• Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • terima kasih atas perkongsian ilmu.. banyak membantu
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • terima kasih atas perkongsian ilmu
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • Tq sangat membantu
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • sangat membantu. tk. rasa nak kongsi.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • terima kasih diatas ilmu yang diberi.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
22,215
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7

Actions

Shares
Downloads
960
Comments
12
Likes
9

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. SMK TAMAN INDAH 73000 TAMPIN N.SEMBILAN DARUL KHUSUS DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 2012 NAMA AGENSI : SMK TAMAN INDAH KOD SEKOLAH : NEA 5057 NO. TELEFON : 06-4414479 N0. FAKS : 06 -4413502 E-MAIL : smktamanindah@gmail.com LAMAN WEB : http://myhemsmti.blogspot.comOrang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi;manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yangmenyebabkan kemundurannya.. Jadilah anda seorang yang berfikiran cemerlang….. http;//myhemsmti.blogspot.com
  • 2. DASAR PENGURUSAN HEM ( berkuat kuasa mulai 1.1.2012)1.0 DASAR AM PENGURUSAN KELAS 1.1 Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) 1.1.1 Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan. 1.1.2 Tandakan BJKM pada setiap persekolahan sebelum pukul 9.00pagi.*Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid yang datang selepas 2 jam masih dikira hadir ke sekolah. 1.1.3 Tandakan BJKM seperti berikut: Tandakan “/” sekiranya murid hadir. Tandakan “O” sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab. Tandakan “S” dalam bulatan sekiranya tidak hadir bersebab(surat pengesahan daripada ibu bapa/penjaga atau sijil sakit). Tandakan “L” dalam bulatan sekiranya murid lewat sekolah (dikira hadir). Tandakan “W” dalam bulatan sekiranya murid mewakili sekolah (dikira hadir). Tandakan “G” dalam bulatan sekiranya murid digantung persekolahan (dikira tidak hadir). Elakkan budaya comot. Cecair pemadam tidak boleh digunakan.Segala kesilapan hendaklah dipotong dan ditandatangani ringkas. 1.1.4 Semua BJKM hendaklah dihantar ke pejabat sekolah selewat-lewatnya pada jam 9.00 pagi setiap hari. Pada setiap hari Isnin hingga Khamis , Ketua Tingkatan (KT) akan memaklumkan kehadiran kepada guru tingkatan masing-masing dan guru tingkatan akan memulangkan BJKM selepas perhimpunan. Pada hari Jumaat, KT akan memaklumkan kehadiran pada waktu pertama dan kemudian guru tingkatan akan memulangkan BJKM di rak kelas masing-masing. 1.1.5 BJKM hendaklah ditutup tidak lewat dari haribulan taip-tiap bulan berikutnya. 1.2 Murid “Bukan Warga Negara” (MBWN) 1.2.1 Bagi murid “Bukan Warga Negara” (MBWN), bayaran levi sebanyak RM240.00 wajib dibayar di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan setiap tahun terlebih dahulu sebelum didaftar sebagai murid sekolah. Resit bayaran mesti ditunjukkan kepada GPKHEM. Setiap MBWN juga dikenakan bayaran tambahan seperti murid lain.1|Page http;//myhemsmti.blogspot.com
  • 3. 1.3 Fail Peribadi Murid (Folder) 1.3.1 Semua murid dari kelas Peralihan/Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 wajib mempunyai fail ini. 1.3.2 Sila pastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Tingkatan ditulis pada helaian pertama fail. Sila pastikan setiap fail dilekatkan gambar pelajar dengan menggunakan kertas keras. 1.3.3 Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, keputusan Peperiksaan Dalaman , PMR dan lain-lain disimpan dalam fail ini. Buku Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan akan disimpan di Bilik Rawatan. 1.3.4 Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan persekolahannya atau bertukar sekolah. 1.3.5 Semua fail perlu disimpan dalam ‘loker’ berlabel di bilik Peperiksaan. 1.4 Fail Kelas Guru Tingkatan 1.4.1 Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat ibu bapa/penjaga bagi memaklumkan ketidakhadiran murid disimpan dalam fail ini. 1.4.2 Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang sekolah yang dikeluarkan juga disimpan dalam fail ini. 1.4.3 Fail kelas akan disemak pada setiap akhir bulan oleh GPKHEM. GPKHEM akan menyediakan dokumen penyemakan fail kelas. 