Your SlideShare is downloading. ×
Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Preview Kit Panduan Lengkap Bisnes Ebook

358
views

Published on

(Preview) Panduan Lengkap Buat Ebook dan Jana Pendapatan Dengannya

(Preview) Panduan Lengkap Buat Ebook dan Jana Pendapatan Dengannya

Published in: Marketing

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
358
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
18
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. 1 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 1
  • 2. 2 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Panduan Lengkap Buat Ebook dan Jana Pendapatan Dengannya FaizAlias www.bisnesebook.com www.faizalias.com Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 2
  • 3. 3 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Penafian Naskah ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat umum kepada pembaca. Anda mungkin perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda.. Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam naskah ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan naskah ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Strategi yang disebut di dalam naskah ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Hak Cipta Terpelihara © 2014 www.bisnesebook.com Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada pihak penulis. Kebanyakkan gambar digunakan adalah sekadar hiasan tiada kena mengena dengan artikel atau individu itu sendiri. Diterbitkan oleh AzZahra Creative Enterprise (RA0029102-D). Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 3
  • 4. 4 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Penghargaan Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung semasa saya siapkan ebook panduan lengkap bagaimana cara nak buat ebook dan jana pendapatan melaluinya. Selama 5 bulan hasil kajian, pembacaan dan pengalaman sendiri yang terlibat hampir dua tahun dalam dunia bisnes online, akhirnya siap juga panduan yang saya buat secara terperinci ini. KHAS UNTUK YANG BARU BERMULA. Jadi saya buat cara penyampaian yang agak panjang lebar sikit supaya tiada ada info tertinggal. Terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah menyokong secara tidak langsung dari belakang. Tanpa sokongan daripada mereka, tentu ebook ini tidak dapat disiapkan sepenuhnya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang mengenali saya kerana faham keadaan saya yang sentiasa sibuk dan mereka banyak membantu dengan tidak mengganggu untuk saya menyiapkan ebook ini. Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 4
  • 5. 5 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Tidak lupa juga kepada Abu Muhammad iaitu pengasas website Murahnya.my kerana beliau turut membantu saya serba sedikit dalam idea untuk siapkan panduan ebook secara langkah demi langkah ini. Kepada anda, saya juga ucapkan ribuan terima kasih kerana percayakan saya dengan mendapatkan ebook ini. Semoga apa yang saya sampaikan nanti anda dapat baca, fahami dan hadam ilmu buat ebook serta menjualnya. Keuntungan anda simpan 100% dalam kocek anda. Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 5
  • 6. 6 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Kandungan Pendahuluan---------------------------------------------------------------7 Topik 1:Rahsia Bisnes Ebook-------------------------------------------19 Topik 2:Mencari Idea Tajuk--------------------------------------------30 Topik 3:Tiga Cara Menjadi Penulis Ebook---------------------------37 Topik 4:Cara Hasilkan Ebook-------------------------------------------43 Topik 5:”Plan” A,B---------------------------danC 56Menjual E Topik 6:Membina Platform Jualan-----------------------------------64 Topik 7:Surat Jualan Memukau---------------------------------------67 Topik 8:Teknik Promosi-------------------------------------------------85 Topik 9:Cara Dapatkan Testimoni-----------------------------------109 Topik 10:Rahsia 25k----------------------------------------------------114 Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 6
