Your SlideShare is downloading. ×
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp muhammad syahir

2,461

Published on

Tugasan Semester 6 PGPI

Tugasan Semester 6 PGPI

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
2,461
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. 1.0 PENDAHULUAN     Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang- orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. Apabila berbincang mengenai kepimpinan Islam, maka tidak dapat tidak untuk menyatakan tentang ayat Allah yang mewajibkan setiap manusia untuk taat kepada pemimpin di kalangan umat berkenaan selagi pemerintahannya adalah menurut syarak dan tidak melewati batasannya.Tidak kira di mana sahaja sekalipun setiap daripada manusia itu juga adalah seorang pemimpin bahkan dalam satu keadaan yang terakhir manusia itu adalah pemimpin bagi dirinya sendiri. Penerapan kepimpinan Islam seharusnya diberi perhatian yang serius terutama sekali dalam kalangan guru pelatih sendiri dalam sesebuah kelas atau dalam situasi realitinya adalah kepimpinan Islam oleh guru terhadap murid di sekolah kerana sekiranya seseorang pemimpin yang dipilih oleh rakannya adalah seseorang yang mempunyai fikrah seorang pemimpin berlandaskan al-Quran dan Sunah maka sempurnalah pemilihan pemimpin yang dipilih berkenaan. Kepimpinan Islam yang dapat dilaksanakan secara sepenuhnya dalam sesebuah organisasi terutamanya di kalangan bakal guru dapat membantu mewujudkan suatu bi‟ah solehah yang sesuai menurut syarak. Seorang pemimpin yang mampu untuk menjaga beberapa perkara utama 1
  • 2. yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat kini amnya yang bukanhanya terjadi dalam kalangan mereka yang bekerja di dalam profesion lainbahkan dalam profesion perguruan juga adalah persoalan tentangpemisahan antara pergaulan bebas lelaki dan perempuan terutama sekalidalam susunan koordinat kelas dan lain-lain lagi. Pepatah ada menyebuttentang “Bagai mengajar anak ketam berjalan betul” yang biasanyaberlaku di dalam sesuatu keadaan guru yang sering meminta muridnyauntuk tidak duduk dalam keadaan yang mencurigakan di dalam kelastetapi hal berkenaan dilakukan sendiri oleh guru berkenaan.Maka sudahtentu murid berkenaan akan mempersoalkan tindakan guru berkenaanyang melarang murid melakukannya tetapi guru sendiri melakukanperkara yang ditegahnya sendiri. Jika diamati pada Sirah Rasulullah SAW semasa pemerintahanIslam sejak zaman Baginda sendiri sehinggalah zaman khalifah yangterakhir iaitu di dalam pemerintahan Turki Uthmaniyah yang berakhirsekitar awal tahun 1924 masihi yang lalu, sistem pemerintahan Islammerupakan satu daripada sistem yang tidak pernah dipinggirkan dalampemilihin seorang pemimpin sebagai ketua negara dalam segala aspekberkaitan dengan sesebuah negara meliputi ekonomi, sosial, politik danapa sahaja adalah berdasarkan kepada yang digariskan oleh al-Qurandan sunah nabi.Berdasarkan kepada sebuah Hadis Nabi SAW yangbermaksud:“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenaikepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanyamengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akanditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminyadan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpinkepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanyamengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu 2
  • 3. akan ditanya mengenai kepimpinan kamu”.( Hadis Riwayat al-Bukhari,Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad ) Matlamat sebenar daripada kepimpinan Islam yang diterapkansendiri adalah sesuatu yang jelas lagi nyata iaitu untuk mendapatkankeredhaan Allah di dunia dan akhirat.Dengan penerapan kepimpinanIslam terhadap sesebuah organisasi atau kumpulan maka tercapailahmatlamat satu daripada aspek yang perlu dilaksanakan oleh manusia iaitumenerapkan hukum Allah yang selama ini tidak diendahkan oleh segenapmasyarakat kini yang sebenarnya semakin hari semakin jauh daripadamatlamat untuk mendapatkan redha Allah bahkan disayangi nabi. Pengiktirafan Allah terhadap manusia sebagai seorang pemimpinatau khalifah sebenarnya telah dinukilkan di dalam al-Quran dalam surahal-Baqarah ayat 30 yang bermaksud: “Sesungguhnya aku (Allah) melantik manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini”. Dengan ini jelaslah betapa pentingnya keberadaan seseorangpemimpin tidak kira pemimpin daripada sebesar-besar organisasi bahkansekecil-kecil organisasi maka sekiranya terterapnya kepimpinan Islammaka baiklah seluruh keadaan apa yang dipimpin oleh seseorang itu. 3