1.5 Pendaftaran Murid Baru 1.5.1 Guru tingkatan menerima murid baru daripada penyelaras tingkatan. (Status kewarganegaraan telah dikenal pasti oleh penyelaras tingkatan terlebih dahulu). 1.5.2 Penyelaras tingkatan akan menyemak semula status kewarganegaraan murid sebelum urusan mendaftar dilakukan.Mendaftarkan murid baru dengan memastikan Borang Maklumat Murid (Borang SMM) dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga pada masa itu juga. Jika murid membawa bersama SMM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini. 1.5.3 Tingkatan Dua hingga Tingkatan Lima Kumpulkan Borang SMM yang telah lengkap dan serahkan kepada guru SMM. Guru Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1 akan memasukkan data pelajar-pelajar baru. Bagi guru tingkatan 2,3,4 dan 5 , guru-guru hanya mengemaskini data SMM yang telah dibuat dan menyerahkan ‘hard copy’ pada guru SMM. 1.5.4 Guru tingkatan menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa.2|Page http;//myhemsmti.blogspot.com
  • 4. 1.5.5 Guru tingkatan mengenal pasti murid OKU yang berdaftar dan memaklumkan kepada PK HEM. 1.5.6 Guru tingkatan menyemak latar belakang murid jika anak yatim/pelajar miskin dan memaklumkan kepada PK HEM. 1.5.7 PK HEM mendapatkan laporan disiplin, PLBS/ULBS, PEKA, Folio KH, PAFA, dll berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu. 1.5.8 Murid baru akan menyerahkan borang SMM/disket kepada guru tingkatan dan kemudiannya akan menyerahkannya kepada guru SMM untuk pengisian butiran di komputer. 1.6 Buku Teks 1.6.1 Semua murid warganegara Malaysia layak menerima SPBT. 1.6.2 Guru tingkatan membantu Guru SPBT semasa urusan penerimaan dan pemulangan buku teks. 1.6.3 Guru tingkatan membantu menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku teks. 1.6.4 Guru tingkatan memastikan setiap murid membalut buku teks dengan plastik lutsinar dan ditulis nama serta kelas dan murid yang tidak balut buku akan diminta membeli pembalut buku dalam ’Ops Balut’. Guru tingkatan juga perlu mengingatkan semua murid agar tidak meninggalkan buku teks di sekolah. 1.6.5 Satu set buku teks setiap murid akan diberi selewat -lewatnya pada hari pertama persekolahan. 1.7 Murid Keluar/Bertukar/Berpindah 1.7.1 Menentukan surat kelulusan pertukaran telah diterima. 1.7.2 Mencat atkan maklumat/butiran dalam BJKM kelas. 1.7.3 Pertukaran keluar dari Negeri Sembilan • Menentukan semua buku teks telah dipulangkan. • Merekodkan judul buku yang dipulangkan.( Sila gunaborang khas di pejabat ) • Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT. 1.7.4 Pertukaran dalam Negeri Sembilan • Merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru.( Sila guna borang khas di pejabat ). • Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT. 1.7.5 Guru tingkatan menyediakan Sijil Berhenti Sekolah bagi murid murid yang telah berada di SMKTI sekurang -kurangnya selama satu (1) tahun. 1.7.6 Guru tingkatan menyediakan Surat Akuan Murid bagi murid -murid yang belajar di SMKTI lebih daripada 6 bulan. 1.7.7 Segala dokumen dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri dan diserahkan kepada murid berkenaaan pada hari akhir persekolahan. ( bergantung kepada keadaan ).3|Page http;//myhemsmti.blogspot.com
  • 5. 1.8 Pengurusan & Organisasi Kelas: 1.8.1 Melantik Jawatankuasa Kelas: • Ketua Tingkatan • Penolong Ketua Tingkatan • Bendahari • AJK Kebersihan 2 orang • AJK–Keceriaan 2 orang • AJK –SPBT 2 orang • Skuad–Prasarana 2 orang • AJK ICT (celik ICT) – 2 orang • AJK setiap Mata Pelajaran 1.8.2 Menyelaras penyediaan perkara berikut: • Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas • Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan hadapan Kelas • Jadual Tugas Kebersihan – ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas. • Pelan kedudukan kelas – ditampal di atas meja Guru • Inventori Kelas – ditampal pada pintu • Papan kenyataan – milik kelas tersebut • Moto kelas – ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas. • Misi & Visi Sekolah, Misi & Visi KPM, Piagam Pelanggan, Moto Sekolah, PIPP ( nota: Misi, Visi dan Moto SMKTI akan menjadi soalan wajib bagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan. Semua murid perlu menghafal dalam Bahasa Malaysia) – ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas. • Sudut Program Pencegahan Dadah • Sudut Bacaan Kelas • Maklumat mata pelajaran, artikel berinformasi & isu semasa – ditampal pada papan kenyataan di belakang kelas. • Alatan pembersihan • Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran. 1.8.3 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan putih. 