Your SlideShare is downloading. ×
i
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia
SEMESTER 2 - SESI 2013/14
KPS 6054
PENDIDIKA...
ii
PENGHARGAAN
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada penyelia kami, Dr Abdul Ta...
iii
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
1.0 PENGENALAN
1
2.0 SEJARAH KEDATANGAN KAUM SIKH KE
TANAH MELAYU 1 - 3
3.0 SIAPAKAH SIKH DI...
1
1.0 PENGENALAN
Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Kepelbagaian sosiobudaya sukar
untuk dinafikan di dalam sebuah ...
2
Sesungguhnya, kedatangan kaum Sikh ke Tanah Melayu ketika zaman kolonial
berlaku dalam lima gelombang penghijrahan. Gelo...
3
mereka. Manakala, gelombang kelima menyaksikan migrasi kaum Sikh untuk
memenuhi pekerjaan professional di Malaya seperti...
4
Presiden Khalsa Diwan di Malaysia, Santokh Singh Randhawa pula
menyatakan bahawa:
“Sikh sama sekali tidak sama dengan Hi...
5
Komuniti Sikh sering mengidentifikasikan diri mereka kepada tiga golongan
utama iaitu:
i. Amrit-dhari – penganut Sikh ya...
6
nasihat murni kepada orang ramai untuk mematuhi ajaran agama masing-masing
dengan baik.
Dalam agama Sikh semua hari adal...
7
ii. Kangha (sikat) – sikat mempunyai hubungan rapat dengan rambut untuk
memastikan rambut sentiasa terurus lagi bersih. ...
8
“……..have became an integral part of the Sikh community and they have
been so from its very birth. Gurdwaras produces Si...
9
penting yang lain tentang Guru. Sambutan yang paling signifikan dalam kalangan Sikh
ialah hari ulang tahun kelahiran Gur...
10
seperti pisau atau gunting dan tidak boleh memotong apa-apa ketika gerhana
matahari. Mengikut kepercayaan mereka, perbu...
11
8.3 Perkahwinan
Penganut Sikh dimestikan berkahwin kerana perkahwinan adalah penyatuan dua roh
menjadi satu. Perkahwina...
12
pengantin lelaki juga. Menjadi kebiasaan keluarga pengantin perempuan perlu
menyediakan set bilik tidur, set sofa dan b...
13
digunakan pada pakaian mereka juga tidak keterlaluan dengan warna terang
menambahkan lagi kecantikan wanita Sikh yang t...
14
membabitkan ramai penari lelaki dan wanita kebiasaannya melebihi enam orang
dengan menggunakan pakaian berlainan warna ...
15
menunjukkan bahawa secara praktisnya kedudukan golongan wanita Sikh masih
rendah berbanding kaum lelaki. Hakikatnya, aj...
16
10.0 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KAUM SIKH DI MALAYSIA
Pertubuhan sosioagama seperti Khalsa Diwan Malaya serta Guru Khalgid...
17
kegigihan, pendidikan dan kepatuhan terhadap ajaran agama dan norma kehidupan
kaum Sikh sejagatnya secara kolektif.
11....
18
ini. Walaubagaimanapun, usahawan dan peniaga adalah berbeza dan tidak serupa
tetapi berkaitan antara satu sama lain, di...
19
seseorang usahawan kerana dapat mengetahui kecenderungan dan permintaan
pelanggan dari semasa ke semasa. Oleh itu, jika...
20
‘martial racess’ dalam zaman kolonial. Sebenarnya, mereka bukanlah
pengganas tetapi guna tenaga yang khas untuk mengisi...
21
baharu dalam keluarga. Justeru, sambutan ini tidak boleh disambut sama sekali
sekiranya kita berpegang pada ajaran agam...
22
14.0 PANDANGAN PEMIMPIN MALAYSIA TERHADAP KAUM SIKH
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Azlan Shah, Sultan ...
23
Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi (Perdana Menteri Kelima Malaysia)
(dalam Majlis Hi-Tea Vaissakhi di Sunway Pyramid Hotel...
24
kuat kepada agama, malahan kumpulan etnik itu bersifat pengelompok. Mereka amat
prihatin tentang siapa yang harus menga...
25
Walau bagaimanapun ada segelintir kaum Sikh yang berkhawin dengan kaum
lain di mana sehinggakan sekarang mereka dipingg...
26
BIBLIOGRAPHY
Dr.Daljeet. (2004). The Sikh Heritage. New Delhi: Prakash Book Depot.
Singh, G. (2000). Historical Sikh Sh...
27
Kajian Perbandingan. Tesis Doktor Falsafah, Jabatan Antropologi & Sosiologi,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sarjit S. ...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

A brief review of Sikh community in Malaysia

1,091

Published on

Sikh community, Sikh clture, Sikh economy achievement, Sikh traditional, Malysian sikh history, Evulation of sikh community in malaysia, sIKH culture, punjabi sikh punjabi Maysia

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,091
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
15
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "A brief review of Sikh community in Malaysia "

  1. 1. i UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia SEMESTER 2 - SESI 2013/14 KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA TAJUK TUGASAN 1 MEMAHAMI PELAJAR DAN LATAR BELAKANG BUDAYA : KAUM SIKH DISEDIAKAN OLEH : SELVI A/P PERMAL NO.MATRIK: M20131000943
  2. 2. ii PENGHARGAAN Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penyelia kami, Dr Abdul Talib Hashim yang telah banyak memberi bimbingan, dorongan, tunjuk ajar, nasihat dan motivasi yang amat berguna sepanjang tempoh penulisan ilmiah ini. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu. Segala teguran dan nasihat yang diberikan akan kami jadikan sebagai panduan dan pegangan dalam meneruskan cabaran pada masa akan datang. Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada usahawan-usahawan Sikh di Kuala Lumpur atas kerjasama dan pertolongan yang diberikan dalam menjayakan penulisan ilmiah ini. Kerjasama daripada mereka amat dihargai. Penghargaan turut ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan, serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan penulisan ilmiah ini. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak di atas, proses penulisan ilmiah kami tidak akan berjalan dengan lancar dan sempurna. Kerjasama, tunjuk ajar dan maklumat serta dorongan daripada semua pihak di atas amat dihargai. Kami tidak dapat membalas budi kalian dan hanya dapat mengucapkan ribuan terima kasih. Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera dan diberkati oleh Tuhan.
  3. 3. iii ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN 1.0 PENGENALAN 1 2.0 SEJARAH KEDATANGAN KAUM SIKH KE TANAH MELAYU 1 - 3 3.0 SIAPAKAH SIKH DI MALAYSIA? 3 - 5 4.0 AGAMA SIKH 5 - 6 5.0 IDENTITI KAUM SIKH 6 - 7 6.0 INSTITUSI AGAMA – GURDWARA 7 - 8 7.0 SAMBUTAN & PERAYAAN 8 8.0 ADAT RESAM DAN KEPERCAYAAN 8.1 Mengandung 8.2 Kelahiran Bayi 8.3 Perkhawinan 8.4 Nilai kemasyarakatan & Persaudaraan 8.5 Pakaian 8.6 Kesenian dan Tarian 8.7 Makanan Tradisional 9 – 13 9.0 ISU GENDER DALAM KAUM SIKH 14 10.0 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KAUM SIKH DI MALAYSIA 15 11.0 STATUS EKONOMI DAN PEMBENTUKAN IDENTITI- KAUM SIKH 16 12.0 STEREOTYPE DAN SALAH TANGGAPAN 18 13.0 CABARAN IDENTITI KOMUNITI SIKH MASA KINI PROSES ‘ENCULTURATION’ 20 14.0 PANDANGAN PEMIMPIN MALAYSIA TERHADAP KAUM SIKH 20 15.0 KAJIAN KES 22 16.0 BIBLIOGRAFI 24
  4. 4. 1 1.0 PENGENALAN Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Kepelbagaian sosiobudaya sukar untuk dinafikan di dalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir daripada acuan masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang menjadi etnik majoriti di samping kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan tidak lupa juga dengan kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap etnik mempunyai sosiobudaya yang berbeza yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu. Budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan). Kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu sedar akan kewujudan kepelbagaian sosiobudaya ini yang meliputi adat resam, bangsa, kepercayaan, jantina, bahasa dan struktur masyarakat khususnya bagi kaum minoriti. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa ‘tak kenal maka tak cinta’. Ini mengingatkan kita sebagai anggota negara yang bermultibudaya untuk mengenali semua kaum minoriti dengan menyeluruh supaya dapat mengukuhkan integrasi nasional di samping memupuk bibit-bibit perpaduan dalam masyarakat multietnik ini. Salah satu kaum minoriti yang telah memberikan sumbangan terbesar kepada pembangunan negara dan pengacuan pluralisme di Malaysia ialah kaum Sikh. 2.0 SEJARAH KEDATANGAN KAUM SIKH KE TANAH MELAYU Sejarah kedatangan orang Sikh adalah sama jika dibandingkan dengan imigran–imigran iaitu pada awal kurun ke-19. Faktor ekonomi dilihat sebagai penyebab kedatangan imigran–imigran Sikh secara beramai–ramai ke negara–negara Asia Tenggara seperti Burma, Indonesia dan Malaya. Masalah kekurangan tanah, bertambahnya jumlah penduduk serta bencana alam di tanah asal menyemarakkan lagi semangat mereka untuk ke Asia Tenggara. Tersedianya peluang–peluang pekerjaan yang banyak dalam pelbagai bidang serta polisi imigrasi yang agak liberal, menggalakkan penghijrahan beramai–ramai ke Malaya yang ketika itu diperintah oleh Inggeris.
