SlideShare a Scribd company logo
1 of 92
Download to read offline
1

BAB 1

1.1

Sejarah penubuhan Palang Merah di dunia

Persatuan Bulan Sabit Merah di peringkat dunia lebih dikenali sebagai
Palang Merah. Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau
dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland dan dikenali sebagai
Bapa Palang Merah.Idea menubuhkan Palang Merah dicetuskan oleh beliau
ketika berada di kawasan pertempuran di Solferino, Itali pada Jun 1869. Pada
masa itu, masih belum ada perkhidmatan perubatan untuk membantu dan
merawat para tentera. Dengan bantuan penduduk setempat, Henry Dunant
mula menggerakkan bantuan pertolongan cemas kepada mangsa yang
cedera.Inisiatif Henry Dunant ialah :
i.

Membantu tentera yang cedera dan sakit.

ii.

Memberi dan membeli ubat dan makanan untuk diberi kepada mangsa
peperangan.

iii.

Menukar rumah dan gereja berdekatan untuk dijadikan hospital
sementara.

iv.

Meminta pertolongan penduduk setempat memberi pertolongan cemas
tanpa mengira agama dan negara tentera terbabit .

v.

Menggunakan kempen dan slogan 'Tuttifratelli' (Kitakan bersaudara)
Slogan ini mula dikemukakan oleh seorang wanita di bandar
Castiglione delleStiviere.
2

vi.

Membantu membebaskan beberapa doktor dari pasukan Austria yang
telah ditawan oleh Perancis.

Hasil daripada pengalaman tersebut, beliau telah menerbitkan buku
bertajuk " Kenangan Di Solferino". Buku ini telah dikirim kepada semua
ketua kerajaan di Eropah bagi menyedarkan mereka betapa menderitanya
mangsa peperangan tidak kira tentera, tentera musuh mahupun orang awam
yang tidak terlibat.
Buku ini berjaya menyedarkan ramai pihak terutama ketua-ketua kerajaan
dan mahu merealisasikan dua cadangan Henry Dunant, iaitu:
i.

Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu
tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa
peperangan.

ii.

Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari
mana-mana pasukan hendaklah dibantu.

1600 buah buku telah dicetak dengan wang sakunya sendiri dan dikirim
kepada ahli politik, ketua tentera dan ketua kerajaan di serta Eropah dengan
cadangan utamanya, “Sebuah organisasi neutral mesti ditubuhkan bagi
membantu tentera yang cedera.”

Cadangan Henry Dunant mendapat perhatian daripada pakar undangundang GustaveMoynier dan menjadikan isu itu sebagai agenda utama dalam
mesyuarat Persatuan Kebajikan Geneva (Geneva Society for Public Welfare)
pada 9 Februari 1963. Mereka mengkaji cadangan Dunant dan mencadangkan
lima ahli jawatankuasa khas dan Henry Dunant salah seorang daripadanya.
Ahli lain ialah GustaveMoynier, Ketua tentera Switzerland Jeneral Henri
Dufour, Doktor Louis Appia dan Theodore Maunoir. Mesyuarat pertama
mereka pada 17 Februari 1863 dan tarikh ini dianggap sebagai tarikh
penubuhan Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC).

Mulanya lima ahli majlis ini bercanggah pendapat kerana berbeza visi,
perancangan, kepentingan peribadi dan menuduh Henry Dunant terlalu
idealis. Henry Dunant meneruskan pengembaraan dan terus dengan idea-
3

ideanya 'organisasi sukarela'. Pada Oktober 1863, 14 negara mengambil
bahagian dalam mesyuarat di Geneva bagi membincangkan isu 'membantu
tentera yang cedera semasa peperangan'. Peranan Henry Dunant cuba
diperkecilkan oleh GustaveMoynier.

Pada 1864 Parlimen Switzerland telah mengatur pertemuan diplomatik
dari 12 negara bagi menandatangani Konvensyen Geneva.Hasilnya pada 1864
Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) ditubuhkan tanpa kehadiran
beliau sendiri. Konvensyen Geneva 1964 juga berdasarkan cadangan Henry
Dunant dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa ini. Dengan bantuan
beberapa orang yang berminat, Henry telah menubuhkan Jawatankuasa
Antarabangsa bagi membantu mereka yang cedera dikenali sebagai
Jawatankuasa Palang Merah. Petugas-petugas bantuan dan alat perubatan
mereka akan dilindungi di bawah satu lambang iaitu Palang Merah yang
berlatarkan warna putih. Lambang tersebut dipilih untuk memberi
penghargaan kepada Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negara
tersebut.

Pada

tahun

1876,ketika

berperang

dengan

Rusia,

Turki

telah

menggunakan lambang Bulan Sabit Merah dan langkah tersebut telah diikuti
oleh kebanyakan Negara Islam.
4

1.2

Sejarah hidup Bapa Palang Merah Dunia

Jean Henry Dunant
Bapa Palang Merah

Jean Henry Dunant dilahirkan pada 8 Mei, 1828 di Geneva,
Switzerland dan meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 di Heidden, Zurich,
Switzerland. Beliau lebih dikenali sebagai Henry Dunant atau Henri Dunant.
Beliau seorang rakyat Switzerland, ahli perniagaan, aktivis sosial dan
agamawan Kristian aliran Calvinisme yang kuat.

Pada 1859 semasa misi perniagaannya ke Algeria, benua Afrika,
beliau menyaksikan Pertempuran Solferino di kampung Solferino, Itali kini.
Buku tulisannya 'A Memory of Solferino' telah menceritakan keperitan
mangsa perang di kalangan orang awam dan tentera. Pertempuran Solferino
melibatkan tentera Perancis menentang tentera Austria.

Henry Dunant dilahirkan di Geneva, Switzerland. Bapanya ahli
perniagaan Jean-Jacques Dunant dan ibunya Antoinette Dunant-Colladon.
Keluarganya penganut Kristian aliran Calvinisme dan merupakan keluarga
elit di Geneva. Ibu bapanya merupakan aktivis sosial, banyak meluangkan
5

masa membantu anak-anak yatim dan anak mangsa perceraian. Ibunya
bekerja di rumah sakit dan biasa membantu mereka yang miskin.

Sejak 1836 Henry Dunant sering mengikuti ibu bapanya membuat
kerja-kerja kebajikan di sebuah penjara Toulon, Switzerland. Pada 1846
Henry Dunant melihat sendiri pemberontakan dan menyertai Persatuan
Geneva untuk Alm. Kemudian bersama rakan-rakan telah menubuhkan dan
pengasas 'Thursday Association' iaitu satu pasukan muzik untuk mengkaji
kitab Bible dan membantu mereka yang menderita. Dia melapangkan masa
untuk melawat banduan di penjara dan pelbagai kerja sukarela lain.

Pada 30 November 1852 Henry Dunant telah mengasaskan Persatuan
Pemuda Kristian (Young Men's Christian Association / YMCA) cawangan
Geneva. Tiga tahun kemudian Henry terlibat dalam mesyuarat di Perancis
untuk mengasaskan pertubuhan antarabangsa tersebut namun pada tahun
yang sama Henry Dunant tersingkir dari Kolej Calvin kerana markah
peperiksaan amat rendah. Dia kemudian bekerja dengan syarikat pengurup
wang Lullin und Sautter.

Syarikat-syarikat Henry Dunant di Algeria telah bankrap seperti firma
kewangan CriditGenevois akibat satu skandal. Pada 17 Ogos 1868 beliau
diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Perdagangan Geneva kerana amalan
mengelirukan. Oleh itu masyarakat Calvinist mahu beliau dipinggirkan.
Henry Dunant meletakkan jawatan setiausaha pada 25 Ogos 1867 dan pada 8
September 1867 meletakkan jawatan dari ICRC. Sejak itu GustaveMoynier
telah menjadi Presiden dan memainkan peranan utama dalam ICRC.

Pada Februari 1868 ibu Henry Dunant meninggal dunia. Pada 1868
juga Henry Dunant disingkir dari YMCA kerana muflis. Pada 1867 Henry
Dunant meninggalkan Geneva dan enggan kembali lagi. GustaveMoynier
pula merancang agar semua wang insuran tidak diserahkan kepada Henry
Dunant. Malah cenderahati 'Sciences Morales' dari Festival Paris Sedunia
tidak diberi kepadanya sebaliknya diserahkan kepada GustaveMoynier dan
Dufour agar wang diserahkan kepada Majlis. Napoleon III setuju membayar
6

separuh hutang-hutang Henry Dunant jika kawsan-kawan Dunant membayar
yang lain. Tetapi usaha ini juga dihalang oleh Moynier.

Dunant pindah ke Paris dalam keadaan papa kedana. Namun dia tetap
meneruskan

misi

kemanusiaan

dan

organisasi

sukarela.

Sepanjang

Peperangan Perancis-Prusia (1870-1871) dia mengasaskan Persatuan Bantuan
Bersama (Common Relief Society) dan 'Perikatan Bersama untuk Tamadun
dan Pemerintahan'. Dia mencadangkan rundingan perlucutan senjata dan
mengadakan mahkamah antarabangsa bagi memnyelesaikan konflik-konflik
antarabangsa. Dia juga menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin.
Kemudian dia bekerja di sebuah perpustakaan.

Henry

Dunant

masih

hidup

bankrap

dan

terhutang

akibat

mengabaikan kehidupan peribadi dan tidak mempunyai sumber pendapatan.
Semua kawan dan lawan menjauhkan diri. Walaupun dia dilantik sebagai ahli
kehormat Persatuan Palang Merah Austria, Belanda, Sweden, Prusia dan
Sepanyol tetapi dia semakin dilupakan. Dia berpindah-randah dari Stuttgart,
Rome, Corfu, Basel dan Karlsruhe. Di Stuttgart dia bertemu dengan Rudolf
Muller di Universiti Tubingen, Jerman. Pada 1881 dengan bantuan rakan dia
kembali ke kampung halamannya di Heiden, Geneva.

Pada 1887 Henry Dunant pergi ke London dan menerima bantuan
kewangan dari pelbagai pihak dan kembali ke Heiden Julai 1997. Pada 30
April 1892 beliau terlantar sakit di hospital yang dipunyai oleh Dr Hermann
Altherr. Di Heiden, Henry Dunant bertemu dengan seorang guru muda
bernama Wilhelm Sonderegger dan isterinya Susanna. Rene, iaitu anak
Wilhelm Sonderegger telah menerbitkan surat-surat daripada Henry Dunant
kepada bapanya Wilhelm Sonderegger.Mereka menubuhkan cawangan
Palang Merah Heiden. Pada 1890 Henry menjadi presiden kehormat dan
mahu meneruskan visi kemanusiaannya. Tetapi GustaveMoynier tetap
memusuhinya. Wilhelm Sonderegger meninggal dunia pada 1904 ketika
berusia 42 tahun. Pada September 1895, George Baumberger, ketua editor
Die Ostschweiz, St. Gallen telah menulis rencana mengenai pengasas Palang
Merah dan telah menemubual Henry Dunant di Heiden. Akhirnya Henry
7

Dunant menerima pelbagai pingat termasuk Swiss Binet-Fendt Prize dan
pingat dari Pope Leo XIII. Dia juga menerima sokongan Tzar Rusia, Maria
Feodorovna. Selepas itu sumbangan dan derma wang mencurah-curah sejak
itu kepadanya.

Pada tahun 1901 Henry Dunant telah dianugerahi dengan Hadiah
Keamanan (Peace Prize) yang pertama. Pada 1903 Heney Dunant diberi
ijazah doktor kehormat dari Universiti Heidelberg, Jerman dan akhirnya dia
terlantar di hospital sehingga dia meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 jam
10 malam. Pada akhir hayatnya dia mengalami tekanan perasaan akibat
kemelesetan, bangkrap, dikejar pemungut hutang dan kritikan daripada
Moynier. Dia pernah meminta jururawat memeriksa makanan sama ada telah
diracun atau tidak. Walaupun masih Kristian, dia beralih kepada Calvinisme
dan merancang agama umum.

Ironinya, Henry Dunant dan GustaveMoynier tidak pernah berdamai.
Henry Dunant dikebumikan tanpa sebarang upacara di perkuburan Sihlfeld,
Zurich, Switzerland. Dalam wasiatnya, dia mahu mendermakan wangnya
kepada rumah kebajikan Heiden, pertubuhan kebajikan di Norway dan
Switzerland. Dia juga mahu wang dibayar kepada pemiutang-pemiutang.

Hari lahirnya 8 Mei diisytiharkan sebagai Hari Bulan Sabit Merah /
Palang Merah Antarabangsa. Rumah kebajikan Heiden dijadikan Muzium
Henry Dunant. Banyak bangunan, sekolah, jalan di Geneva dan pelbagai
tempat di serata dunia dinamakan sempena nama Henry Dunant. Pingat
Henry Dunant dikurniakan oleh ICRC kepada sesiapa yang berjasa dalam
kerja-kerja kemanusiaan. Filem 'Henry Dunant: Du Rouge Sur La Croix' telah
diterbitkan bagi mengenang jasa-jasa beliau.
8

1.3

Sejarah PBSM di Malaysia

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela
yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia
pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun
1963.Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun
1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan
Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan
di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di
negeri-negeri lain.

Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung
Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah
Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah
Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada
24 Ogos 1963.

Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963,
suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang
Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan
Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah
di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah
Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.

Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah
ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan
9

kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada
Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen
Malaysia.
Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Parlimen
adalah seperti berikut:
i.

Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah
sesuai lagi Persatuan palang Merah di semenanjung bertaraf
cawangan sahaja dan ibu pejabatnya jauh di London. Satu akta
parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu
Federation of Malaya red Cross Society (Incorporation) Act of
Parliament (Act No. 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April
1962.

ii.

Apabila Malaya ditukar nama kepada Malaysia dan penggabungan
Sabah dan Sarawak di bawahnya, telah diubah dan diluluskan pada
tahun 1965 iaitu Malaysia red Cross Society (Incorporation) atau
Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malasyia
Act 540) di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965.

iii.

Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu
Malaysia Red Crescent Society (Change of Name) atau Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun
1975 (Laws of Malaysia, Act 162).

1.4

Fungsi International Committee Red Cross (ICRC) di Malaysia

Pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Kuala
Lumpur menempatkan Delegasi Serantau yang meliputi aktiviti-aktiviti di
Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan Jepun, serta Pusat Sumber
Serantau yang menyokong kerja Delegasi-delegasi ICRC di Asia Tenggara
dan Asia Timur.

ICRC telah hadir di Malaysia semenjak awal dekad 1970-an,
bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa dalam melawat orang dalam
tahanan

serta

mempromosikan

dan

menyebarkan

Undang-undang
10

Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) selaras dengan mandatnya yang telah
diberikan di bawah Konvensyen Geneva tahun 1949. Hari ini, ICRC telah
menjalin hubungan kerja yang erat dengan beberapa Kementerian termasuk
Kementerian Luar Negeri Malaysia, Kementerian Pendidikan, Kementerian
Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri, Angkatan Tentera
Malaysia dan Polis, Jabatan Peguam Negara, serta lain-lain pihak
berkepentingan.
i.

