Rahsia Kumpul Database

1,401 views
1,282 views

Published on

Pemasaran emel adalah antara cara paling berkesan untuk anda menghasilkan pendapatan yang berterusan.

Published in: Business
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,401
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
73
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Rahsia Kumpul Database

  1. 1. Rahsia Kumpul Database pemasaranemel.ideabiznet.com Page 1 Hak Terpelihara oleh IdeaBiznet Ebook ini adalah percuma dan bukan untuk dijual. Anda mempunyai hak untuk mengedarkan ebook ini kepada sesiapa sahaja dengan syarat tidak mengubah sebarang isi kandungan asalnya.
  2. 2. Rahsia Kumpul Database pemasaranemel.ideabiznet.com Page 2 Pemasaran emel adalah antara cara paling berkesan untuk anda menghasilkan pendapatan yang berterusan. Bayangkan syarikat besar seperti ADIDAS memasarkan produk mereka dengan pemasaran emel. Apabila mereka ada produk yang baru, mereka akan beritahu di dalam emel. Secara tidak langsung, maklumat itu sampai terus pada peminat produk jenama ADIDAS dan saya jamin jualan akan melambung tinggi dalam masa yang sekejap. Pemasaran emel memberi kita peluang untuk mengumpul individu – individu yang minat produk kita.atau minat pada niche produk kita dalam satu senarai emel. Secara tidak langsung, anda boleh fokus untuk mendidik dan menjadikan mereka sebaga pembeli tegar produk yang anda cadangkan dari semasa ke semasa. Contohnya anda memikat pengguna internet untuk subscribe dengan menawarkan ilmu mengenai perniagaan ebay. Dari sini anda akan mendidik mereka untuk berjaya dalam perniagaan ebay dan dalam masa yang sama jika mereka ingin lebih tahu mengenai ebay mereka perlu membeli produk yang anda cadangkan. Menariknya, niche ebay mengandungi berbagai produk yang boleh di jual. Jadi, anda boleh jual pelbagai produk pada satu senarai emel. Ia sangat menguntungkan. Kelebihan-kelebihan Pemasaran Emel 1. Prospek yang disasarkan tepat. Tawaran yang anda lakukan akan sampai kepada prospek yang sudah mempunyai minat terhadap maklumat yang anda miliki. Ini dilakukan dengan mengumpul alamat emel prospek yang berminat dengan produk atau perkhidmatan anda dengan kaedah tertentu secara yang sah. 2. Penjimatan kos. Berbanding dengan lain-lain method pemasaran terus (direct marketing), pemasaran emel benar-benar lebih murah. 3. Cepat dan berkesan. Teknik pemasaran yang konvensional seperti surat-menyurat, mengambil masa yang panjang. Anda perlu menunggu beberapa bulan yang seterusnya untuk mendapatkan pengesahan daripada penerima.
