• Save
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

Bab2 rekabentuk & model pengajaran

on

  • 9,781 views

 

Statistics

Views

Total Views
9,781
Views on SlideShare
9,613
Embed Views
168

Actions

Likes
29
Downloads
0
Comments
11

2 Embeds 168

http://12sm098.pbworks.com 167
https://www.linkedin.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

15 of 11 Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Bab2 rekabentuk & model pengajaran Document Transcript

  • 1. Bab 2 REKABENTUK DAN MODEL PENGAJARANHASIL PEMBELAJARANDi akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:1. Menerangkan perbezaan teori pembelajaran tingkah laku, kognitif dan konstruktivisme.2. Membandingkan model pengajaran Dick & Carey, ADDIE dan ASSURE.3. Merekabentuk pengajaran dengan strategi pengajaran yang bersesuaian.2.1 PENGENALANManusia sentiasa berada dalam proses pembelajaran. Seseorang individubelajar untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran melalui pengalamanuntuk menghadapi cabaran dalam kehidupan harian. Menurut Sulaiman (2004),pembelajaran adalah proses dalaman yang dialami oleh pelajar melaluipengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dan membawaperubahan kognitif dan tingkah laku pelajar secara kekal.Sehubungan dengan itu, pembelajaran boleh dikatakan sebagai sebahagiandaripada pengalaman dalam kehidupan seseorang individu. Namun begitu,bagaimana seseorang individu itu belajar? Sifat manusia semula jadi yangsentiasa ingin tahu menggalakkan mereka mencari jawapan berkenaan denganhal ini. Juga, terdapat individu yang berusaha untuk membuat kajian tentang
  • 2. 2 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN sifat-sifat proses pembelajaran. Atas usaha individu-individu tersebut, terdapat kajian yang telah berjaya menghasilkan teori pembelajaran yang masih digunapakai di dalam bilik darjah. 2.2 TEORI PEMBELAJARAN Teori pembelajaran boleh terbahagi kepada tiga teori yang utama iaitu Teori Tingkah Laku (Behaviouris), Teori Kognitif dan Teori Konstruktivisme. 2.2.1 TEORI TINGKAH LAKU Teori ini menekan perubahan tingkahlaku. Kajian tingkahlaku yang dapat dilihat atau diukur. Ianya tidak mengambil kira proses pemikiran yang berlaku. Antara tokoh teori ini adalah: • Pavlov (1849-1936) • Watson (1878-1958) • Thorndike (1874-1949) • Skinner (1904-1960) Thorndike mengatakan bahawa pembelajaran ialah pembentukkan suatu hubungan di antara S-R (STIMULUS-RESPONSE). Beliau juga telah menghasilkan tiga hukum penting iaitu: • Hukum kesan • Hukum latihan • Hukum “readiness” Prinsip pembelajaran yang ditekankan oleh Thorndike ialah: • Pembelajaran memerlukan praktik dan ganjaran. • Suatu siri tindakbalas boleh digabungkan. • Pemindahan pembelajaran berlaku disebabkan pengalaman. • Kepintaran adalah bergantung kepada kekerapan. Namun begitu, Skinner telah mengubahsuaikan kajian teori pembelajaran tingkahlaku dan telah mencadangkan prinsip pembelajaran yang berikut: • Tingkahlaku diperkukuh secara positif akan berulang. • Pengukuhan intermitent berkesan. • Maklumat diberi sedikit demi sedikit • Pengukuhan digeneralisasikan untuk menghasilkan perlaziman sekunder.
  • 3. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 3Walau bagaimana pun, teori pembelajaran tingkahlaku telah memberikan kesankepada: • Objektif tingkah laku pembelajaran • Analisis taksonomi tingkah laku pembelajaran • Taksonomi matlamat pembelajaran Gagne • Pembelajaran mastery • Pendekatan industry dan tentera • Mesin mengajar dan pengajaran terancang • Pengajaran individu.Kekuatan teori ini ialah menekankan asas bahawa pelajar terfokus kepadamatlamat yang jelas dan boleh bertindak balas terhadap matlamat itu. Manakalkelemahan teori ini ialah terdapat kemungkinan pelajar mendapati tiadarangsangan yang sesuai untuk maklum balas berlaku, iaitu pelajar