempatnya. - 5cm x 5m, 7.5cm x 5m, 91cm x 5m ii. Sterile stretch bandage - untuk memegang pembebatan pada tempatnya. - 7.5 cm x 1.9 m , 11.4 cm x 3.7 m iii. Gauze ( kain kasa ) - rawatan luka melecur, bisul dsb iv. Sterile gauze - rawatan luka melecur, bisul dsb. v. Kain tiga segi - membalut anggota cedera vi. Pembalut crepe - untuk menahan darah keluar vii. Plaster pelbagai saiz - menutup luka kecil. viii Roll of surgical tape - menetapkan pembebatan dan balutan
  60. 60. R1001 / UNIT 2/ 60 PERTOLONGAN CEMASix. Gunting - memotong pakaian , surgical tapex. Safety pin - mengemaskan kedudukan balutanxi. Kapas - membersihkan luka dan kotoran. Keperluan untuk rawatan dan mencuci luka Antiseptik cream - Burnol , salvoni. Cecair antiseptik - mencuci peralatan perubatanii. Cecair antiseptik - mencuci kekotoran pada kulitiii. Eusol - pencuci luka yang septic dan kudisiv. Hydrogen peroxide - mencuci kekotoran seperti pasir pada lukav. Acriflavine lotion - ubat lukavi. Povidone iodine - ubat lukaviii. Normal saline - pencuci luka, kudis dan bisulix. Habitine (5% spirit ) - mencuci peralatan (basmi kuman)Keperluan ubatan (drug) dan lain-laini. PCM (Paracetamol ) - analgasic seperti peningii. Gelusil / actal - gastrikiii. Minyak LMS - minyak gosokiv. Spray kekejangan - meredakan sakit ototv. Spray antiseptik - meredakan luka kecil seperti calarvi. Garam ORS - meredakan sakit cirit-biritvii. Painkillers ( bawah kawalan) - ubat tahan sakit.
  61. 61. R1001 / UNIT 2/ 61 PERTOLONGAN CEMAS P C M U K A L S O R S A F A T E R H I R I S E S A I SC P R I A K A R O T I D T

×