Your SlideShare is downloading. ×
Penulisan isu budaya sekolah
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Introducing the official SlideShare app

Stunning, full-screen experience for iPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Penulisan isu budaya sekolah

5,106
views

Published on

Published in: Education

1 Comment
5 Likes
Statistics
Notes
  • Isu pertama yang harus dikenalpasti oleh seseorang pengurus sekolah apabila datang ke sekolah baru ialah Budaya Sekolah.Setiap sekolah mempunyai budaya yang tersendiri.Persoalannya,adakah budaya yang sedia ada ini boleh membantu sekolah kearah kecemerlangan atau sebaliknya. Jadi pengurus sekolah harus mempelajari dan membuat kajian tentang budaya ini. Jika perlu, ianya perlu dibuat perubahan dan pembaharuan dalam membentuk dan menambahbaikkan budaya yang sedia ada kearah memperkasakan keupayaan sekolah. Dalam pembentukan budaya sekolah, 4 elemen penting yang harus dilihat iaitu guru,staf, pelajar-pelajar dan ibubapa/masyarakat. Fungsi pengurus sekolah ialah betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. In Sha Allah budaya terbaik akan terbentuk di sekolah kita.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total Views
5,106
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
221
Comments
1
Likes
5
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION SEMESTER 2 SESSION 2011/2012 LECTURER’S NAME : PROFESOR DR. MARZITA PUTEHKUMPULAN 11: BUDAYA SEKOLAH PREPARED BY: SUZANA BINTI AYOB (M20111000355) NOR ASHIKIN BINTI SUED (M20111000451) SITI RAUDHAH BINTI ISMAIL (M20111000737) SITI KHALIJAH BT AB.RAHIM (M20111000735)
  • 2. ISI KANDUNGANPERKARA Halaman1.0 Pengenalan 22.0 Siapakah Yang Membentuk Budaya Sekolah 23.0 Kepemimpinan Pengetua / Guru Besar 43.1 Kepemimpinan Pengetua / Guru Besar Di Malaysia Belum 4 MencapaiTahap Professional 3.1.1 Pelantikan Jawatan Pengetua 5 3.1.2 Usaha -Usaha Untuk Memartabatkan Professionalisme Pengetua / Guru 6 Besar3.2 Tugas Dan Peranan Pengetua 8 3.2.1 Isu-isu Yang Berkaitan Dengan Kekuatan Pengurusan dan Kepemimpinan 8 Yang Perlu Ada Pada Seseorang Pengetua Sekolah .3.3 Peranan Pengetua Yang Mengutamakan Tugas Pengurusan Dan 11 Pentadbiran Sekolah dan Mengabaikan Fungsinya Sebagai Kepimpinan Pengajaran3.4 Perkongsian (Misi / Visi / Matlamat / Objektif Sekolah) 133.5 Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua / 14 Guru Besar4.0 Hubungan Guru Dengan Budaya Sekolah 16 4.1 Komitmen Guru Dengan Kepemimpinan Pengetua 17 18 4.2 Kepuasan Kerja Guru Dengan Kualiti dan Motivasi Kerja Guru5.0 Pencapaian Pelajar dan Budaya Sekolah 19 5.1 SK VS SRJKC 22 23 5.2 Sekolah Berpencapaian Cemerlang, Sederhana dan Lemah6.0 Persekitaran Yang Kondusif dan Hubungan Dengan Budaya Sekolah 247.0 Kesimpulan 30 1.0 PENGENALAN 2
  • 3. Budaya sekolah merupakan komponen yang sangat penting untuk memajukan sekolah iaitudengan memastikan budaya sekolah positif dan memberi perhatian kepada ibu bapa, guru danpelajar. Rusni (2005) menakrifkan budaya sekolah sebagai cara hidup sekolah yang meliputisegala amalan sekolah sama ada di luar dan di dalam bilik darjah yang mencerminkan nilai,kepercayaan dan norma yang dikongsi bersama oleh warganya. Budaya sekolah ini ada yangdi warisi dan ada yang dibentuk oleh warganya sendiri. Budaya sekolah juga bolehditakrifkan sebagai pengumpulan nilai dan norma daripada warga sekolah yang menjadiamalan guru (Yaakob, 2007). Dapat dirumuskan di sini bahawa budaya sekolah merupakancara warga sekolah itu melakukan sesuatu yang telah dipersetujui, berdasarkan norma, nilaidan kepercayaan mereka. Dalam bidang pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempunyaihasrat untuk meletakkan Malaysia sebagai hab pendidikan berkualiti di rantau Asia Tenggara.Dalam merealisasikan matlamat ini, kepemimpinan pengetua dianggap sebagai teras utamakepada pembangunan pendidikan berkualiti, iaitu merujuk kepada kecemerlangan pengurusandan kepemimpinan pendidikan. Dalam erti kata lain, kemantapan kepemimpinan sekolahdilihat sebagai kunci utama kepada penghasilan pendidikan yang berkualiti. Tidak keterlaluanjika dikatakan bahawa kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah amat bergantungkepada pengurusan berkualiti yang perlu di sertakan dengan kepemimpinan pengetua yangdapat menjana modal insan. Pengetua perlu mengamalkan kepemimpinan yang berkualitikerana proses kepemimpinan adalah penentu kepada kecemerlangan sekolah (Lokman et.al.,2008).2.0 SIAPAKAH YANG MEMBENTUK BUDAYA SEKOLAHPengurusan sekolah mempunyai pengaruh yang kuat untuk mencorakkan budaya sekolah,dan budaya sekolah yang positif akan meningkatkan keberkesanan sekolah (Yaakob, 2007).Ini bermakna budaya sekolah banyak bergantung kepada kepimpinan pengetua. Pengetuamempunyai kuasa dalam membentuk budaya sekolahnya sendiri dan untuk melakukanperubahan ini, ia mungkin memakan masa yang lama. Ini adalah kerana warga sekolah yangberada di situ telah biasa dengan budaya yang sedia ada. Apa yang harus dilakukan olehpemimpin adalah dengan melakukan perubahan itu secara perlahan dan meningkatkan masaberinteraksi dengan para guru. Pengetua yang mengetuai sistem pengurusan sekolah mestilahmemupuk semangat kekitaan dan kepunyaan di kalangan warga sekolah dan melibatkanguru-guru dalam proses perancangan dan membuat keputusan. 3
  • 4. Sebagai ketua pentadbir sekolah, pengetua adalah orang yang penting danbertanggungjawab dalam membentuk budaya yang positif. Budaya sekolah yang positif dapatmewujudkan pola-pola perhubungan manusia yang baik, suasana yang tenteram, keadaanpersekitaran sekolah yang bersih serta di penuhi dengan aktiviti-aktiviti keilmuan. Keadaanini akan dapat melahirkan kesan positif terhadap proses pembelajaran dan penghayatan nilaimurni. Dengan cara demikian, usaha untuk pembentukkan akhlak dan sahsiah pelajar dapatberjalan dengan lancar dan berkesan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1991). Oleh itu, Fiore(2000) berpendapat pengetahuan tentang budaya sekolah adalah penting bagi pemimpinsekolah. Bagi pengetua yang baru bertugas di sesebuah sekolah pula, beliau harus pekaterhadap budaya sekolah yang sedia ada. Pengetua baru ini akan mengalami kesulitan untukmenjalankan tugas, jika beliau tidak memahami budaya sekolah itu. Pembaharuan danperubahan akan sukar dilaksanakan jika beliau tidak memahami apakah nilai-nilai yangdianggap penting oleh guru, ibu bapa dan pelajar sekolah tersebut. Pengetahuan tentangbudaya sekolah juga penting bagi guru-guru kerana mereka adalah orang yang hampir denganpengetua dalam membantu sekolah mencapai matlamat yang telah dirancang. Justeru, sebagaiorang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan rancangan-rancangan yang telahdipersetujui bersama maka mereka juga perlu memahami budaya sekolah. Kefahamantersebut juga dapat membantu mereka mengenal pasti amalan-amalan yang tidak produktifdan kemudiannya membentuk satu budaya yang lebih kuat. Selain itu, pengetahuan tentang budaya akan dapat membantu guru memikirkanunsur-unsur yang mempengaruhi budaya sekolah dan menentukan proses pengajaran &pembelajaran yang mempengaruhi amalan di sekolah agar dapat menghasilkan pelajar-pelajarbersikap positif, cerdas dan berpandangan jauh. Guru-guru akan memperoleh kepuasanbekerja dan produktiviti yang tinggi jika persekitarannya mempunyai ideologi organisasiyang kuat, penglibatan bersama, kepimpinan yang berkarisma dan hubungan yang rapatantara warga sekolah. Budaya mempunyai kaitan dengan motivasi guru dan pelajar,produktiviti, kepuasan kerja, sikap guru dan pencapaian pelajar (Rusni, 2005). Oleh itu, pihakpentadbir harus membina budaya sekolah yang kuat agar warga sekolah akan berusaha kearah pencapaian matlamat yang ditentukan dan akhirnya berjaya dicapai.3.0 KEPEMIMPINAN PENGETUA / GURU BESAR 4
