Your SlideShare is downloading. ×

Preview Ebook Seni Pemasaran Fb

245

Published on

Published in: Marketing
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
245
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
11
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ PAGE 1 OF 21
  • 2. EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Isi Kandungan Muka Surat Lesen & Peraturan 4 Penghargaan 5 Pengenalan 6 Tutorial Buat Facebook Page - Semudah ABC! 8 Bagaimana Memaksimakan Penggunaan Facebook 12 Pages Untuk Bisnes Meningkatkan Jualan Di Facebook – Strategi 16 Menetapkan KPI Bagaimana Menetapkan KPI Pemasaran 17 Facebook? Kaedah Halus Pemasaran Facebook – Hebahan 18 Sosial 3 Tip Bagi Mengelakkan Kerugian Promosi Di 21 Facebook Tingkatkan Kepercayaan Bisnes Di Facebook 25 Menggunakan Social Proof Focus Timing – Kaedah Promosi Efektif Di 29 Facebook 5 Cara Menambah Perisa Jualan Facebook Pages 38 Teknik Menghasilkan Iklan Yang Memukau 47 Teknik Menghasilkan Jualan Berkali-kali - Gaya Air 52 Asia Teknik SMS Berapi - Ledakkan Jualan Berkali-kali 54 Teknik Sense Of Urgency 56 Teknik Seni Penceritaan 57 Teknik Pemasaran Keizinan 58 5 Cara Untuk Menjayakan Teknik Pemasaran 60 Keizinan 10 Teknik SEO Facebook Pages 63 Teknik Pemasaran Bawah Sedar 77 Teknik Pemasaran Gerila 79 PAGE 2 OF 21
  • 3. EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Isi Kandungan Muka Surat 7 Langkah untuk Menjadi Pemasar Gerila yang 82 hebat Teknik Menghasilkan Headline Killer 90 30 Jenis Headline Killer 91 Wujudkan Hubungan Pemasaran Dengan 3 Jenis 100 Audiens Ciri- Ciri Usahawan Berjaya 101 13 Kunci Pemasaran Berjaya 102 Tips Murah Rezeki 104 Penutup 108 * Dalam Edisi Preview Ebook Seni Pemasaran FB ini cuma beberapa bab pengenalan dimasukkan. Dapatkan keseluruhan Bab dalam Edisi Penuh Ebook Seni Pemasaran FB hanya di sini PAGE 3 OF 21
  • 4. EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Lesen & Peraturan [Boleh] mencetak dan mempraktikkan segala teknik yang diajar [Tidak Boleh] menjadikannya bonus bagi produk anda [Tidak Boleh] diberikan percuma tanpa ada sebarang perubahan dilakukan [Tidak Boleh] mengubah sebarang isi kandungan dengan apa jua cara [Tidak Boleh] mengaku ia produk anda sendiri [Tidak Boleh] menjualnya di mana sahaja sama ada di laman web, blog, web lelong atau seumpamanya  Ebook ini Adalah Hak Cipta Terpelihara SeniPemasaranFB    Anda Dilarang Sama Sekali Samada Mengubah, Mengedar, Atau Menjual Ebook Ini Kepada Pihak Lain.    Sebarang Kegiatan Yang Menyalahi Etika Penerbitan Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang.    Oleh Itu, Anda Hendaklah Melaporkan Kepada Pihak Admin Jika Menerima Ebook Ini Tanpa Melalui laman web SeniPemasaranFB    Tindakan Anda Amatlah Dihargai Bagi Membanteras Kegiatan-Kegiatan Sebegini. Ebook Ini Hanya Untuk Mereka Yang Mendapatkannya Secara Sah Dari SeniPemasaranFB sahaja.    Jika Anda Memilikinya Secara Tidak Sah, Saya Tidak Menghalalkannya Di Dunia Mahupun Akhirat.  Penafian: Nukilan ini adalah bertujuan untuk berkongsi dan menyampaikan beberapa idea dan teknik dalam memperoleh pendapatan sampingan. Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam nukilan ini adalah tepat dan lengkap. Penulis tidak bertanggungjawab di atas apa-apa risiko kehilangan, kerugian atau liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan nukilan ini, secara langsung atau tidak. Teknik yang ditunjukkan adalah berdasarkan pengalaman Usahawan yang ditemubual serta penulis sendiri dan tidak ada jaminan ianya berhasil untuk semua pihak. PAGE 4 OF 21
  • 5. EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Penghargaan Syukur ke Hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Ebook Seni Pemasaran FB ini telah berjaya dihasilkan khas buat semua. Saya juga mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, Mastam Bin Nodo dan Hamidah Binti Abuseman atas sokongan padu mereka. Ebook Seni Pemasaran FB ini mengandungi pelbagai Tips, Teknik & Rashia Pemasaran yang anda boleh praktikan terus untuk perniagaan anda secara online ataupun offline. Kini rahsia bukan rahsia lagi kerana seni pemasaran fb akan didedahkan kepada anda dalam Ebook ini! Kita dapat belajar dan memahami langkah demi langkah, bagaimana untuk memanipulasi pemasaran di Facebook dengan berkesan. Semoga kita semua mendapat pelbagai ilmu baru yang berguna selepas membaca Ebook Seni Pemasaran FB ini. Setiap ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada Ebook Seni Pemasaran FB ini perlu dipraktikan. Tanpa tindakan, ilmu pengetahuan itu hanya sia-sia. Anda pasti teruja dan terkejut bertapa mudahnya mahu memberikan hasil yang maksima kepada perniagaan anda dengan hanya merubah beberapa teknik pemasaran sedia ada menjadi teknik pemasaran yang berkesan. Semua ini adalah seni pemasaran yang mudah untuk dilakukan apabila anda membaca Ebook Seni Pemasaran FB. Selamat membaca! :) Amirul Hafiz Bin Mastam Penulis Ebook Seni Pemasaran FB SeniPemasaranFb PAGE 5 OF 21