  • 7. 7 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Pengenalan Sebelum kita meneruskan pembelajaran cara buat ebook dan menjualnya secara underground, ada baiknya saya menceritakan serba sedikit kisah pahit hidup saya sepanjang menjadi Internet Marketer secara underground selama hampir dua tahun. Secara ringkas dan padat… Ouh ya, saya sarankan anda supaya print sahaja ebook ini dan jadikan ia sebagai panduan anda untuk hasilkan ebook anda sendiri nanti. Baca di Komputer atau smartfon anda akan menyebabkan mata anda cepat letih. Nama saya Faiz. Dalam dunia online ni saya telah memperkenalkan diri saya sebagai FaizAlias. Saya ada satu blog peribadi yang berkongsikan tentang bisnes internet, tutorial wordpress, mengisahkan tokoh-tokoh bisnes dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan bisnes. Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 7
  • 8. 8 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Blog Peribadi >>> www.FaizAlias.com Penglibatan saya dalam dunia perniagaan online ini adalah saya bermula dengan Jobdirumah iaitu selepas saya tamatnya pengajian saya di Matrikulasi Kedah, Changlun. Melaluinya, saya buat kerja seperti menaip, masukkan data dan lain-lain lagi. Senang kata saya di sini adalah sebagai freelancer sambilan. Selepas itu, saya mula terlibat dalam bisnes servis seperti design banner timeline, buat website dan sebagainya. Saya cukup bertuah pada masa itu kerana saya memasarkan bisnes servis saya ini di dua buah platform jualan iaitu Fiverr.com dan juga Murahnya.my. Kedua-dua buah platform inilah yang membantu saya mengumpulkan modal sehingga saya mampu untuk buat modal bisnes yang lain tanpa meminjam. Nak buat bisnes dengan meminjam sebenarnya tidak digalakkan kerana akan timbul banyak masalah. Jika anda yakin bisnes anda menjadi, meminjam menjadi salah satu kaedah terbaik. Kata otai, meminjam adalah untuk membesarkan perniagaan, bukan untuk memulakan perniagaan. Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 8
  • 9. 9 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Tidak cukup dengan itu, saya juga buat bisnes servis di website www.i- creative.my dan bisnes printing T-shirt di laman web rasmi saya www.azzahracreative.com. Saya ada syarikat kecil sendiri iaitu Az Zahra Creative Enterprise ( RA0029102-D ) dengan dibantu oleh beberapa rakan. InsyaAllah…Inilah-benarnyabakal bis nanti. Kisahnya bermula begini… Pada suatu hari, saya terbaca kisah Muaz Hadi, Jamaluddin Bahari, Hafizi Zain (sepupu saya sendiri), Tengku Faris dan Gobala Krisnan dalam menjual ebook. Mereka ini semua boleh dikategorikan sebagai usahawan ebook yang berjaya kerana mampu hasilkan 5 angka dalam masa sebulan. Ada juga yang mencecah 6 angka tidak sampai sebulan. Kisah mereka ini, nanti saya akan selitkan dalam panduan ini untuk menjadi motivasi kepada anda dan menjana idea untuk anda buat ebook sendiri. Ada produk sendiri. Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 9
  • 10. 10 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Dari situ saya mula melihat potensi menjual ebook dan saya mula cuba buat bisnes ebook sendiri. Ebook yang saya hasilkan tersebut adalah berdasarkan 100% pengalaman saya sendiri iaitu bagaimana cara saya buat duit di internet tanpa modal. Pada awal mulanya saya menjual ebook sendiri, sambutan tidak begitu menggalakkan. Lebih kurang seminggu seorang saja ada pembeli. Sedikit agak kecewa… Tetapi saya tidak berputus asa. Banyak kaedah cuba jaya yang saya buat supaya jualan terus berlangsung dengan cara sendiri. Dalam masa sebulan di lancarkan, ada sikit peningkatan berbanding pada mula-mula di lancarkan. Pertama sekali saya lancarkan ebook ini adalah di wangcyber.com. Maklumlah…Ebook yang saya buat tu sesuai untuk mereka yang dah jana ribu- riban di internet. Ebook ini sesuai untuk mereka yang masih tercari-cari untuk jana pendapatan yang pertama di internet. Alhamdulillah. Ada yang berjaya. Berbalik kepada kisah tadi… Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 10