  • 5. Banyak pendapat yang mengatakan kejayaan dan keberkesanan sesebuah sekolah adahubungan dengan kepemimpinan pengetuanya. Namun begitu, isu kelemahan kepemimpinanpengetua dalam memimpin sekolah bukanlah isu baru dalam kajian kepengetuaan. AbdulShukor (2004) mendedahkan bahawa terdapat beberapa kelemahan dalam kepemimpinanpengetua yang berupaya mengendalakan pengurusan sekolah untuk berfungsi denganberkesan. Antaranya stail kepimpinan pengetua yang sentiasa merujuk kepada modelbirokratik menyebabkan mereka kabur tentang peranan mereka sebagai pemimpin yang perlumenjana komitmen guru terhadap sekolah.3.1 Kepemimpinan Pengetua / Guru Besar Di Malaysia Belum Mencapai Tahap ProfessionalProfessional bererti pengetua adalah orang yang pakar dalam bidangnya dan yakin akankeunggulan pekerjaan yang di jalankan kerana ciri-ciri professional itu ialah kecekapan,komitmen, dedikasi, pengorbanan dan kepakaran (Abdul Shukor, 2004). Ciri-ciri yang ada inipula tidak dibiarkan statik. Beliau akan terus meningkatkan kecemerlangan denganmenambah kemahiran-kemahiran baru dan membawa sikap baru yang lebih positif. Beliaujuga tidak membiarkan kepentingan peribadi berkonflik dengan kepentingan rasmi. Menurut Abdul Shukor (2004), taraf pendidikan dan pengurusan pendidikan di negaraini belum mencapai tahap professional, maka dengan itu pengurusan berkualiti yang biasanyadapat merealisasikan program-program peningkatan pendidikan sukar dicapai. Untukmencapai taraf pendidikan yang tinggi, terlebih dahulu taraf pengurusan perlu dibaikisehingga mencapai tahap professional. Kenyataan ini disokong oleh Mohd Noh (di petik dariRusni, 2005), yang mendapati pengetua-pengetua sekolah menengah belum mencapai tahapsebagai pengurus sekolah yang berkesan. Di Malaysia, jawatan pengetua sekolah belumdiberi status pentadbir ataupun profesional. Hal ini demikian kerana Akta Pelajaran 1961masih menganggap pengetua sebagai guru sekolah dan jawatan itu tidak di masukkan kedalam senarai pegawai pentadbiran. 3.1.1 Pelantikan Jawatan PengetuaPerkhidmatan Pendidikan Malaysia ialah perkhidmatan yang terbuka. Oleh itu, mana-manapegawai dalam perkhidmatan tersebut boleh dilantik sebagai pengetua sekolah menengaholeh Kementerian Pelajaran. Walaubagaimanapun, mengikut amalan biasa, guru sekolah lahyang dipilih untuk kenaikan pangkat sebagai pengetua berdasarkan kepada pengalamannya 5
  • 6. dalam pengajaran atau pentadbiran. Dalam konteks lantikan jawatan pengetua di Malaysia,jawatan pengetua lazim diberikan kepada guru penolong kanan tanpa mengambil kira samaada mereka mempunyai pengalaman dan ilmu tentang pengurusan sekolah atau tidak. Hussein Ahmad (2001) & Brown et. al. (di petik dari Lokman et.al. 2008)berpendapat lantikan pengetua berdasarkan kekananan sebagai guru tidak akan menjaminkecekapan dalam pengurusan malah menimbulkan persoalan adakah pengetua dapatmemimpin sekolah dengan berkesan? Apabila keadaan ini berlaku, pelbagai aspek dalampengurusan sekolah akan terjejas dan tidak dapat diurus dengan lancar. Di luar negaramisalnya Amerika Syarikat, jawatan pengetua dimohon oleh individu yang berkelayakanmalah menurut Datuk Seri Dr. Abdul Shukor Abdullah (Ketua Pengarah Pendidikan, 2001),beliau membandingkan piawaian profesionalisme itu dengan negara maju lain seperti diAmerika Syarikat di mana pentadbiran sesebuah sekolah tidak diganggu oleh kerajaan. Apabila seseorang guru dilantik menjadi pengetua tanpa latihan profesional, beliauakan menghadapi satu dilema tentang tugasnya kerana tidak ada bidang tugas atau panduantertentu untuk ia berfungsi sebagai pengetua sekolah yang berkesan. Ishak Sin (2007) telahmendedahkan bahawa terdapat pentadbir pendidikan yang tidak diberikan latihan formalsebelum dilantik ke jawatan pentadbir sedangkan ia amat perlu dalam menentukankeberkesanan kepemimpinan. Hari ini, oleh sebab kebanyakkan guru yang dilantik menjadipengetua atau guru besar sekolah hanya mendapat latihan asas dalam bidang pendidikanperguruan sahaja, maka untuk menjalankan tugas sebagai pengetua, mereka bergantungkepada pengalaman kerja, panduan dan nasihat rakan sejawat ataupun mengikut kaedah trialand error atau surat-surat pekeliling pentadbiran dan ikhtisas yang disediakan olehKementerian Pelajaran. Justeru itu, timbullah pelbagai kepincangan kepemimpinan pengetua/guru besar semasa mengurus sekolah. Menurut Laporan Jemaah Nazir Sekolah (2001) dan Audit Sekolah (2001) turutmendapati bahawa 40% sekolah di Malaysia menghadapi masalah pengurusan kewanganyang berakar umbi daripada kurangnya pengetahuan pengetua terhadap ilmu pengurusansekolah khususnya pengurusan kewangan. 3.1.2 Usaha-Usaha Untuk Memartabatkan Professianalisme Pengetua / Guru Besar 6
  • 7. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedar kepincangan yang berlaku ini berpuncadaripada kurangnya kemahiran seseorang pengetua dalam memimpin institusi seperti sekolah.Seseorang pengetua perlu mempunyai pengetahuan dan latihan mencukupi dalam melaksanaperanan mereka khususnya untuk mempengaruhi, memimpin dan menggerakkan seluruhorganisasi sekolah ke arah mencapai matlamat. Ini memerlukan pengetua yangberketrampilan dan mempunyai sikap serta sahsiah yang terpuji. Pelbagai usaha telahdilaksanakan KPM untuk meningkatkan professionalisme pengurusan pendidikan di negaraini khususnya dalam bidang pengurusan di sekolah. Institut Aminuddin Baki (IAB) telah ditubuh bagi memastikan dimensi pentingpengurusan pendidikan diberi keutamaan dalam menjamin kejayaan pemantapan kualitipendidikan negara selaras dengan hasrat KPM. Latihan merupakan fungsi utama IAB dalamusaha melahirkan para pengurus dan pemimpin pendidikan yang professional, progresif dandinamik. Pelabagai kursus jangka panjang dan jangka pendek yang dijalankan. Kursus-kursusjangka panjang adalah seperti Kursus Kepimpinan Pengurusan Pendidikan (KKPP), ProgramKelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQEL) dan Program KhasPensiswazahan Guru Besar (PKPGB). Selain itu, terdapat juga kursus – kursus jangka pendekyang dianjurkan IAB, PPD, JPN bagi memberi latihan dan bimbingan kepada pengetua/ gurubesar untuk mengurus sekolah masing-masing. Universiti-universiti tempatan jugamenawarkan program sarjana pengurusan pendidikan seperti Sarjana Kepengetuaan diUniversiti Malaya yang bertujuan memberi latihan dan penganugerahan ijazah peringkatsarjana dan kedoktoran dalam bidang kepengetuaan kepada bakal pengetua sekolah daninstitut-institut pendidikan seumpamanya. Di England, sesiapa yang ingin menjadi seorang pentadbir sekolah diwajibkanmenyertai dan menyempurnakan program Latihan National Professional Qualification forLeadership (NPQH) (Bush, di petik dari Yaakob 2008). Mulai 1 April 2004, semua gurubesar atau pengetua yang dilantik buat pertama kalinya ke jawatan tersebut mestilahmempunyai atau sedang berusaha mendapatkan kelayakan dalam latihan NPQH. Menjelang 1April 2009, NPQH merupakan syarat mandatori bagi semua guru besar dan pengetua baruseperti yang termaktub dalam Seksyen 135, Akta Pendidikan 2002 (DfES, di petik dariYaakob, 2008). Hal ini menunjukkan bahawa kepimpinan dan pengurusan telah diiktirafsebagai faktor penting dalam mempertingkatkan standard pendidikan. 7
  • 8. Sistem pendidikan di Malaysia telah menetapkan bahawa terdapat dua gred jawatanpengetua iaitu pengetua DG48 dan pengetua Kanan DG54. Matlamat utama perlantikanjawatan pengetua kanan adalah sebagai pakar rujuk yang arif dan cekap dalam pengurusansekolah. Pengetua kanan dituntut memberi khidmat nasihat kepada pengetua baru supayamereka dapat mengurus sekolah berdasarkan sistem yang betul. Jawatan pengetua kanandianugerahkan kepada pengetua yang telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang iaitumarkah prestasi melebihi 90% selama 3 tahun berturut-turut.(Lokman et. al. 2008). Kementerian Pelajaran juga telah menambah bilangan jawatanpengetua dan guru besar gred Jusa C dan DG54 dalam usaha mencapai Indeks Prestasi Utama(KPI) Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk meluaskan akses pendidikanberkualiti dan berkemampuan. Mulai tahun 2010, KPM memperkenalkan program Tawaran Baru melalui NKRAbertujuan menilai prestasi pengetua berdasarkan pencapaian bagi meningkatkan kualitikeberhasilan murid. Program ini sesuai dilaksanakan kerana prestasi pengetua dinilai ataspencapaian sekolah berdasarkan kualiti keberhasilan murid. Matlamat program inidiwujudkan supaya pemimpin sekolah lebih akauntabel dan lebih memainkan peranan utamasebagai pemutus dasar dalam memacu sekolah. Ini kerana kejayaan sesebuah sekolah diukurberdasarkan pencapaian murid. Kekerapan pengetua yang baru dilantik mengikuti kursus juga menimbulkan isu disekolah di mana pengetua / guru besar tidak mempunyai masa yang mencukupi untukmengurus hal ehwal sekolah. Selain itu, terdapat juga kes-kes di mana sekolah menjaditempat latihan pengetua yang baru dilantik untuk mendapat pengalaman sebagai pemimpinsekolah. Hal ini memberi implikasi yang besar kepada sekolah terbabit apabila setiap tahunakan bertukar pengetua yang baru. Kesannya, budaya di sekolah tersebut tidak pernahberubah.3.2 Tugas Dan Peranan PengetuaDi sekolah, pengetua menjalankan pelbagai tugas. Tugasnya berkaitan dengan aspekpentadbiran, pengurusan penyeliaan, kepemimpinan, pendidikan dan yang berkaitan denganperjalanan organisasi sekolah sebagai institusi pendidikan formal. Pengetua memainkanpelbagai peranan seperti pentadbir, pengurus, pemimpin, pendidik, guru dan pelbagai lagi.Mc Nulty et. al. (2005) pula menegaskan bahawa tugas pengetua tidak terhad hanya kepada 8
