Masalah macroteaching di sekolah

1,568 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,568
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
12
Actions
Shares
0
Downloads
37
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Masalah macroteaching di sekolah

  1. 1. Masalah macroteaching di sekolah - Assalamualaikum dan salam sejahtera...Terdapat banyak masalah makroteaching yang berlaku di sekolah. Masalah ini wujud ekoran kerang minat murid intuk belajar dan ketidaksediaan murid untuk mempelajari sesuatu topik yang baru. Adakalanya ianya berlaku kerana tidak ada kesinambungan antara tajuk-tajuk pelajaran yang lepas. Contohnya dalam mata pelajaran pendidikan jasmani. PJ tidak dapat dijalankan sekiranya murid tidak membawa baju sukan.Alasan yang diberikan baju basah, ibu tak sempat cuci malam tadi, ataupan saya tertinggal baju atau terlupa untuk memakai baju tersebut. Masalah lain yang biasanya timbul adalah kawasan padang yang tidak cukup luas untuk semua kelas berPJ di padang dalam satu-satu masa. Terutamanya kepada murid sesi petang yang selalu mengalah disebabkan murid sesi pagi menjalankan aktiviti kokurikulum pada hari rabu. Contoh yang lain adalah apabila berlaku gangguan padang basah ataupun lecak selepas berlakunya hujan lebat atau gangguan mesin rumput. Msalah- masalah ini nampak macam remeh, akan tetapi memberi impak yang besar kepada motivasi murid-murid untuk menjalankan aktiviti bersenam. - Situasi masalah: Pelajar buat hal-hal sendiri - Pernah satu sesi pengajaran dan pembelajaran telah berlangsung. Dari 40 oarang pelajar yang di ajar lebih separuh pelajar didapati tidak berminat untuk belajar. dan mereka telah baut hal masing-masing. ada yang bercerita, ada yang menulis ( tak tahu apa yang ditulis), ada yang tidur, ada yang mengusik kawan, ada yang membaling-baling kertas.Dalam kata lain pada waktu itu suasana kelas jadi huru hara. Sesi P & P terpaksa dihentikan dengan serta merta. - Tindakan yang saya buat pada ketika itu, dalam keadaan marah saya telah teriak dalam kelas tersebut sehingga suara saya terdengar hingga beberapa kelas sebelah yang lain. Guru lain yang mengajar sebelah menyebelah ada juga menjenguk untuk mengetahui apa yang berlaku. - Emosi saya tidak dapat ditahan pada ketika itu sehingga papan tulis didepan saya telah saya tumbuk dan telah berlubang. - Pelajar saya di dalam kelas tersebut saya perhatikan sangat terkejut dengan tindakan saya yang tiba-tiba. Barulah kelas huru hara itu diam. - Saya tidak dapat meneruskan pengajaran. Kelas tersebut saya tinggalkan dengant tiba-tiba. - Adakah tindakan saya ini wajar? - Sememangnya merupakan pengalaman yang berharga semasa melaksanakan macroteaching di sekolah. Ini kerana guru kena memastikan semua perancangan yang dicatat di dalam rancangan pengajaran harian dapat dijalankan mengikut pembahagian masa yang ditetapkan. Masalah yang saya hadapi semasa menjalankan macroteaching ini ialah kekangan dari segi penggunaan slaid power point sebagai salah satu BBM. Slaid tidak dapat dipaparkan disebabkan masalah teknikal pada LCD. Ini mengambil masa selama beberapa minit untuk membetulkannya. Jadi saya terpaksa memberi penerangan kepada para pelajar mengenai pelajaran pada hari itu tanpa melihat slaid terlebih dahulu. Apa yang belajar di sini ialah guru perlu bijak mencari alternatif lain sekiranya berlaku kekangan seperti ini.Kepentingan kajian tindakan dlm konteks perkembangan profesionalisme - Kepentingan Kajian Tindakan kepada Para guru adalah seperti berikut: - Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid dan suasana dalam bilik darjah dan sebagainya - Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan - Dapat mempelbagaikan teknik pengajaran, memudahkan pencapaian kefahaman pelajar sekaligus memahami dan memperbaiki amalan sendiri - Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif - Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum. - Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat perancangan untuk sebarang tindakan. - Apakah perbezaan yang terdapat di antara guru yang menjalankan kajian tindakan dengan guru yang tidak mengamalkan kajian tindakan dalam konteks perkembangan profesionalisme. Memang akan ada perbezaan di antara dua perkara ini. Terlebih dahulu biarlah kita mengupas apakah yang dimaksudkan dengan kajian tindakan.Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.Jika diteliti dan diperhalusi pengertian kajian tindakan, para guru sudah semestinya memahami apakah manfaat yang diperoleh apabila guru menjalankan kajian tindakan semasa melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pendidik. Sekiranya sebarang masalahan atau isu dikenalpasti, guru sewajarnya merangka penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut. Oleh yang demikian, kajian tindakan merupakan satu cara yang sistematik bagi menyelesaikan sesuatu isu atau masalah yang guru hadapi. Melalui kajian tindakan juga akan menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.Selain itu, guru juga menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu. Berbeza pula jika guru tidak mengamalkan kajian tindakan dalam profesionnya sebagai pendidik. Guru seumpama ini akan hanya membiarkan masalah atau isu yang dihadapinya begitu sahaja tanpa merangka strategi dan cara
