Artikel pelukis negara
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Artikel pelukis negara

on

  • 15,062 views

 

Statistics

Views

Total Views
15,062
Views on SlideShare
15,061
Embed Views
1

Actions

Likes
2
Downloads
264
Comments
0

1 Embed 1

http://www.slideshare.net 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Artikel pelukis negara Artikel pelukis negara Document Transcript

  • • ‘Semangat Ledang’ 2003, Akrilik atas kanvas Syed Ahmad Jamal, Dato’ (b. 1929-) Muar, Johor Dato Syed Ahmad Jamal mendapat pendidikan awal di Johor dan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara. Karyanya banyak membicarakan tentang isu global serta membongkar akar umbi seni bangsa. Karya ini merupakan aspirasi pelukis berasaskan siri Gunung Ledang yang menjadi simbol dan lagenda negara dari aspek alam semulajadi dan alam sekitar. Karya ini turut menyentuh tentang zaman pemerintahan Negeri Melaka yang masyhur dengan watak hang Tuah, Puteri Gunung Ledang, dan Tun Mamat. Lukisan ini menyarankan kebangkitan semangat muda dalam proses pemerintahan negara.• ‘Musim Buah’ 1968. Batik Chuah Thean Teng, Dato’ (b. 1912 ) Fujian, China Dato Chuah Thean Teng telah memperkenalkan lukisan batik di negara ini bermula pada tahun 1950-an dimana usaha beliau telah menaikkkan taraf lukisan batik daripada seni tekstil kepada seni moden. Beliau gemar melakar kehidupan rakyat Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar. Musim buah merupakan situasi yang sinonim dengan negara kita yang mewah dengan buah-buahan tempatan. Subjek wanita dan kanak-kanak, atau ibu dan anak tampak begitu mesra berkongsikan buah rambutan. Ini merupakan gambaran tentang perlunya kasih sayang diwujudkan samada sesame insan mahupun kepada alam sekeliling.• ‘Pago-pago’ 1965. Cat minyak atas kanvas, Abdul Latiff Mohidin (b. 1938 ) Lenggeng, Negeri Sembilan Pelukis yang berkelulusan dari Berlin ini mempersembahkan gaya Ekspesionis Jerman tetapi berinspirasikan seni suku kaum ‘Oceanic’ dari wilayah Pasifik ketika berada di Berlin Museum of Antropology and Oceanic Art. Usaha beliau dalam membentuk identiti artistik dapat dilihat dalam karya ini. Karya ini menggambarkan pemandangan biomorfik tropika dengan gubahan dan stailisasi bentuk flora di samping menyentuh ikonografi kebudayaan serantau.
  • PAMERAN LAHAR JIWAPameran Lahar Jiwa : Karya-karya terkini oleh [recent works by] Fairus Ahmad Yusof, Tengku Azhari TengkuAzizan, Hasanul Isyraf Idris, Kairul Azuwan Ishak, dan Sarudian Mohmin. Pameran berlangsung hingga 30April 2004 di Rumahykp, Ipoh. Waktu pameran : (Isnin - Jumaat) 9.30 pagi - 5.00 petang, kecuali cutiumum [except public holidays].Pameran ini adalah pameran seni yang pertama dijalankan di Rumahykp pada tahun ini. Terima kasihkepada pihak Balai Seni Lukis Negara khusus kepada Ketua Pengarahnya Puan Wairah Marzuki kerana telahmenaja fasiliti untuk pelaksanaan pameran dan juga kepada Redza Piyadasa di atas kesudian beliaumerasmikan pameran. Seramai lima pelukis muda yang sedang membina nama diundang untukmempamerkan bakat serta kreativiti mereka di dalam pameran ini. LAHAR JIWA mewakili gelodak hatiseniman yang senantiasa bertarung untuk menempuhi perjalanan seni mereka yang masih jauh dan penuhkemungkinan."Kemungkinan-kemungkinan yang berlaku daripada pengalaman ini dikutip dan difailkan sebagai rujukan dirikepada pernyataan proses hidup untuk melihat semula kemungkinan-kemungkinan yang