  • 11. 11 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Akhirnya, kaedah cuba jaya saya menjadi apabila saya menjumpai kaedah sebenar untuk jual ebook- se mana pakar jualan. Ya! Sambutan yang amat menggalakkan menyebakan saya mampu mengumpul sebanyak 5 angka BERSIH dalam masa 6-7 bulan sahaja secara UNDERGROUND tanpa ber”JV”-manadenganotaidi man internet. Saya buat ebook sendiri dan saya sendiri berusaha memasarkannya. Lima angka tersebut saya simpan sepenuhnya dalam simpanan! Menarik bukan? Tentu anda nak buat perkara yang sama bukan? Ber”JV” dengan otai atau jual eboo kelebihan masing-masing. Tetapi ikutlah sesuai dengan ebook yang anda hasilkan. Jadi, dalam panduan lengkap ini, saya akan ceritakan kepada anda langkah-langkah mudah buat ebook sehinggalah anda berjaya memasarkannya secara underground. Kepada anda yang tidak ada kemahiran IT langsung, saya nasihatkan anda jangan risau kerana apa yang bakal saya tunjukkan ini adalah sangat-sangat sesuai untuk newbie. Zero knowledge. Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 11
  • 12. 12 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Kaedah demi kaedah. Langkah demi langkah saya tunjukkan supaya anda berjaya membuat ebook sendiri dan menjualnya. Asalkan anda ikut 90% apa yang saya katakan ini dan 10% lagi gunakan idea kreatif anda untuk mendapat jualan. Saya tahu… Tidak semua manusia boleh ikut strategi orang lain 100%. Apa yang penting adalah idea yang saya berikan dan anda kembangkan sedikit idea yang saya sampikan nanti. Manipulasikan idea saya tersebut untuk menghasilkan pendapatan yang lebih lumayan dengan ebook. Dengan izin Allah….Amin… Kenapa saya keluarkan panduan ini? Dari sehari ke sehari, apa yang saya perhatikan, bisnes ebook atau produk digital kini menjadi satu trend bisnes pada masa kini. Ramai yang ingin buat ebook atau produk digital sendiri tetapi tidak tahu cara sebenar nak buatnya. Tools yang tidak cukup, tidak tahu membina webjualan, kekurangan idea menulis dan sebagainya menyebabkan mereka tergendala nak hasilkan produk digital sendiri. Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 12
  • 13. 13 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Jadi dalam panduan ini juga saya akan sediakan tools kepada anda. Anda tidak perlu pening-pening kepala lagi dah nak cari itu ini nak hasilkan sebuah ebook. Semuanya saya akan tunjukkan kepada anda. Buat masa ini, ketepikan dahulu jika anda kata anda tidak ada satu idea pun untuk hasilkan sebuah ebook. Saya akan tunjukkan tiga kaedah atau tiga plan yang menarik kepada anda bagaimana anda boleh menjadi penulis ebook. Saya akan terangkan dengan lebih mendalam pada topik 2 nanti. Bisnes paling efektif Bisnes ebook ini juga adalah salah satu kaedah yang terbaik untuk anda yang ingin memulakan bisnes online. Ini kerana, ia adalah salah satu bisnes yang berpotensi besar dan kurang risiko kerugian. Kosnya hampir kosong jika anda ada kelebihan dalam kemahiran IT! Ouh ya! Selain saya ceritakan bagaimana saya jual ebook dengan cara saya sendiri secara underground, saya juga akan ceritakan kepada anda bagaimana cara otai-otai buat dan jual ebook ni. Saya buat penambahan ini sedikit supaya jualan ebook anda lebih bagus daripada apa yang saya buat. Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 13
  • 14. 14 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Mitos Penjualan Bisnes Ebook Antara cara paling mudah untuk jana pendapatan di internet adalah melalui jualan ebook. Namun, tidak semua orang mengambil keputusan untuk jana pendapatan melalui ebook. Mereka tidak menjual ebook kerana minda mereka telah di sekat oleh sesuatu yang tidak perlu. Jika anda ada masalah untuk memulakan perniagaan ebook, anda patut teruskan bacaan anda kerana maklumat di dalam ebook ini memang boleh membantu anda untuk membuang semua perasaan prasangka terhadap perniagaan ebook. Berikut adalah tujuh mitos yang menghalang anda dari memulakan perniagaan ebook. Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 14
