Urus wang
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Urus wang

on

  • 1,191 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,191
Views on SlideShare
1,191
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
51
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

11 of 1

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • JASA PENGURUSAN PERIZINAN EXPORT IMPORTIR
    “Corporate Legal services”
    http://www.saranaijin.com
    Komplek Ruko Segitiga Atrium Blok A1 Lt 2 Jl. Senen Raya No. 135 Jakarta Pusat 10410
    Tep: +(62) 21- 34833034 Fax : +(62) 21- 34833038
    Mobile: 081585427167
    Pin BB 285200BC
    Email: legal@saranaizin.com

    JASA PERNGURUSAN PERIZINAN EXPORT IMPORTIR
    - URUS API-P (ANGKA PENGENAL IMPORTIR PRODUSEN)
    - URUS API-U (ANGKA PENGENAL IMPORTIR UMUM)
    - URUS API PERUBAHAN
    - URUS APIP (Produsen) PMA BKPM
    - URUS APIU (Umum) PMA BKPM
    - URUS NIK EXPORT IMPORT
    - URUS NPIK
    - URUS IT ELEKTRONIKA
    - IT PAKAIAN JADI
    - IT ALAS KAKI
    - IT MAKANAN DAN MINUMAN
    IT OBAT TRADISINAL DAN HERBAL
    - URUS IP PLASTIK, IP BESI/BAJA, IP TEKSTIL
    - URUS PI BARANG MODAL BUKAN BARU
    - URUS ETPIK
    - URUS SKPLBI BARANG / LABEL PRODUK IMPORTIR
    - URUS POSTEL

    JASA PENGURUSAN LEGAL SERVICES
    - URUS PENDIRIAN PT – PERSEROAN TERBATAS
    - URUS PENDIRIAN PMA
    - URUS IZIN PRINSIP
    - URUS PENDIRIAN CV
    - URUS PENDIRIAN UD
    - URUS IZIN PRINSIP PERLUASAN
    - URUS SIUP
    - URUS TDP
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Urus wang Urus wang Document Transcript

    • Urus Wang: Elak Gaji ‘Ghaib’Elak Gaji ‘Ghaib’Elak Gaji ‘Ghaib’Elak Gaji ‘Ghaib’ Aliran Gaji yang Ideal Dibuang kerja tapi Masih Senyum Simpanan vs Rezab gaji Bayar apa yang perlu sahaja Beli kereta tanpa ‘interest’ Jangan bayar sesen pun pada Bank Kad kredit: Guna Cara bijak Pelan Tindakan Segera Oleh: Muaz Hadi Edaran percuma. Anda boleh mengedarkan semula ataupun menjual risalah ini asalkan kandungan risalah ini tidak diubah. Maklumat dalam risalah ini tidak boleh dianggap nasihat professional tapi ianya lebih kepada perkongsian maklumat untuk manfaat bersama. Sekiranya anda mendapat risalah ini tanpa mendaftar di http://pengurusanwang.com/ anda boleh memilih untuk daftar nama dan email anda di sana untuk membolehkan anda menerima update dan tool terkini dalam menguruskan wang gaji anda. Selamat Membaca!
    • Urus Wang: Elak Gaji ‘Ghaib’ Oleh: Muaz Hadi 2 Bab 1: Ke Mana Gaji kita? Pengurusan wang merupakan satu ilmu yang wajib dikuasai. Mencari wang dan menguruskan wang adalah dua perkara yang berbeza yang mana keduanya saling memerlukan. Tanpa ilmu menguruskan wang, wang yang dicari bakal ‘ghaib’ dan tanpa wang, apa perlu ilmu pengurusan kewangan?? Secara normatifnya kita punya sejumlah wang pada awal bulan dan di akhir bulan ada 3 natijah yang biasanya berlaku di mana anda akan dapati yang wang anda pada bulan tersebut; • Menyamai perbelanjaan anda pada bulan tersebut (equilibrium state) • Melebihi perbelanjaan anda pada bulan tersebut (excess state) • Kurang dari jumlah yang anda perlukan pada bulan tersebut (deficit state) Bagaimanakah keadaan anda? Anda nilai dan catu nilaian wang anda. Untuk berada dalam untaian atau landasan yang betul, anda seharusnya berada dalam keadaan ‘excess state’ atau mempunyai gaji yang melebihi perbelanjaan anda. Jika anda dapati yang anda berada dalam 2 situasi lain iaitu ‘deficit’ dan ‘equilibrium’, ketahuilah anda berada dalam keadaan yang genting dan anda perlu belajar dan menyelaraskan perbelanjaan anda. Anda harus bertindak sekarang dan bukan esok!