lain sama adapasti, benar atau realitinya. Bagaimana untuk menerimanya sebagai sebahagian daripada kehidupan andaatau hanya sekadar menjenguknya secara sedar atau sinis"Kenyataan tersebut telah diangkat dari karya Fairus Ahmad Yusof yang bertajuk Semangat Diri; Lahar JiwaYang Merata. Karya bersifat instalasi (seni pemasangan) yang mempersoalkan tentang pengalaman hidupyang dikutip sudah pasti mendewasakan setiap individual tersebut. Mencapai satu tahap walaupun sedikit. Ia(walaupun tanpa disedari) telah mengubah persepsi diri dalam mengadaptasi sesuatu. Beliau yangmelakarkan wajah-wajah dirinya sengaja membiarkan karya tersebut di bawah terik mentari dan hujansupaya dimamah keadaan serta waktu. Secara peribadi beliau berpendapat bahawa perubahan yang terjadibukanlah sesuatu yang dirancang, sebagaimana sebuah realiti kehidupan dan esok bukan satu kepastian.Seangkatan dengan Fairus Ahmad Yusof, Tengku Azhari Tengku Azizan yang baru sahaja menamatkanpelajaran lanjutan beliau di Australia dan kini bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM),turut menampilkan karya yang agak unik dari kebiasaan.Tengku Azhari, melalui karyanya yang bertajuk New Adventures in Hi Fi>the answer to Micheal StipesMisinterpreted proclamation cuba bermain dengan proses pendengaran manusia. Dengan menggunakansystem audio, audien diundang (atau atas rasa ingin tahu) mendengar melalui headphone yang disediakandan menghayati bunyi-bunyian yang dihasilkan sendiri olehnya. Karya tersebut yang berfungsi mencetuspengalaman bunyi dalam diri mampu menghasilkan imajan yang pelbagai berdasarkan pengalaman masing-masing. Signifikan dari segi estetik yang dihasilkan dari bunyi elektronik yang diubahsuai akanmempamerkan keindahan tersendiri, mengandungi kepelbagaian kapasiti dalam menghasilkan visual.Sifat sensitiviti dan keperihatinan yang menebal terhadap alam sekitar amnya merupakan tema utama yangdibawa oleh Sarudian Mohmin dan Khairul Azuwan Ishak. Sarudian Mohmin cuba menampilkan imajanberdasarkan memori beliau semasa kecil. Imej hidupan air telah dilakar secara semi abstrak dan diaturdengan komposisi yang menarik. Khairul Azuwan Ishak pula lebih senang melukis imej dedaunan dalam SiriDaun Keringnya. Beliau yang mahu berinteraksi secara terus dengan audien menegaskan bahawa, "cahaya,bentuk, suasana, jalinan dan warna alam sentiasa memberi kesan yang mendalam yang tidak ternilaiharganya"Hasanul Isyraf Idris pula mempamerkan dua karya sirinya yang bertajuk Siri Selak #6 dan Siri Selak #29dalam Pameran Lahar Jiwa ini. Imej gunting yang mendominasi keseluruhan karya menimbulkan perasaantertanya-tanya para pemerhati yang rata rata mengaitkan karya tersebut dengan peribahasa melayu lamaiaitu, "seperti gunting dalam lipatan. Bagaimanapun, pendapat itu makin relevan dengan teknik selak padapermukaan kanvas dan penyataan artis itu sendiri, " ketrampilan luaran tidak semestinya menjamin nilaidalaman yang sebenar"Pada pameran ini, audien dihidangkan dengan kelainan bentuk, aliran dan pemahaman dalam penghasilankarya seni. Kepelbagaian ini dapat dilihat pada setiap karya yang menampilkan medium yang berbeza antarasatu sama lain seperti instalasi, new media dan lukisan konvensional. Namun, perbezaan medium tersebuttidak menjarakkan atau mendominasikan setiap karya yang terpamer malah karya tersebut dapat memberiimpak atau pengertian yang agak mendalam pada audien berdasarkan konsep tema artis terlibat.
