Usaha usaha memantapkan disiplin sekolah smkti
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Usaha usaha memantapkan disiplin sekolah smkti

on

  • 22,169 views

 

Statistics

Views

Total Views
22,169
Views on SlideShare
10,910
Embed Views
11,259

Actions

Likes
2
Downloads
678
Comments
1

13 Embeds 11,259

http://myhemsmti.blogspot.com 11219
http://www.blogger.com 13
http://myhemsmti.blogspot.sg 8
http://webcache.googleusercontent.com 6
https://www.google.com 5
http://myhemsmti.blogspot.co.uk 1
http://myhemsmti.blogspot.se 1
http://myhemsmti.blogspot.co.nz 1
http://myhemsmti.blogspot.de 1
http://myhemsmti.blogspot.jp 1
http://myhemsmti.blogspot.com.au 1
http://74.6.117.48 1
http://www.google.com.my 1
More...

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

11 of 1

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Usaha usaha memantapkan disiplin sekolah smkti Usaha usaha memantapkan disiplin sekolah smkti Document Transcript

    • SMK TAMAN INDAH 73000 TAMPIN, N.SEMBILAN ========================================================= USAHA – USAHA PEMANTAPAN DISIPLIN DI SMK TAMAN INDAH============================================================ Disediakan oleh: LEMBAGA DISIPLIN SMK TAMAN INDAH -1- http://myhemsmti.blogspot.com
    • Usaha-Usaha Pemantapan Disiplin di SMK TAMAN INDAH1.0 Pengenalan.Disiplin pula dapat didefinisikan sebagai ‘… kesanggupan seseorang individumenghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan diluar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupanseseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupanmenghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yangbaik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, …(Jawatankuasa Kabinet,1979). Manakala ciri-ciri keperibadian unggul pula dapat didefinisikan sebagaisifat-sifat dan tingkahlaku seseorang yang terserlah dengan nilai-nilai muni danjatidiri yang unggul. Justeru sekolah sebagai institiusi pendidikan formalberperanan mendidik murid-murid bukan sahaja dalam dalam memperkembangilmu pengetahuan dan kebolehan intelektual tetapi juga mempastikan murid-murid memiliki tahap moral diri dan kemahiran sosial yang baik dan berkualiti.Kecemerlangan kurikulum hanya dapat dicapai jika murid-murid memiliki kualitidisiplin dan sahsiah diri yang cemerlang. Peraturan-Peraturan Pelajaran (DisiplinSekolah) 1959 di bawah Peraturan 4 menjelaskan bahawa Guru Besar(Pengetua) adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah. Inilahmerupakan satu cabaran yang besar kepada setiap pemimpin sekolah iaitu untukmembentuk disiplin diri pelajar ke arah menjadi pelajar yang cemerlang denganmemiliki keperibadian yang unggul.2.0 Fokus Pengurusan DisiplinDalam memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanyamaka pengurusan yang mantap dan berkesan amat diperlukan. Begitulah jugadalam soal disiplin, ianya memerlukan suatu bentuk pengurusan disiplin yangterancang, mantap dan mampu diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan dalamusaha memastikan setiap program yang dirancang mencapai matlamatnya.Justeru itu, pengurusan HEM SMKTI meletakkan fokus utama dalam usahamemantapkan pengurusan disiplin di sekolah ini dalam usaha membentukkeperibadian unggul di kalangan pelajar iaitu:2.1 Perancangan Strategik Pengurusan HEM (2010 -2014)2.2 Pemantapan Pengurusan Disiplin2.3 Pemantapan Sistem Fail dan Data Murid2.4 Pemantapan Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM)2.5 Pemantapan Pelaksanaan Program Disiplin Dan Pembangunan Sahsiah Murid. -2- http://myhemsmti.blogspot.com