  • 6. EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Ebook Seni Pemasaran FB Pengenalan Pemasaran melalui medium Facebook adalah salah satu cara yang paling berkesan di kalangan perniagaan media sosial masa kini. Dengan berjuta-juta pengguna di laman rangkaian sosial ini, untuk mendedahkah perniagaan anda kepada berjuta-juta prospek adalah benar-benar mudah sekali. Walaupun begitu, bagaimana sebenarnya anda boleh mendapatkan pelanggan melalui Facebook? Apakah perkara yang perlu anda lakukan? Perkara pertama yang anda perlu buat jika anda mahu melibatkan diri dalam pemasaran di Facebook ialah dengan menubuhkan akaun perniagaan anda di Facebook. Walaupun anda mungkin sudah mempunyai akaun Facebook peribadi, ia amat disyorkan untuk anda membuat satu halaman yang berasingan khusus untuk perniagaan anda. Iaitu anda boleh membuat satu Facebook Page khas untuk perniagaan anda. Sebagai laman rangkaian sosial, Facebook mempunyai banyak alat dan aplikasi yang boleh membantu para usahawan untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk memasarkan produk/perkhidmatan mereka di internet. Salah satu di antaranya adalah "Facebook Page" yang kita telah disebutkan tadi. Facebook Page adalah fungsi yang boleh digunakan secara bebas oleh individu untuk memasarkan produk atau perkhidmatan di Facebook. Anda boleh gunakan ia untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Facebook Pages pada dasarnya adalah sama dengan akaun profil peribadi pengguna tetapi terdapat beberapa perbezaan yang ketara iaitu akaun profil peribadi cuma boleh ADD rakan sehingga 5000 orang sahaja. PAGE 6 OF 21
  • 7. EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Namun Facebook Pages ramai yang boleh LIKE tanpa had. Di samping itu, anda boleh mengemas kini di Newsfeed untuk memberikan maklumat terkini kepada pengguna yang LIKE halaman Facebook Page anda. Maklumat yang dikemaskini akan muncul pada halaman utama Newsfeed mereka. Maklumat terkini tentang perniagaan boleh anda kemaskini terus dari Facebook Page anda. Selain itu, bagi anda untuk membuat analisis mengenai strategi pemasaran anda berkesan atau tidak. Facebook Page juga membolehkan anda mengakses pandangan bebas dan respon peminat yang LIKE Facebook Page anda. Jadi, adakah anda mahu memanfaatkan lombong emas yang terdiri lebih daripada 500 juta pengguna Facebook dan mendapatkan mereka sebagai pelanggan baru dan peminat produk / perkhidmatan anda? Ia adalah sangat mudah. Jawapannya adalah dengan menggunakan strategi pemasaran facebook yang berkesan. Bukan sahaja ia berkesan, ia juga adalah mudah! Sebagai seorang usahawan yang ingin membuat keuntungan, ini adalah perkara yang terbaik mungkin anda boleh lakukan untuk memasarkan produk/perkhidmatan anda. Facebook menawarkan keistimewaan ini. Jom kita terus bertindak pada hari ini. Bawa segala pengalaman rangkaian sosial anda ke tahap yang seterusnya dan mendapatkan lebih ramai pelanggan untuk perniagaan anda ke satu tahap yang luar biasa. Ayuh kita mulakan! PAGE 7 OF 21
  • 8. EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Tutorial Buat Facebook Page - Semudah ABC! Berikut ialah cara mudah bagaimana anda boleh buat Facebook Page. 1. Klik link berikut https://www.facebook.com/pages/create.php dan akan keluar seperti berikut. Pilih salah satu yang sesuai dengan niche perniagaan anda. PAGE 8 OF 21
  • 9. EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ 2. Sebagai contoh penulis memilih “Cause or Community” kerana Fanpage saya adalah umum. 3. Masukkan gambar di Facebook Page anda dan klik “Save Photo”. Anda boleh tekan butang “Skip” sekiranya mahu pilih gambar dimasa hadapan. PAGE 9 OF 21