  • ARKIB : 28/04/2008Imej seni Malaysiadi TokyoOleh Azman IsmailRITUAL keagamaan (Buddhismedan Shintoisme) merupakan SUZLEE bersama pelukis veteran Jepun,salah satu daripada faktor Yasumichi Fukawa di pameran Arts For Earth Aidestetika yang mendorong di Taito Hall, Tokyo, baru-baru ini.terjadinya perubahan corakdalam seni lukis tradisional dan sebahagian kontemporari Jepun.Nilai-nilaiagama tersebut menjadui acuan untuk mengatur tingkah laku kehidupansosial, pembentukan nilai serta etika yang seterusnya menjadi elemen utamakerja-kerja seni para pelukisnya.Oleh itu, karya-karya lukisan tradisional pada asasnya memuatkan ajaranmoral, nilai-nilai spiritual, dasar metafizik, ekspresi dan kualiti material yangterdapat di alam ini.Oleh itu, dalam setiap karya tradisionalnya mempunyai keseimbangan tujuhkarateristik iaitu fukinsei (asimetri), kanzo (sederhana), kokou (esensi),Shizen (kewajaran), yuugen (bermakna), datsuzoku (bebas dari ikatan) danseijaku (keheningan).Masyarakat Jepun tradisional telah meletakkan seni lukis sebagai mediumuntuk memenuhi keperluan integriti untuk mengungkapkan rasa keindahan,bersifat universal dan tidak mengenal status, waktu serta tempat.Nilai-nilai ini menimbulkan kekaguman tersendiri terhadap karya-karya lukisanJepun yang sarat dengan nilai falsafah dan spritual. Lukisan-lukisan pelukisnegara itu pada abad yang ke-19 misalnya pernah menjadi inspirasi kepadaramai pelukis terkenal dunia.Salah seorang daripadanya inilah pelukis agung Belanda, Vincent van Gogh(1853-1890). Beliau melahirkan beberapa karya yang dipengaruhi oleh karya-karya cetakan kayu dan gaya lukisan Jepun yang mengkagumkan.Karya-karyanya seperti Potrait of Pere Tanguy (1887) dan Japonaiserie:Oiran (1887) oleh Van Gogh jelas menunjukkan pengaruh gaya seni itu yangmenebalkan.
  • Negara Jepun sememangnya terkenal dengan karya-karya cetakan kayunya,sehingga memberi pengaruh yang besar kepada perkembangan seni lukisdunia pada suatu ketika dahulu.Karya-karya seni yang dihasilkannya sangat halus dan tinggi mutunya, initerlihat pada seni visual oleh Utagawa Hiroshige yang bertajuk Great Bridge(1857) ataupun Katsushika Hokusai, The Great Wave (1820an).Untuk memberi pendedahan kepada pelukis Malaysia, Japan Malaysia WorldArts & Culture Exchange telah membawa lapan pelukis terkenal Malaysiadalam satu satu pameran yang berlangsung di Taito Hall, International TradeCentre, Tokyo, Jepun, baru-baru ini.Pameran Arts For Earth Aid tersebut dirasmikan oleh Duta Malaysia keJepun, Datuk Radzi Abdul Rahman. Sebanyak 650 buah karya telahdipamerkan pada pameran selama lima hari tersebut. Ia merupakan kerjaoleh 300 pelukis Jepun dan tujuh pelukis Malaysia.Pelukis-pelukis Malaysia yang mengambil bahagian dalam pameran tersebutialah Suzlee Ibrahim, Amirudin Ariffin, Aris Aziz, Azmi Aris, Abu Bakar Idrisdan Zaim Darulaman dan Jack.Suzlee, pelukis abstrak negara yang sinonim dengan Movement Series iaituSuzlee Ibrahim mempamerkan tujuh buah karya yang dihasilkan khas untukpameran ini iaitu