• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Aku Budak Setan - Nukilan Nazihah
 

Aku Budak Setan - Nukilan Nazihah

on

  • 4,815 views

 

Statistics

Views

Total Views
4,815
Views on SlideShare
4,815
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
0
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Aku Budak Setan - Nukilan Nazihah Aku Budak Setan - Nukilan Nazihah Document Transcript

    • Diterbitkan oleh: http://kapasitor.net Hakcipta Johari Rahmad Cetakan Pertama Ogos 2007 Penulis: Johari Rahmad Email: benhurism@gmail.com http://kapasitor.net/my/jojo Ilustrasi Kulit: Johari http://kapasitor.net/my/jojo Typography/Reka Bentuk Johari http://kapasitor.net/my/jojo Hakcipta terpelihara Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini, dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik , rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Johari Rahmad DAN kapasitor.net. Johari Rahmad Aku Budak Setan: Nazihah/Johari Rahmad Percuma Dicetak oleh PrimoPDFCerita ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kaitan dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Penggunaan bahasa dalam cerita ini adalah hanya untuk hiburan sahaja. Aplikasi gaya bahasa dan corak pemikiran di dalam cerita ini tidak sesuai digunapakai dalam kehidupan para pembaca. Penulis mahupun penerbit tidak akan bertanggungjawab terhadapsebarang implikasi tidak normal dalam kehidupan para pembaca kerana amaran telahpun diberi.
    • A ku tak dilahirkan dengan sebatang pensel untuk teruspandai menulis. Aku mula tahu menulis apabila cikgu tadikamengajar aku menulis. Dan pada ketika kehidupan universitiaku sudah senja, barulah aku mula menulis Aku Budak Setan:Nazihah, itupun dengan rentak dan gaya bahasa aku sendiri.Rentak dan gaya bahasa yang jujur dari diri.Aku tak pernah percaya kepada bakat. Kerana, bakat adalahalasan untuk kita kekal berada di belakang. Kita tak perlukanbakat untuk menulis, kita tak perlukan bakat untuk melukis.Yang kita perlukan adalah pertolongan Allah, usaha dari dirikita sendiri dan sokongan dari persekitaran kita. Yang palingpenting adalah usaha kita.Kejayaan kita adalah berkadar terus dengan usaha kita.Aku munajatkan syukur kepada Allah kerana memberi ilhamuntuk aku melakukan sesuatu yang aku sendiri tak pernahterfikir untuk lakukan. Terima kasih kepada persekitaran aku(cikgu-cikgu, kawan-kawan, kenalan dan komunitiKapasitor) yang membantu aku menjana panduan untukmenulis.Semoga anda terhibur dengan Aku Budak Setan: Nazihah.Jika ada unsur yang tidak baik, jangan jadikan pedoman.Jika ada unsur yang baik, jangan jadikan sempadan.Ertinya: Tiada Tuhan selain Engkau. Maha suci Engkau,sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang yang zalim.Sekian,Johari RahmadPengasas Kapasitorhttp://kapasitor.net/my/jojo
    • Fantasi membukit adalah penawar kepada realiti pahit
    • Aku Budak Setan: Nazihah Prolog Window Yahoo Messenger tiba-tiba menerpa keluar ke atas skrinmonitorku. Mesej daripada Ober terpampang jelas. Aku membuang putungrokok yang terselit di bibir. Sudah lama rasanya aku tidak mendengar sebarangkhabar dari beliau. Aku tersengih sendirian. Cuaca malam yang dingin memaksaaku menarik sweater yang tersangkut di belakang pintu bilik. Aku kembaliduduk. Mesej daripada Ober menarik perhatianku.Ober_Al_payed: wasap?Ober_Al_payed: BUZZ!!Jejaka_kacak: yo yo yoJejaka_kacak: ape citer?Jejaka_kacak: BUZZ!! Demit, bukannye nak bagi salam ke ape keOber_Al_payed: hehehe.. sehat2Ober_Al_payed: ko amacam?Jejaka_kacak: hohohoho..Jejaka_kacak: walafiat je akuJejaka_kacak:Jejaka_kacak: tapi wellington skang ni sejuk gile Adik pompuan ko sehat Ober? 1
    • Aku Budak Setan: NazihahOber_Al_payed: ye ke?Jejaka_kacak: ha ah Aku tersengih kembali. Sejak tamat persekolahan, aku dan Ober sekadarmampu bertukar-tukar cerita di window Yahoo Messenger. Walaupun aku dandia sangat rapat suatu ketika dahulu, namun faktor geografi dan biasiswa JPAmemisahkan kami. Sehingga kini, hanya Ober sahajalah yang masih berhubungdengan aku. Yang lain entah ke mana. Yang lain hilang tanpa berita.Ober_Al_payed: weh, aku ade citer best nihJejaka_kacak: hohh.. citer ape?Jejaka_kacak: meh bagitau meh.. mehhOber_Al_payed: heheheheOber_Al_payed: pasal janda kau dulu tu laa..Jejaka_kacak: heh? janda?Jejaka_kacak: janda maner lak nih??Ober_Al_payed: elelelelele.. buat tak paham lakkOber_Al_payed: janda maner lagik??Jejaka_kacak: janda maner??Ober_Al_payed: Jihah lerJejaka_kacak: …Jejaka_kacak: aaa… oohhJejaka_kacak: haa.. ngape ngan dia? Nazihah. Nama keramat itu muncul kembali. Nama yang telah aku shift + delete dari ingatanku kini cuba memahatsemula. Aku menarik nafas sedalam yang mampu. Aku menutup mata serapat yang boleh. Abu di hujung puntung rokok aku petikkan ke dalam mangkuk abu.Ober_Al_payed: ko tau tak dia dah abes stadi skang?Jejaka_kacak: tak tau Dia dah abes stadi dah ke?Ober_Al_payed: ko tau tak dia nak sambung stadi lagik?Jejaka_kacak: tak tau Dia nak sambung stadi balik ke?Ober_Al_payed: ko tau tak dia nak fly ujung bulan nih?Jejaka_kacak: tak tau Dia nak fly pegi mane? 2
    • Aku Budak Setan: NazihahOber_Al_payed: buduhOber_Al_payed: sumer bende ko tak tau?Jejaka_kacak: hehehhhe :pJejaka_kacak: dah tu aper kaitannyer ngan aku?Ober_Al_payed: memang ler ade kaitan.Ober_Al_payed: ko tau tak dia nak fly ke mana?Jejaka_kacak: maner le aku tau.. Kan aku dah taip aku tak tau tadi, demit!Ober_Al_payed: dia nak fly kat tempat engkau ler!Jejaka_kacak: heh? ko buat lawak ape ni ober?Ober_Al_payed: serius ler.. adik aku bagitauJejaka_kacak: adik ko kencing ajer tuOber_Al_payed: hehehe… mmg tak lerOber_Al_payed: ape lagi jo? tak nak sambung kesah chenta lama ke?Jejaka_kacak: buduh! anjing!Jejaka_kacak: mmg tak dapat aa..Ober_Al_payed: wakakakaka…Ober_Al_payed: kamon jo.. jgn berlengah lagikk…Jejaka_kacak: demit, kena panah petir aa ko !Jejaka_kacak: agagagaOber_Al_payed: heheOber_Al_payed: ok aa.. aku nak bagitau ko itu jerJejaka_kacak: ko nak tido dah ke? baru kol braper nih??Ober_Al_payed: aku nak pegi Zouk sat, ade pesta muda mudi, hehe Ya Allah, selamatkan rakanku dari sambaran petir-Mu, heheJejaka_kacak: oohh.. aaa okehJejaka_kacak: tq aaa oberOber_Al_payed: tara halOber_Al_payed: chaleJejaka_kacak: tata!Ober_Al_payed: nJejaka_kacak: n Aku termangu sendirian. Skrin monitor itu aku tenung kosong. Baris ayatOber aku ulang satu persatu. Lagu yang keluar dari corong speaker tidak aku beriperhatian. Fikiranku mengelamun jauh tanpa kawalan. Window YahooMessenger itu masih belum aku tutup. Isi kandung ayat Ober di dalam windowitu menjadi tanda tanya. Berita terkini daripada beliau menyesakkan dada.. betul ke ape Ober tulis nih ? 3
    • Aku Budak Setan: Nazihah Aku menyilangkan kaki ke atas meja. Rokok di atas meja aku capai.Dengan bantuan zippo, batang rokok ke-2 itu aku nyalakan. Aku santaikanbadanku ke atas kerusi sambil melangak kepala mengadap ke siling. betulke Nazihah nak datang sini ? Aku menutup mata. Asap rokok disedut dalam. Tangan kiri dan kanan terkulai jatuh. Belon kenanganku jauh melayang Enjin memoriku dihidupkan semula. Imej Nazihah datang menari… 4
    • Aku Budak Setan: Nazihah 1 Sekolah Menengah Sains Kering Kontang Berkelapa Sawit. "Mari ikut saya Johari" Ajakan Pn. Kawsalya memutuskan lamunan aku yang sejak tadi duduktermangu-mangu dungu melihat sekolah kering kontang persis jarak terkukurini. Tanpa banyak bicara, aku bangun dan mengekori Pn. Kawsalya. Mata akumasih melilau meliar melihat persekitaran sekolah ini. Pokok-pokok bunga yangditanam kelihatan seperti hidup segan mati tidak bersiram. Curi tulangkahtukang kebun di sekolah ini? Keadaan kantin yang berserabut dan dewan yangkelam-kabut bagaikan memberi aku satu petanda yang tidak baik. Mampukahaku menghabiskan sisa-sisa zaman beruniformku ini untuk 2 tahun lagi disekolah ini? mane ko nak bawak aku ni Kawsalya oi? 5
    • Aku Budak Setan: Nazihah Perjalanan dari pejabat sekolah menuju ke destinasi yang aku tidakketahui ini membuatkan aku kebosanan. Ketika ini, aku mempergunakankebosanan yang ada sebagai alasan untuk aku meneliti pelajar-pelajarperempuan yang berada di dalam kelas. Liar mataku terhenti apabilabertembung dengan pandangan seorang pelajar lelaki yang sedang merenungkudari koridor tingkat 2. Dia memerhatikan aku dengan pandangan yang tajam.Aku membalas dengan satu pandangan yang suram. Tidak mahu aku mencaripenyakit di sekolah baru ini. Tidak sanggup aku menempah tiket konsert MariMembelasah Johari di Dormitri. Prinsip hidup aku mudah. Aku tak ganggu orang, orang jangan ganggu aku. Perjalanan Pn. Kawsalya terhenti. Di depan aku terhidang sebuah kelasyang berlangsir pink pudar dan berpintu kayu uzur. Aku mengintai-intai situasidi dalam kelas. Terdengar suara perempuan sedang mengajar sesuatu. Kelihatanpara pelajar di dalamnya tekun dan kusyuk mendengar. Eh, ni kelas aku ke? "Mari masuk Johari.. ni kelas awak ni.” Pn. Kawsalya menjemput akumasuk. Keras sebentar kedua-dua belah kaki aku. Perasaan cuak dan takut tiba-tiba merempuh datang. Berasa cuak kerana aku bakal berdepan dengan satusuasana baru yang agak ganjil. Berasa takut kerana aku tidak mahu di masukkanbersama-sama golongan pelajar-pelajar skema yang gemar belajar. Aku berpura-pura tersengih. Kaki yang keras sebentar tadi masih belum menampakkan tanda-tanda mahu kembali normal. “Kalau awak ada apa-apa masalah, datang cari saya di bilik guru, ok? Sayaada hal dekat bilik guru sekejap.” "Okey, terima kasih Pn. Kawsalya." Pn. Kawsalya berlalu pergi. Aku ditinggalkan terkulat-kulat di muka pintukelas. Mahu masukkah ? Mahu larikah ? Kalau mahu masuk, mahu duduk dimana? Kelas di depan aku ini sudah penuh. Kalau mahu lari, mahu tuju kemana? Sekolah ini dikelilingi dengan pokok kelapa sawit semata-mata dandihiasi dengan padang jarak padang terkukur. Erkk.. ape aku nak buat nih ? Aku melangok melihat nama kelas baru aku ni. 4 Delima?? Mengapa nama batu sebegini yang diberi? Sekolah yang ganjil! Aku cubamengintai kelas sebelah. 6
    • Aku Budak Setan: Nazihah 4 Berlian? Aku tersengih sendirian. Pelik benar nama kelas itu. Pedulikan!. Redhasahaja nama kelas aku yang tak kurang juga peliknya. Kalau balik ke rumahbercerita dengan Imran, Aida dan Farouk, pasti aku digelakkan tanpa henti. Pastiaku akan menjadi mangsa bahan jenaka selama 2 minggu. Lantaklah ! Denganmembuat muka yang paling jelita pernah aku garap sepanjang 16 tahunkehidupan aku, aku kerahkan segala tenaga aku dan melangkah masuk ke kelas. kontrol Jo kontrol ! kontrol Jo kontrol ! "Ehem! masuk macam tu aje ke? Awak tak nampak ke saya kat sini?" Alamak! "Err... hai, saya pelajar baru kelas ni." Aku tersengih sambil melambaikantangan separuh comel kepada pompuan bertudung merah bercermin mata tebaldan berwajah kacukan Cina itu. Wajahnya yang mencuka mengecutkan perutaku. Tenungan tajam daripada belakang cermin mata tebal itu membuatkan dahiaku hampir mengeluarkan butiran air peluh. Langsung tidak aku sedari bahawa sedari tadi gelagat aku telah lamadiperhatikan oleh warga kelas ini. Sejak aku berada di sudut pintu kelas tadi,segala ragam aku telah diperhatikan baik pelajar kelas mahupun guru wanitayang sedang mencuka memandang aku ketika ini. "Sebagai seorang pelajar baru, awak tak seharusnye masuk begitu sajetanpa mengetuk pintu. Awak harus kenalkan diri awak kepada kawan-kawanawak dan juge kepada saya selaku guru matematik di kelas ini. Kamu semuasetuju para pelajar??" "Setuju...!" Sebulat suara jawapan daripada penghuni kelas membuatkan aku terkakusebentar. Selamat dating ke Sekolah Menengah Sains Kering Kontang Berkelapa Sawit Jo! 7
    • Aku Budak Setan: Nazihah 2 Mahathir Aku duduk di tempat baru aku. Kebetulan memang ada sebuah meja dankerusi berlebih di blakang kelas. Belakang kelas? Hoyeah, memang lokasi terbaikuntuk aku. Keadaan kelas aku agak menarik. Di white board belakang adaditampal nota-nota yang dibuat cantik dan lawa. Ada nota pasal matematik,sejarah, bahasa Melayu, fizik dan macam-macam subjek lagi. Satu situasi yangamat jarang untuk aku lihat di sekolah lama aku sebelum ini. Eh, mane section untuk pendidikan seni? Budak-budak kelas ni tak berjiwa seni ke? Aku perhatikan jiran sebelah aku. Tekun benar dia belajar. Terdetik mahubertegur sapa dan berkenalan namun perasaan malas aku sedang menebal. Silaphari bulan nanti, bertelur dahi aku. Jejaka ini tinggi, bercermin mata tebal dansegak bergaya. Wajahnya lonjong berbelah rambut di tengah. Rambut lurusbersisir rapi. Hidung mancung bermata kecil. Jika diimbas 4 kali, rupanya saling 8
    • Aku Budak Setan: Nazihahtak tumpah seperti seekor penyu. Weh, apsal muke ko cam penyu aaaa? "Johari, awak tak habis-habis lagi termenung? Kalau awak tak ade buku,pegi duduk kat sebelah Ayun tu. Tak ade buku, buat cara tak ade buku. Janganjadik bodoh sombong". Cikgu matematik aku sudah memulakan tiupan trompetnya. Sambiltersengih-sengih, aku pergi ke meja Ayun. Si penyu sebelah aku tersengih-sengihmemandang aku. Eh mane satu Ayun ni? "Jo, duduk sini Jo." Telinga aku menangkap bunyi suara perempuan yangagak comel. Aku mencari-cari dari mana datangnya suara kecil itu. Aku pandangkiri tak ada. Pandang kanan hampa. Pandang ke belakang aku nampak si penyutu tersengih-sengih lagi. Suara sape tu? Ayun ke? Pelik. Suara ade, orangnye tak de. Ayun tu hantu ke? "Oi, sini aaa!" Aku pandang ke bawah. astagaaaa.. keciknya budak ni! Patutla aku tak nampak! Ayun merupakan rakan pertama yang aku kenal di kelas 4 Delima ini.Berkulit cerah dan berpipi gebu, untung beliau tidak dilahirkan dengan berkulitbiru. Jika tidak, saling tak tumpah seperti melihat seekor smurf. Aku punmenarik kerusi lantas duduk sebelah beliau. "Hai, nama saya Johari. Panggil Jo. Selamat berkenalan." Mak aih, kenapa aku skema sangat ni? "Saya Shahrun Niza, panggil Ayun aje" Dia senyum. Eh, lawa la ko ni Cik Smurf… boleh kite bercinta? Proses pembelajaran diteruskan. Sebenarnya, aku tak ambil peduli sangatapa yang guru di hadapan aku ni mengajar. Pembelajaran berkisar tentangsubjek yang kurang aku gemari. Matematik. Setelah tamat kelas itu, barulah akumengetahui nama beliau daripada Ayun. Cikgu Nurul. Cikgu ini memangterkenal dengan sikap garang dan tegas sekaligus menambahkan persepsi burukaku terhadap matapelajaran ini. 9
    • Aku Budak Setan: Nazihah Aku berpura-pura sibuk mengemas meja yang konon-kononnya bersepahitu. Pelik rasanya melihat keadaan kelas ini di mana semua meja berbalut cantikdan berplastik. Dalam meja mereka itu penuh berisi dengan nota-nota pelajaran,kertas-kertas jiwang, gambar artis domestik dan import, doa mari belajar danbermacam-macam lagi yang kurang aku fahami. "Jo, jom ikut kitorang pegi kantin." Seorang jejaka boroi1 menyapa aku. "Hmm.. aku nak kemas barang jap aa. Korang pegi ler dulu" Aku menolak dengan baik Pelawaan beliau aku tolak disertai dengansenyuman. Jejaka boroi itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Beliau merenungaku dengan mata yang tajam lalu keluar beramai-ramai menuju ke pintu.Barangkali menyertai ahli kumpulan yang lain menuju ke.. kantin aa kot? Tadi dia ajak pegi kantin, takkan nak melencong pegi library kan? Aku kembali berpura-pura sibuk. Meja yang kelihatan sedikit berhabukaku bersihkan dengan kain buruk. Sampah-sampah di kawasan meja aku buang.Sambil-sambil itu sempat juga mata aku menjeling-jeling ke arah Ayun, smurfyang agak lincah. Rancak benar beliau berborak dengan temannya yang duduk disebelah. "Tadi tu yang tegur kau tadi nama dia Mahathir" Terdengar suara seorangperempuan memotong lamunan. Aku pandang ke belakang. Seorang perempuanberbadan langsing bertudung comot dan berbaju kurung yang agak comot sedangtercegat sambil tersengih. Barisan giginya yang tidak mempunyai struktur yangbaik itu turut menyumbang kepada presepsi buruk aku padanya ketika ini. Eh, mak cik tukang kebun sekolah ke nih? "Ape nama dia tadi? Mahathir ke?" Aku bertanya. "Ha ah, nama dia Mahathir.” Perempuan itu menjawab sambil menggarutudungnya. “Dan.. awak ni pulak?” “Nama aku Ikhwana. Tak payah nak bersaya awak dengan aku. Geli ketiakni haa..” Aku menghulurkan tangan untuk bersalam, namun salaman akudipandang sepi. “Haram.” Ikhawan menjawab dengan senyuman. “Ohh..”1 Boroi – buncit(perut). (Sumber: karyanet.com.my) 10
    • Aku Budak Setan: Nazihah “Budak mane dulu Mahathir tu?” “Dulu dia budak sekolah St. John kat KL" Mak cik tu menyambung bicara. St. john2? Student sekolah gagak ijau?Demit, musuh aku berada di sini !!2 St. John Institution (SJI) adalah salah sebuah sekolah tertua, tersohor dan antara perintisProjek Sekolah Kluster di Kuala Lumpur. (Sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/St._Johns_Institution,_Kuala_Lumpur) 11
    • Aku Budak Setan: Nazihah 3 Orga "Mana boleh selamba nak quit band!!" Aku terkedu. Aku masih memandang ke lantai. Mengharapkan belaskasihan dari Korporal Adrian. Keriuhan senior-senior aku di dalam bilik NCO3tadi terhenti. Mungkin sebab terdengar herdikan Korporal Adrian. Beliau masihlagi berdiri mencekak pinggang di depan aku. Mampus aku kena belasah ni karang nih.. "Kamu tahu kamu penting dalam section kita kan?" Uyyoo... power sgt ke aku ni?3NCO adalah singkatan bagi Pegawai Tidak Bertauliah. Dalam carta organisasi PancaragamSekolah Menengah Victoria, sistemnya seakan-akan tentera di mana pelajar-pelajar seniormenjawat jawatan berasaskan sistem tentera. Korporal adalah tahap kedua tertinggi daripadabawah. 12
    • Aku Budak Setan: Nazihah “Kalo kamu kluar dari bang, sape nak replace kamu? Bulan depan kita adaKL competition. St. John pon join competition tu. Mana sempat nak cari budakbaru nak training??” Demit, oit.. tempias aa wei, tempiasssss…!! “Tapi.. saya dah terima surat dari Kementerian dah. Minggu depan sayanak kena register kat sekolah tu. Saya tak boleh..” "Then reject the offer la ! Kamu stupid aa? Tak tau macam mane nak rejectthe offer???" herdik Korporal Adrian lagi. Hek elleh.. nak aku reject lak, sukati aku le nak reject ke tidak!! "Kamu nak kita kalah ke hah ??" Korporal Adrian makin mengeraskan suaranye. Kakinya terjengket tinggi.Mungkin kerana mahu menyamakan ketinggiannya dengan aku. Aku membisu.Tidak mampu mahu bertentang mata dengan beliau. Aku tidak mahu menjadikantapak tangannya sebagai bahan makanan aku pada waktu rehat ini. Aku tidakmahu tapak kakinya memberi corak kepada baju sekolah aku. "Haaah???" Dia makin merapat. Aku makin menikus. "Nak kita kalah?????" Aku pejamkan mata aku. Redha ngan ape yang bakal aku kena sekejap lagi... PEK! "Hoi, bangun !! Ko ingat prep malam tempat tido ke???" Aku terjaga. Mimpi rupanya. Aku terpisat-pisat. Sape pulak ketuk kepala aku nih? Aku pandang melangak ke atas. Kelihatan seorang lelaki dewasa yangbermisai nipis bermuka garang berkopiah putih menjegilkan matanya pada aku.Aku berpura-pura mamai. Sambil buat muka selamba aku menggeliat depannyadan memusing-musingkan leher aku. Bunyi lagan tulang leher kedengaran.Kehadirannya beliau di situ tidak aku pedulikan. Ni sape pulak org tua ni? sedap2 ko je ketuk kepala aku apehal? "Ko pegi basuh muke ko skang. Aku tak mau tgk lagi ko tido dalam kelasmasa prep malam!" Lelaki itu menceceh. 13
    • Aku Budak Setan: Nazihah Diam aaa ..keco btul org tu ni. dah le mulut busuk! Aku bangun. Kecil saja aku tengok lelaki itu ketika ini. Aku berjalan malasmenuju ke tandas. Kata-kata Korporal Adrian masih terngiang-ngiang di otakaku. Keputusan aku untuk bertukar sekolah adalah keputusan yang paling gilaaku pernah ambil. Aku sayang sekolah lama aku. Banyak benda aku belajarselama aku di sana. Banyak pengalaman aku peroleh selama aku di situ.Akhirnya, aku masuk sekolah kampung yang penuh dengan kelapa sawit. Sekolahyang padangnya bagaikan tanah gurun. Cikgu-cikgunya membosankan, pelajar-pelajarnya kemas terjaga rapi semuanya. Bosan! "Yang ketuk kepala ko tadi tu kitorang panggil dia Orga." Aku menoleh. Di belakang aku di dalam tandas ini terpacak jejakaberperut boroi dan bercermin mata. Berdasarkan maklumat yang aku perolehdaripada Ikhwana, lelaki ini bernama Mahathir dan berasal dari SekolahMenengah St. John di Kuala Lumpur. Sejak bila dia ada di situ? Bagaimana akutidak mendengar dia masuk? Mengapa tidak diberi salam dahulu? Mengapa diamengikut aku sampai ke tandas? Kenapa perlu kenalkan aku pada guru lelakitadi? Soalan demi soalan berlegar-legar di dalam kotak fikiran aku ketika inimengiringi perasaan sedikit takut dipukul oleh Mahathir ini. Baik gile lak ngan aku ni ngape?? "Tak pe.. salah aku gak. aku tido tadi." "Nama aku Mahathir." Dia hulur tangan. Nak sambut ke tidak? Nak sambut ke tidak? Aku menyambut tangan Mahathir dengan perasaan was-was. "Nama aku Johari." Dia tersenyum menayang gigi kuning tidak rata itu. Kerak berwarnacokelat di giginya meyakinkan aku bahawa Mahathir ini adalah seorang perokok.Selesai membersihkan muka di tandas. kami berjalan beriringan ke kelas. Jarakdari kelas ke tandas itu tidaklah sejauh mana, kira-kira 20 langkah berjalansahaja. Tapi aku terasa perjalanan aku tu terlalu lama. Berjalan beriringandengan Mahathir yang asalnya dari Sekolah Menegah St. John yang sejak 90tahun yang lampau secara tradisinya sentiasa bermusuhan dengan SekolahMenengah Victoria aku membuatkan aku rasa tidak selesa. "Ko dulu budak mane Jo?" Mahathir bertanya. Aku dapat rasakan jikalau aku memberitahu beliau perkara sebenar, akubakal kehilangan batang hidung malam ini. Haruskah aku mendiamkan dirisahaja ketika ini? 14
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Alaa.. sekolah buruk aje. Tak sepopular sekolah ko" Aku cube nak berdalih. "Cakap je aa.. sekolah mane?" Mahathir mendesak dalam sengihan. Nak cakap ke tak nak ? nak cakap ke tak nak ? "Aku budak VI4 5 dulu". Sepi. Langkah kami terhenti. Mata kami menajam. Gigi kami berlaga. Sunyi. Perubahan pada muka Mahathir membuatkan aku kecut perut. Adakahhari pertama aku di sekolah ini akan dihiasi dengan acara mari memecahkanbatang hidung Johari? Adakah aku akan kehilangan fungsi organ pembiakan pada malam ini? Adakah skrotum aku akan dikuliti ngan pisau belati? Adakah kepala aku bakal bercium bucu pintu kelas 4 Delima? nak gaduh? haa.. meh meh..4 Victoria Institution (VI) adalah sekolah tertua di Kuala Lumpur. Merupakan antara perintisprojek Sekolah Kluster (sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Victoria_Institution)5 Sekolah Menengah Victoria (VI) dan Sekolah Menengah St. John di Kuala Lumpur merupakanmusuh tradisi khususnya antara pasukan pancaragam sejak sekian lamanya. Punca perbalahanmereka tidak diketahui. 15
    • Aku Budak Setan: Nazihah 4 Padang Hoki Hari ini genap aku seminggu berada di Sekolah Menengah Sains KeringKontang Berkelapa Sawit. Aku mula dapat merasikan diri dengan suasanasekolah baru yang pelik ini. Aku mula berbaik-baik dengan senior-seniorTingkatan 5 yang rata-ratanya berperangai gila-gila. Kehidupan di asrama adalahkehidupan yang mana setiap aktiviti gelapnya memerlukan lesen. Syukur, akutelah peroleh pelbagai lesen di sini. Lesen ragging dapat, lesen ponteng kelasdapat bahkan lesen tak puasa pun dapat! Inilah barisan senior idaman akuselama ni. Selain itu, hubungan aku ngan rakan-rakan sebaya juga tidakmengundang masalah. Tidak pula aku menyangka si penyu yang bernama Harrydi dalam kelas aku itu rupa-rupanya merupakan dormmate serta comikmate.Harry adalah peminat utama komik-komik seperti Alam Perwira, Pendekar Laut,Dewata Raya dan Pedang Setiawan6. Eloklah, ada juga bahan bacaan aku didalam dormitri.6Komik-komik ini adalah barisan komik yang popular lewat tahun 90an. Kebanyakan pelajarasrama sering terpengaruh dengan watak-watak komik ini dan sering menggunapakai namawatak-watak penting komik ini dalam kehidupan masing-masing 16
    • Aku Budak Setan: Nazihah Masalah aku ngan Mahathir telah selesai. Pertempuran yang aku sangkabakal berlaku pada malam itu tidak menjadi. Rupa-rupanya beliau tidak pedulipun dari mana asal aku. Hal-hal sekolah lama bagi dia sudah tamat. VI atau St.John tidak ada kaitan di Sekolah Menengah Sains Kering Kontang BerkelapaSawit ini. Masing-masing memakai lencana dan menyanyikan lagu sekolah yangsama di sini. Kami semakin rapat. Aktiviti setiap hari dilakukan bersama-sama.Daripada beratur di kantin, beratur di Dewan Makan, makan megi dalam cebukdan curi kiwi kasut daripada pelajar junior. Lama aku perhatikan rakan-rakan aku di dalam dormitri ini. Aktivitipetang selepas prep petang petang selalunya diisi dengan riadah petang. Namun,petang sebegini adalah peluang baik untuk berehat juga. Ada yang tidur, adayang makan megi. Ada yang tekun menggilap kasut. Ada yang sedang melayanjiwang. Ada yang membaca buku. Ada yang mengemas almari dan pelbagaikarenah lagi. Aku? Baring-baring sambil memujuk diri untuk tidur. Aaa... bosan gile !! nak buat ape ni? "Jo, ko tgh buat ape aa?" Mahathir datang mengejut. Eh, ko ni hantu ke? cam mane aku tak sedar ko ade kat sini? "Hmm.. aku tak tau nak buat ape dohh.. gile sangap nih.” Aku berterusterang. "Haa.. kalo ko tak de ape nak buat, jom ikut aku pegi main hoki jom." Hoki? main hoki?? gile ape? "Main kat mane?" "Main kat padang aaa bodo! Takkan main kat dalam dorm kot?" "Alaa.. aku mane ade bawak stick hoki." "Stor sukan ade berlambak... jom-jom jangan berlengah lagi. Untunguntung dapat jumpe Nazihah main kat padang tu." "Nazihah?" "Jom je aaa... banyak cakap aa ko." Nazihah? sape nazihah? magistret? lawyer? mak cik kantin? Tangan aku ditarik turun dari katil. 5 minit bersiap-siap, aku terusmengekori Mahathir turun ke padang. Tidak tersangka aku dalam seboroi-boroiMahathir itu, beliau rajin bersukan. Selalunya jejaka boroi memang pemalasterutama dalam bidang sukan. Ah, lihat sahaja saiz perut sudah tahu. Tetapisiapa Nazihah ? Pertanyaan itu terus menjadi teka teki di dalam otak aku. Tidaktenang rasanya perjalanan aku ke padang itu selagi tidak berjumpa denganNazihah ini. 17
    • Aku Budak Setan: Nazihah Perjalanan ke padang mengambil masa 10 minit. Selepas mengorek storsukan tu, aku menemukan kayu hoki berjenama Grays yang sudah uzur benar.Kali terakhir aku bermain hoki adalah ketika sekolah rendah. Itu pun acaramenggelecek bola hoki masuk dalam bakul sampah dan diikuti dengan acaramembawa belon atas kepala. "Wwoohhh... ramai gak main hoki ek Mahathir?" "Alaa... tu sumer yang ramai-ramai tu bohong je tu. Tu sumer datangramai-ramai nak tengok Nazihah dengan geng dia main hoki." "Eh, mane satu Nazihahnye?" "Mane ekk... sat aku usha." Mata Mahathir melorot mencari sesuatu. Mencari Nazihah pastinya.Malas aku hendak campur dalam soal hati dengan perasaan Mahathir. Aku masihbaru di sekolah ini dan tujuan utama aku datang ke sini adalah untukmenghabiskan baki 2 tahun zaman beruniform aku. Walaupun melihatperempuan cantik merupakan hobi aku yang bermata keranjang ini, namunbukan di sini tempatnya. Nak ngorat, ngorat lah cara betul. Ni amende tercangok-cangok kat tepi padang ngan kayu hoki nih? gila? Aku meninggalkan Mahathir dan terus melakukan stretching sertamenyertai pasukan lelaki bermain hoki. Keadaan padang yang kering kontangdan berbatu itu membuatkan aku terasa bagaikan sedang bermain hoki dipadang pasir. Ketuk bola sekali, debu tanah akan berterbangan. Setiap kali kayuhoki dihayun, pasti ada ketulan batu akan ikut bersama-sama bola tu. Main hoki amendenye ni? Lebih membingitkan keadaan, di hujung padang tu terdapat sekumpulanpelajar perempuan junior sedang bising-bising memekik dan bersorak. Dari siniaku dapat mendengar sorakan itu ditujukan kepasa siapa. Nama Puadberkumandang keras di sudut padang itu. Sape Puad? star hoki sekolah ni ke? Bola hoki sampai ke hujung kayu. Aku meneruskan permainan aku. 4-5org aku dapat bolos. Ah, teruk benar mereka ini dalam permainan hoki. Pastisegelintir mereka ini semacam Mahathir, datang untuk melihat perempuan,bukannya datang untuk bersukan. Seorang demi seorang aku gelecek dan acahsebelum aku semakin laju menuju ke gol lawan. Mana la star hoki sekolah ni? meh le sini halang aksi lincah aku untuk menjaringkan gol nih. 18
    • Aku Budak Setan: Nazihah Jeritan pelajar-pelajar perempuan di sana semakin memualkan. Akumembawa bola ke tengah. Di depan aku tercegat sorang jejaka berambut tegak.Kolar bajunya sengaja dinaikkan supaya kelihatan seperti jagoan sukan.Daripada gayanya menegang kayu, aku dapat rasakan yang jejaka ini bermainhoki dengan penuh gaya. Aku mengacah dia ke kanan, dia menghalang. Acah diake kiri. dia mengelak. Wahh.. langsung tak kasi can kat aku nih. "Puaddd !! ketuk kaki budak tu..!" "Puadd !! jangan kasi budak poyo tu lepas..!" Oohh... ni le kot Puad yang diorang sorak-sorakkan tu.. Aku bawak bola meluru ke kiri padang dan menghala ke arah pasukansorak perempuan. Puad masih di belakang aku. Sengaja aku perlahankan bolayang dalam kawalan aku ini supaya beliau mampu mengejar kelajuan aku.Ternyata pancingan aku untuk membawa beliau dekat dengan pasukan sorakperempuan yang menyakitkan hati ini menjadi. Puad mengejar dan menghampiridari belakang. Aku mahu melakukan sesuatu yang hina sebentar lagi. Aku mahuPuad meraung disambar bola hoki. Aku mahu beliau mengambil iktibar selepasini supaya tidak lagi menunjuk lagak ketika bermain hoki. Aku mahu tunjukkanpada pasukan penyorak perempuan itu bahawa bukan Puad seorang sahaja yangtahu bermain hoki di sekolah ini. Rapat lagi puad... rapat lagi... Kejap lagi meraung le ko kejap lagi..hehehehe Puad mula menunjuk lagak... Aku mula gelak jahat... Puad makin rapat... Aku tersengih sumbing... Makin rapat.... Puk! Aku hayun kayu hoki aku. Puad mengelak. Bola melencong. Bola menghala ke luar padang. Menghala ke pasukan sorak perempuan. Pek! Puad melopong. Aku pucat lesi. 19
    • Aku Budak Setan: NazihahPasukan penyorak perempuan menjerit histeria.Kelihatan seorang gadis jatuh terbaring dihentam bola hoki.Mampos aku!Dari jauh aku mendengar suara Mahathir menjerit dengan penuh emosi..."NAZIHAH !!!! "mampos aku nih... mampos aku.. mampos.. 20
    • Aku Budak Setan: Nazihah 5 Nazihah "Macam mane boleh jadik macam ni?" Cik Azilah, warden aspuri menajamkan matanya ke arah aku. Daripadaraut wajahnya yang bujur, putih serta berbulu roma nipis atas mulut dia, jelasmenunjukkan yang beliau risau dan marah. Risau membimbangkan keadaanNazihah yang benjol dan luka dahinya itu. Marah kepada si pemukul bola yangberjaya membuatkan anak murid kesayangan beliau pengsan. Aku sempatmenjeling ke arah Puad dan Mahathir yang sedang duduk di bangku pondokwakaf depan Aspuri. Muka Puad yang mengerut semacam je tu jelasmenunjukkan yang beliau risau. Jika tidak risau pun, mungkin mahu berterimakasih kepada aku kerana beliaulah insan mulia dan gagah perkasa yang berjayamencempung Nazihah dari padang masuk ke aspuri. "Macam mane boleh jadik macam ni Johari ???" Cik Azilah meninggikansuara. 21
    • Aku Budak Setan: Nazihah bising aa ! "Saya tak tau macam mane jadik cam ni cikgu. Saya tengah elok je bawakbola tu. Mane saya tau bola yang saya pukul tu bole jadikkan Nazihah sebagaisasaran. Saya tak sengaja cikgu...", nada suara aku yang lembut serta ayat yangskema sepatutnya membantu meredakan perasaan marah orang. Semoga. Cik Azilah mendengus. Mungkin masih tidak berpuas hati dengan jawapanyang aku berikan. Matanya masih melorot ganas ke arah aku. Aku perasan bolamatanya turun naik memandang aku dari bawah ke atas. Lengan baju yangtadinye elok menutup seluruh tangan kini disingkatkan ke paras siku sambilbercekak pinggang. Tidak aku pedulikan. Aku tidak perlu takut kerana memangaku tak bersalah dalam hal ini. "Dah la tu, awak pegi naik. Hal Nazihah tu biar saya yang uruskan." Kata pemutus Cik Azilah melegakan aku. Tak perlu aku berhempas pulasmereka jawapan dan tak perlu aku melenguhkan kaki berdiri mengadap beliau.Tanpa cakap banyak, aku terus memecut kaki aku laju naik ke atas tanpamempedulikan Puad dan Mahathir di pondok wakaf tu. Yang aku tahu, ketika ini aku harus bersiap sedia untuk mandi. Apsal Puad ni concern sgt pasal Nazihah ni ? Sampai sanggup tunggu kat wakaf tu. Ape, Puad tu balak Nazihah ke?? eh, yer le kot. Kalo bukan balak Nazihah, takkan budak-budak pompuan tadi tak bising-bising masa Puad cempung. Kalo bukan balak, tunggu kat wakaf tu nak buat ape? Yang si Mahathir ni pon satu. Duduk kat wakaf tu buat ape? Malam tu jiwa aku kacau. Prep malam yang sepatutnya diisi denganaktiviti menelaah buku dan menyiapkan kerja rumah tiba-tiba bertukar menjadiaktiviti gossip menggosip. Tragedi di padang sekolah petang tadi menjadi topikutama mulut-mulut murai yang gemar menjaga tepi kain orang dalam kelas akuini. Mulut-mulut murai itu tidak letih-letih bertanyakan aku kisah sebenar yangberlaku antara aku dan Nazihah petang tadi. Kalaulah aku dibekalkan voicerecorder, mahu saja aku rekodkan suara aku dan tinggalkan mesin itu di atasmeja aku ini. Kalo ada yang mahu bertanya, aku akan tekan butang play. "Ape jadik kat Nazihah, Jo ??" "Cam mane bole kena bola tu kat kepala dia Jo?" "Banyak tak darah kat padang tadi Jo?" Eh, korang ni keco gile. aku lempang sekor-sekor kang. 22
    • Aku Budak Setan: Nazihah Aku semakin mula dihujani dengan soalan-soalan sebegini. Mereka iniaku anggap tidak ubah seperti Channel CNN yang berat sebelah yang sentiasamahu berita-berita terbaru untuk diumpat atau dicanang di dalam dormitrisebelum tidur. Padahal, hal ini tidak ada sebab-musabab yang berhubung-kaitdengan mereka pun. Dan anugerah wartawan CNN yang paling aktif pada malamitu tidak lain dan tak bukan jatuh pada classmate aku yang bernama Ikhwana.Sungguh giat beliau melaksanakan tugas sebagai wartawan tidak bertauliahmalam ini. Habis semua orang dicanangnya. Jiwa aku masih belum sembuh daripada kekacauan bahana tragedi dipadang tadi. Bertambah kusut pula apabila Mahathir dari tadi diam membisudan terperosok duduk di kerusi plastik itu. Perasaan bersalah yang tidak tahudari mana datangnya tiba-tiba menghantui aku. Aku telah melukakan dahiNazihah. Aku telah berjaya membuatkan wanita pujaan Mahathir pengsan di ataspadang. Aku telah berjaya membuatkan beliau jealous apabila melihat Puadmencempung Nazihah dari padang sampai ke bilik sakit. Banyak jugak kejayaanaku petang tadi. Cuma yang aku tidak pasti, adakah aku juga turut berjayamembuatkan Mahathir bengang pada aku? Adakah aku berjaya memutuskan talipersahabatan yang baru berusia seminggu dengan Mahathir? "Mahathir" aku menyapa dan memegang bahu beliau. Mahathirmengangkat muke lalu mencabut earphone walkman7 dari telinga. "Aku minta maaf" "Minta maaf apsal?" "Pasal Nazihah petang tadi" Mahathir tergelak. Adakah beliau cuba untuk menukar tenaga marahkepada tenaga gelak seperti mana menukar tenaga haba kepada tenadamekanikal? "Aku tak kesah pon Jo. Aku rase ape yang ko buat tadi tu memang patutpon" "Apsal ko cakap macam tu? Bukan ke ko minat gile ngan Nazihah?" "Lerr.. bile masa aku cakap aku minat kat Nazihah?" "Petang tadi kat dalam dorm" "Aku cakap aku suka tengok dia je, bile masa aku cakap aku suke kat dia?" Aik? "So ko tak marah aaa ek?" "Maner ader marah. Rileks aa beb.."7Penggunaan walkman di Sekolah Menengah Sains Kering Kontang Berkelapa sawit adalah tidakdilarang, kecuali di sekolah. 23
    • Aku Budak Setan: Nazihah Aku kembali ke kerusi aku. Jawapan Mahathir melegakan kekusutan dankekacauan jiwa aku. Masih utuh lagi benang persahabatan ini. Aku amat takutkalau-kalau aku kehilangan kawan lebih-lebih lagi hilang kawan kerana seorangperempuan. Walaupun perempuan adelah satu keperluan, tetapi nilaipersahabatan bagi aku adalah terlalu sukar untuk dicari ganti. "Jo, ade orang nak jumpe kat luar!" Pop! Jeritan Ayun memecah suasana. Suara yang kecil dan comel tuberjaya mengembalikan aku dari fatamorgana dunia balik ke alam nyata. Akumenggagahkan diri untuk bangun dan menuju ke pintu kelas. "Sape?" "Tu.. kat luar tu." eh, sape pulak yang nak jumpe aku ni? Puad ke? Cik Azilah ke? Orga kot? Aku bergegas menuju ke pintu belakang kelas. Apabila aku sampai di muka pintu itu, aku terkesima. Lutut aku menggeletar. Rambut aku menegak. Lidah aku kelu. "Hai abang Jo !" Nazihah??? Saat-saat ini aku terasa hendak demam. 24
    • Aku Budak Setan: Nazihah 6 Perkenalan Pertama "Luka kat dahi tu dah ok?" Soalan pertama keluar dari mulut aku. Soalan yang tidak sepatutnya akutanya pada seorang wanita yang masih berbalut di dahinya. Jangan salahkan akudengan soalan bodoh itu. Aku berada dalam keadaan sangat terkejut danterpinga-pinga sehingga aku tidak ada idea untuk berkata apa. Ko tak nampak dahi dia tu berbalut lagi ke? Tanye la dah makan ke blom? Keje rumah dah buat ke tidak? Nazihah meraba-raba padang dahinya. Mungkin dia masih tidak percayayang dahi mulus itu luka dan tercalar akibat bola hoki. Mungkin dia tidak yakinorang yang membuatkan dahinya bercalar sedang berdiri di hadapannya. Akuberasa serba salah ketika ini. "Luka ni dah ok dah kot. Lepas kawan-kawan Jihah bersihkan tadi,diorang sapu ubat. So, darah dah berhenti mengalir dah." Jihah? ooo.. tu panggilan manja ko ke? 25
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Eerr.. abang Jo mintak maap le pasal petang tadi. Abang Jo tak sengaja." "Tak ape.. Jihah tau Abang Jo tak sengaja." Nazihah tersenyum.Senyuman yang diiringi dengan barisan gigi yang putih tersusun menghiasidelima merah merekah lembut yang dipanggil bibir. Aku membalas senyumanNazihah. "Nazihah tak patut datang kelas malam-malam macam ni. Kan lagi elokkalau Nazihah duduk rehat kat bilik sakit." "Jihah dah ok dah ni. Lagi pon, yang luka dahi, bukan kaki. Jihah tak jalanguna dahi. So, tak de masalah nak datang prep malam ni." Nazihah senyum lagi.Kali ni lebih lebar. Buat lawak ye? Nak aku tambah kasi besar luka tu? Ketuk ngan kaca tingkap kang, nak? "Sebenarnye.. Jihah datang ni, sebab nak kenal dengan orang yang buatJihah pengsan kat padang tadi." Kedegummm... ade kilat sabung menyabung kat langit. Wah wah wahhh... ade yang kena ketuk ngan kaca tingkap kejap lagi ni kang.. "Ngape? Nazihah nak balas dendam ke?" Nazihah mengekek. "Tolong jangan panggil Jihah ngan nama Nazihah boleh? Panggil Jihahaje." Nazihah senyum lagi. Kali ni lebih lebar. Lebih menawan. Lebih lawa. Lebihrupawan. "Jihah tanye kat kawan-kawan Jihah kat dalam bilik sakit tadi, sape yangpukul bola tu sampai kena Jihah. Diorang cakap diorang tak kenal. Yang diorangtahu, orang yang pukul bola tu budak baru masuk sekolah ni. Rambut diamegi.Tu pasal Jihah datang sini. Jihah nak kenal ngan budak baru tu. Jihah naktengok rambut megi dia. Kata orang, tak kenal maka tak cinta." Eh ko nih.. ko nak bercinta ngan aku ke? "Sape yang bagitau Jihah yang abang ade kat kelas ni?" "Kak Ayun bagitau." Nazihah melunjurkan tangannye ke arah seorang smurf yang bertudungdalam kelas aku. Aku mengikut ke arah tangan Nazihah. Kelihatan Ayun sedang 26
    • Aku Budak Setan: Nazihahtersengih-sengih sambil berpura-pura menjadi seekor beruk8 di tempatduduknya. Haruskan aku berterima kasih pada Ayun? Terima kasih keranamembawa bidadari dari syurga turun dari kayangan dan mendarat di depan iniberjumpa ngan aku? Terima kasih kerana membuatkan aku gelisah tak tentuarah? Terima kasih kerana berpeluang menatap perempuan paling comel dalamsejarah hidup seorang jejaka berambut megi bernama Johari? Time kasih Ayun! "Abang Jo kelas 4 Delima kan? Sama la kite. Saya kelas 3 Delima. Tempatduduk saya kat depan barisan nombor 3 tepi tingkap sebelah kanan." Nazihahteleng ke kiri. Tak tanya pon. "Kite ni sama-sama Delima, kirenye kite ni adik beradik la." Dia teleng kekanan. Tak tanya pon. "Kenapa abang Jo diam? Abang Jo ingat Jihah nak balas dendam katAbang Jo ekkk?" Nazihah mengeruntukan dahi mencari jawapan. Matanya tepatmemandang aku. Wajahnya berubah seakan-akan secomel rubah. Mahu saja akuaku cubit pipi tembam dia tu. Mahu saja aku gigit hidungnya yang seludang tu.Mahu saja aku jilat delima merekah yang merah kebasahan tu. Mahu saja akuajak dia ke kantin dan menikmati makan malam yang indah bersama-sama. sukati aku le nak diam ke hape ke. "Eh, tak de lah. Abang Jo terasa pelik je." "Pelik ngape?" "Pelik pasal Jihah la. Abang Jo yang buat Jihah pengsan, alih-alih Jihahpulak yang datang jumpa Abang Jo. Patutnye Abang Jo yang datang jumpe Jihah.Ni dah terbalik pulak." "Bukan ke dalam agama, kite dituntut memaafkan sesama manusia. Apesalahnya kalo Jihah datang jumpe Abang Jo dan memaafkan kesalahan AbangJo?" Aiseh.. bukak khutbah jumaat pulak budak nih...8Perkara sebegini adalah satu kebiasaan bagi seseorang yang terasa bersalah di SekolahMenengah Sains Kering Kontang Berkelapa Sawit. Dalam hal ini, Ayun berasa bersalah keranamenemukan Nazihah dengan Johari. 27
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Kalo cam tu, kirenye Jihah dah maafkan abang Jo la ni ek?" "Ha ah, bukan tu je tau. Sebenarnye kan, Jihah datang ni ade sebab lainlagi tau."Nazihah dah mule menggedik. Ade sebab lain? ko nak ketuk kepala aku ngan kaca tingkap ke? "Sebab ape agak-agak nye tu?" "Sebabb...Jihah kannn.. Jihahhh...nak.."Ayat Nazihah tercomel-comel dantersangkut-sangkut di situ. ko nak ape demit? "Nazihah! ape kamu buat dekat blok tingkatan 4 ni???" Tengkingan Cik Azilah yang sekuat 10 000dB meluncur laju masukmelalui tulang anvil, tukul dan rakap dalam organ pendengaran aku. Cis, di saat-saat genting ini muncul pula Cik Azilah, warden aspuri. Langkahnya dibuka besarsupaya lebih cepat sampai ke arah kami. Mungkin dia menyangkakan bahawaaku akan menambah lagi luka di dahi Nazihah dengan kaca cermin tingkap? Akudiam. Nazihah menunduk. Tiba-tiba aku terasa seperti sedang ditangkap khalwatdi Tasik Cempaka di Bangi. Kacau daun le kau ni Azilah!! "Kamu berdua pegi masuk kelas sekarang!!" Kebas gegendang telinga aku. Frekuensi bunyi yang tinggi itu membunuhhingar-bingar kelas 4 Delima lantas membuatkan mata semua claasmate akudalam 4 Delima terbeliak dan buntut mereka tersentak. Suasana yang hirukpikuk dan kelam kabut sebentar tadi bertukar menjadik senyap sunyi macamsurau seawal pukul 5 pagi. Wartawan-wartawan CNN yang giat bekerja mencaribahan berita tiba-tiba sedang tekun membaca buku. Jejaka-jejaka yang sedangsedap tidur beralaskan buku tiba-tiba duduk tegak membuat kerja rumah. Murai-murai yang tengah bergossip terus bertukar menjadi pelajar harapan bangsa.Tanpa menunggu lama, Nazihah berlalu balik ke kelas. Aku yang memang sejaktadi termalu-malu terus masuk ke kelas menuju meja. Malu aku ditengkingsebegitu rupa. Terasa seperti seekor anjing yang dihambat keluar dek keranamenyalak meminta sepingan tulang. Cik Azilah meninggalkan kelas 4Delima. Sepeninggalan beliau, kelas 4Delima kembali hingar-bingar. Aktiviti yang terhenti disebabkan kehadiranwarden asrama itu kini disambung kembali. Aku pula diselubungi kemarahandan tertanya-tanya. Permintaan Nazihah sebentar tadi tidak dapat dihabiskandek kerana sergahan Cik Azilah. Besar ikon tanda tanya di atas kepala aku ketikaini. Kringgggg... 28
    • Aku Budak Setan: Nazihah Bunyi siren tu menunjukkan masuklah waktu untuk pulang ke dormitribagi Sekolah Menengah Sains Kering Kontang Berkelapa Sawit dan blok-blokakademik yang sewaktu dengannya. Sememangnya, masa tamat prep malamadalah masa yang sangat-sangat dinantikan oleh pelajar-pelajar asrama penuh.Tamat prep malam menandakan bermulanya aktiviti buas mereka di asrama.Bagi pelajar putera, aktiviti buas mereka selalunya acara membuli pelajar junior,acara masak megi dalam gayung, ataupun membuat senaman mulut berborakberamai-ramai. Dan yang pasti, acara paling menarik adalah aktiviti jiwangsesama rakan sebaya. Kalau pelajar puteri pula, berborak-borak adalah satukewajipan sebelum tidur. Jika tidak pun membasuh baju, stokin, tudung atauanak tudung. Mandi sebelum tidur juga merupakan satu kebiasaan juga. Sebelum naik ke dorm, kami beramai-ramai akan singgah ke DewanMakan dahulu kerana malam ini Dewan Makan menyediakan burger. Burgeryang hidup segan sos cili malu-malu. Tidak mengapalah. pihak sekolah sudahsediakan supper pun sudah cukup bagus. Walaupun makan megi adalah rutinaku setiap malam, namun melepaskan burger bukanlah pilihan aku yang terbaik.Ketika aku sedang beratur mengambil burger itu, mata aku melilau mencarikelibat Nazihah. Siapa tahu, mungkin senyuman dia boleh memudahkan proseshibernasi aku sebentar lagi. Mungkin senyuman dia boleh menjimatkan megi akutengah malam nanti. Tiada kelibat Nazihah. budak ni tak makan burger kot? “Alaa.. malasnye aku nak beratur ni Mahathir.” Aku mengomen. “Sabar la. Bende nak masuk perut, kena la sabar.” Mahathir membalas. “Tu.. budak-budak form 5 rileks je potong queue. Jom kite join diorangnak?”Aku masih tidak berpuas hati. Beratur panjang sebegini bagi aku adalahmembuang masa. Oleh sebab masa itu emas, maka aku tidak mahu kehilanganemas pada malam ini. “Tak leh bai. Diorang lain, kite ni baru form 4” Azmi mencelah perbualanantara aku dengan Mahathir. “Hmmpphh..” Aku mendengus. Benar kata-kata Azmi itu. Pelajartingkatan lima adalah raja di asrama. Selalunya, tiada siapa yang beranimembantah mereka kecuali guru-guru dan pentadbiran sekolah. "Ni abang Jo kan?" Seorang junior yang berbadan gemuk, gelap bercermin mata lonjongmenyapa aku sambil tersengih-sengih. Yer, adik nak autograph? "Yer, ade ape?" 29
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Ni haa.. Nazihah suruh saya pass note ni kat abang." Notes? Nazihah hantar notes kat aku? "Err..time kasih yer." "Sama-sama. Simpan elok-elok note tu bang.. Jihah siap spray nganperfume feveret dia tu!" perfume feveret? uishhh... biar benar~? Pemberian nota itu membuatkan Mahathir dan Azmi di sebelah akumelopong kehairanan. Along yang kebetulan terdengar kata-kata pelajar juniortadi, datang kepada aku dan menepuk-nepuk bahu aku tanda mengucap tahniah.Ketika ini aku benar-benar terperanjat. Akhirnya, satu lagi sejarah telah tertulisdi dalam diari kehidupan aku. Satu sejarah yang pasti tidak akan aku padamdaripada memori ingatan aku. Aku dapat notes dari awek hot hari ni. Nota daripada Nazihah aku pegang dengan kemas. Takut pula kalau suratitu terlipat. Berbekalkan burger di tangan kiri, aku berlari naik ke dormitri. Akumahu cepat sampai. Aku mahu cepat makan. Aku mahu cepat baca isi kandungannota daripada Nazihah. Aku mahu menekup dan mencium haruman perfumeNazihah. Setiap baris ayatnya aku ulang. Setiap butir perkataannya aku eja. Setiapkesalahan tatabahasanya aku perbetul. Setiap lenggok tulisannya aku ikut. Hatiaku berdegup kencang. Fikiran aku seakan kosong. Haruman nota itu benar-benar melapangkan dada. Kehadapan Abg Jo 4 Delima. Jihah harap, kedatangan surat ini tidak mengganggu kehidupan Abg Jo.Pertemuan kita malam tadi terlalu singkat. Belum sempat pon Jihah nakbercerite panjang, Cik Azilah dah datang menghalau. Rasenye, masih banyaklagi perkara yang Jihah hendak tahu tentang Abg Jo. Dan mungkin, ada bykpersoalan dlm kepala Abg Jo yang hanya Jihah yang mampu jawab. JikalauAbg Jo tidak ada masalah, bolehkah Abg Jo datang ke padang hoki esok? Jihahtunggu Abg Jo dekat stor sukan pukul 5:30 ok? Sekian. Yang Mengharap, Nazihah 30
    • Aku Budak Setan: Nazihah 7 Jurulatih Hoki Jam menunjukkan tepat pukul 5:12 petang. Aku masih terbaring terkebil-kebil memandang siling dormitri. Masih terbayang di fikiranku tentangpertemuan singkat antara aku dan Nazihah malam semalam. Masih tersarang dimataku akan kelembutan dan keayuan Nazihah menggedik dan meneleng dihadapan aku. Masih segar di telingaku mendengar akan gemersik suaranyamerdu mendayu. Hati aku gelisah. Fikiran aku resah. Jiwa aku kacau. Aku cubamencari posisi badan yang lebih selesa. Kalih badan ke kanan, nampak Azidimenonggeng tidur. Kalih badan ke kiri, nampak Atoy sedang membuat peta atasbantal9. Aku bungkam. Perlahan-lahan aku mencapai surat Nazihah yang akusimpan di dalam almari aku.9Aktiviti riadah pada waktu petang merupakan rutin harian bagi pelajar-pelajar SekolahMenengah Sains Kering Kontang Berkepala Sawit. Setiap pelajar diwajibkan berpakaian sukandan turun bersukan. Walau bagaimanapun, tidur adalah pilihan terbaik bagi pelajar-pelajar yangmalas. 31
    • Aku Budak Setan: Nazihah Kehadapan Abg Jo 4 Delima. Jihah harap, kedatangan surat ini tidak mengganggu kehidupan Abg Jo.Pertemuan kita malam tadi terlalu singkat. Belum sempat pon Jihah nakbercerite panjang, Cik Azilah dah datang menghalau. Rasenye, masih banyaklagi perkara yang Jihah hendak tahu tentang Abg Jo. Dan mungkin, ada bykpersoalan dlm kepala Abg Jo yang hanya Jihah yang mampu jawab. JikalauAbg Jo tidak ada masalah, bolehkah Abg Jo datang ke padang hoki esok? Jihahtunggu Abg Jo dekat stor sukan pukul 5:30 ok? Sekian. Yang Mengharap, Nazihah Aku termangu-mangu mencari jawapan untuk soalan Nazihah itu. Haruskah aku pergi berjumpa dengan dia petang ini ? Apakah hal yang penting sangat itu? Dia nak ligan aku dengan kayu hoki kot? Tiada jawapan yang pasti untuk soalan Nazihah itu. Yang aku tahu,Jikalau aku hendak dapatkan jawapan yang sebenar, aku perlu berjumpa denganNazihah. Hanya dia yang mampu memberi jawapan. Aku tidak mahu dibiarkanmeneka. Aku tidak mahu membuat jawapan dan telahan sendiri. Bingkas akuturun dari katil dan menggagahkan diri aku mencapai seluar trek dan t-shirtlusuh aku yang bersidai di ampaian luar. Sempat aku melirik pada jam dinding diatas pintu dorm. 5:20 petang, sempat ke aku ni? Aku sarung kasut ke kaki dan terus bergegas menghala ke blok akademikmenuju ke stor sukan. Sampai sahaja di sana, tidak ada kelibat Nazihah di situ.Aku terpinga-pinga menunggu. Janji pukul 5:30 petang mungkin berlarutansehingga pukul 6:00 petang. Aku yang tidak betah menunggu orang, mulaberjalan mundar mandir di koridor stor sukan itu. Sambil mundar mandirmacam pak pandir tu, sempat jugalah aku menjeling-jeling jam di dalam storsukan tu. 5:40 petang, aku kena tipu ke? "Lama ke tunggu Abang Jo?" Aku pusing ke belakang. Kini di hadapan aku Nazihah sedang berdirisambil menyorokkan tangan dibelakang sambil menggerak-gerakkan badannya.Gaya comel yang ditujukkan oleh Nazihah berjaya memadamkan api prasangkaaku. Kain pembalut di dahi dia sudah diganti dgn plaster berubat. 32
    • Aku Budak Setan: Nazihah Tak aihh..tak lama ponn.... lempang nak? "Dah tunggu Jihah 10 minit dah. Ingatkan Jihah tak datang. IngatkanJihah tipu Abang Jo." Nazihah tergelak. "Sori Abang Jo, ade spotcheck kat aspuri tadi. Tu yang Jihah lambat nih." spotcheck konon... "Dahi Jihah tu dah ok ke?" "Hmm.. luka dah kering dah. Alaa.. luka kecik aje. Jauh dari perut, takmatinye." Ko ingat aku pedulik ke kalo ko ko mati pon? "Jom ikut Jihah pegi padang. Ade hal Jihah nak bagitau Abg Jo nih." Kami beriringan menuju ke padang. Suasana petang tu agak damai.Matahari tidak menerik seperti mana biasa. Angin petang bertiup perlahanseakan-akan menyambut kedatangan aku dan Nazihah. Haruman perfumeNazihah berlumba-lumba masuk menusuk hidung aku. Wangi benar perempuandi sebelah aku ini. Masakan mahu bermain hoki petang-petang pun masihmemakai perfume? Biarlah. Itu adalah hak peribadi Nazihah dan aku sama sekalitidak perlu masuk campur. Perjalanan kami menghala ke sekumpulan pelajarperempuan yang sedang bersiap sedia dengan kayu hoki. Kelihatan Puad jugaberada di situ. Rraut wajahnya itu jelas menunjukkan yang beliau tidak senangapabila melihat aku berjalan beriringan dengan Nazihah. Mungkinkah beliaujealous? Kalau beliau jealous pun, itu bukan urusan aku? Sengaja aku berpura-pura menggedik sambil bergelak-gelak sakan dengan Nazihah. Aku mahu Puadjealous. Aku mahu Puad bengang. Walaupun aku tahu sebagai seorang senior,beliau mempunyai kuasa autokrasi untuk membelasah aku apabila aku tiba keasrama sebentar nanti, tapi aku tidak takut. (Sebenarnya aku berpura-pura tidaktakut.) Aku cuba berlagak tenang ketika ini. Cuba! "Eh, abang Puad buat ape kat sini?" Nazihah memulakan bicara. Ha ah, ape ko buat kat sini? "Jihah, Abang Puad ni volAzmier nak jadik coach hoki kite" Seorang gadisbercermin mata dan manis orangnya menjawab. Coach hoki? 33
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Bole ke Jihah?" Puad cuba meminta kepastian. bole ke Jihah~? Eleh.. pancing! "Abang Puad yakin, di bawah latihan Abang Puad nanti, pasukanprempuan sekolah kite pasti cemerlang tahun ni." Puad mula menabur janji-janji. Janji-janji manis yang aku sangat-sangat yakin ada muslihat. "Tak ape lah Abg Puad, Jihah rase Jihah tak perlukan khidmat AbangPuad." ahahahaha kena reject. "Kenapa??" Puad tak puas hati. "Yer lah Jihah, apsal ko tak nak Abang Puad jadi coach?" Gadis bercerminmata dab manis tadi mendesak jawapan. Nazihah terdiam. Semua orang memakukan perhatian kepada Nazihah. Suasana hening seketika. Tiada lagi angin bertiup. Tiada bau perfume menusuk hidung. Matahari menyorok di belakang awan. Aku masih lagi kusyuk menunggu jawapan dari mulut Nazihah. "Sebab Jihah nak Abang Jo jadik coach kite!" Kedegummm! Keputusan Nazihah adalah satu keputusan yang benar-benarmemeranjatkan aku. Tiada sebarang maklumat yang aku peroleh sejak tadi akankeputusan ini. Aku tidak tahu apa kredibiliti aku untuk memimpin pasukan hokiperempuan Sekolah Menengah Sains Kering Kontang Berkelapa Sawit ini. Danyang paling penting, keputusan Nazihah bagaikan memeterai episod peperanganantara aku dan Puad. Puad memandang aku dengan pandangan tajam. Beliautelah kalah pada seorang pelajar baru yang masih muda usianya berada disekolah ini. Aku menunduk memandang batu-batu di atas tanah, cuba untuktidak melakukan sebarang eye contact dengan Puad. “Tak pe lah kalau macam tu.. orang tak nak, takkan Abang Puad nakpakse.” Puad berlalu pergi menuju ke arah pasukan hoki lelaki meninggalkan akudan pasukan hoki perempuan. Di saat ini, hanya Nazihah seorang sahaja yangtersenyum memandang aku. Manakala ahli-ahli yang lain memandang aku 34
    • Aku Budak Setan: Nazihahdengan renungan tajam dan tertanya-tanya kehairanan dengan keputusanNazihah. Adehh.. 35
    • Aku Budak Setan: Nazihah 8 Gossip Hingar bingar dalam dormitri membuatkan aku terjaga. Sejuk benar awalpagi di Sekolah Menengah Sains Kering Kontang Berkelapa Sawit ini. Akuberpaling ke arah kanan aku. Azidi masih lagi dalam keadaan pegun denganbuntut menonggeng menghala ke siling dan mulut menganga kecil mengeluarkancecair hangat serta memualkan dari mulunya. Aku berpaling ke kiri pula. Atoysudah tiada. Katilnya sudah elok berkemas, selimutnya elok sudah bertegang.Dalam keadaan terpisat-pisat tu, sempat juga aku melirik ke arah jam dinding didalam dormitri aku. 6:30 pagi?10 Bup!10Waktu bangun tidur di Sekolah Menengah Sains Kering Kontang Berkelapa Sawit adalahberkadar terus dengan jumlah masa yang diperuntukkan ketika melakukan aktiviti pada malamharinya. Contoh: Jika melakukan upacara makan megi selama 1 jam, maka waktu bangun tidurakan terlewat 1 jam. 36
    • Aku Budak Setan: Nazihah Aku hempaskan badan aku kembali ke atas katil. Berniat mahumenghabiskan masa barang 30 minit lagi untuk tidur. Suasana sejuk dicampurdengan keempukan bantal dan kenikmatan comforter bulu kambingmembuatkan aku lebih bersemangat untuk menyambung beradu. Semalam akubermimpikan Nazihah. Beliau datang ke dalam mimpi aku. Aku tidak sebegituingat apa yang aku mimpikan bersama-sama dengannya tetapi sempat jugalahkami bertukar 10 helai baju menyanyikan lagu "Kuch Kuch Hota Hai" sebelumjatuh bergolek-golek di sepanjang pantai. Selepas bersiap mandi, solat subuh dan bersegak uniform, aku turunmenghala ke blok akademik menuju ke kelas 4 Delima. Petang ini, bermulalahkerjaya aku sebagai seorang jurulatih pasukan hoki perempuan SekolahMenengah Sains Kering Kontang Berkelapa Sawit. Keputusan Nazihah semalamsama sekali membunuh impian Puad untuk memegang jawatan itu. Tidak puladalam sangkaan aku yang keputusan Nazihah adalah veto. Ahli-ahli pasukanyang lain sekadar diam membisu seribu kata. Gadis bercermin mata dan manisorangnya itu tidak membantah keputusan Nazihah. Ahli kumpulan yang lain jugatidak membelakangkan Nazihah dalam hal ini. Keputusan memilah coach hokibulat-bulat ditentukan oleh si comel yang berplaster di dahi itu. Puad yangkehampaan terpaksa melangkah menuju ke skuad hoki lelaki. Kasihan, beliauterpaksa menghabiskan petang itu bersama-sama dengan rakan-rakan yang samaspesisnya bermain hoki. Manakala bagi pihak aku, petang semalam bagaikan salji yang gugurdiiringi dengan bunga-bunga sakura dan diselangseli dengan kuntuman bungaros. Seronok, teruja dan menghiburkan. Aku menghabiskan masa seluruh petangitu dengan berkenalan dengan semua ahli pasukan hoki itu. Barulah aku tahuyang gadis bercermin mata dan manis orangnya itu bernama Hazwani. Seoranglagi yang berbadan agak gempal bernama Pial. Ada yang bernama Balqis, adeyang bernama Puteri, Afrah, Fara, Nisha, Azizah bla bla bla.. Semuanya ada 13orang Sampai saja di kelas, aku terus meminjam buku latihan Matematikkepunyaan Azura. Aku tak mahu dileteri oleh Cikgu Nurul yang mengajarmatapelajaran matematik itu. Azura ini duduknya bersebelahan denganIkhwana. Berbeza dengan Ikhwana yang simple dan comot, si Azura ni berdagulebar dan lebih ayu. Apa sahaja karekteristik yang ada pada Ikhwana, tidak adapada Azura. Dia adalah suatu objek yang mengimbangi Ikhwana sepertimanamana malam lawannya siang, sejuk lawannya panas dan lapar lawannyakenyang. Selesai memfotostat buku latihan Azura, aku serahkan buku tersebutkepada Harry pula. Kini giliran Harry pula mengambil tempat sebagai mesinpencetak. Walaupun dia kelihatan seperti anak murid kesayangan Cikgu Nurulyang kerap didodoi dan dimanja, kerja rumah yang diberi selalunya gagaldisiapkan. Kelas aku ni merupakan kelas yang majmuk. Di situlah pelajar-pelajar nonmuslim dihimpunkan bersama-sama dengan pelajar muslim. Di situ jugatercampaknya pelajar-pelajar anyang mengambil Pendidikan Seni dan PrinsipAkaun. Di situ juga berkumpulnya pelajar-pelajar yang datang dari serataMalaysia. Ada datang dari Kedah, Sabah, Kelantan, Perak dan juga Sg. Buloh. Pn.Kawsalya selaku mentor baru sahaja sebentar tadi mengedarkan borang 37
