102813394 bentuk-pentaksiran-psv

6,195 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
6,195
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
392
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

102813394 bentuk-pentaksiran-psv

  1. 1. Bentuk Pentaksiran PSV o Rekod anekdot  REKOD ANEKDOT - maklumat murid di rekod secara berterusan mengikut tahap dan bolehdisambung oleh guru lain. -melalui pemerhatian terus mencatat tingkahlaku murid sama ada normal atau bermasalah -catatan pemerhatian diasingkan dengan tafsiran. -pemerhati hanya perlu memerhati dan mencatat tingkah laku murid yangwujud pasa masa pemerhatian. -mencatat perubahan yang berlaku dalam tingkah laku murid -membantu guru memahami perkembanagn murid dari semasa ke semasa ii. Rekod Anekdot Rekod anekdot ialah satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkahlakumurid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Anedotditulis secara objektif menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana berlaku.Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami murid berkenaan.  Kaedah Merekod Naratif / cerita Rekod anekdot íRekod anekdot adalah rekod mengenai satu sahaja peristiwa. Ia merupakan satucatatan ringkas yang merekod tentang satukejadian atau tingkahlaku yang
  2. 2. pentingsahaja. Rekod anekdot menerangkan secara fakta dimana, bagaimana, bila, apa,dan siapaseara objektif sesuatu kejadian yang berlaku. Guru bolehmenerangkan peristiwa, tingkah laku atau insiden denganperkataan atau menggunakan gambar.Oleh itu guru perlu sediakanbuku kecil atau helaian kertas dan diletakkan padatempat yangmudah dicapai. Maklumat yang perlu ada dalam rekod ialahnamakanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku, ulasanguru dancadangan atau tindakan guru. Guru dapat mengambiltindakan susulan yang sesuaisupaya dapat membantu murid tersebu Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis Rekod Anekdot:- Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku walaupun tidak dirancang.- Murid yang hendak diperhatikan tidak perlu ditentukan.- Mengenalpasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid- Tuliskan apa yang dilihat secara objektif - Perkara-perkara yang ditulis dalam rekod anekdot ialah yangmenggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksisosial, kemahiran menyelesaikan masalah dan kejayaan-kejayaan. o Temubual  Maksud Temubual u2022An interview is a piece of social interaction with one person asking
  3. 3. another a number of questions and the other person giving answers. (Therese L. Baker 1999, 220). Tujuan Temubual u2022Dapat berinteraksi secara langsung dgn responden. u2022Responden dapat memberikan jawapan secara langsung. u2022Perjelasan secara langsung. Bentuk Temubual •Temubual Berstruktur –Kelemahan –Kelebihan •Temubual tidak Berstruktur – Kelemahan –Kelebihanung diperolehi. - Jawapan bukan bersifat andaian/tafsiran Persiapan Temubual •Kenapa perlu temubual dlm research ini? •Melakukan brainstorming. •Persiapan:diri& responden •Penentuan Soalan: Berstruktur / Tidak berstruktur? •Penetapan Waktu & Lokasi. •Kemahiran Instrumen. o Soal selidik  Soal selidik ialah alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan manakala temu bual dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang diperoleh. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini biasanya disediakan oleh penyelidik. Walau bagaimanapun soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya boleh juga digunakan.
  4. 4. Sekiranya penyelidik perlu menyediakan instrumen soal selidik beberapa perkara perlu diambil perhatian. Ciri-ciri instrumen soal selidik yang baik: - sesuai dengan kesediaan responden, - format instrumen yang sistematik, - arahan yang jelas, - surat dan dokumen disertakan bersama instrumen kajian - ujian rintis dijalankan sebelum instrumen digunakan (Chua, 2006). Panduan membentuk item-item soal selidik - penggunaan bahasa yang mudah, - selaras dengan responden, - elakkan soalan yang sukar, - soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden, - elakkan soalan dwi-maksud, soal selidik yang terlalu panjang, - elakkan soalan yang kabur, - elakkan mendorong jawapan yang digemari masyarakat, - elakkan soalan yang berarah dan item yang negatif (Merican, 2006). Item-item soal selidik boleh menggunakan ukuran dalam bentuk skala likert, skala perbezaan semantik, skala Thurstone dan skala Gutman(Gay & Airasian, 2000) o Rekod profil murid  Rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti disekolah dan ditunjukkan menggunakan markah dan gred.
  5. 5. Jenis-jenis Rekod Murid - Rekod Kutipan Yuran - Kad Himpunan - Buku Kemajuan Murid - Jadual Kedatangan - Rekod Prestasi - Rekod Profil o Portfolio  Apa Itu Portfolio? Portfolio merupakan koleksi hasil kerja pelajar yang memberi gambaran tentang sejarah usaha pelajar dan pencapaiannya dalam bidang tertentu. Koleksi termasuk penglibatan pelajar dalam pemilihan bahan kandungan, garis panduan pemilihan, kriteria dan bukti refleksi kendiri pelajar. (Arter & Paulson, 1990) Konsep Portfolio atau profil profesional merupakan satu koleksi dokumen yang memberi gambaran tentang seorang profesional dari segi pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kelayakan, matlamat dan pencapaian. Oleh itu portfolio bukan sekadar C.V atau rekod perkhidmatan.
  6. 6. o Senarai semak  Definisi ; senarai item yang disediakan untuk mengenalpasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran,sikap dan kebolehan. senarai item yang disediakan digunakan untuk menentukan sama ada : - sesuatu tingkah laku/ciri dapat diperhatikan - sesuatu perlakuan telah dilakukan - kekerapan sesuatu tingkah laku diperhatikan PROSEDUR Perkara yang perlu diperhatikan : - disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat - tingkah laku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas. - digunakan untuk melihat/ menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi - hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak - item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang ingin diperhatikan. - tidak menunjukkan darjah hasil pembelajaran dan tingkah laku murid. - pemerhatian dilakukan beberapa kali untuk mendapat maklumat yang lebih tekal. - senarai semak boleh menilai murid secara individu, kumpulan atau kelas. o Pemerhatian  Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain
  7. 7. soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat. Jenis-jenis pemerhatian Pemerhatian Peserta Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian. Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati. Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai. Menggunakan kaedah ini juga memungkinkan maklumat-maklumat yang tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat diperhati di peringkat awal. Pemerhatian Bukan Peserta Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat .pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati. Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera video. Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpura-pura. Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada ketepatan maklumat yang dikumpul. Maklumat yang tepat akan menyumbang pula kepada keputusan yang lebih tepat.
  8. 8. Kebaikan Kaedah Pemerhatian • Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai. • Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh menjadi bahan rujukan penting dalam kajian. • Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian benar-benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti. Kelemahan Kaedah Pemerhatian • Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan diteliti. • Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka diperhati. • Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang tidak konsisten dan sesuka hati mereka. • Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain seperti perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai. o Hasil kerja
  9. 9.  Hasil Kerja Murid merupakan tugasan yang diberi oleh guru selepas P&P sebagai peneguhan kefahaman murid untuk memenuhi keperluan sukatan mata pelajaran. o Borang kemajuan diri  Menunjukkan tahap pencapaian murid. Menjadi panduan guru untuk merancang tindakan susulan. This outline was generated with bubbl.us

×