  2. 2. penyelesaian yang terbaik. Adakah masalah tersebut akan selesai?Saya pasti, rakan pendidik semua pasti tahu jawapannya.Maka akan timbul isu-su seperti defisit pembelajaran serta kegagalan murid mengikuti p&p yang disampaikan oleh guru. Ini kerana guru tersebut tidak mahu mengubah amalan serta cara bekerja sehingga memberikan kesan kepada murid. Oleh yang demikian bagi saya, biarlah ketika pertama kali kita mengorak langkah sebagai seorang guru, kita boleh merubah langkah tersebut menjadi semakin baik, tetapi janganlah langkah pertama yang kita mulakan masih lagi sama tanpa ada sebarang pembaharuan dan perubahan.- saya memang setuju apa yang dikatakan anda.Kajian tindakan dapat memperbaiki kelemahan pengajaran dan pembelajaran kita.- Kajian tindakan mempunyai beberapa kepentingan kepada guru-guru di sekolah, kerana di sini guru memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji sistem P&P nya di kelas...Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuanuntuk:- meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.- meningkatkan prestasi pencapaian murid.- mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran dalam sesuatu subjek.- membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran.- Selain bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, Kajian Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.- Kajian tindakan boleh didefinisikan sebagai penyelidikan sistematik dan kaedah praktikal yang membolehkan guru-guru menyiasat pengajaran mereka dan pembelajaran murid. Kajian tindakan dapat membantu para guru meningkatkan kualiti pengajaran mereka serta dapat membaiki tahap dan mutu pengajaran mereka juga dianggap sebagai sebahagian daripada proses refleksi dimana ia membolehkan guru-guru untuk melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat. Kajian Tindakan adalah satu langkah berterusan oleh guru untuk menilai dan mengesan keberkesanan kaedah atau teknik pengajaran. Melalui langkah-langkah tersebut data dikumpul untuk dijadikan panduan mengubahsuai kaedah pengajaran supaya keberkesanannya dapat dipertingkatkan.- Guru yang tidak menjalankan kajian tindakan pula mempunyai cara pengajaran serta menggunakan kaedah yang sama setiap hari tanpa menghiraukan murid faham atau tidak topik yang diajar. Ini akan menyebabkan murid tidak berminat untuk belajar. Masalah murid tidak memberikan penumpuan semasa guru sedang mengajar, murid bising, tidak menyiapkan kerja sekolah dan sebagainya juga akan timbul. Hal ini bukan saja menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran malah ia menyebabkan prestasi pelajar turut merosot. Kesimpulannya guru yang menjalankan kajian tindakan akan lebih maju dan berkualiti dalam meningkatkan profesionalisme serta dapat melahirkan modal insan celik akal dan berwawasan.- Pada pandangan saya, kajian tindakan merupakan salah satu kaedah yang baik kepada guru- guru kerana para guru dapat mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Daripada penemuan masalah ini, maka guru-guru akan mencari cara penyelesaian dengan menggunakan cara yang sesuai dan berkesannya. Masalah penyelidik pada asasnya dimulakan dengan persoalan yang merupakan fokus atau tumpuan utama kepada penyiasatan penyelidik. Oleh itu, guru perlu menyiasat isu-isu yang perlu diberi perhatian oleh guru kerana sekiranya dibiarkan ia akan membantutkan kemampuan pembelajaran murid berkenaan seterusnya. Oleh yang demikian guru harus mempunyai rancangan untuk mengatasi kelemahan murid seperti yang dibincangkan. Seorang guru perlu mengenal pasti, membuat senarai semak isu-isu yang berbangkit di dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran dan membuat keutamaan kepada isu-isu berkenaan. Selain itu, guru perlu mengesan isu yang paling kritikal dan mana perlu diselesaikan dahulu .Kajian tindakan sekiranya dijalankan dengan baik akan memberi manfaat dan faedah kepada guru dan juga murid. Selain itu, guru yang menjalankan kajian tindakan akan menentukan masalah pengajaran dan pembelajaran kemudian merancang kaedah pengajaran yang sesuai untuk menyelesaian masalah yang telah ditentukan. Jika tidak membuat begitu, guru akan menyesal dan selalu mengalami masalah sakit jiwa kerana murd-
