Isu Globalisasi Pendidikan        Globalisasi Pendidikan adalah merupakan satu daripada cabaran yangberlaku   dalam   pend...
kepada kualiti hidup masyarakat pelbagai kaum di negara ini.Dalam menempuhglobalisasi pendidikan yang pesat berkembang ini...
yang begitu mudah terpengaruh dengan budaya kehidupan barat.Menurut MohdDahlan & Ida Shafinaz (2010),remaja pada masa kini...
Amalan yang sering diperhatikan oleh murid sudah tentu akan cuba ditiru olehmurid di mana sahaja mereka berada maka sudah ...
insan secara langsung. Nilai-nilai agama ini mempunyai kepentingan dalammembentuk modal insan yang diharapkan. Hal ini ker...
dan bersesuaian untuk semua murid sebagai contoh menghormati ibu bapa,amanah, ikhlas, menepati janji, bersyukur, tolong-me...
RujukanHussain Mohamed (1998). Globalisasi Dalam Pendidikan :Dewan Masyarakat.Syed Ismail B Syed Mustapa & Ahmad Subki Mis...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Isu globalisasi pendidikan

12,698

Published on

globalisasi pendidikan - pembentukan jati diri murid,

Published in: Education
2 Comments
22 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
12,698
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
2
Likes
22
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Isu globalisasi pendidikan

