KPT 6044 - PEMBELAJARAN BERASASKAN                    ELEKTRONIK DAN WEB                          TUGASAN 4:          PENI...
Bab 4 : 21st century learning environmentPENILAIAN KENDIRI DARI TEKSBab 4 : 21st century learning environment1. Differenti...
Bab 4 : 21st century learning environment                                              dan menambah bahan yang dipelajarin...
Bab 4 : 21st century learning environment                     masalah dengan konsep dan            diberikan secara atas t...
Bab 4 : 21st century learning environment                   menggunakan pengetahuan atau      (contoh:decision) membawa   ...
Bab 4 : 21st century learning environmentSoalan 2Compare and contrast the advantages and limitations of ten types of learn...
Bab 4 : 21st century learning environment                                                dapat memberi maklum balas maka a...
Bab 4 : 21st century learning environmentPeluang memberi idea dan pendapat dalampembentangan.6) Cooperative Learning / Pem...
Bab 4 : 21st century learning environment                                                pembelajaran.8) Simulation / Simu...
Bab 4 : 21st century learning environmentmembantu pelajar menyelesaikan masalah.          memerlukan kawalan oleh guru.Pen...
Bab 4 : 21st century learning environmentA = Analyze Learner (analisis pelajar)Sifat umum : guru perlu mengenalpasti latar...
Bab 4 : 21st century learning environmentinteraktif/blog/web/video/audio dan pelbagai media perantaraan lain.       Terdap...
Bab 4 : 21st century learning environmentU = Utilize technology, media and metarials (menggunakan teknologi, media danbaha...
Bab 4 : 21st century learning environmentMaklumbalas : pelajar perlu menerima maklum balas mengenai aktiviti yang dilakuka...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Tugasan 4 : penilaian kendiri dari teks (m20102000969)

818 views
770 views

Published on

1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
818
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
24
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tugasan 4 : penilaian kendiri dari teks (m20102000969)

  1. 1. KPT 6044 - PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 4: PENILAIAN KENDIRI DARI TEKS Bab 4 : 21st century learning environmentDISEDIAKAN OLEH :NAMA : SHARINA BINTI SOBRIMATRIK NO. : M 20102000969 CORPORATE GOVERNANCE :DISEMAK OLEH : PM DR ABD LATIF HJ GAPOR THE COLLAPSE OF ENRONTARIKH HANTAR : 30NOVEMBER 2012
  2. 2. Bab 4 : 21st century learning environmentPENILAIAN KENDIRI DARI TEKSBab 4 : 21st century learning environment1. Differentiate between teacher-centered and student-centered learning strategies. BERPUSATKAN GURU BERPUSATKAN PELAJARGuru memainkan peranan utama dalam Guru dan pelajar bersama-sama memainkanproses pengajaran dan pembelajaran peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Guru yang banyak memberi arahan, Guru hanya memantau dan pelajar yangpenerangan dan mengawal kelas. bergerak aktif dalam kelas.Komunikasi sehala di mana guru bercakap Komunikasi dua hala di mana guru menyoaldan pelajar hanya mendengar. dan pelajar menjawab dan sebaliknya.Bersifat autokratik iaitu guru berkuasa Bersifat demokratik iaitu pelajar bolehsepenuhnya. bersuara dan memberikan pendapat tersendiri.Guru lebih mengutamakan pencapaian Lebih mengutamakan pencapaian objektifobjektif pengajaran. pembelajaran pelajar.Tiada perkembangan aspek lain selain Menekankan perkembangan jasmani, emosi,daripada perkembangan intelek