  • 10. EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ 4. Masukkan info berkaitan dengan perniagaan anda di dalam kotak “About”. Info yang lengkap serta padat dapat meningkatkan ranking anda pada carian di Facebook dan Google. Anda boleh tekan butang “Skip” sekiranya mahu isi dimasa hadapan. Disini penulis galakkan anda masukkan nama perniagaan, no perniagaan, alamat, laman web, no telefon dan masa urus niaga bagi memudahkan para pelanggan anda. Selepas selesai klik butang “Save Info”. PAGE 10 OF 21
  • 11. EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ 5. Siap Facebook Page! Ayuh mulakan eksplorasi fungsi-fungsi di Facebook Page anda sekarang :) PAGE 11 OF 21
  • 12. EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Bagaimana Memaksimakan Penggunaan Facebook Pages Untuk Bisnes Saya telah gagal lebih dan lebih dan lebih lagi dalam hidup saya dan itulah sebabnya saya berjaya. -Michael Jordan Penggunaan Facebook Pages sebagai medium pemasaran baru khususnya untuk bisnes kecil sudah menjadi satu revolusi. Kuasa internet kini sudah terbukti mampu mengurangkan kos promosi dan pemasaran, serta meningkatkan keuntungan dengan drastik sekiranya ia dilakukan dengan cara yang betul. Kita boleh lihat sendiri bagaimana Coca-cola, Pepsi, Mc Donalds, Starbucks dan pelbagai syarikat besar juga turut menggunakan Facebook Pages untuk mencapai sasaran pelanggan mereka. Ini bermakna ketua eksekutif pemasaran syarikat ini sedar akan kuasa dan potensi penggunaan laman Facebook bagi tujuan bisnes. Bahkan syarikat besar dalam usaha mereka untuk dekat di hati para pelanggan mereka, mereka telah membina satu pasukan khas bagi “mengempur” pasaran. Strategi-strategi syarikat besar ini juga sebenarnya boleh digunakan bagi pemilik bisnes kecil dalam mempromosikan bisnes mereka. Bagi bisnes kecil pula, hanya segelintir syarikat sahaja yang berjaya memaksimakan penggunaan Facebook Pages. Ini kerana mereka kekurangan ilmu dan pendedahan strategi untuk melakukan pemasaran di laman sosial yang kini mempunyai 500 juta pengguna di seluruh dunia ini. PAGE 12 OF 21
  • 13. EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Laman Sosial Adalah Untuk Bisnes Berkomunikasi Dalam usaha untuk berjaya anda mesti gagal, supaya anda tahu dan tidak akan melakukan kesilapan di masa depan. -Anthony J. D'Angelo Pengurus komuniti syarikat PETCO, Daniel Sundin berkata, apabila pengguna Facebook tekan pada butang „Like‟ di Facebook Pages kita, ini bermakna mereka sudah meletakkan kepercayaan terhadap bisnes kita. Jadi adalah perlu bagi kita sebagai pemilik bisnes memberikan perhatian kepada bilangan orang yang “Like” ini. Justeru itu, kita perlu tahu bagaimana untuk mendorong mereka menjadi pelanggan, menerusi hubungan komunikasi dua hala yang efektif, yakni dengan berkongsi sesuatu yang berkaitan dengan industri kita. Sebelum itu, penggunaan Facebook Pages lebih kepada merapatkan jurang komunikasi antara pemilik bisnes dan prospek. Kesilapan orang ramai adalah menganggap ia sebagai medium untuk menjual semata-mata. PAGE 13 OF 21
  • 14. EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Sentiasa Berkomunikasi Dengan Prospek Apabila menggunakan Facebook Pages, tulis lebih banyak status yang mendorong pengguna lain untuk memberi respon pada kita. Sebagai contoh, kita boleh tanyakan soalan yang berkaitan dengan industri. Sekiranya kita adalah pemilik bisnes tudung, kita boleh ajukan soalan-soalan seperti berikut, bagi mendapatkan respon daripada pengguna Facebook:  Apakah jenis tudung yang saudara dan saudari gemar pakai ketika berada di kawasan pantai?     Apakah pendapat kalian mengenai fesyen tudung pashmina? Adakah ia merupakan trend baru dalam industri fesyen muslimah?     Kami sedang berusaha untuk menghasilkan tudung yang terbaik untuk saudara dan saudari. Jika tidak keberatan, mohon nyatakan pendapat kalian mengenai corak, warna dan tema yang diminati menerusi ruangan di bawah.  Teori Michael A. Stelzner menyatakan, lebih banyak kita berkomunikasi, lebih tinggi peluang untuk prospek mempercayai jenama bisnes kita. PAGE 14 OF 21