    • Aku Budak Setan: Nazihahpermohonan menjadi MPP. MPP adalah singkatan untuk Majlis PerwakilanPelajar atau lebih senang dipanggil sebagai pengawas sekolah. Masa pantas berlalu. Sedar-sedar sessi akademik kemahiran berfikirsecara kreatif dan kritis (KBKK) sudah berakhir. Acara seterusnya adalah makantengah hari dan disusuli dengan prep petang. Aku baru sahaja berkira-kira mahupulang menuju ke Dewan Makan bersama-sama dengan Nazihah, tetapidisebabkan sessi akademik kami yang berbeza11, aku akur untuk pulang bersamakawan-kawa berspesis sama yang rata-ratanya telah kelaparan. Harus diingat,para pelajar sekolah berasrama memang sentiasa lapar. Sentiasa saja tembolokmereka kosong. Entah apa aktiviti yang mereka lakukan sabab hari, perut merekasentiasa tidak penuh. "Jo, nak mintak tolong sikit". Aku memandang Ayun. Smurf yang comel ini membutuhkan pertolonganaku agaknya. "Tolong ape?" "Boleh tolong aku tampalkan nota biologi ni kat board tak? Aku taksampai la" Ayun tersengih. Berdasarkan kepada faktor fizikal beliau yang sebegitukecil, nak tak nak aku harus memberi pertolongan. Aku ambil nota di tangannyadan tampalkan di belakang. Cantik nota pelajaran yang dibuatnya. Macam-macam warna yang menarik diguna. Gambarajah proses osmosis daun itu akulekatkan dengan sebaik mungkin. Selesai menampal nota itu baru aku perasan,hanya aku dan Ayun saja yang tinggal di dalam kelas. Demit, budak-budak ni dah balik ke? Apsal tak tunggu aku? "Ok Cik Ayun, dah siap" "Tengkiu Jo." "Tak de hal" "Tunggu aku kejap Jo, aku nak balik makan gak." Yer la.. yer la.. Aku menunggu Ayun mengemaskan barang-barannya. Selesai saja diamenyimpan buku dan mengemas meja, aku mula bergerak keluar dari kelas.Pintu kelas ditutup. Aku dan Ayun beriringan menuju ke Dewan Makan. Agaksunyi blok akademik ketika itu. Logiknya, semua orang sedang memenuhkanperut masing-masing di Dewan Makan. Dalam perjalanan ke Dewan Makan tu,banyak yang kami borakkan. Isi perbualan berkisar kepada kehidupan di asrama,11 Sessi kelas pelajar tingkatan rendah dan tingkatan atas adalah berbeza di Sekolah MenengahSains Kering Kontang Berkelapa sawit di mana, pelajar tingkatan rendah kurang satu waktu atau40 minit berbanding pelajar tingkatan atas. 38
    • Aku Budak Setan: Nazihahdi sekolah lama dan di rumah. Seronok mendengar celoteh Ayun. Terkumatkamit mulutnya bercerita tentang segala aktivitinya di aspuri. "Nak tanye sket Jo." "Apa dia?" "Aku tengok sekarang ni ko rapat ngan Nazihah tu. Ko ade ape-ape kedengan dia ?"Aku mengekek. Hampir aku tak percaya soalan cepumas itu keluardari mulunya. Aik? ni dah masuk hal peribadi dah ni... "Mane ade ape-ape. Aku ngan dia kawan je." "Eleh.. macam aku tak tau je. Aku dengar ko jadik coach hoki diorangskang kan?"Ayun mula memancing. "Ha ah, jadik coach sementara waktu. Coach lama diorang eksiden, sodiorang kena carik replacement sementara untuk 1-2 bulan ni. Terpaksa la akuyang baik hati ni pergi membantu, hehehe.." Aku membuat sengihan kerangbusuk. "Oohh... macam tu ke?" Yer macam tu la.. ko nak aku buat cam mane lagi? "Kenapa ko tanya macam tu?" Giliran Ayun pula mengekek. "Kalo ko nak tau Jo, cerite ko ngan Nazihah tu tengah panas sekarang ni.Budak-budak aspuri skang sumer dah tau yang korang ade cam affair aaa...So,aku nak le jugak tahu cerite sebenar." "Ohhh.. kirenye, lepas ni ko nak tambah kasi cerite tu lagi panas aa ek?" "Ha ah, lepas ni aku nak buat satu nota besar pasal korang peh tu tampalkat papan kenyataan kat aspuri. Biar semua orang bace. Biar satu sekolah tau." "Ohhoo... ade niat keji nihh...Tarik tudung tu kang.." "Ko tarik aa.. aku jerit karang." Ooo.. cabar aku ek? Pantang betul aku kalau ada orang cabar mencabar ni. Tidak terlintaslangsung perasaan cuak mendengar ugutan sebegitu. Tanpa berlengah, aku tariktudung Ayun secara manja. Tudung dia terus senget 45 darjah. Ayun menjeritsambil menumbuk perut aku. Senak! Tapi terasa sedap pula ditumbuk begitu.Hilaian gelak ketawa memenuhi ruang di antara kami. Gegak gempita perjalanankami dengan hilaian ketawa aku melihat Ayun terkial-kial membetulkan semulatudungnya. Walaupun Ayun agak bengang mendengar gelak tawa aku, tapi tiada 39
    • Aku Budak Setan: Nazihahreaksi penyesalan datang daripada beliau. Agaknya dia suka kena tarik tudungkot? "Ewah ewah... seronok nampak???" Demit... ! Cik Azilah bercekak pinggang memandang kami. Ganas matanyamenyoroti aku dan Ayun. Dia ni.. ade aje kat mane-mane! "Seronok main tarik-tarik tudung yer Johari???" Ha ah cikgu! Seronok! Cikgu nak kena tarik tudung jugak ke? Aku tidak perasan langsung kelibatnya di depan kami tadi. Sumpah akutidak perasan. Sejak bila Cik Azilah berada di situ? Sudah lamakah diamemerhatikan aku dan Ayun ? Adakah dia memang suka bermain sembunyi-sembunyi ? Adakah dia menyorok di sebalik tiang ? Adakah dia pura-puramenyamar menjadi tiang? Adakah tiang itu sebenarnya adalah dia? Kami menunduk takut. Aku berhenti mengilai. Ayun tak jadi betulkan tudung. Kami meluncur melewati Cik Azilah. Hidung aku... Hidung aku menangkap haruman yang amat aku kenali. Bau perfume yang sangat-sangat aku senangi. Aku menoleh ke belakang... Jantung aku berhenti berdegup. Paru-paru aku berhenti bernafas. Saluran darah aku seakan-akan tersumbat. Nazihah sedang memandang tajam ke arah aku. Alamak...! 40
    • Aku Budak Setan: Nazihah 9 Hazwani "Semua orang dah sampai ke?" Aku merenung wajah skuad hoki pompuan bimbingan aku itu satu-persatu. Semuanya kelihatan tidak sabar mahu memulakan latihan. Semuanyatertunggu-tunggu apakah arahan dan teknik yang aku akan guna-pakai untukpasukan ini. Bersemangat mereka datang pada petang ini untuk memulakan sessilatihan. Latihan hoki bersama Abang Johari.. 12 orang? bukan patutnye 13 orang ke? aku salah kire ker?? "Semua orang dah sampai ke? "Aku mengulang soalan yang sama. Apsal aku raser cam tak cukup sorang je ni? "Jihah tak dapat datang Abang Jo" Sahut Pial. "Kenapa? Dia sakit ke?" 41
    • Aku Budak Setan: Nazihah dia marah kat aku ke? "Dia keluar dengan Cik Azilah petang tadi. Pegi Klang rasenye. Beli baranguntuk majlis perpisahan pengetua nanti." Kluar ngan Cik Azilah ? Jawapan Pial merunsingkan aku. Aku sangat yakin yang Nazihah telahmenyaksikan gelagat dan tindakan gedik antara aku dan Ayun tengah hari tadi.Aku sangat yakin yang Cik Azilah memang anti dengan aku setelah apa yangberlaku sejak akhir-akhir ini. Aku sangat yakin juga yang Cik Azilah pasti akansedaya upaya cuba meracun kotak pemikiran Nazihah dengan menabur ceritaburuk dan tohmahan kotor tentang aku. Hati aku runsing. Kepala akuberserabut. Mahu saja aku suruh mereka yang berada di hadapan aku ni bersurai.Tapi aku tak boleh menperaduk-campurkan masalah peribadi dengan tugas aku.Aku kena pandai mengawal perasaan. Aku perlu pandai bersikap profesional. "Kenapa Abang Jo? Rindu kat Jihah ke?" Hazwani membuat muka memancing. Ahli skuad yang lain tersengih-sengih mendengar tempelakan Hazwani. Aiseh, ada orang dapat bau la! "Ok, untuk hari ni... kite start dengan lari pusing padang 3 pusingan.Abang Jo nak tengok tahap fitness korang." Aku cuba menukar tajuk. Malasmahu melayan pancingan Hazwani. "Taruk semua kayu hoki kat satu tempat. Puteri, kamu lead mereka lari.Balqis, kasi Abang Jo surat pasal tournament hoki bulan depan tu." Akumemberi arahan aku yang pertama. Ternyata mereka tidak ada masalah untukpatuh. Balqis menyerahkan kepada aku surat yang aku minta. "Panggil saya Aqeesh jer Abang Jo. Tak payah la panggil nama penuh.Segan la saya." Balqis menguntum senyuman. Ayatnya tadi menandakan bahawadia sudah memberi lesen untuk aku memanggil nama manja dia. Nama yangsebegitu cantik. Sesuai sekali dengan orangnya yang lemah lembut, tenang dancantik. "Ok, panggil Aqeesh ek?" Aku membalas kuntum senyum Balqis. Adeh.. comel-comel btul diorang ni sumer. Larian pun bermula. Untuk tidak kelihatan seperti seorang diktator yangberkuku besi mengamalkan sistem pemerintahan berkroni, aku turut samaberlari dengan mereka. Sambil berlari, aku membaca surat yang Balqis berisebentar tadi. Surat formal yang dialamatkan kepada Sekolah Menengah SainsKering Kontang Berkelapa Sawit itu menjemput skuad perempuan dan skuad 42
    • Aku Budak Setan: Nazihahlelaki untuk bersama-sama memeriahkan Piala Perdana Menteri bagi zon tengah.Tempat perlawanan akan diadakan di SEMESTI12, Teluk Intan. Larian kami berakhir. Semua orang letih. Semua orang tercungap-cungap.Peluh yang terhasil dari larian sejauh lebih kurang 1.5 km itu membuatkan kamitermengah-mengah. Kecuali aku yang masih steady, anak didik aku yang lainhendak mengangkat kayu hoki pun tidak larat. Aku tersengih melihat merekakeletihan. Kelemahan utama mereka terserlah. Stamina yang tidak berada padatahap yang memberangsangkan boleh mempengaruhi tahap permainan merekasemasa tournament hoki yang mendatang. Tugas aku berakhir kira-kira jam 6:30 petang. Itu pon kerana Cikgu Reza,penolong kanan HEM kami terpekik terlolong menghalau kami balik ke asrama.Bersiap-siap ke surau katanya. Aku yang malas mendengar sengau suaranya, lalumenamatkan latihan petang itu dengan hati yang lapang. Selepas menyimpanperalatan sukan ke dalam stor, kami pulang berasingan. Segan pula aku hendakpulang beriringan dengan anak-anak didik aku itu. Aku melencongkan diri akumenghala ke water cooler di depan bilik guru. Water cooler itu hanya pada namasahaja kerana rasanya tidak pernah sejuk, malahan lebih payau dari air paipbiasa. Mungkin terlebih klorin agaknya. Tak pun mungkin kerana filter air watercooler tu tak pernah bertukar sejak dari dulu. Tak pun mungkin salah satuagenda pihak sekolah untuk memohon duit dari PIBG. Aku menundukmenghirup air water cooler itu. apsal raser payau macam air longkang surau nih? "Tak balik lagi Abang Jo?" Aku tersedak. Hazwani tanpa kedekut menghadiahi aku senyuman yangmanis. Gadis bercermin mata dan manis orangnya itu sedang berdiri sambilmemegang beg sekolahnya yang berbelang batik. Eh, ko tadi bukan dah balik ke? "Nak minum air ni haa.. haus pulak rasenye" Alaa... ko sorang aje ke ? apsal tak ajak Aqeesh datang sekali ? Hazwani masih berdiri di situ. Mungkin dia mahu balik saing sekalidengan aku agaknya. Setelah selesai minum, aku bergerak mahu pulang keasrama,.ditemani Hazwani. Kami beriringan melalui gajah menyusur. Lemahlonglai langkah Hazwani. Kepenatan hasil daripada latihan aku tadi barangkali.Wajah dia pun kelihatan agak pucat. Mungkin corak latihan aku terlalu beratuntuk makhluk yang berjantina perempuan. "Penat ke training tadi Nani?" Aku memukaddimahkan perbualan.12 SEMESTI adalah singkatan kepada Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. Sekolah ini jugamenerima nasib yang sama seperti Sekolah Menengah Sains Kering Kontang Berkelapa Sawitkerana turut dikelilingi ladang kelapa sawit. 43
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Hmm... penat sangat-sangat.Tak pernah Nani kena dera macam ni" Cet, baru training sket dah mengeluh. "Dulu kan, masa kitorang practise dengan coach lama, dia tak pernah kasitraining macam tadi. Tak pernah dia suruh kitorang lari 3 pusingan padang tu." "Haa.. lain coach, lain la cara training dia. Kirenya korang ni agak malangla dapat coach macam Abang Jo ni." Perjalanan diteruskan lagi. Kali ini Hazwani sudah mampu mengaturlangkah dengan lebih kukuh. Jalannya sudah tidak longlai. Langkahnya sudahtidak lemah. "Dulu akan Abang Jo, sebelum Jihah decide nak amek Abang Jo jadikcoach... kitorang cadang nak amek Abang Puad jadik coach." Aku telan air liur. Gulp! Apsal nama Puad bole kluar nih?? "Dah tu, kenapa tak nak amek Puad jadik coach? Kan bagus amek coachyang semua orang suka. Tak macam Abang Jo ni. Pegang stick hoki pon tak reti." Dah tu, kenapa amek aku jadik coach? "Tak boleh sebab Jihah tu tak nak. Jihah tu kan ketua kitorang. Kena lakitorang dengar cakap dia." Dah tu, kalo dia suruh korang pecahkan tv, korang ikut la yer? "Alaa.. kalo korang dah majoriti nak Puad jadik coach, takkan la Jihah taknak dengar cakap korang kot?" "Tak boleh Abang Jo." Ah, keco aa.. tak boleh.... tak boleh, kalo nak.. cakap ajer la nak! "Kenapa tak boleh pulak?" Hazwani diam. Terdengar bunyi dia menarik nafas yang dalam. Mungkin sedang mengumpulkan kekuatan untuk mengatur ayatseterusnya. Mungkin sedang memikirkan ayat yang sesuai untuk aku dengarkan. "Abang Jo tak kan tak tau apa-apa pasal Abang Puad tu kot?" Aku baru -3 minggu kat sini bahalol, mane le aku tau ape-ape ... 44
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Entah, ape yang Abang Jo kena tahu pasal Puad?" dia ade bela antu raye ke? Hazwani membisu. Soalanku dibiarkan tergantung. Mulut dia bagaikan dikunci. Bibir merah pucat dia terkatup kemas. Pandangannya sayup merenung kejauhan. "Kalo Nani tak nak cakap tak apalah. Abang Jo pon tak nak tahu." Kompom si Puad ni ade bela antu raye.. ! Aku hilang sabar. Malas aku mahu mengambil tahu hal seluar dalam kainpelikat jejaka berambut tegak bernama Puad itu. Tak ada hasil. Tak ada apa yangaku untung kalau aku mengetahui selok belok cerita kehidupan dia itu. Akubukannya wartawan CNN yang dibayar untuk merantau serata ceruk duniasekadar mencari berita panas. Aku bukannya geng Papa Powuzz13 yang sebokmenelefon artis-artis Malaysia bertanya hal-hal itu dan ini. Aku tak rugi apa. Aku tak hilang apa-apa. "Abang Jo tau tak Jihah baru jer break ngan Abang Puad?" Heh ??13 Papa Powuzz adalah salah seorang wartawan hiburan yang tersohor di Malaysia lewat tahun90an. Kariernya kewartawanan beliau telah tamat ekoran skandal beliau dengan seorang ahliperniagaan. 45
    • Aku Budak Setan: Nazihah 10 Jiwa Kacau "Abang Jo tau tak Jihah baru jer break ngan Abang Puad?" aku tak tauu!!. "Abang Jo tau tak Jihah baru jer break ngan Abang Puad?" kalo ko tau pon, ko bole buat ape jo?? "Abang Jo tau tak Jihah baru jer break ngan Abang Puad?" demittt... kluar ko dari otak akuu !!! "Abang Jo tau tak Jihah baru jer break ngan Abang Puad?" kluar ko setannnnn .... !!!!! kluarrr ... !!!!!!! Aku pejam mataku rapat. Tombol pili air itu aku pulas semaksimummungkin. Air paip yang deras mengalir laju membasahkan seluruh kulit badanaku. Seronok juga mandi ketika hampir senja ini. Airnya sejuk dan menyegarkan.Kedengaran di sebelah bilik mandi aku itu, suara Qadir menyanyi-nyanyi laguOAG. Minat benar si hidung besar tu dengan OAG. Apa yang sedap sangatdengan lagu OAG tu pon aku tidak tahu. Biarlah, taste muzik dan ideologi politik 46
    • Aku Budak Setan: Nazihahmasing-masing berbeza. Suara serak-serak katak beliau sangat-sangat mencuithati. Aku mengekek sendirian mendengar Qadir memanggil hujan. Untuk sementara waktu ini, aku dapat melupakan jiwa kacaukusebentar.Untuk sementara waktu ini, aku cuba untuk tidak mengingat kembaliayat penyata Hazwani. Untuk sementara waktu ini, aku mampu memesongkanfikiran aku daripada mengingati Nazihah. "Abang Jo tau tak Jihah baru jer break ngan Abang Puad?" lalalalalaaaa...lalalalalalalaaa.... Aku keluar dari bilik mandi. Tertekan aku dengan perasaan aku sendiri.Sakit hati aku dengan bermonolog sebegini. Aku meninggalkan Qadir yang masihberusaha memanggil hujan. Aku mencapai peralatan mandi aku lantas bergegasmenuju ke dormitri. Aku mencapai baju melayu biru dan menyarung seluar cargocokelat yang sudah hampir 2 minggu tidak berbasuh. Sebentar lagi berbunyilahsuara Cikgu Reza memekik menghalau kami turun dari asrama. Di sekolah ini,solat maghrib berjemaah adalah diwajibkan. Semua pelajar termasuk lelaki danperempuan diwajibkan turun ke surau, kecuali perempuan yang datang bulanataupon lelaki yang berpura-pura datang bulan. Selesai bersiap, aku mengaturlangkah ke surau.. Berselisih pula dengan Maahad dan juga Sat. Elok juga, adalahjuga rakan bersama-sama aku ke surau. "Itu diaa... playboy sekolah segak berbaju melayu biru sudah kluar daridormm..” Maahad mula menganjing14. Maner? maner playboy tu? maner? Tersengih-sengih dia memandang aku. Aku sekadar tersengih. Pujian ituditujukan kepada aku kah? Haruskah aku berasa bangga dengan pujian itu?Perlukah aku mendabik dada di depan mereka? Wajarkah aku mengetuk hujungkasut aku ini ke batang hidung Maahad? Suka benar mereka ini menganjingrakan-rakan sebaya. Telinga aku sudah mual mendengar anjingan-anjinganmereka. Skrotum aku sudah muak menahan senak diperanjingkan sebegitu. "Gile aa Jo, baru 2 minggu ko sampai sini ko dah sapu habis semua awekcun kat sekolah ni" Sat gigih menyambung anjingan Maahad. Aku tak bersuara,sekadar melemparkan sengihan kambing yang bagaikan baru kena cukurjanggut. sapu habis abah engkau! "Apa ilmu ko pakai Jo?" Maahad menyiku tulang rusuk kiri aku.14 Menganjing merupakan suatu susunan bahasa atau perbuatan yang digunapakai untuk memujiindividu dengan niat utamanya adalah untuk menghina individu itu sebenarnya. Individu yangterperangkap di dalam puji-pujian itu selalunya akan mudah berasa bangga walhal tujuan utamapuji-pujian itu diberi adalah untuk menghina individu tersebut. 47
    • Aku Budak Setan: Nazihah ilmu abah engkau! "Ha ah, share aaa sket jo" share abah engkau! "Ustat cakap, tak baik kedekut ilmu Jo" ustat abah engkau! Kami bersama-sama menuruni tangga asrama melewati pintu pagar. Akutidak mempedulikan anjingan-anjingan dari Maahad dan Sat. Makin dilayannanti makin senak dada aku. Sedar-sedar, azan Maghrib sudah dilaungkan. SuaraCikgu Reza bagaikan trompet kedengaran menghalau pelajar-pelajar lelaki keluardari surau. Terdengar debikan demi debikan dari arah belakang kami. Itulahhadiah yang bakal diterima kepada sesiapa yang turun lewat. Tetapi, selalunyaCikgu Reza mendebik pelajar dengan manja. Tak seperti Orga. Orga juga akanmendebik pelajar dengan manja juga, tapi dengan menggunakan kaki. Aktiviti surau berakhir dengan solat Isyak berjemaah. Setelah selesaiimam membaca doa penutup, kelihatan pintu keluar surau sendat denganpelajar-pelajar yang berpusu-pusu keluar dari surau. Mungkin mereka tidakbetah duduk di dalam surau ini lama-lama agaknya. Mungkin ada sesuatu yangdikejarkan pada prep malam ini. Aku mencari spot terbaik untuk melabuhkanpunggung nipisku. Berhampiran aku, kelihatan beberapa org pelajar usrahsedang bermesyuarat. Mungkin sedang berbincang tentang hal-hal akhiratbarangkali. Aku mencapai AL-Quran lalu membaca surah Al-Mulk. Tenang hatiini seketika. Aku melagukan surah Al-Mulk itu dengan penuh perasaan sehinggake tajwid terakhir. Ternyata, tindakan aku itu berjaya membuang jiwa kacau aku. Ternyata, tindakan aku itu berjaya melupakan Nazihah seketika. Ternyata, tindakan aku berjaya menarik perhatian pelajar-pelajar usrahyang sedang bermesyuarat itu. Cepat-cepat aku simpan kembali Al-Quran itu di tempatnya semula lalubergegas keluar dari surau. Aku takut kalau-kalau mereka mengajak akumenyertai mesyuarat mereka. Aku tidak mahu merosakkan pemikiran merekadengan otak aku yang agak twisted sejak akhir-akhir ini. "Abang Jo tau tak Jihah baru jer break ngan Abang Puad?" …menyesal pulak balik ngan Nani petang tadi Aku memajukan langkah menuju ke kelas. Tekak aku tiba-tiba terasakering dan haus. Lantas, aku lencongkan kaki aku menuju mesin air terdekat.Kelihatan 2 orang pelajar perempuan tingkatan bawah sedang terkial-kial 48
    • Aku Budak Setan: Nazihahmemasukkan syilling ke dalam mesin air tu. Dengan sabar, aku berdiri dibelakang mereka menunggu giliran untuk membeli air. Cerewet benar mereka inimemilih air minuman kegemaran mereka. alahaii... lembab btul la korang ni. Aku meraba-raba poket seluar aku. 10 sen.. 20sen.... 30sen... 40sen...50sen.... 50 sen aje? mane cukup nak beli air.. "Dik, adik ade singgit?" Aku membuat muka toya sambil menyengih.Budak perempuan itu merenung aku dengan dahi mengerut. Mungkin dia tidakdengar ayat aku tadi agaknya. tebal sgt ke anak tudung ko sampai ko tak dengar aku cakap ?? "Dik, adik ade singgit tak??"Aku mengeraskan suara aku. "Se..sekejap" Adik itu membuka wallet dia lalu menarik keluar syilingseringgit. "Mekasihhh.." Aku tersengih kepada mereka. Duit yang diihulurnya akuambil. eh, macam mamat kelantan kat CM je aku nih. Laju langkah budak-budak perempuan itu berjalan setelah selesaimembeli air mereka. Terasa bersalah pula aku mengepau15 budak perempuan itu.Tapi ape aku boleh buat? Duit aku tak cukup. Aku mengambil posisi budak-budak perempuan tadi. Giliran aku pula terkial-kial memasukkan syilling. Aku menekan punat airkegemaran aku. Mesin air itu tidak bereaksi apa-apa. Tiada respons. rosak kot? Aku tekan lagi untuk kali ke 2. Tiada respons juga. rosak ke? Aku tekan untuk kali ke 3.15 Pau di sini bukan merujuk kepada kuih tetapi aktiviti kejam segelintir manusia yang memintawang atau sebarang harta benda bernilai secara paksa. Pau selalunya berlaku dalam keadaanterdesak tanpa menggunakan senjata kecuali ugutan. Pau yang menggunakan senjata dipanggilperas ugut seperti yang berlaku di kawasan Central Market amnya 49
    • Aku Budak Setan: Nazihah Juga tiada respons. GEDEGANGGG !!! Aku tendang mesin air tu. Sakit hati betul. sial ! habis duit aku !! Hampa aku. Tekak hausku tak dapat dibasahkan. Dalam kekecewaan yangteramat sangat, aku melangkah longlai menuju ke kelas. Bajingan benar mesinair Sekolah Menengah Sains Kering Kontang Berkelapa Sawit ini. Agaknya budakperempuan tadi itu tidak redha dengan wang singgit yang dia beri tadi. Padanmuka aku. Padan muka ! "Duit kena telan ke Jo?" Aku berpusing ke belakang. Kelihatan Ayun mengliang liuk sambilmenyandang beg dibahu. pau Ayun ni best jugak kot??? "Ha ah, kena telan..." "Kesiannn.. jom aku blanjer air kat kantin jom!" Ok gak tu.. "Seriusss?" "Ha ah, ko nak ke tak nak ni?" "Nak ! nak !" Lega hati aku. Nasib baik ada si smurf yang baik hati dan comel ini.Sebentar lagi, hilanglah kehausan tekak aku ini. Sebentar lagi, aku akan minta airyang paling mahal sekali yang mak cik kantin tu buat. Alang-alang nak mengepauorang ni, baik aku pau dia betul-betul. Barulah terserlah kekejian aku sebagaiseorang kawan. "Sori aa Ayun pasal tgh hari tadi" "Pasal aper?" "Pasal aku tarik tudung ko tu.." "Ohhh.. alaa... rileks aaa beb. Aku tak kesah pon aaa...lain aa kalo ko tarikkain baju kurung aku..." ooo.. maknenye bole ler aku tarik lagi tudung ko lepas nih.. "Hehehe... ok, esok aku tarik kain baju kurung ko pulak ek ?" 50
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Haa..jgn nak mengada-ngada. Aku sepak telur ko kang!" Jangan oi! nanti, anak sape aku nak taruk "bin Johari" nanti?? Kami tergelak. Ugutan Ayun itu membuatkan adik aku menikus. UgutanAyun kali ini amat aku geruni. Ada nada serius dalam ugutan yangdilemparkannya sebentar tadi. Aku perlu berhati-hati selepas ini. Silap langkah,punah harapan emak aku nak menimang cucu nanti. Langkah kami diteruskan.Agak sukar sebenarnya berjalan dengan Ayun ini. Bayangkan, satu langkah akusama dengan 2 langkah dia. Sama ada aku kecilkan langkah aku, ataupon diakena berjalan laju. Mahu tak mahu, aku perlu mengawal saiz langkah aku supayadia mampu mengikut. Aku tak sampai hati melihat dia termengah-mengahsebegitu. "Abang Jo tau tak Jihah baru jer break ngan Abang Puad?" demittt... kluar ko dari otak akuu !!! Aku masih gagal mengeluarkan soalan cepumas Nani dari otak aku. Hatiaku berdebar-debar. Rentak jantung aku tak semenggah. Nafas aku turun naikdiluar kawal. Kening kiri aku bergerak-gerak secara tiba-tiba. Petanda tidak baikkah ? Cik Azilah berada di kantinkah ? Kejang kakiku ketika aku sampai di kantin. Aku sedang bermimpikah ? Mata aku rosakkah ? Tekak aku yang kering tadi seakan-akan telah basah semula. Saraf tunjang aku cacatkah? Rektum aku tersumbatkah ? Nazihah dan Puad sedang rancak berbual sambil duduk bersebelahan dibangku kantin. Berdua-duaan! "Ayun, tahun depan ajer aa ko blanje aku air..." 51
    • Aku Budak Setan: Nazihah 11 Bilik Kaunseling Menyangap aku berteleku di meja. Kerja rumah berlambak. Buku kerjamenimbun. Sepatah apa pun aku tak tulis. Seketul buku pun aku tak sentuh.Sehelai muka surat pun aku tak selak. Duduk tak sedap, berdiri tak kena, berjalantak mampu, berborak tak larat. Terencat perkembangan otak aku malam ini.Prep malam ini berlalu begitu hambar. Prep malam ini terasa begitu bening. Prepmalam ini kosong tanpa pedoman. Betul ke ape yang aku tengok kat kantin tadi? Aku menarik sehelai kertas kosong. Pensel mekanikal yang aku curi daridormitri junior aku keluarkan. Mungkin aku akan dapat menghilangkan jiwakacau aku dengan bantuan pensel curi ini. Aku cuba melukis sesuatu. Berkalih 52
    • Aku Budak Setan: Nazihahaku ke sebelah mengadap Harry. Ada nilai artistik tergambar di wajahnya ketikaini. Tangan aku meluncur. Jari aku melakar. Garis ke kiri, teringat Hazihah.Conteng ke kanan, teringat Nazihah. Lorek ke atas, teringat Nazihah. Lenggok kebawah, teringat Nazihah. Nazihah! Nazihah! Nazihah! Aku gigit pensel mekanikal itu. Tak patah. Aku gigit kertas kertas conteng itu. Tak lunyai. Aku gigit meja aku. Tak sedap. Aku bangun. Lega buntut nipisku apabila bercerai dengan kerusi kayu itu.Aku letakkan pensel mekanikal. Aku renyukkan kertas contengan. Aku bergerakkeluar dari kelas. Tak tahu ke mana nak kutuju. Lalu aku ke kelas sebelah, kelas 4Berlian. Kelihatan mentor mereka, Puan Faridah sedang memberi ucapan.Kedengaran suara Puan Faridah berceramah tentang keceriaan, kebersihan danpencapaian kelas. Cair telinga aku mendengar kata-kata perangsang mentormereka itu. Terkentut aku menahan gelak melihat mereka terhangguk-hanggukberpura-pura memahami apa yang Puan Faridah sampaikan. Tidak berminat akumendengar ceramah kecil-kecilan itu. Aku mengambil keputusan untuk terusmerayau. Dan jika berkesempatan, aku akan membuat kacau. Aku berpaling danmeneruskan langkah kaki menuruni tangga. Bosan! Bosan! Bosan! Akhirnya aku tiba di depan bilik kaunseling. Kosong. Tidak ada sesiapa didalam. Lampu bertutup dan pintu berkatup. Selalunya pada waktu malam adasahaja pelajar yang belajar di dalam. Jika tidak melakukan sesuatu yangberunsur educational, pasti ada yang mencuri masa melakukan sesuatu yangjiwang. Cuti ke malam ke? Aku cuba menarik daun pintu. Tak berkunci ! Lepak dalam ni pon best gak nih. Aku tanggalkan kasut dan melangkah cemerlang masuk ke dalam bilikkaunseling. Aku meraba-raba suis kipas dan lampu. Jumpa. Seketika kumudian,terang-benderang bilik kaunseling itu dilimpahi cahaya lampu kalimantang. Adaset sofa kelihatan di sini. Aku henyakkan buntut nipisku ke atas sofa tersebut.Empuk. Bergolek-golek aku di atas sofa berwarna merah itu. Aku menggeliatkemalasan. Aku kejangkan kedua belah kakiku panjang-panjang. Aku tarik keduabelah tangan aku lebar-lebar. Longgar rasanya tulang femur dan tibia aku. Legarasanya otot triceps dan biceps aku. Keempukan dan kelegaan organ-organbadan membuatkan aku tersengih sendirian dan kelopak mata aku tiba-tibaberat. Pelagasss… tido aaa. "Tido ke Abang Jo?" Tersentak aku disergah. Tak de lah, aku tengah baiki enjin motobot ni.. tak nampak ke? 53
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Mmm.. tak de lah, sajer je baring-baring kat sofa nih.." "Hehehehe... sori aa mengacau yer? Aqeesh nak tumpang stadi kat sini,bole?" Tak leh! pegi stadi kat library ! "Eh, tak per- tak per. Tak de hal punyer. Aqeesh sorang ajer ke ?" "Tak lah, ader 3-4 orang gak. Alaa... sumer budak-budak hoki ajer." Ok gak tu. Ada gak sumber hiburan aku malam ni. "Haa.. kebetulan Abang Jo ada kat sini kan, bole la tolong ajar kitorang."Suara Pial kedengaran menyampuk dari luar pintu sedang membuka kasut. Disebelahnya kelihatan Hazwani dan Afrah tersengih-sengih sambil mengendongbeg masing-masing. "Err.. nak ajar aper? PMR Abang Jo pon sangkut..." "Alaa.. yang la macam tu, kalau PMR sangkut...maner bole masuk sekolahni, kan kan?" "Err.. aaa.. yer la, yer la..” “Tapi Abang Jo ajar setakat maner yang mampu ajer aa ek?" Alaa.. aku baru je plan nak tido.. leceh la.. Balqis, Hazwani, Afrah dan Pial masuk ke dalam. Aku masih duduk di atassofa memerhatikan mereka bergerak menuju ke meja. Seorang demi seorangmelintas di depan aku. Terpesona seketika melihat lenggok jalan dan lenggangtangan mereka. Nasib baik aku masih mampu mengawal air liur aku dari kecur dicelah-celah bibir. Sukar aku hendak percaya bahawa aku sedang berada di dalamkumpulan gadis-gadis cantik belaka. "Meh la sini Abang Jo!" Afrah bersuara. Aku patuh. Segera aku bergerakke meja menyertai mereka. "Ajar kitorang persamaan linear boleh tak Abang Jo?" Pertanyaan pertamakeluar dari mulut Pial. "Haa.. bole jer. Part maner yang korang tak paham?" "Part awal-awal ni haa.. bla bla bla.." Aku yang pada mulanya mahu melarikan diri dari jiwa kacau akibatperistiwa di kantin tadi terus bertukar profesyen dan menjadi cikgu tusyen.Aktiviti tidur yang aku cuba lakukan sebentar tadi dihalang oleh kumpulan gadis-gadis cantik ini. Aku kira, mereka tidak dapat meneka perasaan aku ketika ini.Perasaan marah dan kecewa dengan apa yang aku lihat di kantin dan ditambahpula dengan persoalan Hazwani yang sering kedengaran setiap 5 minit di benakaku. 54
    • Aku Budak Setan: Nazihah Lupa aku seketika dengan kebosanan dan kekusutan jiwa yang aku alami. Lupa aku seketika dengan kemesraan Puad dan Nazihah sebentar tadi. Lupa aku seketika dengan kehampaan Ayun membelanja aku air pepsi. "Nak tumpang stadi sekali bolehhh...??" Toinggg !! Ada anak panah terlekat di kepala aku. Nazihah sedang mengelek begnya memandang ke arah kami. Bibirnya menguntum senyuman. Matanya meredup sayu. Perfumenya menusuk kalbu. "Bolehh...!!" Serentak, kumpulan gadis-gadis cantik di bilik kaunseling ini menyahut.Satu sahutan tanda setuju yang sama sekali menyesakkan nafas aku. Kebosanan,kemesraan dan kehampaan aku jatuh tersungkur mencium lantai dan digantidengan perasaan menyampah. Berkepul asap keluar dari corong telinga, tandaamarah yang datang melanda. Tidakkk!! 55
    • Aku Budak Setan: Nazihah 12 Puad! Krriinngggg!! Siren yang menyaring menandakan tamatnya prep malam. Sesi tusyenmini malam itu telah selesai. Segala apa yang aku tahu dan faham telah akucurahkan. Tidak pasti pula aku sama ada apa yang aku curahkan itu betul atautidak. Tidak pasti pula aku sama ada mereka faham curahan ilimu aku itu atautidak. Yang pentingnya, aku telah selesai mengajar. Yang pastinya, aku telah puasmenatap objek-objek lembut dan padat. Yang bangsatnya, kehadiran Nazihahmenambah di situ bejaya menyimpul dan mengusutkan lagi otak dan jiwa akupada malam ini. Aku tidak mahu menunggu lama di situ. Aku tak mahu terussengsara dalam bilik kaunseling itu. Aku tidak mahu terperangkap dalamkonspirasi hati dan perasaan aku. "Oklah, Abang Jo nak balik dulu." 56
    • Aku Budak Setan: Nazihah Yer.. balik elok-elok yer "Mekasih cikgu Jo..." Serentak mereka bersuara. Bangga pula dipanggilsebegitu. "Haahaha.. tak per-tak per, tak de masalah." Bayar aa weyy, korang ingat air liur aku free ker? "Abang Jo, esok turun bilik kaunseling lagi bule?" Aqeesh bersuara sambilmelemparkan senyuman kesuma jiwa yang membuatkan aku tidak tidur malam. "Hah? ngape pulak?" Haik, bagi betis mintak peha pulak.. "Nak mintak ajar subjek lain pulak" "Aaa...aaaa...." "Bole aa Abang Jo.... bole aa Abang Jo..." Tidakk... Aqeesh yang buat suara macam tuuu.... "Err.. tengok aaa cam mane. Kalau Abang Jo tak de masalah, Abang Jodatang ajarkan." "Janji tauu..." "Haa... iyerr.. iyerrr..." Aku bergerak ke pintu bilik kaunseling. Tidak langsung aku menegurNazihah. Memandang pun tidak. Bercakap apatah lagi. Tapi dari ekor mata ini,sempat aku melihat kelibat Nazihah terkebil-kebil bagaikan meminta perhatianaku. Bagaikan mengharap sesuatu dari diri aku. Bagaikan cuba meraih simpatidari aku. Aku keraskan hati, aku keraskan leher dan aku keraskan badan menujuke pintu. Apa salah Nazihah sehingga aku perlakukan dia sebegitu ? Apa salahNazihah sehingga aku berpura-pura tidak ambil tahu? Cemburukah aku dengantindakan dia bersama Puad di kantin tadi ? Apakah Puad cuba hendak merujukkembali ? Jikalau Puad hendak merujuk kembali, apa kaitannya dengan aku ? Pedulikan! Aku tidak mahu terlibat dengan hal-hal peribadi dia. Persetankan! Aku tidak mahu tahu apa yang terjadi antara Puad dan dia. Aku menyarung kasut. Tanpa mempedulikan mereka yang masih beradadi dalam bilik kaunseling, aku bergerak naik ke atas menuju ke kelas. Adasesuatu yang aku perlu ambil. Ada sesuatu yang aku butuhkan. Sampai sahaja dikelas, kelihatan semua orang sedang bersiap-siap untuk balik. Aku bergegas kemejaku. Aku menyimpan buku biologi dan set alat tulis keramatku ke dalam beg 57
    • Aku Budak Setan: Nazihahmasam berwarna hitam. Esok ada test biologi. Aku masih tidak menyentuhbarang satu tajuk pun lagi. Mati keras aku kena maki dengan Cik Sazanol jikalaumarkah ujian aku berada 50 di bawah par. Mati katak aku dipijak dengan CikSazanol nanti. Berat badannya yang mungkin menjangkau 90kg sekaligusmerampas tahta cikgu wanita paling sihat di Sekolah Menengah Sains KeringKontang Berkelapa Sawit ini. Saiz badan yang menyerupai karung gunimemudahkan semua orang untuk mengenali beliau dari jarak 2 kilometer. Setiaplangkah beliau mampu menggegarkan lantai dan menenggelamkan tanah tempatkakinya melangkah. Bayangkan wanita sebegitu duduk di atas perut kecil danbuntut nipisku ini. Pasti cecair hijau kekuning-kuningan keluar dari celah-celahjubo. Pasti ! "Ko pegi maner tadi Jo?" Mahathir menyapa. Pegi Kazakhstan! "Pegi lepak kat bilik kaunseling tadi." "Ada ape kat sana?" Ada kenduri cukur jambul.. tak de sape jemput ko datang sekali ke? "Ada sofa best kat situ. Pegi sana aku tido ler" "Hehehe... ye ker? Dah dah, jom balik !" "Lerr.. aku tunggu ko ler nak ajak balik." "Dah tu.. tunggu ape lagik? Pantassss... nanti lambat makan supper !Queue kompom panjangg..!!" "Marilahh !!" "Woi woi.. tunggu aku woi !" Azmi menjerit dari belakang. Kelihatan dia sedang mengemas buku untukdibawa balik ke asrama. Azmi adalah salah seorang dari classmate aku yangtenang. Lagaknya yang sentiasa cool itu bagaikan orang yang mabuk KalsiumKarbonat 16dalam pembakaran lengkap. Kerja rumah tidak siap? Cool. Lambatturun prep? Cool. Tido dalam kelas? Cool. Semua perkara yang mendatangpadanya mampu ditangani dengan tenang. Tidak pernah lagi aku melihat beliaukalut dan kelam kabut dalam menjalani kehidupan seharian. "Pantassss... Lambat tinggall!!"16 Kalsium Karbonat atau CaCO3 dalam simbol kimianya adalah nama lain bagi kapur. Dalampersamaan kimia, penguraian Kalsium Karbonat melalui pembakaran akan menghasilkan karbondioksida CO2 dan Kalsium Hidroksida 2CaCO3 + H2O ∆ 2CaOH + 2CO2 58
    • Aku Budak Setan: Nazihah Kami turun beriringan meninggalkan kelas 4 Delima. Sepatutnya kamiharus berlari turun ke Dewan Makan sebenarnya. Malam ini agak istimewasedikit kerana Dewan Makan kami menghidangkan mee kari sebagai juadahsupper. Walaupun mee kari itu tidaklah sesedap mee kari di kedai mamak, tapifaham-faham sahajalah pelajar asrama. Apa sahaja juadah yang dihidang diDewan Makan, mahu tak mahu kena suap masuk ke perut juga. Tuntutan perutyang sentiasa tidak penuh harus dipenuhi. Bentakan kantung tembolok yangmengendur harus diperkenankan. Tetapi, perut Mahathir yang memboyot danmemboroi merosakkan rancangan kami. Mahathir tidak mahu berlari.Terpaksalah kami menapak perlahan-lahan menuruni tangga menuju ke DewanMakan. Terpaksalah kami menyumpah seranah akan keboroian dan keboyotanperut Mahathir itu. "Abang Jo, tunggu sekejap!" Suara Nazihah berkumandang. Dia masih lagi berada di bilik kaunseling.Kelihatan Pial, Aqeesh, Hazwani dan Afrah sedang bersiap-siap mahu pulang. Demit, tak balik lagi ke ko ? Aku berpura-pura tidak mendengar pintaan Nazihah. Aku berpura-pura tidak mengetahui kewujudan dia di situ. Aku menjeling-jeling ke arah Pial dengan niat mengabaikan Nazihah disitu. "Abang Jo.. tunggu la kejapp.." Nazihah mula merengek. Aku berhenti mengatur langkah. Aku terpaksa menyerah kalah. Mahathir dan Azmi tiba-tiba laju meninggalkan aku. Woi tunggu aa aku ! Nazihah merapat ke arah aku. Aku menguntumi Nazihah dengan sepotongsenyuman palsu. "Kenapa ngan Abang Jo malam ni?" Aku tidak bersuara. Kelu lidah aku ketika ini. Rapat mulut aku terkatupbagaikan dikunci mangga Solex. "Abang Jo sakit ke?" Nazihah membawa tangan mulusnya ke arah dahiaku dan meraba-raba setiap penjuru. Mungkin dia menyangkakan aku demam.Mungkin dia membuat hipotesis bahawa aku tidak sihat. Kaget aku diperlakukanbegitu. Terpempan aku akan tindakan berani Nazihah terhadap aku. Reseptorpanas, sakit, sejuk dan tekanan aku bagaikan kebas. Tiada impuls ataupun 59
    • Aku Budak Setan: Nazihahisyarat dihantar ke otak. Peliknya, aku tidak membantah dengan perlakuanNazihah.. Aku tidak menentang akan pergerakan telapak tangannya itu. "Tak de lah, Abang Jo okey jer." "Ye ker?" Aku tidak menjawab. Aku paksa kakiku bergerak menuruni tangga.Nazihah turut bergerak sama. Beriringan kami melewati setiap anak tangga. Satupersatu anak tangga itu kami langkahi. Mulut aku masih berkunci. Hidung akumenghidu bau perfume yang wangi. "Abang Jo marah kat Jihah ke?" Ha ah, ko tak nampak ke ada asap kluar kat telinga aku ni ?? "Tak der lah." "Dah tu ngape Abang Jo diam ajer nih?" Sukati aku aa nak diam. Aku tidak menjawab. "Jihah ader buat salah aper-aper ker??" "Jihah maner ade buat salah ngan Abang Jo..." Aku bersuara mendatar. Cuba untuk menenangkan suasana yang tegang. "Dah tu kenapa Abang Jo diam ajer tadii..??" Arghh.. jerit-jerit plak Aku tidak menjawab. Aku rasa tidak ada apa yang aku perlu borakkan. Tidak ada apa yang aku perlu ceritakan. Aku bergerak sepantas yang boleh. Aku melangkah seluas yang mampu. Nazihah aku tinggalkan terkulat-kulat di belakang. Saat-saat sebegini aku terasa bangang. Saat-saat sebegini aku terasa jantung aku berdegup kencang. Saat-saat sebegini aku terasa hendak memukul seseorang. Puad! 60
    • Aku Budak Setan: Nazihah 13 Ezam Suasana di asrama hingar-bingar. Setiap dormitri terang benderangdilimpahi lampu kalimantang. Gelak tawa kedengaran di sana-sini. Hilaian danraungan berselang-seli. Masih terlalu awal untuk tidur. Jam di dinding barumenunjukkan jam 11:45 malam. Sebentar lagi bakal kedengaranlah suara Hafis,Sang Ketua Pelajar sekolah menengah sains kering kontang berkelapa sawit inimenyuruh lampu setiap dorm dipadamkan. Sementara lampu masih menyalalagi, ini lah masa terbaik untuk menyiapkan bahan-bahan megi. Inilah masaterbaik untuk meronda ke dorm-dorm junior untuk mengepau biskut ataupunmilo. Manakala aku, sedang terlentang terbaring di atas katil di dalam dorm Jati3 ku. Walaupun perut aku kosong, tetapi aku tidak lapar. Walaupun mata aku berat tapi aku tidak mengantuk. 61
    • Aku Budak Setan: Nazihah Mee kari yang dilumbakan bersama-sama Mahathir dan Azmi tadi tidaksempat aku jamah. Buku biologi yang aku bawa pulang bersama tadi tidak mahuaku sentuh. Mataku masih menajam ke siling batu dormitri. Walkmanku masihmelekat padat di cuping telinga. Fikiranku menerawang jauh membelahbumbung asrama lalu jatuh terkelempap di aspuri mencari wajah Nazihah. Haruskah aku meminta maaf atas perlakuan aku sebentar tadi? Haruskah aku melutut minta diampun atas kebangangan diriku sendiri? Aku sendiri pun tidak tahu mengapa aku bersikap begitu. Cemburusangatkah aku? Sepatutnya aku memancing jawapan dari mulut Nazihah sendiri,bukannya membuat keputusan melulu. Tapi, aku tidak diberi secukup tenagauntuk berbuat sedemikian. Aku tak mempunyai daya yang sebegitu besar untukbertanya. Jika begini, apa sahaja kesudahannya? Apa pula jalanpenyelesaiannya? Adakah aku harus menyalahkan Puad? Patutkah aku menuding jari menyalahkan Nazihah? Atau pandang cermin dan salahkan diri sendiri ? Tak tahu. Aku buntu. Memukul atau membelasah Puad bukan jalan terbaik. Walaupun hati akubertekad mahu mengetuk kepala Puad dengan menggunakan cermin tingkap,tapi itu adalah keputusan di luar kawal. Aku tidak berakal waras sebentar tadi.Aku pejamkan mata. Berusaha untuk tidur dan melupakan segala-galanyasekurang-kurang untuk malam ini. "Bile maser pulak aku curik kasut ko Ezam ???" Sergahan Qadir meletupkan belon jiwangku. Kesemua penghuni dorm Jati3 tersentak. Sergahan Qadir yang kuat itu menimbulkan tanda tanya. BentakanQadir yang keras itu membuatkan seluruh penghuni dorm di tingkat 3 keluar.Masing-masing terkial-kial mencari mana datangnya sergahan Qadir. Koridor ditingkat 3 itu penuh tiba-tiba. Dinding koridor itu dijadikan tempat bersidai.Penghuni-penghuni blok bersetentangan dengan blok aku kelihatan memakukanmata ke arah tingkat 2. Tingkat 2 adalah tingkat khas menempatkan pelajar-pelajar tingkatan 3 yang seramai 150 orang, manakala tingkat 3 pula cumamenempatkan pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5. 100 orang pelajar tingkatan 5dan bakinya, kami pelajar tingkatan 4 sekaligus merupakan bilangan yang palingkecil dalam sekolah ini. Ape Qadir buat kat situ ? "Kalau ko tak curik kasut ni, cam maner ko bole pakai nihh???" Kerassuara Ezam menyoal. 62
    • Aku Budak Setan: Nazihah Ape citer kasut tengah malam ni ?? Siapa yang tidak kenal dengan Ezam ? Ezam adalah salah seorang pelajartingkatan 3 yang mempunyai saiz badan yang paling besar. Keaktifan beliausebagai salah seorang pemain ragbi sekolah tidak dapat disangkalkan lagi.Kepetahan dan kelancangan mulutnya yang tebal mempu mematahkan mana-mana anjingan yang dilemparkan terhadapnya. Disebabkan faktor fizikalnyayang tegap dan kelincahan bibir tebalnya itu menjadikan beliau antara orangyang paling berpengaruh di kalangan tingkatan 3. Pelajar-pelajar tingkatan 1 dan2 wajib tunduk dan takut di bawah penguasaannya. Di sisinya berdiri seoranglagi rakan karib merangkap orang nombor 2 dalam senarai konco-konco Ezam.Harisman berdiri menyilang tangan memeluk tubuh. Walaupun fizikalnya tidaksebesar Ezam, tetapi muka toya berbau bangsat yang dipamerkannya di depanQadir cukup tidak aku senangi. Hidung pesek yang dipunyainya itu membuatkanaku bertambah geram. Sudahlah tidak kacak, muka macam ceperlai pula.Kelihatan beberapa pelajar tingkatan 3 yang lain berdiri mengelilingi Qadirseorang diri di tingkat 2 itu. Kesemuanya membuat muka bengis bagaikankempunan mee kari Dewan Makan. Kesemuanya berbadan 2 kali ganda dariQadir yang kepeng. Apakah ini ? Mahu membelasah Qadir beramai-ramaikah ?Mahu menunjukkan samseng di depan kamikah ? "Aku bawak kasut tu dari rumah aaa...!!!" Qadir berkeras. "Kasut aku baru je hilang semalam ko tau tak ??" "Dah tu, ko ingat ko sorang jer ke ade kasut tu ????" "Memang pon!! budak2 macam korang ni.. maner mampu pakai kasut tu!!!" "Kimak17 ko aa Ezam ko ingat ko sorang je ke bole beli???" "Ko apehal kimak-kimakkan aku ni???" "Hahhh?? Apahall ???" Hati aku membara. Baran aku menebal. Gigi geraham aku laga-lagakan.Lubang hidungku terkempas-kempis memberi laluan kpd nafas keras dan tebalyang keluar masuk. Panas telinga aku mendengar kata-kata biadap Ezam.Menggelegak organ dalaman aku melihat Qadir dicaci dan dimaki begitu. Asaptebal kelihatan keluar dari celah-celah corong telinga aku. Tidak boleh dibiarkan!! Tidak boleh dilemakkan !! Aku masuk ke dalam dorm menuju ke locker. Akuhempaskan pintu locker tu dan menarik keluar besi penyangkut baju yangtersimpan kemas di dalam locker. Batang besi itu aku pegang kemas. Kedua-duabelah besi itu sudah bertukar warna menjadi cokelat dek kerana karat. Bagus17 Kimak adalah kata adjektif dan bahasa kesat yang sering digunakan dalam perbualan mahupunperbalahan. Diambil daripada perkataan pukimak, perkataan ini tidak sesuai digunakan di mana-mana majlis keramaian. Anda dinasihati supaya tidak menjadikan perkataan ini sebagai adjektifdalam bahasa perbualan anda. 63
    • Aku Budak Setan: Nazihahjuga besi ni berkarat. Malanglah siapa yang pecah kepala aku hayun dengan besikarat ini. Malanglah batang hidung siapa yang patah aku ligan dengan besi ini.Malanglah skrotum siapa yang berkecai aku rodok dengan besi ini. Rakan-rakandorm Jati 3 aku yang lain sekadar memandang aku dengan muka toya.Memandang aku dengan muka confuse dan terkedu. "Korang tengok aper???? Member korang kena tengking cam anjingbawah tu korang melangak aper????" Bodoh!! bangsat!! tak reti-reti lagi ke nak amek batang besi dalam locker tu ??? Jeritan aku mencengkam suasana dorm. Tersentak mereka diherdik sebegitu. Tidak aku pedulikan ahli-ahli dorm yang kalut. Tidak aku pedulikan pandangan mereka yang kusut . Pintu dorm Jati 3 aku tendang. Qadir mesti diselamatkan. Qadir mesti dibawa keluar dari bacul-bacul itu. pukimak betul budak2 nih.. !!! Aku berlari keluar dari dorm menuju ke tangga. 3-4 anak tangga akukangkangkan. Aku mahu cepat-cepat sampai mendapatkan Qadir. Tidak sabarrasanya mahu menyengetkan muka Ezam dengan batang besi ini. Tidak sabarrasanya meligan batang hidung Harisman dengan batang besi ini. Kawan-kawansama batch denganku memerhatikan aku begitu sahaja. Senior-senior tingkatan5 sekadar melihat tanpa bersuara. Bila-bila masa saja Qadir akan kena tumbuk.Bila-bila masa saja Qadir akan kena sepak. Sebelum dia kena tumbuk, lebih baikaku yang hayun dulu. Lebih baik biar aku yang ligan dulu. Aku mulamembayangkan nama aku akan keluar di muka hadapan Berita Harian esok.Sekolah Henry Gurney mula terbayang di ruang fikiranku. Pedulikan! Dalam beberapa saat sahaja, aku sudah berada di depan mereka. Akusudah berdiri dengan batang besi terpegang kemas di tangan kanan aku.Pandangan paling tajamaku pakukan pada Ezam. Muka yang paling palat akutunjukkan pada Harisman. Suasana menjadi bening seketika. Batang besi yangaku bawa ternyata membuatkan mulut mereka terkunci. Muka palat yang akutunjukkan ternyata membuat mereka terdiam. Satu..dua..tiga..empatt...Ramairupa-rupanya mereka. Mampukah aku membelasah mereka semua ini? Adakahaku pelakon utama dalam cerita hindustan ketika ini? Kalau benar, di manapengarahnya? Di mana Preity Zentaku ? Di mana pasukan penari yang mampumenukar baju 10 kali dalam masa 10 minit menyanyi ? Korang ingat korang je bole buat muke palat? 64
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Qadir, naik!" Aku membentak. Ape korek idung lagi tu?? pegi le naik cepat! "Ko ni apehal lak ??" Harisman cuba menunjuk taring. Lagaknya bagaikanmahu menelan aku. Aku menambah palat yang sedia tertunjuk kepadanyasebentar tadi. Picisan seperti Harisman itu tidak aku hiraukan. "Ko diam Harisman, Qadir naik!" Qadir meloloskan diri dari kepungangeng Ezam. Aku berdiri tegak di situ sehinggalah Qadir berjalan melepasi aku.Dia berhenti lalu berdiri di belakang aku. Naik le cepat Qadir, kang ngan ko ko sekali aku hayun kangg… "Budak sial ni curik kasut aku ko tau tak ??" Ezam cube membantah. "Saper budak sial ?? “ “Maner budak sial?? Meh tunjuk kat aku mane budak sial tu ??" Ezam terdiam. "Tunjuk aaa…!!!!" Ezam tak menjawab. Aku mengacu-acukan batang besi di tangan kananku ke muka Ezam.Tuduhan "budak sial" yang dikatakannya sebentar tadi tidak diteruskan.Tergamam sebentar dia apabila melihat aku menghayun-hayunkan batang besiitu. Hati aku makin mendidih apabila mendengar cemuhan Ezam. Jeritan akumenarik perhatian konco-konco Ezam yang berada di dalam dorm. Geng Ezamyang lain mula menampakkan diri. Semakin ramai pula konco-konco dia.Bilangan awal yang sejumlah 9 orang kini makin bertambah. Makin berpusu-pusu dibelakang Harisman. Aku terdorong ke belakang. Bahaya kedudukan akuini. Mana mampu aku bereskan mereka semua ini. Tiada sesiapa yang mahumenolong aku. Tiada sesiapa yang mahu bersama-sama aku berperang malamini. Nampak gayanya, muka aku lah yang senget malam ini. Batang hidungakulah yang akan patah malam ini. Skrotum akulah yang aku berkecai malam ini.Makkk...tolonglah anak bujangmu inii... Ezam dan Harisman makin rapat kedepan. Konco-konco dibelakang sudah bersiap sedia mahu bertempur. Akumengucap dua kalimah syahadah untuk kali ke 4. Redha dengan apa yang bakalberlaku selepas ini. Alamak, aku nak kena lawan semua ni ke??? "Fuyyooo... dia ada batang besi siall" Terdengar suara bacul keluar dariarah belakang Harisman. PRANGG!! 65
    • Aku Budak Setan: NazihahBatang besi itu aku campakkan ke lantai."Haa.. meh sini sape yang cakap tadi tu... meh sini tengok saper pawer.. "Tolong le tak de sape yang kluar... tolonggggTiada jawapan.Aku membuka kekuda.Ezam berhenti melangkah.Harisman bermuka gelabah."Ai, takkan takut kot? Aku sorang-sorang cam ni pon korang takut ke?"Eh, pawer sgt ke aku ni?"Sape kate ko sorang je Jo?"Bahu aku ditepuk. Aku menoleh ke belakang...mahathir??Itu dia..Dibelakang aku penuh dengan pelajar tingkatan 4 dan 5.Bersenjatakan batang besi.Berbekalkan kayu hoki."Kitorang pon nak join, bole takk???"Puad tersengih memandang aku... 66
    • Aku Budak Setan: Nazihah 14 Sengketa Puad melangkah sombong ke hadapan. Langkah pahlawannya dibukacermat. Rambut tegaknya menyerlahkan kegagahannya dalam medanpertempuran. Buntut tebalnya membuktikan pengalamannya dalam medankepoyoan. Sumbingan sinis yang terukir di bibirnya menimbulkan keraguan dimuka pihak lawan. Muka palat yang disertakan sekali menggoyahkan keyakinanmusuh di depan. Kehadiran Puad amat memeranjatkan aku. Penyertaan Puaddalam pertempuran malam ini amat tidak aku jangkakan. Malah, gabunganpelajar tingkatan 4 dan 5 pada malam ini sangat menakutkan. Tidak pernah akumelihat orang membawa batang besi seramai itu. Tidak pernah aku tahu orangmenyeret kayu hoki sebanyak ini. Situasi pada malam itu mula menyebelahikami. Berdasarkan bilangan batang besi dan kayu hoki yang dipunyai oleh kamipelajar tingkatan 4 dan 5, sudah pasti pihak sekolah tidak mampu mengecamwajah Ezam pada esok hari. Sudah pasti seluruh skrotum Harisman akanberbalut nanti...itu pun jika tidak berkecai dipijak orang. "Haa.. sape nak mula dulu??" 67
    • Aku Budak Setan: Nazihah Puad memulakan cabaran. Mahathir melangkah ke depan. Go puad go ! eh, apsal aku sokong puad nihh?? Sunyi. "Ezam !! Meh !! " Eh, tak de sape bunyikkan loceng ke? match nak start dah nihh..! Puad meneriak nyaring. Ezam berundur. Kegelisahan mula terpancar dariraut wajahnya. Keriakannya sebentar tadi hilang begitu saja. Kesombongannyasebentar tadi terbang entah ke mana. Aku melihat Ezam bagaikan seekor anjingyang menggoyang-goyangkan ekor di hadapan tuannya. Patuh dan sabarmenunggu tulang sebagai bahan kudap-kudapnya. "Harisman !! Kluar !!" Demit, tak de orang bunyikkan loceng..! pakai mulut je aa.. ting! ting! ting! Giliran Mahathir pula mengaum ganas. Perut boroi beliau kelihatanmengempis diganti dengan dada yang sengaja ditinggi-tinggikan. Berketap-ketupgiginya dilaga-laga. Tercacaknya Mahathir di hadapan menenggelamkan watakaku sebagai hero hindustan yang tidak berkamera. Aku ingatkan aku memegangwatak utama pada malam ini. Aku fikirkan hayunan aku yang akan menjadiupacara perasmian. Rupa-rupanya, karekter Puad telah mengambil peranan.Rupa-rupanya, watak Mahathir yang mencuri tumpuan. Harisman mengendur. Ketakutan mula timbul dari gerak laku kalutnya.Kepalatan wajahnya sebentar tadi digantikan dengan muka suntat peringkat ke-3. Dari berdiri di sebelah Ezam, dia telah beralih posisi ke di belakang pula.Tindakan Harisman bagaikan burung kasawari yang menyorok kepala. Manaperginya muka toya berbau bangsat tadi ? Mana perginya hidung pesek macamloceng bas mini tadi? "Dah lama kitorang tahan sabar tau tak!!" "Selama ni kitorang diam, korang naik tocang!!" "Selama ni kitorang buat tak tau, korang pijak kepala kitorang!!" "Korang ingat korang ramai...kitorang takut ker??" Alaa.. kalau kitorang form 4 ni takder.. cam ko nak turun jer ?? Sergahan Puad menyemarakkan suasana. Ezam di depannya tidak berkataapa-apa. Harisman di belakangnya tuli seribu bahasa. Aku mengambilkesempatan itu untuk memandang ke belakang aku. Sungguh ramai rupa-rupanya orang di belakang aku ini. Malam ini menjadi saksi jihad kami 68
    • Aku Budak Setan: Nazihahmenyental pelajar-pelajar tingkatan 3 yang kurang ajar. Malam ini menjadi bakalmenyaksikan pertempuran sengit kami. Malam ini termeterainya penubuhanPersatuan Pelajar-pelajar Kacak Tingkatan 4 dan 5. Kelihatan Hafis, Sang KetuaPelajar kami sedang sibuk menghalau pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 masuk kedalam dorm masing-masing. Tidak manis rasanya bergaduh di hadapan kanak-kanak ribena ini. Beberapa orang MPP seangkatan dengan beliau kelihatanbergegas turun ke bawah dan menjadi pengawal. Bagus juga mendapat sokongandaripada Sang Ketua Pelajar ni. Apa-apa terjadi, dia boleh dijadikan sandaran.Bagus juga ada MPP turut bekerjasama. Mereka boleh menceritakan perkarasebenar kalau kena panggil dengan Orga nanti. Aku memalingkan muka kehadapan semula. Puad masih berada tegak di depan aku. Mahathir masih beradategap di sisi aku. Pandangan aku terhadap Puad mulai berubah. Dari seorang musuh yangingin aku tumbuk, menjadi seorang kawan yang ingin aku peluk. Cemburu akanperlakuan beliau dan Nazihah di kantin berganti dengan terharu. Terasa bersalahpula aku. Ternyata, tindakan Puad malam ini telah mengubah persepsi akuterhadap beliau. Dia bukan lagi musuh yang ingin aku lumatkan. Dia bukan lagipesaing yang ingin aku jatuhkan. Dia bukan lagi pemain hoki yang ingin akutertawakan. Dia adalah sahabat dalam pertempuran sebentar lagi. Dia adalahidola aku dalam kebeningan malam ini. Dia adalah Presiden Persatuan Pelajar-pelajar Kacak Tingkatan 4 dan 5 !! "Mane ade kitorang naik tocang Puad?" Ezam membantah. "Budak-budak form 4 ni haa yang buat kacau. Baru masuk dah nak tunjukkerek. Baru masuk dah curik kasut aku!!" Hek ellehh.. macam ke lawa sgt je kasut ko tuh?? "Oi, bile masa pulak aku curik kasut ko??" Qadir mencelah kemarahan. "Mengaku je aa Qadir... aku tau ko yang curik kasut aku!!" Ezam masihtidak mengalah. "Sial btul, aku tak curik aaa!!" Qadir merengus ke depan. Oihh.. lek aa qadir ! duduk diam-diam kat blakang aku tak bole ke? Aku menahan Qadir. Merah padam mukanya menahan kemarahan. Geram benar dia pada kebangsatan Ezam. Bengang betul dia dengan kepalatan ayat-ayat Ezam. Aku melangkah ke depan. Cuba berlagak menjadi hero. "Ezam, ko pakai kasut saiz braper??" "Sembilan !" "Qadir, pinjam kasut ko kejap.." "Apsal pulak?" "Bukak la kejap.. ". 69
    • Aku Budak Setan: Nazihah Jangan le banyak cakap... bagi je aaa. Qadir patuh. Kasut berjenama ES putih belang hitamnya diserahkan kepada aku. Aku serahkan kasut itu kepada Ezam. Hehe.. ko nak sangat kasut ko kan?? "Nah, ambek balik kasut ko nih!!" Aku mencampakkan kasut itu kepada Ezam. ES putih belang hitam itu bertukar tangan. Ezam menyengih kemegahan. Harisman menyumbing kemenangan. Puad mengening kehairanan. Mahathir melopong kejakunan. Seluruh pelajar form 3 bersorak kegembiraan. Gelak ek ?? seronok ek?? "Tengok kasut tu saiz berapa Ezam !" Ezam membelek kasut ES itu. Sengihnya hilang tiba-tiba. Wajahnya pucat seketika. "Bagitau aku kasut tu saiz berapa??" Ezam membatu. Oi, jawab ler ! "Bagitau aku kasut tu saiz berapa??" Ezam teragak-agak. "Cakap Ezam !!!" Pekak ke? bisu ?? Ezam tak berani keluarkan suaranya. Lidahnya masih mengeras di dalam mulut. "Aku suruh cakap, cakap aaa... !!!" PANG!! hobatt…!! Penampar aku hinggap di mukanya. Merah pipinya menahan hentamantapak tangan aku ini. Senget sebentar mukanya bertemu dengan momentum 70
    • Aku Budak Setan: Nazihahyang datang dengan halaju 20m/s. Sakit tapak tangan aku menampar mukatembok Ezam. Menggeletar tangan aku menampar nyamuk sebesar itu.Pengalaman yang lalu mengajar aku supaya tidak menggunakan penumbukdalam situasi sebegini. Aku tidak boleh mengepalkan tanganku. Bahaya. Jika akumenukar penampar kepada penumbuk, bekas di mukanya pasti jelas dilihat cikguesok. Jika mulutnya besar dan perangainya manja, bekas penumbuk itu pastibakal ditunjukkan kepada mak dan bapanya. Sekurang-kurangnya, penggunaanpenampar boleh dikatakan sebagai satu hukuman. Hukuman untuk mengajarmereka ini menghormati orang lebih tua. Ezam tidak membalas. Tamparan aku membuatkan Puad terperanjat. Tamparan aku mengejuntukan Mahathir di sebelah. Adakah ini tandanya termeterai tirai pertempuran pada malam ini ? Adakah ini titik mulanya pergaduhan 2 penjuru antara tingkatan 3 danPersatuan Pelajar-pelajar Kacak Tingkatan 4 dan Tingkatan 5? "Bagitau aku saiz kasut tu berapa???" Nak kena lempang lagi ke? "Laa..lapann !!" Seluruh asrama terdiam. Pelajar tingkatan 3 yang tadinya bersorakkegembiraan dengan kemenangan Ezam kini menganga kemaluan. Ketua merekasudah kalah! Ketua mereka adalah sampah! Ezam menunduk malu. Satu asramamelihat kesuntatan beliau. Seluruh asrama mendengar pengakuan beliau. Ayamjantan yang bising berketak-ketak bagaikan jaguh tadi sekarang bagaikanmenunggu masa untuk disembelih ! "Tadi ko cakap... kasut ko Qadir curik kan?" Ezam mengangguk. PANGG!! hambekk..!! "Ko kater.. kasut ko saiz sembilan kan?" Ezam mengangguk. PANGG!! hambekk lagi..!! "Ko kater tadi, kasut yang ko pegang tu saiz lapan kan?" Ezam mengangguk. 71
    • Aku Budak Setan: NazihahPANGG!!aduiii... sakit tapak tangan aku, demit kulit tebal cam kerbau !!Aku renggut kasut Qadir dari tangan Ezam."Mintak maap ngan Qadir skang!!"Ezam tidak bergerak.Ezam tidak berganjak.Takkan kena penampar sket dah cacat kot??"Ko pekak ke???"demit, lembu !Ezam menyorot tajam ke arah aku.Keningnya bagaikan hendak bersambung.Dengus nafasnya semakin keras.Aku dapat rasakan satu petanda tidak baik.Aku dapat rasakan satu malapetaka bakal berlaku.Kening kiri aku bergerak secara tiba-tiba...BUK !!!Aku terasa badan aku sedang melayang.... 72
    • Aku Budak Setan: Nazihah 15 Mak Cik Ita Aku membuka mata. Kelihatan kipas siling sedang ligat berputar ligat.Aku memakukan mataku mengekor keligatan bilah kipas yang berpusing.Terdapat debu-debu hitam menyelimuti bilah kipas itu. Suasana senyap sunyi dikeliling. Tidak ada bunyi derap kaki manusia. Tidak ada bunyi riuh rendah suara.Aku terbaring membungkam. Kekerasan tilam yang beralaskan cadar berwarnapink itu tidak membuatkan aku selesa. Aku gerakkan ekor mataku ke kiri. Akulirikkan korneaku ke kanan. Kosong. Tidak ada sesiapa di bilik itu melainkanaku. Tidak ada organisma lain yang terbaring melainkan aku. Kat maner aku ni ? 73
    • Aku Budak Setan: Nazihah Aku cuba bangun. Terasa sakit di bahu kiri. Terasa sengal di bahu kanan.Percubaan pertama untuk bangun gagal. Entah mengapa, tulang-temulangkuterasa lunyai. Badan aku tidak mahu mendengar arahan. Apa sudah terjadi ?Mengapa aku begini ? Aku baringkan badan dan bantalkan kepala. Matakumenajam menatap jam dinding yang hidup segan mati tiada bateri itu. Pukul 9:17pagi. Walaupun matahari sudah jauh meninggi, deruan angin kipas membuatkanaku kesejukan. Aku tarik cadar selimut di kaki naik menutupi dada. Fikirankubercelaru. Aku cuba menenangkan keracikan otak. Aku cuba menjinakkankeliaran benak. Gagal. Aku cuba mengimbas kembali apa yang terjadi. Cubamengingati semula peristiwa dan tragedi. Mata kututup rapat. Nafas kusedutpadat. Memori kucanai ligat. Gelap. Perkara terakhir yang aku ingat, penumbuk Ezam melekat di mukaku. Benda terakhir aku nampak, siling koridor berada tepat di depan mataku. Manusia terakhir aku tengok, Mahathir sedang berlari ke arah aku. Bunyi terakhir aku dengar, suara Puad memekik meneriak melewati aku. Selepas itu, aku tidak ingat apa-apa. Selain itu, aku tidak tahu apa-apa. Selama itu, aku tidak nampak apa-apa. Aku pengsan ke malam tadi? demit, satu penumbuk ajer?? Aku membuka mata. Aku cuba bangun untuk kali kedua. Walaupun sengaldan perit seluruh badan, gagah juga aku tegakkan tulang belakangku. Selipar dilantai aku sarung. Sengal di badan aku harung. Terus aku menuju ke pintu. Suiskipas aku tutup cermat. Daun pintu aku kuak lambat. "Haa... udah bangun dah ?" Mak Cik Ita, penjaga asrama putera menegur. Dah aku tgh berdiri camni, takkan le aku tgh terbaring lagik ? Wanita yang berkulit gelap berumur dalam lingkungan usia 35 tahun itutersenyum memandang aku. Dia yang sejak tadi duduk di pagkin di tengah-tengah asrama putera itu bangun. Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki yangcomot berpakaian tentera serta beputing di mulut sedang berdiri di sebelahnya.Anak Mak Cik Ita barangkali. Aku menyumbing sambil menghalakanpemandangan aku ke arah perut Mak Cik Ita yang mengembung mengandung. Mata aku melekap ke arah perut Mak Cik Ita. Perut yang memboyot kedepan itu kelihatan sudah sarat benar. Sudah sendat benar mahu mengeluarkanmanusia kecil yang bernama bayi. Kadang-kadang aku terfikir sediri, betapabertuahnya dilahirkan sebagai seorang lelaki. Tidak perlu bersusah payahmembawa budak ke sana ke mari. Tidak perlu susah-susah membeli baju barusetiap kali perut mengembang. Tidak perlu susah-sesah mengangkang di ataskatil hospital setiap kali mahu mengeluarkan budak. Aku bersyukur. Betapanikmatnya menjadi lelaki. Cukup masa sahaja, sudah mampu membuat anak. 74