  5. 5. 2 Sesungguhnya, kedatangan kaum Sikh ke Tanah Melayu ketika zaman kolonial berlaku dalam lima gelombang penghijrahan. Gelombang pertama berlaku pada pertengahan abad ke-19 di mana para banduan politikal berketurunan Sikh di India dibawa masuk oleh kerajaan British untuk mengisi pekerjaan bidang keselamatan. Pada ketika itu orang Sikh digelar sebagai ‘ freedom fighters’ oleh British. Pihak British telah menggunakan orang–orang Sikh dari India yang merupakan salah satu daripada tanah jajahan British untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan kerana mereka mempunyai susuk badan yang tegap. Gelombang kedua pula berlaku pada tahun 1881 di mana Captain Speedy telah diamanahkan oleh kerajaan British untuk mengatasi masalah jenayah akibat pergolakan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San di Perak dengan menubuhkan Perak Armed Police (PAP). Pada peringkat awal penghijrahan orang Sikh tertumpu ke negeri Perak. Anutan Sikh menjadi elemen penting untuk menyatupadukan orang Sikh dalam pasukan “Perak Armed Police” (PAP). Ini juga merupakan faktor utama mengapa boleh terjalinnya hubungan yang kukuh dalam kalangan orang Sikh dalam pasukan keselamatan ini. (Sushila, 1990). Selepas itu, orang Sikh juga digunakan oleh British untuk menyertai pasukan ketenteraan iaitu Malaya States Guide (MSG) di negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Di Sarawak pula, orang Sikh digunakan sebagai penjaga penjara. Gelombang ketiga kedatangan orang Sikh ke Tanah Melayu adalah dengan migrasi individual tanpa pengaruh British. Ini adalah kerana wujudnya faktor tolakan iaitu keadaan sosioekonomi serta masalah ketidaktenteraman di negara asal maka kaum lelaki Sikh cuba berhijrah ke negara-negara Asia Tenggara. Malaysia telah menjadi destinasi pilihan mereka kerana peluang pekerjaan untuk bidang keselamatan, pembinaan landasan kereta api, perlombongan, pertanian, penggembala lembu, perjawatan pentadbiran awam, dan sebagainya terbuka luas di Malaysia. Motif kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki dan pulang ke negara asal. Gelombang keempat kedatangan kaum Sikh lebih kepada migrasi golongan wanita Sikh iaitu isteri kepada pekerja-pekerja Sikh yang telah ke Malaysia dalam gelombang penghijrahan ke Malaya. Wanita Sikh secara beramai-ramai datang dari Punjab ke Malaya dalam awal tahun 90an untuk menetap bersama-sama suami
  6. 6. 3 mereka. Manakala, gelombang kelima menyaksikan migrasi kaum Sikh untuk memenuhi pekerjaan professional di Malaya seperti kedoktoran, perguaman, perguruan, perjawatan tinggi awam dan sebagainya. Penempatan awal orang Sikh di Malaya tertumpu di pantai barat iaitu di Perak, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Bandar–bandar yang menjadi tumpuan orang Sikh termasuklah Ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Sebenarnya, bandar Ipoh menjadi titik tolak perkembangan Sikh di Malaysia terutamanya dengan penubuhan sebuah pertubuhan kaum Sikh tertua di Malaysia, malah dikhabarkan paling awal di Asia iaitu Khalsa Diwan. Oleh sebab kumpulan mereka kecil dibandingkan dengan kumpulan etnik yang lain, maka mereka didapati berselerak luas. Jika terdapat lebih kurang dua puluh keluarga di sesuatu kawasan penempatan, maka penempatan itu dikenali sebagai kampung Benggali. Misalannya Kampung Benggali, Taiping dan Tanjung Rambutan. Orang Sikh yang termasuk juga golongan orang Punjabi adalah dirujuk sebagai satu “komuniti agama”. Mereka membeza–bezakan satu kumpulan yang lain dengan berdasarkan sistem kasta dan juga pembahagian kawasan. Bahasa ibunda orang Sikh adalah bahasa Punjabi tetapi terdapat banyak dialek yang digunakan oleh mereka di kawasan–kawasan yang berkaitan. Orang Sikh secara umum dapat dikategorikan sebagai “Arora Sikh”, “Jat Sikh”, “Khatri Sikh”, Mazhbi Sikh” mengikut pengkhususan pekerjaan mereka. 3.0 SIAPAKAH SIKH DI MALAYSIA? Shromani Gurdwara Parbandhak Committee (SGPC) Amritsar di Punjab mendefinisikan orang Sikh sebagai: ‘’ A Sikh is any person whose faith consists of belief in one God, the 10 Gurus, The Guru Grant Sahib and other scriptures of the Sikh religion. Additionally, he or she must believe in the necessity and importance of amrit. (Nesbitt,1996 p.99)
  7. 7. 4 Presiden Khalsa Diwan di Malaysia, Santokh Singh Randhawa pula menyatakan bahawa: “Sikh sama sekali tidak sama dengan Hindu. Punjabi pula tidak ada hubungan langsung dengan Benggali. Benggali adalah satu kaum dari Benggala India. Masyarakat perlu faham siapa kami dan apa agama kami. Bagi Sikh, Tuhan itu satu…” Pastinya etnilk ini akan naik marah apabila ada orang yang memanggil mereka sebagai Benggali. Namun, tidak ramai yang tahu akan perbezaan antara istilah Benggali dan Sikh. Sebagai kelompok minoriti berjumlah kira-kira 126,000 orang di serata pelosok negara Malaysia, sebenarnya banyak sejarah penting mengenai mereka yang boleh diketengahkan untuk pengetahuan umum. Di negara kita, majoriti penganut Singh berketurunan Punjabi, satu masyarakat dari daerah Punjab di utara India. Namun apa kaitan mereka dengan Benggali? Oleh sebab penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ketika itu dengan menaiki kapal dari sebuah pelabuhan di Benggala, India sekali gus semua yang datang dari lokasi itu digelar Benggali. Hakikatnya, mudah untuk mengenali masyarakat Sikh di negara ini atau di mana-mana negara sekalipun. Wajah orang dari India tetapi mempunyai kulit cerah sedikit berbanding mereka dari Selatan. Paling mudah untuk mengecam mereka ialah melalui identiti pakaian iaitu serban untuk lelaki dan selendang di kepala wanita Sikh. Perkataan Sikh berasal daripada bahasa Sanskrit ‘shisya’ yang membawa maksud ‘pengikut’ atau ‘penganut’ (Lajwanti, 1985:1-2). Manakala ‘Sikhisme’ berasal dari Sikh dengan kata dasarnya ‘shisya’ iaitu murid atau pelajar dan ‘ siksa’ yang bermaksud arahan. Justeru, Sikh merupakan kaum atau penganut agama Sikh yang akur dengan peraturan dan arahan Sri Guru Nanak Dev Ji dan Sembilan orang guru yang lain; iaitu Sri Guru Angad Dev Ji (1539-1552), Sri Guru Amar Das Ji (1552 – 1574), Sri Guru Ram Das Ji (1574 – 1581), Sri Guru Arjan Dev Ji (1581 – 1606), Sri Guru Hargobind Sahib Ji (1606 – 1644), Sri Guru Har Rai Ji (1664 – 1661), Sri Guru Har Kishan Ji ( 1661 – 1664), Sri Guru Teg Bahadur Ji (1664 – 1675) dan Sri Guru Gobind Ji (1675 – 1708). Selepas guru terakhir penganut Sikh menghormati kitab suci ‘Sri Guru Grant Sahib Ji’ sebagai sumber ajaran agama mereka yang muktamad. (Sarjit Singh, 1998, p.18-19)
