Kertas konsep guru penyayang

45,897 views

Published on

Published in: Education
47 Comments
25 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
45,897
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7,265
Actions
Shares
0
Downloads
2,579
Comments
47
Likes
25
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kertas konsep guru penyayang

  1. 1. SMK TAMAN INDAH 73000 TAMPIN N.SEMBILAN DARUL KHUSUS KERTAS KONSEPPROGRAM GURU PENYAYANG SMK TAMAN INDAH NAMA AGENSI : SMK TAMAN INDAH KOD SEKOLAH : NEA 5057 NO. TELEFON : 06-4414479 N0. FAKS : 06 -4413502 E-MAIL : smktamanindah@gmail.com BLOG : http://myhemsmti.blogspot.com Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi; manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.. Jadilah anda seorang yang berfikiran cemerlang…..
  2. 2. KERTAS KONSEP PROGRAM GURU PENYAYANG1.0 PENGENALAN TUGAS pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapimerangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa bidangsekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teraskepada usaha pendidikan. Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya gurujuga semakin mencabar. Banyak kali dilaporkan mengenai adanya segelintir kecil guruyang tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak didik diluar batas etika sebagai seorang pendidik. Justeru, guru perlulah sentiasa ingat bahawamendidik manusia memerlukan kesabaran tinggi dan nilai kasih sayang yang kental.Tanpa dua sifat penting itu, guru akan berhadapan masalah. Panduan ditunjukkan Rasulullah SAW perlu dijadikan amalan ketika memenuhitugas mendidik anak bangsa. Banyak kisah dan peristiwa dilalui Rasulullah SAWmempamerkan perwatakan luhur pendidik yang unggul untuk dicontohi, tetap relevansepanjang zaman dan kalis masa. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik: “Sedang kamiberada dalam masjid bersama Rasulullah SAW, seorang Badwi datang dan dudukmencangkung membuang air kencing di dalam masjid. Sahabat berkata kepada lelakiBadwi itu: Berhenti! Berhenti!” Namun Rasulullah SAW berkata: “Jangan ganggu danbiarkan dia sendiri.” Oleh demikian, mereka pun membiarkan saja lelaki itu selesaimembuang air kencingnya. Kemudian Rasulullah SAW memanggil lelaki berkenaan danberkata kepadanya: “Di dalam masjid tidak dibenarkan melakukan perkara sepertimembuang air kencing atau membuat kerosakan kerana masjid tempat beribadatkepada Allah, tempat solat dan membaca al-Quran.” Kemudian Rasulullah SAWmengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh kawasantempat lelaki Badwi itu kencing. Iktibar yang boleh diambil daripada kisah itu adalahjangan bersikap terburu-buru terhadap orang yang melakukan kesalahan. Rasulullah
  3. 3. SAW dalam peristiwa itu jelas mempamerkan sikap berpandangan jauh dalammenghadapi sesuatu keadaan. Menegur kesalahan seseorang dengan cara berhemah dan lemah lembutdisertakan penjelasan terperinci kesalahan dilakukan adalah prinsip pendidikan yangdibawa Nabi SAW dan inilah contoh seharusnya diikuti guru. Kisah Rasulullah SAW itu juga mengajar kita perlu bersikap lemah lembutapabila mengendalikan seseorang yang jahil dan mestilah mengajar orang seperti ituperkara yang patut diketahuinya tanpa memarahinya, selagi dia tidak menunjukkansikap berdegil. Imam al-Ghazali pernah menggariskan beberapa kriteria unggul seorangpendidik antaranya, guru harus sabar menerima pelbagai masalah murid danmenerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasihterhadap anak didiknya. Confucius, seorang ahli falsafah dan pendidik Cina yang sangat terkenal. Dirinyasebagai seorang guru, menggunakan kaedah dan pendekatan pendidikan yang sangatinformal, bersesuaian dengan karektor individu yang berbeza-beza. Beliaumencadangkan kepada anak didiknya apa yang perlu dipelajari, berbincang denganmereka dan kadang kala hanya mendengar hujah dan ulasan anak didiknya dengansabar. Cadangan diberikan anak didiknya untuk memperkembangkan kekuatan, danmemperbaiki kelemahan. Beliau mengatakan bahawa pendidikan hendaklahdilaksanakan dengan penuh kasih sayang. Oleh itu, beliau mendidik tanpa mengiralatar belakang anak didiknya. Anna Eleanor Roosevelt, warga Amerika Syarikat, seorang pejuang hak asasimanusia yang terkenal, pernah mengatakan bahawa “The giving of love is an educationin itself”. Beliau berpendapat bahawa tindakan memberi kasih sayang itu sudahmerupakan satu bentuk pendidikan. Pandangan ini menunjukkan betapa pentingnyaseorang pendidik untuk sentiasa menunjukkan sifat kasih sayang dan mencipta hasilsignifikan ke atas orang yang dididiknya.
