Your SlideShare is downloading. ×
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure

29,711

Published on

21 Comments
14 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
29,711
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
2,013
Comments
21
Likes
14
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN BERDASARKAN MODEL ASSURETarikh : 18 April 2011Kelas : 2 BestariTempoh : 90 minit (1 jam 30 minit)Masa : 7.50 – 9.20 pagiBilangan Pelajar : 30 orangMata Pelajaran : Bahasa MelayuTema : Makanan untuk kesihatanTajuk : Makanan seimbangPengetahuan sedia ada pelajar : - Pelajar-pelajar telah mengetahui pelbagai jenis makanan.Objektif pengajaran :Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat:- Menyanyikan lagu dengan baik dan berbual tentang makanan seimbang dengan menggunakan ayat yang betul- Mengkelaskan makanan dan dan menulis 6 contoh makanan dengan betul mengikut kumpulan makanan dengan menggunakan peta minda- Menggunting dan menampal gambar-gambar makanan dengan baik untuk dijadikan buku skrap.- Membina ayat tunggal sekurang-kurangnya 6 bagi setiap pengkelasan makanan dengan betul.- Menjelaskan 1 kepentigan makanan seimbang kepada manusia dengan betul berdasarkan penerangan dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.
  • 2. Isi PelajaranFokus utama2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Aras 1 i. Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang betul.Fokus sampingan8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan majmuk. Aras 1 i. Menulis dan membina perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan cantik.Nilai-nilai murni : Bekerjasama , menjaga kebersihan dan bertanggungjawabAlat bantu mengajar : Lembaran kerja, slaid power point, CD ROM, bahan-bahan maujud, seni kata lagu
  • 3. Bahan rujukan : Buku teks Bahasa Melayu Tahun 2, Buku aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2, Buku kerja Bahasa Melayu Tahun 2.Langkah keselamatan : Berhati-hati ketika menggunakan gunting.Induksi Set : Guru memainkan lagu „Makan‟ yang dipopularkan oleh Jalil Hamid. Guru bersoal jawab dengan murid bagi mendekatkan pemahaman murid dengan tajuk pembelajaran yang diajar.
  • 4. Langkah Penyampaian:Langkah Isi pelajaran Kaedah penyampaian Catatan Set 1.Nyanyian lagu 1.Guru memperdengarkan lagu dan Strategi P &PInduksi “Makan” memperlihatkan senikata bertajuk Kaedah: 7 Senikata lagu “Makan” dipopularkan oleh Jalil Perbincangan minit “Makan” Hamid melalui CD. CD ROM lagu Teknik : “Makan” 2. Pelajar mendengar lagu sambil Soal jawab 2.Soal jawab antara menyanyi bersama-sama guru guru dan pelajar. serta memegang senikata yang diberi. Kecerdasan pelbagai 3.Guru dan murid bersoal jawab Muzik tentang makanan yang terdapat di dalam lagu yang telah Penggunaan diperdengarkan . media: -CD ROM Contoh soalan: -Seni kata A.Apakah cerita yang disampaikan lagu dalam lagu ini? B.Sebutkan contoh-contoh makanan Nilai: yang dipaparkan melalui tayangan Keyakinan CD. C.Apakah gambaran yang ditunjukkan melalui tayangan tersebut sekiranya kita tidak cukup makan?
  • 5. Langkah 1.Penerangan tentang 1.Pelajar-pelajar diperkenalkan dengan Strategi P &P 1 makanan dari segi tajuk yang akan diajar iatu10 minit khasiat dan “Makanan Seimbang” sambil Kaedah: kepentingan. mempamerkan contoh-contoh bahan Demontrasi 2.Penggunaan bahan maujud (makanan sebenar) serta maujud. menyebutkan khasiat dan Teknik: 3.Menyentuh dan kepentingan makanan tersebut Soal jawab Menyebut bahan- kepada kesihatan manusia. bahan maujud. Bahan: 2.Guru juga bersoal jawab tentang Bahan-bahan kepentingan pengambilan makanan maujud: seimbang dalam menu seharian. ikan, sotong, Contoh soalan: telur, bayam, Mengapakah kita perlu mengambil epal, roti, makanan seimbang setiap hari? majerin, kelapa, betik, 3. Pelajar-pelajar melihat dan daging menyentuh makanan yang dipemerkan sambil menyebutkan Nilai: nama makanan tersebut secara Bersyukur bergilir-gilir dengan kuat.Langkah 1.Pelajar menonton 1.Pelajar-pelajar menonton slaid 2 slaid powerpoint. powerpoint tentang makanan yang 15 2.Pelajar mencatat mengandungi khasiat tertentu. minit contoh makanan 2.Guru meminta pelajar mencatat jenis yang dilihat melalui makanan yang ditayangkan untuk slaid. tujuan perbincangan.
