pengajian islam

1,532 views
1,436 views

Published on

Published in: Spiritual
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,532
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
79
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

pengajian islam

  1. 1. PENDIDIKANISLAMKonsep DakwahMenurut Islam
  2. 2. Pendahuluan01 Definisi Dakwah02 Kewajipan Berdakwah03 Cara-Cara Baerdakwah04 Jenis-jenis Dakwah05 Cirri-ciri pendakwah06 Mencontohi dakwah rasulullah S.A.W07 Peranan pendakwah dalam masyarakat08 Kesimpulan09......... Rujukan
  3. 3. Pendahuluan Dakwah merupakan istilah yang khusus dalam islam. Ia merupakan satu kewajipanyang dipertanggungjawabkan ke atas setiap muslim yang mempunyai kemampuan, dalamsebarang bentuk dan dalam setiap kesempatan. Dakwah merupakan tugas para Rasul dan perintah yang diturunkan kepada NabiMuhammad SAW yang merupakan juru dakwah pertama semenjak agama Islam diturunkan.Banyak perintah Allah yang ditujukan kepada Rasullullah supaya melaksanakan tugastersebut secara kesinabungan, seperti Firman Allah yang bermaksud:‟‟Dan serulah ia kepada tuhan engkau, sesungguhnya engkau di atas petunjuk yang lurus´(Al-Haj; 67) . Walaupun banyak ayat-ayat dalam Al-Quran menyuruh Nabi Muhammad SAW supayaberdakwah, tetapi ayat tersebut juga ditujukan untuk seluruh manusia muslim dan hanyadikecualikan bagi mereka yang dikecualikan oleh syara‟. Dakwah merupakan perlaksanaanterhadap perintah Allah, iaitu menyeru manusia ke arah ajaran Islam yang meliputi persoalanteologi, syariah, akhlak, dan institusi. Dakwah merupakan satu usaha untuk mengajarkebenaran kepada mereka yang lalai, membawa berita baik tentang nikmat dunia dan nikmatsyurga, memberi amaran tentang balasan neraka di akhirat dan kesengsaraannya. Melaksakantugas dakwah merupakan puncak kebaikan dan kebahagiaan sepertimana Firman Allah yangbermaksud:‟‟Siapakah yang lebih baik pertuturannya daripada mereka yang menggunakannya untukmenyeru manusia ke jalan Allah´ (Fusilat 41; 33) .
  4. 4. Definisi DakwahDari Sudut Bahasa Dakwah kepada Islam merupakan satu teknik untuk menarik manusia kepadaajarannya sama ada secara teoritikal atau praktikal. Perkataan ³DAKWAH´ berasal daripadaperkataan arab yang bererti mengajak, menyeru, menjemput, memanggil manusia berimankepada Allah S.W.T . Dakwah juga bermaksud amar makruf (mengajak manusia melakukan kebaikan) dannahi mungkar (mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran). Manakala orang yangmenyampaikan dakwah disebut sebagai „PENDAKWAH´ atau‟PENDUKUNG DAKWAH´.Dari Segi Istilah Banyak definisi dakwah dari sudut istilah telah diberikan oleh para Ulamak Islam,antaranya :Ibn.Taimiyah: Dakwah kepada Allah ialah menyeru manusia agar beriman dengan Allah sertaberiman dengan apa yang telah dibawa oleh para Rasul-Nya dengan membenarkan apa yangtelah diberitakan oleh mereka dan taat kepada perintah mereka.Abul Ala¶Al-Mawdudi: Dakwah adalah panggilan Ilahi dan Rasul mengajak manusiamemiliki nilai-nilai suci dan agung. Dakwah menyeimbangkan manusia dari segi ilmu, imandan amal. Ibadah, ikhtiar dan doa.