  4. 4. Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabilanilai itu tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sabar itu memberkati usahagigihnya mendidik. Selain itu, guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watakdan perbezaan tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran akan dapatdilaksanakan dengan fikiran tenang.2.0 RASIONAL 2.1 Permasalahan murid-murid pada masa ini perlukan medium yang sesuai bagi membantu murid tersebut dan menggunakan kaedah dan pendekatan yang terkini serta disukai oleh murid tersebut. 2.2 Generasi murid hari ini yang terdiri daripada generasi Y dan Z yang unik, di mana mereka mempunyai pemikiran yang liberal dan terbuka. 2.3 Mengurangkan jurang beza tara antara guru dengan murid3.0 OBJEKTIF 3.1 Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah. 3.2 Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa. 3.3 Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.4.0 JUSTIFIKASI 4.1 Terdapatnya peningkatan salah laku disiplin dalam kalangan murid. 4.2 Peningkatan kadar ponteng murid. 4.3 Terdapat laporan/aduan pelanggaran etika profesion keguruan. 4.4 Peningkatan bilangan guru yang mengalami tekanan emosi dalam menjalankan tugas.
  5. 5. 5.0 ANJURAN DAN KELOLAAN Bidang Kemanusiaan dan Bimbingan Kaunseling SMK Taman Indah6.0 PERSONALIA Jawatankuasa Kerja Program Guru Penyayang Penaung : Pengarah Pelajaran N. Sembilan Penasihat : Pegawai Pelajaran Daerah Pengerusi : Tn. Hj. Ramli bin Ibrahim Pengetua SMK Taman Indah Tim. Pengerusi : En. Mohammad bin Said PK HEM Naib Pengerusi 1 : En. Abd. Aziz bin Abd Rahman GPK 1 Naib Pengerusi 2 : En. Vikraman a/l Velayuthan GPK Kokurikulum Setiausaha : En. Hamzah bin Abd Hamid GKMP Kemanusiaan dan Kemasyarakatan Penyelaras : En. Alias bin Daud Guru Bimbingan Dan Kaunseling AJK : Semua GKMP/ Ketua Panitia : Guru Disiplin : Guru Kebajikan : Guru Biasiswa : Penyelaras tingkatan : AJK PIBG
  6. 6. 7.0 PENGISIAN / AKTIVITI Rujuk Modul Guru Penyayang SMK TI8.0 SASARAN Guru dan murid dan seluruh warga sekolah9.0 TEMPOH PELAKSANAAN Sepanjang tahun 201210.0 SUMBER KEWANGAN 10.1 PIBG 10.2 PCG kokurikulum sahsiah diri/ Pendidikan Islam dan Moral 10.3 Peruntukan LDP11.0 PENUTUP Program Guru Penyayang ini diharapkan dapat memberi sumbangan ke arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif, mewujudkan suasana yang lebih harmoni antara guru dengan murid, serta dapat mengurang salah laku disiplin murid.
