27 sebab gagal ptd
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

27 sebab gagal ptd

on

  • 914 views

 

Statistics

Views

Total Views
914
Views on SlideShare
914
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
45
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

27 sebab gagal ptd 27 sebab gagal ptd Document Transcript

  • Sila sebarkan ebook ini untuk manfaat bersama
  • 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  http://tipsptd.com/blog 2 “27 Sebab Mengapa Calon GAGAL Ujian PTD” Oleh: Team TipsPtd.com
  • 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  http://tipsptd.com/blog 3 Kondisi Walaupun segala langkah telah diambil untuk memastikan laporan percuma ini sempurna, mungkin terdapat beberapa kesalahan, kerana kita sebagai manusia kadangkala terlalai dan tersilap. Maaf untuk itu.. Laporan atau ebook ini adalah milik Blog Tips PTD (http://tipsptd.com/blog) sepenuhnya. Anda dibenarkan mengedarkannya secara percuma. Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk menjual ebook percuma ini ataupun mengubah kandungannya dalam apa cara sekalipun. http://tipsptd.com/
  • 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  http://tipsptd.com/blog 4 Muqaddimah Setiap tahun boleh dikatakan puluhan ribu yang memohon untuk menjadi Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ataupun kita panggilnya pegawai PTD. Dari puluhan ribu itu, hanya beberapa ribu yang berjaya melepasi ujian peperiksaan bertulis PTD dan layak menghadapi PAC. Setelah melalui proses tapisan PAC, hanya sebahagian yang berjaya untuk terus menghadapi peringkat terakhir sebelum proses lantikan iaitu temuduga PTD. Dan anda harus tahu, setiap peringkat ambilan tidak sampai 500 orang sahaja yang diserap menjawat jawatan ini dan sudah pastilah tahap kesukaran ini meletakkan kerjaya PTD sebagai satu kerjaya yang berprestij dalam senarai penjawat awam. Antara faktor yang menjadi sebab utama dan terpenting kenapa calon gagal menjadi PTD ialah mereka gagal mendefinisikan “KENAPA MEREKA GAGAL!”. Pakar motivasi mengatakan yang kunci utama kejayaan ialah mengenal kekuatan anda dan memperkukuhkannya. Kenali kelemahan anda dan cuba perbaiki. Belajar dari kesilapan orang lain adalah satu jalan ‘shortcut’ untuk berjaya sebab itulah dikatakan ‘sejarah mengajar kita untk berjaya’. Atas kesedaran itu, tipsPtd.com mengumpulkan 27 sebab mengapa calon gagal menjawat jawatan pegawai PTD. Dengan harapan agar ianya menjadi panduan untuk setiap calon yang bakal menduduki proses pengambilan PTD tidak kiralah pada perigkat ujian bertulis, PAC mahupun temuduga PTD, anda harus tahu mengapa orang lain gagal dan anda seharusnya memperkuatkan diri anda supaya anda tidak
  • 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  http://tipsptd.com/blog 5 mengulangi kesilapan mereka, seterusnya melayakkan anda menjawat jawatan berprestij ini. 27 sebab-sebab ini dikumpulkan hasil pengalaman calon-calon sebenar yang melibatkan 15 orang responden yang gagal dalam ujian-ujian PTD, 8 daripadanya gagal ujian bertulis PTD dan selebihnya di peringkat PAC dan temuduga. Sekalung penghargaan juga untuk mereka kerana sudi berkongsi pengalaman dan mudah-mudahan ianya memberi manfaat untuk pembaca blog tipsPtd.com. Blog TipsPtd.com