  • 4. 2.0 PENERAPAN KEPIMPINAN ISLAM DALAM BILIK DARJAH KALANGAN GURU PELATIH Kepimpinan Islam merupakan satu daripada aspek yang diperlukan dalamkalangan guru pelatih dalam usaha untuk mewujudkan bakal guru yangmempunyai pengetahuan dan ilmu tentang bagaimana kepimpinan Islam dapatditerapkan semasa di sekolah kelak.Secara umumnya, kepimpinan merupakankata terbitan yang terbit menerusi kata akar “pimpin” yang bermaksudseorangindividu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab mengarah danmenyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan. Sesetengahorang menganggap pemimpin itu seseorang yang agung dan mendorongpengikut untuk bekerja kuat, menghasilkan sesuatu yang agung dan orang yangmembantu lebih daripada orang yang menaikkan semangat atau mengarah.Walau apa pun pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungan sebagaipengarah, pendorong dan pemikir.( Syed Ismail Bin Syed Mustapa. Ahmad SubkiBin Miskon, 2010) Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1989)kepimpinan pula membawa maksud keupayaan memimpin. Manakala menurutkata-kata seorang ahli falsafah barat Certo (1997) kepimpinan membawamaksud proses pengarahan tingkah laku orang lain kearah penyempurnaansesuatu objektif. Dalam erti kata lain, ia bermaksud suatu desakan terhadapsikap seseorang bagi mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan oleh seorangpemimpin. Bagi Ahmad Mohd Salleh (2008) kepimpinan bermaksud satu prosesdi mana seorang individu mendapatkan kerjasama orang lain kearah pencapaianmatlamat dalam suasana tertentu dan menurut Razali Saaran (2008) kepimpinandalam konteks bilik darjah membawa maksud kemampuan seseorang gurumempengaruhi para pelajarnya turut serta dalam aktiviti pengajarannya sertamemimpin para pelajarnya ke jalan yang benar dan diredhai Allah. 4
  • 5. Bagi pengertian Islam pula, terdapat beberapa pandangan yangdikeluarkan antaranya ialah menerusi kamus dewan yang bermaksud sejahterayang berasal daripada perkataan . Bagi pengertian dari segi istilah pula Islammerujuk kepada penyerahan dan tunduk kepada Allah (Wikipedia,2011) MenurutSaid Hawa (2000) Islam bermaksud „ketundukan seorang hamba kepada wahyuIlahi yang diturunkan kepada para nabi dan rasul khususnya Muhammad SAWguna dijadikan pedoman hidup dan juga sebagai hukum/ aturan Allah SWT yangdapat membimbing umat manusia ke jalan yang lurus, menuju ke kebahagiaandunia dan akhirat.‟ Kefahaman yang menyeluruh tentang definisi kepimpinan danIslam secara jelas seterusnya dapat membantu tentang pemahaman tentangpenerapan kepimpinan Islam seperti yang dinukilkan oleh Dr Siddiq Fadzil(2010), kepimpinan dalam Islam bukan hanya mempengaruhi orang tetapipemimpin menurut Islam ialah pemandu umat dalam melaksanakan amanahketuhanan “Devine Trust” iaitu memelihara agama dan menguruskandunia.Kepimpinan dalam Islam merupakan tanggungjawab dan amanah bukansuatu tashrif iaitu kebesaran atau kebanggaan (Siddiq Fadzil, 2010). Dalam menerapkan kepimpinan Islam dalam kalangan guru pelatihseterusnya daripada guru pelatih kepada murid-murid di sekolah terdapat banyakkaedah atau cara yang boleh digunapakai untuk menerapkan kepimpinan Islam.Jika kita menelusuri sirah Nabi Muhammad SAW pada masa lalu, sudah tentukita memperakui bahawa baginda merupakan seorang daripada pendidik yangterulung pada zaman baginda. Melalui segala apa yang baginda lakukan tidakkira perbuatan, percakapan, tikrar dan segala yang berkaitan dengan bagindamaka adalah sesuatu yang terbaik yang pernah dicatatkan di dalam sirah Nabi.Berdasarkan kepada suatu hadis yang menjelaskan tentang sebab utama NabiMuhammad diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak, maka sudahtentulah sebagai umat Nabi Muhammad kita perlu meletakkan akhlak bagindasebagai rujukan utama dalam penerapan kepimpinan Islam. 5