  • 15. 15 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Mitos Pertama : Anda perlukan idea yang unik dan hebat. Untuk pengetahuan anda, idea tiada makna jika tiada pembeli. Kebanyakan Internet Marketer menjana pendapatan melalui jualan ebook adalah dengan menjual maklumat yang betul pada orang yang betul. Jika anda perhatikan kebanyakan isi di dalam ebook boleh di dapati secara percuma di internet. Namun, ebook mereka tetap terjual kerana mereka menjual pada orang-orang yang terdesak untuk memperoleh maklumat di dalam ebook tersebut. Anda tidak perlu ada idea yang bernas atau idea yang hebat untuk menulis ebook. Apa yang anda perlukan hanyalah mencari sekelompok orang yang dahagakan sesuatu maklumat dan jual ebook berdasarkan maklumat tersebut. Mitos Kedua: Anda perlu menjadi pakar. Anda tidak perlu menjadi pakar untuk menulis sesuatu ebook. Apa yang anda perlukan hanyalah kebolehan untuk menyampaikan sesuatu. Kualiti ebook bergantung kepada sejauh mana kemampuan anda untuk menyampaikan sesuatu kepada pembaca ebook. Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 15
  • 16. 16 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Oleh itu, jika anda faham mengenai sesuatu, anda boleh menjual maklumat tersebut. Anda baca 3 jenis buku dan anda faham apa yang di perkatakan di dalam buku tersebut, kemudian anda olah mengikut kefahaman anda sendiri dalam bentuk ebook dan jual ia kepada orang ramai di internet. Tidak susah bukan? Mitos ketiga : Masa untuk menghasilkan ebook adalah lama. Inilah mitos yang selalunya mengganggu anda untuk menjadikan diri anda sebagai penulis ebook. Tidak susah untuk menulis ebook. Anda cari masalah, selesaikan masalah tersebut, kemudian anda jual penyelesaian tersebut kepada umum. Proses penulisan ebook adalah sangat mudah. Mitos Keempat : Anda perlu ada minat yang mendalam di dalam sesuatu tajuk untuk memulakan penulisan ebook. Minat tidak datang dengan sendiri. Minat datang apabila anda mula melakukan penulisan ebook. Ketika anda mula menulis, anda akan melakukan kajian. Di sinilah, minat anda akan datang kerana anda telah faham mengenai tajuk tersebut. Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 16
  • 17. 17 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Minat yang di maksudkan adalah apabila anda menulis, anda perlu serapkan minat di dalam penulisan supaya hasilnya adalah memberangsangkan untuk di baca. Mitos Kelima : Anda memerlukan testimoni sebelum memulakan perniagaan ebook. Kadangkala ada di kalangan anda tidak berani untuk menjual ebook kerana tidak tahu bagaimana hendak memperoleh testimoni. Senang sahaja, anda tulis ebook anda dan beri ia kepada beberapa orang yang berkenaan untuk anda memperoleh testimoni. Jangan rungsingkan diri anda. Anda boleh mulakan perniagaan ebook tanpa testimoni asalkan jaminan anda mencukupi. Testimoni adalah jaminan. Anda juga boleh meminta feedback dari pembeli untuk di jadikan testimoni. Mitos keenam : Niche tertentu telah tepu. Di dalam perniagaan, tiada istilah tepu. Tepu hanya wujud apabila wang adalah terhad, namun, wang di dunia adalah tidak terhad. DI dalam industri informasi, semua jenis ebook boleh di jual walaupun di dalam niche tersebut hampir semua perkara telah di terokai. Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 17
