• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
 

Kertas cadangan penyelidikan tindakan

on

  • 3,620 views

SUZIYANA

SUZIYANA

Statistics

Views

Total Views
3,620
Views on SlideShare
3,620
Embed Views
0

Actions

Likes
3
Downloads
335
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Kertas cadangan penyelidikan tindakan Kertas cadangan penyelidikan tindakan Document Transcript

    • KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012 KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS UNTUK MURID TAHUN 1 MELALUI KAEDAH ANSUR MAJU SECARA BERULANG Oleh SUZIYANA BINTI TUKIRAN DPLI (A) SEMESTER 2 IPG KAMPUS BAHASA MELAYU1.0 PENDAHULUAN Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Tulisan adalah terjemahan simbol-simbol bahasa dalam bentuk suku kata atau ayat atau perkataan yang membawa sesuatu maksud. Menulis pula adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Peranan tulisan adalah amat penting bagi kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan cara penulisan yang betul. Tujuannya, kanak-kanak ini akan mampu menyusun ayat-ayat yang betul dan boleh difahami oleh pembaca. Selain itu, tujuan kanak-kanak belajar menulis ialah untuk meluaskan pengatahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan; membolehkan mereka mengeja perkataan dengan lebih pantas; dan membolehkan mereka melahirkan fikiran dan perasaan yang sempurna dalam bentuk tulisan. Tulisan yang tidak kemas dan cakar ayam akan menyukarkan guru menyemak tugasan mereka dan mereka juga sudah tentu tidak mampu untuk membaca semula tulisan tersebut. Oleh itu, tujuan kertas cadangan ini dibuat adalah untuk membantu murid- murid dalam kelas Tahun Satu Bestari menulis dengan cantik, kemas dan teratur. Aktiviti pratulisan dan kaedah ansur maju telah dipilih untuk mengatasi masalah murid ini.1|Muka surat
    • KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 20122.0 REFLEKSI PENGALAMAN YANG LALU Masalah tulisan yang tidak kemas dalam kalangan murid akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Berdasarkan pengalaman saya yang lalu, saya telah berpeluang untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu murid Tahun Satu. Masalah yang menjadi fokus saya dalam mengajar murid Tahun Satu ini ialah masalah tulisan murid yang tidak kemas. Walaupun kebanyakan murid telah menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan agak baik namun disebabkan jumlah murid yang agak ramai iaitu seramai 34 orang dalam satu kelas menyebabkan saya tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada setiap pelajar. Masalah wujud khususnya dalam kelas Tahun Satu Bestari yang rata-rata muridnya mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana dan rendah. Ini menyebabkan terdapat beberapa murid yang lemah menghadapi sedikit keciciran di dalam proses pembelajaran berbanding rakan-rakan lain. Sebagai guru, saya bertanggungjawab untuk memastikan murid-murid saya tidak menghadapi keciciran. Di sini saya memfokuskan kepada masalah beberapa orang murid dari kelas Tahun Satu Bestari iaitu tulisan cakar ayam. Tulisan mereka buruk, bengkang bengkok, tidak menulis mengikut garisan yang terdapat pada buku latihan dan saiz antara perkataan tidak sama. Tulisan mereka juga sukar dibaca. Antara kesilapan gaya penulisan yang sering didapati dalam kalangan murid ini ialah cara memegang pensel yang tidak betul, saiz perkataan yang tidak konsisten, ruang antara perkataan yang tidak tepat dan tidak dapat menulis perkataan dengan betul. Pada pendapat saya, situasi ini berlaku disebabkan murid-murid tidak didedahkan dengan teknik-teknik atau strategi penulisan yang betul sejak awal lagi. Menurut Levine (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan. Tulisan yang cantik dan mudah dibaca adalah aset yang berharga dalam kehidupan seseorang. Oleh itu, guru di sekolah memainkan yang penting untuk membaiki tulisan murid. Guru harus mengajar murid cara menulis dengan kaedah atau teknik yang betul. Justeru, saya berfikir bagaimana cara untuk membantu murid Tahun 1 ini agar dapat menulis dengan teratur dan kemas. Kajian yang dijalankan oleh Norizan Binti Esa (2005) yang bertajuk “Kemahiran menulis secara kaedah ansur maju” menunjukkan bahawa2|Muka surat
    • KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012 mengajar kemahiran menulis dalam kalangan kanak-kanak menggunakan kaedah ansur maju membolehkan kanak-kanak mampu menulis dengan lebih kemas, teratur serta kurang melakukan kesilapan. Oleh itu, saya memutuskan untuk menggunakan kaedah ansur maju dalam membaiki tulisan murid-murid Tahun 1 Bestari agar menjadi kemas dan teratur.3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN 3.1 FOKUS KAJIAN Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, namun untuk kajian tindakan ini, saya hanya akan memfokuskan kepada masalah tulisan yang tidak kemas dan teruk seperti cakar ayam. Ia bermula apabila membuat ujian awal semasa awal tahun persekolahan. Saya dapati murid-murid ini tidak mempunyai masalah dalam bacaan tetapi bermasalah dengan tulisan. Ini kerana hasil ujian mendapati keempat-empat murid ini berpotensi kerana mereka boleh membaca dengan baik. Tulisan yang tidak kemas menyukarkan guru menyemak hasil kerja murid. Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Oleh itu, saya merancang beberapa tindakan bagi membantu murid-murid ini memperbaiki tulisan mereka. Saya merangka beberapa tindakan berdasarkan pembacaan saya mengenai cara perbaiki tulisan melalui kajian-kajian terdahulu. Untuk kajian ini, saya memberi fokus kepada empat orang murid Tahun 1 Bestari, Kampung Melayu Raya iaitu, Rahayu. Norhidayah, Mohamad Ikmal dan Mohd Shamil. Rajah 1 menunjukkan hasil tulisan murid terbabit sebelum pelaksanaan tindakan. Tinjauan awal saya mendapati cara keempat-empat murid ini memegang pensel adalah salah. Menurut Levine (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak- kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju dan memasang manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor.3|Muka surat
    • KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012 Rajah 1: Tulisan salah seorang daripada empat orang murid yang menjadi sasaran untuk kajian ini iaitu Mohd Ikmal. Masalah dyspraxia motor halus menyebabkan ketidaktentuan cengkaman pada alat tulis. Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketiga memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan, dan bukan jari untuk menulis. Cengkaman yang terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang terlalu dekat dengan mata pensel menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak. Menurut Levine, semua ini adalah faktor yang menyumbang kepada pembentukan huruf yang tidak cantik. Postur badan dan penggunaan pensel yang kurang sesuai juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan tulisan yang kemas dan cantik. Menurut Sassoon (1993) pula, beliau mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul dan menulis huruf mengikut pergerakan yang betul. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui tulisan yang cantik dan penuh dengan kesenian. Tulisan yang cantik dan mudah dibaca adalah aset yang sangat berharga dalam kehidupan seseorang. Murid-murid sekolah didapati boleh menulis tetapi tidak menulis dengan cara yang betul. Dalam mengejar celik huruf, guru-guru kadang-kadang kurang memberi perhatian membentuk huruf mengikut pergerakan yang betul.4|Muka surat
    • KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012 3.2 TINJAUAN MASALAH Tujuan utama saya menjalankan kajian ini adalah untuk merancang tindakan bagi mengatasi masalah tulisan murid yang tidak kemas dan seperti cakar ayam. Masalah ini dikenalpasti dalam kalangan murid Tahun 1 Bestari iaitu melibatkan dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Saya telah memilih untuk menggunakan kaedah ansur maju secara berulang kepada keempat-empat murid berkenaan. Untuk tujuan mengenalpasti masalah dalam kajian ini, saya telah menggunakan beberapa alat kajian yang dapat membantu saya membuktikan masalah ini benar-benar wujud. Alat kajian yang saya gunakan dalam kajian ini ialah:  Pemerhatian Pemerhatian dilaksanakan untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah dan mengesahkan masalah yang dikenalpasti. Pemerhatian merupakan teknik berkesan dalam pengumpulan data. Pemerhatian dibuat secara berstruktur dengan menggunakan senarai semak supaya lebih mudah untuk dianalisis. Saya melakukan pemerhatian dengan melihat tulisan murid dalam buku latihan mereka, cara mereka memegang pensel dan postur duduk mereka. Analisis pemerhatian adalah seperti berikut: Masalah Murid A Murid B Murid C Murid D (Ikmal) (Shamil) (Rahayu) (Norhidayah) 1. Postur badan 2. Cara pegang pensel 3. Tulisan sukar dibaca 4. Perkataan terlalu rapat dan condong 5. Tulisan bersepah 6. Huruf terlalu dekat 7. Huruf besar dan kecil bercampur dalam satu perkataan5|Muka surat
    • KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012 Didapati, murid A, B, C, dan D mempunyai masalah dalam ketujuh-tujuh masalah yang disenaraikan dalam borang tersebut.  Temubual Semi Berstruktur Saya menjalankan temubual semi berstruktur terhadap guru mata pelajaran untuk mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh murid-murid tersebut dan untuk mendapatkan maklumat yang mendalam berkenaan isu atau masalah. Temubual semi struktur adalah jenis temubual di mana soalan-soalan telah dibentuk terlebih dahulu untuk digunakan sebagai panduan semasa proses temubual. Penemubual bebas untuk mengemukakan soalan-soalan lain yang tiada dalam set soalan sedia ada. Oleh demikian boleh dikatakan bahawa, temubual semi struktur terletak antara temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur (Choong Lean Keow, 2011). Transkripsi temubual boleh dilihat pada bahagian lampiran.  Penelitian dokumen Penelitian dokumen digunakan untuk meneliti latihan yang dilakukan oleh murid. Cara ini digunakan untuk menyokong dapatan sedia ada yang telah diperoleh melalui alat kajian lain. Data daripada dokumen diperoleh dengan menggunakan item senarai semak. Latihan menulis dalam buku Baik Sederhana Lemah garis tiga Murid A Murid B Murid C Murid D Didapati bahawa hanya murid C (Rahayu) sahaja yang dapat membuat latihan penulisan menggunakan buku garis tiga berada di tahap sederhana manakala murid A, B, dan D masih berada ditahap lemah (tulisan tidak cantik dan sukar dibaca) 3.3 ANALISIS MASALAH Berdasarkan kajian yang akan dijalankan, saya menggunakan teknik pemerhatian, temu bual dan penelitian dokumen. Melalui pemerhatian saya mendapati terdapat empat orang murid yang dikenalpasti menghadapi masalah6|Muka surat
    • KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012 tulisan yang tidak kemas dan teruk seperti cakar ayam. Dalam kajian ini, saya menggunakan foto sebagai alat pemerhatian. Seterusnya teknik temubual digunakan untuk mendapatkan data kualitatif. Temubual kualitatif merujuk kepada temubual di mana pengkaji mengemukakan soalan-soalan terbuka kepada seseorang, merekod jawapannya, membuat transkripsi dan akhirnya menganalisis data tersebut. Penelitian dokumen pula saya gunakan untuk melihat perbezaan dan peningkatan sebelum dan selepas kajian dijalankan. Penelitian dokumen melibatkan hasil tulisan murid yang bermasalah dalam tulisan mereka dan boleh dilihat dalam buku latihan mereka. Kesimpulannya, saya telah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid- murid khususnya yang berkaitan dengan tulisan yang tidak cantik dan tidak kemas serta sukar dibaca dan empat orang telah dikenalpasti iaitu dua orang lelaki (Mohamad Ikmal dan Mohd Shamil) dan dua orang perempuan (Rahayu dan Norhidayah). Saya juga telah mengenalpasti punca masalah dan memilih kaedah ansur maju untuk mengatasi masalah mereka.4.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN4.1 Objektif Kajian Kajian dilakukan untuk memastikan empat orang murid Tahun 1 Bestari ini mampu memegang pensel dengan betul semasa menulis dan memperbaiki tulisan mereka agar lebih kemas dan boleh dibaca melalui latihan menulis yang kerap.4.2 Soalan Kajian Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut.  Adakah latihan penulisan menggunakan kaedah ansur maju secara berulang dapat memperbaiki kekemasan tulisan empat orang murid Tahun 1 Dedikasi?5.0 KUMPULAN SASARAN 4 orang murid Tahun Satu Bestari, Kampung Melayu Raya iaitu, Rahayu. Norhidayah, Mohamad Ikmal dan Mohd Shamil.7|Muka surat
    • KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 20126.0 PERANCANGAN TINDAKAN Selama beberapa minggu saya mengajar Bahasa Melayu Tahun 1 Bestari, saya mendapati empat orang pelajar kelas ini tidak dapat menulis dengan kemas dan teratur lebih-lebih lagi dalam menghasilkan tulisan cantik. Ini mungkin disebabkan mereka tidak didedahkan tentang teknik dan strategi penulisan yang betul sejak awal lagi. Menurut Sassoon (1993), guru kurang memberi penekanan pengajaran menulis di kelas khususnya dari segi cara memegang alat tulis dengan betul, menulis perkataan mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz perkataan dan menentukan ruang antara perkataan. Penggunaan pensel yang kurang sesuai juga merupakan salah satu punca murid melakukan banyak kesilapan semasa menulis. Tulisan amat penting dan merupakan asas sesuatu pelajaran. Ia merupakan kemahiran asas yang perlu ada pada seseorang murid. Kaedah penulisan menggunakan ansur maju adalah inspirasi yang saya peroleh daripada kaedah yang digunakan oleh Tiong Houng Ching (2005) dan Norizan Binti Esa (2005). Tiong Houng Ching telah menjalankan kajian terhadap pelajar Tingkatan Peralihan yang masih belum boleh menulis dengan teratur dan kemas dalam buku latihan dua garisan. Dalam kajian ini, saya telah menyediakan dan mengatur beberapa langkah bagi membantu murid-murid menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut. Langkah 1: Saya menunjukkan cara duduk dan kedudukan kertas iaitu dada menghadap ke meja sebanyak 180°. Postur badan yang betul adalah penting kerana murid tidak terlalu tunduk ke meja serta memastikan lengannya berada di atas meja semasa menulis. Langkah 2: Saya menunjukkan kepada mereka cara memegang pensel dengan betul. Pensel dipegang dengan kadar satu setengah inci dari awal mata pensel seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.8|Muka surat
    • KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012 Rajah 2. Cara betul memegang pensel. Langkah 3: Semasa langkah ini, saya melatih murid menulis dengan kedudukan tangan dan buku latihan yang sesuai dan selesa seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3. Rajah 3. Kedudukan tangan dan buku semasa menulis.9|Muka surat
    • KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012 Saya menunjukkan kedudukan tangan dan buku latihan semasa menulis. Kemudian, saya meminta murid mencontohi tindakan yang telah ditunjukkan. Mereka dikehendaki mempraktik sehingga menguasai kemahiran tersebut. Langkah 4: Murid-murid menulis perkataan secara ansur maju dan berulang menggunakan buku penulisan murid yang bergaris tiga. Contoh latihan tulisan yang diberikan adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 4. Rajah 4. Contoh latihan tulisan cantik untuk ayat. Setelah mengajar dan membiasakan murid dengan beberapa langkah yang saya terangkan tadi, saya memantau postur badan dan cara murid memegang pensel dari semasa ke semasa. Latihan-latihan penulisan murid dikumpul dan dianalisis unstuck melihat kekemasan dan kecantikan tulisan murid-murid (rujuk lampiran).10 | M u k a s u r a t
    • KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 20127.0 PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA Terdapat tiga teknik pengumpulan data yang saya akan gunakan untuk menghasilkan data deskriptif agar gambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku dalam kajian yang diperoleh. Untuk tujuan tersebut, tiga teknik utama yang biasa akan saya gunakan dalam penyelidikan ini iaitu pemerhatian, temu bual separa berstruktur dan bukti dokumen. Pemerhatian merupakan teknik yang berkesan dalam pengumpulan data untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah. Lazimnya, dalam pemerhatian, saya melihat, mendengar, memerhati dan bertanya untuk mendapat maklumat serta untuk memahami apa yang berlaku dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, saya dapat merapatkan diri dengan empat orang murid tersebut di samping memerhati cara mereka menulis. Saya juga menggunakan teknik temubual untuk mengumpul data. Saya telah menemubual guru pemulihan dan guru Bahasa Melayu lain mengenai tulisan keempat- empat murid terbabit untuk mendapatkan maklumat yang releven dengan kajian. Mereka bersetuju dengan kajian ini dan menyokong cubaan kaedah ini dalam usaha saya membaiki tulisan keempat-empat murid tersebut. Selain itu, saya juga akan menemu bual keempat-empat murid tersebut tentang keselesaan