  • 6. Di samping itu juga, sarjana Islam membicarakan tentang kepemimpinansebagai satu daripada tiang agama dan tidaklah sempurna urusan agama itutanpa adanya kepemimpinanKrisis yang sedang melanda umat Islam saat iniadalah kerana tiada pendidik yang dapat diteladani atau pemimpin berjiwapendidik.( Jamal Hasan Sa‟d Madhi, 2010) Maka, menjadi kewajipanlah bagibakal pendidik bagi kaedah atau cara penerapan kepimpinan Islam yang dapatdiperlihatkan secara jelas adalah menerusi sebuah sepotong ayat di dalam surahal-Ahzab ayat 21 iaitu:   Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullahitu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan(keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut danmengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) Menerusi ayat ini berkenaan, jelaslah bahawa kaedah penerapankepimpinan Islam yang pertama adalah menerusi pendekatan Qudwah Hasanah.Menerusi pendekatan ini, walaupun terdapat sedikit perbezaan yang tidak begituketara antara qudwah hasanah dan uswah hasanah maka ia tidak lari darimendefinisikan hal ini iaitu sebagai seorang pemimpin maka adalah amatdiperlukan dalam akhlak mereka untuk menjadi uswah hasanah kepada murid-murid atau rakan-rakan di dalam kelas. Penerapan sikap ini penting agar setiapperbuatan dan tingkah laku pemimpin berkenaan adalah berasaskan daripadaakhlak baginda SAW yang mementingkan kepada manusia untuk menerapkanprinsip qudwah hasanah kepada orang yang dipimpin. Menerusi pendekatanqudwah hasanah ini, seseorang pemimpin akan sentiasa menjaga perbuatandan percakapan yang disampaikan di dalam sesebuah kelas agar setiapperbuatan dan percakapan yang disampaikan adalah sesuai dan mengikut 6
  • 7. segala panduan yang ditetapkan Islam dan seterusnya diteladani oleh orangyang dipimpinnya. Sebagai contoh, sebagai seorang bakal guru semasa sedang mengajaratau menyampaikan ilmu tentang akhlak dan adab Islamiah, seseorang itu perluuntuk menunjukkan contoh teladan (uswah hasanah) yang baik dan terusmenerus mengamalkan adab yang disampaikan kepada orang yang diajar ataudipimpin.Sekiranya perkara yang diajarkan adalah mengenai adab dengan rakanmaka seseorang guru itu perlu melakukan amalan itu terlebih dahulu sebelumdilihat dan difahami oleh orang yang dipimpin.Dengan yang demikian, sekiranyaorang yang dipimpin berkenaan dapat menghayati dan mengamalkannya puladalam kehidupan seharian maka tercapailah penerapan kepimpinan Islammenerusi qudwah hasanah dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran yangdisampaikan. Jika diteliti menerusi sirah Nabi SAW, baginda banyak mengamalkanadab-adab yang sering diamalkan dalam kehidupan seharian baginda disamping menyampaikan ilmu berkenaan kepada orang ramai.Terdapat suaturiwayat yang menceritakan bagaimana Nabi Muhammad menerapkan qudwahhasanah dalam kehidupan seharian baginda untuk diteladani oleh masyarakatlain iaitu dalam hal bersosial dengan seluruh masyarakat baginda tidak pernahmemilih siapa pun untuk mendekati diri atau menjauhkan diri daripada umatnyasebelum ini seperti suatu ketika Nabi Muhammad sendiri boleh dudukbersebelahan dengan seorang orang tua yang pada diri orang tua itu mempunyaikudis, miskin dan dengan keadaan yang kotor. Hal ini menerangkan kepada kitaakan sifat rendah diri yang diperlukan oleh seorang pemimpin Islam dansekiranya diamalkan oleh pemimpin berkenaan maka akan dijadikan contohyang baik oleh pengikutnya. 7
  • 8. Dalam pendekatan ini juga, Allah SWT ada menukilkan tentangpentingnya untuk seseorang pemimpin atau manusia itu untuk melaksanakansesuatu yang sering diungkapkan atau diucapkan dalam kehidupan seharianmelalui al-Quran dan sekiranya tidak dilaksanakan oleh seseorang itu maka akandilaknat oleh Allah menerusi Surah AS-Saff ayat 2 dan 3 iaitu:    Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamumemperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciannyadi sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya Oleh itu, menerusi pendekatan qudwah hasanah ini maka penerapankepimpinan Islam dapat diwujudkan dalam sesebuah kelas dan dikira berjayasekiranya setiap perbuatan atau perkataan yang disampaikan oleh seseorangpemimpin itu dituruti dalam kehidupan orang yang dipimpin itu dengan kerap danistiqamah.Kaedah ini juga sebenarnya tidak dapat tidak pemimpin berkenaantelah memperoleh pahala kerana berusaha untuk menerapkan sunah Nabi SAWyang semakin hari dilupakan. Seterusnya, bagi menerapkan kepimpinan Islam dalam kalangan gurupelatih mahupun murid-murid di dalam kelas maka pengetahuan dan amalanberkaitan nilai-nilai Islam tidak boleh dipandang enteng oleh seseorangpemimpin dalam sesebuah kelas atau organisasi.Sirah Nabi menunjukkantentang banyak kisah-kisah yang berlaku hasil daripada penerapan nilai-nilaiIslam dalam sesebuah organisasi.Dengan pengetahuan tentang beberapa sifatatau tingkah laku yang diperlukan oleh seseorang pemimpin Islam sepertimanapada zaman kegemilangan Islam terdahulu sudah tentu keadaan sesebuahmasyarakat itu menjadi lebih baik dan aman serta sempurna dari segi amalan 8
