Laporan kajian tindakan pen. moral
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Laporan kajian tindakan pen. moral

on

  • 4,764 views

 

Statistics

Views

Total Views
4,764
Views on SlideShare
4,764
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
84
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Laporan kajian tindakan pen. moral Laporan kajian tindakan pen. moral Document Transcript

  • LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SAYA & CALON PENDIDIKAN KHAS (BUTA &RABUN) DALAM P&P PENDIDIKAN MORAL SPM Oleh: Puvaneswari Vadivelloo Guru Cemerlang SMK Alma, BM 2011
  • SAYA DAN CALON PENDIDIKAN KHAS (BUTA & RABUN) DALAM P&P PENDIDIKAN MORAL SPM Oleh Puvaneswari Vadivelloo Guru Cemerlang SMK Alma, BMAbstrakFalsafah Pendidikan Khas menegaskan bahawa kepentingan setiap kanak-kanak mempunyaiperbezaan dalam diri sendiri dan antara individu. Didapati bahawa pendidikan khasmerupakan salah satu daripada cabang yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran di bawahJabatan Pendidikan Khas yang telah menyediakan sekolah khas bagi kanak-kanak yangmenghadapi masalah penglihatan, pendengaran dan penglihatan. Program pendidikan inidijalankan di sekolah pendidikan khas dan melalui program integrasi sekolah biasa.Seseorangguru yang mengajar pelajar khas sebenarnya menggunakan pelbagai kaedah dalam prosespengajarannya. Penggunaan kaedah-kaedah ini ada yang bersesuaian dan ada yang kurangbermanfaat. Cabaran pengendalian proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi lebihrumit sekiranya guru yang mengajar itu bukan guru pendidikan khas atau guru yang belumpernah menerima sebarang kursus berkaitan program pendidikan khas. Pada tahun ini, sayamempunyai tiga orang pelajar pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan SPMPendidikan Moral. Persoalannya, bagaimanakah akan saya membimbing pelajar-pelajar inidalam menghadapi SPM dan seterusnya meningkatkan gred pencapaian GPMP sekolah saya?Saya perlu meningkatkan peratus pencapaian Pendidikan Moral SPM lebih tinggi berbandingtahun lepas ( Rujuk Jadual 1)
  • ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM PENDIDIKAN MORAL 1225/1 SMK ALMA BM TAHUN 2010PENCAPAIAN A+ A A- B+ B C+ C D E Bil % Bil % GPMP GPMP Lulus Lulus Gagal Gagal 2010 20092010 3 3 1 6 1 1 2 1 18 78.26 5 21.74 4.39 6.54Keputusan yang diperolehi telah meningkat dengan amat baik iaitu dari 66.67% (2009) ke78.26% (2010). Kadar GPMP juga telah bertambah baik iaitu dari 6.54 (2009) kepada 4.39(2010). Jadual 1: Keputusan SPM Pendidikan Moral SMK Alma BM-20101.0 PENDAHULUAN1.1 Pengenalan Kajian Tindakan ini dijalankan mengikut empat langkah iaitu merancang, bertindak,memerhati dan merenung. Sebelum menjalankan kajian, perancangan yang teliti perlulahdibuat terlebih dahulu supaya penyelidik dapat memahami apa yang akan dilaksanakan.Melalui perancangan yang teliti dan dengan langkah yang terancang, kajian dapat dijalankandengan teratur dan tepat ke arah mencapai matlamat kajian. Langkah-langkah tersebutdisenarai mengikut urutan. Perancangan kajian bermula dengan mencari atau mengenal pastimasalah yang wujud ketika mengajar dalam bilik darjah. Masalah saya bermula dengankehadiran pelajar pendidikan khas dalam Pendidikan Moral yang akan menduduki SPMtahun ini. Saya tidak pasti bagaimanakah pelajar seramai tiga orang ini akan menyumbangdalam peratus Pendidikan Moral SPM tahun ini? Dalam proses pembelajaran lazimnyakemahiran yang dipelajari adalah saling berkait. Calon pendidikan khas ini akan mengalamikesukaran untuk memahami dan menguasai kemahiran yang lebih tinggi sekiranya kemahiranyang lebih rendah atau awal tidak dikuasai dengan baik. Oleh itu, saya sebagai guru perlumemahami masalah yang dihadapi oleh pelajar pendidikan khas ini dengan terperincisebelum merancang langkah-langkah pembaikan (Jeya Velu,et.al. 2000).
