Titas

2,359 views

Published on

all students

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,359
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
18
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Titas

  1. 1. REKOD BORANG KOLABORASI KERJA KURSUS IPG ;INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN NAMA PELAJAR ;SITI ROHAYA BINTI YUSUF NO MATRIK ; KUMPULAN ;PPG RBT/BM3/PK MATA PELAJARAN ;TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA PENSYARAH PEMBIMBING ;HAJI ZAMRI BIN RAJAD TARIKH 25 Feb 27 Feb 1 Mac 2 Mac PERKARA YANG DIBINCANGKAN Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah mata pelajaran Memahami kehendak soalan dan perbincangan dengan rakan sekelas Bertanya kepada guru-guru disekolah tentang topik yang hendak dibuat Pencarian maklumat KOMEN Membuat rangka tentang tajuk dahulu Mendapatkan penjelasan daripada orang yang berpengetahuan melayari internet, rujuk buku,rujuk pensyarah 2 Mac Bertanya kepada rakan senior tentang buku TITAS untuk dipinjam 17 Mac Bertanya kepada pensyarah yang mengajar TITAS Pensyarah memberi penjelasan tentang tugasan Menaip bahan yang sedia ada dan mengemas kini 18 Mac Membuat refleksi 18 Mac Menyemak isi kandungan 19 Mac 20 Mac Menyiapkan tugasan penjilidan dan menghantar kepada pensyarah Suami menyemak selaku guru dan memberi ulasan Cetak maklumat T/TANGAN,NAMA DAN COP RASMI(JIKA ADA)
  2. 2. TUGASAN; Setiap pelajar dikehendaki membuat satu analisis /kajian kes /ulasan isu yang berhubung dengan tajuk-tajuk yang dipelajar dalam Modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS WAJ3101).Perbincangan dan analisis hendaklah dikaitkan dengan teori-teori Tamadun/fakta/ulasan para sarjana,seterusnya dan menyediakan laporan dengan menyebut strategi menangani isu kelangsungan Tamadun masyarakat Malaysia yang hidup berbilang kaum dan agama. TAJUK; PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA PENGENALAN Saya memilih tajuk ini sebagai kerja kursus saya kerana tajuk ini ada kaitan dengan Malaysia iaitu negara yang kita diami. Kerja kursus ini memberi saya pengetahuan tentang pembentukan tamadun negara Malaysia.Setelah membuat rujukan dan perbincangan ,saya mula lebih mengenali serta memahami tentang sejarah tamadun-tamadun Asia dan Islam secara terperinci.Tajuk ini agak mencabar bagi saya,saya terpaksa membuat banyak rujukanuntuk mendapatkan maklumat yang tepat.Tajuk yang saya pilih ini telah membuatkan saya mengetahui bagaimana tamadun Malaysia terbentuk dan saya belajar asal-usul serta perkembangan tamadun agama saya sendiri. Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama yang berlainan.Kelangsungan ini diteruskan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1975 dahulu.Kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia ini mempunyai sejarah yang tersendiri dan setiap yang dilalui sepanjang negara ini merdeka perlulah dijadikan tauladan bagi setiap insan yang tinggal di dalam negara ini. Isu kelangsungan Tamadun masyarakat Malaysia yang hidup berbilang kaum dan agama yang akan dinyatakan disini ialah isu ketiadaan kekuatan jati diri dalaman dikalangan penduduk Malaysia terutamanya remaja.Pekara ini membimbangankan terutama dalam pembentukkan Tamadun Malaysia.Jika kita perhati dan dengar ,remaja negara kita banyak terlibat dalam pelbagai masalah .Remaja sekarang akan membentuk rakyat Malaysia pada masa akan datang.Jika cemerlang pembentukan remaja Malaysia sekarang maka cemerlanglah pembentukkan Tamadun Malaysia pada masa akan datang.Isu ini tidak boleh dipadang remeh. Dalam konteks pembinaan negara dan tamadun Malaysia hari ini amatlah perlu pembinaan tersebut didasarkan kepada tamadun Melayu –Islam yang jelas terbukti berjaya memartabatkan nama Melayu di persada antarabngsa suatu ketika dahulu .
  3. 3. KONSEP TAMADUN Tiada satu konsep dan takrifan yang muktamad .Salah satunya takrif oleh Gordon Childe ,seorang ahli arkeologi Australia mengaitkan tamadun dengan proses perbandaran .Menurutnya ,tamadun melambangkan suatu tahap pencapaian manusia dalam proses penyesuaian diri dan persekitarannya .Pada tahap itulah manusia berkumpul disesuatu pusat yang dapat memenuhi kehendak mereka iaitu untuk memperbaiki tahap kehidupan,interaksi yang berlaku menghasilkan pertambahan pengetahuan dan pengalaman yang dapat melengkapi diri mereka dengan ‘cultural potential’untuk kehidupan yang lebih sempurna,pengkhususan kerja berlaku dengan pengeluaran berlebihan ,kegiatan pertanian serta pertumbuhan seni,sains dan teknologi DEFINISI TAMADUN Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana,mudun ,maidain yang beerti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah .Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju.Istilah-istilah lain yang sama pengertianya dengan tamadun adlah umran,hadarh,madaniyah. Dalam bahasa Inggeris ,istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau kebudayaan dalam Bahasa Melayu .Civilization ialah terjemahan yang paling meluas penggunaannya bagi merujuk maksud tamadun. Bahasa Arab,terdapat empat istilah yang pernah digunakan untuk membincangkan tentang konsep pembangunan, kemajuan dan pencapaian manusia; -hadarah -madaniyyah -umran -tamaddun
  4. 4. Hadarah mengandungi dua pengertian;a)Pengertian objektif suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan,teknik,keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan daripada satu generasi ke satu generasi dalam sesebuah masyarakat. b)Pengertian subjektif Suatu peringkat perkembangan kehidupan yang tinggi yang berlawanan dengan kehidupan yang liar atau ganas atau digambarkan sebagai kehidupan yang dapat atau hampir kehidupan yang tinggi yang hendak dicapai. Menurut Muhd Farid Wajdi tamadun bermaksud suatu peringkat yang tinggi dalam kehidupan kebendaan sesebuah masyarakat yang jelas kelihatan dalam aspek pembangunan ,perancangan dan penyusunan bandar serta penyediaan kemudahan infrastruktur. Jacqueta Hawkes medefinisikan tamadun ialah kualiti tinggi yang di miliki sesuatu masyarakat. Abu Bakar Hamzah menyatakan tamadun sama denga kebudayaan .Ianya lahir seiring sejalan dengan perkembangan hidup kehidupan masyarakat setempat dari semasa ke semasa dalam bentuk pemikiran dan kebendaan. Seperti yang kita tahu tamadun merupakan aspek yang amat penting kepada manusia. Ini adalah kerana tamadun merupakan kayu pengukur dalam menentukan cara hidup, pengurusan diri dan masyarakat, dan juga pegangan hidup. Adalah penting untuk kita mengetahui bahawa tamadun juga merupakan identiti sesuatu individu atau populasi. Ia juga merupakan kayu pengukur untuk menilai tahap kehidupan seseorang, semakin tinggi tamadun itu, semakin tinggi kehormatan yang diterima.