  • 6. Contoh : Strategi P & PCatatkan jenis-jenis makanan yangterdapat dalam slaid powerpoint yang Kaedah:ditayangkan dalam lembaran kerja yang Berceritadisediakan. Kumpulan gambar pertama: Teknik: Telur, ayam, susu, ikan Soal jawab Kumpulan gambar kedua: Pengulangan Mee hoon, kentang, nasi, roti maklumat Kumpulan gambar ketiga: Kerang, sotong, ketam, kepah Penggunaa Kumpulan gambar keempat: media: Sayur-sayuran, buah-buahan, -Slaid majerin, minyak masak. powerpoint -Komputer3.Guru mengimbas kembali ingatan -Lembaran murid tentang penerangan secara Kerja lisan oleh guru di langkah 1. - Pelajar memperihalkan Nilai: tentang makanan seimbang usaha berdasarkan gambar yang telah ditayangkan. Contoh : Murid menceritakan dengan permulaaan ayat seperti berikut: Makanan seimbang mestilah mengandungi karbohidrat seperti nasi, roti, mee hoon, kentang.
  • 7. Makanan seimbang mestilah mengandungi protin seperti telur, susu, ayam, ikan.Langkah 1.Penerangan guru 1.Pelajar-pelajar diberi bimbingan Strategi P&P 3 kepentingan khasiat tentang jenis-jenis makanan dan 15 makanan kepada kepentingan khasiatnya kepada Kaedah: minit kesihatan manusia. kesihatan manusia. Demonstrasi Perbincangan 2.Menulis maklumat Contoh: dalam bentuk peta a. Nasi, roti, mee hoon yang Teknik : minda. mengandungi karbohidrat Soal jawab memberikan tenaga kepada 3.Murid menerangkan tubuh badan manusia. Penggunaan hasil perbincangan b. Telur, susu, ayam dan ikan yang Media : mengandungi protein Slaid power menggalakkan pertumbuhan point manusia. Peta minda c. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin Nilai: dapat melindungi badan manusia Bekerjasama dari serangan penyakit. d. Makanan laut seperti sotong dan Kemahiran ketam yang mengandungi garam berfikir: mineral membantu pertumbuhan Kritis dan tulang. kreatif e. Marjerin dan minyak masak memberikan lemak kepada badan manusia.
  • 8. 2.Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua.3.Guru menerangkan dan membimbing murid membuat peta minda sambil mengedarkan kertas dan pen marker.4.Guru melukis contoh peta minda di papan putih serta memberikan pengkelasan makanan kepada setiap kumpulan.5.Murid menyiapkan peta minda iaitu contoh-contoh makanan mengikut khasiatnya dalam bentuk peta minda.Kumpulan 1 Makanan yang mengadungi karbohidratKumpulan 2 Makanan yang mmengandungi protin
  • 9. Kumpulan 3 Makanan yang mengandungi vitaminKumpulan 4 Makanan yang mengandungi lemakKumpulan 5 Makanan yang mengandungi garam mineral6. Setiap ketua kumpulan mempamerkan dan menerangkan hasil perbincangan.
