• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Bab4 visual tayang
 

Bab4 visual tayang

on

  • 3,920 views

 

Statistics

Views

Total Views
3,920
Views on SlideShare
3,889
Embed Views
31

Actions

Likes
1
Downloads
144
Comments
0

1 Embed 31

http://ipgm.info.tm 31

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Bab4 visual tayang Bab4 visual tayang Document Transcript

    • Bab 4 VISUAL TAYANGHASIL PEMBELAJARANDi akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:1. Menyatakan penyediaan ruang dan kelengkapan dalam persembahan audio visual.2. Mengenal pasti format-format untuk menayangkan visual dan membandingkan kelebihan dan batasannya.3. Menggunakan teknik penghasilan bahan transparensi dengan betul.4. Menggunakan teknik persembahan menggunakan transparensi yang sesuai dengan objektif pembelajaran.5. Menghasilkan transparensi yang berkualiti dengan mematuhi panduan- panduan yang diberikan4.1 PENGENALANMedia unjuran atau media tayang merupakan format media yang perludibesarkan dan ditayangkan pada sesuatu skrin. Ini boleh dilakukan denganmenggunakan filem transparen (contohnya, transparensi, slaid dan juga filemjalur (filmstrips)), membesarkan imej melalui kanta dan seterusnya memaparkanimej tersebut pada skrin. Jenis media unjuran berlainan memerlukan alatprojektor yang berlainan.
    • 2 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN Jenis-jenis media unjuran yang sering digunakan dalam pendidikan ialah seperti:  Transparensi  Slaid  Filem Jalur (Filmstrips)  Sistem Multimedia Tayangan overhed dan legap (overhead and opaque projection), slaid (slides), dan filem jalur (filmstrips) adalah media audio visual tradisional yang berkaitan dengan bilik darjah. Peralatan ini digunakan setengah abad yang lalu sebagai alat bantu mengajar yang terkenal pada ketika itu. Gambar yang besar dan jelas dapat menarik perhatian audien dan tiada teknologi lain yang dapat menandinginya ketika itu. Cabarannya ialah untuk menjadikan alat bantu mengajar ini dapat mengekalkan perhatian audien, menyampaikan maklumat dengan jelas, menarik, mudah dibaca dan mengambarkan poin yang hendak disampaikan. Menyediakan bahan dalam bentuk overhed dan slaid adalah mudah. Komputer membantu memudahkan kita untuk menunjukkan teks dan tayangan visual, dan dengan menggunakan perisian persembahan grafik anda boleh membuatkan grafik yang dipaparkan menarik dan mempunyai nilai seni seperti seorang yang profesional. Media pengajaran dan teknologi untuk pembelajaran menyediakan anda sebagai seorang guru dengan alat bantu mengajar untuk menarik perhatian pelajar dengan berkesan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pelbagai format media dan bahan pengajaran yang berkualiti boleh digunakan oleh guru masakini semakin bertambah. Sebagai seorang guru anda perlulah bersedia untuk memilih alat bantu mengajar yang terbaik untuk pelajar anda yang sesuai dengan situasi dan dalam melaksanakan matlamat pembelajaran yang berbeza-beza. 4.2 PENYEDIAAN RUANG DAN KELENGKAPAN DALAM PERSEMBAHAN AUDIO VISUAL Selepas seseorang pendidik menentukan media yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, suatu persoalan akan timbul iaitu adakah
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 3media yang dihasilkan boleh digunakan di lokasi yang akan dituju (bilik darjahmisalnya). Sebenarnya, sebelum sesuatu media pengajaran itu dipilih, faktorlokasi atau ruang penggunaanya perlulah terlebih dahulu diambil kira bagimengelakkan sebarang masalah di kemudian hari. Faktor ruang dankelengkapan juga amat penting ditentukan terlebih dahulu sebelum sesuatu sesipengajaran pembelajaran dilaksanakan bagi memastikan seseorang pendidiksentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang mungkin wujud. Berikutdibincangkan beberapa faktor yang mungkin boleh dijadikan sebagai panduandalam menyediakan ruang dan juga kelengkapan bagi sesuatu sesipersembahan audio visual.4.2.1 Penyediaan Ruang Bilik TayanganPembinaan bilik tayangan perlu menitikberatkan kepada perkara berikut:(i) Kesesuaian penggunaan peralatan dan bahan audio visual;(ii) Penempatan peralatan tayangan yang tersedia untuk kegunaan bila-bila masa;(iii) Sudut pandangan yang jelas dan berkesan bagi setiap individu semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan;(iv) Dapat menghindarkan bunyi dari luar untuk memastikan pemusatan pengamatan murid yang lebih berkesan;(v) Perlu dirancang agar dapat menempatkan sebuah kelas yang cukup selesa dengan kerusi dan meja berlipat;(vi) Perlu menyediakan alat penghawa dingin, dan bilangan serta kekuatan alat penghawa dingin perlu sesuai mengikut keluasan bilik, suhu bilik perlu di antara 18 hingga 20 centrigrade sahaja; dan(vii) Habuk dan kulat perlu dihindarkan agar tidak merosakkan perjalanan peralatan audio visual.4.2.2 Penyediaan Peralatan dalam Persembahan Audio Visual Berikut merupakan peralatan yang diperlukan dalam persembahan:
    • 4 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN (a) Penunjuk Laser (Laser Pointer) Penunjuk laser sangat penting digunakan untuk menunjuk sesuatu perkara yang mustahak di layar putih atau skrin. Murid akan memfokuskan tumpuan mereka ke arah yang ditunjukkan di atas layar putih atau skrin. Sebagai contoh, Penunjuk Laser model LaserMed DP-2 yang menggunakan teknologi diod yang mampu menayangkan dot berwarna merah di skrin atau di permukaan putih sejauh 300 kaki. Pada jarak 50 kaki di antara pengguna penunjuk laser (guru) dan skrin dot berwarna merah yang dihasilkan di skrin adalah sebesar 1 inci (diameter). Penunjuk laser ini cuma menggunakan dua bateri jenis AAA dan masa penggunaannya boleh tahan lebih 5 jam. (b) Projektor Legap (Direct/Opaque Projector) Projektor jenis ini membenarkan seseorang penceramah itu menayangkan bahan legap seperti buku, gambar foto dan objek tiga dimensi dan bahan sebenar yang diletak di atas permukaan skrin projektor. Ini bermakna penceramah akan menjimatkan masa, wang dan tenaga dalam menyediakan bahan persembahan seperti transparensi. Dengan menggunakan projektor legap juga, penceramah yang diberikan masa yang singkat untuk menyediakan sesuatu persembahan tidak perlu panik sebab penceramah perlu hanya meletakkan nota bartaip dan bahan bercetak daripada buku terus ke permukaan skrin projektor legap. (c) Liquid Crystal Display (LCD) Palette Guru mampu menayangkan bahan yang telah dihasilkan dan disimpan dalam komputer peribadinya ke layar putih atau skrin dengan menggabungkan alat Liquid Crystal Display (LCD) Palette, kad antara muka (yang diselitkan dalam komputer peribadi) dan projektor lutsinar. Alat ini telah mula popular di akhir tahun 1980-an dan cara mengendalikannya adalah agak mudah. Guru cuma perlu meletakkan alat Liquid Crystal Display (LCD) Palette di atas projektor lutsinar. Seterusnya guru cuma memfokus imej yang ditayangkan di atas skrin menggunakan teknik penggunaan projektor lutsinar. Model yang terawal cuma boleh menayangkan high contrast monochrome display yang menunjukkan shades of grey sahaja. Model seterusnya mampu menayangkan imej yang berwarna warni. Liquid Crystal