  3. 3. Rahsia Kumpul Database pemasaranemel.ideabiznet.com Page 3 Dalam permit atau pemasaran emel „opt-in‟, promosi dapat dilakukan setelah beberapa hari prospek mendaftar untuk senarai emel anda. 4. Kadar respon adalah tinggi. Secara umumnya, keizinan atau kempen emel „opt-in‟ membawa kepada kadar respon yang tinggi berbanding dengan iklan promosi terus secara tradisional atau lain-lain jenis promosi dan pengiklanan online. Tidak seperti laman web yang mana para pengguna perlu ingat alamat laman web yang ingin dikunjungi, ezine emel atau newsletter tiba ke „pangkuan‟ prospek anda tanpa memerlukan mereka mengambil apa-apa tindakan. Dari masa ke semasa, proses ini akan mendidik pelanggan anda tentang produk atau servis yang anda tawarkan sekaligus akan menjadikan anda pilihan mereka sebagai penyedia maklumat yang mereka ingini. Bahan-bahan yang boleh dimuaturun seperti eBook boleh diakses dengan seberapa segera. Sebagai contoh, apabila anda menawarkan kepada prospek sebuah ebook yang mengandungi maklumat yang berguna, prospek hanya perlu melayari laman web anda, klik link ke „landing page‟ anda dan masukkan maklumat peribadi yang diperlukan kemudian eBook yang disediakan itu sudah boleh dimuaturun oleh mereka. 5. Emel boleh melakukan tugas-tugas tertentu secara automatik. Autoresponder memainkan peranan penting dalam hal ini dan merupakan alat yang praktikal dan murah. Ianya boleh ditetapkan untuk berfungsi secara „auto-pilot‟ bagi menghantar mesej-mesej yang anda sediakan kepada para prospek anda. Autoresponder juga menghantar emel secara automatik kepada sesiapa sahaja yang menghantar emel kepada anda yang berkaitan dengan produk atau servis yang anda sediakan. Dua perkara yang harus anda ingat. Pertama, bilangan pengguna Internet di Malaysia makin bertambah setiap hari. Peningkatan pada setiap tahun amat-amat ketara. Perkara penting kedua, hari ini kebanyakan orang mempunyai akaun emel masing-masing dan setiap hari mereka akan meluangkan masa untuk menyemak akaun emel mereka. Ini telah membuka peluang promosi kepada para pemilik bisnes seperti anda.
  4. 4. Rahsia Kumpul Database pemasaranemel.ideabiznet.com Page 4 Oleh itu, apa yang boleh dilakukan oleh anda sebagai pengusaha ialah menghantar emel promosi produk atau servis anda kepada para pelanggan seperti ini dengan menggunakan strategi Pemasaran emel yang disasarkan atau Targeted Email Marketing! Formula dalam Pemasaran Emel Untuk menjayakan pemasaran email tool ini diperlukan: - Autoresponder - Domain - Hosting Anda Cuma perlukan 5 step sahaja: 1. Cari Produk 2. Buat Minisite 3. Daftar Autoresponder 4. Set Follow up Email 5. Traffik Jom Follow step by step: Step 1 Cari Produk: Cari produk yang banyak permintaan saya akan senaraikan 3 produk/niche yang memang hot di pasaran: Niche Kerjaya: - Panduan Temuduga - Panduan Lulus peperiksaan Niche Pelaburan: - Panduan Forex - Panduan Saham - Panduan Silver Niche marketing/buat duit: Ketiga-tiga niche yang saya nyatakan, demand di pasaran sangat tinggi jadi buat pilihan niche dan fokus: Step 2: Buat minisite bertujuan mengumpul list. Rahsia utama mengapa si pelawat berminat nak masukan nama & email mereka adalah disebabkan tajuk yang menarik perhatian mereka untuk mengetahui lebih lanjut seperti contoh gambar di bawah. Buat headline yang menunjukan masalah dan penyelasaian apabila mereka masukan nama dan email. Step 3 Daftar Autoresponder: Autoresponder adalah software di mana kita akan mengumpul senarai nama yang bermasalah dan akan diselesaikan dengan bantuan follow up.