  • 10. Langkah 1.Murid dibimbing 1.Guru membimbing murid cara-cara Strategi P & P 4 membuat buku untuk membuat buku skrap25 minit skrap. berpandukan peta minda. Kaedah: -Demonstrasi 2.Murid membina ayat 2. Guru mengedarkan kertas Perbincangan tunggal warna , gam dan gambar- gambar berdasarkan gambar pelbagai jenis makanan kepada Teknik : dalam buku skrap. setiap kumpulan. Bimbingan 3.Murid membaca 3.Murid menggunting dan Penggunaan ayat yang ditulis mengkelas gambar mengikut Media: dalam buku skrap. khasiatnya sambil dibimbing Majalah, oleh guru. Gambar- gambar dari 4.Murid menampal gambar untuk internet. dijadikan buku skrap. Bahan: 5.Murid menamakan dan membina Gam, gunting, ayat tunggal untuk setiap kertas putih gambar yang ditampal di dalam A4 buku skrap. Nilai: 6. Murid membaca perkataan dan Berhati-hati ayat yang telah ditulis secara (Keselamatan bergilir-gilir dalam kumpulan ketika masing-masing. menggunakan gunting) Bekerjasama
  • 11. Langkah 1.Menyatakan satu 1.Murid menjelaskan 1 kepentingan Strategi P&P 5 kepentingan makanan makanan seimbang secara lisan10 minit seimbang. sebelum menjawab latihan yang diberi Kaedah: Perbincangan 2..Murid menjawab 2.Murid diedarkan lembaran kerja. menjawab soalan Teknik: dengan cepat dan 3.Murid diminta melengkapkan menu Menjawab tepat. makanan seimbang beserta dengan soalan contoh-contoh dengan cepat dan tepat. Bahan media: Lembaran 4.Contoh lembaran kerja seperti yang kerja dilampirkan._______ ___________________ __________________________________ _______Langkah 1.Pelajar diberi 1.Pelajar diberi pengukuhan positif Strategi P &P pengukuhan. 6 dengan cara guru memberi pujian Kaedah: 2.Melihat kepada kumpulan yang berjaya Membuat8 minit penghasilan buku skrap murid. menghasilkan buku skrap yang kemas rumusan. dan menarik. Nilai: 2.Murid meletakkan buku skrap yang Menghargai telah dihasilkan di sudut pameran untuk tujuan rujukan. Penilaian : Murid dapat menama dan mengkelaskan makanan mengikut mengikut kumpulan makanan dengan betul. Tugasan : Pelajar melengkapkan buku skrap degan baik.
  • 12. 1.0 Pengenalan Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah direkabentuk oleh R.Heinrich,M.Molenda,J.Russell dan S.Smaldino. Perancanganpengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila gurumenjadikan model ini sebagai panduan pengajaran mereka kerana ianya berfokuskepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan ditujukan kepadasetiap pelajar. Model rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikanpenggunaan alat dan bahan bantuan mengajar memberi kesan optimum dalamproses mencapai objektif yang ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah.Malah penyerapan pengunaan teknologi dalam kaedah pengajaran ini mampumembantu murid di untuk lebih mengusai matapelajaran tersebut. Bagi memahamibagaimana penggunaan teknologi tersebut digunakan dalam kaedah pengajarandan pembelajaran kita perlu juga mengetahui tentang apa itu rancangan mengajardan Model Assur. ASSURE yang direka bentuk adalah merangkumi enam elemen utama iaitu:- A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar ) S = State objective ( Nyatakan Objektif ) S = Select,Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media Dan Bahan ) U = Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan Bahan ) R = Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan Pelajar ) E = Evaluate and Revise ( Menilai Dan Semak Semula)
  • 13. Keenam-enam elemen diatas akan menjadi satu rangkaian langkahberturutan di dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yangberkait antara satu sama lain menjadikan model ASSURE ini satu rancangan yangmantap bagi satu sesi pengajaran.2.0 MODEL REKA BENTUK ASSURE Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukansetiap langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkanpenggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagimatapelajaran Bahasa Melayu tahun 2. Rancangan pengajaran ini adalah untukrancangan pengajaran harian selama 90 minit untuk kelas 2 Arif yang memilikiseramai 30 orang pelajar.2.1 