Laporan hukum tarikan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Laporan hukum tarikan

on

  • 1,551 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,551
Views on SlideShare
1,551
Embed Views
0

Actions

Likes
2
Downloads
75
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Laporan hukum tarikan Laporan hukum tarikan Document Transcript

    • 1 Oleh : Ir. Ezwan Mentor Hukum Tarikan(LOA) www.rahsiatarikan.com
    • 2 Prakata Assalamualaikum w.b.t... Bismillahirahmanirahim... Segala puji bagi Allah S.W.T., Tuhan sekalian alam, maka dapatlah saya berkongsi sedikit-sebanyak ilmu kepada anda semua tentang salah satu hukum Allah, iaitu HUKUM TARIKAN atau LAW OF ATTRACTION. Nama saya Ezwan Mokhtar dan saya adalah pengamal hukum tarikan dan minda separa sedar. Saya juga adalah seorang usahawan dalam bidang kejuruteraan. Dengan mengamalkan Hukum Tarikan (Law of Attraction) ini, ia membantu saya mencapai apa yang saya inginkan daripada pelbagai aspek, dengan izin Allah S.W.T. Semua orang pasti mempunyai impian masing-masing samada ingin mencapai kekayaan, kebahagian, kesenangan, kejayaan mahupun kesihatan. Saya menghasilkan ebook ini sebagai hadiah kepada anda untuk memahami tentang asas Hukum Tarikan (Law of Attraction). Impian saya adalah untuk membantu anda semua mempelajari Hukum Tarikan (Law of Attraction) dan hidup penuh bermakna. Hidup ini hanya sekali. Saya mahu anda menjadi, buat dan mempunyai segala yang anda mahukan dalam kehidupan ini. Ia membuatkan saya rasa gembira membantu anda dalam perjalanan hidup anda. Saya percaya buku ini akan membantu anda. Saya juga sentiasa akan membantu anda untuk mendapatkan apa yang anda impikan. Moga anda lebih sejahtera dan dirahmati Allah S.W.T. Ir. Ezwan Mentor Hukum Tarikan(LOA) http://www.rahsiatarikan.com rahsiatarikan@gmail.com
    • 3 Pengenalan Kita semua bekerja dengan satu kuasa Allah yang memang sentiasa bertindak setiap masa dan di mana saja kita berada di atas muka bumi ini. Ia adalah Hukum Tarikan / Law of Attraction. Segala yang datang dalam hidup anda adalah datang daripada pemikiran di dalam minda anda. Apa sahaja yang datang dalam minda anda, anda sebenarnya menarik benda itu datang kepada anda. Ada yang menyatakan bahawa Hukum Tarikan ini adalah hukum yang paling berkuasa di alam ini. Namun begitu, ia berlaku hanya dengan keizinan Allah S.W.T. Ia adalah hukum yang bertindak dalam setiap kehidupan anda. Ia tidak kisah tentang siapa anda atau di mana anda, hukum tarikan membentuk seluruh kehidupan anda dan ia berlaku melalui pemikiran anda. Hanya anda yang akan menterjemahkan hukum ini kepada tindakan. Menurut kajian, 1% daripada populasi dunia memperolehi lebih kurang 96% daripada semua wang dalam dunia ini. Adakah ia berlaku secara kebetulan? TIDAK! Sebenarnya, mereka faham tentang Hukum Tarikan. Ramai orang yang menggunakan hukum ini untuk menarik kekayaan samada secara sedar ataupun tidak. Mereka berfikir tentang kekayaan dan mereka tidak membenarkan pemikiran yang bertentangan (negatif) masuk dalam minda mereka. Pemikiran tentang kekayaan menjadi dominan dalam minda mereka. Ini adalah Hukum Tarikan yang sedang bertindak. Cara yang mudah untuk melihat Hukum Tarikan ini adalah jika anda fikir diri anda seumpama magnet dan magnet sentiasa menarik sesuatu. Anda adalah magnet yang amat berkuasa! Anda mempunyai kuasa magnet di dalam diri anda yang lebih berkuasa daripada segala benda di dunia ini. Kuasa magnet ini dipancarkan melalui pemikiran anda. Dengan menggunakan Hukum Tarikan ini, anda boleh menarik apa sahaja yang anda inginkan seperti wang, kereta, situasi, orang dan sebagainya samada baik atau buruk.