Penglibatan dengan Angkatan Tentera Malaysia
Penjalinan hubungan yang kukuh dengan Angkatan Tentera
Malaysia merupakan unsur penting dalam usaha ICRC untuk
bekerjasama dengan pembuat-pembuat keputusan dalam bidang
ketenteraan di semua peringkat. ICRC membantu pihak Angkatan
Tentera untuk memasukkan UUKA ke dalam pengajaran dan
latihannya. Hasil daripada sumbangan ICRC, dalam tahun 2007
sukatan pelajaran latihan Angkatan Tentera Laut telah mula
merangkumi mata pelajaran UUKA. ICRC terus menyokong
pembangunan latihan UUKA di dalam Angkatan Tentera Darat dan
Tentera Udara.
Di atas jemputan Angkatan Tentera, ICRC kerap mengadakan
taklimat bagi pegawai-pegawai kanan tentera di Kolej Kakitangan
Tentera, Pusat Peperangan Bersama (PESAMA), Pusat Pengaman di
Port Dickson dan Unit Perubatan Tentera di Kem Terendak [18],
Melaka. ICRC dan Angkatan Tentera Malaysia bersama-sama
menganjurkan pelbagai seminar dan bengkel yang membabitkan
tajuk-tajuk berkenaan dengan undang-undang konflik bersenjata
(UUKB). ICRC menaja pegawai-pegawai terpilih ke luar negara
untuk menghadiri kursus-kursus UUKB dan juga menyertai latihanlatihan tentera di Malaysia seperti EX Keris Strike.

ii.

Mengukuhkan

kerjasama

dengan

agensi-agensi

di

bawah

Kementerian Dalam Negeri
ICRC telah meneruskan usaha untuk memupuk hubungan
kerja dengan beberapa jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Memandangkan kepakaran ICRC dalam isu-isu berkaitan dengan
11

penahanan serta pengalaman lamanya dalam membantu pihak-pihak
berkuasa untuk memenuhi keperluan kemanusiaan bagi orang yang
dinafikan kebebasan, ICRC sedang bekerjasama dengan Jabatan
Imigresen berkenaan isu pendatang-pendatang haram dalam tahanan.
Satu projek kerjasama yang baru muncul adalah dengan
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, di

mana sukarelawan-

sukarelawannya merupakan antara orang yang pertama bertindak
balas jikalau terdapat kematian secara beramai-ramai berikutan
daripada bencana alam. Bersama dengan Jabatan tersebut, ICRC
sedang menghasilkan modul latihan mengenai pengurusan mayat
manusia

jika

terdapat

kematian

secara

beramai-ramai

demi

membenarkan keluarga-keluarga mangsa untuk dimaklumkan tentang
nasib orang yang tersayang.
ICRC turut menemui pegawai-pegawai tertinggi Polis Diraja
Malaysia bagi membincangkan peluang-peluang untuk kerjasama
dalam masa hadapan, termasuk menganjurkan bengkel-bengkel
penguatkuasaan undang-undang bagi pegawai-pegawai kanan polis
berkenaan dengan Piawai-piawai Kepolisan Antarabangsa dan hak
asasi manusia. Baru-baru ini, ICRC telah menganjurkan sesi taklimat
untuk lebih daripada 200 pegawai Malaysia yang sedang menunggu
untuk dihantar ke misi Pengaman Malaysia PBB ke Timor Timur,
Sudan dan Lubnan. Sesi-sesi taklimat mengenai peranan, mandat dan
aktiviti-aktiviti ICRC telah diadakan dengan pegawai-pegawai kanan
polis di Ibu Pejabat PDRM di Bukit Aman, Kuala Lumpur, Kolej
Polis di Cheras dan Pusat Latihan Polis di Ulu Kinta.

iii.

Mempromosikan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa
ICRC mempromosikan pemeteraian dan kesertaan ke dalam
triti Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) serta
memberi nasihat kepada Negara-negara mengenai langkah-langkah
perundangan dan pentadbiran untuk melaksanakan triti tersebut. Bagi
tujuan ini, ICRC mengendalikan pelbagai latihan, bengkel dan acara
untuk mempertingkatkan tahap kesedaran UUKA di kalangan agensiagensi kerajaan dan institusi-institusi pendidikan utama. Ia telah
12

menghasilkan pangkalan data perundangan dan undang-undang model
yang telah diterima-pakai oleh negara-negara, termasuk Malaysia
(contohnya Akta Konvensyen Geneva 1962, Akta Pelaksanaan
Konvensyen Periuk Api Pembinasa Anggota 2000, Akta Konvensyen
Senjata Kimia 2006). ICRC menyokong kerja Jawatankuasa
Kebangsaan UUKA dan sehingga kini, 93 Jawatankuasa Kebangsaan
seumpana ini wujud di serata dunia. Dalam tahun 2007, Jawatankuasa
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (JUKAM)
telah ditubuhkan. JUKAM dipengerusikan oleh Menteri Luar Negeri.
Hari ini, Jabatan Penyelidikan, Triti dan Perundangan Antarabangsa,
di bawah Kementerian Luar Negeri, bertindak sebagai sekretariat
JUKAM. ICRC terus berusaha untuk mempromosikan UUKA di
Malaysia menerusi JUKAM dan agensi-agensi kerajaan individu serta
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

iv.

Bekerjasama dengan Universiti-universiti
Sejak tahun 2004, ICRC telah menganjurkan pelbagai seminar,
ceramah, simposium, serta pertandingan perdebatan dan mahkamah
moot bersama-sama dengan institusi-institusi seperti Universiti
Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Utara Malaysia
dan Universiti Teknologi MARA. ICRC turut menyokong usahausaha pihak-pihak berkuasa universiti untuk merangka sukatan
pelajaran model mengenai UUKA untuk dimasukkan ke dalam
kursus-kursus akademik berkaitan dengan undang-undang, sains
politik dan hak asasi manusia.

v.

Membolehkan keluarga-keluarga untuk terus berhubung dengan
orang yang tersayang
Selaku sebahagian daripada rangkaian pertalian keluarga
Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah,
ICRC dengan kerjasama Bulan Sabit Malaysia menyediakan
perkhidmatan pengesanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain
kepada keluarga-keluarga yang perlu menghubungi orang yang
13

tersayang mereka setelah dipisahkan akibat daripada situasi konflik,
bencana atau kejadian-kejadian lain.
ICRC bekerjasama dengan penuh ketelusan dengan pihakpihak berkuasa berkenaan untuk memastikan bahawa orang dalam
tahanan di luar negara (termasuk Guantanamo Bay) dapat berutus
dengan keluarga-keluarga mereka melalui pertukaran Perutusan
Palang Merah.

vi.

Perkongsian dengan Kementerian Pelajaran Malaysia
Sejak tahun 2002, ICRC telah bekerja rapat dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mempromosikan persepaduan
program pelajaran Penerokaan Undang-undang Kemanusiaan (PUUK)
di sekolah-sekolah. Ini telah tercapai dalam tahun 2007 apabila
bahagian-bahagian berkaitan dalam modul PUUK telah disepadukan
ke dalam sukatan pelajaran „Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan‟,
yang sedang diajar di seluruh negara kepada pelajar-pelajar berusia 15
tahun. Dianggap sebagai paling maju di Asia, kerjasama di antara
Kementerian Pendidikan dengan ICRC sering disebut sebagai kajian
kes amalan terbaik untuk menunjukkan bagaimana untuk bersamasama menghasilkan program PUUK.
Dalam tahun 2009, ICRC telah menyerahkan program tersebut
kepada Kementerian Pelajaran dan Bulan Sabit Merah Malaysia, yang
merupakan rakan kongsi kebangsaan ICRC dalam Pergerakan Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah. Kini, ICRC kekal sebahagian daripada
proses perundingan dan latihan demi menyokong pembangunan
program PUUK dengan lebih lanjut lagi.
14

1.5

Prinsip-prinsip asas PBSM

Terdapat 7 Prinsip Asas pergerakan iaitu kemanusiaan, kesaksamaan,
keberkecualian, kebebasan, khidmat sukarela, ketunggalan dan kesejagatan.
Setiap prinsip dihuraikan seperti berikut:
i.

Kemanusian
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan
dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi
kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan
berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan di
mana jua ianya wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi
nyawa dan kesihatan serta hormat-menghormati sesama
manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama,
dan kedamaian yang berkekalan dalam kalangan manusia.

ii.

Kesaksamaan
Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman
politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan
kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada keskes kecemasan yang paling serius.

iii.

Keberkecualian
Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya,
persatuan

tidak

menyebelahi

mana-mana

pihak

yang

bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak
politik, perkauman, agama atau ideologi.
iv.

Kebebasan
Walaupun berupa badan sokongan, kepada pihak yang
berkuasa awam, dan tertakluk kepada undang-undang negara,
persatuan tetap menjaga autonominya supaya ia boleh
bertindak mengikut prinsip pergerakan.

v.

Khidmat sukarela
Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang
tujuan untuk mencari untung
15

vi.

Ketunggalan
Hanya ada satu persatuan palang merah atau bulan sabit merah
dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka
kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.

vii.

Kesejagatan
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa
meliputi seluruh dunia di mana semua persatuan mempunyai
taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling membantu di
antara satu sama lain.

1.6

Etika pemakaian
Pakaian PBSM terbahagi kepada dua iaitu kategori pakaian pelatih
atau pelajar dan pakaian pemimpin. Perbezaan pakaian antara pelatih dan
pemimpin hanyalah dari segi bush jaket dan pangkat. Gambar di bawah
adalah contoh pakaian lengkap seragam pelajar dari kanak-kanak hingga
remaja.
16

Baju seragam dan aksesori yang terdapat pada pakaian pelatih atau pelajar
adalah seperti dalam jadual di bawah:
1

Baju PBSM Lelaki

2

Baju PBSM Perempuan

3

Seluar putih
17

4

T-shirt PBSM putih lengan
pendek

5

T-shirt PBSM putih lengan
panjang

6

T-shirt PBSM merah lengan
pendek
18

7

T-shirt PBSM merah lengan
panjang

8

Beret hitam

9

Lencana beret PBSM

10

Lencana bahu negeri
19

11

Lencana bahu logo PBSM

12

Lencana kolar PBSM

13

Lencana poket PBSM

14

Lanyard hitam single

15

Tali pinggang

16

Butang
20

17

Topi

18

Pangkat bagi pelajar

19

Kasut potong hitam

20

Kain anduh
21

Berikut adalah pakaian dan kategori pangkat bagi pemimpin PBSM:
1

Bush jaket pegawai lelaki

2

Bush jaket pegawai wanita

3

Vest pegawai
22

4

Baju korporat pegawai lelaki

5

Baju korporat pegawai wanita

6

Lanyard hitam double

7

Pangkat bagi pegawai
23

Susunan pangkat bermula dari jawatan tertinggi dalam Pergerakan Palang
Merah atau Bulan Sabit Merah Malaysia.

1

SUSUNAN PANGKAT UNIT BANTUAN SUKARELA PBSM
Briged
Pengarah UBS
Jeneral
Kebangsaan

2

Leftenan
Kolonel

Penolong
Pengarah UBS
Kebangsaan

3

Mejar

Pegawai
Penjaga Belia
UBS
Cawangan

4

Kapten

Komandan

5

Leftenan

Timbalan
Komandan

6

Leftenan
Muda

Kuartermaster
Unit

7

Staf Sarjan

Ketua Utama
Seksyen

8

Sarjan

Ketua Seksyen

9

Koperal

Penolong
Ketua Seksyen

10

Lans
Koperal

Senior
24

1.7

Logo

Pengiktirafan Emblem Palang Merah sebagai Emblem Palang Merah
Kebangsaan dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM) atau
International Committee of Red Cross (ICRC) telah dibuat pada tahun 1864.
Lambang palang merah merupakan lambang terbalik dari bendera
Switzerland. Lambang tersebut dipilih untuk memberi penghargaan kepada
Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negara tersebut.

Emblem Palang Merah

Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Rusia
selama enam bulan tiba-tiba mengumumkan kepada majlis Persekutuan
Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva, lambang palang merah
menghina kepercayaan agama anggota-anggota tenteranya. Oleh yang
demikian, mereka menggunakan lambang bulan sabit merah untuk
perkhidmatan ambulans mereka.Langkah itu diikuti oleh banyak negaranegara Arab atau negara- negara yang mempunyai banyak penduduk Muslim.
Kedua-dua lambang ini, palang merah dan bulan sabit merah dilindungi oleh
Konvensyen Geneva sejak tahun 1929.
25

Emblem Bulan Sabit Merah

Logo Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Malaysia

Logo PBSM pada pakaian seragam
26

1.8

Lagu Bulan Sabit Merah Malaysia

Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya

Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
Lirik: Dato‟ Dol Ramli
Lagu: Dato‟ JohariSalleh
“Lagu Bulan Sabit Merah” telah pertama kali dimainkan sewaktu perasmian
rasmi pertukaran nama pergerakan dari Palang Merah Malaysia ke Bulan
Sabit Merah Malaysia.
27

1.9

Ikrar persatuan

BAHAWA KAMI,
AHLI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA,
BELIA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DENGAN
INI BERJANJI,
AKAN TAAT KEPADA TUHAN,
SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG & YANG
DIPERTUAN NEGERI KAMI,
BERDASARKAN PRINSIP RUKUN NEGARA,
SERTA AKAN BERSAMA-SAMA MEREKA DI SELURUH DUNIA,
MEMBANTU MEREKA YANG SAKIT DAN MENDERITA,
BERDASARKAN KEPADA PRINSIP PALANG MERAH DAN
BULAN SABIT MERAH SEPERTI BERIKUT;
KEMANUSIAN
KESAKSAMAAN
KEBERKECUALIAN
KEBEBASAN
PERKHIDMATAN SUKARELA
KETUNGGALAN
KESEJAGATAN
28

BAB 2

2.1

Jawatankuasa Induk PBSM Seksyen 2

PENASIHAT PBSM SEKSYEN 2
Puan Zarina binti Md. Ali

KETUA PBSM SEKSYEN 2
Noor ZamatulShima binti Ahmad

NAIB PENGERUSI PBSM
SEKSYEN 2
Siti Fatimah binti Megat Fauzi

SETIAUSAHA

BENDAHARI

Aminah binti Mohd.Bahari

Siti Asmaa binti Baharudin
29

2.2

Jawatankuasa kumpulan

KETUA KUMPULAN
Sabarunnisa binti Rabiullah

PENOLONG KETUA KUMPULAN
Siti Zulaikha binti Salleh

SETIAUSAHA
Liyana binti Hassan

BENDAHARI
Nor Amelia Murni binti Alel

AHLI JAWATANKUASA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Nur Abida binti Mohamad
Noor Syakira binti Mohamad
Nur Aimi binti Ramli
ShazanaAimi binti Rehan
Normila binti Zainudin
Maimun binti Ibrahim
Siti Hamimnun binti Abdullah
Wahyuni binti Sajuri
30

2.3

Laporan aktiviti dan perjumpaan mingguan PBSM

Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 1/2012

Tarikh : 22 Mac 2012
Hari

: Khamis

Masa : 5:00 petang – 7:00 malam
Tempat : Bilik Tutorial 10
BIL
AGENDA / AKTIVITI
1
Sesi perkenalan bersama pensyarah pembimbing dan Penasihat
PBSM; Pn.Zarina.
2

Penerangan mengenai Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran
(RPP) PBSM oleh Pn.Zarina. Pn.Zarina turut menerangkan skop kerja
dan lulus yang perlu dicapai oleh pelajar.

