Your SlideShare is downloading. ×

Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam

6,038

Published on

Tugasan Sem8 PIMSP

Tugasan Sem8 PIMSP

Published in: Education
0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
6,038
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. 1.0 PENGENALAN Mengulas mengenai laporan akhbar Berita Harian bertarikh 10 November 2011bertajuk “Pendidikan perlu penambahbaikan”, Kementerian Pelajaran Malaysia dengankerjasama pertubuhan antarabangsa iaitu UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sainsdan Kebudayaan PBB) telah merancang untuk menambahbaik sistem pendidikannegara agar tidak terkebelakang berbanding dengan negara jiran yang lain. MenurutYAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaransuatu pasukan petugas yang akan dibentuk oleh kementerian untuk menelitipencapaian system pendidikan dalam negara dari segi aspek kelebihan dan kelemahanakan dibuat dalam masa yang terdekat. Dengan kerjasama yang dibentuk oleh pihakKementerian Pelajaran dengan UNESCO seperti yang disebutkan di dalam BeritaHarian bertarikh 18 November 2011 menunjukkan keperluan kepada penambahbaikansistem pendidikan dari sudut dasar pelajaran agar terus maju atau selaras dengannegara-negara jiran. Terdapat dua kaedah utama yang dilaksanakan oleh Kementerian PelajaranMalaysia bagi menambahbaik dasar pelajaran negara iaitu menerusi kerjasama denganUNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB), dan melalui DialogNasional Pendidikan Negara 2012 (DNPN). Kedua-dua kaedah ini dilihat dapatmembantu memberi buah fikiran dan idea yang sesuai dengan penambahbaikan yangdiinginkan terhadap pendidikan negara (Utusan Malaysia,2012) Menurut Loke Yim Pheng, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan PerguruanKebangsaan (NUTP), beliau mengatakan bahawa kerajaan perlu memastikanrombakan sistem pendidikan terbabit memberi faedah terutama kepada semua pelajar.Selain itu, pihak yang bertanggungjawab juga perlu perlu mendapatkan maklum balasdaripada badan bukan kerajaan, kesatuan guru serta pemimpin antarabangsa yangberpengalaman dalam sektor pendidikan.(Berita Harian Online, 17 Mac 2012) Disamping itu, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustafa 1
  • 2. Ishak, yang juga dilihat bersetuju dengan penambahbaikan dalam pendidikan inimenyatakan bahawa sistem pendidikan yang menekankan kepada meritokrasi ataupenilaian berasaskan peperiksaan sebenarnya telah menafikan bakat serta pembinaankarakter dalam diri pelajar. Beliau berpandangan penilaian berasaskan peperiksaanmenyebabkan pelajar tidak memiliki kepelbagaian dari segi kebolehan malah generasiitu disifatkan kaku dan tidak membangun.(Berita Harian Online,17 Mac 2012) Oleh yangdemikian rombakan yang berlaku seharusnya lebih bersepadu dan seimbang agarmemberi penekanan terhadap meritokrasi berasaskan bakat dan kebolehan sertapembinaan karakter yang sempurna. Menurut Datuk Dr Rosli Mohamed (Berita Harian,2011) kajian semula terhadapdasar pelajaran negara daripada peringkat pra sekolah sehingga pendidikan tinggidibuat bagi memastikan semua rakyat Malaysia mengetahui kemampuan mereka, sertabersedia untuk memenuhi tenaga kerja pada masa depan dengan kemahiran yangdiperlukan selaras dengan pelbagai program transformasi kerajaan untuk mencapaitahap negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.Sementara itu, PengarahBahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran, Abdullah Md Din berkatakementerian sentiasa menyemak pendidikan Islam yang diajar di sekolah rendah danmenengah bagi memastikan ia kekal relevan mengikut arus perubahansemasa.