1.8.4 Memastikan semua kerusi dan meja mencukupi dan telah diberi nombor siri. 1.8.5 Menggantikan dan membawa turun mana-mana perobot yang rosak. 1.8.6 Kebersihan kelas: • Memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum keluar dari kelas berkenaan. • Memastikan sampah di dalam laci dan bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari. 5 minit sebelum berakhir P&P, murid4|Page http;//myhemsmti.blogspot.com
  • 6. bertugas mesti membersihkan kelas di bawah penyeliaan guru. Semua murid menaikkaan kerusi ke atas meja. Menutup lampu dan kipas serta pintu sebelum meninggalkan kelas. Memastikan pintu kelas dikunci. 1.8.7 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab pihak kelas untuk menggantikannya jika hilang atau rosak. 1.8.8 Mengambil perhatian terhadap perkara berikut: • Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selamat digunakan. • Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru berkenaaan (Guru Perabot/Guru Pembangunan). • Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas dengan cekap dan penuh dedikasi. • Mengadakan tabung kelas dengan jmlah kutipannnya terpulang kepada budi bicara guru dan kemampuan murid. (Diputuskan dalam mesyuarat kelas dan diminitkan. Satu salinan Minit Mesyuarat kelas hendaklah diserahkan kepada PK HEM selewat- lewatnya pada minggu pertama). Tabung kelas ini perlu diwujudkan untuk tujuan berikut: • Bahan-bahan kceriaan kelas. • Tabung kelas/Jamuan akhir tahun, dan lain-lain. 1.9 Senarai Nama Murid Dalam Kelas (Awal Tahun) 1.9.1 Menyediakan senarai tersebut mengikut format berikut: Kelas:_____________________ Nama Guru Tingkatan:__________________ Nama Penuh Murid( spt Bil No. Pend. L/P Kelas (2011) Bangsa Catatan (KP & susun ikut abjad) 1 2 3 40 Serahkan senarai ini kepada Penyelaras Tingkatan pada Minggu 1 sesi persekolahan 1.10 Senarai Nama Murid Yang Tidak Melaporkan Diri/Tidak Hadir Tanpa Sebab 1.10.1 Mengisi borong senarai nama murid yang tidak melaporkan diri.Kumpulan murid ini adalah mereka yang tidak hadir ke sekolah sejak hari pertama persekolahan sesi 2012, tanpasebarang surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit. 1.10.2 Mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat amaran ponteng sekolah dan surat buang sekolah kepada ibu bapa atau penjaga mengikut tatacara yang telah ditetapkan.5|Page http;//myhemsmti.blogspot.com
  • 7. 2.0 DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN 2.1 Ponteng Sekolah 2.1.1 Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya. 2.1.2 Guru tingkatan hendaklah menandakan “0” dalam buku BJKM kelas (sila rujuk Nota 1.1.3). 2.1.3 Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut: Ponteng Tindakan Ponteng Berterusan Berkala/Tidak Berurutan Amaran 1 ● 3 hari berturut-turut ● 10 hari ● 7 hari selepas Surat ● 10 hari selepas Amaran 2 Amaran 1 Surat Amaran 1 ● 7 hari selepas Surat ● 20 hari selepas Amaran 3 Amaran 2 Surat Amaran 2 ● 14 hari selepas Surat ● 20 hari selepas Buang Sekolah Amaran 3 Surat Amaran 3 Jumlah 31 hari 60 hari keseluruhan 2.1.4 Guru tingkatan hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam borang Rekod Ponteng Sekolah. Rekod hantaran surat kepada ibubapa/penjaga (dalam fail kelas). 2.1.5 Semua surat amaran serta surat buang sekolah boleh didapati dari pejabat sekolah. 2.1.6 Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh: Amaran 1 Ditandatangani oleh GPKHEM Amaran 2 Ditandatangani oleh GPKHEM Amaran 3 Ditandatangani oleh GPKHEM Buang Sekolah Ditandatangani oleh Pengetua Salinan 1 ( untuk ibu bapa/penjaga) Salinan 2 ( untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah Laku ) Salinan 3 ( untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru tingkatan) 2.1.7 Surat Buang Sekolah meti diisi dalam 4 salinan dan terus hantar kepada GPKHEM untuk tindakan selanjutnya dan ditandatangani oleh Pengetua. Nota: Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan untuk surat sperti berikut: AP: Amaran Pertama AK: Amaran Kedua AT: Amaran Terakhir BS: Buang Sekolah6|Page http;//myhemsmti.blogspot.com