3

Pensyarah turut memaklumkan mengenai Projek Akhir yang akan
dikendalikan sendiri oleh semua ahli PBSM di akhir semester nanti.
Projek akhir tersebut akan diambil kira sebagai syarat lulus
kokurikulum.

Pertemuan seterusnya akan diadakan di tempat dan masa yang sama pada 29
Mac 2012.

Disediakan oleh,

……………………….
(SITI ZULAIKHA SALLEH)
Ahli PBSM DPLI UTHM
Seksyen 2

22 Mac 2012
31

Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 2/2012
Tarikh : 29 Mac 2012
Hari

: Khamis

Masa : 5:00 petang – 7:00 malam
Tempat : Bilik Tutorial 10
BIL
AGENDA / AKTIVITI
1
Ahli-ahli PBSM dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil yang mana
setiap kumpulan mempunyai anggaran keahlian seramai 11 hingga 12
orang.
2

Setiap kumpulan yang dibentuk diberi dua tajuk pembentangan yang
akan dibentangkan mengikut undian giliran kumpulan.

3

Kumpulan kami terdiri daripada:

4

1. Sabarunnisa binti Rabiullah
2. Noor Syakira binti Mohamad
3. Siti Zulaikha binti Salleh
4. Nur Abida bintiMohamad
5. Nur Amelia Murni binti Alel
6. Nur Aimi binti Ramli
7. ShazanaAimi binti Rehan
8. Normila binti Zainudin
9. Maimun binti Ibrahim
10. Siti Hamimnun binti Abdullah
11. Liyana binti Hassan
12. Wahyuni bintiSajuri
Tajuk tugasan yang diperolehi oleh kumpulan kami ialah Sejarah
PBSM dan Kaedah Pertolongan Cemas. Kami membahagikan
kumpulan kami kepada dua kumpulan lagi yang setiap satunya terdiri
daripada 6 orang supaya tugasan dapat disiapkan dengan lebih cepat.

Disediakan oleh,
……………………….
(SITI ZULAIKHA SALLEH)
Ahli PBSM DPLI UTHM
Seksyen 2

29 Mac 2012
32

Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 3/2012

Tarikh : 05April 2012
Hari

: Khamis

Masa : 5:00 petang – 7:00 malam
Tempat : Bilik Tutorial 10
BIL
AGENDA / AKTIVITI
1
Pembentangan tugasan bermula pada perjumpaan minggu ini.
Pembentangan pertama dimulakan oleh kumpulan kami iaitu Siti
Zulaikha, Sabarunnisa, Noor Syakirah, Nur Abida, Nur Amelia dan
Nur Aimi. Tajuk pembentangan kami ialah Sejarah PBSM di mana
kami menceritakan mengenai pengasas Palang Merah dan peristiwa
yang berlaku sehingga tertubuhnya Pergerakan Palang Merah di
dunia.
2

Pembentangan seterusnya disambung oleh kumpulan kedua iaitu
Sejarah PBSM di Malaysia yang dibentangkan oleh Siti Fatimah Binti
Megat Fauzi. Pembentangan ini berkisar mengenai kronologi
penubuhanPergerakanBulan Sabit Merah di Malaysia.

3

Perjumpaan mingguan hari ini diakhiri dengan perbincangan
mengenai aktiviti yang harus dilaksanakan sebagai memenuhi
rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan.

Pertemuan seterusnya akan diadakan di tempat dan masa yang sama pada 29
Mac 2012.

Disediakan oleh,
……………………….
(SITI ZULAIKHA SALLEH)
Ahli PBSM DPLI UTHM
Seksyen 2

05 April 2012
33

Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 4/2012

Tarikh : 12April 2012
Hari

: Khamis

Masa : 5:00 petang – 7:00 malam
Tempat : Dewan Kuliah A
BIL
AGENDA / AKTIVITI
1
Perjumpaan pada hari ini diadakan di Dewan Kuliah A kerana Bilik
Tutorial di mana tempat perjumpaan mingguan berkunci. Perjumpaan
pada minggu ini dimulakan dengan penerangan pensyarah mengenai
perkembangan projek akhir yang akan dijalankan. Pensyarah
menekankan kepentingan pelaksanaan aktiviti tersebut.
2

Aktiviti seterusnya merupakan pembentangan daripada kumpulan
ketiga. Kumpulan ini membentangkan tajuk berkaitan etika
pemakaian PBSM. Uniform yang digunakan dalam persatuan bulan
sabit merah berbeza mengikut majlis dan tujuan perjumpaan namun
pakaian rasmi biasa yang digunakan adalah t-shirt putih bersama
seluar panjang putih dengan lengkap berkasut sukan putih.

3

Pembentangan seterusnya disambung oleh kumpulan keempat yang
membentangkan mengenai perkembangan PBSM di peringkat
sekolah. Pembentangan ini menekankan agenda-agenda yang terlibat
dalam perjumpaan PBSM di peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah.

Disediakan oleh,

……………………….
(SITI ZULAIKHA SALLEH)
Ahli PBSM DPLI UTHM
Seksyen 2

12 April 2012
34

Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 5/2012

Tarikh : 19April 2012
Hari

: Khamis

Masa : 5:00 petang – 7:00 malam
Tempat : Bilik Tutorial 10
BIL
AGENDA / AKTIVITI
1
Perjumpaan kali ini dimulakan dengan pembentangan oleh kumpulan
kecil kedua bagi setiap empat kumpulan yang ada untuk tajuk tugasan
yang kedua. Pembentangan dimulakan oleh kumpulan pertama
dengan tajuknya teknik pertolongan cemas yang merangkumi
kaedahbantuan kecemasan yang digunakan semasa berlakunya
kecemasan.
2

Pembentangan kedua mengenai kaedah pertolongan cemas iaitu yang
disampaikan oleh kumpulan kedua dalam kumpulan kami yang
diketuai oleh LiyanaBt Hassan. Kumpulan ini telah membentangkan
mengenai sistem pernafasan dan peredaran darah tubuh manusia serta
alat – alat bantuan kecemasan yang boleh didapati dalam peti
kecemasan beserta kegunaannya. Kumpulan ini telah menghasilkan
pembentangan yang agak baik kerana diakhiri dengan kuiz dan
disertakan dengan pemberian hadiah kepada individu yang memberi
jawapan yang tepat.

Perjumpaan seterusnya akan diadakan selepas cuti pertengahan semester
selama seminggu dan diadakan di tempat dan masa yang sama pada 03 Mei
2012.

Disediakan oleh,

……………………….
(SITI ZULAIKHA SALLEH)
Ahli PBSM DPLI UTHM

19April 2012
35

Seksyen 2
Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 6/2012

Tarikh : 03Mei 2012
Hari

: Khamis

Masa : 5:00 petang – 7:00 malam
Tempat : Bilik Tutorial 10
BIL
1
Perjumpaan

ini

AGENDA / AKTIVITI
dimulakan dengan ucapan

pensyarah

dan

perbincangan bersama mengenai perkembangan aktiviti projek akhir
PBSM.
2

Aktiviti seterusnya diikuti oleh pembentangan kumpulan ketiga akhir.
Pembentangan kumpulan tersebut mengenai prinsip-prinsip asas yang
terlibat dalam pertolongan cemas. Pembentangan dari kumpulan yang
terakhir ditangguhkan untuk dijadikan slot aktiviti dalam Kem Jati
Diri PBSM iaitu projek akhir semester.

3

Aktiviti bersambung dengan perbincangan mengenai slot aktiviti yang
perlu diadakan dalam Kem Jati Diri. Ahli jawatankuasa kecil dipilih
untuk menggerakkan aktiviti ini dengan lebih lancar. Noor
ZamatulShima binti Ahmad selaku Pengerusi PBSM tampil
memberikan penerangan mengenai program yang dirancang. Siti
Fatimah telah dipilih untuk menjadi Naib Pengerusi. AminahbtMohd
Bahari telah dipilih sabagai Setiausaha, Fatimah BtMohdYusoff telah
dipilih untuk menjadi Naib Setiausaha dan Asmaa‟ BtBaharudin telah
dipilih menjadi Bendahari.

Disediakan oleh,

……………………….
(SITI ZULAIKHA SALLEH)
Ahli PBSM DPLI UTHM

03 Mei 2012
36

Seksyen 2

Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 7/2012

Tarikh : 10Mei 2012
Hari

: Khamis

Masa : 5:00 petang – 7:00 malam
Tempat : Bilik Tutorial 10
BIL
AGENDA / AKTIVITI
1
Kertas kerja untuk menjalankan aktiviti telah disediakan oleh AJK
tertinggi PBSM. Naib pengerusi iaitu Siti Fatimah binti Megat Fauzi
menerangkan mengenai kertas kerja. Berdasarkan penerangan
tersebut aktiviti akan dijalankan pada 18hb Jun 2012 bermula jam
7.30 pagi sehingga 5.00 petang. Antara aktiviti yang akan
dilaksanakan ialah pertandingan kawad, senamrobik, pembinaan
khemah, dan pembentangan mengenai bencana alam berserta
simulasi.
2

Biro-biro yang terlibat ditentukan bagi memastikan kelancaran
aktiviti pada hari tersebut. Barisan AJK kecildipilh berdasarkan
kategori tugas dan biro yang terlibat. Antara biro aktiviti yang
diwujudkan ialah bencana alam, khemah, kawad kaki, peralatan,
makanan, kebajikan, kebersihan, pendaftaran dan sijil/hadiah. Saya
telah terpilih sebagai AJK Biro Makanan yang mana biro ini
bertanggungjawab untuk memesan makanan peserta sepanjang hari
program berlangsung.

Disediakan oleh,

……………………….
(SITI ZULAIKHA SALLEH)
Ahli PBSM DPLI UTHM

10Mei 2012
37

Seksyen 2
Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 8/2012

Tarikh : 24Mei 2012
Hari

: Khamis

Masa : 5:00 petang – 7:00 malam
Tempat : Padang Kawad UTHM
BIL
AGENDA / AKTIVITI
1
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah latihan kawad. Dua
seksyen PBSM telah digabungkan untuk berlatih kawad pada masa
yang sama. Dua orang anggota RELA telah mengajar kami mengenai
asas-asas dalam latihan kawad.
2

Latihan kawad dimulakan dengan satu pusingan larian mengelilingi
padang kawad. Seorang pelajar telah dipilih untuk mengetuai
pemanasan badan. Antara langkah-langkah kawad yang telah diajar
pada hari ini ialah bersedia, luruskan barisan, bergerak ke depan, ke
kanan, ke kiri dan ke belakang.

3

Latihan ditamatkan pada pukul 6.30 petang setelah jurulatih berasa
puas hati dengan pergerakan pelajar. Jurulatih memberi pesanan
bahawa pada perjumpaan minggu hadapan latihan kawad akan
disambung semula.

Disediakan oleh,

……………………….
(SITI ZULAIKHA SALLEH)
Ahli PBSM DPLI UTHM
Seksyen 2

24 Mei 2012
38

Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 9/2012

Tarikh : 31Mei 2012
Hari

: Khamis

Masa : 5:00 petang – 7:00 malam
Tempat : Padang Kawad UTHM
BIL
AGENDA / AKTIVITI
1
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah

sambungan latihan

kawad. Latihan kawad dimulakan dengan satu pusingan larian
mengelilingi padang kawad seperti yang dijalankan pada minggu
lepas.
2

Seterusnya, semua pelajar dikehendaki melakukan senaman regangan.
Latihan kawad terus disambung kepada beberapa pergerakan yang
lain.

3

Latihan ditamatkan pada pukul 6.30 petang setelah semua pergerakan
langkah dalam latihan kawad asas telah dipelajari oleh semua pelajar.

Disediakan oleh,

……………………….
(SITI ZULAIKHA SALLEH)
Ahli PBSM DPLI UTHM
Seksyen 2

31 Mei 2012
39

Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 10/2012

Tarikh : 14Jun 2012
Hari

: Khamis

Masa : 5:00 petang – 7:00 malam
Tempat : Bilik Tutorial 10
BIL
AGENDA / AKTIVITI
1
Perjumpaan ini dimulakan dengan ucapan pensyarah mengenai
perkembangan projek akhir PBSM. Pengerusi PBSM iaitu Nur
ZamatulShima memberitahu kepada semua ahli PBSM yang lain
bahawa kertas kerja projek telah diluluskan.
2

Pengerusi membincangkan mengenai perkembangan aktiviti oleh
semua AJK setiap biro yang terlibat. Puan ZarinaMohd Ali
menyumbangkan sebanyak RM100 untuk pelaksanaan aktiviti.

3

Duit sebanyak RM5 telah dikumpul daripada setiap pelajar.
Perbincangan sesama ahli diadakan bagi membincangkan tujuan
wang tersebut dikumpul kerana wang yang ada didapati mencukupi
untuk menanggung segala perbelanjaan. Keputusan diambil agar
wang tersebut digunakan dahulu sebelum memperoleh wang
peruntukan daripada bendahari UTHM.

Perjumpaan ditamatkan pada pukul 6.30 petang kerana bilik perjumpaan
persatuan telah dijadikan dewan peperiksaan.

Disediakan oleh,

……………………….
(SITI ZULAIKHA SALLEH)
Ahli PBSM DPLI UTHM

14Jun 2012
40

Seksyen 2
Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 11/2012

Tarikh : 18Jun 2012
Hari

: Khamis

Masa : 7:30 pagi – 4:00 petang
Tempat : Padang dan Surau Kolej Kediaman Melewar
BIL
AGENDA / AKTIVITI
1
Kem Jati Diri telah diadakan sebagai satu projek akhir Persatuan
PBSM DPLI UTHM yang wajib dilaksanakan bagi memenuhi syarat
lulus kursus Kokurikulum semester ini. Kem ini telah bermula dengan
sesi pendaftaran seawal jam 7:30 pagi. Aktiviti diteruskandengan
nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Johor dan Lagu PBSM diikuti
Ucapan rasmi oleh Pengerusi PBSM dan bacaan ikrar. Seterusnya
aktiviti Cergas Ceria iaitu senamrobik telah diadakan.
2

Slot ketiga bermula jam 9:30 pagi. Kumpulan pembentangan yang
akhir telah membentangkan tajuk tugasan mereka iaitu berkaitan
bencana alam yang mana bencana merangkumi dua jenis iaitu
bencana alam semula jadi dan bencana buatan manusia. Kumpulan
tersebut turut menyediakan aktiviti untuk menguji kekuatan diri dan
keyakinan diri.

3

Slot seterusnya merupakan aktiviti simulasi yang telah dirancang awal
oleh kumpulan pembentang bagi mewujudkan suasana sebenar
kecemasan. Loceng kebakaran berbunyi menandakan telah berlaku
kecemasan. Beberapa orang didapati luka dan pelajar bertindak
dengan pantas untuk merawat sedaya yang termampu. Saya dan
beberapa rakan PBSM yang lain merawat seorang pelajar yang luka di
kakinya. Terdapat juga mangsa yang pengsan.