  • 18. 18 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Ada sahaja jalan untuk menjadikan ebook anda lebih baik dari ebook orang lain. Contohnya, wujudkan take action di dalam ebook, peta minda, teknik baru, kajian terbaru, harga murah, lebih ringkas dan mudah di fahami dan lain-lain teknik lagi. Mitos ketujuh : Susah untuk menemui USP USP adalah unique selling point. Ia bermaksud anda perlu ada apa yang pesaing anda tiada dan seterusnya mewujudkan pilihan baru kepada pengguna. Di dalam industri ebook, amat mudah untuk mencari USP. Anda boleh melakukan pelbagai teknik dan cara untuk mewujudkan USP di dalam ebook anda. Bukan senang hendak senang. Namun, jual ebook adalah kaedah yang senang untuk anda jana wang di internet. Tiada apa yang dapat menghalang anda untuk menjana wang di internet melainkan minda anda sendiri. Buang segala prasangka di dalam minda anda dan mulakan perniagaan ebook anda sekarang tanpa ragu-ragu lagi. Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 18
  • 19. 19 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Bab Rahsia1: Bisnes Ebook Sebelum kita pergi lebih jauh tentang buat ebook dan menjualnya, di sini saya nak anda tahu apa maksud ebook sebenarnya. Saya yakin, masih ramai yang tidak tahu apa itu ebook. Oleh sebab itu, saya terangkan sikit disini supaya anda lebih faham dan dapat menerima serta mencari peluang baru untuk menambahkan pendapatan anda. Apa itu ebook? Ebook atau dalam bahasa sebenarnya adalah Elektronik Book. Apabila ia diringkaskan, ia dipanggil ebook. Sebenarnya ada yang tidak tahu dan mempersoalkan kenapa ebook boleh jual? Sedangkan hanya hantar melalui email dan di download. Malah ia hanya dalam bentuk digital bukannya seperti buku fizikal yang biasa dimana memerlukan kos untuk cetak dan kos kertas. Maka persoalan mula timbul. Kos penghantaran zero! Kos buat ebook pun zero! Jadi apa yang dijualnya? Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 19
  • 20. 20 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Apa yang dijual dalam ebook sebenarnya adalah informasi dan ilmu yang ada dalam ebook tu. Informasi atau ilmu inilah yang kita jual kepada mereka yang berminat. Seperti keadaan sekarang ini. Anda sedang membaca ebook saya tentang informasi yang saya jual. Informasi yang saya jual adalah bagaimana cara nak buat ebook dan memasarkannya secara underground. Memang betul kos buat ebook yang anda sedang baca ini adalah RM0 tetapi banyak masa sudah saya habiskan dengan melakukan kajian dan cuba jaya sendiri selama 5-6 bulan merancang untuk siapkannya. Menulis ebook ini saya hanya mengambil masa seminggu setelah maklumat telah lengkap semuanya. Akhirnya, pada penghujung tahun 2013 barulah dapat disiapkan sepenuhnya untuk dijadikan panduan lengkap bisnes ebook untuk anda. Pernah ada seorang pembeli ni, perempuan, dia menghantar email kepada saya dengan nada yang marah ditempahnya tidak pernah sampai ke rumahnya setelah seminggu ditempah. Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 20
  • 21. 21 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Maka saya dituduh sebagai penipu dan sebagainya. Sedangkan dalam masa sehari sahaja saya telah menghantar link download kepadanya untuk beliau download dan baca apa informasi yang saya ingin sampaikan dalam ebook tersebut. Jadi di sini tiada istilah menipu. Mungkin dia tersalah faham apa yang saya jual sebenarnya. Lepas saya terangkan sebaik mungkin, barulah dia boleh faham dan boleh terima. Rupanya masih ada lagi yang tidak tahu apa itu istilah ebook. Jika ada pelanggan anda seperti ini di kemudian hari, anda bolehlah terangkan sebaiknya kepada mereka. Mungkin mereka baru berjinak-jinak dengan dunia internet. Rahsia Ebook Kini fenomena bisnes ebook tidak lagi menjadi rahsia kerana sudah banyak mereka yang biasa-biasa di luar sana menjana pendapatan yang “luar biasa” dengan hanyalandabisnes e sendiri. Mereka pada mulanya tidak dikenali oleh sesiapa pun. Bermula dengan bisnes ebook dan ebook mereka laku keras di pasaran, mereka mula dikenali oleh usahawan-usahawan tempatan. Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 21