  8. 8. 5 Komuniti Sikh sering mengidentifikasikan diri mereka kepada tiga golongan utama iaitu: i. Amrit-dhari – penganut Sikh yang memohon amrit dan seterusnya menjadi anggota kaum Khalsa Panth @ Persaudaraan Khalsa. Kehidupan mereka berpandukan ajaran agama Sikh yang sebenarnya dan menghormati segala peraturan Khalsa. ii. Kesh-dhari – penganut yang berada dalam golongan tengah iaitu mereka akan memakai serban dan menyimpan janggut tetapi mereka belum memohon amrit untuk menjadi anggota Khalsa yang tulen dan ikhlas. iii. Sehaj-dhari – penganut Sikh yang tidak memakai serban dan belum lagi bersedia untuk memohon amrit. 4.0 AGAMA SIKH Secara umumnya, kaum Sikh menganut ajaran agama Sikh yang diasaskan oleh Sri Guru Nanak Dev Ji (1469 – 1539) Agama ini merupakan ajaran agama yang paling muda di dunia dan kelima terbesar dari segi penganutnya. Agama ini adalah agama monoteisme dan kepercayaan utamanya ialah mengenai ketuhanan yang satu, bersifat nirankar iaitu tidak berbentuk (‘formless’) @ tidak mengandungi unsur antropomofisme (pemberian sifat manusia kepada dewa dewi) abadi, sanagat berkuasa dan manusia tidak dapat menghuraikannya. Penganut Sikh percaya bahawa Tuhan (Waheguru) berada di mana-mana sahaja. Tuhan sahajalah mempunyai segala sifat kesempurnaan. (Sarjit Singh, 1998, p.20) Sri Guru Nanak Dev Ji menolak system kasta yang diamalkan oleh masayarakat Hindu dan menyeru kepada penganut Sikh bagi mengukuhkan persaudaraan sesama manusia. (Tully & Jacab 1986, p.17). Agama Sikh menekankan konsep kemanusiaan sejagat yang tidak boleh dibezakan mengikut kedudukan, ststus tinggi rendah di kaca mata Waheguru. Ajaran agama ini juga menekankan konsep persamaan gender dan memandang tinggi golongan wanita. Sri Guru Nanak Dev Ji tidak pernah menggalakkan sesiapapun untuk memeluk agama ini, sebaliknya sentiasa memberikan
  9. 9. 6 nasihat murni kepada orang ramai untuk mematuhi ajaran agama masing-masing dengan baik. Dalam agama Sikh semua hari adalah sama penting dan tiada hari-hari yang istimewa untuk penganutnya bersembahyang. Namun demikian, atas alasan cuti dan sebagainya penganut Sikh di Malaysia lazimnya mengunjungi Gurdwara pada setiap hari Ahad bagi sembahyang jemaah. Sembahyang berjemaah sangat penting kerana aktiviti ini menekankan aspek kesamaan sesama manusia tanpa mengira gender dan merupakan sesuatu yang bersifat asas. Segmen pembacaan ayat-ayat suci daripada kitab Sri Guru Grant Sahib Ji, nyanyian lagu agama, mendengar katha, melafaz simran dan sebagainya menekankan semangat kemanusiaan dengan memuji kebesaran Waheguru bagi mendapatkan ketenangan serta panjatkan kesyukuran kepada Tuhan. 5.0 IDENTITI KAUM SIKH Pada tahun 1699, Sri Guru Gobind Singh memperkenalkan satu orde baru yang dikenali sebagai ‘Khalsa’ bermaksud yang tulen untuk membentuk persaudaraan Khalsa. Berasaskan orde baru ini, setiap penganut Sikh perlu menjalani upacara amrit sanskar untuk memakai atau mengamalkan simbol 5K @ Panjh Kakkar sebagai pakaian rasmi yang baharu untuk mereka. Dalam agama Sikh, upacara amrit sanskar ialah upacara pembaptisan dalam agama Kristian dan sangat penting bagi penganut Sikh dalam usaha mendekati Tuhan. Upacara ini bersifat kolektif dan hanya akan diadakan apabila penganutnya bersedia untuk memohon amrit supaya boleh dibaptiskan. Panjh Kakkar atau 5K bukan bertujuan untuk memupuk nilai eksklusif atau keunggulan tetapi bertujuan untuk memelihara perpaduan Sikh dalam usaha mencapai matlamat serta cita-cita Gurus. Ini membolehkan mereka menjaga nazar mereka yang dibuat pada hari pembaptisan. Sebelum dibaptis, seorang Sikh perlu mandi terlebih dahulu, tidak boleh memakai barang kemas, alat solekan atau hiasan, dan memakai simbol 5K untuk melambangkan identiti Sikh yang ideal iaitu : i. Kesh (rambut panjang) – penganut Sikh tidak boleh memotong atau mencukur rambut pada mana-mana bahagian badan mereka.
  10. 10. 7 ii. Kangha (sikat) – sikat mempunyai hubungan rapat dengan rambut untuk memastikan rambut sentiasa terurus lagi bersih. Sikat ini diperbuat daripada kayu dan selalu disimpan dalam serban. iii. Kirpan (pedang kecil) – seseorang yang memegang kirpan dianggap begitu setia, komited dan teguh imannya. Mereka akan sentiasa memastikan tiada penganiayaan dan ketidakadilan berlaku kepada golongan yang lemah. iv. Kaachera (seluar pendek) – dipakai pada setiap masa untuk menunjukkan kesediaan bertindak, ketangkasan melakukan sesuatu serta menandakan tahap kecergasan seseorang Sikh. v. Kara (gelang besi) – mengingatkan seseorang Sikh untuk menghindarkan diri daripada terpengaruh dengan anasir negatif dan melambangkan kepatuhan penganut Sikh dengan agamanya. Simbol 5K ini perlu dipatuhi untuk melambangkan keimanan seseorang Sikh (Khalsa) yang sejati dan tulen. Proses amrit sanskar akan dilakukan oleh 5 orang Sikh yang soleh dan sempurna yang digelar sebagai PanjhPiare (‘5 Beloved Ones’). Selain itu, apabila seseorang menjadi Khalsa, individu tersebut perlu mematuhi empat larangan iaitu tidak boleh memotong atau mencukur rambut pada mana-mana bahagian badan, tidak boleh makan daging yang dipotong dengan paksaan, tidak boleh minum arak, hisap tembakau atau dadah dan tidak boleh mengadakan hubungan seks selain suami atau isteri. Identiti berasaskan agama Sikh ini menetapkan bahawa upacara amrit sanskar sebagai identiti Sikh yang sebenar dan signifikan.(Sarjit Singh, 1999, p.188) 6.0 INSTITUSI AGAMA – GURDWARA Pusat keagamaan terpenting bagi penganut Sikh ialah Gurdwara. Kuam Sikh menghormati gurdwara kerana gurdwara merupakan tempat ibadat dan pusat untuk kaum Sikh berinteraksi serta mengeratkan perpaduan. Hal ini adalah kerana kehidupan orang Sikh disusun dan distruktur dengan kewujudan gurdwara iaitu di mana-mana ada kaum Sikh, pasti ada gurdwara. Tanpa gurdwara, penganut Sikh tidak dapat menjalani kehidupan dengan sempurna dan tidak dapat mempelajari peraturan hidup sebagai seorang Sikh. Menurut Pritham Singh Gill (1990: p.227-234), Gurdwara:
  11. 11. 8 “……..have became an integral part of the Sikh community and they have been so from its very birth. Gurdwaras produces Sikhs and Sikhs produces Gurdwaras. Gurdwaras are the memory of their Gurus, whom they cannot forget..” Gurdwara merupakan tempat untuk mempelajari mesej yang termaktub dalam kitab suci Sri Guru Grant Sahib Ji. Kitab ini diberikan penghormatan tertinggi dan paling agung oleh penganut Sikh di Gurdwara. Di dalamnya, terkandung pelbagai sabda penganut beragama Sikh, Islam dan Hindu dari pelbagai latar belakang kasta, pekerjaan dan wilayah yang berbeza. (Duggal, 1993, p.228) Setiap kumpulan etnik secara umumnya mempunyai ciri-ciri budaya yang melambangkan identiti dan menandakan sempadan antara etnik masing-masing. Ciri- ciri budaya ini merangkumi aspek bahasa, kepercayaan, pantang larang, sambutan dan perayaan, pakaian, warisan tradisi dan sebagainya. Warisan nenek moyang dengan elemen budaya seperti alatan muzik, tarian, seni lukis, fesyen dan makanan diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya. Namun demikian, generasi muda kini membuat beberapa modifikasi elemen budaya untuk memartabatkan dirinya dalam era moden dan global ini. Seseorang yang menganggap dirinya sebagai ahli etnik tertentu mengidentifikasikan dirinya sebagai ahli kumpulan tersebut, berkongsi nilai budaya yang sama dan mempunyai keahlian yang boleh dikenal pasti oleh orang lain. Akan tetapi, identiti seseorang tidak mutlak. Identiti merupakan ciptaan sejarah (‘historical construction’) dan bersifat dinamis. (Sarjit Singh, 1999, p.187) 7.0 SAMBUTAN & PERAYAAN Sambutan dan perayaan dalam kalangan Sikh penuh ceria dengan warna-warni yang melambangkan semangat Sikhsme. Di Malaysia, terdapat 5 perayaan yang berasosiasi dengan kehidupan Sikh Gurus (Gurpurabs), Birthof Khalsa (Vaisakhi), Hola Mohalla (Sikh style sports), Diwali dan Lohri. Gurpurabs merupakan ulang tahun kehidupan guru-guru Sikh sama ada penganut Sikh menyambut hari ulang tahun kelahiran mereka, kematian atau hari-hari