  7. 7. MODUL PROGRAM GURU PENYAYANGTema : Anda DiUtamakanTajuk 1 : Menyambut kehadiran semula murid ke sekolahObjektif : 1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid. 2. Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan murid.Tarikh : 04 Januari 2012 (hari pertama persekolahan)Masa : 7.00 pagi hingga 7.20 pagi (waktu hadir ke sekolah pagi dan petang)Sasaran : Semua guru dan muridPersonalia : Semua pentadbir sekolah, pengawal keselamatan, guru cemerlang, guru bimbingan dan Kaunseling, PRS dan pengawas sekolahBahan / Alat : Kain rentang/bantingLangkah-langkah : 1. Kain rentang/banting digantung seminggu sebelum sesi persekolahan tahun 2012 bermula. Kain rentang dimasukkan logo JPNJ, PPD dan sekolah. Contoh kain rentang : SELAMAT DATANG KE SEKOLAH Tahniah, kerana anda dapat hadir ke sekolah “Murid didahulukan, Pencapaian Murid diutamakan.” 2. Personalia berada di laluan masuk sekolah untuk menyambut kehadiran murid. 3. Personalia mengucapkan salam dan selamat datang kepada murid dengan senyuman ikhlas / bersalaman / peluk murid. Contoh : a. Assalamualaikum / Selamat sejahtera b. Selamat kembali ke sekolah / Welcome back to our school c. Tahniah kerana hadir semula ke sekolah 4. Teguran dari aspek pelanggaran peraturan sekolah tidak dilakukan secara terbuka.Penilaian : Murid menghadiri sekolah dengan perasaan gembira dan selesa.Rumusan : Penerimaan dan penghargaan kepada murid dapat mewujudkan perasaan diterima dan dialu-alukan untuk hadir ke sekolah.
  8. 8. MODUL PROGRAM GURU PENYAYANGTema : Pandangan PertamaTajuk 2 : Perhimpunan Khas Hari Pertama PersekolahanObjektif : 1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid. 2. Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan murid. 3. Menerima maklumat daripada personalia dalam suasana yang kondusif dan teraputik.Tarikh : 04 Januari 2012Masa : 7.30 pagi hingga 8.10 pagi (waktu pertama persekolahan pagi dan petang)Sasaran : Semua guru dan muridPersonalia : Pengetua / Guru Besar, PK HEM, Pengacara MajlisBahan / Alat : Sistem siaraya, kerusi, rostrumLangkah-langkah : 1. Murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan. Majlis berjalan mengikut aturcara perhimpunan mingguan. 2. Pengacara majlis mengalu-alukan kehadiran murid-murid dengan kata-kata yang positif. 3. PK HEM mengingatkan murid tentang keperluan mematuhi peraturan sekolah dalam gaya yang mesra dan cara yang menyenangkan. 4. Pengetua / Guru Besar menyampaikan ucapan aluan dan turut memberi fokus kepada keprihatinan guru dan kasih sayang guru kepada murid.Penilaian : Murid dapat mematuhi peraturan sekolah dengan perasaan sukarela dan selesa.Rumusan : Kasih sayang guru terhadap murid dapat dirasai dan dihayati melalui komunikasi berkesan dan beradab, dan seterusnya mendorong mereka hadir ke sekolah dengan perasaan sukarela dan selesa.