    • Urus Wang: Elak Gaji ‘Ghaib’ Oleh: Muaz Hadi 3 Carta ini adalah aliran ideal gaji atau pendapatan bulanan anda. Walaubagaimanapun ianya ialah sekadar pecahan kasar. Untuk yang berumahtangga, pecahannya sedikit berbeza kerana anda perlu mengambil kira simpanan pendidikan anak-anak, percutian keluarga, perbelanjaan pendidikan anak- anak yang mencakupi duit tuisyen, wang saku sekolah dan lain-lain. Tetapi konsep secara kasarnya, anda hanya boleh membelanjakan 70% dari gaji anda, dan baki 30% adalah simpanan anda yang mencakupi 10% untuk simpanan kecemasan anda. Peruntukan nilai ini penting untuk anda mengawal dan tahu mana hilangnya duit bulanan anda. Adakah ianya disalurkan ke tempat yang betul yang boleh menjamin keutuhan kedudukan kewangan anda atau ianya dibazirkan tanpa sedar yang akhirnya menjerut diri anda sendiri. Jadi mari kita lihat bagaimana pecahan 70-30 yang dicadangkan oleh kebanyakan pakar kewangan.
    • Urus Wang: Elak Gaji ‘Ghaib’ Oleh: Muaz Hadi 4 Bab 2: Pecahan Gaji: Simpanan (30%) Suka untuk saya sentuh sedikit sebanyak tentang pembahagian 30% dari gaji anda untuk simpanan. Anda perlu disiplin untuk ini. Pastikan, di awal bulan anda keluarkan 30% pendapatan anda dan bukannya di akhir bulan! Ingat ini, dan praktikkan secepat mungkin. Kebanyakan kita menjadikan pembahagian ‘simpanan’ ini di akhir bulan, jika ada duit lebih.. ini attitude yang harus diubah. Keluarkan gaji anda untuk simpanan sebaik sahaja anda mendapat gaji. Simpan dulu, bakinya baru dibelanjakan. Simpanan jika anda dapat lihat dibahagikan kepada dua iaitu satu simpanan untuk kecemasan seperti kereta rosak, bumbung bocor, duit klinik gigi dan keadaan yang memerlukan duit segera; dan satu bahagian lagi ialah ‘rezab gaji’. Anda harus simpan secara tetap dan bezanya, untuk bahagian 10% itu anda boleh sentuh dalam keadaan terdesak, dan baki 20% itu adalah bahagian yang anda tidak boleh sentuh sehingga sampai masanya. Rezab Gaji: Senyum bila dibuang kerja Apa itu rezab gaji?? Rezab gaji ialah jumlah duit yang perlu disimpan secara tetap sebagai modal imbuhan duit anda. Salah satu contoh kegunaan rezab gaji ialah untuk kegunaan apabila anda dibuang kerja. Peruntukan 20% dari gaji untuk simpanan rezab gaji adalah bahagian duit yang anda tidak boleh sentuh langsung sehingga ianya mencapai tahap minimum 4-6 bulan jumlah gaji anda. Maknanya, kalau anda dibuang kerja, anda masih ada wang untuk meneruskan kehidupan anda secara normal sementara mencari pekerjaan baru. Anda tidak memerlukan masa yang lama untuk mencapai tahap simpanan yang cukup iaitu untuk mencapai rezab gaji sebanyak 4-6 bulan nilai gaji anda. Kita amik contoh, secara kasarnya graduan seperti anda mempunyai gaji bersih sebanyak RM 2000; • Jumlah gaji = RM2000 • Target capaian = RM10 000 (nilai 5 bulan gaji) • 20% simpanan rezab gaji = RM400 sebulan • Jumlah bulan: 10000/400 = 25 bulan (2 tahun 1 bulan)
    • Urus Wang: Elak Gaji ‘Ghaib’ Oleh: Muaz Hadi 5 Untuk mencapai rezab gaji 5 bulan, anda hanya memerlukan tempoh 2 tahun bekerja sahaja. Di mana kepentingannya? Dalam keadaan ekonomi sekarang dan trend syarikat, pengambilan pekerja dan gaji kebanyakannya berdasarkan skim kontrak. Anda diberikan kontrak pekerjaan antara 1 tahun sehingga 2 tahun, dan selepas itu tiada jaminan untuk penyambungan kontrak. Semuanya berdasarkan kepada keadaan kewangan syarikat, prestasi anda dan keperluan syarikat. Jadi anda harus merancang untuk zaman ‘kejatuhan sementara’ anda iaitu apabila kontrak anda tidak disambung. Jika anda beruntung, anda akan mudah mendapat kerja, mungkin seminggu selepas kontrak anda tamat, anda sudah boleh mendapat pekerjaan baru, tapi kalau nasib anda kurang baik, anda mungkin mengambil sehingga 3 bulan untuk mendapat kerja baru. Anda nampak apa kepentingan disiplin dalam menyimpan duit ‘rezab gaji’? Makanya, anda sudah ada gaji secara tidak langsung dalam tempoh itu dan anda tidak perlu pening kepala meminjam di sana sini untuk menampung bayaran bil, ansuran kereta dan rumah, dan lain-lain perbelanjaan bulanan anda yang biasa anda keluarkan semasa anda bekerja. Dalam kata lain, rezab duit bakal memberikan anda; Manfaatnya cukup banyak dalam situasi atau keadaan ekonomi dan ‘trend’ pengambilan pekerja sekarang. Percayalah, sekiranya anda bekerja secara kontrak atau tidak, mengumpulkan wang rizab gaji
