PEMERKASAAN WANITA DALAM               INDUSTRI DESA IAITU IKS             (Modal Insan dan Sektor Desa)          Nama: Fa...
PENGENALAN• Wanita, ibu tunggal, golongan isteri, anak-anak gadis merupakan golongan  sasaran utama yang boleh dan akan me...
PEMERKASAAN WANITA• Pemerkasaan didefinisikan mengikut kamus  Dewan Bahasa dan Pustaka ialah hebat (unggul,  kuat, terkena...
• dalam mengembangkan perniagaan seseorang wanita perlu  mengingkatkan pendapatan melalui ilmu teknologi  maklumat• cara m...
WANITA SEBAGAI MODAL INSAN• Christine Helliwell (1993) menyatakan wanita adalah lebih dianggap  mempunyai hubungan yang le...
INDUSTRI DESA• Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan  perkilangan atau syarikat yang menyediak...
PEMERKASAAN WANITA DAN IKS• Maka salah satu pencapaian yang boleh dicapai oleh wanita  adalah menerusi saluran ekonomi iai...
• Pemerkasaan wanita ini adalah disokong dengan  bantuan daripada pelbagai pihak dan akhirnya memberi  kesan kepada golong...
• Disebabkan itu pemerkasaan wanita menerusi agenda kerajaan  dalam membantu golongan wanita bandar dan luar bandar dengan...
• Oleh sebab itu pihak kerajaan, swasta dan  pertubuhan yang lain boleh memperkasa wanita  dari segi bantuan dan pinjaman ...
• Di bawah strategi usaha sama pihak swasta dan  pertubuhan-pertubuhan yang terlibat menerusi isu  wanita dan IKS adalah b...
• Kerjaan menerusi program Kedai 1Malaysia turut membawa  manfaat kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS)  ter...
PENUTUP• Kerajaan komited dengan agenda pembangunan dan pemerkasaan  wanita agar mereka dapat menyumbang kepada pertumbuha...
RUJUKAN• Faridah Shahadan, Nor Aini Hj Idris & Zaini Mahbar. (1996). “Tabungan dan  Pelaburan” dalam         Rahmah Ismail...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Pemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iks

1,844 views
1,728 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,844
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
27
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iks

  1. 1. PEMERKASAAN WANITA DALAM INDUSTRI DESA IAITU IKS (Modal Insan dan Sektor Desa) Nama: Fatin Syahirah Binti Umar No Matrik: A 133335 Nama Pensyarah: Prof. Dr. Rahimah Bt.Abdul Aziz1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 1
  2. 2. PENGENALAN• Wanita, ibu tunggal, golongan isteri, anak-anak gadis merupakan golongan sasaran utama yang boleh dan akan menyumbang ke arah peningkatan pendapatan dan kualiti hidup masyarakat.• wanita punyai peranan tradisional yang dimainkan iaitu sebagai suri rumahtangga yang mempunyai tanggjungwajab dalam melahirkan, membesarkan anak-anak, menguruskan hal-hal rumah tangga seperti mengemas, memasak, membasuh dan lain-lain bagi memenuhi keperluan sosial keluarga di rumah, namun begitu di zaman kini peranan wanita dilihat semakin luas mencakupi pelbagai bidang.• mereka juga punyai peranan dalam menjana ekonomi keluarga bahkan turut membantu membangun ekonomi dan menjana pendapatan negara.• Kaitan penglibatan wanita dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dilihat semakin signifikan dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Kesungguhan kerajaan dalam membantu usahawan wanita ini direalisasikan menerusi program-program khusus yang telah dirangka oleh kerajaan seperti Rancangan Malaysia (RMK).1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 2
  3. 3. PEMERKASAAN WANITA• Pemerkasaan didefinisikan mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah hebat (unggul, kuat, terkenal, berdaulat, dominan dan sebagainya.• Manakala sumber tenaga wanita pula adalah penting bagi meneruskan hala tuju pembangunan sesebuah negara (Hemmati, 2001) dan disebabkan itu penting bagi negara punyai tugas dan berperanan dalam memperkasakan tugas dan bakat wanita.1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 3
  4. 4. • dalam mengembangkan perniagaan seseorang wanita perlu mengingkatkan pendapatan melalui ilmu teknologi maklumat• cara memberikan latihan pembinaan laman sesawang dalam mempromosikan segala barangan dan perkhidmatan mereka ke seluruh dunia.• Penambahan ilmu iaitu dalam bidang teknologi maklumat dan latihan pembangunan modal insan memerlukan kemahiran pembangunan E-perniagaan yang baik.• Modul yang sepatutnya meliputi asas kemahiran perniagaan dan pengurusan, membina kecekapan keushawanan, khidmat nasihat dana dan kewangan, pengeluaran, penjualan dan pemasaran, jaringan kerja dan perkongsian maklumat. Selain itu juga wanita harus diberikan latihan dalam kemahiran internet iaitu diajar mengenai kemahiran asas internet, menggunakan Internet untuk pendidikan, maklumat dan perdagangan, membina lawan sesawang.1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 4