  9. 9. MODUL PROGRAM GURU PENYAYANGTajuk : Penerapan kasih sayang di dalam pembelajaran dan pengajaranTema : Syoknya belajar !Objektif : 1. Mewujudkan sikap keprihatinan guru terhadap murid sepanjang pembelajaran dan pengajaran. 2. Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran. 3. Melaksanakan tugas pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan hasil kewujudan perhubungan yang lebih mesra dalam kalangan murid dan guru.Tarikh : Sepanjang tahunMasa : Mengikut jadual pembelajaran dan pengajaranSasaran : Semua guru dan muridPersonalia : Semua guruBahan / Alat : Mengikut keperluan dan kesesuaianLangkah-langkah : 1. Guru memberi salam terlebih dahulu kepada murid. 2. Guru menyemak kehadiran murid dan menunjukkan sikap keprihatinan terhadap murid. 3. Guru memastikan kesesuaian persekitaran kelas dan kesediaan murid untuk memulakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran. 4. Guru perlu bersikap sensitif terhadap sebarang perkara yang berlaku semasa pembelajaran dan pengajaran, dan mengambil tindakan positif yang sewajarnya. 5. Guru memberi pujian dan galakan kepada murid mengikut kesesuaian. 6. Guru menunjukkan penampilan diri guru yang mudah didampingi dan bersikap mesra. 7. Sebelum mengakhiri pembelajaran dan pengajaran, guru mengucapkan salam / ucap selamat / kata-kata positif dan bersemangat. Contoh : Jumpa lagi esok / See you tomorrow, tahniah kerana memberi tumpuan. 8. Guru waktu terakhir memastikan semua murid meninggalkan bilik kelas sebelum guru keluar dari kelas.Penilaian : Murid seronok mengikuti aktiviti pembelajaran dan pengajaran.Rumusan : Guru penyayang mencipta suasana pembelajaran dan pengajaran yang menyeronokkan, dan seterusnya mengurangkan tekanan kepada guru dan murid.
  10. 10. MODUL PROGRAM GURU PENYAYANGTema : Guru Sumber InspirasiTajuk 3 : Guru Kesayanganku, Kelas KebanggaankuObjektif : 1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima oleh guru kelas. 2. Mewujudkan perasaan sayang dan hormat terhadap guru kelas bersesuaian dengan konsep in loco parentis. 3. Memupuk semangat kesepunyaan dalam diri sendiri; terhadap guru, rakan-rakan dan kelas sendiri.Tarikh : 04 Januari 2012Masa : 8.10 pagi hingga 9.30 pagi (2 waktu selepas perhimpunan)Sasaran : Semua guru dan muridPersonalia : Guru kelasBahan / Alat : Dokumen berkaitan mengikut keperluan dan kesesuaianLangkah-langkah : 1. Guru kelas mengiringi murid ke kelas selepas perhimpunan. 2. Guru kelas memberi salam kepada murid. Ucapan salam dibuat dengan mesra dan ikhlas. 3. Guru kelas memperkenalkan diri dan bertanya khabar kepada murid. Murid diajak untuk memperkenalkan diri dan berkongsi pengalaman semasa cuti. 4. Guru kelas membincangkan perihal pengurusan dan pentadbiran kelas bersama murid.Penilaian : Murid dapat mengenali guru kelas dan menguruskan kelas seperti dipersetujui bersama, contohnya penjagaan kebersihan kelas, kewujudan keharmonian kelas, pengurusan papan notis, dan sebagainya.Rumusan : Semangat sepasukan dan kekitaan dapat diwujudkan di kalangan murid dan guru berlandaskan konsep in loco parentis.
  11. 11. MODUL PROGRAM GURU PENYAYANGTema : Pembudayaan sikap prihatinTajuk : Bersamamu, sayangObjektif : 1. Mewujudkan rasa diambil berat oleh guru. 2. Mendapatkan bantuan untuk mengatasi masalah kesempitan hidup. 3. Menanam semangat kekeluargaan dalam kalangan warga sekolah.Tarikh : Mengikut kesesuaianMasa : Mengikut kesesuaianSasaran : Murid yang berkeperluan (bantuan kemiskinan, mangsa bencana, kematian, anak yatim dan lain-lain)Personalia : PIBG, Alumni, PK HEM, Guru Tingkatan, Guru Kebajikan, Guru Biasiswa, Guru DataBahan / Alat : Mengikut keperluan dan kesesuaianLangkah-langkah : 1. Mengenalpasti murid yang berkeperluan. 2. Mendapatkan dan mengumpulkan sumber bantuan yang bersesuaian. 3. Menghulurkan bantuan : a. Lawatan ke rumah b. Lawatan ke hospital c. Bantuan makanan, pakaian, kewangan dan lain-lain 4. Pemantauan perkembangan sahsiah dan akademik murid secara berterusan.Penilaian : Murid mendapat bantuan dan kekuatan untuk mengharungi masalah kesempitan hidup.Rumusan : Guru penyayang sentiasa prihatin untuk mengenalpasti murid yang berkeperluan. Bantuan dan sokongan yang dihulurkan dapat mengurangkan tekanan emosi dan bebanan yang dihadapi. Murid akan merasa dirinya dihargai dan rasa dirinya terbela. Seterusnya murid akan mendapat kekuatan untuk mengharungi dugaan hidup.