  • 2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Mata pelajaran Pendidikan Moral merupakan satu mata pelajaran wajib lulus bagicalon bukan bumiputera dalam SPM. Tanpa kelulusannya calon bukan bumiputera sukaruntuk melanjutkan pelajaran di IPTA tempatan. Di sekolah saya, mata pelajaran ini adalah dibawah bidang Kemanusiaan dan jumlah waktu P&P bagi tingkatan menengah atas ialah 4waktu berbeza dengan sekolah-sekolah lain yang hanya menawarkan 3 waktu sahaja. Semuacalon SPM bukan bumiputera adalah diwajibkan mengambil kertas ini. Hal ini menyebabkanguru mengajar pelajar yang bertahap pencapaian akademik yang pandai, sederhana danlemah. Dalam P&P, saya kerapkali menghadapi masalah menerangkan definisi nilai kepadacalon pendidikan khas ini. Malah mereka juga kurang atau tidak mengulangkaji definisi nilaiyang telah dipelajari di sekolah. Mereka juga tidak mahu bertanya jika mereka tidakmemahami nilai atau tidak pasti dengan definisi nilai kepada saya atau rakan yang tahukerana takut dilabel sebagai pelajar lemah. Selain itu mereka kurang atau tidak membuatlangsung latihan secara kendiri. Keadaan ini mungkin disebabkan kerana merekabertanggapan bahawa mereka tidak mampu menghafal kesemua 36 nilai dan definisinya. Latihan yang saya beri sebagai kerja rumah atau kerja lebihan tinggal latihan sahaja.Apabila disuruh menjawab dalam kelas, mereka teragak-agak untuk menjawabnya. Perasaankecewa mendapat murid-murid seperti ini kekadang wujud dalam diri dan jiwa saya. Tetapiitu tidak bermakna tiada tindakan yang drastik saya ambil. Pelbagai cara atau kaedah yangtelah saya gunakan untuk menarik minat pelajar pendidikan khas ini terhadap mata pelajaranPendidikan Moral ini. Walaupun disedari bahawa untuk mencapai kejayaan yang cemerlangdalam subjek ini adalah sesuatu yang mustahil bagi pelajar-pelajar ini, tetapi usaha tetapdijalankan sekurang-kurangnya keputusan peperiksaan SPM kelak akan bertambah baik. Bagaimanapun pelajar-pelajar khas yang mengambil subjek ini mempunyai akhlakyang baik dan terpuji. Mereka tidak pernah mengwujudkan sebarang masalah dalam kelasmahupun sekolah. Hal ini dapat membantu saya melaksanakan proses pengajaran danpembelajaran dengan baik dan lancar. Hanya bunyi bising mesin Braille yang digunakan olehmereka untuk menaip kekadang mengganggu kesunyian kelas atau pusat sumber. Keadaan initidak dapat dielakkan kerana ia merupakan keperluan asas mereka. Saya terpaksa mengubahcara pemikiran dan harus menerima keadaan mereka dengan hati yang terbuka dan memberiperhatian yang lebih kepada mereka semasa P&P.
  • 3.0 ISU KEPRIHATINAN Kajian yang dijalankan adalah berfokus kepada cara atau strategik P&P yangdigunakan ketika mengajar pelajar-pelajar ini. Daripada pemerhatian saya, pelajar-pelajar inisering menganggap Pendidikan Moral sebagai satu mata pelajaran yang sukar. Sayamendapati mereka belajar dalam keadaan tekanan dan saya sentiasa mengingatkan bahawasubjek ini perlu dilihat dari aspek yang positif. Hal ini kerana kandungan subjek PendidikanMoral sebenarnya adalah berkaitan dengan kehidupan mereka seharian. Oleh itu wujud ideauntuk menggunakan teknik hafalan , iaitu 1 Hari 1 Nilai 1 Definisi. Saya menyuruh ketiga-tiga pelajar khas ini untuk menghafal 1 nilai 1 definisi. Saya juga menyatakan bahawa setiapkali waktu Pendidikan Moral mereka (pelajar khas) ini perlu membacakan nilai dandefinisinya kepada saya. Mereka juga perlu menaipnya sebagai pengukuhan. Strategik inisaya jalankan selama 7 bulan dan hasilnya cukup memuaskan. Percaya atau tidak, ketiga-tigacalon pendidikan khas saya ini kini jauh lebih mahir berbanding dengan calon normal.Mereka dapat menyenaraikan kesemua 36 nilai dan definisnya tanpa sebarang masalah.Melalui cara ini juga, saya dapati pelajar-pelajar ini mempunyai memori ingatan yang baik.Teknik yang saya laksanakan ini adalah sebagai salah satu galakan kepada pelajar-pelajar iniserta dapat menambah keyakinan kepada mereka bahawa subjek ini tidak terlalu sukar sepertimana disangkakan oleh mereka.4.0 OBJEKTIF KAJIANSelepas kajian ini dijalankan,pelajar-pelajar pendidikan khas diharapkan akan mencapaiobjektif seperti berikut.:4.1 Objektif UmumMeningkatkan pemahaman mereka terhadap subjek Pendidikan Moral. Mereka diharapkandapat menjawab SPM dengan motivasi yang tinggi dan positif4.2 Objektif Khusus• Membantu guru mengenal pasti kaedah atau pendekatan mengajar dan amalan mengajaryang lebih berkesan kepada pelajar pendidikan khas• Membantu pelajar pendidikan khas supaya dapat memahami nilai dan definisi nilai.• Meningkatkan pemahaman pelajar pendidikan khas terhadap mata pelajaran ini• Membantu pelajar pendidikan khas meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran ini.