  5. 5. Rahsia Kumpul Database pemasaranemel.ideabiznet.com Page 5 Autoresponder adalah WAJIB jika anda ingin berjaya dengan pemasaran email. Step 4: Set Followup Email: Dari kajian saya sendiri si pembeli akan melakukan pembelian jika panduan yang mereka baca dapat membantu menyelasaikan masalah yang dihadapi. Untuk follow up pula banyakkan share info-info berguna kepada pembaca anda Dalam masa yang sama anda boleh letakkan link affiliate untuk rujukan mereka jika mereka berminat si pelawat mesti beli. Step 5: Traffik Saya yakin anda sudah tahu apa tu minisite, Sentiasa hantar pelawat ke landing page/minisite anda bukannya sales page. Antara lubuk traffik yang anda boleh gunakan adalah: - Group Related - Forum Related - Pengiklanan Berbayar - Solo Ads Buat iklan yang menunjukan rasa ingin tahu supaya mereka klik link minisite anda Contoh seperti: “Bagaimana Kalau Saya Kongsikan 5 Step Jana Pendapatan Di Facebook” >>Link Mini site anda << Cara Menggunakan Pemasaran Emel dengan Efektif Saya ingin kongsikan tip-tip ringkas tentang cara-cara menjadikan pemasaran emel efektif dalam membantu perniagaan anda:- 1. Kekalkan Konsep Ringkas dan Terus-Terang Kesederhanaan itu adalah penting. Terdapat banyak emel- emel yang dipenuhi dengan iklan yang dihantar kepada pelanggan dan biasanya mereka akan membuangnya tanpa berfikir panjang. Dengan mengekalkan konsep ringkas dan berterus-terang dalam emel anda terutama sekali di bahagian tajuk, anda akan dapati ada perbezaannya. Kemungkinan emel anda itu akan dibaca oleh para pelanggan adalah tinggi berbanding dengan emel yang terlalu „detail‟ dan panjang berjela-jela. Berikan maklumat ringkas, terus kepada kelebihan tawaran yang dibuat dan terus kepada laman jualan. Tetapi jangan
  6. 6. Rahsia Kumpul Database pemasaranemel.ideabiznet.com Page 6 lupa untuk memasukkan ayat „call to action‟ dalam emel anda tersebut kerana ia merupakan cara yang paling lama dan masih berkesan dalam „meminta‟ pelanggan membuat keputusan yang anda inginkan. 2. Kreativiti adalah Kunci Keberkesanan Pemasaran Emel Ringkas tidak bermakna anda tidak perlu kretif. Kretiviti merupakan salah satu cara yang paling baik untuk mendapatkan pelanggan. Jika anda mempunyai baris tajuk yang ringkas tetapi kretif, pembaca tetap akan berminat untuk membuka emel anda tersebut. Kandungan emel itu juga mestilah menarik. Rekabentuk yang unik walaupun bukan satu kemestian, tetapi boleh menjadi daya penarik tambahan. 3. Fahami Pasaran Anda Seperti juga pasaran-pasaran yang lain, anda sepatutnya boleh mengagak demografik para pelanggan anda. Ketahui siapa mereka dan apakah kesukaan mereka. Pastikan anda boleh mengatasi pesaing-pesaing anda. Jika anda masih agak baru dalam dunia perniagaan ini, adalah lebih baik anda membuat kajian ke atas harga dan gaya promosi para pesaing anda itu. Hasilkan pakej atau harga yang lebih baik dari mereka. Ini sudah tentu akan memberikan anda kelebihan dalam persaingan tersebut. 4. Memaksimumkan Kepenggunaan Teknologi Baru Pelajari alat-alat promosi baru yang berguna. Salah satu daripadanya ialah autresponder atau „mailbot‟. Buat sedikit kajian tentang perkara-perkara ini di Internet. Antara perkara-perkara berguna yang boleh dilakukan oleh autoresponder ialah menghasilkan follow-up, pengesahan tempahan yang dibuat dan „personalize‟ setiap mesej yang dihantar. Ini bukan sahaja menjimatkan masa anda bahkan dapat membekalkan para pelanggan anda dengan maklumat terkini dari anda. Selain dari autoresponder, belajarlah juga bagaimana untuk menggunakan alat-alat programming atau program grafik yang boleh dimanfaatkan dalam merekabentuk emel anda. 5. Bina Nama Anda Salah satu cara terbaik untuk melonjakkan bisnes anda ialah membina nama di persada perniagaan online. Luangkan masa untuk membuat kajian berkenaan dengan bisnes.