  5. 5. WANITA SEBAGAI MODAL INSAN• Christine Helliwell (1993) menyatakan wanita adalah lebih dianggap mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan lapangan “domestik” (private).• Menurut Rahmah Ismail (1997), tugas menjaga anak, misalnya, yang lazim dipertanggungjawabkan ke atas wanita sekiranya dilakukan dengan baik berupaya melahirkan insan yang berguna untuk pembangunan negara.• Peranan produktif wanita sebenarnya merupakan aktiviti kerja yang mempunyai nilai pertukaran, sama ada secara nyata atau berkeupayaan untuk dimajukan. Aktiviti produktif terdiri daripada kerja dalam sektor formal dan tidak formal, termasuk perusahaan keluarga (Moser, 1989:1817)• Ini berlaku apabila aktiviti kerja dibentuk dan dilakukan dari dalam rumah (lapangan private), seperti membuat keropok dan menjahit (Heyzer & Sen, 1994) yang memperlihatkan kerja berupah telah termasuk di dalam lingkungan domestik. Dalam masa yang sama, aktiviti ini adalah sebahagian daripada kerja social (Helliwell, 1993:269).1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 5
  6. 6. INDUSTRI DESA• Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebih RM 25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.• Ini selaras dengan matlamat Dasar Pertanian Negara Ketiga, (1998- 2010) untuk meningkatkan jaminan bahan makanan (food security) negara melalui transformasi modus operandi pertanian yang berorientasikan komersial, meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian melalui pemindahan teknologi, mewujudkan rantaian antara sektor pertanian dengan sektor lain serta menjana sumber pertumbuhan secara lestari (Malaysian Business 2004). Dasar Pertanian Negara ketiga (DPN3) yang dilancarkan pada 9 Jun 1999 menekankan kepada pembangunan mapan sektor pertanian, yang bukan hanya diceburi ketika kegawatan ekonomi, tetapi wajar diteruskan sebagai industri kukuh (Nik Yahya 2002).1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 6
  7. 7. PEMERKASAAN WANITA DAN IKS• Maka salah satu pencapaian yang boleh dicapai oleh wanita adalah menerusi saluran ekonomi iaitu industri IKS. Kepentingan IKS membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada golongan wanita, tidak kira wanita bandar mahupun wanita luar bandar. Selain itu juga kepentingan dan sumbangan IKS yang lain ialah dapat membantu dalam meningkatkan jumlah simpanan negara, menjimatkan tukaran wang asing, mewujudkan agihan pendapatan yang lebih baik kepada penduduk, melahir dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja, membantu dalam proses pemindahan teknologi, meningkatkan hubung jalin dengan firma yang lebih besar serta memperkukuhkan struktur asas industri negara (Moha Asri 1997)1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 7
  8. 8. • Pemerkasaan wanita ini adalah disokong dengan bantuan daripada pelbagai pihak dan akhirnya memberi kesan kepada golongan wanita dalam menjana pendapatan sendiri disamping membantu meringankan beban keluarga masing-masing.• Pemerkasaan boleh dilaksanakan menerusi aspek pendidikan dan kemahiran, agenda kerajaan, bantuan pinjaman kewangan dan usaha sama kerajaan dan swasta menerusi program-program yang punyai kaitan dengan perkasa wanita dan IKS.• Alat pendidikan dan latihan yang berguna merupakan asas penting dalam aspek pemerkasaan wanita iaitu ia dijadikan sebagai pemacu ekonomi dan pemangkin kepada pertumbuhan wanita dan negara1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 8
  9. 9. • Disebabkan itu pemerkasaan wanita menerusi agenda kerajaan dalam membantu golongan wanita bandar dan luar bandar dengan 4K iaitu keilmuan, kemahiran, keusahawanan, dan kepimpinan.• Memperkasa wanita menerusi keilmuan adalah dengan meningkatkan ilmu wanita dalam segenap aspek ekonomi, politik dan sosial.• Seterusnya pemerkasaan menerusi peningkatan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu yang dapat menjana pendapatan. Kemahiran ini boleh meliputi pengisian teknologi kepada golongan wanita dalam menaikkan taraf perusahaan IKS mereka.• Keusahawanan pula dilihat sebagai platform oleh kerajaan untuk melibatkan diri wanita ke bidang ekonomi IKS yang mencakupi pelbagai bentuk-bentuk keusahawaan yang dapat menyumbang kepada peningkatan pendapatan ekonomi keluarga dan negara.• memberi latihan kepimpinan dalam memimpin perusahaan. Walaupun pada asasnya lelaki merupakan pemimpin, namun wanita juga dikatakan mempunyai hak tertentu dalam memimpin.1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 9
