Your SlideShare is downloading. ×
Vitamin Kejayaan
Vitamin Kejayaan
Vitamin Kejayaan
Vitamin Kejayaan
Vitamin Kejayaan
Vitamin Kejayaan
Vitamin Kejayaan
Vitamin Kejayaan
Vitamin Kejayaan
Vitamin Kejayaan
Vitamin Kejayaan
Vitamin Kejayaan
Vitamin Kejayaan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Vitamin Kejayaan

283

Published on

Published in: Career
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
283
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
9
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. PENAFIAN PENULISAN Penulis (merangkap penerbit) telah sedaya upaya memastikan ebook ringkas “Vitamin Kejayaan” ini mengandungi kandungan maklumat yang bermanfaat dan berautoriti, besesuaian dengan tujuan asal penulis. Penulis ebook ini tidak boleh dianggap memberikan professional seperti konsultasi, perundangan mahupun perakaunan kepada para pembaca. Sila dapatkan khidmat ahli professional yang bertauliah sekiranya anda memerlukan segala bantuan dan pakar dalam bidang berkaitan. Harus diingatkan, penerangan yang diberikan dalam ebook ini berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Penulis sama sekali TIDAK AKAN bertanggungjawab atas sebarang masalah / kesilapan / kesalahan maklumat, atau risiko (peribadi atau tidak) yang berlaku semasa mengaplikasikan ebook ini. Tanggungjawab dan risiko adalah terletak pada diri anda sendiri selepas membaca ebook ini. HAK DAN HAKCIPTA Hakcipta Vitamin Kejayaan © terpelihara. HAK ANDA SEBAGAI PEMBACA EBOOK “Vitamin Kejayaan”: [BOLEH] dicetak untuk kegunaan sendiri [BOLEH] dikongsikan mana-mana tips kepada yang memerlukan [BOLEH] dijadikan bonus, sekiranya dirasakan perlu [TIDAK BOLEH] mengubah segala isi kandungan atas apa tujuan tanpa izin [TIDAK BOLEH] dilelong pada mana-mana platform jualan seperti E-Bay Mukasurat 1 dari 13 {*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1
  • 2. PENGHARGAAN Saya dedikasikan ebook ringkas Vitamin Kejayaan ini kepada semua IM Malaysia, terutamanya: Mohd Amirol : http://mohdamirol.com Smartzul : http://blog.smartusaha.com Jebat : http://mesrainternet.com/blog Shamsuriyadi : http://www.shamsuriyadi.com Labanon : http://flarebiz.com dan para pembaca yang mengenali saya. Vitamin Kejayaan berkisar kepada sesiapa yang berminat untuk menambahkan pendapatan melalui internet. Ini adalah ebook versi PERCUMA versi 1.1. (versi asal 1.0) GENRE Motivasi dan Tips Asas Selamat berkongsi ilmu-Nya. komenebook http://komenebook.com Mukasurat 2 dari 13 {*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1
  • 3. Pendahuluan Semua orang mempunyai keinginan untuk berjaya. Namun, kejayaan tidak akan datang bergolek, tidak akan jatuh ke riba...dan tidak akan muncul dengan begitu sahaja. Walaupun memang setiap manusia itu telah ditakdirkan ajal, rezeki dan jodohnya, namun, sebagai hamba-Nya yang lemah, kita tetap wajib untuk berusaha. Sebenarnya, jika anda seorang yang suka membaca buku-buku yang berkait dengan motivasi, anda akan temui berpuluh-puluh cara (malah lebih dari itu) untuk mencapai kejayaan dan kekayaan melalui internet. Tujuh (7) tips yang saya berikan ini hanyalah hasil dari pengalaman, perkongsian maklumat, kajian dan pembacaan saya yang tak seberapa. Ilmu Allah amat luas, tak terjangkau untuk kita kuasai semuanya. Paling baik, amalkan setakat tahap penerimaan anda. Jangan hilang fokus dan nak buat semua benda. Berikut saya kongsikan sedikit yang saya dapat untuk pengetahuan anda semua...buat pembaca yang budiman. Penerbit : Komenebook Pengarang : Komenebook Blog rasmi : http://komenebook.com Email : komen@komenebook.com Mukasurat 3 dari 13 {*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1