  5. 5. Definisi dakwah dapat disimpulkan: Dakwah ialah menyeru manusia supaya taat dan beriman kepada Allah dan Rasul.Dakwah ialah mengajak manusia mengamalkan nilai-nilai yang dibawa oleh Islam bagimenghidup dan menyeimbangkan manusia. Dakwah adalah usaha mengingati fitrah manusiadan seruan kepada pembebasan manusia dari ilah-ilah palsu dan kuasa tirani. Dakwah ialahusaha-usaha pembaikan dan pembangunan masyarakat yang berkesinabungan.
  6. 6. Kewajipan berdakwah Dakwah merupakan kewajipan yang dipertanggungjawabkan untuk umat islamseluruhnya tanpa kecuali mengikut kemampuan dan keupayaan masing-masing sepertiFirman Allah yang bermaksud:‟‟Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru kepada kebaikan danmencegah kemungkaran. Dan merekalah orang-orang yang mendapat kejayaan.‟‟(Surah Ali-Imran : Ayat 104) Ayat di atas menerangkan kelebihan orang islam menyeru dan mengajak manusiaberbuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. Tugas berdakwah merupakan sebaik-baik tanggungjawab yang diamanahkan olehAllah S.W.T . kerana hal ini merupakan tugas para rasul. Firman Allah S.W.T :“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah S.W.Tmengerjakan amal yang soleh dan berkata : “Sesungguhnya aku termasuk daripada orangyang berserah diri”. (Surah Al-Fussilat : Ayat 33) Menurut Imam Al-Qurtubi, Allah telah menjadikan amar makruf nahi mungkarsebagai garis pemisah di antara orang beriman dengan orang munafik. Ia merupakan ciriorang beriman yang paling istimewa yang membezakannya dengan golongan munafik.Apabila umat Islam melalaikan tanggungjawab berdakwah maka Allah akan mengharamkankedudukannya sebagai Khaira Ummatin (sebaik-baik umat), kerana Allah memberikan statusumat mulia ke atas umat Islam kerana perlaksanan terhadap tanggungjawab dakwah. Tanggungjawab berdakwah diletakkan ke atas setiap muslim sama ada lelaki atauperempuan, baligh, berakal, sama ada ulama‟ atau tidak, tetapi peranan ulama‟ lebihditekankan dalam memperincikan ajaran agama kerana pengetahuan mereka yang luas. Iaboleh dilakukan sama ada secara perseorangan sepertimana Hadis Nabi yang bermaksud:”Maka hendaklah yang telah menyaksikan antara kaum memyampaikan ilmu kepada orangyang tidak hadir´ (Hadis RiwayatBukhari; Kitab Sahih Bukhairy) Dan juga boleh dilakukan berorganisasi terutama apabila terdapat aspek-aspek kerjayang tidak dapat dilakukan secara individu.
  7. 7. Terdapat pendapat yang menyatakan wajib ke atas setiap umat Islam berdakwah,tetapi ia menjadi fardu kifayah iaitu tanggungjwab yang tertanggung kepada orang orangyang tertentu yang mempunyai syarat-syarat keahlian dalam sesuatu bidang yang tertentuyang memerlukan syarat-syarat tersebut yang tidak ada pihak lain menyempurnakannya. Bagaimanapun, hukum fardu kifayah ini tidak bermaksud umat Islam yang lain harusberpeluk tubuh sekiranya kemungkaran terus berlaku dalam masyarakat. Fardu kifayahbemaksud, sekiranya masyarakat tersebut sudah meninggalkan kemungkaran dan membutakebaikan, tetapi jika sekiranya masyarakat masih lagi melakukan kemungkaran, maka setiapmuslim wajib memikul tanggungjawab tersebut atau memberi sokongan kepada pendakwah.Setiap orang wajib menambah kekuatan dan memberi sokongan kepada para pendakwah,meramaikan bilangan mereka sehingga mereka menjadi kuat, hebat, dan mempunyaipengaruh yang cukup untuk mencegah kemaksiatan.