siri Waiting for Sakura yang menggunakan médium akrilikdan cat minyak di atas kanvas.Sesungguhnya, Waiting for Sakura mempunyai makna yang tersendiri. Iasebuah simbol dan keterujaan Suzlee sebagai pelukis menyelami keindahanbunga sakura yang belum pernah dilihat secara dekat sebelum ini.Gejolak rasa dan keterujaan yang memenuhi jiwa itu diluahkan dengangarisan gestural yang spontan dan bersahaja yang menghidupkan watakpada setiap karya.Kekaguman dan keterujaan terhadap sakura diberi makna yang tersendirimelalui gerakan-gerakan berus yang kasar dan kadang-kadang menciptaruang melankolik tersendiri pada kanvas.Wujud kesimbangan yang luar biasa antara romantika dan keghairahan yangluar biasa dalam menanggapi persoalan mengenai keindahan sakura yangdigambarkan pada kanvas tersebut.
  • Keindahan sakura itu juga akan menjadi subjek utama pada pameran solonyayang ke-15 yang akan diadakan di sebuah galeri di Kuala Lumpur, tidak lamalagi.Abu Bakar Idris pula mempamerkan karya siri terbaru iaitu Cap Sai Cin.Sebanyak 6 buah karya dari siri tersebut yang menggunakan medium akrilikdi atas kanvas dipamerkan.Karya semi abstrak tersebut menggabungkan imej tumbuhan ubat-ubatantradisional Melayu sebagai motif penting yang mengisi komposisi dalam ruangpada dada kanvas.Warna malap dan kelam digunakkan bagi menghidupkan suasana mistikdalam karya. Sedikit tekstura dimasukkan pada komposisi tertentu karya agarpermukaan kanvas tampak pelbagai dan tidak terikat pada permukaan yangrata sahaja.Seperti kebiasaannya, Zaim Darulaman pula menggunakan imej perahu ataubot sebagai subjek utama karyanya yang didasarkan pantun bahari Melayutradisional.Karya beliau mempunyai warna yang menarik dengan kepelbagaian warna.Penggunaan warna terang seperti merah dan hijau menjadikan setiapkaryanya sebagai titik tumpuan untuk berkomunikasi dengan khalayak.Sementara itu, Arts For Earth Aid merupakan lanjutan kepada pameranJapan-Malaysia World Arts & Culture Exhibition for Friendship in 2007 yangtelah diadakan di Balai Seni Lukis Negara pada 28 Julai 2007.Ia antara lain merupakan kerjasama antara World Arts & Culture ExchangeMalaysia-Japan Malaysia Association, Tourism Malaysia, Persatuan SeniLukis Kotemporari Malaysia (MCAA), Persatuan Homestay Malaysia,Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Balai Seni Lukis Negara.ARKIB : 18/01/2009Apresiasi seni batik Teng
  • Pameran Teng : An Appreciationyang kini sedang berlangsung diBalai Seni Lukis Negara (BSLN)Kuala Lumpur memberikan satupengalaman baru tentangbagaimana eksplorasi terhadapseni tampak tradisi yang rapatdengan budaya Melayu. Batikadalah suatu yang sangat akrab PLAYING Congkak, 1986.dengan adat dan budaya Melayuserantau. Goresan batik sangat unik dan tersendiri.Kalau dalam seni tampak Cina, lukisan berus Cina memiliki identiti yang rapatdengan seni dan tamadun budaya Cina, batik adalah manifestasi seni tampaktradisional Melayu. Tetapi batik juga menjadi suatu yang cukup impresifapabila diberi pengolahan modenisme dan kontemporari. Inilah