  5. 5. TERDAPAT PELBBAGAI TEORI ILMU DALAM TAMADUN MELAYU SERTA PERANANYA DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA Teori dari India -Di kemukakan oleh Snouck Hurgronje “...................seolah sebahagian bangsa India memeluk Islam ,maka orang-orang Islam dari India turut mengambil bahagian lalulintas dan emigrasi di Nusantara dan mereka itulah yang memasukkan Islam ke wilayah Nusantara”. -Alasan dalam kukuhkan teori ini 1)Batu-batu nisan awal yang dijumpai di Alam Melayu telah diimport dari Kambay(Kembayat)Gujerat. 2)Peranan penting yang dimainkan oleh pedagang-pedagang Gujerat di kepulauan Melayu dan kesannya terhadap penyebaran Islam. 3)Tradisi kesusasteraan Melayu lebih mirip kepada tradisi India Islam. 4)Catatan Marco Polo dan Ibn Batuta yang pernah melawat Alam Melayu sekitar abad ke 13 dan 14 M 5)Terjumpanya makan Sultan Malik al-Salleh,pemerintah Pasai yang di sebut dalam sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai sebagai pemerintah 1 di kepulauan Melayu. Teori dari China -Profesor S.Q .Fatimi -perpindahan beramai-ramai orang Islam dari Canton 876 (atau 878)akibat pemberontakkan yang berlaku hingga korbankan 100,000-150,000 orang Islam –pergi ke Alam Melayu. -Bukti dari batu nisan Syeikh Abdul Qadir di Langgar,Kedahbatu bersurat Phang – rang di Kemboja ,batu nisan Pahang dan batu bersurat Terengganu 1303 M .Pengaruh Cina ini dibuktikan dengan bentuk masjid di Melaka dan Jawa seperti Pagola. -Bukti yang dikemukakan agak menyakinkan tetapi tidak bermakna Islam hanya pada masa itu baru diperkenalkan di Alam Melayu kerana dan ada penempatan Islam awal dari tarikh tersebut terutama di Utara Sumatera.
  6. 6. Teori dari Tanah Arab Teori ini mendapat sokongan ramai pada masa ini ; -Hamka ;ada bukti orang Arab telah belayar ke Indonesia terlebih dahulu sebelum kelahiran Nabi Muhammad untuk membeli rempah ratus dan kapur barus yang hanya terdapat di Sumatera-peta lokasi Alam Melayu telah lama berada di minda orang Arab. -Bukti catatan sejarah pengislaman raja-raja di Alam Melayu dilakukan oleh pendakwah dari Timur Tengah ,contohnya Maharaja Drebar 11 yang perintah Kedah pada 1136 M telah memeluk Islam dari Sultan Abdullah bin Sultan Ahmad dari Yaman dengan memakai nama Sultan Muzaffar shah .Parameswara pula peluk Islam dari Sheikh Abdul Aziz dari Jeddah dan tukar nama kepada Sultan Muhammad Shah.
  7. 7. PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama yang belainan.Kelangsungan ini diteruskan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1975 dahulu.Kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan setiap yang dilalui sepanjang negara ini merdeka perlulah dijadikan tauladan bagi setiap insan yang tinggal di dalam negara ini. Tamadun Malaysia yang sedang di mantapkan sekarang wujud dari satu proses sejarah yang sambung –menyambung dan dapat dibuktikan melalui pelbagai sumber arkeologi mahupun sejarah.Dari segi sejarah terbukti bahawa wilayah politik yang bernama Malaysia sekarang adalah lanjutan daripada politik Melayu seperti Melaka,Johor,Perak,Pahang ,Selangor ,Kedah ,Kelantan ,Terengganu dan Negeri Sembilan.Politok-politik itu juga adalah kesinambungan daripada pelbagai kerajaan Melayu yang pernah wujud pada zaman sejarah seperti Srivijaya,Temasik,Langkasuka ,Melaka ,Johor-Riau –Lingga dan lain-lain. Lantaran fakta sejarah tersebut maka paksi utama yang menyumbang kepada pembinaan dan pemantapan Tamadun Malaysia ialah tamadun Melayu. Sistem pemerintahan raja berpelembagaan sekarang ini adalah antara sumbagan utama Tamadun Malayu kepada pembentuka Tamadun Malaysia.Sistem pemerintahan dahulu dimana diperintah oleh sultan telah diserap masuk kedalam Tamadun Malaysia dan telah dijadikan sebagai Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Perlembagaan Malaysia telah menulis bahawa Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu merupakan komponen penting dalam pemerintahan negara kita. Islam menjadi indentiti sosial dan budaya orang Melayu .Islam bukan sahaja menjadi faktor yang mentakrif Melayu ,juga dimaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah ketua agama bagi setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia .Peruntukan ini termaktub di dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia .Menerusi peruntukan ini ,pihak kerajaan pusat menerusi Jabatan Agama Islam dalam pelbagai bidang seperti melaksanankan pembangunan agama Islam dalam pelbagai bidang seperti melaksanakan pentadbiran hukum syariah Islam tetapi bidang kuasa terbatas dan tertentu sahaja.
  8. 8. .Termaktub dalam perlembagaan Malaysia bahawa Islam adalah agama persekutuan Malaysia tetapi tidak bermakna agama-agama lain tidak boleh dianuti oleh orang-orang bukan Melayu dan bukan Islam. Perkembangan Islam di Alam Melayu tidak boleh dipisahkan daripada peranan yang dimainkan oleh bahasa Melayu.Bahasa Melayu tidak semestinya dituturkan oleh orang-orang yang datangnya dari ras dan kebudayaan yang sama.Di Malaysia teradapat beberapa kumpulan etnik yang berbeza yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.Bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa tulisan untuk sejumlah kitabkitab agama dan kesusasteraan Melayu,malah menjadi pengantar komunikasi utama perkembangan Alam Melayu.Para pendakwah menggunakan bahasa Melayu sebagai media komunikasi mereka.Bahasa Melayu menjadi lingua franca dikalangan para pedagang yang berdagang di kawasan ini.Bahasa Melayu adalah bahasa Persatuan dan kesatuan Melayu di alam Melayu.Berdasarkan logikal sejarah tersebut ,maka dimaktubkan juga didalam perlembagaan Persekutuan Malaysia bahawa bahasa Malayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Perlembagaan persekutuan juga mengiktiraf akan adanya undang-undang adat yang terlaksana di kalangan orang Melayu dan juga pribumi Sabah dan Sarawak.Dalam menuju kearah permodenan dalam tahun 2020 ,Malaysia harus menjadihkan Tamadun Melayu terdahulu sebagai teras yang mengikuti ajaran Islam .Kita tidak seharusnya mengikut pandangan Barat bulat-bulat tanpa perlu menapis setiap apa yang diperkatakan mereka.Seharusnya,perkara ini diperkasakan lagi untuk kemajuan Tamadun Malaysia.Sememangnya Tamadun Melayu adalah teras kepada Tamadun Malaysia,namun kini sikap Melayu yang terdahulu telah hilang dek globalisasi yang sedang ke hadapan .Seiring dengan itu ,kita harus menguatkan lagi pegangan kita dalam Islam ke arah mewujudkan masyarakat yang cemerlang,gemilang dan terbilang.