  8. 8. Cara-cara berdakwah Islam telah menggariskan beberapa cara dalam melakukan tugas berdakwah sepaertifirman Allah S.W.T.:Maksudnya : Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yangbaik dan berbahas dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Dialah yang lebihmengetahui tentang sesiapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahuiakan orang yang mendapat petunjuk. (Surah An-Nahl : Ayat 125) Berdasarkan firman Allah S.W.T dalam ayat diatas, terdapat tiga cara berdakwah yangberkesan iaitu : a) Dengan cara berhikmah – iaitu pendakwah hendaklah berhikmah ketika menyampaikan mesej dakwah dalam percakapan , pergaulan, perbuatan dan tindakan. Pendakwah juga perlu bijaksana dalam menggunakan strategi yang terancang dan kemas untuk memastikan kejayaan dakwah. b) Melalui pengajaran yang baik – Iaitu seperti kata-kata nasihat dan teguran secara lemah lembut dan bersesuaian dengan masa dan keadaan. Di samping itu, pendakwah hendaklah memiliki peribadi mulia, bersikap toleransi, dan berlapang dada dalam berdakwah. c) Melalui perbahasan dan perdebatan – Iaitu perbahasan yang berfaedah atau perbincangan secara bijaksana yang berlaku antara pendakwah dengan orang yang didakwah. Sehubungan dengan itu seseorang pendakwah perlu bijak menggunakan hujah-hujah dan bukti yang kukuh serta memuaskan hati pendengar.
  9. 9. Jenis-jenis dakwah1. Dakwah kepada seluruh umat manusia Dakwah umat Muhammad kepada seluruh umat manusia agar semua beragama (Islam) hanya kerana Allah. Ini adalah kewajiban umat Islam secara menyeluruh sebagai khaira ummah.2. Dakwah sesama kaum muslimin Dakwah sebahagian kaum muslimin atas sebahagian yang lain kepada kewajiban dan saling memerintahkan antara mereka kepada yang makruf, saling mencegah dari yang munkar. Yang melaksanakan adalah kelompok tertentu yang memahami dan mengetahui hukum Islam dengan baik.3. Dakwah di antara kaum muslimin Dakwah diantara umat ini satu sama lain dengan menunjukkan kepada kebaikan dan memotivasi, mencegah dari keburukan dan memperingatkannya. Semua dilakukan sesuai dengan apa yang diketahuinya. Jika seorang muslim melihat saudara muslim lainnya melakukan kemungkaran, wajib ia beri nasihat, bimbingan dan penjelasan yang sesuai dengan arahan agama.
  10. 10. Ciri-ciri pendakwah Pendakwah mempunyai kedudukan yang sangat penting sekali dalam agama.Pendakwah merupakan golongan yang mewarisi peranan para Nabi dan Rasul yangmenyampaikan ajaran agama kepada setiap manusia dan menyeru manusia kepada Allah.Justeru itu, mereka sudah semestinya lebih wajar dari orang lain dalam menghiasi diri merekadengan akhlak Islam seperti mempunyai sifat benar, amanah, pemaaf, lemah-lembut,tawadu‟, memudahkan, mulia dan pemurah. Di samping itu, mereka harus menjauhkan diridari sifat-sifat bohong, munafik, pemarah, sombong, megah, bakhil dan kedekut. Pendakwahyang beramal dengan akhlak islami ini akan membawa pengaruh yang sangat besar dalamperubahan yang dikehendaki dan mendapat penghormatan yang tinggi dalam masyarakat. Abul A‟la Al-Mawdudi telah menggariskan sifat-sifat yang perlu ada kepada parapendakwah. Pertama, pendakwah harus mempertingkatkan kualiti dirinya sehingga ia betul-betul taat kepada Allah dan Rasul, serta tunduk kepada apa yang dibawa oleh Rasul. Ia harusterlebih dahulu memerangi musuh dalam dirinya melalui