  • 5.0 KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran dalam kajian ini ialah 3 orang pelajar perempuan pendidikan khas:seorang pelajar rabun dan dua orang pelajar buta. Ketiga-tiga pelajar ini mempunyai tahappencapaian markah yang agak sederhana sahaja dalam Ukian Kemajuan 1(UK1) yang telahdiadakan pada awal tahun 2011 (Rujuk Jadual 2).Pada kebiasaannya dalam setiap ujian ataupeperiksaan, kadang-kadang mereka lulus atau kadang-kadang mereka gagal. Dalamkalangan pelajar ini minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral adalah sederhanakerana menurut mereka subjek ini adalah susah dan sukar.6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN6.1 Tinjauan AwalSaya mendapati markah ujian UK1 yang diperoleh oleh pelajar-pelajar pendidikan khas iniamat sederhana. Sedangkan kandungan ujian UK1 yang digubal oleh saya sendiri ini tidakterlalu banyak menyoal mengikut skema SPM. Saya hanya menguji tahap pemahamanmereka dari aspek definisi dan kata kunci. Selain itu saya hanya menurunkan dua soalanstruktur pada aras mudah mengikut JSU Pendidikan Moral (Rujuk Lampiran 1). Namunpencapaian markah mereka tidak boleh dibanggakan. Oleh itu saya terdorong untuk membuatsatu kajian berkenaan pencapaian mereka. Saya ingin meneroka dimanakah kelemahanmereka ketika menjawab soalan peperiksaan.6.2 Analisis Tinjauan MasalahHasil daripada temubual saya dengan pelajar-pelajar khas ini secara rawak bermula selepasmarkah ujian diperoleh. Saya dapat merumuskan bahawa pelajar-pelajar saya ini tidakmemahami cara atau teknik untuk menjawab soalan Pendidikan Moral berformat SPM.Mereka hanya menjawab mengikut cara tersendiri seperti menjawab soalan strukturpemahaman Bahasa Melayu. Perhatian pada kata kunci nilai tidak sama sekali diaplikasikanoleh mereka dalam jawapan. Mengikut pengalaman mereka ketika di Tingkatan 4, merekatidak didedahkan langsung dengan teknik jawapan yang betul. Yang aneh ialah pelajar-pelajar ini tidak sama sekali mengetahui bahawa format menulis jawapan struktur dan eseiadalah bergantung pada peruntukan markah setiap soalan. Malah yang lebih mengejutkansaya ialah mereka tidak tahu apakah itu : W + KK+ S (W = Watak , KK = Kata Kunci dan S= Situasi). Keadaan ini amat mendukacitakan saya, kerana inilah yang merupakan teknikpaling penting dalam menjawab soalan peperiksaan nanti.