  12. 12. 9 penting yang lain tentang Guru. Sambutan yang paling signifikan dalam kalangan Sikh ialah hari ulang tahun kelahiran Guru Nanak, Guru Gobind Singh, Guru Ajan Dev dan Guru Teg Bahadur. Setiap sambutan hari-hari istimewa ini mesti disambut dengan Akhand Path (bacaan terus menerus Sri Guru Grant Sahib Ji di Gurdwara. Vaisakhi pula akan disambut oleh semua penganut Sikh pada 14 April setiap tahun kerana ia merupakan tarikh Khalsa diwujudkan dan pesta menuai di Punjab. Hari tersebut amat penting untuk mewujudkan ikatan Khalsa Panth. Upacara sambutannya sama seperti upacara dalam perayaan Gurpurabs. Hola Mohalla merupakan sambutan sukan atau pertandingan dalam kalangan Sikh seperti bola sepak, kriket, kabaddi, hoki dan sebagainya. Hari ini amat penting untuk menunjukkan kecekapan dan ketangkasan seseorang Sikh. Lohri yang selalu disambut dalam bulan Januari pula merupakan hari untuk menyambut kelahiran anak lelaki yang baharu dalam keluarga. Diwali pula akan disambut dengan lampu-lampu bercahaya sebagai simbol kehidupan baharu yang amat bermakna. 8.0 ADAT RESAM DAN KEPERCAYAAN Sikhisme menerima teori ‘karma’ atau ‘reinkamasi’ dan setiap individu akan melalui beberapa putaran hidup yang berlainan untuk mencapai nirvana. Adalah dipercayai bahawa terdapat lapan empat ribu juta kali putaran hidup atau Junn kesemuanya. Pendek atau panjang putaran yang dilalui oleh seseorang di dalam dunia ini untuk mencapai nirvana adalah bergantung kepada dosa yang dilakukannya. Sikhisme menafikan aktiviti bertafakur atau bermeditasi kerana difikirkan sebagai aktiviti yang sia- sia sekiranya minda manusia tidak suci. 8.1 Mengandung Ibu mengandung tidak dibenarkan makan buah yang berkembar kerana dikhuatiri boleh menyebabkan mendapat anak kembar. Mendapat anak kembar bukanlah suatu pantang larang dalam masyarakat Sikh tetapi kelahiran anak kembar besar kemungkinan akan mendatangkan beban kepada sesetengah keluarga terutamanya keluarga yang susah. Ibu mengandung juga tidak dibenarkan memegang objek tajam
  13. 13. 10 seperti pisau atau gunting dan tidak boleh memotong apa-apa ketika gerhana matahari. Mengikut kepercayaan mereka, perbuatan tersebut boleh menyebabkan anak lahir dalam keadaan calar-balar pada muka dan tidak cantik. Selain itu, terdapat juga persamaan adat resam kaum Sikh dengan Melayu iaitu sekiranya isteri mengidam sesuatu, suami perlu cuba untuk mendapatkan sesuatu yang diidam isteri supaya dapat mengelakkan anak yang dilahir terkena tulah (terkenan) seperti meleleh air liurnya. Mengikut kepercayaan kaum Sikh, selepas kelahiran sekiranya anak itu tidak berhenti menangis, keluarganya perlu ke tempat uri ditanam dan dipukul tanah itu untuk menghentikan tangisan. Hari lahir pula tidak boleh disambut sebelum tarikh lahirnya, mesti disambut selepas atau pada hari lahirnya kerana ia boleh menyebabkan pendek umur. 8.2 Kelahiran Bayi Amalan biasa bagi menyambut kelahiran bayi ialah dengan memberi hadiah. Pemberian nama merupakan upacara penting yang dikenali sebagai Naamkaran. Bayi yang baru lahir akan diberi nama setelah Granthi membaca Ardas. Kemudian kitab mereka Sri Guru Granth Sahib akan dibuka secara rambang dan bayi akan dinamakan mengikut huruf pertama dalam muka surat tersebut. Nama akhir atau nama belakang penganut Sikh adalah sama, berbeza hanya mengikut jantina iaitu Singh bagi lelaki manakal Kaur bagi perempuan. Singh bermaksud ‘Singa’ manakala Kaur memberi maksud ‘Puteri’. Nama-nama orang Sikh ialah ‘unisex’; misalnya nama Jaswant boleh digunakan sebagai Jaswant Singh atau Jaswant Kaur untuk menunjukkan jantinanya. Selain nama diakhiri dengan Singh atau Kaur ada sesetengah daripada kaum Sikh yang menambah gelaran komuniti kecil mereka seperti Gill, Sidhu, Bhar, Randhawa, Ahluwalia dan sebagainya. Apabila seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga enam belas tahun, satu upacara akan dijalankan iaitu upacara pemakaian serban. Upacara ini dipanggil Daastar Bandhni lazimnya dilakukan oleh para agama Sikh yang dipanggil Granthi atau ketua masyarakat.
  14. 14. 11 8.3 Perkahwinan Penganut Sikh dimestikan berkahwin kerana perkahwinan adalah penyatuan dua roh menjadi satu. Perkahwinan dalam ajaran Sikh digelar sebagai Anand Karaj yang bermaksud ‘blissful union’. Penyatuan ini disamakan dengan penyatuan antara manusia dengan Tuhan iaitu satu matlamat penting dalam kehidupan setiap penganut Sikh. Perkahwinan dalam masyarakat Sikh dimestikan kerana cara hidup berkeluarga atau grihasth asram adalah cara hidup yang paling utama dan semula jadi sifatnya. Berdasarkan konsep perkahwinan Sikh, seseorang Sikh tidak seharusnya hidup terasing atau membujang malahan perlu berusaha untuk pembangunan komunitinya. Bagi orang Sikh, perkahwinan adalah suci dan mereka percaya pada sistem monogami iaitu tidak berkahwin lebih dari seorang isteri. Dalam agama mereka, penceraian adalah mustahil dan tidak dibenarkan. Namun penceraian masih boleh berlaku di mahkamah sivil. Perkahwinan antara individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan atau endogami dilarang atau tidak digalakkan. Oleh itu, pemilihan menantu biasanya dibuat oleh ibu bapa masing-masing. Ini adalah kerana kaum Sikh merupakan satu komuniti yang kecil maka kerja merisik dan menyelidik latar belakang seseorang mudah dilakukan. Waktu yang sesuai untuk merisik adalah semasa musim-musim perayaan dan upacara sembahyang di Gurdwara. Suasana ini memberikan kesempatan kepada golongan yang lebih tua untuk mengetahui latar belakang keluarga, taraf pendidikan, pekerjaan dan lain-lain mengenai gadis atau lelaki. Proses peminangan atau pemilihan jodoh juga bermula dengan pihak perempuan. Tiada istilah ‘perigi mencari timba’ kerana adat dalam masyarakat Sikh adalah perempuan yang meminang lelaki. Perkahwinan campur adalah dilarang sama sekali dalam masyarakat Sikh kerana perasaan takut bangsa tersebut akan kehilangan identiti bangsa Sikh pada masa akan datang seperti mana yang berlaku terhadap bangsa Yahudi. Terdapat satu peraturan khas dalam perkahwinan di Gurdwara iaitu upacara perkahwinan hanya boleh dijalankan sekiranya kedua-dua pasangan pengantin beragama Sikh. Mengikut adat perkahwinan kaum Sikh, pihak wanita akan mengeluarkan belanja yang banyak bukan sekadar membayar dowry (hantaran) tetapi juga perlu menyediakan cincin emas bukan sahaja untuk pengantin lelaki bahkan untuk ibu bapa
  15. 15. 12 pengantin lelaki juga. Menjadi kebiasaan keluarga pengantin perempuan perlu menyediakan set bilik tidur, set sofa dan barang dapur untuk melengkapi rumah pengantin. 8.4 Nilai kemasyarakatan & Persaudaraan Bangsa yang minoriti di negara ini begitu berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi kerana bangsa Sikh mempunyai nilai atau budaya kerjasama dan persaudaraan yang begitu menebal sejak kecil lagi. Jika kaum Cina di perantauan ada ‘bamboo network’ untuk saling membantu dalam bidang perniagaan, begitu juga kaum Yahudi dalam bidang perbankan dan kewangan, kaum Sikh pula mempunyai hubungan rapat dalam semua aspek kehidupan. Adalah dipercayai bahawa dalam budaya kaum Sikh, jika salah seorang daripada kaumnya miskin dan meminta sedekah, maka seluruh kaum Sikh di kawasan itu adalah berdosa. Maka itu, menjadi tanggungjawab seluruh warga Sikh memastikan tiada dalam kalangan mereka yang miskin. Begitu juga dalam bidang pendidikan dan bidang sosial yang lain. Jarang sekali kaum Sikh terlibat dengan masalah disiplin dan jenayah kerana seluruh kaum Sikh menjadi mata dan telinga kepada masyarakat. 8.5 Pakaian Pakaian bagi masyarakat Sikh ialah serban @ Dastaar bagi kaum lelaki dan Punjab bagi kaum wanita. Sesungguhnya, signifikasi tradisi utama serban ialah persaudaraan (‘spirit of brotherhood’) di mana dua orang lelaki Sikh akan bertukar serban untuk menjadikan hubungan mereka sebagai adik-beradik. Pemakaian serban juga ada beberapa jenis ikatan dan menggunakan pelbagai warna lagi bergaya. Kain serban yang sangat panjang lebih kurang 5 hingga 6 meter diperlukan dalam mengikat serban kerana perlu melingkari seluruh kepala. Jadi, amat sukar bagi mereka yang tidak mahir menggunakannya. Wanita pula kelihatan ayu dengan selendang @ Duppatha @ Chunni di kepala dan baju Punjabi labuh dengan seluar mengikut bentuk kaki. Corak latar yang