  7. 7. Rahsia Kumpul Database pemasaranemel.ideabiznet.com Page 7 Jika ada majalah perniagaan internet yang menyiarkan tentang bisnes anda maka itupun sudah cukup untuk menjadikannya terkenal. Jangan sekali-kali terlibat dengan strategi bisnes murahan yang hanya akan merugikan anda seperti SPAM dan sebagainya. Ini hanya akan mencacatkan bisnes anda kerana semua orang tahu; nama yang buruk hanya menyediakan perkhidmatan yang teruk. 6. Jadikan Diri Anda Profesional Alamat emel anda boleh menjadi penarik kepada bisnes anda. Tampilkan keprofesionalan anda dalam emel, termasuklah tajuk dan „header‟ emel tersebut. Kedua-dua perkara ini walaupun kecil tetapi mempunyai impak yang besar di mata pelanggan. Dengan penampilan yang profesional anda akan menjadikan promosi anda lebih berkesan. 7. Membuat Penilaian Sentiasalah menilai strategi anda, bermula dari penyediaan kandungan emel itu sendiri sehinggalah peralatan (tools) yang anda gunakan untuk penyediaannya. Kajilah apakah kelebihan dan kekurangannya. Untuk projek anda yang seterusnya, gunakanlah keputusan penilaian tersebut untuk hasil yang lebih baik. Ini semua adalah untuk memajukan lagi strategi pemasaran emel anda. 5 Kesilapan Ketika Melakukan Pemasaran Emel Di sini, saya akan huraikan perkara yang tidak patut anda lakukan ketika melakukan pemasaran emel. Kadang-kadang kita terlalu terkehadapan ketika melakukan sesuatu sehingga terlupa beberapa perkara yang tidak patut kita lakukan. 1) Terlalu Obses Dengan Bilangan Emel Dalam Senarai Emel. Ini adalah kesilapan biasa bagi seorang newbie. Mereka menganggap pemasaran emel hanya berkesan kalau mempunyai list yang banyak. Sifat ini perlu di buang kerana apa yang penting adalah kadar responsif dalam senarai emel anda. IM yang bijak akan sentiasa memberi maklumat berguna kepada subscriber mereka di samping menyuruh mereka yang tidak mahu lagi menerima tips untuk unsubscribe. Adalah penting untuk sentiasa menyuruh list unsubscribe jika mereka tidak berminat kerana anda bayar untuk setiap emel
  8. 8. Rahsia Kumpul Database pemasaranemel.ideabiznet.com Page 8 yang di daftar pada autoresponder anda. Jangan bazirkan wang untuk golongan ini. Memiliki senarai emel yang banyak hanya akan merugikan anda jika kebanyakan darinya adalah tidak responsif. Katakan anda mempunyai 20000 emel tetapi setiap kali anda menghantar emel, hanya 20 peratus sahaja yang membuka dan membacanya. Apa yang terjadi pada 16000 emel yang lain. Kenapa anda perlu membazirkan wang membayar yuran autoresponder untuk menyimpan emel yang tidak berguna di dalam sistem autoresponder anda. Oleh itu, perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah belajar untuk membina list yang responsif sejak dari awal lagi. 2) Tidak Sabar Untuk Promosi Produk Kepada List Yang Baru Masuk. Baru je daftar, anda sudah lakukan promosi pada emel tersebut. Perbuatan ini tida salah tetapi sangat salah. Anda pasti rasa menyampah jika anda masuk ke dalam kedai dan di paksa membeli sesuatu di dalam kedai tersebut. Sama juga dengan perasaan pemilik emel ini. Dalam pemasaran emel, anda perlu ada tempoh bertenang. Mulakan dengan pengenalan dan beri apa yang subscriber anda mahukan iaitu maklumat yang anda janjikan atau apa sahaja yang anda janjikan. Selepas itu, barulah anda lakukan promosi secara berhemah pada senarai emel anda. Pandangan pertama adalah penting. Jika anda melakukan promosi pada emel pertama anda kepada pelanggan anda. Emel yang di hantar anda seterusnya, mungkin tidak akan di buka langsung oleh pemilik emel tersebut. Lebih teruk, mereka mungkin akan terus buang emel anda dengan hanya melihat nama anda sahaja. 3) Spam Dengan Bermacam-Macam Tawaran. Antara kesilapan paling teruk dalam pemasaran emel adalah melakukan promosi membuta tuli. Anda perlu faham, pemilik emel adalah manusia dan bukannya robot. Manusia mempunyai perasaan. Jika anda melakukan promosi membuta tuli, pemilik emel menganggap anda sebagai spammer. Oleh itu, secara rasminya kreibiliti anda akan tercalar. Anda perlukan langkah yang konsisten. Tidak mengapa jika anda bermula lewat untuk sesuatu cabaran affiliate, yang penting hubungan anda dengan subscriber anda selamat.