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 5Display (LCD) Palette ini adalah sebesar 12 inci x 15 inci dan beratnya cuma 6paun. Ini menyebabkan alat Liquid Crystal Display (LCD) Palette mudah alih danboleh dibawa kemerata tempat dalam usaha membuat persembahan yangmenarik lagi berkesan.(d) Sistem Penayangan Video dan Data (Video and Data Projection System)BARCO merupakan alat penayangan video dan data yang pertamadiperkenalkan di universiti-universiti Malaysia pada lewat tahun 1980-an. Iamenggunakan tiga tiub gambar yang berbeza (berwarna merah merah, hijau danbiru) dan teknik penayangan ini berpandukan kepada refractive optic systemyang menggunakan electron beam untuk mengimbas tiub yang bersalutphosphor (phosphor-coated tubes) untuk menayangkan cahaya. Semasa mula diperkenalkan, alat penayangan video dan data tersebutkurang berkesan daripada aspek penayangan di skrin kerana sudutpandangannya adalah kecil. Ini mengakibatkan kurang sambutan pada peringkatpermulaannya. Tetapi kini alat ini sering digunakan dan selalunya alat inidipasang di atas dinding untuk mengelakkan daripada gangguan sepertiterlanggar oleh manusia dan sebagainya. Sekiranya ada gangguan, biasanyamemerlukan masa yang agak lama untuk memperbaikinya seperti membuatallignment ke atas alat tersebut.(e) Liquid Crystal Display (LCD) ProjectorProjektor jenis ini terdapat dalam pelbagai saiz. Jenis yang kecil amat bergunabagi penceramah yang banyak membuat persembahan ke merata tempat. Inibermakna jenis projektor yang mudah alih dan ringan amat diperlukan. Ciri lainseperti zoom digital. Gambar yang jelas dan terang serta ANSI lumens yangtinggi seperti 3200 ANSI lumens juga sesuai untuk penceramah yang seringbergerak dari satu tempat persembahan ke tempat persembahan yang lain.4.2.3 Strategi dalam membuat persembahanBerikut merupakan langkah yang dicadangkan dalam membuat persembahan:
    • 6 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN (a) Bersedia dan mengetahui tujuan pembentangan (taklimat) Pastikan tujuan pembentangan mengikut tahap tertentu seperti bertujuan memberi pengetahuan, pemahaman, analisis, aplikasi, sintesis atau penilaian kepada audien (peserta atau pendengar). Ini adalah kerana kehadiran audien di sesuatu pembentangan dengan tujuan berbagai-bagai. Walaupun begitu, pembentang boleh memberitahu lebih awal kepada audien tentang tujuan sebenar penerangan yang akan diberikan supaya peserta tidak akan sesat, tidak mempunyai arah dan hala tuju serta bosan dengan apa yang akan disampaikan. (b) Melengkapkan bahan taklimat pembentangan Bahan taklimat adalah daripada data berkaitan dengan aspek yang akan disampaikan kepada audien. Ada maklumat yang boleh disampaikan dengan menunjukkan audio dan visual tertentu seperti berbentuk grafik dan gambar rajah. Pendekatan sedemikian dapat memudahkan penyampaian maklumat. Penerangan yang meleret tanpa bahan bantu penerangan akan menyebabkan penyampaian taklimat terlalu panjang dan ini selalunya akan menyebabkan audien berasa bosan. (c) Peralatan taklimat dan susun atur peralatan Bahan bantu penerangan mestilah disuaikan dengan peralatan yang disediakan oleh penganjur atau pembentang perlu membawa peralatan yang sesuai ke bilik pembentangan. Sebelum pembentangan, seseorang pembentang perlu memastikan peralatan berjalan dengan baik dan tidak rosak. Seelok-eloknya peralatan dicuba dahulu dan lihat kesesuaian alat dengan bahan isi kandungan yang hendak disampaikan misalnya daripada aspek saiz teks, warna teks dan grafik serta kedudukan peralatan di tempat pembentangan. (d) Audien (peserta) Pembentang juga perlu mengambil kira siapa audien yang akan hadir dalam sesi pembentangan nanti seperti bidang kepakaran. Isi kandungan yang hendak disampaikan perlu yang terkini agar audien tidak merasa bosan dengan fakta lama yang mereka tahu. Juga bahasa yang digunakan perlu mengikut tahap audien. Elakkan menggunakan bahasa yang terlalu tinggi atau teknikal semasa
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 7membentang penerangan kepada audien yang bukan dalam kalangan orangyang berpendidikan tinggi dan bukan profesional. Oleh itu guna bahasa yangmudah, padat, tepat dn intonasi yang sesuai.(e) Pilihan teknik penyampaianPelbagai cara penyampaian perlu selari dengan maklumat yang akandisampaikan. Bahan teknikal perlu ditunjukkan dengan menggunakan audiovisual kepada audien agar maklumat yang disampaikan lebih jelas. Maklumatyang lebih mudah dan lebih cepat diberikan secara lisan tidak memerlukanbahan audio visual.(f) Masa pembentangan yang optimaSetiap pembentangan mesti dibuat latihan terlebih dahulu dan cuba anggarkanmasa pembentangan yang optima agar audien dapat maklumat sepenuhnyatanpa berasa bosan. Sesi pembentangan perlu dimulakan dengan pengenalan(seperti tujuan ringkas pembentangan dan jangka masa pembentangan),sepintas lalu mengenai isi kandungan yang hendak disampaikan, penerangankeseluruhannya, rumusan dan diakhiri dengan sesi soal jawab.4.3 CIRI-CIRI DAN APLIKASI-APLIKASI TAYANGAN VISUALTayangan visual (projected visuals) didefinisikan sebagai format media dimanaimej pegun dibesarkan dan ditayangkan pada skrin. Sebahagian tayanganbiasanya dihasilkan dengan melalukan cahaya yang sangat terang terus ke filemtransparen (tranparensi overhed, slaid, filem jalur), membesarkan imej melaluibeberapa siri lensa, dan memancarkan imej tersebut di atas permukaan yangreflektif. Tayangan legap (opaque projection) juga termasuk dalam kategori ini,dalam tayangan legap, cahaya dipancarkan pada imej legap (sesuatu yang tidakmembenarkan cahaya menembusinya), seperti gambar di majalah dan gambaryang bercetak. Cahaya dipantulkan daripada bahan di atas cermin yangmenghantar pembalikan melalui satu siri lensa ke atas skrin.
    • 8 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN Peralatan-peralatan elektrik bagi tayangan visual yang lazim terdapat untuk tujuan pendidikan termasuklah :  Projektor Lutsinar /Overhead Projektor  Projektor Slaid  Projektor Legap  Projektor LCD 4.3.1 Projektor Overhed (Overhead Projector) Terciptanya Projektor Overhed (Overhead Projector (OHP)) dan transparensi serta perkembangan penggunaannya, secara tidak langsung membantu pendidik dalam penyampaian bahan pengajaran kepada pelajar secara efektif. Ianya menjadi penghubung antara guru dan murid di dalam kelas secara efektif. Penggunaannya bukan sahaja di bilik-bilik darjah malahan di bilik kuliah, di dewan seminar. OHP ini bukan bertujuan menggantikan tempat atau peranan guru tetapi lebih kepada alat bantu mengajar bagi membantu guru mencapai pengajaran yang efektif. Pelajar akan lebih cepat menerima pelajaran dengan melihat, mendengar dan melakukannya dengan penggunaan OHP dan tranparensi yang rapi dan sistematik oleh guru. Menurut kemp (1980), penggunaan transparensi dapat menyampaikan maklumat pengajaran yang mengandungi konsep, langkah-langkah pelajaran dan fakta-fakta rumusan kepada kumpulan sasaran kecil hingga kumpulan sasaran besar. Heinich sependapat dengan Kemp bahawa penggunaan transparensi dapat menerangkan topik pengajaran yang kompleks dengan menggunakan teknik transparensi bertindih (overlays). Projektor overhead mempunyai banyak kelebihan berbanding kaedah- kaedah persembahan informasi visual yang lain kerana audien dapat memberikan tumpuan yang penuh berbanding dengan kaedah dimana guru menyampaikan maklumat menggunakan kapur atau pen penanda (maker pen). Ia juga merupakan suatu persembahan yang tidak perlu dijelaskan menerusi komunikasi secara lisan kerana apa yang dijelaskan lebih eksplisit serta maklum