  12. 12. MODUL PROGRAM GURU PENYAYANGTema : Iklim Sekolah PenyayangTajuk : Komuniti prihatin, komuniti penyayangObjektif : 1. Mewujudkan persekitaran yang mendorong warga sekolah untuk lebih bersifat penyayang. 2. Menimbulkan rasa keperluan untuk bersifat penyayang kepada murid. 3. Mempraktikkan amalan kasih sayang dalam kalangan warga sekolah.Tarikh : Sepanjang tahunMasa : Sepanjang masa persekolahanSasaran : Semua warga sekolahPersonalia : Guru Media, Jawatankuasa 3KBahan / Alat : Kain rentang, papan kenyataan, bahan/dokumen berkaitanLangkah-langkah : 1. Menyediakan kertas cadangan perlaksanaan persekitaran penyayang. 2. Mewujudkan tempat untuk menampilkan rasa kasih sayang warga sekolah : a. tempat memaparkan kain rentang b. tempat berehat dan tempat aktiviti yang selesa untuk murid c. tempat untuk menyediakan mural kasih sayang guru d. sudut penghargaan dan pengiktirafan kepada murid bersahsiah terpuji e. papan kenyataan untuk memaparkan sumbangan murid yang terlibat dengan masyarakat 3. Mempraktikkan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah. Contoh : a. Amalan senyuman mesra b. Amalan ucapan terima kasih c. Amalan bersalamanPenilaian : Wujud budaya kasih sayang dalam kalangan warga sekolah.Rumusan : Suasana dan persekitaran yang berunsur kasih sayang akan mewujudkan iklim sekolah yang bersifat penyayang. Iklim positif ini akan sentiasa mendorong murid suka hadir ke sekolah dan mengamalkan gaya hidup penyayang.
  13. 13. MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG Tema : Latihan dalam Perkhidmatan Tajuk : Guru Penyayang, Murid Sayang1. Objektif : 1. Memahami konsep Guru Penyayang berlandaskan elemen 9P5K. 2. Mengaplikasikan konsep Guru Penyayang sebagai satu budaya kerja. 3. Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan beretika. Tarikh : LDP sekolah kali pertama Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang Sasaran : Semua guru Personalia : Pengetua / Guru Besar Bahan / Alat : Edaran bahan LDP Langkah-langkah : 1. Pembentangan Konsep Guru Penyayang dalam persembahan Power Point. 2. Pembengkelan pengisian dan perlaksanaan Program Guru Penyayang. 3. Pembentangan hasil pembengkelan. 4. Penetapan garis panduan perlaksanaan Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah. 5. Penubuhan Jawatankuasa Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah. Penilaian : 100% guru dapat memahami dan mempraktikkan konsep Guru Penyayang. Rumusan : Program Guru Penyayang dapat melahirkan guru yang bersifat prihatin dan menyayangi murid secara ikhlas. Guru yang bersifat penyayang dapat memberi sumbangan kepada usaha peningkatan sahsiah diri murid dan akademik.
