Kajian Tindakan Pend.Sivik

6,778 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
6,778
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
280
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kajian Tindakan Pend.Sivik

  1. 1. Sekapur Sirih Konsep Kajian Tindakan telah diusahakan oleh Kurt Lewin yang merupakan seorangahli psikologi sosial pada tahun 1946. Pendekatan Kajian Tindakan telah digunakan berikutanpelbagai masalah dalam komuniti yang telah timbul selepas Perang Dunia Kedua. Beliautelah mengutamakan dua idea yang penting, iaitu :1. keputusan kumpulan2. komitmen kepada peningkatan kerja Idea Lewin ini kemudiannya telah diperkembang oleh Stephen Corey di TeachersCollege, Colombia University, New York pada tahun 1953. Corey memperkembangkan ideaini sebagai satu pendekatan penyelidikan yang diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah.Pada tahun 1976 di United Kingdom, John Elliot dan rakan-rakannya pula menggunakankaedah Kajian Tindakan dalam Ford Teaching Project sebagai pendekatan dalam membantuguru mengembangkan usaha inkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilikdarjah. Di Eropah, kaedah ini digunakan sebagai salah satu usaha untuk mengubah danmeningkatkan mutu pendidikan di sekolah. Di Australia pula, Kemmis dan McTaggart telahmengembangkan Kajian Tindakan sebagai alat empirikal dan sistematik untuk meningkatkanmutu prestasi guru di sekolah.
  2. 2. ABSTRAKPenggunaan media visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebenarnya telahlama dilaksanakan. Kajian ini dikhususkan untuk melihat kesan penggunaan mediavisual terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) matapelajaran Pendidikan Sivik &Kewarganegaraan (PSK) di dalam bilik darjah. Kajian ini telah dijalankan ke atas 39orang pelajar 5KP2, SMK Alma Bukit Mertajam dengan menggunakan set ujian IMMS,ujian pra dan ujian pos. Hampir 100% responden menyatakan persetujuan merekabahawa media visual contohnya TV Pendidikan, Video You Tube, CD matapelajaranmenarik dan berguna. KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN MEDIA VISUAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN1.1 PENGENALAN Kajian tindakan membantu guru untuk memperbaiki amalan P&P dalam bilik darjah.Tujuan kajian dan penyelidikan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan satu-satu kaedahpengajaran dan pembelajaran serta bahan inovasi (BBM/BBB) yang digunakan. Pemilihankaedah pengajaran dan bahan inovasi khusus untuk mengatasi satu-satu masalahdalam pengajaran dan pembelajaran boleh membantu pelajar menguasai kemahiran yangpaling asas. Contoh kajian tindakan yang telah saya laksanakan adalah dengan menjalankan kajianke atas pelajar 5KP2 untuk menarik perhatian mereka dalam P&P Pendidikan Sivik &Kewarganegaraan. Bagi mengatasi masalah ini, saya memberikan tugasan mengulas selepastontonan setiap program . Pelajar-pelajar perlu membuat ulasan pendek . Dengan cara ini,pelajar akan selalu mengingat apa yang diperhatikan dan mengaitkannya dengan P&P yang
  3. 3. dijalankan. Ini sekaligus akan dapat meningkatkan kefahaman dan kecekapan pelajar dalammenguasai sesuatu isi pelajaran.1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN Kajian ini telah menunjukkan betapa pentingnya peranan saya sebagai seorang gurudalam memastikan keberkesanan media visual dalam pengajaran. Misalnya apabila sayamenayangkan filem atau sedutan-sedutan tertentu serta mengaitkan dengan objektif-objektifpembelajaran, maka maklumat yang terima oleh pelajar akan bertambah. Misalnya, Ausuble(1968) mengemukakan konsep maklumat awal penting untuk menghasilkan pengajaran yangberkesan. Ini selaras dengan kata-kata yang