    • Aku Budak Setan: Nazihah Cukup masa sahaja, berusaha mencari perumah untuk membuat anak. Cukup masa sahaja, boleh merengek-rengek mahu membuat anak. Minta sahaja, selalunya dapat. Perempuan selalunya tidak kedekut. "Badan dah tak sakit dah ke?" Eh, ko ni mengandung ke busung ? "Aaa... dah ok sket kot.." "Nak makan nasik? Kalau nak makan Mak Cik Ita ambekkan" Ambek ajer ke? tolong suap sekali tak leh ? "Err.. tak per aa Mak Cik Ita, saya tak lapar lagik nih." Aku bergerak menghala ke tangga. Berpura-pura menjual mahal walaupunperut aku sudah rancak minta diisi. "Haa. nak ke mana pulak tu ?" Banyak pulak soalan ko nih, tumbuk perut tu kang ! "Nak naik atas.. mandi." "Tak payah, tadi Cikgu Reza telepon. Dia kate dia nak datang sini jumpekamu." Alamak! "Ngape nak jumpe saya pulak ?" "Pasal gaduh malam tadi lah.." Demit ! Aku berhenti. Hajat mahu mandi terhalang. Cuak seketika mendengarayat penyata dari Mak Cik Ita. Mungkinkah Cikgu Reza mahu mengadakan sessisoal-siasat ? Mungkinkah Cikgu Reza mahu mengambil keterangan dari aku ?Tidak pasti. Aku pusingkan kaki melangkah menuju ke Dewan Makan. KelibatMak Cik Ita aku tinggalkan. Selongkar Dewan Makan pun menarik juga.Biasanya, lauk pauk untuk tengah hari masih belum dimasak lagi ketika ini.Biasanya, pekerja dewan makan sedang sibuk bermain gitar dan menontonMalaysia Hari Ini. Aku beranikan diri lalu menceroboh masuk ke dapur.Mungkin nasi goreng subuh tadi masih berbaki. Mungkin biskut meri petangsemalam masih ada lagi. Kelihatan seorang wanita muda sedang menonggengmengemaskan dapur menyiapkan bahan untuk memasak. Aku menghampirinyadengan harapan dapat menagih simpati memberi sesuatu kepada aku sebagaijuadah pagi. 75
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Haih dik, tak pegi sekolah ke?" Eh kak, keje dewan makan pon nak mekap tebal-tebal? Nak ngorat saper? "Demam la hari ni kak..badan tak sihat." "Badan tak sihat lepas kena belasah malam tadi?" Uikk? cam mane ko tau nih? Aku terdiam. "Ni nak ape datang Dewan Makan ni? Nasik blom siap masak lagi tau.." Datang dewan makan dah tentu le nak makan, tak kan le aku datang sini nak main bola, bahalol ! "Lapa aa kak....tak de ape-ape nak buat kudap-kudap ke aaa?" "Ade.. ni haa bawang merah ni haa.. sedap nih." "Kalau nak batang serai ngan daun limau pon ade ni haa.." Eeee..eeee... lawaknye kak.... akak penah kena cium ngan kaki tak kak? Aku menjuihkan mulut. Sedih diperkotak-katikkan sebegitu rupa. "Haa.. ni ade lagi mee goreng subuh tadi.. nak ?" "Bole la kak.. janji bole makan" Mee goreng aje? "Mekasih ek" "Amek le batang serai ni buat ratah." Ngape tak nak offer plastik meja buat ulam... bodoh ?? Aku tersengih. Bengang pula aku dikenakan begitu. Sungguh jelita sekalibeliau mengenakan aku pagi ini. Tidak tahukah kakak ini bahawamempermainkan perasaan seorang lelaki yang sedang kelaparan ibarat cubamenjentik cula harimau ? Tidak tahukah kakak ini bahawa memperkotak-katikkan aku ketika sedang kelaparan ini mampu mengakibatkan beliau beradadi wad bersalin 9 bulan 10 hari akan datang? Aku mencedok mee goreng ke dalam pinggan dan menuju ke meja. Meegoreng yang penuh dengan minyak dan keras bagaikan getah gelang itu aku telandalam keadaan terpaksa. Seketika kemudian terdengar bunyi enjin motorsikal diperkarangan asrama. Cikgu Reza datangkah? Aku teruskan mengisi tembolokdengan getah gelang berperisa mee goreng itu. Malas mahu mengambil tahukedatangan beliau. Akhirnya, kosong juga pinggan mee goreng itu aku habiskan.Kerancakan perut sebentar tadi sudah ditenangkan. Aku berjalan keluarmeninggalkan pinggan di atas meja menuju ke sinki. Dari sinki air itu, aku 76
    • Aku Budak Setan: Nazihahmelihat kelibat Cikgu Reza sedang tersengih-sengih menggedik-gedik bersamaMak Cik Ita di kerusi pangkin asrama. Aku melankah menuju ke arah asrama. Kedatangan aku sudahdiperhatikan oleh Cikgu Reza sejak dari tadi. Beliau memandang tepat ke arahaku. Gedik antara beliau dan Mak Cik Ita telah berhenti. Mak Cik Ita pula bangundan menuju ke pejabat asrama. Tidak mahu mengganggu kami agaknya. "Haa hero... dah sihat ke?" "Bole la sket2 cikgu...." "Dah, pegi naik mandi. Kite kena cepat nih.." Tadi Mak Cik Ita tak kasi mandi.. alih-alih ko suruh aku mandi lak. "Kena cepat??" "Ha ah, kite kena cepat nih.." "Nak cepat nak buat ape cikgu?" "Mak bapak Ezam ader kat bilik guru tengah tunggu kamu!" Holy shitt !! 77
    • Aku Budak Setan: Nazihah 16 Soal siasat Perjalanan ke bilik guru amat mendebarkan. Setiap hayun langkahkumenambah kelajuan degup jantung. Setiap meter langkahku menjurai peluh didahi. Bohong saja aku tidak cuak ketika ini. Bohong saja perut aku tidak kecut disaat ini. Hati aku tidak tenang memikirkan hukuman yang bakal aku hadapi. Hatiaku runsing memikirkan tentang kehadiran ibu dan bapa Ezam yang sedangmenanti. Pertimbangan aku ketika ini mengharuskan aku tidak berdiam diri.Pertimbangan aku ketika ini mengajak aku melarikan diri. Pertimbangan akuketika ini menyemarak kegundahan hati. Jika aku menjerit, mahu meraungkepada siapa? Jika aku lari, mahu menghala ke mana? Aku masih setia membuntuti Cikgu Reza. Sakit badan dan sengal tulangkusebentar tadi silih berganti dengan debaran jantung dan kecutan perut. Susurlangkah kami menghala ke bilik guru menarik minat beberapa orang pelajartingkatan bawah untuk mengintai kami dari celah-celah tingkap kelas.Pandangan mata dan lemparan muka mereka jelas menjadikan aku sebagai fokusutama ketika itu. Sengaja tidak aku pedulikan mereka. Sengaja aku pura-puramembuat muka selamba. 78
    • Aku Budak Setan: Nazihah Akhirnya kami berhenti di depan bilik mesyuarat guru. Di sinilahpersidangan dan perbincangan guru-guru diadakan setiap petang Rabu. Disinilah penilaian pelajar-pelajar dan tahap pencapaian mereka dikaji dandiperinci. Telinga aku menangkap suara Pengetua sedang berceramah di dalam.Setiap butir ayatnya tidak aku halusi tetapi dari nada dan bingitnya sepertisedang menghamun sesuatu. Kaku sementara aku disitu. Kaget sebentarterdengar hamunan sebegitu. Makin merecik peluh di dahiku makin rencah pulagerakan kening kiriku. Makin rancak degupan jantungku makin kuat pulaperasaan aku untuk melarikan diri dari situ. "Johari, masuk!" Arahan Cikgu Reza aku patuh. Pintu kayu yang cantk berukir itu dikuatkeras. Rengitan pintu berwarna cokelat itu menarik perhatian segenap penghunidi dalam bilik. Seluruh tumpuan diberikan kepada aku takkala aku melangkahmasuk. Kelihatan Pengetua, Penolong Kanan 1, warden-warden asrama puteradan asrama puteri sedang duduk mengelilingi meja bujur separa bulat di tengah-tengah bilik itu. Kelihatan juga Qadir dan Harisman sedang berdiri di penjurubilik sambil menunduk. Kehadiran aku di situ mematikan suasana hangatsebentar tadi. Kepaculan aku di situ makin membulatkan mata Orga yang tajammenyorot. Kedatangan aku di situ makin memalatkan pasangan suami isteri yangsudah agak berumur yang duduk sebaris dengan warden-warden di meja. Ibubapa Ezamkah ? "Berdiri sana Johari!" Hidung aku bagai dicucuk besi. Arahan Cikgu Reza aku patuhi. Akubergerak menghampiri Qadir dan Harisman yang sedang menunduk muka dipenjuru bilik. Raut wajah mereka bagaikan baru lepas dimaki dan dimarahi.Tidak sedikit pun tangkorak kepala mereka diangkat menyambut kedatanganaku. Tegak aku di situ menghadap warden-warden di meja. Bersedia menadahsegala makian dan cemuhan dari mereka. "Kamu tahu mengapa kamu dipanggil ke sini Johari?" "Tak tahu cikgu." "Tak tahu ke, atau buat-buat tak tahu??" Tempelak Cik Azilah sambilmenjeling sinis. Cucuk mate ko ngan garpu kang? Jelling-jeling pulakk.. "Malam tadi kamu menampar Ezam di asrama, betul ??" 4 kali yer.. sile jangan lupe itu.. "Betul cikgu.." "Kenapa kamu buat begitu?" 79
    • Aku Budak Setan: Nazihah Sebab aku tak leh nak lempang muke ko, aku lempang le muke Ezam. "Sebab dia kurang ajar dengan Qadir cikgu..." "Apa hak kamu menampar anak pak cik ???" Bapa Ezam menyampuk mengeraskan suara. Tidak betah dia melihatmuka selamba dan gerak badan terhuyung-hayangku. Marah benar beliaukepada aku. Misai tebal bertompok putih itu kelihatan bergerak-gerak menahankemarahan. "Saya cuma nak mengajar dia menghormati orang lagi tua ajer." "Kamu tak payah susah-susah nak ajar anak pak cik! Pak cik sendiri bolehajar dia!" Heh, tu pasal le dia kurang ajar ek? ko le ngajo dia nih ? Aku terdiam. "Mak cik dengan pak cik tak pernah naik tangan dengan Ezam kat rumahtau. Kamu pulak yang pandai-pandai nak tampar dia." Ibu Ezam memotongmenambah bahang suasana. Mak cik yang berlipstik tebal merah dan berkalungdengan rantai emas selebar 4 inci itu memandang tajam ke arah aku. Teteklendut dan lanjut beliau kelihatan berombak-ombak menahan kemarahan. Akuberusaha menahan gelak. Tidak tahan melihat benda lendut itu melompat-lompat. Pasal tak penah naik tangan le anak korang jadik sial kat sini "Cerite kat kami aper jadik kat asrama semalam Johari." Cikgu Reza memulakan sessi soal siasat. Aku menarik napas panjang. Mengumpul kekuatan untuk memperdengarkan mereka kronologi danrentetan peristiwa semalam. "Semalam, masa saya tengah baring-baring kat dorm.. saya terdengarsuara Ezam memekik-mekik marah kat Qadir. Dia kata Qadir curik kasut dia.Kawan-kawan dia habis semua kepung dia macam nak pukul dia masa tu. Sayaturun le bawah, tarik Qadir keluar dari kepungan diorang.." "Dengan menggunakan besi penyangkut baju ??" Pantas Orga memotong cakap aku. Diam aa ko, menyembok jer! "Ha ah, saya bawak besi penyangkut baju sekali." "Kenapa? Apsal kamu bawak sekali besi tu?" 80
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Geng Ezam ramai sangat masa tu. Kalau saya tak bawak besi tu, cammane saya nak tarik Qadir keluar? Dah la diorang tengah perambat Qadir tumacam hambat anjing.." "..Betul ke ape Johari cakap tu Qadir??" Qadir terdiam. "..Betul ke ape Johari cakap tu Qadir??" Qadir membatu. "..Tt..Tak betul cikgu!" Woi ! ape ko cakap ni ?? "Cerite sket ape yang jadik semalam Qadir?" "Eh, aper ko cakap ni Qadir??" "Johari, diam !!" Aku membisu diherdik oleh Orga. Pandangan Qadir masih dipakukan kelantai. Tidak berani dia bertentang mata memandang aku ketika itu. "..Teruskan Qadir." "Se..semalam memang Ezam ada tanya saya pasal kasut tu sebab dia nakbeli. Ta..Tapi time tu kitorang duduk-duduk aje kat koridor. Sa..Saya ngan Ezamdua orang aje. E..Ezam maner ade jerit-jerit macam yang Jo cakap tu.." "Amender ko cakap ni Qadir ??" "Johari, saya suruh awak diam kan??" Eh, ko tak leh diam kejap ke Orga ?? "Tapi aper yang Qadir cakap tu bohong cikgu !" "Kamu jangan nak melawan ! Selagi kami tak suruh kamu bersuara, kamujangan bersuara ape pon, paham ??" Aku membatu. Guruh suara Orga memenuhisegenap ruang bilik mesyuarat itu. Di saat itu hati aku mendidih. "..Sambung Qadir." "Le..lepas tu, tibe-tibe Jo datang bawak batang besi terus pukul Ezam.Saya ter.. terkejut bile dia buat cam tu. Dia pukul Ezam dengan batang besi yangdia bawak tu.." Qadir meneruskan siri pembohongannya. Aku terkejut. Kening mata akukeruntukan. Mengapa Qadir perlu berbohong? Sial, bile masa aku pukul dia ngan batang besi tu?? "Amender ko cakap ni Qadir?? Apsal ko tipu nihh??" 81
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Bile mase aku pukul Ezam ngan besi tu??" "Johari saya suruh awak diam ..!!" PANGG! Adoihhh.. !! Tapak tangan Orga singgah tepat ke muka aku. Ibu dan bapa Ezamtersenyum tanda kepuasan melihat aku terkial-kial dan terkebil-kebildiperlakukan begitu. Aku meraba-raba kulit pipi aku yang terasa panas. Akumengusap-usap pipi aku sambil bermuka palat ke arah Orga yang menyerangtanpa salam. "Aper yang Qadir cakap tu tipu aje cikgu, sumpah !! Kalau cikgu takpercaya cikgu tanyer la Puad ngan Mahathir .." "Kami ada Harisman sebagai saksi. Tak perlu Mahathir dan Puad datangke sini." Huh, apsal amek Harisman lak ? "Harisman, betul apa yang Qadir cakap tu??" Ko tanye harisman macam tu kompom dia cakap "iyer" ler "Betul cikgu, Qadir tak membohong. Saya tengah baring-baring dalamdorm, tiba-tiba terdengar suara Ezam mintak tolong. Bile saya kluar ajer..tengok-tengok Ezam dah terbaring kena belasah dengan Abang Jo. Saya panggilla kawan-kawan yang lain datang tolong. Kitorang terpaksa pukul Abang Josebab dia dah mengamuk teruk sangat masa tu.." Babi ko Harisman, sial !! Aku tercangok kebuntuan. Seperti yang aku sangkakan, pengakuanHarisman tidak membantu aku. Pengakuan Harisman menguatkan lagi dakwaanke atas aku. Aku menatap wajah Qadir. Pelik aku dengan pembohongan beliau.Sangsi aku dengan kenyataan Harisman. Ada pakatan mahu menjahanamkanaku kah ? Ada muslihat mahu menjatuhkan aku kah? Jika ada, mengapa akumenjadi mangsa? Jika ada, apa manfaatnya kepada mereka ? "Haa.. aper kamu nak kate Johari??" Cik Azilah memandang tajam ke arah aku. "So, sekarang aper penjelasan kamu Johari ??" Aku mendengus kemarahan. Pandangan marah aku halakan kepada Qadirdan Harisman yang sedang tunduk membisu. 82
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Saya tidak tahu aper yang cikgu-cikgu semua buat pada Qadir. Saya taktahu kenapa Harisman yang dipilih menjadi saksi. Saya diperlakukan secaraberat sebelah. Saya raser ade tangan kotor yang cuba mengkaburi kebenarandalam bilik ni. Saya raser ade pihak yang pengecut dan takut nak berdepandengan kebenaran.." "Kamu tidak berhak meragui kewibawaan kami dalam kes kamu niJohari!" Pengetua yang sejak dari tadi diam membisu mula bersuara. Marah benarbeliau dengan tuduhan aku sebegitu. "Kenapa pulak ? Terang-terang saya ditikam belakang dengan ceriter tipuQadir! Harisman pon ada jugak malam tu nak pukul Qadir, kenapa dia pulakjadik saksi?? Mana Mahathir dan Puad? Mereka ada di belakang saya sesamakejadian tu! Maner Hafis Sang Ketua Pelajar? Semalam dia siap suruh budak-budak junior masuk dalam dorm diorang lagi..!!" "Kamu jangan nak berdalih Johari! Dah nyata sekarang kamu yangpandai-pandai nak tunjuk samseng kat sekolah ni !!" Orga merapatkan dirinya kepada aku. Makin keras suaranya mengherdik aku. "Bile masa saya nak tunjuk samseng???" PANGG !! Adoihhh.. kene lempang lagik.. "Johari, kamu masih nak tegakkan benang basahh ??" Orga menjegilkan mata dan meninggikan suara. Qadir dan Harisman mengadap lantai menundukkan muka. Pengetua dan Penolong Kanan 1 sekadar memandang tanpa kata. Ibu dan bapa Ezam makin galak bermuka cuka. "Johari, kamu masih tidak mahu mengaku salah ??" Pertanyaan Pengetua dibiarkan membatu. Haruskah aku mengaku salah ? Haruskah aku mengaku ? Haruskah aku ? Haruskah ? Tiba-tiba pintu bilik terbuka luas. Puad melangkah masuk. Diikuti dengan Mahathir.. Kemudiannya Maahad.. 83
    • Aku Budak Setan: NazihahSelepas itu Sat..Dan Hafis..Dan Penyu..Dan lagi..Dan lagi..Bilik mesyuarat itu penuh dengan pelajar-pelajar tingakatan 4 dan 5 !"Kami boleh buktikan yang Johari tak bersalah cikgu!"Hoyeahhh... !!! 84
    • Aku Budak Setan: Nazihah 17 Konspirasi "Pergi balik kelas masing-masing !!!" Pelajar-pelajar yang masuk ke dalam bilik mesyuarat itu tersentak.Pekikan Orga menghalau mereka dari situ dipandang sepi. Ibu dan bapa Ezamduduk gelisah. Pengetua dan Penolong Kanan 1 terpinga-pinga bagaikan rusamasuk ke kampung. Para warden saling berpandangan tertanya-tanya. Qadir danHarisman pucat mulut menganga. Mereka masih berada di situ. Mereka masihtegak berdiri membatu. Sesak seketika bilik mesyuarat guru dengan himpunanmereka. Di luar masih terdapat beberapa orang pelajar yang terintai-intaimencari peluang untuk mencuri masuk. Tingkap-tingkap di dalam bilikmesyuarat itu habis dibuka untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar diluar mendengar dan melihat situasi di dalam. "Kamu semua degil ya???" 85
    • Aku Budak Setan: Nazihah Orga mula hilang sabar. Ngauman beliau sebentar tadi dipandang sepi.Dengan tangan yang terbuka lebar dan padang dahi berkerut seribu, beliaubergerak mendekati pelajar-pelajar yang berpura-pura tidak memahami bahasaMelayu. Dengan kasar, ditamparnya kepala mereka seorang demi seorang.Menggelegak darah dan organ dalamannya melihat pelajar-pelajar yang degilakan arahannya tadi. Pada wajah palatnya terselit keresahan. Pada wajahbengisnya terukir kecemasan. Peluh yang segan-segan mengalir itu membuktikankecuakan. Kulit wajah yang ditoreh tidak berdarah itu menimbulkan kesangsian.Marah benar dia dengan kehadiran pelajar-pelajar ini. Takut benar dia dengankedatangan mereka itu. "Kami boleh ceritakan hal sebenar yang berlaku semalam cikgu !" "Tak payah! Qadir dengan Harisman dah ceriter dah tadi!" Hek elleh.. biar le diorang nak citer, demit ! "Tapi, itu semua bohong!" "Kamu diam Puad !" Ko tu yang patut diam, sial punye Orga ! "Saya rasa, sebagai seorang Ketua Pelajar.. saya berhak untukmenceritakan kepada cikgu apa yang berlaku semalam.." Hafis menonjolkan diri.Langkahnya dimajukan ke depan. "Kamu ...sebagai Ketua Pelajar ...sepatutnyer kamu suruh diorang ni balikkelas !" "Tapi cikgu, saya yang mencadangkan agar kami semua masuk ke dalam.." "Kamu yang cadangkan ??" "Ya cikgu, sebab saya..." PANGGG!! Ahahhah.. kena lempang gak, sama aa kite Hafis.. "Sia-sia sekolah lantik kamu jadi Ketua Pelajar !!" "Sia-sia aje kamu makan nasik !!" Hafis membetulkan alur rambutnya yang kusut ditempeleng oleh Orga.Kepalanya ditunduk senget ke bawah 30 darjah ke kiri. "Lepas ni kalau cikgu nak pecat saya ...silekan. Saya pon dah penat jadikanjing sekolah ni !" "Kurang ajarr..!" Hafis memejamkan mata rapat. 86
    • Aku Budak Setan: Nazihah Sudah terbayang dalam belon pemikirannya akan penampar padat Orga.Sudah terkira dalam otak arithmetiknya akan momentum pelanggaran tapaktangan itu. “CUKUP !!“ Tangan Orga berhenti di udara. "Cikgu Ridwan, sudah lah tu..berhentilah.." Oohh.. nama betul Orga tu Ridwan ke? "Tapi, diorang ni mengganggu kita!" "Tak aper.. kite dengar pula ceriter dari mereka.." "Tapi Tuan Pengetua..." "Saya kater ..sudah..!!" Ahhaha... kena marah ngan pengetua, ahahaha.. Orga kembali ke tempat duduk beliau. Berkeriut kerusi plastik 3V ituapabila buntut tebalnya dihenyak keras. Sesekali kornea matanya dijeling ke arahibu dan bapa Ezam yang masih belum pulih dari diselubungi kerisauan dankegelisahan. "Aper yang terjadi sebenarnyer Hafis?" Cikgu Kamarul selaku Penolong Kanan 1 memulakan bicara. Hafis menarik nafas lega. Terlepas beliau dari penangan tapak tangansakti Orga. Kelihatan Hafis mengumpulkan kekuatan untuk mula bersuara.Diambil nafas beberapa kali untuk memulakan bicara. "Kami dah ader kat luar sejak Johari mula-mula masuk tadi cikgu. Kamisemua dah dengar ape yang Qadir ngan Harisman cakap sebentar tadi. Merekaberdua memang berbohong cikgu. Aper yang terjadi malam tadi memang berbezadari aper yang diorang cerite." Cayalah Hafis.. ! "Betul cikgu, Johari cuma menampar Ezam ajer cikgu.. dia tak pukul Ezamdengan besi penyangkut baju tu pon." Cayalah Sat.. ! "Ha ah ..Ezam, Harisman dengan 7-8 orang geng dia yang lain memangkepung Qadir semalam cikgu." Cayalah Maahad.. ! 87
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Johari turun bawah dan tarik Qadir keluar dari kepungan diorang ni. Apeyang Qadir cakap tu memang membohong belaka." Cayalah Mahathir.. ! "Ezam sebenarnyer yang menumbuk Johari. Sekali tumbuk sajer, Joharidah pitam. Cikgu nak tau dia tumbuk pakai ape?" "Dia tumbuk pakai aper??" Dia tumbuk aku pakai ape Puad?? Puad mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan meletakkannya keatas meja. "Besi buku lima???" "Ya cikgu, ini senjata yang Ezam pakai semasa menumbuk Johari. Sayasendiri yang merampas bende ini dari tangan Ezam." Astagaa... patut le rahang aku terasa cam nak tercabut! demit! "Pak Cik tak percaya !! Ini mesti komplot kamu semua hendakmenyalahkan Ezam !!" "Betul tu, anak mak cik tu budak baik. Tak denyer dia nak pukul orangpakai bende tu !!" "Entah-entah, kamu yang pukul anak pak cik pakai bende tu !" "Kalau tidak, tak kan anak mak cik tu kena tahan kat wad seminggu ??" Ezam kena tahan dlm wad seminggu ?? "Maner mak cik tau anak mak cik baik ??" "Pak cik pengerusi PIBG sekolah, kalau ade rekod buruk tentang Ezamsebelum ni.. pasti kami dapat tau!" "Sebab pak cik Pengerusi PIBG lah rekod buruk Ezam tak pernah sampaikat pak cik!" Hafis pantas memotong. "Sekolah nak jage nama baik pak cik dlm PIBG tu, tau tak?? " Lerr.. pengerusi PIBG ke?? patut le kerek semacam je orang tua nihh Bapa Ezam terdiam. Ibu Ezam mendengus. Alasan yang diberi oleh Hafis membuatkan kedua-dua ibu dan bapa Ezammati kutu. "Jadi, siapa sebenarnyer yang membelasah Ezam semalam?" Ha ah ek, aper jadik ngan Ezam weh ?? 88
    • Aku Budak Setan: Nazihah Suasana senyap seketika. "Saya yang pukul dia cikgu.." Puad mengaku. "Saya juga." Mahathir mengangkat tangan. "Saya pon" Maahad menunduk takut. "Saya tendang perut dia aje cikgu." Sat menyelitkan diri. "Saya tumbuk muka dia ajer cikgu." Penyu memanjangkan kepala. "Kamu berlima yang memukul Ezam ??" Padan le Ezam masuk wad, agagaga Mereka berlima mengangguk. Kelihatan Cikgu Reza mencatit sesuatu. "Jadi sekarang ni, Qadir dengan Harisman memberi keterangan palsulahyer??" "Ya cikgu, memang diorang berdua ni menipu!" "Aper penjelasan kamu Qadir ??" Qadir menikus takut. "Aper alasan kamu Harisaman ??" Harisman memandang kalut. "Kenapa kamu berdua menipu ??" Qadir diam membatu. Harisaman menggigit kuku. "Tak mahu bagitau ??" Qadir dan Harisman masih tiada kata putus. "Kalau saya kater.. kamu kena rotan 3 kali seorang, kamu nak bagitautak?" Qadir dan Harisman masih membisu.. "Kalau saya kater.. kamu kena gantung sekolah seminggu, kamu nakbagitau ??" Qadir dan Harisman membeliakkan biji mata.. "kalau saya kater.. kami nak buang kamu berdua dari sekolah ni, kamunak.." "Sa..saya dipaksa ber..berbohong cikgu!" Akhirnya Qadir membuka mulut. Harisman di sebelah masih gundah gelisah. "Siapa paksa kamu berbohong Qadir ??" "Siapa paksa kamu berbohong ??" "Siapa paksa kamu ??" "Siapa paksa ??" 89
    • Aku Budak Setan: Nazihah"SIAPA ??"Cakap aaa babi !! sape pakse ko bohong ..sial ??Qadir mengangkat tangan..Jari telunjuknya ditegakkan..Menghala seseorang yang sedang duduk di depan..Seluruh isi bilik mesyuarat guru tersuntat.Seluruh isi bilik mesyuarat guru tergamat.Seluruh isi bilik mesyuarat guru terperanjat.Meja mesyuarat bagaikan mahu terbalik.Cermin tingkap bagaikan mahu menjerit.Lampu kalimantang bagaikan berkelip sakit.Ko biar benar Qadir ???"Cikgu Ridzwan ??"Gigi palsu Pengetua hampir tersembur keluar.. 90
    • Aku Budak Setan: Nazihah 18 Debar Nazihah Perkarangan kelas 3 Delima hingar bingar. Cik Azilah, guru BahasaMalaysia yang sepatutnya mengajar pagi ini masih belum masuk lagi. Jarangbenar perempuan kurus itu masuk lambat. Selalunya, 10 minit sebelum masamengajar tiba, beliau sudah ada tercangak di depan pintu kelas. Biasanya, ketikaini mereka semua sepatutnya sedang tekun mendengar ajaran dan syarahan CikAzilah. Tetapi, hari ini agak berbeza. Cik Azilah yang terkenal dengan skema dangarang itu masih degil tidak mahu memunculkan batang hidung di pintu kelas.Wajah bengis yang menjadi kegerunan utama dan bahan perbualan pelajar dikelas itu masih belum kelihatan. Maner cik Azilah ni? ponteng kelas ke? 91
    • Aku Budak Setan: Nazihah Nazihah membungkam. Sudah bosan menunggu kedatangan guru BahasaMalaysia itu. Sudah malas mahu mengadap buku teks yang awal-awal lagi telahdibukanya. Nazihah memalingkan wajah ayunya ke arah tingkap. Pandangannyadipakukan ke arah blok tingkatan 4 yang bertentangan dengan blok tingkatan 3.Liar matanya mencari-cari kelas 4 Delima. Walaupun jarak dari blok tingkatan 3dan tingkatan 4 agak jauh, namun selesa jugalah matanya merayau-merayaumenjelajah setiap isi ruang kelas 4 Delima itu. Tenungannya di fokuskan ke arahmeja-meja di belakang. Kosong.. Tidak ada orang melainkan pelajar-pelajar perempuan sahaja. Pelik.. Kelas 4 Berlian di sebelah juga sama. Kosong.. Tidak ada orang melainkan pelajar-pelajar perempuan sahaja. Pelik.. Kelas 4 Mutiara di sebelah juga sama. Kosong.. Pelik.. Eh, maner peginyer budak-budak lelaki dlm kelas form 4? Maner Abang Jo? "Jihah!" Nazihah tersentak. Pandangannya dialihkan ke belakang. Panggilan Fatinmenamatkan penjelajahan matanya. Fatin adalah salah seorang rakannya sejakdari hari pertama beliau di sini. Sejak dari tingkatan 1 hingga sekarang, masihsetia Fatin dengan dirinya. Masih karib hubungan mereka. Masih akrab pertalianyang dicipta. Fatinlah temannya ketika berbual-bual pada tengah malam.Fatinlah rakannya ketika membasuh baju di bilik membasuh. Fatinlah orangnyamembawa biskut dan bekalan makanan setiap kali hujung minggu. Gadis yangberkulit cerah berbibir merekah itu ditenung tajam. Tahi lalat di bawah matanyamenyerlahkan keayuan Fatin. Tahi lalat penyeri itu mampu membuatkan pelajar-pelajar lelaki tidak tidur malam dan tidak duduk diam. Tahi lalat pemanis itumelayakkan beliau menjadi salah seorang pemegang tahta dalam carta 10 orangpelajar perempuan tercantik di sekolah. "Ngape Atin ?" "Eh, ko dah tau ceriter ke belum?" Fatin menarik kerusi di sebelah Nazihah. Bersungguh benar diamemukadimmah berbualan pada pagi ini. Punggung nipisnya dilabuhkan ke atas 92
    • Aku Budak Setan: Nazihahkerusi. Abdomennya disenget ke kanan, lengan baju kurungnya disingsing tinggi,matanya dihalakan mengadap Nazihah. "Ceriter ape Atin?" "Ezam kena pukul!" Haa? kena pukul? "Masya allah.. sape pukul dia?" "Aku tak tau.. tapi Feer cakap, budak tingkatan 4 yang pukul!" “Budak tingkatan 4?" Erkk..tingkatan 4?? "Feer cakap kat aku, teruk jugak le si Ezam kena pukul.." Abang Jo terlibat sama ke? "Teruk macam mane?" "Ezam ada kat hospital skang nih. Kemungkinan kena tahan seminggu.." Seminggu?? lama giler! "Seminggu? teruk benar tuu.." “Tu la pasal.. Harisman skang ni ade kat bilik mesyuarat guru, kena soalsiasat.." Ya Allah, apsal hati aku rase tak sedap nih?? "Ko tau ke saper yang pukul Ezam?" Fatin mengangkat bahu. Bibir merah merekahnya dicebikkan. Kening kanannya diangkat sebelah. "Tak tau.. ko pegi le tanyer Feer." Nazihah bangun. Langkahnya diajukan ke arah Feer di belakang. Hatinyatidak tenang. Fikirannya tidak kejap. Bukan Ezam yang dirisaukannya. BukanHarisman dalam belon fikirannya. Bukan Cik Azilah yang menjadi puncanya.Informasi yang datangnya daripada Fatin itu menjadi tanda tanya. Beritamuktahir yang sampainya daripada mulut Fatin menjadi buah curiga. Telahandemi telahan diandai sendiri. Persoalan demi persoalan silih berganti. Siapakah yang memukul Ezam? Mengapakah Harisman turut dipanggil? Sudah cukup samsengkah membelasah orang? Abang Jo terlibat sama ke? 93
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Feer, aku dengar Ezam kena pukul..betul ke?" "Saper bagitau ko?" Feer mengalihkan tumpuannya kepada Nazihah. "Atin cakap kat aku tadi. Betul ke??" "Ha ah, Ezam kena pukul malam tadi." "Sape yang pukul dia? Teruk ke?" "Yang aku nampak semalam, ramai gak aa yang pukul dia. Abang Puadade, Abang Mahathir, Abang Sat pon.." "Abang Puad pon ader sekali?" Mata Nazihah membulat. "Ha ah, semalam form 4 ngan form 5 bergabung, gaduh ngan batch kite!" "Diorang gabungg?" Kening Nazihah terangkat tinggi. "Iyer.. perang besar gak aa semalam, nasib baik warden datang, diorangleraikan semua." "Ni sumer Abang Jo aa punyer pasal!" Syafiq datang menyampuk. Jejakayang berbadan besar dan berhidung lebar di sebelah Feer menyertai perbualan. Abang Jo?? Apsal dia punyer pasal pulak? "Kenapa ngan Abang Jo ??? Aper dia dah buatt??" "Dia pegi tampar Ezam semalam. 4 kali tu.. satu asrama dengar!" Masya-allahh.. kenapa Abang Jo buat macam tu?? "Tapi kelakar gak aa.." "Apa yang kelakar??" Jantung Nazihah berdegup kencang. "Tak de aa.. semalam Ezam tumbuk Abang Jo sekali jer, terus pengsanmamat tu.." Syafiq dan Feer tergelak. Pengsannn?? Abang Jo pengsann?? "Dah tu? aper jadik ngan Abang Jo?" "Kena soal siasat agaknye.." "Tadi aku nampak dia ikut Cikgu Reza masuk bilik mesyuarat.. yer la tu." Nazihah bingkas bangun. Tanpa dipaksa, kakinya dibuka lebar ke arahpintu belakang kelas. Langkahnya diatur pantas menuju ke koridor. Tangannyadihayun laju mengimbangi setiap susun-atur kakinya. Perjalannya dihalakan kearah bilik mesyuarat guru. Pemikirannya dipenuhi dengan pelbagai persoalan. 94
    • Aku Budak Setan: NazihahJeritan Feer di belakangnya tidak dihiraukan. Panggilan Syafiq dipantulnyakeluar dari gegendang telinga. Dalam belon fikirannya tergambar imej Johari.Dalam getus hatinya terukir nama Johari. Dalam tulang tukul, anvil dan rakap ditelinganya terdengar suara Johari. Johari, Johari, Johari !! Memori Nazihah diputar ke saat-saat awal perkenalannya dengan Johari.Dari seorang lelaki yang mencederakan padang dahinya sehinggalah kepadaperjumpaan mereka di luar kelas 4 Delima. Semuanya masih segar di ingatannya.Segalanya masih kemas tersimpan dalam kenangannya. Walaupun jejaka itumasih baru dalam hidupnya, namun tidak ada cacat cela terlihat padaperwatakannya. Walaupun gedik getik Johari bersama-sama Ayun yangdisaksikannya memualkan, namun tiada perasaan benci tersimpan di hatinya.Tiada ada bicara meluat keluar dari bibirnya. Tidak ada pemikiran negatifberukir dari otaknya. Tiada, tiada, tiada !! Abang Jo.. Entah mengapa, nama itu tegar tertulis di dalam kamus hidupnya. Entah mengapa, wajah itu sentiasa berlegar di fikirannya. Entah mengapa, suara itu gemar didengar oleh telinganya. Dari sayup mata Nazihah, kelihatan seramai-ramainya pelajar lelakitingkatan 4 dan 5 sedang berjalan keluar dari bilik mesyuarat guru. Sehinggalahpelajar yang terakhir yang keluar dari mulut pintu bilik mesyuarat guru itu,masih tidak ada bayang-bayang Johari antara mereka. Masih tidak terlihatkelibat Johari dalam barisan pelajar lelaki tingkatan 4 dan 5 itu. Nazihahmemberhentikan langkahnya. Segan pula rasanya mahu menyertai pelajar-pelajar lelaki itu. Nazihah membawa gerak langkahnya menuju ke tembokkoridor. Kedudukan beliau kini membolehkannya melihat apa yang sedangberlaku di depan bilik mesyuarat guru itu. Gusar hatinya melihat mereka beramai-ramai di depan bilik mesyuaratguru. Risau isi perutnya memikirkan akan Johari yang masih tidak terlihatbatang hidungnya itu. Sessi soal-siasat dah habis ke? "Ko buat ape kat sini Jihah?" Pertanyaan itu mengejutkan Nazihah. Balqis dan Pial sedang berdiri disebelahnya. Kedatangan mereka entah dari mana. "Korang taukan Ezam kena pukul malam tadi ?" "Tau.. Syafiq cakap kat kitorang tadi." "Mak ngan bapak Ezam ade kat dalam tu sekali." 95
    • Aku Budak Setan: Nazihah Pial menjuihkan bibirnya menghala ke arah bilik mesyuarat guru. "Ohh.. ye ke?" "Ko datang ni ngape Jihah? risaukan Abang Jo ke?" Pertanyaan Pial dibekukan tanpa jawapan. Pertanyaan Pial dibiarkan tanpa sambutan. "Aku raser kan Aqeesh.. teruk diorang kena nih." "Apsal pulak Pial? aper yang teruk?" "Bapak Ezam tu Pengerusi PIBG, memang mak bapak dia tak kasi chancele kat diorang ni.. pukul anak diorang lak tu!" "Paling kurang pon, aku raser diorang ni kompom kena gantung sekolah.." "Tak lah.. aku raser diorang ni bole kena buang sekolahlah Aqeesh.." "Apsal ko cakap cam tu?" "Pukul orang ko ingat kes kecik ke Aqeesh??" Abang Jo.. Perbualan antara Pial dan Balqis menambahkan ketidaktenteraman hatiNazihah. Ada betulnya kata-kata Pial itu. Memukul pelajar adalah satu kesalahanyang cukup besar. Cukup besar untuk disingkirkan dari sekolah. Cukup besaruntuk dijadikan kes polis. Sengaja Nazihah memekakkan telinga dari mendengarbutir ayat perbualan mereka. Sengaja Nazihah tidak ambil peduli tentang segalabicara selamat pagi malaysia antara Pial dan Balqis itu. Persetankan ! Itu semuacuma sekadar telahan rambang mereka sahaja. Nazihah cuba memujuk diriberlaku tenang. Abang Jo.. Pintu bilik mesyuarat guru dibuka semula. Kelihatan seorang demi seorang keluar dari mulut pintu. Harisman keluar dengan wajah sugul. Qadir keluar dengan wajah masyangul. Pintu bilik mesyuarat ditutup semula. Johari? Mana Johari? Kenapa Johari masih tidak keluar? Kenapa Qadir bermuram durja? Kenapa Harisman berwajah hiba? Abang Jo.. Pintu bilik mesyuarat guru dibuka semula. Johari keluar dari mulut pintu dengan berwajah ceria.. 96
    • Aku Budak Setan: NazihahAbang Jo.. !! 97
    • Aku Budak Setan: Nazihah 19 Pekung Konspirasi "Saya rasa kita hentikan sessi soal siasat ni sampai di sini sahaja." Kata-kata pengetua mematikan suasana. Orga di meja persidanganmerenung meja. Cik Azilah merenung aku tanpa secangkir idea. Cikgu Rezamerenung kosong melangak udara. Sejenak tergetus di lubuk hati, aku dapatmerangka saat-saat kemenangan untuk aku. Pembohongan dan penipuan yangdirancang ini nampaknya tidak menjadi. Konspirasi jahat yang mencemar duliini sudah berpekung. "Pelajar-pelajar sekalian, boleh lah balik ke kelas sekarang.." 98
    • Aku Budak Setan: Nazihah Arahan pengetua dipatuh. Tiada bantahan dipamer. Tiada bangkanganditonjol. Masing-masing bagaikan lembu sapi dicucuk tali. Masing-masingbagaikan ayam pulang ke reban. Seorang demi seorang keluar dari bilikmesyuarat itu. Aku memberi peluang kepada ahli-ahli Persatuan Jejaka KacakTingkatan 4 dan 5 untuk membawa diri ke arah koridor di luar. Masih tidak puasrasanya menatap wajah-wajah durjana yang mahu menghancurkan aku ini.Wajah Qadir kutenung tajam. Wajah Harisman kupalat toya. Senyuman sinis berbau sombong terpancar dari bibirku. Qadir diam tunduk ke lantai. Harisman berpura-pura memngikat tali kasut. Apa lagi alasan kau Qadir ? Apa lagi temberang kau Harisman ? Hehehehe... siap aa korang balik asrama karangg.. Palingan wajahku dipesongkan 180 darjah ke kanan. Di situ pandanganaku bertemu dengan tenungan Orga. Kelihatan rahangnya bergerak-gerak.Terdengar bunyi giginya berlaga. Aku tersengih lebar. Bangga rasanya dapatmematahkan konspirasi beliau. Cik Azilah di sebelah semakin tajam merenungaku. Aku tahu tindakan aku bagai mencurahkan botol aerosol ke dalam api.Pedulikan! Aku tahu tindakan aku bagaikan mencabik hati dan jantung beliau. Biarkan! Yang pentingnya aku puas. Yang pentingnya aku menang. Apa lagi munasabah kau Orga ? Apa lagi karenah kau Cik Azilah ? Hehehehe... kantoi korang, padan muke! Jelingan sombong aku lemparkan kepada ibu dan bapa Ezam. Kedua-duamereka berwajah cuka. Masing-masing mencebik bibir memanjang muka.Mungkin tidak percaya akan perangai anak mereka sebegitu rupa. Mungkin tidakmenduga perbuatan anak mereka sedemikian angkara. Mungkin pekung Ezamselama ini terjaga rapi. Mungkin aktiviti Ezam sebelum ini tidak mereka ketahui. Kini, rahsia sudah terbongkar ! Sekarang, kebenaran telah terdedah ! Apa lagi yang mak cik tak tahu ? Apa lagi yang pak cik nak tahu ? Hehehehe... masak ler ko nanti Ezam ! 99
    • Aku Budak Setan: Nazihah Setelah semua ahli Persatuan Jejaka Kacak Tingkatan 4 dan 5 keluar daribilik mesyuarat itu, Qadir dan Harisman melangkah longlai menuju ke pintu.Aku masih tercangak di situ. Wajahku dikilaskan ke arah Pengetua dan CikguReza di belakang. Muka pengetua merah menahan malu. Fail-fail di atas mejasengaja diselak kuat satu-persatu. Marahkah beliau ? Bengangkah beliau ? Akutidak tahu. Lantas aku menoleh ke arah Cikgu Reza. Cikgu Reza tersengihmemandang aku. Tidak cukup sengihan ala kerang busuk itu, ibu jarinyadiangkat tegak pula. Aku menjelir lidah sambil membalas sengihan beliau. Akumengatur langkah keluar dari bilik itu. Melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu, aku disambut dengansenyuman dan sengihan dari seluruh ahli Persatuan Jejaka Kacak Tingkatan 4dan 5. Puad mengusap-usap kepala aku. Mahathir menepuk-nepuk bahu aku.Aku disambut keluar bagaikan seorang wira yang pulang dari medanpertempuran. Kehangatan suasana itu bagaikan memberi aku satu semangatuntuk terus berjuang. "Mekasihh.. mekasihh.. pasal tolong aku kat dalam tadi." "Tak per Jo, tak de hal.." "Rileks aa Jo, kitorang akan bekap ko walau ape pon terjadi." "Betul tu, kitorang Form 5 akan support ko selagi kitorang ader kat sini.." "Hehehe.. mekasih..mekasih.." Qadir datang merapati aku. "Jo.. aa..aaku mintak maap sangat-sangat, aaku..", Qadir tergagap-gagapmenghabiskan kata. "Tak pe Qadir, aku paham.. ko kena paksa cakap bohong tadi..", aku cubaberlagak biasa walhal kemarahan aku sebentar tadi bagaikan gunung berapi yangsarat berbuntingkan lahar. "Semalam Orga ugut aku Jo.. kalo aku tak ikut cakap dia, dia nak buangaku dari sekolahh.." "Hmm.. tak per lah, kite tengok je nanti..rileks aa Qadir", aku cuba berlakurasional. Dalam kes ini, aku sedar ada tangan lain yang lebih berkuasa cubauntuk mengeruhkan suasana. Aku kurang pasti apa yang menjadi motif dalamsidang soal siasat ini. Qadir tersengih kelegaan. Baru sebentar tadi aku mencongak-congakmahu membelasah Qadir waktu makan tengah hari nanti. Baru sahaja terdetik dibelon fikiranku mahu menyagat majah Qadir ke tingkap. Elok juga dia memintamaaf ketika ini. Nasib baik dia memohon ampun di hadapan seluruh ahliPersatuan Jejaka Kacak Tingkatan 4 dan 5. "Dah-dah, jom balik kelas !”, Hafis selaku Sang Ketua Pelajar membuatsatu cubaan untuk meleraikan ahli Persatuan Jejaka Kacak Tingkatan 4 dan 5. 100
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Eh, lek dulu.. alang-alang semua dah ada kat sini, jom lepak kantin aaa.."Maahad memberi cadangan ikhlas dan bernas. Eh, cun gak lepak kantin nih "Nak lepak kantin ke Maahad?", Mahathir mereaksi. "Ha ah kan, jom-jom !" Puad menyokong. "Err.. tak takut kena hambat ke karang?", aku mencelah. Ah, gile keji melampau dah ni "Hek elleh Jo, aper yang ko takut sangat ni?", Maahad cuba memancingsambil memberi sengihan kerang busuk. "Ntahnye, ko tak nak ikut ke?", Along menyampuk sebagai tanda setujudengan idea bernas Maahad sebentar tadi. Kebetulan pula, tinggal lagi 10 minitsebelum loceng berbunyi menandakan waktu rehat bagi pelajar-pelajar tingkatanmenengah atas. "Eh, ade ke aku kate tak nak pegi??" Hilaian ketawa terhambur keluar daripada mulut masing-masing. "Tapi Jo, aku rase ko tak leh pegi aa Jo.." Demit! "Oihh.. jangan aa cam ni Mahathir, jangan tinggalkan aku wehh.." "Tak de aa.. aku tak de hal.. tapii.." "Tapi aper??" Apsal tak leh lak? Takkan berambut megi tak bole pegi kantin kot? "Tu yang kat koridor tu cam tak kasi ko join kitorang jer.!", Mahathirmeluruskan jari telunjuknya menghala ke arah koridor bersetentang dengankami. Aku membawa pemandangan aku ke arah tempat yang ditunjuki Mahathirdengan perasaan ingin tahu. Koridor? sape ade kat koridor? Azilah? Orga? Serta merta rentak jantungku berhenti berdegup. Serta merta aliran darahku tersekat beku. Serta merta hembus nafasku tersangkut lesu. Nazihah sedang berdiri memerhatikan aku.. Errkk! 101
    • Aku Budak Setan: Nazihah 20 Kantoi “Masak kite Ezam!" Harisman meluru ke arah katil hospital. Ezam yang sedang baringditerpanya secara kelam kabut. Ezam bingung seketika. Keresahan yang jelasterserlah dari riak wajah Harisman menimbulkan tanda-tanya. Harisman yangdatang bersama-sama dengan Qadir dan Orga sedang bermuram durja. Apa yang masak nih? "Aper dah jadik??" "Plan kiter kantoi Ezam!" Qadir menyambung keresahan Harisman. "Semua yang kite rancangkan semalam, gagal Ezam !" Cikgu Ridzwanmenyambung bicara. Kantoi?? gagal?? 102
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Cam mane buleh kantoi Qadir??" "Cam mane buleh gagal Cikgu Ridzwan??" "Aper dah jadik Harisman??" Hoii.. amender korang nihh?? Ezam bingkas duduk. Anduh palsu dan kain pembalut yang berpura-puradipasangkan kepada tangannya dicampak ke lantai. Marah benar beliau denganberita kegagalan mereka. Bukankah segala-galanya sudah dirancang dengan sempurna? Bukankah segala-galanya telah diatur dengan rapi? Bukankah segala skrip dan intonasi telah dihafal ? Apa sudah berlaku? "Tadi, masa sessi soal siasat tadi.. Johari tu memang dah settle dah."Harisman meneguk air liur sendiri sambil memulakan cerita. "Memang dia dah mampos kena paku ngan mak bapak ko. Semuanyamemang berjalan lancar. Tak de masalah langsung.. tapi.." Qadir gagal menyambung cerita. Melihatkan wajah Ezam yang menyingaitu, perutnya kecut. Kemarahan yang terpancar menyekat lidahnya dari bertutur.Kerutan dahi beliau mengeraskan bibirnya daripada meneruskan kata-kata.Qadir menunduk. Dijelingnya Harisman di sebelah yang sedang tegakmemakukan pandangannya ke arah katil pembaringan Ezam. Jelingannyabagaikan meminta ihsan Harisman supaya menyambung cerita. "Tapi..??" "Puad dengan Mahathir datang lepas tu." Dah tu?? aper masalahnyer?? "2 orang aje korang tak boleh nak settlekan??" "Bukan 2 orang aje Ezam, satu batch form 4 ngan form 5 masuk bilikmesyuarat tadi!" "Aper???" Biar betul?? "Aku dah tak tau nak buat aper dah time tu.. gile, seramai itu masuk dalambilik mesyuarat tu tadi." "Hafis, Sang Ketua Pelajar tu pon ikut masuk gak tadi.." 103
    • Aku Budak Setan: Nazihah Demit, sejak bile pulak Hafis ni dah jadik berani nih?? "Bende yang ko gune masa tumbuk Johari tu pon dah ader pada sekolahdah. Aku tak tau cam maner Puad buleh dapat bende tu." Aa.. buku lima aku !! "Humm.. tapi cam mane buleh kantoi?" "Aa..aku terpaksa mengaku yang Cikgu Ridzwan paksa aku menipu.." "Bodoh! yang ko pegi cakap buat aper??" "Itu lah! Kamu bodoh sangat Qadir! yang kamu pegi cakap nama saya buataper??" Ah, ko diam lah Orga, keco lebih pulakk. "Dah terang-terang pengetua cakap nak buang saya dari sekolah.. nak taknak terpaksa lah saya cakap macam tu.." "Pengetua kerepot nak mampos tu saje je nak ugut ko! Yang ko pegipercaya buat aper?" Orga menyinga. "Kalau cikgu kena ugut nak kena pecat dari jadik cikgu macam maner?Ape cikgu nak buat??" Qadir membalas pedas dan tepat mengena CikguRidzwan. Cikgu Ridzwan terdiam. Ada benarnya kata-kata Qadir itu. Tugas sebagaiguru adalah satu-satunya sumber periuk nasinya. Dapur rumahnya berasapselama ini adalah kerana dirinya seorang guru. Namun, tugas sebagai guru initidak mampu menjadikan beliau mewah. Isterinya yang hanya mampu duduk dirumah menguruskan hal ehwal rumahtangga itu pula tidak larat untuk keluarbekerja. Berapa banyak sangatlah gaji seorang guru? Berapa sen sangatlah yangbersih masuk ke koceknya setiap bulan setelah ditolak ansuran rumah, kereta,kad hutang dan Courts Mammoth ? Ansuran bulanan tanpa cengkeram yangsetebal buku teks dirumahnya itu perlu dilangsaikan setiap bulan. Sebab itulahdia perlu segera dinaikkan pangkat. Jika boleh, naik sebagai Penolong KananHEM. Paling tidak pun, sebagai Penolong Kanan Akademik. Paling bagus jikadapat jadi pengetua terus. Dicalonkan sebagai Menteri Pendidikan pun apasalahnya ? Itulah sebabnya dia perlu mengampu ibu dan bapa Ezam. Buntutibubapa Ezam itu sering disapu dan digosoknya. Dapat jugalah habuan untuknyasetiap minggu. Ada jugalah pendapatan tambahan untuknya saban bulan. Ezam terpempan. Badannya disandarkan ke kepala katil. Nafasnya ditarikdalam-dalam. Matanya dipejam rapat-rapat. Semalam, ketika mereka sedangmerangka skrip, tidak pula terlintas di pemikirannya akan tindakan beranipalajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 sebegini rupa. Tidak pula terfikir pula akansemangat melawan mereka sebegitu cara. 104
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Cikgu tak jaga kelas diorang ker?" "Cikgu Reza suruh cikgu masuk join sekali dalam sessi soal siasat tu,macam mane cikgu nak jaga diorang ?" Ezam menarik muka. Alasan yang diberi tidak memuaskan hatinya.Alasan yang diberi takkan berjaya menukar segala apa yang terjadi. "Cam mane skang ni Ezam ?" "Ape kite nak buat ni Ezam ?" Diamlah! memekak ajer korang nih! Ezam menghembus nafasnya jauh. Bibirnya digigit perlahan. Pandangannya tajam menembusi dinding hospital. Pemikirannya jauh menerobos ke barisan awan. Dendamnya tinggi menongkat langit. Masa. Dia memerlukan masa. Masa untuk dia berfikir. Berfikir dan merangka agenda. Agenda untuk menjayakan cita-citanya. Idea. Dia membutuhkan idea. Idea untuk dia merencana. Merencana dan menyusun strategi. Strategi untuk menjayakan angan-angannya. "Tak per.. korang balik sekolah dulu. Bagi aku masa nak fikir ape tindakankite seterusnya." "Fikirkan cara Ezam. Cikgu tak nak kerjaya cikgu rosak nanti." "Tolong Ezam, aku tak nak kena buang sekolah nanti Ezam." Yer la, ko ingat aku nak sangat ke kena buang sekolah?? "Ok.. ok.. korang balik dulu. Sementara tu, jangan bersemuka apa-apadengan diorang. Cikgu Ridzwan, jaga asrama malam ni. Jangan kasi diorangberkeliaran. Saya raser diorang akan cari Qadir dan Harisman malam ni. Qadir,ko dengan Harisman tido kat rumah Cikgu Ridzwan untuk 2-3 hari ni. Harisman,ko jangan lepak sorang-sorang kat sekolah. Ape-ape hal, lepak sama-sama dalamsatu group. Aku tak nak rahsia kite bocor, paham?" "Paham!" "Orait, korang baliklah dulu.." 105
    • Aku Budak Setan: Nazihah Arahan Ezam dipatuh. Ketiga-tiga watak picisan itu keluar meninggalkanEzam terkulat-kulat di atas katil. Ezam kembali memejamkan matanya rapat.Ezam kembali baring dan menyandarkan kepalanya ke atas bantal empuknya.Dia bingung. Inilah kali pertama dia terpaksa berhadapan dengan kegagalan.Inilah kali pertama perancangannya musnah. Selama ini, tidak pernah adasesiapa yang berani tampil melawan segala kehendaknya. Tidak pernah adasesiapa yang mampu meludah atas apa kemahuannya. Pelik. selama ni, tak pernah pulak diorang ni lawan aku! selama ni, tak ada langsung yang berani membangkang aku! aper yang buat diorang ni berubah nih?? siapa yang kerek sangat nih?? Serta-merta wajah Johari menyerbu masuk ke dalam sessi monolog Ezam.Kedatangannya pada malam itu tidak diduganya. Pada perancangan awalnya,diamahu menunjukkan kepada penghuni asrama akan kuasa dan pengaruh dia disitu. Pada strategi awalnya, Qadir hanya mahu dijadikannya boneka untukmenimbulkan rasa takut dan hormat pada pelajar-pelajar tingkatan 4 ke atasnya.Ternyata, perancangannya tidak menjadi. Strateginya jauh membelok. Skrip yangdikarangnya teruk terpesong. Bangsat! Johari! Kedatangannya pada malam itu merosakkan segala-galanya. Kehadirannya pada malam itu merobek segala dulinya. Johari! Jejaka kurus berambut maggi itu tergambar di projektor serebelumnya. Nama itu menyentak dan melonggarkan medula oblongatanya. Ezam berteleku. Sesuatu yang amat menakuntukan masuk melintas ke ruang benaknya. Sesuatu yang amat digerunkan muncul dalam sarung pemikirannya. Adakah tingkatan 4 dan 5 sudah bersatu untuk mengalahkannya ? Heh, ko ingat ko bole kalahkan aku Johari? Ezam tersenyum. Matanya menajam. Perlawanan baru baru sahaja bermula. Ayam baru sahaja mula menyabung, Tajinya masih belum tajam diasah. Paruhnya masih belum runcing dikikis. Kalo Plan A tak menjadik.. kite guna Plan B pulak.. Ezam tersengih. 106
    • Aku Budak Setan: Nazihah 21 Lapang dan TenangUntuk sementara waktu ini, dadaku terasa lapang.Untuk seketika masa ini, jiwaku merasa tenang.Syukur!Sessi pendakwaan dan soal siasat tengah hari tadi berlaku dengan lancar.Walaupun terdapat konspirasi, namun segalanya dapat juga aku rentasi.Alhamdulillah!Situasi kini kelihatan berpihak kepada aku.Kesalahan aku berat namun aku yakin hukuman aku dapat diringankan.Wah lau wehh! 107
    • Aku Budak Setan: Nazihah Latihan hoki untuk skuad perempuan Sekolah Menengah Sains KeringKontang Berkelapa Sawit tetap diteruskan. Larian 3 pusingan keliling padangsudah menjadi satu kewajipan bagi kesemua 13 ahli skuad hoki ini. Walaupunsekolah digegarkan dengan kes pergaduhan antara pelajar tingkatan 3 dangabungan pelajar tingkatan 4 dan 5, namun itu bukan alasan untuk tidakmeneruskan latihan. Walaupun bilik mesyuarat diserbu oleh ahli-ahli PersatuanJejaka Kacak Tingkatan 4 dan 5, namun itu bukan alasan untuk membekukansegala aktiviti sukan pada waktu petang. Walaupun aku sebagai coach hoki skuadperempuan bakal berhadapan dengan hukuman berat dari pihak sekolah, namunitu tidak mematahkan semangat aku untuk terus menyumbang bakti dan strategikepada mereka. Sekurang-kurangnya, itu sahaja yang termampu aku lakukanuntuk mereka. Nazihah yang berlari di belakang aku tidak aku hiraukan. Telah beberapakali dia cuba untuk memulakan perbualan bersama, namun aku menyambutdingin akan setiap baris katanya. Setiap susun kata adjektif, kata transitif, frasanama dan kosa kata yangditutur oleh merekah delima bibir ranum itu, langsung tiada aku membalas. Akuberpura-pura dungu. Aku berpura-pura tuli. Sudahnya, Nazihah sudah naik culas18. Pedulikan! Akhirnya, Nazihah sudah mula mencebir. Biarkan! Aku tidak mahu membelakangkan Puad. Daripada apa yang aku ketahui,Puad kini sedang berusaha untuk kembali meraih perhatian Nazihah. Daripadaberita terkini hiburan sensasi yang aku peroleh, Puad sedang berusahamenyambung kembali tali percintaan yang terputus. Daripada sumber-sumberwartawan CNN yang aku percayai, Puad sedang berhempas pulas mahumenjinakkan kembali Nazihah ke pangkuannya. Lantas, apa perlunya akubersaing dengan Puad? Lalu, apa gunanya aku menghalang hubungan mereka? Aku mengaku, hidungku cair setiap kali aku terbau haruman pewanginya. Aku mengaku, telingaku meleleh mendengar lunak gemersik halussuaranya. Aku mengaku, mataku tajam melihat paras rupanya. Aku mengaku, lidahku sering tersasul apabila berdepan dengannya Aku mengaku, jariku kebas setiap kali kami bersentuhan. Tapi.. Larian 3 pusingan mengelilingi padang telah berakhir. Ahli skuad hokiperempuan di hadapanku ini rata-ratanya tercungap-cungap keletihan.Barangkali masih18 Culas: Malas, tidak cergas (sumber: Karyanet.com.my @ http://karyanet.com.my) 108
    • Aku Budak Setan: Nazihahbelum membiasakan diri dengan larian sejauh itu. Mungkin masih belum tinggitahap kecergasan mereka ini. Tidak mengapa. Aku memberi mereka rehat 10minit. 10 minit itu sudah cukup lama untuk mereka melepaskan penat dan lelahhasil daripada larian sebentar tadi. "Okey, semua bangun! Kite sambung latihan kite!" Ahh.. lama btul nak rehat! "Alaa.. Abang Jo, Nani penat lagi aa.." "Haa.. kalo penat, pegi balik hostel. Kalo balik hostel bole landing ataskatil." Eleh, baru sikit dah tak tahan penat. "Huh, penat pon tak habis lagi ni haa.." Nani memaksakan dirinya untuk bangun. Latihan diteruskan. Mereka akubahagikan kepada 2 kumpulan. Pig In the Middle aku gunapakai untuk latihanpada petang ini. Latihan ini adalah seperti bermain monyet-monyet di mana 4-5orang pemain akan mengawal bola dan salah seorang daripada merekadikehendaki untuk mengejar dan merampas bola itu. Di samping menimbulkansuasana ceria, latihan ini dapat meningkatkan tahap penyertaan pemain dalampermainan dan mampu meningkatkan tahap mengawalan bola. Ternyata latihanini berjaya melupakan kepenatan dan keletihan mereka sebentar tadi. Sesekaliaku menjeling ke arah Nazihah. Keculasan dan kemuakannya dengan kedinginanaku sebentar kelihatan makin memudar. Baliau sudah mampu tergelak dantertawa sepanjang sessi latihan pada petang itu. Bagus juga. Sekurang-kurangnyaaku tidak perlu rasa bersalah. Nun di hujung sana kelihatan Cikgu Reza sudah terpekik menandakantamatnya sessi latihan hoki pada petang ini dan padang-padang yang sama waktudengannya. Aku mengarahkan ahli skuad hoki perempuan supaya berhenti.Setelah melakukan senaman ringan sebagai penyejuk badan, aku menyuraikansessi latihan tersebut. Seperti biasa, aku menghalakan langkah aku menuju kemesin water cooler di blok akademik. Walaupun airnya payau, namun itu adalahpilihan yang terbaik berbanding air longkang. Aku meneguk air payau watercooler itu. Tekakku yang kering berjaya dilembapkan semula. Sel-sel otot yanglemah berjaya disegarkan kembali. Lega. “Abang Jo..!" Aku menoleh. Dari gemersik suara itu, aku sudah tahu siapa diri empunya. Dari lunak bunyi itu, aku sudah tahu dari mana datangnya. Nazihah. Si ayu itu sedang berdiri di tangga. 109
    • Aku Budak Setan: Nazihah Apa yang harus aku lakukan ? Apa yang patut aku katakan ? Nazihah merapat. Aku makin menggeletar. Aku tidak keruan. "Iyer..? Jihah nak aper?" Spontan dan bersahaja aku menjawab. Nak lari ke tak nak? nak lari ke tak nak? Nazihah menguntum senyuman. Dan.. untuk sekian kalinya, aku kalahpada senyuman itu. Walau bagaimana kerasnya hati aku untuk menafikanNazihah, namun tewas juga aku dengan delima merekah itu. Walau bagaimanajauh aku berlari dari Nazihah, namun jatuh juga aku dengan panahan busursenyuman sakti si ayu ini. Aku tidak mampu melawan. Aku tidak mampu membangkang. Mulut aku berkata "tidak", tapi hati aku berkata "ya". Lalu, kata siapa perlu aku utamakan? Lantas, telunjuk siapa harus aku turutkan? "Abang Jo free tak prep malam ni?" "Jihah punyer pasal, tak payah bayar pon tak aper.." eh ape aku cakap nih?? "Haa..? Bayar aper ??" "Err.. tak de ape-ape..Ape soalan Jihah tadi?" Bodoh punye mulut! "Tak der..Jihah nak tau kalo-kalo Abang Jo busy ke tidak prep malamnanti.." "Aa..aa.. tak sure aa Jihah. May be Abang Jo nak kena siapkan homeworksket kot." Maybe abang jo tido kot, tak pon maybe abang jo pegi pukul Harisman kot. "Kenapa?" Nazihah menyambung gedik. Nazihah menelengkan kepalanya ke sisi. Gaya comelnya ketika itu membuatkan aku geram. Perilaku manjanya saat itu merangsang perasaan ingin tahu. 110
    • Aku Budak Setan: Nazihah"Jihah nak mintak tolong sket.."Hah? Jihah nak mintak cium sket ? 111
    • Aku Budak Setan: Nazihah 22 Bilik Kaunseling Bole jumpe Jihah malam ni kat bilik kaunseling tak Abang Jo? Jihah ade bende sket nak bincang.. Bole ek ? ek ? Keparat! Mengapa mudah benar lentur hatiku ini? Mengapa mudah benar cairhidung dan telingaku ini? Mengapa mudah benar kecur air liurku ini? Ego yangberusia 2-3 jam yang aku bina di padang hoki Sekolah Menengah Sains KeringKontang Berkelapa Sawit itu hancur begitu saja. Hancur dek kerana senyumansakti Nazihah. Luluh dek kerana gedik manja si ayu itu. Petang itu aku bagaikanmenempah tiket kemarahan Puad. Petang itu aku bagaikan terlupa akankegigihan Puad mahu menjinakkan semula gadis itu. Petang itu aku bagaikandirasuk lembu, mengikut hala ke mana tali di bawa. 112
    • Aku Budak Setan: Nazihah Mabuk ganjakah aku? Sewenang-wenang itu aku longlai dengan pintaan manja Nazihah. Ganjakah Nazihah? Sesenang-senang itu aku lalai dengan segala cipta tari lenggok gemalainya. Hanjeng19! Mengapa ada saja permintaan keluar dari bibir delima itu? Semakin kuataku menolak, semakin teguh pula setiap rengekan dan godaannya. Semakin jauhaku berlari, semakin dekat pula aku dengannya. Walaupun mampu untuk akumenolak setiap apa pinta mahunya, namun terlalu kejang lidah ini untukmenolak. Walaupun boleh untuk aku tongsampahkan senyuman manispengarang jantung itu, namun terlalu dalam pahatannya dalam belom memoriini. Nah, akhirnya aku tewas dengan gedikan Nazihah. Akhirnya aku akurdengan pujuk rayunya. Buktinya? Tepat jam 9:15 malam, aku sudah tercangak20di bilik kaunseling. Sepatutnya aku harus berada di situ pada jam 9:30, tetapiaku mahu tiba awal sedikit. Aku tidak mahu si gedik itu menunggu lama. Kagum?Ya, aku sendiri pun tidak percaya aku mampu berbuat sedemikian. Tidak pernahdalam hidup ini, aku tiba awal sebelum masa yang dijanjikan. Biasanya, selepas 4guni seranah dan cacian, barulah aku akan sampai. Tetapi malam ini agakberlainan. Malam ini agak istimewa. Yey, malam ni buleh dating! Nun dari kejauhan aku dapat melihat kelibat Nazihah, Balqis, Pial,Hazwani dan Afrah datang mendekat menghala ke bilk kanseling ini. Lagakmereka dari sini bagaikan sedang merakamkan video klip21. Aku menggaru-garukulit kepala yang tidak gatal. Termangu-dungu aku sebentar. Petang tadi, denganNazihah saja aku berjanji. Petang tadi, sepatutnya Nazihah sahaja yang mahuberjumpa dengan aku. Mengapa pula malam ini ade 5 orang Nazihah ? Eh, dating ngan 5 orang sekali ke aku ni? "Eh, awal btul sampai Abang Jo?" Pial mengenyitkan matanya secaranakal setelah soalan itu tamat pada penghujungnya. Keco aa ko Pial.. sukati aku ler..19 Hanjeng adalah evolusi bahasa yang berasal daripada perkataan Anjing. Sesuai digunakan bagimemaki hamun rakan taulan secara manja. Tiada gunanya mencari makna perkataan ini diKamus Dewan.20 Tercangak: melihat dengan memanjangkan leher dan mengangkat muka; (Sumber:karyanet.com.my)21 Jika anda sering menonton MTV atau [V], pasti anda pernah melihat artis berkumpulan samaada lelaki mahupun perempuan berjalan sebaris lurus bersama-sama. Begitulah apa yang inginditerangkan oleh penulis. 113
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Aa.. err.. Abang Jo memang selalunye datang awal" "Eleh, bohong ! Selalu tu Abang Jo turun padang mesti lewat 15 minit.." Eh.. ko ni aku lempang karang! Bising jer..! "Ohh.. itu sebab dari hostel nak ke padang jauh..Bilik kaunseling ni dekatngan kelas Abang Jo, tu pasal le bule datang awal." "Eceh! poyo aa Abang Jo..!" Hehhe.. Abang Jo ko ni memang poyo pon, baru tau ke Nani? Aku mengekek kemaluan. Merah padam dan tebal kulit telinga akumendengar perlian dan sindiran tajam begitu. Percubaan untuk membohongakhirnya gagal. Sebaris sengihan kambing sahaja yang aku mampu pamerkan. 5orang Nazihah di hadapan aku bagaikan sudah berpakat, turut samamentertawakan aku. Sebagai seorang lelaki yang berambut megi dan segakdengan seluar kargo, maruah aku agak terguris diperlakukan sebegitu. Sebagaiseorang lelaki yang mempunyai ego yang tinggi, tawaan mereka bagaikanberatus-ratus peluru yang keluar dari mulut AK-4722. Tidak mengapalah, Asalkan aku dapat berjumpa Nazihah pada malam ini, itu sudah lebih darimencukupi. Lantaklah, Asalkan motif dan objektif utama aku terlunas pada malam ini, itu sudahmerupakan satu orgasm yang hakiki. Pintu bilik kaunseling dibuka. Lampu kalimantang dinyala. Kipas silingdihidup-mula. Masing-masing meluru ke tempat duduk di depan meja. Buku danalat tulis siap tersedia. White board yang comot dipadam segera. Apa ni? Apa ni? Kulit kepala yang tidak gatal sekali lagi menjadi mangsa garuanku.Kelima-lima orang Nazihah telah duduk mengelilingi meja. 10 pasang mata yangjernih lagi menyegarkan meletakkan aku sebagai titik fokus. Aku terpinga-naga.Bukahkah Nazihah mahu berjumpa dengan aku? Bukankah sepatutnya akusedang memancing seekor ikan yang bernama Nazihah dengan berjorankan bibirberumpankan lidah ? Bukankah kami sepatutnya bertemu janji atau denganlidah penjajahnya dating ? Ape citer nih? Korang tgk aper ni ?22AK-47 (Avtomat Kalashnikova 1947) adalah senjata buatan Russia. (Sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/AK-47) 114