tidak dapatmember maklum balas.2.2.2 TEORI KOGNITIFTeori ini menekan proses pemikiran di sebalik tingkah laku, iaitu proses .Ang berlaku dalam fikiran pelajar. Antara tokoh teori ini adalah: • Edward Tolman • Bandura • J. Piaget • Bartlett • Gagne / Briggs • Good • AusubelImplikasi Teori Kognitif Dalam Pengajaran ialah: • Organisasi dan struktur pengetahuan. • Pengetahuan prosidur yang boleh digunakan. • Kemahiran mendapatkan pengetahuan.Konsep Utama Teori Kognitif adalah: • Skema. • Pemprosesan maklumat • Kesan bermakna • Kesan kedudukan bersiri • Kesan latihan • Kesan pemindahan • Kesan tahap memproses maklumat • Kesan keadaan
  • 4. 4 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN • Kesan mnemonik • Pengelola awal Untuk mengaplikasikan teori kognitif dalam pengajaran, guru mesti melibatkan pelajar secara aktif. Contohnya memberi kawalan kepada pelajar dan memastikan pelajar boleh membuat latihan pada bila-bila masa. Selain itu, guru juga perlu memberikan perhatian kepada penstrukturan dan organisasi maklumat untuk memudahkan pemprosesan. Kekuatan teori ini ialah melatih pelajar belajar sesuatu dengan kaedah yang sama dan seterusnya memupuk keseragaman dalam melakukan kerja. Manakala kelemahan teori ini ialah pelajar hanya belajar satu kaedah untuk melakukan sesuatu dan kaedah tersebut berkemungkinan bukan kaedah yang terbaik atau yang sesuai dengan pelajar atau situasi pada masa berkenaan. 2.2.3 TEORI KONSTRUKTIVISME Teori ini menekan pembelajaran merupakan suatu proses yang aktif dan pelajar membina konsep baru atau pengetahuan baru berasaskan pengalaman. Setiap individu mempunyai perwakilan pengetahuan sendiri melalui pengalaman yang dialami. Pembelajaran berlaku apabila ketidakseimbangan berlaku di antara kerangka dengan maklumat baru. Implikasi teori ini dalam pengajaran ialah: • Guru mengalakkan pembelajaran melalui penemuan. • Guru dan pelajar berinteraksi secara aktif. • Guru menyesuaikan pengajaran mengikut kefahaman pelajar. • Guru guna turutan yang paling efektif untuk memberi pengetahuan. Kekuatan teori ini ialah pelajar menterjemah realiti yang pelbagai, pelajar dapat menangani masalah sebenar dalam pelbagai bentuk. Manakala kelemahan teori ini pula tiada keseragaman. Pelajar mempunyai perwakilan model mental masing-masing dan masalah mungkin timbul apabila setiap individu mengutarakan pandangan masing-masing yang mereka katakana betul. 2.3 MODEL PENGAJARAN Terdapat pelbagai model pengajaran yang diamalkan oleh guru-guru di sekolah. Umumnya model-model ini boleh dikategorikan dalam tiga kumpulan berikut: • Model berorientasikan bilik darjah
  • 5. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 5 • Model berorientasikan produk • Model berorientasikan sistemDalam bab ini, hanya tiga model akan dibincangkan iaitu Model Dick & Carey,model ADDIE dan model ASSURE.2.3.1 MODEL DICK & CAREYModel Dick & Carey adalah model pengajaran yang berorientasikan sistem.Model ini dipersembahkan dalam rajah yang berikut:
  • 6. 6 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 2.3.2 MODEL ADDIE Model ini merupakan antara model pengajaran yang sering menjadi asas kepada model-model rekabentuk pengajaran yang lain. Model ini terdiri daripada lima fasa iaitu: Fasa Analisis (Analysis) Di peringkat ini ia melibatkan beberapa proses penentuan serta mengenalpasti masalah yang ingin diselesaikan. Setelah sesuatu masalah dapat dikenalpasti proses analisis akan dilaksanakan bagi mencari apakah punca atau faktor yang berkaitan atau yang menimbul masalah tersebut. Proses analisis ini melibatkan berbagai aspek antaranya: i. analisis terhadap pengguna, ii. analisis terhadap persekitaraan pembelajaran, iii. kenalpasti matlamat pengajaran. Fasa Rekabentuk (Design) Peringkat ini dilaksanakan selepas proses analisis keperluan selesai. Ia menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai rupabentuk, struktur, pendekatan teori, jenis media dan teknologi yang akan digunakan. Antara lain ia juga melibatkan proses: i. Pembentukan objektif yang khusus untuk pengajaran. ii. Pembinaan item-item untuk ujian. iii. Pemilihan strategi pengajaran.