dibangunkan khas untuk menjadi ‘one-stop-center’ untuk bakal-bakal pegawai PTD dalam mencari maklumat yang komprehensif, tepat dan merangkumi hampir keseluruhan gambaran setiap peringkat ujian. Hal ini diilhamkan hasil dari pengalaman sendiri dan pengalaman rakan-rakan yang mencari maklumat dari internet, tapi maklumatnya bercampur seterusnya membuatkan kita sendiri jadi lebih gelabah dan kabur. Jadi TipsTpd.com berusaha membekalkan maklumat yang tersusun dan mencukupi untuk anda menduduki peringkat- peringkat tapisan dalam usaha menjadi pegawai PTD. Komen anda adalah amat dialukan dan semoga sedikit usaha ini bermanfaat untuk semua. Ikhlas dari; Team Tipsptd.com
  • 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  http://tipsptd.com/blog 6 27 Sebab Mengapa Calon Gagal Ujian PTD Sebab-sebab ini dikumpulkan sekali untuk ketiga-tiga peringkat tapisan PTD iaitu ujian bertulis, PTD Assessment Center (Pre-PAC) dan temuduga PTD. 1. Tidak Tahu Bagaimana • Ini merupakan masalah yang pokok. Anda mungkin pernah mendengar tentang PTD dan kegemilangannya, tapi tidak tahu bagaimana nak memohon untuk menjadi pegawai PTD. Anda jugak tidak tahu apa kelayakan yang diperlukan untuk menjawat jawatan ini dan apakah tuntutan-tuntutan dalam menjawat jawatan ini. Dalam kata lain faktor ini merupakan maklumat asas yang anda seharusnya tahu dengan tepat bagi memastikan arah tuju anda untuk menjawat jawatan PTD lurus dan sampai ke arah tujunya. Gagal mendapatkan maklumat yang tepat merupakan jalan utama untuk anda gagal manjawat jawatan ini. 2. Kurang Maklumat • Anda tidak mengetahui maklumat tentang bila anda harus memohon. Bilakah masanya jawatan ini dibuka untuk anda mohon. Apabila anda leka dalam mencari maklumat ini, anda mungkin terpaksa menunggu sehingga tahun depan untuk memohonnya semula. Begitu juga dengan tarikh-tarikh penting dan system pengisian borang yang disediakan oleh
  • 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  http://tipsptd.com/blog 7 pihak SPA. Jadi dalam kes ini anda harus peka dengan maklumat yang diiklankan oleh pihak SPA di akhbar mahupun terus merujuk laman web rasmi SPA 3. Tidak Tahu Format dan Ujian yang Bakal Dilalui • Anda mendedahkan diri anda kepada kemungkinan terkejut dan ‘blank’ semasa ujian PTD termasuklah juga untuk ujian PAC dan temuduga PTD. Dalam ujian bertulis contohnya, anda harus tahu apakah format dan apakah skop yang akan ditanya. Dengan itu persediaan anda akan lebih terarah dan fokus. Masuk ke dewan peperiksaan dengan memiliki keseluruhan idea tentang ujian itu adalah kelebihan kepada anda di mana anda akan lebih tenang dan yakin semasa menduduki peperiksaan tersebut. Di samping itu, anda akan dapat melakukan persediaan dengan lebih tepat dan yakin kerana tahu apakah skop yang perlu anda studi. 4. Tidak Tahu Apa yang Dinilai • Semasa mengharungi “PTD Assessment Centre” (pre-PAC), anda harus tahu apa sebenarnya yang dinilai sepanjang program tersebut. Membawa diri anda tanpa fokus hanya akan merugkan anda. Kebanyakan kes calon gagal semasa PAC ialah kegagalan mempamerkan sesuatu yang dikehendaki oleh penilai anda. Secara kasarnya ada 3 faktor utama yang dinilai selain keadaan fizikal dan penampilan anda! Anda harus cari apakah 3 faktor tersebut dib blog tipsPtd.com!