  3. 3. muridnya tidak bekerjasama dengannya. Segala usaha yang ditaburkan oleh guru tidak akan mendatangkan hasil.- Saya amat bersetuju dengan pandangan saudari. Proses pelaksanaan Kajian Tindakan adalah suatu proses yang berterusan. Dalam situasi pembelajaran di bilik darjah murid-murid menghadapi berbagai-bagai masalah. Perkara ini boleh dikesan melalui pencapaian murid yang berbeza-beza walaupun mereka diberi pengalaman pembelajaran yang sama.- Langkah-langkah P&P melalui Kajian Tindakan melibatkan guru mengutip data terperinci tentang berbagai faktor bilik darjah yang mempengaruhi proses pembelajaran. Hasil analisis data tersebut membantu guru memahami mengapa sesuatu aktiviti P&P yang dilaksanakan tidak mencapai matlamat. Dengan cara ini guru dapat mengesan langkah menjalankan aktiviti yang perlu diubahsuai. Apabila berlaku pengubahsuaian aktiviti, secara tidak langsung guru yang terlibat mengubah amalan mengajar iaitu amalan dalam bentuk menyediakan aktiviti P&P. Dalam Kajian Tindakan pengubahsuaian terhadap aktiviti P&P perlu dan sentiasa dilakukan. Amalan mengubahsuai aktiviti diteruskan sehingga pencapaian murid meningkat ke tahap yang sebaik mungkin.- Assalammualaikum www ..dan salam sejahtera. Bagi pandangan saya kebolehan guru juga dikenali sebagai “self-reflective enquiry’ adalah inisiatif guru itu sendiri ke atas sesuatu aspek dalam amalannya dengan tujuan untuk lebih memahami sesuatu amalan dan kemudiannya mencadangkan pembaikan. Kebolehan guru-guru meletakkan penyelidikan sebagai teras budaya kerja sekolah adalah untuk membolehkan ‘ proses rawatan “ atau ‘rehabilitation’ terhadap anak- anak didiknya menjadi lebih berkesan. Kajian tindakan tidak harus dianggap sebagai memahami persekitaran P&P sahaja bahkan hendaklah ia bersifat “action oriented” atau orientasi tindakan. Ini adalah bersesuaian dengan kerjaya perguruan pada masa kini yang lebih mencabar dan menuntut guru mempunyai kemahiran dan pemikiran pendidkan yang lebih advance bagi memenuhi keperluan masa kini . Contohnya, isu kegagalan pelajar mencapai kecemerlangan dalam satu-satu mata pelajaran. Melalui penyelidikan, guru dapat membuat keputusan yang tepat bagi meningkatkan pengajaran mereka.-- Antara bidang-bidang yang boleh dikaji ialah seperti amalan, minat dan perhatian guru, tentang soal peranan dan tanggungjawab, disiplin pelajar, sikap, nilai dan pandangan guru, fenomena luar jangkaan , keberkesanan aktiviti dan sebagainya.-- Menurut Bennett (1993) guru menganggap penyelidikan sebagai kegiatan sampingan yang lebih membebankan .Ini kerana guru tidak melihat perkaitan yang rapat di antara pengajaran dan penyelidikan. Penyelidikan atau kajian tindakan perlu dilakukan untuk untuk melihat kesediaan guru dan pihak pentadbir melakukan perubahan berdasarkan penyelidikan yang relevan dengan konteks dan pengalaman sendiri- Tokoh penyelidik terkenal Barat berhubung dengan kajian tindakan dan antaranya ialah Elliot (1976), yangmenyatakan bahawa kajian tindakan adalah satu pendekatan penyelidikan yang dapat mempertingkatkan kualiti profesion perguruan. Hal ini bertepatan dengan saranan KPPM yang selalu saya sebut sebagai ke arah "Back to Basic" atau pun "real learning / real teaching". Demikian pula Carr dan Kemmis (1986) menyatakan bahawa kajian tindakan adalah merupakan refleksi kendiri (self reflection) melalui aktiviti inquiri untuk membaiki amalan P&P.- Seorang lagi tokoh penyelidik yang ingin saya berkongsi pengetahuan ialah Jean Macniff (1988) dalam bukunya "Action Research Principals And Practices" . Beliau menyatakan :
  4. 4. -- "Kajian tindakan telah membuka pengalaman dan proses yang luas di mana keperluan- keperluan dalam kajian pendidikan tersebut merupakan sebagai pendidikan itu sendiri. Secara disedari penglibatan tersebut dapat meningkatkan kemajuan profesion guru dan ini juga merupakan satu komitmen yang membantu proses penemuan seorang penggkaji. Di sini kita lihat dengan mengamalkan Kajian tindakan para guru dapat meningkatkan martabat diri dalam profesion perguruan selain menambahkan sikap diri yang kreatif dan inovatif berbanding profesion lain. Terdapat banyak kelebihan atau faedah yang akan diperolehi melalui pengalaman kajian Tindakan dalam proses pendidikan. BPPDP (1995:8) misalnya telah menyenaraikan antara faedah-faedah yang boleh didapati oleh guru-guru dengan melaksanakan kajian tindakan iaitu-- Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru,amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya. Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan. Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri. Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan danMerapatkan tali siraturrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.-- Pada masa sekarang, terdapat usaha melaksanakan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dan mendapatkan pengiktirafan ISO 9002 di sekolah-sekolah, maka perlaksanaan kajian tindakan adalah merupakan sebahagian daripada langkah-langkah ke arah itu. Jika kita tinjau dalam perlaksanaan TQM itu sendiri ia menekankan kepada model penyelesaian masalah bagi usaha pembaikan yang berterusan di samping ia menekankan kepada proses. MAMPU (1990) menyebutkan bahawa penyelesaian masalah merupakan satu komponen yang penting dalam usaha peningkatan kualiti. Proses penyelesaian masalah itu melibatkan enam langkah:- 1. Pengenalpastian masalah- 2. Penganalisisan masalah- 3. Alternatif-alterenatif penyelesaian bagi menyelesaikan masalah.- 4. Pemilihan alternatif penyelesaian dan tindakan pembetulan- 5. Pelaksanaan tindakan-tindakan pembetulan.- 6. Pengukuran dan penilaian tindakan-tindakan pembetulan- Kajian tindakan dirasakan begitu signifikan kepada guru sebagai penyelidik, namun ia telah dapat mempengaruhi suasana pembelajaran pelajar-pelajar dalam bilik darjah. Ini jelas berdasarkan kajian JaafarSidek et. Al (1997 : 40) yang mendapati sikap pelajar terhadap program kajian tindakan yang telah dijalankan adalah sangat positif. Pelajar mempunyai motivasi yang tinggi selepas mengikuti program ini. Dalam kajian tindakan yang dijalankan, penilaian dan refleksi yang dibuat ialah pelajar berminat mengikuti program kajian tindakan. Pelajar mendapat perhatian yang lebih daripada guru-guru. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik kerana guru bekerjasama memikirkan kaedah yang sesuai dan menyediakan bahan-bahan pengajaran yang menarik
  5. 5. - Kajian Tindakan adalah satu bidang yang boleh memberi manafaat kepada dunia pendidikan. Guru matematik sepatutnya mengambil peluang untuk menjalankan kajian tindakan dalam usaha mengubah dari amalan biasa. Ia memerlukan satu usaha kolobratif yang melibatkan berbagai pihak iaitu guru dan pelajar dan pihak pengurusan sekolah sendiri. Ini bermakna para pengkaji perlu melengkapkan diri dari segi ilmu penyelidikan, kemahiran berkomputer, membuat soal selidik , memproses data dan seterusnya membuat penganalisaan. Kemahiran- kemahiran seperti memproses data dan membuat penganalisian merupakan kemahiran yang biasa terdapat pada guru matematik. Ini akan memudahkan guru menjalankan penyelidikan kerana melibatkan bidang statistik.- Kajian tindakan merupakan satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan.Usahasama pengetua sekolah, guru atau pelajar membuat intervensi dan langkah - langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Usaha ini dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Usaha ini dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan. Konsep Kajian Tindakan berasal daripada usaha seorang ahli psikologi sosial yang bernama Kurt Lewin 1946. Beliau mula menggunakan pendekatan Kajian Tindakan selepas Perang dunia Kedua dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah dalam komuniti.Dalam konteks profesion keguruan, kajian tindakan banyak membantu guru dalam mengenalpasti kelemahan dan kekuatan yang ada pada diri disamping membuat refleksi diri di dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas adalah bertujuan meningkatkan keberkesanan pengajaran guru, mengatasi masalah pembelajaran, meningkatkan tahap pencapaian murid dan membantu murid mencapai tahap cemerlang di samping mencapai obektif yang telah ditetapkan. Guru yang menjalankan Kajian Tindakan akan sentiasa membuat refleksi bagi memastikan kualiti pengajarannya mencapai tahap yang diperlukan dalam mencapai objektif pengajaran.Keadaan sebaliknya berlaku kepada guru yang tidak membuat Kajian Tindakan. Guru tersebut hanya mengajar untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan tidak mengambil kira tahap penguasaan murid dan sebagainya. Guru yang tidak menjalankan Kajian Tindakan akan sentiasa berada di tahap yang sama malahan pencapaian mereka dan muridnya tidak menunjukan peningkatan. Guru yang menjalankan Kajian Tindakan akan sentiasa berusaha membuat perancangan, melaksanakan dan bertanggungjwab dalam mencapai suatu matlamat. Ini merupakan kualiti yang diperlukan bagi seorang guru untuk meningkatkan tahap profesionalismenya dalam keguruan.- Pada pandangan saya, guru yang menjalankan kajian tindakan ,pengetahuan praktik guru akan bertambah kerana melalui kajian sedemikian. Guru juga dapat memperkembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan lalu membantu guru menyelesaikan masalah berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran. Ini bersesuaian dengan konsep dan ciri-ciri profesional yang menekankan peningkatan ilmu dan kemahiran dalam bidang tugas dan tanggungjawab. Dengan itu, guru tersebut akan mencipta pengetahuan baru untuk amalan yang lebih berkesan. Selain itu, guru juga dapat mempelbagaikan teknik pengajaran, memudahkan pencapaian kefahaman pelajar sekaligus memahami dan memperbaiki amalan sendiri. Ini dapat meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif.Kajian tindakan juga dapat memberi peluang kepada guru untuk mengeluarkan idea baru, guru juga mempunyai peluang untuk menerima perubahan dan membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum. Ini