(Bernama, 14 Disember 2011) Turut bersama bersetuju dengan hasrat untuk melihat penambahbaikan dalamsistem pendidikan ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yangmenyatakan keperluan untuk melakukan rombakan atau transformasi dalam sistempendidikan negara terutama sekali dalam aspek mengajar dan cara belajar oleh gurudan murid. Corak pendidikan yang bersifat „hafalan‟ dilihat sudah tidak relevan keranatiada kemahiran dalam proses berfikir dalam diri pelajar untuk digunakan bagikepentingan diri sendiri dalam menempuh cabaran globalisasi hari ini. (Berita HarianOnline, 14 Mac 2012)Di samping itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad 2
  • 3. Zarkashi juga meminta guru dalam sistem pendidikan Islam mencari kaedahpembelajaran yang dapat menyeimbangkan pembangunan rohani pelajar dengankeperluan modal insan. (Bernama, 4 Julai 2012)Melalui perubahan yang diinginkan olehpihak Menteri Pelajaran dan Perdana Menteri maka perkara berkaitan denganpenambahbaikan dalam sistem pendidikan Islam menjadi topik utama kepadaperbincangan.2.0 PERKEMBANGAN (PUNCA-PUNCA BERLAKU) Bagi mengenalpasti bahawa betapa perlunya rombakan atau penambahbaikan didalam sistem pendidikan Islam di sekolah, adalah menjadi keperluan kepada semuapihak untuk membuat rujukan terhadap kemenjadian masalah sosial yang semakin harisemakin membarah dari sehari ke sehari. Statistik yang dikeluarkan oleh BahagianStatistik Bukit Aman mendapati bahawa walaupun masalah sosial atau jenayah yangmelibatkan penjenayah seawal umur 7 tahun menunjukkan penurunan kepada 1,847orang pada tahun ini berbanding angka yang lebih besar yang ditunjukkan pada tempohyang sama pada tahun 2009. Di samping itu, dengan berita terbaru daripada SekolahHarapan di Melaka yang telah ditubuhkan September tahun lalu berjaya melahirkan 83bayi.Hal ini menunjukkan masalah sosial yang berlaku adalah menjadi semakin runcinguntuk diselesaikan oleh semua pihak termasuklah ibu bapa, guru, pentadbir sekolahdan masyarakat umum yang rata-rata menganggap masalah sosial yang berlaku ini adaperkaitan dengan kurangnya penghayatan murid dalam mempelajari Pendidikan Islamdi sekolah. (Berita Harian Online, 2 September 2012) Masalah sosial yang berlaku dikalangan remaja atau boleh disifatkan sebagaipelajar sekolah masih berada pada tahap yang membimbangkan. Menurut NaibPengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye,pembabitan kanak-kanak, pelajar dan remaja dalam kes jenayah merupakan satu trendyang membimbangkan kerana ada pelajar seawal 15 tahun telah terlibat dalampenyalahgunaan dadah, berjudi serta pelbagai gejala sosial lain.Melihatkan terhadap 3
  • 4. kepelbagaian masalah yang berlaku ini sudah pastinya perkara yang sepatutnya diberiperhatian oleh pelbagai pihak adalah apakah yang menjadi punca kepada berlakunyapermasalahan sosial yang semakin membarah terhadap golongan remaja atau bolehditujukan kepada pelajar di negara kita ini? Menurut seorang tokoh agama yang dikenali di negara kita, Dato‟ Abu HassanDin Al-Hafiz, mantan pegawai agama istana negara, masalah sosial yang berlakudalam kalangan pelajar sekolah adalah disebabkan oleh ajaran dan didikan oleh ibubapa di rumah.Menurut beliau lagi, kebanyakan pelajar yang terlibat dengan masalahsosial adalah datangnya daripada keluarga yang berantakan iaitu pelajar yangmempunyai keluarga yang bermasalah daripada aspek perhatian ibu bapa yang kurang,kerakusan ibu bapa bekerja tanpa menghiraukan anak-anak dan banyak lagi perkarayang berlaku hasil daripada didikan dan ajaran oleh ibu bapa. (Berita Semasa,18 Mei2010) Selain daripada itu, jika dilihat daripada sudut kurikulum pendidikan