    • Urus Wang: Elak Gaji ‘Ghaib’ Oleh: Muaz Hadi 6 amat bermanfaat untuk anda. Anda boleh menjadikan ianya sebagai ‘ibu duit’ sekiranya anda tidak ditimpa musibah dibuang kerja. Gunakannya sebagai modal dalam mengembangkan duit anda, ya.. anda boleh pilih untuk melabur! Anda sudah nampak kepantingannya bukan? Setelah cukup rezab gaji apakah langkah seterusnya? Anda ada beberapa pilihan, sekiranya anda diberhentikan kerja dan setelah mendapat kerja semula, teruskan menyimpan sehingga anda mencapai semula jumlah rezab gaji. Sekiranya anda tidak diberhentikan kerja, anda boleh memilih menggunakan pendekatan ini; • Create/Generate: Pindahkan semua duit rezab gaji tersebut dan masukkan ke pelaburan amanah, sama ada ASB kalau anda tak mahu ambil risiko, atau cari mana-mana pelaburan ‘unit trust’ yang boleh memberikan pulangan antara 10%-15% • Continue: Teruskan menyimpan dan target untuk pelaburan hartanah (beli rumah, beli tanah, bina rumah sewa etc) • Combine/Merge: Satukan pecahan 10% simpanan dan 20% rezab gaji menjadi 30% dan bahagikan untuk pelaburan, kecemasan, simpanan target (beli kereta baru, haji, pelancongan, etc)
    • Urus Wang: Elak Gaji ‘Ghaib’ Oleh: Muaz Hadi 7 Ada banyak lagi pilihan yang anda boleh lakukan, tapi pastikan anda tidak menghabiskannya sebaliknya cuba kembangkan nilainya supaya lebih banyak dan banyak ☺. Secara kasarnya, ianya boleh disimpulkan dalam carta ini; Seperti yang disebutkan sebelum ini, anda perlu disiplin dalam menyimpan. Konsep 'simpan dahulu sebelum berbelanja' adalah satu konsep yang mudah tapi sukar untuk diamalkan. Jika anda boleh mengaplikasikan konsep ini, ketahuilah di penghujungnya nanti anda bakal tersenyum dengan baki akaun simpanan anda. Jadi apa yang anda kena buat untuk bahagian penyimpanan ini? 1. Buka 3 akaun yang berbeza. Satu untuk akaun gaji, satu akaun simpanan dan satu lagi akaun rezab gaji dan saya cadangkan terus buka akaun ASB (yang telah difatwakan 'harus' oleh Majlis Fatwa Kebangsaan) untuk duit rezab gaji tersebut. 2. Buat potongan 'auto-debit' atau beri instruction khas untuk bank buat potongan terus dari gaji anda ke dua akaun lain tadi atau anda buat secara manual setiap kali gaji masuk. 3. Setelah rezab gaji anda mencukupi 4-6 bulan nilai gaji anda, pilih antara 3 cadangan pilihan yang dicadangkan di atas dan saya syorkan untuk anda pindahkan semua jumlah itu untuk pelaburan 'Unit Trust' yang Islamik 4. Buat simpanan ini secara konsisten dan monitor juga kadar faedah yang dibayar oleh bank. 5. Bagi yang beragama Islam, jangan lupa Halal dan Haram
    • Urus Wang: Elak Gaji ‘Ghaib’ Oleh: Muaz Hadi 8 Bab 3: Pecahan Gaji: Perbelanjaan (70%) Secara kasarnya, inilah jumlah yang anda boleh belanjakan dari wang pendapatan anda setiap bulan. Sayugianya diingatkan sekali lagi, selepas sahaja anda mendapat gaji, keluarkan 30% untuk simpanan dan apa yang ada dari baki akaun gaji anda ialah baki 70% yang anda boleh belanjakan sepanjang bulan tersebut. Umumnya dalam 70% gaji ni ianya di bahagikan kepada 2 bahagian am iaitu; • Perbelanjaan tetap (fix expenses) • Perbelanjaan boleh ubah (adjustable expenses) Dua bahagian inilah yang akan menetukan dalam kategori mana anda berada, sama ada dalam kategori “excessive state”, “equilibrium state” atau pun “deficit state”. Secara kasarnya saya masukkan beberapa perbelanjaan secara specific yang termasuk dalam kadua-dua kategori. Untuk perbelanjaan tetap, anda tidak ada banyak pilihan melainkan membuat satu bahagian tetap dalam gaji anda bagi menampung perbelanjaan tersebut. Anda ada sedikit ruang untuk mengurangkan perbelanjaan tersebut terutama dibahagian bil yang mana anda boleh mengurangkan perbelanjaan