Analisis Pelajar (Analyze Learners) Analisis pelajar adalah penting sebelum sesuatu pengajaran berlaku.Perhatian dan perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran dapatdilaksanakan dengan jayanya. Kita mesti membuat analisis para pelajar kitadengan mengambil kira dari pelbagai aspek, antaranya ialah :- 2.1.1 Ciri-ciri umum pelajar Tajuk pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Arif adalah Makanan Seimbang yang diambil dari sukatan pelajaran Bahasa Melayu tahun 2. Pelajar berumur 8 tahun. Pelajar-pelajar ini mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana. Mereka sudah menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik. Kebanyakan mereka adalah anak kepada penduduk kampung yang rata-rata menjalankan kerja di kebun dan menjadi penoreh getah dan bekerja sendiri. Mereka ini sudah terdedah
  • 14. kepada penggunaan ICT dalam bilik darjah. Walaupun begitu merekamemerlukan perhatian dan aktiviti yang menarik dan mencabar dalamproses pengajaran dan pembelajaran.2.1.2 Kompetensi khusus peringkat masukGuru juga perlu melihat pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar,selain daripada melihat ciri-ciri umum pelajar. Pengetahuan lepas ataupunpengetahuan sedia ada yang terdapat pada pelajar merujuk kepada araskebolehan pelajar sebelum bermulanya pengajaran. Kebolehan intelekpelajar, apa yang pernah dipelajari oleh pelajar, aras motivasi dan penentu-penentu budaya serta kebolehan pembelajarannya perlu ada supayapengajaran guru cepat ditangkapi dan difahami oleh pelajar.Di sini murid-murid sememangnya telah sinonim dengan makanan, tetapimereka tidak tahu tentang makanan yang mengandungi kebaikan-kebaikantertentu. Mereka boleh menyebut pelbagai jenis makanan tetapi tidak tahutentang kumpulan makanan yang mereka makan setiap hari.2.1.3 Stail / Gaya PembelajaranElemen terakhir yang terdapat dalam analisis pelajar ialah gayapembelajaran. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza.Kecenderungan murid ini berbeza kerana terdapat murid yang cenderungkepada penggunaan visual, radio dan kaset, sentuhan dan kinestetik ataupunpergerakan murid inilah maka guru akan menentukan kaedah pengajaran,media pengajaran dan bahan yang diperlukan untuk menarik minat muridsupaya pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Kami mendapatimurid-murid kami lebih cenderung kepada penggunaan ICT, benda-bendamaujud, aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengayaan.
  • 15. 2.2 Nyatakan Objektif PembelajaranObjektif pengajaran yang disediakan dengan baik akan memandu guru kearahpencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu seharusnya realistikdan sejajar dengan dan aras kebolehan serta minat murid. Malah ianya perludirangka secara teratur daripada mudah kepada yang susah mengikut sukatanpelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Malah panduan objektif yang diambilkira pengukurannya perlu dilaksanakan seperti penglibatan pelajar (Audience) ,peringkat boleh diukur (Behavior), keadaan / kategori (Conditions) dan tingkatprestasi pelajar (Degree) akan memudahkan pencapaian objektif tercapai. Perkarapenting ialah guru tahu bagaimana hendak mempraktikkannya dan bagaimanaobjektif pengajaran boleh membantu guru untuk melaksanakan pengajaran yangberkesan sebagai contoh :-Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat : 1. Menyanyi mengikut lagu dengan baik dan berbual tentang makanan seimbang dengan menggunakan ayat yang betul. Peringkat ini jelas dilihat pada Langkah Pertama Pengajaran di mana penglibatan semua pelajar dapat menyanyi dengan gembira dengan seni kata yang dibekalkan oleh guru. Malah aktiviti soal jawab juga dapat dilaksanakan apabila murid bertanya tentang perkara yang terdapat dalam CD yang ditayangkan beserta dengan soal jawab dari guru. 2. Mengkelaskan makanan dan menulis 6 contoh makanan dengan betul mengikut kumpulan makanan dengan menggunakan peta minda. Peringkat ini dilihat pada langkah ketiga, pelajar dapat melengkapkan contoh- contoh makanan berdasarkan pengkelasan yang diberi mengikut kumpulan.