  9. 9. ISU KETIADAAN KEKUATAN JATI DIRI Isu –isu yang timbul dalam pembinaan tamadun Malaysia ialah isu ketiadaan kekuatan jati diri dalaman di kalangan penduduk Malaysia terutama remaja.Di Malaysia ,remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk.Oleh kerana bilangannya yang ramai ,maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak. Kebelakangan ini terlalu banyak diperkata isu yang berkaitan dengan remaja dimana mereka inilah yang akan memancu pembangunan negara dan pembentukan tamadun Malaysia. “…saya mahu setiap rakyat Malaysia mempunyai modal insan iaitu personaliti yang tinggi hemahnya, tinggi budinya, tinggi pengajiannya, tinggi kejayaannya dalam apa juga bidang yang diceburi, hatta menjadi seorang yang gemilang. Ini kerana, anak kunci kecemerlangan ialah disiplin dan jati diri seseorag individu. Ini akan Mendorong kecemerlangan diri, keluarga, masyarakat dan negara,”. Sumber: Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, 2005 Begitulah tingginya harapan dan hasrat yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia melalui kata-kata dan ucapannya. Namun begitu setelah negara kita merdeka 50 tahun dulu, adakah jiwa raga, minda dan tingkah laku rakyat Malaysia benar-benar merdeka?. Sebagai renungan untuk menjawab persoalan di atas, sebanyak 1.13 peratus remaja terlibat dengan kes buang bayi, 40 peratus menonton bahan lucah, 16 peratus berjudi, 70 peratus merokok,14 peratus terlibat dalam penyalahgunaan dadah, 25 peratus mengambil minuman keras, dan18 peratus melakukan seks bebas (majalah Siti, 2006). Dapatan ini merupakan satu angka yang amat membimbangkan dan boleh meruntuhkan kecemerlangan negara Malaysia. Keruntuhan akhlak yang menjadi ancaman rakyat Malaysia bermula dari diri individu itu sendiri. Mereka ini berjiwa kerdil, pasif, tidak menghargai diri, tidak berpendirian dan tidak berwawasan. Mereka juga tidak mempunyai identiti sendiri, mudah terpengaruh dan lebih mengagungagungkan budaya kuning dari Barat. Sepatutnya mereka bangga dengan adat ketimuran yang terkenal dengan budi bahasanya. Mereka juga lemah minda, malas berfikir dan mengambil jalan mudah untuk mendapatkan sesuatu atau menyelesaikan masalah sehingga ada yang mengambil dadah dan yang paling kritikal sehingga membunuh diri. Dalam melahirkan kebanggaan, sebahagian rakyat khasnya golongan remaja terlibat dengan fenomena keruntuhan akhlak yang amat menjijikkan dan boleh melemah dan meruntuhkan negara bangsa.
  10. 10. Kurang semangat patriotisma di kalangan penduduk Malaysia.Secara tabiinya semangat patriotisma ini akan timbul apabila semua rakyat Malaysia mempunyai kekuatan jati diri yang tinggi.Namun begitu hal yang sebaliknya telah dikesan dalam konteks masyarakat Malaysia semasa. Hasil kajian empirikal yang dibuat terhadap sejumlah kalangan generasi muda di Malaysia mendapati sebahagian besar daripada generasi muda di Malaysia telah mengidap penyakit dan masalah.Kebanyakan masyarakat Malaysia mengindap penyakit psikologi yang agak kronik ,penyakit gelisah dan hilang pertimbangan akal yang kemudiannya telah menyebabkan berlaku pelbagai tindakkan buruk seperti bunuh diri,menagih dadahdan arak,murtad, bohsiah dan mengamalkan seks bebas. Golongan remaja yang menjadi pengguna terbesar internet dan kafe siber telah dijangkiti ketagihan arak yang agak serius (cyber mania).Kalangan ini di dapati menggunakan salur internet bukan untuk tujuan pendidikan tetapi untuk mendapatkan hiburan yang lebih bebas tanpa kongkongan keluarga yang berupa permainan video games,pornografi,berkenalan(chit-chat) dan mengisi masa lapang dengan kegiatan yang tidak berfaedah. Ikatan dan fungsi keluarga moden masyarakat Malaysia sebagai penjaga dan pendidik emosi anak-anak telah terhakis yang kemudiannya telah menyebabkan pelbagai masalah sosial remaja yang cukup kronik.Berikutan dengan faktor asas ini ,gologan remaja telah terpengaruh dengan budaya diluar keluarga seperti media massa dan rakan sebaya.Akibat daripada pengaruh media massa ,mereka lebih mudah mementingkan keseronokkan yang melampaui batas sensasi dan glamour .Manakal pengaruh rakan sebaya pula menyebabkan mereka terlibat dengan tabiat melepak pelbagai masalah sosial yang lain. Dikalagan remaja secara terang-terangan mengaku tanpa segan silu terlibat dalam amalan free-sex dan menganggap ia sebagai perkara biasa dan lumrah bersesuai dengan gaya hidup zaman moden seperti mana ditonjolkan di dalam media massa moden.Ada remaja yang mengaitkan cinta dengan seks dan jika ada cinta yang tidak menyediakan seks maka ia bukan dinamakan cinta.MasyaAllah begitu bahaya dan dangkal pemikiran sebegini dan menakutkan bagi masyarakat Malaysia khususnya.Remaja kini beranggapan bahawa seks ini adalah satu perkara yang enteng dan tidak perlu diperbesarkan.Kesan seks bebas menurut perubatan moden antaranya ialah penyakit jangkitan seksual contonya AIDS.
  11. 11. Masalah pembuangan bayi bukanlah merupakan satu perkara yang baru berlaku di negara ini. Sejak zaman Arab Jahiliyah lagi kita dapati gejala tidak beretika ini telah dilakukan khususnya terhadap bayi serta anak-anak perempuan atas faktor keagamaan masyarakat pada masa itu. Khalifah Umar Al-Khattab juga pernah melakukannya semasa beliau belum menganut agama Islam. Akan tetapi, gejala pembuangan bayi kini begitu berbeza senarionya memandangkan pembuangan bayi ini dilakukan atas desakan hawa nafsu manusia itu sendiri yang terlibat dengan aktiviti penzinaan hasil daripada pergaulan bebas masyarakat pada hari ini. Malu, sedih, buntu setelah terlanjur dan mengandung anak di luar nikah, maka pengguguran serta pembuangan bayi menjadi langkah terbaik dalam menutup segala keaiban yang telah dilakukan oleh manusia itu sendiri. Kini gejala buang bayi diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau mati di merata tempat. . Beberapa kajian yang dilakukan di negara ini juga menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita hari ini mengadakan hubungan seks luar nikah. . Sepanjang tempoh dua tahun sehingga 2006, JKM menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai di tempat awam atau diserahkan sendiri oleh ibu bermasalah kepada polis. Pada tahun 2006, sebanyak 83 kes telah dicatatkan di seluruh negara berbanding 65 kes pada 2000. Sepanjang tempoh 2000 hingga 2006, sejumlah 580 pembuangan bayi telah dicatatkan dengan 48 daripadanya masih merupakan janin. Apa yang lebih membimbangkan lagi ialah pembuangan bayi turut menular di institusi pengajian tinggi (IPT). Perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman merekodkan 580 kes buang bayi dari 2000 hingga tahun lalu, dengan Selangor dan Johor mencatat kes paling tinggi. Pada 2000, 65 kes dicatatkan di seluruh negara, 2001 (97 kes), 2002 (98 kes), 2003 (92kes), 2004 (78 kes), 2005 (67 kes) dan 2006 (83 kes). Tahun lalu sahaja, daripada 83 kes di seluruh negara, Selangor mencatatkan 24 kes, Johor (21 kes), Sarawak (12 kes), Sabah (11 kes), Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing tiga kes), Perak dan Melaka (dua kes) serta Kelantan dan Terengganu (satu kes). Statistik sama turut mencatatkan usia bayi yang dibuang membabitkan dua kategori, iaitu janin dan baru lahir. Untuk janin, 48 kes dilaporkan dalam tempoh 2000 hingga 2006, manakala baru lahir pula 532 kes. Gejala buang bayi adalah bukti yang paling nyata bahawa masyarakat kita sedang dilanda oleh masalah keruntuhan moral yang serius. Kebejatan sosial yang sedang berlaku itu menandakan bahawa masyarakat kita sedang sakit. Sekaligus menunjukkan betapa proses pembangunan yang dilaksanakan dalam negara kita berada pada kedudukan yang tidak seimbang.