itu sendirisebenarnya telah diresapi dengan pemikiran sekularisme dan dualisme dalampendidikan yang diajarkan. Menurut Profesor Hasan Langgulung (1988), kursus AsasPendidikan atau Teras Pendidikan Profesional tidak diajar menurut perspektif Islamkerana dengan ketiadaan pemurnian terhadap pendidikan berkenaan telahdisekularisasikan. Dengan pemisahan Pendidikan Islam yang hanya meliputi 1 subjeksahaja tanpa diserapkan di dalam teras pendidikan professional seperti di dalam subjeksains dan matematik maka ini memperlihatkan bahawa pemisahan agama daripadakehidupan atau disebut sekularisasi dalam pendidikan adalah jelas berlaku dalamsistem pendidikan di negara kita. Hal ini menyebabkan kekeliruan yang berlakuterhadap kefahaman pelajar terhadap pendidikan yang dilihat tiada diintegrasi denganilmu pendidikan islam. 4
  • 5. Di samping itu, punca terjadinya isu ini adalah disebabkan remaja Islamterutamanya pelajar sekolah ketandusan ilmu kerohanian.(Berita HarianOnline,2012).Ketiadaan guru atau masyarakat yang berilmu untuk berdamping denganpelajar ini menyebabkan pengaruh negatif terutamanya media massa banyak meracunipemikiran mereka seterusnya meminggirkan ilmu pendidikan Islam yang pernahdipelajari di sekolah. Di tambah pula dengan teknologi komunikasi tanpa batasan padahari ini memudahkan bagi pelajar ini untuk membuat akses kepada maklumat yangtidak baik semudah 1 klik sahaja. Kajian yang dilaksanakan oleh Institut PengajianSains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2010 mendapatibahawa 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada dirumah mahupun di kafe siber. (Kosmo Online,21 Julai 2010)Penglibatan remaja Melayuyang terus menerus melayari laman web tanpa kawalan ini menyebabkan keperluankepada penambahbaikan dalam Pendidikan Islam agar ilmu yang dipelajari olehmereka dapat dihayati dengan baik dan sempurna sepanjang kehidupan mereka. Seterusnya, proses penambahbaikan dalam subjek Pendidikan Islam diperlukanagar proses pendidikan yang dilaksanakan dapat membina akhlak para pelajar secaraberterusan.( Tajul Arffin Nordin,1990) Masalah yang sering berlaku dalam pendidikanpada masa kini ialah ketiadaan penghasilan manusia yang mempunyai keperibadianyang mulia. Sekiranya ada sekalipun berjaya melahirkan ramai professional atauteknokrat yang berkemahiran dan berintelektual kebanyakannya mempunyai masalahdari segi sahsiah dan akhlaknya. Dengan pelbagai masalah yang berlaku meliputirasuah, kronisme,pecah amanah,jenayah, maksiat dan lain-lain lagi menunjukkanbahawa pendidikan yang dilaksanakan sehingga hari ini belum mampu untuk membinamanusia yang mempunyai akhlak dan keperibadian yang tinggi. Menyedari akan hal yang demikian, ketiadaan menampakkan unsurkegemilangan dalam Pendidikan Islam pada masa kini memerlukan perubahan danpenambahbaikan yang menyeluruh dalam sistem yang ditempuh oleh rakyat Malaysiabermula pendidikan tahap pra sekolah sehinggalah ke tahap universiti. Keperluan untukmenyusun dan membina semula sistem pendidikan Islam di negara ini amat diperlukan 5
  • 6. agar penghayatan amalan Islam dalam kehidupan dapat diaplikasi dengan sempurnaoleh segenap umat Islam dinegara ini.3.0 CADANGAN CARA MENGATASI ISU Bagi menyelesaikan isu berkaitan pendidikan Islam perlukan penambahbaikanmaka beberapa cadangan telah digariskan bagi membantu mengatasi masalah dandiharapkan dapat menyelesaikan masalah yang berbangkit terhadap masalah yangsemakin membelenggu masyarakat hari ini. Bagi cadangan yang pertama bagi mengatasi isu ini adalah keperluan untukmenerapkan falsafah pendidikan Islam secara langsung dalam sistem pendidikan.Pembentangan kertas