  1. 1. Isu Globalisasi Pendidikan Globalisasi Pendidikan adalah merupakan satu daripada cabaran yangberlaku dalam pendidikan masa kini yang perlu sentiasa dikaji dandiperhalusi.Sebelum dikaji dengna lebih mendalam tentang cabaran dalamglobalisasi pendidikan, definisi globalisasi pendidikan perlu difahami denganjelas agar isu ini dapat ditangani dengan baik dan mendasari dari peringkat akarumbi. Di dalam kamus dewan edisi keempat, menyatakan globalisasi membawadefinisi proses yang membolehkan sesuatu aktiviti seperti ekonomi, kebudayaandan sebagainya disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau keseluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi sertadasar terbuka. (Kamus Dewan Edisi 4, 2005) Menurut Syed Ismail dan AhmadSubki (2010),globalisasi membawa maksud satu cara hidup dunia tanpassempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Selain itu, ia merujukkepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satudaerah dunia kepada daerah dunia yang lain (Syed Ismail dan AhmadSubki,2010) Pandangan Mok Soon Sang (2007) pula menyatakan globalisasibermaksud merentasi sempadan dan media.Bagi Michael Gibbons (2003) dalamMok Soon Sang (2007), Setiausaha Agong Persatuan Universiti Komanwel(ACU) berpendapat bahawa globalisasi merupakan suatu proses berterusandalam perindustrian pendidikan yang telah berlaku lama dahulu. Maka, globalisasi pendidikan membawa definisi proses perubahan untukamalan dan pelaksanaan pengajaran yang berkualiti (Michael Gibbons,2003)Menurut beliau lagi, globalisasi pendidikan akan memberi tekanan kepada guruagar dapat mengubah cara pengajaran tradisional kepada pengajaran modenserta berpandukan kepada hasil dapatan penyelidikan pendidikan yang terkini. Globalisasi dalam sistem pendidikan negara telah memberi banyak kesanterhadap pendidikan negara pada hari ini.Tindak balas daripada keterbukaanidea dalam keperluan dunia pendidikan hari ini telah memberi kesan yang baik
  2. 2. kepada kualiti hidup masyarakat pelbagai kaum di negara ini.Dalam menempuhglobalisasi pendidikan yang pesat berkembang ini sebenarnya telah membentukbanyak cabaran dan halangan yang perlu ditempuh oleh segenap lapisanmasyarakat di negara kita dalam usaha untuk mencapai misi dan visi pendidikannegara iaitu meningkatkan taraf pendidikan bertaraf dunia.Menurut HussainMohamed (1998) globalisasi menyebabkan pendidikan negara lebih terbukakepada dunia luar samada untuk belajar mahupun menubuhkan cawanganuniversiti mereka di negara kita. Hal ini selaras dengan keinginan menjadikanMalaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Dunia. Antara halangan dan cabaran yang perlu diberi perhatian meliputikeperluan terhadap pembelajaran berterusan, penggunaan teknologitelekomunikasi dan maklumat, pengurusan pendidikan,pembentukan jati dirimurid serta kualiti guru.Kelima-lima cabaran dan halangan ini memerlukanpenyelesaian yang bersepadu daripada semua pihak agar globalisasi pendidikanyang berlaku dalam negara kita ini tercapai dengan sempurna dan baik. Bagi mendapatkan kaedah penyelesaian kepada cabaran dalamglobalisasi pendidikan iaitu pembentukan jati diri murid, keperluan kepada guruuntuk membentuk jati diri murid sepatutnya bermula daripada pra sekolah lagi.Pada masa kini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan sedang diuji dengankeberkesanan pelaksanaannya dalam melahirkan individu murid yangmempunyai keseimbangan dan harmonis dari segi jasmani,emosi, rohani, sertaintelek. Dengan kemasukan proses globalisasi tanpa had ini menyebabkan jugakemasukan pelbagai budaya yang bercanggah dengan budaya setempatseterusnya terbitlah perlakuan dan sikap murid negative murid yang semakinmembimbangkan. Globalisasi yang berlaku dalam pembentukan jati diri murid telahmembawa kesan yang mendadak terhadap perlakuan dan norma kehidupanmurid secara keseluruhannya.Kesan negatif yang paling jelas hasil daripadaglobalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama remaja di bangku sekolah
  3. 3. yang begitu mudah terpengaruh dengan budaya kehidupan barat.Menurut MohdDahlan & Ida Shafinaz (2010),remaja pada masa kini merasakan bahawamereka sudah cukup bijak untuk menilai baik dan buruk sesuatu perkara tanpakeperluan kepada mereka untuk mendapatkan nasihat daripada sesiapa puntermasuklah ibu bapa mereka.Menurut Mohd Dahlan dan Ida Shafinaz lagi,faktor persekitaran banyak mendorong kepada terjadinya masalah negatifkepada murid atau remaja ini. Hasil daripada globalisasi terhadap pembentukan jati diri muridmenyebabkan semua institusi pendidikan menghadapi halangan dan cabaranuntuk menggarap akhlak anak-anak agar berada di landasan yang betul menurutacuan tempatan dan Islam.Pelaksanaan program-program yang mempunyai nilaidan norma-norma pendidikan di sekolah perlu diperkasakan dengan halberkaitan keperibadian guru,budaya sekolah serta aktiviti-aktiviti kokurikulumperlu diberi penekanan dalam usaha membentuk moral dan rohani murid yangbaik dan sempurna. Dalam usaha untuk membentuk jati diri murid,seharusnya perkara yangpaling dekat dengan mereka di sekolah perlu diberi perhatian oleh semua pihakiaitu keperibadian guru. Guru merupakan insan yang paling rapat dengan muriddi sekolah sepatutnya menampilkan perwatakan yang positif ketika sesipengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Perwatakan dan sifat guru yangamanah, bersopan santun, jujur,penyayang, penyabar,sedia berkorban, sediamemberi pertolongan dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya menjadi ‘rolemodel’ kepada pelajar di sekolah. Selain itu, guru memainkan peranan pentinguntuk membawa watak orang yang taat kepada amalan agama terutamanyaberkaitan solat,puasa dan lain-lain yang penting dan menjadi rujukan murid disekolah. Dengan hal yang demikian, murid-murid di sekolah akan berusaha untukmencontohi sifat dan perwatakan guru di sekolah serta cuba untukmengaplikasikan amalan hidup beragama dalam kehidupan seharian mereka.