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Haa.. sumer orang pon dah sampai dah Abang Jo" sumer orang dah sampai? "Ha ah, ape lagi Abang Jo, start la!" Start? start ape? Kali ini hidung tinggi aku pula menjadi sasaran garuan. Situasi semakinrumit. Keadaan semakin sulit. Seorang demi seorang aku tenung. Tasik retinamereka aku selami. Aku tidak faham. Apa yang perlu aku mulakan? Apa yangmereka mahu aku persembahkan? Tarian Naga? Tarian Sumazau? Tarian ManjaSeorang Jejaka Yang Pemalu Sambil Menunjukkan Punggung? ”Hohh..? nak start ape?" "Kelas Tusyen!!" Pek! Aku menepuk dahi. Malam ini aku diperkotak-katikkan. Malam ini akutelah dipermainkan. Menyesal aku mendengar suara hati aku. Kecewa akumenurut telunjuk suara hati. Benar kata orang, ikut rasa binasa, ikut hati mati,ikut Abdul Fatah b. Muzaffar boleh peri Genting Highlands23. Sedih. Kecewa. Angan-angan dating sudah berkecai. Operasi memancing terkandas separuh jalan. Epal kasih dipenuhi ulat. Kurma cinta sudah menawar. Aku benci kau Nazihah!!23 Abaikan 115
    • Aku Budak Setan: Nazihah 23 Benih sengketa "Sini rupanya ko Jo!" Aku memalingkan kepala ke belakang. Azmi yang berada di muka pintuperpustakaan sedang membuka kasut. Tidak kelihatan buku mahupun alat tulisdibawa bersamanya. Sudah pastinya kedatangannya bukan untuk belajar. Sudahpasti kedatangannya bukan juga untuk bermain pingpong kerana tidak ada mejapingpong di dalam perpustakaan. Dan yang paling pasti, tujuannya datangadalah untuk membawa khabar berita. Aku tidak dapat membaca tajuk beritayang dibawanya. Perwatakannya yang selamba dan cool membuatkan aku sukaruntuk meneka. "Ko buat ape kat sini?" 116
    • Aku Budak Setan: Nazihah Berak, meh la join aku cangkung sekali meh!! Hmghh...!!!24 "Tenangkan otak." "Apsal? Jiwa kacau ke?" "Humm.. agak kacau gak aa.." Dah tu tak paham-paham lagik? shuhh..shuhhh.. berambus! "Jiwa kacau pasal Jihah ke?" "Heh? amende ko cakap nih?" "Hehehe.. jangan nak sorok dari aku aa Jo.." "Lerr.. memang bukan pasal dia aa.." Demit Azmi, cam mane ko tau ?? "Ye ke? Btul bukan sebab Nazihah?" "Ha ah, btul le." "Kalo cam tu, apsal Jihah sebok-sebok carik ko ?" Jihah carik aku? Aku mengekek sendirian. Azmi memandang aku dengan penuh tandatanya. Kata-kata Azmi bagaikan menggeletek perut aku. Jika benar Jihah sedangmencari aku, maka padankan mukanya! Berani dia memperkotak-katikkan diriaku. Berani dia mempermainkan hati murni seorang jejaka berambut megi ini.Pandai dia berpura-pura kononnya mahu berjumpa dengan aku, padahal adatujuan lain! Kalau kelas tuisyen yang kau mahu, kata sahaja mahukan kelastuisyen. Tidak perlu menggedik-gedik mahu berjumpa dengan aku. Tidak perluberlaku comel dan manja mahu berbincang dengan aku. "Aku lari dari diorang tadi." Aku berterus-terang pada Azmi. Kasihan pulamelihat wajah Azmi yang penuh dengan tanda-tanya itu. "Lari pasal apa?" Azmi menggaru pipinya gatal. "Diorang suruh aku bukak kelas tuisyen tadik kat bilik kaunseling.." Akumenjengketkan kerusiku kebelakang. "Dah tu?" "Tapi petang tadik Jihah kate nak jumpe ngan aku. Alih-alih dia suruh ajartuisyen lak!" Aku hanyunkan kerusiku ke depan dan kebelakang. "Lerr.. tu jumpe ler jugak tu!" "Tapi dia bawak kengkawan dia datang gak!" Suara aku dikeraskan. Duatiga orang pelajar lain yang sedang kusyuk menelaah buku memandang ke arah24 Ini adalah bunyi soud effect ketika penulis sedang meneran ketika sedang membuang hajat. 117
    • Aku Budak Setan: Nazihahaku sebelum kalut memandang buku semula setelah aku menjegilkan mata akuke arah mereka. "Astagaa Jo.. takkan le nak jumpe ko face to face kot..? kang kalo kantoingan Cik Azilah cam mane?" Errkk.. jangan sebut nama cikgu tu! Aku terdiam. Ada betulnya juga kata-kata Azmi tu. Sebentar tadi, akuterus sahaja keluar dari bilik kaunseling itu tanpa mempedulikan Nazihah dankawan-kawannya. Terpinga-pinga mereka dek kerana tindakan aku yang di luarjangka itu. Terkesima mereka dek kerana aksi pantas aku menyarung kasut danterus meluru keluar. Aku tidak tahu dari mana datangnya idea untuk berbuatsedemikian. Aku tidak tahu suara siapa yang menyuruh aku mengambil tindakanseperti itu. Yang aku tahu, hati aku sakit. Yang aku ingat, jiwa aku tertekan. Sakitdan tertekan bercampur baur menjadi benci dan meluat. Benci dengan lenggokgedik Nazihah. Meluat dengan comel aksinya. "Tadi dia datang kelas.. dia carik ko. Aku cakap le ko tak de!" Aku membatu. "Dia suruh aku carik ko. Nak tak nak terpaksa ler aku sampai ke sini." Aku membisu. "Apa dia nak ?" Demit, apsal aku terasa bersalah nih? "Itu aku tak tau.. ko tanyer le diri ko sendirik." Pasal aku sendirik pon tak tau jawapan, tu pasal le tanye ko Azmi oihh.. Aku memandang kosong ke arah meja. Bingung aku sebentar. Pengalamanhidup selama 3 tahun di sekolah lelaki suatu ketika dahulu sebelum aku tiba diSekolah Menengah Sains Kering Kontang Berkelapa Sawit tidak mampumenolong aku ketika ini. Aku tidak tahu bagaimana mahu mengawal dirikeadaan dalam situasi begini. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Ajak Nazihah berjumpa dengan aku dan terus cium dia? Ah, sekular benar pemikiran aku ini. Beri bunga tanda kemaafan? Ah, adegan itu terlalu romantika. Pusing tangan Nazihah ke belakang sambil meminta maaf? Ah, aku bukannya nak ajak dia bergusti. 118
    • Aku Budak Setan: Nazihah Bodoh benar aku ini. Langsung tidak terlintas di belon pemikiran ini akankebenaran kata-kata Azmi itu. Baghal benar aku ini. Langsung tidak memberipeluang kepada Nazihah untuk menerangkan cerita. Otak aku penuh dengan plastik aiskrimkah? Kan elok kalau aku terus bersabar mengajar di dalam bilik kaunselingtadi? Kan bagus kalau aku terus menunggu sehingga selesai sessi tuisyensebentar tadi? Bodoh! Baghal! Plastik aiskrim! "Dah tu aku nak buat cam mane nih?" "Pegi le jumpe dia.. mintak maap ke, belanja makan ke aper ke.." Tak de cara yang jimat kos sket ke?Dalam poket aku ada serbuk je ni.. "Err... aku tak berani aa Azmi." "Kalo tak berani hari ni, sampai bile-bile pon ko tak berani. Ko janganbiasakan diri ko untuk lari dari kenyataan Jo. Tak ada ape yang ko boleselesaikan kalo ko lari dari masalah ko. Kuatkan diri ko untuk berani berdepandengan masalah ko dan selesaikan dengan cara paling baik." Azmi membericeramah dengan lagak cool. Ah, aku kagum dengan cara pembawaan diri Azmiyang cool itu. Sumpah aku kagum. "Arr... nak cakap aper aa nanti?" "Tak tau." Azmi menggeleng. "Arr... nak buat cam mane aa nanti?" "Entah." Azmi melopong. "Arr... nak kasi alasan aper aa kat dia?" "Maner le aku tau." Azmi mencebir. Demit !! "Err... ada sebarang kata nasihat untuk aku..?" Azmi tersengih. Entah apa yang kelakar aku tidak tahu. "Rileks Jo, just be yourself..!" "Be myself ek?" "Iyer.. just be yourself.." "BE YOURSELF MY ASS!!!" Ezam! 119
    • Aku Budak Setan: Nazihah Cam mane ko buleh ader kat sini nih?? Ezam sedang bercekak pinggang dihadapan aku. Tersumbing diamemandang aku dan Azmi. Bila masa Ezam keluar dari hospital? Bukankahemak dan bapa Ezam mengatakan bahawa Ezam ditahan di wad selamaseminggu? Ini baru hari kedua. Masih ada 5 hari lagi untuk seminggu. Adakahemak dan bapa Ezam menipu? Atau Ezam sendiri yang lari dari hospital? "Aik Ezam, tak serik-serik nak kena pelempang lagi ke?" Nak aku lempang ko guna kerusi library? Ezam terdiam. Terlihat rahang giginya bergerak-gerak menahan ketapbibir. Marahkah Ezam? Jika ya, maka tahniah! Ternyata perlian aku mendapattempat di hatinya. Padan muka. Malahan aku sudah tidak sabar-sabar lagi mahumemulangkan buku lima yang aku terima tempohari. Tolonglah bergaduh!Tolonglah bergumpal! 2 hari bagi aku sudah terlalu lama untuk menyimpandendam. 2 hari itu sudah cukup lama untuk mengecas semula tenaga badan bagimemulakan sessi pergaduhan yang baru. Marilah bergaduh! "Aik Jo, tak serik-serik nak kena tumbuk lagi ke?" Sial! Giliran aku pula terdiam. Pedas kata-kata Ezam itu memanaskan hati aku.Gelegak kemarahan aku mencapai takat didih. Suasana perpustakaan menjadibening. Kesemua mata pelajar yang berada di situ menumpukan perhatianmereka ke arah kami. Yang sedang membaca buku, melangakkan mukamamandang kami. Yang sedang membuat diskusi berkumpulan, terhenti lalumemusing badan mengarah kami. Yang sedang tidur di meja, terjaga lalumemasang mata dan telinga menyaksikan pertemuan kami. Bersama-sama Ezamialah Harisman, Tompel dan Azman. Bersama-sama aku cumalah Azmi. 2 lawan4? Cerita tamilkah ini? "Rileks aa Jo, aku datang sini bukan nak carik gaduh." Ezam bersuararendah namun dengan ekspresi wajah yang sombong menerangkan maksudkedatangan beliau. Melihat suasana perpustakaan yang berubah, Ezam cuba untukmengambil jalan tengah. Nada suaranya diperlahankan. Api kemarahannya cubauntuk diredakan. Bimbang barangkali jika guru perpustakaan ataupun wardenyang menjaga prep malam ini datang memaculkan diri. Risau barangkali jikakesemua pelajar tingkatan 4 dan 5 turun dari kelas masing-masing dan datangmembelasah keempat-empat mereka ini. 120
    • Aku Budak Setan: Nazihah "No problem. Kalo ko rase library ni tak best.. jom la kite settle katpadang." Settle kat sini aa.. sini ade kerusi kayu, best ni kalo hentak kat hidung ko! Ezam tergelak. Mengapa malam ini semua orang gelak bila bercakapdengan aku? Sebentar tadi Azmi gelak tanpa berpasal. Kali ni Ezam gelak untukmencari pasal. Aku bangun mengangkat punggung. Kerusi tempat aku duduk ituaku angkat ke paras dada. Telinga aku tidak mampu mendengar gelak sial Ezam.Hati aku sudah sampai ke batasnya. Melihat aku yang sudah mengangkat kerusi, Ezam berhenti tergelak.Kerusi kayu yang berada di tangan aku memaksa mulutnya terkunci. Terundursebentar Ezam dan konco-konconya ke belakang. Gertakan tanpa suara dengandisertakan kerusi kayu itu berjaya menakuntukan mereka. Azmi yang senyap dibelakang aku juga bangun dan mencapai kerusi yang didudukinya tadi. Kamisudah bersedia. Kelihatan beberapa orang pelajar telah meninggalkanperpustakaan. Barangkali mereka takut terkena serpihan kerusi apabilapergaduhan ini tercetus sebentar nanti. Barangkali mereka risau terkena kerusisesat dari kami. Barangkali juga mereka pergi melaporkan kejadian ini kepadawarden yang bertugas. Siapa tahu ? Kalau ini medan perang yang Ezam mahu, maka aku sudah bersedia. Kalau ini cara mati yang Ezam pinta, maka aku sudi menjadi algojonya. "Rileks aa Jo, aku bukan nak carik gaduh ngan ko!" "Abes tu, ko nak carik aper?" maap, sini tak de kasut ko yang ilang itu hari "Aku cuma nak cakap ngan ko ajer." "Haa.. ko dah bercakap ngan aku dah, silekan berambus!" "Aku tak habis cakap lagi!" "Aper lagi ko nak??" Nak penumbuk aku ke? ke nak pelempang kaki kerusi? "Aku tak nak ko rapat dengan Jihah!" Heh?? "Apsal pulak??" Ezam terdiam. Suaranya tersekat dari diteruskan. Matanya tepatmemandang ke arah aku. Wajahnya sengaja dicorak palat untuk menimbulkansuasana gerun. Keningnya sengaja dikeruntukan untuk menanam ketakutandalam diri aku. Minta maaf. Jika itu tujuan kau Ezam, maka kau tidak akanberjaya. Hati aku terlalu keras untuk takut pada picisan seperti engkau. 121
    • Aku Budak Setan: NazihahKegerunan yang engkau cuba timbulkan itu tidak akan berjaya. Telah banyakperkara yang lebih menggerunkan pernah aku hadapi berbanding dengan ulatsampah seperti engkau! Najis! "Kenapa aku tak bole rapat ngan Jihah??" Ezam masih membisu. Masih tidak mampu dia berkata-kata. "Cakap aaa kenapa??" "Sebab Jihah tu aku yang punye!" Aku tergelak. Azmi hampir termuntah. Tali perut aku bagaikan mahu putus. Urat telinga aku bagaikan sedang digeletek. Pusat aku bagaikan disental dengan bulu ayam. Kata-kata Ezam itu bagaikan Jeff dalam cerita Ali Setan. "Jihah tu ko punyer?" "Ha ah!" "Seriuss??" "Seriuss!!" "Yakin??" "Yakin!!" "YAKIN MY ASS !!" 122
    • Aku Budak Setan: Nazihah 24 PERWAMAYAGA Pengecut? Kalau itu pilihan yang ada, maka pilihan itulah deskripsi yang palingsesuai untuk Ezam. Kalau itu perkataan yang sesuai, maka perkataan itulah yangharus ditampal ke dahi beliau. Tanpa banyak bicara, Ezam telah pun berlalupergi meninggalkan perpustakaan. Tanpa sebarang kata muktamad, beliau telahmembawa diri bersama konco-konconya. Hanya wajah yang bengis sahaja yangditinggalkan untuk aku. Wajah bengis yang langsung tidak menakutkan ituseakan-akan berkata "Jaga ko Jo, nanti ko tau la sape aku". Aku tersumbingseketika. Haruskah aku menggigil ketakutan dek kerana amaran itu? Haruskah aku menyelubung kegerunan dek kerana wajah palat itu? Berbaloikah aku meleburkan hidung tinggi ini dek kerana picisan yangsetahun jagung itu? 123
    • Aku Budak Setan: Nazihah Pemenang? Kalau itu hadiah yang patut, maka hadiah itulah yang harus dikalungkankepada aku. Kalau itu anugerah yang sesuai, maka anugerah itulah yang wajardijulang dan dicanang satu sekolah. Kedatangan Ezam sebentar tadi rupa-rupanya bagaikan ayam jantan yang impoten25. Azmi yang berada di belakangaku juga turut tersengih. Kerusi di tangan kami telah selamat mendarat ke lantai.Tumpuan dan titik fokus yang yang diberikan oleh penghuni perpustakaan kinisudah reda. Nampak gayanya, perang antara aku dan Ezam bakal berlanjutan. Nampak gayanya, aku bakal bersaing dengan Ezam dan Puad untukmemenangi hati Nazihah. Berbaloikah pertarungan 3 penjuru ini dek kerana seorang perempuan ? Tiada jawapan yang aku mampu beri. Tiada keyakinan yang aku mampu bina. Biarkan! Aku dan Azmi melangkah keluar dari perpustakaan. 4 Delima yang hanyaterletak kira-kira 20 meter dari pusat ilmu itu menjadi destinasi kami. Mulutkami terkunci. Tiada apa yang mahu dikomenkan tentang apa yang berlakusebentar tadi. Sampai sahaja muka pintu kelas 4 Berlian, langkah aku terhenti.Kelihatan seramai-ramai pelajar batch aku sedang berkumpul di kelas aku. Lelakidan perempuan semuanya ada di situ. Apa sedang berlaku? Ada forum perdanakah? Ada kenduri makan-makankah? Kehadiran aku di situ mematikan perbincangan mereka. Sekali lagi akumenjadi tumpuan. Sekali lagi aku dijadikan objek fokus. Aku terpana. KelihatanAyun, Hanan, Fara dan Zabedah sedang mengetuai perbincangan dengankehadiran Mahathir, Sat, Maahad dan Hanif. Apa yang sedang berlaku ini?Adakah gambar aku keluar dalam Kembang Setaman di majalah URTV? Adakahberambut megi menjadi kesalahan besar dalam sekolah ini? "Jo, kitorang dah tau aper yang jadik kat hostel itu hari." Kata-kata Ayunmemulakan berbualan. "Aaa.. ape yang dah jadik kat hostel?" "Pasal ko tampar Ezam, pasal ko kena tumbuk, pasal satu batch kite nganform 5 gaduh ngan batch form 3!" Hanan menyampuk membalas kata.25Impoten adalah istilah perubatan bagi kegagalan fungsi alat kelamin lelaki (Sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/Erectile_dysfunction) 124
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Aaa.. saper bagitau ko ni?" "Budak-budak ni dah bagitau kitorang.." Aku merenung Mahathir. Aku memandang Maahad. Aku menjeling Sat. Aku mengilas Hanif. Amender yang ko bagitau kat budak-budak pompuan nihh..? "Alaa.. rileks aaa, tak de ape sgt kot.." "Maner bule tak de ape.. bende ni melibatkan batch kite!" Fara mengeraskan suara. Serius wajahnya membayangkan betapaberatnya kes ini kepada mereka. "Actually, kitorang dok kat aspuri pon tak puas ati gak ngan batch form 3nih.." Ikhwana menokok. Mak cik yang bermulut CNN dan berbaju comot itumenyertai perbincangan. "Yer aa.. diorang kerek gile ngan kitorang. Tak de respek langsung!" Ayunkembali berapi. Eh, si kecik nih.. rileks aa! "Cam ni Jo, korang budak-budak laki gaduh ngan budak-budak laki form3 tu.. budak-budak aspuri ko pass kat kitorang." Fara memberi cadangan.Cadangan yang membuatkan aku tiba-tiba resah. Tiba-tiba menjadi gundah.Bukahkan sepatutnya pergaduhan antara kami dihalang? Naluri kelelakian akuyang segak bergaya ini mengatakan bahawa rakan-rakan batch perempuan akusudah buang tebiat malam ini. "Astagaa.. jangan aa cam tu sekali! Ni hal aspura aje aa.." Antu ape dah rasuk korang malam-malam ni?? "Tak de! ko jangan nak kaver-kaver!" "Masalah budak-budak laki, adalah masalah budak-budak pompuanjugak.. so, kite kena unite dalam hal-hal cam ni." Aaa.. jangan aa cakap cam ni weii Aku terharu. Rupa-rupanya, bukan kami sahaja yang menghadapi perangdengan pelajar-pelajar tingkatan 3. Persatuan Pelajar Kacak Tingkatan 4 dan 5kini mempunyai teman seperjuangan yang baru! Penyertaan pelajar-pelajarperempuan ke dalam kancah peperangan ini membuatkan aku semakin berani 125
    • Aku Budak Setan: Nazihahuntuk berhadapan dengan Ezam dan konco-konconya. Penyertaan pelajar-pelajar perempuan tingkatan 4 menjadikan kami pelajar lelaki lebih kukuh danteguh. Malam ini termerainya perjanjian hubungan 2 hala antara pelajar lelakidan perempuan. Malam ini tertubuhnya Persatuan Wanita Manis Yang Ganas26! Aku terkedu. Sukar untuk aku percaya ayat sebegitu keluar dari mulutmereka ini. Tiba-tiba aku berasa gusar. Tiba-tiba timbul rasa risau bergelojak didalam hatiku. Bukan soal keselamatan mereka ini yang aku risaukan. Bukan soalkeyakinan dan semangat mereka ini yang aku gusarkan. Tetapi yang menjaditanda tanya aku, bagaimana jika tercetus pergaduhan antara pelajar perempuantingkatan 3 dan 4 nanti? Adakah meraka akan saling tarik-menarik rambut?Adakah mereka akan saling koyak-mengoyak coli dan seluar dalam pihak lawan?Atau lebih teruk lagi jika buku-buku dan set alat tulisdijadikan busur dan panah peperangan. "Tapi.." "Rileks aa Jo, Nazihah tu kitorang tak kaco.." Aik? ke situ pulak korang nih..? "Ha ah, yang tu kitorang reservedkan untuk ko.. pandai-pandai aa ko nakbelasah dia macam mane!" balasah? demit.. nak belasah gune ape? "Hoi.. hoi.. ni apahal nama Nazihah keluar lak nih??" "Hehehehe... ko nak sorok ape lagik ngan kitorang Jo ?" Eh, bile masa aku penah sorok ngan korang? "Satu sekolah dah tau aaa citer korang berduaa." Satu sekolah dah tau? how yeahh~!! bile nak pos dalam surat kabar?? "Arrghh.. lantak aaa korang nak buat ape pon!" Jangan luupe iklankan dalam radio lak ek? ek?? "Orait! Jo dah kasik lampu ijau!" Segera aku meninggalkan kelompok ahli mesyuarat itu. Entah kenapa, akutidak marah pula apabila nama aku dikaitkan dengan Nazihah. Aku tidak seganpula apabila nama aku digossipkan dengan Nazihah. Mulut aku sekadarmenafikan segala buah mulut tetapi hati aku bagaikan melonjak-lonjak gembira.Petanda apakah ini? Aku bersadai ke kaki tembok. Pandangan aku dihalakan ke26 Singkatannya adalah PERWAMAYAGA 126
    • Aku Budak Setan: Nazihaharah mesyuarat yang selihatan semakin panas. Telinga aku tidak dapatmenangkap subjek perbincangan mereka. Jiwaku berkecamuk. Fikiranku menerawang. Kata-kata Azmi di kutubkhanah sebentar tadi kembali memahat. Macam mana caranya untuk menjadi diri sendiri? Apa yang aku perlu buat untuk menjadi diri sendiri? Berbekalkan sebaris ayat, aku mengumpul semangat.. Berbekalkan secangkir pedoman, aku menyusun kata.. Berbekalkan secebis semangat, aku mengorak langkah.. Aku mahu berjumpa dengan Nazihah Sekarang! 127
    • Aku Budak Setan: Nazihah 25 Masih Ada Cahaya Kalau bertepuk sebelah tangan, manakan terdengar bunyi yang terhasil. Kalau tiada angin bertiup, manakan dahan pokok bergoncang. Benarkah? Bukankah terhasil juga bunyi jika menepuk sebelah tangan ke arahdinding? Bukankah bergoncang pokok jika ada monyet bergayut di dahannya? Jadi, apakah hubungkaitnya menepuk tangan dengan hubungan akudengan Nazihah? Apakah persamaannya antara monyet yang sedang bergayut didahan pokok dengan aku yang kacak, berbudi pekerti mulia dan berambut megidan berada di Sekolah Menengah Sains Kering Kontang Berkelapa Sawit?Persoalan ini memenuhi segenap belon fikiranku. Perjalanan dari kelas aku kekelas Nazihah mengambil masa yang tersangat lamanya. Terlalu jauh rasanyablok tingkatan 3. Terlalu tinggi rasanya kelas 3 Delima yang berada di tingkat 2itu. Namun, tiada aku endahkan itu semua kerana aku yakin masih ada cahaya dihujung perhubungan antara aku dan Nazihah. 128
    • Aku Budak Setan: Nazihah Di saat ini, kata amaran Ezam datang melintang. Walaupun amaran ituaku anggap bagaikan salakan anjing sahaja, tapi amaran tetap amaran.Melanggar amaran Ezam bermakna mencari geruh beliau dan seterusnyamengakibatkan perang. Jika benar perang bakal tercetus, bukankah hal ini bakalmencetuskan malu? Bukankah perang ini pada dasarnya adalah sia-sia? Tahukah engkau Nazihah, perang ini bakal tercetus kerana berebuntukanengkau? Tahukah engkau Ezam, perang ini bakal meletus kerana nafsu serakahkita? Tahukah engkau Puad, perang ini.. perang ini.. err.. err.. Perang ini aper ek? "Abang Jo buat aper kat sini?" Eh? aku buat aper kat sini? Tanpa aku sedari, aku sedang tercangak di hadapan tandas di sebelahkelas 3 Delima. Tandas perempuan pula tu! Aku terkebil-kebil menahan maludan segan di hadapan Afrah. Pastinya gadis yang berbedak tebal ini tertanya-tanya apakah gerangannya kelibat aku di hadapan tandas ini. Aku mati kutumenggaru dagu. Tidak pasti apa alasan yang hendak diberi. Tidak tahu apamusabab mahu diperi. "Err..Abang Jo nak carik Jihah." "Carik sampai ke toilet?" Dah tu? nak aku carik sampai dorm hostel ke? "Aaa..Afrah tau Jihah kat mane tak?" Tukar topik cepatttttt..! "Hmm..Afrah tak sure la pulak.. rasenyer tadi dia ade kat kelas." "Abang Jo dah carik kat dalam kelas?" "Dah, tapi tak nampak pon." Pembohongan dikesan! pembohongan dikesan! "Hmm..kejap Afrah tengokkan." Carik le demit, tengokkan aje nak buat ape? Lega! Nasib baik Afrah tidak ada prasangka buruk pada aku. Nasib baik akutidak dituduh mengendap. Kalau tidak, nama aku pasti akan meletup sekali lagi.Kali ini, sebagai seorang juruhendap tandas wanita. Sekaligus memberi alasankepada pihak pentadbiran sekolah untuk menyingkirkan aku dari sekolah ini. 129
    • Aku Budak Setan: NazihahSudahlah hal pergaduhan di asrama masih belum selesai lagi. Jika ditambahdengan tuduhan mengendap, gelap masa depan aku nanti. Aku membuntut Afrah menuju ke kelas. Aku tidak mengikut beliau masuk.Aku sekadar menanti di luar dengan penuh debar dan sabar. Debar kerana tidaktahu apa butir kata mahu diluah. Sabar kerana aku tidak mahu dilihat tergopoh-gapah dalam hal sebegini. Harus diingat! Aku kini berada di dalam kawasanTingkatan 3. Silap langkah, lumat skrotum aku diinjak-injak oleh konco-koncoEzam. Aku cuba mengintai ke dalam kelas.Kelihatan semua mata pelajar lelaki didalam kelas sedang merenung tajam ke arahaku. Wah, takutnya! Pintu belakang kelas dikuak luas. Nazihah muncul memperlihatkanwajahnya yang muram dan kelihatan bengang. Mata redupnya memandang akutanpa bermaya. Bibir merah delima itu tidak mempamerkan senyuman ayunya. Mulut aku berkunci rapat. Nafas aku tersekat-sekat. Jantung aku berdegup cepat. "Abang Jo nak aper?" "Err.. Abang Jo datang ni nak mintak maap.." "Mintak maap pasal aper?" Hek elleh.. buat-buat tak paham lak, ketuk kepala kang! "Pasal tadi Abang Jo kluar dari bilik kaunseling tadi.." Nazihah memasamkan wajahnya yang comel itu. Namun, walaubagaimana masam sekalipun wajah comel itu, beliau tetap kelihatan anggun.Walau bagaimana bengang sekalipun riak bujur sirih itu, aku masih mamputersenyum dalam terketar-ketar. "Apsal Abang Jo kluar macam tu aje tak bagitau ape-ape pon?" Aa sudah..! ape alasan aku nak kasik nih?? "Err..sebab.." "Kenapa??" "Sebab.. sebabb..." Kata-kata aku terkejang di situ. "Sebab aper??" "Pasal tadi perut Abang Jo sakit!" 130
    • Aku Budak Setan: Nazihah Pembohongan dikesan! pembohongan dikesan! "Haik, sakit perut tiba-tiba?" "Petang tadikan dewan makan hidang asam pedas kan? Perut Abang Jotak boleh tahan agaknyer..Tu pasal tiba-tiba sakit perut pasal nak berak." Iyeaahh... goreng Jo goreng!! "Eleh.. bohong!" Hepp.. diam! "Betul Jihah..Jihah bayangkan, kalaulah kater Abang Jo terlewat 5 saatpon tadi.. habis bilik kaunseling penuh ngan taik Abang Jo. Taik tu kan, dahbetul-betul ader kat huuuuuujungg lubang buntut Abang Jo dah tadi..! Macam nihaa..!" Aku menggenggam tangan aku dan menyuakan genggaman itu kepadaNazihah. Nazihah mengeruntukan keningnya. Badannya ditarik ke belakang.Wajahnya makin mencuka. "Dah tu kan, masa kat dalam toilet tadi.." "Dah-dah, Jihah tak nak dengar cerite pasal taik Abang Jo..!" “Tapi Abang Jo tak citer pasal kaler taik Abang Jo lagik..!" Nazihah mengekek. Tangannya ditekup pada mulutnya. Tidak cukupdengan itu, beliau menarik tangannya yang sebelah lagi dan menutup wajahbujur sirihnya. Terangkat-angkat bahu beliau menahan gelak daripada meledak.Wajah yang tadinya cerah dan merudum, kini bertukar kemerah-merahan sertakembali ceria. Aku tersenyum lebar. Alasan spontan yang bodoh itu berjayamengubah keadaan. Nazihah membuka tekupan tangannya dari wajah. Akumembalas dengan sengihan kerang rebus. "Geli aa Abang Jo nih..!" "Hehehe.. maner ade. Eh, Jihah nak tau tak..?" "Tau aper?" "Masa taik tu keluar kan, bunyi dia macam ni: kepepepepehh...pehpehpehhh..!" "Uishh... macam tu sekali?? taik cair ke??" "Iyer..! Habis mangkuk tandas tu bertukar kaler dari warna putih jadikwarna cokelat! Penuh pulak tu!" Cayalah! Nazihah sambung mengilai! Hati aku kembali melapang. Nafas aku kembali teratur hembusannya. Jantung aku kembali normal memukul gendangnya. 131
    • Aku Budak Setan: Nazihah Yes! Nazihah sudah tidak marah lagi! Nazihah menyeka hidungnya. Beliau sudah berjaya mengawal dirinyasemula. Baju kurungnya dibetulkan kembali. Berdasarkan pada hilaian beliautadi, pasti hilang ilmunya untuk 3 hari yang lepas. Inilah kali pertama dalamhidup aku terdapat seorang manusia yang mengilai selepas mendengar alasanaku yang tidak kelakar sebentar tadi. Lawak benarkah cerita tentang najis dansistem penyahtinjaan? Bukankah manusia semua mengalami proses sebegitu? "Okay.. alasan tu Jihah bule terima.." "Hehehe.. mintak maap ok?" Yabedabeduu...! "Okayy.. tapi lain kali jangan buat lagik tau!" "Jangan risau, lepas ni Abang Jo tak buat dah.." Eleh, lain kali aku kasik la alasan lain pulak! "..Dan jangan ceriter pasal taik Abang Jo lagik tau!" "Iyer lahh.. lepas ni dah tak citer dah.." Aiseh.. citer taik dah tak leh pakai dah, demit! "Haa.. macam tu aa.." "Tapi, Abang Jo bukan datang sebab nak mintak maap ajer tau!" "Eh, ader sebab lain ke Abang Jo?" "Ha ah, ade sebab lain jugak.." "Sebab aper??" Aku terdiam. Soalan itu aku tinggalkan tanpa jawapan. Soalan itu aku biarkan tanpa susulan. "Sebab aper??" Nazihah telan air liur. Aku semakin gelabah. Degupan jantung yang normal kembali bergendang hebat. Nafas yang teratur kemas kembali berhembus kencang. "Abang Jo ??" KRINNGGGGGGGGGGGG !!! Loceng tamat prep malam kedengaran. Demit! demit! demit! 132
    • Aku Budak Setan: Nazihah 26 Kantin Pak Wan "Jom balik sama-sama, nak?" Itu ayat yang mampu aku luahkan. Dengan peluh yang menitik di dahi, dengan lutut yang longgarmenggeletar, dengan nafas yang pendek tersekat-sekat, aku gagahkan jugapertanyaan aku kepada Jihah. Aku takut kalau-kalau beliau marah akanmendengar pelawaan aku ini. Atau sekurang-kurangnya berasa kurang senangdengan pertanyaan sebegitu rupa. Tapi, apakan daya. Nafsu aku tidak mampumenahan gelojak hati ini. Hidung aku sudah buas benar mencium bau pewangiyang menusuk kalbu. Mata aku sudah rakus menjalar segenap wajah ayu itu. "Nak tak?" Oi! pekak? tunggul kayu? oi! 133
    • Aku Budak Setan: Nazihah Bulat mata Nazihah memandang aku. Tajam renungannya memandang aku. Kerut wajahnya bagaikan meminta kepastian. Riak mukanya seperti dipenuhi 1001 persoalan. "Haa.. tunggu Jihah amek beg kejap!" Hah.. cepat sket, terhegehhh.. hegehh..! Dengan penuh kesabaran, aku menunggu si comel berperfume wangi itudi luar kelas. Sementara menunggu beliau terkedek-kedek mengemas barang,aku berdiri menghadap ke arah blok akademik utama. Pada ketika itu kelihatanberpusu-pusu pelajar lelaki dan perempuan bergerak meninggalkan kelas. Bunyiloceng sebentar tadi menandakan berakhirnya sessi prep malam di SekolahMenengah Sains Kering Kontang Berkelapa Sawit. Terang benderang blokakademik sebentar tadi kini semakin malap. Lampu-lampu kelas ditutup satupersatu. Mana-mana pelajar yang lapar, segera melangkah pantas menuju kedewan makan. Siapa-siapa yang berduit, singgah ke kantin membeli nasi goreng.Aku? hmm..sedang sengkek dan tidak mampu. Seluk poket kiri, kosong. Selukpoket kanan, habuk. Mahu tak mahu, juadah Dewan Makan jugalah yangmenjadi sasaran. Alangkah bagusnya jikalau Malaysia menggunakan bulu ketiakatau pun bulu hidung sebagai matawang utama. Pasti aku dapat merasa nasigoreng Pak Wan Kantin malam ini. Kalau tidak pun, mampu membeli kantin danPak Wan Kantin terus. Nasi goreng? Errkk.. lapa aa pulak Pelajar-pelajar lelaki di dalam kelas Nazihah juga telah mula mengangkatpunggung keluar dari kelas. Sempat juga mereka mengerling ke arah aku. Musuhmerekalah katakan. Berani benar Encik Musuh ini berada di dalam kawasanmereka ya? Aku membalas kerlingan mereka dengan mata yang tertutup separuhdan muka yang setoya tupai. Langsung aku tidak peduli dengan keletah monyet-monyet jantan tingkatan 3 ini. Tidak perlu juga memberi muka kepada mereka.Musuh tetap musuh. Cuma kadang-kala aku berasa pelik. Mengapa Ezam mahumelibatkan Nazihah dalam perkara ini? Mengapa gadis seanggun itu mahudijadikan korban? Sebagai seorang jejaka yang berambut megi dan bertahi lalatdi hidung, aku tidak rela Nazihah diperlakukan begitu. Jika benar Nazihah mahudikorbankan, maka pengorbanan itu seharusnya dilakukan di atas katil yangempuk dengan bantuan alat kontrasepsi. Dan, akulah yang paling layak untukmenyembelih Nazihah di atas katil. Bukan Ezam. Bukan Puad. Bukan AhmadMarzuki bin Kamarul Hanafi27.27 Abaikan 134
    • Aku Budak Setan: Nazihah Tujuan aku cumalah satu. Tumpuan aku hanyalah kamu. Tujuan aku hanyalah kamu. Nazihah! "Haa.. tu termenung ape tu ??" Aarrkk..! "Haa.. errr.. tak de. Tengah tengok budak-budak kat kantin tu haa.." Tunggu ko la nih, lembab! "Ohh.. jomlah balik." "Jom!" "Err.. jap-jap! tunggu kejap!" Alaa... ape lagi nihh ?? "Kenapa Jihah?" Nak tunggu ape? "Aa.. Jihah lapar aa Abang Jo. Temankan Jihah pegi kantin kejap bole?Jihah nak beli nasik goreng." Nasik goreng?? Abang Jo baru je ingat nak goreng Jihah tadi. "Hmm.. oklah, tak de masalah! Abang Jo pon tengah lapar jugak nih.." Ko ada bawak duit ke Jo? "Haa... elok la tu, ape kate kalo Abang Jo belanje Jihah malam ni?" Hanjeng! "Erk..!" "Bole aa Abang Jo... bole aaa.." Nazihah sudah mengeluarkan bunyirengekannya. Ah, gadis comel di hadapan aku ini memang gemar benar merengek.Kadang-kala, mahu saja rasanya aku melempang Nazihah ini. Kalau tidakdilempang pun, mahu saja aku menyagat hidungnya ke atas jalan tar di depandewan. Perit rasanya telinga ini mendengar setiap rayu suara lunak itu. Sakitrasamya hati ini setiap kali lenggok gedik itu menari. Tapi, jikalau akumelempang si empunya bibir merah delima ini... pastinya peluang aku untukmenjadikan dirinya sebagai pelengkap hati, jiwa dan sanubari aku yang kudusdan periang ini akan menemui jalan buntu. Jikalau aku menyagat hdungnya 135
    • Aku Budak Setan: Nazihahatas jalan tar, merasalah aku berumahtangga di lokap sambil "disagat" kembalioleh penghuni-penhuni senior di dalam lokap nanti. Apa boleh buat? Kata orang, Kalau sudah suka... orang hisap dadah pun kita cinta. Kalau sudah sayang... orang dalam penjara 30 tahun pun kita tunggu. Kalau sudah angau... tengok botol kicap pon kita teringat pada dia. Jihah, bole tak Abang Jo tunjal dahi Jihah? Jihah, bole tak abang Jo sepak buntut Jihah? Jihah, bole tak Abang hantukkan kepala Jihah pada bucu pintu dewansekolah sambil mengambil kerusi lalu melligan bahu kiri Jihah dengan kelajuan45km/j lalu mengakibatkan Jihah terencat akal selama 5 bulan sebelumdimasukkan ke hospital Kusta Sungai Buloh? Bole tak Jihah? "Ape kate Jihah yang belanja Abang Jo malam ni?" Plis plis.. aku tak de duit ni! "Apsal pulak?" Demit, banyak tanye aa pulak! "Sebabb.. Abang Jo tak bawak duit malam ni!" Errk.. malunye! malunye! "Alaaa... kedekut!" "Betull.. seriussss tak bawak duit malam ni.." Ciss... babi! kang aku nak baya pakai ape? bulu ketiak? "Yer la.. yer la.. malam ni Jihah belanja. Esok turn Abang Jo pulak, ok ?" "Beressss..." Esok turn Abang Jo pulak, ok? Esok turn Abang Jo pulak, ok? Hehe.. jangan aaa harap. Kami berjalan beriringan menuruni tangga dan melewati blok akademikmenuju ke kantin. Sampai sahaja di kantin, sudah ramai benar orang di situ. Akumembiarkan Nazihah membeli nasi goreng itu di kaAzmir. Malas mahu beratur 136
    • Aku Budak Setan: Nazihahpanjang menunggu giliran. Lebih baik aku duduk di meja sambil melihat-lihatgadis comel di kantin. Orang muda-muda kata “cuci mata”. Kebanyakan yangberada di kantin ketika ini adalah pelajar-pelajar perempuan Tingkatan 5. "Wey, Jo!" Aku menoleh. Di belakang aku berdirinya Hafis, Sang Ketua Pelajar. "Haa.. Abang hafis. Beli nasik goreng ke?" "Ha ah, lapa aa perut.." "Eh, ko tau ape-ape pasal esok tak?” "Huh? esok? ade ape esok?" "Ko tau kan esok hari Isnin?” Ooo.. esok hari isnin ek? "Tauu..." "Ko tau kan esok ade perhimpuan?" ooo.. hari isnin ade perhimpuan ek? "Tauu..." "Ko tau kan esok ade pengumuman pasal kes ko ngan Ezam?" Ooo.. ade pengumu.. HAHHH ?? "Erkk..!" "Esok diorang akan umumkan hukuman untuk ko ngan Ezam, pasal kespukul itu hari!" Kes aku dengan Ezam ? Pengumuman? Hukuman? Esok? Kening kiri aku tiba-tiba bergerak. 137
    • Aku Budak Setan: Nazihah 27 Pengakuan Nasi goreng pembelian Nazihah terbiar tanpa disentuh. Tangan akuditongkatkan pada dagu beralaskan meja kantin. Mata aku merenung kosongmembelah keriuhan malam di Sekolah Menengah Sains Kering KontangBerkelapa Sawit ini. Pelik. Perut yang tadinya sebegitu lapar, tiba-tiba kenyangtanpa perlu diisi. Gerbang nafsu yang tadinya ternganga luas, tiba-tiba tertutupdan rapat terkunci. Apa dah terjadi pada aku ? Makin lama, kantin makin kosong. Seorang demi seorang pelajarmeninggalkan tempat ini. Dan aku masih terus berteleku di atas kerusi kantin. Gelisah. Resah. Cuak dan bimbang. 138
    • Aku Budak Setan: Nazihah Untungnya, yang masih menemankan aku ketika ini adalah si comel yangbernama Nazihah. Walaupun aku tidak menyuruh beliau berada si situmenemankan aku, tapi dia masih tenang menemankan aku di situ. Di saat-saathati aku dianyam kusut, di kala otak aku dihimpit serabut, masih ada seseoranguntuk meredakan segala kegundahan yang terjadi. Apakala hati dihunus resah,segala ruang yang luas terasa sempit, engkau masih setia berada di sini. Engkauyang bernama Nazihah. Jiwang gile aku malam ni. "Tak baik biarkan nasik tu sejuk Abang Jo." Aku tak membalas kata-kata Jihah. Kata-katanya aku sambut dengan tenungan tajam. Setiap butir ayatnya tadi aku sambut secara tak acuh. Nazihah yang sejak tadinya kelihatan tenang, mula bergerak resah. Akumelirik ke arah jam di kantin. 11:15 malam. Mengikut peraturan sekolah, tidakdibenarkan berada di kawasan blok akademik selepas jam 11 malam. Mungkinitulah sebabnya hanya kami berdua sahaja yang masih berada di kantin.Barangkali, pelajar-pelajar lain tidak bernafsu mahu berdating di kantin. Akutidak peduli. Tujuan aku bukannya hendak berjanjitemu. Aku sekadar mahumenenangkan fikiran. Kehadiran Nazihah ketika ini adalah satu kebetulan. "Abang Jo jangan la risau sangat pasal ape yang Abang Hafis cakap tadi..Jihah yakin, Abang Jo tak kan kena ape-ape.." Hek elleh.. bukan ko yang kena, bole aa cakap cam tuu Aku tersengih mendengar kata-kata Nazihah. Tidak masuk akal langsung.Adakah cukup sekadar keyakinan kamu itu wahai cik adik manis? Mampukahkeyakinan kamu itu mengubah keputusan pihak pentadbiran sekolah wahai sicomel molek ? Jikalau keyakinan menjadi taruhan, tak perlulah aku berada di kantin ini. Jikalau keyakinan menjadi sandaran, tak perlulah nasi goreng itu dibiarsejuk. Tapi.. "Jihah tak tau ape yang Abang Jo fikirkan sekarang ni. Tapi.. Jihahpercaya, satu-satunya cara untuk mengurangkan masalah yang kite hadapi ialahdengan berkongsi masalah tu dengan orang yang kite percayai.." Bile masa pulak aku tengah berfikir? ko tak nampak ke aku tengah nak berak ni? tak nampak taik tu tengah nak jatuh.. oppp opppppp! haa dah jatuh dah pon! 139
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Seberat macam mana pon masalah kite.. sekurang-kurangnya masalahitu akan berkurangan" Eeeee... mulut busuk! Diam! Berkongsi dengan seseorang yang aku percaya? Siapa? Adakah apa yangNazihah maksudkan sebentar tadi adalah dirinya sendiri? Bolehkah aku percayapada si genit ini? Menagapa pula aku harus berkongsi masalah dengan beliau ? "Tak tau aa Jihah. Abang Jo takut... takut sangat-sangat.." "Takut kenapa?" Saje suke-suke nak takut, bangang! "Abang Jo takut... lepas ni... Abang Jo.. Abang Jo.." Ayat aku tersangkut-sangkut. "Abang Jo ape??" Tunggu le aku habiskan ayat aku dulu! hempuk ngan nasik goreng ni kangg "Abang Jo takut lepas ni Abang Jo dah tak boleh jumpa Jihah lagi" Pehhhh... caya aa Jo, susun ayat terbayekkkk~ "Itu Abang Jo tak perlu risaukan." "Kenapa?" "Selagi nama Jihah masih di bibir Abang Jo, Jihah tak akan ragu-raguuntuk mensyairkan nama Abang Jo." "Selagi diri Jihah masih dalam ingatan Abang Jo.. Jihah tak akan adasebarang masalah untuk hadir dalam mimpi Abang Jo.." "Mungkin dari segi fizikal kita tak mampu untuk bersama.. tapi ingatankita masih mampu bertaut." “Mungkin dari segi zahir kita tidak bersua.. tapi hati kita masih kukuhberpaut." Itu dia. Saat-saat itu aku kehilangan kata. Baris gigi aku kecut. Keping lidah aku kelu. Jemput skrotum aku terjerut. 140
    • Aku Budak Setan: Nazihah Gumpal darah aku beku. Saat-saat itu aku bagaikan mahu menari. Saat-saat itu aku bagaikan mahu menyanyi. Saat-saat itu aku bagaikan mahu berdiri di atas meja kantin,mendepangkan tangan sambil menyanyikan lagu My Heart Will Go On28dendangan Celine Dion tanpa perasaan malu mahupun tersipu-sipu selama 10minit tanpa henti diteruskan dengan adegan di dalam kereta yang sedangberhenjut-henjut sambil secara tiba-tiba tangan Nazihah menepuk tingkap keretadi sebelah belakang. Ya, aku sangat gembira. Benar, aku sangat bahagia. Hati yang sebentar tadi kusut, kini sudah tenang. Otak yang tadi serabut,kini sudah lapang. Terima kasih Nazihah! Aku dapat rasakan kehidupan akubakal ceria selepas ini. Aku dapat bayangkan betapa indahnya laluan hidup akuakan datang nanti. Tapi, adakah Nazihah benar-benar memaksudkan apa yang dikatakannyasebentar tadi? Atau adakah sekadar untuk membuatkan aku berasa sedikittenang? Atau mungkin sekadar ayat pancing dan anjing yang sama diluahkannyakepada Puad? Hey, aku tak boleh terlalu cepat leka dengan manis bibir lembutlidah si cantik ini. Kalau hendak mencairkan aku dengan kata-kata, minta maaf.Aku tidak mudah dipancing sebegitu rupa. Masakan mudah perempuan cantikmolek ini mengucapkan kata-kata sebegitu pada aku? Sudahlah rupa macamselipar jamban Tom Cruise. Rambut maggi dah macam sarang labah-labah.Perangai busuk macam stokin Mohamad Fairul Syukri Al-Muazim29. Adakah iniciri-ciri pria idola kamu wahai Nazihah ? Gila? Buang tebiat? Tapi, aku teringat pada cerita Encik Firaun. Encik Firaun yang terkenaldengan kejam, jahat, bangang, laknat, anjing, sial dan terkutuk itu pun, masihada yang sudi menjadi isteri beliau. Boleh jadi, Encik Firaun itu... bole tahan jugajiwang karatnya. Mungkin Awie dan Erra Fazira menangis jika mengetahui kisahcinta jiwang Firaun dan Asia. Ya lah, siapa tahu kan? disebalik kelaknatullahFiraun itu, tersembunyi kisah cinta jiwang karat sampaikan Asia mampu tundukkepada beliau? Ape kaitannya Firaun laknatullah ngan aku ni ?? Adakah itu tandanya cinta ? "Tapi Abang Jo, kite kena balik. Kite tak boleh nak lama-lama sangat katsini. Bahaya. Nanti warden bising."28 Lagu ini adalah antara lagu terhangat pada ketika itu. Terlalu sinonim lagu ini denganseseorang yang dilamun perasaan jiwang.29 Abaikan 141
    • Aku Budak Setan: Nazihah Alahai.. awat cepat sangat nak balik dah? "Tak apalah, kalau macam tu.. Jihah balik dulu yer? Abang Jo masih nakduduk kat sini lagi. Kejap-kejap lagi.. Abang Jo balik, okey?" Aku nak menyanyi nih.. kalo ko tgk karang, malu aa pulak "Tak okey!" "Lerr... ngape?" "Abang Jo tak boleh duduk lama-lama kat sini.." Haik? menghalang nampakkk "Kenapa pulak?" "Sebab..Jihah dengar.. kantin ni berhantu!" Astagaaaa.. babi malam-malam cam ni jgn aa citer bende tu, babi! "Karut! Mana Jihah dengar cerita nih? pandai aje bohong!" "Betul Abang Jo.. itu hari Nani nampak bende tu dengan Pial. Demam 3hari!" 3 hari?? alamakk "Hahahha.. tak de lah. Diorang tu aje yang lemah semangat tu kottt.." "Betul Abang Jo.. Diorang sendiri yang nampakk..!!" Gaya cerite macam aa ko yang nampak, keco! "Eh, biar betulll.." "Iyerr..." "Err... kalo cam tu, jom lah kite balik!" Gile, kalo diorang bole demam 3 hari.. aku maunye demam 4 minggu. Aku mengangkat punggung. Nazihah yang sejak tadi memang sudahbersiap-siap untuk bangun, kelihatan menanti dengan sabar. Tidak sabaragaknya beliau mahu pulang. Mungkin apabila teringatkan cerita Nani dan Pialitu, membuatkan beliau resah sebentar tadi agaknya? Tapi mungkin ada betulnyakata-kata Nazihah sebentar tadi. Barangkali benar apa yang Nani dan Pial jumpaitu. Sebab, sejak dari tadi, tengkuk aku memang meremang. Ditambah pulaapabila Nazihah membuka cerita. Seluruh bulu roma yang melekat di badan akubagaikan berdiri. Biarlah! mungkin itu mainan perasaan sahaja agaknya. "Kita balik okey?" 142
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Okkeyyy~" "EHH..?? TAK KAN NAK BALIK DAHH??" ....... Suara permpuan. Serak- serak garau. Bunyinya betul-betul di belakang kami. Aku dan Nazihah mengalih ke belakang. Kami sama-sama tersentap. ......... Sumpah, inilah kali pertama bulu tengkuk, bulu roma dan bulu pubis akutegak berdiri. Seorang perempuan yang berpakaian putih dan berambut panjangmengerbang sedang duduk mencangkung di tempat aku dan Nazihah duduksebentar tadi. Kepalanya digerak-gerakkan seolah-olah menghadap ke arah kamidengan gerakan yang tersangkut-sangkut. Tambah memburukkan keadaan, baubusuk pada ukuran 3000 Mjo30 mula menerobos masuk ke deria bau aku. "DAH LAMA AKU DUDUK SINI SORANG-SORANGGG.. TEMANKAHLAH AKUUU...” “AHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA...!!!! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!30 Unit SI baru untuk bau busuk. 1 Mjo = 1000 jo = bau stokin yang berendam 2 minggu. 143
    • Aku Budak Setan: Nazihah 28 Antara Akal, Hati dan Iman Gempar! 31KUALA SELANGOR: Sekolah Menengah Sains Kering KontangBerkelapa Sawit diserang hantu. Mangsa merupakan seorang pelajar lelaki danseorang pelajar perempuan berumur 16 yang pada awalnya ditemukan olehpengawal keselamatan, terdampar kepucatan dan ketakutan di kantin sekolahberkenaan kira-kira jam 12 tengah malam. Kedua-dua mangsa kini dilaporkanmasih menggigil demam dan takut di bilik sakit setelah terserempak denganwanita hodoh berambut panjang mengerbang dan berbaju putih. Berdasarkandaripada sumber-sumber yang layak untuk dipercayai, serangan dilakukan padalewat malam ketika kedua-dua orang pelajar tersebut sedang pulang dari blokakademik selepas prep malam. Tetapi desas-desus yang sedang hangatdiperkatakan ketika ini ialah serangan dilakukan ketika kedua-dua orang pelajartersebut sedang berdua-duaan di kantin sekolah pada lewat malam. Puncaserangan masih disiasat. Skuad Ahli Usrah Sekolah Menengah Sains KeringKontang Berkelapa Sawit (SAUSMSKKBS) dan Jemaah Pemakmur SurauSekolah Menengah Sains Kering Kontang Berkelapa Sawit (JPSSMSKKBS)31 Sila baca dengan gaya yang sesuai. 144
    • Aku Budak Setan: Nazihahsedang membuat kawalan keselamatan untuk mengawal situasi di sekitar Aspuradan Aspuri. Saya Karam Walia Singh, melaporkan untuk TV16. Ya, aku mengaku bahawa lelaki malang yang sedang menggigil ketika ituadalah aku. Pelajar perempuan yang seorang lagi itu sudah pastilah Nazihah.Kasihan kami. Kehadiran hantu yang dipercayai adalah seekor pontianak itumemusnahkan detik-detik manis kami di kantin. Di saat Nazihah telah mulamenyampaikan segala yang terbuku di hati, di kala Nazihah telah beraniberterus-terang menyampaikan hasrat di nurani, kamu muncul pula wahaipontianak yang kejam. Semoga kamu disambar petir wahai encik pontianak! Semoga kamu dibakar api azan dan kalimah suci Al-Quran! Semoga kamu hidup tidak tenteram dan pokok kamu ditebang orang! Semoga! Pada malam itu, tidur aku di Bilik Sakit dikawal selia oleh Mahathir danAzmi. Meraka berdua tidur bersama-sama aku bagi mengelakkan kejadian yangtidak diingini terjadi pada aku. Atas arahan Cikgu Reza, setiap dorm dikehendakimembaca Surah Yaasin pada malam itu dan malam-malam yang akan datang.Setiap aktiviti tandas pada lewat malam dikehendaki membawa teman.Nampaknya, Cikgu Reza benar-benar mengambil berat akan situasi yang berlaku.Yalah, bayangkan jikalau encik pontianak itu menyerang asrama pula. Sudahpasti makin ramai yang dikhuatiri demam. Jika makin yang demam, makinramailah yang akan diberi cuti sakit. Jika ramai yang diberi cuti sakit, siapamahu pergi ke sekolah ? Mak cik Ita? "Jo, ko dah ok?" Dah, dah ok dahh.. tengok aku melompat-lompat ni. hiyah! hiyah! "Hmm.. badan aku rasa panas lagi aa.." "Lek, jangan takut aper-aper... aku ngan Azmi jaga ko malam ni." Uishehh.. aku ada pengawal keselamatan malam nihh...! "Mekasih Mahathir.." "Cam mane bule kena Jo?" Kena ape? kena cium? ko nak kena cium ngan batang penyapu ke atau ngan selipar? "Ko buat ape sampai bende tu bule datang?" Mane ade ape-ape.. serius tak de. 145
    • Aku Budak Setan: Nazihah Soalan Mahathir aku biarkan tidak berjawab. Sekarang bukan masa yangsesuai untuk berbicara tentang hal pontianak terkutuk itu. Aku mengalih badanmembelakangkan Mahathir sebagai isyarat untuk tidak diganggu. "Tak pe aa.. ko rehat dulu ok ? kitorang dah baca Yaasin dah. Insya Allahbende tu tak de lagik.." Azmi menepuk bahu aku dan mula bergerak menjauhkandiri daripada aku. Mungkin dia faham dengan kemahuan aku ketika ini yangmahukan sedikit ketenangan dan meditasi akibat ketakutan. "Jihah cam mane?" Aku sempat membalikkan semula badan dan bertanyakan soalan kepadaAzmi. Mereka berdua terhenti seketika. Mulut Azmi agak terkunci untuk berkata-kata. Lidah Mahathir bagaikan terkatup selama-lamanya. Kedua-duanya seakanmenolak untuk menjawab. "Hmm.. ?" "Jihah! Dia cam mane? Ok dah ke?" "Tadi kitorang jumpe Ayun ngan Hanan tadi. Diorang kate Jihah macamko jugak. Tgh demam. Cik Azilah suruh 4-5 orang jaga dia malam ni. " Aku terkedu kesenyapan. "Aku rase bersalah Mahathir!" "Bersalah ngape?" "Sebab aku.. Jihah kena sama!" "Lek aa Jo, orang kate.. lautan api sanggup direnang bersama-sama..inikan pulak dengan hantu..Memang demam sama-samalah!" ciss.. babi! "Aku serius ni Azmi! Aku nak jumpe Jihah sekarang gak!" "Ah, ko jangan nak buat gile!" "Ntahnye.. ko ingat senang-senang bole masuk dlm aspuri skang ni ?" "Line tengah panas cam ni, ko jangan nak mengarut Jo!" Percubaan aku untuk bangun dihalang. Tenaga Mahathir dan Azmi terlalu kuat untuk aku yang lemah ketika ini. Aku terasa seperti seekor Ultraman yang berkelip-kelip mentol di dada. Lemah tiada tenaga. Sengal tiada upaya. Aku kembali terbaring. Merenung siling adalah satu-satunya aktiviti yang aku mampu lakukandalam keadaan sebegini. Perut terasa lapar. Tapi, untuk bangun membuat megimemang aku tidak terdaya. Sebenarnye, tidak susah pun membuat megi ketika 146
    • Aku Budak Setan: Nazihahini. Ambil sahaja gunting, dan gunting saja rambut aku yang sepanjang 3 inci ini.Tak perlu tos, tak perlu direndam. Hanya perlu makan sebegitu saja sebabrambut aku memang adalah megi jadi-jadian. Mungkin lebih sedap jika ditambahdengan telur dan sedikit cili potong. Lupakan tentang perut lapar dan megi. Fokus kini adalah kepada kata-kata dan ayat-ayat pengakuan Nazihah di kantin. Aku benar-benar tidakmenyangka beliau berani berkata sebegitu. Sama ada kata-katanya sekadar untukmemberi perangsang atau ada makna tersirat, aku tidak tahu. Sama ada ayat-ayatnya tersembunyi faktor mahu menganjing atau ikhlas dari hati seorangperempuan, aku tidak faham. Tetapi aku telah berjaya membuat kesimpulanbahawa aku mendapat sedikit ruang di sudut hati Nazihah. Sekurang-kurangnya,diri aku yang bagaikan seekor lipas ini masih mampu bernafas di celah kotakfikirannya. Sama ada aku bertepuk sebelah tangan atau perasan, itu tidakmenjadi hal. "Selagi nama Jihah masih di bibir Abang Jo, Jihah tak akan ragu-raguuntuk mensyairkan nama Abang Jo." "Selagi diri Jihah masih dalam ingatan Abang Jo.. Jihah tak akan adasebarang masalah untuk hadir dalam mimpi Abang Jo.." "Mungkin dari segi fizikal kita tak mampu untuk bersama.. tapi ingatankita masih mampu bertaut." "Mungkin dari segi zahir kita tidak bersua.. tapi hati kita masih kukuhberpaut." Setiap kali ayat itu melintas, setiap kali itu jugalah bibir aku membariskansenyuman. Tetapi kini, sesuatu perkara yang baru datang menjelma di fikiranaku. Berkalih aku ke kanan. Kelihatan Mahathir telah berjaya merngeluarkanair liur basi ke atas bantal busuk Bilik Sakit itu. Kecewa dengan tindakanMahathir sebegitu, aku bertukar ke kiri. Nah, dengkur keras Azmi datangmenerpa. Persetan! Bukankah tadi mereka mahu menemai aku? Bukankah tadi mereka berjanji mahu menjaga aku yang demam? Janji tinggal janji. Dalam keadaan aku sekarang, aku harus berani membuat keputusan.Walau dalam apa masalah yang aku hadapi, aku percaya setiap keputusan yangaku ambil akan membawa kesan yang sangat besar dalam diri aku. Aku tak bolehmenyerahkan nasib aku bulat-bulat kepada Yang Maha Agung. Aku tidak mahusekadar menunggu apa sahaja yang datang kepada aku dengan alasan Qada danQadar. Sebab aku tahu, jika aku serahkan segala perkara kepada Yang MahaAgung itu, maka aku harus redha dengan ape juga yang akan diberikan oleh-Nya. 147
    • Aku Budak Setan: NazihahJika baik kesudahannya untuk aku, alhamdulillah. Jika buruk kesudahannya,telan saja bulat-bulat. Tidak! Aku tak kan serahkan segala-galanya kepada Yang Maha Esa. Aku yakin dengan usaha dan doa. Hanya usaha dan doa sahaja yang mampu mengubah nasib kita. Sekurang-kurangnya, biarlah aku berusaha dan berdoa dahulu. Aku mesti berusaha mendapatkan kesudahan yang terbaik untuk diri aku.Dan kesudahan yang baik, datangnya dari kemampuan untuk mengambilkeputusan yang baik. Jadi, bagaimana untuk mendapatkan keputusan yangterbaik bagi mendapatkan kesudahan yang baik ? Dalam perjalanan hidup kita ini, kita bakal menempuh dengan pelbagaicabang jalan. Sekiranya kita memilih jalan yang salah, adalah mustahil untukpulang semula ke jalan sebenar melainkan kita memulakan satu jalan hidup yangbaru. Bagi aku.. untuk memilih jalan yang betul, aku memerlukan 3 perkarauntuk membantu aku. Akal: untuk membezakan antara jalan yang baik atau buruk. Perasaan: untuk membezakan antara jalan yang disukai atau tidak. Iman: untuk membezakan antara jalan yang halal atau yang haram. Jadi, apakah keputusan yang aku harus ambil, Nazihah? Apa yang harus aku lakukan, Nazihah?? "SATU DAH TIDURRRRRRR......!" Eh, aku macam kenal aje suara niihh?? Tiba-tiba angin melam menghembus kencang. Bunyi di luar bagaikan hujan rintik-rintik. Tegak kembali bulu roma aku. Meremang kembali bulu tengkuk aku. Tercacak kembali bulu pubis aku. "DUA DAH TIDURRRRRRR....!!" Alamak, suara ni... suara ni.. Astaghfirullah! Di muka pintu bilik sakit berdirinya satu makhuk berambut panjang danmemakai pakaian putih seperti yang aku ketemu di kantin. 148
    • Aku Budak Setan: NazihahSedang berdiri tegak.Wajahnya samar dalam kegelapan malam."TIGA TAK TIDUR LAGIII..???"Allahu Laailaahailla Huwal Haiyul Qayyum..Laa Tahudzuhu Sinnatu Wala Naum.."KO INGAT KO BACE AYAT KURSI TU..AKU TAKUT ??”Dan aku pengsan untuk kali kedua pada malam yang sama... 149
    • Aku Budak Setan: Nazihah 29 Mimpi Indah Angin pantai lembut menderu, Buih ombak manja menyiram, Menunggu kasih datang bertamu, Menanti cinta datang bermalam. Aku tidak tahu bagaimana aku boleh berada di sini. Aku tidak tahu siapa yang membawa aku ke mari. Aku tidak tahu kenapa aku dibawa ke sini. Apa yang aku tahu, aku kini berada di pantai. Pantai yang pasirnya putihdan bersih. Pantai yang airnya jernih membiru. Pantai yang anginnya lembutbertiup. Pantai yang langitnya cerah cemerlang. Aku berjalan menyusuri pantaiitu. Tidak ada capal yang aku sarungkan ketika ini. Kaki bogelku bahagiamengharungi ombak di gigian pantai. Berada di tempat begini membuatkandadaku lapang. Mensyukuri segala nikmat yang diberikan kepada aku.Mengecapi segala rahmat yang dihambarkan oleh Yang Satu. 150
    • Aku Budak Setan: Nazihah Bersama-sama aku menyusuri pantai ini adalah si comel yang bernamaNazihah. Aku tidak tahu bagaimana dia boleh berada di sini. Aku tidak tahu siapa yang membawa dia ke mari. Aku tidak tahu kenapa dia berada di sini. Yang aku tahu, aku seronok menyusuri pantai ini bersama-samadengannya. Sambil menendang hempasan ombak. Sambil menentang hembusanangin. Sambil membasahi antara satu sama lain. Nazihah yang menjadi igauankini bersama-sama dengan aku di pantai ini. Bermimpikah aku? Ya, aku sangat-sangat yakin yang aku kini sedang bermimpi. Tidakmungkin segala-galanya ini adalah kenyataan. Lihat sahaja lokasinya. Bagaimanaaku yang tadinya berada di katil Bilik Sakit boleh berada di tepi pantai ?Bagaimana aku yang tadinya ditemani Azmi dan Mahathir boleh digantikandengan si comel Nazihah? Bagaimana suara garau pontianak yang sial sebentartadi boleh hilang dan diganti dengan deruan ombak memecah pantai? Semua initidak logik! Semua ini tidak masuk dek akal! Tetapi.. Alangkah bagusnya jika Nazihah benar-benar berada di sisi aku ketika ini? Alangkah indahnya jika mimpi ini menjadi kenyataan? Alangkah bahagianya jika segala fantasi menjadi realiti? Alangkah.. Alangkah manisnya saat ini. Jikalau aku mempunyai Canon EOS-1DsDigital SLR sudah pasti aku rakamkan segala kejadian pada hari ini. Segala hilaitawanya. Segala gerak gediknya. Segala manja tarinya. Segala aktiviti kami di gigipantai ini. Segala-galanya.. Alangkah.. Alangkah bertuahnya diri aku ketika ini. Jika aku mempunyai Apple iPod,sudah pasti segala kenangan ini mampu aku selang selikan dengan lagu-laguyang syahdu, sesuai dengan kapasitinya sebanyak 20Gb itu. Segala jenis lagu darigenre Hip hop sehinggalah ke rock kapak Awie mampu untuk dimasukkan kedalam mp3 player itu. Kami saling berpimpinan tangan. Sampai suatu ketika, kami berhenti di bawah pokok kelapa yang rendang.Pokok kelapa itu agak condong juga, membolehkan kami duduk di atas dahannyatanpa rasa takut. Tangan kami masih bertaut. Jari-jemari kami saling bersilang.Di saat itu, kami saling membalas renungan. Bujur sirih wajahnya aku jelajah. 151
    • Aku Budak Setan: NazihahSeludang hidungnya aku daki. Delima merekah bibirnya aku tatap. Betapabertuahnya aku ketika ini. Di hadapanku bagaikan seorang bidadari. Seorangbidadari yang bernama Nazihah. Seorang bidadari yang turun dari langit semata-mata mahu berlari-larian denganku merentasi pantai. Seorang bidadari yangsanggup mencemar duli menemankan seekor lipas. Beriringan dengan seekorlipas yang haus menagih kasih.Yang lapar menangguk sayang. Nazihah membaringkan dirinya di atas dahan kelapa itu. Tangannyadiqiamkan di atas perutnya. Kakinya dilunjurkan lurus ke tanah. Aku mengambilpeluang ini untuk merapatkan diri aku dengannya. Perlahan-lahan, aku rapatkankepalaku mendekati wajahnya. Rapat sehingga hidung kami berlaga. Di saat itu, kami saling berkongsi nafas. Di saat itu, Nazihah memejamkan matanya. Aku mahu mendengar dengus nafasnya. Aku mahu mencium harum wangiannya. Aku mahu merasa degup jantungnya. "Jihah, Abang sayangkan Jihah.." Nazihah tersenyum. Hati kerasku cair dimamah senyumannya. "Jihah tahu.." Aku tersenyum. Bibir merahnya aku rapati dengan bibirku. Lembut. Suam. Sekali lagi. "Abang Joo..ummmm" Mata Nazihah terpejam. Nafasnya mula tidak keruan. Lembut. Suam. Sekali lagi. ...kali ini dengan bantuan lidah. "Abang Jo.. jangann.. ummmm" Mata Nazihah masih rapat terpejam. Deru nasfasnya makin galak mengencang. Aku memulakan langkah kedua. Badan Nazihah aku tindih. Berat badanku 152
    • Aku Budak Setan: Nazihahdialihkan ke atasnya. Jari jemariku lancar mengusap-ngusap gebu pehanya.Bibirku masih melekat pada delima merekah itu. Kali ini, makin bertalu-talu.Kali ini, makin bernafsu. "Abang Jo.. beratt.. bangunlahh.." Aku tidak mempedulikan rengekannya. "Abang Jo.. bangunnn..." Makin dilarang, makin aku menggila. Makin ditolak, makin aku meminta. "HOI, BANGUNN!!" Pek! kepala aku ditepuk. babi, sape kacau nihh ??? Aku membuka mata. Sepoian angin pantai diganti dengan deruan kipas siling. Hempasan ombak diganti dengan hingar-bingar suara manusia. Dahan pokok kelapa diganti dengan tilam keras Bilik Sakit. Bidadari comel diganti dengan Orga celaka. Orga?? “Tido pon bole sengih-sengih ke??" Aku bangun terpisat-pisat. Oh, mimpi rupanya sebentar tadi. Mimpi yangindah. Mimpi yang sangat indah. Benar tekaan aku. Segala-gala yang indah, takmungkin mampu aku kecapi. Segala perkara yang aku impikan, tak mungkindatang bergolek. Siapa aku? Hanyalah seekor lipas rumah yang berambut megi.Hanyalah sehelai plastik aiskrim yang mendiami tong sampah DBKL. Nazihah, mengapa engkau hadir di dalam mimpiku? Nazihah, mengapa engkau hadir di dalam mimpiku? Nazihah, mengapa engkau hadir di dalam mimpiku? MENGAPAA?? "Bangunlah cepat, bodoh!" Pek! kepala aku ditepuk lagi. 153
    • Aku Budak Setan: Nazihah Cilaka! Aku memandang Orga dengan muka palat. Sial benar cikgu lelaki bangsatini. Sesuka hati sahaja menepuk-nepuk kepala aku. "Pegi mandi cepat, karang mak kamu datang!" keco aa.. ko pulak yang sebok! eh, mak aku nak datang?? "Mak saya datang??" "Kau pekak ke? Tak dengar aku cakap apa tadi??" Ade nak kena koyak mulut ni.. "Apsal diorang nak datang lak ??" "Bawak kau balik rumah la!" bawak aku balik rumah?? "Apsal nak bawak saya balik rumah ??" Orga terdiam. Sambil mencebik ke arah aku, orang tua terkutuk itumemalingkan badannya dan berjalan menuju ke pintu Bilik Sakit. Kata-kata akulangsung tak diendahkannya. Ayat-ayat aku langsung tidak dijawabnya. sape yang pekak sebenarnye ni?? "Apsal diorang datang nak bawak saya balik rumah lak??" Orga berpaling. Keningnya berkerut. Mukanya mengcibai. "Dah kau kena gantung sekolah 2 minggu, nak buat apa duduk kat sekolahni ??" Gantung sekolah 2 minggu ?? Apa ni ?? Tiba-tiba, imej Ezam terpampang jelas dalam kepala aku.. Sial ko Ezam! 154
