• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Bab7 video dalam pendidikan
 

Bab7 video dalam pendidikan

on

  • 4,129 views

 

Statistics

Views

Total Views
4,129
Views on SlideShare
4,129
Embed Views
0

Actions

Likes
12
Downloads
0
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Bab7 video dalam pendidikan Bab7 video dalam pendidikan Document Transcript

    • Bab 7 VIDEO DALAM PENDIDIKANHASIL PEMBELAJARANDi akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:1. Memahami tentang konsep penggunaan Video dalam Pendidikan.2. Menggunakan peralatan video bagi menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan video.3. Memahami dan menggunakan applikasi video dalam laman web untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.1.1 PENGENALANPada zaman yang penuh dengan kemajuan ini para ahli pendidikanberusaha untuk meningkatkan mengajar itu menjadi suatu ilmu atauscience. Melalui kaedah mengajar yang lebih berbentuk ilmiahdiharapkan, proses belajar mengajar itu lebih terjamin keberhasilannya.Inilah yang sedang diusahakan oleh pakar-pakar dan individu yang terlibatdengan bidang teknologi pendidikan.
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKANTeknologi pendidikan ialah cara yang sistematik bagi mereka bentuk,melaksana dan menilai keseluruhan proses pembelajaran dan pengajarandari segi objektif khusus, berdasarkan penyelidikan tentang pembelajaranmanusia dan komunikasi dengan menggunakan cantuman sumbermanusia dan bukan manusia untuk membawa kepada pengajaran.Dalam teknologi pendidikan itu memberi pendekatan yang sistematis dankritis tentang proses belajar mengajar. Teknologi pendidikanmemandangnya sebagai suatu masalah yang harus dihadapi secararasional dengan menerapkan Kaedah penyelesaian masalah. Mutupendidikan itu banyak bergantung pada mutu guru dalam membimbingproses belajar mengajar. Disamping itu perkembangan teknologipendidikan didukung oleh perkembangan yang pesat dalam mediakomunikasi seperti radio, TV, komputer dan lainnya yang dapatdimanfaatkan bagi tujuan intruksional.Penggunaan Video pembelajaranmerupakan salah satu media yangdapat membantu guru dalammenyampaikan pengajaran. Videopembelajaran boleh didefinisikansebagai gabungan bunyi dan visualyang direkod ke dalam pita video dandimainkan melalui kaca TV (Tomalin,1986). Televisyen dan pita video telahberjaya menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal dan formal.Ianya telah dikaji dengan luasnya oleh penyelidik. Hasil kajianmembuktikan bahawa kebanyakan kaedah pengajaran menggunakantelevisyen dan pita video adalah
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN lebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional. Pada pertengahan tahun 1970an, Paulson (1974) telahmenggunakan video televisyen dalam pengajaran kepada pelajar tadikamengenai konsep kerjasama. Pelajar tadika tersebut telah diperkenalkankepada beberapa gambar bergerak yang melambangkan konsepkerjasama menerusi televisyen. Dapatan kajian mendapati bahawa pelajaryang didedahkan kepada pembelajaran menggunakan video televisyenadalah lebih berjaya dalam pengubahan sikap mereka terhadap konsepkerjasama daripada pelajar yang tidak didedahkan kepada pembelajaranmelalui televisyen. Oleh hal yang demikian, video merupakan salah satumedia yang boleh digunakan untuk meluaskan pengalaman pelajar.1.2 PERANAN VIDEO DALAM PENDIDIKAN Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikansatu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video dantelevisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekalijika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati,atau merbahaya. Dengan penayangan video, pelajar dapat merasaseolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yangdigambarkan. Sebagai contoh, proses penjanaan elektrik dapat ditunjukkankepada pelajar melalui video. Ianya dapat membantu pelajarmembayangkan cara kerja stesen janakuasa elektrik di samping memberipengalaman kepada para pelajar secara visual. Menurut Norizan (2002) didalam Norhaziana (2005), beliau menyatakan bahawa sesuatu media