    • Urus Wang: Elak Gaji ‘Ghaib’ Oleh: Muaz Hadi 9 bil elektrik dan air mahupun bil telefon. Tetapi secara kasarnya, itu adalah perbelanjaan tetap yang perlu anda langsaikan. Perbelanjaan boleh-ubah mencakupi expenses anda dalam kegunaan harian, peribadi, kenderaan, hiburan dan perbelanjaan lain. Sekiranya anda mendapati diri anda berada dalam keadaan “equilibrium state” atau lebih-lebih lagi “deficit state”, anda harus mengawal semua perbelanjaan di bawah kategori boleh-ubah ini. Berbelanjalah mengikut keperluan dan kemampuan. Contohnya saya cerakinkan secara kasar bagaimana anda boleh berjimat melalui sub-kategori dalam perbelanjaan boleh-ubah; Harian o Anda boleh memilih untuk berjimat dengan membeli barangan runcit di Carrefour, Tesco dan Giant; membeli pakaian di Kamdar, Mydin (sekadar memberi contoh). Untuk pakaian yang mahal, anda boleh tunggu sehingga adanya jualan mega seperti semasa ‘megasales’ di Jusco dan Isetan o Anda tidak perlu langganan akhbar, cukup jika hanya membelinya di hujung minggu. Hari-hari biasa, anda boleh membacanya di akhbar ataupun versi online yang percuma o Anda boleh memilih untuk hanya menghantar pakaian yang sensitive seperti sutera, kot, jaket dan baju batik ke dobi, untuk pakaian casual anda boleh membasuhnya di rumah. Lebih menjimatkan. Peribadi o Anda boleh memilih untuk mengurangkan rokok dan anggaplah merokok umpama membakar duit anda selain masalah kesihatan yang lain o Nilai dahulu sebelum berbelanja sama ada ianya keperluan atau kehendak. Belanjalah sekiranya anda memerlukannya tapi sekiranya anda ada alternative seperti meminjam, pilihlah untuk meminjam dan berkongsi o Untuk makanan, bawa bekal ataupun cari alternative makanan yang murah seperti membeli di Cold Storage jika anda bekerja di KLCC ataupun gerai “Makcik Husna” yang lebih murah tapi pastikan juga kebersihannya jika anda makan di gerai Kenderaan o Berkongsi kereta dengan rakan sekerja ataupun bergilir-gilir dengan mereka
    • Urus Wang: Elak Gaji ‘Ghaib’ Oleh: Muaz Hadi 10 o Kalau kadar bayaran parking tidak munasabah seperti yang bekerja di KLCC, pilih alternative menggunakan perkhidmatan LRT dan kenderaan awam. Luangkan masa untuk buat sedikit pengiraan tentang kos dan tengok mana lebih jimat o Basuh kereta sendiri di hujung minggu, selain menjimatkan, anda boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan sekiranya basuh bersama anak-anak atau pun isteri ☺ o Ubah gaya pemanduan yang boleh menjimatkan ‘fuel consumption’ Hiburan o Anda boleh meminjam DVD dari teman sekerja dan ianya menjimatkan wang belanja wayang anda o Cari wayang alternative seperti pergi bersama teman lain ke wayang yang menawarkan tiket beli 4 percuma 1 ataupun ketika promosi ‘Valentine’s Day’ ataupun semasa apa-apa promosi lain o Begitu juga untuk aktiviti bermain bowling, pergi bersama teman-teman dan semasa promosi lebih menjimatkan dan menyeronokkan Huraian di atas adalah panduan umum macam mana anda boleh mengurangkan perbelanjaan bulanan anda. Nilai diri anda sendiri, selalu lah bertanya pada diri sendiri beberapa soalan penting seperti; 1. Perlukah aku mengeluarkan wang untuk ini? 2. Adakah ini keperluan atau sekadar kehendak? 3. Jika aku tidak memilikinya, apakah kesan negative terhadap aku dan keluarga? 4. Mampukah aku memilikinya? 5. Apakah alternative lain yang lebih murah? Bolehkah aku meminjam dari teman-teman? Dalam kata lain, anda akan menjadi lebih berhemah dalam berbelanja sekiranya selalu menyoal diri anda sendiri sebelim berbelanja. Orang kata, ‘ukur baju di badan sendiri’. Ada yang berkata, “ahh apa salahnya aku nak berbelanja, aku penat bekerja mencari wang, nak juga menikmati wang..”. Ya betul, anda ada hak mutlak terhadap wang anda, tapi anda harus tahu satu konsep, “anda tidak perlu membayar lebih dari apa yang sepatutnya”. Akan kita bincangkan selepas ini, tapi secara kasarnya, anda boleh menikmati gaji anda, tapi ukurlah baju di badan sendiri, jangan nantinya di tengah bulan anda terbelit dengan bebanan kekurangan wang. Jika mampu, silakan.. itu wang anda, buat lah sesuka hati anda. ☺