    • Aku Budak Setan: Nazihah 30 2 Minggu Aku bergerak malas menuju ke wakaf. Di situ kelihatan Cikgu Reza danCikgu Roslan sedang duduk-duduk sambil berborak. Walaupun lesu melihatmereka berdua, namun aku gagahkan juga kaki aku melangkah sambilmenjinjing 2 beg besar. Cikgu Reza melihat aku dengan wajah tanpaberperasaan. Cikgu Roslan pula, sengih sinis melihat beg besar yang aku bawa.Perbualan rancak meraka terhenti. Tidak tahu pula aku apa yang rancak merakagebangkan. Bercerita tentang kenaikan gaji? Ah, kerja goyang kaki mahu naikgaji. Bercerita tentang kehebatan perlawanan gusti katil dengan isteri masing-masingkah? Ah, orang lain tak ada isteri pun boleh bergusti katil juga. 155
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Tumpang duduk sini bole cikgu?" "Bole bole.. tak de masalah!" Cikgu Roslan mencapai kapcai buruknya. Lalu meninggalkan aku danCikgu Reza berdua-duaan di wakaf. Meluat dia melihat aku barangkali. Jikabukan meluat.. mungkin jijik. Ya lah, jejaka berambut megi berperangai sepertilipas ini.. kambing pun tak mahu jeling. Jangankan kata kambing..lipas rumahpun tak mengaku kawan. Aku duduk bertentangan dengan Cikgu Reza. Beliau memandang kosongke arah aku. Garis-garis pasrah terukir jelas pada dahi beliau. Mulutnya bagaikanmahu bertutur.. tetapi bibirnya bagaikan digam. Tak tahu. Aku tidak tahu apayang Cikgu Reza cuba lakukan. Aku tidak tahu apa yang Cikgu Reza mahupasrahkan. Aku tidak tahu apa yang Cikgu Reza mahu tuturkan. "Mintak maap Jo, cikgu tak dapat nak tolong kamu.." tolong? ko nak tolong aku amek beg ke tadi? lerrr... tak nak cakappp "Cikgu dah try nak mintak pengetua ringankan hukuman, atau sekurang-kurangnya... hukuman yang sama rata pada semua yang terlibat.." tak per aa reza oihh.. aku bawak balik 2 beg ajer. "Tapi.. cikgu tak mampu.." huishh.. ape yang ko tak mampu nihhhh...??? hmmm.. "Saya sorang aje ke yang kena gantung?" "Ha ah. Kamu sorang aje.." "Yang lain-lain??" "Apa yang dah jadi sebenarnya cikgu ?" "Masa perhimpunan tadi.. Pengetua dah umumkan hukuman untukkorang semua.." "Kawan-kawan sama tingkatan dengan kamu.. semua kena rotan 2 kali." "Puad kena last warning.." "Orga? Dia kena ape??" orang tua keparat lagi kabaret tu ?? "Orga?? Sape Orga??" erk..demit "Err.. tak, Cikgu Ridzwan. Haa.. Cikgu Ridzwan kena ape??" 156
    • Aku Budak Setan: Nazihah kena turun pangkat jadik tukang kebun ke? "Dia dinasihatkan bercuti selama 1 minggu oleh pihak sekolah.." hek ellehh.. fak gile! "Kenapa tak gantung dia dari jadi cikgu??" kenapa tak jadikan dia pakcik drebar bas ke.. pakcik sapu sampah ke.. pak cik kantin ke.. Aku megepalkan penumbuk. Geraham atas dan bawah aku laga-lagakan. Macam mana si keparat yang memaksa Qadir berbohong itu hanyasekadar diberi cuti? Marah. Tidak puas hati. "Ezam??" Cikgu Reza diam membatu. "Apa hukuman untuk Ezam?" Cikgu Reza menghela nafas panjang. "Rotan 1 kali. Sebab membawa senjata ke sekolah.." "Rotan sekali aje? sekali aje??" "Ha ah. Rotan sekali aje.." "Memukul pelajar dengan senjata berbahaya.. tak ada kena tindakan??" "Bapa Ezam kata.. Itu tindakan untuk mempertahankan diri.." ah, pale otak ko.. ! "Mencetuskan kemarahan pelajar.. tak ada kena tindakan??" "Bapa Ezam kata.. itu hanya satu salah faham.." ah, pale abah ko..! "Mengetuai sekumpulan pelajar menggertak pelajar lain.. mengamalkangangsterisme kat asrama.. tidak menghormati pelajar lain.. mengancamkeselamatan pelajar lain.." "Itu semua tak kena ape-ape tindakan ??" Cikgu Reza mengeluh. Wajahnya diangkat merenung surau sekolah.Pertanyaan aku tidak dijawab. Cikgu Reza sekadar menggelengkan kepalanya. eh, aku kat sekolah ape ni? 157
    • Aku Budak Setan: Nazihah Di mana aku sekarang ini? Mengapa sebegitu anjing sekali pihakpentadbiran sekolah? Pelajar-pelajar yang mempunyai kepentingan kepadasekolah, ditatang bagaikan minyak penuh. Pelajar-pelajar yang ibu bapanyamemberi duit kepada sekolah, dijaga bagaikan anak emas. Salah tetap salah.Mengapa perlu mereka yang sekadar mempunyai duit yang banyak tapi lebihbangang dari 215 ekor keldai.. dijaga dan dilindungi dengan penuh kasih sayang ?Nama sahaja sekolah sains.. tapi perangai cikgu-cikgu di sini saling tak tumpahseperti guru-guru di Sekolah Menengah Ceruk Kampung Di Hulu Sungai BeratapRumbia Berlantai Papan. Bodoh! Apa? Pelajar-pelajar yang ibu bapanya tidak memberi duit kepada pihaksekolah.. tidak ada keadilankah untuk mereka? Tidak layakkah mereka ini untukmenerima layanan yang sama rata? Pengetua di sini mahu berbakti kepada anakbangsa atau mahu mencari duit untuk membeli Mercedes ? Tidak cukupkah gajibulanan yang dibayar oleh kerajaan ? Tidak cukupkah elaun itu ini begitu beginiyang diberi? tidak cukupkah memakai kereta Mercedes S class yang tersadai didepan rumah itu? "Johari.. kamu bagaikan tengah bermain dengan api sekarang ni. Untukkeselamatan kamu.. hentikan dari mencari pasal dengan Ezam tu.. Dia denganduit.. dan dia bole buat ape saje pada kamu Johari.." "Cikgu.. dalam kes ni, yang teraniaya saya. Yang menganiayanya.. si Ezamtu. Macam mana saya pulak yang kena teruk ? Saya tak peduli dia ada duit ketidak.. yang pentingnya, saya kena tebus balik penganiayaan saya ni!" "Cikgu harap kamu faham.. lawan kamu bukan sebarangan orangnya.." heh, lawan aku bukan sebarangan yer?? "Tak apalah cikgu.. saya pun, bukan sebarangan orang juga..!" heh, kasi riak sketttt.. kasi panasss skettttt... Cikgu Reza bangun. Barangkali.. beliau menyampah mendengar ayat riak aku. Barangkali..beliau meluat melihat wajah ketupat pahit yang aku paparkan pada beliausebentar tadi. Barangkali.. ah, banyak benar barangkalinya.. "Dengar nasihat cikgu ni Jo.. jangan cari pasal dengan Ezam tu.." ".. kalo kamu rasa nak duduk kat sekolah ni lama.." ".. kalo kamu rasa nak selamat duduk kat sekolah ni sampai habis SPM.." ".. jauhkan diri kamu dengan Ezam!" 158
    • Aku Budak Setan: Nazihah PRENGGGG!! Cikgu Reza menyentak pedal motor Honda EX5. Dipulasnya throttlemotor itu lalu meninggalkan aku terkontang kanting di wakaf. Nun dari jauh aku melihat sebuah kereta melintasi pagar sekolah. Kereta Wira putih. Aku cam benar kereta Wira itu. Kereta Mak. Mak dah sampai. Jam Petaling Street yang aku curi itu aku kilas. 11:17 pagi. Ah, sampai jugaakhirnya ibu tersayang yang tidak seberapa menyayangi aku itu. Menyesal pulaaku mengendong 2 beg baju ini turun ke wakaf. Kalaulah aku tahu beliau sudahhampir tiba, lebih baik aku makan mee getah Dewan Makan dahulu. Jikalautidak makan pun, merayau-rayau sekitar asrama mencari milo untuk dibuat air.Untung-untung ada beberapa orang pelajar junior yang berpura-pura sakitsebagai alasan untuk tidak pegi ke kelas. Boleh juga aku menyuruh merekamasakkan megi untuk aku. Paling tidak pun, memecah masuk aspuri. Aku mengintai-intai ke laman aspuri melihat jika ada kelibat manusia.Manalah tahu jika secara kebetulan dan tidak disangkakan, kelibat Nazihah akanmuncul di sebalik tangga. Atau mungkin sedang melambai-lambai mintadimanja. Nazihah. Nazihah sudah sihatkah ? Nazihah sudah bangunkah? Nazihah sudah kebah dari demamkah? Aku berjalan perlahan menuju ke pagar aspuri. Sebelum aku balik bercutiselama 2 minggu ini, aku harap aku dapat berjumpa sebentar dengan Nazihah. Sekurang-kurangnya.. dapat memohon maaf ke atas apa yang terjadi. Sekurang-kurangnya.. dapat menghilangkan rindu selama 2 minggu nanti. Sekurang-kurangnya.. dapat mengucapkan selamat tinggal sebelum akutiada di sini. “Kamu buat ape kat sini??!!" "Err.. Saya nak jumpe Nazihah sekejap cikgu.." aaa Cik Azilah berdiri bercekak pinggang di hadapan aku. Sejak bila pula beliau berada di sini ? Sumpah aku tak perasan. Serius aku tak nampak. 159
    • Aku Budak Setan: Nazihah demit! "Buat ape nak jumpe dia??" Cikgu jeles sebab tak de sape nak jumpe cikgu ek? "Err.. nak bertanya khabar dia.." nak sambung mimpi saya semalam cikguu.. "Tak boleh! Apa hak kamu nak jumpa dengan dia??" "Berambus dari aspuri ni! kamu tak layak nak jumpa dengan dia!!" shiitttt! Kena halau sehh "Err.. sekejap aje cikgu.." "Tak boleh!!" Arghhh!! "Sekejap pon tak bole cikgu ?" Aku mencuba lagi. Kali ini, dengan kedua-dua jari telunjukku ditemukan antara satu sama lain32. "TAK BOLEH!! " Demit demit demit!! "2 minit??" Permintaan aku kali terakhir. Kali ini dengan anak mata bulatdan lebih besar daripada biasa, bulat seperti bulan purnama33. "Kamu pekak ke??" Memang pekak pon!! Aku memusing badan. Sedih diperlakukan seperti anjing. Hina diherdik seperti peminta sedekah. Marah ditengking seperti orang gaji dari Indonesia. Aku melangkah longlai menuju ke wakaf. Kali ini, Mak aku telahmenunggu dengan bermuka neraka. Mungkin marah dengan aku kerana dibericuti istimewa seawal 2 bulan aku di Sekolah Menengah Sains Kering KontangBerkelapa Sawit. Mungkin marah sebab mengganggu kerja beliau di pejabat.Mungkin marah kerana terpaksa memandu jauh semata-mata menjemput anakjejaka bukan kesayangannya pulang bercuti.32 Seperti gaya dalam anime Jepun33 Seperti gaya Puss in Boots dalam filem Shrek 160
    • Aku Budak Setan: Nazihah Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan mak. Haram takdisambutnya. Marah benar dengan aku agaknya. Aku mencapai beg bajuku danmenyumbatkannya ke dalam bonet kereta. Muka neraka Mak masih belum surut.Jarang Mak bermuka begitu. Kali terakhir adalah apabila menjamin aku keluardari balai polis kerana kantoi ponteng sekolah di kedai snuker. Itu pun, bukansalah aku. Semuanya salah Faruk. Dia yang beria-ia benar mengajak aku mainsnuker pada tengah hari itu. Sebelum main snuker, ternak duit pada mesin kudadulu. Tunggu nombor-nombor kecil keluar. Baca corak nombor kuda yangmenang. Masuk RM 2, main dalam 10 minit boleh dapat RM 16 ringgit. Kalaumain Super Derby, peluang untuk mendapat RM350 dengan RM1 cukup mudah.Corak nombor Super Derby lebih mudah dibaca berbanding kuda bodoh yangkadang-kadang bertukar rupa menjadi motor mahupun itik membawa guni.Untung dari bermain kuda sudah terlebih cukup untuk main snuker 2 gamecampur dengan beli rokok sekotak. Aku masuk ke dalam kereta. "Tak habis-habis nak menyusahkan aku!" Aku terkedu. Makk.. Jo teraniaya makk.. 161
    • Aku Budak Setan: Nazihah 31 Aida Perjalanan pulang dari Sekolah Menengah Sains Kering KontangBerkelapa Sawit ke rumah telah berjaya membuatkan buntut nipis aku kematu.Tiada apa yang menarik sepanjang perjalanan pulang. Tiada sebarang kata-katayang keluar dari mulut Mak. Tiada sebarang perasaan terpancar dari cerukwajahnya kecuali perasaan neraka. Sejak dari sekolah sehinggalah ke depanrumah ini, masih mampu Mak mempertahankan mimik muka sebegitu. Denganbibir yang dijuihkan, dengan kening yang dikeruntukan, dengan hidung yangdikembangkan. Ah, sungguh hodoh sekali wajah neraka Mak. Sungguhpun sedarakan keburukan wajah sebegitu rupa, namun Mak memang tidak pernah peduli.Mungkinkah Mak terasa cool apabila bermuka begitu? Aku tidak pasti. Tapi Mak masih membisu. 162
    • Aku Budak Setan: Nazihah Aku tidak suka begitu. Bagi aku, jika benar-benar marah.. luahkan. Tidakpeduli apa jenis makian yang keluar. Tidak peduli apa jenis kungfu yang bakalkena. Mengambil keputusan untuk berdiam diri ketika marah adalah satuserangan psikologi yang sangat dashyat. Puas aku bercerita kepada beliau akankronologi percutian 2 minggu aku ini. Jenuh aku menjelaskan tentang situasisekolah yang tidak mahu berpihak kepada aku. Kering tekak aku melaporkan apayang terjadi semasa sessi soal siasat. Berbakul-bakul cacian dan seranahan akulemparkan pada pihak sekolah. Dari si keparat Orgasehinggalah kepada Mak Cik Ita penjaga aspura. Tapi Mak masih membatu. Ya. Aku pasrah. Aku mengaku kalah. Aku sedar akan situasi aku sekarang memaksa Mak untuk berdiam diri. Aku faham akan kemarahan Mak untuk bermuka neraka sebegitu rupa. Aku memang merupakan satu-satunya anak bukan kesayangan dia. Aku memang satu-satunya pencetus masalah di rumah. Aku memang satu-satunya makhluk perosak di rumah. Aku! Memang! Perjalanan pulang ke rumahku bukan syurgaku diakhiri dengan tindakanMak memberhentikan kereta di hadapan rumah. Punat bonet di sebelahkerusinya diangkat. Segera aku bergegas menuju ke belakang dan mengeluarkanbeg-beg aku dari perut bonet. Regang otot tanganku mengangkat kedua-dua begtersebut. Pantas saja aku meletakkannya di tepi tembok di sebelah pagar. Penatmengangkat beg, aku tercangak di hadapan pintu pagar memandang ke arahrumah. Rumah ini tersimpan pelbagai nostalgia aku sepanjang 16 tahunpengalaman aku menghirup udara Kuala Lumpur. Aku membesar di sini. Sejakdari tadika, masuk ke sekolah rendah, migrasi ke sekolah Menengah Victoria,pindah ke Sekolah Menengah Sains Kering Kontang Berkepala Sawit danakhirnya transit selama 2 minggu. Terlalu banyak kenangan. Terlalu banyak angan-angan. Zroomm... Aku toleh ke belakang. Kereta mak sudah tidak ada. Pantas benar beliaupergi meninggalkan aku terkontang-kanting di sini. Sebak dan sedih datangmenerpa masuk. Di saat aku memerlukan seseorang untuk aku menenangkanperasaan. Pada masa aku membutuhkan kasih sayang seseorang untukmeredakan ketegangan. Takala belaian manja diharapkan dari seseorang untukaku menghilangkan sedu. Semua itu tiada. Semua itu menghampakan. 163
    • Aku Budak Setan: Nazihah Ya. Aku akur. Terlalu sukar rupanya menjaga anak. Terlalu payah sebenarnya memahami perasaan anak. Terlalu jerih rasanya menghabiskan masa bersama-sama anak Aku adalah anak bukan kesayangan dia. Aku adalah anak yang gemar mencetus masalah. Aku adalah anak yang perosak rumah. Mak, kenapa tidak kau cekik aku supaya mati sejak dari kecil? Sekurang-kurangnya, aku tidak selalu berasa kecil hati atas apa yang kaulakukan pada aku. Mak, kenapa tidak kau hantar aku pergi Pusat Kebajikan? Paling tidak pun, tidak perlu banyak belanja untuk aku saban bulan. Aku termangu kebangangan memandang rumput. Batu-batu kelikir di tepi jalan aku sepak satu persatu. Hanjeng! Aku maner ade kunci rumah! Poket seluar aku seluk. Adalah dua puluh sen. Dua posen nak buat hape?? Hendak ke mana aku sekarang ini? Panjat pagar masuk ke rumah? Haram kunci rumah tak ada. Mahu melepak ke Mapley? Haram duit satu sen pun tidak ada. Mahu bersukan di Woh Fatt Snuker Centre? Haram member seorang pun tidak ada. Main kuda? Nak curik duit sape? Bangang! Aku tidak ada pilihan lain. Beg-beg aku yang dua ketul itu aku campakkanmasuk ke laman rumah dengan harapan tiada imigran-imigran bangang ataupunwarganegara-warganegara bangsat yang mahu mencuri beg-beg tersebut. Tanpaberlengah, aku berlari ke arah pondok telefon Unifonkad yang berwarna kuningdengan plastik yang sudah pecah-pecah dan dinding yang diconteng liquid-paperakibat divandalismekan oleh warganegara bangang yang bodoh dan celaka. Call Farok kejap aa.. 164
    • Aku Budak Setan: Nazihah 9..8..5..4..1.. Tutt tutt... tutt tutt.. Tidak ada orang. Call Aswat pulak aa.. 9..8..5..4..3.. Tutt tutt... tutt tutt.. Tak ada orang. Demit, mane sumer orang pegi ?? Pilihan terakhir. 9..8..5..4..4.. Tutt tutt... tutt tutt.. "... Hello ?" "Hello, Aida ada ?" "Yer, ni Aida nih" "Aida, ni aku ni Jo." "Aa.. Jo. Apsal?" "Ko ada kat rumah kan? Aku nak lepak rumah ko kejap bole?" “Bole.. bole.. datang le. Ko ingat lagi kan kat mane rumah aku?" "Demit, ingat lagi aa.. ciss" "Ahahahaha.. mane aa tau kot-kot ko dah tak ingat lagi.." "Hehe.. okeh, kasi aku 5 minit" "Okeyy.." "Oraitt.." Kluk! Aku meletakkan gagang telefon. Sambil meraba-raba perut aku yangkosong kelaparan, aku melangkah laju ke rumah Aida. Ah, nasib baik ada Aida.Kalau tidak, menjelang pukul 4 petang nanti.. pasti rumput di halaman rumahaku kelihatan sedap. Jika tidak rumput, barangkali pagar rumah aku pun salingtak tumpah kelihatan seperti daging masak merah. Rumah Aida tidaklah jauhsangat dari koordinat rumah aku. Hanya selang 2 taman permainan. Aida adalahsalah seorang kawan aku sejak dari kecil. Sejak dari darjah 4 hingga ke darjah 6,kami sekelas. Masak benar kami dengan perangai masing-masing. Satu perkarayang menarik tentang Aida adalah, beliau sangat gagah. Sangat-sangat gagah.Terlalu sungguh gagah. Super gagah hinggakan beliau mampu mengusung 2 165
    • Aku Budak Setan: Nazihahbuah gunung yang sangat memberahikan ke mana-mana sahaja beliau pergi.Malah, aku cukup yakin yang beliau tidak pernah terfikir untuk meletakkannya dimana-mana hanya untuk meringankan beban yang ditanggung. Kadang-kala akuterfikir untuk meringankan beban Aida. Wanita adalah insan yang lemah.Sebagai seorang lelaki yang berwibawa, sudah pasti menjadi tanggungjawab akuuntuk menolong wanita. Berikut adalah 2 adegan yang aku rancang untuk lakukan pada Aida jikaada kesempatan nanti. Adegan 1: "Aida, kesian aku tengok ko asyik usung 2 ketul gunung tu sorang-sorang.Apa kate kalo aku tolong angkatkan satu ?" (sambil memegang sebelah gunungsecara serius) Pek!!! eh, apsal gigi aku banyak berterabur atas tanah ni ? Adegan 2: "Eh, ni ape yang besar sangat ni ? Sape ajar ko beli tembikai taruk dalambaju ni ?? Apsal tak mintak plastik aje kat kedai buah tadi ??" (sambil menunjal-nunjal gunung di dalam t-shirt) Prakkk!!! eh, apsal ada gunting kat perut aku ni? Perjalanan aku terhenti. Akhirnya aku berada di halaman rumah Aida.Sementara waktu, aku pendamkan sahajalah kedua-dua adegan tersebut. Belumsampai masanya lagi untuk aku meringankan bebanan Aida. Perut aku sudahberbunyi tanda mahu minta diisi. Harap-harap, adalah makanan yang sedap-sedap di rumah Aida. Masa-masa begini, ayam masak rempah adalah menu yangpaling membuatkan aku kecur air liur. Tidak ada ayam masak rempah pun, dapatikan masak tiga rasa pun apa salahnya. Jika dua dua tidak ada, Aida masak tumispun sedap juga. Itu pun, jika aku sempat menjamah tanpa disambar petir darilangit. "Assalamualaikumm.. Aidaaa!" Tiada balasan. "Aidaaaa..!!" Terdengar bunyi tapak kaki dari dalam rumah. Pintu terkuak dari dalam. Aida muncul dengan seluar hot pants dan t-shirt tanpa lengan yangmenampakkan pusat sambil menyembunyikan gunung-gunung berahi yangsentiasa menjadi bebanan beliau sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 166
    • Aku Budak Setan: Nazihah Aku tergamam. "Hi jo.. masuklah." Kaki aku bagaikan disimen ke tanah. Mulut aku terkunci. Ada 367ml airliur sedang bertakung di dalam mulut melihatkan Aida dalam berpakaian begitu. "Heyy.. ape keras aje kat situ? Masuklah.." Kaki aku masih membatu. "Tak payah malu.. tak de sape kat dalam ponn.." Aku rasa aku bakal disambar petir sebentar nanti.. 167
    • Aku Budak Setan: Nazihah 32 Aida Masak Tumis Aku memberanikan diri masuk ke rumah Aida. Rumah beliau kelihatansungguh kemas. Terdapat barisan lipatan pakaian elok tersusun rapi di atas mejamakan. Sofanya pula elok tersusun bersama-sama bantal empuk berbentukempat segi. Aku tak perlu rasa terkejut. Itu memang hobi Aida sejak dari kecillagi. Gemar benar beliau dengan aktiviti mengemaskan rumah. Pantang benarjikalau ada sudut di rumahnya yang tidak teratur. Pasti pantas tangannyamenyambar batang penyapu lalu melakukan sedikit aktiviti senaman yang bukansahaja menyihatkan badan malahan dipercayai dapat membantu mengembalikankesejahteraan ekologi rumah. "Ko sampai bile tadi Jo?" "Baru je sampai ni. Lepas mak aku drop aku kat depan rumah tadi.. diaterus blah" 168
    • Aku Budak Setan: Nazihah Sedih tau, dalam poket aku ada dua posen je ni haa.. "Dah tu, ngape ko tak masuk rumah dulu?" "Macam mane nak masuk Aida.. aku.." "Ko rindu kat aku?" "Erk..!" kalo aku rindu kat ko.. dari tadi aku dah terkam ko dah.. “Ahahahaha..!! kantoi!!" "Hek ellehh.. memang tak la kan??" ker.. ko mmg nak sangat aku terkam ko nihh?? “Dah tu, kalo tak.. ngape muke ko merah ?" eh, biar aa muke aku merah ke, ijau ke, kelabu ke hape ke.. Aku mempersilakan diri aku untuk duduk. Bantal lembut empat segi yangmenjadi penyeri sofa aku ambil dan rapatkan ke pusat. Cuba untuk mengelakkandari rakan karib di dalam seluar mengetahui dunia luar. Bahaya. Aida mengambiltempat agak jauh dari aku untuk duduk. Kami masih di atas sofa yang sama.Cuma, dipisahkan oleh suatu jarak selamat. Jarak selamat yang memastikantiada berlakunya sebarang aktiviti yang mampu menyebabkan aku disambarpetir. Juga bahaya. Lama aku memerhatikan Aida. Aida masih lagi seperti Aida yang kukenaldahulu. Sopan santun dengan rakan, lembut dalam pergaulan, murah dengansenyuman, bijak dan pandai berdandan, cekap mengadun dan memasakmasakan, rajin dan kurang bijak dalam aktiviti pendidikan, gagah mengusunggunung yang memberahikan, seksi dan gemar mencolok mata jejaka-jejaka yangkegersangan, ketat, sendat dan padat dalam berpakaian, licik dalam aktivitipameran pusat badan dan akhir sekali.. bijak mencubit rakan dalam lokasi yangmeragukan. Suatu ketika dahulu, aku benci benar dengan cubit-cubitan dia. Sakitdan mampu menghasilkan birat dan lebam. Pernah suatu ketika, akumenghadiahi Aida dengan seulas penampar kerana tidak mampu menahankegelian apabila dicubit di bahagian.. err.. di bahagian... aaa... aku sudah lupa.Yang aku masih ingat, cubitan itu ditanam di sudut bahagian yangmenggelikan34. Akibatnya? Putus kawan selama 2 minggu. "Haa.. ape citer sekolah baru?" "Sekolah baru? Pehh.. best gile!" sekolah baru? ade ramai awek cun woo.34 Maaf, lokasi cubitan tidak mampu didedahkan di sini. Harap anda faham. 169
    • Aku Budak Setan: Nazihah “Best gile?? Waa..ape yang best??" "Sumpah best gile. Best gile babi tahap anjing rabies35!" sumpah best gile.. ade ramai awek hot! ”Anjing rabies? Ape tu ??" "Anjing rabies ko tak tau ? " bodo punye pompuan.. ”Sumpah aku tak tau.." "Anjing rabies tu biskut. Selalunye petang-petang, kalo ko nak buat airteh.. ko mesti nak cicah air teh tu ngan biskut, btul tak? So, biskut tu kite panggilanjing rabies.." Contoh ayat adelah: Saya gemar makan anjing rabies sambil cicah teh pada waktu petang. "Jo.. Jo.. Ko memang tak berubah sejak dari dulu. Dari kecik aku kenalko.. sampai le sekarang. Ko masih kimak macam dulu gak dan aku yakinkekimakan ko semakin menjadi-jadi.. " "Ahahahaha.." Emo aa tu.. hihihii "Ko kimak aa Jo.." "Wakakakaka..!!" Alalallalalla... emo emo "Yer.. aku tau aku bodoh. Aku tak mampu nak pegi sekolah sains macamko kan??" "Hoi hoi.. ape nih? Ape nih?!" Aisehh.. dah start dah ayat gampang tuuu "Ko pandai.. bijak.. cemerlang.. orang kat taman ni sumer sayanggggg katko.." "Fakk..!" Kacak.. kacak.. ko lupe perkataan kacak wehh "Ko tau tak? Satu taman ni meratap hiba sedih sejak ko pegi sekolah tu kotau tak ??" "Dem, babi ko! Menganjing cam sial..." Rabies adalah penyakit berbahaya yang menyerang sistem saraf mamalia, termasuklah35manusia. (Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Rabies) 170
    • Aku Budak Setan: Nazihah Tolongg.. pujilah lagi.. pujilah lagii.. aaa "Ahahahaha..!!" "Haa.. dah tu tunggu ape lagi? Best tak sekolah baru ?? Citer aa.. citer aa.." Maka, aku tiada peluang untuk membuat pilihan. Aku tidak mahumembiarkan diri aku dihamburkan dengan kata-kata anjingan Aida. Kaki akusilangkan, duduk aku kejapkan, badan aku sandarkan. Aku memulakan bicara.Aku bercerita kepada Aida apa yang berlaku kepada aku dari A hingga Y. Ya,sehingga Y sahaja. Aku tidak sanggup bercerita sampai ke Z kepada Aida. KeranaZ itu terlalu mahal harganya untuk aku. Kerana Z itu sangat tinggi nilainya dalamhidup aku. Kerana Z itu aku tinggalkan untuk Nazihah. Biarlah cerita itu aku tanamkan dahulu. Biarlah cerita tentang Nazihah aku pendamkan begitu. Belum sampai tikanya untuk kau tahu Aida. Belum sesuai waktunya untuk kau dengar Aida. Aku mengakhirkan cerita aku di Sekolah Menengah Sains Kering KontangBerkelapa Sawit dengan emosi. Aida duduk terdiam setelah aku mengakhiricerita aku. Dari raut wajahnya, jelas terpampar garis-garis yang tidak puas hati.Dari mimik mukanya, terang baris-baris lukisan marah berwarna-warni. Ya, akuyakin jika cerita ini aku sampaikan kepada sesiapa pun.. reaksi yang sama akanterpampang. Sudah terang, jelas lagikan bersuluh atas segala apa yang terjadi.Namun, masih aku yang menjadi mangsa. Akhirnya, tetap aku yang empunyaangkara. Deduksinya, percutian dua minggu bermula dari hari ini hanya layakuntuk aku. "Jo.. sabar banyak-banyak yer Jo ? Tu sumer dugaan untuk ko ajer.." Dugaan? ni bukan dugaan.. ini ancaman! "Aku tak tau Aida.. aku tak tahu sama ada aku sanggup nak terima dugaanmacam ni.." "Sabar okey..? Kalau ada ape-ape.. citer la kat aku.. Tak dapat nak tolongsolvekan pon, at least aku bole tolong dengar.. okey?" Aida melekapkan tangannya ke atas peha aku. Digigigiigigig geli aa weh.. hoi! turun tangan tu!! Sesungguhnya.. itu adalah tindakan beliau yang sangat berani. Sangat-sangat berani. Belum pernah selama ini Aida seberani ini. Selalunya, peha akumenjadi sasaran cubitan beliau. Tetapi kali ini.. ah! Aida, kamu ini sudahmelampau ini! Aida, tidakkah kau tahu bahawa peha adalah salah satu organ 171
    • Aku Budak Setan: Nazihahlelaki yang sangat-sangat sensitif ? Lebih-lebih lagi disentuh oleh kamu. Kamuyang sedang memakai pakaian ketat tanpa lengan, pakaian sendat menampakkanpusat badan, pakaian padat membentuk 2 ketul benjolan. "Cam ni aa Aida. Biar aku cakap ape niat sebenar aku datang sini." "Haa.. bunyi cam ade hajat besar je. Cakap aa.." Aku.. err.. aku... Aku mendiamkan diri. Sengaja membiarkan masa menelan suasana. "Cakap aa.." Saba aa.. mangkuk! "Aida, selama ni.. ko tau tak ko selalu menyusahkan aku ?" "Haik? Sejak bila pulak ?" TTadi.. sejak ko pegang peha aku tadi "Dah lama dah. Sejak dari dulu lagi.." "Tapi.." Ahah! muke bersalah dikesan! muke bersalah dikesan! Aida terdiam. "Apa aku dah buat kat ko?" "Banyak bende. Sangat-sangat banyak sampai aku tak leh sabar dah.." "Disebabkan bende ni, aku sumer bende yang aku buat pon.. aku teringatkat ko." "Makan, tido, kumuh.. sumer bende pon.." Aida menunduk. "Ape yang aku dah buatt ...?" Sekali lagi aku mendiamkan diri "Aku mintak maap Jo.. aku sendiri pon tak tau ape yang aku dah buat katko.." Aku menunduk. Mencari semangat untuk meneruskan kata-kata. Menyusun ayat untuk menyambung bicara. "Ape yang aku dah buat ..?" "Jo..?" "Aku rase.. lebih baik aku cakap sekarang.." 172
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Aku takut.. lepas ni aku tak ade peluang nak cakap bende yang samalagi.." "Aku takut.. kalo aku pendam lama-lama, aku akan menyesal tak sudah.." "Aku takut.. peluang yang sama takkan aku dapat lagi kalo aku tak cakapsekarang.." Eh eh.. apsal muke ko merah Aida? Aku merapatkan diriku ke arah Aida. Lek.. lekk.. slow sloww.. "Jo.. ?" "Aida.. aaku.." Makin merah muka dia nihh.. hmmmm "Aa.. aaku.. akuu.." 36 Kamon jo kamon! "Jo.. ???" "Aida, aku lapar. Ko ade nasik tak?" Pek!! Seketul bantal sofa datang terbang melayang ke muka aku. Sebemban surat khabar mendarat ke kepala aku. "Bodoh ko Jo! Buat aku cuak aje tadi!!" "Aahahhahahha..!!" "Amacam? Best tak lakonan aku tadi?" "Best.. aku rasa cam nak sepak-sepak telo ko skang!" "Huishh.. jangan aa camtu sekali. Kasi can aa aku nak membiak." "Ahh.. jantan keparat!" Alaaalallala "Bodoh! Kalo lapa.. cakap la lapa! Memain pulak..!" "Ahahahhaha...!! Aida, aku lapa! Ahahahahha..!!" "Nasib baik aku tak de fikir ape-ape tadi tau??" "Eh, ape yang ko ade fikir tadi ??"36Dalam situasi ini, para pembaca harus membayangkan satu babak romantis dalam telenoveladi televisyen Malaysia. 173
    • Aku Budak Setan: Nazihah ahahahaha.. kantoi2 "Ah, babi aa ko!" "Wakakakakaka..!!" "Ko nak makan ape? Aku bukan masak banyak sangat ni.." "Err.. ape yang ada?" aku nak makan ko bole tak? "Ikan masak asam pedas. Ayam masak merah. Tu ada kobis masak kicaptu.." "Cantek aa tu.. lagi? ade lauk special lain tak?" Aida masak tumis ke.. Aida masak gulai ke.. "Adaa.." "Ape dia?" "Aku..!" Gulp! alhamdulillahhh.. 174
    • Aku Budak Setan: Nazihah 33 Membalas Kelas 4 Delima suram. Prep petang yang sepatutnya diisi dengan hirukpikuk pelajar.. seakan tidak beryawa. Penghuninya ketika itu yang sepatutnyamelakukan aktiviti lincah bagaikan lumpuh. Agak kondusif suasana ketika iniuntuk pelajar-pelajar skema mengulangkaji pelajaran. Tetapi, bagi pelajar-pelajar cacamarba37 yang lain, suasana ketika ini dibiarkan berlalu secara sengal. Di sudut belakang kelas, kelihatan buku latihan, buku teks dan buku notasaling bersepahan. Buku-buku berunsurkan ilmiah memang tidak mendapattempat di hati pelajar-pelajar kelas 4 Delima. Bagi mereka, tingkatan 4 adalahlesen agung untuk bermalas-malasan dan bersenang-lepakan. Peperiksaan Akhir Tahun ? Ah! Lambat lagi mahu disentuh. Sijil Pelajaran Malaysia? Apa itu ? Dedak ayam jenama baru ?37 mengandungi pelbagai unsur, bercampur aduk, (ber)pelbagaian. (sumber: karyanet.com.my) 175
    • Aku Budak Setan: Nazihah Daripada menelaah matematik ajaran Cikgu Nurul, adalah lebihmenyeronokkan bagi mereka membelek Y. Y? Ya, majalah hiburan Y itu menjadiwadah arus perdana dalam dominasi penerbitan hiburan Malaysia. Majalah yangsetiap keluarannya pasti memperlihatkan gambar-gambar artis tersohorMalaysia sama ada lelaki mahupun perempuan di tepi mahupun di dalam kolamrenang. Jika artis itu malu untuk berbasah-basahan, memakai baju renang danditutup towel pun tidak mengapa. Yang penting, Aktiviti di Kolam Renang. Suatumodus operandi38 yang bijak menjadi idola rakyat Malaysia yang sentiasamenjadikan majalah sebegini sebagai bahan rujukan primer. Bahan rujukan?Benar! Jika mahu melihat saiz buah dada artis XX, sila buka halaman 46 dan 47.Dalam mukasurat ini, para pembaca dapat membaca gossip-gossip dan publisiti-publisiti yang tidak ada kaitan dengan karier mereka. Sekadar mahumemenuhkan mukasurat dan mencukupkan syarat. Sudah puas? Nanti! Andatidak perlu takut disambar petir! Jika anda rasa anda sudah melakukan zinamata atau zina kecil.. anda tidak seharusnya berasa takut. Selak mukasura 48.Nah! ada bahan rujukan agama di situ. Hebat bukan ? Ternyata taktik sebeginimemang bijak. Lihat berapa ramai pembaca majalah itu yang telah berjayamenyelamatkan diri mereka dari sambaran amarah petir. Ramai bukan ? Jika majalah Y bukan pilihan mereka, pastilah Mingguan X menggamitcitarasa. Kali ini, para pembaca bukan sahaja berpeluang mengikutiperkembangan artis-artis Malaysia yang hanya mampu mengeluarkan satualbum sahaja, tetapi para pembaca juga berpeluang berkenalan dengan altit-altitremaja yang segar-bugar atau dalam bahasa yang lebih mudah difaham; cando.Pastilah tidak ketinggalan untuk menghantar gambar ke ruangan Bersama Artis.Jangan malu-malu.. hantar saja gamba anda berukuran pasport kepada merekadan nyatakan nama artis pilihan anda. 2 minggu kemudian, gamba anda sudahtertera bersama-sama gamba artis kesayangan anda. Siti Nurhaliza? Tidak perlususah-susah untuk ke Pahang mencari beliau. Gambar yang anda hantar tadiakan dipotong dan dikolajkan bersama-sama dengan gambar artis idola anda keatas kertas. Nah, betapa ruginya kamu pengeluar perkakas lembut pemanipulasiimej (software image editor). Kamu berdemam-demam mahu menciptaalgoritma untuk menghasilkan teknik super impose. Rakyat Malaysia di eraMultimedia Super Koridor ini mampu memberikan hasil yang lebih hebatdaripada algoritma kamu, hanya menggunakan gunting dan gam. Hebat bukan ?Pastilah! Kamu susah-susah mencipta algoritma, Uncle Ho di Lowyat senang-senang mahu mencetak-rompakkan algoritma kamu dengan harga RM5. Lihatpemanipulasi imej ruangan Bersama Artis. Tidak pernah gusar gambar kolajanmereka dicetak-rompak. Berbalik kepada situasi yang agak meragukan yang kini berlaku di blokakademik Sekolah Menengah Sains Kering Kontang dan Berkelapa Sawit.38Modus: cara, gaya (aturan dll); modus operandi cara (prosedur dsb) utk melakukan(melaksanakan) sesuatu. (sumber: karyanet.com.my) 176
    • Aku Budak Setan: NazihahSeketika kemudian, kelihatan sekumpulan pelajar dari Persatuan Pelajar KacakTingkatan 4 berjalan menyusuri koridor raya blok akademik sekolah. Dengandiketuai oleh Mahathir, diekor rapat oleh Hanif di sebelah kiri. Sat gagahmengatur langkah di sebelah Hanif. Maahad berjalan sambil menggaru hidungkemiknya di belakang Sat. Penyu, Along, Kerol dan Ober mencari tempatberjalan di belakang. Masing-masing berwajah masam. Setiap seorang bagaikanmenyimpan dendam. Pergerakan ahli Persatuan Pelajar Kacak Tingkatan 4 berakhir di kelas 4Delima. Di stu telah setia menunggu ahli-ahli Persatuan Wanita Manis YangGanas (Perwamayaga). Dengan diketuai oleh Ayun dan Hanan, mereka telahberjaya mengumpulkan pelajar-pelajar perempuan dari kelas lain untuk turutberkumpul di situ sambil menelaah majalah hiburan berarus perdana Malaysia. "Sial !!" Gedegang! Kerusi di belakang kelas disepak keras oleh Mahathir. "Kita kena bertindak balas! Aku tak puas hati kena rotan 2 kali tadi!" Mahathir menggetap bibir. "Aku dah la bontot nipis.. la ni tak leh nak duduk haa.." Penyu menumbuk softboard. "Diorang yang start, kite lak yang kena sebat!" Kerol menjegil mata menyorot ke arah blok Tingkatan 3. "Ape dah jadik ?" Ikhwana mencelah. Gusar hatinya melihat rakan-rakan bagaikan sudahhilang pedoman. "Aku, Anep ngan Sat kena sebat 2 kali. Yang lain kena 1 kali.. " Mahathir menyambung bicara. Kali ini, tepat matanya memandang kearah bebanan Ikhwana yang diselimuti uniform sekolah. "Budak-budak form 3 kena jugak ke?" "Mane ade! Sekolah cover diorang baik punye." "Pengetua kata.. kita mengamalkan gangsterime. Dia kate.. kitorang yangstartkan gaduh tu!" "Sial btul!" "Aku tak puas hatii !!!" Gedegang! 177
    • Aku Budak Setan: Nazihah Kerusi yang sama ditendangi Mahathir kembali menjadi sasaran. Kali ni,giliran Along. Along adalah rakan dormitri Hanif. Jejaka yang kacak namunsedikit boroi itu bukan dari kelas 4 Delima. Namun, harta milik 4 Delimamenjadi sasaran vandalisme beliau. Terkenal dengan sikap tenang dan mampumenghasilkan jenaka yang diluar jangkauan, beliau kali ini nampaknya gagalmengawal geruh dan siuman. "Kite kena balas balik!" Azmi memberi cadangan. "Apa? rotan balik Pengetua ke??" Maahad cuba membidas sambil menggaru hidung. "Bodo! Nak rotan diorang buat hape?? bangangg!!" Pek! Sat menunjal hidung kemik Maahad bagaikan memicit loceng bas mini 44berwana pink bernombor plet WAS 3341 yang telah ditamatkanperkhidmatannya di Lembah Kelang beberapa tahun yang lalu seraya digantikandengan bas Intrakota yang berpemandu kapal terbang berlesen pra-L danberuniform putih. "Dah tu ??" "Kite belasah balik budak-budak Ezam jom!" "Eh, cun gak aa idea ko tu Ober.." Mahathir yang sejak tadi memakukan matanya pada objek ganjil yangberbonjol disebalik uniform sekolah Ikhwana menyampuk yakin. Matanyabersinar. "Kalo macam tu..." "Sat, pegi panggil budak-budak laki kelas Mutiara ngan Intan turunkejap." "Anep, ko panggil sumer budak laki kelas Berlian datang sini." Bagai lembu dicucuk hidung, Hanif dan Sat patuh. Tidak sampai 5 minit, kelas 4 Delima telah penuh. Suasana yang tadinya aman menjadi hingar. Keadaan yang tadinya tenang menjadi bingar. "So macam ni, malam ni kite ambush diorang!" "Cam mane?" 178
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Aku nak 4 orang dari dorm Keranji usha line malam ni. Yang lain, tunggukat tangga hujung kat toilet asrama malam ni. Dorm Jati, korang masuk daritangga yang hujung lagi satu. Dorm Merbau, kita masuk dari tangga tengah.Target kita malam ni ialah dorm Ezam." "So, aku tak mau sorang pon antara korang datang ngan tangan kosong.Capai penyangkut baju besi dalam locker korang. Along, kayu hoki ada lagi dalamdorm ko kan ?" "Haa.. ada lagi, nak gune ke?" "Bawak kluar sumer.. selambe." "Boleh.. bolehh.." "Setakat ni, ada apa-apa bantahan?" "Mahathir, kita tak leh lawan diorang macam tu." Sopa mencelah. Karekter baru ini adalah salah seorang watak cekal yangpendiam. Jarang membuka mulut tetapi gemar membuka buah silat. Kurangbercampur dengan masyarakat tetapi aktif melipat-lipat. "Ngape?" "Diorang dah tentu ada spy. Kompom diorang pon akan ready dalam bilikkalo dah nampak kite sumer kluar dari bilik ramai-ramai." "Lagipon, kite sikit.Tak seramai diorang. Kite kena ada plan lain. Planyang lagi bagus!" “Ko ade plan lain Sopa?" "Dorm ko ngan aku ade cerek air. Kite panaskan dulu air tu. In casediorang dah ready, kite curah air panas tu kat diorang." "Kite ambush ramai-ramai dari tangga tengah. First wave, rempuh bilikdiorang. Jangan bukak mulut. Suara kite malam-malam bule sampai ke rumahwarden." "4 orang yang cover line malam nanti, make sure korang cabut fius dormEzam kat dalam bilik TV." "Hantar 10 orang dari batch kite untuk masuk dari koridor luar. BilikEzam ada satu tingkap yang tak de kaca. So, bole masuk ngan senang. Timetengah kelam kabut kat depan dorm, korang masuk sapu dari belakang." "Penyangkut baju dalam locker tu bagus. Tapi, make sure elakkan daritibai muke. Esok, kalo warden nampak.. mampus kite." "Cam mane? okey??" "Cantek! aku sokong" "Korang sumer paham tak plan Sopa tadi?" 179
    • Aku Budak Setan: Nazihah Tiada bantahan. Masing-masing mengangguk. Tidak pasti sama ada mereka benar-benar faham atau tidak. Tetapi yang pasti, semua di situ mempunya tujuan yang satu. "Beress.. kalo cam tu, nak start kol brape malam nanti ?" Mahathir mengeruntukan kening. Matanya merenung tajam ke arah Sopa. "2 pagi!" "Pukul 2 pagi nanti, sumer orang ready kat dorm masing-masing.." "Nanti! ada satu bende lagi aku nak cakap!" Mahathir menyergah. Ahli mesyuarat Persatuan Pelajar Kacak Tingkatan 4 tersentak. Ahli mesyuarat Persatuan Gadis Ayu dan Genit serta Betetek Besar turuttersedak. "Apa dia ?" Mahathir mengetap bibir. Giginya dilaga-lagakan. "Ezam tu aku yang punya.." Masing-masing mengangguk laju. Masing-masing tersenyum setuju. Qadir yang sejak dari awal turut sama menyertai mesyuarat itu turuttersenyum sumbing... ezam tu aku yang punya yer?? 180
    • Aku Budak Setan: Nazihah 34 Plan B Ezam "Diaorang nak attack malam ni ??" Ezam mengepalkan penumbuk. Dengusan angis menerobos keluar dari hidungnya. "Betul ape yang ko dengar tu Qadir??" "Betul Ezam, aku ada kat situ masa diorang bincang tadi!" Sukar untuk dipercayai. Pelajar Tingkatan 4 semakin berani. Selama ini,tidak terlintas langsung di fikiran mereka untuk memberontak. Sebelum ini,kehadiran mereka hanyalah sebagai Pak Lawak. Kini, sejak kehadiran seorangmakhluk berambut megi yang sepertiga masanya di Sekolah Menengah SainsKering Kontang Berkelapa Sawit ini hanya memakai seluar kargo berwarnacokelat telah berupaya menggerakkan jentera rebelisasi yang sebegitu kompleks. 181
    • Aku Budak Setan: Nazihah Benar, tiada apa yang perlu digusarkan akan pelajar-pelajar itu. Jumlahmereka yang sedikit itu tidak akan memberi apa-apa ancaman kepada SekutuBersatu Tingkatan 3. Sungguh, keazaman untuk membalas dendam itu hanyalayak dicampak ke dalam bakul sampah. Segala jenis revolusi, ideologi mahupunparadigma baru yang mahu mereka canangkan itu tumpul. Ya, kamu semuasedang berhadapan dengan Ezam. Jejaka perawan yang kaya dan berpengaruhserta berkarisma tinggi. Tiada apa perlu ditakutkan. Tiada apa perlu digusarkan. Mereka hanya sampah! Mereka hanyalah sekumpulan lipas busuk! Lipas! Lipas! Lipas! Layak kamu hanyalah di tempat pembuangan sampah. Ezam bangun dan berjalan keluar ke arah koridor. Segala perancangannyaberjalan dengan baik. Setiap buah catur yang gerakkan, kini telah membuahkanhasil. Catur Qadir telah menjalankan tugas. Catur Orga berada di posisi. CaturSekutu Bersatu Tingkatan 3 telah bersedia dengan peranan masing-masing. Hasilkebijaksanaan yang ada pada dirinya, dia telah berjaya membawa pulang Joharibalik ke rumah selama 2 minggu. Hasil dari pengaruh yang ada ditangannya, diatelah berjaya membuatkan Persatuan Pelajar Tingkatan 4 mendapat buah tangandari pihak pentadbiran yang berupa rotan dan caci-makian. Ohh.. korang nak serang malam ni yer?? Ezam tersenyum sinis.. "Man, kite start plan B kite..!" Ezam menjeling ke arah Harisman. "Nak call Ringgo skang?" "Ha ah, call Ringgo suruh die datang malam ni gak!" "Beress.." Ezam melebarkan sumbingan bibirnya. Malam ini, ada juadah lazat untuk dijamah. Malam ini, ada pertunjukan menarik untuk ditonton. Malam ini, Persatuan Jejaka Kacak Tingkaran 4 akan hancur! Meh datang serang kitorang malam ni mehh.. 182
    • Aku Budak Setan: Nazihah 35 Rindu Burp! Perut sudah membulat diisi. Aku tersandar kekenyangan di sudut sofa.Sedap benar masakan Aida. Habis licin pinggan nasi aku jilat. Tidak cukupdengan itu, lauknya aku ratah. Berbeza benar jika hendak dibandingkan denganmasakan asrama yang dimasak oleh pekerja imigran. Akibat mahumeminimumkan kos dan memaksimakan untung, lauk dimasak cincai. Pekerjadari seberang. Rempah tidak cukup. Air tak cukup gula. Inilah yang diberikepada generasi muda. Konsortium Dewan Makan yang tidak bertanggungjawab.Untung mahu lebih. Kereta mahu mewah. Aku mencapai surat khabar. Sudah lama tidak aku membaca berita-beritaterkini saluran infotainmen yang dipenuhi kontroversi. Hidup di asrama adalahlebih hina dari katak bawah tempurung. Surat khabar sukar diperoleh, internetharam tidak ada. Para pelajar hanya dijamu dengan propaganda pihak sekolahmengatakan itu dan ini. Bosan. Sehelai demi sehelai muka surat khabar itu akuselak. Tiada cerita menarik. Tiada berita tergempar. 183
    • Aku Budak Setan: Nazihah Muak membaca infotainmen bertopengkan kerajaan, aku campakkansurat khabar itu ke atas meja. Kedua belah tangan aku rapat dan letak kebelakang kepala sambil mata berputar ligat mengikut rentak daun kipas silingyang bergerak pada kadar 5 km/j. Jika aku berada di asrama ketika ini, pasti aku sedang enak melihat gadis-gadis genit bermain hoki. Kasihan pasukan hoki perempuan Sekolah MenengahSains Kering Kontang Berkelapa Sawit. Jurulatih mereka yang berambut kerasbagaikan kasa dawai kini sedang menikmati percutian selama 2 minggu secarapaksa tanpa mendapat keadilan yang sewajarnya. Apalah nasib pasukan itu selepas ini? Masih akukah yang dipertanggungjawabkan untuk membimbing mereka? Mungkinkah nanti aku bakal kempunan melihat jurulatih lain mengetuaimereka? Aku rindukan gelek lari Pial, Aku rindukan cungap lelah Nani, Aku rindukan basah peluh Puteri. Aku rindukan si comel yang berperfume wangi. Yang aku ketuk dengan bola hoki, Yang aku saing jalan ke padang padi, Yang aku damba di malam hari, Yang aku kempunan sebelum pulang bercuti. Nazihah! Kenapa wajahmu yang aku saktikan? Nazihah! Mengapa bicaramu yang aku fatwakan? Rindu. Satu perkataan yang sukar diterangkan dengan kata-kata. Bukalah mana-mana kamus sekalipun. Tiada satu perkataan pun yang mampu mendefinisikanrindu dengan tepat. Masih belum ada tamadun manusia yang mampu memberijustifikasi akan kewujudan perasaan ini. Benar, rindu adalah satu cabangperasaan manusia. Satu perasaan yang sama sekali tidak mampudivisualisasikan. Inilah kelebihan kita sebagai manusia yang serba lemah.Dilahirkan ke dunia dengan dibekalkan dengan 3 elemen yang agung. Akal, hatidan nafsu. Nafsu menentukan matlamat. Akal menunjukkan penyelesaian. Danhati membezakan yang baik dengan yang buruk. Nafsu aku mematlamatkan Nazihah. Akal aku memandukan Nazihah. Hati aku membenarkan Nazihah. Nazihah! Nazihah! Nazihah! 184
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Hoi! Termenung kat sape tu ?" babi! Aku tersentak. Aida datang menamu air Nescafe. Masih setia dengan baju ketat menampak pusat, Masih gagah dengan gunung berisi padat. "Lauk ko sedap gile aa Aida.. nanti masak lagi bole?" alahai, susah-susah aje bawak tembikai dalam baju tu haa.. Aku cuba menukar topik perbualan. Aku tidak mahu timbul perihalNazihah dalam situasi begini. "Banyak cantek muke ko.. ko ingat aku bini ko ?" "Ok, ape kate ko jadik bini aku untuk 2 minggu ni.. ? Ko masak sedap-sedap ek?" eh, tembikai tu tak nak potong ke? "Aahahaha.. tak mau ah!" ".. 1 minggu ?" eh, simpan buat ape tembikai tu? "Mengarut aa ko Jo!" ".. sampai esok? bole?" hoi! bak la sini tembikai tu! Pek! Cubitan Aida mendarat tepat ke sisi abdomen sebelah kiri 4 sentimeter kebawah tulang rusuk. Sakit terasa, sedap pun ada. Sakit sebab kuku Aida yang panjang. Sedap sebab.. sebab.. gedegumm!!! alamak, guruh. Ok.. lupakan Aku jeling jam di dinding. 6:13 petang. Sudah jauh petang rupanya.Sepatutnya, Farouk dengan ahli-ahli Gagasan Basikal Rempit sudah berada dipadang. Kepulangan aku secara mendadak ini pastinya berupaya mengundang 185
    • Aku Budak Setan: Nazihahpersoalan dan penghinaan serta pengotak-katikan dari mereka semua. Aku rasa,aku perlu berkumpul bersama mereka. Berada lama di rumah Aida bolehmengundang fitnah. Barangkali juga mampu menjemput Jabatan Agama danpihak masjid. Turut tidak dilupa adalah kilat yang turun selamba dari langit.Bahaya masa depan aku nanti. Rosak kehidupan bujang seorang jejaka berambutmegi yang kacak ini. "Aida, aku rasa.. aku nak gerak dululah.." Air nescafe buatan Aida aku hirup dengan gelojoh. "Eh, rilek aa dulu. Awal lagi ni.. mak ko pon belom balik lagi ni haa..." "Tak pe aa.. lagi pun, aku ingat nak lepak padang kejap." blah aa ko! nak tembikai tak nak kasi! "Alaa.. lek aa, tak lari mane pon diorang tu, temankan aa aku kat rumahni.." "Hishh.. karang mak ngan ayah ko balik kang, tak moh aku!" ape?? temankan ko kat bilik ?? "Lerr.. ape masalahnye? diorang bukan tak kenal ko pon!" "Err.. err.. " ni kire green light aaa ni ?? "Ok, aku jadik bini ko hari ni.. lepak dulu ek? ek?" "Hehehe.. tak per tak per, tadi aku offer ko jual mahal." cantek!! bole makan tembikai! "Alaa Jo, aku bosan gile aa kat rumah ni... temankan aa aku" "Tak moh aa, tak pon cam ni. Ko ikut aku pegi padang jom. Nak?" bolehh... tapi ko jangan aa ganas-ganas sangat nanti ek ? ek? "..." "Nak tak?" nak tak?? "Haa, tunggu aku tuka baju jap." "Okey." tuka baju? aumm.. aumm.. Aida bangun. 186
    • Aku Budak Setan: Nazihah Langkahnya dihalakan ke biliknya. Aku turut bangun dan mengekor Aida ke tangga. Langkahnya aku turuti. Lenggoknya aku hayati. "Eh, ko nak pegi mane ni?" "Naik atas le!" kamonn.. kamonn.. tembikaii... tembikaii.. "Nak buat ape??" "Masuk bilik ko.." nak tembikai.. nak! "Buat ape masuk bilik aku ??" "Lohh.. ko kate tadi ko nak jadik bini aku hari ni. Takkan tak leh tengokbini tukar baju kot?" makan tembikai le! takkan nak sapu sampah kot?? "Pervert!!" Pek! Pek! Aku tidak sempat mengelak. Cubitan Aida kena tepat pada abdomen sebelah depan pula. Betul-betul sebelah pusat. Kami gelak mengekek. Aku batalkan gurauan aku untuk naik ke bilik Aida.Aku melangkah turun semula dari tangga lantas menjadikan sofa sebagailapangan sandaran badan. Jikalalu aku ikuntukan nafsu sebentar tadi, aku ikutsahaja Aida naik ke bilik. Tambahan pula, cubitan beliau sebentar tadi lebihmenjurus ke arah cubitan berahi. Cubitan yang mampu menaikkan hormontesteron dan mempercepatkan proses spermatogenesis39. Kembali mataku ditujukan ke arah bilah kipas. Kembali fikiranku menerawang mencari Nazihah. Tiada. Tiada Nazihah di dalam belon fikiranku. Tiada Nazihah dalam baris tutur kataku. Yang kulihat. Wajah Mahathir datang bersilih.39 Proses pembentukan sperma 187
    • Aku Budak Setan: NazihahWajah Hanif masuk menyelit.Wajah Sat terbang menerpa.Azmi, Penyu, Ober, Kerol, Mahat, Budin, Along, Sopa, Shamsul..apsal muke korang yang kluar ni ?...Sesuatu..Sesuatu yang menyedihkan bakal berlaku..Sesuatu yang mendukacitakan bakal berlaku..Sesuatu yang menyakitkan!Sesuatu!apsal tetibe rase tak sedap ati nih ?? 188
    • Aku Budak Setan: Nazihah 36 Perang! Ahli-ahli tentera Persatuan Jejaka Kacak Tingkatan 4 dari divisyendormitri Keranji nampaknya sibuk. Semuanya telah siap sedia dengan peralatanmasing-masing. da yang membawa kayu hoki dan besi penyangkut baju di dalamalmari. Tidak ketinggalan juga penyangkut baju dan getah salur air di bilik air.Ober di birai katil sedang melilitkan penyangkut baju sambil berbalut baju capPagoda. Katanya untuk menggantikan buku lima. Sopa sedang membuatpersiapan terakhir dengan mengadakan sessi sparing silat dengan CO dan Boss.Ganesh, satu-satunya makhluk bukan melayu yang sama angkatan tenteraPersatuan Jejaka Kacak Tingkatan 4 kelihatan mengukuhkankekuda kalari payat beliau. Fathi, Syazwan dan CK tampak ganas dan sasadengan blackbelt taekwando terikat kemas di dahi. Mahathir memicit lampu suluh dari celah tingkap tanda memberi isyaratkepada divisyen dormitri Jati dan Cengal. Hanif sudah awal-awal lagi bersediadengan besi penyangkut baju di dalam almari. Sat berwajah ganas sedangmemegang kayu hoki hasil simpanan Along. Mahad menggenggamkanpenumbuk. Kerol memakai sarung pelindung muka. Shamsul mengepal-ngepalkan tangan tanda bersedia. Budin yang ditugaskan untuk memasak airpanas dari divisyen dormitri Cengal telah bersedia. 5 cerek air panas kini telahtersedia di dalam baldi. Menunggu masa untuk dilepaskan ke arah Ezam.Menanti waktu melecurkan kulit badan dan sarung skrotum konco-konco beliau. 189
    • Aku Budak Setan: Nazihah Mahathir memandang jam yang tersangkut di alang pintu. 1:55 pagi. 5 minit lagi untuk memulakan operasi. 5 minit lagi untuk membalas dendam di hati. 5 minit lagi untuk keluar sebagai seorang jaguh dan meranapkan egoEzam dan konco-konconya yang tahi. 1:56 pagi Mahathir berdiri di hadapan pintu divisyen dormitri Keranji. Seorang demi seorang pandangnya. Seorang demi seorang ditenungnya. Masing-masing penuh keyakinan. Masing-masing penuh keazaman. 1:57 pagi "Mana Qadir ?" Suara Azmi memecah keheningan pagi. Sejak dari awal petangsehinggalah ke saat ini, kelibat Qadir langsung tidak terpacul. Langsung tidakmuncul. "Ada kat dorm Jati kot?" Mahathir menjawab dengan acuh tidak acuh. Topik berkisarkan Qadirtidak seberapa menarik perhatian beliau ketika ini. Ada perang yang mahuditumpukan. "Mane ko tau?" "Ah, kalo ko nak tau.. ko pegi le cari" Azmi terdiam. Palat benar jawapan yang diberi oleh Mahathir. Tetapitidak mengapa. Beliau dapat merasakan suatu bentuk tegangan sedang dialamioleh Mahathir. Mungkin kerana beban sebagai panglima tentera pada pagi itumembuatkan Mahathir gagal mengawal emosi. Mungkin juga tanggungjawabbeliau kini membuatkan beliau gelisah sehingga tidak mampu berfikir denganlogik mahupun waras. “Aku nak pegi carik Qadir jap!" Azmi pergerak keluar dari divisyen dormitri Keranji menuju ke dormitriCengal. Hairan. Semasa perbincangan Persatuan Jejaka Kacak Tingkatan 4 dikelas 4 Delima petang tadi, beliau yakin benar akan kehadiran Qadir. Sessidiskusi dan taktik peperangan konon-konon perasan gerilla ini sepatutnya telahdiketahui oleh semua ahli persatuan. Qadir adalah dari kelas 4 Berlian. Secaraautomatik, beliau juga adalah salah seorang dari ahli persatuan. Maka, sebagai 190
    • Aku Budak Setan: Nazihahahli persatuan dari divisyen dormitri Keranji, Qadir seharusnya telah bersiapsedia. Qadir seharusnya sudah tahu apa yang harus dilakukannya ketika ini. Maner Qadir ni? Timbul rasa curiga di hati Azmi. Terhasil syak wasangka di belon fikirannya. Ada sesuatu yang tidak kena. Ada sesuau yang menjadi hipotesisnya. Jo kena gantung 2 minggu Pelajar-pelajar yang lain kena rotan. Apsal Qadir lepas?? ***** 1:58 pagi "Ko gile ke Mahathir??" "Aku tak puas hati ngan diorang okey!" "Apsal tak bagitau aku sekali? Budak-budak form 5 nak aje join sekali!" "Tak leh Puad, korang nak SPM tahun ni. Kena ape-ape kang.. susah!" "Dah tu? kitorang tengok aje aa?" "Korang lepak atas. Cover line kalo-kalo warden datang.. okey?" "...." "Bole tak?" "Haa.. okey. Gud luck korang!" "Hehe... insya Allahh.." ***** 1:59 pagi "Aku tak jumpe Qadir!" "Sumer dorm ko dah cari?" "Dah, tapi langsung tak de Qadir!" "Dia takut la tu.. babi btul!" "Mahathir, cancelkan attack malam ni!" "Kepala otak ko! sumer dah ready tu!" "Petang tadi Qadir ada sekali meeting ngan kite kat kelas Delima. Akutakut.." 191
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Apa?? Qadir report kat diorang??" “Ha ah. Aku takut dia dah bocorkan bende ni kat Ezam." "Fakk..!! ko jangan nak mengarut! Qadir sama batch ngan kite!" "Tapi Mahathir.." "Kalo ko nak cabut gak, baik ko blah skang sebelum aku libas ko ngankayu hoki ni!" "Mahathir.." "Berambus!!" Azmi ditolak ke tepi oleh Mahathir. Jejaka yang terkenal dengan perangai tenang seperti Kalsium Karbonat ituterpempan diperlaku sebegitu. Keras benar hati Mahathir. ***** 2:00 pagi Mahathir memberikan isyarat terakhir. Ketiga-tiga divisyen dari dormitri Keranji, Jati dan Cengal bergerak. Masing-masing berjalan pantas tapi senyap bagi mengelakkan daridikesan pihak lawan. Masing-masing menjadikan dormitri Ezam sebagai hala tujuan. Diketuai oleh Budin dengan baldi berisi air panas.Diiringi dengan ahli-ahlipersatuan yang bersenjatakan kayu hoki, besi penyangkut baju dalam almari,penyangkut baju, saluran getah dari bilik air, batang penyapu dan objek-objektumpul lain yang diyakini mampu mencederakan, menakutkan, melemahkan,menyegetkan atau menghancurkan wajah tidak kira kacak atau hodoh, hidungtidak kira mancung atau pesek dan juga skrotum tidak kira hitam atau.. err..hitam. Pintu dormitri Ezam ditendang. Baldi yang berisi air panas dicurah simbah. Yang dibelakang Budin terus merempuh masuk Menggopoh masuk laju memenuhi ruang dormitri. Bertolak-tolak mahu memukul. Berasak-asak mahu membelasah. Kesemua 50 ahli Persatuan Pelajar Kacak Tingkatan 4 kini berada didalam dormitri Ezam. Kosong. Sunyi. “Maner diorang ???" 192
    • Aku Budak Setan: Nazihah Katil diperiksa. Almari dibuka. Bawah katil diraba. Masing-masing tertanya. Masing-masing hilang punca. Kosong. Sunyi. "Maner Ezam ???" Masing-masing tercengang. Masing-masing terbangang. "LAUKKKK!!!!!!" Dari pintu dormitri Ezam, berpuluh-puluh manusia yang tidak merekakenali merempuh masuk bersenjatakan kayu besbol. Mahathir selaku panglima tentera terpinga. Puad dan rakan-rakan Tingkatan 5 dihalang di tangga. Azmi yang disingkirkan dari barisan tentera hanya mampu menganga. Ezam, Harisman dan Qadir dari dormitri bertentangan sedang berdekah-dekah ketawa. Sial!!!!!! 193
    • Aku Budak Setan: Nazihah 37 Disentap rindu Pernah berjanji dengan seseorang? Pernah berjanji dengan seseorang untuk duduk lepak dan minum padawaktu malam? Pernah berjanji dengan seseorang untuk duduk lepak dan minum padawaktu malam dan akhirnya bertukar menjadi kerandut zakar siput akibat terlalulama menunggu ? Ya, aku pernah. Malam ini menjadi saksi bagaimana seorang jejaka yang kacak sertaberiman perlahan-lahan bertukar menjadi keradut zakar siput, malahan tiadarintangan untuk terus bertransformasi kepada bulu pubis kuman di keradutzakar siput akibat terlalu lama menunggu rakan taulan yang terkutuk, hina dankeji. Malam ini sepatutnya ahli korum Kumpulan Gebang Malam datang bertamudi Warung Mee Rebus Pak Wan. Malam ini seharusnya kesemua 5 orang iniberada di sini pada pukul 8:30 malam. Malam ini selanjutnya bakal dihiasidengan hilai tawa ahli-ahli korum yang masih tiada berwawasan dan hanya tahubergembira sahaja. 194
    • Aku Budak Setan: Nazihah Ya, aku marah. Yang aku tahu, ada 4 orang rakan-rakan setaman aku yang harusdisagatkan muka mereka di atas jalan tar sejauh 400 meter pada malam ini. Yangaku mahu, kesemua 4 orang ini mesti ditikam dengan pemutar skru phillips pada3 cm sebelah kiri tekak pada urat leher ke 7 jikalau dikira dari belakang. Yang akuperlu.. Faruk, Aswat dan Tajul diumpil keluar pankreas mereka dari dalam badandan diisi dengan tulang ikan kembung bagi menggantikan pankreas yang bakalaku campakkan pada sekumpulan anjing kurap yang tidak comel sebagai sarapanpagi mereka.. Faruk, Aswat, Tajul dan Aida. Termasuk aku, kamilah ahli korumKumpulan Gebang Malam dibawah panji-panji hikmat Warung Mee Rebus PakWan. Sejak melangkah masuk ke zaman beruniform seluar panjang hijau danberkemeja putih, kami berlima telah bijak membuang masa pada waktu malamdi sini. Masing-masing bersetuju bahawa kehidupan malam di rumah adalahkehidupan yang bosan dan tidak menyeronokkan. Masing-masing bertekaduntuk menjadikan waktu malam sebagai waktu prima untuk berhibur secararadikal. Sejak aku melangkah masuk ke Sekolah Menengah Sains Kering KontangBerkelapa Sawit, ahli korum ini telah kehilangan seorang ahli yang cukupbernilai. Tiada lagi rambut megi untuk dikeji. Tiada lagi wajah kacak untuk dihina. Tiada lagi perangai busuk untuk dianjing. Tetapi malam ini berbeza. Jam sudah menunjukkan pukul 9:15 malam.Masih belum kelihatan kelibat 4 makhluk terkutuk ini. Walhal, petang tadi ketikadi padang.. janji telah dimeterai. Tempat telah ditentukan. Masa telahdiaturkan.Yang ada hanyalah seorang jejaka kacak yang berambut megi sertaberperangai busuk yang perlahan-lahan bertukar menjadi kerandut zakar siput.Sabar menanti dengan penuh harapan. Tekun menunggu dengan penuhkesetiaan. Maner korang ni, bangsat ?? 9:30 malam. Barulah kelibat 4 orang ini muncul. Setelah sekarungseranah aku niatkan, setelah sebakul sumpahan aku berikan, setelah sejambakmala petaka aku doakan barulah mereka ini tiba. 1 jam menunggu adalah suatumasa yang sangat lama. 1 jam menunggu jika digunakan sebaik mungkin, bolehmembawa kepada proses spermatosit. 1 jam menunggu jika dimanfaatkansewajarnya boleh menghasilkan seketul zigot yang kacak, berambut megi daninsya Allah berperangai mulia seperti tuannya. "Hoi!! apsal lambat sangat ???" "Sori aa Jo, mak aku suruh aku pegi kedai aa tadi..", Faruk menjelirkanlidah. 195
    • Aku Budak Setan: Nazihah Sodalah Faruk! "Aa.. aku tadi kena ajar adik aku buat keje sekolah..", Tajul sengih separamendatar. pale hotak ko Tajul! "Aku tak leh buat ape.. sinki rumah aku bocor, aku kena betulkan..", Aswatmenunduk mengharap keampunan. Ahh.. alasan je ko Aswat! "Ko tau aa mak aku kan Jo? Aku kena masak tadi sebelum kluar..." Aida.. ah, ko kalo lambat 2 hari pon aku sanggup tunggu. "Fak aa! lain kali kalo lambat cam ni.. tak payah datang aa!! Buang masaaku je siall.." "Alaa.. rileks aa Jo. Yang ko datang awal sangat saper suruh ??" "Ntahnye, sejak bile ko datang awal ni ??" "Dulu bukan ko ke yang datang paling last kalo malam-malam cam ni ??" "Skang ko tau ape kitorang rasa kalo ko datang lambat kan Jo kan ??" Ihikss..! Giliran aku pula tersengih, menjelir lidah sambil menunduk mengharapkeampunan. "Dah dah, aku lapa ni..Meor! meh amek order meh!" Dan agenda untuk malam ini pun diteruskan dengan aktiviti memenuhkantembolok masing-masing. Kebiasaannya, beginlah bagaimana kamimenghabiskan waktu malam kami. Duduk berkumpul membuat huru hara dankacau bilau tanpa mengganggu gugat kestabilan politik dan keharmonianmasyarakat majmuk Malaysia. Pak Wan, empunya warung ini pun telah masakbenar dengan perangai kami. Dari minuman sampailah ke makanan kami habisdihafalnya. Dan kebiasaannya juga, kami akan terus berada di warung inisehinggalah pada pukul 12 malam sebelum menyambung mesyuarat kami keWoh Fatt Snooker Centre. Kedai ini adalah satu-satunya kedai snuker dan kedaikuda di tempat kami. Selalunya, kami tidak pernah membawa wang yang banyakke situ. Cuma perlu RM2 sahaja. Faruk dan Tajul memang tersohor dengankehebatan membaca nombor kuda di mesin itu. Aku dan Aswat pula akanmengadap Super-Derby dengan penuh minat. Manakala Aida pula redha dengannasibnya sebagai tukang sorak. 196