    • 4 Bahagian 1 Sains untuk Mendapatkan Kekayaan Mengapa kekayaan hanya diperolehi oleh minoriti manakala majoriti daripada seluruh manusia kekal dalam keadaan kemiskinan? Berjuta-juta orang telah menggunakan Hukum Tarikan untuk membuatkan hidup mereka berjaya. Anda juga boleh belajar bagaimana menggunakan Hukum Tarikan untuk menghasilkan apa sahaja yang anda inginkan dalam kehidupan anda seperti wang, cinta atau kebahagiaan dan mencipta pendapatan yang melimpah-ruah. Namun begitu, kebanyakan orang mempunyai masalah kewangan yang ketara. Jadi, di sini saya akan menyentuh bagaimana mendapatkan wang yang banyak. Mengapa wang diutamakan? Hukum Tarikan menjelaskan bagaimana anda boleh memiliki, menjadi dan melakukan apa sahaja yang anda inginkan dalam kehidupan anda. Jadi, kenapa fokus kepada wang? Wang adalah neutral, iaitu ia bukanlah baik ataupun jahat. Namun ia amat bermakna. Walau bagaimanapun, ia adalah sangat diperlukan untuk mengajar hukum ini kepada umum untuk menghasilkan wang kepada dunia ini. Menurut kajian terhadap 100 orang yang memulakan kerjaya mereka dan memerhatikan mereka selama 40 tahun sehingga mereka di usia persaraan dan berikut adalah keputusannya: · 1 menjadi kaya · 4 mendapat bebas kewangan
    • 5 · 5 masih bekerja, bukan kerana mereka kehendaki tetapi terpaksa · 36 meninggal dunia · 54 menjadi mayat hidup, bergantung kepada saudara-mara, rakan-rakan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini menunjukkan bahawa hanya 5% yang Berjaya dan 95% tidak Berjaya. Statistik ini adalah daripada US. Bagi negara-negara lain terutamanya yang sedang membangun, statistiknya adalah lebih teruk. Apakah yang membuatkan 5% ini berbeza? Terdapat jutawan-jutawan berkelulusan ijazah dan ada jutawan yang tidak berpendidikan tinggi. Ada juga jutawan yang memang dilahirkan kaya-raya dan ada jutawan yang menjadi mayat hidup, tidak berguna. Ada jutawan di dalam negara maju, tetapi ada juga jutawan di dalam negara miskin. Ada tukang kayu yang jadi jutawan dan doktor yang kebuluran. Tiada satu kualiti pun yang mampu bertahan di kalangan kekayaan kecuali SATU... Orang Kaya di dunia ini faham dan menggunakan Hukum Tarikan dalam kehidupan seharian mereka. Para jutawan faham bahawa kelimpahan kekayaan ini telah tersedia untuk diambil. Ia bukanlah situasi menang-kalah. Ia sebenarnya cukup untuk semua orang. Kita semua boleh menjadi kaya. Tetapi kemanusiaan mesti mempelajari untuk mengambil proses pemikiran yang betul untuk menarik kekayaan. Anda harus menjawab soalan ini...