  • 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  http://tipsptd.com/blog 8 5. Gagal Menunjukkan Kelebihan • Faktor ini lebih kepada semasa mengharungi PAC dan temuduga PTD. Anda harus tahu apa kelebihan anda yang perlu anda tonjolkan. Kegagalan ini membuatkan anda sedikit terkebelakang dengan calon lain. Sekiranya anda mempunyai kelebihan seperti pernah menjadi Presiden Kelab semasa di universiti ataupun menganggotai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), sebolehnya anda cuba mengenengahkan kelebihan anda sebagai kredit tambahan untuk anda. Tapi ingat, anda perlu bersederhana dan memilih masa yang sesuai untuk tujuan ini. 6. Tidak Membuat Persediaan Rapi • Persediaan rapi mencakupi keyakinan diri dan maklumat yang mencukupi adalah faktor kritikal untuk anda berjaya dalam mengharungi peringkat-peringkat nilaian dalam usaha menjawat jawatan idaman ini. Ramai calon yang gagal peringkat ujian bertulis khasnya adalah disebabkan kegagalan melakukan persediaan yang rapi sebelum menduduki ujian tersebut. Luangkan masa khas mungkin satu jam sehari selama seminggu sebelum menduduki peperikaan ini. Anda harus tahu dan sedar bahawa tujuan ujian bertulis diadakan adalah antara lain untuk menguji pengetahuan anda. Jika anda seorang yang malas mengambil tahu isu-isu nasional dan antarabangsa, bagaimana anda boleh menjadi seorang pegawai PTD yang bagus? Ringkasnya, buatlah persediaan yang rapi sebelum menduduki
  • 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  http://tipsptd.com/blog 9 peperiksaan ini kerana ianya melambangkan kesungguhan anda untuk menjawat jawatan ini. 7. Info Tidak Tersusun • Anda punya maklumat hasil dari pembacaan dan pengalamn anda semasa di universiti, tapi maklumat- maklumat itu ada yang anda hanya ‘ingat-ingat lupa’. Mungkin sebab anda mendapat maklumat itu dari mulut ke mulut ataupun maklumat itu sudah lama. Jadi anda harus mengukuhkan maklumat ini dan berusaha memantapkannya melalui ulangkaji tidak rasmi seperti pembacaan semula dan pastikan apa-apa yang anda tak pasti. Semasa sesi pengucapan umum dan dalam mempertahan hujah anda semasa PAC, anda perlu mengenengahkan maklumat yang tepat dan releven dan mampu mempertahankan hujah anda dengan maklumat yang tepat, jika tidak kelemahan ini akan digunakana sepenuhnya oleh rakan lain untuk menjatuhkan anda. Jangan biarkan ini berlaku, kukuhkan maklumat anda. 8. Gemuruh • Gemuruh atau gementar ialah perkara normal dan seharusnya dilalui oleh manusia biasa. Tapi gemuruh yang keterlaluan dan tidak terkawal memang menjadi faktor penting kenapa ramai calon gagal dalam menjadi PTD. Fenomena ini membuatkan anda gagal untk berfikir dan bertindak selari dengan kebijaksanaan anda. Memang merugikan kalau anda gagal mengawalnya. Pendekatan holistic seperti berdoa dan mohon restu ibu ayah adalah
  • 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  http://tipsptd.com/blog 10 antara benda yang tidak seharusnya dipandang remeh. Selain itu sampai awal ditempat ujian dapat membantu anda mengurangkan gemuruh ini disamping teknik pernafasan yang betul. Saya sendiri mengamalkan pengambilan penawar hemopathy yang memang terbukti berkesan untk saya dalam mengawal gemuruh sya. Oopss.. terlepas rahsia saya! 9. Maklumat Bercampur • Anda boleh dapat pelbagai maklumat dari internet melalui engin carian Google dan Yahoo. Tapi hasilnya anda akan menghadapai satu situasi yang dinamakan ‘information overload’. Bukan setakat anda keliru dengan maklumat anda, tapi lebih parah kepala anda dipenuhi dengan maklumat yang bercampur-campur sehingga menjadikan anda lebih gemuruh. Sepatutnya dengan maklumat yang banyak, anda menjadi lebih yakin, tapi sebab ianya bercampur-campur, ramai calon menjadi lebih gelabah dan akhirnya gagal memanfaatkan maklumat-maklumat tersebut. Apa yang perlu ialah anda senaraikan dulu apa yang anda hendak, dan kemudian baru mula mencari. Mencari secara umum dan tidak terarah akan menjadikan anda leka dan gagal mencapai objektif carian anda. Dalam ujian PTD contohnya, anda harus tahu skop apa yang bakal ditanya dan anda harus cari berdasarkan skop tersebut.