  16. 16. 13 digunakan pada pakaian mereka juga tidak keterlaluan dengan warna terang menambahkan lagi kecantikan wanita Sikh yang terkenal dengan hidungnya yang mancung. Pakaian Punjabi juga digunakan khas untuk majlis perkahwinan tetapi dengan corak yang lebih menarik iaitu dipenuhi sulaman manik dan benang emas. Itulah antara kelebihan orang Punjabi kerana kemahiran unik mereka yang terkenal dalam aktiviti menyulam kain dan sulaman mereka yang berkualiti tinggi. 8.6 Kesenian dan Tarian Kaum Sikh mempunyai pelbagai jenis tarian dan permainan muzik selain turut menggemari aktiviti permainan tradisional tetapi kebanyakannya berbentuk menguji kekuatan. Kebanyakan alat muzik yang digunakan dalam masyarakat Sikh secara asasnya seperti muzik Punjabi yang mana ia menggunakan banyak alat ketukan iaitu gendang atau rebana yang dikenali sebagai jorri (tabla). Waja (piano kecil) dan tabla adalah dua alat muzik terpenting dalam masyarakat ini. Muzik Punjabi berirama rancak dan sarat dengan emosi, menceritakan variasi perasaan seperti kegembiraan, keceriaan, kesakitan dan semangat mendalam. Begitu juga dengan lagunya yang turut mempunyai melodi penuh emosi dan perasaan. Kaum Sikh memang kaya dengan keseniannya. Segala ekspresi dan ciptaan akan berlandaskan sesuatu objek atau perkara yang begitu indah, cantik dalam bentuk visual. Kaum Sikh amat tertarik untuk menghasilkan potret lukisan ‘Gurus’ yang lazimnya dapat dilihat di semua rumah penganut Sikh. Seterusnya, kemahiran menghasilkan kipas tangan Pekha, katil tradisi Manja dan banyal lagi telah diwarisi sejak berzaman-zaman. Seni pertahanan diri kaum Sikh dikenali sebagai Gatka yang memberi fokus kepada kesatuan jiwa, tubuh dan minda pengamalnya turut diajar sejak kecil. Lazimnya apabila kita melihat tarian dalam filem Hindi, ramai mengaitkannya dengan bhangra dan realitinya itulah ‘Raja Tarian’ dalam masyarakat Sikh kerana sehingga kini ia antara satu daripada tarian yang masih digunakan secara meluas malah sudah ada yang memodenkan gaya tarian dan irama lagunya seperti yang digerakkan kumpulan muzik popular kaum Sikh iaitu Goldkartz. Bhangra oleh dua orang adik-beradik iaitu Manjit Singh Gill dan Sukhjit Singh Gill. Tarian Bhangra akan
  17. 17. 14 membabitkan ramai penari lelaki dan wanita kebiasaannya melebihi enam orang dengan menggunakan pakaian berlainan warna untuk menaikkan seri dalam rentak tarian itu yang memerlukan tenaga tinggi penarinya kerana pergerakannya yang sangat pantah dan lincah. Jika orang Melayu terkenal dengan joget lambak ketika majlis perkahwinan, begitu juga masyarakat Sikh yang menjadikan bhangra sebagai tarian bebas yang boleh disertai sesiapa sahaja apatah lagi tarian itu sendiri tidak mengehadkan pergerakan dan penarinya bebas melakukan aksi mengikut alunan dhol iaitu gendang atau rebana. Terdapat jenis tarian lain seperti Jhumar yang lebih memfokuskan pergerakan tangan daripada kaki, taraian Luddi yang memaparkan gerakan seperti ular, tarian Dhamal yang merujuk kepada tarian kampung. Tarian yang khusus kepada kaum wanita Sikh pula seperti tarian Giddha, Sammi, Jaggo dan Kikkli. 8.7 Makanan Tradisional Makanan kaum Sikh memang bervariasi dan menyelerakan. Makanan kaum ini memang mudah disediakan dan tidak perlu dihidangkan secara eksotik dengan lauk tambahan. Makanan kaum Sikh konvensional ialah chapatthi, Parotha, Makkhi (roti jagung), Poori, nasi putih, tayiru @ susu masam, dan kacang pea. Sayuran yang banyak menjadi pilihan kaum Sikh ialah bayam, ubi kentang, bunga kubis, bawang mentah, achar dan chutney. Makanan seperti ayam, ikan dan makanan laut akan dimasak ala Punjab. Manisan kaum Sikh terdiri daripada ladoo, jilebi, Barfi, Gulab Jamun, Gajar Halwa, Methia dan sebagainya. Minuman laasi yang dihasilkan dengan yogurt turut menjadi penambah selera. Dalam masa yang sama tidak boleh dinafikan juga bahawa makanan tradisi kaum Sikh ini banyak minyak, bersapi dan bergula tetapi amalan pemakanan atau diet yang seimbang oleh kaum ini telah memberikan gaya hidup sihat bagi kaum Sikh. 9.0 ISU GENDER DALAM KAUM SIKH Sarjit S. Gill dalam ‘Malaysian Sikhs and Gender Issues’ (2000) menggambarkan bahawa agama Sikh memberi penekanan terhadap isu kesamaan gender antara lelaki dan wanita dalam setiap kehidupan sosial. Namun kajian beliau di Malaysia masih
  18. 18. 15 menunjukkan bahawa secara praktisnya kedudukan golongan wanita Sikh masih rendah berbanding kaum lelaki. Hakikatnya, ajaran agama Sikh mengenai kesamaan gender tidak diamalkan secara menyeluruh. Ketidaksamaan gender ini dikatakan mungkin berlaku kerana pengaruh majoriti golongan lelaki Sikh yang lebih tinggi serta mereka merupakan komuniti minoriti dalam konteks masyarakat Malaysia yang lebih besar. Oleh sebab itu, kaum lelaki Sikh tidak sanggup untuk melepaskan peranan dominan mereka menyebabkan kaum wanita Sikh terus menerus mengalami kesan prejudis itu. Beliau juga mendapati penyertaan kaum wanita dalam sesi diskusi, persidangan atau seminar yang telah dianjurkan sehinggalah tahun 2000 ini, tidak ketara dan penglibatan mereka juga tidak seaktif golongan lelaki Sikh. Peranan wanita Sikh dalam organisasi Gurdwara juga telah terpinggir ke bahagian guru ka langgar atau dapur dan mereka tidak terlibat dalam posisi pembuat dasar dalam gurdwara. Posisi ini telah didominasi oleh kaum lelaki Sikh. Walaupun pelbagai ajaran telah diberikan dalam agama Sikh tentang persamaan gender antara golongan lelaki dan wanita di semua tempat tetapi masyarakat Sikh masih tidak boleh lari daripada penafian hak wanita dalam beberapa isu secara tidak langsung. Senario di mana upacara Sathi (turut membakar diri selepas kematian suami) yang begitu menyayatkan hati telah menjadi saksi wanita perlu diberi kesamaan gender dengan memansuhkan amalan ini dalam kalangan masyarakat India. Anak lelaki akan dilabelkan sebagai asset dalam keluarga kerana dialah yang akan mewarisi harta moyang secara berzaman-zaman dan menegakkan nama tradisi keluarga manakala anak perempuan sering kali difikirkan sebagai liabiliti yang boleh membebani seseorang. Semua pendakwahan agama Sikh dibuat oleh kaum lelaki dan ada sesetengah Gurdwara yang tidak mempunyai ‘priest’ wanita. Malah, wanita Sikh tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam upacara akhand path (membaca pesanan Sri Guru Grant Dev Ji) dan tidak dibenarkan berdakwah. Jagbir Singh (2011) dalam bukunya Sikhism Today mengungkap tentang ajaran Sikh jauh sekali berbeza untuk menyamakan unsur gender ini tetapi ajaran yang diimpikan itu tidak menjadi realiti sepenuhnya kerana masih ada segelintir yang bersifat patriarchal dan wanita Sikh selalu memainkan peranan kedua dalam domain rumah tangga.