  14. 14. SMK TAMAN INDAH PROGRAM GURU PENYAYANG “MURID DIDAHULUKAN PENCAPAIAN MURID DIUTAMAKAN”STRATEGI TINDAKAN BIL. AKTIVITI STRATEGI TINDAKAN TATACARA/KAEDAH 1 Anda diutamakan Menyambut Semua pentadbir Dalam aktiviti ini : kehadiran semula sekolah, pengawal murid ke sekolah keselamatan, guru 1. Kain rentang digantung seminggu sebelum sesi persekolahan tahun 2012 bermula. Kain rentang dimasukkan logo JPNS, cemerlang, PPD dan sekolah. guru bimbingan dan Kaunseling, PRS dan 2. Personalia berada di laluan masuk sekolah untuk menyambut pengawas sekolah kehadiran murid. 3. Personalia mengucapkan salam dan selamat datang kepada murid dengan senyuman ikhlas / bersalaman / peluk murid. Contoh : a. Assalamualaikum / Selamat sejahtera b. Selamat kembali ke sekolah / Welcome back to our school c. Tahniah kerana hadir semula ke sekolah 4. Teguran dari aspek pelanggaran peraturan sekolah tidak dilakukan secara terbuka. 1
  15. 15. BIL. AKTIVITI STRATEGI TINDAKAN TATACARA/KAEDAH 2 Pandangan Perhimpunan Semua Pentadbir, Dalam aktiviti ini : pertama Khas Hari GPK HEM Pertama Pengacara Majlis 1. Murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan. Majlis berjalan Persekolahan Pemimpin Pelajar mengikut aturcara perhimpunan mingguan. 2. Pengacara majlis mengalu-alukan kehadiran murid-murid dengan kata-kata yang positif. 3. PK HEM mengingatkan murid tentang keperluan pematuhan peraturan sekolah dalam cara yang menyenangkan. 4. Pengetua / Guru Besar menyampaikan ucapan aluan dan turut memberi fokus kepada keprihatinan guru dan kasih sayang guru kepada murid. 3 Pimpinlah aku Guru Guru Kelas Dalam aktiviti ini : Kesayanganku, Kelas 1. Guru kelas mengiringi murid ke kelas selepas perhimpunan. Kebanggaanku 2. Guru kelas memberi salam kepada murid. Ucapan salam dibuat dengan mesra dan ikhlas. 3. Guru kelas memperkenalkan diri dan bertanya khabar kepada murid. Murid diajak untuk memperkenalkan diri dan berkongsi pengalaman semasa cuti. 4. Guru kelas membincangkan perihal pengurusan dan pentadbiran kelas bersama murid. 2
  16. 16. BIL. AKTIVITI STRATEGI TINDAKAN TATACARA/KAEDAH 4 Guru sumber Syoknya belajar ! Guru Mata Pelajaran Dalam aktiviti ini : inspirasi 1. Guru memberi salam terlebih dahulu kepada murid. 2. Guru menyemak kehadiran murid dan menunjukkan sikap keprihatinan terhadap murid. 3. Guru memastikan kesesuaian persekitaran kelas dan kesediaan murid untuk memulakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran. 4. Guru perlu bersikap sensitif terhadap sebarang perkara yang berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran, dan mengambil tindakan positif yang sewajarnya. 5. Guru memberi pujian dan galakan kepada murid mengikut kesesuaian. 6. Guru menunjukkan penampilan diri guru yang mudah didampingi dan bersikap mesra. 7. Sebelum mengakhiri pembelajaran dan pengajaran, guru mengucapkan salam / ucap selamat / kata-kata positif dan bersemangat. Contoh : Jumpa lagi esok / See you tomorrow. 8. Guru waktu terakhir memastikan semua murid meninggalkan bilik kelas sebelum guru keluar dari kelas. 3