kerja yang dilaksanakan pada tahun 2012 di dalam seminartransformasi pendidikan Islam menggariskan bahawa falsafah pendidikan Islamsepatutnya diserapkan di dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah. MenurutGhazali Darussalam (2000) nilai-nilai akhlak perlu disertai tidak setakat dibilik darjahdan terbatas kepada mata pelajaran semata mata. Sebaliknya, ia diperkukuhkanmelalui latihan,gerak kerja kokurikulum dan khidmat masyarakat. Sebagai contoh di dalam mata pelajaran Sains, penerapan tentang kewujudanalam adalah secara semulajadi adalah tidak benar kerana istilah yang sebenarnyaadalah kewujudan alam adalah diciptakan oleh Allah Taala.Contoh lain penerapanpendidikan Islam di dalam subjek lain adalah seperti di dalam subjek Matematik denganmengintegrasikan ilmu pengiraan dengan kewujudan ahli falsafah Islam yang terkenalseperti Algebra.Dengan pengetahuan pelajar mengenai ahli falsafah Islam berkenaanmaka penghayatan Islam dalam diri pelajar akan meningkat atas sebab keinginanmencontohi kepakaran sarjana Islam yang berjaya dalam kehidupan.Keperluan untukpihak-pihak penggubal kurikulum membuat penambahbaikan dalam kesemua subjekyang diajar di dalam sukatan pelajaran dengan penerapan pendidikan Islam secara 6
  • 7. langsung amat penting agar dapat menunjukkan bahawa pendidikan Islam dapatdifahami dan dihayati sepenuhnya selaras dengan kenyataan Islam itu sendiri yangbermaksud suatu cara hidup yang menurut al-Quran dan as-Sunnah. Seterusnya bagi cadangan yang kedua pula, keperluan untuk menyepadukanantara Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.KewujudanFalsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai panduan bagi aktiviti pendidikan di Malaysiamenunjukkan bahawa sistem pendidikan negara terkehadapan berbanding negara lainyang tidak mempunyai falsafah pendidikan negara yang jelas. Dengan falsafahpendidikan kebangsaan yang mengandungi prinsip dan nilai asas secara jelas dalammendasari ilmu pendidikan yang paling rendah sehingga ke peringkat yang tertinggiiaitu university menunjukkan bahawa hasrat untuk mewujudkan insan yang berilmu,berakhlak mulia serta bertanggungjawab menjadi hasrat utama kewujudan falsafahberkenaan. Penggabungan falsafah pendidikan Islam dan falsafah pendidikan kebangsaansebenarnya amat diperlukan agar dapat menjadi bukti bahawa pendidikan tinggi bukansahaja sekadar bagi mendapatkan segulung ijazah atau diploma bahkan mempunyaitujuan yang lebih utama dari segi pembangunan dan kemenjadian diri pelajar secarasyumul dan menyeluruh supaya seimbang keilmuannya tentang dunia dan akhirat sertadapat melahirkan insan, ahli keluarga,masyarakat serta warganegara yang didasaridengan falsafah yang digariskan iaitu warganegara yang berilmu, bertanggunghawab,berakhlak mulia dan berbakti. ( Rohizan Ya et. al, 2012). Keperluan bagi masyarakat Malaysia untuk mempunyai falsafah pendidikanIslam yang disepadukan dengan falsafah pendidikan Kebangsaan dilihat mempunyaikepentingannya tersendiri kerana falsafah pendidikan Islam ternyata baik dan sesuaiuntuk sebarang masa, masyarakat dan tempat serta sehingga detik ini tiada satufalsafah pendidikan buatan manusia yang dapat menandingi falsafah pendidikan Islam 7