  • 9. tugas rutin pentadbiran sahaja malah mereka perlu menggerakkan segala bentuk sumber danmodal insan di bawah tadbirannya terutama guru supaya mereka dapat menyumbang khidmatdengan komited dan efektif. Pendapat ini disokong oleh Shields (2005) dan Day et. al. (2000)yang menyatakan bahawa tugas utama pengetua tidak terhad kepada melaksanakanfungsional seperti pengelolaan, penyelarasan, dan penilaian tetapi perlu menjadi suri teladanatau sumber inspirasi kepada guru-guru. 3.2.1 Isu-isu Yang Berkaitan Dengan Kekuatan Pengurusan dan Kepemimpinan Yang Perlu Ada Pada Seseorang Pengetua Sekolah Iaitu :Terdapat sesetengah pengetua yang mempunyai kelayakan akademik yang baik sertamengikuti kurus-kursus dalam pengurusan dan ada juga yang cukup berpengalaman dalammenjalankan tugas sebagai pengetua sekolah, menjadikannya kekuatan untuk mencapaikejayaan . Namun demikian terdapat juga sesetengah pengetua yang gagal menampilkankualiti pengurusan dan kepimpinan yang baik. KPM perlulah menetapkan kriteria-kriteriauntuk memilih dan menilai pengetua-pengetua sekolah supaya mendapat kecekapan dankeberkesanan dalam pentadbiran sekolah. Hasil kajian yang telah dibuat oleh KPM, terdapat10 isu-isu yang berkaitan dengan kekuatan pengurusan dan kepimpinan yang perlu ada padaseseorang pengetua sekolah iaitu : 1. Stail Kepimpinan Setiap pengetua mempunyai stail kepimpinan yang tersendiri. Namun demikian seseorang pengetua dapat memimpin dan mengurus dengan cekap jika mempunyai kebolehan mengubah stail kepimpinan dan pengurusan mengikut keadaan dan masa seterusnya melahirkan keutuhan sesebuah organisasi dan berjaya membawa organisasi itu ke arah keberkesanan dan kecemerlangan dalam mencapai matlamat organisasi. 2. Personaliti / ketokohan Sebagai pengurus dan pemimpin seorang pengetua itu sewajarnya menampilkan personaliti yang amat baik dan memeliharanya setiap masa. Pengetua yang mempunyai personaliti yang tinggi dapat menjelmakannya melalui pertuturannya, akal budinya dan tingkah lakunya. Imej beliau yang baik dan disaluti dengan ciri-ciri 9
  • 10. kepimpinan yang berkualiti membuatkan beliau disegani dan dihormati. Ini sedikit sebanyak membantu menyumbang keberkesanan pengurusan dan kepimpinannya.3. Kepemimpinan Kepemimpinan pengetua amat penting kerana beliau merupakan pemimpin sekolahnya dan beliau juga menentukan hala tuju sekolahnya. Kepemimpinannya juga mencorakkan keputusan yang diambil bagi mencapai matlamat organisasi.4. Keilmuan Semua pengetua mesti peka kepada perubahan dalam masyarakat terutama sekali kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Oleh yang demikian pengetua sekolah haruslah mengemaskini pengetahuan dan ilmu tentang professionnya. Pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang berkaitan dengan bidang tugas dan tanggungjawab membolehkan seseorang pengetua itu memimpin dan mengurus dengan baik organisasinya. Sekiranya berpeluang melanjutkan pelajaran atau mengikuti kursus dan seminar, maka ianya tidak seharusnya dilepaskan kerana cara ini juga dapat meningkatkan keilmuan seorang pengetua.5. Komunikasi Kepentingan komunikasi dalam pengurusan dan kepimpinan memang tidak dapat dinafikan. Seorang pengetua itu seharusnya mempunyai jaringan komunikasi yang luas, menegak dan mendatar. Corak komunikasinya juga adalah pelbagai hala dan gaya ini membolehkan beliau mengurus sebuah organisasi dengan berkesan. Dengan itu misi dan visi seseorang pengetua akan sampai pada semua peringkat di dalam organisasinya. Satu contoh yang baik ialah berhubung dengan permasalahan guru dan kakitangan sekolah yang mana pengetua boleh bertindak sebagai kaunselor. Situasi ini sedikit sebanyak telah dapat mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, saling bantu-membantu dan memahami sesama rakan sekerja.6. Pengiktirafan Pengiktirafan terhadap hasil kerja seorang pengetua adalah penting untuk mengangkat martabat seseorang pengetua. Walaupun ianya bukan ditagih dan bukan di jadikan 10
  • 11. matlamat utama, namun kepuasan kerja sahaja tanpa penghormatan dan pengiktirafan pelbagai pihak, belum cukup mengangkat martabat pengetua ke tempat yang tinggi. Pengiktirafan ini lebih dilihat sebagai anugerah kecemerlangan dalam pengurusan dan kepimpinan seorang pengetua dan ini secara tidak langsung merupakan langkah positif ke arah mengangkat martabat para pengetua. KPM juga telah mewujudkan jawatan ‘Pengetua / Guru Besar Cemerlang’, di mana jawatan ini merupakan pengiktirafan terhadap keberkesanan dan kecemerlangan kepemimpinan di peringkat sekolah. Pengetua Cemerlang adalah seorang yang di anggap pakar dalam bidang kepemimpinan, pengurusan, dan penyelesaian masalah pendidikan di peringkat organisasi sekolah.7. Komitmen Pengetua secara umumnya adalah komited terhadap tugas, tanggungjawab dan aktiviti mereka. Pendapat seorang pengetua di sebuah sekolah, "Prioriti saya ialah tugas mengajar saya. Itu yang menyebabkan saya jadi pengetua. Urusan lain kena tunggu saya habis kelas." Pengetua sanggup bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa isu atau keputusan secara tidak langsung menunjukkan komitmen seorang pengetua.8. Keberkesanan / Kecemerlangan Seorang pengetua itu merupakan ‘the central figure’ dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Beliau menjadi tempat rujukan, tempat rundingan, tempat bicara, tempat mendapat keputusan, tempat mendapat khidmat nasihat dan sebagainya. Sekiranya pengetua kekurangan maklumat dan kurang pengetahuan di dalam pengurusan maka sudah tentulah banyak perkara tidak dapat berjalan dengan cekap. Sebagai contoh tindakan yang dibuat hanyalah dari maklumat yang sedikit dan lebih kepada tekaan dan agakan. Ini boleh memburukkan lagi keadaan, maka cara- cara pengurusan moden perlu diterap dalam pengurusan agar mencapai kecemerlangan.9. Kemahiran Kebolehan memimpin dan kemahiran mengurus sekolah amat penting bagi seorang pengetua sekolah untuk menerajui organisasinya dengan berkesan. Kemahiran yang 11
  • 12. tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran sama ada berkaitan dengan teknologi atau metodologinya adalah penting untuk menyumbang idea bagi membantu guru-guru meningkatkan profesional kerja. Tidak semua orang mempunyai kemahiran untuk menjadi pemimpin namun kemahiran boleh diperoleh oleh seseorang melalui pembelajaran, latihan dan pengalaman. 10. Kesihatan Kesihatan merupakan prasyarat yang utama untuk seseorang itu sebelum melayakkannya menjalankan tugas. Kepelbagaian tugas seorang pengetua menuntutnya mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta kesihatan yang baik. Faktor seperti tekanan kerja, tidak sempurna makan-minum dan waktu rehat memburukkan lagi kesihatan seseorang pengetua. Oleh itu seorang pengetua itu perlu fitness agar ia dapat menjalankan tugas dengan baik.3.3 Peranan Pengetua Yang Mengutamakan Tugas Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah dan Mengabaikan Fungsinya Sebagai Kepimpinan PengajaranLaporan Jemaah Nazir (2001), menunjukkan kebanyakan pengetua tidak memberi panduankurikulum kepada guru masing-masing, sebaliknya lebih mirip kepada pentadbiran am sahajadan tidak dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, terutama pedagogi serta pendekatanmelaksanakan kurikulum. Abdul Shukor Abdullah (2004) mendapati peranan pengetuasekolah kini hanya sebagai pentadbir dan bukan pemimpin pendidikan professional sepertiyang di inginkan oleh pihak KPM iaitu mencakupi peranan sebagai pendidik, pembimbingguru serta pemimpin yang dapat menjana kesetiaan guru supaya lebih komited dan produktif.Menurut Shahril (2002) peranan pengetua yang hanya menjalankan urusan pentadbiransekolah kini tidak lagi sesuai untuk mencapai matlamat pendidikan bagi memenuhi Wawasan2020. Dalam melaksanakan fungsi-fungsi kepemimpinan pengajaran ini pengetuaseharusnya tahu serta mampu menggunakan orientasi yang sesuai. Pengetua juga perlumelibatkan guru dalam aktiviti, memberi maklumat yang cukup kepada guru, menerimapandangan guru secara terbuka dan menghargai sumbangan guru. Pengetua berperananmewujudkan suasana yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.Bagaimanapun pengetua selalu menghadapi kesempitan waktu untuk mencerap guru-guru 12
  • 13. dalam kelas. Kebanyakan masa dihabiskan untuk menyelesaikan urusan pentadbiran disekolah atau di luar sekolah. Hussein Mahmood (2008), berpendapat peranan pengetua yang hanya melaksanakantugas pengurusan dan pentadbiran sekolah di dapati tidak lagi berkesan. Pengetua telahdikenalpasti sebagai orang yang amat penting di sekolah dan sebagai pembolehubah yangpenting bagi menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu inovasi pendidikan di sekolahtermasuklah juga prestasi pelajar. Menurut beliau lagi, banyak inovasi pendidikan telah gagalkerana pengetua kurang melibatkan diri secara berkesan dalam pelaksanaan inovasi tersebut. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia (Bernama, 2010) menggariskandua dimensi utama tugas pengetua iaitu dimensi pentadbiran & pengurusan, dan dimensikepimpinan pengajaran. Menurut beliau, dimensi terpenting yang perlu dimainkan olehpengetua adalah dimensi kepimpinan pengajaran terutama dalam mencorakkan iklim danbudaya pengajaran dan pembelajaran. Dalam dimensi ini pengetua berperanan memberikepimpinan dan sokongan kepada guru dan murid di samping mewujudkan keadaanpersekitaran yang kondusif, sihat serta memberangsangkan proses pengajaran danpembelajaran 3.4 Perkongsian (Misi / Visi / Matlamat / Objektif Sekolah)Memandangkan negara kita mengamalkan sistem pendidikan berpusat, misi sekolah tidakboleh dipisahkan daripada misi KPM iaitu ‘membangunkan sistem pendidikan yangberkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya danmemenuhi aspirasi negara malaysia’. Berpandukan misi KPM ini, pemimpin sekolah perlumenterjemahkan ke dalam bentuk yang sesuai yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah. Purkey dan Smith (di petik dari Hussein Mahmood, 2008) berpendapat kebolehanpengetua menjelaskan matlamat dengan baik merupakan satu ciri pengetua yang berkesan.Sesebuah sekolah yang tidak menentukan hala tuju proses pendidikannya pasti tidakmempunyai kriteria untuk mengukur sama ada sekolah berjaya melaksanakan proses itu atau 13