pernah dimadahkan oleh Kung Fu Tze, seorangpujangga dan ahli falsafah cina;‘…kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya ingat; dan kalau saya buat sayatahu…’. Menurut Heinich (1981) pengajaran akan menjadi lebih berkesan jika penggunaanmedia dirancang secara sistematik. Kajian ini dijalankan kepada 39 orang murid dari 5KP2 yang dibahagikan kepada duakumpulan:- Kumpulan 1 diberikan satu sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan media bahanTV Pendidikan. Kumpulan ini terdiri daripada 18 orang pelajar- Kumpulan 2 diberikan satu sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan nota danlembaran kerja sahaja. Kumpulan ini juga terdiri daripada 21 orang pelajar
  4. 4. 1.3 FOKUS KAJIAN Dalam kajian ini, 1) Semua pelajar diberikan soalan yang sama dalam ujian Pra, ujian pos dan IMMS. 2) Semua pelajar dalam kumpulan 1 dan 2 menerima sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa serentak. 3) Semua pelajar dalam kumpulan 1 menyaksikan media visual seperti CD subjek yang mengandungi animasi dan suara latar pada masa yang sama. 4) Semua pelajar diberikan pendedahan yang sama sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Antara matlamat kajian ini adalah untuk melihat perbezaan keputusan ujian denganmenggunakan 2 kaedah pengajaran dan pembelajaran iaitu:-i) Kaedah konvensional berbantukan buku teks, buku lembaran kerja, chalk and talk dan kertas ujian.ii) Kaedah pengajaran dan pembelajaran penggunaan media visual.1. 4 TUJUAN / OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mendapatkan gambaran sebenar tentangkeberkesanan media visual dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolahdari aspek kesesuaian dan kecekapan. seperti:1) Mengetahui sejauhmanakah minat, sikap serta motivasi pelajar tehadap sesipengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru dengan berbantukan media visualmelalui Ujian Ukuran Skala Motivasi Bahan Pengajaran (IMMS)2) Mengetahui perbezaan keberkesanan penggunaan media visual bercorak pendidikandalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan cara pengajaran dan
  5. 5. pembelajaran “chalk and talk” atau berbantukan lembaran nota dan kerja denganmenggunakan soalan-soalan ujian pra (pretest) dan ujian pos (post test)3) Mendapatkan maklumbalas terhadap tahap penerimaan para guru yang terdiri daripadapelbagai opsyen dan para pelajar yang mempunyai tahap prestasi yang berbeza-bezaterhadap P&P berciri media visual dengan menggunakan borang soalan selidik lisan(temubual).1. 5 PERSOALAN KAJIANKajian ini menetapkan persoalan kajian berdasarkan tujuan dan objektif kajian sepertiberikut:- - Minat, Sikap dan Tahap Motivasi i) Adakah para pelajar menunjukkan minat melalui sikap serta tahap penglibatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan ii) Apakah perbezaan motivasi murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan media visual. - Perbezaan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Kumpulan 1 (Media Visual)dan Kumpulan 2 (Lembaran Nota dan Latihan) serta perbandingan data markah melaluiujian pra an ujian pos. i) Adakah terdapat signifikan pada min kesan keseluruhan pengajaran guru yang menggunakan media visual berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran tanpa menggunakan bahan. ii) Adakah terdapat perbezaan signifikan pada min skor ujian pra dan ujian pos di kalangan murid-murid dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan bahan media visual dan cara tradisional.
  6. 6. - Adakah tahap penggunaan media visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran disekolah ini memuaskan. Data diukur melalui temubual yang melibatkan 20 orang responden.