    • 3.0 Pemantapan Disiplin Murid Ke Arah Kecemerlangan Kurikulum.3.1 Program Pengesanan Ponteng Kelas.SPI Bil. 6/1995 menghendaki pihak sekolah menangani kes ponteng agar tiadasalah laku berkaitan dengan ponteng. Oleh itu, Program Pengesanan PontengKelas telah diperkenal dan dilaksanakan mulai tahun 1997. Dalam program ini ,SMKTI telah memperkenalkan Buku Pergerakan Pelajar dan Pas Keluar Kelas.Tujuan program ini dilaksanakan adalah sebagai satu pendekatan dalammenangani masalah ponteng kelas. Implikasi daripada ponteng kelas ini dilihatmemberi kesan besar terhadap pembelajaran dan kualiti pencapaianmurid.Program ini dari masa ke masa mengalami proses pemantapanpelaksanaan dan pihak pengurusan sentiasa menekankan peranan semua gurudalam memberi kerjasama dalam menjayakan program ini. Kesan daripadaprogram ini amat positif dengan peratus ponteng kelas menunjukkan penurunandan berada pada tahap yang memuaskan. Keupayaan mengawal pergerakanmurid keluar kelas tanpa kebenaran ini secara tidak langsung telah membantukelancaran P & P dan kualiti pencapaian akademik sekolah ini dapat terus kekalcemerlang.3.3 Perjumpaan Pihak Pengurusan dengan Pelajar Bermasalah.Pelajar yang dikenalpasti menunjukkan prestasi akademik yang tidak mencapaitahap yang ditentukan akan dipanggil untuk sesi perjumpaan dengan pihakpengurusan.Sesi ini dijadikan ruang untuk memberi motivasi, rangsangan,teguran dan amaran tentang semua perkara termasuklah soal disiplin. Ini kerana,pencapaian akademik berkait rapat dengan masalah disiplin pelajar. Sesi sepertiini dilaksanakan selepas analisis pencapaian peperiksaan diperoleh dan ianyadiuruskan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Selain itu, waris juga dipanggiluntuk bersama –sama di dalam sesi perjumpaan tersebut bagi membincang danmengatasi masalah pelajar secara bersama.Jelasnya, program-program seumpama ini bermatlamat untuk memupuk nilai-nilai murni seperti kerajinan yang menuntut murid untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran serta nilai keadilan yang memerlukan murid untukmematuhi peraturan serta hormat-menghormati tehadap diri, ibu bapa, guru danmasyarakat dapat dibentuk. Ini adalah salah satu usaha membentukkeperibadian yang unggul dalam diri pelajar.4.0 Pemantapan Disiplin Dalam Pembentukan Jatidiri dan Sahsiah Murid.4.1 Buku Peraturan Dan Disiplin PelajarSistem pengurusan disiplin yang baik haruslah berpandukan kepada peraturan-peraturan oleh Kementerian Pelajaran melalui pekeliling-pekeliling ikhtisas yangdikeluarkan dari semasa ke semasa. Surat Pekeliling Bil. 9/1975 di bawahPerkara 4, menjelaskan bahawa ‘tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyaiperaturan-peraturan sekolah masing-masing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud-maksud yang jelas dan tiap-tiappelajar mestilah mengetahuinya. Berpandukan pekeliling tersebut, SMKTI telah -3- http://myhemsmti.blogspot.com
    • menggunapakai buku peraturan disiplin sekolah tersendiri dalam melaksanakanpenguatkuasaan dan tindakan disiplin ke atas murid. Rentetan daripada isu-isudisiplin yang timbul sejak 10 tahun kebelakangan ini, sehingga ada kes-kes yangmengheret KPM dan sekolah ke mahkamah telah mendorong KPM untukmengarahkan semua guru termasuk pemimpin sekolah untuk memangani isudisiplin dengan cara yang betul. Semua pelajar diwajibkan memiliki danmemahami isi kandungan buku tersebut. Mengikut surat Pekeliling IkhtisasBil.9/1975 menjelaskan ‘guru-guru besar dan pengetua hendaklah selalu menarikperhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubalitu…’. Buku Peraturan dan Disiplin Pelajar ini dijadikan panduan dalam usahaguru untuk melaksanakan tanggungjawab mendisiplinkan murid bagi melahirkanmurid yang berdisiplin dan berkeperibadian unggul.4.2 Pemantapan Badan Pengawas SekolahPihak Unit HEM memberi perhatian penting kepada Badan Pengawas Sekolah.Ini kerana peranan badan pengawas sangat penting dalam membantu sekolahdan guru dalam melaksanakan usaha-usaha pengawalan disiplin murid disekolah ini.Mengikut surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975 ‘… Pengawas-pengawassekolah / ketuaketua murid (School Prefects) mestilah faham benar-benar akantugas dan tanggungjawab mereka…..Mereka juga hendaklah memahamibahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasasekolah dalam memelihara tatatertib’.Justeru itu, beberapa langkah telah