kbsr-dan-klsr

5,189 views
5,082 views

Published on

1 Comment
3 Likes
Statistics
Notes
  • TQ...BNYK MEMBANTU
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
5,189
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
264
Comments
1
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

kbsr-dan-klsr

  1. 1. Struktur kurikulum KBSRKurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak Negara mencapaikemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah dibentuk yangdikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaituAbdul Rahman Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikankebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun1956 dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Rahman Talib telahmencadangkan beberapa aspek pendidikan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama disetiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Laporan Rahman Talib inikemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan dalamAkta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkankepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini.Seterusnya pada tahun1966 Laporan Razak telah diperkenalkan. Sekolah umum menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasapengantar, sementara sekolah jenis umum seperti sekolah Inggeris, sekolah Cina, dan Tamil bolehmenggunakan bahasa pengantar masing-masing. Satu sukatan yang sama diwujudkan untuk semuasekolah. Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaituTahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975). Tahap pertamamerupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam AktaPelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawahRancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosialyang timbul dalam tempoh ini. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistempendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik , menyediakankemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan tarafpendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa,kaum mahu pun agama. Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakanpengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan ekonomi sertauntuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sistempendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduandi kalangan rakyat berbilang bangsa. Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari
  2. 2. konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semulamatlamat -matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebihsesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedikonflik perkauman itu daripada berulang kembali.Aspek Pengurusan Bilik Darjah KLSR Bilik darjah tradisi digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah Kurikulum LamaSekolah Rendah ( KLSR ) iaitu sebelum KBSR diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini merupakan satutempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedahkeseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi danmeja sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaranmenggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yangdigantung dihadapan kelas.Ciri-ciri bilik darjah tradisi:1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris2) Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru.4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah.5) Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan6) Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru.Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Dalam aspek pengujian menurut Laporan Rahman Talib, semua murid perlulah lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu peperiksaan awam, di mana kertas peperiksaan tersebut ditulis denganmenggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduandalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.Selain itu, sistem pendidikan pada tahap iniberorientasikan kepada pembasmian buta huruf. Murid diuji untuk mengetahui kebolehan mereka untukmengujarkan sesuatu huruf. Pengujian dalam aspek bacaan dititikberatkan mengikut kurikulum KLSR ini.Peperiksaan LCE juga telah dimansuhkan dan diganti dengan SRP. (1978). Justeru, peperiksaan Umumyang wujud pada masa ini ialah Peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE),Ujian Penilaian Darjah Lima, Ujian Diagnostik darjah Tiga, SRP, SPMV dan MCE. Aspek penilaian
  3. 3. dibuat sepenuhnya berdasarkan peperiksaan bermula pada darjah tiga. Pada tahun 1973 ujian Diagnostikdiperkenalkan pada Darjah 3 supaya kerja pemulihan dapat dilaksanakan awal. Sementara itu, mulai tahun1967, muridmurid dikehendaki menduduki peperiksaan Penilaian Darjah 5. Tujuannya adalah bagimenjalankan pemulihan ketika murid tersebut berada dalam darjah enam.Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia. 1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah. 1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup. 1988 – Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi 1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. 1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan. Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh LaporanJawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajianyang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yangperlu diatasi. Antaranya termasuklah isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyaikaitan antara satu sama lain. Keduanya ialah dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehinggamembosankan murid. Yang ketiga ialah guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabilamenjelang peperiksaan. Aspek keempat ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan bukuteks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu lain. Aspek kelima ialah aktiviti kokurikulum dijalankansecara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah.Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Padatahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharu iaitu Kurikulum BersepaduSekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu masihsama seperti sebelumnya. Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yangpertama, murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagaialat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaanterhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Sukatan Pelajaran Bahasa MalaysiaSekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir
  4. 4. program Bahasa Malaysia, murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat denganmaksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk keperluanseharian. Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya. Di sampingitu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputiaspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Aspek pengajaran nilai-nilai murni dankewarganegaraan juga turut ditekankan berbanding KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moraldan Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletakpada guru agama sahaja. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidangkemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi padaasasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaituBahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik. Bidang Kemanusiaan danAlam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta KomponenKemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran PendidikanIslam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiridaripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Senidan Pendidikan Jasmani. Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamatpendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dariaspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafahdan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yangkukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan serta unitberuniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain,mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan- rakan yangberlain agama dan budaya. Justeru, penerapan nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukanindividu ke arah mencapai integrasi nasional.Aspek Pengurusan Bilik Darjah KBSRBilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendahsebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendahtadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyaiperbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini kerana program
  5. 5. KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajarserta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakanlebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran danpembelajaran amat digalakkan.Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang pembelajaran untukmemudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasilpembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasana bilik darjah yang menarikdan merangsang proses pengajran dan pembelajaranCiri-ciri bilik darjah KBSR1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif4) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar6) Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif7) Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang dapatdijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan. Penilaian Darjah 5 pula telah digantikan denganUjian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid-murid KBSR, tahun 6. Antara jenis ujian lainyang terdapat dalam kurikulum baru ialah Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada tingkatan tiga, SijilPelajaran Malaysia(SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM) dan Sijil Tinggi PelajaranMalaysia(STPM). Aspek penilaian dalam KBSR pula menekankan penguasaan tiga kemahiranyang perlu dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Muridyang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan.Daripada aspek penilaian pula, kurikulum ini memberikan kenaikan darjah secara automatik tetapi muridyang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau mengikuti kelas pemulihan yang dijalankan.Dari aspek bentuk penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian sumatifialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu matapelajaran. Contohnya adalah seperti ujian akhir
  6. 6.  Kurikulum yang lama bercorak pendidikan umum yang menitikberatkan hafazan manakala perubahan baru lebih menekankan pendidikan asas yang menumpukan pada keupayaan murid membaca, menulis dan mengira.  Dalam kurikulum lama terdapat terlalu banyak mata pelajaran, dengan demikian perubahan dilakukan dan pelajaran yang baru hanya meliputi tiga bidang iaitu komunikasi, perkembangan diri dan bidang manusia dan sekelilingnya.  Suakatan pelajaran lama adalah kurang fleksibel, sebaliknya dalam perubahan yang dilakukan lebih menekankan perkaitan dan penyerapan.  Sistem lama menekankan kaedah pengajaran kelas manakala perubahan yang dilakukan mengambil inisiatif yang baru iaitu lebih menitikberatkan kaedah pengajaran individu dan kumpulan.  Dalam sistem yang baru, pendidikan pemulihan disediakan bagi pelajar lemah manakala program pengayaan disediakan bagi mengembangkan lagi kebolehan pelajar yang cepat menguasai kemahiran - kemahiran pembelajaran.  Sistem baru menekankan komponen nilai – nilai murni Oleh yang demikian pelajar – pelajar bukan Islam wajib mengikuti kelas Pendidikan Moral.  Sistem lama menekankan penilaian sumatif manakala dalam sistem yang baru, kedua – dua penilaian fromatif dan sumatif ditekankan. Penilaian formatif bertujuan mengesan kelemahan pelajar dengan tujuan memberi pendidikan pemulihan.  