Your SlideShare is downloading. ×
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Bab9 multimedia dalam pendidikan

14,576

Published on

Published in: Education
18 Comments
43 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
14,576
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
23
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
18
Likes
43
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Bab 9 MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKANHASIL PEMBELAJARANDi akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:1. Menyatakan definisi multimedia.2. Menjelaskan sebab-sebab penggunaan multimedia dalam pendidikan.3. Menjelaskan aplikasi-aplikasi multimedia dalam pendidikan.4. Menjelaskan kepentingan-kepentingan multimedia dalam pendidikan.5. Menghuraikan kelemahan dan masalah yang dihadapi dalam penggunaan multimedia dalam pendidikan.6. Mengaplikasikan elemen-elemen multimedia ke dalam persembahan multimedia interaktif berdasarkan panduan-panduan yamg diberikan.9.1 PENGENALANPendidikan yang berunsurkan teknologi moden berkomputer telah dilaksanakandi kebanyakan sekolah di Malaysia bagi memastikan generasi muda tidaktertinggal di belakang dalam perkembangan teknologi ini. Sekolah bestari yangmenjadikan komputer sebagai bahan bantu pengajaran yang utama muladiperkatakan secara meluas. Salah satu elemen penting yang sangat berkaitrapat dengan pengajaran komputer ialah penggunaan bahan berbentukmultimedia.
  • 2. 2 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN Apakah sebenarnya yang dikatakan multimedia? Sebahagian besar mengatakan bahawa multimedia merupakan evolusi terbesar dalam bidang pendidikan dan komunikasi selepas penemuan mesin percetakan. Walau apa jua yang dikatakan atau difahami mengenai multimedia, semua telah maklum bahawa komputer telah merubah cara manusia bekerja dan juga menguruskan maklumat sepenuhnya. komputer juga memainkan peranan utama di dalam merapatkan jurang geografi dan informasi di dalam perhubungan dan pengetahuan manusia. Perkembangan teknologi dalam bidang multimedia pula menambahkan lagi keistimewaan sistem ini dengan membolehkan komputer bukan sahaja menggunakan teks sebagai sumber utama penyaluran informasi tetapi menyelitkan juga unsur-unsur grafik, audio, video, animasi dan interaktiviti kedalamnya. Ini meningkatkan lagi penggunaan keupayaan sesebuah komputer ketahap yang maksima. 9.2 DEFINISI MULTIMEDIA Terlalu banyak definisi yang diberikan terhadap multimedia ini. Mengikut Waterworth (1992), multimedia ialah persepaduan bunyi, muzik, animasi, teks, suara, video dan grafik yang dihasilkan oleh teknologi berasaskan komputer. Ia lebih menarik berbanding dengan televisyen atau kaset video. Rosenberg (1993) pula mendefinisikannya sebagai gabungan bunyi, imej statik, hiperteks dan video yang digunakan selaras dengan teknologi komputer. Beliau juga menambah bahawa multimedia sebagai ”suatu kumpulan ahli teknologi merekacipta sesuatu untuk menarik perhatian dan memuaskan hati mereka sesama sendiri”. Pendapat Jacquetta Megarry (1990) pula, multimedia adalah hipermedia yang berkeupayaan hiperteks. Penekanan diberikan kepada cara-cara pengguna menggabung, menyunting, melaras bunyi, grafik, gambar bergerak, teks dan perisian komputer dengan penggunaan tetikus. Daripada definisi-definisi yang dinyatakan, jelas menunjukkan bahawa multimedia dinyatakan sebagai komputer yang dihubungkan dengan pelbagai peralatan lain seperti pemain cakera video, pemain cakera padat, pengimbas grafik (scanner), syntheziser muzik, monitor dan sebagainya. Secara amnya, boleh dikatakan bahawa multimedia sebagai proses komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan teks, audio, grafik dan
  • 3. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 3animasi. Namun pada sudut pendidikan pula, satu definisi yang paling biasadigunakan bagi mentakrifkan multimedia ialah; “multimedia adalah satu kumpulan sistem kominikasi interaktif yang dipandu oleh komputer untuk mereka, menyimpan, menghantar dan menapis naskah teks, animasi, video dan rangkaian maklumat editan”. Kunci utama yang perlu dibincangkan apabila seseorang perlu membinadefinisi bagi multimedia:(i) Persembahan informasi dengan menggunakan gabungan teks, grafik, audio, animasi dan video serta mempunyai interaktiviti antara pengguna dan juga komputer.(ii) Sistem yang membolehkan capaian informasi bagi sesebuah perisian aplikasi dilakukan secara tidak linear (non-linear navigation) Definisi yang paling mudah untuk multimedia ialah : “Proses komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan teks, grafik, audio, video dan animasi”.9.2.1 Pendidikan menerusi multimediaSistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesatsekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supayapengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran muridmenjadi lebih bermakna. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajarandan pembelajaran berbantukan komputer telah mula diperkenalkan dan kinidengan era teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, ianyasemakin mendapat perhatian ramai. Perkembangan dalam teknologi multimedia pula menjanjikan potensibesar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, caramenyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Multimedia juga menyediakanpelbagai peluang kepada pendidik mengaplikasi pelbagai teknik pengajaran danpelajar diberi peluang untuk memegang kuasa kawalan bagi sesuatu sesipembelajaran.