  • 8. 2.1.8 Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut hendaklah dipatuhi: Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing. Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawpan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing an berjumpa dengan GPKHEM terlebih dahulu. Selepas Amaran 3, murid mestilah datang kesekolah bersama – sama ibu bapa/penjaga dan berjumpa dengan pengetua. Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Pengetua berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat akur janji. Murid hanya boleh dibenarkan bersekolah semula setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak JPNS. 2.2 Buku Kawalan Kelas (BKK) 2.2.1 Semua guru tingkatan mesti memastikan kelas mereka mempunyai BKK setiap hari. 2.2.2 BKK akan diedarkan kepada Ketua Tingakatan pada waktu pagi di meja Ketua Guru Disiplin. Adalah menjadi tanggungjawab setiap Ketua Tingkatan untuk memulangkan BKK ke meja Ketua Guru Disiplin selepas tamat waktu persekolahan setiap hari. 2.2.3 BKK hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Tingkatan dan diserahkan kepad guru yang masuk pada setiap waktu. 2.2.4 Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa tersebut. Bagi kelas yang bergabung seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Bahasa Cina , Bahasa Tamil, Lukisan Kejuruteraan, ERT, KHB dan Pendidikan Jasmani BKK akan dibuat secara berasingan. 2.2.5 Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas/lambat masuk kelas/ponteng kelas semasa guru mengajar. 2.2.6 Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur sebelum menandatangani BKK. 2.2.7 Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil tindakan oleh guru berkenaan semasa waktunya.Hanya kes-kes berat sahaja perlu dicatatkan dalam BKK untuk tindakan Penyelaras BKK( Ketua Guru Disiplin) dan Guru Disiplin pada keesokan harinya. Jika kes beratyang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam BKK dan terus maklumkan kepada Ketua Guru Disiplin/GPK HEM. 2.2.8 Ketua Guru Disiplin (Penyelaras BKK) akan menyemak BKK setiap hari dan mengambil nama murid yang bermasalah untuk tindakan selanjutnya pada keesokkannya. 2.2.9 Penyelaras BKK hendaklah menjaga BKK dengan baik dan sempurna mengikut susunan minggu dan bulan dan diserahkan7|Page http;//myhemsmti.blogspot.com
  • 9. kepada GPKHEM pada setiap akhir semester 1 & 2. 2.3 Pas Keluar 2.3.1 Semua guru hendaklah mendapatkan pas kebenaran keluar daripada GPK HEM pada awal tahun. 2.3.2 Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan sebagainya mesti memakai pas berkenaan. 2.3.3 Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kalelas untuk mendapatkan pas daripada guru kelas atau guru kelas sebelahnya jika tiada guru. 2.4 Disiplin Murid 2.4.1 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa. 2.4.2 Guru-guru mestilah member nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin. 2.4.3 Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada Ketua Guru Disiplin atau GPK HEM. 2.4.4 Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan mestllah berpatutan dan adil serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati. 2.4.5 Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negative guru yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid. 2.5 Kawalan/Tanggungjawab Guru 2.5.1 Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini diangap sebagai satu usaha bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang individu. 2.5.2 Guru hendaklah fahami dan kenali mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah disiplin dan berikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama. 2.5.3 Jangan mulakan proses P & P jika murid-murid tidak memberi tumpuan atau sedang bising dan bercakap sesame sendiri. 2.5.4 Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas. 2.5.5 Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas dan mengarahkan murid-murid mengemas dan membersihkannya dengan segera. 2.5.6 Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenal pasti sebab-sebabnya dan ambil tindakan yang sewajarnya.8|Page http;//myhemsmti.blogspot.com