  • 14. tidak. Berikut adalah beberapa isu yang berkaitan dengan perkongsian misi, visi danmatlamat sekolah. 1. Warga sekolah tidak berkongsi visi / misi Salah satu faktor yang di kenal pasti membawa kepada kegagalan perkongsian misi sekolah dengan seluruh warga sekolah, khususnya dalam kalangan guru adalah kegagalan komunikasi. Untuk mendefinisikan misi sekolah perlu dibuat dengan kerjasama staf, ibubapa, dan pihak-pihak berkepentingan dengan mengenal pasti bidang-bidang yang perlu dipertingkatkan di samping menetapkan matlamat setiap bidang. Misi itu kemudiannya perlu dikongsi bersama dengan semua pihak melalui pelbagai saluran komunikasi sama ada secara formal mahupun informal. Ini kerana misi sekolah tidak boleh dicapai secara berseorangan oleh pemimpin tetapi memerlukan kerjasama dan usaha daripada semua pihak. 2. Murid adalah golongan yang diabaikan dalam usaha merealisasikan misi sekolah. Murid adalah matlamat utama suatu misi sekolah. Golongan ini boleh menjadi kuasa penghalang atau pendorong pencapaian misi sekolah. Menurut Dave Burton (di petik dari Mc Ewan, 2003), murid perlu diberikan matlamat yang wajar bersama dengan ganjaran, keseronokan dan sokongan yang sesuai untuk meniupkan semangat mereka. 3. Ibubapa dan waris murid juga harus dilibatkan dalam usaha merealisasikan misi sekolah. Golongan ini merupakan kumpulan yang setia dan bersedia memberi sumbangan kewangan dan masa sekiranya diberikan peluang dan diyakinkan hasilnya. Oleh itu golongan ini harus didampingi dan di alu-alukan kehadiran mereka untuk berkongsi pemikiran dan hala tuju. 4. Visi dan misi yang tidak realistik Visi dan misi yang tidak dapat diterjemahkan ke dalam dunia nyata hanyalah mimpi kosong. Pemimpin boleh memperkemaskan serta memperhalusi visi sekolah dari semasa ke semasa sekaligus menolak tanggapan visi sekolah tidak boleh diubah 14
  • 15. selepas ditetapkan. Mc Ewan (2003) mencadangkan visi sekolah harus diperjelaskan dan dipertahankan melalui pelbagai kegiatan di sekolah.3.5 Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua / Guru BesarGuru yang tidak memahami tujuan dan objektif penyeliaan sering berada dalam keadaantertekan apabila diselia oleh pemimpin atau wakil-wakilnya. Ada juga guru yang berfikirankurang terbuka yang sentiasa berprasangka buruk dan beranggapan pemimpin menyelia danmenilai pengajaran mereka untuk mencari kesalahan. Sikap guru pada idea penyeliaan itusendiri adalah salah satu cabaran utama pemimpin di sekolah. Penyeliaan bertujuanmemperbaiki dan mempertingkatkan kualiti penyampaian pengajaran para guru secaraberterusan bagi memantapkan tahap pembelajaran murid dan membangunkan modal insan.Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran sebenarnya adalah suatu proses jaminankualiti yang bersifat pembangunan kerana penambahbaikan perlu sentiasa dibuat mengikutkeperluan (James Ang & Balasandran, 2009).Isu-isu lain yang turut dihadapi adalah seperti berikut:1. Pemimpin sekolah tidak menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran kerana kesibukan mengurus dan mentadbir sekolah.2. Terdapat pemimpin sekolah yang beranggapan berjalan di sekeliling blok bangunan bilik darjah bagi memastikan guru dan murid berada di kelas sebagai sebahagian daripada penyeliaan.3. Sesetengah pemimpin sekolah berpendapat adalah memadai berada di kelas selama 10 minit atau kurang bagi mendapatkan gambaran status pengajaran dan pembelajaran.4. Pemimpin sekolah yang tidak berpeluang menjalankan penyeliaan menurunkan kuasa kepada barisan guru penolong kanan bagi menyempurnakan tugas itu, tetapi tidak mendapatkan maklum balas dan laporan kemajuan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.5. Pemimpin sekolah menjalankan penyeliaan tanpa garis panduan atau tidak memberi maklum balas kepada guru bagi tujuan membimbing dan penambahbaikan. 15
  • 16. 6. Pemimpin sekolah menggunakan instrumen penyeliaan sebagai senarai semak tanpa membuat penilaian secara kualitatif dan beranggapan pengajaran dan pembelajaran yang memenuhi ciri-ciri yang di senaraikan dalam senarai semak itu sebagai pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang.7. Terdapat pemimpin sekolah yang berpendapat guru yang berpengalaman tidak perlu diselia.8. Pemimpin sekolah tidak bersifat professional semasa penyeliaan pengajaran dan pembelajaran kerana kurang memiliki kemahiran bimbingan dan mentoring.9. Penyeliaan yang dijalankan hanya berfokus pada pengajaran guru tanpa menghiraukan aspek pembelajaran murid kerana menganggap terdapat pertalian sebab akibat antara pengajaran dengan pembelajaran. Jika pengajaran berjalan dengan baik, dengan sendirinya pembelajaran di anggap berlaku.10. Isu Pengurus Pertengahan Pemimpin sekolah boleh mendapatkan bantuan daripada guru-guru Penolong Kanan Penyelia Petang atau guru-guru kanan bagi menjalankan penyeliaan di bilik darjah Sungguhpun demikian, penglibatan kumpulan ini masih kurang memuaskan kerana mereka kurang jelas akan kepentingan dan skop tugas penyeliaan pengajaran & pembelajaran. Mereka juga tidak mendapat latihan dan bimbingan daripada pemimpin sekolah tentang cara melaksanakan penyeliaan yang betul.Sekiranya isu-isu seperti ini tidak difahami dan ditangani oleh pemimpin sekolah bukansahaja guru tidak berpeluang meningkatkan kualiti pengajaran mereka malah pemimpinsekolah itu sendiri tidak mampu merangka strategi penyeliaan yang lebih baik dan mantapbagi meningkatkan tahap pembelajaran murid. Kesimpulannya, kepemimpinan sekolah secara umumnya bertanggungjawabmembina budaya sekolah yang menjurus kepada kecemerlangan bukan saja bidang akademikyang mudah diukur melalui peperiksaan, tetapi juga kecemerlangan akal budi, mewujudkansemangat persaudaraan sesama manusia dan berpotensi menggerakkan peradaban tinggibangsa kita. Justeru, pengetua atau guru besar perlu cuba melaksanakan beberapa strategipraktikal untuk membolehkan ciri-ciri sekolah berjaya dapat dibudayakan di kalangan gurudan pelajar. Secara ringkasnya, kepemimpinan pengetua menentukan kejayaan sesebuah 16
  • 17. sekolah. Sekolah yang berjaya dan maju mempunyai kepemimpinan yang berkesan. FredM.Hechinger merupakan Presiden, New York Times pernah berkata:“Sepanjang kerjaya saya sebagai seorang wartawan, saya tidak pernah melihat sekolah yangbaik dipimpin oleh pengetua yang lemah, atau sekolah yang lemah dipimpin oleh pengetuayang baik. Saya telah melihat sekolah-sekolah yang tidak berjaya diubah menjadi sekolah-sekolah berjaya, dan kesalnya, sekolah-sekolah terkemuka merosot dengan cepat. Bagisetiap kes, jatuh bangunnya sesebuah sekolah dengan mudah boleh dikaitkan dengan kualitipengetua.”4.0 HUBUNGAN GURU DENGAN BUDAYA SEKOLAHMenurut Abu Bakar dan Ikhsan (2003), sekolah adalah satu masyarakat kecil yangmempunyai budaya tersendiri. Jainabee Mohd Kassim dan Robiah Sidin (2005) menjelaskanbudaya sebagai satu gelagat, kepercayaan, sikap, nilai dan idea yang dikongsi bersama olehindividu dalam satu-satu kumpulan. Budaya menentukan identiti sesuatu kumpulan manusiakerana nilai dan norma yang dikongsi bersama dipelajari dan diamalkan oleh ahli-ahli dalamkumpulan. Sekolah yang mengamalkan budaya kolaboratif dikatakan mempunyai ciriorganisasi yang sihat, termasuk kesediaan untuk berubah dan lebih responsif kepadaperubahan (Abd Ghani dan Tang Keow Ngang, 2006). Malahan sebarang aktiviti kerjaberasaskan budaya kolaboratif dianggap sebagai salah satu cara guru menyuburkan amalanpegagoginya secara bersama kerana dapat memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaranguru (Gable, 2004) serta berupaya meningkatkan motivasi kerja guru (Johnson, 2003). Kajian yang dijalankan oleh Hashimah (2000) mendapati terdapat hubungan yangsignifikan antara pengurusan budaya kolaboratif dengan tahap motivasi guru. Hubungan yangsignifikan ini menjelaskan bahawa pengurusan budaya kolaboratif berupaya meningkatkanmotivasi guru (Abd Ghani dan Tang Keow Ngang, 2006). Keberkesanan dan halatujuorganisasi pendidikan bergantung sepenuhnya kepada kesempurnaan koordinasi halatujupengharapan masyarakat (Patimah Ibrahim, 2002). Menghasilkan perubahan sikap yangsesuai dengan matlamat organisasi pendidikan, mewujudkan keadaan yang memuaskan bagimenarik perhatian pelajar untuk mengubah sikap secara sukarela dan mewujudkan 17