  19. 19. 16 10.0 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KAUM SIKH DI MALAYSIA Pertubuhan sosioagama seperti Khalsa Diwan Malaya serta Guru Khalgidar Diwan Malaya dan kemunculan suara surat khabar komuniti Sikh memainkan peranan penting dalam usaha mempropagandakan Pendidikan Punjabi. Muncullah sekolah aliran Punjabi di Tanah Melayu seperti Guru Khalsa School (bertukar nama menjadi Guru Khalgidhar School) masih beroperasi hingga kini dan merupakan satu-satunya sekolah aliran Punjabi tertua di Malaysia. Institusi Guru Nanak di Ipoh juga masih wujud dengan imej baharu sebagai sebuah kolej kemahiran. Bahasa Punjabi akan diberi penekanan kerana kaum Sikh berpegang teguh kepada konsep pembentukan sesuatu bangsa itu hanya akan berlaku jika ada kegemilangan bahasanya kerana bahasa melambangkan bangsa. Justeru, pusat Gurdwara telah dijadikan pusat untuk mengajar ilmu kehidupan dan bahasa Punjab secara informal. Pada tahun 1997 Khalsa Diwan Malaysia telah menjana sumber kewangan untuk Punjabi Education Trust Malaysia (PETM) untuk memahirkan serta menyediakan guru-guru bertauliah bagi mengajar bahasa Punjab di pusat-pusat Gurdwara di negeri-negeri tertentu. PETM telah menginovasi pelbagai kaedah dan teknik P dn P yang sesuai dengan perkembangan terkini dan mudah diterima oleh pelajar masa kini. Aktivit persuratkhabaran Punjab pula telah mencambahkan benih kesedaran dalam kalangan kaum Sikh akan kepentingan bidang pendidikan dalam usaha memajukan komunitinya. Antara surat khabar tersebut ialah Khalsa Prakash, Khalsa Sewak, Khalsa Malaya Darpan (akhbar bulanan atau mingguan), Pardesi Khalsa Sewak, Nawan Sansar dan Malaya Samachar (akhbar harian). Malah, akhbar-akhbar ini juga memperjuangkan kepentingan bahasa Punjab, kesusasteraan, ajaran Sikhsme, budaya dan sebagainya. Rata-ratanya pelajar-pelajar Sikh begitu cenderung untuk belajar tinggi kerana impian kaum ini untuk memasuki jawatan professional di negara kita. Buktinya, kita boleh melihat banyak golongan professional bidang kedoktoran, perguaman, pengurusan dan perguruan yang terkenal menonjolkan wajah kaum Sikh. Pernahkah kita terfikir bahawa satu bangsa yang jumlah penduduknya seluruh dunia tidak sampai 20 juta tetapi boleh menjadi Perdana Menteri kepada penduduk yang berjumlah 1.1 bilion! Apakah rahsia kehebatan bangsa Sikh ini? Rahsianya ialah
  20. 20. 17 kegigihan, pendidikan dan kepatuhan terhadap ajaran agama dan norma kehidupan kaum Sikh sejagatnya secara kolektif. 11.0 Status ekonomi dan Pembentukan Identiti – Kaum Sikh Malaysia dijangka untuk menjadi sebuah negara perindustrian menjelang Wawasan 2020 (Tun Dr Mahathir Muhamad,1991).Secara tidak langsung atau tidak disedari, setiap orang tidak boleh melepaskan diri daripada perniagaan atau keusahawanan di mana sama ada berperanan sebagai peniaga atau pengguna. Usahawan memainkan peranan penting dalam masyarakat di mana mereka bukan sahaja mencari keuntugan tetapi meningkatkan taraf ekonomi negara. Selain itu mereka juga mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran. Peluang untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya adalah terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira kaum dan status kewangan. Oleh itu, pada abad ini terdapat ramai usahawan Sikh yang berjaya serta telah mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa. Ramai usahawan Sikh telah menceburi bidang perniagaan tekstil dan berpengalaman selama bertahun-tahun. Contohnya Gulati’s Silk Store, Euro Moda, Libaas Enterprise, Globe Silk Store dan sebagainya adalah dimiliki oleh kaum Sikh. Bukan itu sahaja, dengan tertubuhnya Network of International Sikh Entrepreneurs (NISE), ia memberi peluang yang lebih kepada usahawan Sikh untuk meluaskan perniagaan yang sedia ada di mana ia menjadi platform untuk menukar atau berkongsi maklumat, mempromosi produk dan perkhidmatan antara ahli. NISE juga menganjurkan persidangan di mana usahawan Sikh antarabangsa yang berjaya berkongsi tips kejayaan mereka, justeru memberi motivasi dan semangat untuk lebih berjaya pada masa depan. Objektif utama penubuhan NISE adalah untuk membekalkan peluang untuk membangun terutamanya kepada usahawan baru serta bakal usahawan. Selain itu, mereka juga memberi tunjuk ajar cara pengurusan perniagaan, berkongsi pengalaman serta mengembangkan rangkaian untuk pembangunan perniagaan.Hal ini banyak membantu usahawan Sikh untuk membangunkan perniagaan mereka supaya berjaya bukan di dalam negara tetapi juga di persada dunia terutamanya dalam era globalisasi
  21. 21. 18 ini. Walaubagaimanapun, usahawan dan peniaga adalah berbeza dan tidak serupa tetapi berkaitan antara satu sama lain, di mana usahawan mengenalpasi peluang dan berusaha menceburi perniagaan yang baru bukan untuk keuntungan diri dan keluarga sahaja bahkan untuk meningkatkan ekonomi negara dan sanggup mengambil risiko. Menurut Chew Li Ling (1999), untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam abad ke-21, beliau haruslah memiliki sifat-sifat yang tertentu dan memenuhi beberapa syarat berikut:  Kreatif dan Inovatif  Mencipta pasaran untuk masa depan.  Mementingkan persekitaran atau suasana persekitaran.  Bekerjasama dengan pihak tertentu untuk kebaikan bersama.  Bersikap positif dan aktif serta bersemangat menghadapi cabaran.  Berkeyakinan tinggi dan optimistik. Dalam aktiviti ekonomi, usahawan Sikh yang berjaya adalah mereka yang memperolehi keuntungan yang banyak dan produktif. Di sebalik kejayaan mereka terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembangunan keusahawanan.Di antaranya adalah pengurusan, tidak kira pengurusan pekerja, masa atau kewangan. Kebanyakan usahawan yang tidak berjaya adalah kerana tidak dapat mengusai bidang pengurusan dengan baik sama ada pengurusan masa, pekerja atau kewangan.Seseorang usahawan bukan sahaja perlu mempunyai motivasi yang tinggi, tetapi juga harus mengetahui cara-cara memotivasikan dan melayan pekerjanya dengan baik kerana mereka memainkan peranan yang penting untuk menjayakan sesuatu perniagaan. Faktor strategi pemasaran dan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan juga penting untuk berjaya. Tanpa pemasaran dan perkhidmatan yang baik tidak akan menjanjikan kejayaan usahawan. Tambahan pula, usahawan Sikh ada yang kurang berjaya disebabkan mereka tidak dapat mengusai strategi pemasaran dengan baik dimana mereka mengiklankan produk secara konvensional serta tidak mengunakkan teknologi internet iaitu melalui laman web. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang semata-mata untuk promosi pengiklanan. Maklumat terkini tentang peluang perniagaan, keperluan dan kehendak pelanggan adalah sangat penting kepada