  • 10. 2.5.7 Penyemakan buku akan dilakukan sebanyak sebanyak 2 kali setahun oleh pentadbir. Bagi murid-murid yang engkar walaupun telah diberi amaran , hukuman, guru-guru oleh memaklumkan kepada Pengetua. Pengetua akan menjalankan tindakan seperti meminta murid-murid tersebut bersila di Astaka Ilmu untuk menyiapkan tugasan mereka. Perkara ini akan dimaklumkan semasa perhimpunan dan murid-murid mesti mencatatnya di dalam buku nota masing-masing. Hal ini juga akan dicatatkan di Buku Perhimpunan. 2.6 Dasar Umum Disiplin 2.6.1 Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah pada setiap hari. 2.6.2 Setiap murid wajib memiliki buku nota dan wajib dibawa bersama sewaktu perhimpunan. 2.6.3 Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan jika melanggar peraturan melalui forum disiplin. 2.6.4 Pemeriksaan Gempar/Spot Check 2.4.1 Pemeriksaan Gempar/sport check boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa berada di bilik kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir. 2.4.2 Guru disiplin/guru bertugas bersama guru tingkatan atau guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas akan menjalankan sport check dengan disaksikan oleh murid berkenaan. 2.4.3 Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru berkaitan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan di dalam almari di bilik GPK HEM. 2.4.4 Barang larangan akan disimpan di dalam bilik GPK HEM. 2.4.5 Barang rampasa yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya oleh dituntut balik oleh ibu bapa/penjaga murid selepas berjumpa dengan GPK HEM dan menandatangani surat kontrak . 2.4.6 Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah dibawa mesyuarat AJK Lembaga Disiplin & AJK PIBG. 2.4.7 Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab nurid-murid.9|Page http;//myhemsmti.blogspot.com
  • 11. 2.7 Kaedah Mengatasi Disiplin 2.7.1 Edaran senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada: -semua guru -kelas-kelas(untuk ditampal) -bilik-bilik khas 2.7.2 Guru mata pelajaran / guru kelas – rekod kesalahan murid di buku kawalan kelas -Guru Disiplin akan kumpulkan -Guru Disiplin bawa ke mesyuarat disiplin ikut keperluan. 2.7.3 Senaraikan nama murid dan tampal di papan kenyataan: -Kedatangan penuh-2 kali setahun -Kerap ponteng 2 bulan sekali ( oleh guru penyelaras) 2.7.4 Sijil Sifar Ponteng -Kelas yang Berjaya mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil setiap bulan.Walaupun tidak hadir, ianya mesti bersebab. -Murid yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil dan anugerah pada akhir tahun. 2.8 Pengurusan Perhimpunan 2.8.1 Perhimpunan empat kali seminggu (Isnin,Selasa, Rabu dan Khamis).Pada hari Jumaat Program KPI. 2.8.2 Diuruskan oleh penyelaras perhimpunan dan guru bertugas. 2.8.3 Guru dan murid tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpunan kecuali sedang bertugas atau dengan kebenaran. 2.8.4 Segala perhimpunan perlulah ringkas dan padat. 2.8.5 Oleh itu, pengumuman berkaitan Persatuan/Kelab,Badan beruniform dan Permainan perlu dibuat di papan kenyataan masing-masing. 2.8.6Guru-guru juga diingatkan agar tidak bercakap semasa perhimpunan sedang dijalankan. Sekiranya perlu, maka guru dibenarkan keluar sebentar daripada berada di perhimpunan tersebut. 2.8.7 Guru-guru yang menguruskan pengucapan awam/public speaking perlu berada di belakang podium. Teks pengucapan awam/public speaking mestilah ditaip dan diserahkan satu salinan selepas selesai perhimpunan. 2.8.8 Bahan bacaan yang dibawa semasa perhimpunan boleh dirampas (sekiranya murid membaca sewaktu perhimpunan dijalankan) kecuali student planner.10 | P a g e http;//myhemsmti.blogspot.com
  • 12. 3.0 DASAR AM KEBAJIKAN MURID 3.1 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 3.1.1 Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya hari pertama sesi baru persekolahan. 3.1.2 Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang Sama (Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) – 17Mac 2008). 3.1.3 Membantu ibu bapa atau penjaga yang hendak membeli sendiri buku teks di pasaran terbuka dengan menghubungi penerbit. 