4

Slot seterusnya dijalankan sejurus selepas aktiviti simulasi. Slot ini
adalah berkaitan cara-cara mendirikan khemah yang dikendalikan
oleh Biro Khemah. Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan dan
setiap kumpulan dikehendaki mendirikan khemah sendiri sejurus
41

selepas tunjuk cara mendirikan khemah diajar.
5

Bagi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan kawad kaki
pada slot aktiviti yang terakhir, kami diberi masa selama 30 minit
selepas aktiviti mendirikan khemah untuk berlatih kawad kaki. Tepat
jam 12:30 tengah hari, pelajar menjamu selera makan tengah hari dan
dibenarkan rehat sehingga jam 2:00 petang. Pada pukul 2.30 petang
bermula pertandingan kawad dihakimi oleh Puan Zarina selaku
Penasihat PBSM dan Mejar Nurul Izzah iaitu juri kawad kaki yang
diundang khas. Selesai pertandingan kawad kaki semua ahli PBSM
berkumpul di Surau Kolej Kediaman Melewar untuk menantikan
bermulanya majlis penutup dan penyampaian hadiah.

6

Majlis Penutup bermula pada jam 3:30 petang dengan dimulakan
ucapan pengerusi majlis diikuti ucapan penutup daripada Puan Zarina
selaku Penasihat PBSM. Seterusnya acara penyampaian hadiah
kepada

peserta

pertandingan

kawad

kaki

dan

penyampaian

cenderahati kepada juri pertandingan kawad. Majlis bersurai jam 4:00
petang dan sebelum bersurai para peserta menikmati hidangan minum
petang.

Disediakan oleh,

……………………….
(SITI ZULAIKHA SALLEH)
Ahli PBSM DPLI UTHM
Seksyen 2

31 Mei 2012
42

2.4

Laporan Biro Makanan Kem Jati Diri PBSM

Laporan Biro Makanan Kem Jati Diri PBSM
Tarikh : 18Jun 2012
Hari

: Khamis

Masa : 7:30 pagi – 4:00 petang
Tempat : Padang dan Surau Kolej Kediaman Melewar
Ketua Biro:
Ahli Jawatankuasa:
BIL
AGENDA / AKTIVITI
1
Sarapan pagi
Menu: Bihun goreng

TINDAKAN/ CATATAN
- Semua ahli Biro Makanan
-

Air: Teh „O‟ panas
-

Terdapat lebihan makanan
kerana ada ahli PBSM

Saudari Zuliawati selaku Ketua Biro

yang tidak hadir.

Makanan bersama AJK Noor
Syakirah Mohamed mengambil
makanan pesanan di kedai kerana
khuatir makanan yang dipesan akan
tiba lewat daripada yang
dijangkakan.
-

Menuangkan air di dalam cawan
untuk setiap peserta bagi
mempercepatkan pengagihan
makanan.

-

Mengagihkan air mineral kepada
semua peserta

2

Mengemaskan meja

Makan tengah hari
Menu: Nasi putih, Kari ayam, ikan masin,
Sayur campur
Air: Oren sejuk

-

Semua ahli Biro Makanan
43

Buah: Oren Sunkist

-

Semua AJK Biro Makanan
mengagihkan makanan kepada para
peserta dan memastikan semua
peserta memperoleh makanan
tengah hari.

-

Menuangkan air di dalam cawan
untuk setiap peserta bagi
mempercepatkan pengagihan
makanan.

-

Mengagihkan air mineral kepada
semua peserta.

3

Minum petang

-

Semua ahli Biro Makanan

Menu: Pulut Panggang dan Karipap

-

Lebihan kuih yang tidak

Air: Teh panas
-

habis diagihkan dan diberi

Semua AJK Biro Makanan

kepada para peserta untuk

mengagihkan makanan kepada para

dibawa pulang.

peserta dan memastikan semua

-

Bekas-bekas makanan

peserta memperoleh makanan
tengah hari.
-

diserahkan kepada tuan
kedai

Menuangkan air di dalam cawan
untuk setiap peserta bagi
mempercepatkan pengagihan
makanan.

-

Mengemaskan meja , peralatan dan
bekas makanan.

Disediakan oleh,
……………………….
(SITI ZULAIKHA SALLEH)
Setiausaha Biro Makanan
PBSM DPLI

18Jun 2012
44

BAB 3

3.1

Slaid pembentangan kumpulan Slot 1
Tajuk: Sejarah Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58

3.2

Slaid pembentangan kumpulan Slot 2
Tajuk: Kaedah Pertolongan Cemas
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77

BAB 4

4.1

Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas bermaksud pertolongan atau bantuan segera yang bersifat
sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau
kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian
sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan
perubatan yang sempurna.

Tujuan-tujuan pertolongan cemas adalah untuk:
i.

Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.

ii.

Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.

iii.

Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.

Sifat-sifat pemberi pertolongan cemas yang baik:
i.

Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan
kes-kes kecemasan.

ii.

Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di
tempat kejadian atau sekelilingnya.

iii.

Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu
kes.

iv.

Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.

v.

Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa
memberi keutamaan rawatan mangsa.

vi.

Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat
mengurangkan kesakitan si mangsa.

Tugas-tugas ahli pertolongan cemas:
i.

Menyelamatkan mangsa secara pemulihan pernafasan CPR jika
pernafasan mangsa terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan
mangsa dari terjadi renjatan.
78

ii.

Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan
dari jangkitan kuman.

iii.

Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah
dengan tuap atau anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan
tetap dan tidak bergerak.

iv.

Elak mangsa dari mengalami renjatan.

v.

Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan
tenang.

vi.

Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan.

Pengendalian mangsa kemalangan
i.

Memberi bantuan dengan tenang dan pantas. Jangan panik semasa
menghadapi keadaan.

ii.

Beri semangat kepada mangsa agar berada dalam keadaan tenang.

iii.

Uruskan bantuan supaya mangsa mendapat bantuan perubatan dengan
segera.

iv.

Lapor kejadian kepada pihak polis jika perlu.

Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan
i.

Membuat penilaian keadaan
-

Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat.

-

Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi
kemudahan mendapatkan bantuan.

ii.

Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa

Membuat diagnosis
-

mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan
sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan
pemeriksaan ke atas kecederaan mangsa.

iii.

Memberi rawatan sementara
-

menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan
kepada mangsa yang teruk.

iv.

Membuat dan memberi laporan
-

mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran dan
rawatan yang telah dilakukan ke atas mangsa.
79

v.

Elakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang
sepatutnya supaya dapat mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk.

vi.

Jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama mangsa yang tidak
sedarkan diri. Lakukan dengan hanya melonggarkan sahaja manamana bahagian yang ketat.

vii.

Cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa segera.

viii.

Lakukan bantuan berdasarkan landas-landas selamatkan nyawa,
pendarahan dan kecederaan patah.

ix.

Beri kerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan
diperlukan.

4.2

Jenis-jenis balutan luka

i.

Balutan luka tangan

Luka di telapak tangan

Luka siku
80

Luka pergelangan tangan

Luka tangan

Luka di lengan
81

Luka jari

ii.

Balutan luka dada

Luka depan

Luka belakang
82

iii.

Balutan luka bahu

Luka bahu

iv.

Balutan luka peha

Luka peha
v.

Balutan luka lutut

Luka lutut
83

4.3

Pembebat dan pembalut

Pembebat

Pembebat kain kasa

Tujuan pembebatan:
i.

Menahan pendarahan

ii.

Membantu mengelakkan luka atau kecederaan dari terdedah
kepada kekotoran yang boleh menyebabkan jangkitan.

iii.

Mencegah jangkitan di tempat luka.

Melakukan pembebatan perlu menggunakan kain pembebatan yang bersih
suci hama. Kebiasaannya jenis kain yang digunakan untuk pembebatan
adalah dari jenis kain kasa dan kain lint kerana kain ini lembut dan mudah
menyerap.

Pembebat Semasa Kecemasan:
i.

Sapu tangan yang bersih.

ii.

Kain biasa yang bersih dan mudah menyerap.

Semasa melakukan pembebatan, seboleh-bolehnya elakkan dari memegang
atau menyentuh kain yang digunakan untuk melapik tempat luka. Ini
bertujuan meminimumkan jangkitan kuman di tempat cedera tersebut.
84

Pembalut

Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan semasa menjalankan
rawatan mangsa kemalangan. Antara jenis-jenis pembalut yang digunakan
ialah:
i.

Pembalut tiga segi (triangular bandage).

ii.

Pembalut lebar (broad bandage).

iii.

Pembalut panjang (narrow bandage).

iv.

Pembalut gulung (roller bandage).

Kegunaan Kain Pembalut:
i.

Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak.

ii.

Menetapkan pembebatan yang dilakukan.

iii.

Mengampu bahagian yang cedera.

iv.

Membantu menghentikan pendarahan.

v.

Mengurangkan bengkak.
85

4.4

Kit bantuan kecemasan “First Aid Kit”

'First Aid Kit' atau kotak pertolongan cemas ialah kotak yang mengandungi
peralatan pertolongan cemas dan bekalan perubatan.
Kepentingan 'First Aid Kit'
i.

Menyimpan item perubatan untuk pertolongan cemas

ii.

Memenuhi keperluan perundangan

Ciri-ciri ' First Aid Kit '
i.

Kotak - tegap, kuat, mudah alih dan berwarna putih dengan lambang
bulan sabit merah

ii.

Lokasi - mudah dikenal pasti, di simpang di tempat terang dan boleh
dilihat, senang diambil.

iii.

Kandungan - mencukupi, mengikut kegunaan dan diperiksa dengan
kerap

Kit Pertolongan Cemas
86

Satu kit asas mengandungi:

BIL
1

PERALATAN
Krim “antihistamine”
untuk melegakan rasa
gatal

2

Sebatian antiseptik untuk
membersihkan luka-luka
kecil

3

Tablet parasetamol atau
aspirin untuk sakit kepala,
demam dan melegakan
kesakitan ringan (aspirin
tidak harus diberikan
kepada orang di bawah
umur 16 tahun).

4

Pembalut luka (bandage)

CONTOH
87

5

Plaster (sekurangkurangnya sepeket)

6

Pita bergam untuk
membalut

7

„Crepe bandage‟ untuk
rawatan terseliuh

8

Pembalut elastik

9

Pembalut tiga segi
88

10

Losyen „calamine‟ untuk
ruam yang gatal

11

LMS Solution untuk
melegakan kesakitan otot

12

Kapas steril (1 gulung)

13

Gauze steril

14

„Dressing‟ untuk luka
89

15

Hidrogen Peroksida atau
Alkohol untuk sapuan

16

Putik kapas untuk
meletakkan ubat

17

Pin untuk menetapkan
bandage

18

Gunting yang tajam tetapi
mempunyai hujung yang
tumpul (untukkegunaan
pertolongan cemas sahaja)

19

Penyepit yang tajam di
hujung(untuk membuang
selumbar)
90

LAMPIRAN

Gambar-gambar yang diambil semasa aktiviti Kem Jati Diri PBSM
Tarikh: 18hb Jun 2012
Masa: 7:30 pagi hingga 4:30 petang
91
92

More Related Content

What's hot

pengurusan dan pentadbiran PBSM
pengurusan dan pentadbiran PBSMpengurusan dan pentadbiran PBSM
pengurusan dan pentadbiran PBSMsiaw ong
 
asas pertolongan cemas
asas pertolongan cemasasas pertolongan cemas
asas pertolongan cemassiaw ong
 
BSMM UUKA KK city Chapter
BSMM UUKA KK city ChapterBSMM UUKA KK city Chapter
BSMM UUKA KK city ChapterAl Ezam
 
Masakan rimba solar
Masakan rimba solarMasakan rimba solar
Masakan rimba solarimtiaz78
 
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaBidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaFazri Usidi
 
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan dataJenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan dataOpie Mohamad
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaWany Hardy
 
Bab 1 pengenalan bulan sabit merah
Bab 1 pengenalan bulan sabit merahBab 1 pengenalan bulan sabit merah
Bab 1 pengenalan bulan sabit merahIqa Syafiqah
 
7 prinsip palang merah dan bulan sabit merah
7 prinsip palang merah dan bulan sabit merah7 prinsip palang merah dan bulan sabit merah
7 prinsip palang merah dan bulan sabit merahIbn Abdullah
 
Undang-undang Kemanusiaan dan Antarabangsa Palang Merah
Undang-undang Kemanusiaan dan Antarabangsa Palang MerahUndang-undang Kemanusiaan dan Antarabangsa Palang Merah
Undang-undang Kemanusiaan dan Antarabangsa Palang MerahPuteRa Eyone
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
Kertas kerja sambutan kemerdekaan peringkat sekolah
Kertas kerja sambutan kemerdekaan peringkat sekolahKertas kerja sambutan kemerdekaan peringkat sekolah
Kertas kerja sambutan kemerdekaan peringkat sekolahMangalam Ilangkovan
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)FaFai S.
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruAhmad Fahmi
 

What's hot (20)

pengurusan dan pentadbiran PBSM
pengurusan dan pentadbiran PBSMpengurusan dan pentadbiran PBSM
pengurusan dan pentadbiran PBSM
 
asas pertolongan cemas
asas pertolongan cemasasas pertolongan cemas
asas pertolongan cemas
 
BSMM UUKA KK city Chapter
BSMM UUKA KK city ChapterBSMM UUKA KK city Chapter
BSMM UUKA KK city Chapter
 
Nota pengakap
Nota pengakapNota pengakap
Nota pengakap
 
Masakan rimba solar
Masakan rimba solarMasakan rimba solar
Masakan rimba solar
 
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaBidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
 
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan dataJenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertema
 
Analisis swot big
Analisis swot bigAnalisis swot big
Analisis swot big
 
Bab 1 pengenalan bulan sabit merah
Bab 1 pengenalan bulan sabit merahBab 1 pengenalan bulan sabit merah
Bab 1 pengenalan bulan sabit merah
 
7 prinsip palang merah dan bulan sabit merah
7 prinsip palang merah dan bulan sabit merah7 prinsip palang merah dan bulan sabit merah
7 prinsip palang merah dan bulan sabit merah
 
Undang-undang Kemanusiaan dan Antarabangsa Palang Merah
Undang-undang Kemanusiaan dan Antarabangsa Palang MerahUndang-undang Kemanusiaan dan Antarabangsa Palang Merah
Undang-undang Kemanusiaan dan Antarabangsa Palang Merah
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Kertas kerja lawatan sambil belajar
Kertas kerja lawatan sambil belajarKertas kerja lawatan sambil belajar
Kertas kerja lawatan sambil belajar
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
Kertas kerja sambutan kemerdekaan peringkat sekolah
Kertas kerja sambutan kemerdekaan peringkat sekolahKertas kerja sambutan kemerdekaan peringkat sekolah
Kertas kerja sambutan kemerdekaan peringkat sekolah
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
 
Rph lontar peluru
Rph lontar peluruRph lontar peluru
Rph lontar peluru
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
 

Viewers also liked

Surat penubuhan pbsmm
Surat penubuhan pbsmmSurat penubuhan pbsmm
Surat penubuhan pbsmmshahaizol
 
Tetulang file utk saiz besar
Tetulang file utk saiz besarTetulang file utk saiz besar
Tetulang file utk saiz besarAzLeen Samsuri
 
Isi kandungan fail kk 2015
Isi kandungan fail kk 2015Isi kandungan fail kk 2015
Isi kandungan fail kk 2015Jamilah Rajli
 
Isi kandungan fail
Isi kandungan failIsi kandungan fail
Isi kandungan failCIKGUAMI
 
Pergerakan puteri islam
Pergerakan puteri islamPergerakan puteri islam
Pergerakan puteri islamRais Wahab
 
46905554 nota-pengakap-kanak-kanak
46905554 nota-pengakap-kanak-kanak46905554 nota-pengakap-kanak-kanak
46905554 nota-pengakap-kanak-kanak830420715014
 