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Cing! cing! cing! cing!" "Yeeehaaa....!!" "Brape dapat Tajul ??" "Aku masuk 3 bjik tadi, dapat 12 keping!" "Cantekk.. snuker sepam ??" "Beress.. Boss! open meja 2 plis!" Lelaki tua di kaunter memberi isyarat tangan kepada Tajul. Lampu meja 2pun menyala. Faruk meneruskan pelaburannya. Aku, Aswat, Tajul dan Aidamencapai kayu snuker kegemaran dan mula menyusun bola. Perkara yang palingkami tunggukan disepanjang aktiviti malam kami telah bermula. Snuker. Snuker adalah satu-satunya alasan yang bernas untuk kami melakukanzina mata. Setiap kali giliran Aida memukul, kami akan berada di 2 posisi. Yangpertama di hadapan Aida. Ketika beliau menunduk mahu memukul bola, adasesuatu yang tidak kami miliki akan terlihat dari celah kolar baju Aida. Jika tiadabayang-bayang mengganggu, maka lebih jelaslah objek yang kelihatan lembutitu. Posisi kedua adalah di belakang Aida. Ah, hanya Tuhan sahaja yang tahubetapa rancaknya jantung aku berdegup setiap kali Aida membongkok mahumemukul bola. Lebih-lebih lagi Aida memang gemar memakai seluar yang ketat-ketat. Setiap kali giliran Aida selesai, Aida selalunya akan bingung melihathidung rakan-rakannya berdarah. Dan memang kami biarkan sahaja darahmengalir tenang setiap kali melihat Aida membongkok mahu memukul bola.. Malam itu sahaja, 4 pain darah telah aku keringkan untuk Aida sebelumkami semua pulang ke rumah masing-masing. Apabila aku masuk ke rumah, jamsudah pun menunjukkan pukul 2:30 pagi. Maka, sebentar sahaja lagi, aku bakalmenghabiskan satu hari aku dengan sia-sia dengan tidur dan bangun semulapada keesokan harinya pada tengah hari. Jangan salahkan aku dengan rutinharian yang sebegini rupa. Salahkan pihak pentadbiran Sekolah Menengah SainsKering Kontang Berkelapa Sawit yang telah berbesar hati memberi aku cutiselama 2 minggu. Salahkan Cikgu Reza yang tidak mampu membantu akuwalaupun terbukti aku tidak bersalah. Salahkan Orga yang berusaha untukmenjahanamkan aku. Salahkan Ezam yang menjadi punca utama untuk semuayang terjadi. Salahkan Nazihah kerana sehingga kini namanya masih akulagukan. Salahkan Nazihah kerana sehingga kini wajahnya aku gambarkan. Kringg.. kringgg...! Telefon berbunyi. Pada waktu begini, siapalah manusia baghal yang gagah mendail nombortelefon rumah ini ? 197
    • Aku Budak Setan: Nazihah Pada waktu begini, pastinya deringan telefon itu bukan ditujukan untukaku. Bodoh benar rakan-rakan emak menelefon pada waktu begini. Tidak cukupkah waktu yang terluang di pejabat untuk berborak ? Tidak cukupkah waktu yang berisi di pejabat untuk mengumpat ? Tidak tahukah waktu begini emak aku sudah tidur ? Tidak tahukah waktu begini emak aku sukar untuk dikejuntukan untukmenjawab telefon ? Kringg.. kringg..! Telefon menjerit. Aku bergegas menuju ke telefon. Manusia baghal ini harus dimaki. "Hello ?" "Hello! Bole saya bercakap dengan Johari ?" haik? nak cakap ngan aku ke ? "Ni Johari ni.. sape sana tu?" "Jo, weh.. ni aku ni Azmi!" Azmi?? haik ?? "Heh ?? cam mane ko dapat nombor telepon aku ni Azmi??" "Aku mintak kat Jihah tadi.." Jihah ? pulakk..!! "Jihah ?? Macam mane Jihah ade nombor telepon rumah aku ??" "Entah maner aku tau.. sat!" Gagang telefon bertukar tangan. "Hello ? Abang Jo ?" Suara ni.. suara ni.. "Abang Jo ?? Ada kat situ lagi ??" Suara yang cukup aku kenali. Suara yang sangat aku rindukan. Suara yang sangat aku kenal dan rindu sehinggakan lutuntuku terketar-ketar. 198
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Aa.. aaa.. ada ada.. ada kat sini lagi." "Abang Jo sehat ?" "Abang Jo ok je.. setakat ni sehat lagi. Jihah sehat ? Kat mane ni ?" "Jihah ok dah.. ada kat blok akademik ngan Abang Azmi. I missed you somuch Abang Jo!" you missed me so much Jihah? pek! pek! mimpi ke aku nih ?? "I missed you too Jihah.. ngape Jihah tak tido lagi ni ?" "Jihah baru bangun ni.. Abang Jo, Jihah tak leh nak cakap lama ni.. adabende nak kena bagitau Abang Jo!" "Aaa.. ngape ni ??" "Terrible things happened Abang Jo !!" "Hehh ?? Apa dia ??" cakap melayu bole tak ? "Kengkawan satu batch Abang Jo kena pukul dengan budak luar tadi!" "APAA ???" "Ada budak luar masuk asrama malam tadi. Habis satu batch Abang Jokena pukul!" “Ya Allah!! Cam mane diorang bole masuk ???" "Tak sure.. tapi kalo ikut cakap Abang Azmi, ada budak batch Abang Joyang bawak masuk diorang!" "Hahh ?? Biar betul ??" "Abang Azmi cakap.. nama budak tu.. hmmphh! hmmphhhh!!! " "Jihah ?? Jihah ?? "Jihahhh ???!! " ya Allah, cakaplah Jihah! Gagang telefon bertukar tangan. "Halluuuuu.. Abhangg Joww~!!" "EZAM ???!!! " sial.. buat suara bapuk aa pulak mamat ni!! 199
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Hehehe.. lumat sial member-member ko tadi Abhangg Joww~..Wakakakakaka!!!" "Sial ko Ezam!! Kalo ko ada masalah ngan aku, ko settlekan dengan aku!!" "Tak tak.. aku bukan aje ada masalah ngan ko sorang aje! Aku ada masalahngan semua satu batch engkau! Semuaa!!" "Siall!!" "Get ready Abhangg Joww~, lepas ni.. turn ko pulak!" "Aku tak takut ngan ko Ezam!!" "Auww... tak takut yer??" "... Aku akan pastikan ko akan takut dengan aku Jo!!!" "... Aku akan pastikan !!" Kluk! Tutt.. tutt...! Argghhhhh... ape aku nak buat ni?? 200
    • Aku Budak Setan: Nazihah 38 Tragedi Hitam "Ohh.. ko dah pandai report-report kat Jo yer Jihah ??" PEKK!! Merah pipi Nazihah dilibas Ezam. Badannya tersungkur ke lantai. Gadismalang itu kelihatan terengsut-engsut ke belakang. Cuba untuk melarikan diridari Ezam yang makin menyinga. Pipi mulusnya diraba-raba kesakitan. Ezamyang berbadan sasa itu kelihatan sudah tidak ada belas kasihannya. Sudah tidakada perikemanusiaannya. Kesalahan Nazihah perlu dihukum. KeengkaranNazihah wajib diajar. Berani sungguh gadis comel ini melaporkan kejadianmalam ini kepada Johari. Berani sungguh ! Si bededah Johari tidak perlu tahu. Si sampah Johari tidak perlu maklum. Kerana selepas ini adalah giliran si dungu itu. Kerana setelah ini tengkorak si bedebah itu akan berdentum. "Ko dah berpihak pada Jo sekarang yer ??" 201
    • Aku Budak Setan: Nazihah Rambut Nazihah digenggam erat. Kedua-dua belah tangan Nazihah berpaut kepada tangan Ezam. Air mata telah jatuh mengurai. Jebik bibir telah mula melakar. Nazihah menangis minta dibelas. Nazihah tersedu harap diampun. PEKK!! "Arghhh..!" Jeritan Nazihah memecah malam. Sekali lagi badannya tersungkurmenyembah bumi. Sekali lagi merah pipinya disebat oleh telapak tangan Ezamyang luas. Azmi yang dipegang oleh Harisman dan Piut cuba meronta-ronta.Geram hatinya melihat kesialan Ezam membelasah seorang gadis cantik, ayu,genit dan suci. Tidak adil. Inilah namanya lelaki keparat. Lelaki yang takutmencari pencabar yang setanding dengannya. Gentar melihat musuh yangmampu menjatuhkannya. Dari raut wajah Azmi,jelas menunjukkan perasaangeram dan marah berkumpul di hujung penumbuk. Geram di sebelah kiri danmarah di sebelah kanan. Kedua-duanya harus dilepaskan. Kedua-duanyaperlu mencari sasaran. Namun, tenaga Harisman dan Piut serta 4 orang lagikonco-konco Ezam terlalu kuat. Azmi tidak mampu bergerak. Azmi tidak mampumembalas. "Ezam!! Lepaskan Jihah tu!! Kalo ko nak gaduh, meh gaduh ngan aku !!Bacul! kote kecut!!! Berani pukul pompuan aje!!" Ezam berdiri tegak. Matanya tajam di halakan pada Azmi. Tertelan air liur Azmi melihat wajah ganas Ezam. "Kote kecut ??" Ezam bergerak perlahan menghampiri Azmi. Azmi makin gelisah. "Bacul ??" Ezam semakin hampir kepada Azmi. Tiba-tiba langkahnya dilajukan. Tiba-tiba langkahnya dibuka luas. "Hiyaaaaaa...!!!!" Ezam melompat lama di udara. Penumbuknya kejap digenggam di sisi. 202
    • Aku Budak Setan: Nazihah Matanya merah menyorot tajam. Kakinya tepat dihunuskan ke depan. Api Syurga Meragut Lalang ! "Abang Azmi!!!" DEBUKKK!! Flying kick Ezam tepat mengenai sasaran. Azmi tercampak 5 meter ke belakang. Tendangan itu sudah cukupmembuatkan Azmi tidak bermaya. Hanya udara yang mampu dihirupnya kini.Sebentar tadi, Ezam bagaikan Ji Fat dalam Alam Perwira40. Sejurus tadi,gambarajah Ying Yang terpancar di belakang badannya. Ezam menyerigai. Puas dirinya dengan aksi sebentar tadi. Lapang hatinya menjatuhkan Azmi sebegitu keji. "Ambek ko tendangan kote kecut aku!" "Khaaaiikkk..!!! Ptuihhh!!" Ludahan Ezam jatuh ke atas kepala Azmi. Inilah dikatakan pepatahtradisi: sudah jatuh di timpa ludah.. err kahak. Ezam berpaling. Kali ini giliran Nazihah pula. Ezam bergerak perlahan menghampiri Nazihah. "Abhaanggg Unthee~!!" Ezam mengajuk sambil membuat wajah seperti kerandut zakar platipus. Kakinya melangkah tenang menghampiri Nazihah. "Abhanggg Unthee~!!" Dekahan ketawa konco-konco Ezam memecah ketulian malam. Ezam memberi sengihan syaitan kepada Nazihah. Nazihah menggeletar mengalami ketakutan. Nazihah menangis menahan kesakitan. "Ezam.. ampunkan aku Ezamm.." "AMPUNNN ???" PEKK!! Komik bersiri hasil karya Tony Wong dari Hong Kong yang membanjirkan pasaran komik di40Malaysia lewat tahun 90-an. 203
    • Aku Budak Setan: Nazihah Kali ini, bukan sahaja pipi sahaja yang merah. Perit di mulutnyamenandakan bibir Nazihah terkoyak. Nazihah kembali tercampak ke lantai. Kuatbenar penampar Ezam kali ini. Maha dasyat tebaran penamparnya sebentar tadi.Sengihan sial terpancar dari sudut bibir Ezam. Ada tanda-tanda kepuasanmelihat Nazihah terseksa begitu. Apalah daya si molek Nazihah, tiada mampu menahan mahupunmenampan. Apalah tenaga si comel Nazihah, tiada kuasa membalas mahupunmelawan. "Apalagas Ezam, kite bukan selalu ader peluang macam ni!" Harismanmengeluarkan buah pendapat. "Apalagas ape nye??" "Hek ellehh.. buat tak paham lak..!" "Ape dia ??" "Nasik depan mata...kasi tutuh sketttttttt !!!" "Ha ah Ezam, kite tutuh Jihah malam ni ramai-ramai aa.. bukan ada sapepon kat sekolah time ni! Aku dah lama tahan ni Zam. Tak leh tahan dah ni..!" Kecut perut Nazihah mendengar kata-kata mereka. Dalam kepayahan, digagahkan dirinya untuk merangkak. Dalam terketar-ketar, dicuba juga untuk menyelamatkan diri. Lari dari anjing-anjing liar yang bertopengkan manusia. Lari dari rancangan jahat dan keji rakan-rakan sebaya dengannya. "Cantek gak idea ko tu Man, hehehehehe..." "Arrgghhh...!!" Ezam mencekik leher Nazihah. Gadis itu sekadar menangis minta dibelas. Kepalanya digeleng-geleng minta dibebas. "Weh, kasi aku henjut dulu. Lepas ni, korang nak buat dia beranak pon..sukati korang aa..!" "Beresssss....!!" Nazihah diheret masuk ke dewan. Ezam sudah dirasuk Iblis. Dicampaknya Nazihah ke lantai dengan kasar. "Ezammm... jangan Ezammm...!!" "Hehehehe.. lek Jihah yer ?? Malam ni kite enjoy okey ??" Ezam menarik keluar tali pingganggnya. Zip seluarnya diturunkan. 204
    • Aku Budak Setan: Nazihah Seluar panjangnya dicampakkan. "Huuuu... huuuu... Ezammmmm lepaskan akuuuuuuuu...!!" "Hahahaha..!" Tangan Ezam menekan kedua belah tangan Nazihah. Tangannya yangsebelah lagi merentap kain Nazihah. Hebat, sekali rentap sahaja, kain itu terusterlucut. Leher Nazihah lunyai dijilat Ezam yang sudah berkiblatkan Iblis.Nazihah terus meronta. Tidak rela diserahkan mahkotanya kepada Ezam.Kesuciannya ini diniatkan kepada seseorang yang beliau cintai. Kesuciannya inisepatutnya diambil dengan perasaan sayang dan kasih. Bukan begini caranya.Bukan begini gayanya. Saat-saat terakhir ini, wajah Johari terbayang. Lelaki yangdisayangnya, lelaki yang ditunggunya. Abang Joo.. "Tak nak Ezamm..Tak nakkkkk....!!! " "Rileks la Jihahhhh... sekejappp ajerrrr..." "Ampunkan aku Ezammmmmm..." "Shhh... jangan melawannnn~!!" "Takkkk nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...." "Aper ?? NAKK?? Tengah buat la niii...!!!" Sesuatu yang lembut sudah berada di kelangkangnya. Sesuatu yang pejal sudah bersedia dengan aksinya. Dalam kesamaran dewan itu, Nazihah dapat melihat perilaku kejam Ezam. Sesuatu yang lembut dan pejal itu perlahan-lahan mencari sasarannya.. Makin kuat Nazihah meronta, makin dekat Ezam dengannya... Makin kuat Nazihah memberontak, makin rapat Ezam mencarinya.. Makin meronta, makin memberontak.. Makin dekat, makin rapat.. Diluar terdengar tepukan dan hilaian ketawa Harisman dan rakan-rakan.. Abang Jooo..!! KRAKK!! Sedar-sedar aku sudah berada di atas lantai. Sialan! Terjatuh dari katil!! Badan aku melekit dimandi peluh. Nafas aku kencang menahan takut. ya Allah.. real betul mimpi tadi.. 205
    • Aku Budak Setan: NazihahJam dinding menunjukkan pukul 12:32 tengah hari.Aku menyapu mukaku yang penuh dibalut peluh.Nafas kencangku mula aku tenangkan.Apa yang terjadi malam tadi ?Apa yang terjadi pada Azmi ?Apa yang terjadi pada Nazihah ?astagh firullah al azim..Aku beristifar.Nafasku ditarik panjang.Semoga, apa yang berlaku dalam mimpiku adalah mainan tidur !Semoga, apa yang tergambar dalam mimpiku adalah syaitan !Semoga, Azmi tidak diapa-apakan !Semoga, Nazihah mendapat peliharaan Allah !Semoga !Kringg !! Kringg !!Telefon berdering.Kringg !! Kringg !!Dan aku bergopoh berlari ke tangga.. 206
    • Aku Budak Setan: Nazihah 39 Kebenaran Mimpi Orang kata, mimpi adalah mainan tidur. Orang kata, mimpi adalah gangguan syaitan. Aku sangsi. Imran di sebelah kelihatan tenang memandu kereta. Tidak ada perasaanrisau, tidak timbul garis gusar. Tenang dan selamba. Kereta juga bergerakmengikut kepantasan piawai Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Meluncurdengan kelajuan sederhana membelah jalan yang kurang sibuk. Aku selakupembantu pemandu duduk di sebelah dengan perasaan gundah, gelana, risau,cuak, gelabah dan takut secukup rasa. Masakan tidak, tengah hari tadi Hanifmenelefon aku dan menceritakan sesuatu yang melengkapkan ketidakstabilanmental aku ketika ini. "Hallo?" "Helo, Johari ada?" 207
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Haa.. ni Jo ni. Sape nih?" "Jo, ni aku ni Anep." "Haa.. ngape Anep ?" "Jo.. aku rasa baik ko datang sekolah sekarang Jo.." "Eh, ngape?" "Bende dah jadik lagi teruk ni Jo.. Azmi dah ilang!" "Azmi dah ilang ?? Baru semalam dia call aku..!" "Ha ah, ko tau kan ape jadik malam tadi ?" "Tau.. ade budak luar datang kan ??" "Ha ah, tapi.. lepas dia call ko semalam, dia tak balik-balik Jo!" "Hahh ??" “Kitorang dah carik.. tak jumpe!" Maka, itulah sebabnya aku, Faruk, Imran dan Aida berada di dalam keretaini. Nasib baik juga Imran tidak bekerja hari ini. Dapat jugalah beliau berjalan-jalan berupahkan sekotak rokok ke Sekolah Menengah Sains Kering KontangBerkelapa Sawit. Itu pun dengan menharapkan bantuan Aida. Imran memangada menaruh hati kepada Aida. Maka aku selaku jejaka berambut megi yang keji,telah berjaya mempergunakan Aida untuk menggoda serta memujuk Imran hariini. "Gangster sangat ke budak Ezam tu Jo?" Faruk menutur kata membelah sunyi. "Tak tau lah nak cakap.. sampah masyarakat jugak aa..." sakit jugak aa kena penumbuk dia.. "Nak jugak aku jumpe Ezam ni.. nak tengok hebat mane budaknye.." "Ada rezeki ko kang.. ade la mamat tu.." Aku mendiamkan diri. Baru malam tadi, aku telah diberi petunjuk. Mimpiyang sangat-sangat menakuntukan. Mimpi yang sunguh membuatkan jantungaku hampir-hampir gagal berfungsi. Lemah sendi dan urat lidi aku mengingatkankembali kronologi mimpi semalam. Ya Rahim, Kau selamatkanlah Azmi dari sebarang mudarat. Ya Rahman, Kau peliharalah Nazihah dari sebarang bencana. Sile turunkan kilat dan burung Ababil yang membawa batu dari neraka Sijjil kepada Ezam. 208
    • Aku Budak Setan: Nazihah Akhirnya, tiba juga kami ke pintu masuk Sekolah Menengah Sains KeringKontang Berkelapa Sawit. Selepas berbuih bersoal jawab dengan pak cikpengawal, aku tunjuki Imran jalan untuk ke asrama. Kebetulan pula, pelajar-pelajar baru sahaja pulang dari prep petang. Aku keluar dari kereta dan segeraberkejar ke bilik sakit. "Eh Jo, awal kamu balik sekolah ? Bukan cuti 2 minggu ke?" Mak Cik Ita dengan perut memboyot memberi salam secara Yahudikepada aku. Mampus aku tidak pedulikan. Sebelum aku tumbuk perut dia yangberisi hidupan itu, lebih baik aku pekakkan telinga dan mencari rakan-rakan.Suasana di bilik sakit sungguh hiruk pikuk. Penuh dengan ahli Persatuan JejakaKacak Tingkatan 4. Kebetulan pula, Cikgu Reza, Cikgu Roslan, Cikgu Papan,Cikgu Razak, Cikgu K.A, Cikgu Husni ada di situ. Kelihatan meriah pula bagaikanMajlis Berbuka Puasa Bersama Wakil Parlimen DUN Kawasan Permatang Pauh.Elok benarlah begitu. Aku boleh mendapatkan gambaran dan cerita sebenartentang apa yang terjadi. Terlalu banyak persoalan yang timbul. Terlalu banyakpertanyaan yang membutuhkan jawapan. "Hanif ??" "Haa.. Sampai pon ko Jo!" "Aik Jo? Macam mane kamu boleh sampai sini ?" Cikgu Reza tersengih. Aku sewa kapal terbang Tomahawk tadi. Kena tendang kluar dari kapal. Nasib baik ada parachuet! "Datang dengan kawan cikgu.. Hanif, apa ceritanya ??" "Diorang dah jumpe Azmi dah petang tadi dah.." Dah jumpe ?? fuhhhhhhh "Alhamdulillah.. dah jumpe dah ? Kat mane jumpenye Azmi tu ?" "Budak-budak Form 2 jumpe kat bilik belakang dewan. Pengsan. Ada katklinik skang." "Dewan ??!!" Ya Allah, apa mimpi yang kirimkan kepada aku semalam ? "Ezam mane ? Harisman ?" "Diorang dah tak de. Budak-budak dorm dia pon tak tau dia pegi mana." Itu sahaja jawapan Hanif. Ada perasaan marah dan tidak puas hatitercermin diwajahnya. Makin berkecamuk fikiran aku sekarang. Aku cubabandingkan dengan mimpi yang aku terima semalam. Lokasinya dan betul. 209
    • Aku Budak Setan: NazihahPenjenayahnya juga tepat. Mangsa yang pertama dah dijumpai. Mangsa yangkedua.. Nazihah. Ya Allah, jangan buat aku begini.. "Nazihah! Macam mane dengan Nazihah?" Senyap. Hanif menunduk. Cikgu Reza menyepi. Bilik sakit bagaikan dilawat malaikat. Sunyi. "Cikgu, Nazihah mane cikgu ??" Cikgu Reza memandang aku dengan mata sayu. Sengihan beliau sebentartadi berganti murung. Tentangan mata aku dengan matanya membuatkan beliauberalah. Dipalingnya wajah ke arah tingkap. Jauh direnungnya. Aku pasti tidakada teks jawapan di luar sana. Jawap soalan aku oi!! "Cikgu ???" Cikgu Reza menghela nafas panjang. "..Johari, kes ni makin rumit sekarang. Pihak sekolah telah menyerahkankes ini kepada polis untuk diambil tindakan sewajarnya.." "Polis??" "Kenapa libatkan polis?" "Kenapa sekolah lepas tangan ?" "Kenapa kes ni makin rumit ?" Kenapa aku banyak tanya ?? "Apa dah jadik dengan Nazihah cikgu ???!!" Masih tiada jawapan. "Cikgu ??!!!" "Nazihah..Nazihah.." "Dia.." "Dia apaa???!!" "Dia dirogol bergilir-gilir semalam.. kami syak ini angkara Ezam denganbeberapa orang pelajar lain..." "HUARGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!" PRANG!! 210
    • Aku Budak Setan: Nazihah Tiga, empat bahkan lima cermin tingkap bilik sakit aku karate secaramenegak mengikut paksi-y dari atas ke bawah. Penghuni bilik sakit terperanjat.Seantero warga aspura terpempan. Imran, Aida dan Faruk meluru masuk ke biliksakit melihat kekecohan yang berlaku. Darah mengalir deras. Air mata mencurah laju. Hati meretak seribu. Aku tersandar ke dinding. Nazihahh.. Dan aku terjelopok di hadapan rakan-rakan Persatuan Jejaka KacakTingkatan 4. Dan aku mengalami parkinson selama 15 minit menahan esak dantangis akan tragedi yang berlaku. Dan aku tidak malu untuk mengeluarkan airmata yang cukup mahal nilainya untuk seorang lelaki demi seorang wanita yangcukup aku cintai. Dan aku lemah ketika ini. Nazihahh.. Ternyata mimpi itu adalah benar. Ternyata mimpi itu menjelaskan apa yang berlaku. Ternyata, aku adalah saksi bisu yang hanya mampu melihat. Hanya mampu melihat rakan karibku lunyai dibelasah Ezam. Hanya mampu menonton wanita idamanku rosak diratah Ezam. Bergilir-gilir! Nazihahh.. Semuanya salah aku. Salah aku. Semuanya. Jika aku tidak menggatalkan diri berkenalan dengan Nazihah, pasti semuaini tidak akan berlaku. Jika aku tidak menggedikkan diri berjumpa denganNazihah pada malam itu, pasti segala ini hilang dihembus bayu. Jika aku tidakmemukul bola hoki keramat itu, pasti aku tidak akan kenal pada Nazihahsehingga hari ini. Darah yang mengalir aku tongkatkan. Air mata yang deras aku sekakan. Bahu yang terhinggut-hinggut aku tahankan. Dalam keadaan terduduk menahan esak, sedih dan sakit, aku melangakmencari Imran. "Imran, bawak aku jumpe Nazihah... " 211
    • Aku Budak Setan: Nazihah 40 Lautan Api Sanggup Direnang Aku melangkah longlai keluar dari kereta Imran. Hospital Daerah KeringKontang Berkelapa Sawit tersergam uzur di depan aku. Berdasarkan maklumatdari Cikgu Reza dan berbekalkan koordinat wad yang kini menempatkanNazihah, aku bergerak gegas menuju ke destinasi. Langsung tidak sempat akubertanya arah berpandu tujuan. Aku tidak mahu membuang masa bertanya ituini pada jururawat-jururawat yang betugas. Aku mahu segera berjumpa Nazihah. Aku mahu menatap wajahnya. Aku mahu menggenggam tangannya. Baris bibirnya mahu kucium. Padang dahinya mahu kuusap. 212
    • Aku Budak Setan: Nazihah Walau sederas mana pun kehendak aku ketika ini, namun aku tidakmampu mengawal perasaan takut dan gemuruh yang bersarang di hati. Bohongbenar jika aku kelihatan tenang dan bersahaja ketika ini setelah mengetahuisegala jenayah anjing, terkutuk, hina dan sial yang telah berlaku. Mustahil sangatjika aku masih mampu mengawal bahang amarah d dada setelah segala-galanyaaku saksikan di dalam mimpi keramat tempohari. Setiap langkah menambah sesak di dada. Setiap nafas menjurai sedih di hati. Setiap hayun membuak dendam membara. Setiap saat merangsang perit terperi. Wad 3 bilik nombor 5. Mata aku meliar mencari sasaran. Ke kiri dan ke kanan aku perhatikan.Satu persatu bilik aku camkan. Masih belum aku berjumpa lokasi wad Nazihah.Masih tiada petanda akan terjumpanya tempat rehatnya. Imran dan rakan-rakanaku tinggalkan di belakang. Mereka sekadar menyusur jalan yang aku tempuhtanpa sebarang bicara. Barangkali, mereka tidak mahu menyesakkan otak akupada ketika ini. Barangkali mereka mahukan aku mencari ketenangan sendiridalam menghadapi situasi sebegini. Barangkali, mereka tidak mahu ambil pedulitentang apa yang terjadi dek kerana terlalu lalai melihat-lihat kakak manis jururawat yang beruniform putih dan ketat di pinggul dan di dada. Wad 3 bilik nombor 5. Dan akhirnya aku berdiri di hadapan bilik bernombor 5. Aku terkakusebentar. Di luar, kosong tiada penunggu. Di mana ibu bapa Nazihah? Di manashaabat-sahabat Nazihah? Tidak kasihankah melihat si comel ini berseorangan didalam? Tidak simpatikah dengan nasib beliau yang diratah ganas? Aku masih tidak berani memulas tombol pintu. Sebak, sayu, sesak, sedih,dendam dan perit melengkapkan ramuan kacau-bilau tunggang terbalik perasaanaku ketika ini. Apa harus aku lakukan selepas ini? Adakah aku harus terkammemeluk beliau tanda sayang pada dirinya? Adakah aku harus mencium dahidan menggenggam erat tapak tangannya tanda redha atas apa yang berlaku?Adakah aku sanggup menyembam muka melepas esak memohon maaf atasketidakupayaan aku menghalang perkara sebegini terjadi ? Ya Allah "Tak nak masuk Jo?" Aida bertanya lembut. Aku masih menunduk di hadapan pintu. "Sabar Jo, kuatkan semangat ko.." Imran bicara memujuk. Aku menarik nafas panjang. "Aku tunggu kat luar je.. ko masuk la Jo.." Pertuturan Faruk mendatar. Aku mendapat sedikit kekuatan ketika ini. 213
    • Aku Budak Setan: Nazihah Tombol pintu aku capai dan aku pulas. Daun pintu aku kuak perlahan.Aku takut kedatangan aku akan mengganggu si manis ini berehat. Aku takutkehadiran aku akan mengeruhkan pahit yang sedia tersimpan. Di situ terbaring si comel yang aku rindukan. Di situ terselimut si gedik yang aku sayangkan. Selimut putih membungkus seluruh tubuhnya sekadar menampakkan urairambutnya yang panjang. Nazihah sedang tidur agaknya. Wajah ayunya ditutupoleh selimut itu. Imran di pintu menarik tombol dan menutup pintumeninggalkan aku dan Nazihah berduaan di dalam bilik. Mungkin dia tidakmahu mengganggu mood aku ketika ini. Terima kasih Imran. Sekurang-kurangnnya aku tidak perlu malu untuk mencium Nazihah sebentar lagi. Ataupaling jahat pun, mencucuk-cucuk beberapa lokasi geli yangdijangkakan mampu membuatkan Nazihah nikmat. Aku perhatikan bilik itu.Syukur, tidak ada kamera terpasang. Terima kasih pentadbiran hospital yangkuno, kini aku boleh melakukan beberapa aktiviti liar dengan atau tanpa izinNazihah tanpa perlu ragu-ragu dan sipu-sipu dalam keadaan tergaru-garu tanpaperlu terburu-buru. Aku menarik kerusi yang terletak di sebelah katil Nazihah. Berteleku akumengadap beliau yang masih berselimut dan baring mengiring. Inilah kalipertama aku melihat rambut beliau. Sungguh.. sungguh aku tidak sangka. Rupa-rupanya aku dan Nazihah masing-masing mempunyai gen dominan yang sama.Masing-masing berambut megi. Namun, kepunyaan Nazihah adalah megi yangikal mayang manakala megi aku lebih kepada 2 minit cepat dimasak sedapdimakan. Tidak mengapalah, rambut megi tidak menjadi penghalang. Jika sudahlapar, nasi putih berulamkan kicap pun mampu diratah. Jika sudah penat, dalamLRT bersandarkan tiang pun mampu mendodoi. Apetah lagi sayang dan cinta.Lautan api sanggup direnang. Gunung daik bercabang tiga. "Jihah.." Aku memukadimahkan pertemuan. "Jihah.. Abang Jo datang ni..." Tiada reaksi. Nazihah masih terbaring kejap. "Jihah.. bangunlah sayang, Abang Jo datang ni.." Masih tiada jawapan. Aku yakin beliau sedang lena terlena. Atau tidaksanggup bertentang mata dengan aku. "Jihah.." "Abang Jo mintak maaf. Disebabkan Abang Jo, Jihah turut terheretsama.." Masih tiada balasan. Pedulikan! "Sayang, Abang Jo betul-betul tak sangka perkara macam ni boleh terjadi..Abang Jo tak sangka Ezam sanggup buat macam ni.." 214
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Walau apa pun terjadi.. Abang Jo masih sayangkan Jihah.." "Walau apa pun terjadi.. Abang Jo tetap bersama Jihah.." "Jihah, Jihah ingat lagi apa yang Jihah cakap pada Abang Jo kat kantin ituhari? Abang Jo masih ingat lagi.. setiap baris.. setiap ayat... setiap susunan.." "Selagi nama Jihah masih di bibir Abang Jo, Jihah tak akan ragu-raguuntuk mensyairkan nama Abang Jo." "Selagi diri Jihah masih dalam ingatan Abang Jo.. Jihah tak akan adasebarang masalah untuk hadir dalam mimpi Abang Jo.." "Mungkin dari segi fizikal kita tak mampu untuk bersama.. tapi ingatankita masih mampu bertaut." "Mungkin dari segi zahir kita tidak bersua.. tapi hati kita masih kukuhberpaut." Aku terdiam seketika. Cuba meneruskan bicara. "Jihah ingat lagi kan? kan?" Dan aku tidak mampu menghalang sedih yang membuak. Dan aku tidak sanggup menyeka air mata yang berlinang. Dan aku tidak berupaya menghalang sedu yang menggila. Biarlah. Demi orang yang aku sayang.. Biarlah sedih membungkus diri. Biarlah air mata menawar pedih. Biarlah sedu merasuk jiwa. Akhirnya Nazihah bergerak dari pembaringan. Aku mengukir senyuman. Oh, tidak! Senyuman lebar aku tiba-tiba mengeras. Air mata aku tiba-tiba tersejat. Sedu sedan aku tiba-tiba hilang disentap ganas. astagaaaaaaaaaa.. masak akuuuuuuu “AMMAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA !!!!" Gampang betul, cam mane aku bule salah wad ni ?? Serta-merta mata aku tertumpu pada kertas putih di atas meja.. Fokus 20x zoom optikal aku gunakan.. Tulisan cakar ayam itu aku perhatikan.. Yamuna A/P Gobalakrishna ! "Misii !!!!!!!!!!!!!!! ada orang gila dalam bilik sayaaaaaaaaaaaaaaaaa !!" 215
    • Aku Budak Setan: Nazihah 41 Bukan Anjing Untuk DihinaAda 3 orang sedang berguling bergelak ketawa.Ada 3 orang sedang berusaha menahan perut dari pecah.Ada 3 orang bahalol yang harus diumpil kuku ibu jari tangan mereka.Malu! Malu! Malu!"Adik, ni bukan wad 3.. ini wad 2..""Eh, ye ke? Wad 3 kat mane kak?""Adik jalan terus ni.. lepas tu belok kanan. Haa.. wad 3 lah tu.""Okeh, time kasih kak ek? Mintak maap aa mengacau Yamuna tadi.." 216
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Lain kali tengok la nama dulu kot yer pon rindu kat mak we.." yela yela Sial! Sial! Sial Pantas aku mengatur langkah ke arah arah yang ditunjukkan oleh cikjururawat yang bernama Faridah sebagaimana yang tertera di tag nama beliau.Pantas juga aku meninggalkan 3 orang makhluk bahalol samdol fathol yangmasih berguling-guling menahan senak membuak gelak di belakang. Malunyausah dikata. Marahnya usah dikira. Mahu saja aku sagatkan muka mereka kedinding hospital ini. Namun apakan daya aku. Fitrahku yang bersopan-santun,berbudi pekerti mulia dan warak ini merupakan dinding keluli tebal yang tidaklut dengan segala macam hasutan encik-encik bertanduk dan berekor laknatullahitu. Tidak mengapa. Sebaik sahaja aku melepasi selekoh ke kanan, sel-sel otak diluar kawalkumemberi impulse saraf menyuruh otot-otot kakiku mengeras atau dengan frasakerja yang tepat, terpempan. Atau, jika mahu menggunakan perkataan yangbombastik sedikit; terkesima. Terkejut pun kata kerja yang sesuai juga. Maka,mana-mana ayat yang tertera di bawah ini, sesuai digunakan bagi menerangkansituasi aku ketika ini: a) Aku terkejut. b) Aku terkesima. c) Aku terpempan. d) Aku terperanjat Ada 3 orang lelaki beruniform polis sedang berdiri di luar. Adasegerombolan pakcik dan makcik sedang menunggu di kaki lima. Ada seangkatantentera kanak-kanak riang sedang berpesta di situ. Melihat kepada keadaan kini,aku dapat rasakan yang aku berada di wad yang betul. Lama aku perhatikanpapan tanda di situ. Benar, inilah wad yang menempatkan Nazihah. Aku cukupyakin kali ini aku tidak akan tersilap. Jika aku tersilap lagi, pastilah kemaluanyang bakal aku hadapi. Pastilah amarah yang bersemarak di hati. Juga, bagimententeramkan hati para pembaca yang budiman sekalian.. aku akan pastikankali ini aku tidak tersalah wad lagi. Pasti. Aku merapatkan diri ke arah seorang mak cik yang berfesyen lagak makdatin. Mamakai tudung tetapi menampakkan rambut, dengan berbaju kurungtetapi terbelah kainnya, dengan barang kemas penuh menyalut lengan, leher dantelinganya. Aku rasa, mak cik ini adalah calon yang paling sesuai untuk akumenyapa. Kerana, insya Allah.. jika ada rezeki aku, mak cik ini mungkin 217
    • Aku Budak Setan: Nazihahmemerlukan perkhidmatan gigolo muda yang ganas di rimba. Dan, jika telahanaku tepat.. akulah jejaka yang paling layak untuk dianugerahkan jawatantersohor itu kerana akulah satu-satunya lelaki kachak yang berambut maggi disitu. Adakah aku perlu memberitahu mak cik ini yang aku juga menyediakanperkhidmatan mengurut? "Assalamualaikum.. tumpang tanya.." hai datin, dah lama tunggu i ? "Yer dik..?" "Ini.. wad Nazihah bt. Mohd. Nazmi ke?" datin, u perlukan servis mengurut ? Pertanyaan aku tidak dijawab. Mak cik datin itu memakukan renungannyakepada aku. heyy.. janganlah tenung i macam tu.. i kacak sangat kerr.. ? "Ini.. wad Nazihah bt. Mohd. Nazmi ke?" hoi mak cik! pekak ?? Aku mengulang kembali soalan aku. Barangkali, impuls saraf yang ditapisoleh gegendang telinga mak cik ini gagal melakukan tugas dengan sempurna ataudengan bahasa jimatnya; pekak badak. "Awak ni siapa? Ezam ke ??" herkk! Soalan itu menyakitkan hati aku. Soalan itu menghina diri aku. Soalan itu terlalu kuat sehingga semua penghuni siar kaki di situmemberikan tumpuan ke arah aku. Jika benar aku ini Ezam, mengapa aku harusdatang ke sini menyerah diri? Lebih baik aku merancang agenda seterusnyauntuk mejahanamkan gadis-gadis lain. Kan seronok jika muda-muda lagi sudahlayak masuk ke neraka? "Eh, bukan.. bukan.. saya nama Johari. Saya kawan satu sekolah denganNazihah.." bodoh ape ko ni mak cik?? 218
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Ohh.. dah tu awak datang ni nak buat ape?" bangang la ko ni mak cik, takkan la aku datang sini nak beli top-up kad telepon kot?? "Saya datang ni.. nak melawat Nazihah.. Boleh saya masuk jumpa diasekejap?" "Tak perlu rasanya. Kami tidak mahu ada orang luar berjumpa denganNazihah time-time macam ni!" hek ellehhh.. "Ohh.. masa melawat dah habis ke mak cik?" "Bukan.." "Err.. dah tu?" "Awak ni sape datang nak jumpe dia ??" Datang pula seorang lelaki yang bermisai tebal berperut boroi dan berpipilendut. Sekali imbas tak ubah seperti seekor anjing spesis bulldog yang sedangberdiri tegak. Tanpa memberi salam, tiada memberi isyarat terus sahaja datangmenyampuk perbualan aku dan mak cik datin yang bodoh dan pekak badak itu. "Kau ni orang luar! tak ada hak nak datang melawat Nazihah!!" hah! menyalak ? menyalakk ?? woff! woff!! Lidah, mulut, nafas, jantung dan segala organ yang boleh bergerak padaanatomi aku berhenti. Sumpah aku tidak percaya kata-kata begitu akan keluardari manusia yang hidup dalam tamadun globalisasi ini. Dialog sebegitu yangkebiasaannya hanya hadir dalam seleksi Cerekarama atau Kisah Benar, berjayamenembus lensa kamera lau bergolek dan memipih datang mengisi plot utamadalam kehidupan aku. Ayat itu bagaikan sembilu yang menusuk tepat menusukjantung. Ayat itu bagaikan panah yang menembus tepat merompong dahi. "Saya kawan satu sekolah dengan.." "Tak payah!" "Err.. tapi pak cik.." "Dia tak terima pelawat. Awak pegi balik!" "Err.. tapi.." "Berambus aku kata!" Wahai pak cik bermisai harimau, Di depanmu ini bukan anjing untuk dihina, 219
    • Aku Budak Setan: Nazihah Bukan babi untuk dicerca, Bukan keldai untuk ditertawa, Bukan pembantu rumah Indonesia untuk didera, Di depanmu ini manusia, Yang baik tidak tersangka, Yang mulia tiada terkira, Yang kacak tidak terduga, Yang warak, berbudi pekerti mulia, berjati diri, gagah, tegap, menepaticiri-ciri seorang gigolo pilihan dan berkarisma juga. Apa salah aku dilayan sebegini rupa? "Ohh.. tak pe lah. Macam mane keadaan dia pak cik?" "Eh, kamu pulak nak sibuk-sibuk. Apa gunanya kamu tahu keadaan dia??" Aku sekadar melemparkan senyuman pahit ke arah pak cik bermisai kopicap harimau itu. Cukup terhina rasanya dilayan sebegitu. Aida, Imran dan Farukmembatu sepi melihat perilaku biadap pak cik itu. Tidak mengapalah. Barangkali, tercemar daulat beliau didatangi jejaka kachak seperti aku. Barangkali, tergugat status beliau dicemari jejaka yang berpotensi menjaditokoh gigolo tersohor dan digilai mak cik - mak cik di situ kecuali mak cik datinyang pekak badak dan bodoh piang itu. Dan aku hampa. Hampa dengan sambutan hangat keluarga Nazihah. Hampa dengan pemaluan aku di wad cik Yamuna. Hampa dengan kegagalan berjumpa dengan si comel manja yang akurindukan. Aku memusingkan badan. Bersedia meninggalkan siar kaki yang dipenuhimanusia-manusia yang dilahirkan dari cahaya. Benar, mereka ini terlalu mulia.Tiada sama tarafnya manusia yang lahir dari tanah dengan lahir dari cahaya.Mereka ini sama mulianya dengan malaikat. Tinggi menghuni kerajaan langit.Gagah mengungguli petala ciptaan Tuhan. "Sial punye orang!" Aku memandang Faruk. Ada benarnya kata-kata beliau. Mereka adalahsekumpulan manusia yang sial. "Tak nak kasi masuk, cakap aje laa.. yang pegi halau-halau balik tuapehal??" Giliran Aida mengamuk. Aida yang mempunyai sesuatu yang bersaiztembikai itu mengeruntukan keningnya. Aku menoleh ke arah Imran.Tiada butirayat yang keluar dari mulutnya. 220
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Tak apelah, nak buat cam mane. Eh, korang lapa tak ?" "Err.. lapa lah jugak. Nak gi makan ke?" tak, kite nak gi memancing. bodoh! "Ha ah, sementara nak tunggu tengah malam karang.. ape kata kite makandulu.." "Cantek gak tu, perut aku memang dari tadi dah berbunyi-bunyi ni.." Akhirnya Imran bersuara. Lantas dipersetujui oleh Faruk dan Aida sambil mengangguk-angguk. "Okey, jom makan!" "Chopp !! Nanti jap!" "Aa.. ngape?" chopp chopp ape plak ni ?? "Apa maksud ko sementara nak tunggu tengah malam tu??" "Huh? yer la.. kite tunggu sampai tengah malam la kat sini." "Nak buat ape?" ko agak ape sebab aku ajak ko datang sekali Aida ?? Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.... Aku tenung ke mata Aida. Tajam renungan aku membuatkan Aidamenunjukkan reaksi tidak selesa. "Aku nak jumpa Nazihah." "Tengah malam ni??" "Ha ah.." Aku merendahkan kening kiri dan mengangkat tinggi kening kanan. Sengihan semanis tapir aku lemparkan. Pandangan aku pada Faruk, Imran dan Aida aku tajamkan. "Ada ape-ape masalah ke?" Aida, Faruk dan Imran saling berpandangan. "Ko dah gile ???" aku memang orang gila pon! 221
    • Aku Budak Setan: Nazihah 42 Bak harimau yang ganas di rimba Manusia itu agung. Manusia adalah kejadian ciptaan Allah yang cukup unik. Dari alam gelaprahim si ibu, disambut keluar ke alam dunia, transit bertemu cacing dan lipan dialam kubur dan akhirnya bangun semula di alam akhirat. Manusia adalah kejadian ciptaan Allah yang sangat sempurna danseimbang. Tidak perlu jauh, ambil diri sendiri sebagai contoh. Perhatikankesempurnaan dan keseimbangan yang Allah berikan untuk diri kita. Jikadilahirkan dengan fizikal yang hebat, barangkali lemah mental tersemat. Jikadilahirkan bagai kaya si Qarun, mungkin busuk perangai hina bagai Firaun. Dantidak mustahil juga dilahirkan kacak, berbudi pekerti mulia, warak, tegas,berkarisma, jujur, amanah, istiqamah dan berambut megi tetapi hati rungsing,gusar, takut, sedih dan gementar demi seorang gadis yang comel dan gedik. 222
    • Aku Budak Setan: Nazihah Tidak sia-sia penantian aku. Terima kasih kepada pengawal keselamatanyang selamat dalam tidurnya, aku berjaya melolosi sistem keselamatan hospitalini yang rata-ratanya terdiri daripada pak cik-pak cik yang lebih sesuai dipanggildatuk-datuk tentera pencen yang gendut-gendut. Faruk, Imran dan Aida akutinggalkan di kereta. Aku tidak mahu membahayakan nyawa mereka dengantindakan berani dan cekal aku malam ini. Aku tidak rela memperjudi nasibmereka dengan mengheret mereka masuk menyertai kemelut kehidupan peribadiaku. Imran ada kereta yang perlu dijaga. Faruk ada mesin kuda dan meja snukeryang perlu dibaja. Aida ada tembikai ranum yang perlu dimanja. Aku? Apa yang aku ada? Aku menyusuri kaki lima wad hospital itu dengan berhati-hati. Risau jikadicekup jejaka-jejaka beruniform polis mahupun berseragam hospital. Cuak jikadisergah ahli keluarga Nazihah terutamanya jika pakcik misal tebal berupabulldog itu dengan gagahnya mencekup kolar leher aku dari belakang. Dalamberdengket-dengket aku berjalan, dalam perlahan-lahan aku menyusur..akhirnya tiba juga aku di hadapan wad Nazihah. Wad itu sunyi. Daun pintu ditolak kemas. Aku menyusup masuk bagaikan seorangpencuri. Kadang-kadang aku berasa beruntung dan bersyukur keranadianugerahi bakat seorang pencuri. Senyap, jitu dan bermutu. Sebaik sahaja akumenjejak kaki ke dalam wad itu, tombol daun aku tarik. Daun pintu aku tutupkembali. Nafas aku mulai deras. Jantung aku semakin rancak. Sebentar lagi, adaseseorang yang comel bakal aku gomoli. Ada seraut delima merekah yang mahuaku ratahi. Ya, mungkin aku sedikit ganas dalam aktiviti-aktiviti cerita rakyatsebegini namun dalam ganas itu terselit kasih dan sayang. Bak harimau yang ganas di rimba. Sungguhpun ganas tapi mahu dimanja41. Bak jerung yang garang di terumbu. Walaupun garang tapi mahu dicumbu. Bak garuda yang agung di awan. Meskipun agung tapi lemas di pelukan. Bilik itu samar. Perlahan dan hati-hati aku merapat ke katil di hadapan aku. Risau jikapisang berbuah dua kali. Malu jika tragedi Yamuna menjadi sekali lagi. Akudapatkan papan catatan rekod pesakit di kaki katil. Nazihah bt. Mohd. Nazmi41Sebenarnya, ini adalah tagline produk Kopi Harimau, dengan model seorang pak cik tua yangbagaikan polis pencen. 223
    • Aku Budak Setan: Nazihah Aku menyengih secara automatik. Tetapi tidak lama sengihan aku. Ototbibir mengerut keras. Hela nafas tersumbat mampat. Jantung rancak berdenyutdan resonansnya makin menggila. Apatah lagi saluran saraf pulmunori yangmengembang 30% secara rakus apabila trafik aliran darah makin menggila. Katil itu kosong. Nazihah sudah hilang! Di mana Nazihah? Larikah beliau dari wad ini? Aku menjadi bodoh ketika ini. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan.Dari jauh aku datang, dengan semangat aku sertakan dalam perjalanan ini.Akhirnya, katil kosong yang berkecamuk selimutnya aku hadapi. Bukan Nazihahyang aku sayangi. "Siapa.. ?" Dari bingkai tingkap berselindungkan langsir, terdengar suara lembutyang sangat aku kenali. Suara halus yang amat aku rindui. Suara lunak yangterakhir kalinya aku tangkap keluar dari corong telefon tempohari. "Jihah.. ?" Aku bergerak mendekati tingkap. Dengan hati yang berdebar sertaperasaan takut, aku merapat. Pastilah takut menghantui jiwa. Masakan tidaktakut, dalam keadaan bilik yang samar-samar begini, ada suara wanitakedengaran jelas tetapi tidak terjumpa sosok badannya. Aku benar-benarberharap agak pontianak yang sama dari kantin Sekolah Menengah Sains KeringKontang Berkelapa Sawit tidak sampai mengekor Nazihah ke sini. Jikapunpontianak bangang itu sangap, carilah Ahmad Fakhrul b. Shahidan Noh.Janganlah diganggu Nazihahku di sini. Usahlah disakat Nazihahku sebegini.Sekurang-kurangnya, berilah Nazihah sedikit ruang untuk bertenang setelahmalapetaka dasyat menimpa dirinya. "Abang Jo..?" Dan lendur langsir itu terselak.. Dan wajah comel itu terserlah.. Dan aku semakin sebak.. Dan kami berdakapan. Nazihah mengesak. Kepalanya rapat terletak di bahuku. Biarlah. Biarbasah bahu itu digenangi air mata. Biar keras baju itu dipenuhi hingus. Yangpenting ingin aku tekankan di sini ialah betapa hangatnya pelukan itu. Selamaini, hanya bantal peluk kekabu yang panjang itu sahaja yang pernah aku peluk.Umum mengetahui bahawa, tiada apa yang menarik pada bantal peluk kekabu.Keras, bodoh dan tidak mampu membangkit nafsu. 224
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Jihah jangan nangis.. Abang Jo ada kat sini.." Aku membelai-belai rambut lembutnya. Aku campurkan belaian dengan kucupan lembut di dahi. "Jihah kena kuatkan semangat.. Kita tempuh dugaan ni sama-samaokey..?" Dan Nazihah makin terhinggut. Hinggutan yang makin menggila aku balas dengan pelukan yang makinerat. Pelukan yang semakin erat membawa kepada pertambahan luas permukaantembikai yang tidak berbungkus itu melekap di dadaku. Pertambahan luaspermukaan tembikai membawa kepada terbangunnya satu-satunya organ nikmatpada khalifah agung di bumi berjenis lelaki. Ah, adik yang sudah lamamembujang mula menampakkan kenakalannya. Lama kami berpelukan secara tuli. Tiada suara yang kedengaran. Tiadacerita yang ke udara. Masing-masing melayan perasaan sendiri dalam dakapanterlarang. Dari rambut yang aku belai, maju ke belakang yang aku usap. Jikadikira-kira dengan teori Phytagoras yang mengelirukan itu, 30% dari badanNazihah telah berjaya aku terokai. Tinggal lagi 70% bahagian sahaja yang masihperlu aku gagahi. Namun, masa yang tidak sesuai ketika ini membantuteksplorasi Nazihah kali ini. Bersabarlah Johari. "Abang Jo sihat..?" "Sihat alhamdulillah.. Jihah dah makan ubat dah..?" "Tak perlulah makan ubat doktor tu. Tak ada ubat yang boleh sembuhkansakit Jihah sekarang ni.." hek elleh.. kerek la pulak. Lempang karang.. "Tapi sekurang-kurangnya.. ubat tu bole kasi Jihah relaks, bole kasi Jihahrehat." Nazihah terdiam. Rengekan yang kedengaran tadi terhenti. Nazihah laridari dakapan aku dan duduk di katil beliau. Wajahnya murung. Perlahan-lahandinaikkan wajahnya ke arah aku. Mulutnya terkunci. Matanya tajam. Seperti.. Seperti ada sesuatu yang mahu dikatakan olehnya. Seperti ada berita yang mahu diwartakan olehnya. 225
    • Aku Budak Setan: Nazihah Tapi sesuatu dan berita itu terkunci rapat itu bagaikan dikawal ketat didalam mulutnya dan tersangkut lama di peti suaranya. Aku melutut di hadapan Nazihah. "Jihah ada bende nak cakap pada Abang Jo ke?" Nazihah membungkam. Wajahnya dipalingkan dari aku. Aku bangun darilututan tadi dan duduk di sebelah. "Cakaplah.. ada bende Jihah sorok dari Abang Jo ni.." "Abang Jo dah tahu apa yang berlaku pada Jihah. Jihah tak harapkansimpati dari Abang Jo. Ini nasib Jihah dan Jihah redha dengan apa yangterjadi.." Aku mendiamkan diri. "Jihah tak pernah meminta perkara ini terjadi. Jihah sedih. Sedih sangat-sangat dengan apa yang terjadi pada Jihah. Dan Jihah tak sangka diorangsanggup buat Jihah macam ni.." Aku bagaikan iguana hijau di ranting kayu. Kaku. Batu. Lembu. "Cuma, Jihah ada satu permintaan. Jihah betul-betul harap agar Abang Jopenuhi hasrat Jihah yang satu ni.." "Apa dia ?" "Jihah harap, Abang Jo takkan terlibat dengan masalah Jihah. Apa yangdah terjadi, biar polis dengan mak bapak Jihah yang settlekan.." "Kenapa Jihah cakap macam tu? Jihah takut Abang Jo bunuh Ezam ke?" pehh.. poyo gile aku.. "Bukan macam tu.. " "Dah tu ?" "Jihah tak nak hidup Abang Jo terancam. Cukuplah Jihah sorang yangmenjadi mangsa. Jihah tak nak ada orang lain susah sebab Jihah.." "Jihah tak nak.." Seelok tamat sahaja ayat itu, tangisan kembali terburai. "Baiklah, kalau itu yang Jihah mahu.. Abang Jo akan ikut. Tapi.." "Ada tapi ape Abang Jo?" "Sebagai balasan.. Jihah kena ikut permintaan Abang Jo pulak." "Apa dia?" Kali ini, giliran Nazihah pula terdiam. 226
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Abang Jo ada satu je permintaan.." "Apa dia? Cakaplah.." "Abang Jo.. nak.. Jihah makan ubat dan ikut nasihat doktor. Banyakkanberehat dan jangan buat sebarang kerja bodoh.. okey?" "Tapi Abang Jo.. itu dah 3 permintaan tu. Abang Jo kata satu je tadi.." Dan Nazihah ketawa manja. Demi menjaga hatinya, aku berpura-puraturut ketawa walaupun kata-katanya tadi sekadar pencetus suasana. Sudah lamatidak aku kedengar tawa itu. Sungguh lama.. Dan pertemuan singkat malam itu aku akhiri dengan satu ciuman dibibirnya. Tertutup rapat mata Nazihah saat bibir kami bertemu. Sempat juga akuselimuntukan beliau sebelum aku menutup daun pintu wadnya. Wajah puasterpancar dari diriku. Bukan puas kerana nafsu tetapi puas kerana rindu. Jikatadi rindu telah berbalas, kini nafsu pula harus dilepas. Terlintas wajah Aida didepan mata. Demit! Perlahan aku mengatur langkah menuju ke kereta Imran. Mereka masihsetia menunggu di dalam walaupun Aida telah terlentuk lena di belakang. WajahNazihah dan Aida silih berganti. Jihah harap, Abang Jo takkan terlibat dengan masalah Jihah Kata-kata Nazihah datang mengisi ruang-ruang kosong dalam pemikiranaku. Adakah aku akan mengikut permintaan Nazihah yang satu itu? Bukankahaku sudah berjanji dengan Nazihah untuk tidak turut serta dalam kancahmasalah ini? Adakah aku takut berhadapan dengan si haram jadah Ezam itu? Minta maap Jihah. Aku adalah manusia yang keras hati. 227
    • Aku Budak Setan: Nazihah 43 Ringgo “Let us now with thankfulness Praise the founders of our school For their foresight and devotion Some who came across the ocean Some Malaysians own sons All true Victorians" 42 Minggu pertama percutian alam duka digantung sekolah telah berlalu.Kini aku berada dalam minggu yang kedua pergantungan aku. Semakin lamaberada di rumah, semakin sembab otak aku menghadap bosan. Rumah kosongtiada hiburan. Mak sibuk tiada sempadan. Sudahnya, aku mengalami suatuproses keruntuhan akhlak dengan menghabiskan masa di kedai snuker danmembantu meringankan beban Farouk menunggu kuda. Tidak ketinggalan jugaaktiviti berkumpulan yang dinamakan Mari Memerhatikan Punggung Ganjil CikAida yang Berada di 13 Sentimeter di Bawah Dagu. Minggu depan, aku akan kembali ke Sekolah Menengah Sains KeringKontang Berkelapa Sawit. Sungguh malas dan culas rasanya mahu kembali kesana. Sudah tidak ada apa yang ada di sana yang mahu aku kejarkan. Beritaterbaru tentang Nazihah tidak kedengaran. Cerita baru dari sekolah juga tiadadikhabarkan. Aku dibiarkan terkontang-kanting di rumah tiada perhatian.42 Ini adalah rangkap pertama daripada 6 rangkap lagu Sekolah Menengah Victoria. 228
    • Aku Budak Setan: Nazihah Tiada deringan telefon. Tiada utusan surat. Aku terlantar kemamar di atas katil. Bola mata menerawang ke segenapruang bilik memerhatikan almari, meja, siling, kipas, tingkap, pintu, lantai,plastik gula-gula dan akhirnya fokus ke arah gambar yang tergantung di dinding.Gambar aku dengan uniform ala tentera sambil memegang alat muzik berlatarbelakangkan Sydney Opera House. Gambar ketika aku berada di puncakkegemilangan dan kesengsaraan semasa menjadi salah seorang ahli pancaragamSekolah Menengah Victoria. Rangkap pertama lagu sekolah tiba-tiba melungsurlaju terngiang di kepala. Sanjungan didendangkan Pengasas nan budiman Sanjungan didendangkan Pengasas nan budiman Dengan jasa khidmat mulia Yang mengharung samudraya Dan putera Malaysia Kekal cita Victoria + Nyanyi lagu Bang? Sangap Bang? - Ha ah la Dik.. + Tak nak pegi rumah Aida bang? - Dia pegi sekolah aa.. + Tak nak ternak duit kat Woh Fatt ke? - Siang-siang cam ni Woh Fatt mane bukak Dik.. + Dah tu sangap la ni? - Iyer la.. kan Abang dah cakap tadi?? Dialog konversasi dua hala antara aku dan Adik di dalam seluarsebenarnya adalah monolog bangang yang lazimnya terhasil ketika aku sedangsangap. Apa lagi yang lebih molek untuk aku lakukan kini? Bercakap dengan dinding hanya akan menambah bodoh yang sedia ada. Bercakap dengan kipas hanya akan meningkat skala sangap yang sediatinggi. + Jom pegi VI nak Bang? - Huh? Nak buat ape? + Saje.. lepak-lepak ke.. huha huha ke.. - Alaa.. malas la Dik.. + Untung-untung boleh jumpe budak-budak BBGS kat Lot 10! - Eleh, setakat BBGS je.. + Budak-budak CBN ngan MGS pon kadang-kadang lepak kat sana gak.. - Eleh.. CBN ngan MGS jer.. + Kalo camtu, padan muke la sangap sampai minggu depan! 229
    • Aku Budak Setan: Nazihah - Eh, rilek aa.. Ada Abang kate tak nak pegi?? Dan aku bersiap-siap mahu ke VI. Lama juga rasanya tidak menyinggah kesana. Melihat-lihat bangunan kolonial peninggalan penjajah yang rakus. Penjajahyang telah merobek kekayaan bumi dan merompak kerajaan Melayu Melakapulang ke negara mereka. Penjajah yang mendabik dada kononnya membawakemajuan dan tamadun ke pelosok dunia. Penjajah jahanam! Tergetus menyesal di hujung hati. Jika aku masih di sekolah kolonial ini,pastilah aku tidak perlu cuti dua minggu di rumah. Pastilah aku bolehbersembahyang jumaat di Nagaria Bowling Centre. Atau, mencuri-curi intaipelajar-pelajar dari BBGS datang belajar berenang di kolam renang sekolahsetiap hari jumaat. Dan pastilah sengsara dan azab menanti setiap kali latihanpancaragam pada waktu petang. Perjalanan dari rumah ke sekolah mengambil masa kira-kira setengahjam. Sampai di sekolah, jam sudah menunjukkan pukul 2:30 petang.Perkarangan sekolah masih dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang mahu pulangke rumah atau melencong sebelum pulang ke rumah. Biasanya, waktu petangdihiasi dengan aktiviti beruniform sekolah seperti Kadet PKBM, Kadet band,Kadet Remaja Sekolah, Pengakap 1st KL dan 2nd KL dan PBSM. Kesemua aktivititersebut berbalik kepada satu persamaan. Pembulian atas nama mendisiplinkan pelajar. Mata aku melekap tepat memandang menara jam. Sesekali mengerling kearah jam loceng yang kepunyaan kapal HMS Malaya ketika kapal itu datangberlabuh di Port Swettenham pada tarikh yang aku tidak ingati. Bangunan putihyang siap sekitar tahun 1927 itu masih kukuh dan megah berdiri. Melangakmelihat menara jam yang rosak jamnya. Mengira-ngira pokok palma yangditanam cantik di sekeliling blok akademik yang berbentuk E. Menendang-nendang besi penghalang yang memagari rumput. Duduk termenung di wakafmerenung padang. Ah, terlalu banyak kenangan di sekolah itu. Terlalu banyak. Sanjungan didendangkan Pengasas nan budiman Sanjungan didengangkan Pengasas nan budiman Kerna jasa khidmat mulia Yang mengharung samudraya Dan putera.. "Jo??" cehh.. sape pulak kaco aku ni? 230
    • Aku Budak Setan: Nazihah Aku menoleh. Wajah jejaka bercermin mata itu aku amati sedalammungkin. "Fazrel !!" Kami saling berpelukan yang tidak menjurus ke arah perhubungan sesamajenis. Terasa lama benar aku meninggalkan sekolah kolonial ini. Fazrel bagaikantidak aku temu 2-3 tahun lama rasanya. Padahal, beberapa bulan yang lepas.. akusendiri yang menandatangani borang untuk berhenti sekolah. Aku sendiri yangmengadap, diherdik, ditengking dan dimaki oleh Adrian apabila akumenyuarakan hasrat aku untuk keluar dari sekolah. "Ko buat ape datang sekolah ni? Siap pakai baju sekolah lagi haa.. lencanapon tak tanggal ni..." "Hehehe.. rindu rindu. Dah lama tak tengok Clock Tower." "Haa.. tu la ko. Pegi kluar sekolah sape suruh?" "Dah nasib Fazrel.. dah nasib. Ko nak pegi mane ni? Hari ni bukan adatraining pon?" "Alaa.. aku nak kena ajar budak-budak junior main lagu. Jom lepak bilikHQ." "Jom aje!" Sepanjang petang itu, aku menghabiskan masa aku dengan bekas rakan-rakan kesengsaraan aku suatu ketika dahulu. Sambutan yang hangat dari merekamenjadikan aku tidak seperti rusa masuk ke kampung. Sempat juga akumencapai clarinet sakti yang suatu ketika dahulu menjadi alat permainan aku. Selewat 6:30 petang, aku beransur mahu pulang. Perjalanan pulang kaliini sama jauhnya seperti perjalanan datang tadi. Harus berjalan kira-kira 2kilometer melalui Petaling Street mencelah dari Stadium Negara. Setiap kali akumelalui Petaling Street, pasti aku akan melalui beberapa pitstop aku yang amataku gemari. Kedai taufu fa di simpang empat jalan dan kedai menjual VCD cetakrompak dan VCD porno. Maka, destinasi pertama aku.. pastilah ke kedai taufu faitu. Tembolok perlulah diisi terlebih dahulu sebelum mengepam nafsu membeliVCD yang meruntuhkan akidah. Kurang selesa rasanya jika menontonpermainan kriket di atas katil dalam keadaan perut lapar di rumah nanti. Dan kedua-dua pitstop itu telah aku harungi. Kini, episod ke-2 perjalanan pulang ke rumah bermula. Intrakota 45 harusaku tahan supaya dapat aku pulang ke rumah pada masa yang tepat supaya akusempat ketemu dengan Aida. Aktiviti Mari Memerhatikan Punggung Ganjil CikAida yang Berada di 13 Sentimeter di Bawah Dagu harus disinambungkan demimenjamin hubungan baik antara aku dan adik. Penantian bas intrakota 45 melarat sehingga maghrib. Inilah masalahnyadengan sistem pengangkutan awam di Malaysia. Disebabkan aliran trafik jalan 231
    • Aku Budak Setan: Nazihahraya yang padat, sukar untuk pemandu bas sampai ke destinasi mengikut jadual.Dan aku sebagai salah seorang pengguna perkhidmatan awam ini, pastilahpendek akal dan dungu lalu terus menyalahkan pemandu bas yang umumnyaadalah bekas-bekas pemandu lori yang rata-ratanya dikhabarkan mempunyaibanyak kes trafik. "Kamu Johari?" Aku disapa oleh seorang pemuda yang tidak aku kenali. Wah, kepalangbangganya aku di sudut hati. Di tengah-tengah kelompok warga kota dan wargaimigran di tengah hiruk-pikuk bandaraya ini, masih ada yang mengenali aku. Adakah aku terlalu kachak? Adakah aku terlalu karismatik? Adakah terserlah benar karekteristik aku sebagai gigolo tampan berambutmegi ? Atau adakah aku disalah erti sebagai penyembah ideologi songsangpengamal hubungan sesama jenis? "Yer, saya Johari. Kenapa?" "Ada orang hendak berjumpa dengan kamu di sana." Skema btul mamat ni. Telunjuk pemuda itu diluruskan ke arah lorong di antara banguanMetrojaya dan Cahaya Suria. Dengan harapan bahawa ada seorang datin yangkesepian dan chomel sedang menanti aku dengan penuh manja, aku bergerakmengekor pemuda tadi ke tempat yang dituju. Tiada. Tiada datin yang comel sedang menunggu. Tiada datin yang manja sedang menggaru. Cuma sekumpulan remaja harapan bangsa perosak agama sedangmenunggu aku. "Ada apa?" Aku memulakan perbualan. Salah seorang dari mereka datang merapatiaku. "Nama aku Ringgo." "Yer, ada apa encik Ringgo?" Eh, sejak bila ahli kumpulan the Beatles tau cakap Bahasa Malaysia ni? "Aku ditugaskan untuk membawa pesanan dari Ezam. Ko kenal Ezam?" "Ezam?? Ezam dari Sekolah Menengah Sains Kering Kontang BerkelapaSawit itu ke??" 232
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Ya, benar. Dia suruh aku sampaikan pesanan khas untuk ko." "Apa dia?" Pada ketika ini, aku telah dikelilingi oleh mereka. "Dia suruh aku bunuh ko!" Dan pisau sepanjang 12 sentimeter terhunus keluar dari poket kiri jaketRinggo.. 233
    • Aku Budak Setan: Nazihah 44 Keturunan Hang Jebat Satu, dua, tiga, empat. Aku mengira-ngira jumlah manusia yang sedang mengerang kesakitan diatas lantai ketika ini. Empat orang semuanya. Ada yang patah hidung, patahtangan dan kemungkinan besar retak tulang rangkanya akibat dari hayunanpenumbuk, siku dan kaki aku. Pisau yang dihunus oleh Ringgo sebentar tadi berjaya aku elak denganaksi dan kelincahan yang cukup mengagumkan. Tiada taranya lagi kelincahanaku pada ketika itu sehinggakan aku sendiri juga turut kagum dengan kelincahandiri sendiri. Belum pernah refleks aku sepantas tadi. Belum pernah aksi akusehebat itu sebelum ini. Adakah tindakan Ringgo terlalu perlahan? Adakah secara senyap-senyapNazihah telah menyalurkan tenaga dalamnya kepada aku ketika berada dihospital tempohari? Atau, adakah aku sememangnya dilahirkan bukan sahajakachak, mulia, berkarisma dan berambut megi malahan juga handal, tangkas dangagah bagaikan Hang Jebat? 234
    • Aku Budak Setan: Nazihah Pernah aku terdengar gossip-gossip liar dan desas-desus panas mengenaidarah keturunan aku. Mengikut kata Opah aku di kampung, keturunan kamiberasal dari zuriat Hang Jebat, pahlawan yang dikatakan belot kepada SultanMelaka suatu ketika dahulu. Bagi rakyat Malaysia yang gemar mendewa-dewikanpahlawan-pahlawan barat yang telah difilemkan, Hang Jebat adalah salahseorang dari mangsa kebodohan dan kegoncangan pentadbiran kerajaan Melakapada ketika itu. Nama yang tersisip dalam karya Tun Sri Lanang dalam SejarahMelaka itu dikatakan telah menderhaka kepada baginda Sultan yang berduli danberdaulat. Antagonisme yang ditonjolkan oleh beliau dibuktikan dengan amukanbeliau di istana Sultan. Padahal beliau adalah protagonis yang unggul. Seoranghero yang membawa api reformasi kepada kerajaan Melaka tetapi dipadamkanoleh kebahalulan dan kebebalan Hang Tuah yang setia secara tuli. Terus terang aku katakan, aku tidak mempercayai akan kata-kata Opahaku itu. Bagi aku, cerita hikayat Hang Tuah adalah sekadar cerita rakyat daripenglipurlara dan disampaikan turun temurun dari datuk dan nenek kita suatuketika dahulu demi menyemai sikap taat dan setia secara secara membabi-butakepada Sultan pada zaman itu. Malah, Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang itumungkin satu propaganda Kesultanan Melayu lama untuk terus kukuh disinggahsana dan tidak disanggah. Kerana, tiada siapapun yang benar-benardapat membuktikan kewujudan Hang Tuah lima bersaudara. Tetapi, Jika aku benar-benar berdarah Hang Jebat, maka itu adalah jawapan yangtepat kepada kelincahan dan kehandalan aku sebentar tadi. Jika mengambil teoriJedi Quiqon dalam filem sains fiksyen Star Wars, midoklorin aku kemungkinanbesar pada tahap 100,000 dalam setiap titisan darah. Satu angka yang samaterdapat pada Anakin Skywalker yang karekternya saling tidak tumpah sepertiJustin Timberlake dalam kumpulan NSync. Aksi aku menepis dan mengkaratetangan Ringgo sebentar tadi adalah terlalu tangkas sehinggakan Ringgo sendiritercengang kehairanan. Seorang demi seorang yang datang menyerbu ke arahaku sebentar tadi berjaya aku tundukkan dengan memberi siku ke dada,mencedok tegak ke hidung, menyepak deras ke rusuk dan menghayun penumbukke muka. Semuanya dilakukan tanpa was-was. Peliknya. Bukankah aku terus rebah ketika aku ditumbuk oleh Ezam di asramaketika sessi pergaduhan dahulu? Tujuh pemuda yang lain kelihatan ragu-ragu. Lauk yang mereka harapkantelah bertukar menjadi seekor singa. Aku menyusun dan menegapkan kekudayang aku sendiri tidak tahu sama ada betul atau tidak etikanya. Satu sengihanjuara terpapar dari bibirku. Pada ketika ini, aura kemenangan sudah terpancar.Api semangat musuh sudah malap. "Nextt..?" 235