  • 8. yang akhirnya menghasilkan konsep Pendidikan Sepadu sebagai titik mula kepadaperubahan yang diinginkan. (Tajul Ariffin Nordin,1990) Cadangan ketiga yang diperlukan bagi penambahbaikan dalam pendidikan Islamialah mengaitkan Falsafah Pendidikan Islam dengan peranan ibu bapa. Sudah menjadisuatu perkara lumrah kepada ibu bapa yang berkehendakkan anak-anak merekamenjadi oran yang baik dan berakhlak mulia ( Rohizan Ya et. al, 2012). Maka, tiadaperkataan lain yang boleh dinisbahkan kepada para ibu bapa yang berkewajipan danbertanggungjawab dengan lebih utama untuk mendidik anak-anak berbanding guru-guru di sekolah. Keperluan bagi ibu bapa untuk berusaha menyediakan persekitaranpembelajaran yang terbaik bagi anaknya sangat diharapkan terutama sekali di dalamrumah dengan suasana biah solehah yang secara tidak langsung menjadikan Islamsebagai cara hidup yang sempurna di dalam kehidupan. Dengan kewujudan suasanabi‟ah solehah ini maka proses pendidikan sempurna dapat dilaksanakan oleh ibu bapameliputi kesejahteraan kehidupan, kemahiran yang bermanfaat serta membina acuansikap yang positif terhadap pembelajaran di rumah mahupun di sekolah. Sikap ibu bapa yang sering menuding jari terhadap guru-guru di sekolah dalamsoal didikan harus dikikis kerana suasana pembelajaran Islam perlu dimulakan oleh ibubapa dahulu di rumah berbanding di sekolah sebagai penerus kecemerlangan anak-anak mereka dengan iklim Islam yang dibawa daripada rumah. Permulaantanggungjawab ibu bapa bagi membina sifat dan akhlak yang baik terhadap anak-anakdi rumah banyak membantu pihak sekolah terutamanya guru-guru Pendidikan Islamdalam usaha menghasilkan generasi yang mempunyai kemenjadian yang sempurnabukan sahaja daripada aspek akademik yang cemerlang bahkan aspek sahsiah yangterpuji dan terbilang juga dapat dihasilkan dengan bantuan yang berterusan daripadapihak ibu bapa. (Robiah Sidin,1998) 8
  • 9. Di samping itu, dalam meneliti keperluan ibu bapa bagi mengisi kelomponganyang berlaku terhadap anak-anak mereka dalam menyediakan persekitaranpembelajaran yang positif dan berteraskan kehidupan Islam, peranan guru juga harusdilihat menjadi keperluan utama bagi memastikan pendidikan Islam melaluipenambahbaikan yang maksimum terhadap murid-murid. Dalam erti kata lain, statusdan kualiti guru Pendidikan Islam perlu dipertingkatkan daripada semasa kesemasa.Oleh yang demikian, guru seharusnya berusaha untuk melengkapkan dirinyadengan ilmu pengetahuan dan ilmu keagamaan. Dalam hal ini, suatu perkara yangperlu dititikberatkan oleh guru Pendidikan Islam adalah dari segi perwatakan guru didalam dan di luar sekolah, seharusnya seseorang yang bergelar guru Pendidikan Islammempunyai perwatakan yang berlandaskan Islam di mana sahaj mereka berada dalamusaha memberikan gambaran yang jelas terhadap murid-murid di sekolah mahupun diluar sekolah akan kepentingan menjadi manusia yang sentiasa mengamalkan adab danajaran Islam yang baik ( Rohizan Ya et. al, 2012). Dalam usaha meningkatkan status dan kualiti guru Pendidikan Islam daripadasemasa ke semasa, sikap dan pengamalan guru di mana sahaja guru berada dalamkehidupan guru sendiri amat penting kerana segala kelakuan dan perbuatan yangdilakukan oleh guru akan menjadi penanda aras bagi murid untuk menjadikan gurusebagai „role model‟ kepada mereka. Penghasilan guru yang dapat mengamalkansepenuhnya ilmu yang diperoleh dan didapati mereka dalam kehidupan seharian guruamat diperlukan bagi memastikan penambahbaikan dalam Pendidikan Islam dapatdiperlihatkan secara jelas kepada murid seterusnya ditiru perihal perbuatan guru yangbaik dalam kehidupan seharian murid.Istilah „guru kencing berdiri, anak murid kencingberlari‟ seharusnya dihindarkan oleh guru Pendidikan Islam kerana sekiranya guruPendidikan Islam tidak dapat mengamalkan ilmu yang ada dalam diri dalam kehidupanseharian maka sudah tentu adalah mustahil bagi murid untuk berubah menjadi lebihbaik dalam kehidupan seharian. 9