  12. 12. Masalah disiplin juavana sama ada berat ataupun biasa telah menjadi fenomena biasa dikalangan pelajar-pelajar sekolah di Malaysia .Tabiat pembacaa remaja Malaysia yang lemah ,mereka lebih mengutamakan bahan bacaan yang tidak membina minda dan daya intelektual,merangkumi hiburan ,jenaka,sukan dan bahan lucah.Pendek kata mereka telah terjerumus ke dalam budaya bebalisme yang cukup meruncing akibat daripada ketiadaan budaya ilmu yang sihat.Remaja Malaysia lebih menjadikan golongan artis,model dan ahli sukan sebagai model ikutan melebihi segala ketokohan lain.Remaja M alaysia terlibat secara serius dengan budaya rock melampau.Yang dibimbangkan adalah budaya ini dicirikan dengan beberapa sifat yang bertentangan dengan budaya ketimuran.Antaranya corak budaya yang dihayati oleh pendokong budaya rock adalah dilambangkan dengan bentuk pakaian yang tidak terurus ,kotor ,tidak senonoh,kasar dan pengambilan dadah. Semua senario itu menjelaskan kepada kita betapa rapuhnya jiwa remaja dan belia yang kita harapkan suatau hari nanti menggalas tanggungjawab memimpin negara dan membentuk tamadun Malaysia yang disegani. Tidak dapat dinafikan bahawa ketiadaan jati diri dikalangan remaja memberikan kesan yang sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangunnya sesebuah negara dan masyarakat itu bergantung kepada kekuatan jati diri remaja atau generasi pada waktu sekarang. Selain itu negara juga akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan,pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga sukar untuk berkembang,anasir-anasir luar akan mudah meresap masuk kedalam negara seandainya generasi pada hari ini tidak ada kekuatan jati diri. Kecemerlangan yang dilaungkan dan digembargemburkan ketika ini tidak memberi apa-apa makna kiranya peranan rakyat Malaysia tidak seiring dengan agenda untuk mencemerlangkan negara bangsa. Inilah antara yang menjadi isu dan cabaran besar pemimpin dan semua pihak untuk menentukan negara dan rakyat benar-benar menepati kecemerlangan 51 tahun kemerdekaan
  13. 13. STRATEGI MENANGGANI ISU Disini dinyatakan beberapa strategi menangani isu kelangsungan tamadun masyarakat Malaysia diantaranya; 1) Pembinaan jati yang tinggi dan mampu dijadikan sebagai modal insan,sepatutnya perkara ini di terapkan dalam Tamadun Malaysia untuk dijadikan sebagai satu kebanggaan kepada kita semua .Kemuliaan akhlak yang tinggi dan jati diri insan yang terpuji adalah penting dalam Tamadun Melayu.Justeru, untuk membina perkara ini,kita memerlukan kebudayaan bangsa yang selari dengan ajaran Islam.Apa yang dapat kita lihat pada masa kini adalah jati diri yang semakin meluntur dalam masyarakat kita.Ini kita dapat lihat dalam perkara yang telah disebut oleh Zulkiflee dan Mohd Nasir(2005) i. Pengaruh nilai individualistic. Fahaman ini tidak memberi penekanan kepada kehidupan bermasyarakat. Maka unsur-unsur ketingian tamadun seperti saling menghormati, saling menolong dan toleransi akan terkikis dari jiwa manusia. ii. Meluaskan fahaman meteralisme. Fahaman yang bersifat kebendaan yang menjadikan kekayaan sebagai ukuran dalam kehidupan. Hubungan antara manusia dilihat kepada nilai benda yang diberi dan diterima dan hubungan sesama manusia tidak lagi bersifat kasih dan sayang. Tegasnya, dalam usaha membentuk identiti dan jati diri insan Melayu ini, sewajarnya umat Melayu hari ini kembali semula menghayati apa yang telah diterap oleh umat Melayu zaman kegemilangan iaitu penghayatan sepenuhnya terhadap ajaran Islam yang syamul yang tentunya akan melahirkan watak insan Melayu yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia. 2) Penerapan nilai-nilai murni seharian.Nilai-nilai murni yang diamalkan seharian akan membentuk akhlak (Behavior).Akhlak yang menjadi cermin kepada ketamadunan rakyat Malaysia.Iman Al-Ghazali mendefinisikan “akhlak”adalah sesuatu perbuatan yang dilakukan tanpa mendahului akal fikiran ,kerana itu nilai-nilai murni seperti jujur,amanah,berintegeriti,berkasih-sayang,prihatin perlu diamalkan agar membentuk akhlak .Bayangkan bagaimana umat manusia di Mekah kaum Quraisy yang jahil dengan menanam bayi perempuan hidup-hidup mampu ditamadunkan dan melahirkan akhlak yang sangat indah,itulah hanya kepercayaan kepada Tuhan,kini termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia adanya Agama Islam sebagai agama rasmi sedangkan agama lain boleh dilaksanakan dan perlu dihormati .Inilah titik tolak mula kearah ketamadunan Malaysia.Malaysia penuh pengharapan jika rakyatnya yang berbilang kaum berbeza agama kembali kepada Tuhan,kembali kepada ajaran agama,tiada agama yang mengajar tentang keganasan,perpecahan ,rasuah dan penindasan.Kerecaman ini bukanlah perlu dikagai prinsip namun dari perbezaan inilah kita bertembung dengan nilai –nilai murni yang diterima rakyat semuanya.Nilai jujur,,berkasih sayang,prihatin dan sebagainya adaptasi kejadian alam sebagai pedoman kita,arus panas dan sejuk dilautan apabila bertembung
  14. 14. kawasan itulah yang paling subur sebagai makanan ikan di lautan. Begitulahjua Malaysia ,ketamadunan dapat dicapai jika perbazaan diurus dengan bijak dan dijadikan ianya bertembung (interaksi) agar lahir benih-benih subur kearah masyarakat yang harmoni dan berakhlak mulia. 3) Menghayati agama. Masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan berusaha untuk menujuk kepada kesempurnaan kemanusiaan maka akan lahirlah ketinggian budaya.Misalnya tamadun Islam dipengaruhi rangsangan nilai daripada penghayatan cara hidup Islam yang kamil beserta dorongan langsung risalah wahyu.Penghayatan tinggi terhadap moral dan nilai terpuji akan melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu dan nilai murni(seperti kreativiti,ketekunan ,kerajinan disiplin dan lain-lain).Kepimpinan yang berlandaskan nilai murni dan rakyat bergading bahu untuk bangunkan negara contoh tokoh;Yunani(Plato,Aristota)Tamadun Cina(Kung Fu –Tze)Tamadu India (Kautilya)Tamadun Islam(al_Ghazali) 4) Masyarakat Malaysia hendaklah bersifat tolenransi terhadap sumbangan tamadun lain.Semangat mewujudkan interaksi merangsang pemupukan nilai kehidupan bertamadun.Gambaran sikap terbuka untuk menerima tamadun yang baik akan bentuk tamadun baru.Sikap pemimpin memainkan peranan penting contohnya Tamadun Islam merupakan tamadun yang terbuka untuk menerima sumber-sumber ilmu daripada tamadun Yunani,Parsi ,India dan Cina. Edward de Bono- “sikap tertutup merupakan halangan paling besar terhadap anjakan paradigma”. Contoh keruntuhan kerajaan Uthmaniah.Kemunculan sesebuah tamadun turut disebabkan oleh tolenransi terhadap sumbangan tamadun-tamadun lain.Sifat keterbukaan ini memeberi kesan positif kepada sesebuah tamadun. 5) Penghayatan terhadap bidang keilmuan.Sesorang yang menguasai ilmu dan mempunyai akhlak dan akal tidak akan melakukan sesuatu yang salah.Pencapaian ilmu perlu dijelmakan dalam bentuk praktikal melalui akhlak yang mulia.Tidak ada gunannya seseorang itu memperolehi pencapaian akademik yang tinggi seandainya tidak mempunyai akhlak yang mulia .Kesan yang terhasil daripada pencarian ilmu seperti teguh,cekap,kuat,tidak mudah kalah dan berpengaruh. Kemunculan sesebuah tamadun turut didorong oleh penghayatan dan kecintaan yang tinggi terhadap bidang keilmuan.Penghayatan terhadap ilmu dapat dilihat dalam diri tokoh –tokoh termuka tamadun silam seperti Al-Farabi,Al-Ghazali,Plato dan Aristotle.