  • 18. permintaan dari pelajar untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran adalah tugas yangpaling penting (Celep, 2000). Tugas seorang guru sebenarnya tidak semudah yang disangkakan. Selainprofesionalisme ini menuntut kesabaran dan ketabahan, seseorang guru juga perlu menguasaipelbagai ilmu pengetahuan terrnasuk ilmu psikologi. Di sekolah, guru menjadi "ibu" dan"bapa" kepada para pelajar mereka. Lantaran itu, mereka bertanggungjawab terhadapkeselamatan, disiplin dan pencapaian akademik pelajar (Aishah Bee, 2004). Oleh itu,golongan tenaga pengajar kini telah diklasifikasikan sebagai golongan terpenting yangdipertanggungjawabkan untuk merealisasikan impian dan matlamat negara untuk menjadisebuah negara maju menjelang 2020 (Woo Yoke Ling, 2007).4.1 Komitmen Guru Dengan Kepimpinan PengetuaIshak Md Shah dan Mastura Mahfar (2007) mengatakan bahawa kepimpinan merupakan satuaspek kehidupan sosial yang memperlihatkan hubungan manusia, khususnya hubungan antarapemimpin dengan pengikut. Hubungan ini biasanya diperlihatkan dalam bentuk fungsikepimpinan yang berupa mempengaruhi dan dipengaruhi. Yaakob (2007) menyatakankepimpinan sekolah dapat menggambarkan penglibatan, komitmen, pemantauan kemajuanpelajar, persekitaran yang positif yang disokong kuat oleh pentadbiran sekolah dan ibu bapaserta pengajaran yang berstruktur. Macneil dan Maclin (2005) dalam Yaakob (2007)menjelaskan ciri-ciri sekolah yang berjaya mempunyai ciri-ciri seperti perkongsian idea-idea,kolaboratif dan kerja berpasukan, kesaksamaan dan kepimpinan menjurus kepadapengwujudan dan perkongsian visi serta melahirkan budaya sekolah yang positif. KajianPashiardis (2000) menunjukkan pemimpin sekolah boleh mempengaruhi budaya kerja guru,komunikasi dan pencapaian akademik pelajar. Azizi et.al (2004) menyatakan bahawa pengaruh dan kecekapan pemimpin dapatmembawa ke arah kecemerlangan sesebuah organisasi. Oleh itu, organisasi seperti sekolah,pengaruh kepimpinan dan kecekapan pengetua sekolah amat penting dalam menentukankejayaan sekolah di bawah pimpinannya. Peranan pengetua dalam menangani pelbagaimasalah yang melibatkan sama ada kakitangan di bawah pimpinannya, komuniti di alamsekitar sekolah atau pun urusan di peringkat atas mempengaruhi prestasi sekolah. Pengetua 18
  • 19. dianggap sebagai nadi sesebuah sekolah di mana sekiranya corak kepimpinannya dapatmemberi kepuasan kepada semua kakitangannya yang terdiri daripada guru-guru dan bukanguru akan mewujudkan suasana kerja yang menyeronokkan dan secara tidak langsungprestasi guru dan kakitangan lain akan meningkat. Oleh yang demikian, pengetua adalahorang yang bertanggungjawab meningkatkan profesionalisme dan moral guru-gurunya ketahap yang tinggi dan juga memastikan pelajar-pelajarnya cemerlang dalam bidangakademik.4.2 Kepuasan Kerja Guru Dengan Kualiti Dan Motivasi Kerja GuruAzura (2004) mengatakan kepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yangbekerja. Kehendak ini akan mendorong kepada perasaan tanggungjawab dan penglibatanyang menyeluruh ke arah pencapaian matlamat kerjaya seterusnya menyumbang kepadakepentingan organisasi. Arus perubahan yang berlaku di negara kita kini telah menjadikanproses mendidik pelajar-pelajar sekarang bertambah kompleks. Justeru, matlamat utamapendidikan masa kini ialah membentuk generasi muda yang mampu menangani cabaranperubahan pembangunan. Matlamat ini boleh dicapai jika guru-guru pada hari ini pekaterhadap perubahan yang berlaku dan tahu bahawa perubahan ini memerlukan penyesuaiandiri dari pelbagai aspek termasuk tanggungjawab, beban tugas, penambahan pengetahuanyang harus dipertingkatkan serta peranan yang harus dimainkan supaya kepuasan kerja dapatdilahirkan dalam profesion mereka (Woo Yoke Ling, 2007). Ini kerana, guru bukan sahajamenjadi pendidik dan pengasas kepada pengetahuan pelajar-pelajar tetapi juga menjadipemimpin, penasihat dan agen perubahan dalam masyarakat (Fatimah, 2002). Azizi et. al (2004) menyatakan bahawa sekolah adalah institusi di mana berlakunyaperingkat perlaksanaan segala dasar, polisi dan inovasi pendidikan. Oleh itu, institusi sekolahmemainkan peranan penting. Sebarang dasar atau inovasi pendidikan yang dilaksanakandiperingkat sekolah memberikan kesan terhadap tingkah laku guru. Keadaan seperti inimewujudkan tekanan dan kekangan terhadap kerja guru yang menjadi penentu terhadapkeberkesanan perlaksanaannya. Guru-guru merupakan staf yang memainkan peranan yangpenting bagi memastikan matlamat menjadikan sebuah sekolah yang berkesan tercapai.Betapa baik sekalipun sistem sekolah itu dibangunkan, matlamat untuk menjadikan sebuahsekolah berkesan tidak akan tercapai sekiranya guru-guru tidak efektif dan efisyen. 19
  • 20. Menurut Kim (1994) dalam kajiannya, guru-guru yang merasakan tidak puas terhadapkerjayanya lebih cenderung melakukan perlakuan negative seperti ponteng kelas, kurang beritumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran dan tidak minat mengajar. Manakala apabilakepuasan kerja guru-guru adalah tinggi, mereka akan berasa seronok melaksanakantanggungjawabnya dan secara tidak langsung komitmen mereka terhadap pencapaianmatlamat sekolah juga tinggi (Anderment, Belzer dan Smith, 1991).5.0 PENCAPAIAN PELAJAR DAN BUDAYA SEKOLAHPencapaian sekolah secara tidak langsung dipengaruhi oleh budaya sekolah itu sendiri.Budaya yang dibawa oleh setiap warga dalam konteks pendidikan itu sendiri mmberikankesan kepada pencapaian pelajar. Memandangkan pendidikan di Malaysia adalahberorientasikan pepeperiksaan, maka budaya yang ada di sekolah melambangkan tahappencapaian sesebuah organisasi itu iaitu sekolah itu sendiri. Menurut Lambert(2003) pencapaian murid dalam konteks kapasiti kepimpinan adalahlebih luas daripada skor ujian. Pengukuran pencapaian murid enggunakan pelbagai ukuranpembangunan dan dan prestasi sebagai tambahan kepada skor ujian termasuk portfolio, bahanpameran, pengetahuan kendiri dan kematangan sosial. Ia juga merangkumi pemahaman yangluas dan komprehensif tentang pencapaian murid dalam pembangunan diri dan sivik sepertimelibatkan diri dalam kerja yang memerlukan semangat yang tidak mudah luntur. Initermasuk faktor sosial, peluang melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada matlamatserta mempunyai perasaan tanggungjawab pada masa hadapannya. Ini secara tidak langsungmerupakan budaya yang dibawa oleh diri individu tersebut. Keputusan ujian dan peperiksaan bukan sekadar berperanan sebagai sumbermembezakan murid yang mampu menguasai ilmu dengan yang lemah, malah menentukantahap pencapaian sesebuah sekolah. Keputusan ujian dan peperiksaan adalah sumbermaklumat yang amat berguna pada pihak sekolah, terutama bagi mengenalpasti kekuatan dankelemahan murid supaya program intervensi yang sesuai boleh digunakan dalampengajarannnya. Untuk tujuan ini, data pencapaian murid perlu dianalisis dan maklumatterperinci perlu disalurkan kepada pemimpin instruksional dan barisan pentadbir sekolah 20
  • 21. yang lain supaya mereka mengenalpasti punca kelemahan murid dan mengambil tindakan –tindakan yang tepat bagi menangani masalah akademik murid itu. Walaubagaimanapun, apabila keputusan diumumkan hanya sebilangan kecil sekolahsahaja yang dianggap cemerlang berbanding sebahagian besarnya sederhana atau lemah.Begitu juga dengan bilangan pelajar cemerlang jauh lebih kecil daripada bilangan yangkurang atau tidak cemerlang. Kegagalan pelajar mendapat keputusan yang baik sedikitsebanyak akan menjejaskan masa depan mereka. Misalnya jika mereka gagal mendapat 5Adalam UPSR mereka tidak akan ditempatkan di sekolah-sekolah yang dianggap ‘elit’ sepertiMaktab Rendah SainsMara (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), dan SekolahMenengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Primer Negeri, dan Sekolah PrimerDaerah. Pada umumnya sekolah-sekolah ‘elit’ ini pada setiap tahun menujukkan keputusanyang lebih baik daripada sekolah-sekolah lain. Keputusan yang baik dalam PMR dan SPMpula meningkatkan peluang pelajar ke universiti dalam bidang yang mempunyai nilaiekonomi yang tinggi misalnya bidang kejuruteraan dan perubatan. Keputusan peperiksaan juga dikatakan memberi gambaran tentang pencapaiansekolah yang tidak sama, walaupun kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan prasarana,latihan, dan guru terlatih yang hampir sama. Ketaksamaan peluang mungkin salah satu sebabmengapa ada pelajar yang berjaya dengan cemerlang atau kurang cemerlang. Ibu bapamengharapkan anak-anak mereka memasuki sekolah yang dianggap cemerlang, namun hanyasebilangan kecil saja sekolah yang dapat menyediakan peluang tersebut kerana kekurangantempat. Sepatutnya semua sekolah dianggap cemerlang atau mempunyai piawai yangdikatakan cemerlang. Dalam laporan Sekolah Lima Bintang sekolah-sekolah di Kedah,hanya 238 buah sekolah atau 45.2 peratus dianggap cemerlang berbanding dengan 54.8peratus yang kurang cemerlang (Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, 2004). Jelasnya terdapatruang yang boleh diperbaiki bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah dan pelajar. Pada peringkat nasional Kementerian Pelajaran Malaysia belum berpuas hati terhadappencapaian mata pelajaran Matematik dan Sains di kalangan pelajar Bumiputera,terutama di sekolah kebangsaan. Jika dibandingkan pencapaian mata pelajaran Matematikdan Sains SK dengan SJKC, SK masih jauh lebih rendah, justeru semua pegawai KPM danguru harus membabitkan diri dengan bersungguh-sungguh untuk memperkasa SK denganmengurangkan jurang perbezaan antara SK dengan SJKC (Ahmad Sipon, BH 30 Jun, 2005). 21