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKANberbentuk simulasi adalah perisian yang memberi gambaran situasisesuatu keadaan. Pengguna akan seolah-olah berada di tempat kejadiandan boleh bertindak balas terhadap keadaan tersebut. Video juga dapatmembantu pelajar dalam pembentukan sikap dan sahsiah mereka. Aksi-aksi yang ditunjukkan di dalam rakaman video dapat member contoh yangbaik sekiranya disediakan dengan teliti dan sistematik. Video jugadigunakan sebagai agen pemujuk dan ianya lebih berkesan jikadibandingkan dengan kaedah syarahan. Sebagai contoh dalam mengajarpelajar mengenai gula dalam diet. Contoh yang menunjukkan kesandaripada mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak guladapat membantu pelajar mengubah sikap untuk mengurangkanpengambilan gula dalam diet mereka.1.3 ISU-ISU APLIKASI VIDEO DALAM PENDIDIKAN Seiring dengan perkembangan multimedia dalam pendidikan,video telah menjadi salah satu media yang popular dikalangan pendidik.Gabungan elemen mutimedia seperti teks, grafik, dan audio terbukti dapatmenarik minat dan perhatian pelajar. Antara isu yang berkaitan denganaplikasi video dalam pendidikan ialah kebaikan penggunaan video dalampengajaran dan pembelajaran, di mana ianya dapat meransang deriapenglihatan dan pendengaran. Selain daripada itu, pengukuhanpembelajaran dapat dilakukan melaui ’gerak perlahan’ dan pegun.Pengalaman luar yang sukar juga dapat dibawa masuk ke dalam kelas.
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN  Masalah utama dalam aplikasi video di sekolah juga menjadi salahsatu isu berkaitan media ini. Antaranya ialah masalah peralatan yang tidakmencukupi kerana kos pengurusan dan kewangan sekolah yang kurang.Masa juga menjadi salah satu masalah yang dibangkitkan di manaperuntukannya untuksesi pengajaran danpembelajaran terhad.Masalah guru kurangberkemahiran dalammengendalikan videosemasa prosespengajaran danpembelajaran jugamenjadi salah satu isuaplikasi media ini. Isu seterusnya ialah kaedah penggunaan video secaraefektif untukmemastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai. Sesebuah videoperlulah dipratontonkan oleh guru sebelum digunakan dalam pengajarandan pembelajaran. Guru perlulah mengadakan aktiviti sebelaum, semasadan selepas tayangan. Sebelum tayangan bermula, guru bolehberbincang dengan murid tentang pengalaman yang lepas disampingmenerangkan istilah atau perkataan baru dan menerangkan kandunganrancangan. Semasa tayangan ianya perlulah dijalankan tanpa gangguan suaraatau perlakuan guru kecuali jika perlu. Guru juga harus menontonbersama-sama murid serta menunjukkan minat terhadap apa yangsedang ditayangkan. Selepas tayangan, guru perlu memberi peluang
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKANkepada pelajar untuk bertanya disamping mengemukakan soalan ringkaskepada kelas. Guru juga perlu membuat ulangan terhadap butiran-butiranyang penting.1.4 CIRI-CIRI VIDEO YANG BERKESAN DALAMPROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANTerdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan secara kreatif dalampenggunaan video dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melaluilaman web : http://edutechie.com/2007/01/five-ways-you-could-use-video-in-education/ kita akan dapati banyak laman-laman web