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunas
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunasDasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunas
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunasKPM- ex KPLI students
 
NOTA SERAH TUGAS SMK CHE TOM
NOTA SERAH TUGAS SMK  CHE TOMNOTA SERAH TUGAS SMK  CHE TOM
NOTA SERAH TUGAS SMK CHE TOMSyadiyah Kamis
 
Buku panduan-krs-dan-tkrs
Buku panduan-krs-dan-tkrsBuku panduan-krs-dan-tkrs
Buku panduan-krs-dan-tkrsSapiah Khalid
 
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Jamaludin Mohamad Nawi
 
Penilaian Kokurikulum Terkini
Penilaian Kokurikulum TerkiniPenilaian Kokurikulum Terkini
Penilaian Kokurikulum Terkiniguesta1c1ec
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformRoiamah Basri
 

Viewers also liked (15)

Surat penubuhan pbsmm
Surat penubuhan pbsmmSurat penubuhan pbsmm
Surat penubuhan pbsmm
 
Tetulang file utk saiz besar
Tetulang file utk saiz besarTetulang file utk saiz besar
Tetulang file utk saiz besar
 
Perancangan tahunan pbsm
Perancangan tahunan pbsmPerancangan tahunan pbsm
Perancangan tahunan pbsm
 
Divider tepi fail
Divider tepi failDivider tepi fail
Divider tepi fail
 
Buku panduan
Buku panduan Buku panduan
Buku panduan
 
Isi kandungan fail kk 2015
Isi kandungan fail kk 2015Isi kandungan fail kk 2015
Isi kandungan fail kk 2015
 
Isi kandungan fail
Isi kandungan failIsi kandungan fail
Isi kandungan fail
 
Pergerakan puteri islam
Pergerakan puteri islamPergerakan puteri islam
Pergerakan puteri islam
 
46905554 nota-pengakap-kanak-kanak
46905554 nota-pengakap-kanak-kanak46905554 nota-pengakap-kanak-kanak
46905554 nota-pengakap-kanak-kanak
 
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunas
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunasDasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunas
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunas
 
NOTA SERAH TUGAS SMK CHE TOM
NOTA SERAH TUGAS SMK  CHE TOMNOTA SERAH TUGAS SMK  CHE TOM
NOTA SERAH TUGAS SMK CHE TOM
 
Buku panduan-krs-dan-tkrs
Buku panduan-krs-dan-tkrsBuku panduan-krs-dan-tkrs
Buku panduan-krs-dan-tkrs
 
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
 
Penilaian Kokurikulum Terkini
Penilaian Kokurikulum TerkiniPenilaian Kokurikulum Terkini
Penilaian Kokurikulum Terkini
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
 

Similar to Portfolio PBSM

Sejarah palang merah
Sejarah palang merahSejarah palang merah
Sejarah palang merahsitihawayasin
 
7 prinsip asas
7 prinsip asas7 prinsip asas
7 prinsip asasRos Nita
 
Sejarah Palang Merah
Sejarah Palang MerahSejarah Palang Merah
Sejarah Palang MerahTuan Haroun
 
Pendidikan dan Undang PBSM
Pendidikan dan Undang PBSMPendidikan dan Undang PBSM
Pendidikan dan Undang PBSMAzizi Ahmad
 
Sejarah riwayat hidup sir henry dunant : palang merah dunia
Sejarah riwayat hidup sir henry dunant  : palang merah dunia Sejarah riwayat hidup sir henry dunant  : palang merah dunia
Sejarah riwayat hidup sir henry dunant : palang merah dunia PuteRa Eyone
 
Pendidikan dalam palang merah dan bulan sabit merah
Pendidikan dalam palang merah dan bulan sabit merahPendidikan dalam palang merah dan bulan sabit merah
Pendidikan dalam palang merah dan bulan sabit merahNur Adibah Zainal Abidin
 
Peranan palang merah
Peranan palang merahPeranan palang merah
Peranan palang merahJc Ape
 

Similar to Portfolio PBSM (9)

Sejarah
SejarahSejarah
Sejarah
 
Sejarah palang merah
Sejarah palang merahSejarah palang merah
Sejarah palang merah
 
7 prinsip asas
7 prinsip asas7 prinsip asas
7 prinsip asas
 
Sejarah Palang Merah
Sejarah Palang MerahSejarah Palang Merah
Sejarah Palang Merah
 
Pendidikan dan Undang PBSM
Pendidikan dan Undang PBSMPendidikan dan Undang PBSM
Pendidikan dan Undang PBSM
 
Sejarah riwayat hidup sir henry dunant : palang merah dunia
Sejarah riwayat hidup sir henry dunant  : palang merah dunia Sejarah riwayat hidup sir henry dunant  : palang merah dunia
Sejarah riwayat hidup sir henry dunant : palang merah dunia
 
Pendidikan dalam palang merah dan bulan sabit merah
Pendidikan dalam palang merah dan bulan sabit merahPendidikan dalam palang merah dan bulan sabit merah
Pendidikan dalam palang merah dan bulan sabit merah
 
Peranan palang merah
Peranan palang merahPeranan palang merah
Peranan palang merah
 
Sejarahbsmm
SejarahbsmmSejarahbsmm
Sejarahbsmm
 

More from Siti Zulaikha

Bahan cetak untuk pengajaran
Bahan cetak untuk pengajaranBahan cetak untuk pengajaran
Bahan cetak untuk pengajaranSiti Zulaikha
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Pelbagai papan pengajaran
Pelbagai papan pengajaranPelbagai papan pengajaran
Pelbagai papan pengajaranSiti Zulaikha
 
Teknologi multimedia dalam pendidikan
Teknologi multimedia dalam pendidikanTeknologi multimedia dalam pendidikan
Teknologi multimedia dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Pembentangan perancangan pengajaran bidang
Pembentangan perancangan pengajaran bidangPembentangan perancangan pengajaran bidang
Pembentangan perancangan pengajaran bidangSiti Zulaikha
 
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanBab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Falsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeFalsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeSiti Zulaikha
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranSiti Zulaikha
 
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanBab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanSiti Zulaikha
 
Falsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalanFalsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalanSiti Zulaikha
 
Falsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeFalsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeSiti Zulaikha
 

More from Siti Zulaikha (16)

Bahan cetak untuk pengajaran
Bahan cetak untuk pengajaranBahan cetak untuk pengajaran
Bahan cetak untuk pengajaran
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
 
Pelbagai papan pengajaran
Pelbagai papan pengajaranPelbagai papan pengajaran
Pelbagai papan pengajaran
 
Teknologi multimedia dalam pendidikan
Teknologi multimedia dalam pendidikanTeknologi multimedia dalam pendidikan
Teknologi multimedia dalam pendidikan
 
Komputer dalam p&p
Komputer dalam p&pKomputer dalam p&p
Komputer dalam p&p
 
Pembentangan perancangan pengajaran bidang
Pembentangan perancangan pengajaran bidangPembentangan perancangan pengajaran bidang
Pembentangan perancangan pengajaran bidang
 
Bab10 pusat sumber
Bab10 pusat sumberBab10 pusat sumber
Bab10 pusat sumber
 
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanBab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
 
Falsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeFalsafah pragmatisme
Falsafah pragmatisme
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikan
 
Bab4 visual tayang
Bab4 visual tayangBab4 visual tayang
Bab4 visual tayang
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
 
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanBab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
 
Falsafah Realisme
Falsafah RealismeFalsafah Realisme
Falsafah Realisme
 
Falsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalanFalsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalan
 
Falsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeFalsafah Eksistensialisme
Falsafah Eksistensialisme
 

