Media pengajaran

418
-1

Published on

Jenis-jenis media pengajaran

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
418
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
16
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Media pengajaran

  1. 1. Bab 2: Media Pengajaran 1 KANDUNGAN Bab 1: Pengenalan kepada Teknologi Bab 2: Media Pengajaran Bab 3: Pengajaran Berbantukan Komputer Bab 4: Media Pengajaran 2-Dimensi Bab 5: Media Pengajaran 3-Dimensi Bab 6: Kad Imbasan Bab 7: Audio dalam Pengajaran Bab 8: Video dalam Pengajaran Bab 9: Web 2.0 dalam Pengajaran BAB 2: Media Pengajaran Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: a) Menerangkan apa yang dimaksudkan dengan media pengajaran b) Bezakan di antara jenis-jenis media pengajaran c) Jelaskan bagaimana Kon Dale membantu guru memilih media pengajaran serta kaedah mengajar d) Huraikan bagaimana Model Shulman menjelaskan penginterasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran 2.1 Mukadimah 2.1 Apakah media pengajaran? 2.3 Jenis media pengajaran? 2.4 Mengapakah media digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu? 2.5 Pemiihan media pengajaran 2.6 Kon Dale 2.7 Model Shulman Ringkasan Rujukan
  2. 2. Bab 2: Media Pengajaran 2 Media pengajaran memainkan peranan dalam pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Bab ini memperkenalkan konsep media pengajaran dengan tumpuan kepada jenis media pengajaran, alasan pemilihan media pengajaran, bagaimana media pengajaran mempengaruhi pembelajaran serta perbincangan tentang model Dale dan Shulman. Media dipinjam daripada perkataan Bahasa Inggeris ‘media’ yang berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud ‘perantara’; iaitu antara guru dan pelajar. Dengan perkataan lain, ‘media’ merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima Media pengajaran pula ialah saluran yang membawa maklumat daripada guru kepada pelajar (Lihat Rajah 2.1). Terdapat pelbagai jenis media dan diantaranya ialah radio, televisyen, rakaman audio, gambar foto, slaid dan lain-lain. Media pengajaran digunakan untuk menyalurkan fakta, konsep dan prinsip (atau mesej atau kandungan) daripada pengirim (guru, jurulatih, penceramah) kepada penerima (pelajar) 2.1 Mukadimah 2.2 Apakah Media Pengajaran? Murid - penerima Media - gambar Guru - penyampai
  3. 3. Bab 2: Media Pengajaran 3 sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta perhatian pelajar yaang membawa kepada proses pembelajaran. Media bertujuan meningkatkan kefahaman dalam kalangan pelajar (penerima). Torkelson (1972) membahagikan media pengajaran kepada tiga komponen iaitu saluran mesej, bentuk mesej dan mesej.  Mesej - Isi kandungan, apa sahaja yang terkandung dalam media sama ada mesej berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain yang dianggap sebagai mesej yang ingin disampaikan  Bentuk Mesej - bagaimana mesej disimpan, terangkum dalam satu ruang yang luas, bermula dari bentuk bahan sebenar hingga ke bentuk yang abstrak. Mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol dan lain-lain.  Saluran Mesej - peralatan fizikal sama ada berbentuk elektrikal atau mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar seperti televisyen, projektor filem, projektor LCD dan sebagainya Rajah 2.2 Komponen-Komponen Media Pengajaran Pada masa kini terdapat pelbagai jenis media pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar berbagai mata pelajaran kepada pelajar di tadika hingga ke pengajian tinggi. Berikut ini ialah suatu cadangan klasifikasi media pengajaran: Mesej Bentuk Mesej Saluran Mesej 2.3 Jenis Media Pengajaran