pelajar. rohani dan intelek pelajar di dalam dan di luar kelas.Guru mengarah dan mengawal sepanjang Wujud pembelajaran kendiri di dalam diriproses pengajaran dan pembelajaran pelajar.Penekanan kepada ujian sumatif iaitu kaedah Penekanan ujian formatif, hasil ujianmenggredkan pelajar. digunakan untuk mengatasi masalah kelemahan pelajar.Lebih menekankan aspek hafalan. Penekanan kepada bahan dan sumber yang lebih memberi pemahaman kepada pelajar.Pelajar akan menjadi kurang tumpuan dan Pelajar berminat untuk terus meneroka danminat kerana hanya guru yang memberi mencari bahan atau maklumat dari aktivitipenerangan. yang diberikan guru.Pelajar tidak mampu meningkatkan Pelajar akan menggunakan semua bahan,kemahiran berfikir kerana pembelajaran lebih sumber dan media yang ada untuk digunakantertumpu pada ingatan dan hafalan. dalam meningkatkan pemahaman dan cuba untuk membuat generalisasi berdasarkan aktiviti yang diberikan.Pelajar tidak kreatif dan tiada berinisiatif Kemahiran berfikir aras tinggi diperlukanuntuk meneroka bahan atau maklumat untuk memastikan pelajar dapatsendiri. mengembangkan maklumat yang sedia ada 2
  3. 3. Bab 4 : 21st century learning environment dan menambah bahan yang dipelajarinya menggunakan media.Pelajar sentiasa menerima dan hanya Perasaan ingin tahu dapat dikembangkanmenunggu bahan atau maklumat yang kerana pelajar akan meneroka menggunakandiberikan guru. media, sumber dan bahan yang terdapat dalam internet.Pelajar menjadi kurang mahir dalam Pelajar akan menjadi sangat kreatif danmeneroka bahan untuk pembelajaran. inovatif dan memastikan semua aktiviti yang diberikan guru dapat dilaksanakan dengan baik.Perbezaan strategi Persekitaran Pembelajaran di era tahun 21anStrategi pengajaran Berpusatkan Guru Berdasarkan beberapa strategi, situasi dan penggunaanteknologi/mediaBil Strategi Situasi Penggunaan teknologi/media1 Persembahan Pembelajaran bertajuk bagaimana Menggunakan power point untuk untuk menggunakan kata kerja menunjukkan perkataan satu persatu. Menggunakan video klip yang dapat menunjukkan perbuatan seseorang.2 Tunjuk cara Cara untuk mengawal bahan- Guru perlu memastikan bahan kimia untuk eksperimen penggunaan alat dan bahan kimia yang betul serta mengikut langkah-langkah dengan betul. Guru menggunakan video dari you tube untuk menunjukkan langkah-langkah yang betul dalam menggunakan bahan- bahan kimia dengan selamat.3 Praktikal dan Pelajar perlu mengimbang semula Guru menggunakan papan latihan dan membuat latihan berdasarkan interaktif dan pelajar akan klik maklumat yang telah diterima. pada jawapan. Pelajar sentiasa menggunakan kaedah ini setiap hari.4 Tutorial Guru mengenal pasti beberapa Pelajar perlu menyelesaikan orang pelajar yang menghadapi beberapa soalan yang telah 3
  4. 4. Bab 4 : 21st century learning environment masalah dengan konsep dan diberikan secara atas talian. kemahiran untuk menerima pembelajaran Guru akan memilih beberapa pengajaran yang spesifik dan pelajar perlu memberi jawapan yang penuh. Guru akan memberikan pautan lain kepada pelajar yang memerlukan pemulihan berkaitan topik yang dipelajari.Strategi pengajaran Berpusatkan PelajarBerdasarkan beberapa strategi, situasi danpenggunaan teknologi/mediaBil Strategi Situasi Penggunaan teknologi/media1 Perbincangan Pelajar mempelajari spesifik tajuk Guru memberi soalan secara atas dan pelajar diminta memberi talian. jawapan Pelajar diminta membentangkan jawapan menggunakan power point.2 Pembelajaran Guru membahagikan kepada Pelajar