Portfolio PBSM

  • 1. 1 BAB 1 1.1 Sejarah penubuhan Palang Merah di dunia Persatuan Bulan Sabit Merah di peringkat dunia lebih dikenali sebagai Palang Merah. Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland dan dikenali sebagai Bapa Palang Merah.Idea menubuhkan Palang Merah dicetuskan oleh beliau ketika berada di kawasan pertempuran di Solferino, Itali pada Jun 1869. Pada masa itu, masih belum ada perkhidmatan perubatan untuk membantu dan merawat para tentera. Dengan bantuan penduduk setempat, Henry Dunant mula menggerakkan bantuan pertolongan cemas kepada mangsa yang cedera.Inisiatif Henry Dunant ialah : i. Membantu tentera yang cedera dan sakit. ii. Memberi dan membeli ubat dan makanan untuk diberi kepada mangsa peperangan. iii. Menukar rumah dan gereja berdekatan untuk dijadikan hospital sementara. iv. Meminta pertolongan penduduk setempat memberi pertolongan cemas tanpa mengira agama dan negara tentera terbabit . v. Menggunakan kempen dan slogan 'Tuttifratelli' (Kitakan bersaudara) Slogan ini mula dikemukakan oleh seorang wanita di bandar Castiglione delleStiviere.
  • 2. 2 vi. Membantu membebaskan beberapa doktor dari pasukan Austria yang telah ditawan oleh Perancis. Hasil daripada pengalaman tersebut, beliau telah menerbitkan buku bertajuk " Kenangan Di Solferino". Buku ini telah dikirim kepada semua ketua kerajaan di Eropah bagi menyedarkan mereka betapa menderitanya mangsa peperangan tidak kira tentera, tentera musuh mahupun orang awam yang tidak terlibat. Buku ini berjaya menyedarkan ramai pihak terutama ketua-ketua kerajaan dan mahu merealisasikan dua cadangan Henry Dunant, iaitu: i. Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan. ii. Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu. 1600 buah buku telah dicetak dengan wang sakunya sendiri dan dikirim kepada ahli politik, ketua tentera dan ketua kerajaan di serta Eropah dengan cadangan utamanya, “Sebuah organisasi neutral mesti ditubuhkan bagi membantu tentera yang cedera.” Cadangan Henry Dunant mendapat perhatian daripada pakar undangundang GustaveMoynier dan menjadikan isu itu sebagai agenda utama dalam mesyuarat Persatuan Kebajikan Geneva (Geneva Society for Public Welfare) pada 9 Februari 1963. Mereka mengkaji cadangan Dunant dan mencadangkan lima ahli jawatankuasa khas dan Henry Dunant salah seorang daripadanya. Ahli lain ialah GustaveMoynier, Ketua tentera Switzerland Jeneral Henri Dufour, Doktor Louis Appia dan Theodore Maunoir. Mesyuarat pertama mereka pada 17 Februari 1863 dan tarikh ini dianggap sebagai tarikh penubuhan Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC). Mulanya lima ahli majlis ini bercanggah pendapat kerana berbeza visi, perancangan, kepentingan peribadi dan menuduh Henry Dunant terlalu idealis. Henry Dunant meneruskan pengembaraan dan terus dengan idea-
  • 3. 3 ideanya 'organisasi sukarela'. Pada Oktober 1863, 14 negara mengambil bahagian dalam mesyuarat di Geneva bagi membincangkan isu 'membantu tentera yang cedera semasa peperangan'. Peranan Henry Dunant cuba diperkecilkan oleh GustaveMoynier. Pada 1864 Parlimen Switzerland telah mengatur pertemuan diplomatik dari 12 negara bagi menandatangani Konvensyen Geneva.Hasilnya pada 1864 Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) ditubuhkan tanpa kehadiran beliau sendiri. Konvensyen Geneva 1964 juga berdasarkan cadangan Henry Dunant dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa ini. Dengan bantuan beberapa orang yang berminat, Henry telah menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu mereka yang cedera dikenali sebagai Jawatankuasa Palang Merah. Petugas-petugas bantuan dan alat perubatan mereka akan dilindungi di bawah satu lambang iaitu Palang Merah yang berlatarkan warna putih. Lambang tersebut dipilih untuk memberi penghargaan kepada Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negara tersebut. Pada tahun 1876,ketika berperang dengan Rusia, Turki telah menggunakan lambang Bulan Sabit Merah dan langkah tersebut telah diikuti oleh kebanyakan Negara Islam.
  • 4. 4 1.2 Sejarah hidup Bapa Palang Merah Dunia Jean Henry Dunant Bapa Palang Merah Jean Henry Dunant dilahirkan pada 8 Mei, 1828 di Geneva, Switzerland dan meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 di Heidden, Zurich, Switzerland. Beliau lebih dikenali sebagai Henry Dunant atau Henri Dunant. Beliau seorang rakyat Switzerland, ahli perniagaan, aktivis sosial dan agamawan Kristian aliran Calvinisme yang kuat. Pada 1859 semasa misi perniagaannya ke Algeria, benua Afrika, beliau menyaksikan Pertempuran Solferino di kampung Solferino, Itali kini. Buku tulisannya 'A Memory of Solferino' telah menceritakan keperitan mangsa perang di kalangan orang awam dan tentera. Pertempuran Solferino melibatkan tentera Perancis menentang tentera Austria. Henry Dunant dilahirkan di Geneva, Switzerland. Bapanya ahli perniagaan Jean-Jacques Dunant dan ibunya Antoinette Dunant-Colladon. Keluarganya penganut Kristian aliran Calvinisme dan merupakan keluarga elit di Geneva. Ibu bapanya merupakan aktivis sosial, banyak meluangkan
  • 5. 5 masa membantu anak-anak yatim dan anak mangsa perceraian. Ibunya bekerja di rumah sakit dan biasa membantu mereka yang miskin. Sejak 1836 Henry Dunant sering mengikuti ibu bapanya membuat kerja-kerja kebajikan di sebuah penjara Toulon, Switzerland. Pada 1846 Henry Dunant melihat sendiri pemberontakan dan menyertai Persatuan Geneva untuk Alm. Kemudian bersama rakan-rakan telah menubuhkan dan pengasas 'Thursday Association' iaitu satu pasukan muzik untuk mengkaji kitab Bible dan membantu mereka yang menderita. Dia melapangkan masa untuk melawat banduan di penjara dan pelbagai kerja sukarela lain. Pada 30 November 1852 Henry Dunant telah mengasaskan Persatuan Pemuda Kristian (Young Men's Christian Association / YMCA) cawangan Geneva. Tiga tahun kemudian Henry terlibat dalam mesyuarat di Perancis untuk mengasaskan pertubuhan antarabangsa tersebut namun pada tahun yang sama Henry Dunant tersingkir dari Kolej Calvin kerana markah peperiksaan amat rendah. Dia kemudian bekerja dengan syarikat pengurup wang Lullin und Sautter. Syarikat-syarikat Henry Dunant di Algeria telah bankrap seperti firma kewangan CriditGenevois akibat satu skandal. Pada 17 Ogos 1868 beliau diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Perdagangan Geneva kerana amalan mengelirukan. Oleh itu masyarakat Calvinist mahu beliau dipinggirkan. Henry Dunant meletakkan jawatan setiausaha pada 25 Ogos 1867 dan pada 8 September 1867 meletakkan jawatan dari ICRC. Sejak itu GustaveMoynier telah menjadi Presiden dan memainkan peranan utama dalam ICRC. Pada Februari 1868 ibu Henry Dunant meninggal dunia. Pada 1868 juga Henry Dunant disingkir dari YMCA kerana muflis. Pada 1867 Henry Dunant meninggalkan Geneva dan enggan kembali lagi. GustaveMoynier pula merancang agar semua wang insuran tidak diserahkan kepada Henry Dunant. Malah cenderahati 'Sciences Morales' dari Festival Paris Sedunia tidak diberi kepadanya sebaliknya diserahkan kepada GustaveMoynier dan Dufour agar wang diserahkan kepada Majlis. Napoleon III setuju membayar
  • 6. 6 separuh hutang-hutang Henry Dunant jika kawsan-kawan Dunant membayar yang lain. Tetapi usaha ini juga dihalang oleh Moynier. Dunant pindah ke Paris dalam keadaan papa kedana. Namun dia tetap meneruskan misi kemanusiaan dan organisasi sukarela. Sepanjang Peperangan Perancis-Prusia (1870-1871) dia mengasaskan Persatuan Bantuan Bersama (Common Relief Society) dan 'Perikatan Bersama untuk Tamadun dan Pemerintahan'. Dia mencadangkan rundingan perlucutan senjata dan mengadakan mahkamah antarabangsa bagi memnyelesaikan konflik-konflik antarabangsa. Dia juga menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. Kemudian dia bekerja di sebuah perpustakaan. Henry Dunant masih hidup bankrap dan terhutang akibat mengabaikan kehidupan peribadi dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Semua kawan dan lawan menjauhkan diri. Walaupun dia dilantik sebagai ahli kehormat Persatuan Palang Merah Austria, Belanda, Sweden, Prusia dan Sepanyol tetapi dia semakin dilupakan. Dia berpindah-randah dari Stuttgart, Rome, Corfu, Basel dan Karlsruhe. Di Stuttgart dia bertemu dengan Rudolf Muller di Universiti Tubingen, Jerman. Pada 1881 dengan bantuan rakan dia kembali ke kampung halamannya di Heiden, Geneva. Pada 1887 Henry Dunant pergi ke London dan menerima bantuan kewangan dari pelbagai pihak dan kembali ke Heiden Julai 1997. Pada 30 April 1892 beliau terlantar sakit di hospital yang dipunyai oleh Dr Hermann Altherr. Di Heiden, Henry Dunant bertemu dengan seorang guru muda bernama Wilhelm Sonderegger dan isterinya Susanna. Rene, iaitu anak Wilhelm Sonderegger telah menerbitkan surat-surat daripada Henry Dunant kepada bapanya Wilhelm Sonderegger.Mereka menubuhkan cawangan Palang Merah Heiden. Pada 1890 Henry menjadi presiden kehormat dan mahu meneruskan visi kemanusiaannya. Tetapi GustaveMoynier tetap memusuhinya. Wilhelm Sonderegger meninggal dunia pada 1904 ketika berusia 42 tahun. Pada September 1895, George Baumberger, ketua editor Die Ostschweiz, St. Gallen telah menulis rencana mengenai pengasas Palang Merah dan telah menemubual Henry Dunant di Heiden. Akhirnya Henry
  • 7. 7 Dunant menerima pelbagai pingat termasuk Swiss Binet-Fendt Prize dan pingat dari Pope Leo XIII. Dia juga menerima sokongan Tzar Rusia, Maria Feodorovna. Selepas itu sumbangan dan derma wang mencurah-curah sejak itu kepadanya. Pada tahun 1901 Henry Dunant telah dianugerahi dengan Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama. Pada 1903 Heney Dunant diberi ijazah doktor kehormat dari Universiti Heidelberg, Jerman dan akhirnya dia terlantar di hospital sehingga dia meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 jam 10 malam. Pada akhir hayatnya dia mengalami tekanan perasaan akibat kemelesetan, bangkrap, dikejar pemungut hutang dan kritikan daripada Moynier. Dia pernah meminta jururawat memeriksa makanan sama ada telah diracun atau tidak. Walaupun masih Kristian, dia beralih kepada Calvinisme dan merancang agama umum. Ironinya, Henry Dunant dan GustaveMoynier tidak pernah berdamai. Henry Dunant dikebumikan tanpa sebarang upacara di perkuburan Sihlfeld, Zurich, Switzerland. Dalam wasiatnya, dia mahu mendermakan wangnya kepada rumah kebajikan Heiden, pertubuhan kebajikan di Norway dan Switzerland. Dia juga mahu wang dibayar kepada pemiutang-pemiutang. Hari lahirnya 8 Mei diisytiharkan sebagai Hari Bulan Sabit Merah / Palang Merah Antarabangsa. Rumah kebajikan Heiden dijadikan Muzium Henry Dunant. Banyak bangunan, sekolah, jalan di Geneva dan pelbagai tempat di serata dunia dinamakan sempena nama Henry Dunant. Pingat Henry Dunant dikurniakan oleh ICRC kepada sesiapa yang berjasa dalam kerja-kerja kemanusiaan. Filem 'Henry Dunant: Du Rouge Sur La Croix' telah diterbitkan bagi mengenang jasa-jasa beliau.
  • 8. 8 1.3 Sejarah PBSM di Malaysia Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain. Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963. Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965. Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan
  • 9. 9 kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia. Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut: i. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi Persatuan palang Merah di semenanjung bertaraf cawangan sahaja dan ibu pejabatnya jauh di London. Satu akta parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu Federation of Malaya red Cross Society (Incorporation) Act of Parliament (Act No. 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962. ii. Apabila Malaya ditukar nama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak di bawahnya, telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysia red Cross Society (Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malasyia Act 540) di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965. iii. Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malaysia Red Crescent Society (Change of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162). 1.4 Fungsi International Committee Red Cross (ICRC) di Malaysia Pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Kuala Lumpur menempatkan Delegasi Serantau yang meliputi aktiviti-aktiviti di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan Jepun, serta Pusat Sumber Serantau yang menyokong kerja Delegasi-delegasi ICRC di Asia Tenggara dan Asia Timur. ICRC telah hadir di Malaysia semenjak awal dekad 1970-an, bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa dalam melawat orang dalam tahanan serta mempromosikan dan menyebarkan Undang-undang
  • 10. 10 Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) selaras dengan mandatnya yang telah diberikan di bawah Konvensyen Geneva tahun 1949. Hari ini, ICRC telah menjalin hubungan kerja yang erat dengan beberapa Kementerian termasuk Kementerian Luar Negeri Malaysia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri, Angkatan Tentera Malaysia dan Polis, Jabatan Peguam Negara, serta lain-lain pihak berkepentingan. i. Penglibatan dengan Angkatan Tentera Malaysia Penjalinan hubungan yang kukuh dengan Angkatan Tentera Malaysia merupakan unsur penting dalam usaha ICRC untuk bekerjasama dengan pembuat-pembuat keputusan dalam bidang ketenteraan di semua peringkat. ICRC membantu pihak Angkatan Tentera untuk memasukkan UUKA ke dalam pengajaran dan latihannya. Hasil daripada sumbangan ICRC, dalam tahun 2007 sukatan pelajaran latihan Angkatan Tentera Laut telah mula merangkumi mata pelajaran UUKA. ICRC terus menyokong pembangunan latihan UUKA di dalam Angkatan Tentera Darat dan Tentera Udara. Di atas jemputan Angkatan Tentera, ICRC kerap mengadakan taklimat bagi pegawai-pegawai kanan tentera di Kolej Kakitangan Tentera, Pusat Peperangan Bersama (PESAMA), Pusat Pengaman di Port Dickson dan Unit Perubatan Tentera di Kem Terendak [18], Melaka. ICRC dan Angkatan Tentera Malaysia bersama-sama menganjurkan pelbagai seminar dan bengkel yang membabitkan tajuk-tajuk berkenaan dengan undang-undang konflik bersenjata (UUKB). ICRC menaja pegawai-pegawai terpilih ke luar negara untuk menghadiri kursus-kursus UUKB dan juga menyertai latihanlatihan tentera di Malaysia seperti EX Keris Strike. ii. Mengukuhkan kerjasama dengan agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri ICRC telah meneruskan usaha untuk memupuk hubungan kerja dengan beberapa jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Memandangkan kepakaran ICRC dalam isu-isu berkaitan dengan
  • 11. 11 penahanan serta pengalaman lamanya dalam membantu pihak-pihak berkuasa untuk memenuhi keperluan kemanusiaan bagi orang yang dinafikan kebebasan, ICRC sedang bekerjasama dengan Jabatan Imigresen berkenaan isu pendatang-pendatang haram dalam tahanan. Satu projek kerjasama yang baru muncul adalah dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, di mana sukarelawan- sukarelawannya merupakan antara orang yang pertama bertindak balas jikalau terdapat kematian secara beramai-ramai berikutan daripada bencana alam. Bersama dengan Jabatan tersebut, ICRC sedang menghasilkan modul latihan mengenai pengurusan mayat manusia jika terdapat kematian secara beramai-ramai demi membenarkan keluarga-keluarga mangsa untuk dimaklumkan tentang nasib orang yang tersayang. ICRC turut menemui pegawai-pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia bagi membincangkan peluang-peluang untuk kerjasama dalam masa hadapan, termasuk menganjurkan bengkel-bengkel penguatkuasaan undang-undang bagi pegawai-pegawai kanan polis berkenaan dengan Piawai-piawai Kepolisan Antarabangsa dan hak asasi manusia. Baru-baru ini, ICRC telah menganjurkan sesi taklimat untuk lebih daripada 200 pegawai Malaysia yang sedang menunggu untuk dihantar ke misi Pengaman Malaysia PBB ke Timor Timur, Sudan dan Lubnan. Sesi-sesi taklimat mengenai peranan, mandat dan aktiviti-aktiviti ICRC telah diadakan dengan pegawai-pegawai kanan polis di Ibu Pejabat PDRM di Bukit Aman, Kuala Lumpur, Kolej Polis di Cheras dan Pusat Latihan Polis di Ulu Kinta. iii. Mempromosikan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa ICRC mempromosikan pemeteraian dan kesertaan ke dalam triti Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) serta memberi nasihat kepada Negara-negara mengenai langkah-langkah perundangan dan pentadbiran untuk melaksanakan triti tersebut. Bagi tujuan ini, ICRC mengendalikan pelbagai latihan, bengkel dan acara untuk mempertingkatkan tahap kesedaran UUKA di kalangan agensiagensi kerajaan dan institusi-institusi pendidikan utama. Ia telah