jihad nafs sebelum berhadapandengan musuh-musuh lain. Kedua, seorang pendakwah harus berpegang teguh dengan prinsipyang dipegangnya dan matlamat perjuangan, mengajak orang yang diseru dengan cara yanglembut, tidak kasar atau bermusuhan, tidak menghina mereka, tidak menanamkan rasakebencian tetapi tanamkan rasa kasih sayang, persaudaraan dan perikemanusiaan. Di samping sifat-sifat tertentu yang perlu ada kepada pendakwah, setiap pendakwahjuga perlu mempunyai persiapan-persiapan dalam menjalankan tugasnya agar perjuangannyamemperolehi kejayaan. Beberapa persiapan yang perlu ada bagi seorang pendakwah ialahmenguasai ilmu pengetahuan yang luas terutama dalam bidang agama, memahami kandunganal-Quran, halal-haram, memahami hakikat dunia, tipu dayanya dan sebagainya. Pendakwahjuga harus mempunyai keimanan yang kuat bagi menghadapi pelbagai cabaran dan halangandalam berdakwah. Selain itu, seoarang pendakwah perlu mempunyai sifat sabar seperti teliti,tidak tergopoh gapah dalam semua tindakan, mempunyai tekad yang kuat, tidak bersifatmudah berputus asa, pendirian yang teguh dan selalu memelihara keseimbangan antara akaldan emosi, di mana akal akan tetap mengawal emosi, bukan sebaliknya. Persiapan yang lain ialah mesti mempunyai sifat sedia memberi pertolongan danbersedia berkorban masa, tenaga, fikiran, dan harta. Mereka juga perlu, mempunyai perasaan
  11. 11. cinta kepada perjuangan dan memiliki semangat yang tinggi dalam mencapai tujuan sertamenyediakan diri untuk bekerja secara teratur dan berterusan.
  12. 12. Mencontohi dakwah Rasulullah S.A.WSifat dakwah Rasulullah : 1. Lemah lembut Rasulullah mengamalkan sikap lemah lembut dalam segala percakapan dan perbuatannya. Contohnya dalam peperangan Uhud, baginda tidak menghukum pengikutnya yang ingkar arahannya. Sebaliknya, baginda memberi pengajaran supaya tentera islam lebih berhati-hati pada masa hadapan. Kelebihan bersikap lemah lembut : a. Akan memberi kesan yang mendalam terhadap orang yang didakwahkan. b. Memberi ruang kepada mereka meluahkan isi hati. c. Akan menarik minat mereka untuk lebih mendalami ajaran islam. 2. Pemaaf Rasulullah seorang yang pemaaf. Baginda selalu memaafkan kesalahan orang lain dan tidak menyimpan perasaan dendam terhadap mereka. Contohnya, dalaam peristiwa pembukaan kota Mekah, baginda dengan rela hati membebaskan musuh-musuhnya. Dengan itu, orang-orang Quraisy telah memeluk islam dengan rela hati. Kelebihan bersifat pemaaf : a. Akan disenangi oleh rakan dan masyarakat sekeliling serta senang mendapat pertolongan. b. Disukai dan disayangi Allah. c. Matlamat dakwahnya akan tercapai. d. Akan dihormati dan dikagumi oleh orang bukan islam. 3. Memohon keampunan untuk orang lain Rasulullah amat kasih kepada umatnya dan selalu memohon kepada Allah supaya diampunkan doas umatnya yang beriman. 4. Bermesyuarat Rasulullah sering bermesyuarat dengan para sahabat dalam membuat sesuatu keputusan yang tidak dinaskan dalam Al-Quran.
  13. 13. 5. Bertawakal Tawakal dan doa amat penting dalam dakwah kerana yang memberikan kejayaan adalah Allah S.W.T. Rasulullah sendiri sentiasa bertawakal kepada Allah. Contohnya seperti dlam peperangan Badar, jumlah tentera islam sedikit sahaja jika dibandingkan dengan tentera musuh. Berkat usaha dan tawakal mereka kepada Allah, maka mereka telah mendapat kemenangan besar.