  6. 6. dapat membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat perancangan untuk sebarang tindakan.Sebaliknya, guru yang tidak mengamalkan kajian tindakan tidak akan dapat peluang untuk memperkembangkan profesionalismenya. Mereka tidak dapat mempertingkatkan amalan mereka berdasarkan penelitian dan refleksi ke atas amalan dalam situasi yang sebenar. Ini kerana guru tidak membuat refleksi dan menganalisis kekuatan dan kelemahan diri selepas sesi pengajaran dan pembelajaran lalu gagal membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif.- Pada pendapat saya, tidak dapat dinafikan bahawa dengan menjalankan kajian tindakan, para guru dapat mencari alternatif dan kaedah terbaik tentang teknik mengajar untuk memastikan murid dapat belajar dengan sempurna. Dengan menjalankan kajian tindakan juga, guru-guru boleh mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid dan suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.Dengan sumber maklumat ini, guru dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan. Selain itu, kajian tindakan mampu menjana minda guru yang kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah yang dihadapai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan membantu murid dalam proses mendapatkan ilmu pengetahuan. Melalui kajian tindakan, budaya penyelidikan dalam kalangan guru dapat diwujudkan. Sebaliknya, guru yang tidak mengamalkan kajian tindakan tidak akan mendapat sumber maklumat penting seperti keadaan murid dan suasana dalam bilik darjah. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan teknik pengajaran yang dirancang oleh guru mungkin kurang berkesan atau kurang sesuai dengan keadaan murid. Dengan sebab itu, pencapaian murid akan terjejas, murid juga akan kurang berminat dengan pengajaran guru. Selain itu, segala cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru berkenaan mungkin tidak dapat diselesaikan dengan sempurna.- seorang guru yang menjalankan kajian tindakan merupakan seorang guru yang cuba untuk meningkatkan usaha dan mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang disekelilingnya dan hasil dapatan kajian digunakan untuk memperbaiki kelemahan yang dihadapi terutamanya dalam situasi persekolahan.bukan itu sahaja, Kajian tindakan juga adalah merupakan satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.- Kajian tindakan boleh didefinisikan sebagai penyelidikan sistematik dan kaedah praktikal yang membolehkan guru-guru menyiasat pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Guru-guru yang menjalankan kajian tindakan merupakan pengamal refleksi yang perlu dicontohi kerana amalan mereka membawa kebaikan kepada pendidikan. Selain itu, kajian tindakan juga dapat membantu para guru meningkatkan kualiti pengajaran mereka serta dapat membaiki tahap dan mutu pengajaran mereka. Kajian tindakan juga dianggap sebagai sebahagian daripada proses refleksi dimana ia membolehkan guru-guru untuk melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat. Kajian Tindakan adalah satu langkah berterusan oleh guru untuk menilai dan mengesan keberkesanan amalan sendiri. Melalui langkah-langkah mengesan dan menilai itu data dikumpul untuk dijadikan panduan mengubahsuai amalan lalu supaya keberkesanan amalan mengajar seterusnya dapat dipertingkatkan.- Pelaksanaan kajian tindakan di bilik darjah bertujuan khusus untuk meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid. Secara logik, seorang murid dianggap berjaya menguasai kemahiran-kemahiran pembelajaran yang terdapat dalam sukatan