  • 4. Pertama: Re-engineering Re-engineering secara mudahnya bermaksud penyusunan yang bermatlamat sama ada dari objektif, masa atau tenaga secara sistematik. Katakan, anda mahu memulakan perniagaan, anda seharusnya membeli buku panduan yang berkaitan, atau bertanyakan kepada yang pakar. Sebagai contoh, saya boleh tunjukkan panduan untuk memulakan bisnes secara kecil-kecilan di internet. Untuk memasarkan produk internet, anda haruslah: 1. Buat (merekacipta) satu atau dua produk 2. Cipta laman web 3. Kaedah penerimaan pembayaran 4. Mula menjual produk & buat sistem affiliate 5. Duit masuk dan terus masuk..... Tapi semudah itu ke? Jika semudah itu, dah tentu kita dah sama-sama menjadi kaya raya kan? Itu hanyalah tips asas kawan! Jika anda tidak tanya pada pakar sekalipun, itu langkah paling asas yang perlu anda tahu. Apa yang saya maksudkan, perancangan dengan teliti dan tersusun perlu dibuat sebelum memulakan sesuatu. Pelajari perkara asas yang berkait dengan industri yang bakal anda ceburi. Fokus dan buang jauh-jauh rasa malu untuk belajar. Biar bodoh dalam belajar, jangan bodoh dalam tindakan. Saya masih ingat kata-kata dari kawan baik saya, “biar buat dengan lambat dan terancang asal hasil masuk; dari buat cepat tapi tak dapat apa-apa”. Mukasurat 4 dari 13 {*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1
  • 5. Kedua : Initiative Anda semestinya mempunyai keinginan untuk membuat sesuat tanpa terlalu mengharapkan pertolongan. Walaupun anda diberi kemudahan seperti “online support”, “forum support”, cuba elakkan dari terlalu berharap kepada bantuan mereka. Maksud saya, jangan sekadar nak “bertongkat” 100%. Manusia telah diberikan keistimewaan akal yang cukup tinggi. Baca mana-mana yang perlu, rajin buat latihan, belajar dari kesilapan. Bila dah cuba berkali-kali, tetapi tak berjaya diselesaikan, baru bertanya. Saya pernah membeli ebook yang berkait dengan forex dan berguru dengan beliau secara jarak jauh. Setiap kali saya membuat latihan trading, saya akan baca panduan yang diberikan, ulang baca lagi sekali, selesaikan dulu apa yang saya tidak faham, berdasarkan panduan yang telah diberikan. Bila tak faham sangat, dengan besertakan contoh yang pernah saya buat, saya kemukakan soalan kepada pihak beliau. Apa yang menggembirakan, beliau memberikan respon yang positif dan menggalakkan saya lebih berusaha. (walaupun secara hakikatnya, saya kurang berminat dengan industri forex) Saya ingin berkongsi satu rahsia kepada anda dan ini pernah terjadi kepada saya. Jika anda seorang yang sabar dan berusaha, rajin buat latihan dan mempunyai matlamat yang jelas; walau sesusah mana masalah anda, seorang guru (atau pakar) pun akan berlembut hati untuk membantu anda kerana dia akan nampak keikhlasan anda, walaupun anda tidak pernah bertemu dengan guru (atau pakar) tersebut.. Mukasurat 5 dari 13 {*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1
  • 6. Sekadar ingin berkongsi: Saya banyak mempelajari tentang asas html melalui W3Schools Online Web Tutorials (http://www.w3schools.com/), disamping saya membeli beberapa buah buku berkait dengan html di kedai-kedai buku terpilih. APA YANG MENARIK TENTANG W3SCHOOLS? • Satu laman web yang mengandungi pelbagai maklumat pengatucaraan asas, pembinaan laman web berasaskan dari bahasa pengaturcaraan paling mudah (html, css) hingga ke peringkat tertinggi (java, SOAP, dsb). Mukasurat 6 dari 13 {*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1