perlu menggunakan koperatif beberapa kumpulan. Pelajar perlu internet untuk mencari bahan berbincang dalam kumpulan (google docs, social dengan membuat kajian, bookmarking, etc). berkongsi pendapat, membuat penilaian dan membuat sintesis Menggunakan perisian untuk mendapatkan maklumat. Boleh menggunakan objek sebenar untuk membangunkan projek.3 Permainan Kandungan pembelajaran yang Pelajar memilih beberapa pautan baru diperkenalkan dengan secara atas talian yang diberikan bermain permainan yang oleh guru yang berkait dengan berkaitan dengan topik yang akan topik. dipelajari. Pelajar cuba mencipta permainan di mana pelajar akan cuba bermain untuk mendapatkan markah yang tinggi.4 Simulasi Guru mencadangkan pelajar Perisian komputer 4
  5. 5. Bab 4 : 21st century learning environment menggunakan pengetahuan atau (contoh:decision) membawa kemahiran sedia ada dengan pelajar kepada situasi sebenar. situasi sebenar. Guru menggunakan video yang menunjukkan situasi sebenar dan pelajar perlu menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang ada untuk menyelesaikan soalan.5 Penerokaan Guru mahukan pelajar memahami Pelajar perlu mewujudkan konsep-konsep utama dengan konsep peta digital untuk lebih mendalam untuk dikaitkan hubungannya dengan meningkatkan tahap pemahaman maklumat baru. pelajar. Pelajar perlu memuat turun data untuk melihat hubungan antara maklumat tersebut.6 Penyelesaian Guru memberi cabaran kepada Pelajar perlu mencari dan masalah pelajar dengan memikirkan mengumpul data sertas membuat apakah yang mereka tahu dan apa perbandingan antara data yang yang mereka perlu tahu tentang diterima dari tempat yang sesuatu topik. berbeza. Makmal siasatan akan diwujudkan dan beberapa peralatan disediakan dan sumber untuk menyelesaikan masalah yang dicipta oleh guru kepada pelajar. 5
  6. 6. Bab 4 : 21st century learning environmentSoalan 2Compare and contrast the advantages and limitations of ten types of learningstrategies?1) Presentation / Pembentangan Kelebihan BatasanPembentangan atau penerangan sekali sahaja Agak sukar bagi sesetengah pelajar yangdalam pengajaran. tidak memberi tumpuan semasa pembelajaran berlaku.Dapat mengambil nota dengan cepat. Agak membosankan sekiranya tiada interaksi antara pelajar.Sebagai sumber maklumat kepada pelajar. Sukar mendapatkan nota kerana pelajar tiada kemahiran untuk mencatat nota dari pembentangan.Guru dapat melihat pelajar Batasan umur kerana pelajar muda agakmempersembahkan bahan yang diperoleh sukar untuk mendapatkan maklumat daripadadengan menggunakan power point pembentangan. Maka adalah perlu pembentangan melihat kepada tahap dan umur pelajar.2) Demonstration / Tunjuk cara Kelebihan BatasanPelajar dapat melihat dan mendengar apa Pelajar tidak mendapat edaran carayang berlaku. melakukan tugasan.Guru dapat menyediakan panduan kepada Pandangan terhad kerana objek atau bahankumpulan pelajar yang ramai untuk yang digunakan kecil.menyelesaikan tugasan.Pelajar dapat membentuk kemahiran dan Perancangan mengambil masa yang panjang.sikap yang berkaitan.Selamat kerana dapat potensi untuk Mungkin akan kurang teratur jika peneranganmenggunakan bahan yang berbahaya dapat atau panduan yang diberikan kurang jelas.dikurangkan.3) Drill-and-practice / Latihan dan praktikal Kelebihan BatasanMendapat maklum balas segera Berulang-ulang iaitu tidak semua pelajar 6