    • Aku Budak Setan: Nazihah meh meh Pelawaan aku tidak berjawab. Masing-masing sudah senyap. Melihatkan anak buahnya yang tunggul dan sentul, Ringgo mengambillangkah utama. Jelas sebagai seorang ketua, pastilah tidak mahu air mukanyajatuh di hadapan anak buah. Dengan wajah yang bengis, lariannya dikencangkan.Sebelum sampai ke tempat aku, beliau melompat tinggi. Kakinya diterjah luruske hadapan dengan lagak tendangan terbang. Aku mengelak dengan cemerlang.Ringgo terlepas sasarannya. Sebelum sempat Ringgo berbuat apa-apa, lutut akutelah sampai ke rusuk belakangnya. Terperosok Ringgo jatuh ke tanah. Terbaringkesakitan. Kesempatan yang sebesar ini harus aku ambil. Pada ketika Ringgo menahan sakit akibat dilutut, aku segera melepaskansepakan ala Ronaldinho tepat ke perutnya. Sakit pastilah bertukar kepada senak.Aku semakin menggila. Sepakan pertama sebentar tadi, Ringgo bagaikan sebuahbola. Sepakan kedua pula aku menjadikan Ringgo seolah-olah seperti seekoranak itik. Ringgo mengaduh kesakitan. Hati kering aku memberi idea supaya akumelumpuhkan pula adik Ringgo yang manja di dalam seluar. Jika akumelumpuhkan adik beliau, pastilah selepas ini Ringgo akan bertukar menjadiseorang gadis sunti yang berhalkum di leher. Dan, sebagai seorang jejaka yangmulia dan gemar melihat tembikai Aida, aku batalkan hasrat aku itu dan digantidengan sepakan yang lebih jitu ke arah dadanya. Aku mengilas ke belakang. Kesemua anak buah Ringgo sudah hilang.Kesemua telah menjadi bacul dengan lari dari medan perang. Jikalau bukandarah panglima Hang Jebat mengalir di setiap urat dawai otot besi aku ini,pastilah pisau sepanjang 12 sentimeter itu telah berjaya menembusi dindingperut aku. Pasti ngilu rasanya ditikam dengan pisau sebegitu panjang. Jauh disudut hati, aku agak mengkagumi diri sendiri. Ternyata dan tersohor sekalibahawa aku bukan sahaja kachak dan budiman, malahan juga bijak, berwibawa,jujur, tekun, taat, tabah, tangkas, gagah, pintar dan juga gemar mengumpulsetem. Adakah Panglima Hang Jebat dahulu juga berambut megi seperti aku? Ringgo di tanah aku injak mukanya dengan kaki aku. Puas rasanya dapatmemperbodohkan orang upahan Ezam yang celaka itu sedemikan rupa. Akumencekak leher Ringgo. Kelihatan darah mengalir dari celah bibir. Pelik. Akutidak perasan pula kaki aku melayang ke arah bahagian muka beliau. Wajahnyayang memang sudah hodoh tidak kepalang diburukkan pula dengan darah dibibir. Ah, aku terasa bersalah pula ketika ini. Aku telah merosakkan kejadianAllah. "Mana Ezam sekarang ni ??" Ringgo tidak menjawab. Ya Allah, ampunkan aku kerana merosakkan ciptaan Engkau. 236
    • Aku Budak Setan: Nazihah Dan penumbuk aku meluncur deras ke muka Ringgo. "Mana Ezam sekarang ni ??" Ringgo masih membatu. Ya Allah, ampunkan aku kerana merosakkan ciptaan Engkau. Dan penumbuk aku melancar keras ke muka Ringgo. "Mana Ezam sekarang ni ??" Ringgo sekadar tersengih memandang aku. Tiba-tiba, diludahnya airliurnya ke arah aku. Pek! Tepat ke hidung aku. Mak aih, busuk gile air liur mamat ni. Aku sudah hilang sabar. Aku kira, Ringgo berpegang kepada bidalanmelayu bahawa biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Baiklah, ini adalahsatu kesempatan besar untuk aku mengeksperimentasi bidalan itu. Pisau sepanjang 12 sentimeter yang dibawa oleh Ringgo sebentar tadi akucapai. Jika menggunakan mulut dan tangan tidak mampu membuatkan Ringgobersuara, maka mungkin beliau akan mengubah fikirannya jika soalan ituditanya dengan menggunakan pisau pula. Pisau itu aku angkat tinggi. Bersediauntuk menjunam jika Ringgo tidak mahu menjawab. "Mana Ezam sekarang??" "D.. ddi..a sss... kangg ni.. tt.. tttee.. tengah sembunyi dekat Banting." haa.. tau pon takut! "Ko tau kat mane tempatnya??" Ringgo kembali senyap dalam tergagap-gagap. Dan aku meluncurkan pisau itu ke matanya... "Tunggu! tunggu! Jangannn ... !!!" Sebelum sempat pisau itu mendarat ke matanya, aku memberhentikantangan aku. Kelihatan cecair tengik mula membasahkan seluar Ringgo. Terkincitrupanya encik gangster ini. "Pisau ni tajam Ringgo. Baik ko cakap sebelum tikam ko betul-betul!" "Aaa.. aa.. aku ta.. tahuu.. kat mana Ezam sekaranggg gg.." "Kat mane Ezam sekarang ??" Eh, busuk btul bau kincit mamat ni! 237
    • Aku Budak Setan: Nazihah "Dia ada sembunyi kat Kampung Kanchong.." Kampung Kanchong? Kat mane tu aa? "Berapa ramai lagi ada kat sana ??" "Ezam sorang je ada kat sana.." Aku menekan pisau itu rapat ke leher Ringgo. "Tolong, jangan Johari! Jangan bunuh aku Johari..! Tolongg..!" "Berapa ramai lagi ada kat sana ??!!" "Sumpah, ada Ezam sorang je ada kat sana.. percayalah cakap akuJohari.." Aku memakukan mata aku tepat ke mata Ringgo. Ringgo sudah separuh mati ketakutan melihat pisau itu lehernya. Jika pisau itu tercacak ke perut aku sebentar tadi, pasti wajah riang yangterpancar dari muka Ringgo. Jihah harap, Abang Jo takkan terlibat dengan masalah Jihah Wajah Nazihah jelas terpapar di fikiran aku. Jihah tak nak hidup Abang Jo terancam. Cukuplah Jihah sorang yang menjadi mangsa. Jihah tak nak ada orang lain susah sebab Jihah.. Bau perfume Nazihah keras menusuk hidung aku. Minta maaf Nazihah. Aku adalah manusia yang keras hati. Skrin projektor yang memaparkan wajah Nazihah tadi aku padamkan. Aku kembali menekan pisau itu ke leher Ringgo. "Aku nak ko bawak aku pegi rumah tu sekarang jugak!" Ringgo menelan air liur.. 238
    • Aku Budak Setan: Nazihah 45 Dang Wangi Aku keluar dari balai polis Dang Wangi dengan hati lapang. Selepas selesaisoal siasat dari pegawai-pegawai polis berhubung kes serangan Ringgo danperkumpulan remaja harapan negara perosak bangsa ke atas aku. Ringgo akutinggalkan dengan senyuman sinis di balai polis. Semoga, beliau mendapatlayanan terbaik dari abang-abang senior yang berada di dalam lokap DangWangi. Aku dinasihatkan agar tidak bertindak bodoh dan dungu. Biarkananggota-anggota polis yang berwibawa, berpengalaman dan terlatih ini yangmenyelesaikan kes ini. Pengbabitan orang awam hanya akan menyulitkanpergerakan dan penyiasatan pihak polis. Aku akur. Di luar, Faruk, Aida dan Imran sedang menunggu aku dengan penuhsabar. Sebaik melangkah keluar sahaja dari pintu balai polis, aku diterkam ganasoleh Aida dan jatuh dalam pelukannya. Aku yang kaku, terpinga dan buntudiperlakukan begitu sekadar tersenyum penuh nafsu dan setabah mungkinmenahan rintihan hidupan liar di dalam seluar agar tidak memberontak. 239
    • Aku Budak Setan: Nazihah Faruk dan Imran sekadar tersenyum. Jika terkaman itu diganti denganterkaman dari Imran atau Faruk, pasti secara automatis kaki bangku aku akannaik hinggap ke muka mereka. Tetapi, disebabkan Aida yang mengambil perananmaka situasi ini adalah sangat bermakna dan harus dicatatkan ke dalam diarikehidupan aku. Tembikai ranum yang dibeli tidak berplastik dan dibungkuskemas disebalik fabrik kini melekat rapat ke dada bidang seorang jejaka runsingyang bernama Johari. Ahhhh... "Ko ok Jo?” “Alhamdulillah.. dah settle dah semua..” “Ada mane-mane tempat luka? Ada dapat lebam?” “Tak de.. satu calar pon tak de Aida. Aku ok.” “Syukurlah ko dengar cakap aku Jo.. aku dah risau sangat dah tadi...” Ah, wanita. Aida menyembamkan wajahnya ke bahu aku. Cuba untukmenyembunyikan tangisannya dari dilihat oleh Faruk dan Imran. Aku membelairambut Aida yang wangi dengan haruman syampu Pantene. Sambil membelairambut beliau, aku memandang Faruk dan Imran dengan juihan bibir yangsemacam beruk. Bangga aku dipeluk sebegitu rupa. Faruk dan Imranmemandang dengan perasaan bena tak bena. Aku tahu mereka cemburu. “Dah dah.. jom kite balik ok?” Aida menyeka tangisan. Hinggut yang rancak sebentar tadi semakin reda.Kami mengorak langkah dan beransur-ansur menuju ke kereta Imran. Aidamasih kuat dan rapat berpaut pada aku. Kesempatan yang jarang-jarang berlakusekali seumur hidup ini aku ambil. Sambil kedua-dua belah tangan Aida kukuhberpaut pada leher aku, aku letak tangan aku ke pinggang Aida, atas sedikit darilapisan lemak tebal yang dijadikan alas ketika duduk; iaitu punggung. Tiadabantahan dari Aida. Syukur. Yang sebenarnya, aku sudahpun membulatkan tekad untuk bersemukadengan Ezam sebentar tadi. Kampung Kanchong yang terletak di Banting ituhampir-hampir menjadi destanasi aku. Sementelah lokasi persembunyian Ezamtelah aku ketahui, mahu saja aku serang dan jika boleh, cacatkan adiknya yangtelah memberi seksaan berat ke atas Nazihah. Mahu saja aku tikam leher Ezamdan merobekkan dadanya dengan pisau sepanjang 12 sentimer yang dibawa olehRinggo. Tetapi.. 240
    • Aku Budak Setan: Nazihah Bagaimana pula jika Kampung Kanchong tiba-tiba bertukar menjaditempat pengembumian aku? Jika Ringgo boleh bersenjata pisau datangmenyerang aku secara berjemaah, tidak mustahil Ezam di sana jauh lebihbersedia. Jika seorang tokoh gangster seperti Ringgo mampu menjadi bahaloldengan taat kepada Ezam, tidak mustahil tokoh-tokoh gangter yang lain sedunguRinggo juga turut berkomplot sama. Kedatangan aku pastinya seperti menyerahdiri minta disembelih. Oleh sebab itu, aku telah menelefon Aida supaya beliau dapatmengumpulkan rakan-rakan taman seramai mungkin sebagai tentera bersekutuaku. Sambil menjerut leher Ringgo, aku mengheret beliau ke telefon awam yangberhampiran.. “Bagi aku syiling!” Eh, macam mamat CM lak aku. “Aku tak ada syiling Jo..” “Ko nak aku sepak telo ko?” Ringgo menyeluk poket seluarnya. Sekeping duit syiling logam direnggutkeluar. “Ni je aku ada Jo..” “Bodoh! Nama je gangter. Duit pon tak de!” Hek ellehh.. dua posen je?? Duit syiling yang aku minta secara kasar itu bertukar tangan secara paksa.Nombor telefon Aida aku tekan dengan cermat. Berbunyi-bunyi punat nomboritu aku tekan. + “Helo? Aida?” - “Hellowwww Jowww... ape citer?” + ”Aida, aku tak leh cakap lama ni.. aku taruk duaposen je dalam phonepublic ni..” - “Nape Jo? Ko macam tengah rushing je?” +”Dengar sini Aida, aku dah tau kat mane Ezam menyorok!” - “Ko dah tau dia menyorok kat mane? Kat mane?” + ”Kat Kampung Kanchong. Panjang ceritanya.. tapi tadi ade sekumpulanberuk datang serang aku.. aku dapat tangkap ketua beruk tu!” - “Ko kena serang ?? Jo, ko kat mane skang ni??” + ”Aku dekat Kotaraya ni. Dengar cakap aku ni. Aku nak pegi ambushEzam ni..!” - “Ko gile Jo?? Ko nak jadik Rambo??” + ”Hutang dara kena balas dengan teruna Aida. Dengar sini.. aku nak ko..” - “Ko yang patut dengar cakap aku sekarang ni Jo!! Ko dengar sini!! Kojangan pegi sana walau ape pon jadik..” 241
    • Aku Budak Setan: Nazihah + ”Ko tak paham Aida.. ni peluang terbaik aku...” - “Dengar cakap aku Jo! jangan pegi..! ko tak tau ape yang tunggu ko katsana..” + ”Tapi Aida, aku yakin aku boleh..” - “Yakin aper?? Ko yakin boleh kalahkan Ezam sorang-sorang?? Ko beranimasuk kandang harimau sorang-sorang, haa ???” Aku terdiam. - “Tolong Jo.. dengar la cakap aku ni Joww..” + ”Aku kena pegi sekarang gak Aida...” - “Jangan Jo.. pleasee.. aku sayang kat ko Jo.. jangan hancurkan hidupkandengan pegi menyerah diri ke sana..” Aku terdiam. - “Please Joww... pleasee... jangan Jow..” Dan esakan kuat aku dengar dari hujung corong gagang. Ah, airmata lagi. Tut! Tut! Tut! Tut!43 - “Joww..?” Tut! Tut! Tut! Tut! + “Okeylah, aku turut cakap ko. Datang amek aku kat Balai Polis DangWangi sekarang ok? Duit aku dah abes ni. Ko jangan lupe..” Tuutttt... Tuuuuttt.... Sial! Aku mengerut kening. Lembut hati aku dilentur oleh tangisan Aida. Akumemindahkan renungan mata aku ke arah Ringgo. Ringgo tersengih memandangaku. Entah angin apa datang menyelinap naik ke kepala aku, terus sahaja akulutuntukan perut Ringgo tanpa banyak soal. Terduduk ketua kumpulan gangsterpicisan itu menahan senak. Aku menyerigai puas. Orang ramai yang lalu lalang disitu memandang aku dengan muka takut dan menjauhkan diri dari kami berdua.Aku tidak peduli itu semua. Ringgo aku heret ke balai Polis Dang Wangi tanpabanyak tentangan. “Kita nak ke mana ni Jo?” Pertanyaan Imran menutup tirai projektor yang mengimbas kejadianyang berlaku tadi. Soalan itu aku biarkan sepi tanpa jawapan. Otak aku buntuuntuk berfikir. Impulse saraf tidak bekerja dengan baik ketika ini. Pautan Aida43 Pernah guna telefon awam? Ini adalah bunyi ketika wang anda hamper kehabisan. 242
    • Aku Budak Setan: Nazihahyang kejap telah terurai. Bagus juga. Agak kurang selesa pula rasanya dipautbagaikan kongkang mendapat dahan. “Hmm.. korang pilih sama ada kita nak pegi Woh Fatt, atau kite lepak katPak Wan.” “Aku nak pegi Woh Fatt!” “Woh Fatt jugak!” “Alaa.. tapi aku nak pegi Pak Wan..” Ah, kau ni.. orang nak pegi woh fatt, pegi woh fatt je aa! “Hek elleh Aida.. Woh Fatt aa jomm..!” “Tak nak aaa..! Korang kalo pegi Woh Fatt sure nak tengok bontot aku je!” Alamak! “Lerr.. mane ade... Pegi Woh Fatt tentulah nak main snuker ngan kude.Tak de masa aa nak tengok-tengok bontot ko tu!” “Ellehh.. korang ingat aku tak tau ke selama ni ??” Kantoi.. kantoi.. Aku memandang Imran, Imran merenung Faruk, Faruk menoleh aku.Terburai gelakan jahat dari mulut kami bertiga. Tembelang sudah pecah. Tiadaapa yang harus disorokkan dari Aida lagi. Aida sudah tahu rupanya selamaini.Tapi jika sudah sedia almaklum selama ni, maka mengapa Aida mahu jugaturut serta? “Ko aa ni Imran! Usha tak cover-cover!” ”Lohh.. aku lak..!! Ni sumer Jo aa ajar!” “Hek ellek... aku lak yang ajar? Faruk yang beria-ia benar nak tengok..!” “Ah, korang bertiga sama jer sekor-sekor...” Enjin kereta milik Imran dihidupkan. Faruk di sebelah kiri Imran selakukelindan kereta membetulkan tali pinggang keledar. “Cakap betul-betul.. nak pegi mane ni?” “Kita lepak kat Pak Wan!” Beress.. Dan kereta proton saga merah milik Imran itu meluncur laju meredahtrafik membelah jalan menuju ke destinasi. Aida mengengsot merapat ke arahaku. Badannya di sandarkan kepada aku, kepalanya ditelengkan ke bahu aku.Perlahan-lahan jari-jemarinya mencari jari-jemari aku. Jumpa. 243
    • Aku Budak Setan: NazihahAida memegang kejap tangan aku ketika ini.Dan aku senyap membisu.Dan aku riang sejenak.Dan aku tenang seketika.Dan aku terasa bersalah.Wajah murung Nazihah datang melintas..Demit! 244
    • Aku Budak Setan: Nazihah 46 Sesuatu yang merungsingkan Langit malap. Sang purnama yang biasanya gagah menampil diri di malam hari, maludisebalik awan yang bergerak perlahan. Bintang yang sepatutnya ceria berkelip-kelipan, mempamer sedih tiada kesudahan. Angin malam yang diharapkan sepoibertiup, bagaikan lemah tiada hembusan. Malam yang ganjil. Ezam di dalam van Perodua Rusa itu kaku membatu. Ringgo, orang kananharapannya sudah jatuh tergolek berhamparkan lantai simen lokap Balai PolisDang Wangi. Mujur orang-orang Ringgo pantas pulang ke Kampung Kanchong.Jika tidak, pasti gari besi mengganti jam Omega hasil pembelian ayahnya. Ezamtidak ada pilihan lain. Untung juga masih ada Mario di sisi. Salah seorang rakanseperjuangan Ringgo yang bodoh dan dungu serta sumpah tidak kacak.Kehodohan beliau adalah pada skala besar yang sukar ditangani oleh mana-manalelaki seantero Semenanjung Malaysia. Berkulit hitam laksana bontot kuali,berkepala botak rambut satu persepuluh inci, berbibir hitam penghisap rokoksejati, berhidung pesek bagaikan loceng bas mini, bertelinga capang penuhberdaki. 245
    • Aku Budak Setan: Nazihah Yang hidup menyembah Al-Latta, menyembah kemewahan. Yang hidup berkiblat Al-Uzza, bertuankan kuasa dan pangkat. Ezam tidak peduli itu semua. Yang penting, pergerakan beliau padamalam ini lancar. Tidak ada sebarang sekatan polis. Tidak ada sebarang halanganorganik. Dengan wang yang Ezam ada, dia boleh mengupah 117 samseng-samseng dan gangster-gangster yang dungu-dungu belaka untuk dijadikanperisai. Bodoh! Ezam mendengus. Bagaimana satu batalion askar Ringgo boleh ditewaskan oleh seoranglelaki yang lemah, kurang cerdas, gemar mengorek hidung di dalam kelas danberambut megi? Mana mungkin segerombolan askar itu tumbang di tangan lelakiitu? Ini bukan filem Hindustan, bukan tayangan Bollywood. Tidak ada ShahRukh Khan sebagai hero berdada bidang, tiada Rani Mukhrijee sebagai heroinberpusat cantik, tiada pengarah, tiada set lakonan dan tiada 5 biji bas yangmembawa orang jahat yang bersenjatakan kayu hoki. Tiada! Tiada! Tiada! Lalu bagaimana Ringgo boleh kalah? “Budak Jo tu kitorang tak leh nak lawan Ezam!” “Dia dirasuk hantu!” “Saka dia datang tolong dia tu.. Ezam!” “Aku rase, yang kitorang serang tadi hantu raya Jo la Ezam!” Karut! Mana mungkin ada hantu di petang hari? Mana mungkin si Baghalberambut megi itu mewarisi saka. Hantu raya juga adalah alasan yang lemah.Tidak ada hantu raya yang sebodoh itu mahu berdamping dengan Johari yangkeremping. Tidak puas dengan alasan-alasan karut dan bodoh diberi olehpengikut-pengikut Ezam yang terselamat, mereka dilempang seorang demiseorang dalam 2 set. Set pertama dilempang dengan telapak tangan. Set keduadilempang dengan belakang tapak tangan. Sebagai bonus, air ludah seberat47mililiter disimbah dari corong mulut Ezam tepat melekat ke mata. Lebih hinalagi, air ludah itu turut dimeriahkan dengan kehadiran kahak hijau pekat. Bodoh! Disebabkan kebodohan mereka itu, dia terpaksa berpindah. Terpaksamembontot Mario menuju ke destinasi yang dia sendiri tidak tahu. Nasibnyadiserahkan bulat-bulat kepada lelaki tidak kacak itu. 246
    • Aku Budak Setan: Nazihah “Kite ke mane ni Mario?” Mario menyedut rokok dalam. Hek ellehh.. konon abis macho aa isap kretek Indon tu? “Kite pegi pot aku kat Kajang. Sana memang tak ada sape boleh kacaukite.” “Ko yakin ?” Biar benar mamat ni.. “Heyy.. ini Mario tau! Sape kat Kajang tu tak kenal ngan aku hah ??” Mario menyerigai jahat. Ezam bodoh terangguk-angguk. “Jap jap.. aku ade bende nak cakap ni..” Ezam menyusul kata. Huk! Huk! Ni asap ke serombong lokomotif tahun 1834?? “Apa dia?” Pling! Simbol tanda tanya tersembul dari telinga kiri Mario. “Nanti, sebelum kita ke Kajang.. ada dua tempat yang kite kena singgahdulu!” “Manaa??” Ezam membisikkan sesuatu ke telinga Mario. Mario tersenyum jahat. Gigiberlapis beliau yang berkerak kuning terpamer. Bibirnya yang hitam ituterjungkit sedikit setelah mendengar bisikan Ezam. Senyuman jahatnya berjayamenjadikan wajah beliau 16 kali lebih buruk daripada wajah asalnya yangsememangnya tidak kacak. Dari jauh kelihatan van Perodua Rusa itu memberi isyarat ke kirimembelok menuju ke Cheras.. ******** Norashikin masih berada di hadapan meja komputer. Papan kekunci yangberwana kuning kusam itu ditekan-tekan dengan penuh tekun. Peti paparancecair kristal yang berukuran 17 inci dan berwarna hitam itu dihadapnya denganpenuh minat. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam tapi beliau masih belummenunjukkan tanda-tanda mahu pulang. Segelas air masak yang sudah separuh isinya dicapai. Perlahan-lahandihirup airnya itu. Pijar sekejap matanya dihilangkan dengan menutup mataseerat mungkin. Sengal badannya dikurangkan dengan menggeliat keras. Kerusiempuk yang berwarna hijau itu masih setia memangku badannya di situ.Ditolaknya kerusi itu ke belakang bagi melegakan sengal badannya. Jari jemariyang letih mengetuk-ngetuk papan kekunci itu digenggam. Berdetup-detup bunyitulang jari-jarinya. Sebuah keluhan berisikan nafas yang berat dilepaskan. 247
    • Aku Budak Setan: Nazihah Gambar anak lelakinya yang terletak di atas meja itu direnungnya. Itulahsatu-satunya permata harapan penyambung hidupnya di dunia ini. Semenjakkecil, anak lelakinya dibesarkan dengan didikan yang terbaik, dibelai dengankasih sayang yang teragung. Bekas suaminya yang gila dengan kemewahan danperempuan, telah lama lenyap dari diari hidupnya. Memori silam yang sebesar500 Megabyte itu telah lama di’shift-delete’kan dari cakera keras komputerkehidupannya. Itu semua adalah memori silam yang menyayatkan. Bekas suaminya, Organik kejam yang menyusahkan, Spesis sampah yang membebankan, Hidupan liar yang yang membosankan. Norashikin bangun dari kerusinya. Kakinya melangkah menuju ketingkap. Pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur yang penuh dengan imigran-imigran busuk terpampang indah di depan matanya. Namun, disebalikkeindahan itu hatinya diruntun resah. Nalurinya dipatuk gelisah. Fikirannyadicambuk desah. Ada sesuatu.. Sesuatu yang menakuntukankah? Sesuatu yang merunsingkankah? Sesuatu yang membimbangkankan? Takut, runsing dan bimbang beraduk sebati dalam hati, naluri danfikirannya. Ada sesuatu.. Sesuatu yang menakuntukan. Sesuatu yang merunsingkan. Sesuatu yang membimbangkan. Dan semua ini dianyam rapat di ceruk hati.. Dan semua ini mencambah gusar separa mati.. Dan wajah anak lelakinya silih berganti menari nari.. Johari.. Telefon bimbit Norashikin tiba-tiba berdering.. ******* “Ko jangan main-main Qadir!!” Penumbuk Mahathir tepat mengenai perut Qadir. Jejaka yangmengkhianati rakan-rakan sebayanya di Sekolah Menengah Sains KeringKontang Berkelapa Sawit itu terjelopok kesakitan menahan senak. Tersangkut-sangkut dadanya mencari-cari udara untuk bernafas. 248
    • Aku Budak Setan: Nazihah Mata Mahathir melorot ganas ke arah Qadir. Baru sahaja terniat dihatinyauntuk menambah senak yang ada, Ober telah terlebih dahulu bertindak pantas.Qadir yang sedang terkial-kial cuba untuk bangun dalam nafas yang semput telahdihadiahi Ober dengan libasan kaki kanannya. Tepat ke rusuk kiri. Bagaikan menyepak itik. Sat cemburu. Keseronokan membelasah kawan sendiri adalah peluangyang jarang-jarang berlaku dalam hidupnya. Sebelum Hanif mengambil giliran,lebih baik dia memberi sepatah dua kata. Sekurang-kurangnya, Sat juga berjayamenyertai amalan gangsterisme yang melayakkan beliau digantung sekolahsekurang-kurangnya 2 minggu. “Ko ingat, kitorang percaya cakap ko ke???” Qadir yang terbaring di atas lantai tidak menjawab. Meronta-ronta diadisitu. Salah Sat sebenarnya. Jika bukan kerana kelima-lima jari kaki kanan Satberada di dalam mulut Qadir ketika ini, pastinya Qadir mampu menjawab soalanSat itu dengan penuh tatasusila dan tatabahasa. Sat mencabut jari kakinya dari mulut Qadir. Tapak kakinya mencari mukaQadir. Diinjaknya kepala Qadir rapat ke lantai dormitri Keranji. Bagaikan memijak bola. “Tolong Sat.. aku tak tipu korangg.. aku serius ni...” “Ko dah khianat kitorang, ko dah jual kitorang, ko dah komplot dengandiorang sampai kitorang kena belasah.. ko ingat kitorang nak percaya ko senang-senang ke hah???” Hanif menerpa dan mencekik leher Qadir sekuat hatinya. Wajahnya yangsebentar tadi pucat tiada berdarah kini perlahan-lahan bertukar menjadi birukelebaman. Cepat-cepat Puad menarik Hanif dari meneruskan jerutan maut itu.Tidak perlu ditamatkan sessi membelasah rakan sendiri seawal ini. Masih adabanyak masa untuk dihabiskan ketika ini. Masih ada 67 orang lain di dalamdormitri Keranji yang menunggu peluang untuk mencacatkan muka, tangan,kaki, telinga, usus mahupun organ kenyal yang sedang merekot ketakutan didalam seluar Qadir. “Qadir.. Qadir.. tu lah ko.. yang ko pegi pakat-pakat ngan Ezam dulu sapesuruh?” Puad bersuara lembut. Sejuk sedikit hati Qadir apabila Puad bersuaralembut sebegitu. “Aa.. aku terpaksa Puad..” “Terpaksa kepala abah ko!!” PEKK!! 249
    • Aku Budak Setan: Nazihah Seketul lempangan datang menerpa menyengetkan pipi Qadir. Qadir terperosok di hujung katil. Pipinya pijar. Rusuknya perit. Dadanya sakit. Pada saat ini, Qadir bagaikan pasrah menanti hujan serangan fizikal keatasnya. Inilah akibatnya mengkhianati persahabatan. Inilah akibatnya apabilakebendaan menjadi raja. Berkawan dengan Ezam yang poketnya sentiasa penuhdengan duit pastinya menjadi impian. Bergaul dengan orang sebegitumembolehkan perutnya merasa makanan yang mahal-mahal. Untung-untungdapat merasa pakaian terkini. Baju-baju tebal dengan seluar jean 45 inci lebar dihujungnya adalah trend yang mesti diikuti. Sungguh Qadir tidak menyangka keadaan seburuk ini.Sungguh Qadirtidak menduga situasi sebodoh ini. Sungguh Qadir tidak rela melihat Ezammelepaskan nafsu keramatnya secara paksa ke atas Nazihah. Sungguh Qadirtidak menyokong Harisman, Farizan, Munir dan Gengje mengambil giliranmembelasah Nazihah di dalam dewan sekolah. Kini Qadir sudah nampak mana yang salah, mana yang benar. Kini Qadir sudah sedar mana yang buruk, mana yang elok. Insaf, taubat dan menyesal. Sofarudin datang merapat ke arah Qadir. Batang kayu hoki yang tersisip disisinya sudah bersedia untuk dihayun. Malam ini, Qadir bakal melihat kepalanyasenget di dalam cermin. “Lagi lama korang belasah aku.. lagi lama korang buang masa kat aku...lagi cepat Jo akan mati malam ni!!” Hayunan kayu hoki Sofarudin terhenti.. Jeritan Qadir membuatkan suasana Dormitri Keranji mati.. 250
    • Aku Budak Setan: Nazihah 47 Advencer Tritt.. tritt.. Telefon bimbit kepunyaan Norasyikin menjerit minta dijawab. Norasyikinyang sejak tadinya mengelamun melayan memori silam dengan ditemanipemandangan Kuala Lumpur, pantas menjengahkan wajahnya ke arah telefonbimbitnyaitu. Tertera satu jujukan nombor yang langsung tidak dikenalinya. Siapa yang telefon ni ? Telefon bimbit berwarna hitam itu meneruskan jeritannya. Norasykinmengambil tindakan tidak peduli. Memang sudah menjadi kebiasaannya, jikanombor-nombor pelik yang tidak dikenali tertera di telefon bimbitnya, memangtiada mahu dijawabnya. Tiada semenggah dilayannya. Biarkan! Tritt.. tritt.. Tritt.. tritt.. Tritt.. 251
    • Aku Budak Setan: Nazihah Akhirnya, telefon bimbit itu terdiam. Makhluk di hujung talian ituternyata sudah mengalah. Ternyata, keras kepala Norasyikin memang tiadataranya. Beliau kembali ke kerusi empuknya. Papan kekunci ditariknya rapat.Peranti tetikus diketuknya bertalu-talu bagi menghilangkan paparan screen saveryang memualkan. Tritt.. tritt.. Cis, degil betul orang yang telepon ni..! Jeritan telefon bimbitnya untuk kali kedua itu membuatkan Norasyikinberbelah-bahagi. Ternyata, Si Pendail itu bersungguh-sungguh mahu bercakapdengannya. Ada urusan apakah malam-malam sebegini? Lama ditenungnyatelefon bimbit itu. Nombor yang tidak dikenali tertera. Perlahan-lahan,tangannya mencapai telefon itu. Butang hijau pada telefon itu ditekannya. “Hello ?” Oi bodoh! Nak ape call malam - malam cam ni? “Hello.. mak cik Syikin ke tu? Ni.. Aida cakap ni mak cik..” Ooo.. Aida.. bodoh! “Yer Aida.. ngape call mak cik malam-malam ni? Ada apa hal?” Yer Aida.. ngape bodoh sangat call mak cik malam-malam ni? Tiba-tiba bulu tengkok Norasyikin remang berdiri. Telinganya menangkapsuatu bunyi. Bunyi tangisan kedengaran sayup. Liar matanya mencari haladatangnya bunyi itu. Bulat matanya mengamati penjuru kosong di pejabat itu. Ada pontianak harum sundal malamkah? Di pejabat ini ? Apabila dihalusi bunyi tangisan itu, rupa-rupanya datang dari corongtelefon. Tak lain dan tak bukan, pastilah Aida yang empunya esak. Bulu tengkokyang meremang tadi sudah melunyai. Perasan cuak hilang diganti denganperasaan lucu bercampur hairan. Lucu kerana memikirkan yang entiti mistikdatang terpacul. Hairan kerana tangisan dijadikan mukadimah perbualan di telefon itu. Kenapa Aida menangis ? “Johari mak cik.. Joharii..” 252
    • Aku Budak Setan: Nazihah Ya Allah, apa budak ni dah buat kat Aida? “Kenapa dengan Johari ??” Dia lupa pegi 7 Eleven beli alat kontrasepsi ke ?? Dihujung talian di bahagian Aida sunyi. Kedengaran hembusan nafasAida. Hembusan yang kencang. Tersekat-sekat lidahnya menyambung kata.Tersangkut air liurnya menyusun berita. Bagai dihambati anjing mughalazah. Bagai dikejari peragut bermotor laknatullah. “Aida ??. Kenapa dengan Johari ?? Dia buat ape kat kamu ??” Apa ??? dah 3 bulan ??? “Mak cik... Johari kena culik mak cik..” “Hehh?? Apaa??” “Tadi.. masa kitorang on the way balik tadi.. ada van datang halangkitorang. Ada orang keluar dari van tu, terus pukul dia. Kemudian diorang heretJo masuk van tu..” “Astaghfirullah..” Batu seberat 45kg jatuh menimpa kepala Norasyikin. Terjelopok beliautersandar ke kerusi empuk dibelakang. Anak aku! Anak aku! Menggeletar tubuh badan Nurasykin ketika ini. Buat pertama kali dalamsejarah hidupnya, buat pertama kali dari perit jerihnya membesarkan anaktunggalnya itu selama 16 tahun, ini merupakan tragedi yang palingmenakuntukan. Apa yang mahu diculik? Johari itu orang yang terencat lagi cacat akalnya. Apa yang mahu ditebus? Johari itu budaknya busuk lagi megi rambutnya.. “Mak cik.. Aida tak tau apa nak buat ni mak cik...” Buat parti la malam ni.. bodoh! “Aida, dengar sini.. kamu tunggu kat rumah kamu dulu. Kejap lagi mak cikbalik. Tunggu sampai mak cik datang rumah kamu ok ? Tunggu mak cik tau!” “Ok mak cik.. saya tunggu mak cik..” 253
    • Aku Budak Setan: Nazihah Tet! Anak aku! Anak aku! Telefon selular itu dimatikan dengan keras. Segera Norashikin mencapaibeg tangannya dan bergegas menuju ke pintu pejabat. Lampu, penghawa dingindan komputer telah dimatikannya. Mangga dan daun pintu telah rapatdikatupnya. Dua dan tiga anak tangga langsung dilangkahnya. Dia mahu segera sampai ke medan parkir. Dia mahu tiba ke rumah Aida bagikan petir. Ada banyak perkara yang harus difikir Ada sebemban masalah yang perlu ditaksir. Semuanya kerana risaukan zuriatnya yang berambut megi, kachak, sengaldan gemar menyusahkan orang. Anak aku! Anak aku! ***** Dalam kegelapan malam itu, kelihatan sekumpulan jasad berjisim yangpelbagai bergerak rawak melintas padang Sekolah Menengah Sains KeringKontang Berkelapa Sawit. Ketiadaan kelibat Sang Purnama pada malam itu agakmenyukarkan pergerakan mereka. Namun begitu, digagahkan juga merekameredah pasir dan tanah merah yang kadang kala di selang dengan tompokanrumput. “Ko yakin ke jalan ni selamat Qadir?” Mahathir membuka mulut. Perjalanan mereka yang penuh dengan liku,onak, duri dan aral menggoyahkan semangat beliau lalu membuahkan curiga.Jangan disalahkan Mahathir akan perasaan begitu. Rekod buruk Qadir yangpernah suatu ketika menjual rakan-rakannya harus diambil pusing. “Yakin le.. aku selalu fly malam-malam. Dah siap hafal dah pon. Depansket sana tu.. ade longkang. Kalo korang lalu court basketball, jaga-jaga sket.Banyak gangster kat sana..” “Gangster?” Mahad tiba-tiba menyampuk. “Alaa.. geng Ezam jugak laa..” Qadir menjawab tak acuh. “Geng Ezam lepak kat dalam sekolah ni ke ??” 254
    • Aku Budak Setan: Nazihah Puad menggelabah. “Yer lah, takkan korang tak kenal kot? Selalu je ade kat situ..” Qadir merenung tajam ke arah Puad. “Sapa orangnya?” Perasaan ingin tahu Sat tergetus. “Diorang ni pendiam sket. Tak banyak cakap. Tapi.. kalo diorang tubercakap sekali.. memang kena lari.. takut woo.. “ “Ngape takut? Suara diorang bagaikan halilintar membelah bumi ke??” Ober memotong. “Kalo dia bercakap, dia bunyi cam ni: woff ! woff! Ahahahaha... !!” Qadir menghambur gelak. Terasa geli hatinya dapat memperbodohkanahli Persatuan Jejaka Kachak Tingkatan 4 dan Puad. Sakit badan dan hatinya didormitri tadi seolah-olah terbalas dengan kebahalolan mereka. “Ohhh.. lucu btul ko malam ni yer Qadir.. ko nak tulang rusuk ko bengkoklapan ??” Amaran dari Kerol tidak Qadir endahkan. Qadir meneruskan gelakanbeliau. Gelakan yang mengekek-ngekek itu membuatkan telinga ahli-ahli yanglain terbakar. Makin dibiarkan, makin menjadi-jadi pula kekekan Qadir. Tidak perlu tunggu lama, Sat telah terlebih dahulu menyepak buntut nipisQadir tanpa ragu-ragu. Momentum dari hayunan kaki Sat yang tebal denganlemak itu mengakibatkan Qadir terlompat ke hadapan. Hilang hilai tawa Qadirdiganti dengan erangan syahdu. Baru sahaja Maahad terdetik untukmenyambung penganiayaan itu, Puad terlebih dahulu menghalang. “Rileks.. kita keluar malam ni bukan nak gaduh. Simpan tenaga korangok?”Puad menenang suasana. Nyaris-nyaris Qadir menjadikan rumput di padang sebagai diet tambahandalam pemakanan seimbang beliau. Nyaris. Keadaan menjadi hening seketika. Sambil menyambung perjalanan, Qadirmenyapu buntutnya yang perit. Belum hilang kebas dibelasah di dormitri tadi,datang pula habuan di padang. Dasar ahli Persatuan Pelajar Kacak TingkatanEmpat. Di mana ada kesempatan, di situ pembulian akan berjalan. “Ok ok, sorry.. lepas ni aku tak buat lawak dah..” 255
    • Aku Budak Setan: Nazihah Tak leh bergurau, duduk kat Batu Kurau aa demit! Perjalanan diteruskan. Advencer malam ini adalah berlandaskan perasaansetiakawan hasil dari keinsafan orang yang dahulunya makan kawan. Mengimbaskembali kejadian di dormitri, Qadir telah rela hati membocorkan perancanganEzam. Satu perancangan berdarah yang bukan sahaja berteraskan dendam,malahan bertunjangkan amarah hasil dari kegagalan mengawal akal dengan baik. Benar, Ezam mahu membunuh Johari. Malam ini. “So, sekarang ni.. kita nak kena pegi Kajang la ek ?” Sopa membuka bicara. “Ha ah, kite nak pegi ke sarang Mario kat sana..” “Tapi kite nak pegi macam mane? Malam-malam cam ni.. ade bas ke lagiyang menghala ke Kajang?” Kerol mengutarakan persoalan yang bernas. “Sape suruh pegi naik bas? Kita naik teksi la..” Hanif memberi cadangan. “Gila ko?? Sape nak baya tambang teksi mahal-mahal time skang ni?” Ober memotong. Sat, Hanif, Maahad, Puad, Mahathir, Azmi, Sopa, Kerol dan Budenberpandangan sesama sendiri. Kemudian mereka mengalihkan pandangan kearah Ober. Serentak. Ober mencebir. Menyesal pula soalan itu dilancar darimulutnya. “Ah, tak de.. korang ingat bapak aku cap duit ke?” Ober buat-buat tidak nampak akan tenungan rakan-rakannya. Masing-masing tersengih. Sudah sedia maklum. Umum mengetahuibahawa ayahanda Ober memang merupakan seorang hartawan, dermawan,cedekiawan, sasterawan dan Marcel Hernawan yang mampu mengecap duit.Apalah gunanya kekayaan yang melimpah ruah jika tidak dibelanjakan untukkawan-kawan. Apalah luaknya jika wang-ringgit itu dikeluarkan demikesejahteraan rakan-rakan. “Eleh kedekut aa ko ni Ober!” Azmi menempelak. “Memang aku kedekut!” Duit aku.. sukati aku aa.. 256
    • Aku Budak Setan: Nazihah “Duit banyak nak beli kain kapan sutera ke ??” Hanif mencurah minyak ke atas api. “Sukati aku aa!” Duit banyak aku nak beli air-cond taruk dalam kubur. “Kasut Prada harga ribu-ribu bole beli.. takkan tambang teksi nak kemutkot ??” Sat menokok sambil tersengih. “Peduli hape aku !!” Babi aa.. sebok nak pau duit aku.. jangan harap aaa.. “Dah dah, korang jangan risau la pasal tu.. aku dah ade backup plan.” Qadir cuba menenangkan suasana. Perbalahan kecil ini tidak seharusnyadiperbesar. “Backup plan abahnya?” “Ko nak kena sepak lagi ke Qadir ??” “Lohh.. aku serius ni. Aku dah ada backup plan. Kalo tidak, buat apa akuajak korang turun Kajang malam-malam bute macam ni, bangangg ??” Qadir meninggi suara. Sepuluh orang perwira bidan terjun pada malam initerkedu. Sergahan Qadir tadi membisukan mulut semua mereka. “Korang ikut je aku.. beres ?” Masing-masing tunduk menahan malu. Masing-masing senyap mulut membisu. Dan perjalanan itu diteruskan. Langkah kemas itu aturkan. Sesenyapmungkin mereka harus menyelinap.Sepantas mungkin mereka perlu bergerak. “Lepas diorang culik Jo, Ezam nak buat ape kat dia?” Puad membuka mulut setelah mereka semua berjaya menyeberangi pagarSekolah Menengah Sains Kering Kontang Berkelapa Sawit. Kini mereka harusmelalui halangan peringkat kedua. Longkang. “Ntahnya.. daripada dia culik Jo.. baik dia tikam je terus mamat tu. Takbanyak keje nak kena buat.” Seperti biasa, Mahad cuba menyampuk. “Tu la.. Ni, nak kena heret dari rumah nak ke Kajang. Leceh aa cam tu...” Azmi turut menyokong. 257
    • Aku Budak Setan: Nazihah “Kalo aku.. langgar aje dari belakang.. lagi senang...” Buden memberi cadangan. “Tak pon sagat muka dia atas jalan tar.. lepas tu lumur muka dia denganair garam..” Sopa menambah perisa. Masing-masing bermain dengan teori penculikan Johari. Kini merekasedang mnyusuri longkang sekolah menghala ke jalanraya. Untuk sampai kejalanraya tersebut, mereka harus menempuhi sebuah ladang kelapa sawit. “Sebenarnya.. Ezam bukan setakat nak bunuh Jo aje..” Qadir memulakan keputusan teori. “Dah tu??” “.. dia ade plan lain.” “Plan ape?” planTA ? simple plan? imPLAN? Plasenta? Abdul Farhain b. ZulkaPLAN? “Sebelum dia nak bunuh Jo.. dia nak dera Jo tu dulu..” “Dera ???” Bagaikan filem arahan Raja Azmi, mereka semua menjawab serentak. “Ha ah, dia nak dera Jo tu dulu...” Qadir jawab mendatar. “Biar aku teka! Dia nak potong kote Jo tu dulu kot?” Azmi mencelah. “Kan aku dah cakap tadi! Dia nak sagat kepala Jo kat jalan raya kan? “ Sopa cuba meneka. “Aku rasa... mesti dia nak sembelih Jo. Lepas tu koyak-koyakkan jantungdia kasi anjing makan. Lengan kanan Jo dia potong bentuk kiub, lepas tu tarukdalam periuk. Usus Jo dia tarik panjang-panjang.. lepas tu gulung buat sosej.Buntut Jo sure dia tak usik punya sebab tak de isi. Tulang je ada. Sarung skrotumJo tu mesti dia salai, lepas tu jahit kat wallet. Telinga Jo dia potong buat buahrantai. Lidah Jo dia kerat buat penanda buku. Rektum Jo dia cungkil buat..” “Hohhh.. amenda ko cakap ni Buden?? Gile geli aa..” “Ko ingat Ezam tu kanibal ke?” “Mane aku tau.. semalam aku baru tengok Cannibal Holocaust.” “Dah tu?? Ezam tu sebenarnya orang asli Amazon aa ek?” 258
    • Aku Budak Setan: Nazihah Mahad menepuk-nepuk kepala Buden. Buden mengambil sikap berdiamdiri. Dibiarkan Mahad menunjal-nunjal dahinya beberapa kali. “Bukan.. bukann.. Ezam plan nak buat bende yang lagi hina dari tu..” Qadir memberhentikan langkahnya di sebalik belukar. Serentak itu,seluruh ahli pasukan penyelamat Johari turut terhenti dan menyembunyikan diridi sebalik belukar yang sama. Qadir menyeluk tangannya ke dalam poket seluar.Sebuah lampu suluh dikeluarkannya. Ditekan-tekannya lampu picit itu beberapakali mengikut kod Morse sambil dihala ke sebuah simpang gelap di seberangjalanraya itu. “Err.. kerat 18 ??” Sambil Puad mengutarakan hipotesisnya, air liurnya ditelan takut. Serta merta kejadian malang yang menimpa seorang ahli politik suatuketika dahulu datang menjelma. Kisah ngeri yang mana beliau telah dicincang-cincang oleh seorang bomoh wanita bersama-sama dengan suaminya hebohdiperkatakan orang suatu ketika dahulu. Adakah perkara yang sama bakalberulang ? “Apa plan Ezam tu Qadir??” Qadir membisu. Sengaja didiamkannya. Soalan yang keluar dari mulutSopa itu dibiarkannya tanpa jawapan. Lampu suluh itu kembali dipicit-picitnya. “Apa plan Ezam tu Qadir??” Qadir merenung Mahathir. Serentak, semua yang berada di situ turut merapatkan badan mereka.Tumpuan mereka difokus kepada Qadir yang tegak di tengah-tengah mereka. “Sebenarnya.. malam ni bukan Jo sorang je yang kena culik..” “Dah tu ?? Ada orang lain ke ??” Qadir mengangguk. Kesemua mereka terdiam. Pandangan mereka terpaku. Tumpuan mereka difokus. Pendengaran mereka dipertajam. Degupan jantung mereka mengencang. Seluruh deria dan organ fizikal mereka menunggu jawapan yang bakalkeluar dari mulut busuk Qadir. “Korang kenal budak tu.. sangat-sangat kenal...” 259
    • Aku Budak Setan: Nazihah Sebuah van Nissan berwarna biru muncul dari simpang. Orga denganmuka toyanya kelihatan selamba mengemudi van itu... 260
    • Aku Budak Setan: Nazihah 48 Setahun jagung dan berhingus Suasana di Balai Polis Cheras itu agak suram malam ini. Kelihatanbeberapa orang pegawai polis beruniform biru keluar masuk ke dalam premis itutanpa sebarang agenda. Di kaAzmir laporan itu kelihatan seorang anggota polisberjantina perempuan dan seorang lagi berjantina lelaki sedang leka berborak-borak. Entah apa yang dijadikan topik perbualan antara mereka pada malam itu.Yang pastinya, sengih mereka sampai ke telinga. Laporan polis telah dibuat. Kehilangan Johari telah direkod. Walaupundinasihatkan pulang, tapi wanita yang hatinya tabah, cekal dan kental bernamaNorasyikin itu masih tetap menunggu bertemankan Aida di situ. Tiada gunanya pulang jika hati diselimut resah, Tiada gunanya tidur jika fikiran dibakar gundah. 261
    • Aku Budak Setan: Nazihah Norasyikin mengelamun jauh. Risau mengenangkan keadaan anaktunggalnya, runsing memikirkan nasib yang menimpa anak lelakinya. Duduknyatidak selesa walaupun penghawa dingin dipasang sejuk. Ditampung dagunya dengan tangan. Tidak selesa. Dikejap silanya di atas kerusi, Tidak selesa. Digeraknya kaki berentak rawak, Makin bertambah gusar dan pening kepala. Aida yang sedari tadi memerhatikan tingkah laku Norasyikin semakinsayu. Dia tahu wanita itu runsing. Dia tahu wanita itu risau. Dia tahu wanita itugundah-gelana. Walaupun semuanya dia tahu, namun tiada tahu dia apa yangharus dilakukan. Tutup sahaja mata, adegan penculikan itu terlintas semula.Termenung sekejap sahaja, terlihat di projektor ingatan bagaimana Joharidiangkut ke dalam Rusa. Tiada bicara yang mampu ditutur, Tiada kata perangsang yang mampu diatur. Akhirnya Aida melayangkan kepalanya ke bahu Norasyikin. Satupercubaan ulung untuk menumpang teduhnya hati. Satu tindakan dalam kawaluntuk menurunkan skala Richter yang menggila di benak. Dicekalkan hati untuk dihadap, Tidak berjaya. Ditabahkan hati untuk menerima, Tidak berjaya. Dikentalkan seluruh deria untuk redha, Makin bertambah air tergenang di mata. “Mak cik.. Aida takut...” Norasyikin menarik nafas dalam. Melihatkan kepala Aida mendarat dibahunya, hati lembut wanitanya tersentuh. Tersengguk-sengguk Aida menahantangisan yang mahu tumpah. Esakan yang terhambur ditahan-tahan supaya tidakberlagu. Hampir saja menitis air mata Norasyikin dalam situasi begini. Diangkattangannya meraih bahu Aida. Dipeluknya Aida rapat ke sisi sambil dicium ubunkepalanya. Dia tahu dia perlu tabah,. Dia tahu dia perlu kuat. “Kita doakan dia sentiasa dalam jagaan Allah..” Akhirnya air mata itu tumpah berzapinkan esakan Aida. 262
    • Aku Budak Setan: Nazihah ****** Van putih itu sendat. Cikgu Ridzwan selaku pemandu pada malam itu, tidak langsungmenunjukkan gaya pemanduan berhemah di hadapan murid-muridnya yangberhimpitan di dalam van itu. Sudahlah memandu tanpa memakai talipinggang, sepuntung rokok turut dinyala dan disedut tanpa kompromi.Beberapa orang jejaka setahun jagung masih berhingus yang berada di dalamvan itu menzahirkan rasa resah dek kerana asap rokok membakar gian. Nafsu menaga sudah sampai kemuncak. Mahu mengepau rokok sangpemandu, risau penampar menjadi habuan. Hendak mencuri secara senyap-senyap rokok sang pemandu, takut dijerkah. Gile, rokok dia dalam poket baju.. nak rembat cam mane? “Orga..eh, Cikgu Ridzwan! Lawa betul van ni.. mana Cikgu dapat ?”Mukadimah Kerol. Lawa betul van ni.. mane cikgu curi? “Cikgu pinjam dari member.” Van cabuk cam ni ko kate lawa? Bute ke? “Ohh.. baiknya hati kawan cikgu tu kasi pinjam van untuk kitorang.” Sopasenyum simpul menahan curiga.. “Biaser aa.. cikgu ade ramai contact tau! Jangan main-main!” Woo.. takutnya.. takutnyaa.. “Eh, korang ni.. berani betul fly malam-malam ni yer? Korang nak pegimana ni ?” “Hmm.. saya rasa Cikgu patut tanya soalan tu sambil pandang cermin laCikgu.. haha..” Mestila kitorang berani. Tengok, ade cikgu nak join sekali. “Apsal kena pandang cermin lak?” “Ye la. Daripada cikgu tanya kitorang, baik cikgu tanya diri cikgu sendiri.”Puad membidas. 263
    • Aku Budak Setan: Nazihah Ah! Leceh btul nak panggil ko ni cikgu.. panggil orga tak leh ke? Cikgu Ridzwan terdiam. Dasar anak murid keras kepala. Dengan cikgusendiri pun boleh dipersenda. Jika diikuntukan hatinya, mahu saja dilempangmulut celupar Puad. Mentang-mentanglah beliau adalah yang paling tua dikalangan yang mereka yang setahun jagung masih berhingus. “Tapikan, Cikgu tak rasa pelik ke?” Hanif menyambung bicara. Oi! Bak la sket rokok tu! “Pelik kenapa ?” “Selalunya la kan... kalo kita naik teksi.. pemandu teksi mesti tanyapenumpang dia nak pegi mana, btul tak ?” “Ha ah.. so ?” So, bak la sket rokok tu! Mahathir, lempang sket Orga ni! “Tapi malam ni pelik sikit. Penumpang teksi naik teksi.. tapi pemanduteksi tak tanya pon penumpang dia nak pegi mana.. pemandu teksi tu macamtau-tau aje ke mana penumpang dia nak pegi..” Cikgu Ridzwan terdiam lagi. “Apa kaitan cikgu dalam hal Ezam malam ni ?” Cikgu gay dengan Ezam ke? “Cikgu sekadar pakcik drebar korang aje malam ni.. Qadir dah beritahucikgu apa yang terjadi. So, Cikgu nak volAzmier la hantar korang.” Qadir mengangguk tanda bersetuju dengan penjelasan Cikgu Ridzwan.Sememangnya, sejak awal lagi Qadir sudah berpakat dengan beliau. Sejak kesEzam dibawa ke pihak polis, Qadir dan Cikgu Ridzwan sudah berpatah arangberkerat rotan dengan Ezam. Perbuatan Ezam dan konco-konco sudahmelampaui batas. Sebuah gunting mahupun sebilah pisau harus dibenamkanke skrotum Ezam sebagai balasan ke atas apa yang telah dilakukannyaterhadap Nazihah, gadis comel, genit dan nyum nyum itu. “Tapi tindakan Cikgu ni salah. Cikgu berkompromi dengan pelajar untukkeluar dari kawasan sekolah pada lewat malam. Kalo Cikgu Reza ataupengetua tahu pasal ni.. masak Cikgu..” Cikgu Ridzwan terdiam lagi. 264
    • Aku Budak Setan: Nazihah “Apa sebab Cikgu buat macam ni? Mesti ade sebab punya.. mesti adamuslihat punya..” Ober! Orga dah leka tu.. cepat la curi rokok dia! “Cikgu buat semua ni.. sebab Cikgu sayang anak-anak murid Cikgu..” Azmi mencabut bulu ketiaknya untuk memastikan yang dia tidakbermimpi. Ober menghantuk kepalanya ke cermin bagaikan tidak percaya. Hanif menggaru dagu. Sat korek hidung dan telinga serentak. Sopa gigit kusyen menahan geli. Maahad pegang perut boroi Mahathir. Mahathir karate tengkuk Budeen Buden picit hidung Maahad. Mulut Kerol berbuih menahan gelak. Air mata Puad mengalir laju memendam lucu. “Pokkkk...!!! Ahahahahahhahahhahahahhahaha...!!” “Cikgu sayang kitorang?? Terharunya kami !!” “Cikgu! Sungguh lucu Cikgu pada malam ini!” “Dari manakah datangnya idea Cikgu untuk melakukan lawak jenakaketika ini?” “Adakah Cikgu pasti Cikgu tidak terpengaruh dengan Onizuka?” “Mengapakah Cikgu jiwang pada malam ini?” Tahap kesabaran Cikgu Ridzwan sudah sampai kemuncak. Adalah sesuatuyang memalukan apabila dipersenda sebegitu rupa oleh anak muridnya yangmuda belia setahun jagung yang masih berhingus. Gelakan dan sorakan anak-anak muridnya itu sudah melampau. Maka.. “Hoi! aku dah cakap benda yang betul, yang korang gelak tu apasal ??!!” Babi btul budak-budak ni! Van itu serta-merta senyap. Haa.. tau pon korang takut.. gelak la lagi.. gelak aa.. Herdikan Cikgu Ridzwan mematikan suasana. Terkemut-kemut perut Satmenahan gelak. Tapi kerana takut herdikan akan dinaiktaraf kepadapelempang mahupun penendang, maka ditahan gelaknya dengan sedayaupaya. “Ok fine. So, cikgu memang sayang dengan anak murid cikgu. Tapi cikgu 265
    • Aku Budak Setan: Nazihahtak rasa Cikgu Reza tak pon pengetua lagi sayang anak murid diorang?”Maahad mencurah petrol ke api. Oi Maahad! Karang Orga makan ko karang! “Ohh.. so korang nak cikgu ajak Cikgu Reza join sekali la ni ?” Cikgu Ridzwan memberi isyarat ke kanan untuk mengambil pusingan U.Pucat seisi penumpang van melihat beliau beraksi begitu. “Jangan cikgu.. jangan..!” Puad merayu. Haa... takut.. “Tak leh cikgu, nanti van ni tak muat. Sat sorang je dah makan 4 tempatduduk.” “Ahahahahahaha.... “ Cikgu Ridzwan menghambur gelak. “Cis, babi Buden!” Karate Sat hinggap ke dahi Buden. Pek! Dan van itu hingar-bingar semula. Jenaka Buden berjaya menghapuskanbengang dan amarah Cikgu Ridzwan sebentar tadi. Perjalanan diteruskansemula dengan sedikit tenang dan bahagia. Sesekali Cikgu Ridzwanmemandang ke arah jam digital yang tertera di dashboard van itu. ***** 1:20 pagi Pedal minyak ditekan kuat. Dengan pemanduan Cikgu Ridzwan, van itubergerak laju menyusuri selekoh dan membelah jalan menghala kedestinasinya. Speedometer di dashboard menunjukkan angka 130km/j. “Cikgu.. slow la sket. Laju sangat ni..!” Sopa cuak. “Ha ah la cikgu. Karang, tak sempat kita nak jumpa Jo karang... selamatkita kat hospital karang..” Kalo selamat kat hospital la.. kalo selamat dikebumikan cam mane? Cikgu Ridzwan mendiamkan diri. Seluruh isi van kecut perut dengan kelajuan van. 266
    • Aku Budak Setan: Nazihah“Cikgu, slow la sket..” Qadir memujuk.“Kita kena cepat. Johari dengan Nazihah dalam bahaya!”“Nazihah??” 267
    • Aku Budak Setan: Nazihah 49 Dungu Aku membuka mata perlahan-lahan. Pedih. Rasanya, seperti ada lamputerang menyuluh ke arah aku ketika ini. Sukar benar rasanya hendak membukamata. Terkebil-kebil aku menggagahkan kelopak mata aku menahan sinar cahayayang maha silau itu dari menikam kornea mata ini. Pedih. Sungguh. Oleh sebab kegagalan kelopak mata menjalankan tugas dengan sempurnapada ketika ini, maka aku terpaksa menggunakan organ badan lain sebagaipembantu. Lantas, aku gerakkan tangan kiri aku ke arah muka bagi tujuanmemulihkan penglihatan dengan cara tenyehan.. Pelik. Sungguh. 268
    • Aku Budak Setan: Nazihah Aku tidak mampu menggerakkan tangan kiri aku. Dalam keadaan yangterang benderang dan maha silau itu, aku tidak mampu mengagak apakahgerangan yang mengganggu kelancaran tangan kiri aku ketika ini. Adakahmungkin aku tersalah tidur, maka tangan kiri ini kebas? Mungkinkah aku sedangmenghimpit tangan kiri ini dengan badan sendiri hinggakan impuls saraf akulumpuh? Kedegilan tangan kiri menjalankan tugas memaksa aku menggerakkantangan kanan aku pula. Payah. Sungguh. Mengapa ketika ini organ badan aku degil menerima impuls saraf? Tangankanan aku juga keras membantu tanpa dapat digerakkan. Aku mencuba sekalilagi. Bagaikan ada sesuatu yang melekat di pergelangan tangan. Sesuatu ituseperti mengganggu tangan kananku untuk bergerak bebas. Eh, kenapa tangan kiri aku pon macam ade bende mengikat ni ? Akhirnya maha silau sebentar tadi beransur reda. Sekarang aku sudah dapatmelihat dengan jelas dalam sedikit kabur. Kini aku sudah dapat gambarandengan teliti walaupun sedikit kabut. Aku di dalam sebuah bilik.. ..dan kedua tangan aku berikat di belakang! Sial! Sape ikat tangan aku ni ?? Otak aku meligat panik. Aku kini sedang duduk di atas kerus kayu dengankedua belah tangan aku berikat di belakang. Dalam keadaan sebegini, aku yakinsesuatu yang celaka telah berlaku kepada aku. Aku cuba mengingatkan kembaliperkara yang berlaku yang mengakibatkan aku di sini. Kotak projektor memoriaku buka. Suisnya aku tekan. Tayangan projektor bermula.. ****** Kedai Pak Wan malam ini meriah dengan pelanggan. Mee rebus PulauPinangnya memang tersohor seantero Kuala Lumpur. Selesainya urusan aku diBalai Polis Dang Wangi tadi terus sahaja kami berempat memenuhkan tembolokdi sini. Imran, Faruk dan Aida sedang leka menghadap juadah ruji mereka walhalaku makan tak kenyang, duduk tak senang ketika ini. Jantung aku bergendang rancak. Gelisah aku resah memuncak. “Weh, aku nak balik dulu aa..” Teh tarik di depan aku dihirup laju. 269
    • Aku Budak Setan: Nazihah Sesuatu yang aku kurang pasti apa bendanya datang meluru. Sesuatu yang aku kurang tahu dari mana datangnya sedang menghantu. “Hek elleh.. rileks aa Jo.. baru pukul berapa.. esok cuti beb!” Imranmembantah. “Letih sehh.. aku ingat nak balik tido aa.. lagipon badan aku rasa tak sedapni..” Beb.. beb.. ko ingat dah habis cool aa panggil orang cam tu? “Hek ellehh.. dan dan je badan tak sedap. Ko ingat kitorang pecaya aa?” Farukcuba mencucuk jarum. Kuah mee rebus di dalam pinggannya di hirup perlahan. “Serius wehh.. badan aku rasa lain macam ni.. “ Pedulik apa aku korang nak pecaya ke tidak? Aku bukan mintak duit korang nak balik rumah! “Dah tu, nak pegi Woh Fatt ke tidak ni ? Faruk tu haa.. dah tak sabar-sabarnak ternak duit tu..” Imran tidak puas hati. Perancangan yang dirancangnyaketika makan tadi mungkin terbengkalai sebentar lagi. “Keco aa ko Jo, jom aa ternak duit kejap. Semalam aku mimpi, nombor 3-5 10 bijik. Masuk dua ringgit je dah bole cover snuker 3 jam.. jom aa...” Farukmemujuk. Halus benar pujukannya. “Serius aku tak larat ni.. aku ingat aku nak balik dulu.. ok?” Mak aih, setan mane yang dapat penetrate tido ko Faruk? Siap masuk dalam mimpi lagi tu.. “Hmm.. kalo ko nak balik Jo, aku pon nak balik jugak le..” Aida bingkasmencapai beg duitnya. Matanya dibulatkannya ke arah aku. “Haik? Aida? Ko pon nak balik jugak ke? Imran menyanggah. “Eh, eh.. korang ni ade ape-ape ke ni ?? Aku tau la rumah Jo malam niclear.. tapi, jangan la nampak sangat wehh.. cover-cover aa sket napsu buas ko tuAida..” Faruk tersengih-sengih memandang aku dan Aida silih berganti. “Cover amendenya? Napsu buas ape? Nak balik rumah pon nak kena adanapsu jugak ke?” Aida menyinga. Nampak benar kemaluan dan kemarahanbeliau ketika ini. “Weh Jo, ko cakap betul-betul.. ko nak projek ape ngan Aida malam ni ??”Faruk hilang sabar. Soalan yang bersifat peribadi itu diajunya kepada aku dengan 270
    • Aku Budak Setan: Nazihahwajah yang sedikit nakal. “Astagaa ko ni Farouk.. projek apekejadah? Ko nak aku kena sambar petirke?” Cantek la tu. Aida memang nak balik rumah aku. Kitorang nak berzinani. Sorry la Faruk, next time aje la ek ? “Helleh.. ko tak payah nak menyamar jadik ustat la malam ni Jo.. aku bukanbaru kenal ko semalam..ahahahahaha.” Imran tergelak besar. “Dah ! dah! Aku nak balik rumah! Lantak la korang nak cakap ape pon.. yangaku tau, aku nak balik rumah.. aku nak tido. Kalo ada gadis masyuk jadik bantalpeluk aku, aku tak leh nak buat ape aa kan ? Rezeki.. “ Yey! Malam ni dapat peluk tembikai! Bye bye kengkawann! Setelah membayar harga mee rebus dan teh tarik aku, aku mengatur langkahpulang ke rumah dengan ditemani Aida. Ketika ini, makin kuat pula jantung akuberdebar. Bagai ada sesuatu yang tidak kena. Tapi, aku cuba sedaya upaya untukmengatasi perasaan gusar ini. Mungkin aku terlalu penat kerana bergumpal dengan sekumpulan beliaperosak bangsa siang tadi. Mungkin aku terlalu letih kerana banyak bersoaljawab dengan pegawai polis di Dang Wangi tadi. “So.. apa plan ko esok siang Aida?” Malam ni ko ade plan tak? Nak buat plan ngan aku kat rumah aku takmalam ni? “Plan? Plan ape ek?” “Tak de lah. Maksud aku.. ko ada apa-apa program ke siang esok?” Hishh.. bodoh btul pompuan ni. Harapkan kopek je best, plan pon ko takpaham. “Hmm.. setakat ni, tak ada lagi.. jadual aku esok masih kosong. Ko nak isitak?” “Aku kurang pasti la.. semalam Juhi Chawla ada call aku ajak minum katBukit Bintang, Lepas tu si Priety Zenta ajak aku temankan dia pegi pasar malam.Aku pon tak tau aku nak pegi yang.. adoihh !!” “Haa.. rasakan cubitan sakti aku. Sedapkan?” 271
    • Aku Budak Setan: Nazihah Aida tersengih memandang aku setelah cubitan keramatnya singgah kelengan aku. Pastilah satu tanda hitam bakal mekar di situ ketika ini keranalebam. Tapi tidak mengapa, kerana cubitan itu telah membuatkan adik kecil didalam seluar aku bangun. “Hehe.. marahlah lagi Aida, aku suka sangat tengok ko marah-marah..” Aida, jom lepak rumah i malam ni... badan i letih la, nak mintak uuruntukan.. pliss.. “Apsal? Ngape ko suka tengok aku marah? Ko suka aku jadik cepat tua ke?” “Tak de lah. Sebab, kecantikan ko adelah berkadar terus dengan kemarahanko. So, makin ko marah, ko akan jadik makin lawa..” Walaupon otak ko berkadar songsang dengan body hot ko.. tapi itu bolehadjust punya.. “Cis, dasar lelaki kabaret! Bertanam tebu di tepi bibir, bermulut manis di tiapcebir!” “Betul ni Aida.. Aku rasa ko adelah pompuan paling perfect pernah akujumpa. Bermuka cantik, berbudi bahasa, lembut cara..” Body hot, tembikai besar, jamban tiptop, pungkoq kental... ariba! Ariba! “Ohh.. manisnya ayat ko Jo. Kalo cam tu, ape status Nazihah kat ko lak ?” Nazihah ? Serta-merta, ingatan aku pada Nazihah datang menggigit. Adik di dalamseluar tidur kembali, niat jahat terpotong mati. Kata-kata keramat Nazihahkepada aku terngiang kembali Selagi nama Jihah masih di bibir Abang Jo, Jihah tak akan ragu-ragu untukmensyairkan nama Abang Jo. Selagi diri Jihah masih dalam ingatan Abang Jo.. Jihah tak akan ada sebarangmasalah untuk hadir dalam mimpi Abang Jo.. Mungkin dari segi fizikal kita tak mampu untuk bersama.. tapi ingatan kitamasih mampu bertaut. Mungkin dari segi zahir kita tidak bersua.. tapi hati kita masih kukuh berpaut. Dan aku kaku membisu, Dan aku diam termangu, Dan aku dungu membatu. 272
    • Aku Budak Setan: Nazihah Keramat kata datang berulang, Azimat cinta sepoi terngiang Cahaya asmara menyuluh terang. Masihkah cinta di hati kita? Walaupun tiada kata pengikat janji Sungguhpun tiada lafaz mencanai sumpah Masihkah kasih di jiwa kita? Meskipun badai datang membaji Dan segenap alam seakan meludah “Haa! Kantoi!” Aida mengekek. Tiada jawapan. Aku tersenyum tawar. Setawar hati aku kepada Nazihah. Aku melangkah lemah. Selemah ingatkan aku kepada Nazihah. “Jo... siapa Nazihah sebenarnya Jo?” Soalan Aida itu membuatkan langkah aku terhenti. Matanya redup memandang aku. Dari sinar matanya jelas dia mengharapkan jawapan yang pasti daripada aku. Wajahnya penuh mengharap seakan mahu aku berterus terang. Aida, aku sendiri pon tak tau! Skretttttttttttttttttttttttttttttt.........!!!! Datang sebuah van menghimpit hampir melanggar aku. Terasa hendak gugurskrotum aku terperanjat dengan kebodohan pemandu van itu. “Oi, bodoh! Pukimak betul.. bawak van macam..” Aku tidak sempat menghabiskan ayat aku bilamana 4 orang bersarung mukakeluar dari van itu dan menekup hidung dan mulut aku dengan sehelai kainbasah. Aida di sisi sekadar mampu tergamam dan membeliakkan matanyamelihat aku. Salah seorang daripada mereka sempat menolak Aida jatuh ketanah. Aku cuba meronta degil... Aku cuba meronta... Aku cuba... Aku... Dan yang aku ingat hanyalah gelap.. 273
    • Aku Budak Setan: Nazihah *****“Hey, anak haram! Bangun!!” Debush!! Projektor tayangan memori terpadam mengejut. Dihujung ayat kurang ajar itu, aku telah dibasahkan. Sebaldi air menjadi mukadimah kebodohan bangsat di depan aku. Seorang bangsat yang pasti aku akan lumatkan skrotumnya.. Seekor babi yang mesi aku sula dari lubang rektumnya. Seketul najis yang pasti aku bakar 44 hari dan 44 malam. Si celaka yang merampas kasih sayang aku, Si bedebah yang merobek cinta hati aku. Bangsat! Babi! Najis! Celaka! Bedebah! Ezam! 274
    • Aku Budak Setan: Nazihah 50 Hadiah daripada ezam “Puan Norasyikin sila ikut saya.” Norasyikin dengan ditemani gadis bertembikai sakti berbungkus tidakberplastik, bersarung disebalik fabrik yang bernama Aida mengikut seoranganggota polis yang bertanda satu besi berkilat di lengannya yakni berpangkatLans Korperal menuju ke sebuah bilik. ASP Kamarul yang bertugas malam ini kelihatan tidak tenang danberkerut keningnya. Dari kerut keningnya itu terserlah suatu bentuk kesulitanyang dihadapinya ketika ini. Fail di atas meja ditekun tajam. Diselaknyabeberapa kali untuk kepastian. Sebatang pen yang berselimuntukan besi kromdipegangnya sambil dipusing-pusing.bagaikan sedang mencari ilham. “Ketuk! Ketuk!” bunyi pintu diketuk. “Masuk!” 275