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 9balas daripada audien lebih bersifat semesta. Sekiranya perancangan bahantransperansi dibuat dengan baik, ia akan dapat menyediakan semua gambaranyang ingin disampaikan dan panduan sebagaimana yang diperlukan sewaktuproses pembelajaran. Penggunaannya menyebabkan proses pengajaran danpembelajaran lebih berkesan dengan adanya penggunaan warna dan ilustrasiselain daripada penghurufan yang pelbagai bentuk. Disamping itu ia bersifatsenang digunakan, bersih, menjimatkan masa dan tenaga serta tidakmemerlukan bilik gelap yang memudahkan pelajar mengambil nota sewaktupenayangan dilakukan.Rajah 4.1: Projektor Overhed jenis Meja Desktop dan Mudah alih Projektor Overhed merupakan satu peranti seperti sebuah meja yangmempunyai permukaan yang mendatar (10 x 10 inci) dimana bahan yang ingindiujurkan diletakkan ke atasnya. Cahaya dari mentol yang dipancarkan daribawah meja tersebut dikelompokkan (condensed) oleh lensa khas yang dikenalisebagai lensa Fresnel. Cahaya tersebut kemudiannya dialirkan menerusikepingan lutsinar (8 x 10 inci), difokuskan dan dibalikkan 90 darjah menerusisistem lensa yang dipasangkan pada tiang atau dipasang dengan pendakap(bracket) di atas meja berkenaan (Romiszowski, 1988). Transparensi biasanya digunakan bersama-sama dengan ProjektorOverhed merupakan kepingan lutsinar yang diperbuat sama ada daripada filem
    • 10 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN gambar foto (foto-graphic film), acetate lutsinar, atau sebarang bahan transparen yang boleh dicetakkan imej ke atasnya melalui proses kimia atau haba. OHP dapat menayangkan sesuatu paparan pada transparensi dengan lebih besar dan jelas. Antara kebaikan penggunaan OHP dalam proses P & P ialah: (i) Boleh disediakan sama ada dalam bentuk hitam putih dan juga warna; (ii) Membolehkan seseorang guru mengajar dengan lebih tenang dan memberikan sepaenuh perhatian terhadap isi pengajaran; (iii) Transparensi boleh digunakan berulangkali dan penyampaian bole dilakukan secara lebih teratur dan sistematik. (iv) Penyampai sentiasa dapat berada berhadapan dengan pelajar atau audien. (v) Mudah digunakan serta lebih bersih berbanding penggunaan papan hitam dan kapur. 4.3.1.1 Perkakasan dan peralatan penghasilan transparensi Antara perkakasan dan peralatan yang diperlukan bagi menghasilkan transparensi adalah seperti berikut: (a) Perkakasan Perkakasan yang digunakan untuk menghasilkan transparensi adalah seperti Transparensi Maker/Thermofax, Mesin Pendua (Photostate Machine), dan Pencetak (Printer). (b) Peralatan (i) Filem Transparensi adalah seperti Plastik/Alas Meja, Transparensi Write On (Asetat, PVC), Thermal (Black on clear background, Black on colour background, Colour on clear background, Reverse Image, Assorted colours on clear), PPC (Filem elektrostatik untuk mesin pendua , PPC (Plain Paper Copier)), Filem Adhershif (Self Adhershif Colour Film) (ii) Pen Transparensi sama ada Jenis Kekal (permanent) atau Jenis Larut (soluble / non permanent)
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 11(iii) Pemadam seperti Kain atau tisu lembab untuk pen jenis larut; Pen pelarut kimia (solvent marker) atau getah pemadam khas untuk dakwat jenis kekal(iv) Alat-alat Grafik, reka bentuk visual dan layout (Bentuk, ruang, garisan, tektur, warna dll.), kaedah penghurufan (Huruf pindah kering, stensil, huruf potong, pencetak dan sebagainya). Transperansi boleh digunakan tanpa pemidang atau bingkai.Walaubagaimanapun dalam pelbagai keadaan, penggunaan pemidang iniamatlah digalakkan. Ini memandangkan, bingkai pada transperansi dapatmemudahkan proses penggunaan dan penyimpanan. Antara kelebihan bingkaitransperansi ialah :(i) Ianya keras dan memudahkan transperansi untuk digunakan;(ii) Tidak menampakkan kesan jari pada transperansi;(iii) Boleh disimpan dengan transperansi lain tanpa melekat.; dan(iv) Bingkai transperansi boleh digunakan untuk mencatitkan maklumat penting. Bingkai transperansi boleh dibeli atau pun boleh dihasilkan sendiridaripada kertas kadbod atau manila yang dipotong mengikut ukuran piawai 27cmx 32 cm. Kemudian dipotong di bahagian tengah mengikut ukuran piawai 19 cmx 24 cm dengan lebar bingkai 4 cm.Rajah 4.2: Kepingan Transparensi yang Berbingkai4.3.1.2 Teknik penyediaan transparensiTerdapat beberapa cara untuk menghasilkan transparensi antaranya ialah:
    • 12 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN (a) Cara lukisan dan tulisan tangan(write on) Proses ini memerlukan beberapa keping transperansi jenis write-on seperti asetat atau PVC yang murah dan senang didapati. Segala maklumat dituliskan dipermukaan plastik transperansi tersebut sama ada menggunan pena felt, pena penanda atau pena overhead sama ada bentuk kekal atau tidak kekal. Penghasilan transperansi ini lebih menarik sekiranya diwarnakan bahagian-bahagian tertentu dengan pena felt bermata tebal. Bagi penjagaan permukaan transperansi tersebut, biasanya helaian kertas kosong yang bersih diletakkan di atasnya semasa ianya disimpan. Penulisan kaedah ialah dengan menggunakan ‘pindah kering’ yang diwarnakan dengan pita berwarna. Dengan menggunakan pita berwarna ini, bukan sahaja dapat mewarnakan penghurufan tetapi juga mewarnakan ilustrasi- ilustrasi yang terkandung di dalamnya. Penggunaan pita berwarna ini, adalah sangat bersesuaian bagi memfokuskan pandangan kepada objek utama yang hendak ditekankan. (b) Transparensi jenis Thermal Terdapat banyak jenis thermal yang boleh digunakan untuk menyediakan transparensi. Antara jenama yang boleh digunakan seperti Fordifax Transparency Maker, 3M, Riso, Zufra-Asthrotherm dan sebagainya. Walau apa pun juga jenama mesin, thermal tersebut, kaedah menggunakannya hampir sama. Berikut merupakan antara langkah-langkah asas semasa menggunakan mesin thermal bagi menghasilkan transparensi: (i) Tentukan kawalan dedahan (exposure control) kepada peringkat yang diperlukan; (ii) Sediakan bahan yang hendak di salin ke transparensi di atas kertas yang sama saiznya; (iii) Letakkan bahan master atau utama itu dibawah transparensi sebagaimana arahan yang disediakan; dan (iv) Masukkan kedua-duanya ke dalam mesin dan dalam beberapa saat sahaja bahan itu akan tersalin ke transparensi.