  • 4. 4 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN Pelajar juga berpeluang untuk menentukan teknik belajar yang bersesuian dengan mereka, membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan masing-masing serta mengalami susana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Sumber maklumat serta rujukan juga bukan lagi terikat dengan teks daripada buku semata-mata tapi lebih luas daripada itu. Kehadiran teknologi multimedia menerusi internet menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat di mana setiap maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan lebih mudah dan pantas. 9.2.2 Penggunaan komputer dalam pendidikan Dalam sesuatu pengajaran secara tradisi, walaupun ianya menjanjikan kejayaan yang tidak boleh dipertikaikan namun demikian ianya juga membawa bersamanya pelbagai masalah dan ketegangan. Dalam pengajaran tradisi, komunkasi sehala banyak berlaku dimana seseorang guru memainkan tugas utama sebagai penyalur maklumat manakala pelajar hanya perlu duduk, mendengar dan mencatatkan isi penting yang diperlukan. Persembahan sebegini sememangnya boleh mengurangkan minat pelajar terhadap terhadap mata pelajaran yang sukar untuk difahami. Rajah 9.1: Penggunaan Komputer dan multimedia Kehadiran komputer serta teknologi moden yang berkaitan dengannya di dalam bidang pendidikan mampu membantu meringankan beban serta kekangan yang sedia wujud di dalam pembelajaran tradisi. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, penggunaan komputer adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkan ianya kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanfaat.
  • 5. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 5 Teks isi pelajaran boleh diringkaskan atau dipersembahkan semulamenggunakan media-media yang lebih menarik dan bersifat lebih dinamik.Penggunaan pelbagai media dalam proses penyampaian maklumat jugamelahirkan persembahan yang lebih menarik serta mampu merangsangkanminda pelajar selain dari faktor ianya tidak membosankan. Soalan-soalan latihanturut dimuatkan selepas setiap bahagian agar pelajar dapat menilai tahapkefahamannya, di samping memperkukuhkan pembelajaran. Disebabkan pelbagai kemudahan serta keistimewaan yang ditawarkanoleh komputer, penggunaan komputer dalam proses pengajaran danpembelajaran telah berjaya menarik minat ramai pihak, ianya juga telah memberikesan terhdap corak pendidikan pada masa ini dan juga mana-mana yang akandatang. Terdapat kemungkinan di mana satu masa nanti pengajaran tradisi yangselama ini hanya menggunakan buku, kapur dan papan hitam akan diambil alihfungsinya oleh komputer dan teknologi lain yang setara dengannya. Namundemikian, peranan guru masih kekal kerana tidak mungkin teknologi bolehmenggantikan peranan yang dimainkan oleh guru sepenuhnya. Ia hanyabertindak sebagai alat yang digunakan bagi membantu para gurumemperluaskan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkansatu pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna.9.2.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan di MalaysiaPeranan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan masa kini tidakdapat dinafikan lagi kepentingannya. Sistem Pendidikan Negara juga tidakterkecuali dalam arus perubahan ini dan bagi memastikan negara mampu untukbersaing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini pelbagaiperancangan, usaha dan strategi perlu dilaksanakan. Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu aplikasi perdanadalam Koridor Raya Multimedia memperlihatkan usaha kerajaan yang berterusanbagi membentuk satu generasi baru yang mempunyai daya saing di dalam erateknologi maklumat dan komunikasi. Selain dari itu, pada penghujung 1998,Mata Pelajaran Teknologi Maklumat (MPTM) telah diumumkan untuk ditawarkandalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2000 sebagai satu matapelajaran pilihan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