    • 6 Bagaimana ANDA rasa tentang kekayaan? Lihatlah, ia adalah mustahil untuk hidup dengan lengkap atau berjaya melainkan anda kaya. Untuk mengembangkan bakat anda, anda mesti mempunyai banyak benda untuk mengunakannya dan anda tidak boleh mempunyai semua ini melainkan anda mempunyai duit untuk membeli semua itu. Bagaimana anda rasa tentang pernyataan di atas? Ramai orang menjadi tidak selesa apabila bercakap tentang wang. Ingat, perasaan adalah getaran anda dalam kesedaran. Jika anda merasa tidak selesa dengan idea yang anda berhak menjadi kaya, ini adalah kerana anda berurusan dengan idea yang agak asing dengan sifat semulajadi anda. Kita akan sama-sama membantu anda supaya perasaan itu berubah menjadi selesa. Adakah anda perasan bahawa orang kaya sangat selesa apabila bercakap tentang wang? Orang kaya tahu yang mereka memerlukan kekayaan untuk membuat benda-benda yang hebat. Mereka tahu bahawa benda yang boleh dibuat tanpa wang akan menyekat keadaan mereka sendiri. Untuk mengubah keadaan sedia ada ini, ia memerlukan wang. Pada satu tahap dalam kehidupan mereka, mereka membuat keputusan untuk meluaskan sempadan fizikal yang ada dengan mengembangkan perniagaan mereka, meningkatkan perkhidmatan mereka supaya mendapat lebih pelanggan. Dengan berbuat begitu, orang kaya selalunya mempunyai cara yang tertentu untuk lebih berjaya.
    • 7 Adakah Anda Menarik atau Menolak Kekayaan daripada Masuk Dalam Hidup Anda? Adakah anda perlu mempelajari Hukum Tarikan? Sekarang cuba anda bayangkan jika... Bayangkan jika anda menggunakan minda anda untuk menghasilkan keputusan ini, dengan yakin, kerana ia sangat jelas di mana anda perlu menjadi dan apa yang anda perlu buat. Bayangkan jika anda boleh mencipta kehidupan impian anda. Bayangkan ribuan orang mendapat manfaat daripada penciptaan baru anda – samada ia adalah buku, kerja seni atau perniagaan. Bayangkan mencipta kerja, mengubah kehidupan, mencipta produk yang berfaedah kepada hidupan di dunia ini. Bayangkan seperti cahaya yang menyinari komuniti anda. Apakah yang keluarga anda dapat daripada anda? Kepada siapakah pengaruh anda? Apakah yang anda cari untuk mengubah hidup ini? Pada siapa anda akan mengajar? Atau persoalan yang terbesar adalah – Apakah sumbangan anda kepada kemanusiaan? Ia bukan hanya pasal duit. Ia adalah tentang menjadi diri anda yang sebenar. Kuasa Ada Pada Diri Anda Beritahu saya...siapa diri anda sebenarnya? Lihatlah diri anda...dan dari segi sains, anda akan dapati yang anda adalah daripada molekul-molekul. Lebih terperinci, molekul-molekul ini adalah daripada atom-atom. Lebih terperinci lagi, atom-atom ini terdiri daripada proton, neutron dan electron.
    • 8 Namun, satu langkah lagi dan sekarang anda bukan lagi unsur, tetapi adalah energi atau tenaga. Setiap benda adalah energi, termasuklah diri anda. Pemikiran anda juga adalah energi. Apabila anda berfikir tentang sesuatu, ia boleh menjadi kenyataan. Pemikiran menjadi benda! Yang mana anda berfikir samada baik atau buruk, anda menciptanya dalam kehidupan anda. Kita semua bekerja di bawah satu kuasa infiniti. Kita semua dipandukan oleh hukum yang sama. Itulah dia Hukum Tarikan. Yang mana anda fikir, anda menariknya dalam kehidupan anda. Hukum Tarikan sentiasa bertindak. Anda tidak boleh terlepas daripadanya. Anda menarik semua benda yang datang dalam hidup anda. Apabila anda faham tentang hukum ini, anda faham tentang rahsia ini dan anda boleh memilih apa sahaja impian anda supaya datang dalam hidup anda. Kita menjadi apa yang kita fikirkan! Sekarang anda tanya diri anda... Apakah yang selalu anda fikirkan? Inilah dia masalahnya... Seperti ramai orang, pemikiran yang dominan adalah biasanya tentang kebimbangan, ketakutan dan kekurangan anda. Terperangkap Dalam Realiti Semasa Dalam buku ‘The Science of Getting Rich’, Wallace berkata, “Anda mempunyai kuasa semulajadi untuk berfikir apa yang anda hendak fikirkan, tetapi ia memerlukan lebih usaha untuk melakukannya daripada berfikir yang dicadangkan penampilannya.” Apa yang Wallace cakap di sini adalah apabila anda berfikir berpandukan apa yang anda lihat di sekeliling anda (benda yang jelas penampilannya)...apa yang anda lihat sebagai keputusan sekarang ini...ia adalah mudah untuk kekal berfikir dengan cara itu. Maksud saya adalah, bagaimana anda jangka mendapatkan diri anda keluar daripada hasil semasa, sedangkan anda tidak tahu bagaimana ia akan berubah, jadi bagaimana anda boleh berfikir tentang apa yang sebenarnya berlaku?