  • 12. 12 menghasilkan pangkalan data perundangan dan undang-undang model yang telah diterima-pakai oleh negara-negara, termasuk Malaysia (contohnya Akta Konvensyen Geneva 1962, Akta Pelaksanaan Konvensyen Periuk Api Pembinasa Anggota 2000, Akta Konvensyen Senjata Kimia 2006). ICRC menyokong kerja Jawatankuasa Kebangsaan UUKA dan sehingga kini, 93 Jawatankuasa Kebangsaan seumpana ini wujud di serata dunia. Dalam tahun 2007, Jawatankuasa Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (JUKAM) telah ditubuhkan. JUKAM dipengerusikan oleh Menteri Luar Negeri. Hari ini, Jabatan Penyelidikan, Triti dan Perundangan Antarabangsa, di bawah Kementerian Luar Negeri, bertindak sebagai sekretariat JUKAM. ICRC terus berusaha untuk mempromosikan UUKA di Malaysia menerusi JUKAM dan agensi-agensi kerajaan individu serta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. iv. Bekerjasama dengan Universiti-universiti Sejak tahun 2004, ICRC telah menganjurkan pelbagai seminar, ceramah, simposium, serta pertandingan perdebatan dan mahkamah moot bersama-sama dengan institusi-institusi seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi MARA. ICRC turut menyokong usahausaha pihak-pihak berkuasa universiti untuk merangka sukatan pelajaran model mengenai UUKA untuk dimasukkan ke dalam kursus-kursus akademik berkaitan dengan undang-undang, sains politik dan hak asasi manusia. v. Membolehkan keluarga-keluarga untuk terus berhubung dengan orang yang tersayang Selaku sebahagian daripada rangkaian pertalian keluarga Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, ICRC dengan kerjasama Bulan Sabit Malaysia menyediakan perkhidmatan pengesanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain kepada keluarga-keluarga yang perlu menghubungi orang yang
  • 13. 13 tersayang mereka setelah dipisahkan akibat daripada situasi konflik, bencana atau kejadian-kejadian lain. ICRC bekerjasama dengan penuh ketelusan dengan pihakpihak berkuasa berkenaan untuk memastikan bahawa orang dalam tahanan di luar negara (termasuk Guantanamo Bay) dapat berutus dengan keluarga-keluarga mereka melalui pertukaran Perutusan Palang Merah. vi. Perkongsian dengan Kementerian Pelajaran Malaysia Sejak tahun 2002, ICRC telah bekerja rapat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mempromosikan persepaduan program pelajaran Penerokaan Undang-undang Kemanusiaan (PUUK) di sekolah-sekolah. Ini telah tercapai dalam tahun 2007 apabila bahagian-bahagian berkaitan dalam modul PUUK telah disepadukan ke dalam sukatan pelajaran „Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan‟, yang sedang diajar di seluruh negara kepada pelajar-pelajar berusia 15 tahun. Dianggap sebagai paling maju di Asia, kerjasama di antara Kementerian Pendidikan dengan ICRC sering disebut sebagai kajian kes amalan terbaik untuk menunjukkan bagaimana untuk bersamasama menghasilkan program PUUK. Dalam tahun 2009, ICRC telah menyerahkan program tersebut kepada Kementerian Pelajaran dan Bulan Sabit Merah Malaysia, yang merupakan rakan kongsi kebangsaan ICRC dalam Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Kini, ICRC kekal sebahagian daripada proses perundingan dan latihan demi menyokong pembangunan program PUUK dengan lebih lanjut lagi.
  • 14. 14 1.5 Prinsip-prinsip asas PBSM Terdapat 7 Prinsip Asas pergerakan iaitu kemanusiaan, kesaksamaan, keberkecualian, kebebasan, khidmat sukarela, ketunggalan dan kesejagatan. Setiap prinsip dihuraikan seperti berikut: i. Kemanusian Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat-menghormati sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama, dan kedamaian yang berkekalan dalam kalangan manusia. ii. Kesaksamaan Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada keskes kecemasan yang paling serius. iii. Keberkecualian Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi. iv. Kebebasan Walaupun berupa badan sokongan, kepada pihak yang berkuasa awam, dan tertakluk kepada undang-undang negara, persatuan tetap menjaga autonominya supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan. v. Khidmat sukarela Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan untuk mencari untung
  • 15. 15 vi. Ketunggalan Hanya ada satu persatuan palang merah atau bulan sabit merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara. vii. Kesejagatan Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia di mana semua persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling membantu di antara satu sama lain. 1.6 Etika pemakaian Pakaian PBSM terbahagi kepada dua iaitu kategori pakaian pelatih atau pelajar dan pakaian pemimpin. Perbezaan pakaian antara pelatih dan pemimpin hanyalah dari segi bush jaket dan pangkat. Gambar di bawah adalah contoh pakaian lengkap seragam pelajar dari kanak-kanak hingga remaja.
  • 16. 16 Baju seragam dan aksesori yang terdapat pada pakaian pelatih atau pelajar adalah seperti dalam jadual di bawah: 1 Baju PBSM Lelaki 2 Baju PBSM Perempuan 3 Seluar putih
  • 17. 17 4 T-shirt PBSM putih lengan pendek 5 T-shirt PBSM putih lengan panjang 6 T-shirt PBSM merah lengan pendek
  • 18. 18 7 T-shirt PBSM merah lengan panjang 8 Beret hitam 9 Lencana beret PBSM 10 Lencana bahu negeri
  • 19. 19 11 Lencana bahu logo PBSM 12 Lencana kolar PBSM 13 Lencana poket PBSM 14 Lanyard hitam single 15 Tali pinggang 16 Butang
  • 20. 20 17 Topi 18 Pangkat bagi pelajar 19 Kasut potong hitam 20 Kain anduh
  • 21. 21 Berikut adalah pakaian dan kategori pangkat bagi pemimpin PBSM: 1 Bush jaket pegawai lelaki 2 Bush jaket pegawai wanita 3 Vest pegawai
  • 22. 22 4 Baju korporat pegawai lelaki 5 Baju korporat pegawai wanita 6 Lanyard hitam double 7 Pangkat bagi pegawai
  • 23. 23 Susunan pangkat bermula dari jawatan tertinggi dalam Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah Malaysia. 1 SUSUNAN PANGKAT UNIT BANTUAN SUKARELA PBSM Briged Pengarah UBS Jeneral Kebangsaan 2 Leftenan Kolonel Penolong Pengarah UBS Kebangsaan 3 Mejar Pegawai Penjaga Belia UBS Cawangan 4 Kapten Komandan 5 Leftenan Timbalan Komandan 6 Leftenan Muda Kuartermaster Unit 7 Staf Sarjan Ketua Utama Seksyen 8 Sarjan Ketua Seksyen 9 Koperal Penolong Ketua Seksyen 10 Lans Koperal Senior
  • 24. 24 1.7 Logo Pengiktirafan Emblem Palang Merah sebagai Emblem Palang Merah Kebangsaan dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM) atau International Committee of Red Cross (ICRC) telah dibuat pada tahun 1864. Lambang palang merah merupakan lambang terbalik dari bendera Switzerland. Lambang tersebut dipilih untuk memberi penghargaan kepada Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negara tersebut. Emblem Palang Merah Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Rusia selama enam bulan tiba-tiba mengumumkan kepada majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva, lambang palang merah menghina kepercayaan agama anggota-anggota tenteranya. Oleh yang demikian, mereka menggunakan lambang bulan sabit merah untuk perkhidmatan ambulans mereka.Langkah itu diikuti oleh banyak negaranegara Arab atau negara- negara yang mempunyai banyak penduduk Muslim. Kedua-dua lambang ini, palang merah dan bulan sabit merah dilindungi oleh Konvensyen Geneva sejak tahun 1929.
  • 25. 25 Emblem Bulan Sabit Merah Logo Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Malaysia Logo PBSM pada pakaian seragam
  • 26. 26 1.8 Lagu Bulan Sabit Merah Malaysia Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat Lirik: Dato‟ Dol Ramli Lagu: Dato‟ JohariSalleh “Lagu Bulan Sabit Merah” telah pertama kali dimainkan sewaktu perasmian rasmi pertukaran nama pergerakan dari Palang Merah Malaysia ke Bulan Sabit Merah Malaysia.
  • 27. 27 1.9 Ikrar persatuan BAHAWA KAMI, AHLI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA, BELIA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DENGAN INI BERJANJI, AKAN TAAT KEPADA TUHAN, SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG & YANG DIPERTUAN NEGERI KAMI, BERDASARKAN PRINSIP RUKUN NEGARA, SERTA AKAN BERSAMA-SAMA MEREKA DI SELURUH DUNIA, MEMBANTU MEREKA YANG SAKIT DAN MENDERITA, BERDASARKAN KEPADA PRINSIP PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH SEPERTI BERIKUT; KEMANUSIAN KESAKSAMAAN KEBERKECUALIAN KEBEBASAN PERKHIDMATAN SUKARELA KETUNGGALAN KESEJAGATAN
  • 28. 28 BAB 2 2.1 Jawatankuasa Induk PBSM Seksyen 2 PENASIHAT PBSM SEKSYEN 2 Puan Zarina binti Md. Ali KETUA PBSM SEKSYEN 2 Noor ZamatulShima binti Ahmad NAIB PENGERUSI PBSM SEKSYEN 2 Siti Fatimah binti Megat Fauzi SETIAUSAHA BENDAHARI Aminah binti Mohd.Bahari Siti Asmaa binti Baharudin
  • 29. 29 2.2 Jawatankuasa kumpulan KETUA KUMPULAN Sabarunnisa binti Rabiullah PENOLONG KETUA KUMPULAN Siti Zulaikha binti Salleh SETIAUSAHA Liyana binti Hassan BENDAHARI Nor Amelia Murni binti Alel AHLI JAWATANKUASA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Nur Abida binti Mohamad Noor Syakira binti Mohamad Nur Aimi binti Ramli ShazanaAimi binti Rehan Normila binti Zainudin Maimun binti Ibrahim Siti Hamimnun binti Abdullah Wahyuni binti Sajuri
  • 30. 30 2.3 Laporan aktiviti dan perjumpaan mingguan PBSM Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 1/2012 Tarikh : 22 Mac 2012 Hari : Khamis Masa : 5:00 petang – 7:00 malam Tempat : Bilik Tutorial 10 BIL AGENDA / AKTIVITI 1 Sesi perkenalan bersama pensyarah pembimbing dan Penasihat PBSM; Pn.Zarina. 2 Penerangan mengenai Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran (RPP) PBSM oleh Pn.Zarina. Pn.Zarina turut menerangkan skop kerja dan lulus yang perlu dicapai oleh pelajar. 3 Pensyarah turut memaklumkan mengenai Projek Akhir yang akan dikendalikan sendiri oleh semua ahli PBSM di akhir semester nanti. Projek akhir tersebut akan diambil kira sebagai syarat lulus kokurikulum. Pertemuan seterusnya akan diadakan di tempat dan masa yang sama pada 29 Mac 2012. Disediakan oleh, ………………………. (SITI ZULAIKHA SALLEH) Ahli PBSM DPLI UTHM Seksyen 2 22 Mac 2012
  • 31. 31 Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 2/2012 Tarikh : 29 Mac 2012 Hari : Khamis Masa : 5:00 petang – 7:00 malam Tempat : Bilik Tutorial 10 BIL AGENDA / AKTIVITI 1 Ahli-ahli PBSM dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil yang mana setiap kumpulan mempunyai anggaran keahlian seramai 11 hingga 12 orang. 2 Setiap kumpulan yang dibentuk diberi dua tajuk pembentangan yang akan dibentangkan mengikut undian giliran kumpulan. 3 Kumpulan kami terdiri daripada: 4 1. Sabarunnisa binti Rabiullah 2. Noor Syakira binti Mohamad 3. Siti Zulaikha binti Salleh 4. Nur Abida bintiMohamad 5. Nur Amelia Murni binti Alel 6. Nur Aimi binti Ramli 7. ShazanaAimi binti Rehan 8. Normila binti Zainudin 9. Maimun binti Ibrahim 10. Siti Hamimnun binti Abdullah 11. Liyana binti Hassan 12. Wahyuni bintiSajuri Tajuk tugasan yang diperolehi oleh kumpulan kami ialah Sejarah PBSM dan Kaedah Pertolongan Cemas. Kami membahagikan kumpulan kami kepada dua kumpulan lagi yang setiap satunya terdiri daripada 6 orang supaya tugasan dapat disiapkan dengan lebih cepat. Disediakan oleh, ………………………. (SITI ZULAIKHA SALLEH) Ahli PBSM DPLI UTHM Seksyen 2 29 Mac 2012
  • 32. 32 Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 3/2012 Tarikh : 05April 2012 Hari : Khamis Masa : 5:00 petang – 7:00 malam Tempat : Bilik Tutorial 10 BIL AGENDA / AKTIVITI 1 Pembentangan tugasan bermula pada perjumpaan minggu ini. Pembentangan pertama dimulakan oleh kumpulan kami iaitu Siti Zulaikha, Sabarunnisa, Noor Syakirah, Nur Abida, Nur Amelia dan Nur Aimi. Tajuk pembentangan kami ialah Sejarah PBSM di mana kami menceritakan mengenai pengasas Palang Merah dan peristiwa yang berlaku sehingga tertubuhnya Pergerakan Palang Merah di dunia. 2 Pembentangan seterusnya disambung oleh kumpulan kedua iaitu Sejarah PBSM di Malaysia yang dibentangkan oleh Siti Fatimah Binti Megat Fauzi. Pembentangan ini berkisar mengenai kronologi penubuhanPergerakanBulan Sabit Merah di Malaysia. 3 Perjumpaan mingguan hari ini diakhiri dengan perbincangan mengenai aktiviti yang harus dilaksanakan sebagai memenuhi rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan. Pertemuan seterusnya akan diadakan di tempat dan masa yang sama pada 29 Mac 2012. Disediakan oleh, ………………………. (SITI ZULAIKHA SALLEH) Ahli PBSM DPLI UTHM Seksyen 2 05 April 2012
  • 33. 33 Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 4/2012 Tarikh : 12April 2012 Hari : Khamis Masa : 5:00 petang – 7:00 malam Tempat : Dewan Kuliah A BIL AGENDA / AKTIVITI 1 Perjumpaan pada hari ini diadakan di Dewan Kuliah A kerana Bilik Tutorial di mana tempat perjumpaan mingguan berkunci. Perjumpaan pada minggu ini dimulakan dengan penerangan pensyarah mengenai perkembangan projek akhir yang akan dijalankan. Pensyarah menekankan kepentingan pelaksanaan aktiviti tersebut. 2 Aktiviti seterusnya merupakan pembentangan daripada kumpulan ketiga. Kumpulan ini membentangkan tajuk berkaitan etika pemakaian PBSM. Uniform yang digunakan dalam persatuan bulan sabit merah berbeza mengikut majlis dan tujuan perjumpaan namun pakaian rasmi biasa yang digunakan adalah t-shirt putih bersama seluar panjang putih dengan lengkap berkasut sukan putih. 3 Pembentangan seterusnya disambung oleh kumpulan keempat yang membentangkan mengenai perkembangan PBSM di peringkat sekolah. Pembentangan ini menekankan agenda-agenda yang terlibat dalam perjumpaan PBSM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Disediakan oleh, ………………………. (SITI ZULAIKHA SALLEH) Ahli PBSM DPLI UTHM Seksyen 2 12 April 2012
  • 34. 34 Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 5/2012 Tarikh : 19April 2012 Hari : Khamis Masa : 5:00 petang – 7:00 malam Tempat : Bilik Tutorial 10 BIL AGENDA / AKTIVITI 1 Perjumpaan kali ini dimulakan dengan pembentangan oleh kumpulan kecil kedua bagi setiap empat kumpulan yang ada untuk tajuk tugasan yang kedua. Pembentangan dimulakan oleh kumpulan pertama dengan tajuknya teknik pertolongan cemas yang merangkumi kaedahbantuan kecemasan yang digunakan semasa berlakunya kecemasan. 2 Pembentangan kedua mengenai kaedah pertolongan cemas iaitu yang disampaikan oleh kumpulan kedua dalam kumpulan kami yang diketuai oleh LiyanaBt Hassan. Kumpulan ini telah membentangkan mengenai sistem pernafasan dan peredaran darah tubuh manusia serta alat – alat bantuan kecemasan yang boleh didapati dalam peti kecemasan beserta kegunaannya. Kumpulan ini telah menghasilkan pembentangan yang agak baik kerana diakhiri dengan kuiz dan disertakan dengan pemberian hadiah kepada individu yang memberi jawapan yang tepat. Perjumpaan seterusnya akan diadakan selepas cuti pertengahan semester selama seminggu dan diadakan di tempat dan masa yang sama pada 03 Mei 2012. Disediakan oleh, ………………………. (SITI ZULAIKHA SALLEH) Ahli PBSM DPLI UTHM 19April 2012
  • 35. 35 Seksyen 2 Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 6/2012 Tarikh : 03Mei 2012 Hari : Khamis Masa : 5:00 petang – 7:00 malam Tempat : Bilik Tutorial 10 BIL 1 Perjumpaan ini AGENDA / AKTIVITI dimulakan dengan ucapan pensyarah dan perbincangan bersama mengenai perkembangan aktiviti projek akhir PBSM. 2 Aktiviti seterusnya diikuti oleh pembentangan kumpulan ketiga akhir. Pembentangan kumpulan tersebut mengenai prinsip-prinsip asas yang terlibat dalam pertolongan cemas. Pembentangan dari kumpulan yang terakhir ditangguhkan untuk dijadikan slot aktiviti dalam Kem Jati Diri PBSM iaitu projek akhir semester. 3 Aktiviti bersambung dengan perbincangan mengenai slot aktiviti yang perlu diadakan dalam Kem Jati Diri. Ahli jawatankuasa kecil dipilih untuk menggerakkan aktiviti ini dengan lebih lancar. Noor ZamatulShima binti Ahmad selaku Pengerusi PBSM tampil memberikan penerangan mengenai program yang dirancang. Siti Fatimah telah dipilih untuk menjadi Naib Pengerusi. AminahbtMohd Bahari telah dipilih sabagai Setiausaha, Fatimah BtMohdYusoff telah dipilih untuk menjadi Naib Setiausaha dan Asmaa‟ BtBaharudin telah dipilih menjadi Bendahari. Disediakan oleh, ………………………. (SITI ZULAIKHA SALLEH) Ahli PBSM DPLI UTHM 03 Mei 2012