dilakukan bagi memastikan badan pengawassekolah terus mantap iaitu:1. Memantapkan pengurusan badan pengawas dengan melantik seorangsetiausaha dan 11 orang guru yang berkebolehan sebagai ahli jawatankuasatermasuk penyelia-penyelia tingkatan.2. Pemilihan pengawas dilakukan pada hujung tahun bagi tujuan perlantikanpengawas baru bagi tahun berikutnya.Perlantikan pengawas sekolah dillakukanmelalui proses pemerhatian dan temuduga oleh jawatankuasa disiplin danjawatan kuasa pengawas. Majlis perhimpunan khas diadakan bagi tujuanperlantikan rasmi pengawas SMKTI.3. Perlantikan Ketua Pengawas dan ‘Senoir Girl’ diputuskan oleh JawatankuasaPengurusan SMKTI berdasarkan cadangan yang dikemukakan olehJawatankuasa Badan Pengawas.4. Pembentukan jawatankuasa pengawas dengan pengagihan tugas secara jelasdengan pemantauan daripada guru.5. Mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas bagi meningkatkan kualitikepimpinan dan peranan pengawas.6. Jamuan akhir tahun pengawas sebagai penghargaan kepada peranan dansumbanganpengawas kepadaSMKTI . Pengawas sekolah adalah badan pentingyang bertanggungjawab membantu guru dalam memastikan disiplin murid dansuasana sekolah dalam keadaan terkawal. Dengan itu,harapan untuk melihatmurid-murid di sekolah ini menjadi murid yang mampu mematuhi peraturan sertamemiliki ketinggian peribadi dengan harapan amalan-amalan positif yang -4- http://myhemsmti.blogspot.com
    • terkandung dalam Tunggak Dua Belas akan dan Falsafah PendidikanKebangsaan akan tercapai.4.3 ‘Spot check’‘Spot check’ merupakan salah satu tindakan pencegahan dan penguatkuasayang dilakukan ke atas murid-murid bagi memastikan peraturan sekolah danasrama dipatuhi. Pelaksanaan ‘spot check’ ini dilakukan secara berkala samaada dirancang ataupun berdasarkan kes yang dilaporkan. Bagi ‘spot check’terancang ianya lebih berfokus mengikut tingkatan. Dalam tahun 2011 ini,sebanyak 10 kali spot check dilakukan di peringkat sekolah. Tindakan ini dilihatbanyak membantu dalam menangani masalah pelanggaran disiplin di kalanganmurid terutama yang berkaitan dengan kekemasan diri dan keperluanpembelajaran..4.4 Pengurusan dan Pemantauan Buku Kedatangan MuridKehadiran murid ke sekolah akan memberi kesan positif kepada murid dalammendapat ilmu dan kemahiran baru dalam setiap proses P&P yang berlaku.Justeru, pemantauan ke atas kehadiran murid ke sekolah ini diberi tumpuanyang penting. Guru kelas diarah memainkan peranan penting dalam memastikanmurid-muridnya hadir ke sekolah pada setiap hari. Oleh itu, guru kelasdikehendaki bertindak segera jika mendapati terdapat pelajar yang dikesanmelakukan aktiviti ponteng sekolah. Penolong Kanan HEM atau Guru kelasbertanggungjawab untuk menghubungi waris jika didapati terdapat murid yangmenunjukkan ‘trend’ ketidakhadiran tanpa sebab yang mencurigakan. Surat-surat amaran ketidakhadiran murid ke sekolah dilaksanakan sepenuhnya.Tindakan mengeluarkan surat-surat amaran ketidakhadiran adalah berpandukankepada tatacara yang terdapat di dalam Buku Panduan Mengatasi MasalahPonteng Di Sekolah (KP/BS/8548/12(17).4.5 Program Kerohanian PelajarDalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, salah satu aspek yang diberipenekanan dalam membentuk insan yang seimbang dan harmonis ialahmelibatkan unsur rohani. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolahuntuk turut membantu mendidik murid-murid supaya elemen kerohanian dapatditerapkan ke dalam diri mereka bagi merealisasikan aspirasi FPK. Kes-kes yangberlaku sejak kebelakangan ini seperti jenayah, maksiat, masalah sosial,merempet dan sebagainya semakin banyak melibatkan murid sekolah. Kegiatannegatif seperti ini memberi gambaran bahawa semakin nipis pegangan danamalan agama dalam diri murid-murid sekolah. Oleh itu, melihat kepada situasisemasa yang semakin membimbangkan ini, pihak pentadbir SMKTI telahmemastikan agar semua pelajar dimantapkan dengan nilai-nilai kerohaniandalam diri mereka supaya mereka mampu menangani pengaruh negatif yangada di persekitaran. Antara program-program yang dilaksanakan di sekolah inidalam usaha menerapkan nilai-nilai kerohanian ialah: -5- http://myhemsmti.blogspot.com