  15. 15. PETA MINDA Satu tahap pencapaian manusia dalama proses penyesuaian diri dan persekitarannya KONSEP JJ Buku pengislaman raja-raja Melayu Batu Nesam jjTTt JJJJJJJJJ TEORI TEORI TANAH ARAB KEDATANGAN ISLAM TEORI INDIA Pedagang Gujerat Batu Nisan Syeikh Abdul Qadir TEORI CHINA Bentuk masjid Perpindahan orang-orang Islam dari Canton Catatan Marco Polo
  16. 16. STRA
  17. 17. PETA MINDA Tiada semangat patriotisme Keruntuhan Akhlak Siber Mania Tabiat Pembacaan Lemah ISU KETIADAAN KEKUATAN JATI DIRI DI KALANGAN PENDUDUK MALAYSIA TERUTAMA REMAJA Mengidap Penyakit Psikologi TERUTAMA REMAJA Pembuangan Bayi Gaya Hidup Bebas
  18. 18. PETA MINDA Penghayatan Ilmu Penerapan NilaiNilai Murni STRATEGI MENANGANI ISU Menghayati Agama Tolenrasi Terhadap Sumbangan Tamadun Lain Modal Insan
  19. 19. KERATAN AKHBAR BERKAITAN ISU KETIADAAN JATI DIRI DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA TERUTAMANYA REMAJA
  20. 20. REFLEKSI Sebelum melaksanakan tugasan ini ,saya dan rakan-rakan telah mengadakan perbincangan untuk memahami kehendak soalan .Ketika inilah idea-idea akan dikembangkan.Setelah soalan tugasan difahami,proses pencarian maklumat dari pelbagai sumber.Antara sumber rujukan pencarian maklumat saya ialah perpustakaan,buku-buku rujukan serta maklumat daripada internet.Selain itu,proses pengumpulan maklumat turut dijalankan.Maklumat yang diperolehi dikumpul dan hanya maklumat yang penting sahaja digunakan.Draf pertama dilakukan untuk memudahkan saya menyiapkan tugasan. Semasa melakukan tugasan ini,banyak masalah yang timbul,antaranya mengenai susunan maklumat untuk dipersembahkan dalam bentuk tugasan ini.Setelah dikaji dan diteliti semula masalah itu akhirnya dapat diselesaikan.Walaupun terpaksa bersengkang mata ,akhirnya tugasan ini dapat diselesaikan.
  21. 21. Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi ,dengan izin Allah s.w.t saya akan praktikkan sebaik mungkin dan akan saya turunkan ilmu ini kepada para pelajar nanti.Saya juga mula merasa kepentingan mata pelajaran TITAS ini terhadap diri saya keranba saya dapat belajar asal-usul serta perkembangan tamadun agama saya sendiri. Walaubagaimanapun saya sangat berpuas hati dengan tugasan ini,saya mengharapka pihak ustaz juga dapat menilai tugasan ini dengan baik dan berpuas hati dengan tugasan ini.Oleh itu saya ingin menyusun sepuluh jari jika terdapat salah dan silap yang kurang menyenangkan pihak-pihak tertentu.Diharapkan hasil kerja saya ini dapat membantu dan memenuhi kehendak kursus program saya di institusi ini. RUJUKAN 1. ORANG -IPG Kampus Sultan Mizan -Pelajar –pelajar IPG Sultan Mizan -Guru-guru di sekolah -Pensyarah 2. BUKU RUJUKAN -Ahmad Zaki Abd Latif A.H (2009).Buku Teks Tamadun Asia dan Tamadun Islam (TITAS),Selangor Darul Ehsan,Oxford Fajar Sdn Bhd.
  22. 22. -Lily Mastura Harun & Ramlan Hamzah. (2007). Asas kaunseling keluarga. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). 3. LAMAN SESAWANG; -http:www.pdfqueen.com/pdf/%27m/% 27 memantapkan –tamadun Malaysia %27/ -http://www.scribd.com/doc/11462951/Definisi-Tamadun.
  23. 23. ESEI : 10 PRINSIP ISLAM HADHARI ISLAM HADHARI Islam Hadhari bukanlah agama baru dan bukan ajaran baru. Islam Hadhari juga bukannya mazhab baru. Tetapi, Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Ia memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Maka, prinsip-prinsip Islam Hadhari adalah menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan berbilang kaum. Pendekatan yang digariskan juga adalah untuk memperkasakan umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa. Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sebagai teras utamanya. al-qur’an dan sunnah Rasulullah S.A.W sebagai teras pegangan dan rujukannya. Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan), syariah (perundangan), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang. Orang islam mementingkan kerajaan yang dil dan beramanah.Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar masing-masing. Kerajaan yang adil dan beramanah menekankan pentadbiran yang adil bagi semua rakyat. Maka, Urus tadbir yang berkesan, telus, amanah, ikhlas, tekun dan bertanggungjawab adalah dititik beratkan. dengan itu, kebajikan rakyat dapat terpelihara. Selain itu, salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka. Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara intergratif boleh menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara kita. Dalam usaha untuk memajukan negara, aspek ekonomi turut sama diberi keutamaan oleh Islam. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif memberikan satu pendekatan yang menggabungkan kepada usaha memantapkan
  24. 24. amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai dengan perkembangan ekonomi di dalam negara dan diperingkat antarabangsa. Sebenarnya, Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian kehidupan masyarakat secara berkualiti.Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Bahkan Islam menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material. Di samping itu, orang Islam juga mementingkan pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita. Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu diberikan kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung dalam matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid asSyariah). Oleh itu tidak boleh berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi undang-undang. Satu daripada perinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya keutuhan budaya dan ketinggian moral sebagai identiti negara tersebut. Dalam rangka meningkatkan kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur.Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani. Malahannya, prinsip pemeliharaan alam semulajadi juga diberi tumpuan. Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii. Dalam proses pembangunan, manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengekploitasi alam tabii secara berlebihan dengan menggunakan sains dan teknologi. Natijahnya, keseimbangan alam semula jadi tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global, ribut taufan, hujan asid, pencemaran udara, air dan darat, kepupusan tanaman, habitat dan sebagainya semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan oleh aktiviti manusia. Untuk mengatasi semua ini alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat. Adalah menjadi pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam sekitar dan persekitarannya disamping berusaha untuk terus maju. Akhir sekali merupakan prinsip ketahanan kekuatan. Islam Hadhari melihat pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi pembinaan ketahanan melalui modal insane iaitu kekuatan diri, fizikal dan spritual. Dengan itu, ia dapat menyemarakkan semangat patriotik dan cinta akan Negara. Adalah
  25. 25. sangat pentingnya untuk memiliki sistem pertahanan terbaik dan disegani. Malah, pembangunan kekuatan pertahanan boleh berasaskan teknologi Prinsip-prinsip Hadhari adalah seperti yang dinyatakan di atas. Secara kesimpulannya, jika kita mematuhi prinsipprinsip yang dinyatakan, maka wujudlah pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam. Selain itu, ia turut memberi sumbangan dalam usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. REFLEKSI REFLEKSI Islam Hadhari merupakan satu pendekatan baru yang telah dibawa oleh mantan perdana menteri kita iaitu Tun Seri Abdullah Ahmad Badawi. Berdasarkan daripada konsep serta prinsip-prinsip yang ditonjolkan oleh Islam Hadhari ini membuatkan saya lebih teruja dan berminat untuk mendalaminya. Sejak dari hari pertama saya diberi tajuk untuk mendalami tentang Islam Hadhari ini, saya tidak pernah rasa terbeban malahan saya merasa sangat gembira kerana tajuk yang diberikan pada saya ini dapat member manfaat yang banyak kepada diri saya. Islam hadhari ini bukanlah satu agama baru tetapi ianya adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam hadhari ini tetap berada pada landasan Al-Quran dan sunnah, seperti yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam, cuma penekanan Islam Hadhari lebih kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Saya berasa sangat bersetuju dengan konsep ini kerana ianya sesuai dengan era globisasi kini yang sangat pesat serta menjurus kepada pembangunan. Namun, saya tetap merasakan jalan-jalan serta cara-cara Islam yang telah dibuat oleh Rasululullah tidak boleh kita abaikan dan hapuskan begitu sahaja. Walaupun Islam hadhari telah diperkenalkan, ini tidak bermakna kita perlu terus melupakannya dan mengatakannya salah atau tidak betul Secara kesimpulannya, saya gembira kerana diberi tajuk ini dan sangat gembira kerana Berjaya menyudahkannya dengan baik. Saya berharap tugasan ini cukup untuk memuaskan hati semua pihak. Sekian, terima kasih.
