Analisis perang badar

2,391 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,391
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
124
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Analisis perang badar

  1. 1. Analisis Perang Badar “Sesungguhnya Allah telah membantu kamu dalam peperangan badar sedangkan kamu ketika itu adalah orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.” (Ali-Imran:132)Peperangan Badar al-Kubra yang berlaku pada 17 Ramadhan 2 hijrah di Lembah Badarmerupakan peperangan pertama yang dihadapi oleh umat Islam setelah berhijrah ke Madinah.Peperangan ini merupakan indikasi yang besar terhadap perjuangan umat islam dalam menyebarluaskan lagi agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA KEMENANGAN1. Pengusiran umat islam dari kota Mekah dan rampasan harta benda.Pengumuman perang telah dicanangkan oleh orang musyrikin sejak Baginda menyerumasyarakat Arab di Mekah untuk menyembah Allah. Mereka juga menghalalkan dan merampasharta benda milik orang Islam di Kota Mekah, khususnya terhadap orang Muhajirin2. Memberi pengajaran kepada orang kafir Quraisy dan mengembalikan harta bendamilik umat islam.
  2. 2. Baginda menghebahkan berita bahawa angkatan dagang Quraisy membawa bersama harta bendamereka3. Penindasan kaum Quraisy terhadap umat islam hingga ke Kota MadinahPenindasan yang dilakukan oleh orang Quraisy terhadap umat islam tidak hanya ketika merekaberada di Mekah. Dibawah pimpinan Kurz b. Habab Al-Fihri, mereka menghasut kaumMusyrikin lainnya untuk menyerang dan merampas balik harta benda milik umat Islam di kotaMadinah4. Kebimbangan orang Quraisy terhadap kekuatan ekonomi umat islamIslam telah berkembang dan tersebar luas dan diterima baik oleh kebanyakan kabilah Arabsetelah umat Islam berhijrah ke Madinah. Selain itu, keadaan ekonomi Madinah menjadisemakin kuat dan semakin kukuh. Kekuatan ekonomi umat Islam di Madinah menjadi satutamparan besar buat orang Arab Quraisy di Mekah. Mereka tidak senang duduk denganperkembangan dan kemajuan yang berlaku pada masyarakat Islam ketika itu.TENTERA MUSLIMBilangan tentera dan peralatan perang bagi kedua-dua pihak ini adalah tidak seimbang . Namunpihak yang mempunyai jumlah tentera yang sedikit serta peralatan perang yang biasa telahmemenangi peperangan ini. Berdasarkan cirri-ciri tersebut, kita dapat lihat bahawa kemenganumat Islam adalah bukan kerana kecanggihan alat perang atau ramainya bilangan tentera yangberjuang. Namun, kepimpinan yang mantap, ciri-ciri peribadi yang hebat, kerjasama yang utuh,hasil kesabaran mereka serta bantuan daripada Allah telah membawa umat Islam untuk melakarkejayaan dan kegemilangan dalam Perang Badar ini.1. Ciri-ciri peribadiMenunjukkan sikap yang sangat positif dan rasa kebersamaaan yang tinggi. Contohnya:Miqdad b Amru berkata : “Ya Rasulullah, teruskan apa yang Allah perlihatkan kepadamudankami akan bersamamu. Pergilah engkau dan tuhanmu berjuang, sesungguhnya kami akanbersama kamu sebagai para pejuang”Percaya dan beriman dengan sepenuhnya terhadap apa yang dibawa oleh RasulullahContohnya: Sa’ad b Mu’adh berkata: “kami mempersaksikan bahawa apa yang engkau bawaadalah benar. Untuk itu kami telah memberikan perjanjian kami kepadamu untuk dengar danpatuh”Rasa tawakal yang tinggi terhadap Allah2. KerjasamaSentiasa patuh dengan arahan Rasulullah sebagai ketua dan sentiasa bersatu dalam membuatkeputusan walaupun mereka datang dari pelbagai latar belakang
  3. 3. 3. Bantuan AllahAllah telah menghantar tentera malaikat untuk membantu tentera Muslimin. Ibn Ishak menyebutbahawa Rasulullah bersabda mafhumnya; “ Terimalah berita gembira hai Abu Bakar, bantuanAllah telah sampai kepadamu. Inilah JIbrail yang telah memegang tali kekangan kuda lalumemacunyanya di atas denai yang berdebu.”STRATEGI MUSLIMIN1. Menjalankan operasi perisikanSebelum perang berlaku, Rasulullah menjalankan operasi perisikan bersama Saidina Abu BakarAs-Siddiq di Kota Mekah untuk mengetahui perancangan tentera Qurasiy pada ketika itu.2. Mendahului ke lokasi paling strategikSumber air memainkan peranan penting terutamanya dalam sesuatu peperangan yang berlakuditengah-tengah padang pasir. Oleh itu, Rasulullah bergerak bersama dengan tenternya lebihawal supaya mereka sampai terlebih dahulu ke mata air Badar sebelum orang Musyrikin sampai.3. Membina tempat duduk pemimpinSa’ad b Mu’adh mencadangkan kepada Rasulullah supaya tentera islam islam membina sebuahtempat tetap bagi Baginda mengeluarkan arahan demi menghadapi suasana yang tidak dijangka.4. Menyusun pasukan tenteraSesungguhnya banyak ibrah yang boleh dijadikan iktibar melalu kisah perang Badar ini.Pemilihan ketua yang berdedikasi serta berwibawa amatlah penting kerana dengan adanyapemimpin yang berkaliber lah sesuatu organisasi atau misi boleh dicapai.Selain itu juga, berfikiran terbuka dan berpandangan jauh dalam merancang strategi jugamemainkan peranan yang amat penting. Hal ini terutamanya ketika kita berhadapan denganmusuh yang sudah sememangnya mempunyai perancangan yang tersusun rapi. Saidina Ali adaberkata; “Suatu kebatilan yang tersusun akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidaktersusun”. Melalui hadis tersebut bolehlah disimpulkan bahawa teknik dan strategi yang mantapdan tersusun sangatlah penting sekiranya kita menginginkan kejayaan. Tetapi harus diingatkanbahawa sebaik mana pun perancangan kita, jangan pernah lupa pada perancangan Yang Esakerana sesungguhnya Allah adalah sabaik-baik perancang.Di samping itu juga, antara pengajaran yang boleh dikutip melalu peristiwa ini ialah keimananserta ketakwaan yang tinggi kepada Allah. Kita juga hendaklah sentiasa yakin dengan bantuandan janji-janji yang telah disebutkan oleh Allah. Jangan sekali-kali meragui janji Allah keranasesunggunnya Allah tidak akan pernah mengingkari janjiNya. Justeru, sebagai orang islam yangberiman kepada Allah, kita mestilah sentiasa berdoa dan bertawakal kepda Allah kerana segalaperkara yang berlaku kepada diri kita mahupun orang lain telah ditakdirkan oleh Allah. Oleh itu,
  4. 4. bersyukurlah dengan nikmat dan ujian Allah yang diturunkan kepada hambanya yangberiman. Firman Allah:“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (makajawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKuapabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) danberiman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”Renunugilah kisah peperangan Badar ini kerana setiap yang berlaku itu bukanlah sia-sia dansemestinya banyak perkara yang boleh dijadikan pengajaran, sama ada dari sekecil-kecil perkarakepada sebesar-besar perkara.

×