    • Urus Wang: Elak Gaji ‘Ghaib’ Oleh: Muaz Hadi 11 Bab 4: Bayar apa yang perlu sahaja Kita selalu terlepas pandang isu ini dan sedar atau tidak sedar, kita bayar lebih dari apa yang sepatutnya! Ketika mana kita boleh memilih servis atau perkhidmatan yang murah, kita memilih untuk membayar servis yang mahal, kononya lebih ‘classy’. Ketika adanya potongan diskaun pada bulan Ogos, kita memilih untuk membeli pada bulan September dan banyak lagi yang lain yang sudah kita sentuh sebelum ini. Dalam bahagian ini, saya senaraikan 3 contoh apa sebenarnya yang kita bayar lebih? Interest pinjaman (kereta, rumah etc) Belian kredit mudah (perabot, barangan elektrik etc) Caj kad kredit Anda mungkin sedar tapi memilih untuk buat-buat tak sedar. Sebenarnya anda boleh memilih untuk tidak membayar lebih dari apa yang anda perlu bayar. Cuba anda kira berapa sebenarnya interest yang anda perlu bayar untuk pembelian rumah dan kereta, pasti anda akan dapati duit interest itu akan melayakkan anda membeli sebuah lagi rumah yang sama dengan rumah yang anda beli. Contohnya pengiraan interest yang perlu anda bayar untuk membeli sebuah kereta dan rumah;
    • Urus Wang: Elak Gaji ‘Ghaib’ Oleh: Muaz Hadi 12 Banyak bukan? RM255,739, dan seperti saya katakan tadi, anda boleh beli sebuah lagi rumah dengan duit interest yang anda ‘sedekah’kan pada bank! Semakin banyak tahun yang anda pilih untuk melangsaikan hutang ini, semakin banyak wang interest yang anda perlu bayar. Bukan sedikit pembaziran yang berlaku di sini, bayangkan apa yang anda boleh buat dengan sejumlah wang interest tersebut? Ada yang akan berkata “nak buat macam mana, kereta satu keperluan..”. Anda mungkin salah di sini, dalam kes ini kereta ini bukan lagi asset tapi ianya liability. Anda boleh rujuk buku ‘Rich Dad Poor Dad” karya Robert T.Kiyosaki untuk mengetahui nilaian asset dan liability. Satu perkara yang anda harus tahu, nilai kereta akan menyusut dengan kadar kasar sebanyak 8%-10% setahun. Sekiranya anda membeli kereta dengan harga RM40 000, anda akan kerugian RM4000 jika menjualnya pada tahun seterusnya dengan mengandaikan susut nilai 10%. Maknanya anda tidak akan sekali-kali membuat keuntungan dengan menjual kereta di kemudian hari. Tapi berlainan pula halnya berbanding penjualan rumah. Berhutang untuk membeli rumah mungkin agak berbaloi kerana nilai rumah kalau kena caranya kerana harganya akan meningkat. Contohnya rumah sekitar daerah Wangsa Maju telah melonjak melebihi 200% berbanding 10 tahun dahulu dan lihat bagaimana anda membuat keuntungan dalam masa 10 tahun. Di samping itu ‘refinancing’ dan cara cagaran semasa pinjaman perumahan dilakukan membolehkan anda mengaut sedikit keuntungan tambahan. Ilmu pembelian, sewaan dan pengurusan hartanah sememangnya menarik untuk dikuasai tetapi saya tak akan ceritakan lebih banyak tentang ini kerana ianya akan menjadikan risalah ringkas ini lebih panjang. Tapi ianya merupakan ilmu yang anda harus kuasai. Kembali kepada isu pembelian kereta, mengikut pandangan pakar pengurusan kewangan seperti Azizi Ali dan lain-lain, anda hanya boleh dikira mampu memiliki kereta sekiranya anda mampu melangsaikan hutang kereta dalam masa tidak lebih 3 tahun! Lebih parah lagi, perbelanjaan yang ideal dalam nak memiliki kereta hanya apabila anda mampu melangsaikan hutang tidak melebihi 3 tahun dengan bayaran ansuran bulanan hanya 15% dari gaji anda sebulan. Jika tidak anda dikira tidak mampu memiliki kereta dengan harga yang ditetapkan. Buat masa sekarang, dengan perkembangan ‘trend’ dan ‘lifestyle’, loan kereta biasa diambil oleh golongan yang baru bekerja adalah dalam lingkungan 7-9 tahun. Anda harus sedar semakin lama tempoh pinjaman, semakin banyak jumlah yang anda perlu bayar dan anda akan terkejut dengan jumlah interest yang anda bayar. Nasihat saya, kira dahulu berapa interest yang anda perlu bayar sebelum membuat keputusan membuat pinjaman pembiayaan dari bank.
    • Urus Wang: Elak Gaji ‘Ghaib’ Oleh: Muaz Hadi 13 Anda boleh gunakan ‘kalkulator kira interest kereta’ yang anda boleh dapat secara percuma di http://pengurusanwang.com/download-tools/ Anda boleh memilih untuk tidak membayar interest itu, tapi anda perlu sedikit sabar. Cuba lihat perbandingan antara Amer dan Husna. Kedua-duanya mempunyai gaji sebanyak RM4000 dan memilih untuk memiliki sebuah kereta Honda Civic. Untuk memudahkan pengiraan, kita andaikan kereta tersebut berharga RM100 000 dan tempoh ansuran selama 5 tahun.