  4. 4. Bab 2: Media Pengajaran 4 Jenis Media Contoh 1 Media Tayang Statik transparensi, slaid dan mikrofilem 2 Media Tayang Bergerak pita video, cakera padat digital dan filem 3 Bahan Grafik lukisan, poster, kartun, carta dan graf 4 Gambar Statik gambar foto, kad imbasan dan poskad 5 Bahan Pameran 3-Dimensi model, boneka, diorama dan puppet 6 Papan Pameran papan kapur, papan putih, papan flanel dan papan buletin, smart board 7 Media Audio pita kaset, cakera padat, podcast 8 Media Cetak modul, buku teks, surat khabar, majalah dan risalah, kad imbasan Jadual 2.1 Jenis Media Pengajaran Fungsi media pengajaran adalah sangat bergantung kepada perkembangan pendidikan itu sendiri samada ianya dilaksanakan dengan kehadiran guru atau pun tidak. Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran dengan berkesan. Pengalaman pembelajaran seharusnya dimulakan daripada situasi/media sebenar yang lebih konkrik dan mudah difahami sebelum kepada situasi/media yang abstrak. Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran dengan berkesan. Pengalaman pembelajaran seharusnya dimulakan daripada situasi/media sebenar yang lebih konkrik dan mudah difahami sebelum kepada situasi/media yang abstrak. Ini jelas dapat digambarkan dalam Jadual 2.2 MEDIA PENGALAMAN Perkataan Abstrak Konkrit Rajah Peta Gambar Foto Video Model 3D Objek / Realia Demonstrasi Simulasi Komputer Situasai sebenar Jadual 2.2 Media Pengajaran Konkrit hingga Abstrak
  5. 5. Bab 2: Media Pengajaran 5 Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran dengan berkesan. Pengalaman pembelajaran seharusnya dimulakan daripada situasi/media sebenar yang lebih konkrik dan mudah difahami sebelum kepada situasi/media yang abstrak. Dalam kon ini, pengalaman konkrit dimulakan dengan pelajar sendiri melibatkan diri dalam suatu pengalaman yang sebenar. Pengalaman konkrit ini semakin berkurangan apabila peranan pelajar sebagai pemerhati kepada peristiwa sebenar berkurangan. Peristiwa sebenar dalam bentuk salinan seperti rakaman video. Akhirnya, pengalaman abstrak dialami apabila pelajar mentafsir simbol visual dan lisan yang mewakili peristiwa tersebut. Media digunakan dalam pengajaran untuk: Lihat Rajah 232.  Memperjelaskan Penyampaian Mesej - Anggapan, perkataan sudah memadai untuk menyatakan sesuatu mesej seringkali menyebabkan kita menghadapi pelbagai masalah komunikasi. Adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Dalam era teknologi komputer dan maklumat ini, penjelasan akan lebih berkesan dan menarik seperti melalui penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat dilakukan.  Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera - Antara contoh berkaitan dengan mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera: o Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video. o Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed photography. o Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto mahupun secara lisan. 2.4 Mengapakah Media Digunakan dalam Pengajaran Bahasa Melayu? a) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘media pengajaran’? b) Jelaskan tiga komponen media pengajaran yang diutarakan oleh Torkelson (1972). c) Senaraikan jenis-jenis media pengajaran. d) Apakah yang maksudkan dengan ‘media konkrit’ dan ‘media abstrak’?