yangmenyediakan kemudahan capaian aplikasi video. Luangkan sedikit masauntuk melawat laman web berikut bagi melihat pelbagai applikasi webvideo. Cth:http://www.refseek.com/directory/educational_videos.html Melalui lamanweb ini kita akan dibawa untuk melihat contoh-contoh aplikasi video dalampendidikan yang disediakan secara percuma dan berbayar. nurut Mok Soon Sang (1996), peranan utama sesuatu bahan dapatmembantu guru untuk menyalurkan ilmu pengetahuan dan menggerakkanaktiviti yang dirancangkan. Manakala pelajar menggunakan bahanpelajaran secara sendiri atau berkumpulan tanpa kehadiran pensyarah.Dalam pembangunan sesebuah video dokumentari pembelajaran yangberkesan, penekanan terhadap beberapa aspek haruslah diberi perhatianyang khusus bagi membolehkan pelajar melakukan aktiviti pembelajaranyang dapat meningkat lagi kefahaman
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN pelajar dalam memahami sesuatu konsep yang ingin disampaikan. Olehitu, interaksi wujud diantara bahan pelajaran dengan guru serta diantarabahan pelajaran dengan pelajar. Ciri-ciri video dokumentari pendidikanyang berkesan iaitu:i. Matlamat/ Objektif Objektif tercapai apabila pengguna dapat menerima aktivitipengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan video tanpaperasaan prejudis. Menurut Abdul Rahim (2000), bahan media mestilahmengikuti perkembangan teknologi pendidikan terutama penggunaanmedia elektronik dalam pengajaran. Menurut Ee Ah Meng (1999), mediatersebut dapat memperlihatkan penerokaan teknik-teknik pengajaran yangberkesan dari aspek teknologi pendidikan itu sendiri. Seterusnyapengguna dapat menggunakan teknologi tersebut dengan mudah. Selainitu, penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran perlu peka latarbelakang dari aspek kebolehan pelajar yang pelbagai.ii. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Dengan penggunaan media pembelajaran membantu peningkatanproses pembelajaran pelajar dari aspak kesan bunyi, penggunaan grafik,penggunaan animasi danpenggunaan warna. Sesuatumedia mampu membantu prosespembelajaran dan mudah dikawaloleh guru. Latihan yang diberikanmencukupi dan berkaitan isikandungan dalam media yang
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKANdigunakan. Menurut Ee Ah Meng (1999), media dapat meningkatkan aktivitipengajaran dan pembelajaran apabila dilihat dari aspek daya penarikbahan yang kuat untuk pelajar yang dapat mengelakkan kebosananpelajar. Media yang baik melibatkan penglibatan pelajar yang maksimum.Ia dapat menggalakkan penyelidikan serta pembacaan sendiri dikalanganpelajar-pelajar kerana perasaan ingin tahu dapat ditimbulkan. Ia dapatmenimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesanserta menyeronokkan. Seterusnya menggalakkan penyertaan danpenglibatan pelajar dalam pembelajaran Media yang digunakan bagiproses pengajaran dan pembelajaran dapat menghasilkan pembelajaranyang lebih luas serta mendalam seterusnya mempelbagaikan aktivitipembelajaran. Yusup dan Sharifah Alwiah (1999), penggunaan mediadapat menunjukkan secara konkrit kepada pelajar yang lemah sesuatukonsep yang hendak disampaikan.iii. Kandungan Kandungan mestilah sesuai dengan pembelajaran kendiri olehpelajar dan seterusnya dapat dijadikan bahan rujukan dalammenyelesaikan sesuatu masalah. Pengenalan dan kandungan mudahdifahami dan mencapai objektif yang ditetapkan. Kandungan sesuatumedia yang digunakan sebagai ABBM mestilah mengikut urutan iaitu daritopik yang senang kepada topik yang sukar. Kandungan yang baik mengandungi maklumat yang terkini danseterusnya membantu meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran(P&P). Begitu juga dengan bahasa penyampaian mestilah sesuai.