  7. 7. Bab 4 : 21st century learning environment dapat memberi maklum balas maka adalah perlu memberi latihan berulang-ulang.Maklumat lebih banyak dan berkesan Bosan kerana perlu dilakukan berulang-ulang sehingga berjaya.Membina latihan iaitu pada masa ini juga Tiada penyesuaian kerana jika pelajarpelajar mendapat maklumat baru dan sentiasa melakukan kesilapan maka latihanpengetahuan baru dapat diwujudkan. dan praktikal ini tidak memberi kesan kepada pembelajaran pelajar. Perlu memantau dan menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza.4) Tutorial Kelebihan BatasanTidak bergantungan tugas kerana pelajar Bosan kerana melakukan kerja seorang diriperlu bergerak sendiri untuk mendapatkan menyebabkan tiada perubahan.bahan baru dan lihat kembali proses untukmendapatkan maklum balas.Pelajar belajar sendiri mengikut cara masing- Boleh timbul rasa kecewa kerana pelajarmasing dan perlu melihat semula sebelum ke berasa seolah-olah tiada kemajuan dalamtopik seterusnya. pembelajaran. Guru perlu memastikan soalan yang diberi sejajar dengan kemampuan pelajar.Membolehkan seseorang pelajar melakukan Berpotensi bimbingan yang salah iaitusendiri kerana ia lebih berasaskan komputer panduan yang diberikan guru bolehdi mana pelajar perlu terus kepada topik yang menyebabkan pelajar tidak melaksanakandipelajari. secara efektif. Guru perlu memastikan pemilihan yang betul apabila menggunakan tutorial.5) Discussion / Perbincangan Kelebihan BatasanMenarik kerana pelajar dapat melihat dan Kurang penyertaan kerana tidak semuamendengar sendiri fakta yang diberikan. pelajar akan menyertai maka guru perlu memastikan semua pelajar berpeluang memberi pendapat.Cabaran kepada pelajar kerana pelajar perlu Kadang kala tidak mencabar kerana pelajarberfikir tentang topik dan melaksanakan tidak hanya belajar apa yang pelajar tahuberdasarkan pemahaman. sahaja.Ia melibatkan semua di mana memberi Mungkin tidak akan efektif jika digunakanpeluang kepada pelajar untuk bercakap, kepada pelajar muda tanpa panduan guru.bersoal jawab dengan guru dan rakan-rakan. 7
  8. 8. Bab 4 : 21st century learning environmentPeluang memberi idea dan pendapat dalampembentangan.6) Cooperative Learning / Pembelajaran koperatif Kelebihan BatasanPembelajaran menjadi lebih baik. Batasan saiz kerana ahli kumpulan tidak boleh ramai (tiga hingga lima orang sahaja) untuk memastikan semua mengambil bahagian.Ia boleh dilakukan secara formal atau tidak Pembelajaran ini akan hilangformal. keberkesanannya jika digunakan secara berlebihan. Pemilihan pembelajaran ini dapat ditingkatkan dengan perbincangan dan berkongsi idea.Peluang untuk belajar lebih baik kerana Ahli kumpulan yang kecil kerana untukkumpulan belajar boleh dibangunkan dalam memastikan pembelajaran menjadi lebih baikmasa panjang. dan melibatkan semua ahli kumpulan untuk memberi pendapat dan berkongsi idea.Boleh di gunakan dengan pelbagaikandungan topik.7) Games / Permainan Kelebihan BatasanMenarik perhatian pelajar untuk menyertai Ia berorientasikan kemenangan, maka guruaktiviti perlu memastikan kandungan pertandingan digunakan dengan betul.Boleh disesuaikan dengan semua mata Tahap kesukaran mungkin timbul keranapelajaran dan dapat disesuaikan dengan pelajar yang kurang mampu akan mendapatiperingkat pelajar. struktur permainan terlalu cepat atau sukar. Guru perlu menyediakan permainan sesuai dengan kemahiran pelajar.Memberi peluang kepada pelajar untuk Permainan yang memerlukan penggunaanmengembangkan kemahiran melalui interaksi seperti komputer agak mahal untuk dibelidengan pelajar lain. maka guru boleh mendapatkan permainan serupa secara percuma daripada web.Pelajar akan memberikan lebih tumpuan dan Boleh timbul masalah salah faham keranaperhatian kerana kebanyakan permainan hasil pembelajaran lebih kepada kemenanganadalah berwarna-warni, interaktif dan berbanding penerimaan pelajar terhadapberdaya saing serta pelajar akan berminat dan kandungan topik. Guru perlu menetapkanmemberi tumpuan. objektif yang tepat sebelum menggunakan permainan dalam proses pengajaran dan 8