    • 9 Ia adalah benar, berfikir keluar daripada hasil semasa memerlukan tindakan lain. Sebenarnya, Wallace Wattles berkata yang sama apabila menulis,” Untuk berfikir tentang kebenaran, tidak mengira penampilannya dan memerlukan lebih kuasa daripada sebarang kerja yang memerlukan seseorang untuk melaksanakannya.” Namun, kuncinya adalah ia boleh dilakukan. Seperti kanak-kanak yang anda mungkin diprogramkan sama seperti saya. Walaupun ‘programming’ ini bermula ketika kita masih kecil, menerima kad laporan semasa di sekolah adalah contoh yang baik, itulah keindahan semesta ini kepada kita semua. Kita dilatih untuk melihat gred dalam kad laporan, daripada fokus kepada imej gred yang kita kehendaki. Kita belajar untuk membiarkan keputusan kita mengawal pemikiran kita, melainkan sebaliknya. Berfikir tentang hutang anda dan itulah yang anda tarik – LEBIH HUTANG. Bimbang tentang kesihatan dan penyakit dan itulah cara anda menarik – LEBIH PENYAKIT. Ini adalah kerana hanya pemikiran dan sentiasa mengawal keputusan kita...kita perlu fokus sepenuhnya kepada, dan berfikir tentang keputusan berbeza daripada apa yang kita ADA! Ini adalah masa untuk keluar daripada perangkap realiti semasa dan ciptalah masa depan yang baru.
    • 10 Bahagian 2 Pemikiran Menjadi Kebendaan Di bahagian 1, saya telah menerangkan bahawa anda adalah unsur organic. Sifat semulajadi anda adalah suatu kerohanian dengan kebolehan untuk menarik ke dalam kehidupan yang mana anda fokuskan perhatian anda. Masalahnya adalah... Hanya segelintir manusia yang sedar tentang potensi yang mereka ada untuk mengubah kehidupan mereka. Mereka berjalan dalam gelap, merungut tentang daya-daya luaran seperti hutang, perhubungan yang tidak baik, kurang peluang – sementara itu tidak mengetahui kuasa yang mereka ada, kuasa yang boleh mengubah realiti hidup mereka. Persoalan besar adalah : “Bagaimana kita mula keluar daripada situasi sekarang dan menuntut kelimpahan kekayaan yang kita cari selama ini?” HUKUM TARIKAN Ini adalah bagaimana Bob Proctor menerangkan tentang Hukum Tarikan: “Kita semua bekerja dalam satu kuasa infiniti. Kita semua berpandukan kepada hukum yang sama. Hukum semulajadi adalah memang tepat bahawasanya kita tidak mempunyai sebarang kesukaran untuk mencipta kapal angkasa; kita menghantar orang ke bulan dan kita boleh tentukan masa mendarat dengan tepat walau sesaat. Di mana sahaja anda berada, kita semua bekerja dengan satu kuasa. Satu hukum iaitu Hukum Tarikan.”