  9. 9. Rahsia Kumpul Database pemasaranemel.ideabiznet.com Page 9 Jika tidak, emel yang anda hantar pasti akan di cop spam oleh pemilik emel atau lebih teruk mereka akan terus setkan alamat emel anda sebagai spam. Mulakan promosi dengan pengenalan produk, kemudian sertakan kehebatan produk tersebut, risiko yang perlu di tanggung dan seterusnya membawa pelanggan untuk melakukan tindakan iaitu membeli. 4) Menghantar Emel Yang Terlalu Panjang. Siapa suka membaca? Jika anda masih belajar, mungkin. Jika anda sudah mempunyai keluarga dan bekerja, mungkin tidak. Anda silap jika anda ingat pemilik emel akan membaca semua yang anda tulis kerana anda juga tidak pernah lakukan, kenapa orang lain akan lakukan. Kebanyakan IM bersifat tamak dengan melakukan promosi 3 hingga 4 produk dalam satu emel. Tahukah anda? betapa menyampahnya pemilik emel untuk menerime emel yang panjang dari anda. Cukup sahaja menulis emel yang ringkas dan padat. Ada pakar IM mencadangkan untuk menghantar emel dalam 300 hingga 400 perkataan sahaja dan saya rasa cadangan tersebut mungkin betul. 5) Bersikap Tidak Professional Ketika Menghantar Emel. Penggunaan perkataan aku dan menganggap subscriber anda sebagai kawan adalah antara kesilapan yang di lakukan oleh IM. Mereka bukan kawan anda tetapi pelanggan anda. Sikap professional banyak di amalkan oleh IM-IM yang ada kredibiliti. Mereka melayan setiap karenah pelanggan dengan professioanal. Begitu juga dengan subscriber mereka. Gunakan pendekatan personalize sudah cukup untuk mendekatkan diri anda dan subscriber anda. Ramai IM menganggap setiap subscriber adalah manusia biasa dan mereka menghantar emel dengan mengaggap seolah-olah subscriber mereka akan mendengar semua yang mereka katakan. Mereka silap setiap subscriber di dalam senarai emel mereka bukanlah manusia biasa tetapi adalah pelanggan. Anda perlu melayan pelanggan anda secara professional seolah-olah anda berada di dunia sebenar. Kenapa Perlu Kumpul Database? Jawapan saya, jika anda ingin pendapatan meningkat dari 1% kepada 50% mungkin lebih,anda wajib mempunyai database
  10. 10. Rahsia Kumpul Database pemasaranemel.ideabiznet.com Page 10 dan juga sistem pemasaran yang betul. Paling penting adalah databased anda yang "TARGETED". Memang nampak mudah pemasaran emel ini, tapi ia perlukan komitmen bulanan dan juga ilmu dan juga strategi untuk mengumpul data list prospek. Lepas kumpul data list prospek, anda harus kenal prospek anda. Tanpa mengenali prospek anda, pemasaran anda takkan kemana. Jika anda masih perlukan rujukan nak kumpul list, saya ada perkara nak beritahu anda berkenaan teknik yang dihasilkan oleh Oswald Justin untuk anda iaitu Panduan Kumpul List Cara Pro. Saya harap dengan panduan ini dapat membuka lagi minda anda untuk menambahkan bilangan prospek anda. Jika anda masih belum bermula, di sinilah saya cadangkan untuk anda bermula. Untuk jadikan teknik pemasaran emel anda sebagai mesin wang, anda perlu aktifkan kunci utama. Kunci utama yang di maksudkan adalah hubungan di antara anda dan subscriber anda. Hubungan antara anda dan subscriber