    • a. Program Kerohanian dan Pembangunan Insan (KPI)Program KPI dilaksanakan pada setiap hari Jumaat pada jam 7.20 pagi hingga7.50 pagi. Murid-murid dan guru-guru akan berkumpul mengikut kaum ditempatyang telah ditentukan.b. Ceramah AgamaProgram-program ceramah sentiasa diatur setiap kali sambutan hari-harikebesaranIslam seperti Awal Muharram, Maulidur Rasul dan Israq Miqraj.Penceramah jemputan dipelawa untuk menyampaikan ceramah yangbersesuaian dengan hari berkenaan.c. Program Kesedaran Diri dan Pendidikan MoralBagi mengelakkan murid-murid dari terjerumus ke dalam kegiatan yang tidakbermoral atau melanggar peraturan-peraturan sekolah maka soal kerohanianamat penting. Setiap penganut agama sentiasa menekankan perkara-perkarabaik. Oleh itu, SMKTI sebagai institusi pendidikan formal sentiasa dan secaraberterusan melaksanakan program-program penerapan nilai-nilai murni ke dalamdiri pelajar di samping peranan P&P bagi mata pelajaran Pendidikan Islam,Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dalam usahamembentuk pelajar yang berkeperibadian unggul.4.6 Program Bimbingan dan KaunselingSebagai pemimpin sekolah, Unit Bimbingan & Kaunseling dimanfaatkansepenuhnya dalam memastikan perancangan dan pelaksanaan program danaktiviti ke arah membina jati diri dan kerjaya pelajar. Peranan 2 kaunselorsepenuh masa digembleng bagi menjayakan setiap program sama ada programkauseling mahupun program peringkat sekolah. Antara program yangdilaksanakan bagi menangani masalah disiplin pelajar ialah sesi kaunselingindividu, kaunseling kelompok, perjumpaan waris, kursus kepimpinan pelajar,perjumpaan pelajar secara berjadual dan memanfaatkan waktu guru gantidengan program motivasi dalam kelas.5.0 Pemantapan Disiplin dalam Menjana Kecemerlangan Kokurikulum.Aktiviti kokurikulum di sekolah telah diperkemaskan dan diletakkan sebagai salahsatu kriteria penting bagi tujuan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajiantinggi. Oleh itu, di bawahPeraturan-Peraturan(Kokurikulum Kebangsaan) 1997yang diterbitkan sebagai P.U (A) 531/97 dan Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996(Akta 550) telah mewajibkan semua pelajar menyertai kegiatan kokurikulum disekolah. Dalam konteks kokurikulum, pemantapan disiplin murid juga diberipenekanan agar muridmurid yang terlibat dalam sebarang kegiatan kokurikulummenampilkan perwatakan yang baik dan terpuji dalam usaha melahirkan pelajarseimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi. Antara program-programyang saya laksanakan di SMKTI ini ialah:5.1.1 Pakaian T-Shirt untuk Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.Pakaian ini telah diperkenalkan sejak 1990-an bertujuan untuk menyeragamkan -6- http://myhemsmti.blogspot.com
    • pemakaian pakaian ketika aktiviti P&P bagi mata pelajaran PJK. Semua pelajaradalah diwajibkan memakai t-shirt ini setiap kali kelas PJK berlangsung.5.1.2 Pakaian T-Shirt Rumah SekolahPakaian ini juga telah diperkenalkan pada tahun 2011 dengan tujuan untukmenyeragamkan pakaian bagi tujuan Rumah Sekolah sama ada ketika latihanmahupun Kejohanan Olahraga Tahunan dan sebarang aktiviti yang melibatkanRumah Sekolah.5.1.3 Pakaian T-Shirt dan Uniform KokurikulumBerdasarkan Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2007, menjelaskan pelaksanaan pemakaianpakaian kokurikulum di hari persekolahan dan perhimpunan bulanankokurikulum, pihak SMKTI telah mengadakan t-shirt kokurikulum baru bagitujuan berkenaan. Semua murid diwajibkan memakai t-shirt tersebut ataupununiform lengkap pada setiap hari Rabu.5.1.5 Buku Penilaian Prestasi KokurikulumBuku yang diperkenalkan mulai tahun 1999 dan kemudiannya pada hujung 2006,buku ini diubahsuai digunakan sebagai dokumen untuk menilai prestasi pelajardalam kokurikulum. Selaras dengan kehendak semasa yang memerlukan pelajaraktif dalam kokurikulum