  26. 26. Tamadun Melayu Sebagai Teras Tamadun Malaysia (TITAS) Posted on March 25, 2011 by Ahmad Fikrizaman 0tweetsretweet  Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama yang berlainan. Kelangsungan ini diteruskan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1975 dahulu. Kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan setiap yang dilalui sepanjang negara ini merdeka perlulah dijadikan tauladan bagi setip insan yang tinggal di dalam negara ini. Semua ini adalah bermula daripada Tamadun Melayu pada suatu ketika dahulu yang mula menganut ajaran Islam sebagai teras mereka. ini Ahmad Hakimi 1998, 2006) dan Nik Hassan Suhaimi (1994; 1999) masing-masing mengatakan Tamadun Melayu adalah satu tamadun yang telah lama bertapak di rantau AsiaTenggara. Tamadun ini telah berkembang dari kebudayaan orang Melayu, yang tergolong dalam kumpulan penduduk asal rantau ini. Oleh itu, Tamadun Malaysia sekarang adalah bermula daripada Tamadun Melayu yang dihuni sejak sekian lamanya. Tamadun Melayu adalah satu konsep yang kompleks. Ianya tidak boleh disamakan dengan konsep-konsep yang lain seperti ras, kebudayaan, dan bahasa. Keempat-empat konsep di atas merujuk kepada perkara-perkara yang berbeza dan pada waktu yang sama mempunyai pertalian yang begitu rapat sekali antara satu sama lain. Sebagai contoh, bahasa Melayu tidak semestinya dituturkan oleh orangorang yang datangnya dari ras dan kebudayaan yang sama. Di Malaysia, terdapat beberapa kumpulan etnik yang berbeza yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Pada waktu yang sama, ada terdapat orang-orang Melayu yang boleh bertutur dalam bahasa-bahasa yang lain seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Tamadun Melayu telah mengalami proses perkembangan yang lama dan melalui beberapa manifestasi yang berbeza. Manifestasi-manifestasi ini penting dalam pembentukan tamadun Melayu. Penerimaan agama Islam sebagai asas tamadun Melayu merupakan perkembangan yang paling penting dan membentuk sebuah tamadun Melayu Islam yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai
  27. 27. nama seperti gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah Jawi. Dua perkara penting yang mewarnai tamadun wilayah ini ialah bahasa Melayu, yang menjadi bahasa perhubungan luas (lingua franca) di seluruh kawasan ini, dan agama Islam yang menjadi pelengkap kepada pembentukan tamadun Melayu. Dalam konteks pembinaan negara dan tamadun Malaysia hari ini amatlah perlu pembinaan tersebut didasarkan kepada tamadun Melayu-Islam yang jelas terbukti berjaya memartabatkan nama Melayu di persada antarabangsa suatu ketika dahulu. Oleh itu, disini dikemukakan tiga justifikasi mengapa Tamadun Melayu perlu menjadi asas utama dalam pembinaan Tamadun Malaysia. i. Orang Melayu merupakan penduduk asal di nusantara termasuklah di Tanah Melayu sebelum kedatangan kaum-kaum lain. Penamaan Malaysia adalah dari Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu. ii. Perjuangan menutut kemerdekaan dari pihak penjajah British adalah cetusan dan gerakkan sepenuhnya oleh orang Melayu yang merasa terpanggil untuk mempertahankan tanah air mereka. iii. Ketuanan Melayu-Islam diiktiraf oleh Pelembagaan Persekutuan. PEMBENTUKAN PANDANGAN SEMESTA MELAYU Sebelum kedatangan Islam, Melayu mengamalkan kepercayaan animisme. Mengikut Wikipedia.org (2011),animisme bermaksud Animism encompasses religious beliefs that there is no separation between the spiritualand physical (or material) worlds, and souls or spirits exist, not only in humans, but also in all other animals,plants, rocks, natural phenomena such as thunder, geographic features such as mountains or rivers, or other entities of the natural environment. Pada ketika itu, pemerintahan dipegang oleh bomoh dan pawang dimana mereka dianggap yang tertinggi dalam kaum itu. Dan selepas itu, mereka menganut ajaran Hindu dan Budha sebagai agama mereka. “Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam Melayu, upacara agama menjadi lebih formal dan tersusun. Namun pengaruh itu tidak benar-benar melibatkan keseluruhan ajaran yang terdapat dalam falsafah Hindu-Buddha asli, yang dipentingkan hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan selok-belok upacara agama. Di samping itu, ajaran Hindu-Buddha ini juga membesar-besarkan keagongan dewa-dewa dan ini telah mempengaruhi kepercayaan masyarakat Melayu. Pandangan semesta yang dipengaruhi oleh agama baru ini juga dapat dikesan melalui karya-karya Melayu tradisional yang bercorak mitos dan lagenda. Ini dipengaruhi daripada ajaran kitab-kitab suci agama Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita dan Baratayudha. Oleh itu aspek-aspek yang dipentingkan ialah kesenian, keindahan, keromantisan, kesedihan, keagongan dan ketakjuban. Aspek-aspek falsafah dan penghujahan yang rasional tidak ditekankan. Ini telah mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu khususnya golongan bangsawan.” (http://rujuknota.blogspot.com) Pada abad ke-15, kedatangan Islam telah merubah pandangan Melayu kerana tertarik dengan agama yang dibawa kerana setiap insan mempunyai taraf yang sama menurut Islam. Ketika kedatangan Islam, antara perkara yang paling berubah terhadap pemikiran Melayu adalah konsep mereka ke arah tauhid yang lebih tinggi dan kepercayaan yang teguh kepada Allah S.W.T. Tamadun Melayu dibina adalah berdasarkan enam prinsip yang menjadi pegangan mereka iaitu: i. Alam ini hasil ciptaan dan tadbiran Allah s.w.t yang mancakupi alam primordial, alam dunia dan alam akhirat; alam akhirat ialah destinasi dan natijah muktamad