  • 7. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 7Fasa Pembangunan (Development)Peringkat ini melibatkan membina sistem sebenar dengan menggunakan semuaelemen media dan teknologi yang terpilih berdasarkan keperluan.Fasa Perlaksanaan (Implementation)Di peringkat ini, bahan pengajaran yang telah disediakan akan digunakan ataudilaksanakan dalam keadaan sebenar.Fasa Penilaian (Evaluation)Penilaian terbahagi kepada 2 bahagian, penilian formatif dan penilian sumatif.Penilian formatif seharusnya dilakukan terhadap semua peringkat untukmemastikan keberkesanannya. Penilian sumatif pula biasanya berlakudiperingkat akhir sesuatu projek penghasilan bahan pengajaran diselesaikan.2.3.3 MODEL ASSUREModel ASSURE merupakan model pengajaran yang berorientasikan bilik darjah.Model ini digubal oleh Heinich et al. (1982) dan dimurnikan pada 2001. Tujuanmodel ini ialah menyediakan panduan merancang dan mengendalikanpengajaran yang memerlukan penggunaan media.Terdapat 6 langkah utama dalam model ini: • Analyze Learner (Analisis Pelajar) • State Objectives (Nyatakan Objektif) • Select Methods, Media & Materials (Pilih Kaedah, Media & Bahan) • Utilize Media & Materials (Gunakan Media & Bahan) • Require Learner Participation (Dorong Penglibatan Pelajar) • Evaluate & Revise (Nilai dan Semak)Analisis Pelajar (Analyze Learner)Dalam langkah ini, guru perlu mengenal pasti ciri-ciri umum iaitu jantina, umur,bakat, gaya pembelajaran, kelas dan taraf sosioekonomi. Selain itu,guru jugaperlu kenalpasti ciri-ciri peringkat masuk (pengetahuan sedia ada) berkaitandengan tajuk dan isi kandungan (pengetahuan, kemahiran dan sikap).
  • 8. 8 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN Nyatakan Objektif (State Objectives) Biasanya objektif diambil daripada Sukatan, Panduan Kurukulum atau Buku Teks. Penentuan objektif berdasarkan peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan pembelajaran dan kriteria-kriteria atau darjah pencapaian. Elemen yang perlu ada dalam satu objektif pengajaran yang lengkap ialah: • Audien (Sasaran) • Behavior (Tingkah laku) • Condition (Situasi) • Degree/criteria (Kriteria/Piawai) Contohnya: Di akhir pengajaran ini, pelajar akan (sasaran) melabelkan (tingkah laku) setiap bahagian kikir (situasi) dengan tepat (piawai). Memilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media & Materials) Kaedah, media atau bahan pengajaran mesti dipilih berdasarkan tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Guru juga perlu menyediakan bahan yang sesuai, tempat-tempat belajar, makmal dan pusat sumber yang cukup. Guru juga perlu menyediakan set induksi yang menarik serta bersesuaian dengan tujuan dan objektif pembelajaran. Mengunakan Media dan Bahan (Utilize Media & Materials) Media atau bahan yang dibangunkan digunakan terhadap kumpulan sasaran. Dorong Penglibatan Pelajar (Require Learner Participation) Dalam proses pembelajaran, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran (membuat latihan, simulasi, perbincangan, latihtubi, kuiz dan lain-lain). Pengukuhan serta-merta diberikan akan menghasilkan tindakbalas yang betul. Nilai dan Semak (Evaluate & Revise) Penilian dan semakan semula dijalankan di akhir pembelajaran. Tujuan adalah untuk mengesan perkara yang berikut: • Adakah objektif tercapai? • Adakah alat atau bahan dapat membantu pembelajaran?