  6. 6. Bab 2: Media Pengajaran 6 o Objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah, dll. o Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.  Menarik Minat - Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar juga boleh belajar sendirian, menurut kemampuan dan keselesaan masing-masing. Rajah 2.3 Mengapakah Media Pengajaran Digunakan?  Pengalaman dan Persepsi yang Sama - Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar, ditambah dengan persekitaran yang berbeza membuatkan guru mengalami kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi dengan media pengajaran kerana kemampuannya dalam memberikan rangsangan pengalaman dan persepsi yang sama. Misalnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan Mengapakah Media Digunakan dalam Pengajaran? Memperjelaskan Penyampaian Mesej Mengatasi Batasan Ruang, Waktu & Pancaindera Menarik Minat Pengalaman & Persepsi yang Sama Tanpa Bergantung kepada Guru
  7. 7. Bab 2: Media Pengajaran 7 kandungan asal. Belajar secara berulang kali ini membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip.  Pengajaran Tanpa Bergantung Kepada Guru - Media boleh digunakan secara berkesan tanpa kehadiran guru, sama ada kerana guru tidak ada atau sedang membantu pelajar lain. Ini tidak bermakna pelajar belajar tanpa panduan. Pelajar dibimbing oleh pereka media tersebut (seperti mana penulis membimbing anda mempelajari modul ini) dan pengajaran jenis ini dikenali sebagai pengajaran kendiri. Media yang digunakan dalam situasi ini biasanya dipakej dengan sempurna, iaitu menerangkan dengan jelas tentang tujuan, objektif, cara mengguna dan menilai pencapaian sendiri. Pengajaran seperti ini tidak berhasrat untuk menggantikan tugas guru. Sebaliknya, dengan cara ini guru boleh menjadi pengurus yang lebih cekap dan kreatif, tidak hanya sebagai penyampai maklumat semata-mata. Pemilihan media merupakan satu perkara yang amat penting dalam memastikan pembelajaran berkesan. Pemilihan media perlu berfokuskan kepada pemilihan format atau bentuk media. Ini bermakna, pendekatan yang akan diambil oleh seorang adalah untuk menghasilkan sendiri media pengajaran. Biasanya kita menganggap pelajar yang tidak belajar itu malas atau bodoh, tetapi sebenarnya mereka tidak dapat belajar kerana mungkin media yang digunakan tidak sesuai dengan kandungan pelajaran serta gaya pembelajaran mereka. Contohnya, dalam pengajaran Bahasa Melayu pelbagi istilah yang abstrak sukar dibayangkan, jika hanya diucapkan secara lisan. Ia perlu disertakan dengan media-media yang sesuai. Berikut ini dibincangkan beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan sesuatu media pengajaran. 1) Objektif Pelajaran- Pemilihan media pengajaran sangat bergantung kepada objektif pelajaran. Guru tidak menggunakan sesuatu media pengajaran semata-mata ingin menunjukkan kepada pihak tertentu bahawa ‘banyak menggunakan bahan bantuan mengajar’ kecualikan ia berkait rapat dengan objektif pelajaran. Contohnya, guru yang ingin melatih kemahiran mendengar murid mungkin menggunakan pita rakaman atau guru yang ingin mengajar kanak-kanak menguasai abjad mungkin menggunakan kad imbasan atau gambar. 2) Stail Pembelajaran Murid - Satu aspek penting dalam pemilihan media pengajaran ialah mengetahui ciri-ciri pelajar. Dengan mengetahui siapa pelajar, guru dapat memastikan media yang paling sesuai bagi mereka. Ciri paling penting ialah stail pembelajaran. Stail pembelajaran ditafsirkan sebagai cara yang paling selesa bagi seseorang itu mempelajari sesuatu. TIGA stail pembelajaran yang lazim terdapat dalam kalangan murid-murid ialah stail pembelajaran visual, stail pembelajaran auditori dan stail pembelajaran kinesthetic (Lihat Rajah 2.4). 2.5 Pemilihan Media Pengajaran