  10. 10. • Oleh sebab itu pihak kerajaan, swasta dan pertubuhan yang lain boleh memperkasa wanita dari segi bantuan dan pinjaman kewangan. Bantuan pinjaman kewangan ini boleh dijadikan modal bagi wanita dalam menjana pendapatan awal dengan permulaan mewujudkan IKS.• Akses kepada pinjaman wang dan pembiyaan makro yang lebih baik memudahkan golongan wanita memulakan perusahaan sendiri, sekaligus meningkatakan penglibatan lebih ramai wanita dalam bidang keusahawanan dan pembangunan ekonomi negara.1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 10
  11. 11. • Di bawah strategi usaha sama pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan yang terlibat menerusi isu wanita dan IKS adalah berkenaan memenuhi obligasi sosial melalui „Tanggungjawab Sosial Koporat‟ (CSR). Program satu daerah satu GLC, pelaksanaan konsep satu keluarga satu syarikat di bawah pendekatan mentor-mentee serta program khidmat masyarakat merupakan antara langkah-langkah yang boleh dikaji bagi pihak swasta untuk membantu golongan wanita dalam menjimatkan kos dan peruntukan kewangan merupakan satu cara yang berkesan dalam membangunkan masyarakat luar bandar terutama wanita dan perusahaan. Selain daripada sumbangan sektor korporat, pendekatan lain seperti penglibatan institusi pengajian tinggi kerajaan-swasta juga akan dapat memberi faedah dan manfaat kepada mereka.1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 11
  12. 12. • Kerjaan menerusi program Kedai 1Malaysia turut membawa manfaat kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terutama yang melibatkan perusahaan milikan wanita diberi amanah dan tugas dalam membekalkan produk mereka untuk dimasukkan dalam pasaran dengan menerusi Kedai 1 Malaysia. Keutamaan penjenamaan produk di bawah jenama Kedai Rakyat 1 Malaysia yang diberikan kepada barangan keluaran IKS secara tidak langsung dapat membantu pengusaha wanita untuk bersaing dalam pasaran runcit.• Pewujudan Kedai 1Malaysia dengan matlamat utamanya adalah untuk meringankan beban rakyat, khususnya golongan yang berpendapatan rendah, dilihat sebagai langkah yang bijak menerusi penglibatan golongan wanita terutama mereka yang berada di luar bandar. Kedai 1Malaysia diperkenalkan untuk menjual barangan keperluan rakyat dengan harga yang rendah tanpa mengabaikan aspek kualiti yang menjadi hak rakyat.1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 12
  13. 13. PENUTUP• Kerajaan komited dengan agenda pembangunan dan pemerkasaan wanita agar mereka dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, menambah pendapatan dan meningkatkan kualiti hidup. Kewujudan IKS dalam sesebuah negara telah membuka peluang pekerjaan yang luas tidak kira kepada kaum wanita dan sekaligus membantu dalam memperkasa modal insan golongan wanita bandar dan juga luar bandar. IKS yang diceburi oleh golongan wanita boleh dan berupaya untuk berjaya dan punyai potensi dalam mengembangkan sayap perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi. Iaitu dengan melibatkan perusahaan tersebut dengan pelaburan yang lebih produktif, pembiayaan bantuan kewangan, pengetahuan teknologi dan kepakaran terkini dengan disertai pembangunan R&D, IKS yang dimilikan oleh usahawan wanita juga mampu untuk berdaya saing di pasaran global mahupun glokal.1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 13
  14. 14. RUJUKAN• Faridah Shahadan, Nor Aini Hj Idris & Zaini Mahbar. (1996). “Tabungan dan Pelaburan” dalam Rahmah Ismail & Zaini Mahbar [eds]. Wanita dan Pekerjaan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.• Fatimah Abdullah. (1987). “Wanita yang Bekerja dan Pengurusan Rumahtangga” dalam Jurnal Antropologi dan Sosiologi, Jilid 15. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.• Jannat Fatema, Chamsuri Siwar, Sharina Abd Halim. (2012). Women empowerment and socioeconomics impact of participation in NGO activities in rural Bangladesh. International Journal of Social Science, Economics & Art.• Jalihah Md Shah. (2010). Triple Role: Suatu Penyingkapan Peranan dan Kerja Wanita. Sosiohumanika, 3(1). ___• Mohd Asri Abdullah. (1997). Industri Kecil dan Sederhana Di Malaysia: Tinjauan Terhadap Perkembangan Program Bantuan, Penerbit Fajar Bakti, Shah Alam. -TERIMA KASIH-1/25/2013 SKAA 3153 SOSIOLOGI DESA 14

×