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN Pengolahan kandungan sesuai dan terdapat integrasi maklumat yangtepat dan dikemaskini. Kesimpulan atau penutup mestilah bersesuaiandengan isi yang telah disampaikan. Seterusnya media tersebut perlumengandungi pengukuhan yang sesuai.Menurut Ee Ah Meng (1999),media pembelajaran dapat menambahkan dan memperkayakanperbendaharaan kata pelajar. Media pembelajaran yang digunakanmestilah berkaitan dengan isi pembelajaran yang diajar seperti fakta dankonsep-konsepnya. Media yang bersesuaian dapat memenuhi kehendak-kehendak isi dan objektif pelajar.iv. Penggunaan Pemilihan media mestilah bersesuaian dengan kos alatan dantidak membebankan. Pengendalian bahan media pengajaran memerlukanlatihan penggunaan yang minimum dan lebih mudah diubah suai dari segipenggunaan serta senang dipindah dari satu tempat ke tempat yang lain.Menurut Ee Ah Meng (1999), sesuatu media memudahkan pengajarandan meningkat keberkesanannya dalam proses pengajaran danpembelajaran. Ia mestilah bersesuaian kerana memudahkan pelajar memahamiisi kandungan pelajaran yang cuba disampaikan oleh guru. Pemilihan alatbantu mengajar ini mestilah selamat digunakan sama ada oleh guru ataupelajar. Selain daripada itu, media tersebut dapat menjimatkan masapembelajaran dan dapat meningkatkan lagi pemahaman pelajar terhadapsuatu konsep dengan lebih mudah dan cepat. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), video dokumentaripembelajaran mudah digunakan kerana memerlukan pemain CD ROM
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKANatau komputer. Yusup dan Sharifah Alwiah (1999), penggunaan videojuga dapat disaksikan berkali-kali sehingga sampai ke pringkatpenguasaan. Menurut Baharuddin, et al. (2000), terdapat beberapakebaikan menggunakan video. Diantara kebaikannya ialah video senangdirakam dan dimainkan semula serta tidak memerlukan bilik gelap untuktayangan.v. Persembahan Menurut Yusup dan Sharifah Alwiyah (1999), penggunaan videoberupaya menunjukkan konsepkemahiran motor melibatkanpergerakkan. Menurut Semrau,P. Dan Boyer, B.A. (1994),pelajar dapat mempelajarisesuatu konsep dari videopembelajaran yang difokuskandalam pelbagai kesan bunyi,penceritaan dan muzik.Penggunaan video boleh menunjukkan tiap-tiap langkah dapatdiperhatikan melalui media bergerak. Persembahan yang menarik perlumenitik beratkan susunan teks jelas dan berkesan, warna grafik dananimasi yang sesuai. Kesan bunyi mestilah berfaedah dan bermakna.Akhir sekali terdapat maklum balas menarik dan membina minda denganberfikiran kreatif.
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN vi. Penformatan Skrin Reka bentuk skrin paparan yang sesuai dapat meningkatkan minatpelajar. Warna latar belakang yang digunakan juga perlulah sesuai.Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), pelajar berfikiran kritikaluntuk melihat maklumat dari pelbagai format. Media yang baikmenawarkan kualiti dan ketajaman paparan visual dalam televisyen.vii. Kreativiti Integrasi teks bermaklumat, integrasi grafik yang menarikperhatian, integrasi animasi berilmu, integrasi audio menarik perhatiandan integrasi video tepat dan sesuai mampu menarik minat pelajar. Yusupdan Alwiah (1999), penggunaan video boleh menggalakkanperkembangan kreatif dan kritikal.viii. Nilai Pendidikan Bahan pembelajaran berkesan dapat menggalakkan berlakupemindahan pembelajaran kerana konsep-konsep dapat ditangkapdengan lebih jelas lagi. Ia dapat mengembangkan kebolehanberkomunikasi kerana melalui alat bantu mengajar, interaksi antarapelajar-pelajar digalakkan. Topik yang dipaparkan oleh media mestilahrelevan dan memenuhi sukatan. Ini membolehkan pelajar berupayamencerna fikiran. Perkembangan fikiran sesuai dan latihan mencabarserta kritis perlu dititik beratkan. Menurut Ee Ah Meng (1999), media pembelajaran yang berkesandapat membantu pelajar membentuk konsep dengan lebih mudah dan
