Your SlideShare is downloading. ×
0
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Ampunkan Daku
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Ampunkan Daku

1,271

Published on

Tazkirah @PTAR …

Tazkirah @PTAR

Januari 2012

Uztazah Hjh NorRihah Mohd Nadzir

27 Jan 2012

Published in: Spiritual
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,271
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
62
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. AMPUNKAN DAKU JANUARI 2012PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN (PMI) STAF
  • 2. APA ITU TAUBAT? Taubat ialah kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah.
  • 3. • Menurut Dr Shaleh Ghanim Assadlani dalam bukunya “Wajibut Taubat Ila Allah”, perkataan taubat berasal dari kata akar “tawaba” yang bererti kembali. Seseorang dikatakan kembali atau bertaubat apabila dia menjauhi semua perbuatan dosa. Maka, erti taubat ialah kembali kepada Allah dengan melepaskan seluruh hubungan hati dengan dosa, kemudian kembali mengerjakan kewajipannya kepada Allah.
  • 4.  Taubat di segi syarak pula bermaksud meninggalkan seluruh perbuatan dosa dan menyesali semua kemaksiatan yang telah dikerjakannya kerana Allah. Kemudian berusaha untuk tidak mengulanginya bila dan di mana saja walaupun dia mampu dan tahu akan kemungkinan untuk mengulanginya.
  • 5. Dalil : “Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali „Imran: 135-136).
  • 6. KENAPA PERLU TAUBAT? Selagi makhluk itu bernama manusia, ia pasti tidak akan terlepas daripada kesilapan dan keterlanjuran. Dalam menempuh hidup ini, pasti ada saja dosa- dosa yang dilakukan sehari-hari –PERLUNYA TAUBAT "Sesungguhnya Allah SWT suka kepada orang- orang yang bertaubat dan menjaga kebersihan." Surah al-Baqarah : 222
  • 7.  Orang yang bertaubat akan terhindar dari azab kubur kerana matinya dalam keadaan dia bertaubat dan berazam tidak mahu melakukan perbuatan keji lagi. Ibnu Umar ra berkata: “Sesungguhnya kami benar- benar menghitung zikir Rasulullah SAW dalam satu kali majlis (pertemuan), Baginda mengucapkan 100 kali (istighfar dalam majlis): “Ya Rabb, ampunilah aku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat dan Maha Penyayang.” (HR Abu Daud)
  • 8. MASIHKAH ADA PELUANG UNTUKKUBERTAUBAT?• Adakah menjadi suatu masalah bagi Allah untuk mengampunkan dosa hamba-Nya? Tiada yang mustahil buat Allah. Maka taubat adalah kunci penghapus segala dosa. (kisah seorang pelacur yang memberi minum seekor anjing)• Kadangkala kita terlalu berfikir tentang dosa dari taubat itu sendiri sehinggakan hidup berlalu tanpa taubat.
  • 9. • Allah tidak pernah meletakkan "Terma dan Syarat" dalam menerima taubat hambaNya.• Allah sangat menyukai apabila hambaNya merintih memohon taubat dariNya, dan ketahuilah kita sentiasa mempunyai ruang dan peluang untuk bertaubat meskipun sebesar mana dosa yang pernah kita lakukan. ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG
  • 10. Dalil : “Dan Dialah (Allah) yang menerima taubat daripada hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang telah mereka lakukan). Dan Dia mengetahui apa yang kamu semua kerjakan.” Surah as-Syura : 25
  • 11. Dalil : “Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kebodohan, kemudian mereka bertaubat dengen segera, maka taubat mereka itulah yang diterima oleh Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisa’: 17)
  • 12. BAGAIMANA NAK BERTAUBAT? Dosa kecil, antara lain boleh dihapuskan dengan cara beristighfar dan berterusan melakukan amal kebaikan. Manakala bagi dosa besar, ia harus dicuci dengan tulus merintih keampunan daripada-Nya (Taubat Nasuha)
  • 13. Dalil :• Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". - Surah At-Tahrim (Ayat 8)
  • 14. TAUBAT NASUHA 1. Ikhlas ingin bertaubat 2. Meningggalkan segala dosa serta merta 3. Menyesal atas dosa yang dilakukan 4. Berazam tidak melakukannya lagi* Jika dosa itu berkaitan dengan manusia hendaklah memintamaaf daripada manusia juga
  • 15. DAH BERTAUBAT, TAPI BUAT DOSASEMULA. BAGAIMANA?• “Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah SWT berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  • 16. • Selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya.• Namun, hendaklah kita berhati-hati kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri. Tidak mustahil ketika dia gagal mengawal diri itu, kematian menjemputnya pergi.