  • 16. 3. Menggunting dan menampal ke semua gambar-gambar makanan yang diberi dengan baik untuk dijadikan buku skrap. Peringkat ini dapat dilihat pada langkah 4, murid bekerjasama menggunting dan melengkapkan 5 pengkelasan makanan menggunakan gambar yang diberi dan mereka memastikan hasil kerja dibuat (buku skrap makanan seimbang ) dengan baik dan kemas. 4. Membina ayat tunggal sekurang-kurangnya 6 mengikut pengkelasan makanan dengan betul. Peringkat ini juga dilihat pada langkah 4, di mana murid dalam satu kumpulan akan membina 1 ayat tunggal berdasarkan setiap gambar yang ditampal mengikut pengkelasan makanan. Di peringkat ini, pelajar cuba membina ayat tunggal dengan betul. 5. Menjelaskan 1 kepentigan makanan seimbang kepada manusia dengan betul berdasarkan penerangan dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Peringkat ini dilihat pada langkah kelima, pelajar cuba memberi 1 penjelasan tentang kepentingan makanan seimbang kepada manusia secara lisan.2.3 Memilih Kaedah Pengajaran (Instruction Methods) 2.3.1 Lazimnya dalam satu proses pengajaran banyak kaedah yang digunakan.Kaedah ini digunakan di setiap peringkat pengajaran secara berbeza-beza. Sebagai contoh,untuk memulakan pengajaran iaitu set induksi dimulakan dengan simulasi, diikuti dengan demontrasi,latihan dan latih tubi. Antara kaedah pengajaran yang kerap digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu Tahun 2 ini ialah demonstrasi. Guru memberikan pen marker serta kertas kepada setiap kumplan .
  • 17. Guru memberi penerangan dan tunjuk cara bagaimana membuat peta minda untuk mengkelaskan makanan kepada kumpulannya dengan penggunaan 2 bahan yang diberikan oleh guru. Guru juga menunjuk cara membuat dan melengkapkan buku skrap kepada murid supaya murid dapat mempraktikkan untuk membuat buku skrap bagi kumpulan masing-masing. Kaedah ini dipilih kerana pelajar-pelajar peringkat sederhana perlukan sesuatu yang boleh membantu mencetus idea mereka untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Selain itu, semua pelajar dapat terlibat sama dengan aktiviti yang dirancang ini setelah masing-masing dapat melihat tugasan yang mereka perlu lakukan.2.4 Pemilihan Penggunaan Media Dan Bahan (Instructional media) 2.4.1 Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih. Faktor asas dalam pemilihan media ialah bergantung kepada isi pelajaran, objektif, kaedah dan pelajar. Di dalam pengajaran ini, guru telah memilih untuk menggunakan CD-Rom,gambar-gambar yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar. Ia juga dapat menggalakkan penglibatan keseluruhan pelajar. Penggunaan CD-ROM dilaksanakan aktivitinya sewaktu set induksi. Guru memasang CD yang mengandungi lagu “Makan” dengan tujuan menarik minat murid terhadap penagajaran dan pembelajaran ketika itu. Malah isi kandungan yang ditayangkan itu juga membantu guru untuk mengajak murid bertanya dan bersoal jawab bagi memudahkan pendekatan kepada memperkenalkan tajuk waktu itu iaitu Makan Seimbang. 2.4.2 Selain daripada penggunaan CD-ROM, guru juga menggunakan slaid powerpoint bagi menarik minat pelajar dan mereka dapat melihat dengan sebenarnya fizikal makanan ini.
  • 18. Melalui penggunaan ini juga murid dapat mencatat contoh-contoh makanan disamping menarik minat murid dengan variasi gambar makanan yang berwarna-warni. Pengulang slaid boleh dilakukan sendiri oleh murid dengan bimbingan guru sekiranya pelajar ingin melihat berulang kali contoh-contoh makanan tersebut.2.5 Pemilihan Bahan Pengajaran (Instructional materials) 2.5.1 Pemilihan media yang berasaskan teknologi pengajaran sebagai Media utama dalam modul Assure ini yang berteraskan penggunaan bunyi dan gambar yang terhasil dalam slaid powerpoint adalah bertujuan membantu pelajar memahami dengan lebih mudah pengajaran waktu itu. Malah penggunaan lembaran kerja juga membantu murid dengan lebih cepat dan mudah mengingati dan memahami apa yang diajar oleh guru. Penggunaan bahan seperti gam dan gunting dalam aktiviti buka skrap juga dapat membantu murid menggunakan teknik yang betul ketika menggunting dan menggunakan kreativiti sendiri supaya lebih bahan yang digunting itu lebih menarik. Penggunaan bahan maujud juga membantu pelajar merasa dan melihat sendiri fizikal bahan yang dibawa supaya pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik.2.6 Cadangan Penggunaan Bahan Media (Ultilize media and material) 2.6.1 Memilih, mengubahsuaikan atau mereka bentuk media yang telah ditentukan. Seandainya seorang guru gagal untuk menentukan media yang sesuai, adalah penting untuk kita mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakan sendiri. Untuk melaksanakan tugasan ini, kaedah soal jawab, dan perbincangan dan digunakan bagi member kefahaman kepada pelajar.