  • 9. kehidupan bermasyarakat.Terdapat beberapa sifat yang diperlukan untukditerapkan oleh seseorang pemimpin dalam usaha menerapkan kepimpinanIslam. Antara sifat yang penting adalah amanah, bertanggungjawab, mempunyaikeseimbangan bersepadu, dan adil.Seterusnya perbincangan tentang sifat yangdiperlukan oleh seseorang pemimpin dalam kepimpinan Islam akan dihuraikansecara terperinci. Bagi sifat yang pertama yang diperlukan oleh seorang pemimpin dalamusaha menerapkan kepimpinan Islam adalah sifat amanah. Berkenaan sifatamanah ini maka ia tidak dapat tidak lari daripada sifat bertanggungjawab yangamat diperlukan dalam seseorang diri pemimpin Islam. Melalui sifat amanah iniAllah SWT telah menetapkan di dalam al-Quran tentang pentingnya menjagaamanah yang telah ditaklifkan oleh Allah kepada mereka yang dilantik sebagaipemimpin melalui Surah Al-Baqarah ayat 286 iaitu:  ….. Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apayang terdayaolehnya. ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia jugamenanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. .. Menerusi ayat ini, Allah menyatakan tentang amanah yang diberikankepada setiap manusia adalah berdasarkan kepada ilmu Allah yang mengetahuitentang kemampuan seseorang hambaNya.Begitu juga kepada pemimpin Islam,Allah tidak akan memilih seseorang itu untuk memimpin sesebuah organisasitanpa sebab musabab yang kadang kala tidak difahami oleh manusia itu sendiri.Maka, amanah untuk melaksanakan dan menjaga apa yang dipimpin amat 9
  • 10. diperlukan dan memastikan amanah yang diberikan dilaksanakan dengan jujurdan ikhlas.Menerusi sifat rasulullah yang sentiasa amanah dalam melaksanakantanggungjawab sebagai pemimpin terdapat kisah yang boleh diketengahkansebagai pengetahuan dan pengajaran yang boleh diambil.Kisah ini adalahberdasarkan kepada kisah yang berlaku semasa zaman pemerintahan selepasKhulafa‟ Ar-Rasyidin iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Menerusi kisah ini, dikisahkan bahawa khalifah Umar Abdul Aziz yangterkenal dengan sifat amanah telah sanggup memadamkan sebuah lampu lampumeja dikala anaknya yang datang untuk bertanyakan sesuatu tentang urusankeluarga dengan alasan bahawa minyak lampu berkenaan adalah kepunyaankerajaan dan dibeli dengan duit kerajaan.Khalifah Umar Abdul Aziz telahmeminta pelayan beliau untuk membawakan lampu kepunyaannya sendiri.Pengajaran yang boleh diambil daripada kisah ini adalah pentingnya amanahterutama sebagai seorang pemimpin walaupun adakalanya dirasakan bahawasesuatu perkara itu adalah remeh tetapi jika ia tidak berkaitan dengan amanahyang diberikan maka keperluan untuk tidak menyalahi amanah adalah amatdititikberatkan. Begitulah sikap seorang pemimpin yang sentiasa menerapkankepimpinan Islam di dalam kehidupan seharian. Bagi aplikasi di dalam kehidupan seharian guru tidak kira di rumah atau disekolah, seseorang guru atau pemimpin berkenaan juga seharusnya tidakmenyalahi amanah yang diberikan untuk memimpin sesebuah organisasi.Sebagai contoh, sebagai seorang guru atau pemimpin amanah untukmenyerahkan wang yuran sekolah kepada pihak sekolah mesti dijalankandengan baik dengan tidak mendahulukan wang berkenaan untuk digunakan bagikehidupan peribadi atau perkara lain yang tiada kena-mengena dengan amanahyang diberikan.Contoh yang lain pula adalah seperti seorang guru yang diberikanamanah untuk mengajar, maka guru itu perlu mencari kaedah yang paling sesuai 10
  • 11. dan baik bagi memudahkan murid memahami isi pelajaran yang disampaikandan secara tidak langsung meninggalkan kesan dalam jiwa para pelajarnya.(Razali Saaran, 2010) Dengan penerapan sifat yang pertama ini, maka sudah tentulah ia akanmembantu memimpin murid-murid akan pentingnya sifat amanah dalamkehidupan seharian dan dalam kepimpinan Islam sendiri juga menyatakanbahawa Nabi S.A.W. memperingatkan umatnya tentang amanah semasamemimpin dengan sabda baginda, yang dilapor oleh Ibn Umar yang bermaksud“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkanterhadap mereka yang berada di bawah kepimpinan kamu.” Bagi sifat yang kedua yang diperlukan oleh seorang pemimpin dalamusaha menerapkan kepimpinan Islam dalam bilik darjah ialah sifat mempunyaikeseimbangan bersepadu.Seseorang pemimpin yang ingin menerapkankepimpinan Islam sepatutnya mempunyai keseimbangan yang bersepadu dalamdiri seseorang itu. Dalam erti kata lain, keseimbangan bersepadu adalahmempunyai keseimbangan yang baik antara roh dan jasad iaitu pembangunanspiritual dan mental demi menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.Dalam sifat ini, seseorang guru atau pemimpin perlu mempunyai pandanganyang jelas tentang keperluan memahami realiti keadaan semasa dan kaedahpenyelesaian yang boleh memberikan kebaikan tanpa menjejaskan matlamatdunia dan akhirat.Mohd.Kamal Hassan (1984) telah mencadangkan satu kaedahuntuk menyelamatkan manusia. Menurut beliau, "Ilmu yang diajar dan dikembangkan mestilah dipadukan dengan imankepada Allah, ilmu yang bermanfaat, amal yang soleh, dan akhlak yangmulia.Semuanya ini berdasarkan tauhid dalam mempelajari, mengajar danmengembangkan ilmu pengetahuan." 11