  14. 14. Peranan pendakwah dalam masyarakat 1. Menyeru manusia beriman kepada Allah dan meyakini hanya Allah S.W.T sahaja tempat untuk memohon pertolongan. 2. Mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran dan menghalang segala bentuk maksiat daripada terus berleluasa dalam masyarakat. 3. Menyampai dan mengembangkan ajaran islam yang sebenar di samping menghapuskan segala kekeliruan dan keraguan yang timbul. 4. Membendung perbuatan bid‟ah dan syirik yang boleh merosakkan dan membatalkan akidah umat islam . 5. Mendidik dan membimbing masyarakat ke arah mempertingkatkan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din, telah menyatakan beberapa langkah yangperlu diikuti oleh para pendakwah dalam melaksanakan usaha dakwahnya, antaranya: 1. Memberitahu dan menasihatkan masyarakat supaya menjauhi perkara yang mungkar. Terdapat sesetengah golongan yang tidak menyedari bahawa apa yang dilakukan itu adalah perkara yang mungkar. Oleh itu, pendakwah perlu memberitahu dan menasihati mereka agar menjauhi dan meninggalkan perbuatan tersebut. 2. Memberi peringatan, nasihat dan pengajaran atau balasan yang akan diterima sekiranya masih elakukan kemungkaran. 3. Memberi peringatan tentang nikmat Allah yang tidak ternilai dan terbilang dan wajib bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan.
  15. 15. 4. Memberi peringatan terhadap pengajaran umat terdahulu. Satu persoalan yang sering ditimbulkan, adakah usaha menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran merupakan tugas setiap mereka yang bergelar muslim atau hanya tugas pendakwah semata-mata? Hukum menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah fardhu kifayah, walaubagaimanapun setiap muslim harus memikul tanggungjawab ini secara bersama sepertimana hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya(kuasa), jika ia tidak mampu maka hendaklahlah ia mencegah dengan lisannya, jika ia tidakmampu hendaklah ia mencegah dengan hatinya. Dan yang demikian itulah selemah-lemahiman. (riwayat Muslim). Hadis ini ditujukan kepada setiap umat Islam. Ini bermakna setiap umat Islam itumampu untuk melaksanakan tanggungjawab ini dan ia merupakan tugas asasi bagipendakwah mengikut kemampuan dan tanggungjawabnya. Menyeru kepada kebaikan danmencegah kemungkaran merupakan salah satu sifat yang baik antara sifat-sifat seorangMuslim.
  16. 16. Kesimpulan Umat islam mestilah melaksanakan tanggungjawab berdakwah dalam kehidupan agarmendapat kecemerlangan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Dakwah yanghendak dilakukan hendaklah mengikut metologi yang ditunjukkan oleh para Nabi dan Rasul,panduan al-Quran dan Hadis Nabi atau dakwah yang hendak dijalankan mencapaimatlamatnya. Di samping itu, dakwah tidak hanya terhad kepada seruan secara lisan, tetapijuga harus menggunakan media yang luas dan terkini asalkan tidak bercanggah dengan ajaranislam. Dakwah boleh dilaksanakan dengan cara yang penuh hikmat dan penuh bijaksana,nasihat yang berguna, dan dengan melalui perdebatan yang berfaedah. Umat islam adalahumat yang terbaik dan menjadi pilihan kerana memiliki ciri berdaya saing dan mempunyaijati diri tersendiri yang melayakkan mereka menjadi peneraju tamadun. Setiap pendakwah hendaklah mencontohi peribadi Rasulullah untuk kejayaan dalamberdakwah. Sifat lemah lembut memudahkan dakwah diterima oleh golongan bukan islam.Tanggungjawab berdakwah hendaklah dilakukanoleh setiap anggota dalam masyarakat bagimenjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup.
  17. 17. Rujukan 1. Hamil @ Amir Abdul Hameed, Sukki Othman, Pendidikan Islam PMR : Ulangkaji Total, Sasbadi Sdn.Bhd, 2005. 2. maziahsalleh.blogspot.com (tanggungjawab-dan-peranan pendakwah) 3. ctu101.blogspot.com (konsep-dakwah-dalam-islam) 4. saidaneffendi-darussalam.blogspot.com (definisi-dan-ilmu-dakwah)

×