  • 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  http://tipsptd.com/blog 11 10.Merasakan Diri Sentiasa Benar • Hal ini adalah masalah ‘attitude’. Ianya adalah keperibadian yang buruk sebenarnya. Tiada keterbukaan dan ini merupakan kelemahan walaupun anda menganggap ianya kelebihan! Sebolehnya sepanjang PAC anda harus membuka situasi perbincangan yang membolehkan anda berkongsi pandangan dengan rakan lain yang mana memberi anda lebih kredit dalam nilaian pergaulan dan keupayaan mengawal situasi. Sifat menganggap pandangan anda adalah sebahagian dari idea dan bukannya fakta adalah satu attitude yang harus anda lentur dan praktikkan di PAC. Idea boleh dibincangkan manakala fakta pula ialah sesuatu yang telah muktamad dan tidak boleh dipertikai secara umumnya. 11.Tidak Menerima Pendapat Orang Lain • Dalam sesi pengucapan awam / public speaking di PAC, anda haruslah menyampaikan idea, maklumat dan maksud dengan yakin dan berkesan. Anda juga akan menghadapi sesi debat ala parlimen yang bertujuan menilai menifestasi perilaku anda. Di sini, bukan sahaja kebolehan penyampaian maklumat dinilai, tetapi bagaimana anda yakin dalam hujah anda dan bagaimana anda mempertahankan hujah anda ketika diasak oleh rakan lain. Tertib, berhemah dan objektif perlu diluncurkan dalam setiap tindak balas anda dalam mempertahankan hujah anda, kadang sifat kedegilan anda mempertahankan hujah anda walaupun anda tahu ianya salah, melambangkan kedegilan anda dan memburukkan nilaian tata-pergaulan dan tertib penyampaian anda. Ramai
  • 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  http://tipsptd.com/blog 12 calon PAC merasakan mereka berjaya dalam mempertahankan hujah mereka tapi pada akhirnya mereka gagal dalam PAC yang antara lainnya ialah kerana mereka gagal menunjukkan kebolehan menerima pendapat orang lain dan gagal menjaga tertib dan hemah mereka. Ini faktor penting dan cirri PTD yang berjaya. 12.Tidak Fit • Antara lain, calon yang gagal melepasi PAC ialah kerana mereka gagal dalam ujian kecergasan. Dalam PAC, calon- calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu larian 2.4 km dengan kiraan masa. Selain itu, mereka juga perlu mengikuti latihan jasmani yang lain. Oleh itu, sebelum pergi ke PAC di INTAN, anda seharusnya mengamalkan rutin bersenam dan bersukan untuk memantapkan kecergasan anda. Latih diri anda melakukan larian 2 - 3 km sebelum pergi menduduki PAC sehingga anda selesa dengannya. Bagi mereka yang jarang melakukannya, badan anda akan tidak terdaya kerana tidak biasa melakukannya. Dalam kata lain, mereka yang tidak ‘fit’ hampir pasti gagal dalam ujian kecergasan PAC seterusnya kehilangan banyak markah dalam penilaian keseluruhan PAC. 13.Tidak Bersungguh • Tidak bersungguh ini merupakan faktor umum dalam apa jua kedaan. Anda tak akan berjaya dalam apa pun kalau anda tidak bersungguh. Begitu jugalah dalam menjadi PTD, lebih lagilah untuk anda perlu bersungguh. Bermula dari peringkat