  7. 7. 1. 6 BATASAN KAJIAN Ketepatan keputusan kajian adalah bergantung kepada kualiti maklumat yangdiperolehi daripada sampel kajian dan prosidur persampelan. Piawaian kualiti, prosidur ,instrumen dan mekanisme telah dituruti untuk mendapatkan hasil yang menyakinkan.Prosidur persampelan berbentuk persampelan berstrata mengikut dua tahap. Peringkatpertama Ujian Pra dan Temubual dan peringkat kedua Ujian Pos dan IMMS. Senaraimurid mengikut tahap pencapaian, jantina dan jumlah responden dalam satu kelasdipilih dengan teliti dan sistematik. Langkah piawaian ini telah diambil bagi mengelakkanberlakunya biasan. Kajian ini tidak menilai pendapat dan pengaruh luar daripada gurudan pelajar lain di sekolah ini. Sebagai satu kajian sains sosial dan teknologi. Ada beberapa kekangan yangboleh menyukarkan proses menginterpretasi data secara menyeluruh khasnya dalamkonteks (cause-effect) program. Namun begitu pengkaji telah menggunakan pelbagaipendekatan termasuk dalam mengumpul data dari perspektif guru dan murid, ujian pra,ujian pos dan IMMS. Dalam kajian ini, pengumpulan data adalah terbatas kepada penilaiankeberkesanan penggunaan perisian TV Pendidikan dalam P&P , berkaitanproduk, proses, input dan konteks perlaksanaan program. Walau bagaimanapunbeberapa maklumat latar belakang pembolehubah bebas telah dikumpul yang bolehdigunakan dalam analisis lanjutan untuk mengetahui hubungan kesan program terhadapkomitmen sekolah ke arah membudayakan penggunaan TV Pendidikan dalam P&P. Dalam perlaksanaan kajian ini, pengkaji menyedari kewujudan sedikitkelemahan, boleh menjejaskan interprestasi kajian. Ini merupakan salah satu cabarankepada pengkaji untuk mendalamkan kemahiran dalam bidang kajian tindakan ( actionresearch). Pengumuman awal dan permohonan membuat kajian di sekolah ini telahsecara tidak langsung mengubah keadaan konteks dan menyebabkan respondenmemberikan kerjasama sepenuhnya kepada pengkaji.1. 7 DEFINISI OPERASIONALBeberapa istilah yang digunapakai di dalam kajian ini fihuraikan dalam sub topik dibawah1.7.1 TV PendidikanMerujuk kepada Program TV Pendidikan melalui ASTRO yang telah dilancarkan padaTahun 2000 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia1.7.2 Rancangan TVMerujuk kepada rancangan-rancangan TV Pendidikan yang diterbitkan untuk siaran.Rancangan TV ini telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melaluiBahagian Teknologi Pendidikan Malaysia1.7.3 Perisian Rancangan
  8. 8. Merujuk kepada rancangan TV Pendidikan yang telah dirakamkan ke dalam CD untukdigunakan dalan siaran TV Pendidikan Off Air. Ini adalah satu kaedah yang digunakansekiranya para pelajar tidak berkesempatan megikutinya secara langsungPosted in Laporan Kajian Tindakan Konvesional | 1 Comment »Laporan Bab 2 : Kajian Tindakan KeberkesananPenggunaan TV Pendidikan Dalam P&PPosted by ilmu on 18th Jun 2008 BAB 2 : METODOLOGI KAJIAN2.1 PENGENALAN Bahagian ini menghuraikan rekabentuk kajian, sasaran kajian, kaedahmengutip data dan tinjauan awal. Selain daripada itu beberapa hasil kajianmasa lalu yang dilaksanakan oleh beberapa pihak juga dikemukakan sebagaibukti tinjauan awal.2. 2 REKABENTUK KAJIAN i) Penyelidik menggunakan kaedah pengukuran kuantitatif dan kualitatif. Laure S. & Joy. F. (1997) menyatakan gabungan dua pendekatan ini mampu meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data penilaian. Dengan menggunakan 3 jenis instrumen iaitu borang soalselidik, skala IMMS dan soalan ujian pra dan pos, keputusan kajian dijangka akan menunjukkan keadaan sebenar senarionya. . Walau bagaimanapun keutamaan diberikan kepada kaedah soalan ujian yang dapat mengukur keberkesanan TV pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara kuantitatif. Instrument kajian telah dibina oleh penyelidik dengan bimbingan pasukan penyelidik BTPN dan EPRD Pusat Kegiatan Guru Daerah Ranau. ii) Ujian pra digunakan untuk mengetahui tahap pencapaian murid sebelum sesi pengajaran