  • 12. Menurut pandangan yang dikemukakan beliau kesepaduan antara aspekrohani dan jasad serta akal perlu disepadukan lebih-lebih lagi kepada guru ataupemimpin bagi memastikan setiap perkara yang disampaikan dapat difahamidengan mendalam dan dihayati dalam kehidupan seharian.Terdapat satu dalildaripada al-Quran yang menekankan tentang pentingnya keseimbanganbersepadu ada dalam diri manusia lebih-lebih lagi pemimpin yang inginmenerapkan Islam dalam pimpinannya. Dalam al-Quran surah al-Fathir ayat 28iaitu:    Maksudnya: dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yangmelata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya?sebenarnyayang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah darikalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. SesungguhnyaAllah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. Dalam konteks kepimpinan Islam, maka dengan kesepaduan antarakognitif (akal) dan afektif yang dapat menyampaikan ilmu maka ia sekaligusdapat melahirkan insan yang dapat beramal dan patuh kepada perintah AllahSWT.Dalam ayat berkenaan juga, menyatakan tentang peri pentingnya konsepilmu, iman dan amal yang perlu diaplikasikan dalam kehidupan seseorangpemimpin dahulu sebelum dapat disampaikan kepada pengikut atau orang yangdipimpin olehnya dengan baik. Secara tidak langsung dengan mempunyaikeseimbangan bersepadu seseorang pemimpin dapat membantu pengikutnyauntuk bukan sahaja mempelajari ilmu untuk ganjaran atau dunia semata-mata 12
  • 13. bahkan ia juga atas dasar iman dan perlu diamalkan untuk kebaikan diriseseorang itu. Sebagai contoh aplikasi keseimbangan bersepadu yang dibawa oleh NabiMuhammad SAW semasa hayat baginda ialah berdasarkan hadis Nabi yangdiriwayatkan oleh Ibnu Abdil Birr dari Anas.Di dalam kisah berkenaan Anas RAtelah bertanya kepada baginda tentang apakah amalan yang lebih utama danRasulullah telah menjawab ilmu pengetahuan tentang Allah.Seterusnya sahabatbertanya lagi tentang apakah ilmu yang dimaksudkan dan Rasulullah menjawabilmu pengetahuan tentang Allah SWT.Selepas daripada Rasulullah menjawabpersoalan berkenaan sahabat berkenaan menyangka bahawa Rasulullah telahtersalah dalam memahami soalan yang dikemukakan sahabat berkenaan dansahabat berkenaan menegaskan bahawa beliau bertanya tentang amalansedangkan Rasulullah menjawab tentang Ilmu. Melihat akan penegasan sahabatberkenaan Rasulullah telah menyatakan bahawa sesungguhnya sedikit amalanakan berfaedah apabila disertai dengan ilmu tentang Allah dan banyak amalantidak akan bermanfaat apabila disertai kejahilan tentang Allah.Begitulahpenerangan Rasulullah tentang persoalan yang menyatakan keperluan akankeseimbangan antara 3 aspek yang penting itu iaitu Ilmu, Iman dan Amal yangdisebut keseimbangan bersepadu dalam diri setiap pemimpin Islam. Sebagai contoh dalam usaha untuk mengaplikasikan keseimbanganbersepadu yang boleh dijalankan oleh guru atau pemimpin di dalam kelas ialahseperti di dalam bidang Ibadah, seseorang guru berkenaan boleh membawahadis Nabi yang berkaitan dengan sebuah kisah yang menyatakan bahawaterdapat seorang manusia pada zaman nabi yang masih lagi melakukan maksiatwalaupun beliau bersolat pada waktu yang ditetapkan.Maka, mengikut kisahberkenaan Rasulullah menyatakan bahawa lama kelamaan maksiat yangdilakukan akan ditinggalkan oleh orang berkenaan disebabkan oleh amalan baik 13