  • 6.3 Tindakan Yang DijalankanDaripada tinjauan masalah yang telah dibuat, saya berpendapat bahawa amat penting bagisaya untuk mewujudkan satu teknik atau kaedah pengajaran yang dapat membantu pelajarpelajar khas ini untuk skor markah yang cemerlang dalam kertas Pendidiakan Moral SPM.Oleh itu, teknik 1 Hari 1 Nilai 1 Definisi dimulakan dengan memberi tumpuan yang lebih.Setiap kali waktu Pendidikan Moral, pelajar-pelajar ini diwajibkan untuk membaca nilai,definisi dan kata kuncinya kepada saya sebelum memulakan sesi pengajaran. Malah saya jugamemastikan mereka menaip apa yang dibacakan kepada saya agar mereka tidak lupa begitusaja. Kaedah ini saya jalankan setiap waktu P&P Pendidikan Moral dan saya mendapatikeberkesanannya amat positif. Selepas peringkat tersebut, saya mengunakan teknik sayasendiri untuk membolehkan pelajar-pelajar ini mengetahui cara menulis jawapan struktur.Menurut Akta Pendidikan (1996), Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) Jilid41.No.26.Tambahan No.94.Perundangan yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1998 di BahagianII menyatakan bahawa dalam melaksanakan Kurikulum Pendidikan Khas, guru-guru bolehmnegubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran masa bagi aktiviti dansuasana aktiviti matapelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamatPendidikan Khas. Berdasarkan kepada kebebasan inilah, saya seringkali mengubah teknikpengajaran bersesuaian dengan tahap kebolehan mereka. Teknik yang saya gunakan untukmereka ini selalunya tidak sama dengan pelajar normal. Dalam pada itu, saya juga menekankan bahawa setiap soalan struktur perlu ditulisdengan mengambil perhatian pada peruntukan markah yang diberi. WKKS perlu diterapkanmengikut peruntukan markah yang diturunkan. Saya juga mengingatkan pelajar-pelajar iniagar berhati-hati semasa menjawab soalan struktur terutamanya yang memerlukan contoh.Di peringkat awal pengajaran saya banyak menggunakan kaedah penerangan dan latih tubimenaip (ini dijalankan oleh dua orang pelajar buta) dan latih tubi menulis untuk pelajarrabun. Langkah ini dapat memahirkan mereka dalam menulis jawapan yang betul. Sayadapati langkah ini amat berkesan kerana pelajar mula mahir dengan cara menulis jawapanyang betul. Pada peperiksaan Pra Percubaan yang dijalankan oleh saya, markah pencapaianketiga-tiga calon ini amat membanggakan. Malah mereka sendiri telah mengaku bahawamereka kini lebih confident ketika menjawab soalan Pendidikan Moral.
  • 6.4 PemerhatianSaya menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah seperti yang diterangkan di atasselama tujuh bulan. Sepanjang kajian dilaksanakan perubahan tingkah laku pelajar dapatdiperhatikan. Mereka juga turut terlibat dalam perbincangan secara kelas bersama-samapelajar normal yang lain. Pelajar yang pada peringkat permulaanya berasa malu dan tidakaktif telah menunjukkan perubahan sikap yang lebih baik. Mereka aktif dan sering memberirespon semasa P&P. Malah cara ini sedikit demi sedikit memberikan keyakinan kepadamereka bahawa mereka boleh belajar Pendidian Moral melalui multikaedah dan bukannyadengan satu kaedah sahaja.6.5 Analisis UjianJadual 2 menunjukkan markah pencapaian pelajar dalam Ujian Kemajuan 1, Pra Percubaandan Percubaan SPM 2011. Markah ini direkod untuk melihat prestasi pelajar dalammenjawab soalan. Jadual 2. Pencapaian pelajar SMK Alma BM dalam Ujian Kemajuan 1, Pra Percubaan dan Percubaan SPM Pendidikan Moral SPM 2010Calon Khas Uijan Kemajuan 1 Pra Percubaan SPM CatatanP.Moral PercubaanRabun 50 76 85Buta 35 42 60Buta 22 40 56Pencapaian ketiga-tiga calon khas ini telah meningkat dari paras lemah ke paras baik.Misalnya, dalam UK1 keputusan menunjukkan mereka tidak menjawab dengan bersungguh-sungguh, manakala keputusan Pra Percubaan pula menunjukkan peningkatan dalampencapaian. Walau bagaimanapun, pencapaian kedua-dua calon buta masih berada pada tahaplulus rendah. Keadaan ini adalah disebabkan cabaran yang dihadapi oleh mereka dalammenjawab dengan Braille dan proses pentafsiran jawapan ke rumi oleh guru pendidikan khas.Saya beranggapan kebarangkalian kewujudan kesilapan ketika proses pentafsiran oleh gurukhas mungkin tinggi. Ini kerana guru khas bukan guru opsyen pendidikan Moral. Namunbegitu, pencapaian calon khas ini telah meningkat lagi dalam peperiksaan Percubaan SPM.