dijalankan. Soalan-soalan di dalam kertas ujian ini terdiri daripada 20 soalan pelbagai aras. iii) Ujian Pra dijalankan seminggu sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran sebenar. Ini penting supaya murid-murid tidak dapat mengecam sepenuhnya soalan-soalan yang sama dalam ujian pos. iv) Sesi pengajaran dan pembelajaran selepas ujian tidak perlu diberitahu awal. Beritahu murid sehari sebelum sesi dan tujuan serta isi kandungan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran juga tidak perlu disampaikan. Tujuannya supaya murid-murid tidak mengambil kesempatan untuk belajar berkaitan tajuk terlebih dahulu. Jika ini berlaku, keputusan ujian tidak dapat menggambarkan hal sebenar. v) Ujian Pos pula digunakan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Isi kandungan serta soalan-soalan dalam ujian pos tidak jauh berbeza dengan soalan ujian pra. Beberapa soalan dalam ujian pos diambil terus daripada ujian pra.2. 3 SASARAN KAJIAN
  9. 9. i) Sampel kajian diambil daripada 36 pelajar Tingkatan 2 SMK Kundasang. Mereka dipilih mengikut tahap prestasi dan jantina. Senarai responden adalah seperti di dalam Lampiran I : Senarai Responden / Jantina / Tahap Pencapaian (Kumpulan). ii) 10 orang guru dan 10 orang murid yang diambil secara rawak untuk ditemuramah berkaitan dengan pendapat mereka terhadap TV Pendidikan di sekolah. Taburan respondan diperincikan dalam lampiran II (Senarai Respondan Temuramah) iv) Senarai nama murid diambil seramai 40 orang. Jika ada murid yang hadir dalam ujian pra tetapi tidak hadir pada ujian pos, murid ganti akan diambil. Tahap prestasi mereka hendaklah lebih kurang sama. Seboleh-bolehnya sama jantina.2. 4 KAEDAH MENGUTIP DATA · Oleh kerana populasi kajian adalah sedikit dan skop kajian adalah kecil, maka kaedah ujian digunakan. Borang tinjauan berukuran skala (IMMS) juga digunakan untuk mengetahui tahap motivasi pelajar terhadap penggunaan bahan siaran TV Pendidikan. · Data yang dikumpul akan dianalisis dengan menggunakan SPSS 8.0. Antara statistik yang digunakan ialah kekerapan, peratusan dan min. Item-item yang berbentuk fakta seperti ujian IMMS akan menggunakan statistik sisihan piawai. · Bagi menganalisis soalan-soalan terbuka, pengkaji telah menggunakan kaedah deskriktif dengan menggunakan perisian SPSS Versi 8.0. Bagi item-item yang berbentuk negatif, nilai diterbalikkan sebelum diproses (Oppenheim, 1986) · Dapatan daripada temubual dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Analisis data temubual dianalisis selepas semua informan selesai ditemubual. Temubual dengan responden dirakam dalam bentuk audio kemudian ditranskipsikan kepada bentuk tulisan secara perkataan demi perkataan (Verbal Protocols Transcibed Verbatim). Penyelidik menyemak dan meneliti protokol temubual dari segi ketepatan idea dan makna yang disampaikan. Penganalisisan data pada peringkat ini menggunakan kaedah analisis kandungan pita rakaman audio yang dilakukan secara laporan ( metacalf, 1985) Analisis ini dilakukan untuk mengenal pasti pola-pola maklumat dengan mengambilkira aspek objektiviti dan ciri-ciri kualitatif maklumat yang telah dikumpul ( marshal & Rossman, 1989). Cara ini merupakan teknik analisis yang dibuat secara objektif dan sistematik bagi mengenalpasti ciri-ciri mesej (Marshal & Rossman, 1989) atau tema-tema tertentu (Metcalf, 1985). Garis panduan umum bagi melaksanakan temubual sebagaimana yang ditentukan oleh Marshal & Rossman (1989) dan Abdul Rahman Daud ( 1999) meliputi aspek-aspek berikut:- a) menentukan objektif secara spesifik b) mengesan maklumat yang ada kaitan dengan objektif kajian c) membuat hubungan empirikal antara data yang diperolehi dengan kesimpulan yang akan dibuat kemudiannya. d) Merangka pelan untuk mendapatkan sampel maklumat mengikut persoalan-persoalan kajian e) Membuat sistem kod klasifikasi