  • 14. yang dilakukannya.Hal ini boleh diterangkan oleh guru tentang pentingnyamempelajari, di samping mempercayai dengan hati serta beramal dengan ikhlasakan dapat membantu seseorang murid atau pengikutnya untuk meninggalkanmaksiat. Penerapan keseimbangan bersepadu ini mampu menghasilkan muridyang mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah di samping tidakmeninggalkan kepentingan kehidupan di dunia untuk kebaikan akhirat. Bagi sifat ketiga yang diperlukan oleh seorang pemimpin untukmenerapkan kepimpinan Islam adalah sifat adil.Adil menurut Kamus Dewan ialahpertimbangan yang wajar atau tidak memihak kepada mana-manapihak.Manakala menurut maksud dari segi istilah syarak adil ialah meletakkansesuatu pada tempat yang sesuai dan betul. Adil merupakan satu daripada sifatyang seharusnya dipunyai dan difahami dengan jelas oleh seseorang pemimpinyang ingin orang lain mengikuti pimpinannya.Keadilan seharusnya dilaksanakankepada semua pengikut kepada pemimpin berkenaan tanpa mengira warna kulit,etnik, bangsa,budaya dan latar belakang dalam sesebuah masyarakat. (AgusSaputera,2008) Keadilan yang dilaksanakan seharusnya berdasarkan kepada apa yangtelah digariskan di dalam al-Quran dan Hadis bagi menerapkan kepimpinanIslam dalam sesebuah organisasi sepertimana yang diterangkan di dalam al-Quran Surah Al-Maidah ayat 42 iaitu:     14
  • 15. Maksudnya: mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat sukamemakan Segala Yang haram (rasuah dan sebagainya). oleh itu kalau merekadatang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa Yang telahditerangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau Engkauberpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmusedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara merekaDengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlakuadil. Ayat berkenaan menjelaskan betapa pentingnya penerapan prinsipkeadilan yang dipertanggungjawabkan terhadap pemimpin tanpa mengirasesiapa pun yang berada di sekeliling atau dibawah bidang kuasa seseorangpemimpin dan yang lebih penting adalah seseorang pemimpin berkenaanberusaha untuk menggunakan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allahterhadap mereka yang melanggar batasan syara‟ agar setiap pemimpin yangdipertanggungjawabkan untuk menjalankan kewajipan mereka tidak dipersoalkandi akhirat kelak. Apabila menyoroti kisah yang terdapat disebalik sifat keadilan yangberlaku pada zaman Rasulullah dan para sahabat terdapat beberapa kisah yangboleh dijadikan panduan dan teladan akan pentingnya keperluan pemimpin yangingin menerapkan kepimpinan Islam untuk menjalankan sesuatu tugasan denganadil dan saksama. Antara kisah yang sering diceritakan adalah kisah tentangkeadilan yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Urwah yang menceritakanbahawa ketika zaman penaklukan Mekah dahulu, terdapat seorang perempuanyang mulia dalam kalangan Bani Makhzum yang telah mencuri. Maka kes initelah mendapat perhatian kaum Quraisy dan dirujuk kepada Nabi MuhammadSAW yang menjadi ketua negara pada ketika itu. 15
  • 16. Bagi menyampaikan kes ini kepada baginda maka Usamah Bin Zaid telahdiminta untuk menyampaikan kes berkenaan kepada Rasulullah dengan harapanperempuan berkenaan dapat diampunkan dosanya.Maka setelah kes berkenaandiberitahu kepada baginda maka baginda telah menyampaikan sebuah pidatoyang antara isinya adalah tentang hancurnya kaum sebelum ini adalahdisebabkan tiada tindakan atas kesalahan yang dilakukan dan Rasulullah jugamenegaskan sekiranya anaknya sendiri iaitu Saidatina Fatimah yang mencurimaka baginda sanggup memotong tangan anaknya atas dasar keadilanIslam.Maka dalam kisah ini Rasulullah menitahkan perempuan yang dikatakanmulia itu dijatuhi hukuman potong tangan dan bertaubat dengan taubat yangbersungguh-sungguh.Berdasarkan kepada cerita ini maka, jelaslah tanpamengira darjat, pangkat, kedudukan, harta dan sebagainya semuanya berada didalam timbangan dan keadilan yang sama rata. Sekiranya Rasulullah yangmaksum menyatakan akan pentingnya berlaku adil pada zaman baginda sendiriapatah lagi pada masa kini yang diperlihatkan akan terlalu berleluasanya maksiatdi sana sini. Bagi pengaplikasian sifat adil di dalam bilik darjah atau sesebuahorganisasi maka seseorang pemimpin itu perlu berlaku adil dalam semua halyang berkaitan dengan sesebuah organisasi sebagai contoh di dalam kelasseseorang guru itu tidak boleh memilih kasih antara seorang murid dengan muridyang lain dengan tidak menjalankan hukuman kepada murid yang adakalanyadianggap mempunyai wajah yang comel atau cantik dengan murid yang kurangcantik. Keperluan guru berlaku adil dengan memberikan hukuman kepadasesiapa sahaja yang melanggar peraturan kelas dan peraturan agama adalahbersifat universal kepada mana-mana murid yang berada di dalam kelas. Contohyang lebih jelas adalah seperti seorang murid yang pandai akan dikenakanhukuman yang sama dengan murid yang kurang pandai sekiranya melakukankesalahan seperti mengejek rakan dan tidak menyiapkan kerja rumah.Makadengan itu tercapailah hasrat seseorang guru atau pemimpin untuk menerapkan 16