3.1.4 Guru Tingkatan mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas dan ditulis nama. 3.1.5 Guru tingkatan juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar sekolah di luar Negeri Sembilan memulangkan semula buku SPBT tersebut dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan. (Sila rujuk bahagian 1.8.3) 3.1.6 Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh yang ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya. 3.1.7 Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku SPBT. 3.2 Pengurusan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP),BRN dan Baitulmal 3.2.1 Guru-guru biasiswa mestilah memastikan murid yang berjaya menerima surat tawaran dan membuka akaun simpanan di BankSimpanan Nasional. Guru-guru tingkatan juga boleh meminta mana-mana murid yang layak untuk memohon biasiswa. 3.2.2 Buku simpanan tersebut hendaklah diserahkan kepada guru berkenaan dan pengeluaran wang yang dibuat mestilah dikawal agar tidak disalahgunakan oleh murid berkenaan. Ibubapa atau penjaga dilarang sama sekali mengambil buku akaun murid. Seorang murid hanya boleh menerima satu biasiswa sahaja. Jika mendapat lebih daripada satu biasiswa, satu surat pemberitahuan perlu dihantar kepada pihak penaja. 3.2.3 Bagi penerima bantuan biasiswa Baitulmal, Guru Biasiswa berkenaan mestilah mengenalpasti jika ada murid-murid baru terutamanya murid tingkatan satu yang pernah menerima bantuan tersebut semasa mereka di sekolah rendah. 3.2.4 Walaupun murid-murid berkenaan pernah menerima bantuan, mereka mesti memperbaharuhi permohonan mereka semasa di sekolah menengah dengan mengisi borang permohonan bantuan Baitulmal. 3.2.5 Guru Tingkatan mesti memastikan bahawa murid-murid berkenaan dapat menyumbang semula bantuan yang diterima dengan menyerahkan borang permohonan mereka yang lengkap kepada Guru Biasiswa berkenaan.11 | P a g e http;//myhemsmti.blogspot.com
  • 13. 3.2.6 Guru Tingkatan juga boleh mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang bantuan yang lain dan menyalurkan kepada pihak PIBG terutama pendapatan ibubapa/ penjaga kuranng daripada RM1000 sebulan.. 3.2.7 Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid penerima biasiswa. 3.2.8 Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima biasiswa. 3.3 Khidmat Bimbingan dan Kaunseling 3.3.1 Kaunselor / Guru BDK mestilah memberikan galakan, motivasi dan merangsang minat murid terhadap akademik di samping membantu serta membimbing murid menyelesaikan sendiri masalah emosi- sosial yang dihadapinya. 3.3.2 Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja. 3.3.3 Kaunselor / Guru BDK boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada secara individu atau kelompok. 3.3.4 Kaunselor / Guru BDK juga harus memainkan peranan aktif dalam merancang, mengelola dan menjalankan program-program motivasi, kepimpinan, akademik dan kemahiran-kemahiran belajar kepada pada murid. 3.3.5 Kaunselor harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya mereka, terutamanya calon-calon lepasan SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di IPTA atau IPTS. 3.3.6 Kaunselor / Guru BDK mestilah mengatur masa untuk member khidmat kaunseling kepada murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah digantung/dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan dan laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan. 3.3.7 Guru Disiplin mahupun Guru Tingkatan boleh merujuk kepada kaunselor / Guru BDK tentang murid yang memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin. 3.4 Kebajikan murid 3.4.1 Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat mengenai bilangan anak yatim atau murid yang terlalu rendah SES (Social Economic Status) agar mereka ini dapat diberikan bantuan. Sila dapatkan maklumat ini pada minggu pertama sesi persekolahan12 | P a g e http;//myhemsmti.blogspot.com
  • 14. dan isi borang maklumat berkenaan. Serahkan borang tersebut kepada Penyelaras Tingkatan untuk rujukan GPK HEM 3.4.2 Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada di kalangan muridnya yang menghidap penyakit denggi atau penyakit mudharat yang lain atau murid yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya. 3.4.3 Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan sekiranya berlaku kematian/bencana seperti kematian saudara terdekat (ibubapa) atau diri sendiri.4.0 DASAR AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN 4.1 Rekod Kesihatan Murid 4.1.1 Guru Tingkatan mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan. 4.1.2 Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid berada di sekolah rendah lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah. 4.1.3 Jika Guru Tingkatan mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku tersebut, sila dapatkan daripada PK HEM dengan bayaran RM1.00 bagi senaskhah. 