  8. 8. Bab 2: Media Pengajaran 8 Rajah 2.4 Tiga Stail Pembelajaran Murid Pelajar visual biasanya:  Perlu melihat apa yang sedang dipelajari untuk memahaminya. Oleh itu guru perlu menggunakan media pengajaran seperti slaid, video, gambar rajah dan ilustrasi apabila menjelaskan konsep dan prinsip penting.  Oleh kerana pelajar visual sangat sensitif terhadap warna, pelbagai kod warna harus digunakan dalam penyediaan nota dan bahan-bahan percetakan.  Pelajar menghadapi masalah mempelajari sesuatu yang disampaikan secara lisan dengan menggunakan perkataan. Oleh itu guru perlu cuba mengilustrasi atau menggambarkan perkataan dalam bentuk rajah, katun atau carta aliran. Pelajar auditori biasanya:  Lebih gemar mendapatkan maklumat dengan cara mendengar. Mereka menghadapi masalah mengikuti arahan secara bertulis. Untuk memahami konsep dan prinsip penting, mereka perlu mendengar untuk memahami dan.  Mereka jugan mengahadapi keskuaran memahami arahan berbentuk bertulis dan kurang minat membaca.  Oleh itu pelajar ini lebih minat sekiranya arahan dan penerangan konsep serta princip disampaikan secara lisan atau disampaikan dengan menggunakan alat perakam suara.. Pelajar kinestatik biasanya:  Lebih suka “hands-on” (membuat aktiviti) dan boleh mencantum bahagian-bahagian alat-alatan tanpa membaca panduan. Mereka lebih mudah memahami sesuatu konsep atau prinsip jika terlibat secara fizikal.  Oleh itu, guru perlu membuka peluang untuk murid mempelajari seacara ‘experential’ dengan membuat model, membuat kerja dimakmal atau melakonkan kefahaman mereka. 3) Kaedah Pengajaran - Pemilihan media pengajaran juga bergantung kepada kaedah mengajar yang digunakan. Contohnya, jika kaedah mengajar melibatkan keseluruhan kelas, mungkin TV atau radio boleh disiarkan untuk ditontoh atau didengar oleh semua pelajar dalam kelas, Sebaliknya, jika kaedah mengajar memerlukan setiap pelajar terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran, lembaran kerja mungkin diedarkan untuk pelajar membuat latihan. Sebaliknya, jika pendidikan jarak jauh AUDITORI KINESTETIK
  9. 9. Bab 2: Media Pengajaran 9 digunakan, bahan pembelajaran kendiri perlu disediakan untuk membolehkan pelajar mengikuti pelajaran secara bersendirian dan guru berperanan sebagai fasilitator. 4) Pelaksanaan -Akhir sekali ialah faktor ‘pelaksanaan’. Adakah media pengajaran yang ingin digunakan mudah diperoleh? Jika mudah diperoleh, adakah mudah digunakan? Contohnya, guru ingin menggunakan ‘laptop’ dalam bilik darjah, tetapi terdapat dua ‘laptop’. Mungkin guru perlu menyesuaikan penggunaan dua ‘laptop’ berkenaan dengan 35 pelajar dalam kelas. Banyak yang kita ingini tetapi tidak keadaan tidak menizinkan. Oleh demikian guru yang ingin melaksanakan sesuatu media dalam bilik dajah perlu mengambil kira keadaan sebenar. Pada tahun 1946, Edgar Dale mengemukakan pendapatnya tentang pembelajaran yang disebut sebagai ‘Cone of Experience’ (Kon Pengalaman). Dalam teorinya, Dale memperjelaskan kesan media terhadap pembelajaran (Lihat Rajah 2.5). Kon ini menyusun media pengajaran daripada konkrit hingga abstrak. Dale mengklasifikasi media dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan pembelajaran berkesan. Teori ini menjelaskan bahawa impak daripada bahan bantu mengajar atau kaedah teknik pengajaran yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Media pengajaran dapat mengubah kefahaman pelajar daripada yang sukar kepada lebih mudah, iaitu konkrit kepada abstrak. Sehubungan itu, Dale menyarankan agar pengajaran haruslah bermula daripada yang konkrit kepada abstrak. Menurut beliau, pengunaan teknologi dalam pengajaran boleh memaksimumkan penguasaan pelajar. Teori Dale ini telah mengubah persepsi ahli pendidikan tentang pentingnya penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran. Dale mengklasifikasikan penggunaan media pengajaran kepada tiga peringkat iaitu penglibatan, pemerhatian dan persimbolan. PERINGKAT PENGLIBATAN 2.6 Kon Pengalaman Dale a) Mengapakah media digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah? b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan sesuatu jenis media pengajaran. c) Sejauh manakah anda bersetuju, bahawa stail pembelajaran penting dalam pemilihan media pengajaran?