  • 22. Ketidakpuasan tentang pencapaian orang-orang Melayu disuarakan lagi oleh Perdana MenteriMalaysia dalam amanat Presiden UMNO pada 6 Febuari, 2005 dan mahukan supaya usaha-usaha ke arah meningkatkan kecemerlangan pelajar SK menjadi kewajipan setiap pemimpindan ahli UMNO mulai sekarang (Abdullah Ahmad Badawi, 2005). Kerajaan sedar denganpemerkasaan SK akan membawa banyak kebaikan kepada pembinaan anak bangsa. Kerajaanberhasrat memperhebat agenda memperkasa SK kerana yakin SK merupakan wadah terbaikuntuk memupuk perpaduan, kerjasama, dan semangat cintakan negara di kalangan generasimuda. Kerajaan akan meningkatkan prasarana, disiplin dan keselamatan pelajar, pencapaianakademik, pencapaian kokurikulum, penguasaan teknologi komunikasi dan maklumat, kualitiguru dan pengurusan sekolah. Keperihatinan kerajaan juga jelas apabila Rancangan Malaysiake-9 (RMK9) berusaha menjadikan SK sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dalamsemua aspek (Hishammudin Hussein, 2005). Mahathir Mohamad dalam “Face the Facts”(2001) menyarankan supaya para pendidik dan penyelidik mencari sebab-sebab kemerosotanpencapaian SK, dan sanggup menerima kebenaran apa jua daripada dapatan kajian bagipembaikan sekolah dan mengatasi kelemahan. Pada sidang kemuncak pendidikan 2004 sekalilagi Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menyarankan Kementerian Pelajaranmelakukan perubahan penting bagi menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai ‘sekolahpilihan’ dengan memelihara kedudukan, meningkatkan kualiti supaya ibu bapa senanguntukmenghantar anak-anak mereka ke sekolah SK. Walaupun SK ditubuhkan sebagai aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyatMalaysia, tetapi beberapa kelemahan perlu diatasi supaya SK menjadi pilihan utamamasyarakat. Antara kelemahan SK ialah tanggapan masyarakat bahawa pencapaian akademikdi SK lebih rendah berbanding sekolah aliran Cina (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan2006-2010).5.1 SK VS SRJKC Justeru, kajian yang telah dijalankan oleh Prof. Lim Chap Sam telah dapat mengenalpasti amalan budaya di dua aliran sekolah yang dominan di Malaysia iaitu SK dan SJKC. Inisecara tidak langsung dapat dijadikan panduan kepada keberkesanan sesebuah sekolah yangmungkin dapat meningkatkan lagi keputusan pelajar. Berikut amalan ataupun budaya yangdiamalkan di sekolah SK dan SRJKC: 22
  • 23. SRJKC SK - 64% daripada 30 minit - 43% daripada 30 minit pengajaran pengajaran Matematik Matematik untuk menerangkan konsep digunakan untuk menerangkan dan kemahiran konsep dan kemahiran. - Soalan latihan yang banyak - Soalan latihan yang sedikit (10-40 soalan sehari) - Menghafal sifir dari tahun 2 - Menghafal sifir semasa berada di lagi tahun 5 - Kelas tambahan untuk pelajar - Kelas tambahan untuk pelajar yang yang bermasalah dan sejak pencapaian baik sahaja dan untuk tahun 4 pelajar tahun 6 shj. - aktiviti pengayaan yang - pelajar hanya diberi latihan secara digunakan di SRJKC iaitu: individu dan guru akan berjalan dalam i. Pertandingan antara kelas membantu pelajar yang kumpulan memerlukan bantuan. ii. Penyelesaian masalah berkumpulan iii. Menyelesaikan soalan di hadapan kelas5.2 Sekolah Berpencapaian Cemerlang, Sederhana, LemahDalam kajian yang dilakukan oleh Nor, Pihie, dan Ali (2008) pula mengkaji tiga buahsekolah luar bandar yang mempunyai prestasi cemerlang, sederhana dan lemah. Di dapatiamalan pemantauan pencapaian murid adalah berbeza walaupun secara umumnya ketiga-tigasekolah itu menyediakan maklumat analisis potensi murid (headcount), memantau bukulatihan murid dan menganalisa keputusan murid. Hasil kajian mereka ialah:Sekolah Cemerlang Sekolah Sederhana Sekolah LemahMembuat analisis dan Hanya membekalkan Guru kurang memahami 23
  • 24. seterusnya merencanakan maklumat analisis tanpa proses menyediakanaktiviti intervensi seperti merancang pelan tindakan maklumat analisis danbengkel teknik menjawab demi meningkatkan kualiti mereka gagal merancangsoalan, latih tubi topikal dan pengajaran dan program pengajaran danmelaksanakan sukatan pembelajaran. pembelajaran yang sesuai.pelajaran minimum.Pelajar yang lemah diberikan Pelajar yang lemah juga Tidak diamalkan.motivasi dari semasa ke diberikan motovasi.semasa.Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Jurang Perbezaan Pencapaian Dalam PelbagaiBudaya SekolahMenurut Fullan, sekolah perlu memiliki kompetensi dalam empat aspek apabila memantaupencapaian murid. Aspek-aspek yang perlu diberi penekanan ialah: i. kemampuan menganalisa pencapaian dan keputusan murid secara terperinci. ii. Melaksanakan perubahan kritikal. iii. Keupayaan memahami perkembangan di bilik darjah dan merancang pelan pembangunan sekolah bagi meningkatkan prestasi. iv. Mengambil langkah terbuka dan proaktif apabila berdepan dengan isu prestsi sekolah. Selain itu, budaya kerja sekolah cemerlang perlu dicontohi sebagai contoh, Kolej Tunku Kursiah, (TKC), Seremban telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PMR dan SPM. Kajian yang dijalankan oleh Nor, Pihie dan Ali(2008) menunjukkan pendekatan headcount berjaya meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah itu.Menurut Connelly (2008) pula, murid yang lemah memerlukan masa yang lebih untukpembelajaran. Dengan mengkaji data penilaian murid, guru dapat merancang ataumenggunakan strategi pengajaran yang sesuai untuk golongan murid ini. Levy(2008) pulaberpendapat, pendekatan pengajaran yang berbeza (differentiated instruction) dapatmembantu murid mencapai atau melepasi standard akademik yang dikehendaki. Pencapaianmurid dapat dipantau melalui kandungan pengajaran, proses dan hasil yang diperoleh. 24
  • 25. 6.0 ISU: HUBUNGAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF DAN SELAMAT DENGAN BUDAYA SEKOLAHPersekitaran sekolah yang positif adalah sekolah yang menyediakan persekitaran yangkondusif dan selamat bagi pelajar dan juga staf di dalamnya. Hal ini membolehkan pelajarbelajar dalam keadaan yangs selesa dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadappembelajaran manakala bagi guru pula, mereka akan dapat menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya sebagai seorang pendidik di sekolah. Persekitaran ditakrifkan oleh persekitaranmerujuk kepada keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau individu).Manakala, kondusif membawa bermaksud sesuai (Noriati A. Rashid et. al 2009). Persekitaran yang kondusif boleh dilihat dari pelbagai aspek iaitu fizikal, sosial,perkembangan intelek dan bahasa. Jika dilihat dari aspek fizikal, perkara pertama yang perludititikberatkan adalah organisasi bilik darjah. Organisasi bilik darjah yang kondusifhendaklah mempunyai susunan meja dan kerusi yang teratur supaya guru dan pelajar dapatberkomunikasi dengan mudah dan berkesan semasa sesi pengajaran dan pembelajarandijalankan. Seterusnya keadaan di dalam bilik darjah itu sndiri hendakla ceria contohnya disudut-sudut di dalam bilik darjah ditampalkan nota-nota yang berwarna-warni bagimemudahkan pelajar lebih mudah mengingati ape yang dipelajari di dalam kelas. Bilanganpelajar di dalam kelas juga memainkan peranan penting dalam keberkesanan pengajaran danpembelajaran di dalam kelas. Mengikut saranan dari Kelas Rancangan khas bilangan pelajarhendaklah seramai 35 orang sahaja per kelas. Hal ini bagi memudahkan guru supaya dapatmengawal kelas dengan baik. Kemudian kita boleh lihat dari segi lanskap sekolah. Lanskap sekolah yang menarikdapat melahirkan suasana yang aman dan tenang di dalam sekolah tersebut. Suasana yangtenang dapat dilahirkan dengan adanya pohon-pohon yang rendang, pokok-pokok bunga,lukisan mural di dinding-dinding sekolah, kolam ikan dan banyak lagi. Selain itu, kebersihansekolah hendaklah dijaga dengan baik terutamanya kebersihan tandas dan kantin sekolah.Perkara ini penting bagi memastikan tumpuan pelajar tidak terganggu dan juga bagimengelakkan masalah keracunan makanan dari berlaku. Bagi mengelakkan masalahkeracunan makanan ini berlaku, pihak sekolah dan pihak kantin harus bertanggungjawabdalam membekalkan makanan dan minuman yang bersih kepada pelajar. Pihak sekolah harus 25