  • 10. Selain itu, dalam arus pendidikan moden masa kini seringkali kita melihatbahawa matlamat utama pendidikan adalah untuk memperoleh ilmu, menguasaikemahiran serta membina sikap yang terpuji. Dalam usaha menambahbaik sistem ini,seharusnya memerlukan suatu mekanisme perubahan yang berada dalam skala yangbesar iaitu menggantikan matlamat akhir kepada membina sikap yang baik digantikandengan matlamat membina akhlak Islam serta perubahan yang paling utama ialahmendekatkan diri kepada Allah swt. Perubahan matlamat pendidikan sebeginiseharusnya dikaji dengan mendalam dan bersifat mendasari akar umbi agar generasiyang akan dilahirkan kelak adalah generasi yang berteraskan al-Quran dan Hadis sertasentiasa memiliki akhlak mulia berasaskan penghulu manusia iaitu Nabi MuhammadSAW serta sahabat-sahabat baginda yang mempunyai pekerti yang amat terpuji. (TajulAriffin Nordin,1990) Beberapa cadangan lain yang perlu dilaksanakan bagi menonjolkan perubahanyang positif terhadap penambahbaikan dalam Pendidikan Islam antaranya ialahpembentukan sistem penilaian yang bersesuai dengan objektif pendidikan (NoorHisham Md Nawi,2012). Dalam arus pendidikan masa kini, kewujudan kurikulum baruyang disebut KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) yang baru sahajdilaksanakan beberapa tahun kebelakangan ini memperlihatkan perkembangan positifdalam arus pendidikan yang tidak menekankan hasil akhir sahaja seperti penilaian dihujung semester bahkan penilaian adalah bersifat sepanjang tahun.Walaubagaimanapun, terdapat beberapa topik atau bab dalam pembelajaranpendidikan Islam yang memerlukan penilaian yang berstruktur seperti ujian bagimengetahui setakat mana pencapaian dan pemerolehan ilmu yang didapati oleh murid.Maka yang demikian,pengintegrasian antara penilaian sepanjang tahun dan penilaianberterusan berasaskan amali perlu dilaksanakan kedua-duanya dalam sistemPendidikan Islam agar dapat meningkatkan penghayatan murid dalam pembelajaranPendidikan Islam seterusnya mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kehidupanseharian. 10
  • 11. 4.0 RUMUSAN Penambahbaikan dalam Pendidikan Islam negara kita pada hari ini memerlukansuatu kekuatan dan kesepaduan yang tinggi daripada pelbagai pihak meliputipelajar,guru, ibu bapa, sarjana Islam, menteri dan semua pihak yang menginginkanterbinanya suatu sistem pendidikan yang dapat mengubah diri individu secarasempurna sebagai seorang umat Islam yang sentiasa mengamalkan cara hidup Islamdalam kehidupan seharian tanpa melaksanakan perkara yang ditegah oleh agama. Sebagaimana perkara yang telah digariskan oleh sarjana Islam, imam AL-Ghazali suatu ketika dahulu yang mengatakan bahawa:“Pendidikan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah, bukan pangkat danbermegah-megah dan janganlah hendaknya seseorang pelajar itu belajar untukmencari pangkat,harta, menipu orang-orang bodoh atau bermegah-megah dengankawan. Jadi pendidikan itu tidak keluar dari pendidikan akhlak”Perkara yang digariskan oleh sarjana Islam berkenaan menunjukkan bahawapendidikan seharusnya dapat menjadikan manusia itu dekat dengan Allah di sampingmengenepikan pangkat,harta, dan penipuan terhadap manusia lain serta menunjukkanbahawa pendidikan akhlak menjadi asas kepada hasil pendidikan yang sepatutnyadiperoleh oleh setiap individu yang dilahirkan dalam sesebuah sistem pendidikan. Sistem pendidikan yang ada pada masa kini seharusnya digubal dengan lebihbai, sempurna dan tersusun agar dapat mengembalikan semula penghayatan Islamdalam diri pelajar-pelajar pada hari ini. Pendidikan sepatutnya tidak dipisahkan antaraagama dan dunia sesuai dengan sabda Rasulullah SAW iaitu bekerjalah untuk duniamuseakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah untukakhirat seakan-akan engkau akan mati esok. Masalah sekularisasi sistem pendidikan denganmemisahkan Pendidikan Islam dari sudut mata pelajaran seharusnya dikaji semula agarmatlamat pendidikan yang sebenar dapat dibina seterusnya melahirkan lebih ramai 11