yangdilakukan oleh Datuk Chuah Thean Teng yang membawa nuansa batik padakarya lukisannya sejak setengah abad lalu.Teng nama yang dibawa ke seluruh pelosok dunia memanfaatkan seni batiksebagai asas karyanya yang diolahkan dengan gaya yang lebih kontemporariserta mengangkat elemen yang ada dalam budaya setempat. Karya yangdipamerkan dalam Teng : An Appreciation sangat jelas memperlihatkanbagaimana pelukis ini merentasi satu pengalaman yang menarik.Teng yang dilahirkan di China tahun 1912 tetapi dalam direktori seni lukistempatan dan antarabangsa, Teng dikenali sebagai Bapa Lukisan Batikterunggul. Elemen budaya khususnya Melayu yang dilihat pada sekelilingnyadiangkat menjadi subjek yang sangat dominan dalam lukisannya.Hampir semua lukisan yang dipamerkan di pameran ini menunjukkansensitiviti Teng terhadap budaya dengan mengeksploitasi sebaik mungkinlukisan batik. Beberapa lukisan dengan jelas Teng memberikan satupersembahan khususnya penciptaan figura yang kompleks serta permainanwarna yang begitu harmoni.Malah sebahagian besar karya lukisan batik ini memberikan tumpuan kepadamasyarakat di luar kota di mana figura serta aktiviti budaya menjadi subjekpenting yang diselarikan dengan kedudukan batik dalam masyarakat Melayu.Maka karya lukisan Teng dalam konteks dunia adalah satu manifestasibudaya Melayu yang disampaikan menerusi seni batik.
  • Menghayati karya -karya Teng sangat melekakan. Walaupun lukisan-lukisanini menjadi satu realisme magis yang bukan lagi realiti tetapi pengamatanpelukis sangat dekat dengan budaya Melayu di sekelilingnya. Ini menjadiidentiti sekaligus memperlihatkan karyanya datang dari negara ini.Teng sebenarnya seorang pelukis milik kita yang sudah mencipta nama diseluruh dunia. Sejak penghujung dekad 1950-an lagi beliau memberikantumpuan kepada seni kraf batik yang digubah secara penuh seni menjadikarya lukisan. Gaya karya lukisan awalnya banyak dipengaruhi oleh karya-karya Picasso tetapi kemudian beralih kepada Paul Gauguin. Tengmemulakan pameran solo pertamanya di Pulau Pinang tahun 1955 denganmemperagakan batik sebagai satu gayanya.Pameran pertama ini memancarkan satu ledakan yang bukan kecil kepadaTeng, beliau sangat konsisten dengan pameran-pameran solo seterusnya keKuala Lumpur, Singapura dan melangkah jauh ke seluruh pelosok dunia.Menikmati karya-karya Teng seumpama kembali ke kampung halaman. Adafigura yang memberikan kesan nostalgik kepada kita tetapi penghayatan yangberbeza. Semua ini mengingatkan kepada keunikan batik yang sebenarnyatidak pernah luput ditelan zaman. Batik adalah seni kraf Melayu nusantaradan pengabdian Teng kepada batik suatu yang sangat murni.Teng datang ke Pulau Pinang ketika berusia 18 tahun dan selepas berkerjadalam pelbagai bidang, akhirnya beliau memilih menjadi pelukis dan menjadiantara pengasas Penang Art Studio tahun 1960-an. Pameran solonnya yangpertama di BSLN ialah pada 1965 selepas nama Teng mengharum dalamdunia seni lukis negara ini.UNICEF pernah memilih karya lukisan Teng, Two of a Kind