  4. 4. Amalan yang sering diperhatikan oleh murid sudah tentu akan cuba ditiru olehmurid di mana sahaja mereka berada maka sudah tentu guru merupakan satudaripada individu yang akan menjadi tempat rujukan dan tempat untuk mendapatcontoh teladan yang baik untuk dijadikan amalan di mana sahaja mereka berada. Selain itu, pembentukan jati diri murid juga dipengaruhi oleh budayasesebuah sekolah.Budaya sekolah yang sering mempraktikkan sikap amanah,ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih saying, tolong-menolong,kesantunan akhlak, dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen danaspek yang perlu diberi perhatian supaya dihidupkan dan dihayati secaraberterusan dalam diri murid-murid.Pihak pentadbiran sekolah mempunyaitanggungjawab yang besar untuk memastikan aspek budaya sekolah yang baikdiberikan perhatian secara maksimum dan berkesan dalam usaha membentukjati diri murid yang mulia. Di samping itu, dalam usaha membentuk jati diri murid yang baik, aktivitisampingan seperti kokurikulum yang mengandungi unit beruniform, persatuan,kelab dan kegiatan sukan perlu diberi perhatian yang khusus oleh semua pihaktermasuklah guru, ibu bapa, pentadbir sekolah dan PIBG. Aktiviti yang dijalankanmelalui pemantauan guru sebenarnya dapat menyuburkan sifat positif terhadapsemangat bekerjasama, berdikari, tolong-menolong, berdisiplin dan bersemangatpatriotik. Menurut Ruzain Syukur Mansor (2008) di dalam Harian Metro 16 Ogos2008, harta paling berharga bagi sebuah negara adalah warganya sendiri. Kualitirakyat sesebuah negara disifatkan modal insan yang perlu ditagih bagi memacukegemilangan sesebuah negara.Cabaran pembinaan modal insan terletaksebahagian besar di bahu pendidik.Maka guru adalah golongan yang terbabitdalam dunia pendidikan dan latihan untuk mengembangkan potensi, bakat dankualiti seseorang murid atau pelajar. Selain cemerlang kurikulum dan kokurikulum, langkah untuk membentukjati diri murid ialah penerapan nilai-nilai agama dalam kalangan murid atau modal
  5. 5. insan secara langsung. Nilai-nilai agama ini mempunyai kepentingan dalammembentuk modal insan yang diharapkan. Hal ini kerana jati diri dan maruahsesuatu bangsa tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud kesepaduan antaraelemen-elemen penting yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Olehsebab akidah menjadi teras bagi segala tindakan, maka pegangan agama yangkukuh dalam kalangan murid seharusnya diberikan tumpuan utama setiap masaoleh para guru. Hal ini boleh dilakukan melalui penyampaian ilmu sama adaketika proses pengajaran dan pembelajaran (kurikulum) atau ketikamengendalikan aktiviti kokurikulum. Semuanya demi menjadi modal insanberguna di dunia dan di akhirat. Dengan akidah yang kental, murid-murid akanmenjadi modal insan yang kuat dari segi rohani dan mampu menjauhkan diridaripada perkara-perkara yang tidak berfaedah yang akan merugikan diri sendiri,keluarga, masyarakat, agama dan negara. Murid-murid yang disemai dengannilai-nilai agama yang kental akan mampu menolak dan menghalang pelbagaianasir jahat. Secara berperingkat, keadaan ini akan melahirkan suasana hidup yanglebih sihat dan sejahtera. Oleh itu, menurut Tajul Ariffin Noordin (2007), kekuatanakidah hendaklah menjadi paksi kurikulum merentasi semua matapelajaran.Tidak dapat dinafikan bahawa senjata bagi sesebuah tamadun dankemajuan bangsa bertitik tolak kepada mantapnya ilmu pengetahuan dankemahiran dengan berpandukan kepada kekentalan pendidikan agama danpengamalan ajaran beragama. Oleh itu, modal insan yang akan disemai dengan sifat-sifat ini melaluiproses pengajaran dan pembelajaran yang mereka lalui di sekolah akan dapatmembentuk mereka menjadi modal insan yang diharapkan. Langkah menaburnilai-nilai agama yang murni dan baik ini boleh dilakukan melalui aktivitipengajaran dan pembelajaran mata-mata pelajaran wajib atau teras serta elektifdi sekolah. Di samping itu, para guru khususnya guru Pendidikan Islam sertaguru yang beragama Islam dan para guru Pendidikan Moral bagi yang bukanberagama Islam harus berusaha menerapkan nilai-nilai agama yang universal
  6. 6. dan bersesuaian untuk semua murid sebagai contoh menghormati ibu bapa,amanah, ikhlas, menepati janji, bersyukur, tolong-menolong dan sebagainyadalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dan juga melaluiaktiviti kerohanian yang boleh diadakan di sekolah seperti sambutan MaulidurRasul dan sebagainya. Semua ini adalah untuk melahirkan modal insan yangmempunyai ciri-ciri mulia, selaras dengan harapan negara untuk membentukmodal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dengan yang demikian, tidak mustahil Malaysia akan meraih modal insanyang beragama Islam yang akhinrya menjadi mukmin profesional satu hari nanti.Nilai-nilai agama serta akhlak pekerti yang baik dan mulia adalah tunjangperibadi yang amat penting untuk setiap individu. Inilah yang seharusnya disemaioleh para guru dalam kalangan modal insan yang mereka didik kerana umummenyedari bahawa masyarakat akan menjadi lebih selamat dan tenteramseandainya mereka menghayati dan mengamalkan nilai-nilai agama yang telahditerapkan. Semua agama membentuk penganut-penganutnya atau pengikut-pengikutnya menjadi manusia yang mencintai keamanan, menghargaikedamaian dan kemajuan. Walaupun terdapat perbezaan fahaman, namun iniadalah satu usaha pembangunan modal insan yang mampu memupukperpaduan rakyat berbilang bangsa dan agama. Sebenarnya, cabaran besar yang perlu diaplikasikan secara kolektif dalamusaha membentuk jati diri murid adalah dari segi kaedah atau strategi untukmenerapkan nilai kerohanian melalui tiga bidang atau fakulti yang memerlukanpelaksanaan secara sekata iaitu pengisian roh, akal dan jasmani murid-murid.Ketiga-tiga pengisian ini bermula daripada kerohanian seharusnya berlandaskansumber yang berautoriti dengan merujuk sumber ketuhanan dan kenabian, akalyang perlu bertunjangkan aspek kognitif yang menunjuk arah bersesuaiandengan fitrah manusia itu sendiri serta jasmani yang mengamalkan gaya hidupsihat seperti beriadah, mengisi masa lapang dengan baik serta menjaga tabiatpemakanan yang perlu diterapkan secara optimum dan berkesan denganbantuan dan bimbingan guru.
  7. 7. RujukanHussain Mohamed (1998). Globalisasi Dalam Pendidikan :Dewan Masyarakat.Syed Ismail B Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2010) Guru dan CabaranSemasa. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. :Puchong, SelangorMok Soon Sang (2007) Pengantar Pendidikan Teras. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. :Subang Jaya, Selangor

×