  • 26. sentiasa menjalankan pemeriksaan kebersihan ke atas kantin sekolah supaya dapatmemastikan kebersihan katin berada pada tahap yang optimum. Penggunaan pusat sumber dan perpustakaan juga amat penting dalam membantupembelajaran pelajar. Pelajar dapat menambahkan pengetahuan dengan adanya perpustakaandan pusat sumber yang lengkap. Pelajar boleh menambahkan pemahaman dalam pelajarandengan membaca banyak buku-buku ilmiah. Secara tidak langsung dapat memupuk minatpelajar untuk membaca. Padang sekolah juga hendaklah diselenggara dengan baik supayasupaya pelajar dapat melakukan aktiviti senaman dengan selamat. Rumput-rumput di padanghendaklah dipastikan sentiasa pendek dan alatan sukan dipastikan berada dalam keadaanyang baik. Makmal sains dan matematik juga memainkan peranan penting dalampembelajaran. Makmal sains sering digunakan oleh pelajar untuk melakukan eksperimen.Bagi mencapai objektif eksperimen yang dijalankan, peralatan dan bahan kimia hendaklahsentiasa mencukupi dan guru hendaklah sentiasa peka terhadap bahan kimia tersebut dan guruperlu tahu sejauh mana bahan kimia itu selamat digunakan. Seterusnya, dengan adanya makmal matematik guru-guru boleh mencuba kaedah barudalam pembelajaran dan pengajaran. Contohnya dengan penggunaan Geometer’s Sketchpaddan kalkulator grafik dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari matematik. Bagi pelajaryang tinggal di asrama kemudahan yang lengkap adalah sangat penting bagi keselesaanpelajar. Tinggal di asrama yang dilengkapi kemudahan dapat menyumbang kepadapencapaian pelajar.6.1 Sumbangan Kerajaan Untuk Memperbaiki Prasarana SekolahKerajaan telah banyak memberi sumbangan untuk memperbaiki prasana sekolah terutamasekali di kawasan luar bandar. Menerusi RMK-9, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM2.3 billion bagi meningkatkan kemudahan serta kelengkapan ICT di semua sekolah seluruhnegara. Setakat ini kira-kira 97 peratus sekolah sudah mempunyai kelengkapan berkenaan(Utusan Malaysia,29 Ogos 2006). Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM310.5 juta bagi mewujudkan kemudahandan prasarana di sekolah luar bandar dan kawasan pedalaman seluruh negara sepanjang tahunini. Keutamaan diberi kepada sekolah luar bandar terutama di kawasan pedalaman Sabahyang sebahagian besar masih lagi ketinggalan khususnya dalam menikmati bekalan elektrikdan air. Bagi mengatasi masalah sekolah-sekolah pedalaman Sabah yang tidak mempunyai 26
  • 27. bekalan elektrik, kementerian akan membekalkan generator. Dengan adanya bekalan elektrik,kita berharap sekolah-sekolah di pedalaman sabah dapat menikmati kemudahan IT samaseperti sekolah di kawasan bandar. (Utusan Malaysia). Manakala, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Terengganu, Haji AhmadSharom Yasin berkata “Projek baru di bawah penyeliaan JPP terbahagi kepada tiga kategoriiaitu membaiki padang sekolah yang memperuntukkan (kira-kira) RM300,000, membaikimakmal dan juga tandas masing-masing memerlukan kos antara RM100,000 hinggaRM200,000”. Penyediaan sebanyak 1,262 makmal komputer khusus di sekolah-sekolah luarbandar menjadi matlamat utama Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2001 untukmempastikan jurang digital antara bandar dan luar bandar dirapatkan (Azizi et. al, 2011). Kerajaan telah banyak menyalurkan dana bagi menyediakan prasarana yang lengkapkepada sekolah-sekolah terutama di kawasan luar bandar. Dengan demikian, diharapkanjurang diantara pencapaian pelajar bandar dan luar bandar akan dikurangkan. Namun, adakahdana yang disalurkan ini berbaloi kerana seperti yang kita lihat tidak ramai guru yangmenggunakan kemudahan ICT dalam pembelajaran dan pengajaran. Terdapat banyak faktoryang ,menghalang penggunaan ICT dalam pnp. Faktor yang pertama adalah kekangan masa.Guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan bahan mengajar atau pun notadari power point, flash dan sebagainya. Selain itu, guru juga mempunyai pengalaman lepasyang negatif semasa menggunakan LCD atau projector di mana mungkin pada masa tersebutalatan tersebut tidak berfungsi dengan baik malah telah melambatkan proses pembelajaran.Hal ini menyebabkan guru lebih gemar menggunakan buku teks sepenuhnya. Guru-guru juga kurang berkeyakinan dalam mengendalikan kemudahan ini keranamereka kurang mahir menggunakannya dan guru-guru juga kurang pengetahuan dalam aspekteknikal kerana tidak diberi peluang mengikuti kursus. Tambahan pula, di sekolahpenggunaan makmal dan bilik media adalah terhad. Di mana guru-guru perlu tempah biliktersebut dari awal supaya tidak berlaku masalah dengan kelas yang lain. Bagi mengatasimasalah ini, pihak sekolah perlu menyediakan kursus di mana guru-guru diajarmengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan emel, blog dansebagainya yang berkaitan melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Guru-guru jugahendaklah dibekalkan modul-modul yang ringkas dan mudah bagi memudahkan pnp. Selain 27
  • 28. itu, guru juga perlu mempunyai semangat dalam memajukan diri dalam mempelajari sesuatuyang baru.6.2 Persekitaran Sekolah SelamatMenurut pengerusi Niosh, Tan Sri Lee Lam Thye konsep ``sekolah selamat tidak seharusnyaterbatas kepada masalah disiplin, jenayah, ancaman kepada pelajar, membuli dan sikapgengster semata-mata, tetapi juga perlu meliputi aspek keselamatan bangunan, peralatan dankemudahan sekolah. Kementerian Pelajaran pada bulan September 2004 memaklumkanuntuk menutup lebih 60 sekolah rendah dan menengah yang dikatakan tidak selamat keranapelbagai masalah seperti dinding dan tiang retak, sistem pendawaian lama, kebocoran dibahagian bumbung dan siling serta masalah anai-anai (Shamsiah et. al, 2005) Kejadian rogol, cabul, gangsterisme, dan membakar sekolah oleh pelajar yangsemakin menjadi-jadi isu yang hangat diperkatakan. Setiap hari terdapat sahaja laporanakhbar menceritakan tentang keselamatan pelajar. Di Ipoh, pada 1 Julai 2004, seramai 19orang pelajar Sekolah Menengah Gunung Rapat dekat sini, cedera selepas satu paip gas dimakmal sains sekolah itu meletup. Pada awal Februari 2005 kita dikejutkan mengenaiseorang pelajar tingkatan 5 MRSM Pendang Kedah Mohd Zaki Shukri patah tulang rusuk danlebam di badan selepas di pikul oleh lima rakan di asrama. Pada bulan Julai pula seorangpelajar sekolah agama di Kuantan (Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin) telah dibelasahpelajar senior di asrama dan mengalami kecederaan serius iaitu hampir lumpur akibatkecederaan di tulang belakang. Baru-baru ini, seorang guru dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina telahmeninggal dunia akibat jatuh dari tingkat atas bangunan sekolah yang lantainya telahdimakan anai-anai. Di Rembau, seorang pengawal keselamatan telah merogol seorang pelajarperempuan tingkatan 5 di sebuah kelas kosong, 16 April 2012. Tahun lalu, sebanyak 434 keskeracunan makanan dilaporkan di seluruh negara dan daripada jumlah itu 146 kes dilaporkanberlaku di 135 buah sekolah. Ekoran dari kes-kes yang telah berlaku adakah sekolah dapatmenyediakan persekitaran yang selamat kepada penghuni yang ada di dalamnya keranakebanyakan masa pelajar dihabiskan di sekolah. Rajah 1.0 : Model Sekolah Selamat 28
  • 29. Keluarga Sekolah yang Masyarakat yang yang selamat Sumber: National Education Association (1996). Safe School Manual. NEA: United States. Hlm.3Rajah 1.0, menunjukkan bahawa sekolah yang selamat dipengaruhi oleh keluarga danmasyarakat yang selamat. Selalunya, kita lihat pelajar yang lemah melakukan kesalahandisiplin di sekolah. Hal ini mungkin disebabkan pelajar tersebut lahir dari keluarga yangbermasalah atau pun dari latar belakang masyarakat yang bermasalah. Apa yang penting disini adalah didikan keluarga amat penting untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin keranabak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.6.3 Cara Untuk Memastikan Persekitaran Sekolah SelamatPersekitaran sekolah yang selamat boleh dihasilkan dengan kepemimpinan yang berkesanterutamanya dari pentadbir sekolah iaitu pengetua. Pengetua berperanan penting dalammemastikan keadaan sekolah berada dalam keadaan yang terkawal. Beliau hendaklah tegasdalam melaksanakan tugas, adil dan tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah denganbaik tanpa ada pihak-pihak yang tersinggung. Sekolah juga bertanggungjawab dalammenyediakan prasarana dan kawasan sekolah yang selamat. Contohnya, sekolah perlumenyediakan tempat berkumpul yang selamat bagi para pelajar yang sampai pada awal pagisebelum permulaan kelas dan tempat menunggu kenderaan untuk sebelah petang selepas sesipersekolahan. Sekolah juga perlu membersihkan semak samun di kawasan laluan pelajar supayapelajar berasa lebih selamat dan terbuka. Selain itu, bagi mempertingkatkan mutu disiplindikalangan pelajar guru-guru hendaklah menekankan disiplin dalam bilik darjah. Guru-guruhendaklah bersikap tegas apabila berhadapan dengan pelajar terutama kepada pelajar yangmempunyai masalah disiplin supaya pelajar berasa hormat terhadap guru serta secara tidaklangsung dapat mengurangkan salah laku pelajar. Selain itu, penting bagi sekolahmewujudkan hubungan dengan keluarga dan masyarakat. Contohnya, dengan adanyamesyuarat PIBG dapat mendekatkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa pelajar danmasyarakat. 29