  10. 10. Bab 2: Media Pengajaran 10 Peringkat yang pertama ialah penglibatan yang membabitkan pengalaman konkrit. Oleh hal yang demikian, kita dapat lihat bahawa pengalaman konkrit atau pengalaman sebenar menjadi asas permulaan dengan penglibatan pelajar itu sendiri sama ada melalui pengalaman sebenar, pengalaman hipotetikal (tiruan) atau pengalaman melalui lakonan atau drama. Sebagai contohnya dalam pengajaran Bahasa Melayu yang bertemakan pertanian, bahan bantu mengajar yang maujud seperti sayur-sayuran atau buah-buahan sesuai dijadikan sebagai media pengajaran. Oleh hal yang demikian, pelajar dapat mengalami sendiri proses pembelajaran iaitu mereka dapat merasa, memegang, melihat, menghidu dan sebagainya menggunakan pancaindera sendiri. Pastinya, aktiviti sebegini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna serta berkualiti. Rajah 2.5 Pengalaman Pembelajaran Menurut Kon Dale (1964) PERINGKAT PEMERHATIAN Seterusnya, pada peringkat yang berikutnya, pengalaman konkrit akan semakin berkurangan sejajar dengan peranan pelajar sebagai pemerhati kepada peristiwa sebenar berkurangan. Pada peringkat kedua iaitu peringkat pemerhatian, pelajar bertindak sebagai pemerhati terhadap peristiwa sebenar sesuai dilaksanakan dalam bentuk demonstrasi (tunjuk cara), lawatan, tunjuk cara, pameran, dan video (filem). Lazimnya, pengajaran berbantukan multimedia masih lagi berkesan dalam membantu meningkatkan tahap penguasaan pelajar untuk memahami konsep kerana strategi pengajaran yang dijalankan masih lagi berpusatkan pelajar. Kedua-dua peringkat ini, iaitu penglibatan dan pemerhatian ini diaplikasikan secara Simbol Verbal Simbol Visual Rakaman Audio Video Bahan Pameran Lawatan Demonstrasi Lakonan & Drama Simulasi Hipotetikal Mengalami dengan Sendiri Peringkat Penglibatan Peringkat Pemerhatian Peringkat Persimbolan
  11. 11. Bab 2: Media Pengajaran 11 beransur-ansur kerana ia bersesuaian dengan proses pemerolehan objektif pembelajaran yang kandungan amat sedikit atau tidak diketahui pelajar. Selaras dengan era teknologi maklumat, penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan objektif pembelajaran seperti cakera padat, video dan multimedia interaktif sangat berkesan dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif dan kondusif. PERINGKAT PERSIMBOLAN Peringkat tertinggi dalam Kon Pengalaman Dale ialah peringkat persimbolan iaitu yang paling abstrak. Dalam hal ini, pelajar akan mengalami pengalaman yang abstrak iaitu mereka mentafsir simbol visual dan verbal yang mewakili peristiwa tersebut. Pengalaman abstrak merupakan pengajaran konvesional yang amat menitikberatkan teks. Segala perancangan yang direncanakan sememangnya lebih cepat dan kos yang murah namun kedapatan risikonya. Lazimnya, pelajar mungkin akan terkeliru dengan penggunaan simbol verbal dan visual kerana mereka masih tidak mahir dalam mentafsir simbol-simbol tersebut. Oleh hal yang demikian, semakin banyak penggunaan simbol abstrak (verbal dan visual), semakin ia disifatkan sebagai “fast but risky”. berdasarkan Kon Pengalaman Dale, objektif pembelajaran pada peringkat ini hanya akan tercapai jika pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada yang telah dikuasai secara konkrit. Hal ini ada dijelaskan oleh Edgar Dale (1946) bahawa prasyarat setiap pelajar telah mempunyai banyak maklumat konkrit sebelum mereka mampu memanfaatkan dan memanipulasikan aktiviti pembelajaran bagi mentafsir konsep yang abstrak. Sedia maklum, rangsangan