    • 11 Rahsia Hukum Tarikan Segala yang hadir dalam hidup anda, anda menariknya dalam kehidupan anda. Dan ia telah ditarik oleh imej nyata yang ada dalam minda anda. Ia adalah apa yang anda fikirkan. Apa sahaja yang ada dalam minda anda, anda menariknya kepada anda. Untuk memahami Hukum Tarikan, mari kita fahami hukum yang berkait dengannya, iaitu Hukum Getaran (Law of Vibration). Hukum Getaran ini menyatakan bahawa setiap benda bergetar (bergerak). Setiap benda yang dibuat daripada partikel atom yang kecil kepada sebesar-besar bangunan; adalah dalam keadaan pergerakan energi yang kekal. Malah konkrit, kaca dan besi juga adalah energi dalam pergerakan. Kita hidup seperti di dalam pergerakan di lautan! Pengajaran ini memberitahu kita tentang anda mempunyai suatu kuasa di dalam diri anda yang lebih hebat daripada sebarang keadaan atau situasi di sekeliling anda. Anda mempunyai kebebasan terhadap apa yang anda fikirkan. Dan ini adalah pemikiran yang berhak mengarahkan kuasa kepada apa sahaja yang anda pilih dalam seumur hidup anda. Namun di sini adalah benda yang anda perlu faham... Tarikan Secara Tidak Sedar dan Secara Sedar Apa sahaja yang anda fikir, samada ia baik atau jahat, anda menariknya dalam kehidupan anda. Samada anda mahu atau tidak, berfikir tentang sesuatu yang anda TIDAK MAHU dan anda sebenarnya menariknya dalam hidup anda. Tarikan secara tidak sedar ini adalah apa yang berlaku apabila kita membiarkan pemikiran yang tidak terkawal. Bimbang tentang hutang dan itulah yang anda tarik – LEBIH BANYAK HUTANG.
    • 12 Bimbang tentang umur yang semakin tua dan anda akan mula mengalami kesan ketuaan. Bimbang tentang orang itu sayang kepada anda atau tidak dan anda menarik keraguan dalam perhubungan anda. Setiap kebimbangan yang anda fikirkan akan membawanya ke dalam realiti hidup anda. Sekarang, ini boleh jadi menyeramkan...idea setiap pemikiran tidak sedar yang anda miliki akan menarik ke dalam kehidupan anda. Namun begitu, jangan risau...kerana situasi sebaliknya juga boleh berlaku. Setiap pemikiran yang gembira dan positif akan menariknya ke dalam hidup anda. Kemudian, ini adalah bahagian yang best. Ada satu formula ringkas yang saya mahu anda faham: Pemikiran + Emosi(Perasaan) = Tarikan Formula di atas bermaksud pemikiran anda, dikuatkan lagi dengan emosi/perasaan di sebalik pemikiran anda, sama dengan benda yang anda tarik dalam hidup anda. Emosi adalah sangat hebat. Berfikir tentang matlamat anda yang cuma separuh gembira, tidak akan membantu anda mendapatkan matlamat itu dengan cepat. Tetapi, dengan berfikir tentang matlamat anda yang memang membuatkan anda gembira dan riang...sekarang anda menambah power kepada pemikiran anda dan Hukum Tarikan bertindak mendapatkan matlamat anda dengan pantas. Jika pemikiran anda adalah kenderaan yang menggerakkan anda kepada matlamat anda, emosi anda pula adalah bahan bakar yang member kuasa kepada kenderaan ini.