  9. 9. Bab 4 : 21st century learning environment pembelajaran.8) Simulation / Simulasi Kelebihan BatasanMembenarkan pelajar mempraktikkan Situasi yang diwujudkan mungkin di luarkemahiran dalam keadaan yang selamat. kemampuan pengalaman pelajar.Pelajar dapat disediakan dengan menghadapi Hanya pelajar yang mengambil bahagiansituasi dengan masalah yang sebenar. mendapat manfaat.Dapat mempelbagaikan tahap kebolehan dan Agak sukar untuk menilai pembelajaranpelajar dapat mencuba sesuatu dengan pelajar.keadaan selesa.Memberi pengalaman untuk berada dalam Kekangan masa kerana mengambil masasituasi sebenar (contoh : melakonkan watak yang lama untuk melaksanakannya. GuruHang Tuah) perlu mencari model untuk menunjukkan konsep dalam masa yang singkat.9) Discovery / Penemuan Kelebihan BatasanSangat menarik perhatian pelajar di semua Kekangan masa kerana memerlukan masaperingkat pembelajaran. untuk mereka bentuk dan melaksanakan dan guru perlu menyesuaikan pengajaran berasaskan web.Boleh menggunakan langkah atau prosedur Persediaan yang agak rumit kerana guruyang sama. perlu memikirkan isu-isu yang mungkin dihadapi pelajar untuk menjadikan ia lebih mudah.Membolehkan pelajar mengawal Boleh timbul salah faham isi kandunganpembelajaran sendiri. topik. Guru perlu menerangkan semula selepas pengajaran.10) Problem-Based Learning / Pembelajaran Berasaskan Masalah Kelebihan BatasanMenarik kerana pelajar adalah aktif Sukar untuk mencipta kerana menciptapembelajaran berasaskan pengalaman dengan masalah pembelajaran adalah sukar. Gurusituasi sebenar. dan sumber yang diperoleh dari web dapat membantu untuk membangunkan pembelajaran berasaskan masalah.Pengetahuan dan kemahiran pelajar Tahap pengalaman dan umur pelajar 9
  10. 10. Bab 4 : 21st century learning environmentmembantu pelajar menyelesaikan masalah. memerlukan kawalan oleh guru.Pengenalan kepada pertambahan Mencipta dan penggunaan penyelesaianpermasalahan isu semasa dapat mengawal masalah memerlukan masa. Gunakan modeltahap masalah yang kompleks. ASSURE untuk menilai langkah dan memperbaiki semula kandungan pelajaran.Soalan 3Describe how to select technology and media that facilitates learning experiences.Terangkan bagaimana untuk memilih teknologi dan media supaya pengalaman pengetahuandapat dimudahkanGuru boleh membuat perancangan pengajaran menggunakan model ASSURE. Model inimembantu guru membuat perancangan mengikut beberapa langkah yang telah ditetapkan.Terdapat enam langkah yang perlu dimasukkan dalam perancangan pengajaran bagimemastikan objektif pengajaran dan pembelajaran guru serta pelajar tercapai. Pilih Nyatakan Analisis pelajar kaedah, media objektif dan bahan Penglibatan Gunakan Nilai bahan pelajar dalam media dan pembelajaran bahan Model ASSUREA = Analyse Leaner (Analisis Pelajar)S = State standards and objectives (Nyatakan standard dan objektif)S = Select strategies, technology, media and metarials (pilih strategi, teknologi, media danbahan)U = Utilize technology, media and metarials (menggunakan teknologi, media dan bahan)R = Require Leaner Participation (memastikan penyertaan pelajar)E = Evaluate and Revise (menilai dan menyemak semula) 10