4.1.4 Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan apabila pemeriksaan kesihatan dibuat ataupun semasa suntikan imunisasi ATT (untuk Tingkatan Tiga sahaja)diberikan kepada murid oleh pegawai kesihatan. 4.1.5 Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan. 4.2 Kad Pergigian Murid 4.2.1 Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun, terutamanya kepada murid-murid Tingkatan Satu. 4.2.2 Guru Tingkatan mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak jagaannya. 4.2.3 Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan berkenaan. 4.3 Surat Rawatan Murid 4.3.1 Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada murid bahawa mereka boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah. 4.3.2 Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau mana-mana Penolong Kanan.13 | P a g e http;//myhemsmti.blogspot.com
  • 15. 4.3.3 Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-mana hospital atau klinik kerajaan. 4.4 Murid Sakit 4.4.1 Guru Tingkatan mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya yang sakit atau kurang sihat pada hari tersebut. Kunci bilik rawatan akan disimapan setiap satu oleh PK HEM, PK Kokurikulum dan Guru Bilik Rawatan. Satu lagi disimpan di pejabat. Guru yang mengambil akan menulis di buku pergerakan. 4.4.2 Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru Bertugas atau Guru Tingkatan boleh menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk menjemputnya di sekolah. 4.4.3 Guru Bertugas atau Guru Tingkatan tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang sendiri ke rumah walaupun rumahnya berhampiran dengan sekolah. Murid yang sakit boleh berada di bilik rawatan sehingga rehat ditemani oleh rakan sekelas yang akan diganti pada setiap jam. Sekiranya ibubapa/ penjaga masih tidak dapat mengambil, murid tersebut perlu balik semula ke kelas. 4.4.4 Jika tiada siapa yang dapat menjemput murid berkenaan, dia dibenarkan menggunakan bilik rawatan yang disediakan di Bilik Rawatan. 4.4.5 Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, guru bertugas mestilah menghubungi ibu bapa / penjaga dan menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital terdekat atau ke rumah murid berkenaan. 4.4.6 Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku Laporan Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid. 4.5 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah 4.5.1 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri, kelas, tandas, kantin, bilik-bilik khas,bangunan dan kawasan sekolah. 4.5.2 Guru-guru Tingkatan mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masingmasing. 4.5.3 Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka agar kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam proses P & P. 4.5.4 Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab memastikan kelas mereka dibersihkan pada setiap hari iaitu 5 minit pada waktu pertama persekolahan(Program Zoom 5 minit). 4.5.5 Guru-guru waktu akhir bertanggungjawab memastikan kelas atau bilik khas dibersihkan sebelum murid keluar. 4.5.6 Pengurusan kelas juga dilakukan 5 minit sebelum waktu persekolahan berakhir. Murid-murid dikehendaki menaikkan kerusi14 | P a g e http;//myhemsmti.blogspot.com
  • 16. ke atas meja masing-masing. 4.6 Kantin Sekolah 4.6.1 Guru AJK Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin mengamalkan kebersihan dalam penyediaan,penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin. 4.6.2 Guru AJK Kantin perlu membuat laporan harian kepada GPK HEM dengan menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPNS. 4.6.3 Guru AJK Kantin perlu membuat laporan kepada GPK HEM atau pentadbir lain jika berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah. 4.6.4 Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan para muridsupaya mengamalkan pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli makanan daripada penjual di luar kawasan sekolah. 