  7. 7. pelajaran apabila berjaya mendapat markah tinggi dalam sebarang penilaian bagi sesuatu mata pelajaran. Dalam konteks pencapaian akademik, murid tersebut juga dianggap cemerlang dalam mata pelajaran itu.Berbeza dengan guru yang tidak menjalankan kajian tindakan, kelesuan akan berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid tidak begitu tertarik dengan cara pengajaran yang sama setiap hari tanpa menghiraukan murid faham atau tidak topik yang diajar. Sikap guru begini boleh mengurangkan minat murid untuk belajar. Tidak hairanlah jika timbul masalah murid tidak memberikan penumpuan semasa guru sedang mengajar, murid bising, tidak menyiapkan kerja sekolah dan sebagainya. Hal ini bukan saja menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran malah ia menyebabkan prestasi pelajar turut merosot. Dengan situasi pembelajaran sebegini sudah tentu usaha melahirkan modal insan berkualiti menemui jalan sukar. Sebagai kesimpulannya guru yang menjalankan kajian tindakan akan lebih maju dan berkualiti dalam meningkatkan profesionalisme serta melahirkan seorang pendidik yang bijak mentafsir dan berfikir serta dapat melahirkan modal insan celik akal dan berwawasan.- Saya bersetuju dengan pandangan cikgu. Di sini saya ingin menambah, kajian tindakan dirasakan begitu signifikan kepada guru sebagai penyelidik, namun ia telah dapat mempengaruhi suasana pembelajaran pelajar-pelajar dalam bilik darjah. Ini jelas berdasarkan kajian JaafarSidek et. Al (1997 : 40) yang mendapati sikap pelajar terhadap program kajian tindakan yang telah dijalankan adalah sangat positif. Pelajar mempunyai motivasi yang tinggi selepas mengikuti program ini. Dalam kajian tindakan yang dijalankan, penilaian dan refleksi yang dibuat ialah pelajar berminat mengikuti program kajian tindakan. Pelajar mendapat perhatian yang lebih daripada guru-guru. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik kerana guru bekerjasama memikirkan kaedah yang sesuai dan menyediakan bahan-bahan pengajaran yang menarik. Kajian Tindakan adalah satu bidang yang boleh memberi manafaat kepada dunia pendidikan. Guru matematik sepatutnya mengambil peluang untuk menjalankan kajian tindakan dalam usaha mengubah dari amalan biasa. Ia memerlukan satu usaha kolobratif yang melibatkan berbagai pihak iaitu guru dan pelajar dan pihak pengurusan sekolah sendiri. Ini bermakna para pengkaji perlu melengkapkan diri dari segi ilmu penyelidikan, kemahiran berkomputer, membuat soal selidik , memproses data dan seterusnya membuat penganalisaan. Kemahiran-kemahiran seperti memproses data dan membuat penganalisian merupakan kemahiran yang biasa terdapat pada guru matematik. Ini akan memudahkan guru menjalankan penyelidikan kerana melibatkan bidang statistik.- Saya setuju dengan pandangan guru itu. Pelaksanaan Kajian Tindakan di bilik darjah bertujuan khusus untuk meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid. Secara logik, seorang murid dianggap berjaya menguasai kemahiran- kemahiran pembelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran apabila berjaya mendapat markah tinggi dalam sebarang penilaian bagi mata pelajaran tersebut. Dalam konteks pencapaian akademik, murid tersebut juga dianggap cemerlang dalam mata pelajaran itu. Sesuatu Kajian Tindakan yang bertujuan untuk mengatasi pelbagai masalah pembelajaran atau membantu murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran yang ditetapkan untuk satu-satu mata pelajaran adalah lebih menepati matlamat untuk membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran. Perhatikan contoh berikut: • Membantu murid belajar dengan berkesan melalui pengajaran yang berkesan. • Membantu murid merancang cara belajar di bilik darjah dengan berkesan melalui bimbingan guru yang berkesan.
  8. 8. Contoh di atas boleh dijadikan tujuan kajian tindakan untuk dilaksanakan oleh seorang guru dalam satu kelas, atau untuk semua guru dalam satu sekolah bagi satu atau semua mata pelajaran atau pelbagai mata pelajaran. Kajian itu boleh dilaksanakan dalam tempoh setahun atau untuk beberapa tahun.Pelaksanaan Kajian Tindakan untuk satu atau beberapa tahun sesi persekolahan pastilah mengandungi beberapa pusingan atau kitaran mengikut masalah-masalah yang hendak ditangani. Tiap-tiap kitaran kajian mengandungi tujuan khusus berkaitan dengan satu-satu masalah atau kemahiran yang cuba ditangani. Selain daripada bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, Kajian Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang. Ini amat berbeza sekiranya seorang guru tidak menjalankan Kajian Tindakan pengajaran dan pembelajaran akan lebih hambar. - Saya memahami apa yang cikgu sampaikan. Dalam melaksanakan kajian tindakan, kita perlu mempunyai Data yang mencukupi. Kajian penyelidikan ialah kaedah pengumpulan data dan menganalisis data yang diperolehi dengan tujuan untuk meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu topik dan isu serta dapat mencari kaedah penyelesaian.Sebagai contoh kajian tindakan yang dilakukan di dalam pendidikan ialah, untuk mengenalpasti pelajar yang lemah dalam mata pelajaran yang diajarkan.Para guru perlu mengenalpastinya dengan mengumpul markah