  28. 28. daripada kehidupan di alam syurga, dan kejayaan di dunia ialah ketaatan kepada Allah; alam dunia ini adalah amanah untuk kemanfaatan kehidupan manusia. ii. Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-Din; mengandungi segala peraturan bagi segala gelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat demi kejayaan hakiki mereka, oleh itu wajib dipelajari semua sebagai fardu ain supaya terbentuk insan muslim, Mukmin dan Muhsin; Islam mencakupi akidah, ibadah, mu’asyarat, akhlak dan ihsan. iii. Keyakinan kepada pembalasan baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya pembalasan yang buruk bagi amalan jahat di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat; balasan yang baik di dunia ialah keberkatan kehidupan dalamm ketaatan Allah, balasan yang baik di akhirat ialah dimasukkan ke dalam syurga Allah; malapetaka / kesusahan di dunia bagi orang islam berlaku sama ada sebagai kifarah pengampunan dosanya ataupun untuk meningkatkan maqamnya. iv. Wawasan, objektif, niat, strategi, dan operasi segala bidang kerja hendaklah sahih, benar dan mematuhui segala espek hokum Islam tanpa kompromi, manupulasi, keingkaran, dan penafian terhadap sebarang hukum yang wajib, sunat, haram dan makruh, yang halal adalah jelas; adat bersendikan hukum dan hukum bersendikan kitab Allah. v. Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala pekara yang membantu pembentukan insan yang berilmu, beralamal sahih dan berakhlak mulia yang paling banyak memanfaatkan dirinya dan orang lain. vi. Kehidupan yang pertengahan dan keseimbangan antara jasmani, aqli dan rohani; segala ilmu, pengatahuan, maklumat, kemahiran, teknologi, peralatan dan prasarana kehidupan dunia adalah sebagai alat yang perlu ditutut dan diperoleh secara fardu kifayah demi membantu terbentuknya insaniMuslim, Mukmin dan Muhsin (Hashim, 2004:38-39). PEMBUDAYAAN ILMU & PENGUKUHAN BAHASA Ilmu adalah penting kepada masyarakat Melayu yang telah setia dengan Islam. Sebagai buktinya, mereka menjadikan di kalangan mereka yang mempunyai ilmu yang tertinggi sebagai rujukan di istana dan ini telah menggantikan golongan dukun dan pawang. Kedatangan Islam dalam Tamadun Melayu juga telah membuatkan mereka lebih minat untuk belajar setiap ilmu yang terdapat waktu itu. Kewujudan institusi pendidikan seperti istana, madrasah, dan juga sekolah pondok. Istana adalah merupakan satu tempat untuk menuntut ilmu pada waktu itu kepada golongan bangsawan dan juga golongan pembesar. Sistem pendidikan yang diterima ketika itu amat bertepatan dengan agama yang dianuti kerana Islam menyuruh umatnya menuntut ilmu untuk dunia dan juga di akhirat kelak. Oleh itu, pembudayaan ilmu dikatakan perlu dalam pembinaan tamadun yang kukuh dan utuh. Mengikut Prof Dr Wan Mohd Nor wan Daud (1997:55), beliau telah menggariskan beberapa panduan yang dapat merealisasikan matlamat dan hasrat tersebut. Antaranya adalah: i. Mementingkan ilmu pengatahuan ii. Berkekalanya hasil ilmiah iii. Berterusnya usaha keilmuan iv. Proses syurga dan nilai-nilai kepimpinan v. Sikap hormat-kritis perlu ada dalam diri orang yang berilmu bagi merealisasikan budaya keilmuan.
  29. 29. vi. Member pengiktirafan terhadap peraanan kaum wanita. Jika kita mengikuti sejarah Tamadun Melayu, kita akan dapati bahawa kejayaan yang di capai pada ketika itu adalah kerana pemahaman tentang agama yang meluas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana unsur luar. Ini menjadikan ikatan antara mereka sagat kuat dan utuh. Hal ini disingkap oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradwi (1990:16) dengan mengatakan bahawa jika umat hari ini mahu kembali kepada Islam,nescaya kita mampu menegakkan peradaban moden seperti yang dikecapi oleh zaman kegemilangan Islam dahulu. Pembinaan Jati Diri dan Modal Insan Dalam membina jati diri yang tinggi dan mampu dijadikan sebagai modal insan, sepatutnya perkara ini diterapkan dalam Tamadun Malaysia untuk dijadikan sebagai satu kebanggan kepada kita semua. Kemuliaan akhlak yang tinggi dan jati diri insan yang terpuji adalah penting dalam Tamadun Melayu. Justeru, untuk membina perkara ini, kita memerlukan kebudayaan bangsa yang selari dengan ajaran Islam.Apa yang dapat dilihat pada masa kini adalah jati diri yang semakin meluntur dalam masyarakat kita. Ini dapat dilihat dalam perkara yang telah disebutkan oleh Zulkiflee & Mohd Nasir, (2005): i. Pengaruh nilai individualistic. Fahaman ini tidak memberi penekanan kepada kehidupan bermasyarakat. Maka unsur-unsur ketingian tamadun seperti saling menghormati, saling menolong dan toleransi akan terkikis dari jiwa manusia. ii. Meluaskan fahaman meteralisme. Fahaman yang bersifat kebendaan yang menjadikan kekayaan sebagai ukuran dalam kehidupan. Hubungan antara manusia dilihat kepada nilai benda yang diberi dan diterima dan hubungan sesama manusia tidak lagi bersifat kasih dan sayang. Tegasnya, dalam usaha membentuk identiti dan jati diri insan Melayu ini, sewajarnya umat Melayu hari ini kembali semula menghayati apa yang telah diterap oleh umat Melayu zaman kegemilangan iaitu penghayatan sepenuhnya terhadap ajaran Islam yang syamul yang tentunya akan melahirkan watak insan Melayu yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia. Sistem Pemerintahan Tamadun Malaysia hari ini adalah daripada kesinambungan Tamadun Melayu suatu ketika dahulu. Daripada hasil rujukan sejarah, Tamadun Malaysia ini menyambung parti-parti politik yang terdapat suatu ketika dahulu dalam Tamadun Melayu. Dan ini jelas membuktikan bahawa sememangnya Tamadun Malaysia adalah terbentuk daripada Tamadun Melayu. Politik-politik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa buah kerajaan atau pusat tamadum Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, JohorRiau, Lingga dan sebagainya(Zainal Abidin, 2001:196;Abdul Aziz, 2001, 23-33). Pada hari ini, Malaysia sebuah negara bangsa yang terdiri daripada persekutuan yang mempunyai beberapa buah negeri Melayu suatu ketika dahulu iaitu Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Lantaran dengan berdasarkan fakta sejarah diatas, maka paksi atau landasan utama yang menyumbangkan kepada pembinaan dan pemantapan tamadun Malaysia ialah tamadun Melayu-Islam. Sitem politik dahulu dimana diperintah oleh oleh sultan telah diserap masuk ke dalam Tamadun Malaysia dan telah dijadikan sebagai Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Perlembagaan Malaysia telah menulis bahawa Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu merupakan satu komponen yang penting dalam pemerintahan negara kita. Yang di-Pertua Agong merupakan ketua utama negara negara