4.6.5 Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian mesti berada di kantin bersama-sama pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat. 4.6.6 Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian mesti memastikan murid menepati masa untuk beredar dari kantin dan masuk kelas apabila loceng waktu kelima dibunyikan. 4.6.7 Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman manis di luar waktu rehat kecuali dengan kebenaran khas. 4.6.8 Penggunaan plastik minuman adalah dilarang sama sekali. 4.7 Kebersihan Kelas 4.7.1 Murid mesti membersihkan kelas pada waktu pertama, rehat dan waktu terakhir. 4.7.2 Guru mata pelajaran memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula dan untuk waktu terakhir, 5 minit sebelum tamat persekolahan dan menyediakan laporan untuk dimaklumkan kepada GPK HEM dan akan diumumkan semasa perhimpunan pada keesokan hari. 4.7.3 Guru bertugas harian membuat pemeriksaan setiap hari pada bila – bila masa sepanjang minggu bertugas (2 Guru = 2 kali rondaan). 4.7.4 Markah diisi oleh guru bertugas dalam borang kebersihan untuk menentukan kelas terbersih @ terkotor pada minggu tersebut. 4.7.5 Pengawas sekolah juga menilai kebersihan setiap kelas. 4.7.6 Markah guru bertugas akan dicampur dengan markah pengawas bertugas. 4.7.7 Guru bertugas akan mengira purata markah menentukan kelas /terkotor mengikut mingguan. 4.7.8 Keputusan diumumkan pada hari Isnin. 4.7.9 Kelas terbersih diberi penghargaan berbentuk plak. 4.7.10 Kelas terkotor didenda membersihkan kawasan sekolah selepas15 | P a g e http;//myhemsmti.blogspot.com
  • 17. perhimpunan dan diawasi oleh guru tingkatan/guru mata pelajaran sehingga seluruh kawasan sekolah bersih. 4.7.11 Kelas yang mendapat tempat pertama paling banyak sepanjang tahun akan diberi hadiah berbentuk ’hamper’ pada akhir tahun mengikut setiap tingkatan.5.0 DASAR AM KESELAMATAN SEKOLAH 5.1 Latihan Kecemasan/Kebakaran 5.1.1 Memastikan bahawa latihan kebakaran (”fire drill”) dijalankan 2 kali setahun. 5.1.2 Mengadakan demonstrasi cara-cara memadam api apabila berlakunya kebakaran kecil. 5.1.3 Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi. 5.1.4 Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas/bilik khas dengan segera, tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas atau OKU hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka. 5.1.5 Guru-Guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta bekalan gas ditutup sebelum keluar. 5.1.6 Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) dibawa keluar dari pejabat oleh staf pejabat ke tempat berkumpul. 5.1.7 Guru Tingkatan mestilah mengambil BJKM kelas masing-masing di tempat berkumpul dan mengira bilangan murid dengan segera. Mana-mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir dengan serta-merta. 5.2 Polisi Sekolah Selamat 5.2.1 Pihak sekolah mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah: I. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah II. Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual III. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum. 5.2.2 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah. 5.3 Kenderaan Guru dan Murid 5.3.1 Guru-guru dan murid mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk. 5.3.2 Guru-guru dan para murid diingatkan supaya berhati-hati apabila16 | P a g e http;//myhemsmti.blogspot.com
  • 18. memandu kenderaan mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan. 5.3.3 Guru-guru hendaklah menasihatkan murid supaya mereka memiliki lesen memandu dan insuran kenderaan bermotor bagi mereka yang menggunakan motorsikal ke sekolah. (Hanya yang membuat permohonan khas sahaja). 5.4 Pondok Kawalan Keselamatan 5.4.1 Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah. 5.4.2 Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan Mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu. 5.4.3 Pengawal keselamatan memastikan pelawat mematuhi carta alir keselamatan yang terpapar di tiang gate sekolah. 5.5 Menangani Bencana 5.5.1 Menyelaras dan membekalkan data sekolah dan murid kepada MKN. 5.5.2 Menyediakan maklumat kemudahan yang terdapat di sekolah. 5.5.3 Menggubal dan melaksanakan panduan dan peraturan tindakan penggunaan bantuan kemudahan dan tenaga. 5.5.4 Meningkatkan pemahaman bantuan pengurusan bencana alam. 5.5.5 Meningkatkan kesiapsagaan menghadapi bencana di sekolah.17 | P a g e http;//myhemsmti.blogspot.com