Dalam sistem pendidikan lama, pendidikan prasekolah kurang diberi penekanan. Dalam perubahan yang dilakukan pendidikan prasekolah diperkenalkan di sekolah – sekolah rendah terutamanya di kawasan luar bandar bagi membolehkan kanak – kanak di bawah umur tujuh tahun mendapat pengalaman persekolahan.Penutup Kurikulum sebenarnya ialah panduan untuk guru dalam mencapai matlamat yang disasarkannegara. Pada dasarnya kurikulum yang dibentuk mempunyai motif untuk membentuk integrasi nasionaldalam kalangan murid yang berbilang kaum. Kemudian, pembentukan kurikulum dilihat dapatmenyumbang ke arah pembentukan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan dasar - dasar negara,matlamat secara menyeluruh dan bersepadu. Justeru, segala perubahan dalam kurikulum, perlu difahamioleh semua lapisan masyarakat agar hasrat murni yang ingin dicapai melalui pendidikan dapat dijayakandengan berkesan dan sempurna. Kurikulum akan sentiasa mengalami pembaharuan apabila wujudnyailmu-ilmu baru atau penemuan-penemuan baru. Selain itu pembaharuan kurikulum adalah disebabkan olehkehendak masyarakat yang sentiasa berubah. Justeru, seorang guru perlulah menggunakan kurikulumdengan kreatif dan menjalankan aspek pengujian dan penilaian terhadap murid agar murid yang seimbangdari aspek jasmani, emosi, intelek, rohani, dan sosial dapat dilahirkan.
  7. 7. tahun, dan ujian bulanan. Penilaian formatif pula ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan sepertikuiz dan soal-jawab.Kurikulum Sekolah Bestari (KSB) Kurikulum Sekolah Bestari merupakan pengurusan dan pentadbiran yang berkomputer sebagaiproses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum ini digubal berdasarkan beberapa aspek iaitu lebihberpusatkan pelajar, membekalkan pengetahuan secara global, memupuk pemikiran kreatif dan inovatif,dan menggunakan sains dan teknologi. Konsep pembelajaran Bestari yang diperkenalkan melaluikurikulum ini adalah sejajar dengan pemindahan teknologi di Multimedia Super Corridor (MSC) yangmahu menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan bertaraf dunia. Kurikulum Sekolah Bestaridiharapkan dapat mengubah pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan kepada budaya berfikirsecara kreatif dan kritis dan berkebolehan menyelesaikan masalah. Matlamatnya adalah bagi melahirkananak-anak bestari iaitu individu yang kreatif dan berupaya menjana maklumat baru. Penekanankepada domain intelektual dan afektif juga ditekankan. Teknologi digunakan dalam meningkatkan akseskendiri. Pelaksanaan kurikulum ini diharapkan dapat menjadikan pembelajaran lebih menarik, seterusnyameningkat pencapaian murid. Hal ini seterusnya mewujudkan masyarakat yang progresif danmenumpukan teknologi maklumat. Kurikulum ini turut memperkenalkan satu aspek baharu iaitu rentasan.Rentasan dijalankan dalam semua kemahiran, nilai, pengetahuan dan bahasa yang dirangkumkanbersama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru, murid akan dapat membina pengetahuan, nilaidan kemahiran dalam setiap cabang ilmu di sekolah. Penyelidikan yang dijalankan dalam kurikulum inimengesyorkan supaya pendidikan melibatkan beberapa elemen. Antaranya ialah Kemahiran BerfikirSecara Kritis dan Kreatif, Kemahiran Generik, dan Projek Pembelajaran Akses Kendiri( InkuiriPenemuan) .Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Sekolah Bestari (KSB). Dalam aspek pengujian peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM atau SPVM dan STPM tetapdijalankan mengikut kurikulum ini. Namun, kurikulum ini memperkenalkan satu penilaian baharu iaitumelalui sistem ‘on-line’.Perubahan Pendidikan di Malaysia dari KLSR ke KBSR  Kurikulum Baru Sekolah Rendah adalah berpusatkan kanak – kanak. Ini bermakna kaedah pengajaran chalk and talk telah pun diketepikan. Penyertaan pelajar daalam pelbagai aktiviti pembelajaran amat ditekankan.
  8. 8. KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajarserta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakanlebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran danpembelajaran amat digalakkan.Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang pembelajaran untukmemudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasilpembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasana bilik darjah yang menarikdan merangsang proses pengajran dan pembelajaranCiri-ciri bilik darjah KBSR1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif4) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar6) Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif7) Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang dapatdijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan. Penilaian Darjah 5 pula telah digantikan denganUjian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid-murid KBSR, tahun 6. Antara jenis ujian lainyang terdapat dalam kurikulum baru ialah Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada tingkatan tiga, SijilPelajaran Malaysia(SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM) dan Sijil Tinggi PelajaranMalaysia(STPM). Aspek penilaian dalam KBSR pula menekankan penguasaan tiga kemahiranyang perlu dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Muridyang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan.Daripada aspek penilaian pula, kurikulum ini memberikan kenaikan darjah secara automatik tetapi muridyang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau mengikuti kelas pemulihan yang dijalankan.Dari aspek bentuk penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian sumatifialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu matapelajaran. Contohnya adalah seperti ujian akhir

×