  • 12. sarjana Islam seperti pada zaman kegemilangan Islam suatu masa yang lalu denganakhlak yang sempurna dan baik. Menurut Prof. Dr. Mohd Athiyah al-Abrasyi dalam bukunya Dasar-dasar pokokPendidikan Islam (1974), beliau telah merumuskan bahawa pendidikan modensekarang ini amat memerlukan pendidikan Islam iaitu pendidikan idealis yang bersifatkerohanian, moral dan keagamaan hingga kita belajar itu adalah kerana ilmu dankelazatan ilmiah dengan demikian kita terlepas dari keruntuhan, kejahatan dankemiskinan, keserakahan, penjajajahan dan keangkara-murkaan serta peperangandengan segala bencana yang ditimbulkannya demi untuk menikmati suatu kehidupanyang abadi,hidup bersama bantu-membantu dalam suasana demokrasi dan bahagia.Kata-kata beliau ini menunjukkan akan peri pentingnya sistem pendidikan Islamdinegara kita ini menjalani penambahbaikan selaras dengan hasrat YAB PerdanaMenteri kita yang menginginkan kemahiran dalam proses berfikir dalam diri pelajardapat digunakan bagi kepentingan diri sendiri dalam menempuh cabaran globalisasihari ini. (2850 patah perkataan) 12
  • 13. REFLEKSI Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberi kesempatankepada saya untuk menyudahkan tugasan ini dengan jayanya.Ucapan ribuan terimakasih dan penghargaan kepada pensyarah pembimbing, Puan Salina Binti Mokhtaryang banyak memberikan tunjuk ajar dan idea untuk menyiapkan tugasan ini.Tidakdilupakan kepada semua rakan-rakan perjuangan dalam kumpulan iaitu MuhammadKhairul Anwar Ishak, Nur Farhana Ismail serta Soifatulhusna Mohamad Rapeai dansemua pihak yang membantu. Sepanjang penulisan analisis tentang isu pendidikan perlu penambahbaikandalam Pendidikan Islam ini serta proses membuat blog pendidikan di alam maya initerdapat banyak masalah, kejayaan dan cabaran serta kemahiran baharu yangdiperoleh sepanjang masa proses menyelesaikan tugasan ini. Bermula daripada segipenyelesaian masalah, tidak dinafikan bahawa isu yang saya pilih ini kurangdibincangkan secara meluas di media massa mahupun di media baru. Tetapi ia tidakmematahkan semangat saya selaku bakal guru Pendidikan Islam untuk mengupas isuini yang sering dipinggirkan oleh sebilangan besar masyarakat hari ini. Sebenarnya isumasalah sosial yang teruk melanda masyarakat kita hari ini khususnya murid sekolahdan sehingga hari ini masih gagal diselesaikan disebabkan oleh akar umbi asaspendidikan yang diperolehi di sekolah adalah tidak berlandaskan penerapan Islam yangbenar. Seterusnya, dalam proses melaksanakan tugasan ini selain daripada cabaranuntuk mendapatkan maklumat yang terbatas mengenai isu ini adalah dari segi kaedahuntuk menganalisis isu yang dibincangkan.Dengan pertemuan dengan pensyarahpembimbing, Puan Salina Mokhtar beliau banyak memberikan cadangan danpandangan yang bernas agar saya terus mengupas isu berkenaan dengan idea yangsesuai untuk dimasukkan. Pengalaman untuk menganalisis isu yang dipilih banyakmembantu saya tentang bagaimana penulisan sesuatu isu itu dimasukkan di dalam 13