    • 13 Dengan itu, berita baik adalah pemikiran positif anda, kerana mereka menggembirakan anda dan sentiasa mempunyai emosi yang tinggi bersama mereka yang kemudian menjadi lebih hebat daripada pemikiran negatif. Ia adalah lebih mudah untuk menarik benda baik daripada benda jahat. Terimalah Tanggungjawab di Mana Anda Berada Hari Ini...Atau Anda Akan Menjadi Lemah untuk Berubah Jika Hukum Tarikan adalah mudah, kenapa ramai orang tidak kaya, malah tidak berpuas hati dengan keadaan mereka sekarang? Baiklah, ramai orang tidak mengambil tanggungjawab peribadi bagi keputusan mereka ketika ini. Mereka percaya bahawa punca keputusan itu adalah daripada factor luaran, disebabkan oleh keadaan dan situasi yang mereka tidak boleh mengawalnya. Ramai orang tidak pedulikan hukum ini: anda menarik ke dalam kehidupan anda setiap benda yang dalam getaran harmoni dengan anda. Kunci untuk menguasai Hukum Tarikan adalah dengan memahami yang anda bertanggungjawab kepada setiap benda dalam hidup anda. Pada suatu tahap samada sedar atau tidak, anda menarik setiap orang, setiap kerja, setiap idea, setiap penyakit, setiap keriangan dan setiap kesakitan dalam kehidupan anda. Apabila anda menerima yang anda adalah pencipta realiti anda sendiri, anda akan melihat yang anda mempunyai kuasa untuk berubah di mana realiti kepada apa sahaja yang anda inginkan.
    • 14 Umumnya, kita membiarkan dunia luar mengawal dunia dalaman kita. Kita harus menukarnya. Pemikiran kita menentukan apa yang kita inginkan! Kita mesti pastikan dunia dalaman kita mengawal dunia luaran kita! Bagaimana menggunakan Hukum Tarikan: Mari kita lihat pada hasil dalam hidup anda. Ketika anda membaca persoalan ini, sediakan jawapan dalam minda anda: • Apakah jenis perhubungan yang anda ada? • Adakah anda sedang bercinta? • Bagaimanakah rakan-rakan anda? • Bagaimana anda berkomunikasi dengan ahli keluarga anda? • Apakah pendapatan anda? • Apakah perniagaan anda? • Bagaimana kesihatan anda? • Apakah yang anda fikir tentang badan anda? Pemikiran yang anda baru sahaja fikir... jawapan-jawapan yang muncul sebelum anda dapat berhentikan mereka...adalah tanggungjawab untuk memprogramkan hasil/keputusan anda ketika ini! Jika anda tidak suka dengan keputusan itu dalam hidup anda, anda perlu mengubah pemikiran anda. Itulah dia tentang Hukum Tarikan. Tiada apa yang berlaku secara kemalangan. Imej yang anda tanam dalam minda anda, dengan pantas akan menghasilkan daya tarikan, yang mana menentukan keputusan dalam hidup anda. Anda adalah magnet kehidupan. Ketika anda membaca tentang artikel ini... Benda,...Keadaan,...Situasi dan orang yang anda kenal dan juga beberapa perkara yang anda tidak tahu adalah bergerak kepada anda seperti tentera yang taat untuk membantu dalam manifestasi imej anda. Adakah anda mahu tentera itu membantu anda mendapatkan imej positif anda?