  • 22. 22 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Kenapa ebook mereka boleh laku keras? Ini adalah kerana mereka pandai buat kajian sebelum melakukan sesuatu ebook. Bagi mereka, “Masalah adalah peluang” Perniagaan ebook sudah tidak releven? Perniagaan ebook yang mula-mula diperkenalkan di Malaysia adalah otai Internet Marketer, Mohd Suhaimy a.k.a SHUTH. Beliau adalah pelopor pertama dalam dunia bisnes ebook di Malaysia di mana ebook pertama beliau Maskahwinyang YangditulisHilang”. adalah Jika anda nak tahu, itulah ebook pertama di Malaysia dan sehingga kini masih lagi bertahan di pasaran. Dilaporkan juga, dari tahun 2005 sehingga sekarang, sebanyak berbelas ribu salinan yang telah terjual! Jadi adakah anda nampak potensi menjual ebook tersebut? Persoalanya, adakah perniagaan ebook sekarang sudah tidak releven? Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 22
  • 23. 23 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Tidak sama sekali. Selagi mana manusia ada masalah dan ebook anda mampu menyelesaikan masalah tersebut, ebook anda pasti laku di pasaran. Dalam panduan ini, anda bukan buat ebook sahaja. Saya juga sediakan anda satu software di mana anda boleh buat panduan dalam bentuk video. Jual panduan anda tersebut! Lima Kelebihan Bisnes Ebook Berikut adalah senarai kelebihan apabila anda buat bisnes ebook. 1. Kos rendah Bisnes ebook merupakan bisnes yang paling efektif untuk anda yang ingin mulakan bisnes internet. Cuba anda bayangkan, anda hasilkan ebook ini hanya dengan menggunakan perisian Microsoft dan menukarkannya ke dalam bentuk PDF. Tiada kos pun yang terhasil. Apa yang anda perlukan adalah hanya nama domain, hosting serta design sebuah web jualan untuk anda memasarkannya. Jika saya buat kira-kira, anda yang buta IT hanya memerlukan kos seminimum bawah RM400 sahaja untuk mulakan bisnes ebook ini. Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 23
  • 24. 24 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Jika anda mahir dalam bidang IT, anda boleh minimumkan lagi kos tersebut sehingga hampir kosong kosnya. Tetapi saya ada kaedah lain untuk anda benar-benar nak buat bisnes ebook tetapi tiada modal pun nak beli nama domain dan bina webjualan yang mampu menjual. Topik tersebut akan dibincangkan dalam topik 5. Saya tidak bercakap kosong. Ia adalah benar dan ramai sudah berjaya walaupun kosnya adalah RM0. 2. Risiko minimum Bisnes ebook membawa kepada anda risiko yang paling minimum. Hal ini kerana jika anda habis sebanyak RM400 (bajet saya) semuanya untuk siapkan sebuah ebook yang lengkap termasuk sebuah minisite jualan, anda tidak akan mengalami kerugian yang teruk jika dikatakan tiada yang berminat dengan ebook anda. Tapi saya rasakan ia mustahil jika tiada seorang pun yang akan membeli ebook anda. Pada bab yang seterusnya lagi, saya akan tunjukkan kepada anda cara bagaimana anda hanya perlu menulis sahaja dan pihak lain akan membantu anda dalam membina minisite dan juga jentera affiliate akan membantu anda dalam jualan. Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 24
  • 25. 25 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Kerja anda cuma perlu hasilkan ebook sahaja! Tiada modal langsung yang akan dikenakan. 3. Untung lumayan Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, sudah ramai mereka dari golongan yang tidak dikenali kepada golongan yang dikenali setelah jualan ebook mereka laku keras di pasaran. Cuba bayangkan anda mampu menulis sebuah ebook yang banyak permintaan di pasaran. Harga sebuah ebook yang anda jual adalah sebanyak RM30 sahaja. Katakan anda mampu menjual sebanyak 3000 hingga 4000 salinan dalam masa setahun. Anda sudah menjana diantara RM90,000 hingga RM120,000 dalam masa setahun. Tidak perlu pandang cara otai buat 5 angka sebulan kerana ebook mereka memang banyak permintaan. Sekarang ini pandang diri anda dulu. Adakah ebook anda mampu mencapai angka sebanyak itu dalam masa setahun? Tidak mustahil jika ebook anda ada permintaan. Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 25