    • Aku Budak Setan: Nazihah Pintu kayu itu ditolak. Encik polis lagaknya berwibawa yang mengemudikedatangan Norasyikin dan Aida memulas tombol pintu dan masuk ke dalambilik. “Selamat malam! Puan Norasyikin dan Cik Aida sedang menunggu mahuberjumpa.” Oih, dah pukul 2 pagi ni.. selamat malam ape bendenye? “Okey, suruh diorang masuk.” Encik polis berpangkat Lans Korperal itu mengerling ke arah Norasyikindan Aida. “Silakan masuk.” “Terima kasih.” Pandangan Aida dan Encik Polis berpangkat Lans Korperal itu bertemu.Sebagai seorang gadis timur yang dilahirkan pemalu, Aida seraya menundukkanwajahnya. Encik Polis itu dengan gaya penuh bernafsu tapi malu namunsebenarnya mahu, hanya sekadar memandang Aida. Hot gile awek ni! Norasyikin dengan ditemani Aida masuk ke bilik itu. Dua buah kerusiberkusyen biru di hadapan ASP Kamarul itu ditarik. Hampir serentak,Norasyikin dan Aida duduk sambil mata mereka tidak lepas dari memandangASP Kamarul yang ralit memandang fail di atas mejanya. Melihatkan tetamunya sudah pun duduk, ASP Kamarul mengamatimereka seorang demi seorang. Dua orang wanita. Seorang nampak berumur, danseorang lagi muda remaja, bergetah dan agak memberahikan. “Puan Norasyikin bt Mohamad Amin?” ASP Kamarul menajamkanmatanya ke arah Norasyikin. “Saya.” “Dan awak ni.. cik Norsyuhada bt. Abdul Razak?” Dikalihnya penglihatanke arah Aida. “Ya.” Tajam renungan ASP Kamarul membuatkan Aida resah. Tidak beranidiangkat matanya bertentang dengan pegawai polis itu. Berlainan denganNorayikin, matanya ditatap tajam ke arah ASP Kamarul. 276
    • Aku Budak Setan: Nazihah “Berkenaan dengan anak puan yang bernama Johari ni..” “Ya, ada apa-apa berita terbaru ke?” Segera Norayikin bemotong. Pastilah beliau tidak sabar untuk mengetahuiperkembangan terkini anak bujang berambut megi itu. Menanti kalau-kalau adaberita baik yang boleh dicanang, mahupun berita kurang baik yang bolehdikongsi. “Puan yakin anak puan diculik ? Mengikut dari laporan yang Cik Aida tulisni.. ada sebuah van Perodua Rusa datang dan menekup muka Johari dengansesuatu... kemudian melarikan dia dengan van tu. Betul ?” Norasyikin dan Aida mengangguk. ASP Kamarul mengulang semulalaporan yang ditulis untuk kepastian dari saksi –saksi yang berkenaan. Barisdemi baris dibaca dan Aida mengamatinya dengan cermat. Setelah selesaipembacaan laporan dibaca, Aida mengangguk tanda berpuas hati dengan laporanyang ditulisnya sendiri sebentar tadi. “Ini kes berat ni puan. Kami mungkin perlu hubungi balai polis cawanganlain untuk dapatkan info.” “Tolong encik.. dia tu sorang aje anak saya. Saya tak mau apa-apa jadi katdia... dah la minggu depan dia nak masuk sekolah balik..” “Masuk sekolah balik? Maksud Puan? Sekolah mana tu ?” “Anak saya bersekolah di Sekolah Menengah Sains Kering KontangBerkelapa Sawit.. “ “Sekolah Menengah Sains Kering Kontang Berkelapa Sawit ?? Tunggusekejap.. anak puan bersekolah kat situ ??” “Yer, dia sekolah kat situ. Minggu lepas dia kena gantung sekolah 2minggu.. jadi..” “Tunggu jap, ada something wrong kat sini..” Gagang telefon yang beradadi meja pegawai itu dicapainya. Satu jujukan nombor yang tidak pasti ke manasambungannya di tekan. “Mizal, bawak laporan dari IBP Klang tadi masuk bilik saya. Urgent.Sekarang tau!” “Kenapa Tuan? Ada apa-apa yang tak kena ke?” 277
    • Aku Budak Setan: Nazihah “Hmmmm.. saya rasa ada kemusykilan sikit ni. Kalau anak puanbersekolah di situ, maka laporan yang datang dari IPB Klang ni mungkin adakaitan..” “Kenapa? Ada apa kaitan?” “Saya tak pasti.. kena tunggu pegawai saya datang hantar laporan dulu..” “Cik Aida kenal dengan orang yang culik Johari tu ?” “Saya tak kenal. Lagipon, tempat tu agak gelap. Walaupon diorang takpakai topeng, tapi saya still tak cam muka diorang..” “No plet van tu?” Aida menggeleng kepala. Tepu sudah otaknya mahu mengimbas kejadianitu. Pintu bilik diketuk. Tanpa perlu mendapat kebenaran, Encik Polisberpangkat Lans Korperal sebentar tadi masuk mengadap. Oh.. nama dia Mizal... ihikss... “Ini laporan yang Tuan mintak tadi.” Pegawai Polis bernama Mizal itu meletakkan fail di hadapan ASP Kamarulsambil matanya dijeling ke arah Aida. Aida yang malu-malu kucing sebentar tadisempat menjeling kembali ke arah Mizal. Abang Mizal.. euww... ASP Kamarul mengambil laporan di atas meja itu. Sambil meneliti laporanitu, janggutnya diurut-urut. Kumisnya dikerut-kerut. Aksinya menambah misteriyang semakin tebal di dalam bilik ini. Norasyikin yang tidak tahu menahu isikandungan fail itu turut mengeruntukan keningnya tertanya-tanya. “Saya rasa.. mungkin ada pertalian antara kes anak puan dengan kes yangberlaku di Sekolah Menengah Sains Kering Kontang Berkelapa Sawit malam ni..” “Kenapa?” “11 orang pelajar didapati hilang dari dorm masing-masing. 10 darimereka adalah dari tingkatan 4..” Norasyikin menggetap bibir. ********** 278
    • Aku Budak Setan: Nazihah “Lepaskan aku!” Ada lima belas orang lelaki berada di samping Ezam sekarang ini.Berdasarkan paras rupa yang rata-ratanya adalah hodoh bukan kepalang, akudapat rasakan yang mereka ini adalah antara panglima bangang yang kemarukwang pemberian si bangsat Ezam. Seorang demi seorang aku amati. Kesemuasepuluh orang itu mempunyai satu persamaan yang sangat ketara. Sangat jelasdan tiada keraguan lagi. Kesemuanya hodoh dan buruk. Paling kacak di antara mereka saling tidak tumpah seperti kelawar. “Lepaskan aku Ezam !!” “Ahahaha.. kelakar, kenapa aku mesti lepaskan ko?” Sebab, kalo ko lepaskan aku sekarang.. aku boleh koyak-koyakkan badan ko dan bagi anjing rabies makan, bodoh! “Rileks la Jo, awal lagi untuk aku lepaskan ko sekarang.” “Apsal awal lagi? Ko nak semayang subuh ke?” Debuk! Soalan bodoh aku dijawab dengan satu tumbukan keras ke tulang pipi aku.Silap aku juaga. Pandai-pandai membuat lawak bangang dalam satu situasi yangtegang. “Arghh!” Aku mengerang kesakitan. Sudah puas aku cuba meloloskan diri dariikatan ini, namun tidak berjaya. Jika aku dapat melepaskan diri, kemungkinanbesar aku mampu menobatkan diri aku selaku hero filem Hindustan yangmampu menewaskan satu batalion askar. “Sedap?” Ezam menanyakan soalan bangsatnya. Aku tidak mampu menjawab.Sengal benar rasanya di pipi aku dek kerana tumbukannya sebentar tadi. “Aku pelik macam mana ko boleh kalahkan budak-budak yang aku hantarpetang tadi. Power sangat ke ko ni Jo?” 279
    • Aku Budak Setan: Nazihah Ezam menyambung soalan tadi. Diraba-rabanya genggaman tangannyaketika ini. Mungkin kesakitan dari tumbukan beliau kepada aku tadi masihbelum hilang. “Kalo ko nak tau, ko lepaskan aku. Ko boleh tengok macam mane akukalahkan budak-budak ko petang tadi.” Aku cuba memancing Ezam. Ternyata beliau tidak sanggup untukmelepaskan aku dari ikatan. Melepaskan aku dari ikatan umpama melepaskanharimau dari kurungan. Harimau yang berketurunan Hang Jebat ini jikadibiarkan mengaum, pasti terkencing manusia-manusia berwajah hodoh iraskelawar di hadapan aku ini. Ezam masih memakukan matanya tajamnya ke arah aku. Ya Tuhan, tolong berikan aku kekuatan untuk mematahkan hidungbangsat di depan aku ini! “Oh ya Jo, aku ada hadiah untuk ko malam ni. Nak tengok?” Ezammenyambung keheningan. “Mulia betul ko ni Ezam. Ko dah culik aku. Ikat aku kat sini. Tumbuk akutadi.. la ni ko nak kasi hadiah pulak? Patutlah sekolah sayang benar ngan ko niEzam..” “Haha.. aku memang terkenal dengan murah hati. Tak pe, ko suka atautidak dengan hadiah aku kejap lagi, aku tak tau. Yang pasti, aku memang adahadiah untuk ko!” Ezam memberi isyarat kepada Mario. Mario memalingkan muka kearahseorang jejaka hodoh bermuka unta sambil menganggukkan kepala. Lagakmereka seperti manusia primitif yang cuba berkomunikasi sesama mereka.Jejaka hodoh bermuka unta itu seakan-akan faham dengan bahasa tubuh Mariolalu keluar meninggalkan kami. “Ko mesti suka dengan hadiah aku ni..” Ezam memandang aku dengan sinis. Ko nak bawak kapur barus dengan kain kapan untuk ko ke Ezam? Timakasih, susah-susah je. Aku baru je ingat nak cincang mayat ko bagi anjing makan. Seketika kemudian, jejaka hodoh berwajah unta itu membawa seseorangmasuk. 280
    • Aku Budak Setan: Nazihah Sumpah. Ketika ini aku meronta bagai nak gila, Ketika ini aku marah bukan kepalang, Ya Tuhan, Tolong beri aku kekuatan untuk lepas dari ikatan ini. Tolong beri aku kekuatan untuk menghancurkan skrotum semua orang disini. Tolong beri aku kekuatan untuk menyelamatkan orang yang aku sayangi. “Ko suka tak hadiah aku ni Jo??” Debuk! Satu tumbukan Ezam singgah ke mata aku. Berpinar, tapi aku masih kuat meronta. “Suka tak ???!!” Debuk! Satu tumbukan Ezam mendarat ke rahang aku. Sengal, tapi aku masih kuat berharap. “Aku dah kata, ko mesti suka dengan hadiah aku ni!!!!” Debuk! Kali ini, satu sepakan jitu tepat mengenai dada aku. Aku tercampak jauhkebelakang dengan kerusi yang sedang aku duduki. Dalam ikatan yang masihkemas, aku tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengelak serangan itu.Terjelopok aku terjatuh bersama-sama kerusi itu. Dada aku terasa seakan pecah, Kulit tangan aku terasa melecet, Tulang aku terasa retak, Kepala aku terasa terhantuk. Tapi aku masih kuat meronta, Tapi aku masih terus berharap, Tapi aku masih cuba melawan. Demi orang yang aku sayang! “Abang Joww...!!” Tangisan Nazihah membakar semangat aku. 281
    • Aku Budak Setan: Nazihah“Jihahh....”Harimau dalam badan aku telah bangun!Aum! 282
    • Aku Budak Setan: Nazihah 51 SpontanYang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidakmelihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidakseimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yangtidak seimbang? Al-Mulk: Ayat 3 Sarang kubu Mario merupakan sebuah rumah banglo 2 tingkat yangterletak tersorok dari hiruk pikuk masyarakat madani Kajang. Dipagari dengantembok batu, banglo itu kelihatan terang benderang dengan limpahankalimantang dan neon. Di belekang banglo itu hidup subur rimba lalang yangtingginya hampir menyamai ketinggian lelaki dewasa. Belum pasti lagi berapa ramai penghuni banglo itu malam ini. Belum tentu lagi pesta apa yang berlaku di dalam banglo itu ketika ini. 283
    • Aku Budak Setan: Nazihah “Cikgu, parking jauh sket.. karang diorang perasan kita!” Qadir memberi arahan kepada Cikgu Ridzwan. Tanpa perlu berfikir lama,Cikgu Ridzwan memberhentikan van putih itu kira-kira 300 meter dari bangloitu. Ketika ini, seluruh penumpang van itu dengan serius menganalisa segalakebarangkalian yang bakal terjadi. Para penumpang yang rata-ratanya lemahdalam matapelajaran matematik tambahan, tiba-tiba berlagak seperti Al-Kindi,Ibn Sina dan Abdul Razak Mohideen apabila mampu merungkaikan rumuskebarangkalian yang melibatkan taburan binomial tanpa menggunakan bukusifir. Enjin van dimatikan. Masing-masing ketika ini diam seribu kata. Tiada lagi aksi mencuit hatiseperti seawal pengembaraan tadi. Riuh-rendah ketika memulakan perjalanankini sudah tiada rohnya. “Kita jalan kaki dari sini. Sat, bawah kaki ko tu ada selonggok kayu hoki.Setiap sorang amek satu kayu tu. Aku rasa kita perlukan kayu tu kalo kita masihnak tengok matahari siang esok.” Arahan Qadir tiada disanggah. Ahli-ahli Persatuan Pelajar Lelaki Kacak Tingkatan Empat itu memulakanlangkah mereka dengan berhati-hati dan senyap. Tidak dibenarkan melakukansebarang kesilapan pada ketika ini. Jika tidak, buruk padah dan tergugat masadepan mereka. Sebarang bunyi-bunyian dalam bentuk gurauan atau gossiphangat lagi meragukan yang datang daripada ahli persatuan ini dikhuatiri akanmembantuntukan operasi. “Ni ke tempatnya Qadir?” Mahathir memulakan soalan. Qadir kelihatan serius. Matanya ditancapkan ke arah banglo itu. Ketika inimereka sudah berada beberapa meter sahaja dari pintu pagar yang tiada dikawal. “Ha ah, ni la port Mario. Mario ni gangster besar dekat Kajang ni. Ezammemang dari dulu dah ada hubungan dengan Mario ni.” “Ko agak ada berapa ramai kat dalam tu Qadir?” Puad menokok tambah. Qadir diam membisu. Matanya masih ditajamkan ke arah banglo itu.Selaju bebola matanya melihat-lihat keadaan persekitaran banglo, selaju itujugalah otaknya ligat menaksir segala kebarangkalian yang bakal berlaku. “Aku tak pasti. Aku tak pernah tengok geng Mario selama ni..” “Dah tu? Kita boleh menang ke?” Buden menepuk tanah. 284
    • Aku Budak Setan: Nazihah Qadir menoleh ke arah Buden. Kemudian beralih ke arah Mahathir, Puad,Sat, Ober dan seterusnya pada ahli-ahli yang lain. Masing-masing mengharapkanjawapan. Masing-masing dahagakan semangat. “Asalkan kayu hoki tu korang hayun ke kepala diorang, aku tak nampakalasan untuk kita kalah!” Qadir menggenggam jari-jarinya. Kata-kata itu bagaikan api. Membakar semangat melegak sanubari. Nekad di hati telah disemi. Hidup dan mati telah dimeterai. “Jap, mane Cikgu Ridzwan?” Masing-masing mencari-cari kelibat Cikgu Ridzwan. Cikgu yang memanduvan yang membawa mereka ke mari telah hilang tanpa bayang. Tiada siapa yangperasan akan kehilangan guru yang agak dibenci ramai itu sehinggalah soalancepumas itu meluncur keluar dari mulut Maahad. “Jap aku pegi carik kat van.” Maahad memberi cadangan sambil bergerak ke arah van meninggalkankumpulan. Tiada dalam perancangan mereka supaya Cikgu Ridzwan ditinggalkandi belakang. Maahad dengan gigih membongkok-bongkok berjalan ke arah vanitu yang terletak kira-kira 300 meter dari mereka. Manakala ahli-ahli persatuanyang lain sudah gundah gelana. Bagai nakhoda kapal kehilangan kemudi,kehilangan Cikgu Ridzwan benar-benar diragui. “Tadi dia ada kat sebelah ko kan Ober?” “Ha ah, tapi masa tadi dok ralit mencelah-celah semak tadi, aku dah takperasan dia dah!” “Sial btul, mane lak Orga ni ??” Sat menyuarakan kebimbangan. Seketika kemudian, Maahad kembali. Dari raut wajahnya dalamkesamaran malam itu, jelas menunjukkan bahawa beliau hampa dengan misipencariannya. Sah, Cikgu Ridzwan telah hilang entah ke mana. Ke mana hendak kapal dimudik jika nakhoda kehilangan kemudi? “Tak de sehh.. Orga tak de kat van tu.” “Dah tu kemana pulak dia pegi? Takkan dia lari kot?” Van putih yang membawa mereka datang masih berada di tempatnya.Maka, mustahil Cikgu Ridzwan melarikan diri meninggalkan perbatasan. 285
    • Aku Budak Setan: NazihahMengarut juga jika difikirkan jika beliau pergi membuang air kecil. Lebihmelampau lagi jika beliau dikejar anjing. Tiada anjing yang mahu berkawandengan Cikgu Ridzwan yang umumnya diletakkan dalam kategori keji.Melainkan.. “Jangan-jangan Orga subahat dengan Ezam tak?” “Gile, kalo dia nak subahat dengan Ezam.. buat apa dia bawak kite datangsini?” “Demmit, cam mane ni Qadir?” “Kita tawakkal ajelah. Takkan kita nak balik sekolah kot?” Qadir menggenggam tanah di tempat duduknya. Terkumat-kamitmulutnya membaca sesuatu. Bebola mata sekalian ahli persatuan tertumpu kearah ritual yang sedang Qadir lakukan. Masing-masing saling tertanya-tanyaakan aksi yang ditunjukkannya. Mungkin Qadir meminta permintaan dari Sang Paranormal. Mungkin Qadir membaca jampi hasil didikan Kiai Parjo dari Pulau Bintan. Setelah mulutnya berhenti berkumat-kamit, dihembuskan nafasnya kearah banglo itu sambil menaburkan tanah yang digenggamnya tadi ke tanah. “Korang ready??” ***** “Cam mane skang Jo, ko suka tak hadiah aku?” Aku terperosok kesakitan di atas lantai. Dengan tangan yang berikatdibelakang dan kerusi kayu yang membeban ini, aku sukar untuk bergerak. Dadaaku bagaikan hendak pecah rasanya akibat disepak oleh Ezam sebentar tadi.Namun aku cuba untuk bangun. Dalam aku menggeletar untuk bangun, salahseorang dari kumpulan manusia hodoh berupa kelawar itu datang danmenendang rusuk aku. “Hmpphhh!!!” Aku sempat menahan dengan tangan. Namun aku tidak mampu menahanserangan kedua yang menerpa ke arah rahang. “Allah!!” Dan aku kembali melayang. Kali ini lebih sakit lagi. Rahang aku terasaperit yang amat sangat. Beberapa titik darah mengalir dari bibir dan menitis keatas lantai. 286
    • Aku Budak Setan: Nazihah “Apa tunggu lagi kawan-kawan?? Lauk!!” Serangan pertama menyapa dengan tapak kaki. Sempat aku mengelaksebelum serangan secara curi datang menerpa dari belakang. Terduduk akumenahan sakit sebelum datang serangan ketiga. Kali ini yang memberi salamadalah penumbuk. Dapat juga aku tepis sebelum serangan keempat tiba denganlutut tepat sekali lagi ke rahang. Terjelopok aku terbaring di atas lantai. Serbuan seterusnya datang. Kaki yang bersarung kasut kulit melintas lajuke dada. Tiada daya aku mengelak. Semput aku menahan momentum kaki ituyang mendarat tepat di dada. Datang serangan berikutnya yang lebih hina. Kaliini, masih kaki yang menjadi watak utama. Tepat ke muka. Gelap seketika dunia aku. Dalam kesakitan yang maha agung ketika itu, sekumpulan manusia hodohberwajah kelawar itu menghurung aku tanpa belas kasihan. Malam ini aku dapatmerasa lutut, siku, tapak kaki, penumbuk, air ludah dan macam-macam jenisperisa kekerasan. Sememangnya, aku adalah lauk yang panas terhidang di depanmereka. Hikmat Kebal Loceng Emas ajaran Ji Fat dari komik siri Alam Perwirayang hangat di pasaran tiada gunanya pada aku ketika ini. Hikmat Asura milikSang Hitam daripada ajaran Kitab Damo keluaran komik Pendekar Laut sudahtumpul. Dari setitis dua darah yang menitik di atas lantai akhirnya berubahmenjadi tompokan kecil dan merata-rata. Aku tidak pasti berapa banyak koyakankulit di muka. Aku tidak pasti berapa banyak kesan lebam di badan. Aku tidakpasti jika ada tulang aku yang patah mahupun retak. Yang pasti, aku sukar untuk bernafas. Yang pasti, aku tidak mampu untuk berdiri. Yang pasti, penglihatan aku terganggu dengan darah aku sendiri. Yang pasti, aku hanya mampu mengengsot di lantai menyelamatkan diri. Nazihah meronta gila. Rontaan Nazihah yang keras itu akhirnya berjayamelepaskan dirinya dari taklukan Ezam. Berlari dia mendapat aku yang cederaparah terkapar di atas lantai. Dalam sedu-sedannya melihat aku ketika ini,dibukanya ikatan tangan yang mengongkong aku selama ini. Dipangkunya kepalaaku di ribaannya. “Abang Jo.. Abang Jo.. bangun..!”Aku melangak memandang si comel di depan aku. Aku mengukir senyuman danberusaha untuk memegang raut wajahnya. Titis demi titis air matanya jatuh kewajah aku. 287
    • Aku Budak Setan: Nazihah “Jjjiihahh.. jihahh ok?” Aku melebarkan lagi senyuman aku. Dalam keadaan sakit itu, aku terasatenang dalam dakapannya. Aku harap ini bukan kali terakhir aku menatapwajahnya. Kerana aku tak sanggup dia melihat aku dalam keadaan sebegini. Matikah aku di malam ini Tuhan? Jika benar, jauhkan Nazihah dariku, Aku tidak sanggup menghela nafas terakhir, Disulami tangisan pedih dan sedih darinya. Matikah aku di malam ini Tuhan? Jika tidak, kuatkan semangatku, Aku rela mengharung aral memecah tembok, Asal senyumannya dapat kurebut, Moga kasihnya dapat kusambut. Makin deras tangisan Nazihah. Dalam menggeletar tangan aku ketika ini,aku gagahkan juga untuk menyeka birai air di kelopak matanya. Perbuatan akudibalas pula dengan tangan lembutnya mengelus wajahku. “Korang tengok tu. Nak dekat mati pon sempat nak bercinta tu!” Ejekan Mario mendapat sambutan hangat. Hingar-bingar suasana ketikaitu dengan gelakan keji manusia berwajah kelawar yang hodoh-bodoh belaka.Aku tidak mempedulikan gelakan ala Enam Jahanam mereka. Cukup tenangsudah diri ini berada di dalam pelukan Nazihah. “Ke tepi Nazihah!” Teriak Ezam. “Sudah Ezam, jangan pukul lagi!” “Aku cakap ke tepi Nazihah!” “Tidak Ezam, tidak! Cukuplah tu Ezam.. cukup!!” “Ke tepi aku kata!!” Ezam meluru ke arah kami dan menghadiahkan Nazihah satu sepakan jitudi kepalanya. Tercampak kesayangan buah hati pengarang jantung aku ke tepi.Terbaring dia di situ tanpa bergerak akibat diperlakukan Ezam sebegitu. “JIHAHHHH !!!” Spontan. Aku butakan hati untuk dilentur, Aku tulikan telinga untuk diarah, Aku keraskan jasmani untuk diatur, Aku biarkan api membakar amarah. 288
    • Aku Budak Setan: NazihahSpontan.Entah kekuatan apa yang kugerakkan,Entah dari mana kudrat kuperoleh,Entah apa sakti yang Nazihah berikan,Entah semangat apa yang sempat kuraih.Kaki aku keras meluncur naik.Tepat ke batang hidung Ezam.“Urghhh!!!”Tok Jebat, ngape lambat sangat sampai ? 289
    • Aku Budak Setan: Nazihah 52 Cinta ASP Kamarul memeras otaknya berfikir. Penculikan tanpa motif dankehilangan sekumpulan pelajar secara misteri. Kedua-duanya saling berkait.Kedua-dua kes berkaitan dengan Sekolah Menengah Sains Kering KontangBerkelapa Sawit. Kertas di depan matanya di selak. Kes rogol seorang pelajarperempuan di sekolah yang sama berlaku beberapa minggu yang lepas. 4 pelajarditahan reman. Seorang lagi dipercayai ketua mereka masih bebas. Kes ni semua berkait ke? Kertas di selak lagi. Laporan dari Balai Polis Dang Wangi mengatakanbahawa seorang pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Sains Kering KontangBerkelapa Sawit diserang secara beramai-ramai pada petang tadi. Mangsa yangbernama Johari mengatakan bahawa serangan ini berkait dengan seorang pelajarbernama Ezam. Juga dalam laporan itu, kumpulan ini diketuai oleh Ringgo dandiupah oleh seorang lelaki bernama Ezam. Ezam ini amat dicari keranadipercayai dapat membantu menyelesaikan kes rogol di sekolah yang sama. Ngape jahat sangat budak-budak sekolah sekarang ni? 290
    • Aku Budak Setan: Nazihah “Ketuk! Ketuk!” Pintu bilik diketuk. “Masuk!” “Tuan, berkaitan dengan pelajar-pelajar yang hilang dari asrama tadi.Informer kita baru telefon. Dia kata, dia tau di mana diorang sekarang.” “Bagus! Tak sia-sia kita sisipkan mata-mata kita kat sekolah tu. Kat manabudak-budak tu sekarang?” “Diorang sekarang ada kat Kajang, Tuan. Diorang tengah masuk ke sarangMario.” “Mario ?? Budak dalam pemerhatian Balai Polis Kajang tu?” “Ya, tuan.” “Call balai Kajang, suruh diorang prepare. Panggil unit kecemasan suruhdiorang datang sekali. Dan call parents Nazihah pasal benda ni. Jap, dapatkannombor telepon mak bapak Ezam. Saya rasa, suspek berada di lokasi yang sama.” “Ada apa-apa lagi tuan?” “Call cawangan khas Bukit Aman. Mario tu penah ada kes pasalmenyeludup senjata api. Saya takut ada budak sekolah yang parah kena tembaknanti. Call hospital Kajang suruh prepare 2 unit ambulans. In case kalo ade yangcedera.” “Lagi Tuan?” Taknak beli biskut tuan? Cicah ngan teh. “Panggil unit helang ikut sekali. Sekarang!” “Baik!” ASP Kamarul berkemas secara kelam-kabut sebelum meninggalkanbiliknya sambil menutup pintu rapat. Kewibawaan polis jangan harus dicabar.Keselamatan orang awam perlu dijaga. Segala agen perosak negara harusdibasmi dari akar umbi. Maka, kepantasan mereka dalam menyelesaikan kesjenayah adalah faktor yang jelas dalam menjana kestabilan dan keharmoniannegara. “Puan Norayikin, kami dah dapat kesan anak puan. Saya nasihatkan puantenang dan tinggal di sini sampai semua beres.” “Dia anak saya! Saya nak tengok dia selamat dengan mata saya sendiri!” 291
    • Aku Budak Setan: Nazihah “Puan, kami tak mahu orang awam turut..” Eh, menyesal pulak bagitau.. tau tadi main pegi aje. “Encik, tolonglah encik! Bagilah kami ikut sekali..” “Kamu kena faham! Ini urusan polis! Tinggal saja di sini dan janganganggu kerja kami!” Sebok la nak ikut! Karang mati kena tembak karang, sape nak jawab? “Tolonglah Encik Kamarul. Itu sorang aje waris saya kat dunia ni..” Air mata Norasyikin luruh minta simpati. ASP Kamarul simpati padawanita itu. Dialihnya pandangan kepada Aida. Bulat mata Aida penuh harapan.ASP Kamarul melepaskan nafas panjang. “Ok, tapi korang kena tinggal dalam kereta sampai keadaan reda.” “Baik!” “Jangan keluar sampai dibagitau!” “Okey!” Apa susah, aku kunci aje pintu keta tu.. korang bukan bole kluar pon,hehehe Mata Norasyikin dan Aida bersinar harapan. ***** Jika dicampur sekali dengan Ezam, maka ada 11 orang kelawar hodohyang sedang bersedia menerkam aku ketika ini. Dengan berbekalkan tangankosong, aku tidak pasti berapa banyak serangan yang bakal aku tepis sebelumaku tersungkur. Tapi, tiada apa yang aku boleh lakukan kini. Aku telah dikepung.Melarikan diri adalah perbuatan yang bacul. Jihah tengah terbaring tu haa.. takkan aku nak lari kot? Ezam merenung aku dengan wajah bangsatnya. Darah yang meleleh darihidungnya itu masih basah berbekas. Ah, darah itu adalah sekelumit ketiakkuman sahaja jika hendak dibandingkan dengan keadaan aku ketika ini. “Laukk!!” 292
    • Aku Budak Setan: Nazihah Tiba-tiba aku menyesali keberanian aku ketika ini. Bukankah lebih elokaku terus sahaja terbaring dan berpura-pura pengsan supaya segalakesengsaraan ini ditamatkan segera? Tapi, jika aku berpura-pura pengsan,bukankah lagi senang mereka melapah kulit aku untuk dijadikan makanananjing? Sempat aku menjeling pada Nazihah. Pusingan pertama separuh masa kedua bermula. Dua orang kelawarhodoh datang menerpa dari depan bersenjatakan penumbuk. Penumbuk pertamaberjaya aku elak, penumbuk kedua berjaya aku tepis. Lutut aku tepat ke dadakelawar pertama, siku aku singgah ke muka kelawar kedua. Kedua-duanyaterbaring di lantai meraung. Wow, power gile aku! Pusingan kedua pula. Dua orang kelawar hodoh menerpa lagi. Kali iniseorang dari depan, dan seorang dari belakang. Yang di belakang datang denganwajah hodoh dan tendangan terbang. Yang di hadapan juga dengan wajah yangseburuk siput babi dan berpenumbuk. Masihkah ada keajaiban lagi selepas ini? Mata aku masih tajam memaku pada Nazihah. Aku pusingkan badan dan meluruskan kaki tinggi ke atas. Tepat ke mukasi tendangan terbang yang hodoh. Aku bengkokkan lutut, mengelak tumbukandan membalas dengan penumbuk juga. Tepat ke batang hidung si penumbukyang bodoh. Kedua-duanya yang bodoh itu terbaring di lantai meraung hodoh. Hehe, baru korang tau sape aku! Adakah ini kuasanya cinta? Mata sudah kabur memandang lawan, Kaki sudah lemah menongkat kekuda, Tangan sudah gemalai lurut mengulai. Adakah ini kuasanya cinta? Taufan melanda garang, Badai membiduk sumbang, Ditahan tak lapuk, ditepis tak lekang. “Sudah, berhenti!” Suara Mario memecah suasana. Dari tempat dia berdiri, dia perlahan-lahan datang ke arah aku. Gayanya cukup teratur. Senyuman anjing tersisip daribibirnya. Bagaikan tidak mengambil iktibar pada apa yang berlaku kepadakelawar-kelawar hodoh suruhannya, beliau penuh keyakinan untuk menjatuhkanaku. 293
    • Aku Budak Setan: Nazihah “Aku suka ko Johari.” “Heh? Ko gay?” Demit, kelawar ni gay! “Aku suka cara ko belasah budak-budak aku. Lembut dan padu. Ko nakjoin aku Johari? Geng aku akan jadi lagi kuat kalo ko join aku.” Mario menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Aku tahu itupermainan kotor seorang ketua kelawar yang hina. Aku tidak akan terpedaya. “Sampai dah terkoyak kulit dahi aku ni, baru ko nak ajak aku join ko?Pui!!” Jabat tangannya aku ludah. Aku perlu menaikkan kemarahan dia. Orangyang sedang marah, selalunya gagal berfikir dengan baik. Maka, ketika dia hilangpertimbangan, serangannya dapat aku tahan dan mungkin aku berpeluang untukmencacatkan organ-orang penting di badannya. “Macam nilah Johari, aku kasi ko satu peluang untuk lepas dari sinihidup-hidup. Nak?” Ezam menarik muka masam. Cadangan Mario itu jelas bukan dalamperancangannya pada malam ini. Walaupun tidak berpuas hati, namun Ezamhanya diam membisu. “Macam mana?” Ok gak tu. Time kasih banyak-banyak“Aku nak ko jilat kasut aku macam anjing. Kemudian, merangkak keluar ikutcelah kangkang aku sampai ke pintu sana. Aku jamin, ko dan cik puan ko yangcomel tu selamat.” Sial! Aku terdiam. Mario menjanjikan keselamatan Nazihah. Aku sebenarnyatidak peduli jika aku gugur di medan perang, tapi yang pentingnya Nazihah harusselamat. Keselamatan Nazihah adalah faktor utama perjuangan aku sehinggakini. Apa gunanya terus berjuang jika yang dikasihi dan disayangi sudah hilang didepan mata? Tapi, bole percaya ke mamat ni? “Macam mana? Setuju?” 294
    • Aku Budak Setan: Nazihah “Hehe, daripada hidup sehina anjing, baik mati bertongkat maruah!” “Wah, sasterawan negara! Aku semakin sukakan ko Johari.” Mario menepuk tangannya sambil ketawa. Sempat aku melirik ke arahEzam untuk melihat reaksinya. Nampak benar Ezam tidak senang denganperbuatan Mario ketika ini. “Susah-susah je ko puji aku Mario. Selagi batang hidung ko aku takpatahkan, selagi tu la aku takkan rasa senang.” Mario berhenti bertepuk tangan. Mukanya kini mencuka. Ah, inilah kalipertama aku lihat manusia seburuk ini. Kacak lagi wajah kelawar sebenarberbanding kelawar bernama Mario ini. Aku kena buat mamat ni marah. “Ada orang pernah bagitau ko tak yang muka ko ni buruk gile?” Mario tidak menjawab. “Aku rasa, hensem lagi babi dalam kandang berbanding muka ko ni Mario,ahahahha..!” Mario masih lagi membatu. Cuka wajahnya bagaikan ditambah asam.Semakin lama semakin kelat. “Muka ko dengan muka Ezam pon lebih ku..” “Dah puas menyalak Johari??” Kali ini, giliran aku pula terdiam. Jeritannya itu digumpalkan bersamadengan mukanya yang sudah merah menahan geram. Akhirnya taktik akuberjaya. Aku harap, beliau akan hilang pedoman ketika bertarung sebentar nanti. “Untuk anjing yang semacam ko ni Johari.. aku tak perlu kotorkan tanganaku untuk buat ko jatuh.” “Hellehh, kalo ko takut.. tak perlu suruh anjing-anjing ko datang serangaku dulu.” Cakap banyak la bai.. kalo berani masuk la dey! “Ko ingat aku tak tau yang ko nak angkat tangan pon dah tak larat?” Sial! Dia dah tau! 295
    • Aku Budak Setan: Nazihah “Kenapa kaki ko menggeletar Johari? Berdiri pon dah tak larat kan?” Aku terdiam. Bijak benar ketua kelawar di depan aku ini. Sangat pandaidia menaksir situasi melihat keadaan aku. Konco-konco kelawar yang lainseakan-akan meluap semangat mereka untuk melunyaikan aku. Kelemahan akutelah terdedah. Serangan beramai-ramai sekaligus bakal membawa aku berjumpadengan liang lahad. “Ezam, aku nak buat budak ni menderita sebelum dia mati, boleh ke?” “Buat la sesuka hati ko Mario. Lagi cepat mati lagi elok.” Ezam tersengih puas. Cuka diwajahnya tadi bertukar ceria semula sepertibulan purnama. Mario mengeluarkan sesuatu dari belakangnya. Sepucuk Barettadihalakan ke arah aku. Pucat lesi aku ketika ini. Aku langsung tidak menjangkaMario menyembunyikan Baretta itu di belakangnya. Patutla dia sebegitu yakin.Taktik menaikkan kemarahan Mario akhirnya memakan diri. Sebutir pelurusahaja sudah melayakkan aku ditemuramah Mungkar dan Nakir di kubur. “Tangan ko dah tak larat nak angkat kan Jo? Tak pe.. aku tolong ko..” BANGG !! Lengan kiri aku terasa seperti ditusuk dengan besi penebuk dengankecepatan yang maha agung. Sakitnya? Tuhan saja yang tahu. Peluru Baretta itutertanam jauh ke dalam lengan kiri aku. Kaki aku sudah tidak mampu lagi untukberdiri. Aku jatuh terduduk menahan bisa peluru di lengan. Mario datang mendekat. Sengihan sialnya masih di bibir. Aku cuba untukmemfokuskan mata aku yang semakin kabur. Dalam penglihatan yang hampirmalap itu, Mario semakin hampir. Aku terus bangun dan melancarkan satutumbukan ke arah mukanya. Terkena angin. Berderai gelak ketawa dari pasukan kelawar jahanam. Terpusing aku apabila tumbukan itu gagal mengena sasarannya. Sumpah,memang aku sudah tidak terang lagi melihat persekitaran aku. Semuanya sudahberupa kelawar. Ditambah pula dengan kesakitan akibat ditembak. Tenaga akusemakin surut. Kelihatan sosok gelap makin menghampiri aku. Sekali lagi akumelancarkan tumbukan ke arah mukanya. Masih terkena angin. Pecah lagi gelak ketawa daripada mereka. “Kesian anjing buta ni. Nak terkam orang tapi tak larat!” 296
    • Aku Budak Setan: Nazihah Sial! Tak pasti pula aku apa yang lucu tapi aku dihamburkan dengan gelakketawa yang menghina. Aku terduduk lagi. Mata aku yang kian kabur ini dapatmerakam darah yang meleleh keluar dari lengan aku dengan deras. Aku tekuplengan aku, cuba untuk menghentikan pendarahan daripada lebih teruk. Ketikaitulah aku terdengar desiran angin yang cukup kuat di kepala aku. “Urghh !!” Aku tak pasti bajingan mana yang menyepak kepala aku dengan mahakuat. Terpelanting aku terjelopok di atas lantai. Sepakan yang aku kira mengenatepat pada kulit dahiku yang terkoyak ini memang memberi impak yang besar.Sakitnya teramat sangat. Aku sekadar terbaring menahan derita. Darah mengalirsemakin deras. Aku sudah tiada daya untuk bangun. Tenaga hanya cukup untuk bernafas sahaja. Itupun, tersekat-sekat. “Alamak Ezam, anjing ni nak mati dah ni.. cam mane ni?” “Hahaha.. sebelum dia mati, biar aku pecahkan kepala dia! Biar tak desape dapat cam lagi dia ni siapa! Bak sini pistol tu Mario! Ahahahaha...” Maafkan, Tiada asa lagi mahu menentang, Tiada tenaga lagi mahu berjuang Tiada apa lagi yang bole dihalang, Mautku sudah menjemput. Nyawaku bakal diragut. Terima kasih dunia kerana meraikan kehidupan pendek ini. Maafkan, Sedihmu tidak mampu aku tangiskan, Sugulmu tidak mampu aku ceriakan, Tangismu tidak mampu aku sekakan. Selamat tinggal Nazihah kusayang, Selamat tinggal ibu tercinta, Terima kasih Tuhan kerana mewarnai hidupku dengan mereka. Derap kaki makin mendekat. Dalam kekaburan mata ini, muncung barettaitu tepat menghala ke arah aku. Ezam melutut sambil merentap rambut aku danmenaikkan sedikit kepala aku menghampiri dirinya. Asyhadu Allaa Ilaha Illallah.. 297
    • Aku Budak Setan: Nazihah “Sebelum ko mati Jo, aku nak bagitau ko satu bende. Best gile buritNazihah tu. Ketat beb.. ketat gile babi! 1st hand la katekan! Sori la tak sempat nakkasi ko rasa Jo. Ko pegi tala burit pompuan kat dalam kubur nanti ok?” “SIALL !!!!” Suara keras bergema memenuhi ruang. Telinga aku dapat menangkapbunyi, tapi tidak mampu mengagak empunya suara. Bunyinya seperti suaraMahatir, tapi aku kurang pasti. Terdengar bunyi kerusi patah. Suara yang keluarseperti suara Ezam menjerit kesakitan. Ditambah pula dengan suara-suara lainyang aku biasa dengar. Suara Ober, Kerol, Maahad, Buden, Along, Anep.. Tak mungkin! Macam mane diorang tahu aku kat sini ?? Sisa-sisa penglihatan kabur aku hanya mampu melihat satu babakpergaduhan kumpulan yang aku tidak pasti siapa mereka. Telinga aku dapatmenangkap bunyi mengaduh seperti suara Sat. Ada pula suara seperti Puaddatang menerjah gegendang telinga. Diselang-selikan dengan suara Mario danEzam. Kedengaran juga bunyi dengusan dan keluhan berat yang kesakitan keluardari mulut kelawar-kelawar buruk yang tidak kacak. Pandangan aku semakin kabur.. BANGG!! BANGG!! BANGG!! Dan hiruk-pikuk pergaduhan sudah terhenti. Terdengar susuk badan terjatuh. Pandangan aku semakin kabur.. Pandangan aku semakin.. Pandangan aku.. Pandangan.. .. ..gelap. 298
    • Aku Budak Setan: Nazihah 53 Akhir cerita ini “Oi, oi! Dia dah bangun!” Perlahan-lahan, aku membuka mata. Pedih rasanya kerana terlalu terangcahaya yang melimpah masuk ke kornea. Pedih dan perit serta kabur itumembuatkan aku hanya nampak bayangan manusia berdiri mengelilingi aku.Agak ramai. Aku tertanya siapakah mereka ini semua. Kat mane aku ni? “Weh, panggil mak dia masuk! Dia dah bangun dah!” Walaupun penglihatan aku masih antara nampak dengan tidak, tetapitelinga aku tajam menangkap suara Mahathir memberi arahan. Derap kakiberlari-lari anak diikuti dengan bunyi seperti pintu dibuka. Jadi, aku sekarangsedang baring di atas katil dan berada di dalam bilik. Aku kat hospital la kot? 299
    • Aku Budak Setan: Nazihah Aku terpisat-pisat. Lambat benar mata ini untuk pulih semula. Aku cubauntuk bangun. Datang seseorang cuba menghalang aku. Aku menoleh ke arahmanusia itu. Kabur. Aku tidak pasti siapa orang itu. “Tangan ko tak elok lagi ni.. elok ko baring dulu.” Suara Mahathir. Suara itulah yang memberi arahan sebentar tadi. “Mahathir?” “Yup, aku ni Jo.” “Aku kat mane ni ?” Lerr.. dah tau lagi nak tanya. “Ko kat hospital. Ko jangan banyak bergerak, kaki ngan tangan ko tak eloklagi tu..” Bunyi pintu ditolak keras. Datang seorang manusia meluru ke arah akudan memeluk aku. Mata aku yang masih kelam tidak mampu mengagak siapamanusia ini tapi hidung aku dapat menghidu sesuatu. Emak. Terdengar tangisannya keluar dari hujung mulutnya. Diciumnya aku didahi dan di pipi. Aku terharu. Sangat terharu. Betapa sayangnya emak kepadaaku. Kali terakhir dia mencium aku adalah ketika dia menghantar aku ke sekolahtadika. Hari ini, aku berjaya mendapatkan ciuman keramat itu semula. Ciumanyang penuh dengan kasih sayang dan cinta daripada seorang emak. Di sisi aku datang seorang lagi memeluk. Aku kira, orang ini adalahperempuan juga berdasarkan rambutnya yang lembut elok berjaga. Daripada saizorgan lembut dan memberahikan yang menyentuh tangan aku, aku dapatrasakan organ lembut itu bersaiz tembikai. Tembikai ranum yang berbungkustidak berplastik tersorok di sebalik fabrik. Nazihah? Bukan. Bukan Nazihah. “Jo, cepat sembuh ok?” Aida rupanya. Aku mengangguk. Mata aku semakin pulih. Amaun cahaya yang masuk sudah dapat dikawal.Mahathir, Puad, Along, Kerol, Anep, Sat, Buden, Maahad, Ober, Sopa dan Qadir. 300
    • Aku Budak Setan: Nazihah11 orang semuanya berdiri mengelilingi aku dengan senyuman. Qadir sepertitidak mampu menahan sebak menyeka mata dengan jarinya. “Apa dah jadi? Korang datang selamatkan aku ke?” “Benda dah lepas Jo, yang penting ko selamat sekarang. Bende-bende lain,sumer dah settle.” Puad tersenyum. “Terima kasih korang. Aku.. aku tak tau nak balas budi korang denganapa.” Aku memandang wajah rakan-rakan aku satu persatu. Nilai persahabatanyang dibina, satu apa pun tidak mampu untuk merungkaikannya. Di manamampu aku cari sahabat-sahabat sebegini? “Tak de hal la Jo. Apa gunanya kawan kalo tak saling tolong-menolong,btul tak?” Sopa menambah. Terpapar senyuman gembira di bibirnya. “Yer la tu.. cam mane korang boleh datang?” “Orga bawak kitaorang datang. Rupa-rupanya, Orga tu undercover polisseh. Tengah sedap belasah diorang, polis datang. Cuak gile kitorang nak explain.Nasib baik Orga bagitau semua. Kalo tak, mampus!” “Orga undercover polis? Biar betul sehh...” “Serius. Lepas tu, kitorang dah takut separuh mati dah tengok ko terbaringtak gerak-gerak. Darah berlambak-lambak keluar. Mujur ada ambulans, kalo takaku rasa kitorang tengah baca talkin kot skang ni..” “Bodo Maahad! Mamat tu baru je bangun!” Pek!! Kepala Maahad diketuk oleh Mahathir. Maahad sengih tergelak menahansakit. Aku perhatikan seorang demi seorang. Ada yang lebam di mata. Ada yangbertanda di dahi. Tak kurang juga ada yang berbalut di sana sini. Tapi merekasemua berada dalam keadaan normal berbanding aku yang berbungkus di tangandan kaki serta berbaring di atas katil. Sejenak aku berasa bangga. Bangga denganpengorbanan mereka yang bernama sahabat. “Apa jadik ngan Ezam?” “Polis tahan dia. Lawak gile tengok mak bapak dia menangis-nangis pelukdia sebelum masuk kete polis tu. Dengar cite, bapak dia mintak tolong KarpalSingh jadik peguam untuk anak dia. Bajet bole lepas aa tu..” 301
    • Aku Budak Setan: Nazihah “Hehe.. biase aa, bapak dia duit banyak beb. Peguam Negara Kanada pondia bole hire.” “Korang fly malam-malam, Cikgu Reza tak bising ke?” “Tak tau la lagi. Harap-harap dapat pengampuan la. Nak lari memang takboleh, terima aje la kalo kena sebat ke, kena gantung ke..” “Mario apa citer?” “Part Mario best! Mamat tu ada pistol sehh! Blom sempat dia tembakkitorang, polis dah tembak dulu. Ngeri seh tengok. Selalu tengok dalam tv aje.Sekali real life nampak peluru masuk kepala Mario. Terkeluar otak tu!” Anepbercerita dengan penuh dramatik. Pengalaman melihat orang ditembak di kepalabenar-benar tersimpan kemas dalam ingatannya. “Serius?? Ko ade amek gambar tak?” “Gile! Turn off selera makan 3 minggu ko tau? Sebijik macam mee gorengdewan makan tu otak dia.” “Ok la tu. Lepas ni, nampak mee goreng dewan makan, mesti ingat otakMario, aagagagaga..” Along menyampuk. Bilik itu gegak gempita dengan bunyi tawa. Lawak yang dijana dari otakspontan Along membuatkan masing-masing terhibur. “Gelak, gelakla jugak. Tapikan.. err.. mana Jihah?” Hingar-bingar bilik itu ditamatkan dengan sepi. “Mma..maner Jihah?” Sedetik itu, aku dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Ada sesuatuyang disembunyikan ketika ini. Masing-masing kelihatan berat untuk berkata-kata. Dan fikiran aku mula bermain dengan telahan yang tidak elok. “Jo, kuatkan semangat ko yer..” “Mmahathir.. mm.. maner Jihah ??” Aku memaut tangan Mahathir minta simpati. Aku mahu tahu apa yangterjadi. Aku mahu tahu apa rahsia yang cuba disembunyi. “Jo.. ada internal bleeding dalam kepala dia. Aku tak tau apa dah jadik katdia sebelum kitorang datang. Tapi, doktor percaya dia diketuk dengan objektumpul.” 302
    • Aku Budak Setan: Nazihah Air mata aku meluncur halus di pipi. “Dia dah masuk ICU. Aku tak pasti berapa lama..” Belum sempat Mahathir menghabiskan kata-katanya, aku telahpunmencabut tiub-tiub air yang melekap di tangan aku. Aku mahu berjumpaNazihah. Aku mahu pastikan yang dia betul-betul selamat. Selimut aku selak, danaku cuba sedaya upaya untuk turun dari katil itu. Tapi, aku ditahan. Semua yangberada di dalam bilik ini seakan tidak mahu dan tidak setuju dengan perbuatanaku. Aku mahu ketemu Nazihah sekarang. Salahkah? “Rileks Jo.. biar doktor buat keje diorang. Ko tunggu sini berehat oke?” “Lepaskan aku Sat! Aku nak jumpa Nazihah sekarang!” “Rileks Jo.. Lepas ni jumpa dia ok? Ko mane boleh masuk bilik tu.“ “Aku nak make sure dia selamat! Lepaskan aku!!” Sunyi sepi sebentar tadi telah berganti pula dengan keadaan panik. Ya,aku yang membuatkan keadaan di bilik ini menjadi di luar kawal. Bagaimana akutidak panik? Pendarahan dalam otak bukan sesuatu yang boleh dibuat main. Akusyak pendarahan itu berlaku ketika Ezam menyepak kepala Nazihah ketika diamemangku aku. Aku syak itulah yang menyebabkan dia tidak bergerak setelahterjelopok ditentang si bangsat Ezam. Aku syak! “Aku cakap lepaskan aku!!! Lepaskan aku !! Heiii!!!” Meluru masuk beberapa orang jururawat dan atendan hospital ke katilaku. Tenaga aku yang tidak seberapa ketika ini tidak mampu melawan kudratmereka semua. Sementelah pula tangan dan kaki aku yang elok berbungkusmembuatkan aku sukar bergerak dan membalas. Aku sempat melihat jururawatitu menyuntik cecair ke lengan aku. Ubat penenang barangkali. Kerana, setelahdisuntik, rontaan aku semakin lemah. Jihah, aku sayangkan kau! Rontaan aku semakin lemah. Pandangan aku semakin kabur. Jihah, aku cintakan kau! Dan aku terlena dengan juraian air mata. Jihahh.. 303
    • Aku Budak Setan: Nazihah ***** Aku berteleku di atas kerusi roda. Ketika ini aku menahan gagah memujuksebak di hadapan pusara Nazihah. Bacaan talkin sudah selesai. Hamparan tikarsudah lama dikemas. Tinggal aku berseorangan di hadapan prasasti yangtertancap namanya. Nazihah bt Mohd Nazmi. Tanah di hadapan aku masih merah tanda baru dikambus. Tanah di hadapan aku masih basah dengan air tanda selesai dikebumi. Tanah di hadapan aku masih dihiasi dengan bunga mawar tanda tetapdisayang. Selagi nama Jihah masih di bibir Abang Jo, Jihah tak akan ragu-ragu untuk mensyairkan nama Abang Jo, Selagi diri Jihah masih dalam ingatan Abang Jo, Jihah tak akan ada sebarang masalah untuk hadir dalam mimpi Abang Jo. Mungkin dari segi fizikal kita tak mampu untuk bersama, tapi ingatan kita masih mampu bertaut. Mungkin dari segi zahir kita tidak bersua, tapi hati kita masih kukuh berpaut. Lancar ayat itu terngiang. Selancar air mata aku tumpah. Dan pasti, Segala memori kita, Dari tragedi bola hoki, Hingga di tanah merah ini, Akan aku pintal, Dan jadikan selimut, membungkus tidurku, dan mencanai mimpi-mimpi. Yang pasti, Segala cerita kita, Akan abadi dan dipatri, Walau usia dimakan tua, Walau jiwa diratah gila, Aku tetap begini, Biar dicerca segenap semesta, Biar angkasa direntap paksa. Demi kenangan kita. 304
    • Aku Budak Setan: Nazihah 54 Akhir Cerita Ini: Pengakhiran Pilihan “Oi, oi! Dia dah bangun!” Perlahan-lahan, aku membuka mata. Pedih rasanya kerana terlalu terangcahaya yang melimpah masuk ke kornea. Pedih dan perit serta kabur itumembuatkan aku hanya nampak bayangan manusia berdiri mengelilingi aku.Agak ramai. Aku tertanya siapakah mereka ini semua. Kat mane aku ni? “Weh, panggil mak dia masuk! Dia dah bangun dah!” Walaupun penglihatan aku masih antara nampak dengan tidak, tetapitelinga aku tajam menangkap suara Mahathir memberi arahan. Derap kakiberlari-lari anak diikuti dengan bunyi seperti pintu dibuka. Jadi, aku sekarangsedang baring di atas katil dan berada di dalam bilik. Aku kat hospital la kot? 305
    • Aku Budak Setan: Nazihah Aku terpisat-pisat. Lambat benar mata ini untuk pulih semula. Aku cubauntuk bangun. Datang seseorang cuba menghalang aku. Aku menoleh ke arahmanusia itu. Kabur. Aku tidak pasti siapa orang itu. “Tangan ko tak elok lagi ni.. elok ko baring dulu.” Suara Mahathir. Suara itulah yang memberi arahan sebentar tadi. “Mahathir?” “Yup, aku ni Jo.” “Aku kat mane ni ?” Lerr.. dah tau lagi nak tanya. “Ko kat hospital. Ko jangan banyak bergerak, kaki ngan tangan ko tak eloklagi tu..” Bunyi pintu ditolak keras. Datang seorang manusia meluru ke arah akudan memeluk aku. Mata aku yang masih kelam tidak mampu mengagak siapamanusia ini tapi hidung aku dapat menghidu sesuatu. Emak. Terdengar tangisannya keluar dari hujung mulutnya. Diciumnya aku didahi dan di pipi. Aku terharu. Sangat terharu. Betapa sayangnya emak kepadaaku. Kali terakhir dia mencium aku adalah ketika dia menghantar aku ke sekolahtadika. Hari ini, aku berjaya mendapatkan ciuman keramat itu semula. Ciumanyang penuh dengan kasih sayang dan cinta daripada seorang emak. Di sisi aku datang seorang lagi memeluk. Aku kira, orang ini adalahperempuan juga berdasarkan rambutnya yang lembut elok berjaga. Daripada saizorgan lembut dan memberahikan yang menyentuh tangan aku, aku dapatrasakan organ lembut itu bersaiz tembikai. Tembikai ranum yang berbungkustidak berplastik tersorok di sebalik fabrik. Nazihah? Bukan. Bukan Nazihah. “Jo, cepat sembuh ok?” Aida rupanya. Aku mengangguk. Mata aku semakin pulih. Amaun cahaya yang masuk sudah dapat dikawal.Mahathir, Puad, Along, Kerol, Anep, Sat, Buden, Maahad, Ober, Sopa dan Qadir.11 orang semuanya berdiri mengelilingi aku dengan senyuman. Qadir sepertitidak mampu menahan sebak menyeka mata dengan jarinya. 306
    • Aku Budak Setan: Nazihah “Apa dah jadi? Korang datang selamatkan aku ke?” “Benda dah lepas Jo, yang penting ko selamat sekarang. Bende-bende lain,sumer dah settle.” Puad tersenyum. “Terima kasih korang. Aku.. aku tak tau nak balas budi korang denganapa.” Aku memandang wajah rakan-rakan aku satu persatu. Nilai persahabatanyang dibina, satu apa pun tidak mampu untuk merungkaikannya. Di manamampu aku cari sahabat-sahabat sebegini? “Tak de hal la Jo. Apa gunanya kawan kalo tak saling tolong-menolong,btul tak?” Sopa menambah. Terpapar senyuman gembira di bibirnya. “Yer la tu.. cam mane korang boleh datang?” “Orga bawak kitaorang datang. Rupa-rupanya, Orga tu undercover polisseh. Tengah sedap belasah diorang, polis datang. Cuak gile kitorang nak explain.Nasib baik Orga bagitau semua. Kalo tak, mampus!” “Orga undercover polis? Biar betul sehh...” “Serius. Lepas tu, kitorang dah takut separuh mati dah tengok ko terbaringtak gerak-gerak. Darah berlambak-lambak keluar. Mujur ada ambulans, kalo takaku rasa kitorang tengah baca talkin kot skang ni..” “Bodo Maahad! Mamat tu baru je bangun!” Pek!! Kepala Maahad diketuk oleh Mahathir. Maahad sengih tergelak menahansakit. Aku perhatikan seorang demi seorang. Ada yang lebam di mata. Ada yangbertanda di dahi. Tak kurang juga ada yang berbalut di sana sini. Tapi merekasemua berada dalam keadaan normal berbanding aku yang berbungkus di tangandan kaki serta berbaring di atas katil. Sejenak aku berasa bangga. Bangga denganpengorbanan mereka yang bernama sahabat. “Apa jadik ngan Ezam?” “Polis tahan dia. Lawak gile tengok mak bapak dia menangis-nangis pelukdia sebelum masuk kete polis tu. Dengar cite, bapak dia mintak tolong KarpalSingh jadik peguam untuk anak dia. Bajet bole lepas aa tu..” “Hehe.. biase aa, bapak dia duit banyak beb. Peguam Negara Kanada pondia bole hire.” 307
    • Aku Budak Setan: Nazihah “Korang fly malam-malam, Cikgu Reza tak bising ke?” “Tak tau la lagi. Harap-harap dapat pengampuan la. Nak lari memang takboleh, terima aje la kalo kena sebat ke, kena gantung ke..” “Mario apa citer?” “Part Mario best! Mamat tu ada pistol sehh! Blom sempat dia tembakkitorang, polis dah tembak dulu. Ngeri seh tengok. Selalu tengok dalam tv aje.Sekali real life nampak peluru masuk kepala Mario. Terkeluar otak tu!” Anepbercerita dengan penuh dramatik. Pengalaman melihat orang ditembak di kepalabenar-benar tersimpan kemas dalam ingatannya. “Serius?? Ko ade amek gambar tak?” “Gile! Turn off selera makan 3 minggu ko tau? Sebijik macam mee gorengdewan makan tu otak dia.” “Ok la tu. Lepas ni, nampak mee goreng dewan makan, mesti ingat otakMario, aagagagaga..” Along menyampuk. Bilik itu gegak gempita dengan bunyi tawa. Lawak yang dijana dari otakspontan Along membuatkan masing-masing terhibur. “Gelak, gelakla jugak. Tapikan.. err.. mana Jihah?” Hingar-bingar bilik itu ditamatkan dengan sepi. “Mma..maner Jihah?” Sedetik itu, aku dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Ada sesuatuyang disembunyikan ketika ini. Masing-masing kelihatan berat untuk berkata-kata. Dan fikiran aku mula bermain dengan telahan yang tidak elok. “Jo, kuatkan semangat ko yer..” “Mmahathir.. mm.. maner Jihah ??” Aku memaut tangan Mahathir minta simpati. Aku mahu tahu apa yangterjadi. Aku mahu tahu apa rahsia yang cuba disembunyi. “Jo.. ada internal bleeding dalam kepala dia. Aku tak tau apa dah jadik katdia sebelum kitorang datang. Tapi, doktor percaya dia diketuk dengan objektumpul.” Air mata aku meluncur halus di pipi. 308
    • Aku Budak Setan: Nazihah “Dia dah masuk ICU. Aku tak pasti berapa lama..” Belum sempat Mahathir menghabiskan kata-katanya, aku telahpunmencabut tiub-tiub air yang melekap di tangan aku. Aku mahu berjumpaNazihah. Aku mahu pastikan yang dia betul-betul selamat. Selimut aku selak, danaku cuba sedaya upaya untuk turun dari katil itu. Tapi, aku ditahan. Semua yangberada di dalam bilik ini seakan tidak mahu dan tidak setuju dengan perbuatanaku. Aku mahu ketemu Nazihah sekarang. Salahkah? “Rileks Jo.. biar doktor buat keje diorang. Ko tunggu sini berehat oke?” “Lepaskan aku Sat! Aku nak jumpa Nazihah sekarang!” “Rileks Jo.. Lepas ni jumpa dia ok? Ko mane boleh masuk bilik tu.“ “Aku nak make sure dia selamat! Lepaskan aku!!” Sunyi sepi sebentar tadi telah berganti pula dengan keadaan panik. Ya,aku yang membuatkan keadaan di bilik ini menjadi di luar kawal. Bagaimana akutidak panik? Pendarahan dalam otak bukan sesuatu yang boleh dibuat main. Akusyak pendarahan itu berlaku ketika Ezam menyepak kepala Nazihah ketika diamemangku aku. Aku syak itulah yang menyebabkan dia tidak bergerak setelahterjelopok ditentang si bangsat Ezam. Aku syak! “Aku cakap lepaskan aku!!! Lepaskan aku !! Heiii!!!” Meluru masuk beberapa orang jururawat dan atendan hospital ke katilaku. Tenaga aku yang tidak seberapa ketika ini tidak mampu melawan kudratmereka semua. Sementelah pula tangan dan kaki aku yang elok berbungkusmembuatkan aku sukar bergerak dan membalas. Aku sempat melihat jururawatitu menyuntik cecair ke lengan aku. Ubat penenang barangkali. Kerana, setelahdisuntik, rontaan aku semakin lemah. Jihah, aku sayangkan kau! Rontaan aku semakin lemah. Pandangan aku semakin kabur. Jihah, aku cintakan kau! Dan aku terlena dengan juraian air mata. Jihahh.. ********** 309
    • Aku Budak Setan: Nazihah Aku terbangun dari tidur. Peluh membasahi badan aku. Katil aku bagaidigenangi air dek kerana peluh. Aku pernah bermimpi sesuatu yang buruktentang Nazihah dan aku harap mimpi ini benar-benar hanyalah mainan tidur.Betul-betul aku harapkan tiada sesuatu yang buruk berlaku pada kesayangan akuini. Masih banyak kasih sayang yang aku belum curahkan, Sebemban cinta sedang menunggu masa untuk dimekarkan, Berilah aku peluang. Berilah aku kesempatan. Kat mane aku ni? Tangan dan kaki berbungkus sebegini memberi aku satu gambaran yangtepat tentang lokasi aku kini. Ditambah pula dengan tiub plastik jernih yangmelekat pada tangan aku ketika ini cukup melengkapkan deskripsi. Hospital.Dengan katil dan bilik sebegini, pastilah aku berada di hospital. Cuma yang akubelum tahu adalah berapa lama sudah aku berada di sini. Satu malam? Satu minggu? Tiub cecair yang melekat pada urat jari aku cabut. Perlahan-lahan akubangun dan turun dari katil menuju ke pintu. Berdengkot-dengkot pergerakanaku. Tidak mengapa. Cacat sebegini aku harapkan hanyalah sementara. Akuharap keadaan aku ini tidak berkekalan atau berbekas sampai bila-bila. Pintudikuak dan aku meninjau keluar. Mahathir, Puad, Along, Kerol, Anep, Sat, Buden, Maahad, Ober, Sopa danQadir sedang terlentok tidur di kerusi menunggu. Di suatu sudut, Emak dan Aidajuga turut terlentok tidur. Laluan ini sunyi kecuali bunyi dengkuran mereka. 2orang kelibat jururawat kelihatan berjalan di hujung jalan. Aku buntu seketika. Kenapa sebegitu ramai berada di sini? Seingat aku,sebelum aku pitam, yang kedengaran adalah seperti suara Mahathir. Tetapi,kenapa ramai pula yang berada di sini? Mustahil pihak Sekolah Menengah SainsKering Kontang Berkelapa Sawit memberi kebenaran kepada mereka ini untukkeluar. Meskipun ada kebenaran, di mana pula warden yang bertugas? Adakah mimpi aku refleksi daripada realiti? Adakah aku diberi kelebihan hingga dibuka hijab? Tidak! Aku tahu aku adalah sekecil-kecil kuman yang berambut megi. Hinanyaaku di sisi Tuhan seperti hinanya plastik aiskrim di kaca mata seorang tukangsapu sampah. Mana mungkin aku diberi kelebihan sebegitu. 310
    • Aku Budak Setan: Nazihah Kalo camtu, mane Jihah? Tiada wajah Nazihah di situ. Aku mencari-cari jikalau dia terselit di celah-celah kerusi. Tiada. Hati aku semakin berdebar. Kadar degupan jantung yangsemakin laju menjadi pemangkin kepada kilang peluh melakukan kerja lebihmasa ketika ini. Aku berpeluh. Betul ke ape yang aku tengok dalam mimpi? Jika mimpi jadi taruhan, Biar aku hilangkan kepahitan realiti, Dengan cerita membukit fantasi. Jika realiti jadi sandaran, Berilah aku peluang perbetul keadaan, Meluruskan yang bengkok, Menongkatkan yang patah. “Abang Jo?” Suara yang aku kenal, Wangi perfume yang aku rindu. Aku menoleh ke belakang. Nazihah dengan plaster di dahi tersenyummelihat aku dengan mata yang berkaca-kaca. Aku yang dalam keadaan percayadengan tidak secara spontan terus melempang diri sendiri. Aku mahu pastikanyang aku tidak bermimpi. Aku mahu pastikan aku masih di alam realiti. Akutidak mahu berlandaskan mimpi yang penuh palsu. “Kenapa Abang Jo tampar diri sendiri?” “Abang Jo nak pastikan yang Abang Jo tak bermimpi sayang.” “Hishh.. Abang Jo ingat Jihah ni hantu ke?” Nazihah menyambut dengangelak kecil. Dalam keheningan itu, aku dapat merasakan betapa lapangnya dada akumendengar tawanya. Sesuatu yang aku cukup aku rindukan selama ini. Terimakasih kerana memberi aku satu peluang. Pasti tidak aku sia-siakan kesempatanini. Aku mengelus wajahnya. Mata aku tertumpu kepada plaster yang berbalut didahi. “Dulu.. masa Jihah kena bola hoki Abang Jo, kat sini jugak kanplasternya?” 311
    • Aku Budak Setan: Nazihah Aku cuba untuk menambahkan isi perbualan dengan mengimbau kembaliseawal perkenalan aku dengan Nazihah. Nazihah meraba plaster di dahi. Sebarissenyuman ikhlas terukir dari bibir merah itu. “Ha ah, time kasih banyak-banyak kat bola hoki tu kan?” “Pulak, kenapa cam tu?” “Sebab, dengan bola hoki tu la Jihah dapat kenal ngan Abang Jo. Btultak?” Redup matanya aku renung. Halus wajahnya aku tatap. Kami berdakap dengan penuh syukur. “Jihah tak pernah menyesal berjumpe dengan Abang Jo.” Gususan air mata aku tumpah lancar, selancar ayat itu keluar dari mulutNazihah. 312
    • Aku Budak Setan: Nazihah Prolog Window Yahoo Messenger terpampang keluar ke skrin komputerku. Mesejdari Ober terpampang jelas.Ober_Al_Payed: BUZZ!!Jejaka_kacak: BUZZ!!Ober_Al_Payed: wasappp?Jejaka_kacak: kebuk wasapOber_Al_Payed: wellington ape citer?Jejaka_kacak: tak de citer ape-ape. Budak-budak greenpeace baru lepas boikotkapal nuklear US nak lalu sini. Ah, kalo aku citer detail pon.. ko bukan tau 313
    • Aku Budak Setan: NazihahOber_Al_Payed: hehhehe.. aku bukan nak tau pasal persatuan tu, aku nak taupasal ko.Jejaka_kacak: demit. Apa bende yang ko nak tau ni?Ober_Al_Payed: Ko tengah buat ape tu?Jejaka_kacak: aku baru lepas lunch ni. Kelas aku dah abes. Lepak jap. Aku tengah chatting ngan ko le, takkan memancing ikan kot? Aku tinggalkan kerusi empuk lalu bangun menyelak langsir. Dariapartment aku ini, aku dapat melihat siarkaki di luar. Berbanding denganjalanraya yang sentiasa sesak di Kuala Lumpur, di sini lebih tenang. Manusiayang lalu lalang di depan apartment aku dapat di lihat dengan jelas. Desiranangin datang menerpa. Sesuatu yang benar-benar aku syukuri apabila berada disini. Angin.Ober_Al_Payed: Apa citer Jihah?Jejaka_kacak: astagaaa.. ape citernya? Hek elleh.. tak abis abis lagi ke?Ober_Al_Payed: mane aku tau. Ko dah jumpe dia ke blom?Jejaka_kacak: ko pandai2 la buat citer. Mane ade dia kat sini.Ober_Al_Payed: Ada. Adik aku dah bgtau aku dah.Jejaka_kacak: cet. Kalo ade, dah tentu aku jumpe dia dah. Adik ko sehat Ober? Mesti makin best kan?Nyumm..Ober_Al_Payed: Ah! Ko tu bukan bole pecaya. Sebatang rokok aku nyalakan. Hembusan angin ditambah dengan asaprokok merupakan ramuan yang benar-benar menyegarkan. Walaupun diyakinidapat memendekkan nyawa aku, tapi tiada aku peduli.Jejaka_kacak: hehe.. btul la tak de.Ober_Al_Payed: ...Jejaka_kacak:Ober_Al_Payed: Aku tak pecaya!Jejaka_kacak: lantak ko ler.. Yang ko sebok-sebok ni ngape?Ober_Al_Payed: Aku tau..Ober_Al_Payed: Ko mesti dah jumpe dia kan?Ober_Al_Payed: Ko nak rahsia ape dari aku Jo? 314
    • Aku Budak Setan: Nazihah Mesej Ober tidak aku jawab. Dari celah tingkap itu, mata aku dapatmenangkap wajah seseorang yang aku cukup kenal sedang berjalan berseorangansambil menjinjing barang. Barangkali baru pulang dari kedai nun di hujungsimpang. Tapi, bukan barang yang dijinjing menjadi fokus utama aku. Macam penah tengok, tapi kat mane yer?Ober_Al_Payed: mengikut kata adik aku, Jihah patut dah ada sana dah skang ni.Ober_Al_Payed: diorang selalu chatting.Ober_Al_Payed: aku tak pasti lak dia tinggal mana. Tapi yang aku kompem, diasatu U dengan ko. Aku tidak membalas mesej Ober. Mata aku masih menajam ke arah wajah itu. Mata yang sama, Dahi yang sama, Hidung, pipi, dagu dan kening yang sama. Ok, mungkin rambut sudah sedikit perang. Nazihah?Ober_Al_Payed: aku nak bgtau ko satu rahsia ni.Ober_Al_Payed: jihah mmg tau ko ade kat sanaOber_Al_Payed: sebab, aku ada bgtau adik aku pasal ko kat sana.Ober_Al_Payed: jo ?Ober_Al_Payed: oi!Ober_Al_Payed: woff! Woff!Ober_Al_Payed: BUZZ!! Pintu apartment aku dibiarkan terbuka. Puntung rokok aku biarkan menyala Komputer di meja aku biarkan hidup. Engkaukah itu Nazihah? Seribu langkah aku atur demi satu pertemuan. Seribu ayat aku susun demi satu mukadimah. Seribu cinta aku kumpul demi satu kasih sayang. Pernah, Suatu tika kita bersama, Gelak tawa pencetus rasa, Meski rajuk dapat kupujuk, Meski marah dapat kukebah, Pernah, Suatu hari aku berjanji, 315
    • Aku Budak Setan: NazihahLautan api mustahil aku renang,Taufan dan badai bohong aku hadap,Namun kamu saja bertahta di hati,Pernah,Suatu masa aku menyepi,Mengenang masa kita bersama,Menagih janji kita kota,Memintal memori yang kita bina,Mencanai mimpi yang kita cipta.Atas satu harapan.Dengan satu impian. 316