  • 6. 6 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN Penggunaan perisian multimedia pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga mendapat perhatian dari pihak kerajaan dan ianya semakin ketara pada tahun 2001. Apabila penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran sains dan matematik di sekolah dilaksanakan, perisian multimedia pendidikan semakin diyakini keberkesanannya dalam membantu para guru dan para pelajar. Berbekalkan komputer riba atau notebook dan projektor LCD yang dibekalkan, para guru boleh memanfaatkan ianya secara optima di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan pelbagai rangsangan serta sokongan daripada pelbagai pihak yang berkaitan, menimbulkan satu persoalan yang perlu dijawab iaitu adakah pihak guru benar-benar bersedia, berkeyakinan seta berkemampuan untuk menangani arus permodenan ini? Adakah program pendidikan perguruan sama ada maktab perguruan mahupun di pusat-pusat pengajian tinggi mampu membekalkan guru-guru yang mampu memikul aspirasi negara seperti mana yang diperlukan? 9.2.4 Teknologi multimedia dan internet dalam pendidikan Kebanyakan perisian atau aplikasi bagi tujuan pembelajaran berbantukan komputer sebelum ini dikatakan masih lagi menggunakan teknik-teknik pengajaran tahun 50’an yang mana masih terikat dengan psikologi pembelajaran jenis tingkah laku (behaviorisma). Dalam erti kata lain, apa yang diperolehi buat masa ini ialah buku teks tradisi yang telah dipindahkan kepada bentuk atau konsep baru iaitu sebagai buku teks elektronik. Komputer di sini hanya berperanan sebagai pembuka helaian atau maklumat. Perisian sebegini sememangnya telah terbukti menerusi kajian kurang berkesan memandangkan cirinya yang linear, berjujukan serta kurang menarik. Ianya juga didapati sukar atau gagal menarik perhatian serta minat pelajar unutk terus mendalami isi pelajaran yang ingin disampaikan. Perkembangan pesat dalam teknologi multimedia dan juga teknologi internet sedikit sebanyak telah berjaya membawa nafas baru dalam dunia pendidikan berdasarkan teknolgi maklumat dan komunikasi. Ianya menawarkan pelabagai keistimewaan yang tidak pernah diperolehi menerusi teknologi sebelumnya. Gabungan kedua-dua teknologi ini pula semakin merancakkan lagi penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan.
  • 7. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 79.2.4 Asas penggunaan multimedia dalam pendidikanInteraksi di antara manusia dan komputer sebelum ini tidak sepenuhnya asli ataunatural memandangkan kebanyakan interaksi hanyalah berdasarkan teks.Pendidikan masa sekarang juga mempunyai persamaan di mana ianya lebihtertumpu kepada penggunaan teks sama ada dalam bentuk perkataan ataunombor. Walaupun secara dasarnya, kita telah biasa dan serasi menggunakancara ini namun kadangkala timbulnya masalah apabila terdapatnya bahagian-bahagian yang sukar untuk diterangkan atau difahami apabila hanya teks sahajayang digunakan. Ini semua mewujudkan sempadan dalam sistem komunikasimanusia. Dalam kehidupan sebenar, kita juga menjalani kehidupan yang penuhdengan elemen atau media-media komunikasi yang lain seperti bunyi dan jugapaparan imej atau grafik sama ada dalam bentuk statik mahupun dinamik. Inijuga menyebabkan wujudnya sempadan di antar apa yang dialami di dalamkehidupan sebenar seseorang dengan proses pendidakan yang dialaminya. Multimedia berupaya menangani permasalahan ini dengan menyelitkanunsur-unsur yang melibatkan penggunaan deria seperti audio, video, animasi,teks, dan grafik ke dalam satu medium komunikasi. Sebagai contoh, cubaperhatikan mana-mana buku teks sekolah atau buku rujukan lain yang andamiliki. Tidak kira walau berapa ribu atau juta warna yang digunakan bukutersebut masih gagal mengatasi kelebihan yang ditawarkan di dalam sesebuahsistem multimedia. Kajian saintifik juga membuktikan proses ingatan yang berlaku dalamotak manusia semakin mudah dilaksanakan apabila manusia menerimapengukuhan dalam pelbagai bentuk dalam masa yang singkat, Maka gambaratau imej adalah lebih baik daripada teks kerana ia mempunyai nilai seni danberdasarkan pengalaman semula jadi manusia. Menambahkan bunyi-bunyiandan animasi juga membantu deria penglihatan dan deria pendengaran untuklebih aktif dalam proses pembelajaran. Konsep interaktiviti dalam multimediapula melibatkan pusat otak manusia yang seterusnya meningkatkan lagi prosespengajaran dan pembelajaran. Aspek hipermedia dalam multimedia juga memainkan peranan yangpenting dalam pendidikan kerana ia membolehkan pelajar untuk mengembara didalam sesuatu topik pelajaran mengikut kehendak atau keperluan sebagaiseorang individu. Ianya memberi peluang pelajar untuk belajar mengikutkeselesaan masing-masing dan juga membolehkan mereka belajar