  • 19. PerbincanganPerbincangan merupakan kaedah yang banyak digunakan di dalamrancangan pengajaran ini. Kaedah ini dipilih kerana bersesuaiandengan tempoh masa pengajarannya yang panjang dan memerlukanpelajar mencari seberapa banyak contoh untuk membina peta mindadan buku skrap. Soal jawab Soal jawab merupakan kaedah yang paling popular digunakandalam kaedah pengajaran. Kaedah soal jawab digunakan di dalamrancangan pengajaran ini kerana ia berupaya mewujudkaninteraksi guru dan murid secara berkesan dan juga mudahdilaksanakan. Guru mengemukakan soalan yang berkaitan denganisi pelajaran dengan tujuan : i.Untuk mengesan pengetahuan pelajar iiUntuk menggalakkan pelajar berfikiriii.Untuk menggalakkan pelajar berfikirKeadah ini digunakan di sepanjang sesi pengajaran danpembelajaran yang dipilih ini. DemonstrasiDemonstrasi adalak kaedah mengajar di mana guru menunjukkansesuatu demonstrasi kepada pelajar atau sekelompok pelajar.Kaedah ini dipilih bagi memudahkan murid melihat kemahiran yangperlu dipraktikkan. Kaedah ini berlaku ketika pelajar membuat petaminda dan buku skrap.
  • 20. Penggunaan CD dan slaid powerpoint Penggunaan media ini digunakan ketika set induksi dan sesi soal jawab bagi menarik minat pelajar dan pelajar membantu mencetus idea buat pelajar2.7 Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation) 2.7.1 Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, serta projek. Penglibatan pelajar merupakan aspek penting di dalam pengajaran. Penglibatan yang aktif akan meningkatkan mutu pengajaran. Ia juga dapat memotivasikan pelajar itu untuk belajar. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities) seperti pengukuhan serta merta di beri selepas pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner,1954). Di sini guru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajarnya dalam proses pengajaran dengan menjalankan aktiviti penyoalan dan perbincangan dalam kumpulan. Untuk aktiviti seterusnya , murid-murid diminta menuliskan ayat tunggal berdasarkan gambar di dalam buku skrap.2.8 Menilai Dan Mengulangkaji (Evaluate and revise) 2.8.1 Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu serta menyeluruh di semua peringkat untuk memberi gambaran sejauh mana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar. Jika murid-murid dapat memahaminya ini bererti objektif pengajaran telah tercapai.
  • 21. Oleh yang demikian, guru boleh menilai sejauh mana keberkesananrancangan pengajaran yang dibuat terhadap pengajaran danpembelajaran pelajar tahun 2 Arif . Antaranya adalah sepertiberikut:2.8.2 Penilaian sebelum pembelajaran.Penilaian dibuat dengan melihat analisis pelajar semasa sesipembelajaran sebelum ini berlangsung. Kemudian, analisis barudibuat ketika langkah 1 pengajaran dilaksanakan. Ketika ini, pelajardapat bersoal jawab dengan guru dan menjawab soalan guru secaralisan serta merasai dan melihat sendiri jenis makanan tersebutmelalui bahan maujud.2.8.3 Penilaian semasa pembelajaranPenilaian semasa pembelajaran dilakukan bermula langkah 2pengajaran hingga langkah ke 5 apabila pelajar perlu melakukanpembelajaran aktif. Dalam setiap langkah pengajaran yangdilakukan, telah dapat dikenalpasti pelajar yang lemah dalammatapelajaran tersebut dengan melihat kemampuan mereka memberirespon terhadap setiap soalan dan aktiviti yang dilakukan. Oleh itu,penerangan semasa pengajaran dapat dibuat, menjurus kepadamemberi pemahaman pelajar yang bermasalah.2.8.4 Penilaian setelah pembelajaranPenilaian setelah pembelajaran pula dapat dilaksanakan denganmemberikan pelajar latihan melalui lembaran kerja serta memintapelajar menyatakan kepentingan makanan seimbang mengikutpemahaman murid.