  30. 30. yang mengetuai tiga buah badan di dalam kerajaan iaitu badan pemerintahan (eksekutif), badan perundangan (legislatif) dan badan kehakiman (judikatif)(Abdul Aziz, 2002:40-59). Mengikut sistem pemerintahan Malaysia, Yang Di-pertuan Agong tidak mencampuri urusan politik negara ini. Ini adalah satu daripada sistem yang berlainan daripada sistem pemerintahan yang asal dimana Baginda tidak mempuyai kuasa yang mutlak untuk mentadbir dalam negara ini. Sebaliknya, Baginda bertindak atas arahan Perdana Menteri atau Jemaah Menteri. Sistem Perundangan Sistem perundangan pada Tamadun Melayu dahulu telah dijumpai pada Batu Bersurat Terengganu yang menulis tentang perundangan Melayu dalam bahasa jawi kuno. Batu bersurat ini menceritakan tentang perundangan yang mengikut Islam yang perlu dilaksanakan iaitu tentang tanggungjawab pemerintahan melaksanakan dan menguatkuasa ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau hukum sebat ke atas penzinaan, hukum menuduh zina dan tenteng ketaksamaan antara semua orang sama ada orang atasan atau rakyat bawahan (Wan Ab Rahman, 2004:90) Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah diamalkan dalam kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang yang disusun Pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah (1592:1614) di bawah pengaruh Undang-undang Melaka. Dalam era penjajahan misalanya di era British, mereka tidak banyak merosakkan kepercayaan atau keimanan orang Melayu terhadap Islam, tetapi dapat melemahkannya. Bahkan tiada bantahan daripada orang Melayu apabila British memperkenalkan undang-undang mereka, tidak seperti reaksi keras orang apabila mendapat tahu pihak British akan memperkenalkan Malayan Union (Abdul Monir, 2005:68). Agama Dan Adat Istiadat Islam menjadi indentiti sosial dan budaya orang Melayu. Islam bukan sahaja menjadi faktor yang mentakrif Melayu, juga dimaktubkan di dalam Pelembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah ketua agama bagi setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam Pekara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dan menerusi peruntukan ini, pihak keraja pusat menerusi Jabatan Agama Islam dalam pelbagai bidang seperti melaksankan pembagunan agama islam dalam pelbagai bidang seperti melaksanakan pentadbiran hukum syariah Islam tetapi dengan bidang kuasa yang terbatas dan tertentu sahaja. Dengan termaktubnya agama Islam sebagai agama bagi Perskutuan Malaysia, tidak bermakna agama-agama lain tidak boleh dianuti atau diamalkan oleh orang bukan Melayu atau bukan Islam. Menurut perlembagaan, wujud kebebasan beragama tertapi bagi penganut agama Islam, kerajaan boleh mengubal undang-undang untuk mengawal atau menyekat aliran atau fahaman kepercayaan yang dianggap menyeleweng atau sesat.
  31. 31. Dalam konteks pengamal adat dikalangan orang Melayu, Ahmad Ibrahim (1987:316) menjelaskan bahawa apabila orang Melayu ini menganut agama Islam, adat yang lama yang mereka amalkan telah diubahsuai agar ia selari dengan ajaran Islam. Bahasa, Kesenian dan Kesusasteraan Dengan penybaran Islam yang dilakukan oleh para pedagang dan mabaligh Arab, bahasa Melayu telah menerima kesan dan resapan pengaruh tulisan Arab yang dikenali sebagai tulisan jawi. Rentetan daripada itu, bahasa Melayu dan tulisan jawi diangkat sebagai bahasa ligua franca dan wahana ilmu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahan bahasa pengatar agama Islam telah meningkatkan taraf, kecekapan dan kewibawaaannya. Istilah-istilah yang baru dan cara penghujahan dan penyataan yang baru demi mengungkapkan penegasan dan penghujahan yang lebih rumit dan kompleks tetapi lebih tepat, persis dan saintifik (Abu Hassan,2001:179). Bagi kesusteraan Melayu tradisional, kedatangan Islam membuka lembaran baru dalam kehidupan masyrakat melayu tradisional. Agama Islam yang membawa sinar baru kepada masyrakat turut juga membawa memperkenalkan tuulisan yang wajar dan sesuai untuk dikembangkan pengunaan di Alam Melayu. Dengan itu, kertas yang telah sekian lama digunakan di Timur Tengah dan di Barat, mengambil alih peranan yang dimainkan oleh batu, logam, daun lontar dan sebagainya. Dakwat dan kalam juga ikut diperkenalkan penggunaan (Siti Hawa, 2002:6). Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tulisan Jawi telah diterima oleh masyarakat Melayu serentak dengan mereka menerima agama Islam dan mereka hanya mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan tulisan itu pada bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa mereka untuk dijadikan tulisan bahasa Melayu sendiri (Siti Hawa, 2002:10). Era kolonialisme di alam Melayu selama hamper 500 tahun memperlihatkan bahawa mereka tidak Berjaya memusnahkan khazanah pusaka warisan Tamadun Melayu yang penting iaitu bahasa. Sastera dan pelbagai aspek kesenian yang menjadi komponen penting atau terus teras kepada kebudaya dan tamadun Melayu. Ini kerana pihak penjajah Belanda dan Inggeris menumpukan usaha mereka untuk menguasaai intitusi politik, pentadbiran serta ekonomi di Alam Melayu. Pada masa yang sama, mereka tidak pula menghalang perkembangan bahasa, sastera san kesenian Melayu. Malah ada dikalangan mereka yang bertidak sebagai penaung atau pengkaji bahasa, sastera dan kesenian yang terus menerus berkembang (Wan Hashim, 2001:112). Buktinya ialah Stanford Riffles, merupakan orang yang pertama yang telah memperkenalkan konsep The Malayan nation, the Malay race, wilayah Melayu dan mengkonsepsi ‘ sejarah’ orang Melayu berdasarkan falsafah romantik, teori sosial dan biologi Eropah (Shamsul Amri, 2003:90). Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyankan negari Melayu khususnya bekas Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Kedah Perlis, Kelantan, Terenganu dan Johor mengunakan bahasa Melayu secara meluas bagi tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat, surat menyurat dan penulisan minit (Wan Ab Rahman, 2004:92). Walaupun kedatangan penjajah Barat tidak Berjaya meminggirkan bahasa Melayu, namun apabila British memperkenalkan pendidikan aliran Inggris di semua peringkat, rendah, menegah dan tinggi (universiti) pada awal abad ke-20, bahasa Inggeris mula bertapak sebagai bahasa ilmu moden dan bahasa pengajian tinggi. Selama hamper tiga suku dekat bahasa
  32. 32. Inggris menduduki tangga pertama dibandingkan dengan bahasa Melayu (Wan Hashim, 200587). Perkara 152 dalam Perlebagaan Persekutuan telah memperakui bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi bagi Malaysia. Akta pelajaran juga menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di institusi-institusi pengajian. Kesimpulan Dalam menuju kearah permodenan dalam tahun 2020, Malaysia harus menjadikan Tamadun Melayu terdahulu sebagai teras yang mengikuti ajaran Islam. Kita tidak seharusnya mengikut pandangan Barat bulat-bulat tanpa perlu menapis setiap apa yang diperkatakan mereka. Seharusnya, perkara ini diperkasakan lagi untuk kemajuan Tamadun Malaysia. Sememangnya Tamadun Melayu adalah teras kepada Tamadun Malaysia, namun kini sikap Melayu yang terdahulu telah hilang dek globalisasi yang sedang ke hadapan. Seiring dengan itu, kita harus menguatkan lagi pegangan kita dalam Islam ke arah mewujudkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

×