  • 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  http://tipsptd.com/blog 13 ujian bertulis, anda harus bersungguh mengumpul maklumat dan memantapkan diri anda dengan kefahaman yang sepatutnya, diikuti dengan PAC dimana kesungguhan anda bukan sekadar persediaan tapi sepanjang PAC tersebut anda harus mempamerkan kesungguhan anda. Sama juga dalam temuduga PTD, anda seboleh mungkin bersungguh dan cuba sedaya upaya menjawab soalan yang ditanya dan cuba menonjolkan kelebihan anda sebaik mungkin. Mungkin tak perlu diihuraikan dengan lebih panjang kerana anda pasti lebih tahu tentang apa yang dimaksudkan dengan kesungguhan ini. 14.Kurang Maklumat Tentang Isu Semasa • Dalam ujian bertulis PTD, ada bahagian di mana anda dikehendaki menulis esei yang selalunya berkait rapat dengan isu semasa. Begitu juga semasa PAC ada sesi pengucapan umum tidak kira English atau Bahasa Melayu. Kegagalan calon meyiapkan diri anda dengan isu semasa sememangnya menyumbang kepada kegagalan menjadi penjawat jawatan ini. Sebagai contohnya sekiranya anda graduan jurusan ekonomi, tetapi disuruh menghuraikan tentang masa depan Bioteknologi Negara dan anda tidak tahu tentang Dasar Bioteknologi Negara, bagaimana agaknya anda boleh berdepan dengannya? Jadi amatlah penting untuk anda menyiapkan diri anda dengan maklumat semasa, dasar baru kerajaan dan halatuju Negara kita sendiri. Membaca akhbar dan mendengar berita setiap hari adalah satu pelaburan yang amat berharga dalam usaha anda menyiapkan diri anda dengan maklumat semasa. Ambil tahu
  • 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  http://tipsptd.com/blog 14 isu dan isi pentingnya, selebihnya anda boleh ‘goreng’ dengan kebijaksanaan yang anda dapat dari universiti dahulu. 15.Benci Subjek Sejarah dan Matematik • Dalam ujian bertulis, Seksyen A mencakupi pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling. Calon yang benci subjek sejarah semasa di sekolah dahulu akan menghadapi sedikit kesukaran di sini. Mengetahui sedikit sebanyak mengenai latarbelakang Malaysia, tentang ASEAN dan lain- lain yang berhubung kait dengan sejarah Malaysia adalah satu kelebihan walaupun ianya bukanlah sesuatu yang dominan dalam menentukan anda lulus ujian bertulis ini, tapi ianya masih dianggap antara yang penting. Jadi dekatkanlah hidup anda dengan sejarah, kerana sejarahlah kita menjadi negara yang dihormati ☺. Ramai juga calon yang mengeluh tentang kepayahan soalan Matematik yang ditanya. Untuk mereka yang minat subjek Matematik anda sudah pasti tidak bermasalah sebab sudah dinyatakan tahap soalan hanyalah sehingga peringkat sekolah menengah. Sekiranya anda tidak minat 2 subjek ini, anda harus melakukan persediaan komprehensif untuk ‘cover’ balik apa yang telah anda tinggalkan dan perkukuhkan diri anda dengannya. 16.Kurang Kemahiran Berbahasa • Kemahiran berbahasa Melayu dan Inggeris amat penting terutama dalam sesi debat dan ‘discussion’ semasa PAC. Ramai yang gagal PAC kerana mempunyai kemahiran
  • 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  http://tipsptd.com/blog 15 berbahasa yang lemah. Anda harus cuba sedaya upaya meningkatkan penguasaan bahasa anda. Banyakkan membaca dan praktiskan bercakap untuk bahasa Inggeris. Ramai yang pandai menulis esei dalam bahasa Inggeris tapi bila disuruh bercakap, mereka akan bermasalah. Seharusnya kalau anda pandai menulis maknanya anda sudah ada kosa kata atau ‘vocabulary’ yang mencukupi. Apa yang anda perlukan adalah sedikit keyakinan yang anda boleh melakukan. Saya yakin semua graduan mampu dan sebenarnya mahir dalam bahasa, tapi atas faktor malu dan kurang yakin, ianya menjadi penghalang dan Nampak seolah-olah anda tak menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. 