tahun 1968 untukdicetak pada kad-kad ucapan dan menjadi rakyat Malaysia pertama yangdiberikan penghormatan setinggi itu.Karya yang dipamerkan di BSKL hingga Februari 2009 antara yang terbaikpernah dihasilkan. Hanya sebahagian kecil saja dimuatkan dengan lukisanberus Cina karya Teng tetapi figura dan alamnya adalah diangkat daripadalandskap budaya Melayu negara ini. Semua lukisan yang dipamerkan ini tidakada yang membawa landskap kebudayaan Cina dan ini barangkalimemperlihatkan kecintaan yang tidak berbelah bagi kepada negara ini.Beliau menggali dan mengangkat seni kraf batik dengan suntikan yangekspresionisme, modenisme dan abstrak. Ini adalah sumbangan besarmembawa satu akar tradisi Melayu ke dunia antarabangsa.- Ku Seman
  • ARKIB : 14/05/2007Tiga Alam memori perjalanan kanvas AnakAlam
  • Oleh Azman IsmailPERANAN kelompok Anak Alam dalamperkembangan seni tanah air sejak awal1970-an tidak dapat dinafikan. Merekalah TIGA pelukis kelompok Anak Alam iaitu Anuar Rashid (paling kiri),yang bertanggungjawab Yusuf Gajah dan Mustapa Ibrahim selepas majlis perasmian pameran Tiga Alam di Pasar Seni, baru-baru ini.memperkembangkan bidang kesenian dankebudayaan terutama di sekitar ibu kota.Tercatat beberapa nama yang cukup sinonim dengan pelbagai genre seni tanah air. Antaranya ZainonIsmail, Pyanhabib, A. Ghafar Ibrahim (penyair), A. Latiff Mohidin (seni tampak), Johan Jaaffar sertaKhalid Salleh (teater) dan ramai lagi.Kelompok Anak Alam mewakili satu kumpulan pengiat seni masyarakat bawahan yang berkarya keranaminat dan tanggungjawab terhadap kebudayaan masyarakatnya.Segala-galanya diluahkan menerusi seni. Mereka berbicara tentang politik melalui catan. Menulistentang kemanusiaan serta sosioekonomi dengan tinta kreatif atau mendiskusikan perilaku sosial dipentas teater.Menerusi seni kelompok itu bersungguh-sungguh mengisi kekosongan seni tanah air yang ketandusanpenggiat terutama pada dekad pasca 13 Mei 1969 ketika pemimpin pelbagai kaum berusaha gigihmewujudkan sebuah integrasi melalui politik, ekonomi dan sosial.Antara tahun 1973 hingga 1984, Anak Alam berpusat di sebuah banglo di Jalan Sultan Ismail, KualaLumpur. Kini bangunan tersebut sebahagian daripada kampus baru Akademi Seni dan WarisanKebangsaan (Aswara).Mereka adalah seniman rakyat yang menyuarakan pendapat dan rasa hati tanpa mengira tempat.Bahkan, sering terdapat penyair-penyair Anak Alam pada dekad itu yang membaca puisi di bawahsinaran lampu jalan.Memori silamBaru-baru ini, pameran Tiga Alam yang berlangsung di The Annexe, Pasar Seni, Kuala Lumpurmengembalikan memori silam dan pahit getir perjalanan anak-anak seni tanah air.Ia merupakan pameran bersama tiga pelukis daripada dua generasi yang berbeza kumpulan Anak Alampada dekad 1970-an dan 1980-an iaitu Yusof Ismail (Yusof Gajah), Mustapa Ibrahim dan Anuar Rashid.Selepas 27 tahun dalam Anak Alam mereka terus berkarya dan memperjuangkan imej seni tampakMalaysia yang merupakan perspektif visual tentang masyarakat, sosiaobudaya, politik dan sebagainya.