  • 7. • Pada ruangan html editor, anda boleh mengubah sebarang kod html yang anda ingin tulis, dan terus boleh paste pada sebarang laman web atau weblog yang ada suka! Jadi, tunggu apa lagi..Jika saya yang asalnya tak tahu, tak pandai boleh buat, tentu anda pun boleh buat ☺ Mukasurat 7 dari 13 {*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1
  • 8. Ketiga: Study dan Focus Ini yang paling ramai kurang suka, paling kurang popular. B.E.L.A.J.A.R dan F.O.K.U.S..Kebanyakan newbie gagal mencontohi para “otai” yang telah lama berada dalam alam siber ini. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan mereka mereka mempunyai dua sifat ini, beserta keinginan yang tinggi untuk belajar menghasilkan produk-produk yang baru, produk yang memberi manfaat. Jangan terkejut jika saya berani mengatakan, ramai newbie yang banyak mengabiskan masa dengan sia-sia kerana menganggap proses belajar dan fokus ini satu proses yang membosankan. Malah, ada yang mengambil mudah perkara ini. Ada juga yang mencebik, “la...tu je ker yang dia nak ajar..aku pun tahu kalo dia tak ajor benda tu...”. Perasaan ini lahir kerana mereka merasakan diri mereka adalah sempurna dan pandai. Ingatlah pesan saya ini, orang lain akan merasa kagum dan menghormati anda sekiranya anda menghargai ilmu yang dicurahkan, menghargai nasihat orang, tidak jemu-jemu mencari ilmu walaupun anda memang ditakdirkan Allah menjadi pakar tanpa banyak belajar. Malah, semakin anda ikhlas berkongsi ilmu, semakin bertambah kepandaian anda, dan semakin bertambahlah kepercayaan orang ramai pada anda. Anda akan lebih dikenali, secara tidak langsung, orang tidak akan ragu-ragu terhadap nasihat atau apa-apa produk keluaran anda. Fokus yang mantap juga sangat penting kerana ia akan mengelakkan anda dari terkena satu penyakit yang berbahaya dari alam siber. Penyakit ini dikenali sebagai “overloaded Information” (Limpahan Maklumat). Penyakit ini berlaku kerana hilangnya tahap fokus pada sesuatu. Mukasurat 8 dari 13 {*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1
  • 9. Bila kena penyakit ini, peluang untuk “baik” agak lambat berbanding mereka yang memang fokus dan mempunyai niat / azam yang utuh. Sebagai contoh, anda mempunyai 3 orang kawan. Anda dapati kenalan A anda berjaya dalam program affiliate, anda juga nak sertai affiliate. Tengah-tengah syok belajar affiliate, anda dapati kenalan B anda berjaya dapat cek USD 200 lebih dari program google adsense. Anda pun dah terpengaruh dengan program kenalan B anda, dan fokus anda terhadap program affiliate dah semakin kendur. Tak lama selepas itu, kawan C anda pula berjaya dalam penternakan cendawan. Bulan-bulan dia dapat paling sedikit RM5000. Jadi, anda pun dah tinggalkan program adsense dan affiliate untuk belajar tanam cendawan. Dapatkah anda faham kesimpulan dari cerita di atas? “studi dan fokus sangat penting untuk mencapai kejayaan!” Mukasurat 9 dari 13 {*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1
  • 10. Keempat: Inspiration Siapakah yang menjadi inspirasi anda untuk menceburi bidang perniagaan internet? Pesaing, keluarga, kawan atau kekasih? Anda perlu tahu dari manakah lahirnya inspirasi tersebut. Sebagai contoh, weblog komenebook.com hasil dari pembacaan ebook dan berdasarkan pengalaman saya dalam pelbagai bidang. Bagaimana pula dengan anda? Saya percaya, tentu anda mempunyai sumber inspirasi yang lebih baik dari saya. Atau, mungkin anda mendapat sedikit inspirasi dari kejayaan usahawan- usahawan muda seperti Dr. Irfan Khairi, Saifulsham, Shamsuriadi, Zulfadli (Smartzul), Munawwar, Hafiz Latib, Mohd Amirol, Irwan Dahnil dalam menghasilkan produk-produk ebook yang memberi manfaat. Mukasurat 10 dari 13 {*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1