bagi tujuan kemasukan ke institusi pengajian tinggi makasebagai pemimpin sekolah, saya melakanakan penggunaan buku ini secaramenyelruh dan terancang. Dengan adanya buku ini, rekod penglibatan pelajarakan dicatatkan dan ini akan mendorong pelajar untuk aktif dan menunjukkansifat-sifat kepimpinan agar memperoleh nilaian yang tertinggi.5.1.6 Kem KokurikulumKem kokurikulum telah menjadi salah satu program tahunan di peringkat sekolahini. Kem ini amat penting kerana bakat dan kepimpinan pelajar lebih terserlahdan dapat dicungkil. Modul program 3 hari 2 malam ini menekankan nilai-nilaiyang ingin dipupuk dalam diri pelajar seperti kepimpinan, kerjasama, kesabaran,kerja berpasukan, hormat menghormati serta berdisplin.6.0 Sekolah dan Masyarakat dalam Menangani Disiplin PelajarSekolah dan masyarakat merupakan dua elemen penting yang salingberhubungan antara satu sama lain.6.1.1 Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)SMKTI dan PIBG mempunyai hubungan yang sangat baik. Setiap perancangandan program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah sentiasa mendapatsokongan kuat dari mereka. Dalam hal ehwal murid, PIBG sentiasa peka dalamperkara-perkara yang berkaitan dengan disiplin, dan kebajikan pelajar. Antaraperkara yang dilakukan oleh PIBG dalam membantu memantapkan disiplinpelajar ialah:1. Menjadikan isu-isu pelajar sebagai salah satu agenda perbincangan dalammesyuarat ahli jawatankuasa. -7- http://myhemsmti.blogspot.com
    • 2. Menyediakan sejumlah peruntukkan wang sebagai membantu sekolah dalammelaksanakan program pemantapan disiplin pelajar seperti Kursus KepimpinanPelajar, Kem Kokurikulum dan Hari Anugerah Cemerlang.6.1.2 Pasukan Bertindak Menangani Ponteng PelajarPasukan ini ditubuhkan di peringkat daerah Tampin sebagai satu usaha ke arahmenangani kes-kes ponteng pelajar. Pasukan yang terdiri wakil-wakil dariPejabat Pelajaran Daerah, Polis, Agensi Dadah Kebangsaan, Rela, ahlijawatankuasa PIBG dan pihak sekolah. Operasi pencegahan ponteng dilakukansecara bersama di tempat-tempat yang dikenalpasti pelajar sekolah yangponteng berkumpul.6.1.3 Polis dan SekolahDalam menangani pemasalahan disiplin di kalangan pelajar, KPM telahmewujudkan rangkaian hubungan dengan pihak polis. Salah satu daripadausaha yang dilakukan ialah dengan mewujudkan pengawai perhubungan polis disekolah-sekolah. Bagi SMKTI, hubungan baik antara sekolah dengan pegawaiperhubungan polis ini telah sedia wujud. Isu-isu pelajar yang memerlukanperanan pihak polis akan dibincangkan secara bersama.Antara program yangdianjurkan oleh SMKTI bersama dengan pihak polis ialah Program Bapa Angkatdan Program ‘Sehari Bersama Polis’.Dengan adanya hubungan baik ini di antarakedua-dua pihak, ianya banyak membantu sekolah ini dalam usaha-usahamemantapkan disiplin pelajar dan seterusnya hasrat untuk membinakeperibadian unggul di kalangan pelajar akan tercapai.8.0 RumusanTugas menangani disiplin murid adalah sangat mencabar. Justeru, SMKTIsentiasa menyedari bahawa pentingnya unsur kebijaksanaan dalam menanganimasalah disiplin dengan berlandaskan undang-undang dan pekelilig-pekelingyang sedia ada. Kerjasama dan komitmen semua guru serta hubungan baikdengan ‘stakeholder’, ibu bapa dan masyarakat amat diperlukan dalammenjayakan setiap usaha bagi memastikan iklim dan persekitaran sekolah yangkondusif dapat diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dalam aspekjasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah PendidikanKebangsaan. Matlamat untuk memupuk semangat menguasai ilmupengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai, moral dan sikappositif serta membina disiplin diri sepertimana yang terkandung di dalam Teraske-2 di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) iaitu‘Membangunkan Modal Insan’ akan menjadi fokus penting dalam merancangdan melaksanakan setiap program di sekolah ini dalam usaha melahirkan pelajaryang memiliki keperibadian unggul pada masa hadapan. -8- http://myhemsmti.blogspot.com