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKANjelas dan dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna dan lebihkekal. Media pembelajaran dapat memupuk daya cipta, pemikiran analitis,pemikiran kritis dan dapat memupuk perkembangan nilai-nilai murniseperti bertanggungjawab, jujur, bertolak ansur, bertimbangan rasa dansikap positif. Selain itu, ia dapat memupuk perkembangan koordinasi mata, otakdan kemahiran motor. Ia dapat menyediakan pengalaman sebenar bagipelajar seterusnya mendorong pelajar menjalankan aktiviti lanjutan hasildari pendedahan kepada suatu alat bantu mengajar. Misalnyamenggalakkan aktiviti susulan seperti perbincangan atau menjawabsoalan-soalan yang berdasarkan tayangan tersebut.ix. Aspek Motivasi Aktiviti pembelajaran dipelbagaikan dengan melakukan pelbagaiaktiviti sebelum, semasa dan selepas media yang digunakan di dalamproses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar mempunyai sikap positifterhadap pembelajaran mereka dengan penggunaan video. Sesuatumedia mestilah diselitkan dengan unsur pujian. Pujian yang diberikanmestilah bersesuaian. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), videodigemari dan menyeronokkan bagi pelajar untuk mempelajarinya. Sesuatumedia yang berkesan memaparkan persembahan visual menarik dandiselitkan penerapan nilai murni sesuai.
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN x. Menarik Perhatian Penggunaan grafik mestilah menarik dengan penggunaan warnamenarik dan penggunaan animasi menarik. Selain itu, jenis bunyi mestilahsesuai dan menarik. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B. A. (1994), videomenarik minat pelajar dari aspek saiz, jenis teks menarik yang digunakan,warna teks sesuai, kebolehbacaan teks dan margin teks yang sesuai.xi. Kognitif Video boleh digunakan untuk mengajar prinsip dan peraturan,pencapaian terutamanya dalam situasi yang memerlukan interaksimanusia, dan menyediakan tindak balas serta merta untuk pelajarmengenai pencapaian mereka. Selain daripada itu, video boleh digunakanuntuk mengajar mengiktiraf dan membezakan dorongan gerakan yangberkaitan, misalnya kelajuan relatif objek yang bergerak, gerakanpenyimpangan, dan interaksi antara objek dan dunia sebenarxii. Psikomotor Video berguna untuk menunjukkan tindak balas serta mertaterhadap pelajar mengenai kebolehanmereka. Guru atau koordinator bolehmenyelaraskan gerakan untuk mengajarpelajar tentang sesuatu perkara danpelajar dapat memahami apabila dapatmelihat dengan jelas setiap peringkatyang ditayangkan. Video boleh
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKANdigunakan untuk menunjukkan gerakan. Gerakan ini boleh dipercepatkanatau diperlahankan untuk menunjukkan sesuatu perkara atau keadaandengan lebih jelas.1.5 VIDEO SEBAGAI MEDIUM E-PEMBELAJARAN Pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) ialah salah satupendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikaninfostruktur ICT bagi penyebaran pengetahuan dan pelaksanaanpembelajaran kolaboratif (collaborative learning). E-pembelajaran bolehdiaplikasikan dalam pelaksanaan kursus atau program secara jarak jauhdan juga untuk tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaranbersemuka (face-to-face teaching and learning) bagi kursus atau programyang dilaksanakan secara konvensional. Dimensi pembelajaran secara kolaboratif melalui perbincanganatau interaksi secara bersemuka dapat dilanjutkan dan diperluaskan lagisecara dalam talian segerak (synchronous) atau tidak segerak dalampendekatan pembelajaran campuran ini. Melalui pendekatan ini juga,pelajar mempunyai masa pembelajaran yang lebih anjal untuk berinteraksisesama mereka atau dengan pensyarah. Pada masa yang sama, pelajardapat menjimatkan masa dalam proses pengukuhan fakta perbincanganmelalui carian maklumat di Internet tanpa perlu meninggalkan sesiperbincangan dalam talian. Infostruktur ICT dalam aspek e-pembelajaran,terdiri daripada tiga komponen utama iaitu perkakasan komputer (sistem