dan kecerdasan pemikiran diperlukan dalam mengoptimumkan impak pembelajaran. Rangsangan yang diterima daripada alam sekeliling sesuai menjadi bahan bantu untuk diproses oleh kecerdasan dan akan menghasilkan pengetahuan dan pengalaman. Meskipun rangsangan daripada alam sekeliling ini amat banyak, namun tidak semuanya itu dapat difahami atau ditanggapi manusia. Rangsangan yang sukar ditanggap tidak akan dapat diproses dan tidak akan membentuk pengalaman baharu. Justeru, seseorang pelajar yang memiliki kecerdasan yang tinggi, namun kurang mendapat rangsangan, maka ia tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan pengalaman yang berkesan. Dapat dirumuskan bahawa guru berperanan besar dalam menentukan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan wadah yang mampu mewujudkan rangsangan lantas akan bertindak memperkembang kecerdasan dan pengalaman pelajar. Pastinya penggunaan bahan-bahan bantu mengajar berdasarkan Kon Pengalaman Dale adalah antara aspek yang memberi kesan terhadap peningkatan prestasi para pelajar. a) Jelaskan tiga klasifikasi penggunaan media pengajaran yang dicadangkan oleh Edgar Dale. b) Peringkat manakah yang paling berkesan dalam pembelajaran. Mengapakah?
  12. 12. Bab 2: Media Pengajaran 12 Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran telah ditekankan oleh berbagai pihak seperti Kementerian Pendidikan, pihak ibu bapa, pihak majikan, ahli politik dan lain- lain. Kadang-kala guru dan pihak-pihak tertentu terlalu tertarik dengan ‘teknologi’ dan mengabaikan ‘pedagogi’. Mereka lebih mengutamakan peralatan teknologi seperti tablet, laptop, projektor LCD, smartphone dan sebagainya. Walau pun alat-alat ini penting, ia tidak bererti penyerapan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dengan berkesan. Lihat pernyataan di atas. Komputer dan internet tidak bermakna selagi guru tidak dapat mengintegrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Mengintegrasi teknologi dalam P&P tidak hanya terhad kepada arif menggunakan teknologi tetapi mengetahui bagaimana menerapkannya dalam pengajaran seharian. Contohnya, bagaimana guru menggunakan simulasi, animasi, facebook, blog, laman sesawang yang terdapat pada internet dalam pengajaran Bahasa Melayu [Kita akan membincang perkara-perkara ini dengan lebih mendalam dalam bab-bab seterusnya] Kerap kali teknologi diperkenalkan, penggunaannya dalam pendidikan dan latihan kurang berkesan berbanding dengan sektor-sektor lain seperti perubatan, pembuatan, perkilangan, pengangkutan dan lain-lain. Apakah sebabnya? Faktor utama pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan disebabkan pengabaikan aspek ‘pedagogi’. Kadang-kala guru dan pentadbir tertarek dengan alat-alat teknologi (seperti komputer riba, interactive whiteboard, smartphone dan lain-lain) dengan tidak mengambil kira bagaimana alat-alat membantu atau tidak membantu pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun 1986 Shulman (1986), memperkenalkan model yang menggabungkan DUA aspek; iaitu pengetahuan pedagogi dan pengetahuan isi-kandungan. Pada tahun 2006 Mishra & Koehler telah memperluaskan kerangka konseptual yang di cadangkan Shulman (1986) dengan menambahkan komponen “pengetahuan teknologi” (Lihat Rajah 2.4). 2.7 Model Shulman Tentang Penyerapkan Teknologi “… all the educational technology is worth nothing if teachers don’t know how to use it effectively. Computers aren’t magic, teachers are.” Graig Barrett, CEO, Intel Corporation.