  22. 22. 19 seseorang usahawan kerana dapat mengetahui kecenderungan dan permintaan pelanggan dari semasa ke semasa. Oleh itu, jika usahawan Sikh tidak dapat menguasai faktor-faktor ini, mereka mungkin akan gagal dalam bidang keusahawanan atau perniagaan mereka. Seseorang usahawan Sikh mengalami banyak cabaran untuk berjaya, oleh itu mereka haruslah tidak mudah putus asa jika mengalami kegagalan dan berani mengambil risiko serta mengenalpasti peluang yang ada. 12.0 STEREOTAIP DAN SALAH TANGGAPAN TERHADAP KAUM SIKH 1. Kaum Sikh adalah orang Arab dan beragama Muslim Ramai yang salah membuat pentafsiran bahawa orang Sikh ini berasal dari Arab dan mereka beragama Islam kerana ada segelintir kaum lelaki Tanah Arab yang memakai serban. Sebenarnya lelaki Sikh yang berserban tidak akan memotong rambut dan janggutnya atas pegangan Khalsa 5K. Tetapi lelaki muslim pula akan memakai serban tetapi dibenarkan memotong rambut dan janggutnya pula boleh diuruskan dari semasa ke semasa. 2. Sikhisme adalah ajaran Hindu Ajaran Hinduisme dan Sikhisme adalah berbeza sama sekali kerana penganut ajaran Hindu ialah penganut honoteist iaitu pemujaan dewa dewi manakala ajaran Sikhisme tidak percaya akan konsep ini. Mereka berpegang kepada kewujudan satu Tuhan Waheguru yang unggul. Cara sembahyang juga turut berbeza. 3. Sikhsme telah diwujudkan untuk membela Hinduisme Ajaran agama Sikh ini tidak diwujudkan untuk membela mana-mana ajaran agama di dunia. Tekanan dan ketidakadilan yang berlaku terhadap golongan askar di India telah mencetus usaha untuk mengajar ajaran agama Sikh untuk membela diri daripada ketidakadilan. 4. Kaum Sikh ialah pengganas Ada propaganda yang menggambarkan golongan Sikh sebagai pengganas kerana mereka dibawa ke Tanah Melayu dan dijadikan pegawai keselamatan, tentera, polis dan sebagainya. Ini telah memberi gambaran kaum ini sebagai
  23. 23. 20 ‘martial racess’ dalam zaman kolonial. Sebenarnya, mereka bukanlah pengganas tetapi guna tenaga yang khas untuk mengisi pekerjaan pertahanan dan keselamatan negara. 5. Definisi Khalsa dan kesuciannya Khalsa bermaksud tulen, suci @ ‘pure’. Apabila seseorang itu telah dibaptiskan maka dia akan menjadi anggota badan Khalsa yang perlu berserah atau redha kepada Tuhan sepenuhnya. Tetapi pada masa kini masyarakat menyalah tafsir akan definisinya dan mula melakukan anjakan dalam budaya tersebut sehingga menimbulkan kekeliruan tentang Sikhsme. 6. Amalan pemakanan daging Kaum Sikh boleh makan semua jenis daging termasuk daging lembu dan kerbau. Jadi amalan pemakanan vegetarian agak sukar untuk diikuti oleh Khalsa yang menegakkan amalan menolak pemakanan daging. 7. Kaum lelaki Sikh menyembunyikan sikat, Kirpan di dalam serban Mereka sebenarnya tidak menyembunyikan sikat tersebut tetapi telah diselitkan pada bahagian kanan bahu lelaki mengikut prosedur yang telah ditetapkan. 8. Kaum wanita masih menjadi kaum yang tidak dihormati dalam isu gender Sikh Kaum lelaki masih tidak menerima persamaan gender dalam ajaran kaum Sikh sedangkan dalam ajaran tersebut telah jelas dinyatakan bahawa Sri Guru Nanak Dev Ji telah memperjuangkan kesamaan hak untuk kaum wanita. Dalam masa yang sama, Guru yang ke-10 Gobind Singh telah memberikan nama Kaur untuk semua wanita Sikh bernaksud puteri manakala kaum lelaki diberikan nama Singh (maksudnya, Singa yang melambangkan raja kehidupan) Jelas, pandangan stereotaip tentang gender dalam kaum Sikh masih tidak berubah hingga ke hari ini. 9. Isu kesamaan manusia dan hubungan etnik Ajaran agama Sikh menegaskan bahawa setiap manusia adalah sama dan tidak boleh dipisah-pisahkan mengikut kasta. Tetapi hingga kini wujud senario di mana perkahwinan antara kasta tidak digalakkan malah dilarang sama sekali dan juga penganut Sikh yang begitu taksub dengan perbezaan kasta tinggi dengan yang rendah. 10. Sambutan perayaan Lohri Sambutan perayaan Lohri masih dilakukan secara besar-besaran oleh kaum Sikh di Malaysia. Perayaan ini adalah untuk menerima kelahiran anak lelaki
  24. 24. 21 baharu dalam keluarga. Justeru, sambutan ini tidak boleh disambut sama sekali sekiranya kita berpegang pada ajaran agama menegakkan kesamaan gender ataupun perayaan ini harus disambut untuk meraikan mana-mana anak yang baharu dalam keluarga. 13.0 CABARAN IDENTITI KOMUNITI SIKH MASA KINI ATAU PROSES ‘ENCULTURATION’ 1. Perkahwinan campur yang semakin meluas hingga menimbulkan keraguan tentang identiti bangsa Sikh yang tulen di Malaysia. 2. Peraturan sekolah yang menghalang para pelajar Sikh menyimpan jambang, janggut dan membawa kirpan ke sekolah menjejaskan upacara memohon amrit sanskar. 3. Pengaruh budaya Hindu seperti budaya mengikat Rakhi untuk mewujudkan tali persaudaraan adik dan abang yang sememangnya tidak wujud dalam ajaran Sikh. 4. Upacara penamaan anak yang telah berubah mengikut trend semasa dan tidak merujuk kepada upacara untuk mendapatkan huruf pertama nama anak daripada kitab suci di Gurdwara. 5. Pengaruh budaya barat yang menghalalkan semua benda yang boleh menimbulkan kemabukan dan khayalan seperti arak, dadah dan sebagainya. Ini merupakan salah satu tegahan keras kepada seseorang anggota Khalsa. 6. Kes wanita yang menindik telinga dan hidung serta pada mana-mana bahagian lain di tubuh mereka telah menggambarkan pandangan ajaran agama Sikh iaitu penindikan ini hanya dilakukan ke atas hamba pada masa lampau dan ia dilarang dalam ajaran agama Sikh.
  25. 25. 22 14.0 PANDANGAN PEMIMPIN MALAYSIA TERHADAP KAUM SIKH Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Menggambarkan kaum Sikh sebagai : “satu komuniti walaupun kecil kuantitinya tetapi mereka telah mampu bersaing dengan komuniti lain dalam pelbagai bidang. Sumbangan kaum Sikh kepada negara dan khususnya negeri Perak sangat memberangsangkan…” Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri Pertama Malaysia) (dalam Majlis Pembukaan Gurdwara Alor Setar 1968) “Kaum Sikh merupakan pencinta keamanaan dan warganegara setia yang telah memainkan peranan penting untuk menegakkan kedaulatan undang-undang di negara ini.” Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Kedua Malaysia) (dalam Majlis Ulang tahun Guru Nanak di Kuala Lumpur 1969) “ kaum Sikh merupakan kaum yang bertenaga dan ‘vigrant’. Malaysia amat bertuah untuk ada liberalisasi budaya warisan Sikh…” Tun Hussein Onn (Perdana Menteri Ketiga Malaysia) (dalam Majlis Pembukaan Gurdwara di Selangor 1976) “…saya pernah bertugas dengan kaum Sikh dalam Indian Army dan saya berasa bahawa kaum Sikh merupakan kaum yang berani dan setia..” Tun Dr Mahathir Mohammed (Perdana Menteri Keempat Malaysia) (dalam Majlis Sambutan Vaisakhi di Kuala Lumpur, 2001) “….kaum Sikh merupakan kaum yang berdikari, berdedikasi, dinamik dan ‘exuberant…”
  26. 26. 23 Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi (Perdana Menteri Kelima Malaysia) (dalam Majlis Hi-Tea Vaissakhi di Sunway Pyramid Hotel, 2006) “…saya pernah bekerja dengan kaum Sikh dalam jabatan awam dan saya rasa kaum Sikh walaupun bilangan mereka kecil di negara ini tetapi mereka mereka mampu menonjol dalam usaha menyumbang ke arah pembangunan negara..” Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Keenam Malaysia) (dalam Sambutan Vaisakhi Gurdwara Kuala Lumpur, 2011) “… walaupun secara relatifnya komuniti Sikh kecil tetapi sumbangan mereka kepada negara amat baik. Kaum Sikh telah menyumbang sejarah perkembangan negara yang paling signifikan iaitu dalam pasukan keselamatan negara dan juga dalam bidang professional negara seperti kedoktoran dan perguaman. Terima kasih atas segala sumbangan anda ke arah pembangunan negara…” 15.0 KAJIAN KES Kenapa perkahwinan campur ditegah oleh kaum sikh? Perkahwinan adalah institusi sosial wajib dalam semua masyarakat, tidak kira tradisional atau moden. Institusi sosial itu berasaskan sepasang lelaki dan perempuan disahkan sebagai suami dan isteri, dan juga sah di sisi undan undang(Jaswant Kaur 1987: 1). Walaupun majoriti rakyat Malaysia yang berbilang kaum mengamalkan perkahwinan sesama kaum masing-masing, namun perkahwinan campur bukanlah fenomena sosial yang baru. Yang menarik ialah perkahwinan campur mendapat reaksi yang berbeza-beza dalam kalangan ahli masyarakat yang berlainan itu.Tidak banyak kajian dibuat ke atas komuniti minoriti Sikh dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Oleh sebab itu, satu kajian dijalankan untuk mengkaji punca kenapa orang Sikh masih menentang perkahwinan campur sehingga sekarang. Pada tahun 1987, Jaswant Kaur telah mengkaji sikap orang Sikh terhadap perkahwinan campur di Ipoh, Perak. Kajian itu dianggap penting kerana sikap yang akan menentukan sama ada orang itu menerima atau menolaknya. Beliau mengkaji sikap orang Sikh mengenai isu itu berdasarkan empat unsur: etnosentrisme, diskriminasi, prasangka dan stereotaip. Hasilnya, beliau mendapati komuniti Sikh adalah satu kumpulan etnik yang berpegang