  • 36. 36 Seksyen 2 Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 7/2012 Tarikh : 10Mei 2012 Hari : Khamis Masa : 5:00 petang – 7:00 malam Tempat : Bilik Tutorial 10 BIL AGENDA / AKTIVITI 1 Kertas kerja untuk menjalankan aktiviti telah disediakan oleh AJK tertinggi PBSM. Naib pengerusi iaitu Siti Fatimah binti Megat Fauzi menerangkan mengenai kertas kerja. Berdasarkan penerangan tersebut aktiviti akan dijalankan pada 18hb Jun 2012 bermula jam 7.30 pagi sehingga 5.00 petang. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan ialah pertandingan kawad, senamrobik, pembinaan khemah, dan pembentangan mengenai bencana alam berserta simulasi. 2 Biro-biro yang terlibat ditentukan bagi memastikan kelancaran aktiviti pada hari tersebut. Barisan AJK kecildipilh berdasarkan kategori tugas dan biro yang terlibat. Antara biro aktiviti yang diwujudkan ialah bencana alam, khemah, kawad kaki, peralatan, makanan, kebajikan, kebersihan, pendaftaran dan sijil/hadiah. Saya telah terpilih sebagai AJK Biro Makanan yang mana biro ini bertanggungjawab untuk memesan makanan peserta sepanjang hari program berlangsung. Disediakan oleh, ………………………. (SITI ZULAIKHA SALLEH) Ahli PBSM DPLI UTHM 10Mei 2012
  • 37. 37 Seksyen 2 Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 8/2012 Tarikh : 24Mei 2012 Hari : Khamis Masa : 5:00 petang – 7:00 malam Tempat : Padang Kawad UTHM BIL AGENDA / AKTIVITI 1 Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah latihan kawad. Dua seksyen PBSM telah digabungkan untuk berlatih kawad pada masa yang sama. Dua orang anggota RELA telah mengajar kami mengenai asas-asas dalam latihan kawad. 2 Latihan kawad dimulakan dengan satu pusingan larian mengelilingi padang kawad. Seorang pelajar telah dipilih untuk mengetuai pemanasan badan. Antara langkah-langkah kawad yang telah diajar pada hari ini ialah bersedia, luruskan barisan, bergerak ke depan, ke kanan, ke kiri dan ke belakang. 3 Latihan ditamatkan pada pukul 6.30 petang setelah jurulatih berasa puas hati dengan pergerakan pelajar. Jurulatih memberi pesanan bahawa pada perjumpaan minggu hadapan latihan kawad akan disambung semula. Disediakan oleh, ………………………. (SITI ZULAIKHA SALLEH) Ahli PBSM DPLI UTHM Seksyen 2 24 Mei 2012
  • 38. 38 Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 9/2012 Tarikh : 31Mei 2012 Hari : Khamis Masa : 5:00 petang – 7:00 malam Tempat : Padang Kawad UTHM BIL AGENDA / AKTIVITI 1 Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah sambungan latihan kawad. Latihan kawad dimulakan dengan satu pusingan larian mengelilingi padang kawad seperti yang dijalankan pada minggu lepas. 2 Seterusnya, semua pelajar dikehendaki melakukan senaman regangan. Latihan kawad terus disambung kepada beberapa pergerakan yang lain. 3 Latihan ditamatkan pada pukul 6.30 petang setelah semua pergerakan langkah dalam latihan kawad asas telah dipelajari oleh semua pelajar. Disediakan oleh, ………………………. (SITI ZULAIKHA SALLEH) Ahli PBSM DPLI UTHM Seksyen 2 31 Mei 2012
  • 39. 39 Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 10/2012 Tarikh : 14Jun 2012 Hari : Khamis Masa : 5:00 petang – 7:00 malam Tempat : Bilik Tutorial 10 BIL AGENDA / AKTIVITI 1 Perjumpaan ini dimulakan dengan ucapan pensyarah mengenai perkembangan projek akhir PBSM. Pengerusi PBSM iaitu Nur ZamatulShima memberitahu kepada semua ahli PBSM yang lain bahawa kertas kerja projek telah diluluskan. 2 Pengerusi membincangkan mengenai perkembangan aktiviti oleh semua AJK setiap biro yang terlibat. Puan ZarinaMohd Ali menyumbangkan sebanyak RM100 untuk pelaksanaan aktiviti. 3 Duit sebanyak RM5 telah dikumpul daripada setiap pelajar. Perbincangan sesama ahli diadakan bagi membincangkan tujuan wang tersebut dikumpul kerana wang yang ada didapati mencukupi untuk menanggung segala perbelanjaan. Keputusan diambil agar wang tersebut digunakan dahulu sebelum memperoleh wang peruntukan daripada bendahari UTHM. Perjumpaan ditamatkan pada pukul 6.30 petang kerana bilik perjumpaan persatuan telah dijadikan dewan peperiksaan. Disediakan oleh, ………………………. (SITI ZULAIKHA SALLEH) Ahli PBSM DPLI UTHM 14Jun 2012
  • 40. 40 Seksyen 2 Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 11/2012 Tarikh : 18Jun 2012 Hari : Khamis Masa : 7:30 pagi – 4:00 petang Tempat : Padang dan Surau Kolej Kediaman Melewar BIL AGENDA / AKTIVITI 1 Kem Jati Diri telah diadakan sebagai satu projek akhir Persatuan PBSM DPLI UTHM yang wajib dilaksanakan bagi memenuhi syarat lulus kursus Kokurikulum semester ini. Kem ini telah bermula dengan sesi pendaftaran seawal jam 7:30 pagi. Aktiviti diteruskandengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Johor dan Lagu PBSM diikuti Ucapan rasmi oleh Pengerusi PBSM dan bacaan ikrar. Seterusnya aktiviti Cergas Ceria iaitu senamrobik telah diadakan. 2 Slot ketiga bermula jam 9:30 pagi. Kumpulan pembentangan yang akhir telah membentangkan tajuk tugasan mereka iaitu berkaitan bencana alam yang mana bencana merangkumi dua jenis iaitu bencana alam semula jadi dan bencana buatan manusia. Kumpulan tersebut turut menyediakan aktiviti untuk menguji kekuatan diri dan keyakinan diri. 3 Slot seterusnya merupakan aktiviti simulasi yang telah dirancang awal oleh kumpulan pembentang bagi mewujudkan suasana sebenar kecemasan. Loceng kebakaran berbunyi menandakan telah berlaku kecemasan. Beberapa orang didapati luka dan pelajar bertindak dengan pantas untuk merawat sedaya yang termampu. Saya dan beberapa rakan PBSM yang lain merawat seorang pelajar yang luka di kakinya. Terdapat juga mangsa yang pengsan. 4 Slot seterusnya dijalankan sejurus selepas aktiviti simulasi. Slot ini adalah berkaitan cara-cara mendirikan khemah yang dikendalikan oleh Biro Khemah. Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki mendirikan khemah sendiri sejurus
  • 41. 41 selepas tunjuk cara mendirikan khemah diajar. 5 Bagi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan kawad kaki pada slot aktiviti yang terakhir, kami diberi masa selama 30 minit selepas aktiviti mendirikan khemah untuk berlatih kawad kaki. Tepat jam 12:30 tengah hari, pelajar menjamu selera makan tengah hari dan dibenarkan rehat sehingga jam 2:00 petang. Pada pukul 2.30 petang bermula pertandingan kawad dihakimi oleh Puan Zarina selaku Penasihat PBSM dan Mejar Nurul Izzah iaitu juri kawad kaki yang diundang khas. Selesai pertandingan kawad kaki semua ahli PBSM berkumpul di Surau Kolej Kediaman Melewar untuk menantikan bermulanya majlis penutup dan penyampaian hadiah. 6 Majlis Penutup bermula pada jam 3:30 petang dengan dimulakan ucapan pengerusi majlis diikuti ucapan penutup daripada Puan Zarina selaku Penasihat PBSM. Seterusnya acara penyampaian hadiah kepada peserta pertandingan kawad kaki dan penyampaian cenderahati kepada juri pertandingan kawad. Majlis bersurai jam 4:00 petang dan sebelum bersurai para peserta menikmati hidangan minum petang. Disediakan oleh, ………………………. (SITI ZULAIKHA SALLEH) Ahli PBSM DPLI UTHM Seksyen 2 31 Mei 2012
  • 42. 42 2.4 Laporan Biro Makanan Kem Jati Diri PBSM Laporan Biro Makanan Kem Jati Diri PBSM Tarikh : 18Jun 2012 Hari : Khamis Masa : 7:30 pagi – 4:00 petang Tempat : Padang dan Surau Kolej Kediaman Melewar Ketua Biro: Ahli Jawatankuasa: BIL AGENDA / AKTIVITI 1 Sarapan pagi Menu: Bihun goreng TINDAKAN/ CATATAN - Semua ahli Biro Makanan - Air: Teh „O‟ panas - Terdapat lebihan makanan kerana ada ahli PBSM Saudari Zuliawati selaku Ketua Biro yang tidak hadir. Makanan bersama AJK Noor Syakirah Mohamed mengambil makanan pesanan di kedai kerana khuatir makanan yang dipesan akan tiba lewat daripada yang dijangkakan. - Menuangkan air di dalam cawan untuk setiap peserta bagi mempercepatkan pengagihan makanan. - Mengagihkan air mineral kepada semua peserta 2 Mengemaskan meja Makan tengah hari Menu: Nasi putih, Kari ayam, ikan masin, Sayur campur Air: Oren sejuk - Semua ahli Biro Makanan
  • 43. 43 Buah: Oren Sunkist - Semua AJK Biro Makanan mengagihkan makanan kepada para peserta dan memastikan semua peserta memperoleh makanan tengah hari. - Menuangkan air di dalam cawan untuk setiap peserta bagi mempercepatkan pengagihan makanan. - Mengagihkan air mineral kepada semua peserta. 3 Minum petang - Semua ahli Biro Makanan Menu: Pulut Panggang dan Karipap - Lebihan kuih yang tidak Air: Teh panas - habis diagihkan dan diberi Semua AJK Biro Makanan kepada para peserta untuk mengagihkan makanan kepada para dibawa pulang. peserta dan memastikan semua - Bekas-bekas makanan peserta memperoleh makanan tengah hari. - diserahkan kepada tuan kedai Menuangkan air di dalam cawan untuk setiap peserta bagi mempercepatkan pengagihan makanan. - Mengemaskan meja , peralatan dan bekas makanan. Disediakan oleh, ………………………. (SITI ZULAIKHA SALLEH) Setiausaha Biro Makanan PBSM DPLI 18Jun 2012
  • 44. 44 BAB 3 3.1 Slaid pembentangan kumpulan Slot 1 Tajuk: Sejarah Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
  • 45. 45
  • 46. 46
  • 47. 47
  • 48. 48
  • 49. 49
  • 50. 50
  • 51. 51
  • 52. 52
  • 53. 53
  • 54. 54
  • 55. 55
  • 56. 56
  • 57. 57
  • 58. 58 3.2 Slaid pembentangan kumpulan Slot 2 Tajuk: Kaedah Pertolongan Cemas
  • 59. 59
  • 60. 60
  • 61. 61
  • 62. 62
  • 63. 63
  • 64. 64
  • 65. 65
  • 66. 66
  • 67. 67
  • 68. 68
  • 69. 69
  • 70. 70
  • 71. 71
  • 72. 72
  • 73. 73
  • 74. 74
  • 75. 75
  • 76. 76
  • 77. 77 BAB 4 4.1 Pertolongan Cemas Pertolongan cemas bermaksud pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna. Tujuan-tujuan pertolongan cemas adalah untuk: i. Membantu menyelamatkan nyawa mangsa. ii. Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk. iii. Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa. Sifat-sifat pemberi pertolongan cemas yang baik: i. Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes kecemasan. ii. Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian atau sekelilingnya. iii. Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes. iv. Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa. v. Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan rawatan mangsa. vi. Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan si mangsa. Tugas-tugas ahli pertolongan cemas: i. Menyelamatkan mangsa secara pemulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.
  • 78. 78 ii. Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan kuman. iii. Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak. iv. Elak mangsa dari mengalami renjatan. v. Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang. vi. Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan. Pengendalian mangsa kemalangan i. Memberi bantuan dengan tenang dan pantas. Jangan panik semasa menghadapi keadaan. ii. Beri semangat kepada mangsa agar berada dalam keadaan tenang. iii. Uruskan bantuan supaya mangsa mendapat bantuan perubatan dengan segera. iv. Lapor kejadian kepada pihak polis jika perlu. Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan i. Membuat penilaian keadaan - Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat. - Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan mendapatkan bantuan. ii. Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa Membuat diagnosis - mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan ke atas kecederaan mangsa. iii. Memberi rawatan sementara - menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa yang teruk. iv. Membuat dan memberi laporan - mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran dan rawatan yang telah dilakukan ke atas mangsa.
  • 79. 79 v. Elakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang sepatutnya supaya dapat mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk. vi. Jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama mangsa yang tidak sedarkan diri. Lakukan dengan hanya melonggarkan sahaja manamana bahagian yang ketat. vii. Cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa segera. viii. Lakukan bantuan berdasarkan landas-landas selamatkan nyawa, pendarahan dan kecederaan patah. ix. Beri kerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan diperlukan. 4.2 Jenis-jenis balutan luka i. Balutan luka tangan Luka di telapak tangan Luka siku
  • 80. 80 Luka pergelangan tangan Luka tangan Luka di lengan
  • 81. 81 Luka jari ii. Balutan luka dada Luka depan Luka belakang
  • 82. 82 iii. Balutan luka bahu Luka bahu iv. Balutan luka peha Luka peha v. Balutan luka lutut Luka lutut
  • 83. 83 4.3 Pembebat dan pembalut Pembebat Pembebat kain kasa Tujuan pembebatan: i. Menahan pendarahan ii. Membantu mengelakkan luka atau kecederaan dari terdedah kepada kekotoran yang boleh menyebabkan jangkitan. iii. Mencegah jangkitan di tempat luka. Melakukan pembebatan perlu menggunakan kain pembebatan yang bersih suci hama. Kebiasaannya jenis kain yang digunakan untuk pembebatan adalah dari jenis kain kasa dan kain lint kerana kain ini lembut dan mudah menyerap. Pembebat Semasa Kecemasan: i. Sapu tangan yang bersih. ii. Kain biasa yang bersih dan mudah menyerap. Semasa melakukan pembebatan, seboleh-bolehnya elakkan dari memegang atau menyentuh kain yang digunakan untuk melapik tempat luka. Ini bertujuan meminimumkan jangkitan kuman di tempat cedera tersebut.
  • 84. 84 Pembalut Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan semasa menjalankan rawatan mangsa kemalangan. Antara jenis-jenis pembalut yang digunakan ialah: i. Pembalut tiga segi (triangular bandage). ii. Pembalut lebar (broad bandage). iii. Pembalut panjang (narrow bandage). iv. Pembalut gulung (roller bandage). Kegunaan Kain Pembalut: i. Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak. ii. Menetapkan pembebatan yang dilakukan. iii. Mengampu bahagian yang cedera. iv. Membantu menghentikan pendarahan. v. Mengurangkan bengkak.
  • 85. 85 4.4 Kit bantuan kecemasan “First Aid Kit” 'First Aid Kit' atau kotak pertolongan cemas ialah kotak yang mengandungi peralatan pertolongan cemas dan bekalan perubatan. Kepentingan 'First Aid Kit' i. Menyimpan item perubatan untuk pertolongan cemas ii. Memenuhi keperluan perundangan Ciri-ciri ' First Aid Kit ' i. Kotak - tegap, kuat, mudah alih dan berwarna putih dengan lambang bulan sabit merah ii. Lokasi - mudah dikenal pasti, di simpang di tempat terang dan boleh dilihat, senang diambil. iii. Kandungan - mencukupi, mengikut kegunaan dan diperiksa dengan kerap Kit Pertolongan Cemas
  • 86. 86 Satu kit asas mengandungi: BIL 1 PERALATAN Krim “antihistamine” untuk melegakan rasa gatal 2 Sebatian antiseptik untuk membersihkan luka-luka kecil 3 Tablet parasetamol atau aspirin untuk sakit kepala, demam dan melegakan kesakitan ringan (aspirin tidak harus diberikan kepada orang di bawah umur 16 tahun). 4 Pembalut luka (bandage) CONTOH
  • 87. 87 5 Plaster (sekurangkurangnya sepeket) 6 Pita bergam untuk membalut 7 „Crepe bandage‟ untuk rawatan terseliuh 8 Pembalut elastik 9 Pembalut tiga segi
  • 88. 88 10 Losyen „calamine‟ untuk ruam yang gatal 11 LMS Solution untuk melegakan kesakitan otot 12 Kapas steril (1 gulung) 13 Gauze steril 14 „Dressing‟ untuk luka
  • 89. 89 15 Hidrogen Peroksida atau Alkohol untuk sapuan 16 Putik kapas untuk meletakkan ubat 17 Pin untuk menetapkan bandage 18 Gunting yang tajam tetapi mempunyai hujung yang tumpul (untukkegunaan pertolongan cemas sahaja) 19 Penyepit yang tajam di hujung(untuk membuang selumbar)
  • 90. 90 LAMPIRAN Gambar-gambar yang diambil semasa aktiviti Kem Jati Diri PBSM Tarikh: 18hb Jun 2012 Masa: 7:30 pagi hingga 4:30 petang
  • 91. 91
  • 92. 92