Komunikasi berkesan dan tidak berkesan

3,876 views
3,533 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,876
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
66
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Komunikasi berkesan dan tidak berkesan

  1. 1. KUMPULAN : BALANCE
  2. 2. HUBUNGAN INSAN/ KEMASYARAKATAN
  3. 3.  Dalam sebuah kawasan perumahan, terdapat dua buah keluarga yang sudah lama hidup berjiran,iaitu sebuah keluarga berbangsa Melayu,dan sebuah keluarga berbangsa Cina. Dua buah keluarga tersebut tidak mempunyai hubungan dan komunikasi yang berkesan, menyebabkan sering berlaku salah faham antara mereka. Pada suatu hari, kucing peliharaan keluarga berbangsa Melayu telah hilang dan mereka puas mencari di sekeliling kawasan perumahan tersebut. Anak-anak keluarga berbangsa Cina yang sedang bermain-main di taman permainan di kawasan perumahan tersebut telah terjumpa dengan kucing yang hilang itu, lantas menyerahkan kucing itu kepada ayah mereka. Mereka mengenali kucing tersebut merupakan kepunyaan jiran mereka,iaitu keluarga Melayu tersebut. Mereka sekeluarga pun pergi ke rumah keluarga jiran mereka itu untuk memeulangkan kucing tersebut. Namun, keluarga Cina tersebut yang sememangnya tidak dapat berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu, telah menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan jiran mereka. Tercetuslah salah faham antara dua buah keluarga tersebut apabila keluarga Melayu menyangka bahawa jiran mereka itu telah mencuri kucing mereka. Manakala,keluarga Cina pula menghadapi masalah untuk menjelaskan situasi yang sebenar. Situasi ini menunjukkan akibat daripada masalah komunikasi yang tidak berkesan dalam hubungan sesama jiran.
  4. 4. ASPEK SITUASI1) PENGUASAAN BAHASA YANG ~ KELEMAHAN KELUARGA CINASANGAT TERUK DALAM BERBAHASA MELAYU MENYEBABKAN KESUKARAN UNTUK BERKOMUNIKASI DENGAN BAIK DENGAN JIRAN YANG BERBANGSA MELAYU ~ MENYEBABKAN BERLAKU SALAH FAHAM ATAS PERKARA KECIL2) SAPAAN ~ KEDUA-DUA BELAH KELUARGA TIDAK MENYAPA JIRAN DENGAN SAPAAN YANG BAIK ~ MEREKA TIDAK MEMANGGIL JIRAN DENGAN NAMA SAPAAN YANG ELOK
  5. 5. ASPEK SITUASI3) UCAPAN PENGHARGAAN ~ KELUARGA MELAYU TIDAK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA KELUARGA CINA YANG TELAH MENJUMPAI KUCING MEREKA YANG HILANG4) NADA SUARA ~ NADA SUARA YANG TINGGI DAN KERAS KETIKA MEREKA SALING BERINTERAKSI ~MENUNJUKKAN RASA MARAH DALAM DIRI DAN NILAI TIDAK HORMAT PADA JIRAN5) EKSPRESI WAJAH ~ EKSPRESI MUKA YANG SANGAT TIDAK BAIK KETIKA BERINTERAKSI DENGAN JIRAN (MENUNJUKKAN MUKA YANG BERKERUT DAN PENUH RASA GERAM)
  6. 6.  Dalam sebuah kawasan perumahan yang sama, terdapat lagi dua buah keluarga Melayu dan Cina yang hidup berjiran. Mereka hidup dengan rukun dan damai, saling menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan budaya. Mereka mempunyai semangat kejiranan yang tinggi dan penuh nilai budi bahasa. Keluarga Cina tersebut tidak mempunyai masalah untuk bergaul dengan jiran mereka yang berbangsa Melayu dan mereka juga dapat berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu. Pada suatu hari, kucing peliharaan keluarga berbangsa Melayu telah hilang dan mereka puas mencari di sekeliling kawasan perumahan tersebut. Keluarga Cina telah terjumpa dengan kucing tersebut dan menyerahkan semula kepada jiran mereka. Tiada masalah perselisihan faham yang timbul kerana komunikasi yang berkesan antara mereka.
  7. 7. ASPEK SITUASI DAN KEPENTINGANNYA1) PENGUASAAN BAHASA YANG ~KELUARGA CINA TIDAKBAIK MEMPUNYAI MASALAH UNTUK BERKOMUNIKASI DENGAN BAIK DENGAN KELUARGA MELAYU ~ TIDAK BERLAKU SALAH FAHAM2) SAPAAN ~ KEDUA-DUA KELUARGA SALING MENYAPA DENGAN SAPAAN YANG BAIK APABILA BERJUMPA DAN APABILA INGIN BERPISAH3) UCAPAN PENGHARGAAN ~ KELUARGA MELAYU MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA KELUARGA CINA KERANA TELAH MENJUMPAI KUCING MEREKA YANG HILANG
  8. 8. ASPEK SITUASI DAN KEPENTINGANNYA4) NADA SUARA ~NADA SUARA RENDAH DAN LEMBUT DIGUNAKAN SEPANJANG INTERAKSI ANTARA DUA BUAH KELUARGA TERSEBUT ~ MENUNJUKKAN RASA SALING MENGHORMATI SESAMA MEREKA5) EKSPRESI WAJAH ~ DALAM BERKOMUNIKASI, MEREKA SENTIASA CUBA UNTUK SENYUM DAN MENUNJUKKAN MUKA YANG MANIS UNTUK MENJAGA HUBUNGAN BAIK SESAMA JIRAN TETANGGA
  9. 9.  KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI MERUPAKAN SATU ELEMEN YANG SANGAT PENTING DALAM KITA MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN. OLEH ITU, KITA HENDAKLAH SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENGAMALKAN KOMUNIKASI YANG BERKESAN DENGAN SEMUA ORANG DI SEKELILING KITA.
  10. 10.  TAN LEONG SENG NUR FARAHUDA SAW PHIN KHYE SITI NOOR MASITAH HOO AY TING DIYANADALILA SERENE ANG NOR ATIRAH KEW KIM LI SITI RUWAEDA

×