  • 15. EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Kongsi Video Berkaitan Dengan Industri Selain daripada mengajukan soalan, kita juga boleh muat naik atau berkongsi video-video yang berkaitan dengan industri bisnes. Pengguna Facebook biasanya gemar untuk melihat persembahan berbentuk multimedia. Contohnya, bagi pemilik bisnes tudung, kita boleh berkongsi cara-cara memakai tudung dengan mengupah pelajar-pelajar Universiti yang mahu menambah pendapatan untuk jadi model video tudung kita. Untuk mengurangkan kos, boleh juga minta bantuan ahli keluarga sendiri. Perkongsian ini juga bagus kerana ia menjadikan jenama kita viral dengan meletakkan “Watermark” di dalam video tersebut. Watermark yang boleh dimasukkan ialah seperti link Facebook Pages kita atau link laman web kita sendiri. Kita mempunyai dua pilihan untuk berkongsi video ini. Pertama, gunakan diri kita sebagai individu dalam video. Kedua, pilih video-video yang terdapat di Youtube, kemudian kongsikan. Apabila kita memegang prinsip untuk memberi sebelum menjual, prospek akan lebih mudah untuk mempercayai bisnes kita. Menerusi Facebook Pages, ia dapat membantu kita membina kepercayaan, tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos. PAGE 15 OF 21
  • 16. EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Tips Murah Rezeki Beribadat Sebagai seorang usahawan yang hebat, setiap hari sentiasa sempatkan diri kita untuk beribadat walaupun sesibuk manapun kita. Ambil masa cuma lebih kurang 5 hingga 10 minit sahaja untuk menunaikan solat. "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." – Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a. Bersyukur Setiap hari sentiasa bersyukur, kajian di barat mendapati apabila kita bersyukur setiap hari, bukan sahaja kita bertambah ceria, malah kita bertambah lebih produktif ketika menjalankan tugas harian. Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.” - Riwayat At-Tabrani PAGE 16 OF 21
  • 17. EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Berdoa kepada kedua ibu bapa setiap hari Adalah penting bagi kita untuk mendoakan untuk kedua-dua ibu bapa kita setiap hari tidak kira sama ada hidup mahupun meninggal dunia. Amalan ini dapat membuka pintu rezeki kita dengan luas. Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” -Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami Mengeratkan tali silaturahim Nabi S.A.W. bersabda: "Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." – [Riwayat Bukhari] Banyak Beristighfar Memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil. Selain daripada murah rezeki, orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah. PAGE 17 OF 21
  • 18. EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ "Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." – [Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a] Banyak Melakukan Kebajikan Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya." Menunaikan hajat orang lain Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah S.W.T. lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, Sabda Nabi S.A.W.: "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah S.W.T.akan menunaikan hajatnya" – Riwayat Muslim PAGE 18 OF 21
  • 19. EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Menunaikan zakat & sedekah Sebagai seorang usahawan selalulah menunaikan zakat dan sedekah kerana banyak kelebihannya. Antara kelebihannya ialah memanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan mengelak dari bala. Selain itu ia juga menghapuskan sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk. Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” - HR Bukhari Sedekah yang paling mudah untuk dilakukan ialah senyum. Setiap kali berjumpa dengan para pelanggan dan orang ramai senyumlah dari hati yang tulus ikhlas. Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.” Sedekah tidak mengurangkan harta. Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.” - HR Muslim, ad-Darimi dan Ahmad PAGE 19 OF 21
  • 20. EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ Penutup Terima kasih kerana membaca hingga ke halaman ini. Menurut kajian, jarang benar seseorang yang membeli ebook untuk membacanya sehingga selesai. Kebiasaannya mereka membaca sekitar 10 % sahaja daripada isi kandungan. Terima kasih kerana download Preview Ebook Seni Pemasaran FB ini dan membacanya hingga ke halaman ini. Dapatkan Edisi Penuh Ebook Seni Pemasaran FB di sini Salam kejayaan! Amirul Hafiz Bin Mastam Penulis Ebook Seni Pemasaran FB Seni Pemasaran Fb PAGE 20 OF 21
  • 21. EBOOK SENI PEMASARAN FB - AMIRUL HAFIZ PAGE 21 OF 21

×