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 13Rajah 4.3 : Proses Thermal (Insfra-merah) (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1992)(c) Transparensi daripada mesin pendua / fotostatCara penyediaan tranparensi ini juga memerlukan jenis transparensi khas.Antara yang terdapat di pasaran adalah Stabilo Transparensies DIN A4 (12mm)dan Photocopy Quality (Plain Paper Copier (PPC)). Teknik yang digunakan bagimenghasilkan transparensi bagi menggunakan mesin fotostat sama seperti andamembuat salinan kertas biasa. Antara langkah asas yang perlu diikuti ialah :(i) Sediakan bahan yang sama saiz dengan transparensi ;(ii) Masukkan plastik transparensi di tempat kertas penyalin; dan(iii) Prosesnya sama seperti menyalin kertas biasa.(d) Cara pemindahan gambarTeknik ini merupakan satu cara memindahkan gambar daripada majalah, akhbar,jurnal dan lain-lain media cetak kepada plastik transparensi.Walaubagaimanapun, bagi mendapatkan kualiti cetakan transparensi yang baik,imej-imej yang hendak dipindahkan haruslah daripada kertas jenis berkapur.Bahan-bahan asas yang diperlukan adalah seperti berikut :(i) Gambar asal yang dicetak dengan kertas berkapur (clay based);(ii) Filem untuk lapisan atau laminasi (laminating), contohnya seal laminating film- vistafoil;(iii) Air sabun panas atau sejuk digunakan untuk melembutkan kertas;
    • 14 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN (iv) Varnish untuk gambar (untuk menguatkan gambar yang terlekat di transparensi); dan (v) Kapas untuk menggosok gambar tersebut. Cara menyediakan transparensi dengan cara pemindahan gambar adalah: (i) Pilih gambar yang sesuai dan potong ianya. Seterusnya potong vistafoil sama saiz dengan gambar yang telah dipotong; (ii) Tanggalkan lapisan pada foil dan lekatkan pada gambar. Gosok permukaan supaya tidak terdapat gelembong udara; (iii) Rendam ke dalam air sabun selama lebih kurang 15 minit. Selepas itu, tanggalkan kertas daripada filem secara perlahan-lahan; dan (iv) Bersihkan habuk kertas dengan menggunakan air dan kapas. Akhir sekali keringkan diudara dan semburkan dengan varnish apabila kering. (e) Melalui proses cetakan menggunakan pencetak Salah satu teknik terbaru di dalam menghasilkan transparensi ialah dengan terus mencetaknya dengan menggunakan pencetak (printer). Pencetak utama yang boleh digunakan bagi mencetak transparensi ialah pencetak jenis semburan dakwat (ink jet) dan juga pencetak jenis laser. Transparensi yang dihasilkan boleh dalam bentuk cetakan hitam putih dan juga cetakan yang berwarna-warni. Plastik transparensi yang digunakan adalah khas untuk pencetak dan ianya boleh dibeli dimana-mana kedai yang menjual aksesori komputer. Biasanya terdapat plastik transparensi yang dihasilkan khas untuk sesetengah jenama pencetak dan ada juga plastik transparensi yang boleh digunakan merentasi jenama pencetak. Plastik transparensi biasa sama ada plastik jenis thermal, write on, fotokopi dan sebagainya tidak boleh digunakan pada pencetak kerana ianya tidak mampu menampung atau memegang dakwat yang digunakan. Sekiranya digunakan pada pencetak jenis laser pula, ianya akan cair dan merosakkan pencetak. Transparensi buatan tangan dan transparensi buatan mesin ada kelebihan dan kekurangannya. Antara kelebihan transparensi buatan tangan ialah ia tidak memerlukan mesin yang mahal, kos yang murah, mudah dibuat perubahan dan senang digunakan. Kekurangannya pula termasuklah ianya mengambil masa, kurang berkualiti, tidak boleh dibuat salinan, tidak kekal lama dan jika bahan itu rumit ia memerlukan kemahiran yang tertentu. Manakal
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 15kelebihan transparensi buatan mesin pula ialah ia cepat, berkualiti, boleh disalindan terdapat dalam berbagai jenis manakala kekurangannya ialah ia mahal,susah untuk diperbaiki dan kadangkala memerlukan kos yang agak tinggi.Selain daripada itu, terdapat mesin yang melibatkan proses penyediaan yangrumit, dengan itu latihan dan kemahiran yang tertentu amatlah diperlukan. Sesuatu persembahan pengajaran yang menggunakan transparensimemerlukan persediaan yang teliti. Berikut merupakan panduan yang dapatmembantu anda semasa merancang penyediaan transparensi dalampengajaran.(i) Apakah objektif yang boleh dicapai melalui penggunaan transparensi tersebut.(ii) Apakah faktor-faktor penting yang hendak ditekankan agar pelajar dapat memberikan penumpuan.(iii) Adakah transparensi tersebut sesuai digunakan dan dapat mencapai objektif(iv) Bolehkah transparensi tersebut boleh digunakan bersama-sama dengan media lain supaya lebih berkesan(v) Adakah isi kandungannya telah disusun dengan rapi dan disediakan lakaran bagi menunjukkan apa yang hendak diisikan ke dalam setiap transparensi(vi) Sudahkah anda menyediakan nota-nota yng berkaitan yang akan dipersembahkan kelak.4.3.1.3 Teknik-teknik persembahan menggunakan transparensiTerdapat pelbagai teknik persembahan menggunakan transparensi dalam P & P,antaranya ialah:(i) Teknik berperingkat-peringkat(a) UrutanTeknik ini hanya mengggunakan sekeping kertas untuk diletakkan di atas lutsinardan menariknya ke bawah secara beransur-ansur sehingga keseluruhanmaklumat disampaikan kepada pelajar.
    • 16 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN (b) Masking (bertingkap) Teknik ini digunakan dengan menutup bahagian yang belum dipaparkan kepada pelajar. Ini bertujuan untuk mengelakkan timbulnya kekeliruan pada pelajar dan juga memudahkan para pelajar memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang sedang ditunjukkan sahaja. Dari masa kesemasa bahagian-bahagian lain yang ditutup akan dipaparkan secara berperingkat. Bahagian yang telah diterangkan bolehlah ditutup semula. Rajah 4.4: Teknik Masking(Bertingkap) (Razali Nor, 1996) (c) Tindan-tindih Teknik ini menambah bahagian dengan menindih dengan lapisan transparensi lain untuk melengkapkan persembahan. Teknik ini diperkembangkan dengan perbagai cara berdasarkan kreativiti guru.
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 17Rajah 4.5: Teknik Tindan Tindih (Razali Nor, 1996)(d) Pasang tutupTeknik ini digunakan dengan memasang dan mematikan suis OHP pada ketikayang dirasakan bersesuaian. Misalnya untuk menarik perhatian pelajar kepadaperkara atau isu yang hendak ditujukkan, suis OHP dihidupkan. Sekiranya gurumahukan pelajar memberikan perhatian terhadap apa yang hendak guruperkatakan, suis OHP dimatikan.(e) Menulis terusTeknik ini sama seperti penggunaan papan pengajaran yang mana seseorangguru boleh terus menulis pada helaian transparensi semasa proses pengajarandan pembelajaran berlangsung. Kelebihannya ialah guru dapat berhadapandengan pelajar semasa menulis atau memberi penekanan terhadap sesuatu isipelajaran yang dirasakan penting.(ii) Teknik pergerakan(a) Penunjuk (Pointer)Teknik ini menggunakan sebarang bahan legap seperti pen misalnya unukdijadikan penunjuk. Penunjuk diletakkan di atas transparensi atau digerakkan
    • 18 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN mengikut keadaan. Teknik ini dapat membantu guru menunjukkan sesuatu aliran pergerakan secara perlahan-lahan. (b) Bentuk-bentuk potongan Bahan lutsinar atau bahan legap boleh digunakan dalam bentuk-bentuk tertentu. Selain itu, bahan-bahan sebenar seperti daun, bulu ayam dan sebagainya juga dapat ditunjukkan untuk mengkaji bentuknya. (c) Lutsinar gulung Teknik ini menggunakan transparensi gulung yang dipasangkan kepada roller attachment pada mesin OHP. (d) Wayang kulit Bahan diperbuat daripada kotak dan dipotong mengikut bahagian yang dikehendaki dan dipersembahkan menggunakan kaedah yang sesuai seperti pertunjukkan wayang kulit. Teknik ini sesuai bagi persembahan bagi sesi bercerita. (e) Sangga Sangga digunakan untuk membuat pergerakan seperti jarum pada jam. (iii) Teknik Demonstrasi (a) Penghabluran dan medan magnet Pentas OHP boleh digunakan bagi menunjukkan eksperimen sains yang mudah seperti proses penghabloran di dalam bekas kaca atau pembentukan medan magnet dengan menggunakan lapisan asetat.