  10. 10. f) Menentukan kaedah mempersembahkan hasil analisis · Keputusan ujian pra dan pos dianalisis dengan kekerapan, peratusan dan min. Penganalisaan data dan kualitatif mengambilkira pendapat miles dan Huberman (1994) yang menggariskan 3 prosedur utama iaitu:- a) Penyaringan data b) Membuat Kesimpulan b) Penyemakan2. 5 TINJAUAN AWALProses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas merupakan antara penentusama ada kemahiran-kemahiran yang terkandung di dalam sukatan pelajarandapat dikuasai oleh murid atau tidak. Kedua-dua proses ini merupakan antaracara untuk menjana budaya ilmu. Oleh kerana itu, guru-guru yang terlibatsecara lagsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini perlulahmenjalankan sesi ini dengan menggunakan ilmu pedagogi yang tinggi sertaberkesan. Dengan itu, objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapaidengan cepat dan menyeluruh. Sebelum kajian ini dijalankan, pengkaji telah membuat banyak tinjauanyang mempunyai hubungkait dengan penggunaan bahan TV serta Video dalamsesi pengajaran dan pembelajaran, ceramah, seminar, kursus dan sebagainya.Memang tidak dapat dinafikan, penggunaan cara di atas banyak meninggalkankesan kepada para peserta. Tidak hairanlah, TV sudah menjadi salah satumedia yang terkenal sama ada di sekolah, rumah, pejabat, kenderaan, hospitaldan sebagainya. Keberkesanan TV dalam menyampaikan satu-satu maklumatkhususnya pelajar telah diakui oleh ramai pakar, contohnya Nordin (1991),Atan dan Idrus (1999), Fattawi Mokhtar (2000) dan Jamaluddin (2000).Kesimpulan daripada pendapat-pendapat mereka ialah bahawa TV mampumembantu para pelajar meningkatkan penglibatan, kefahaman dan motivasimereka terhadap pelajaran. _____________________________________________________________ __________ 3 Lihat Jurnal BTP Sabah, 2004 bil. 1 oleh Losinin dan Pasukan Kajian Tindakan Ranau (2004) Di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia, kejayaan memancarkanTV Pendidikan melalui ASTRO telah menambahkan jumlah siaran daripada satusiaran di TV2 sebelum Tahun 2000 kepada 12 siaran pakej pendidikan termasukSaluran Khas TV Pendidikan di Channel 12. Selain penjimatan kos daripada 12juta ringgit ke 400 ribu ringgit setahun, guru-guru juga mempunyai lebihbanyak pilihan saluran TV yang sesuai dengan isi kandungan dan objektifpelajaran yang mereka ingin sampaikan. Walaupun begitu, kekangan demikekangan kita hadapi untuk memanafaatkan kemudahan ini kerana masihterdapat banyak sekolah yang tidak mempunyai kemudahan TV, TV rosak dantidak dapat dibaiki lagi, tiada sumber tenaga elektrik, tiada minyak diesel dansebagainya. Keadaan ini menyebabkan hanya 25% daripada 78 buah sekolah didaerah Ranau yang telah menggunakan TV Pendidikan dalam ProsesPengajaran dan Pembelajaran.3Kajian ini akan menyokong dan mengemaskinikan laporan tinjauan Losinin danPasukan Kajian Tindakan Ranau (2004) mengenai Kadar Penggunaan TVPendidikan di daerah Ranau yang teleh dikemukan kepada Pusat SumberPendidikan Negeri Sabah, Jabatan Pelajaran Gabungan dan Daerah sebagaipanduan bagi melaksanakan tindakikut pihak sekolah selepas pemantauanpegawai-pegawai atasan.
  11. 11. Perlaksanaan kajian di SMK Kundasang adalah kena pada tempatnyakerana sekolah ini mempunyai kemudahan yang mencukupi untukmelaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan bahan TVPendidikan. Tambahan pula sekolah ini mempunyai makmal komputer yangboleh digunakan untuk memainkan CD Interaktif yang telah dirakam daripadaisi kandungan TV Pendidikan melalui Channel 12 siaran ASTRO. Pengkaji yangjuga seorang guru di sekolah rendah juga mempunyai pengetahuan sedia adaberkaitan dengan senario dan latar belakang siaran TV Pendidikan. Pengkajijuga telah pernah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran melalui TVPendidikan ataupun bahan daripada TV Pendidikan dan mengetahui sedikitsebanyak kesan penggunaan TV Pendidikan ke atas:- i) Sesi pengajaran secara keseluruhan ii) Tahap kefahaman murid terhadap P&P yang disampaikan iii) Minat dan motivasi pelajar

×