    • Urus Wang: Elak Gaji ‘Ghaib’ Oleh: Muaz Hadi 14 Jika anda lihat sekilas carta bayaran tahun ke-4 dan ke-5, pada kawasan yang berwarna merah iaitu pada penghujung tahun ke-4, jumlah bersih terkumpul ialah RM84,600 sekiranya Amer menyimpan secara tetap RM1762.50 (jumlah yang sama di bayar oleh Husna setiap bulan kepada bank) tanpa mengambil kira kadar dividen. Tapi kalau dia memilih untuk menyimpan di bank-bank yang menawarkan kadar dividen yang tinggi, dia akan dapat keuntungan tambahan. Dalam kata lain, pada penghujung tahun ke- 5, Amer akan memiliki sebuah kereta Honda Civic dan dalam masa yang sama dia menikmati bonus tambahan dari kadar dividen bank. Berbeza dengan Husna, setelah 5 tahun, dia membayar sejumlah RM15,450 kepada bank manakala Amer pula mengambil sejumlah yang sama (secara kasar) daripada bank. Dengan sabar sedikit dan konsisten membuat simpanan, dia berjaya mencapai status yang sama dengan Husna bahkan pada ketika itu dia ada lebihan wang yang boleh digunakan untuk bercuti bersama keluarga! Untuk menggunakan kaedah ini, kita harus bijak. Cari bank yang menawarkan kadar dividen yang tinggi dan bagi orang Islam pastinya kita mahu yang ada 'Shariah compliance'. Kita ambil contoh pengiraan kasar jika Amer menyimpan di akaun 'Tabung Haji' dengan kadar dividen 4%. Tahun Jumlah simpanan akhir tahun (simpanan + cumulatif dividen) Kiraan Kasar Jumlah Dividen ~4% Anggaran Kasar Jumlah akhir simpanan 1 RM 21150 RM 846 RM 21996 2 RM 42,300 + RM 846 RM 1725.84 RM 44871.84 3 RM 63,450 + RM846 + RM 1725.84 RM 2640.87 RM 68662.72 4 RM 84,600 + RM 5212.71 RM 3592.51 RM 93,405.22 5 RM 105,750 + RM 8805.22 RM 4582.21 RM 119,137.43 Pada tahun ke-5 simpanan wang di "Tabung Haji' berbaki RM119,137.43 bermakna dia mendapat keuntungan sebanyak RM19,137.43 dari 'Tabung Haji', satu bonus yang besar dan dijamin halal oleh panel Syariah. Dari sudut pandangan bagi yang beragama Islam, Amer bukan sahaja menolak unsur-unsur 'syubhah' dalam pinjaman bank, tapi lebih dari itu dia membentuk satu disiplin penyimpanan wang dan menikmati keuntungan yang jelas dan dijamin dari aspek 'Syari'e'. Anda boleh rujuk isu halal dan haram dalam skim pinjaman dan bagaimana kedudukan riba' dari pandangan kepelbagaian ulama'.
    • Urus Wang: Elak Gaji ‘Ghaib’ Oleh: Muaz Hadi 15 Secara umumnya anda dapat lihat dan bandingkan keuntungan yang diperolehi oleh Amer apabila dia memilih untuk ‘tidak membayar lebih dari apa yang perlu dia bayar’. Cuba congak apa yang dia dapat? Sebuah Honda Civic baru ketika Honda Civic Husna sudah berusia beberapa tahun dan mungkin sudah kemek di sana sini ☺ Duit ‘bonus’ sebanyak RM19,137.43 untuk dia bercuti bersama keluarga Penjimatan petrol dan cukai jalan sepanjang dia memandu Kancil ke tempat kerja Di akhirnya, Amer memiliki dua buah kereta yang mana Kancil itu boleh digunakan untuk aktiviti jarak dekat seperti pergi ke pasar dan masjid yang sekaligus menjimatkan penggunaan petrol. Ringkasnya anda perlu sabar dan merancang dengan baik. Apa yang hendak digopohkan kalau manfaat hasil kesabaran anda lebih besar? Tapi ye lah, siapa yang nak susah, semuanya nak senang tapi akhirnya kita yang mengeluh sendiri. Ada banyak alternative dan cara dalam pembelian kereta dan rumah. Menggunakan adaptasi ‘Overdraft’ seperti yang didedahkan oleh Saudara Razif Yusof adalah salah satu teknik ‘tweaking’ dalam nak mengurangkan kadar interest. Begitu juga dengan pinjaman kadar rendah koperasi, skim pinjaman perguruan, pembelian nilai pajakan dan trade-in adalah antara teknik manipulasi yang boleh digunakan untuk mencapai tekad ‘bayar apa yang perlu sahaja’.