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 19(b) Pergerakan gelombangPergerakan gelombang dapat ditunjukkan dengan menggunakan bekas kacayang mengandungi air. Pergerakan ombak juga dapat dilihat pada skrin secaraberulang-ulang.4.3.1.3 Panduan menggunakan OHP dan transparensiBagi pengguna baru, berikut adalah panduan yang boleh membantunyamengoperasi mesin OHP dan transparensi untuk menyampaikan pelajarannyadengan efektif. Langkah-langkahnya adalah:(i) Pastikan kedudukan OHP stabil. Jika diletakkan di atas meja, mejanya hendaklah berada pada jarak imej fokus yang baik;(ii) Sambungkan plug wayar OHP ke punca kuasa elekterik. Kabel yang panjang perlu diuruskan agar ia tidak jadi halangan pergerakan;(iii) Kaca datar dan lensa OHP dibersihkan. Gunakan tisu khas atau kain kapas yang lembut atau pencuci lensa yang dilembabkan atau gunakan methylated spirit;(iv) Buka penutup lensa kemudian hidupkan suis OHP dan buat penyelarasan kejelasan imej dengan meletakan sampel transparensi atau meletakan satu objek legap di kaca datar OHP tersebut dan memutarkan tombol untuk buat penyelarasan jelas;(v) Apabila imej dan teks yang terdapat di layar tayang itu jelas, matikan suis dan bersedia untuk pengajaran. (susun transparensi ikut urutan sebagaimana yang hendak disampaikan);(vi) Tutup suis, jika OHP tidak digunakan terutamanya semasa kita menerang atau menggunakan papan hitam atau alat bantu yang lain. Hidupkan semula jika diperlukan kembali;(vii) Guru perlu ingat bahawa selepas satu sesi penyampaian, ia perlu matikan suis lampu OHP. Jika hendak menunjukkan sesuatu fakta elok gunakan objek legap sebagai penunjuk di transparensi dan BUKAN di layar tayang. Selain dari itu penunjuk laser (laser pointer) juga boleh digunakan untuk menunjukkan sesuatu penerangan di layar tayang; dan
    • 20 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN (viii) Setelah tamat pengajaran guru perlu lakukan perkara berikut; o Matikan suis, biarkan kipas OHP berpusing sebelum dicabut plugnya dari punca elektrik o Simpulkan kabel OHP pada bahagian atau ruang yang telah disediakan untuk kabel, o Tutup penutup lensa, o Biarkan beberapa minit untuk OHP sejuk sebelum dianjakkan ke tempat lain. 4.3.1.4 Prinsip reka bentuk menerbitkan transparensi. Untuk menerbitkan medium transparensi yang baik, beberapa prinsip penyediaannya perlu dipatuhi. Prinsip-prinsipnya adalah : (i) Maklumat yang terdapat di medium transparensi itu seelok-eloknya memuatkan hanya satu idea bagi satu helai transparensi. (ii) Kurangkan unsur pantulan dengan mengasingkan beberapa gambar atau imej yang kompleks kepada komponen atau mesej utama yang hendak kita sampaikan sahaja sebagaimana di rajah sebelah. (iii) Bila menggunakan teks yang menggunakan fon 14 poin tahoma atau arial, pastikan bilangan perkataan yang digunakan pada satu-satu barisan itu dihadkan pada 6-10 perkataan sahaja. Rajah 4.6 : Unsur Pantulan yang (iv) Bilangan barisan yang sesuai bagi diasingkan sehelai transparensi dihadkan juga pada 6-9 barisan
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 21 (v) Warna yang digunakan selain daripada tujuan untuk mencantikkan medium transparensi, kita gunakan juga untuk memberi tumpuan pada elemen yang difokuskan. Pilih warna yang harmoni dan kontras seperti, Kuning dengan Hitam, Biru dengan Putih Putih dengan Hitam Rajah 4.7 : Penggunaan warna pada grafik(v). Hurufan yang digunakan juga perlu dipilih dari jenis hurufan San Serif seperti Arial, Tahoma. dan Century Gothic. Elakan daripada menggunakan hurufan yang berunsur dekoratif atau italic. Skrip hurufan yang terdapat pada komputer antaranya terdiri daripada jenis ,  Hurufan Times New Roman MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis Serif  Hurufan Monotype Corsiva MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis Dekoratif  Hurufan Impact MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis San Serif Padat  Hurufan Arial MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis San Serif  Hurufan Arial Narrow MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis San Serif  Hurufan Comic Sans MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis San Serif Padat(vi) Medium transparensi yang telah siap disediakan perlu mempunyai bingkai. Ini adalah bertujuan untuk : (i) Memudahkan kita menggunakan transparensi dengan mencatitkan penanda pada setiap transparensi mengikut urutan. (ii) Tidak menampakkan kesan jari pada transparensi (iii) Boleh disimpan dengan transparensi yang lain agar tidak melekat . (iv) Boleh dibuat secara tindan- tindih Rajah 4.8 : Kepingan Transparensi yang Berbingkai
    • 22 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN (v) Maklumat penting boleh dicatitkan di bingkai untuk rujukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. 4.3.1.5 Panduan mereka bentuk maklumat pada transparensi (a) Skrin yang ringkas Secara amnya, sebuah skrin persembahan pengajaran sesuai memaparkan tidak lebih dari 15 baris teks dan satu grafik sahaja. Teks yang ditaip juga perlu dipecahkan kepada beberapa perenggan yang pendek. Pastikan juga jarak antara perenggan pertama dan kedua menggunakan 2 jarak langkau. Berikut merupakan contoh bagaimana untuk menggunakan panduan ini dalam mereka bentuk sesuatu skrin pengajaran : Satu skrin persembahan Memaparkan terlalu banyak maklumat dalam satu skrin Sepatutnya mengajar satu merupakan satu kesalahan konsep yang sering dilakukan oleh pembina PBK. Kesalahan ini Dalam satu masa. Jangan akan menyebabkan pengguna sukar untuk paparkan terlalu banyak membaca teks yang dipaparkan. Selain itu, ianya maklumat. akan kelihatan kurang menarik dan ini akan memberikan kesan yang negative ke atas motivasi pengguna Rajah 4.9: Penggunaan teks di dalam transparensi
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 23(b) Penggunaan warna teks, saiz, font dan jarak langkau (spacing)Dalam memilih warna teks yang sesuai, pastikan anda memilih warna yangkontras dengan warna latar belakang skrin agar ianya akan dapat dilihat denganjelas. Di antara warna yang dicadangkan ialah :Jadual 4.1: Warna latar belakang dan warna teks yang sesuai Warna latar belakang Warna teks yang sesuai 1. Biru tua / hitam Kuning / putih 2. Kuning Muda dan tua Biru tua / Hitam 3. Hijau muda Hitam / Biru tua. Pemilihan warna teks yang tidak sesuai ialah merah dan hijau. Warna inikurang sesuai digunakan kerana ianya tidak dapat dilihat oleh pengguna yangrabun warna. Kombinasi warna yang paling selesa dilihat oleh mata terutama diwaktu malam ialah :Jadual 4.2: Warna latar belakang dan warna teks yang sesuai terutama di waktumalam Warna latar belakang Warna teks yang sesuai Hijau Putih Biru Putih Oleh kerana itulah, kebanyakan papan tanda di jalanraya mempunyaikombinasi warna di atas Pemilihan saiz dan jenis tulisan (font) juga penting kerana saiz tulisanyang terlalu kecil akan menyukarkan pengguna untuk membaca isi pelajaranyang ingin diajar. Disamping itu penggunaan jenis tulisan yang terlalu berstailjuga akan menyukarkan pengguna dalam membaca teks yang ingin dipaparkan.Panduan dalam memilih saiz teks ialah : Times New Roman / Arial 12 hingga 14 point. Pemilihan spacing atau jarak langkau teks yang anda taip juga perludiambilkira. Pilihlah jarak langkau yang sesuai seperti 1, 11/2 dan 2. Jangangunakan langkau yang terlalu rapat atau terlalu jauh.
    • 24 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN (c) Kedudukan teks di skrin Kedudukan teks di skrin juga turut mempengaruhi kualiti persembahan anda. Dalam memaparkan teks, pastikan kedudukannya konsisten dan tetap. Sekiranya ianya sering berubah-ubah kedudukan, maka pelajar akan lebih memberi tumpuan kearah perubahan kedudukan paparan teks dari penukaran paparan isi pelajaran itu sendiri. Seharusnya persembahan membantu pelajar kearah memberi penumpuan yang lebih ke arah penukaran isi pelajaran yang di ajar di skrin dari factor lain. Jarak margin teks yang ditaip dari skrin juga perlulah sesuai. Pastikan teks yang ditaip tidak terlalu hampir atau jauh dengan sisi skrin. Dalam menentukan jarak margin ini, jangan terikut dengan jarak margin yang ada di dalam buku. Untuk persembahan, jarak margin yang sesuai ialah dalam julat 1-2 cm. (d) Penggunaan tajuk dan nombor mukasurat skrin Bagi memudahkan seseorang ataupun pelajar mengesan dimanakah isi kandungan yang sedang dipersembahkan, adalah digalakkan penggunaan tajuk dan nombor muka surat digunakan pada setiap helaian skrin. (e) Penggunaan saiz tulisan yang pelbagai Penggunaan saiz dan jenis tulisan yang pelbagai juga sesuai digunakan untuk membantu pengguna dalam membezakan antara tajuk dan isi pelajaran. Penggunaannya juga dapat menarik perhatian pengguna dan menjadikan skrin persembahan anda kelihatan lebih menarik. Walaupun begitu pastikan anda tidak menggunakan bilangan saiz dan jenis tulisan yang terlalu pelbagai di dalam persembahan anda. Bilangan maksimum empat jenis saiz dan jenis tulisan yang sesuai digunakan dalam satu skrin paparan dicadangkan. Dalam menggunakan saiz tulisan dan jenis tulisan yang pelbagai pastikan ianya konsisten. Maksudnya di sini, semua tajuk besar akan mempunyai saiz dan jenis tulisan yang sama dan begitu juga untuk tajuk kecil dan isi pelajaran.