dalam sesuatu ujian yang diperolehi dan mencari sebab munasabab daripada kegagalan pelajar dalam menjawab soalan yang diberikan sama ada aras soalan tersebut terlalu tinggi, kelemahan pelajar dalam menguasai subjek yang diajar, ketidakjelasan soalan yang diberikan, jawapan yang diberikan adalah samar-samar.Setelah mengetahui masalah sebenar yang dihadapi oleh para pelajar barulah guru-guru perlu mencari jalan penyelesaian yang paling berkesan bagi membantu pelajar dalam pembelajaran. Sebagai contoh, jikalau pelajar gagal dalam Bahasa Malaysia kerana kegagalan dalam menguasai tatabahasa, guru perlu mencari alternatif yang berkesan bagi membantu pelajar samaada menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) tatabahasa yang dapat menarik minat pelajar, mengadakan power-point yang mengandungi aktiviti menarik dan lain-lain.Jelaskan maksud masalah dalam sesuatu kajian tindakan dan terangkan secara ringkas bersertadengan eviden bagaimana sesuatu masalah itu dapat dikenalpasti? - Masalah dalam sesuatu kajian tindakan bermaksud sesuatu yang tidak memuaskan, belum diselesaikan, terdapat kesukaran, sesuatu yang perlu diubah serta sesuatu yang tidak berjalan dengan lancar dan perlu mencari jalan penyelesaiannya. Sudah pastilah masalah itu adalah satu perkara yang memerlukan jalan penyelesaian. Masalah juga melibatkan sesuatu perkara yang menjadi perhatian. Perkara ini diminati para para penyelidik untuk mencari jawapan. Permasalahan ini telah menjadi punca utama kepada seseorang guru perlu meletakkannya sebagai sesuatu yang serius dan perlu mengambil satu tindakan bagi mengatasinya. Masalah yang perlu diberi perhatian dalam bab ini ialah yang bersifat khusus dan bukan bersifat klinikal serta memerlukan dalam masa yang tidak terlalu lama untuk diselesaikan. Masalah kajian tindakan ini boleh diubah melalui amalan pengajarannya (dalam kelas) supaya menjadi lebih baik dan berkesan hasil dari kajian tindakan yang dijalankan. Sesuatu permasalahan yang akan dikaji boleh dikenalpasti melalui pembuktian (eviden) seperti melakukan pemerhatian ke atas murid semasa pengajaran dan pembelajaran atau pemerhatian rakan sejawat semasa guru mengajar. Ia juga boleh dilakukan melalui temu bual dua hala bagi mengumpulkan maklumat
  9. 9. menggunakan soalan bebas atau soalan yang sedia ada (terancang). Disamping itu ia boleh dilaksanakan dengan melakukan soal selidik responden yang memberikan maklumat melalui soalan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat, ujian atau latihan sebagai satu kaedah menguji kefahaman murid. Langkah seterusnya, guru perlu menyediakan dan melengkapkan dokumen murid seperti rekod salah laku, rekod kehadiran, keputusan peperiksaan, sukatan pelajaran dan sebagainya. - Assalamualaikum dan salam 1 malaisia. Masalah Kajian Tindakan membawa maksud perkara yang kita akan kaji dan mencari penyelaesaian dengan memperbaiki masalah tersebut. Menurut kamus Dewan (2009) ialah sesuatu yang memerlu kepada penyelesaian, manakala masalah pula adalah satu perkara yang memerlukan jalan penyelesaian. Masalah juga melibatkan sesuatu perkara yang menjadi perhatian. Perkara ini diminati para para penyelidik untuk mencari jawapan.Sementara masalah kajian tindakan ketika sesi pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah merupakan masalah yang berbangkit. Contohnya guru yang mengajar matapelajarn matematik. Mereka mungkin akan menghadapi masalah untuk meneruskan pengajarannya sekiranya terdapat murid yang tidak ingat sifir, perkara ini akan memberikan masalah atau kesukaran kepada guru tersebut untuk mengajar operasi darab.Cikgu perlu bijak dalam mengenal pasti sesuatu masalah, dapat menyediakan senarai semak tentang isu-isu yang berbangkit semasa proses P&P yang dilaksanakan. Guru perlu mengambil jalan penyelesaian terhadap isu-isu berkenaan, disamping mengesan isu yang kritikal dan patut diselesaikan.MAKSUD REFLEKSI PENGAJARAN - Refleksi pengajaran ialah rumusan tentang p&p yang telah dijalankan. Refleksi adalah satu penulisan profesional untuk meningkatkan kemahiran pelajar di dalam bilik darjah. Dengan melakukan refleksi pengajaran, guru juga dapat membantu mengenalpasti kelemahan dan dapat menambahbaik cara penyampaian semasa proses p&p.Dengan ini mutu penyampaian p&p dapat dipertingkatkan. Refleksi pengajaran biasanya berlaku apabila seseorang menghadapi suatu situasi yang menggerakkannya berusaha mencari kemungkinan-kemungkinan penyelesaian yang baru untuk memperolehi pemahaman baru terhadap situasi tersebut. Dapatan kefahaman baru ini seterusnya menjadi cetusan asas untuk transformasi baru. Selain dapat mengenalpasti kelemahan dan menambahbaik cara penyampaian guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran, Saya