  • 14. ulasan agar setiap isu yang dibangkitkan mempunyai kesahan daripada para sarjanayang lain. Selain itu, terdapat beberapa kemahiran baharu yang diperoleh sepanjangmenyelesaikan tugasan ini antaranya ialah kemahiran untuk membina laman ilmu dialam maya berkonsep pendidikan.Sememangnya sebuah laman ilmu yang baik di alammaya amat diperlukan dalam usaha menarik golongan sasaran seperti murid agarberminat untuk membaca dan menelaah isu yang dihasilkan supaya mempunyai fikiranyang terbuka dan positif. Di samping itu, kemahiran untuk membuat ulasan sesuatu isujuga banyak memberi ilmu pengetahuan baru kepada saya kerana setiap isu yangdikupas seharusnya mempunyai bukti dengan sokongan daripada para pengkajisebelum ini agar ia menjadi sah dan boleh dipercayai oleh pembaca.Nama bagi blogyang berjaya dilaksanakan ialah murabbiumat.blogspot.com.Semoga blog yangdihasilkan memberi manfaat kepada semua pihak. Akhirnya, pada asasnya tugasan yang dilaksanakan ini sebenarnya mampuuntuk membantu saya serta rakan-rakan dalam menunjukkan peri pentingnyapenggunaan media baru dalam usaha untuk mengikuti arus cabaran globalisasi yangmemerlukan kemahiran dan pengetahuan yang meluas tentang kaedah pengajaranmoden yang memerlukan kemahiran teknologi maklumat yang tinggi agar segalamaklumat yang ingin diberikan dapat disampaikan dengan mudah kepada murid-murid.Pada masa hadapan, penggunaan laman ilmu dan kemahiran menulis isu yang lebihsukar amat diperlukan oleh saya sebagai bakal pendidik agar dapat secara tidaklangsung membantu pihak kerajaan melalui kementerian Pelajaran menyelesaikansesuatu isu dan membantu murid-murid dengan menggunakan teknologi maklumatselaras dengan hasrat pendidikan pada masa kini yang menggariskan untuk melahirkangenerasi yang berilmu pengetahuan, berkemahiran dan berdisiplin sebaris denganhasrat FPK dan Falsafah Pendidikan Islam. (300 patah perkataan) 14
  • 15. RUJUKANBukuAl-Ghazali.(1980). Ihya-Ulumiddin (Jiwa Agama). Indonesia: Percetakan Menara Kudus.Dr Tajul Ariffin Nordin. (1990). Pendidikan suatu pemikiran semula. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.Ghazali Darulsalam,(2000). Kursus Tamadun Islam dan Pendidikan Moral.Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.Malaysia.Hassan Langgulung (1979). Pendidikan Islam:Satu Analisa Sosio-Psikologikal.Pustaka Antara.Kuala Lumpur.Kurshid Ahmad. (1974). Prinsip-prinsip Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: ABIM.Mohd Athuyah Al-Abrasyi.(1970). Dasar-dasar Pokok Pendidikan Islam. Jakarta: Bulan Bintang.Robiah Sidin. (1998). Pemikiran dalam Pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.Koleksi Kertas KerjaDr. Noor Hisham Md Nawi. (2012). Islamisasi kurikulum pendidikan islam di institusi pendidikan guru ; tribulasi dan cadangan. Pusat Pengajian Bahasa & Pembangunan Insaniah, 1-13.Rohizan Ya, Ab. Halim Tamuri, Mohd Musnizam Jaafar, Khairul Najah Abd Rahim, Mohd Hishamuddin Abd Hamid.(2012). Peranan Guru Pendidikan Islam Menerusi Falsafah Pendidikan Islam Dalam Membentuk Kemenjadian Individu Murid Yang Berakhlak.1-17. 15
  • 16. Laman WebRombakan beri faedah kepada semua pelajar.(2012, Mac 13).Diperoleh pada2 September 2012, daripada Berita Harian Online: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rombakanberifaedahkepadasemuapelaj ar/ArticleFalsafah Pendidikan Islam Di Sekolah Rendah, Menengah Perlu Dibezakan - Pakar Pendidikan(Disember14 2011).Diperoleh pada2 September 2012, daripadaBernama Online: http://web6.bernama.com/bernama//v3/bm/news_lite.php?id=633913Guru Sistem Pendidikan Islam diminta seimbangkan keperluan rohaniah pelajar.(4 Julai 2012).Diperoleh pada2 September 2012, daripadaBernama Online:Melayu paling ramai tengok porno.Mazlina Abdul Majid (21 Julai2010).Diperoleh pada2 September 2012, daripadaKosmo Online: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0721&pub=Kosmo&sec= Negara&pg=ne_02.htmPunca Masalah Sosial Siri 1(18 Mei 2010).Diperoleh pada2 September 2012, daripadaBerita Semasa Online: http://beritasemasa.com/punca-masalah-sosial-di- malaysia 16

×