17.Kurang Kemahiran Pengucapan Umum • Faktor ini hampir serupa dengan faktor sebelum ini. Cumanya mereka yang gagal ini tidak dapat menyampaikan idea mereka dengan kadar yang menyakinkan kerana gaya pengucapan yang tidak bagus. Kelancaran dan stail pengucapan melambangkan keyakinan dan memberi nilai tambah kepada kredibiliti anda. Cuba kaji bagaimana pemimpin politik berucap ataupun ucapan tokoh-tokoh yang anda boleh tengok di Youtube, dan belajar bagaimana mereka memberikan ucapan. Apa yang penting, anda seharusnya berjaya menyampaikan idea anda dengan lancar dan tepat. Berlatih bercakap di depan cermin di bilik anda, dan selalulah melakukan monolog
  • 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  http://tipsptd.com/blog 16 sendiri ketika lapang untuk melancarkan pengucapan anda. Walaupun praktis sendiri ini dianggap remeh, tapi percayalah ianya akan membantu meningkatkan kelancaran dan keyakinan anda. Minta bantuan dari rakan untuk mendengar dan menilai gaya pengucapan anda. 18.Tiada yang Istimewa • Apabila markah anda lebih kurang sama dengan orang lain dalam ranking SPA, anda perlukan faktor lain untuk berjaya. Anda perlu ada nilai tambah tersendiri ataupun keistimewaan tambahan yang menjadikan anda sedikit berbeza dengan mereka yang lain. Sebab itulah semasa sesi temuduga anda sebolehnya harus menonjolkan kelebihan dan hebohkan keistimewaan anda. Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum contohnya harus diketengahkan. Ramai juga yang gagal sebab mereka hanyalah ‘calon biasa’ atau ‘calon kebanyakan’. Tapi ini hanyalah satu faktor sampingan, tapi harus juga diambil perhatian. Sebolehnya lengkapkan diri anda sebaik mungkin supaya mereka tak ada pilihan melainkan untuk melantik anda menjadi Pegawai PTD! 19.Jawapan Meleret • Dalam tips untuk berjaya dalam temuduga selalu disebut yang kita seharusnya menjawab soalan dengan tepat dan padat. Jangan meleret kerana ianya akan membuang masa penemuduga di samping mendedahkan diri anda kepada membuat ‘statement’ yang salah. Fokus kepada jawapan anda, biar ianya padat dan tepat
  • 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  http://tipsptd.com/blog 17 20.Malu/Angkuh untuk Bertanya • Tidak mahu bertanya kepada mereka yang dah ada pengalaman ataupun mereka yang dah berjaya. Ianya mungkin kerana malu ataupun kerana angkuh dan terlalu yakin pada diri sendiri. Kita seharusnya akn mendapat idea yang lebih jelas tentang apa yang bakal berlaku, apa yang ditanya dan apa yang seharusnya kita lakukan sebelum mengharungi mana-mana peringkat dalam ujian PTD. Jika anda malu bertanya, anda hampir pasti GAGAL dan peribahasa melayu ada menyebut “malu bertanya, sesat jalan..”. Belajarlah dari pengalaman orang lain dan anda ada peluang yang besar untuk berjaya. 21.Cepat Menyerah ... gagal skali • Anda harus sedar dan tahu bahawa kebanyakan mereka yang berjaya adalah mereka yang pernah gagal dalam ujian ptd sebelum itu. Bukan ramai yang berjaya dengan sekali ujian sehaja bahkan ada kes di mana calon itu berjaya selepas 5 kali mengambil ujian. Sekiranya anda gagal untuk percubaan kali pertama, jangan berputus asa. Cuba lagi untuk sesi yang akan datang tapi dengan persediaan yang lebih rapi dan teratur. Jadikan kegagalan itu satu pengalaman dan anda harus analisa diri sendiri dan cari sebab kenapa anda gagal dan apa yang perlu anda pertingkatkan. 22.Masalah Tingkah Laku