perlulah rapat dan ada perasaan percaya subscriber terhadap diri anda. Jika anda hanya hantar emel berbentuk promosi kepada subscriber, mereka akan mula menjauhi emel yang anda hantar. Yalah, siapa nak baca emel yang berisi iklan. Mereka perlukan satu motivasi untuk membaca emel anda. Dalam erti kata lain, mereka perlukan sebab kenapa mereka perlu baca emel anda. Apabila anda berikan mereka sebab untuk membaca, mereka akan terus membaca sehingga habis. Di sebabkan emel anda selalunya istimewa, mereka akan baca dan buka semua emel yang anda hantar tanpa ragu – ragu. Apabila mereka sentiasa membaca emel yang anda tulis, lama kelamaan mereka akan berminat membeli produk yang anda cadangkan pada mereka. Anda juga yang akan untung. Ada dua jenis subscriber iaitu subscriber yang sekadar ingin tahu maklumat yang anda tawarkan dan subscriber yang memang berminat untuk belajar maklumat yang anda tawarkan. Subsriber yang minat untuk belajar mungkin sudah membeli produk anda di awal – awal lagi kerana ingin terus belajar tanpa tangguh – tangguh.
  11. 11. Rahsia Kumpul Database pemasaranemel.ideabiznet.com Page 11 Bagi subscriber yang sekadar ingin tahu, mereka perlukan masa untuk jadi seorang pembeli. Di sinilah emel yang anda hantar menjadi peranan. Untuk pengetahuan anda, dari 100 subscriber yang berdaftar, mungkin hanya 13 orang sahaja yang subscribe kerana ingin membeli apa yang anda tawarkan atau ingin belajar. Selebihnya, mereka sekadar subscribe kerana ingin tahu. Di sebabkan bilangan subscribe yang sekadar ingin tahu adalah banyak, anda perlu didik mereka dengan siri emel supaya ambil tindakan untuk belajar. Jadi, sejak awal lagi, emel yang anda hantar perlulah memberi mereka motivasi untuk ambil tindakan atau “ take action”. Emel yang berkualiti akan membina kepercayaan dalam diri mereka terhadap anda. Secara tidak langsung, lama kelamaan mereka akan terpikat pada produk yang anda cadangkan itu. BERITA BAIK untuk Usahawan Internet. Dalam Panduan Kumpul List Cara Pro, anda akan belajar cara tarik trafik ke Squeeze Page. Sekarang, mengumpul database pelanggan bukan lagi satu masalah dengan wujudnya Facebook Ads. Modul Panduan Kumpul List Cara Pro - Idea Menghasilkan Squeeze Page "Convert List" Cara OJ - Rahsia Jana Traffik Cara OJ - Teknik Split Test Fbads Cara OJ - Blueprint 4-5 Angka - Belajar Pemasaran Emel Jana 4-5 Angka (melalui Fb Group) - Life Time Free Update. Apa yang anda akan belajar dalam Fb Group nanti - Belajar Bagaimana Cara Setup "Mesin Duit" - CopyCat Follow up Email Yang Telah Terbukti Berkesan. Pemasaran emel sangat mudah. Anda cuma perlu faham sistem yang teratur, kerana kerja anda seterusnya cuma perlu menulis emel kepada pembeli yang mengambil masa kurang 5-10 minit untuk disiapkan. Jika anda berminat untuk dapatkan panduan ini, anda boleh dapatkannya dengan klik butang di bawah…
  12. 12. Rahsia Kumpul Database pemasaranemel.ideabiznet.com Page 12 Sumber - panduankumpullist.com - ideapemasaranemel.blogspot.com - ideapemasaranemel.blogspot.com/2014/06/ebook-percuma- rahsia-kumpul-database.html

×