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN server, sistem rangkaian dan komputer pengguna), perisian serta aplikasie-pembelajaran dan pelbagai kategori pengguna (pengajar, pelajar,pereka bentuk pengajaran, pembangun kandungan dan staf teknikal). Pelaksanaan konsep e-pembelajaran tidak mengetepikankaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka. Konsep inidilaksanakan dengan objektif untuk meningkatkan kualiti pengajaran danpembelajaran melalui capaian kepada bahan pembelajaran di internet danintranet secara lebih terbimbing dan sistematik. Selain itu, kaedahperbincangan atau interaksi secara dalam talian dapat diwujudkan melaluipelaksanaan konsep e-pembelajaran ini. Aktiviti pembelajaran berasaskaninteraksi dalam talian di antara pelajar dan pensyarah atau pelajar denganpelajar ini adalah sebagai alternatif kepada interaksi bersemuka dalamdewan kuliah atau bilik tutorial. Interaksi dalam talian yang dilakukansecara segerak atau tidak segerak dengan pensyarah sebagai pemudahcara, memberi peluang kepada pelajar melaksanakan kaedahpembelajaran secara kolaboratif, mengikut kesesuaian masapembelajaran masing-masing.1.5 CONTOH PENGGUNAAN VIDEO DALAMPENDIDIKAN MELALUI UCiTV University Campus Interactive Television (UCiTV) merupakan satuwadah media interaktif berasaskan internet bagi tujuan perkongsianmaklumat khususnya dalam bentuk audio dan visual. UCiTV iniditubuhkan sejak lebih dua tahun yang lalu dengan memanfaatkanteknologi ‘streaming yang sedang berkembang pesat dalam bidang
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKANkomunikasi dan media dewasa ini. UCiTV memiliki keupayaan dankelengkapan canggih bagi melaksanakan operasi rakaman audio danvisual sama ada di dalam mahupun di luar studio rakaman. Pada ketika iniUCiTV terlibat dalam membuat liputan untuk hampir kesemua aktiviti atauacara yang dianjurkan oleh universiti antaranya termasuklah programsyarahan perdana, kolokium, seminar, persidangan dan juga rakamansesi pengajaran di dalam kelas. Bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, UCiTV menggunakanteknologi ‘mediasite bagi memastikan imej yang dihasilkan berkualititinggi di mana paparan video boleh dipaparkan bersama persembahan"power point. Para pelajar boleh mengakses pelbagai syarahan danaktiviti universiti secara interaktif bagi meningkatkan kefahaman disamping berpeluang mengulang siar sesi kuliah yang telah dihadiri. Hampir kesemua bahan rakaman yang dibuat di muatkan didalam laman web khas yang interaktif dan bersepadu. Untuk mengikutisesi kuliah atau rakaman aktiviti universiti yang dibuat oleh UCiTV ini, parapelajar boleh melayari laman web UCiTV di http://ucitv.uthm.edu.my/dalam dan di luar universiti. Selain daripada itu, UCiTV juga berpengalaman menerbitkanvideo korporat universiti, video-video pendek khas untuk majlis-majlistertentu seperti konvokesyen dan sebagainya. Dengan wujudnya UCiTVmasyarakat luar kampus berpeluang untuk mengikuti pelbagaiperkembangan di universiti berkenaan.PERALATAN
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN Menu – menu utama dalam aplikasi UCiTV adalah: Search Media Life Broadcast Video on Demand E-Learning on Demand (eOS) Model persekitaran pembelajaran melalui web dengan bantuan penggunaan aplikasi video
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKANPEALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN VIDEOUciTVa. Kamera Digital dan Kamera video
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN b. Aksessori Kamera Videoc. Tripod
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKANd. DVD / peranti storanPenggunaan peranti sebagai alternatif perakam videoKamera video dan kamera digital. Dua peranti berbeza namun mempunyaifungsi yang hampir serupa. Hakikat inilah yang mencetuskan trendterbaharu dalam evolusi video digital di mana pengguna tidak lagi