  • 9. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 9 • Adakah pelajar mengendalikan bahan dengan betul? • Adakah suasana pembelajaran selesa?2.4 REKABENTUK PENGAJARANRekabentuk pengajaran merupakan sains yang mencipta spesifikasi pengajarandengan terperinci untuk pembangunan, penilaian dan penyelenggaraan sesuatukeadaan yang boleh memudahkan pengajaran (Wan Ali et al., 2007). Antarakepentingan rekabentuk pengajaran adalah: • Menambahkan kecekapan pengajaran. • Menambahkan keberkesanan pengajaran. • Memastikan pelajar berminat mempelajari pelajaran yang disampaikan. • Memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dilakukan secara kos efektif. • Memastikan kandungan pembelajaran menepati objektif yang ingin dicapai. • Memastikan pembelajaran boleh diaplikasikan kepada semua senario yang berpadanan. • Memastikan pelajaran yang dirancang dapat disampaikan dalam masa yang diperuntukan.2.4.1 STRATEGI PENGAJARANStrategi bermaksud cara seseorang guru mengendalikan aktiviti pembelajarandengan sistematik. Ia adalah tindakan spesifik yang dilakukan dengan sengajaoleh guru untuk membantu pelajar memperolehi hasil pembelajaran maksimum.Antara aspek yang perlu diambil kira oleh guru semasa memilih strategipengajaran yang sesuai termasuk objektif pengajaran, proses pengajaran , isikandungan, persediaan dan kebolehan mengajar, gaya peribadi pengajaran danpersekitaran di dalam bilik darjah.Antara contoh strategi – strategi pengajaran yang sentiasa diamalkan oleh guru-guru adalah :a. Strategi pemusatan gurub. Strategi pemusatan pelajarc. Strategi pemusatan bahand. Strategi berasaskan tugasan
  • 10. 1 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 2.4.1.1 Strategi pemusatan guru Strategi ini menumpu perhatian kepada guru. Guru memonopoli percakapan atau aktiviti. Aktiviti ini sesuai digunakan untuk mata pelajaran yang bergantung sepenuhnya kepada guru. Sebagai contohnya pengajaran tentang pengiraan dan fakta. Kaedah yang sering digunakan ialah kuliah, penerang, demonstrasi dan cerita. Ciri-ciri strategi ini termasuk: • Guru memainkan peranan utama dalam proses pengajaran pembelajaran. • Komunikasi sehala. • Guru mengarah dan mengawal pembelajaran (suasana autokratik). • Pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian pencapaian objektif pengajaran guru. Kekuatan strategi ini ialah: • Membantu dalam mata pelajaran pengiraan dan penguasaan fakta. • Membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam menguasai pembelajaran. • Banyak membantu di dalam pengajaran pelajar-pelajar khas. Manakala kelemahan strategi ini termasuk: • Menekankan pada hafazan. • Pelajar menjadi pasif, sifat sosial positif kurang dipupuk. • Pelajar mudah berpuas hati dengan fakta-fakta yang diberikan oleh guru • Tidak mementingkan aspek lain selain daripada perkembangan intelek pelajar. • Pelajar menjadi kurang kreatif dan inisiatif. 2.4.1.2 Strategi pemusatan pelajar Strategi ini lebih sesuai apabila maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan melalui strategi pemusatan guru dan apabila matlamat pengajaran merangkumi kemahiran kreatif dan kritikal. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pelajar memainkan peranan yang penting, sedangkan peranan guru hanya sebagai pembimbing kepada murid yang menjalankan aktiviti pembelajaran. Antara kaedah yang sering digunakan ialah penyelesaian masalah, memainkan peranan, simulasi dan pembelajaran secara penemuan. Ciri-ciri strategi ini adalah: • Guru dan pelajar bersama-sama memainkan peranan.