  27. 27. 24 kuat kepada agama, malahan kumpulan etnik itu bersifat pengelompok. Mereka amat prihatin tentang siapa yang harus menganggotai kumpulan mereka, justeru mereka berpegang kuat kepada prinsip endogami (Jaswant Kaur 1987: 105). Dengan kata lain,perkahwinan campur dianggap sesuatu yang melencong dari norma kekeluargaan kerana pertukaran agama untuk membolehkan perkahwinan campur itu dipandang rendah oleh orang Sikh. Tiga sebab konkrit kenapa orang sikh tidak setuju dengan perkhawinan campur?  Akan dituduh kurang berpendidikan agama dan membawa malu kepada saudara mara serta komuniti masyarakat Sikh itu sendiri.(Sarjit 1999, p.189)  Sekiranya golongan wanita Sikh berkhawin dengan lelaki bukan berketurunan Sikh maka tiada lagi generasi Sikh sebagai penyambung warisan kerana gelaran Singh amat bermakna kepada kaum Sikh.  Generasi tua Sikh berpendapat sekiranya berlaku perkhawinan campur maka terhakislah bahasa Punjabi kerana akan didominasi oleh bahasa Inggeris atau bahasa lain sebagai bahasa pertuturan.Tambahan pula generasi akan datang tidak akan mempelajari tulisan Punjabi atau lebih dikenali sebagai “Gurmukhi”. Ini akan memudaratkan generasi akan datang kerana tiada lagi penyambung warisan budaya dan juga bahasa. Maka sebab itulah generasi tua kaum Sikh akan selalu menasihatkan anak- anak mereka semenjak dari kecil lagi bahawa amalan perkhawinan campur adalah tidak digalakkan dalam tradisi mereka dan mereka hanya boleh berkahwin dengan kaum Sikh sahaja. Untuk mengelakkan mereka dari berkhawin dengan kaum lain maka pelbagai aktiviti diadakan untuk golongan generasi muda serta tua dengan memberi kesedaran serta memupuk semangat “Sikhism” dalam kalangan setiap kaum Sikh agar Kaum Sikh terus terpelihara dari ditelan kepupusan zaman. Maka tidak hairanlah anak-anak Sikh ini akan berpegang teguh kepada nasihat yang diberikan dan disematkan dalam diri masing-masing sehingga mereka dewasa sehingakan ke hari ini kebanyakan kaum Sikh tak kira lelaki ataupun wanita berkhawin dengan kaumnya sendiri.
  28. 28. 25 Walau bagaimanapun ada segelintir kaum Sikh yang berkhawin dengan kaum lain di mana sehinggakan sekarang mereka dipinggirkan oleh kaum keluarga mereka kerana bagi kaum Sikh perkahwinan campur adalah sesuatu yang taboo dan tidak boleh diterima dan mereka sanggup untuk tidak mengaku bahawa individu tersebut adalah anak kandung mereka. Namun ada juga golongan Sikh yang akan menyuruh kaum lain (sekirannya berkahwin dengan lelaki atau wanita sikh) untuk memeluk agama Sikh dan menjadi sebahagian dari mereka. Maka proses pembaptisan akan dijalankan seperti menyuruh kaum lain meminum amrit atau air suci. Dan fasa terakhir pula adalah dengan memberi nama Singh untuk diletakkan di belakang nama asal kaum lain. Sebagai contoh Raju nama India setelah pembaptisan maka namanya akan berubah jadi Raju Singh. Namun yang demikian peratusan penerimaan kahwin campur antara kaum Sikh dengan kaum lain amatlah sedikit iaitu hanya 0.1% sahaja kerana tak kira golongan Sikh yang tinggi pendidikannya atapun kurang, mereka menitikberatkan tradisi Sikhism dan mengekalkan keaslian generasi Sikh terus berkembang tanpa adanya unsur campuran. 16.0 PENUTUP Sesungguhnya, kaum Sikh telah berjaya untuk menempa nama dalam pelbagai bidang pembangunan negara walaupun mereka hanya digelar sebagai etnik minoriti di Malaysia. Segala pegangan ajaran agama yang begitu menebal, budaya yang unik serta sikap kepimpinan dan kegigihan yang begitu kolektif dalam kalangan masyarakat Sikh adalah resipi kejayaan kaum Sikh di mana-mana pelosok dunia.
  29. 29. 26 BIBLIOGRAPHY Dr.Daljeet. (2004). The Sikh Heritage. New Delhi: Prakash Book Depot. Singh, G. (2000). Historical Sikh Shrines. Amritsar: Singh Brothers,Bazar Mai Sewan. Singh, G. (2003). The Rise Of Sikhs Abroad. New Delhi: Arrt Creations. Singh, J. G. (1996). Perspectives On The Sikh Tradition. Printwell,146,Industrial Foca Point,Amritsar. (Singh S. , Masyarakat Minoriti Sikh Di Malaysia , 1998, pp. 45-47) Singh, N. G. (2008). The Feminine Principle In The Sikh Vision Of The Transcendent. New York: Cambridge University Press. Thakur, S. (1990). Two Decades of Indian Banking: The Service Sector Scenario. South Asia Books. Duggal, K.S. 1993a. The Sikh People Yesterday & Today. New Delhi: UBS Publishers. Lajwanti, Lahori. 1985. The Concept of Man in Sikhism. New Delhi: Munishiram Manorharlal Publishers. Nesbitt, Eleanor. 1996. Sikhism: 99-134. IN Morgan, Peggy and Lawton, Clive (eds.), Ethical Issues in Six Religious Traditions. Edinburgh: Edinburgh University Press. Pritam Singh Gill. 1975. Heritage of Sikh Culture. Jullundur: New Academic Publishing. ________, 1978. History of Sikh Nation. Jullundur: New Academic Publishing. ________, 1990. Trinity of Sikhism. Jullundur: New Academic Publishing. Sarjit Singh. 1999. Diaspora Sikh dan Masalah Identiti Sikh di Malaysia. Akademika. 55: 183-192. _______, 2001. Kedatangan Orang Sikh dan Penubuhan Gurdwara di Tanah Melayu. Malaysia Dari Segi Sejarah. 29: 31-42. ________, 2005. Peranan Gurdwara dalam Pembentukan Identiti Sikh: Satu
  30. 30. 27 Kajian Perbandingan. Tesis Doktor Falsafah, Jabatan Antropologi & Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sarjit S. Gill. 2001. Perubahan Sosio-Budaya dan Kesannya Terhadap Identiti Komuniti Sikh di Malaysia: satu Perbincangan Kritis: 43-52. IN Shamsul Amri Baharuddin (ed.). Pembentukan Identiti: Sebuah Wacana. Prosiding Program Malim Sarjana ATMA. Bangi: Institut Alam & Tamadun Melayu, UKM. _________, 2001. Perkahwinan Campur Peranakan Punjabi di Sabah. Sari 19: 189-203. _________, 2002. Bibliografi Komuniti Sikh di Malaysia (1937-2002). Sari 20: 169-179. _________, 2003. Malaysian Sikhs and Gender Issues. Akademika 63: 45-55. _________, 2003. Konsep Etika dan Moral dalam Agama Sikh. Jurnal Pengajian India 8: 16-34. _________, 2003. Penglibatan orang Sikh dalam Tiga Pasukan Keselamatan Kolonial British di Malaya Sehingga 1919. e-jurnal Vol. 1. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. www.fssk.ukm.my/esumber/ _________, 2003. Documentation of research on Sikhs, a Minority Community in Malaysia (1953-2003): 453-463. IN Saran Singh Sidhu, Sikhs Gurdwara in Malaysia and Singapore: an Illustrated History 1873-2003. Kuala Lumpur: Sikh Naujawan Sabha Malaysia. Sarjit S. Gill & Mohd Mahadee Hj. Ismail. 2006. Perkahwinan campur peranakan Punjabi di Sabah: 103-118. IN Jayum A. Jawan & Zaid Ahmad. (eds.), Inter-Ethnic Relations in Malaysia: Selected Readings. Serdang: Universiti Putra Malaysia Press (Kaur J. , Sikap Komuniti Sikh Terhadap Perkahwinan Campur, 1987) (Gudwara Pengekal Budaya Sikh, 2001) (Karaj, Mac 2000)

×