  13. 13. Bab 2: Media Pengajaran 13 Rajah 2.4 Gabungan Tiga Komponen Pengajaran & Pembelajaran  Pengetahuan Pedagogi ialah pengetahuan tentang kaedah dan strategi pengajaran. Contohnya, kaedah projek, kaedah main peranan (role paying), kaedah perbincangan dalam kumpulan kecil, kaedah bercerita, kaedah inkuiri-penemuan, kaedah sumbangsaran dan lain-lain. Untuk pengajaran Bahasa Melayu kaedah-kaedah ini telah diubahsuai untuk mengajar kefahaman bacaan (reading comprehension), kefahaman pendengaran (listening comprehension), kemahiran penulisan dan seterusnya.  Pengetahuan Isi Kandungan ialah pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar. Contohnya, guru yang mengajar Bahasa Melayu perlu mempunyai pengetahuan mendalam tentang psikolinguistik, sosiolinguistik, linguistik, tatabahasa, teori-teori kefahaman bacaan, penulisan kreatif, semantik, puisi, cerpin, novel dan sebagainya.  Pengetahuan Teknologi - Dengan perkembangan teknologi komputer dan internet guru masa kini dicabar mengintegrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak boleh memberi alasan teknologi tidak penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mengetahui tentang penggunaan alat teknologi seperti komputer, tablet & smartphone), perisian aplikasi (seperti MS Word, Powerpoint), courseware (seperti perisian mengajar awal bacaan), Web 2.0 (seperti blog, twitter, Facebook, Google Docs) dan menerokasi Internet dengan menggunakan engin carian Google, YouTube dan sebagainya. Gabungan tiga komponen ini ialah apa yang dipanggil ‘pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran’ atau ‘pengetahuan pedagogi-teknologi-isi kandungan’. Guru yang ingin menerapkan teknologi dalam pengajaran Bahasa Melayau hendaklah mengetahui bagaimana mengabungankan ketiga-tiga kompenen berkenaan. Pengetahuan Teknologi Pengetahuan Isi Kandungan Pengetahuan Pedagogi Pengetahuan Pedagogi- Teknologi-Isi Kandungan [PPTIK]
  14. 14. Bab 2: Media Pengajaran 14 Menurut Shulman (1986), guru tidak boleh hanya mengetahui dengan mendalam tentang mata pelajaran yang diajar ATAU kaedah & strategi mengajar. Contohnya, di universiti, seorang pensyarah yang mempunyai ijazah kedoktoran (PhD) dalam biologi boleh mengajar biologi tanpa mempunyai sebarang pengetahuan tentang kaedah atau strategi mengajar. Shulman memperkenalkan konsep pengetahuan pedagogi-isu kandungan (secara ringkas PPTIK) yang dikembangkan bersama rakan-rakannya dalam projek The Knowledge Growth in Teaching. PPIK ialah, .........satu jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru dan ia berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pengetahuan pedagogi (pengetahuan tentang cara mengajar) dengan pengetahuan isi kandungan (pengetahuan tentang apa yang perlu diajar). Integrasi kedua-dua jenis pengetahuan tersebut menghasilkan pengetahuan pedagogi-isi kandungan (Shulman, 1986). Persoalan utama Shulman dan rakan-rakannya ialah bagaimana untuk membawa seseorang yang pintar dengan pengetahuan kandungan menjadi guru berkesan. PPIK berkaitan dengan kebolehan seseorang guru untuk mengubah dan menyampaikan pengetahuan isi kandungan yang dimilikinya kepada pelajar dengan berkesan dan memahami masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar khususnya dalam isi pelajaran tersebut (Norasliza Hassan & Zaleha Ismail, 2008). Bertambah pula, kefahaman tentang kaedah dan strategi mengajar secara umum juga tidak mencukupi. Guru perlu menegetahui kaedah-kaedah yang khusus untuk isi kandungan atau mata pelajaran yang diajar. Contohnya, dalam pendidikan bahasa, teknik mengajar kosa kata (vocabulary development) kepada pelajar cemerlang dan pelajar lemah berbeza sekali. Bagi mata pelajaran sains pula, guru hendaklah mengetahui cara menggunakan kaedah inkuiri khusus untuk sains. Menurut Grossman, (1990), konsep PPTIK adalah di mana guru perlu “psychologize” sesuatu isi pelajaran untuk pelajar. Dengan kata lain, guru perlu fikirkan bagaimana hendak membina jambatan di antara kefahaman guru tentang isi kandungan dengan kefahaman pelajar berkenaan isi kandungan yang sama.  Pengetahuan tentang kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep dan kesilapan konsep yang dialami oleh pelajar  Pengetahuan tentang kurikulum dan bahan pengajaran  Pengetahuan tentang kaedah penilaian  Pengetahuan dan kepercayaaan tentang tujuan atau objektif pengajaran sesuatu topik a) Menurut model Shulman, pengetahuan teknologi sahaja tidak mencukupi. Jelaskan b) Dengan menggunakan model Shulman, bolehkah anda menjelaskan mengapakah penggunaan teknologi dalam pengajaran Bahasa Melayu kurang berkesan? c) Terangkan PPTIK.