  • 22. 2.9 Menilai Dan Mengulang Kaji:Perancangan Guru (Evaluate and teacher‟s plan) 2.9.1 Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Namun keputusan ini bukan diambil apabila semuanya telah berakhir. Ia berlaku sepanjang proses pengajaran iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Sebelum pengajaran, analisis pelajar dilakukan untuk disesuaikan dengan dengan kandungan, kaedah dan media yang digunakan. Penilaian diumpamakan sebagai cara untuk menuju ke garis penamat. 2.9.2 Menilai media dan kaedah Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan alat/bahan media secara menyeluruh harus dijalankan. Dalam penilaian itu, soalan berikut harus difikirkan : a) Adakah objektif-objektif pembelajaran tercapai ? b) Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan pembelajaran ? c) Adakah semua pelajar menggunakan alat atau bahan dengan cara yang betul ? d) Adakah suasana pembelajaran selesa ? e) Adakah peluang-peluang pemerhatian individu diberi ? 2.9.3 Menilai pencapaian pelajar Setelah sesi pembelajaran selesai , guru menyediakan lembaran kerja untuk menilai keberkesanan pengajaran yang telah disampaikan. Walaupun tugasan hanya diberi pada akhir
  • 23. pengajaran, pelajar –pelajar telah diuji dari awal sehingga akhirpengajaran. Latihan yang dibekalkan bukannya bertujuan untukmencari kelemahan pelajar tetapi untuk merangka langkah-langkahyang boleh membantu pelajar yang di bawah tahap penguasaan.Di dalam contoh pengajaran dan pembelajaran ini, latihan diberikanbertujuan untuk menilai kembali kefahaman murid terhadap prosespengajaran yang telah berlaku.
  • 24. RUMUSAN Model ASSURE ialah sebuah model reka bentuk pengajaranyang paling sesuai diaplikasikan di dalam bilik darjah yang memerlukanpenggunaan media sebagai kaedah pengajaran. Melalui model ini, guru lebihyakin untuk menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran serta dapatmemastikan objektif pengajaran dapat dicapai dengan jayanya. Ini adalahkerana di dalam model ini terkandung elemen-elemen penting sepertipernyataan objektif, kaedah penyampaian, pemilihan dan penggunaanmedia, analisis pelajar dan penilaian diambil kira sebelum prosespengajaran dilaksanakan. Kesannya pengajaran yang dijalankan akan lebihefektif dan objektif pengajaran tercapai. Jika model ini dibandingkandengan model SIM, ternyata model ASSURE adalah yang lebih baik . ModelSIM hanya menitikberatkan interaksi guru, murid objektif serta isipelajaran dan persekitaran sahaja tanpa mengambilkira kaedah danpenggunaan media. Penggunaan media dan alat tidak dititik beratkan dalammodel ini, jadi keberkesanan proses pengajaran tidak dapatdimaksimumkan. (3, 500 patah perkataan)
  • 25. RUJUKAN / REFERENSI 1. Atan Long (1991) . Pedagogi Kaedah Am Mengajar . Selangor : Amiza Publishing Sdn.Bhd. 2. Ee Ah Meng (1998) . Pedagogi Untuk Bakal Guru. Selangor : Sri Pendidikan Fajar Bakti. 3. Mok Soon Sang (1997) . Pedagogi 2 , Perlaksanaan Pengajaran . Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 4. Musa bin Daim (1995) . Penilaian Di Bilik Darjah . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia. 5. Ngui Kwan Seng (1989) . Teknologi Pendidikan Penggunaannya Dalam Dalam Pengajaran . Selangor : Fajar Bakti . Sdn. Bhd. 6. Prof. Madya. Dr Wan Abdul Kader Wan Ahmad , Prof. Madya. Dr Ramlah Hamzah, Dr. Rajini abu (2005). HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

×