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 25 Matriks –Takrifan Matrik merupakan satu set nombor yang disusun dalam lajur dan baris m/s5 dari 7Rajah 4.10: Penggunaan tajuk, nombor muka surat dan saiz tulisan yangpelbagai4.3.1.6 Panduan mereka bentuk maklumat pada transparensi secara umumSelain daripada panduan-panduan mereka bentuk maklumat yang telahdibincangkan, berikut dinyatakan juga panduan-panduan umum yang bolehdiikuti bagi menghasilkan kepingan transparensi yang dapat membantu sesuatupersembahan atau pengajaran dan pembelajaran(i) Saiz huruf yang paling sesuai ialah 18 poin atau lebih jika menggunakan komputer dan jika menggunakan mata pen mekanikal saiz paling minimum ialah 0.5mm dan bagi pembaris stensil pila 5mm. Jangan gunakan huruf sambung seperti menulis di atas kertas kerana perkataan itu mungkin kecil dan tidak jelas apabila ditunjukkan ke atas layar.(ii) Jarak maksimum antara penonton dengan imej di layar ialah 8T iaitu 8 x tinggi imej yang ditayangkan.(iii) Gunakan huruf besar untuk tajuk atau label yang mengandungi kurang daripada lima patah perkataan. Jika lebih daripada lima, gunakan huruf kecil dan huruf besar apabila perlu.(iv) Luangkan jarak 1.5 kali lebar huruf ‘m’ kecil di antara dua perkataan. Jarak di antara satu ayat dengan ayat yang berikutnya ialah 3 kali lebar huruf ‘m’ kecil(v) Jarak diantara ayat/frasa di atas dengan ayat/frasa yang dibawahnya ialah lebih kurang 1.5 kali tinggi huruf kecil.(vi) Padankan warna huruf dengan warna latar belakang transparensi supaya mudah dibaca. Huruf berwarna cerah jika dipadankan dengan latar belakang yang gelap akan menghasilkan pandangan atau kebolehbacaan
    • 26 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN yang lebih jelas. Jika latar belakang transparensi itu cerah, maka huruf atau garisan yang ditulis atau dilukis hendaklah tebal dan gelap. (vii) Setiap keping transparensi yang dihasilkan seharusnya menekankan prinsip kesederhanaan iaitu tidak terlalu banyak teks dan visual pada satu keping dan tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penonton. Transparensi yang baik biasanya mempunyai satu idea dan idea ini mengkin boleh diperkembang melalui teknik berlapis. (viii) Transparensi berbentuk melintang adalah lebih baik daripad berbentuk tegak kerana dapat mengurangkan kesan herotan baji dan darjah penglibatan menjadi lebih luas dan terang (ix) Transparensi hendaklah dilekatkan ke atas bingkai kadbod atau bingkai lain yang sesuai supaya mudah diunjur, disusun, disimpan dan dikatalog (x) Hadkan nota-nota darjah kepada yang mustahak sahaja. Terlalu banyak perkara disampaikan akan menjemukan pelajar (xi) Hadkan satu tajuk dalam sekeping transparensi (xii) Bezakan masa tayangan untuk setiap transparensi. Transparensi yang mudah boleh ditukar dengan cepat dan sebaliknya. (xiii) Gunakan teknik tindih-tindih untuk memisahkan bahagian-bahagian sesebuah tajuk yang kompleks (xiv) Gunakan dakwat kekal jjika transparensi yang sama akan digunakan berulang kali. (xv) Lebih baik ilustrasi yang kompleks dilukiskan terlebih dahulu di atas kertas dan kemudian ditekap ke lutsinar. (xvi) Nombor transparensi yang akan digunakan mengikut susunannya untuk memudahkan penyampaian. (xvii) Gunakan warna yang berlainan untuk memberikan tekanan ke atas perkara yang penting. (xviii) Galakkan penyertaan dan perbincangan yang aktif daripada pelajar. 4.3.1.7 Kelebihan dan kelemahan overhed projektor dan transparensi dalam pendidikan Projektor Overhed dan transparensi mempunyai kelebihan dan kekurangan, antara kelebihannya adalah: (i) Ia boleh disediakan dengan mudah dan harganya juga murah
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 27(ii) Ia boleh disediakan lebih awal untuk memberikan masa yang lebih semasa penyampaian. Bahkan bahan yang sukar dan rumit dapat disampaikan dengan cekap dan memudahkan kefahaman pelajar perkara yang kompleks dan abstrak.(iii) Memberi keselesaan semasa penyampaian. Guru dapat menyesuaikan kadar kecepatan penyampaian dengan kadar murid menerima pengajaran.(iv) Bahan pengajaran yang telah siap disusun menjadikan penyampaian lebih sistematik dan teratur. Ini memudahkan soal jawab secara berkumpulan.(v) Ia adalah tahan lasak, mudah difailkan dan boleh digunakan berulang kali.(vi) Penyampaian boleh dilakukan dengan pelbagai cara untuk menggalakkan perbincangan dan penglihatan pelajar.(vii) Transparensi lebih bersih berbanding dengan papan kapur(viii) Sesuai bagi berbagai saiz pelajar(ix) Penggunaan transparensi dapat membantu pelajar memahami sesuatu dengan lebih mudah, cepat serta jitu tanggapannya.(x) Guru dapat menyampaikan fakta atau maklumat secara berperingkat dan lebih sistematik(xi) Guru menghadap murid dan ini dapat mengawal dan dapat tumpuan murid.(xii) Ia boleh disediakan dalam bentuk warna supaya memberi penegasan dan menarik perhatian pelajar.(xiii) Pertembungan mata antara guru dengan pelajar berlaku disepanjang masa pengajaran. Sebarang reaksi pelajar boleh dilihat oleh guru dan guru boleh mengubahsuai penyampaiannya ketika itu juga tanpa membelakangi pelajar.(xiv) Projektor OHP lebih tahan lasak dan mudah dikendalikan dan tidak memerlukan pengetahuan teknikal yang mendalam. Manakala kelemahan penggunaan projektor overhed dan transparensiadalah :(i) Saiz huruf yang kecil menjadikan masalah untuk dilihat(ii) Imej yang dipancarkan menghadapi masalah ‘keystone’ disebabkan oleh kedudukan mesin yang tidak sesuai.
    • 28 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN (iii) Memerlukan kemahiran dan pengetahuan di dalam menghasilkan transparensi yang baik dan bermutu tinggi. (iv) Beberapa alatan diperlukan jika transparensi yang lebih canggih atau kompleks ingin dihasilkan. (v) Guru perlu masa yang lebih untuk menyediakan transparensi yang canggih. (vi) Transparensi ini Cuma hanya dapat digunakan dengan bantuan mesin OHP (vii) Guru mesti ada kemahiran dalam pengendalian alatan dan penghasilan bahan-bahan transparensi. 4.3.1.7 Layar Tayang ( Skrin) Layar tayang (screen) merupakan satu lagi keperluan utama untuk menggunakan media tayang. Pada hari ini terdapat 2 kategori layar tayang yang digunakan bersama dengan media. Kategori yang pertama adalah layar tayang yang lut cahaya dinamakan “tayang belakang ( rear screen). Layar tayang jenis ini tontonannya boleh dilakukan di dua belah layar tayang tersebut. Penonton boleh menonton dari belakang dan juga dari bahagian depan layar. Kategori yang keduanya adalah layar tayang jenis tayangan depan yang sering digunakan di sekolah. Layar tayang jenis ini terdiri dari beberapa jenis permukaan pantulan cahaya yang perlu dipilih untuk kesesuai kita. Ia berbeza pada saiz, bahan dan fungsinya. Ada yang menggunakan elektrik dan ada yang berbentuk manual. Jenis layar tanyang yang kerap digunakan di sekolah terdiri daripada jenis layar tayang berikut. (a) Layar Tayang jenis Matt Materialsnya jenis kain tebal atau kanvas yang mempunyai permukaan putih dan licin. Layar tayang jenis ini kurang membalikan cahaya yang banyak jika dibandingkan dengan layar tayang yang lain. Layar tayang jenis matt ini sesuai digunakan pada bilik yang pendek dan lebar.