  • 11. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1 • Pelajar aktif menyertai proses P&P • Komunikasi berbentuk dua hala. • Suasana kepimpinan bersifat demokratik. • Menekankan perkembangan pelajar. • Menekankan pembelajaran kendiri. • Menekankan pada kefahaman dan bahan-bahan bermakna. • Penekanan kepada pelajaran dengan melakukan aktiviti. • Lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran pelajarKekuatan strategi ini ialah: • Dapat memotivasikan pelajar. • Kurang bergantung kepada guru. • Tahap kefahaman pelajar-pelajar tidak sama. Tumpuan dapat diberikan kepada pelajar tertentu. • Idea sesama pelajar lebih mudah difahami.Manakala kelemahan strategi ini termasuk: • Menentang tunjuk ajar dan dianggap tidak natural. • Pengajaran berpusatkan kepada pelajar bukan merupakan satu idea yang bermakna. • Memerlukan tahap disiplin diri yang tinggi.2.4.1.3 Strategi pemusatan bahanPengajaran berpusatkan bahan ialah pengajaran yang lebih menumpukankepada penggunaan bahan pembelajaran oleh pelajar. Strategi ini lebih sesuaidigunakan oleh guru kerana ia menekankan perkembangan jasmani, kognitif danrohani pelajar. Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalammembantu guru menghadapi pelajar pelbagai keperluan. Strategi inimenyediakan pelbagai wahana untuk pelajar belajar untuk kadar masing –masing pada setiap masa dan di tempat pilihan mereka.Ciri-ciri strategi ini adalah:• Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.• Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau pelajar/bahan pembelajaran• Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan• Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Pelajar dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.• Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
  • 12. 1 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN • Peluang interaksi antara pelajar banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dan sebagainya. • Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran • Kaedah & Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dan sebagainya. 2.4.1.4 Strategi pemusatan tugasan Guru yang menggunakan strategi berasaskan tugasan melibatkan pelajar dalam aktiviti atau yang memberi peluang kepada mereka mengamalkan dan mengaplikasikan apa yang sedang mereka belajar. Aktiviti atau tugasan tersebut juga membuka peluang kepada murid menerima bimbingan, pelbagai strategi mempermudahkan tugasan, atau scaffolding bentuk lain yang diperlukn untuk membolehkan mereka melaksnakan tugasan mereka dengan jayanya. Aktiviti yang dipilih dengan bijak, perlu disampaikan dengan berkesan, dipantau dan diteruskan sekiranya inginkan kesan maksimum. Antara strategi tugasan yang boleh diberikan oelh guru kepada murid – murid ialah Berlakon, Menyanyi, Membuat model, Perbahasan dan Perbincangan. Ciri-ciri strategi ini adalah: • Tugasan yang dirancang mesti menarik. • Set induksi ringkas dan memberangsangkan. • Perkembangan pembelajaran disusun secara teratur dan berturutan. • Guru mesti memantau dan memberi bantuan yang sewajarnya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan . • Penilaian menumpu kepada pencapaian objektif. 2.4.2 ASPEK MOTIVASI (ARCS) Motivasi memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Keller (1983), motivasi adalah kecenderungan seseorang individu untuk membuat pilihan dalam pengalaman atau matlamat yang ingin diterokainya dan seterusnya memilih kuantiti usaha yang perlu dijana untuk mencapai matlamat tersebut. Oleh sebab itu, unsur motivasi adalah penting untuk menarik minat pelajar dan memastikan mereka sentiasa memberi tumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • 13. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1Model motivasi atau lebih dikenali sebagai model ARCS diasaskan oleh Kellerpada tahun 1987. Komponen ARCS adalah: • Attention (Perhatian) • Relevance (Relevan) • Confidence (Keyakinan) • Satisfaction (Kepuasan)Untuk mencapai komponen PERHATIAN, strategi berikut adalah digalakkan: • Mempersembahkan contoh yang konkrit dan gambaran visual yang menarik. • Menggunakan pelbagai unsur bahan pengajaran atau multimedia. • Mempelbagaikan susun atur power point atau penulisan pada papan. • Menggunakan analogi, humor, simulasi atau permainan yang melibatkan interaktiviti tinggi semasa menerangkan konsep