juga berpendapat bahawa melalui refleksi pengajaran membolehkan guru membina kemahiran mengajar dengan lebih sempurna dan berkesan dalam jangka masa yang pendek. Di samping itu , guru juga dapat dilatih untuk meningkatkan kemahiran perancangan, pemerhatian, menganalisis, menilai serta merumus demi meningkatkan tahap ilmu pengetahuan dan imejnya dalam profesion keguruan. Refleksi ialah satu pemikiran secara mendalam di mana seseorang itu memikirkan semula situasi yang telah dilalui untuk menganalisis apa yang telah dilakukan. Oleh itu, refleksi pengajaran ialah satu fasa di mana seseorang guru itu mengkaji dan menilai semula proses keberkesanan pengajarannya melalui renungan dengan tujuan untuk mempertingkatkan. profesionalisme guru. Melalui refleksi pengajaran, guru dapat mengesan dan membaiki kelemahan serta kekurangannya, seterusnya mencapai tahap prestasi yang lebih baik dan berkesan serta memberi keyakinan ketika menjalankan aktiviti pengajaran pada masa hadapan. Guru juga berpeluang mengubah
  10. 10. kaedah dan teknik mengajarnya serta mencuba sesuatu kaedah yang baru yang difikirkan lebih sesuai. Refleksi dianggap sebagai komponen yang penting dan sering digunakan secara intensif.- Salam 1 Malaysia dan salam sejahtera,Refleksi bermaksud memberi makna untuk memahami pengalaman dan bagaimana kefahaman dicapai. Ia termasuk menganalisis, mengkatagorikan, mengutamakan, membincangkan dalam konteks dan yang penting menterjemahkan. Menurut Huczuski (1983) merujuk kepada Dewey (1909) yang mendefinisikan pemikiran refleksi sebagai aktif membuat pertimbanagan secara berterusan dan berhati-hati dengan sebarang kepercayaan atau bentuk bekalan pengetahuan dan bidang yang menyokongnya dan rumusan seterusnya yang terhasil. Kebaikan yang kita boleh didapati dengan melakukan aktiviti refleksi pengajaran ialah kita dapat membuat analisis dan menilai kelebihan dan kelemahan pengajaran yang telah dilaksanakan. Selain itu, guru dapat memikirkan cara bagaimana hendak memperbaiki kelemahan apabila guru mendapati kelemahan dalam pengajaran.Guru perlu mengambil tindakan yang positif untuk mencari strategi yang berkesan untuk menyelesaikan masalah kelemahamtersebut.Di samping itu, guru dapat menukar strategi pengajaran dan pendekatan yang paling sesuai mengikut aras kebolehan murid.Oleh itu, amalan refleksi harus dilakukan secara berterusan. Ini kerana dapat menambah kecekapan seseorang guru membuat penilaian, membentuk pengertian atau mengenalpastikan sebab kepada sesuatu perkara.- Refleksi merupakan satu aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan dengan tujuan untuk mempertingkatkan kemahiran seseorang guru. Refleksi boleh disamakan dengan istilah tafakur seperti di dalam buku IhyaUlumuddin, jilid 8. Atara ungkapannya.....Jadi, tafakur itu lebih utama dari sejumlah amal perbuatan dan kerana itulah dikatakan tafakur sesaat itu lebih baik daripada ibadah setahun dan bertafakur sesaat itu lebih baik daripada berdiri semalaman mengerjakan sunat. Pengertian yang lebih mudah adalah berfikir secara mendalam, bersungguh-sungguh, menganalisis kekuatan dan kelemahan diri bagi merancang tindakan secara rasional. Kebaikan melakukan refleksi adalah membolehkan seseorang guru membuat penilaian kendiri terhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat berfikir secara analitik,kreatif dan kritis semasa menilai pengajaran dan pembelajaran dengan mengubah amalan pengajaran. Selain itu, menjadikan seseorang guru self-directed iaitu mempunyai tanggungjawab terhadap perkembangan diri yang dapat menghasilkan kemajuan kepada guru. Refleksi juga dapat mengesan kelemahan dan kekuatan sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan dan seterusnya melakukan pengubahsuaian ke arah yang lebih berkesan. Refleksi juga merupakan satu tindakan susulan untuk meningkatkan mutu sesuatu pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seseorang guru.- Salam 1 Malaysia,Saya bersetuju dengan pendapat puan,melalui refleksi dapat memberi kefahaman tentang diri dan kebolehan berkomunikasi mengikut kefahaman ini dan kemudian terus bertindak. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kita akan dapat mengenalpasti kelemahan dan mencari punca kelemahan tersebut dan dalam masa yang sama dapat mengukur kekuatan sesi pengajaran dan pembelajaran seseorang guru. Selain itu, kita akan dapat merancang p & p dengan lebih baik dan tersusun untuk memastikan sesutu objektif yang ditetapkan itu tercapai. Oleh itu, amalan refleksi harus dilakukan secara berterusan. Ini kerana dapat menambah kecekapan seseorang guru membuat penilaian, membentuk pengertian atau mengenalpastikan sebab kepada sesuatu perkara.

×