Integrasi nasional

29,559
-1

Published on

0 Comments
9 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
29,559
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
1,138
Comments
0
Likes
9
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Integrasi nasional

  1. 1. 3.0 ISU DAN CABARAN 1: INTEGRASI NASIONAL 3.1 Integrasi Nasional Shamsul Amri (2007) memberikan maksud integrasi sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Noriati A.Rashid (2010) menyatakan integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang,status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai pegangan norma serta mengamalkan kehidupan bersama. Daripada penyatuan yang terbentuk, maka akan wujudlah perkongsian persefahaman dan pemikiran antara kaum di dalam sesebuah negara. Integrasi sebegini merupakan satu proses yang berlaku hasil ikatan batin, iaitu ikatan perasaan antara manusia sendiri. Ia adalah proses kerohanian atau spiritual yang merupakan hasil daripada satu penghayatan di mana akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati, jauh merentasi perbezaan budaya dan kumpulan etnik. Integrasi nasional merupakan satu proses berbentuk abstrak, satu proses penyatuan atau ikatan yang sebati dan berpanjangan (Modul Kenegaraan, 2011: 179-180). Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun (1991) menyatakan bahawa Integrasi Nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Membentuk satu bangsa Malaysia merupakan salah satu cabaran kepada negara walaupun setelah mengecapi kemerdekaan. Ini ialah kerana masalah perkauman tetap menjadi satu isu yang serius dan perlu diambil tindakan dan perhatian. Antara peristiwa yang telah mencetuskan ketegangan antara kaum ialah peristiwa 13 Mei 1969. Ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah
  2. 2. Malaysia. Peristiwa ini telah mewujudkan prasangka, amalan diskriminasidan sikap prejudis dalam kalangan kumpulan etnik yang akhirnyamencetuskan rasa tidak senang dalam kumpulan etnik tertentu. Peristiwarusuhan kaum ini memberi pengajaran yang besar kepada kerajaan untukmengatasi masalah pertembungan antara etnik-etnik di Malaysia. Justeru itu, pada tahun 1970, kerajaan memperkuatkuasakan duaperkara penting iaitu Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru untukmewujudkan keseimbangan di antara kaum-kaum dan memupuk perpaduandalam kalangan rakyat di Malaysia. Bidang pendidikan menjadi teras pentinguntuk menjayakan objektif Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru iaituuntuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini. PemurnianDasar Pendidikan untuk mencapai integrasi kaum berterusan apabilakerajaan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1974 yangbertujuan menyemak kembali Dasar Pendidikan Kebangsaan. Integrasi dan perpaduan kaum yang ingin dicapai oleh kerajaan melaluiDasar Pendidikan berdepan dengan cabaran dan halangan yang besar.Salah satu cabaran utama untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah aspekdalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan keturunanyang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum. Perbezaan inimenyebabkan setiap kaum di negara ini sukar untuk menerima perubahanyang ingin dilaksanakan oleh kerajaan dalam dasar pendidikan, kerana padasangkaan mereka ia melibatkan penerimaan dan pengorbanan iaitu merekaterpaksa menerima unsur kaum lain dan mengorbankan unsur kaum sendiri.Situasi sebegini pasti akan mendapat tentangan daripada pelbagai kaumkerana unsur keturunan, kepercayaan, budaya dan bahasa sudah menebaldalam kaum masing-masing. Justeru itu, bagi mewujudkan integrasi nasional daripada pelbagaikaum di Malaysia, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkanSekolah Wawasan. Konsep Sekolah Wawasan ialah berusaha untukmelahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negaradengan menyatukan sekolah dalam satu sistem pendidikan yang seragam
  3. 3. yang dahulunya terasing antara satu sama lain untuk mewujudkan satupertembungan etnik dalam satu ruang yang sama. Ini bermaksud penggabungan sekolah berkenaan sudah pasti akanmenemukan pelajar kepada satu andaian baru dalam hidup mereka. Iabertujuan untuk mengeratkan perpaduan dan menyatupadukan kaum dalamkalangan pelajar. Walaupun semangat perpaduan dan integrasi antara kaumtelah diberi penekanan sejak murid berada di sekolah rendah lagi, namunpenubuhan Sekolah Wawasan akan lebih mencapai objektifnya keranamurid berbilang kaum dipertemukan di bawah satu tapak persekolahan yangsama.3.2 Kesan Integrasi Nasional Kepada MasyarakatPendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapatdinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangatpenting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan masyarakatyang bersatu padu dan hidup dalam suasana yang harmoni. Integrasinasioanal telah dapat memupuk semangat nasionalisme yang mendalamkepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan warnakulit dalam masyarakat hari ini. Ini dapat dibuktikan daripada interaksi yangbaik yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia baik antara satu sama lainwalaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolahmenengah, para pelajar yang terdiri dengan pelbagai kaum dapat belajardalam satu sekolah yang sama. Tujuan penubuhan Sekolah Wawasan ialah untuk mengeratkanperpaduan yang sudah sedia ada terjalin kukuh dalam masyarakat majmukdi Malaysia. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaumsejak kecil lagi iaitu di bangku sekolah rendah akan lebih memudahkankerana mereka ini masih kanak-kanak yang boleh dilenturkan. Sekolah Wawasan yang menempatkan tiga aliran sekolah yangberbeza di dalam sebuah kawasan akan membolehkan pelajar-pelajar SRJK