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 29(b) Layar Tayang jenis Glass BeadedLayar tayang jenis “ glass beaded” ini didapati gambar atau imejnya lebih terangdaripada layar tayang Matt. Permukaan putihnya disemburkan dengan serbukkaca yang hampir menyerupai kertas pasir. Banyak digunakan kerana sinaranarcanya lebih terang seperti kaca ketika terkena cahaya. Layar jenis ini sesuaidigunakan pada bilik yang sempit dan panjang.(c) Layar Tayang jenis Silver MetalledLayar tayang jenis “Silver Metalled”didapati jenis yang terbaik antara layartayang yang lain. Ia berupaya memberi balikan cahaya yang baik danmempunyai pengunjuran imej yang berkualiti. Rajah 4.11: Layar Tayang Jenis Rajah 4.12: Layar Tayang Jenis Matt Glass Beaded4.3.1.8 Penempatan Layar Tayang ( Skrin)Majoriti dari sekolah menggantungkan layar tayangnya di papan hitam. Lokasi inisungguh pun baik bagi sudut tontonan tetapi menyukarkan guru mengguna danmenulis maklumat di papan hitam apabila diperlukan. Guru akan membuka layartayang apabila diperlukan dan akan menutupnya balik apabila beliau ingin meng-gunakan papan hitam untuk mencatitkan maklumat pelajarannya. Keadaan iniakan berterusan disepanjang pengajaran dan boleh mengganggu kelicinanpenyampaiannya. Lokasi layar tayang yang paling ideal seelok-eloknya diletakkan di sudutkanan bilik darjah. Pastikan layar yang digantung itu berada di sebelah kanan
    • 30 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN guru semasa berhadapan dengan pelajarnya. Ini memudahkan guru membuat pergerakan dari menggunakan OHP dan mencatitkan maklumat di papan hitam dan sebaliknya tanpa membuka atau menutup layar tayang tersebut. Papan Hitam Layar tayang Ruang kawasan tontonan yg baik Rajah 4.13 :Penempatan Skrin di Bilik Darjah Penempatan layar tayang ini juga jika diletakkan di aras yang lebih tinggi dan tidak berada pada sudut tegak imejnya akan jadi herot dan berlaku kesan keystone (keystone effect) yang membuat tontonan kurang baik. Cara untuk membetulkan keadaan kesan keystone ini kedudukan layar tersebut perlu dibetulkan dengan mempastikan imej tayangan di layar tayang berada pada sudut tegak sebagaimana dinyatakan di rajah berikut. Rajah 4.14: Kesan Keystone Rajah 4.15: Membetulkan imej dari Kesan Keystone
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 31 Untuk mempastikan pelajar dapat menonton tayangan yang baik selaindari membetulkan kesan keystone itu, kedudukan layar tayangnya juga perlulahberada pada jarak jauh yang sesuai. Formula piawai umum yang bolehdigunakan tentang jarak jauh layar tayang dengan penonton adalah pada kadar2-8T saiz layar tayang. Bermakna penonton yang berada di baris hadapanseelok-eloknya berada tidak kurang dari dua kali ganda saiz tinggi layar tayang.Jika tinggi layar tayang (T) adalah 8 kaki, jarak jauh penonton di baris hadapandengan layar tayang seelok-eloknya berada pada kadar 16 kaki. Begitu jugapada penonton yang berada di barisan belakang, jarak jauh yang piawainyaadalah pada kadar lapan kali ganda saiz tinggi layang tayang. Bermakna jarakantara layar tayang dengan penonton di baris belakang seelok-eloknya beradapada jarak 64 kaki. Selain daripada panduan yang diberikan di atas, peraturan 6 PW jugaboleh digunakan untuk menentukan jarak tayangan OHP yang paling sesuaiuntuk penglihatan pelajar yang duduk di barisan belakang.Rajah 4.16: Kedudukan audien mengikut peraturan 6 PW
    • 32 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN Dalam ertikata lain sekiranya lebar skrin adalah 7 kaki dan imej di skrin selebar 7 kaki, tiada siapa yang harus melihatnya dari jarak 42 kaki (6 x 7 = 42). Kebanyakkan bilik darjah, bilik mesyuarat dan bilik kuliah yang mempunyai skrin tetap menggunakan nisbah ini, tetapi elok juga anda semak kepastiannya. Sekiranya visual anda menggunakan peraturan 6 PW ini dan ianya memenuhi seluruh skrin ia akan dapat dilihat dengan jelas 4.3.2.2 Alat Tayang Visualizer Alat tayang Visualizer juga boleh berfungsi sebagai mesin Projektor Overhead ( OHP) yang menggunakan komputer untuk menayangkan imej atau data yang terdapat di helaian transparensi atau dari buku ke layar putih melalui LCD ( Papan Hablur Cecair) yang dijanakan oleh komputer. Kelebihan visualizer berbanding dengan OHP yang lain adalah tentang kemampuannya menyimpan dan menayangkan balik maklumat yang telah dirakamkan diulangi. Kedua ia berupaya untuk membesar atau mengecilkan imej dan ketiga ia boleh menayangkan imej bahan relia untuk tontonan semua pelajar di bilik darjah. Rajah 4.17 : Alat Tayang Visualizer 4.3.2 Projektor Slaid Slaid adalah satu jenis media unjuran tanpa gerak yang merupakan sejenis transperansi positif berukuran kecil. Ia boleh ditayangkan menggunakan projektor
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 33slaid untuk dipancarkan kepada skrin tayangan. Pita slaid menngandungi slaid(pandang/ visual) dan pita rakaman (dengar/audio). Slaid boleh disediakandengan menggunakan kamera, disalin atau dilukis dan sebagainya.Kebiasaannya pemidang slaid berukuran 2 inci x 2 inci atau berukuran 5 cm x 5cm yang dimuatkan filem positif Slaid ini dimasukkan ke dalam talam slaid yangboleh menampung sehingga 100 keping slaid.Rajah 4.18 : Projektor Slaid (Sharifah Alwiyah AlShagoff, 1992 ) Slaid sesuai digunakan bagi pengajaran kumpulan besar atau individu.Ianya membawa pengukuhan dalam bentuk realiti ke layer skrin, contohnyagambar planet, lautan bahagian dalaman jentera dan objek-objek lain yang sukaruntuk diperlihatkan dalam bilik darjah.4.3.2.1 Jenis-jenis Projektor SlaidTerdapat pelbagai jenis Projektor Slaid antaranya adalah :a) Jenis ManualIa adalah jenis biasa yang murah serta mudah digunakan. Kepingan slaiddiletakkan satu persatu pada lengan penukar slaid dan lengan itu ditolak kedalam alur pancaran untuk mengeluarkan imej slaid itu di atas skrin.