  • 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  http://tipsptd.com/blog 18 • Pembawakan diri juga menyumbang kepada pemilihan calon semasa proses PAC dan temuduga. Dalam bercakap contohnya, jaga intonasi anda, bahasa badan atau gerak tubuh dan pertuturan bahasa yang bersopan dan tertib. Pergaulan semasa PAC, cuba jadi mesra dan tampak mudah untuk bergaul. Jadi anda seharusnya memperkemaskan skil ‘public relation’ anda. Cara mudah ialah, cuba jadi ceria dan yakin. Di samping itu juga semasa temuduga anda harus menjaga perlakuan anda, masuk ke bilik temuduga dengan tertib, elakkan duduk bersilang kaki dan jawab dengan tenang dan tak gelabah. 23.Terlalu Jujur • Masalah terlalu jujur ini kadangkala mendedahkan kelemahan anda. Anda tidak perlu berpura-pura kerana hipokrasi pasti dapat dikenalpasti oleh panel penilai yang sememangnya berpengalaman semasa PAC mahupun temuduga. Apa yang perlu ialah anda dedahkan apa yang bagus tentang diri anda dan sembunyikan apa yang buruk tentang diri anda. Cuba kawal diri, jadi diri sendiri dan simpan apa yang buruk pada diri anda. Anda mungkin akan diprovokasi untuk dinilai ketahanan anda, tetapi anda harus sedar bahawa itu sebenarnya dirancang dan anda seharusnya merancang juga bagaimana untuk menghadapinya. 24.Overconfident • Saya pasti anda lebih mengetahui dan sedar yang ramai calon gagal sebab mereka terlalu yakin pada diri sendiri dan
  • 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  http://tipsptd.com/blog 19 saya tak berhasrat untuk menghuraikannya dengan lebih mendalam. Tapi kalau boleh, rendahkan sedikit diri anda, berbual dengan calon lain sebelum mengambil ujian kerana itu sebenarnya akan membantu anda mengurangkan tekanan. 25.Datang Lewat • Tiba lewat ke tempat ujian / PAC / temuduga. Anda mungkin ketawa membaca faktor ini tetapi inilah hakikatnya. Ramai yang gagal sebab mereka datang lewat. Bila anda lewat ke tempat ujian, anda akan menjadi lebih gelabah dan kelam kabut dan sudah pastinya hal ini akan menyebabkan setiap tindakan anda menjadi serba tak kena. Ingat apa yang saya huraikan dalam faktor gagal sebab gelabah? Datang lewat inilah satu sebab yang menyumbang kepada gelabah itu. Seharusnya anda datang lebih awal ke tempat ujian untuk menenangkan diri anda atau dalam kata lain, berikan peluang diri anda untuk berasimilasi dengan suasana tempat ujian. Sehari sebelum tarikh ujian, luangkan sedikit masa untuk survey dan kenal pasti tempat tersebut supaya esoknya anda mudah ke situ tanpa tersesat jalan yang seterusnya menambahkan ke’gelabah’an anda. 26.Ada Bakat tapi.. • Anda malu atau keberatan untuk memberitahu tentang bakat anda. Anda seharusnya ketengahkan keseluruhan bakat anda, jangan simpan kerana tak ada orang yang akan korek bakat anda kalau anda tak bagitahu.