    • Urus Wang: Elak Gaji ‘Ghaib’ Oleh: Muaz Hadi 16 Bab 5: Kad kredit dan Skim Ansuran ‘zero interest’ Tidak dinafikan, kad kredit boleh dianggap menjadi keperluan masa kini selain ‘trend’ dan gaya hidup. Anda perlukan kad kredit ketika kecemasan bahkan ianya boleh memberikan keuntungan sekiranya dimanipulasikan dengan baik. Sedikit fakta menarik yang anda perlu tahu, kira-kira 11% orang yang diisytiharkan MUFLIS disebabkan kad kredit ialah mereka yang berumur 20-30 tahun! Anda nak jadi MUFLIS sila kan lah bergembira dengan kad kredit anda! ☺ Skim pembelian ansuran mudah ‘Zero Interest’ amat popular sekarang. Ianya betul bermanfaat tapi anda kena berhati-hati. Memang anda tidak dikenakan interest oleh pihak syarikat tersebut tapi jika anda menggunakan kad kredit dalam pembayaran, anda tertakluk kepada kadar interest kad kredit yang tinggi. Anda juga harus membayar bayaran perkhidmatan untuk memasuki skim tersebut. Jadi jangan mudah terjerat dengan skim ini, awasi penggunaan kad kredit anda. Contohnya seperti Kak Norly yang baru berkahwin memilih untuk membeli set perabot dan sofa dengan harga RM10 000; Kita memang sedikit untung kerana tiada kadar interest dari syarikat pembekal, tapi kita tetap kena bayar sebab penggunaan kad kredit di situ. Seharusnya konsep ‘zero interest’ yang difahami ialah, sekiranya kita membeli set kombo tersebut dengan harga RM10 000, kita hanya akan membayar RM10,00 tapi secara ansuran mengikut tempoh yang dibenarkan. Tapi pada akhirnya kita tertakluk kepada caj dari pihak kad kredit dan bayaran perkhidmatan dari syarikat penjual perabot tersebut. Memang nisbahnya boleh dikatakan masih sedikit, tapi anda masih berada dalam belenggu ‘bayar lebih dari yang sepatutnya’. Interest kad kredit = RM3,764
    • Urus Wang: Elak Gaji ‘Ghaib’ Oleh: Muaz Hadi 17 Kita mudah terpedaya dengan pihak bank kerana hanya perlu mengekalkan pembayaran secara umumnya 5% sahaja setiap bulan untuk terus menggunakan kad tersebut pada bulan seterusnya. Dalam kata lain, kalau kita berhutang RM5000, kita hanya perlu bayar RM250 sahaja untuk terus menggunakan kad kredit. Menarik bukan bunyinya? Tapi pernah tak kita kira berapa banyak wang yang di’ragut’ oleh pihak bank dari kita dengan hutang kad kredit? Tahukah anda, secara umumnya kebanyakan bank mengenakan kadar interest 18% setahun! Huh cuba anda kira sendiri berapa wang anda bakal ‘ghaib’ dengan kadar 18% tersebut. Tak hairanlah mengapa ramai graduan yang baru bekerja MUFLIS! Guna kad kredit dengan bijak! Anda boleh memilih untuk bergaya dengan kad kredit setiap kali membuat pembayaran dan menikmati manfaat yang disediakan seperti rebat minyak bagi pengguna ‘Visa Citibank Petronas’, rebat tunai bagi ‘Visa Citibank Giant’, 'Visa RHB Tesco' dan lain-lain tanpa membayar sesen pun interest pada bank. Caranya ialah anda melangsaikan semua bayaran dalam tempoh yang ditetapkan sebelum kiraan interest. Anda perlu prihatin terhadap ‘deadline’ dan dengan cara itu anda sebenarnya berada dalam zon selesa dan telah mengaplikasikan konsep “bayar apa yang perlu sahaja”. Jangan jadi muflis kerana kad kredit, tapi pilihlah untuk mendapat lebih manfaat dan keuntungan dengan kad kredit anda!
    • Urus Wang: Elak Gaji ‘Ghaib’ Oleh: Muaz Hadi 18 Bab 6: Pelan Tindakan Cepat i) Catat dan kawal aliran wang bulanan anda Anda harus semak status kewangan anda. Ambil kuiz yang direka khas untuk menilai kedudukan kewangan anda di Facebook. Link akan dihantar terus ke email sekiranya anda mandaftar di http://pengurusanwang.com/ Setelah anda tahu keadaan kewangan anda, 1. Buat satu nilaian atau hitungan ke mana GHAIB nya wang anda. Monitor dan catat setiap perbelanjaan anda secara terperinci untuk satu bulan supaya anda tahu mana hilangnya duit tersebut. Guna buku 555 2. Bahagikan catatan perbelanjaan anda kepada dua bahagian utama iaitu Perbelanjaan Tetap dan Perbelanjaan Boleh-Ubah 3. Anda boleh kurangkan perbelanjaan anda di bahagian Perbelanjaan Boleh-Ubah 4. Untuk bulan seterusnya, asingkan wang yang sekadar secukupnya untuk setiap portion perbelanjaan, contohnya bajet untuk barang dapur hanya RM200 dan anda tidak boleh lebih dari tu. Isi “Carta Aliran Wang bulanan” dan isi untuk tahu mana ‘ghaib’nya wang gaji anda. (“Carta Aliran Wang Bulanan” boleh di download secara percuma di laman web utama) ii) Beri perhatian kepada perkara-perkara di bawah Saya senaraikan beberapa benda penting yang anda kena ambil tindakan dan monolog pada diri sendiri. Anda harus mulakan langkah utama secepat mungkin untuk menjamin kesihatan kewangan anda! simpan dulu baru belanja paksa simpan (auto debit) delayed gratification (sabar dengan kehendak anda) belanja berkira pantau perbelanjaan harian mula menyimpan awal tumpukan pada yang utama enjoy apa yang ada ubahsuai rumah dengan kadar yang sesuai elak aksesori kereta