    • 15 Ambillah beberapa ketika setiap hari memerhatikan apa yang berlaku dalam minda anda... Apakah yang anda fikirkan? Bagaimana perasaan anda? Jika anda tidak berperasaan seperti yang anda mahukan, mulakan dengan membayangkan apa yang anda inginkan, bukan apa yang anda TIDAK inginkan. Getaran anda akan berubah dengan cepat. Dan apabila getaran anda berubah, keputusan anda juga berubah. Keadaan anda sekarang adalah HANYA realiti semasa anda. Dan reality semasa anda boleh berubah. Keluar Daripada Keadaan Realiti Semasa Kita sering meletakkan sejumlah perhatian kita kepada situasi semasa. Kita berfikir tentang benda-benda itu melalui cara mereka, daripada cara yang sepatutnya bagi mereka. Ini adalah kerana pemikiran dominan kita adalah pada situasi semasa. Pemikiran ini cenderung menghala kepada kerisauan harian, gayahidup semasa, berapa banyak wang yang kita ada, keadaan perhubungan kita sekarang dan lain- lain lagi. Pemikiran pasif ini tiada makna bagi kita! Semua pemikiran ini membuatkan kehidupan kita menjadi bimbang kepada perkara- perkara harian termasuklah situasi kewangan dan perhubungan ketika ini. Ini adalah kerana PERUBAHAN datang secara PERLAHAN bagi kebanyakkan daripada kita. Kita menjadi obses dengan cara suatu benda itu berlaku, daripada cara ia sepatutnya. Dengan itu, kita menjadi tersekat dengan kehidupan kita, tahun demi tahun, memerhatikan perkara yang sama. Tiada perkembangan, tiada kelimpahan rezeki, tiada penemuan atau idea baru. Ini adalah dipanggil sebagai Perangkap Realiti Semasa. Yang menyedihkan adalah ia tidak sepatutnya berlaku begini. Anda tidak perlu tersekat dalam kesederhanaan. Kita adalah makhluk yang hebat, namun begitu ramai di antara kita tidak sedar tentang keindahan potensi yang kita ada.
    • 16 Ini adalah perbezaan di antara orang sederhana dan orang yang berjaya. Orang sederhana hidup biasa-biasa sahaja. Orang berjaya nampak riang pada apa yang akan berlaku. Kita semua pernah mendengar para jutawan yang tiba-tiba muflis dan hilang segalanya. Yang mengagumkan tentang orang ini adalah, dengan mudahnya mereka akan dapat kembalikan semua kekayaan mereka. Ini adalah kerana ketika kekayaan fizikal mereka ditimpa musibah seperti muflis dan pelaburan yang teruk, minda mereka (kekayaan dalaman) adalah fokus kepada kekayaan. Jadi, kekayaan melimpah semula kepada mereka. Inilah dia Hukum Tarikan. Teknik Mudah untuk Keluar Daripada Perangkap Realiti Semasa Saya ingin berkongsi kepada anda satu latihan mudah yang anda boleh lakukan untuk membetulkan pemikiran anda dan pergi menghala ke kelimpahan rezeki. Cuba perhatikan cerita berikut: Mary mendapat pendapatan yang baik, tetapi dia tidak bahagia. Dia masih ada hutang kereta, dia mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah yang lebih baik, dia perlukan simpanan wang untuk pembelajaran ijazahnya. Walau betapa teruknya dia bekerja, dia tidak pernah merasa cukup. Dan untuk menambahnya, dia berhutang dengan bank kerana kad kredit. Anda tentu kenal seseorang seperti Mary. Ramai di antara kita berada dalam keadaan Mary, yang fokus kepada apa yang kita tidak inginkan. Masalahnya adalah, apabila anda merungut tentang tidak cukup, anda menarik lebih bil untuk dibayar. Mary harus tentukan matlamat supaya bebas daripada hutang. Ini juga adalah pendekatan yang salah... matlamat bebas HUTANG ini akan mengekalkan HUTANG anda sampai bila-bila. Anda berfikir pasal hutang, hutang, hutang dan itulah apa yang anda tarik dalam hidup anda. Ini adalah bagaimana Mary mengubah mindanya apabila dia mempelajari Hukum Tarikan.