  • 8. 8 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN menggunakan cara yang mereka gemari dan bukannya hanya mengikut cara yang guru mereka gemari. Manusia cuba mengingati sesuatu perkara berdasarkan konsep padanan (matching) antara input yang ada dengan data atau corak yang telah sedia ada di dalam ingatan. Semakin komplek sesuatu corak yang sedia ada, semakin banyak kunci yang boleh membantu proses pengingatan yang ingin dicapai, Inikah sebabnya manusia mengingati sesuatu maklumat yang mempunyai perkaiatan atau pertalian dengan maklumat yang lain. 9.2.5 Penggunaan multimedia dalam pendidikan Kita telah pun melihat apa yang dimaksudkan dengan multimedia dan internet dan apa yan mampu ditawarkan olehnya. Pelbagai kelebihan serta keistimewaan ini menyebabkan ianya digemari ramai dan mula diterima sebagai salah satu aspek utama dala mkehidupan seharian. Bidang pendidikan juga seperti tidak mahu ketinggalan dan mula memanfaatkan teknlogi tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Persoalannya sekarang ialah bagaimana setiap keistimewaan serta kemudahan yang ditawarkan oleh teknolgi multimedia dan internet ini mampu memberi impak terhadap bidang pendidikan dan mengapa perlunya teknologi ini digunakan di dalam persekitaran pendidikan? Berikut dibincangkan beberapa faktor mengapa perlunya penggunaan multimedia dan internet dalam bidang pendidikan. (a) Ruang penyimpanan dan kemudahan penyebaran Teknologi multimedia membolehkan maklumat dalam kuantiti yang besar disimpan dengan lebih mudah berbanding kaedah penyimpanan secara tradisi. Menerusi teknologi storan yang moden seperti penggunaan cakera padat, maklumat dalam pelbagai media dan format boleh di simpan dengan lebih mudah tanpa memerluka ruang penyimpananyang luas. (b) Kemudahan carian dan capaian maklumat Kebanyakan aplikasi maklumat dan juga internet menyediakan kemudahan carian maklumat yang berkesan dan ini membolehkan mana-mana maklumat yang diperlukan boleh dicapai dalam kadar yang pantas.
  • 9. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 9(c) Rujukan dan pengukuhan maklumat menerusi sumber yang tiadabatasanMenerusi teknologi multimedia dan internet, pelajar boleh memperoleh sumbermaklumat bagi tujuan rujukan dan juga pengukuhan dengan lebih mudah danpantas.(d) Menyediakan kuasa kawalan pembelajaran yang lebih fleksibelMenerusi penggunaan teknologi moden ini, para pelajar dapat menguasaisesuatu pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran yang mereka minati dangemari. Teknologi multimedia dan internet juga menyediakan kelebihan interaktifbersama pelajar yang dan ianya boleh menilai dan merekod pencapaian pelajardalam pembelajarannya.(e) Pembelajaran berkesan menerusi penggunaan pelbagai mediaKajian saintifik membuktikan bahawa proses ingatan yang berlaku dalam otakmanusia semakin mudah dilaksanakan apabila manusia menerima pelbagaipengukuhan dalam pelbagai bentuk dala$m masa yang singkat. Oleh yangdemikian, penggunaan gambar atau imej adalah lebih daripada teks kerana iamempunyai nilai seni dan berdasarkan pengalaman semula jadi manusia.(f) Penggunaan multimedia dalam pendidikanTerdapat pelbagai jenis, bentuk, format, pendekatan serta fokus bagi aplikasimultimedia pendidikan yang terdapat multimedia pendidikan yang terdapat dipasaran dan bergantung kepada pengguna untuk membuat pilihan sertapenilaian sebelum ianya mula digunakan.4.3 APLIKASI MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKANBeberapa contoh penggunan multimedia dalam pendidikan adalah seperti:  Simulasi Penerbangan  Bahan Sejarah Silam
  • 10. 10 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN  Kamus Elektronik  Tindakbalas Bahan Kimia (a) Simulasi Penerbangan Simulasi Penerbangan yang sering digunakan dalam latihan sistem penerbangan merupakan contoh penggunaan multimedia yang terbaik . Simulasi Penerbangan membolehkan bakal juruterbang mengalami latihan seperti dalam keadaan yang sebenar meliputi audio,visual, interaktiviti dan sebagainya. Simulasi seperti ini menjimatkan perbelanjaan dan juga adalah lebih selamat. Ianya juga memberi peluang juruterbang untuk berlatih bertindak di dalam keadaan kecemasan udara (sekiranya di laksanakan dalam latihan sebenar mungkin akan mewujudkan masalah yang serius) (b) Bahan Sejarah Silam Belajar sejarah juga menjadi lebih mudah dan menyeronokan dengan bantuan multimedia. Bahan-bahan sejarah boleh direka bentuk bagi menghasilkan persembahan secara lebih hidup dengan menggabungkan konsep gambar sebenar, animasi 3D dan sebangainya. Pelajar juga boleh melihat video keadaan sebenar tanpa perlu bergerak atau melawat ke lokasi sebenar yang mungkin memerlukan perbelanjaan yang lebih tinggi. (c) Kamus Elektronik Microsoft Bookshelf merupakan siri buku elektronik yang sedia sebagai panduan bagi anda yang menggunakan program Microsoft Office. Salah satu aspek Microsoft Bookshelf ialah ianya menyediakan kamus elektronik. Dengan menekan atau mengaktifkan perkataan di dalam kamus tersebut menghasilkan audio yang mengeluarkan bunyi perkataan tersebut. Ini membantu para pelajar untuk belajar menyebut perkataan tesebut dengan tepat di samping memahami makna disebaliknya. (d) Tindakbalas Bahan Kimia Penggunaan video dan animasi dalam mempersembahkan tindakbalas kimia membolehkan para pelajar memahami pelbagai tindakbalas kimia yang mungkin