  • 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  http://tipsptd.com/blog 20 Manipulasikan kelebihan anda supaya ianya menjadi nilai tambah yang bakal membezakan anda dengan calon yang lain. Anda harus ingat bukan semua orang mempunyai kelebihan yang anda ada dan anda harus yakinkan diri anda bahawa anda lebih bagus dari calon yang lain dan anda layak untuk menjawat jawatan pegawai PTD. 27.Sekadar Cuba Nasib • Faktor lain yang sebenarnya ialah faktor utama mengapa calon gagal ialah, mereka mengambil ujian ini atas dasar suka-suka atau mencuba nasib. Apabila ianya ditanamkan dalam diri, mereka tidak berusaha dengan sewajarnya. Berlainan kalau anda melakukan sesuatu yang anda begitu berkehendakkan ianya, sudah pasti anda akan memberikan usaha semaksimum mungkin untuk mendapatkannya kan? Begitu juga dengan ujian PTD, anda harus melakukan persediaan rapi kerana anda mahu bersaing dengan puluhan ribu orang lain yang mahu menjawat jawatan yang sama. Jadi, apabila anda mendapat peluang untuk menduduki ujian PTD, lakukan sepenuh hati anda, buat persediaan yang rapi dan dapatkan maklumat selok belok tentang PTD dengan bertanya kepada mereka yang berpengalaman dan rujuklah kepada tempat-tempat yang ada autoriti dalam bidang ini. Sebenarnya jika mahu disenaraikan sebab-sebab mengapa calon gagal, sudah pasti ada puluhan lagi sebab lain. Tapi cukup sekadar 27 sebab ini yang berjaya dikumpulkan oleh ‘Team TipsPtd.com”. anda harus fahami dan cuba perbaiki apa yang kurang dan belajar dari kesilapan orang lain
  • 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  http://tipsptd.com/blog 21 kerana belajar dari kesilapan orang lain adalah jalan pintas untuk anda berjaya. Salam kejayaan dari kami, Team Tipsptd.com Sebarang komen bolehlah dihantar ke tipsptd@gmail.com Blog TipsPtd.com dibangunkan khas untuk menjadi ‘One-stop- center’ untuk rujukan bakal PTD dalam mencari maklumat yang komprehensif dan tersusun. Kami sebolehnya mahu memberikan informasi yang lengkap untuk anda berjaya dalam ujian PTD. Lawatilah tipsPtd.com untuk menyiapkan diri anda dalam menghadapi ujian-ujian PTD.
  • 27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD  http://tipsptd.com/blog Dapatkan Pakej LULUS Temuduga Kerja Kerajaan Versi TERBARU! Anda bukan hanya dapat 1 ebook, tapi 7 ebook yang komprehensif dalam 1 harga untuk anda lulus temuduga! KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut. 1. Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Versi Kemaskini Yang Kedua – dimuatkan rahsia-rahsia baru dalam menghadapi temuduga kerja kerajaan 2. Ebook Koleksi Kisah – Kisah Temuduga Kerja Kerajaan – “kisah-kisah suka duka mereka yang pernah melalui temuduga kerja kerajaan dikongsikan bersama” 3. Ebook teknik - Teknik Rahsia Bagi Menjawab Soalan Temuduga Kerja Kerajaan. – ketahui teknik - teknik yang sebenarnya ketika menjawab soalan yang ditanyakan panel penemuduga 4. Tips Asas Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan 5. Ebook 70 Contoh Skema Soalan dan Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan – soalan – soalan dan jawapan yang begitu praktikal sebagai panduan kepada calon 6. Ebook Secrets of Succesful Job Hunting – Rahsia orang USA bagaimana untuk mencari dan mendapatkan kerja di musim kegawatan ekonomi 7. Template Resume (dalam format word) – memudahkan calon menyediakan resume yang baik 22