    • 17 Mula-mula, dia mengubah matlamatnya. Matlamatnya adalah tiada lagi “bebas hutang”. Matlamatnya adalah “kebebasan kewangan yang mutlak”. Sekarang dia fokus kepada perkara positif. Dia menghabiskan beberapa minit setiap pagi berimaginasi tentang apa yang dia akan buat untuk mencapai kebebasan kewangan. Perkara seterusnya yang Mary buat adalah membetulkan pemikiran negatifnya. Pemikiran asalnya adalah: Saya ada banyak hutang, saya tak tahu nak buat apa. Saya tidak cukup untuk mendapatkan benda yang saya cari untuk diri saya dan keluarga saya. Dengan perlahan-lahan, dia mula membetulkan pemikirannya: Saya ada rumah, anak-anak saya gembira. Saya ada keluarga yang penyayang. Saya ada kerja yang bagus dengan peluang untuk naik gaji. Saya sihat. Saya tidak patut merasa teruk, ramai orang tidak mempunyai rumah dan keluarga yang bahagia. Hutang saya akan dibayar habis, apabila saya mula menyimpan sedikit setiap bulan. Ada orang yang lebih teruk daripada saya, 1 bilion orang seluruh dunia terpaksa hidup dengan kurang RM1 setiap hari. Saya bersyukur yang saya ada kerja dan mempunyai gayahidup sederhana. Saya suka idea menjadi kaya. Saya bersyukur yang saya mempunyai kereta, baju cantik, dapat makan 3 kali sehari dan boleh ambil cuti. Ramai orang tidak boleh melakukannya. Saya percaya yang lebih banyak wang dan pelbagai sumber pendapatan akan terbuka untuk saya pada masa hadapan.
    • 18 Jadi, dengan menukar pandangan terhadap keadaannya, Mary membetukan dirinya daripada pemikiran negatif kepada positif. Dengan perlahan-lahan, pemikirannya dan impiannya menjadi lebih baik: Saya percaya yang bakat saya akan membantu saya mendapatkan pendapatan lebih tidak lama lagi. Saya akan mempunyai perniagaan sendiri tidak lama lagi. Saya boleh lihat diri saya mempunyai rumah yang ada 6 bilik tidur pada 2012. Saya akan mempunyai RM 1,000,000 dalam bank dalam masa 5 tahun. Mary sudah mula menukar mindanya dan membiarkan Hukum Tarikan mengalir masuk kepadanya. Pemikirannya berubah daripada: Saya ada banyak hutang, saya tak tahu nak buat apa. Kepada: Saya akan mempunyai RM 1,000,000 dalam bank dalam masa 5 tahun. Ia meningkat, daripada perubahan kecil dalam kepercayaan diri. Tetapi apabila anda sudah mulakan, anda akan perasan yang pemikiran positif mula datang dengan pantas dan mudah. Perkara kebetulan banyak berlaku. Mungkin Mary akan dapat kenaikan gaji, atau dia akan belajar cara mengawal hutangnya daripada penasihat kewangan. Banyak idea dan peluang baru akan mula mengalir kepadanya, aliran kebetulan ini adalah Hukum Tarikan yang sedang bertindak. Perhatikannya, pegang dan ikut mereka. Petanda kecil ini daripada semesta akan membantu memberi anda motivasi dan percaya untuk terus bergerak ke arah benda yang lebih baik.
    • 19 Keputusan sekarang adalah hasil daripada kepercayaan anda sekarang. Pendapatan anda sekarang adalah bergantung kepada kepercayaan anda tentang apa yang anda mampu memperolehinya. Ketika anda membaca buku ini, anda akan menilai semula apa yang anda lihat adalah benar... apa yang anda percaya. Apabila anda menilai semula situasi, anda akan dapat perubahan pada keputusan anda. Ingin tahu lebih lanjut tentang Hukum Tarikan? Ingin tahu bagaimana menggunakan kaedah tertentu mengikut prinsip- prinsip Hukum Tarikan untuk mendapatkan segala impian anda? Semuanya akan dihuraikan dengan terperinci dalam Ebook berikut: Dapatkannya SEKARANG!!! KLIK SINI --- http://www.rahsiatarikan.com Nanti dulu!!! Ada lagi rahsia yang anda perlu ketahui…Sila lihat di bawah.
    • 20 Kaedah mudah untuk Menarik Rezeki & Kekayaan…TERBUKTI Dengan hanya memprogramkan minda anda Melalui Kaedah HIPNOSIS Sila lihat maklumat lanjut di http://www.RahsiaHipnosis.com