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN menggunakan perakam video besar atau kamkoder untuk merakam video.Sebaliknya kamera digital dijadikan alternatif menarik bagi mengabadikankenangan dalam bentuk pergerakan bersuara di samping kualiti yangmampu bersaing dengan perakam video sedia ada.Perisian mengedit video Movie Maker Apple iMovie Avid FreeDV WAX
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKANKebaikan Dan Keburukan Ucitv Kebaikan - UCITV membolehkan para pelajar menonton rakaman video secara streaming melalui system e-pembelajaran - Menjimatkan kos dan masa - Memudahkan memberitahu berita terkini dengan cepat. - Pembelajaran , pemikiran yang kritis dan kreatif boleh berlaku dengan berkesan. - Pelajar dapat membina pengetahuan baru mengenai sesuatu konsep dan kefahamannya.Keburukan - Bagi pelajar yang tidak mempunyai rangkaian internet di rumah, ia akan menyukarkan pelajar untuk melihat apa yang dipaparkan dalam UCiTV. - Kos menyediakan UCiTV adalah tinggi. - Menjadikan para pelajar kurang berminat untuk menghadirkan diri pada sesuatu acara yang melibatkan para pelajar kerana ia boleh diperolehi melalui laman web UCiTV.
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1.6 KESIMPULANDalam proses pengajaran dan pembelajaran yang merangkumipenggunaan media, alat dan bahan dalam bentuk yang sistematik danmenyeluruh untuk mempersembah, menyokong dan mengukuhkanpengajaran seperti television, radio, filem, komputer dan internet.Kepentingan IT tidak dapat disangkal lagi dalam sistem pendidikanseluruh dunia hari ini. Ia memberi pendedahan kepada para pelajar dalampendekatan baru tentang pembelajaran berasaskan video pada masa kini.Kemampuan guru-guru dalam menerapkan kemahiran dan kreativitimenjadi penentu kepada kejayaan sesuaatu bahan pengajaran danpembelajaran yang berkesan untuk dihasilkan. Oleh yang demikian adalahmustahak guru-guru menimba ilmu yang berkaitan dengan penggunaanteknologi video bagi memenuhi kehendak dan perubahan dalampendekatan pembelajaran masa kini.1.6 TUGASANEnglish versionYour work in creating a digital video is intended to give you experience invideo production including preparation, working with audio, filming, andvideo editing. You will be able to use video again in your project so this isyour chance to practice. Points are assigned for completing the moviebased on the requirements listed below. You should work to createsomething you like and are proud of, but, since most of you will be doingthis for the first time, your score will not be based on the quality of your
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKANacting, editing, or other production skills. For questions about how pointsare assigned in your section, talk to your instructor.Here are the video requirements: 1. Credits (Including, but not limited to, names of group members and anybody else appearing in your movie and the names of any music that you might use.) 2. At least two transition 3. At least one visual effect 4. Some audio (live audio, voice over narration, or background music) 5. All videos must be free of objectionable material including, but not limited to, language, images, nuances, double entendres, and political or religious opinions. I should be able to show these to other lecturer from this faculty of the university. 6. You will be posting this video to the Internet, so if you have people in this video besides yourself make sure you tell them that and that they are ok with you posting them on the Internet. If they are not, dont use them in your video. As you learn to create video you should be thinking about ways that you could use it as a student learning tool in your classroom.Aktiviti projek: 1. Binakan satu klip video dalam mana-mana subjek teknikal dan vokasional (Lebih kurang 1.5 minit). 2. Matlamatnya adalah untuk menerangkan mana-mana satu topik yang sukar difahami oleh pelajar. Gunakan konsep “How to.........” 3. Pelajar boleh tonton dan komen hasil video anda. 4. Uji video sama ada berkesan atau sebaliknya.