  • 17. salah satu kepimpinan Islam dalam sesebuah kelas atau organisasi apabilaprinsip keadilan dalam kepimpinan dapat dilaksankan dengan baik danberkesan. Jika diamati dengan jelas dan terperinci akan ayat al-Quran ini yangmenyatakan tentang pentingya keadilan maka sesebuah kepimpinan Islam akanterus mekar subur dan difahami dengan baik serta diamalkan oleh pemimpinIslam berkenaan iaitu di dalam Surah Shadd ayat 32:   Maksudnya: Iaitu ketika mereka masuk kepada Nabi Daud, lalu ia terkejutmelihat mereka; mereka berkata kepadanya: " janganlah takut, (Kami ini) adalahdua orang Yang berselisihan, salah seorang dari Kami telah berlaku zalimkepada Yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara Kami Dengan adil, danjanganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah Kami ke jalan Yang lurus. Bagi sifat yang terakhir yang diperlukan oleh seorang pemimpin untukmenerapkan di dalam kepimpinan Islam ialah sifat sabar sebagaimana yangdijelaskan oleh Allah Taala di dalam Surah As-Sajdah ayat 24 iaitu:    17
  • 18. Maksudnya: dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, Yangmembimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama kami, selama merekabersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akanayat-ayat keterangan kami. Sebenarnya menerusi sifat sabar inilah akan terbit dan lahir sifat-sifatmahmudah yang lain dalam diri seseorang pemimpin dalam menerapkankepimpinan Islam dalam sesebuah organisasi. Seseorang yang mempunyai sifatsabar yang tinggi seharusnya menjadi kriteria untuk diangkat menjadi pemimpinkerana dengan sifat itulah mereka mampu mendepani pelbagai cabaran dandugaan yang bakal mendatang. (Agus Saputra, 2008) Sifat sabar ini sebenarnyatidak mudah untuk ditonjolkan kepada orang lain tetapi ia hanya dapat dinilaisekiranya seseorang bakal pemimpin itu diberikan tugasan untuk dilaksanakandalam syarat dan tempoh yang tertentu.Dengan tugasan itulah seseorang ituboleh dinilai akan ketinggian sifat sabar yang ada dalam diri seseorang itu samaada tinggi atau rendah. Menerusi kisah yang juga banyak ditonjolkan pada zaman Nabi dansahabat kebanyakan daripada kisah itu juga banyak menyelitkan tentang hakikatsebenar sifat sabar yang diperlukan oleh seseorang pemimpin dalam usahamenerapkan kepimpinan Islam dalam sesebuah organisasi.Antara kisah yangpopular berkaitan sifat sabar Baginda Nabi Muhammad ialah semasa menahankemurkaan, kesakitan dan penganiayaan kaum Musyrikin di permulaan dakwahbaginda. Contohnya adalah berkaitan kisah Abu Jahal dan rakannya yangmeletakkan perut unta di bahu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketikaBaginda sedang sujud menunaikan salat, selepas itu mereka pun ketawa melihatkejadian itu sambil mengejek-ejek Baginda. Walau bagaimanapun, RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam tetap sabar dan tidak bersedih di atas penganiayaan 18
  • 19. itu. Sifat kesabaran Rasulullah Alaihi Wasallam itu telah digambarkan dalamfirman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An-Nahl, ayat 127 iaitu:  Maksudnya: Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dantelatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkandengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacitaterhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkantipu daya yang mereka lakukan. Bagaimanakah sekiranya seseorang pemimpin masa kini dikenakan halyang sedemikian sebagaimana yang berlaku terhadap Rasulullah SAWberkenaan, maka sudah tentu mereka akan bertindak tegas terhadap mereka.Hal ini berlainan dengan sikap dan pendirian yang diambil oleh Rasulullah SAWiaitu dengan berdiam diri dengan hanya meminta bantuan daripada Allah SWT. Sebagai contoh, di dalam sesebuah kelas atau organisasi guruseharusnya mempunyai sifat sabar yang tinggi kepada murid-murid di dalamkelas lebih-lebih lagi semasa menyampaikan ilmu mengenai akidah tahun 1contohnya yang menceritakan tentang topik beriman kepada Allah dan sudahpasti terdapat murid-murid yang bertanyakan soalan yang sukar dijawab olehguru sendiri.Bahkan mungkin juga guru akan berdepan masalah untuk mengawalmurid yang terlalu bising di dalam kelas dan guru perlu bersabar dalam situasi iniagar dapat mendidik murid yang bising dengan cara yang baik dan sesuai.Sekiranya murid telah mengikuti arahan dan peraturan yang disampaikan olehguru di dalam kelas hasil daripada sifat sabar guru maka inilah merupakan satudaripada tanda berjayanya penerapan kepimpinan Islam dalam bilik darjah. 19