    • Urus Wang: Elak Gaji ‘Ghaib’ Oleh: Muaz Hadi 19 beli/belanja 1 level bawah kemampuan anda jangan kejar fashion beli yang berkualiti kurangkan/pendekkan panggilan telefon ambil 'family plan' kalau anda seorang kaki gayut seperti penulis pergi shopping dengan perut penuh toilettries dan makeup yg murah iii) Pilih pasangan Low Maintenance Bagi yang belum mempunyai pasangan, cari dan pilih yang 'low maintenance' untuk kebahagiaan anda di masa hadapan. Untuk yang dah berkahwin dan berpunya, cuba didik pasangan anda untuk hemah berbelanja. Ini bukan 'joking' tapi ini serius. Dalam Islam kita disuruh memilih pasangan berdasarkan 3 kriteria utama iaitu agama, keturunan dan harta. 3 ciri ini kalau anda lihat secara hikmahnya dalam lingkungan holistik membawa maksud 'gaya hidup' oleh itu kita sememangnya disuruh dan digalakkan untuk menilai semua ini ☺. Apakah dia pasangan yang 'high maintenance'? Perhatikan pasangan anda dan nilai beberapa perkara untuk mengetahui dia nya 'high maintenance" ke tidak. Ini sekadar panduan kasar; PEREMPUAN Beg tangan - kalau begnya Gucci ori… Fashion mahal Baju jenama mahal Makeupnya Gila shopping Kaki window shopping Handphone nya Kasutnya LELAKI Henphone nya - cari yang pakai henpon nokia hitam putih mcm penulis ☺ Rokok Audio system kereta Sport rim Body kit kereta Baju dan seluar berjenama Sentiasa mengeluh tak ada duit Style
    • Urus Wang: Elak Gaji ‘Ghaib’ Oleh: Muaz Hadi 20 Bab 7: Penutup Rasanya cukuplah sekadar ini sahaja perkongsian kali ini. Apa yang penting ialah anda ada kesedaran tentang pengurusan kewangan dan tahu bagaimana nak menguruskannya. Risalah ringkas ini disusun supaya ianya ringkas dan mencakupi aspek-aspek kritikal yang kadangnya terlepas pandang oleh kebanyakan kita. Terima kasih untuk teman-teman terutamanya saudara Rozaidi Rusmin yang banyak bertanya lantas memaksa kudrat saya menulis risalah ringkas ini. Banyak lagi isu yang perlu anda tahu: Pembelian rumah Pinjaman peribadi Skim pelaburan dan nilaiannya Insuran dan takaful Manipulasi Overdraft Manipulasi ASB loan, sijil simpanan ASB etc Penggunaan KWSP untuk meminimumkan cukai Zakat dan cukai pendapatan Dan banyak lagi lah… Cari lah maklumat-maklumat tersebut kerana ianya amat berguna dalam menjamin keutuhan kewangan anda. Mudah-mudahan perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Kalau anda dapati ianya bermanfaat, sebarkan lah kepada saudara-mara dan teman anda untuk dimanfaatkan. Anda akan mendapat ‘tools’ dan maklumat tentang pengurusan kewangan dari semasa ke semasa terus ke email anda jika anda mendaftar di http://pengurusanwang.com/ Sementara itu anda boleh download perisian percuma di http://pengurusanwang.com/download-tools/ • Aliran pendapatan bulanan • Pembahagian Pendapatan Ideal atau tidak… dan banyak lagi..!! Jangan biarkan masalah kewangan membelenggu diri anda. Kawal perbelanjaan anda dan mulalah mencari pendapatan-pendapatan tambahan untuk meningkatkan tahap kewangan anda. Mempunyai ‘multiple income stream’ menjadikan anda tidak terlalu bergantung kepada gaji anda! SalamSalamSalamSalam kebebasan kewangankebebasan kewangankebebasan kewangankebebasan kewangan untuk andauntuk andauntuk andauntuk anda
    • Urus Wang: Elak Gaji ‘Ghaib’ Oleh: Muaz Hadi 21 Cadangan dari saya, anda boleh dapatkan ebook Bagaimana nak mengurus gaji anda dengan efektif dan efisien di http://offto.net/uruswang/ tulisan saudara Khairul. Anda akan belajar; Asas dan prinsip penyediaan belanjawan (bajet) Kaedah membuat agihan ke atas wang gaji Bagaimana untuk memenuhi impian dan kemahuan anda tanpa perlu berhutang? Bagaimana menyediakan sejumlah wang untuk pembayaran insuran dan cukai jalan kenderaan anda setiap tahun tanpa perlu sakit kepala? Bagaimana untuk melindungi keluarga dan rumah anda daripada bencana kewangan yang tak disangka-sangka! Dan banyak lagi!! Dapatkannya di http://offto.net/uruswang/