  • 11. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 11terlalu bahaya atau memerlukan kos yang tinggi untuk dilaksanakan dalamkeadaan yang sebenar. Program multimedia seperti ini juga membolehkanpelajar memilih bahan kimia, reagen, kepekatan, isipadu bahan kimia dansebagainya mengikut keperluan inidividu. Ini bermakna walaupun setiap pelajarmungkin menggunakan program yang sama tetapi mereka boleh menghasilkankeputusan yang berasakan keperluan dan kreativiti mereka sendiri.9.4 KEPENTINGAN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN(a) Format yang interaktif dan merangsangSatu lagi faktor yang boleh menentukan keberkesanan proses pembelajaranialah interaksi di antara pelajar dan guru. Kebanyakan ahli psikologi bersetujubahawa pembelajaran secara aktif dipercayai boleh menimbulkan suasana yangbersaing sesama pelajar. Sifat ingin tahu lebih lanjut mengenai sesuatu topicakan terbina dengan sendirinya dihati pelajar-pelajar. Pelajar yang pasif akan berasa mereka akan ketinggalan banyak perkarajika tidak turut serta dalam perbincangan. Dengan itu, pembelajaran yangberkesan hanya akan berlaku melalui pembelajaran secara aktif. Interaktif didalam sistem multimedia membolehkan sesuatu proses latihan atau pengajarandijalankan mengikut kesesuaian dan citarasa pelajar. Keistimewaan sistemmultimedia ialah ia mampu menerima tindak balas berbentuk teks yang ditaipatau suara yang diinput melalui mikrofon, semuanya mampu menyediakansuasana saling tindakan antara pelajar dan komputer. Malah, komputer yangtelah disiapkan dengan program pangkalan data yang mempunyai ciri kepintaranyang boleh dijadikan sebagai sahabat dan diajarkan untuk berkomunikasimengenai sesuatu topik pembelajaran.(b) Komunikasi maklumat yang efektifPendedahan dan penyampaian pengetahuan melalui buku teks sahaja bolehmembosankan. Dengan multimedia, pelbagai bentuk maklumat bolehdisampaikan secara lebih berkesan dan menarik. Penggunaan grafik contohnya,boleh memenuhi objektif ini. Ilustrasi berbentuk grafik dan apa jua bentukgambar rajah merupakan antara kaedah yang boleh digunakan untukmeningkatkan keberkesanan dalam proses pembelajaran. Kajian juga
  • 12. 12 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN menunjukkan maklumat yang diterima dalam bentuk grafik dan gambar rajah boleh diterima dengan lebih mudah serta dikodkan di dalam minda pelajar dan ia juga mudah diingati serta senang diterima oleh neutron minda. Penggunaan audio, video dan animasi yang dinamik merupakan tambahan di dalam kaedah penyampaian maklumat yang membina dan efektif apabila disertakan bersama-sama dengan penggunaan teks dan grafik. (c) Pengekalan informasi yang berkesan Teks merupakan asas utama bagi penyaluran informasi dimana ia boleh digunakan untuk memberi penekanan atau pengukuhan kepada sesuatu isu. Tetapi grafik boleh digunakan bagi memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan dan seterusnya membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan. Maka, grafik atau imej adalah lebih baik daripada teks kerana ia mempunyai nilai seni dan berdasarkan pengalaman semulajadi manusia. Kajian saintifik juga telah membuktikan bahawa proses ingatan yang berlaku dalam otak manusia semakin mudah dilaksanakan apabila manusia menerima pelbagai pengukuhan dalam bentuk yang pelbagai dalam masa yang singkat. Pembelajaran dengan menggunakan multimedia adalah merangkumi pelbagai bentuk pengukuhan seperti teks, audio, grafik dan animasi. Manusia lebih mudah mengingati sesuatu maklumat yang mempunyai perkaitan atau pertalian dengan maklumat yang lain. Oleh sebab itu, multimedia yang menyediakan maklumat yang lebih kepada pelajar boleh membantu dalam pembentukan corak ingatan yang lebih kompleks dan seterusnya memudahkan proses capaian maklumat itu pada masa hadapan. Multimedia interaktif juga membolehkan pengguna terlibat secara terus dan berkesan dan ini membolehkan sesuatu informasi disampaikan secara lebih berkesan dan kekal diingatan dalam jangka masa yang lebih panjang. (d) Memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan pada masa sekarang biasanya lebih tertumpu kepada penggunaan teks sama ada perkataan atau nombor. Walaupun kaedah ini sudah lama digunakan dan kita sudah biasa menggunakannya, namun kadang kala timbul masalah bagaimana hendak menerangkan bahagian-bahagian pelajaran yang sukar untuk diterangkan atau difahami hanya dengan menggunakan teks sahaja.