  • 6.6 Refleksi KajianSaya berpendapat bahawa sebagai seorang guru, sokongan kepada pelajar amat penting.Sebagai guru, kaedah atau teknik pengajaran perlu dipelbagaikan untuk menarik minat pelajarterhadap topik yang diajar. Setiap pelajar mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Oleh itukreativiti seseorang guru amat penting untuk menghasilkan satu sesi pengajaran yangmenarik. Sebagai guru kita pasti akan berasa bersemangat dan teruja apabila pelajar berkata‘kami sentiasa menunggu-nunggu kedatangan cikgu’ untuk mengajar kami. Walaupunkadang-kadang terdapat keputusan ujian mereka tidak mencapai target, tetapi keinginan danminat mereka terhadap mata pelajaran tersebut adalah penting. Pelajar adalah golongan yangsedang belajar, kesilapan dan kegagalan adalah satu proses yang perlu dilalui oleh mereka.Justeru itu sebagai golongan pendidik yang dedikasi dan prihatin sokongan dan kesabaranterhadap mereka hendaklah diberikan 100% tanpa rasa berbelah bahagi. Dengan ini, saya rasasaya telah sedaya upaya membantu ketiga-tiga calon pendidikan khas ini untuk menjawabSPM Pendidikan Moral dengan baik. Hasil kajian juga membuktikan bahawa teknikpengajaran yang digunapakai oleh saya telah membuahkan hasil. Saya menaruh harapan yangbesar terhadap ketiga-tiga calon ini untuk mendapat keputusan A+ /A /A-/B+ dalam SPMnanti.7.0 KESIMPULANWalaupun pada peringkat awal ketiga-tiga calon ini merupakan satu bebanan bagi saya dalamproses P&P tetapi melalui semangat positif dan kaedah P&P yang digunapakai, akhirnya sayaamat selesa mengajar kumpulan pelajar ini. Malah ada masa, saya rasa mereka jauh lebihattentive dalam P&P saya berbanding dengan pelajar normal yang lain. Walaupun adabeberapa cabaran dan halangan ketika mengendalikan P&P untuk mereka, namun ia dapatdiatasi dengan usaha dan sokongan dari pihak pendidikan khas SMK Alma sendiri. Saya telahmenetapkan ketiga-tiga calon khas ini dalam senarai calon harapan A+, A, A- atau B+ untukkertas Pendidikan Moral SPM bagi tahun ini. Ini merupakan satu cabaran dan kayu ukuruntuk keberkesanan pengajaran saya sebagai seorang Guru Cemerlang.
  • SENARAI RUJUKANAkta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas), KementerianMalaysia.Arhar, Joanne; Holly, Mary Louise; and Kasten, Wendy C. (2000) Action research forteachers : traveling the yellow brick road. Upper Saddle River, NJ.: Prentice-Hall.Armstrong, Felicity, and Moore, Michele, eds. (2004) Action research for inclusiveeducation: changing places, changing practices, changing minds. London: RoutledgeFalmer.Cathcart, R.L., & Olsen, J.W.B. (1976). Teachers’ and students’ preferences for correction ofclassroom conversation errors. In J.F. Fanselow & R.H. Crymes (eds.), On TESOL ’76(pp.41-53).Washington, D.C.: TESOLChe Mansor bin Che Tom. (2000). Jurnal Bestari : Koleksi Guru Johor. Jabatan PendidikanNegeri Johor. (hlmn 48).Chua Yock Chuan .(2001). Personaliti dan Motivasi Pelajar. Jurnal Pendidikan :PKPSM Johor.(hlmn 61-64).Jeya Velu,et.al.(2000) Pembangunan Profesional Guru : Kursus Kajian Tindakan BerasaskanSekolah. Kota Kinabalu: Maktab Perguruan GayaKohlberg,L., (1974). Education, moral development and faith. Journal of MoralEducation. 4(3), 5-16Krebs, D.L., Vermeulen, S.C., Benton,K.L., & Carpendale, J.I. (1992). Genderand perspective differences in moral judgement and orientation. Journal of MoralEducation. Vol. 23(1), 17-25Purpel,D.E., & Ryan, K (ed). (1976). Moral education. It comes with theterritory. Berkeley, Califronia : Mc Cutchan