  • 20. Kesimpulannya, sekiranya seseorang guru atau pemimpin yang pentingdalam sesebuah organisasi dapat melaksanakan beberapa pendekatan dankaedah yang digariskan sebelum ini seperti pendekatan Qudwah Hasanah sertapenerapan nilai-nilai murni seperti amanah, keseimbangan bersepadu, adil, dansabar maka dengan izin Allah terhasillah suatu masyarakat yang dipimpin yangmempunyai ciri-ciri sebagai seorang muslim yang mempunyai jati diri yang tinggi,pengetahuan am yang luas serta kemampuan menguruskan diri yang baik.Dengan itu, generasi yang bakal terhasil pada masa akan datang akan kembalimenjadi generasi yang bukan hanya berusaha untuk melengkapkan diri denganilmu keduniaan sahaja bahkan ilmu akhirat yang seimbang untuk kebaikan duniadan akhirat. 20
  • 21. REFLEKSI Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana telah memberi saya sedikitkekuatan untuk menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.Setelah selesaitugasan ini terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan serta penambahbaikanyang boleh saya jadikan pedoman dan iktibar kepada saya selaku bakal gurukelak. Saya telah menganalisis beberapa kekuatan yang ada pada diri sayaantaranya ialah mempunyai keazaman yang tinggi untuk melaksanakan tugasanini yang pada asasnya sumber rujukan yang menjurus kepada tajuk ini adalahsangat kurang tetapi atas keazaman yang tinggi bagi mencari sumber yanghampir dengan tajuk ini saya berjaya mendapatkan beberapa rujukan yangsesuai dengan tajuk ini. Selain itu, saya juga mendapati bahawa dengan kemahiran menggunakanICT saya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam mendapatkanbahan rujukan dalam internet dengan tajuk yang berkaitan. Manakala, bagi kelemahan pula adalah dari segi kecetekan ilmuberkenaan dengan penerapan kepimpinan Islam. Saya seharusnyamenambahkan ilmu dengan berusaha untuk menghafaz beberapa ayat al-Qurandan hadis yang diperlukan oleh seorang bakal guru yang akan menjadi rujukanmasyarakat kelak dengan mantap dan baik. Di samping itu, kelemahan lain yang dikenalpasti ialah kurangnyapendedahan tentang kaedah penggunaan gaya bahasa yang sesuai denganpenulisan akademik. Kemungkinan besar terdapat beberapa gaya bahasa yang 21
  • 22. kurang sesuai atau tidak menepati akan ciri penulisan akademik yang diperlukandan saya seharusnya menambah bahan bacaan dalam penulisan akademik bagipenambahbaikan dalam penulisan akademik akan datang. Bagi penambahbaikan pula, saya merasakan bahawa sudah sepatutnyasaya berusaha untuk menghafal beberapa ayat dan hadis yang penting sebagaihujah kepada setiap apa yang ingin disampaikan tidak kira di dalam penulisanataupun ucapan seharian. Di samping itu, penambahbaikan dari segipengurusan penulisan akademik bermula daripada pendahuluan perludikemaskini agar penulisan adalah lebih matang dan realistic. Sebagai kesimpulannya, tugasan ini banyak membantu saya dalam usahauntuk menjadi pemimpin bukan sahaja pemimpin di sekolah sahaja bahkansebagai pemimpin di kalangan masyarakat atau komuniti di mana-mana sahajasetelah dihantar bertugas kelak. 22
  • 23. BIBLIOGRAFIAhmad Mohd Salleh (2008) Pengajian Agama Islam dan j-QAF Metolodogi dan Pengajian Pendidikan.Shah Alam: Oxford Fajar Sdn BhdAl-Quran Al-KarimHadis Sahih Bukhari dan MuslimKamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1989)Hawwa, Sa‟id. Al-Islam.(Terj. Oleh Abu Ridha dan AR Shaleh Tamhid) Cet. I – 2000.Jakarta : Al-I‟tisham Cahaya Umat.Razali Saaran (2010) Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik. Batu Caves: Must Read Sdn. Bhd.Masnur Hamzah (2010) Quranic Leadership : Seni Memimpin Gaya Al-Quran. Batu Caves: PTS Islamika Sdn. Bhd.Kertas Kerja yang diterbitkanMohd Amin Salih (1991) Kepimpinan Menurut Pandangan Islam.Di dalam Buku Kecemerlangan Pentadbiran Dasar dan Amalan dalam Islam. (ms. 96- 114) Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)Kertas Kerja yang tidak diterbitkanAgus Saputera (2008) Petunjuk Al-Quran dalam Memilih Pemimpin.Penyuluh Agama Islam Kantor Urusan Agama Kecamatan Bagan Sinembah Rokan Hilir: Indonesia 23
  • 24. Laman WebAbdul Wahab b Hj Zakaria (1998) Konsep Pimpinan dalam Islam.www.angelfire.com/in/elcom98/pimpin.html. Diakses pada 15 September 2011.Lokman Mohd Hashim (2009) Amanah Dalam Memimpin Organisasi Dituntut Oleh Islam.http://mutiaraislam.wordpress.com/2009/04/14/amanah-dalam- memimpin-organisasi-dituntut-oleh-islam/. Diakses pada 5 September 2011Model Pendidikan Dalam Islam. http://reocities.com/CapeCanaveral/runway/6217/Akalroh.htm Diakses pada 2 September 2011 24
  • 25. LAMPIRAN 25

×