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN  5. Nyatakan rasional mengapa anda perlu sediakan video tersebut. 6. Upload video anda ke Youtube atau mana-mana platform website yang menyediakan kemudahan untuk dilihat oleh pelayar internet. 7. Selamat mencuba.1.7 RINGKASAN ACPada amalan biasa, pemilihan alat bahan bantu mengajar mempunyai TIVIhubungkait dengan strategi pemusatan bahan. Media pembelajaran Berdasarkaseperti video yang terdiri daripada gabungan pelbagai multimedia telah n kajian-terbukti dapat meningkatkan minat dan sikap pelajar terhadap proses kajian yangpembelajaran. Modul ini telah mengupas mengenai peranan video dalam telahpendidikan, isu-isu berkaitan penggunaan video termasuklah masalah dibuat,yang dihadapi dalam pengaplikasian media ini dalam proses pengajaran penggunaadan pembelajaran dan peranan UciTV dalam membantu melaksanakan n videoP&P berasaskan video di UTHM. Sebagai kesimpulan, modul ini dalammenekankan kepentingan aplikasi video dalam pendidikan disamping pendidikanbeberapa kaedah yang boleh digunakan supaya objektif pembelajaran dapatdapat dicapai. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat, penggunaan membantuvideo dalam pendidikan dapat membantu pelajar untuk meningkatkan pelajarprestasi mereka. Selain daripada itu, penggunaan video juga dapat untukmembantu guru dalam mencapai objektif pembelajaran. Para guru meningkatkharuslah peka terhadap perkembangan teknologi agar pendidikan di an prestasiMalaysia bukan sekadar penyampaian isi kandungan silibus semata-mata mereka.malah memperkayakan pelajar dengan pengalaman kehidupan sebenar. SelainBerikut adalah senarai laman web yang boleh membantu untuk daripadamemahami tentang penggunaan video dalam pendidikan: itu, penggunaa 1. Digital video in education http://edtech.guhsd.net/video.html n video juga dapat membantu
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 2. Educational video websites http://desktopvideo.about.com/od/educationalvideosonline/Educatio nal_Videos_Online.htm 3. Powerful Teaching and Learning - High School Social Studies http://www.youtube.com/watch?v=WuNJTeIN79Y 4. http://www.businessballs.com/clips_for_teaching_and_training.htm 5. How to use video in T & L http://www.jiscdigitalmedia.ac.uk/movingimages/advice/using-video- in-teaching-and-learning/ 6. Why use video http://teaching.uncc.edu/articles-books-/best- practice-articles/using-video-your-course/why-use-video 7. Teaching your child with video http://www.youtube.com/watch?v=ADkm4qkXAj8 Bahan modul ini hendaklah digunakan bersama bahan powerpoint yang disertakan.Just for fun :http://www.youtube.com/watch?v=wx7uuzXVEF0***************************************************************************************** Penghargaan Bahan modul ini telah di adaptasi dari artikel:- 1. Ciri-Ciri Video Pembelajaran Yang Berkesan Serta Peranannya Dalam Pendidikan oleh Nurul Fatiha bt. Che Jamin @ Abd Hamid , Fakulti Pengajian Pendidikan , Universiti Putra Malaysia 2. Artikel Peranan UciTV dalam Pendidikan oleh Norfarahshima Binti Juraimi & Nur Akmal Binti Rahim pelajar INSEP kohort 2011 3. Nota-nota Kuliah MBE10503 yang disediakan oleh pelajar dan Pensyarah.
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 