  • 17. CARA HENDAK ISTIQAMAH DENGANTAUBAT• Memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Antara doa yang dianjurkan : “Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali „Imran: 8).
  • 18.  Nabi SAW pula selalu membanyakkan doa: “Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi „Asim).
  • 19. • Mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan. Begitulah sebaliknya. Firman Allah SWT yang maksudnya : “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata- mata, dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia, dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28)
  • 20. KEHEBATAN TAUBAT• Orang-orang yang bertaubat akan beroleh keutamaan yang besar di sisi Allah. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah An-Nur: 31)
  • 21. • Orang-orang yang bertaubat juga akan diampuni oleh Allah walaupun dia telah banyak melakukan dosa, hatta sebanyak buih di laut sekalipun. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menyesatkan dirinya sendiri, kemudian ingat akan Allah dan memohon ampun atas dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran: 136)
  • 22. • Pintu rahmat Allah akan sentiasa terbuka kepada hamba-hamba-Nya yang bertaubat dengan sebenar- benar taubat, sehinggakan tidak ada apa-apa hijab (penghalang) antara mereka dengan Tuhannya. Dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud: “Kecuali bagi siapa saja yang bertaubat, beriman dan beramal salih, nescaya mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan tidak disesatkan sedikit jua pun. Iaitu syurga Adn yang telah dijanjikan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah kepada hamba-hamba-Nya sekalipun syurga itu tidak nampak, sesungguhnya janji Allah itu pasti akan ditepati.” (Surah Maryam: 60-61)
  • 23. • Di dalam taubat terkandung kemuliaan, iaitu selain keampunan, Allah turut mengirimkan bersamanya rezeki yang melimpah-ruah serta zuriat keturunan yang baik-baik. Firman Allah SWT yang bermaksud:“Maka aku katakan kepada mereka: „Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya dia akan mengirimkan kepadamu hujan yang lebat. Dan melimpahkan kepadamu harta dan keturunan, menyediakan untukmu kebun-kebun dan sungai-sungai.‟” (Surah Nuh: 10-12)
  • 24. JANGAN TANGGUH TAUBAT “Dan tidaklah taubat orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu diterima oleh Allah hingga apabila ajal datang kepada seseorang di antara mereka, barulah mereka mengatakan: „Sesungguhnya saya bertaubat sekarang.‟ Dan tidak pula taubat orang-orang yang mati dalam kekafiran diterima-Nya. bagi mereka telah Kami sediakan seksa yang pedih.” (Surah An-Nisa‟: 18)
  • 25. Ku menatap dalam kelam Tiada yang bisa ku lihatSelain hanya nama-Mu ya Allah Esok ataukah nanti Ampuni semua salahku Lindungi aku dari segala fitnah Kau tempatku meminta Kau beriku bahagia Jadikan aku selamanyaHamba-Mu yang selalu bertakwa Ampuniku ya Allah Yang sering melupakan-MuSaat Kau limpahkan karunia-Mu Dalam sunyi aku bersujud
  • 26. KESIMPULAN (Sebagai renungan):• Muhammad Isa Selamat dalam bukunya “Taubat : Amalan & penghayatannya” telah menyebut, “Taubat adalah perasaan hati kecil yang merupakan penyesalan atas segala yang telah terjadi, kemudian mengharap ampunan daripada Allah dengan menjauhi segala perbuatan dosa, dan selalu berbuat kebaikan. Dengan perbuatan baik inilah, taubat seseorang dan seluruh ketaatannya akan diterima oleh Allah. Barangsiapa yang bertaubat hanya sekadar mengisi kekosongan dan tidak mengerjakan apa-apa yang dicintai oleh Allah, maka dia tidak dikatakan bertaubat, kecuali kalau dia benar-benar kembali kepada Allah dan berusaha melepaskan kaitan hati dari mengulangi perbuatan dosa serta menetapkan makna taubat di dalamnya sebelum mengucapkannya secara lisan, dan membuktikan dengan kesungguhan taubatnya dengan menjauhi segala yang dibenci Allah serta kembali kepada yang dicintai dan diredai-Nya.”
  • 27. RUJUKAN : Imam Ghazali (1995), Taubat dan Liku- likunya, Pustaka Islamiah, Singapore. Soleh Ghonim As-sadlani (1999), Rahsia Taubat dan Istighfar : Makna, Hakikat, Kelebihan, Syarat dan Lafaz, terj. Muhammad bin Abdul Latiff, Al-Hidayah Publisher, Kuala Lumpur. drmaza.com/home www.iluvislam.com

×