  • Gaya dan corak asal ketika berada dalam Anak Alam tidak berubah dalam karya ketiga-tiga pelukistersebut. Kalau ada pun ia cuma sekadar pembaharuan atau eksperimen ketiga-tiga pelukisnya.Mustapha yang dianggap sebagai salah satu ikon seni tampak Anak Alam pada dasarnya masihmengekalkan gaya serta konsep catan yang dimulakan sejak 1974.Ciri-ciri arca yang menghubungkan antara gestural dan geometri tanpa mewujudkan imejan padakanvas cuma diperkemaskan dengan sedikit sentuhan baru terutama catan.Yusof Gajah pula merupakan ikon dalam genre seni naive di negara ini. Setiap karyanya merupakanpaparan tentang gajah yang diberi sentuhan atau perspektif kanak-kanak.Beliau lahir di Anak Alam pada dekad 1970-an. Bermula pada detik itu, gajah menjadi subjek yangsinonim dalam semua karyanya. Namun, ia tidak lahir begitu sahaja.Gaya itu merupakan kombinasi bakat dan pendidikan formal dalam seni catan yang ditekuninya diSekolah Seni Rupa Indonesia, Yogjakarta.Bagi Yusof, gajah sebenarnya hanya subjek untuk menceritakan pelbagai persoalan yang ada disekitarnya. Ia kadang-kadang menceritakan tentang manusia, politik dan kemanusiaan.Memang di satu sisi, ia hanya sebuah pandangan surealis dan fantasi tetapi pada masa yang samamerupakan sebuah imej pemberontakan terhadap apa sahaja yang dianggap ‘mengecewakan’.Siri Elephantoidea misalnya mengupas banyak isu yang berada disekitarnya tetapi pada masa yangsama ia juga sebuah dongeng atau fantasi untuk hiburan.Yusuf melihat fantasi dan dongeng itu kadang-kadang mewarnai hidupnya untuk melangkah kehadapan atau proses kematangan.Generasi mudaSementara itu, Anuar Rashid merupakan antara ‘generasi muda’ dalam Anak Alam. Beliau lahir dalamkelompok itu pada hujung dekad 1970-an ketika kumpulan itu berada pada era transisi.Dalam erti kata penglibatannya ketika beberapa tokoh lama dalam Anak Alam tidak lagi aktif untukberkarya secara berkelompok kerana keluarga dan sebagainya.Anuar mendapat pendidikan formal dalam bidang seni tampak dari Universiti Teknologi Mara (UiTM)dan mulai menyertai kelompok tersebut pada dengan siri pertamanya Kelahiran Inderaputra (1978).Dari aspek karya, setiap lukisannya merupakan simbol daripada sebuah perjalanan atau dalampengertian lain, kehidupan itu sendiri merupakan sebuah pergerakan.Pemikiran, deria dan segenap anggota yang terdapat pada tubuh manusia itu sendiri merupakansebuah pergerakan yang hanya mampu ditafsirkan oleh individu tersebut sahaja.
  • Berdasarkan perspektif itu, Anuar berfalsafah pada setiap karyanya. Apa yang tergambar pada kanvasdalam karyanya seperti Phatanum hanyalah gambaran luar mengenai pemikiran dan pengembarantetapi ada makna lain disebaliknya.Beliau tidak memisahkan setiap karya dan kehidupannya. Apa yang digambarkan pada kanvas adalahdetik-detik diri yang bergerak dan sentiasa berkembang.Baginya, setiap orang mempunyai cara atau pendekatan tersendiri untuk menyuarakan tentang hidupatau apa sahaja persoalan.Pada permukaan kanvas, Anuar memaparkan sapuan catan yang harmoni dan lembut dalam satukomposisi yang mengkagumkan. Ia mewujudkan ketenangan bukan hanya kepada pelukisnya tetapijuga khalayak.Sebenarnya, makna pameran Tiga Alam lebih daripada itu. Bukan sekadar melihat dan merenungikarya-karya pelukis veteran yang menempuh pelbagai onak dan duri dalam berkarya.Ia sebenarnya, membawa generasi muda hari ini untuk merasakan betapa kunci memperkasakan seniitu adalah kesungguhan dan keazaman yang kental sebagaimana lahirnya kelompok Anak Alam.