  • 11. Kelima: Knowlege Utilization Maksimakan Pengetahuan. Sebenarnya, di dunia yang sementara ini banyak pengetahuan yang tidak terbatas. Semua orang maklum, dan saya sendiri dengan rasa rendah diri mengakui setiap orang mempunyai kelebihan dan skill masing-masing dalam bidang tertentu. Namun, sejauh manakah pengetahuan atau knowledge itu dapat dicipta ke arah yang lebih baik dan bermanfaat? Sejauh mana kita memaksimakan pengetahuan tersebut? Sebagai contoh, maukah anda berkongsi maklumat yang ada dengan percuma? Jika diberi percuma, adakah anda pasti ada insan lain yang akan menghargainya? Saya pernah menemubual seorang MLM yang amat berjaya. Beliau merupakan bekas akauntan di sebuah syarikat yang bertaraf multinasional. Sewaktu berkongsi cerita, saya terkejut kerana dia pernah memberikan sampel percuma dengan harga RM 1. Jauh dalam benak kepala saya, timbul rasa hairan. Saya dengan rasa ingin tahu, bertanyakan beliau, kenapa sampel dengan harga RM 1. Dengan penuh yakin, dia menjawab, kebanyakan orang dapat produk sampel (dengan percuma), ramai yang tidak menghargai. Jika mereka dikenakan sedikit bayaran, barulah mereka merasakan produk tersebut mempunyai nilai! Masuk akal juga kata-kata beliau! Mukasurat 11 dari 13 {*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1
  • 12. Keenam: Observation Permerhatian amatlah penting dalam menceburi perniagaan internet. Kenali jenis – jenis perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan. Pastikan perniagaan itu sah dan halal. Jangan sesekali membuka apa jua bentuk perniagaan internet yang berbentuk penipuan dan melanggar undang-undang. Namun, jangan terlalu lama dalam proses ini kerana masa terus berjalan dan ia tidak akan berhenti. Kita yang mengejar masa, bukan masa yang mengejar kita. Apa yang saya maksudkan, buatlah pemerhatian beserta penilaian dengan sebaiknya. Sekiranya ada masalah yang berkaitan, tanya sendiri pakar atau pembuat produk dan buat catitan. Sebai-baiknya, catit di dalam satu buku khas atau terus taip sebarang input atau tips yang diperolehi dalam komputer. Paling penting, jangan tanya kepada jenis yang pura-pura pandai. Lawan rasa ego anda dengan berani bertanya. Ingat, malu bertanya sesat jalan. Tak rugi satu sen pun jika bertanya. Mukasurat 12 dari 13 {*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1
  • 13. Ketujuh: Usaha, Doa dan Tawakkal Apa jua usaha anda, ingatlah kepada Pencipta kita Rabbul Jalil. Dia yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Kita sebagai hamba-Nya yang lemah seharusnya sentiasa menadah tangan, memohon dan merayu kepada-Nya. Dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Nya, kita sememangnya digalakkan untuk meminta apa saja dari-Nya. Adulah sebarang masalah yang dihadapi kepada-Nya...hatta sekiranya anda mahu mengorat sesiapa yang anda suka! Kita perlu percaya, Allah sentiasa memperkenankan sebarang permintaan kita, cuma yang menjadi persoalan adalah lambat atau cepat. Lambat atau cepat pula bergantung kepada usaha dan amalan kita seharian. Andaikata kita sentiasa mengerjakan segala suruhan-Nya, meninggalkan segala larangan-Nya, maka peluang “kecepatan” doa kita dikabulkan adalah tinggi! Semuanya bergantung kepada sejauh mana hubungan anda dengan-Nya! Penutup Semoga dengan sedikit panduan dan tips yang diberikan ini dapat membantu menaikkan motivasi dan semangat newbie untuk terus kejayaan dan menjana kekayaan melalui intenet. Tiada apa yang mudah dalam dunia ini tanpa usaha! Ingatlah: NIAT + USAHA + DOA = TAWAKKAL komenebook http://komenebook.com Mukasurat 13 dari 13 {*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1

×