mereka menulis dengan postur badan dan cara mereka memegang pensel dengan betul. Saya juga akan bertanyakan sama ada latihan berbentuk garis tiga membantu mereka menghasilkan tulisan yang lebih cantik dan kemas. Di samping teknik pemerhatian dan temu bual, saya juga akan memperolehi data daripada dokumen. Pengutipan maklumat daripada dokumen ini membolehkan saya menambah, membandingkan dan memperkukuh lagi data-data yang diperoleh daripada teknik pemerhatian dan teknik temu bual. Dokumen ini kemudiannya saya akan analisis untuk melihat bentuk, pola dan trend yang berlaku selain menyediakan bukti kukuh untuk menguatkan kredibiliti teknik temu bual dan pemerhatian. Untuk kajian ini, dokumen yang saya kutip adalah hasil kerja murid iaitu tulisan (contoh tulisan murid sila rujuk lampiran).11 | M u k a s u r a t
    • KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 20128.0 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA Di sini saya akan menganalisis data berdasarkan perkembangan tulisan keempat-empat murid tersebut selepas mereka dibiasakan dengan cara memegang pensel dan postur badan yang betul semasa menulis serta menulis berpandukan latihan penulisan bergaris tiga. Saya akan menggunakan borang penyemakan tulisan seperti yang ditunjukkan pada Jadual 1 untuk menyemak hasil tulisan mereka dari semasa ke semasa.Tulisan GredKecondongan tulisan (bukan tulisan berangkai)Perkataan terlalu rapat (bukan tulisan berangkai)Huruf-huruf terlalu dekat (bukan tulisan berangkai)Menyerupai huruf lainTarikhJadual 1: Borang penyemakan tulisanTulisan Gred A Gred B Gred CKecondongan tulisan Baik. Penghasilan Sederhana. Penulisan Lemah. Keseluruhan(bukan tulisan tulisan murid tidak yang dihasilkan murid hasil penulisan hurufberangkai) mempunyai sebarang sederhana kerana murid condong dan kecondongan masih terdapat terlalu condong. sebarang kecondongan dalam penulisan mereka.Perkataan terlalu Baik. Perkataan- Sederhana. Masih Lemah. Keseluruhanrapat (bukan tulisan perkataan yang terdapat perkataan- Perkataan-perkataanberangkai) dihasilkan dalam perkataan yang ditulis dalam sesuatu penulisan tidak terlalu terlalu rapat dalam penulisan ditulis rapat. sesuatu penulisan. dengan rapat.Huruf-huruf terlalu Baik. Keseluruhan Sederhana. Masih Lemah. Keseluruhandekat (bukan tulisan huruf-huruf yang terdapat huruf-huruf huruf-huruf dalamberangkai) dihasilkan dalam satu yang ditulis terlalu sesuatu penulisan penulisan tidak dekat dalam sesuatu ditulis terlalu dekat. mempunyai sebarang penulisan. huruf-huruf yang terlalu dekat dan mempunyai jarak yang sesuai diantara huruf-huruf.Huruf menyerupai Baik. Tiada sebarang Sederhana. Masih Lemah. Keseluruhanhuruf lain huruf yang terdapat huruf yang huruf dalam sesuatu menyerupai huruf lain menyerupai huruf lain penulisan selalu dan dalam sesuatu dalam sesuatu kerap diulang penulisan penulisan. kesalahannya dalam sesuatu penulisan.12 | M u k a s u r a t
    • KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012 Jadual 2: Kriteria pemberian gred. Penyemakan tersebut berdasarkan kriteria pemberian gred seperti yang ditunjukkan pada Jadual 2 di atas. Selain itu, saya juga menganalisis kandungan temubual yang telah saya jalankan.9.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN 9.1 JADUAL PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN / CARTA GANTT Jadual di bawah menunjukkan jadual pelaksanaan aktiviti yang dirancang dalam kajian penyelidkan tindakan. TARIKH BIL. AKTIVITI PELAKSANAAN Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data 30 Julai 2012 – 3 1 tinjauan awal Ogos 2012 2 Menentukan objektif / soalan kajian 4 Ogos 2012 6 Ogos 2012 – 8 3 Merancang tindakan Ogos 2012 9 Ogos 2012 – 17 4 Melaksanakan tindakan Ogos 2012 18 Ogos 2012 – 19 5 Menganalisis tindakan Ogos 2012 6 Membuat refleksi 20 Ogos 2012 21 Ogos 2012 – 31 7 Menulis laporan kajian Ogos 2012 1 September 2012 – 8 Pembentangan dapatan kajian 2 September 2012 9.2 KOS KAJIAN Kos yang terlibat sepanjang perancangan penyelidikan tindakan ini ditunjukkan pada jadual kos kajian di bawah.13 | M u k a s u r a t
    • KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012 KUANTITI X HARGA BIL. JENIS BAHAN JUMLAH KOS SEUNIT 1 Kertas A4 2 x RM 8.50 RM 17.00 2 Printer Cartridge x RM 125.00 RM 125.00 3 Buku Kajian 1 x RM 17.00 RM 17.00 4 Fotostat bahan kajian RM 30.00 5 Buku catatan guru 2 x RM 2.00 RM 4.00 JUMLAH RM 193.0010.0 RUJUKAN Choong Lean Keow, PhD (2011). Asas Penyelidikan Tindakan Unstuck Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Levine, M. D. (1987). Developmental variation and learning disorders. Cambridge, Massachusetts: Educators Publishing Service, Inc. Levine, M. D. (1994). Educational care: A system for understanding and helping children with learning problems at home and in school. Cambridge, Massachusetts: Educators Publishing Service, Inc. Noraini Binti Ombi (2009), Jurnal Kertas Kerja Kajian Kes ke atas Kekemasan Tulisan Murid Tahun 2 Dalam Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Institut Pendidikan Guru Kampus Bukit Lintang. Norizan Binti Esa (2005), Jurnal Kemahiran Menulis Secara Kaedah Ansur Maju. Universiti Kebangsaan Malaysia. Rosinah Edinin (PhD), (2011) Cetakan 2012. Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.14 | M u k a s u r a t
    • KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012 Sasson, R (1983). The practical guide to childrens Handwriting. Great Britain: Thames and Hudson. Sasson, R (1983). Handwriting: The way to teach it. Cheltenham: Stanley Thomas. Mariayee A/P Suppiah (2011). Meningkatkan Kemahiran Menulis Bentuk Dalam Bahasa Malaysia Bagi Murid Tahun 1. Dimuat turun daripada http://mariasalamperpaduan.blogspot.com/2011/12/contoh-kajian-tindakan- masalah.html pada 9 September 2012. 11.0 LAMPIRAN Lampiran 1 Transkripsi Protokol Temubual REFLEKSISOALAN PERKARA PENYELIDIK1. Assalamualaikum, apa khabar Cikgu Razak? Selamat berpuasa. Waalaikummussalam w.b. Khabar baik. Selamat berpuasa untuk awak juga.2. Sebenarnya, tujuan saya menemubual cikgu pada hari ini adalah untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh cikgu semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi tujuan ilmiah. Bolehkah cikgu? Boleh, tiada masalah. Saya akan cuba menjawab setiap soalan kamu berdasarkan pengalaman saya. Insyaallah.3. Bolehkah cikgu ceritakan serba ringkas tentang latar belakang akademik murid-murid cikgu sekarang? Sejak KSSR dijalankan di sekolah, selaku guru penyelaras Bahasa Guru ini menghadapi 15 | M u k a s u r a t
    • KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012 Melayu, saya ditugaskan untuk mengajar tahun satu sahaja. Di masalah yang agak sekolah ini ada dua buah kelas tahun 1 iaitu Tahun Satu Arif dan banyak untuk kelas Tahun Satu Bestari. Murid-murid saya mempunyai pelbagai latar Tahun Satu Bestari belakang akademik. Untuk Tahun satu Arif mereka tidak mempunyai namun beliau tidak masalah dalam asas 3M kerana mereka semua sudah melepasi mengajar murid yang tahap saringan ketika awal kemasukan. Hanya Tahun Satu Bestari mempunyai masalah yang mempunyai masalah asas 3M dan mereka dibahagikan kepada pembelajaran yang tiga kumpulan iaitu murid perdana, murid LINUS biasa dan murid teruk (murid LINUS) LINUS tegar. Oleh kerana di sekolah ini ada guru pemulihan, murid LINUS tegar di ajar oleh beliau.4. Terima kasih cikgu atas penerangan tadi. Seterusnya, bolehkah cikgu terangkan secara ringkas tentang jadual waktu mengajar cikgu? KSSR dan KBSR berbeza. Untuk KSSR, jadual waktu agak padat walaupun saya hanya mengajar dua kelas saja. Ini kerana setiap hari saya ada kelas dengan mereka. Dalam satu P&P paling kurang dua masa iaitu 1 jam. Ada satu hari saya mengajar 3 masa iaitu 1 jam setengah.5. Oh, begitu ya. Cikgu, setahu saya kebanyakan sekolah memilih guru yang berpengalaman untuk mengajar murid Tahap 1 khususnya tahun 1. Mengapakah pihak sekolah membuat penyusunan sedemikian? (responden tersenyum)……………erm…..sebenarnya pada pendapat saya la, takde apa-apa. Cuma, guru lama lebih berpengalaman dalam menangani kerenah murid-murid khususnya Tahun 1 yang rata-rata baru masuk dunia persekolahan sebenar. Lagipun masalah pembelajaran boleh dikenalpasti dengan lebih awal pada peringkat ini. Jadi guru perlu bersedia mental dan fizikal sedangkan guru baru kurang pengalaman untuk setiap situasi yang tak terduga. 16 | M u k a s u r a t
    • KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 20126. Sebagai guru yang berpengalaman luas dalam mengajar Bahasa Melayu, adakah cikgu mengalami masalah ketika mengajar dalam kelas? Maksud saya Tahun 1. (responden tersenyum)……………mustahillah kalau saya tak hadapi masalah dalam ajar murid Tahun 1 ni. Mestilah ada tapi Alhamdulillah setakat ni saya boleh hadapinya. Lagipun semua tu adalah tanggungjawab saya. Itu adalah cabaran kita bergelar cikgu ni.7. Cikgu, boleh tak berkongsi ilmu dengan saya tentang masalah pembelajaran murid Tahun 1 yang cikgu hadapi? Guru ini merupakan guru cemerlang dan Macam biasa la, budak-budak masalahnya lebih kurang sama saje. mempunyai Antara masalah pembelajaran murid-murid saya khususnya murid pengalaman yang Tahun 1 tahun ni, mereka tak kenal huruf, hanya menghafal saja, banyak dalam kemudian tulisan macam cakar ayam. Ada murid tahu mengeja dan mengajar murid membatang suku kata tapi nak sebut perkataan tersebut tak tahu, tak khususnya Tahun 1, bawa buku, asyik tukar buku baru setiap hari pun ada, alasannya jadi beliau sudah hilang (sambil ketawa kecil)….. Tapi sebenarnya, semua masalah ni biasa dengan normal untuk murid tahun 1. masalah murid-murid8. Berdasarkan permasalahan yang cikgu katakan tadi, saya Beliau menggunakan tertarik dengan masalah penulisan murid cikgu. Bolehkah cikgu pendekatan yang berkongsi pengalaman dengan saya cara cikgu menangani bagus dan berusaha masalah tulisan macam cakar ayam tu? untuk mengatasi masalah penulisan Biasalah, realitinya kebanyakan budak-budak umur sebegitu murid-murid beliau tulisannya memang tak cantik. Sebenarnya ia berkaitan deria psikomotor. Tangan mereka ni masih kaku lagi perlukan lebih banyak latihan contohnya, macam mana pegang pensel dengan betul, macam mana nak mengagak menulis di kertas garis satu dan garis tiga. Buku garis tiga tu buku tulis berpandu. Cara tu dah lama dah. 17 | M u k a s u r a t
    • KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012 Tujuannya untuk ajar murid menulis cantik di garisan yang betul. Masa awak dulu dah ada dah. Betul tak? Ya cikgu, betul. Tapi cara itu tak menjamin tulisan cantik kan? Ya Suzi, itu betul. Yang saya katakan tadi tu adalah salah satu cara asas murid menulis dengan cantik secara terpimpin. Ada murid yang boleh guna cara tu saje dah ok, tapi ada setengah murid lain, perlu guna banyak pendekatan dan latihan yang berbeza. Tapi sebenarnya, lama-kelamaan dengan latihan menulis yang banyak, tulisan mereka akan lebih cantik. Taklah target untuk murid Tahun Satu ni tuk tulisan cantik saja. Yang penting asas membaca, menulis dan mengira dah mereka kuasai.9. Apakah strategi yang cikgu gunakan untuk tarik minat murid Beliau menggunakan menulis dengan cantik? pendekatan yang tidak terlalu (Responden ketawa)………strategi apa ye? Maklum la dah berbelas memaksa murid. tahun mengajar ni dan dah ramai anak murid saya dah habis Beliau membuat sekolah. Saya pun tak pernah dapat soalan ni. Sebenarnya, tulisan pembahagian cantik bukan fokus utama saya mengajar untuk Tahun Satu ni, tu kumpulan dalam cuma fokus sampingan saja. Saya cubalah jawab. Seperti yang awak kelas mengikut tahap tahu KSSR ni berpusatkan murid. Budak-budak ni tak macam budak bagi memudahkan besar. Tujuan ke sekolah bukan untuk belajar dan dapat ilmu serta beliau mengajar dapat keputusan yang baik cuma nak bermain saja. Mereka perlukan semasa di dalam bimbingan dan dorongan daripada cikgu berbanding kesedaran dari kelas. diri mereka sendiri. Untuk tulisan murid pula, saya akan pastikan . tulisan mereka ni boleh dibaca. Tu dah kira ok. Awal tahun persekolahan biasanya saya akan buat ujian saringan untuk lihat tahap mereka. Biasanya, Tahun 1 Arif takde masalah sebab mereka sudah pandai membaca dan menulis. Kemahiran tersebut dah diperolehi semasa di sekolah tadika. Cuma untuk Tahun 1 Bestari, ada di antara mereka tidak bersekolah 18 | M u k a s u r a t
    • KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012 tadika dan tidak dapat pendidikan awal walaupun di rumah. Ada juga murid dalam kelas ni yang IQ nya lambat sikit. Dalam kelas Tahun Satu Bestari ni saya bahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan yang lemah ni saya buat aktiviti pratulisan dulu, dua kumpulan lagi saya buat latihan menulis huruf di buku garis. Setahu saya, aktiviti pratulisan ada banyak, boleh cikgu terangkan dengan lebih mendalam tak? Saya rasa awak dah tau pratulisan tu apa kan. Biasanya cikgu tadika dan prasekolah yang mengajar pratulisan ni. Tujuan saya buat aktiviti pratulisan ni untuk latih pergerakan tangan dan jari, koordinasi mata dan tangan murid tu. Bila buat aktiviti ni, motor halus yang kaku tu dapat dilembutkan. Awal-awal dulu saya buat aktiviti melukis secara bebas, sambung titik-titik huruf dan gambar, ermmmm…..tulis kat udara dan ….di atas tepung. Untuk murid yang teruk sangat, saya pegang tangan dia dan buat secara bersama. Bila buat aktiviti ni budak-budak seronok sebab macam bermain. Jadi mereka tak stress. Aktiviti ni memang berjaya la sebab objektif saya untuk mereka tahu menulis disamping kenal huruf tercapai. Sekarang ni dah bulan 8, semua murid Tahun 1 Bestari dah pandai menulis dan tulisannya boleh dibaca. Hanya dua tiga orang saja yang tulisannya tak cantik, yang lain oklah. Biasanya saya baca dibuku, menulis menggunakan pasir, kenapa cikgu menggunakan tepung? Saya pilih tepung sebab mudah dapat. Pasir ni susah cikit, lagipun berat nak di bawa ke kelas, kalau nak bawa keluar, murid lain pulak susah nak jaga. Maklum la budak Tahun 1 ni aktif agak sukar dikawal apabila buat aktiviti di luar kelas. Buat dalam kelas lebih terjamin keselamatannya dan disiplin murid dapat dikawal.10. Bahan bantu mengajar cikgu peroleh di mana? Bahan bantu 19 | M u k a s u r a t
    • KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012 mengajar dibuat oleh Biasalah, kat sini BBM buat sendiri. Sekolah tak sediakan BBM yang beliau sendiri kerana banyak pun, semua yang biasa-biasa je macam kad gambar. Itupun di sekolah tidak prasekolah dah ambil. Kebanyakan cikgu kat sini buat BBM sendiri menyediakan BBM dan guna buku teks yang dibekalkan termasuklah saya. Semua ikut yang banyak. Beliau kreativiti guru masing-masing. Macam saya, saya guna bahan yang juga menggunakan sudah saya sediakan dahulu contohnya lembaran kerja, kad kemahiran ICT perkataan dan kad gambar. Masih boleh diguna lagi selagi masih semasa waktu P&P releven. Untungnya kat sini kelas Tahun 1 ada LCD, kadang-kadang saya guna juga untuk P&P saya. Tapi bukan semua kelas ada kemudahan ni hanya kelas Tahun 1 dan Tahun 2 saja yang ada.11. Cikgu, berbalik kepada kaedah pengajaran pratulisan, cikgu ada gunakan kaedah tulisan mekanis tak? Tulisan mekanis ye? Tulisan mekanis ni kemahiran selepas pratulisan. Mestilah ada. Tulisan mekanis sebenarnya yang paling penting. Selepas motor halus lembut barulah mudah nak ajar murid- murid ni menulis huruf dan perkataan. Barulah murid ni boleh belajar dengan seronok sebab dah belajar sama-sama dengan kawan lain. Masa ni murid-murid ni dah boleh terima nak belajar tulis huruf kecil dan huruf besar. Buku garis tiga lebih efektif pada masa ni untuk latih murid menulis. Sampai sekarang aktiviti menulis garis tiga ni dijalankan. Cikgu, bolehkah saya mengambil beberapa buah buku murid . untuk dijadikan contoh bukti tugasan saya? Saya nak buat salinan. Boleh, apa salahnya. Nanti awak boleh ikut saya masuk kelas. Terima kasih, cikgu. Akhir sekali, cikgu ada apa-apa pesanan atau perkara yang nak 20 | M u k a s u r a t
    • KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012 ditambah dalam sesi temubual ini? (Responden tersenyum)…..saya ucapkan selamat datang ke sekolah ni. Sebagai guru kita mestilah sentiasa mencari ilmu dan berusaha untuk memberi yang terbaik kepada anak murid kita yang sebenarnya dahagakan ilmu walaupun minda mereka sekarang ni belum terbuka ke arah itu. Biasalah, budak-budak ni kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan bermain, itu normal. Kalau diam je budak tu tak normal. Jadi sebagai guru sekolah rendah ni, kita mesti banyak berusaha dan gerakkan mereka. Sebagai guru juga kita tidak boleh putus asa dan bosan dengan kerjaya kita ni.12. Terima kasih cikgu atas nasihat dan kerjasama yang diberikan. Sama-sama. Lampiran 2 Bahan bukti dokumen yang terdiri daripada hasil tulisan murid yang menjadi sasaran dan hasil rakaman temubual seorang guru di Sekolah Kebangsaan Melayu Raya yang telah dimuatkan dalam bentuk CD. 21 | M u k a s u r a t