  • 13. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 13Jadi, disinilah multimedia akan memudahkan lagi proses pengajaran danpembelajaran kerana ianya menyelitkan unsur-unsur pelbagai deria sepertiaudio, video, animasi, teks dan grafik dalam menerangkan sesuatu. Contohnya, kalau dengan menggunakan teks sahaja tentu sukar bagiseseorang guru untuk menerangkan dengan berkesan mengenai pergerakandarah di dalam badan manusia tetapi dengan menggunakan animasi, guru tidakperlu bersusah payah untuk menerangkannya kerana pelajar dapat melihatsendiri bagaimana pengaliran darah berlaku di dalam badan manusia.(e) Membolehkan pelajar belajar mengikut kehendak mereka sendiriPelajar-pelajar tidak boleh dipaksa mempelajari sesuatu yang baru dalamkehidupan mereka. Pelajar akan lebih tekun dan berusaha dalam mempelajarisesuatu sekiranya mereka meminati mata pelajaran tersebut serta menyedarikepentingannya dalam kehidupan seharian mereka. Aspek hipermedia dalam multimedia memainkan peranan yang pentingdalam pendidikan kerana ia membolehkan pelajar meneroka di dalam sesuatutopik mata pelajaran mengikut kehendak dan keperluan seseorang individu.Dengan penggunaan hipermedia, ia membolehkan pelajar mencapai maklumattanpa perlu mengikut laluan yang telah ditetapkan seperti lembaran buku danteks. Ia sebaliknya membolehkan pelajar mencapai maklumat mengikut minat,keupayaan dan kehendak hati mereka sendiri. Ianya memberi peluang kepadapelajar untuk belajar mengikut keselesaan masing-masing dan jugamembolehkan pelajar menggunakan cara yang mereka gemari dan bukannyahanya mengikut cara yang guru mereka gunakan. Berbanding dengan cara pengajaran biasa, dimana pelajar perlumenerima apa jua kaedah atau cara yang digunakan oleh guru walaupun merekamungkin tidak menyukainya. Mereka tidak berpeluang untuk belajar mengikutkehendak mereka sendiri dan ini akan menyebabkan timbulnya perasaan malasuntuk belajar dalam diri pelajar itu.(f) Pembelajaran kendiriPembelajaran juga adalah suatu proses yang bersifat individu. Setiap pelajarmempunyai latar belakang dan keupayaan yang berbeza. Oleh itu tanggapanmereka tentang pembelajaran juga berbeza dan masa yang diperlukan untukmenguasai satu topik pembelajaran juga berbeza daripada seorang pelajar kepelajar yang lain. Kebanyakan media dan alat bantu mengajar pada hari ini
  • 14. 14 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN kurang mementingkan sangat mengenai pembelajaran secara individu. Kemunculan mikrokomputer yang mampu dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat boleh mengubah corak pendidikan masa hadapan. Pembelajaran secara berkumpulan dalam sesuatu kelas kini boleh dilakukan secara individu. Dengan perisian kursus yang baik serta berkualiti, komputer telah terbukti berupaya menyediakan pembelajaran secara individu yang peka dan sensitif kepada keperluan pelajar. Input daripada pelajar dianalisa terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan diambil. Pelajar akan berasa seolah-olah ia sedang berhadapan dengan guru seorang diri dan ini dapat meningkatkan keyakinan diri serta menghapuskan rasa malu dalam diri pelajar tersebut. (g) Keseronokan menggunakan komputer multimedia Kemunculan mikrokomputer dalam bilik darjah boleh menaikkan semangat pelajar untuk terus belajar dan mencuba sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Keupayaan komputer sebagai mesin yang boleh berkata-kata amat menarik perhatian mereka. Jika komputer boleh diprogramkan dengan bahan-bahan pengajaran melalui penyampaian yang menarik, kemungkinan untuk menarik minat pelajar supaya terus belajar adalah tinggi. Para guru harus mengambil peluang ini untuk meningkatkan keberkesanan dan mutu pengajaran mereka melalui teknologi canggih ini. 9.6 KELEMAHAN DAN MASALAH PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN Walaupun Pembelanjaran Berbantukan Komputer (PBK) dengan bantuan teknologi multimedia mempunyai banyak kelebihan berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran biasa, ia juga mempunyai kelemahan serta masalahnya tersendiri. Antara kelemahan yang dihadapi ialah:  Kepintaran perisian  Minat, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran  Kualiti Perisian
  • 15. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 15  Tempoh penghasilan perisian multimedia  Kos perbelanjaan dan pembinaan perisian(a) Kepintaran perisianKebanyakan perisian kursus yang ada pada hari ini tidak mempunyai cirikepintaran sepertimana yang diperlukan. Biasanya perisian tidak mampumembezakan input pelajar yang hampir sama ataupun yang mempunyai maksudyang sama. Pembelajaran melalui komputer pada hari ini adalah lebih tertumpupada kaedah tutorial dan latih tubi yang bersifat objektif. Sistem pembelajaranberbantukan komputer yang lebih cerdik diperlukan bagi mengatasi masalahinput atau maklum balas di luar dugaan dan juga perhubungan dialog denganmenggunakan bahasa tabii.(b) Minat, pengetahuan, kemahiran dan kepakaranPara pendidik kurang diberi pendedahan dalam perkembangan dan kemajuanmultimedia. Kebelakangan ini masalah ini di pandang serius dan telah diadakanpelbagai inisiatif bagi meningkatkan para pendidik dengan ilmu teknologikomputer. Minat, pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran para pendidik untukmenghasilkan perisian amatlah perlu untuk membangunkan martabatpencapaian cemerlang dalam pembelajaran.