  • 26. 26 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual 4. Senang Urus Ebook adalah dalam bentuk digital yang berformat PDF atau exe. Tetapi format yang paling popular adalah PDF. Ia pula bersaiz lebih kecil dan anda hanya memerlukan beberapa space sahaja di computer anda untuk menyimpan file ebook anda. Apabila ada yang menempah pesanan ebook anda, anda hanya perlu menghantar link download sahaja kepada mereka melalui email. Mudah dan senang nak urus bukan? Tidak seperti buku fizikal. Jika ada yang menempahnya, anda memerlukan kos penghantaran dan pergi ke pejabat pos untuk dihantar kepada pelanggan anda. 5. Pendapatan Pasif Adakah anda tahu apa itu pendapatan pasif? Pendapatan pasif adalah anda hanya buat sekali kerja dalam sesuatu masa dan anda boleh nikmati secara berterusan wang masuk ke dalam poket anda. Masa anda sedang makan, masa anda sedang tidur, masa anda sedang bershopping dengan keluarga dan lain lain lagi, duit akan sentiasa masuk saja pada bila-bila masa ke dalam bank anda tanpa anda sedari pun. Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 26
  • 27. 27 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Kerja anda nanti, semak saja email tempahan dan hantar link download kepada mereka yang telah membuat tempahan. Bunyi macam menarik dan tidak masuk akal kan? Tapi itulah realitinya seorang usahawan ebook! Saya dah alami. Anda bila lagi? Bagaimana nak mulakan bisnes ebook ini? Tahniah! Anda semakin menghampiri pembelajaran cara-cara mudah buat ebook dan menjual ebook. Nak mulakan bisnes ebook ini hanya ada tiga turutan langkah mudah.  Pilih Tajuk Ebook Perkara yang paling penting dalam bisnes ebook adalah memilih idea tajuk ebook. Inilah yang paling penting sekali dalam bisnes ebook. Adakah tajuk yang anda pilih itu menjadi permintaan ramai? Adakah tajuk yang anda pilih itu berdasarkan pengalaman anda yang sebenar? Adakah anda expert dalam topic yang dibincangkan tersebut? Jika tidak ada semua itu bagaimana caranya nak buat ebook? Saya akan ceritakan nanti dalam bab seterusnya. Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 27
  • 28. 28 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual  Bina Minisite Bina sebuah laman webjualan yang mampu menjual. Tidak semua orang boleh hasilkan sebuah ministe kerana tiada kemahiran. Anda tidak perlu risau. Dalam bab yang seterusnya, saya akan ceritakan kepada anda tiga plan yang menarik dan mampu untuk anda mulakan bisnes ebook anda sendiri dengan kos RM0. Topik ini adalah hanya intro sahaja supaya anda rasa ada getaran dan tak sabar nak hasilkan ebook sendiri.  Promosi Produk dah ada iaitu ebook anda. Laman webjualan sudah ada iaitu sebuah minisite yang diyakini dan yang ketiga sudah semestinya promosi. Bahagian inilah “jantung” atau nad anda ada sebuah ebook yang hebat dan sebuah minisite dengan ayat jualan memukau tetapi tidak pandai promosi. Tidak ada seorang pun yang menjumpai website anda. Jadi bagaimana jualan boleh berlaku jika trafik kurang? “Walaupun anda memiliki produk yang paling bagus tetapi jika anda gagal untuk menjualnya, maka anda tetap orang yang gagal” . Donald Trump, Billionaire Amerika Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 28
  • 29. 29 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual Sama-sama kita fikirkan. Baiklah, sebelum kita mula nak hasilkan ebook ni, saya nak anda semak bahawa dengan pakej ini anda telah menerima bonus seperti berikut untuk memudahkan pembelajaran anda nanti. Sila semak dalam folder anda sekarang juga.  Kisah Kejayaan 10 Orang Usahawan Ebook    Software Videoscribe    Software Camtasia Studio 8    Action Script Buat Cover Ebook beserta Video Panduan    MagicecoverCreator    Skript Auto Update Tarikh dan Masa  Kesimpulan Pada topik ini saya telah menerangkan kepada anda apa itu ebook, mengapa ia boleh dijual dan kenapa ia boleh dijadikan sebagai produk anda sendiri yang sangat menguntungkan. Saya juga telah menerangkan kepada anda kelebihan menjadi seorang usahawan ebook supaya fikiran anda lebih terbuka untuk menjadi seorang usahawan ebook. Full Version >>>> BisnesEbook Hakcipta Terpelihara © www.bisnesebook.com Page 29