  4. 4. menguasai bahasa Melayu. Ini kerana penguasaan bahasa Melayu dalamkalangan pelajar SRJK agak lemah. Implikasinya, dengan adanya interaksipelajar pelbagai keturunan ini telah membuka ruang seluas-luasnya untukmereka berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan. Dalam masayang sama pula, ia membolehkan pelajar memahami budaya, bahasa sertapemikiran rakannya daripada kaum lain. Selain itu, usaha kerajaan untuk mencapai perpaduan melaluikokurikulum di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajiantinggi telah menunjukkan hasil yang positif. Melalui aktiviti kokurikulumseperti aktiviti kebudayaan, keseniaan dan sukan telah menunjukkansemangat perpaduan di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum. Tambahan pula, aktiviti sebegini boleh merapatkan hubungan danmembangkitkan semangat tolong-menolong, semangat setiakawan dansaling percaya-mempercayai di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum yangterlibat. Penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang kokurikulum akanmelahirkan individu pelajar yang berfikiran terbuka dan matang dalamperhubungan dan bersosial dalam masyarakat.3.3 Cara Guru Menangani Cabaran Integrasi NasionalSeseorang pendidik memainkan peranan yang dominan dalammerealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guruialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guruterhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadidisifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan profesional. Berdasarkan kepada garis panduan KPM dan PIPP, peranan gurusebagai Pembina negara bangsa dan modal insan dilaksanakan menerusicara berikut :1) Memperkasakan bahasa kebangsaan2) Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional3) Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa
  5. 5. Justeru itu, bagi melaksanakan garis panduan tersebut, guru perlulahmenangani cabaran integrasi nasional dengan cara menggalakanpenggunaan bahasa kebangsaan di sekolah sebagai bahasa perpaduan.Guru haruslah mengutakan mencintai bahasa Malaysia serta menanamkanrasa cinta itu ke dalam jiwa pelajarnya. Di antara cara untukmemperkasakan bahasa ini ialah dengan mengadakan program-programseperti pertandingan pidato, pertandingan debat dan bahas, Pertandinganmenulis artikel, Minggu Bahasa dan Kebangsaan serta program WacanaIlmu dan lain-lain. Bagi menyempurnakan garis panduan yang kedua iaitu memantapkanperpaduan negara dan integrasi nasional, KPM telah memperkenalkanRancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). RIMUP ialah satuprogram yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para gurudan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas sertapenggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dankepakaran. Justeru itu, guru perlulah menerima cabaran ini dan berusahauntuk memantapkan lagi perpaduan masyarakat di Malaysia. Untuk menangani cabaran Integrasi Nasional, guru perlulah menyemaidan memupuk semangat patriotisme secara berterusan dalam kalanganpelajar. Contohnya, semangat ini boleh dipupuk ke dalam diri pelajardaripada aktiviti perbarisan untuk menyanyikan lagu kebangsaan dan lagupatriotik iaitu ‘Negaraku’. Ianya dapat diaplikasikan ke dalam perhimpunanmingguan di sekolah. Selain itu juga, semangat patriotisme dapat dipupukmelalui sambutan bulan Kemerdekaan yang diadakan di sekolah. Pelajarboleh melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihaksekolah seperti mendeklamasikan sajak, syair, pantun, puisi, penulisankarya kreatif, pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik dan lain-lain.Penyertaan mereka dalam aktiviti yang dianjurkan ini akan meningkatkanserta menyemarakkan lagi semangat cintakan tanah air yang tercinta. Selain itu juga, guru juga boleh memberikan peluang kepada semuapelajar yang terdiri daripada pelajar yang berbilang kaum dan agama untuk
  6. 6. berinteraksi antara satu sama lain dan melibatkan diri dengan semua aktivitiyang dianjurkan oleh pihak sekolah. Contohnya, penglibatan mereka dalamaktiviti kokurikulum seperti Kempen Cintakan Warisan Seni, Kempen KibarJalur Gemilang, Pertandingan Menceriakan Kelas sempena HariKemerdekaan, Perbarisan Badan Beruniform dan lain-lain akan dapatmembina kekuatan jati diri serta menanamkan rasa cintakan kepada bangsadan negara Malaysia.

×