(c) Kualiti perisianPerisian kursus yang bermutu tinggi agak sukar dihasilkan. faktor masa dankekurangan tenaga mahir adalah penghalang utama mengapa perisian kursusyang bermutu tinggi sukar dihasilkan. Sering juga berlaku dimana pembangunansesebuah perisian hanya bertumpu kepada nilai komersial yang mana kualitidinilai berdasarkan kualiti media yang digunakan dan bukannya kepada kualitinilai pengajaran/pembelajaran serta perubahan tingkah laku pelajar yang ingindicapai.(d) Tempoh penghasilan perisian multimediaPembinaan perisian memerlukan latihan yang sistematik untuk menguasaikemahiran dalam perisian-perisian multimedia. Maka ia memerlukan masa yanglama untuk menyiapkannya. Ia juga harus mengambil kira ketepatan isi
  • 16. 16 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN kandungan pelajaran. Faktor pengukuhan kurikulum dan unsur–unsur positif yang boleh meningkatkan mutu pembelajaran. (e) Kos perbelanjaan dan pembinaan perisian Pembinaan perisian multimedia memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Ia disebabkan oleh harga perkakasan dan perisian atau tenaga mahir tempatan yang terlalu sedikit jika di bandingkan dengan negara barat. Kos pembiayaan projek yang tinggi juga mempengaruhi pembinaan perisian kursus yang berkualiti. Kos untuk mengupah tenaga mahir dalah tinggi. Adalah menjimatkan jika perisian kursus dibangunkan sendiri oleh tenaga pengajar. Walaupun harga perkakasan telah menurun dengan banyak sejak kebelakangan ini pada masa yang sama harga perisian pula meningkat naik. Ini disebabkan oleh kos buruh yang tinggi untuk menyiapkan sistem. 9.7 ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN Terdapat lima elemen atau teknologi utama dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Selain daripada itu, interaktiviti juga merupakan sebahagian daripada elemen yang diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi interaktif menerusi penggunaan multimedia. Setiap elemen ini mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mewujudkan satu persembahan informasi yang lebih menarik dan berkesan. 9.7.1 Elemen Teks Walaupun terdapat pelbagai elemen media yang bersifat lebih menarik dan dinamik, teks masih lagi diperlukan sebagai salah satu elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna. Ianya amat penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikan kepada pengguna dan penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin gagal menyampaikan makna seperti mana yang dikehendaki. Panduan ringkas menggunakan teks dalam sesuatu persembahan :
  • 17. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 17(i) pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat(ii) gunakan typeface dan fon yang bersesuaian;.(iii) pastikan teks tersebut boleh dibaca;(iv) pemilihan stail tulisan dan juga warna teks yang bersesuaian;(v) kawal pemilihan fon serta konsisten; dan(vi) pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lainRajah 9.2: Penggunaan elemen teks dalam persembahan multimedia interaktif9.7.2 Elemen GrafikGrafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visualyang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dansebagainya. Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat pentingbagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.Penggunaan grafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat denganlebih pantas dan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual. Grafik mampu membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat denganlebih tepat dan berkesan. Penggunaan graf atau carta misalnya mampumemaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuah syarikat
  • 18. 18 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks atau jadual semata-mata. Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan. Garis panduan ringkas menggunakan grafik : (i) pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran; (ii) pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama; (iii) pilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas; (iv) pilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi; dan (v) gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada sistem berkeupayaan rendah. Rajah 9.3: Contoh Grafik antara muka yang digunakan dalam persembahan multimedia. 9.7.3 Elemen Audio Dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan
  • 19. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 19berkesan. Selain daripada itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi dalamkalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu prosespenyampaian maklumat. Di samping itu juga, elemen audio dikatakan mampumenimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuanyang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan. Garis panduan ringkas menggunakan audio :(i) Audio hanya digunakan jika ianya didapati bersesuaian dengan isi kandungan aplikasi atau program;(ii) Audio hanya digunakan sekira ianya diperlukan atau pun terdapat rasional mengapa ianya digunakan;(iii) Sekiranya audio digunakan, pastikan pengguna mempunyai kuasa kawalan terhadapnya. Kuasa kawalan di sini merujuk kepada kuasa mengawal ketinggian audio, memberhentikan audio dan sebagainya;(iv) Elakkan menggunakan terlalu banyak kesan audio yang sama di dalam sesebuah aplikasi bagi mengelakkan kebosanan;(v) Gunakan saiz sampel atau kadar sampel yang tidak terlalu tinggi bagi tujuan rakaman atau semasa menyimpan fail audio. Selain daripada mengurangkan saiz fail audio, kualiti audio yang terhasil juga sudah memadai bagi digunakan di dalam sesebuah aplikasi multimedia; dan(vi) Elakkan daripada menggunakan audio sekiranya ia didapati boleh mengganggu persembahan.9.7.4 Elemen VideoVideo merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik danjuga realistik berbanding elemen-elemen yang lain. Penggunaan video dalamproses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasiseseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Selain daripada itu, videojuga mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada parapengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosipara penggunanya dengan lebih nyata. Berikutnya merupakan sebahagian daripada kelebihan penggunaan videodi dalam aplikasi multimedia pendidikan dan juga seterusnya dalam prosespengajaran dan pembelajaran :(i) Maklumat lebih realistik;
  • 20. 20 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN (ii) Mampu merangsang pelbagai deria; (iii) Memudahkan proses pengulangan; (iv) Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran; (v) Mampu meraih emosi dan mengubah sikap; (vi) Menyediakan kuasa kawalan kepada pelajar; (vii) Membentuk kemahiran dengan lebih pantas dan berkesan; dan (viii) Menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan. Rajah 9.4: Penggunaan video yang boleh dikawal oleh pengguna dalam persembahan multimedia 9.7.5 Elemen Animasi Animasi merujuk kepada suatu paparan visual yang bersifat dinamik. Ianya juga merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik. Ianya membolehkan sesuatu yang agak sukar untuk diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej-imej statik disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan.
  • 21. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 21 Penggunaan animasi dalam sesuatu persembahan maklumat juga dapatmenceriakan proses penyampaiannya.(i) Ia juga membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistik berbanding penggunaan teks semata- mata.(ii) Di samping itu, animasi juga mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian para penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.(iii) Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik.(iv) Ini membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai suatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipetakan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman.(v) Animasi digital juga boleh digunakan bagi membantu menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya. Ini terutamanya bagi menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun mungkin melibatkan kos yang tinggi.(vi) Persembahan secara visual dan dinamik yang disediakan oleh teknologi animasi mampu memudahkan proses penerangan konsep atau pun demonstrasi sesuatu kemahiran. Ianya membolehkan seseorang pelajar memanfaatkan lebih banyak deria dalam proses pengumpulan maklumat. Ini secara tidak langsung mempercepatkan proses pemahaman serta mengekalkan maklumat tersebut dalam tempoh masa yang lebih lama di dalam ingatan.9.8 TUGASANHasilkan satu bahan pengajaran dan pembelajaran berbentuk multimediainteraktif yang mengandungi elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, videodan interaktiviti dengan menggunakan perisian persembahan yang bersesuaian.Bahan Multimedia interaktif ini mestilah dipilih mengikut bidang kepakaranpengajaran pelajar (Kejuruteraan Elektrik & Eektronik, Kejuruteraan Awam(Binaan Bangunan), Kejuruteraan Mekanikal (Amalan Bengkel Mesin, Kimpalandan Fabrikasi Logam, Penyejukan dan Penyaman Udara).
  • 22. 22 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 9.9 RINGKASAN ACTIVITY Perkembangan dalam teknologi multimedia dan internet merupakan satu fenomena yang tidak dapat disangkal lagi akan kepentingannya. Teknologi ini semakin popular dan digunakan dalam kebanyakan aspek kehidupan manusia sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dunia pendidikan juga tidak terkecuali daripada merasai bahang daripada teknologi ini dan ianya semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Oleh yang demikian, setiap pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan sama ada sebagai pendidik, pelajar, pentadbir dan sebagainya haruslah bersedia untuk bergerak seiring dengan arus perkembangan teknologi tersebut. Ini bagi memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan tidak ketinggalan dan seterusnya mungkin tidak lagi relevan dengan keperluan semasa. Tambahan lagi, pelajar-pelajar dewasa ini mempunyai capaian terhadap maklumat yang tidak terbatas dan mereka tidak lagi hanya tertumpu pada buku teks dan penerangan guru semata-mata. Maka, sewajarnya seseorang guru itu seiring dengan dunia pelajar masa kini dengan berani melibatkan diri serta mendalami dunia multimedia ini sepenuhnya.

×