    • 34 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN Rajah 4.19 : Projektor Slaid jenis Manual (b) Jenis separuh automatik Ia mengandungi satu bekas pemegang slaid yang dapat menyimpan banyak kepingan slaid iaitu 36,40,80 keping. Pengguna hanya perlu menekan punat penggerak depan untuk mula mengunjurkan slaid itu satu persatu atau punat penggerak undur untuk mengunjur semula slaid-slaid tersebut Rajah 4.20: Projektor Slaid jenis Separuh Automatik
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 35(c) Jenis automatik sepenuhnyaIa mempunyai ciri-ciri tambahan seperti fungsi pergerakan secara automatikseperti penukaran slaid secara automatik, jangkamasa unjuran setiap slaid bolehdiprogramkan dan penentuan fokus setiap slaid dilakukan secara automatik.Terdapat projektor slaid yang dilengkapi kemudahan tambahan sepertikebolehan adunan suara/audio dan fungsi-fungsi program yang lain.Rajah 4.21: Projektor Slaid jenis Automatik sepenuhnya4.3.2.2 Kebaikan dan kelemahan projektor slaidAntara kelebihan menggunakan projektor Slaid adalah seperti berikut :(i) Sebagai kemudahan teknik fotografi dapat digunakan;(ii) Urutan slaid boleh diatur mengikut keperluan tertentu;(iii) Program dapat diperbaharui tanpa melibatkan pertukaran besar atau tidak perlu menggunakan peralatan mahal;(iv) Gambar-gambar slaid boleh diambil dengan menggunakan sebarang kamera 35mm;(v) Masa untuk mempamerkan slaid dapat dikawal sepenuhnya oleh guru; dan
    • 36 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN (vi) penerangan boleh dijalankan secara sendiri atau suara telah dirakamkan selaras dengan tayangan. Manakala, antara kelemahannya adalah seperti berikut : (i) Pergerakan yang bersambung tidak dapat ditunjukkan; (ii) Tidak boleh bergerak walaupun mempunyai gambar atau suara; dan (iii) Topik pengajaran yang memerlukan penglihatan bergerak tidak sesuai diajar dengan slaid 4.3.3 Projektor Legap Projektor legap juga dikenali sebagai Episkop. Digunakan untuk mengunjurkan imej bahan-bahan 2D berbentuk legap. Melalui kaedah carta, gambar, gambarfoto atau bahan bercetak pada kertas atau kad boleh diunjurkan ke atas skrin. Bahan legap adalah bahan yang tidak ditembusi cahaya. Rajah 4.22: Projektor Legap (Sharifah Alwiyah AlShagoff,1992) 4.3.3.1 Kebaikan dan kelemahan Projektor Legap Antara kelebihan menggunakan Projektor Legap adalah seperti berikut :
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 37(vii) Tidak melibatkan penerbitan bahan, memudahkan tayangan serta merta seperti menayangkan peta, bahan daripada surat khabar, ilustrasi daripada buku atau majalah;(viii) Memudahkan persembahan kerja berkumpulan pelajar;(ix) Memudahkan penayangan bahan 3 Dimensi, tayangan objek 3 Dimensi boleh diiperbesarkan bagi tujuan pemeriksaan secara jarak dekat; Manakala, antara kelemahannya adalah seperti berikut :(i) Kekaburan, bahagian-bahagian yang tidak gelap sepenuhnya tidak sesuai untuk tayangan legap;(ii) Projektor Legap bersaiz besar dan berat sukar untuk dipindahkan; dan(iii) Lampu berkuasa tinggi yang digunakan menghasilkan haba yang menyebabkan sebahagian projektor tidak selamat untuk disentuh.4.3.4 Filmstrip / Mikro FilemMikrofilem adalah bentuk filem mikro (mikroform) yang digunakan untukmenyimpan maklumat. Bisanya, bahan tayang kaku ini terdapat di pusaat-pusatsumber khususnya di bahagian kaunter perpustakaan. Ia digunakan untukmengesan maklumat atau bahan yang terdapat di pusat sumber. Di negara-negara luar, bahan ini boleh digunakan sebagai bahan pengajaran individu ataukumpulan. Mikrofilem adalah filem gulung yang menyerupai filem jalur. Biasanya iamempunyai saiz 16mm, 35mm, 70mm atau 1-5mm dan disimpan dalam bentukgelendung terbuka, kaset atau katrij. Ia digunakan untuk menyimpan maklumatbercetak (teks dan visual) daripada akhbar, majalah, dokumen penting danesilopedia. Maklumat daripada sumber-sumber ini diambil gambar dan disimpandalam bentuk mikrofilem. Satu bingkai mikrofilem boleh menyimpan satu mukasurat maklumat. Maklumat ini menjadi lebih kecil apabila ditukarkan kepada
    • 38 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN bentuk mikrofilem. Untuk menggunakannya, ia memerlukan alat mirofilem. Mikrofilem dapat mengatasi masalah ruang dalam pusat sumber. Rajah 4.23: Jenis-jenis mikro filem/ filmstrips 4.3.4.1 Kebaikan dan kelemahan Filmstrips / mikro filem Antara kelebihan menggunakan Filmstrips / mikro filem adalah seperti berikut : (i) ia dapat mengurangkan masalah ruang. (ii) ia serba guna. Dalam satu format, filem mikro ini boleh menyimpan dan mengesan semula maklumat yang berbentuk teks, visual dan grafik. (iii) ia boleh mengatasi masalah kehilangan atau kerosakkan ke atas bahan seperti majalah, surat khabar dan sebagainya. (iv) ia mudah disimpan dan dipindahkan ke tempat lain. (v) ia juga lebih murah untuk dihantar ke pusat pusat sumber yang lain. (vi) ia sesuai digunakan untuk pengajaran individu dan kumpulan.
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 39Manakala, antara kelemahannya adalah seperti berikut :(i) sukar untuk mengemaskini maklumat dan membuat salinan sesuatu maklumat tertentu dalam bentuk mikrofilem.(ii) bahan yang dicetak adalah kurang jelas.4.3.5 Projektor LCDSingkatan bagi Liquid Crystal Display untuk memancar imej lebih besar daripadamonitor untuk kegunaan audian secara berkumpulan. Panel LCD disambungterus daripada komputer dan apa sahaja yang muncul pada skrin monitor akandipancarkan ke skrin besar. Ia juga boleh disambung terus denganmenggunakan peralatan lain seperti perakam video, perakam kamera danpemainan VCD atau DVD. Rajah 4.24: Penggunaan projektor LCD
    • 40 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 4.3.5.1 Ciri ciri Projektor LCD Nama Fungsi Connector Ports Tempat sambungan punca punca AV yang ingin dipaparkan Projector Control Panel kawalan fungsi/menu operasi projektor Panel Remote Control Penerima isyarat daripada alat kawalan jauh projektor Receiver Lens Focus Ring Cincin pemutar penyelaras lensa fokus Lens Zoom Ring Cincin pemutar penyelaras lensa zoom Elevator Foot Butang penyelaras ketinggian kaki projektor Button Penunjuk samada lampu dalam projektor samada sedang warming up Lamp Monitor , menyala atau cooling down Penunjuk samada dalam keadaan terpasang standby atau sedang Operating Monitor menerima isyarat daripada alat kawalan jauh. Power Cord Tempat menyambung wayar kuasa ke sumber elektrik Connector Power Switch Menghidup atau mematikan LCD
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 41 Rajah 4.25: Bahagian-bahagian Projektor LCD4.3.5.2 Pengoperasian Projektor LCDLangkah-langkah untuk mengoperasikan Projektor LCD adalah seperti berikut :(i) Tempatkan di atas permukaan yang rata dan kedudukan pada sudut yang tepat pada skin paparan(ii) Sambungkan kabel VGA LCD yang dibekalkan daripada soket LCD ke komputer.(iii) On kan LCD dan komputer(iv) Jika perlu install driver pada komputer yang digunakan untuk mendapat ketepatan imej yang dipancarkan.(v) Laraskan ketinggian LCD dengan memusingkan butang kaki elevator yang terletak di bahagian depan.(vi) Untuk mendapatkan imej yang lebih jelas, laraskan Lens Focus Ring.
    • 42 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 4.3.5.3 Penyambungan Projektor LCD ke komputer Rajah 4.26: Penyambungan Projektor LCD ke komputer
    • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 43Rajah 4.27: Penyambungan Projektor LCD ke VCD atau DVD, Kamera VideoDan Pembesar Suara Luaran
    • 44 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 4.3.5.4 Panduan penjagaan Projektor LCD  Selepaskan menekan butang Standby untuk memadamkan lampu projektor, biarkan sekurang kurangnya 15 saat sebelum menekan butang Standby sekali lagi.  Elakkan membuka dan menutup suis berulang kali semasa pengoperasian.  Pastikan tiada objek mudar terbakar berdekatan dengan projector kerana setelah lama dibuka, ia akan menjadi panas.  Biarkan projektor seketika untuk disejukkan sebelum mengangkatnya.  Jangan didedahkan pada kelembapan dan habuk.  Tangani dengan cermat dan jangan dijatuhkan kerana ia mengandungi komponen yang mudah pecah. 4.4 TUGASAN Hasilkan satu bahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan transparensi dengan menggunakan pelbagai teknik persembahan yang bersesuaian. 4.5 RINGKASAN ACTIVITY Walaupun pelbagai kaedah tayangan visual yang moden semakin mendapat tempat masakini, pelajar perlu mengetahui kaedah-kaedah tradisional tayangan visual seperti penggunaan projektor legap, projektor slaid, filmstrips dan transparensi bersama projektor overhed bagi mengetahui perkembangan peralatan tayangan visual.