  15. 15. Bab 2: Media Pengajaran 15  Media dipinjam daripada perkataan Bahasa Inggeris ‘media’ yang berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud ‘perantara’; iaitu antara guru dan pelajar.  Media pengajaran pula ialah saluran yang membawa maklumat daripada guru kepada pelajar.  Media pengajaran digunakan untuk menyalurkan fakta, konsep dan prinsip (atau mesej atau kandungan) daripada pengirim (guru, jurulatih, penceramah) kepada penerima (pelajar) sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta perhatian pelajar yaang membawa kepada proses pembelajaran.  Torkelson (1972) membahagikan media pengajaran kepada tiga komponen iaitu saluran mesej, bentuk mesej dan mesej.  Fungsi media pengajaran adalah sangat bergantung kepada perkembangan pendidikan itu sendiri samada ianya dilaksanakan dengan kehadiran guru atau pun tidak.  Pengalaman pembelajaran seharusnya dimulakan daripada situasi/media sebenar yang lebih konkrik dan mudah difahami sebelum kepada situasi/media yang abstrak.  Adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya.  Pemilihan media pengajaran juga bergantung kepada kaedah mengajar yang digunakan.  Pada tahun 1946, Edgar Dale mengemukakan pendapatnya tentang pembelajaran yang disebut sebagai ‘Cone of Experience’ (Kon Pengalaman).  Dale mengklasifikasikan penggunaan media pengajaran kepada tiga peringkat iaitu penglibatan, pemerhatian dan persimbolan.  Pengetahuan pedagogi ialah pengetahuan tentang kaedah dan strategi pengajaran.  Pengetahuan isi kandungan ialah pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar.  Dengan perkembangan teknologi komputer dan internet guru masa kini dicabar mengintegrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
  16. 16. Bab 2: Media Pengajaran 16  Dale, E. (1946) Audio-visual methods in teaching. New York: The Dryden Press.  Kartini Baharum, Mohd Nasrudin Basar, Mahanom Mat Som & Lee Leh Hong, (2010). Kelestarian Kualiti Guru: Satu Model Kontinuum Pembangunan Guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru. 5. 247-257.  Magnusson, S.(1998). Nature, Source, and Development of Pedagogical Content Knowledge for Science Teaching in Gess-Newsome. Knowledge for Science Teaching. US: Kluwer  Mishra, P. & Koehler, M.J. (2006). Technological pedagogical content knowledge: A framework for teacher knowledge. Dalam Teachers College Record. Columbia University.Volume 108, Number 6, June 2006, pp. 1017-1054.  Norasliza Hassan & Zaleha Ismail. (2008). Pengetahuan Pedagogi Guru Pelatih Matematik Sekolah Menengah. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia, Johor.  Omar Abdull Kareem & Khuan Wai Bing (2005). Perkembangan Profesional Guru Secara Berterusan: Perspektif Pembangunan Sumber. Masalah Pendidikan. 13(2). 131-139.  Shulman, L. S. (1986). Those who understand: knowledge growth in teaching. Educational Research, 15 (2), 4-14.  Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard Education Review, 56 (1), 1-22.  Trotter, R. (1986). The Mystery of Mastery. Psychology Today. 20(7). 32-38.

×