  17. 17. BIL. AKTIVITI STRATEGI TINDAKAN TATACARA/KAEDAH 5 Pembudayaan Bersamamu, PIBG, Alumni, PK Dalam aktiviti ini : sikap prihatin sayang ! HEM, Guru Tingkatan, Guru 1. Mengenalpasti murid yang berkeperluan. Kebajikan, Guru Biasiswa, Guru Data 2. Mendapatkan dan mengumpulkan sumber bantuan yang bersesuaian. 3. Menghulurkan bantuan : a. Lawatan ke rumah b. Lawatan ke hospital c. Bantuan makanan, pakaian, kewangan dan lain-lain 4. Pemantauan perkembangan sahsiah dan akademik murid secara berterusan. 6 Iklim Sekolah Komuniti prihatin, Guru Media, Dalam aktiviti ini : Penyayang komuniti Jawatankuasa 3K penyayang 1. Menyediakan kertas cadangan perlaksanaan persekitaran penyayang. 2. Mewujudkan tempat untuk menampilkan rasa kasih sayang warga sekolah : a. tempat memaparkan kain rentang b. tempat berehat dan tempat aktiviti yang selesa untuk murid 4
  18. 18. BIL. AKTIVITI STRATEGI TINDAKAN TATACARA/KAEDAH c. tempat untuk menyediakan mural kasih sayang guru d. sudut penghargaan dan pengiktirafan kepada murid bersahsiah terpuji e. papan kenyataan untuk memaparkan sumbangan murid yang terlibat dengan masyarakat 3. Mempraktikkan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah. Contoh : a. Amalan senyuman mesra b. Amalan ucapan terima kasih c. Amalan bersalam 5
  19. 19. PLAN TINDAKAN PROGRAM GURU PENYAYANG1. Bagi memastikan pelaksanaan berjalan dengan lancar, tindakan seperti berikut akan diambil : Bil. Bulan Minggu Aktiviti Tindakan Kedua 1 1. Bengkel menyediakan kertas konsep dan modul Guru Penyayang JPNJ (7-9 Dis) 1. Precouncil konsep pelaksanaan bersama Ketua Sektor 2. Penerangan Ketua Sektor Kertas Konsep Guru Penyayang dan modul kepada semua PPD 2 Disember Ketiga JPNJ/PPD 3. Taklimat modul, kertas konsep Guru Penyayang dan Touch Point Pengarah oleh PPD 2011 kepada pengetua/ guru besar 4. Taklimat Ketua Sektor kepada sekolah rintis (Model 4 sekolah satu daerah) 1. Pembentangan kertas konsep Guru penyayang dan touch Point Pengarah dalam JPNJ/PPD Keempat 3 Mesyuarat KSPPD Pengetua/Guru (27-29 Dis) 2. Pembentukan jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah Besar Sekolah Pertama 4 1. Pelaksanaan Touch Point Pengarah pada hari pertama persekolahan Menengah dan Januari (4 Jan) Rendah 2012 Minggu 1. Pelancaran Program Guru Penyayang peringkat JPN dalam perhimpunan bulanan 5 JPNJ/PPD Ketiga 2. TOT JU Negeri dan Daerah Minggu 1. Pelancaran Program Guru Penyayang peringkat PPD PPD/ Sekolah Februari kedua 2. Pemantauan kehadiran murid melalui sistem e-kehadiran 6 2012 Minggu 1. LDP kepada guru Sekolah/JU empat
  20. 20. Bil. Bulan Minggu Aktiviti Tindakan Mac Minggu Jawatankuasa 7 1. Pelancaran Program Guru Penyayang peringkat sekolah 2012 kedua Guru Penyayang Januari hingga Sepanjang 8 1. Pelaksanaan Program Guru Penyayang peringkat sekolah Semua sekolah November tahun 2012 Minggu pertama April 9 hingga 1. Pemantauan pelaksanaan program Guru Penyayang JPNJ/PPD 2012 minggu empat Pengetua dan 1. Penilaian setengah tahun keberkesanan program penyayang Jun Minggu Guru Besar10 2. Mesyuarat bulanan penilaian pelaksanaan Guru Penyayang. 2012 empat sekolah 3. Menghantar laporan kepada PPD/JPNS rintis/PPD Pengetua dan November Minggu 1. Mesyuarat penilaian keberkesanan Program Guru Penyayang Guru Besar12 2012 ketiga 2. Menghantar laporan kepada PPD/JPNS sekolah rintis/PPD

×