baru. • Menjalankan aktiviti-aktivi yang berbentuk penyelesaian masalah.Untuk mencapai komponen RELEVAN, strategi berikut adalah digalakkan: • Menggunakan analogi yang selari dengan pengetahuan sedia ada pelajar. • Menyatakan objektif pembelajaran semasa atau objektif yang diharapkan secara eksplisit. • Menunjukkan hubungan antara apa yang dipelajari (atau aktiviti yang sedang dijalankan atau tugasan yang diharap dapat dilakukan oleh pelajar) dengan masa akan datang atau dengan kehidupan harian. • Memberikan pelbagai alternatif atau jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah.Untuk mencapai komponen KEYAKINAN, strategi berikut adalah digalakkan: • Menyatakan objektif pembelajaran melalui pemerincian kriteria yang akan dinilai. • Menyusunkan bahan pengajaran daripada mudah ke sukar. • Menyatakan kejayaan atau penyelesaian yang akan diperolehi dengan usaha yang berpadanan. • Membiarkan pelajar mempelajari konsep baru dalam situasi berisiko rendah dan biarkan mereka mengaplikasikan kemahiran yang telah dikuasi dalam situasi seakan-akan keadaan sebenar.Untuk mencapai komponen KEPUASAN, strategi berikut adalah digalakkan: • Memberikan insentif yang menarik dan tidak dijangkakan. • Memberikan pujian secara lisan. • Mengelakkan pengukuhan yang terlalu berat sekiranya kesalahan berlaku.
  • 14. 1 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN • Menggunakan pengukuhan yang berulang-ulangan semasa pelajar mula mempelajari sesuatu konsep baru dan seterusnya mengurangkan pengukuhan secara beransur-ansur apabila pelajar sudah mula menguasai kemahiran yang diinginkan. 1.4.3 SEMBILAN PERINGKAT PEMBELAJARAN GAGNE Menurut Gagne, isi pelajar yang ingin disampaikan kepada pelajar perlu melalui aras pemindahan dan penukaran maklumat yang berlalu dalam ingatan seseorang individu mengikut turutan yang tertentu. Sehubungan dengan itu, Gagne telah mencadangkan sembilan peringkat pembelajaran yang harus dilalui oleh pelajar seperti yang berikut: PERINGKAT PEMBELAJARAN PENERANGAN 1 Dapatkan perhatian Mendapatkan perhatian (Gain Attention). pelajar 2 Pemberitahuan objektif Jangkaan guru ke atas tahap kefahaman pembelajaran kepada yang harus dicapai oleh pelajar perlu pelajar diketahui oleh pelajar (Expectancy) 3 Memperolehi kembali Mengingati kembali pembelajaran lepas pembelajaran lampau (Recall prior learning) 4 Persembahkan Menyediakan rangsangan (Present Stimulus). rangsangan Pelajar dapat mengenal pasti perkaitan maklumat dan memilih setiap satunya mengikut persepsi masing-masing. 5 Membekalkan bantuan Menyediakan bimbingan pembelajaran kepada pelajar menerusi kaedah yang bersesuaian seperti latihan (Guide Learning). 6 Penghasilan tindak balas Menunjukkan prestasi menerusi prose pengeluaran semula maklumat dari ingatan (Elicit Performance). 7 Pemberian maklum balas Memberi maklum balas untuk mengukuhkan kefahaman pelajar serta memperbetulkan kesilapan pelajar sekiranya ada (Provide Feedback) 8 Penilaian pencapaian Menilai pencapaian menerusi kaedah yang bersesuaian seperti soal-jawab (Assess Performance) 9 Generalisasi Mengukuhkan ingatan dan pemindahan maklumat ke situasi atau keadaan yang baru (Enhance Retention)
  • 15. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 11.5 TUGASANSediakan SATU rancangan pengajaran harian berdasarkan model ASSURE bagisatu topik kecil yang anda pilih. Perkara yang perlu anda sediakan adalah sepertiyang berikut: a) Rancangan pengajaran harian bagi satu topik kecil (berdasarkan model ASSURE) b) Berdasarkan rancangan pengajaran harian di atas, masukkan elemen- elemen dalam setiap langkah ASSURE dalam bentuk jadual di bawah: Langkah-langkah ASSURE Elemen-elemen A – analisis pelajar S – nyatakan objektif S – pilih kaedah, media dan bahan U – gunakan media dan bahan R – dorong penglibatan pelajar E – nilai dan semak