  • 30. Dengan demikian, pihak sekolah dapat berkongsi masalah yang dihadapi bersama ibubapa dan masyarakat serta dapat berbincang bagaimana untuk menyelesaikan masalah yangdihadapi sekolah bersama. Cara lain bagi memastikan persekitaran sekolah selamat adalahdengan menekankan perhubungan yang positif antara pelajar dan guru. Hubungan yang mesraantara pelajar dan guru dapat menghasilkan suasana yang menyeronokkan dalam pnp. Hal inisecara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam pelajaran dan juga dapatmenghalang konflik antara guru dan pelajar yang boleh membawa kepada masalah disiplin. Disiplin yang baik dapat diwujudkan dengan zero defect dalam semua aktiviti pelajariaitu tiada masalah dalam pnp, tiada konflik, tiada perlanggaran disiplin, tiada masalahkeceriaan sekolah dan sebagainya(Mok Soon Sang, 2009). Kesimpulannya, iklimpersekolahan yang kondusif dan selamat adalah sebuah sekolah yang dikelolakan denganbaik, elok dipandang dan teratur susunannya.7.0 KESIMPULANSehingga tahun 2010, terdapat sebanyak 60 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), 120 buahSekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dan 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) diseluruh Malaysia. Konsep SBT diperkenalkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak,unik dan menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Tradisi budaya kerja tinggi dancemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusanakan meningkatkan daya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihanmasyarakat ialah aset utama SBT. Pada tahun 2012, Malaysia dijangka mempunyai 100 buahSBT (Laporan Tahunan KPM, 2010). Berdasarkan data tersebut, jumlah ini hanyalah 1%daripada jumlah sekolah-sekolah di Malaysia di mana jumlah sekolah di Malaysia pada bulanMei 2012 ialah sebanyak 10,019 buah. Ini menunjukkan taraf kepemimpinan pengetua-pengetua / guru besar di Malaysia masih tidak memuaskan dan belum mampu membawasekolah masing-masing ke arah kecemerlangan seperti yang di harapkan oleh KPM. Isu kepimpinan pendidikan dan pengurusan pendidikan bukanlah merupakan suatu isuyang lapuk walaupun telah lama dibincangkan oleh pakar-pakar pendidikan. Ini adalahkerana, sebuah sekolah yang berkesan dan cemerlang selalunya diterajui oleh seorang gurubesar atau pengetua yang berkesan dan cemerlang. Keberkesanan dan kecemerlangan mereka 30
  • 31. seharusnya di dasari oleh kemampuan dan keupayaan untuk menangani isu-isu kepimpinandan pengurusan secara berkesan dan cemerlang. RujukanAbu Bakar Nordin & Ikhsan Othman . 2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum . Tanjong Malim: Quatum Books.Abd Ghani dan Tang Keow Ngang. 2006. Motivasi Guru dan Pengurusan Budaya Kolaboratif Pengurus Pendidikan Wanita: Jurnal Pendidikan. (31), 97 – 105.Abdul Shukor Abdullah. 2004. Ucap utama Seminar Nasional Pengurusan & Kepemimpinan Pendidikan ke 12. Kertas Kerja Seminar Nasional Nasional Pengurusan & Kepemimpinan Pendidikan ke 12. Anjuran Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia. Genting Highlands, 14-17 Julai.Azura Mohd Nor . 2004. Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kepuasan Kerja Guru Dalam Bidang Teknik dan Vokasional Berdasarkan Teori Maslow di Sekolah Akademik di Daerah Pasir Puteh, Kelantan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.Azizi Hj Yahya, Nordin Hj Yahya dan Sharifudin Ismail. 2004. Tingkah laku Kepimpinan Pengetua dan Hubungannya dengan Tekanan Kerja dan Keberkesanan Organisasi di Beberapa Buah Sekolah Terpilih Di Negeri Sembilan.http://eprints.utm.my/2353/1/AziziYahaya_Tingkah_laku_Kepimpinan_Pengetua_dan_T ekanan Kerja.pdfAzizi Yahaya & Nurfaizah Abd. Majid. 2011. Hubungan Antara Budaya Formal Sekolah Dan Gaya Pembelajaran Pelajar Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah. Journal of Educational Psychology and Counseling, volume 2, Jun 2011, Pages 78-112/ISSN: 2231-735X. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.Chan Kah Yein, Judith Mousley. 2005. Using Word Problems in Malaysian Mathematics Education: Looking Beneath The Surface ,Inti College Subang Jaya, Malaysia & Deakin University, AustraliaDay, C., Harris, A., Hadfield, M., Tolley, H. & Beresford, J. 2000. Leading Schools In Times of Change. Milton Keyres: Open Universiti Press.Fiore, D. 2000. Positive School Culture : The Importance Of Visible Leaders. Contemporary Education 71(2): 11-13Gable, R.A. 2004. Assessing Professional Collaboration in Schools: Knowing What Works. Preventing School Failure. 48(3): 4 – 8.Hussein Ahmad. 2001. Kesepaduan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan: Keperluan dan Tuntutan. Ucap Utama Seminar Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Nasional ke 9.Anjuran Institut Aminuddin Baki. Genting Highlands, 1-3 Ogos. 31
  • 32. Hussein Mahmood. 2008. Kepimpinan Dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan PustakaIshak Sin. 2007. Mengurus dan Memimpin Sekolah. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan. Isu-Isu Pendidikan Negara Ketiga:Dasar da Pelaksanaan .Anjuran Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. 13-14 FebruariIshak Md Shah dan Mastura Mahfar. 2007. Impak Tingkah Laku Kepimpinan Transaksi dan Tranformasi Pengetua keatas Tingkah Laku Kerja Guru-Guru. http://repo.uum.edu.my/1736/1/IMPAK_TINGKAH_LAKU_KEPIMPINAN_TRANSA KSI.pdfInstitut Aminuddin Baki. 2004. Amalan Pengurusan dan Kepemimpinan Terbaik Di Sekolah Cemerlang. Institut Aminuddin Baki: Kementerian Pelajaran MalaysiaJainabee Mohd Kassim dan Robiah Sidin. 2005. Budaya Organisasi Maktab di Malaysia: Yang Sedia Ada dan Yang Diingini. Jurnal Pendidikan Universiti Malaya. Vol 5, No 1.Johnson, B.L . 2003. Teacher Collaboration: Good for some, not so good for others: Journal of Educational Studies. 29 (4): 337 – 349.Jemaah Nazir Sekolah 2001. Pernyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (SKTP). Kuala Lumpur: Jemaah Nazir SekolahJames, A.J. & Balasandran, R. 2009. Kepimpinan Instruksional: Satu Panduan Praktikal. PTS Professional Publishing : Kuala Lumpur.Laporan Audit Sekolah Tahun 2001. Dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Kementerian Pelajaran Malaysia. Bil.2Laporan Tahunan Kementerian Pelajaran Malaysia 2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.Lim Chap Sam, Cultural Differences and Mathematics Learning in Malaysia, School of Educational Studies, University of Science Malaysia,Penang, MalaysiaLokman Mohd Tahir, Hamdan Saad, Rosni Zanuddin, Sanitah Mohd Yusof. 2008. Analisis Kepemimpinan Pengetua Sekolah Menengah Di Johor. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi MalaysiaMc Ewan, E.K. 2003a. Seven Steps To Effective Instructional Leadership. Corwin Press Inc.Thousand Oaks, California.McNulty,B., Walters,T. & Marzato, R. 2005. School Leadership That Works:From Research to Result. Virginia: Association For Supervision and Curriculum Development.Muhyiddin Yassin. 2010. Ucapan Perasmian Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Cemerlang Ketiga. Anjuran Institut Aminuddin Baki. Bernama . 02 November.Noor Hashimah Hj Hassan. 2000 . Perkaitan Antara Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Tahap Motivasi Guru: Tinjauan di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Segamat. Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana Pendidikan.Noraini Idris. 2005. Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur.Utusan Publication& Distributor.Othman B. Md. Johan & Lukman Bin Dinyati. 2007. Persepsi Guru-Guru Pendidikan Islam Terhadap Penggunaan ICT Untuk Tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Di Daerah Kluang. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. 32
  • 33. Pusat Perkembangan Kurikulum. 1991. Pengesanan Budaya Sekolah. Jurnal Pendidikan 35(75):30-40Rusni Mohd. Nor. 2005. Perkaitan Antara Budaya Sekolah Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di Negeri Sembilan. Thesis Ijazah Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan MalaysiaShamsiah, Shahrulbanun & Azaiah. 2005. Konsep dan Perlaksanaan Sekolah Selamat. Seminar Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM.Shahril@Charil Marzuki. 2002. Ciri-ciri Kepemimpinan Pengetua/Guru Besar yang berkesan yang dapat menghadapi cabaran dan harapan pada abad ke 21. Jurnal Pengurusan & Pendidikan Institut Aminuddin Baki. 10(02):1-17Shields, C. 2005. School Leadership in the 21st Century: Broading The Base. Connecticut: Information ASC PublishingWoo Yoke Ling . 2007. Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Sekolah-Sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor Darul Takzim. Universiti Teknologi Malaysia: Ijazah Sarjana Pendidikan.Yaakob Daud. 2007. Budaya Sekolah Rendah: Hubungannya dengan Kepemimpinan, Komitmen Organisasi dan Pencapaian Akademik. Thesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia. 33