  11. 11. Bab 4 : 21st century learning environmentA = Analyze Learner (analisis pelajar)Sifat umum : guru perlu mengenalpasti latar belakang, kebolehan dan kemahiran pelajarsebelum menetapkan sesuatu objektif.Spesifikan kemahiran kompentensi : spesifikan kemahiran, pengetahuan dan sikap pelajarberdasarkan tentang sesuatu isi topik.Gaya pembelajaran : menetapkan aktiviti yang sesuai dengan pelajar agar menarik danmemberi cabaran yang sesuai.S = State standards and objectives (Nyatakan standard dan objektif)Standard kurikulum : objektif pengajaran mestilah mengikut garis panduan yang telahditetapkan dalam huraian sukatan pelajaran yang disediakan kementerian pelajaran.Standard Teknologi : menggunakan maklumat daripada pelbagai sumber dan media secaradengan betul dan beretika yang boleh membantu mendapatkan maklumat melaluikajian,mencari, menyusun, menganalisa, menilai dan membuat sintesis. Maklumat yangdiperoleh mestilah sahih dan menggunakan teknologi yang standard.Objektif pembelajaran : menetapkan objektif pembelajaran iaitu topik yang akan dipelajari,pengetahuan baru yang akan diperoleh, aktiviti yang akan dijalankan, tindakan dankemahiran yang akan diserapkan dalam topik yang akan dipelajari.S = Select strategies, technology, media and metarials (pilih strategi, teknologi, mediadan bahan)Pilih strategi : pilih beberapa strategi yang berpusatkan pelajar seperti perbincangan,simulasi, permainan, penyelesaian masalah, penemuan, penerokaan atau pembelajarankoperatif.Strategi berpusatkan pelajar ini perlu untuk memastikan semua pelajar menyertaisetiap aktiviti yang akan dilaksanakan.Pilih Teknologi dan media : perancangan yang dibuat perlulah melibatkan teknologi danmedia yang sesuai dengan tahap dan kandungan pembelajaran. Pelajar perlu digalakkanmenggunakan internet untuk mencari maklumat atau bahan dengan menggunakan papan 11
  12. 12. Bab 4 : 21st century learning environmentinteraktif/blog/web/video/audio dan pelbagai media perantaraan lain. Terdapat beberapalangkah dalam memilih teknologi dan media iaitu :-1. Menyelaraskan standard, hasil objektif - Objektif, hasil dan standard perlu diselaraskan mengikut huraian yang telah ditetapkan dengan teliti dan teratur.2. Maklumat tepat dan terkini - Maklumat atau bahan yang diperolehmestilah tepat, sahih dan terkini bagi memastikan teknologi, sumber dan bahan yang diguna dapat disesuaikan dengan perancangan yang telah dibuat.3. Penggunaan bahasa yang sesuai - Aras bahasa mestilah bahasa yang mudah, ringkas dan dapat difahami pelajar serta mengikut tahap kebolehan dan pengetahuan pelajar.4. Minat dan penglibatan - Penggunaan teknologi, media dan sumber perlu mengambil kira minat dan kesesuaian pelajar. Ini bagi memastikan semua pelajar dapat menyertai aktiviti yang dirancang dan dijalankan.5. Kualiti teknikal - peralatan dan perkakasan yang hendak digunakan mestilah mudah, selamat dan mesra pengguna.Ini untuk mengelakkan timbul masalah dan bagi memastikanproses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.6. Mudah untuk digunakan - Menggunakan perisian yang mudah difahami dan mudah dikendalikan untuk memastikan semua pelajar melibatkan diri dalam aktiviti.7. Tidak berat sebelah / adil - Penggunaan sumber dan bahan mestilah adil dan saksama dimana ianya tidak hanya melibatkan beberapa orang pelajar sahaja. Penggunaan teknologi, strategi, media dan bahan perlu melibatkan pelbagai tahap dan minat semua pelajar.8. Panduan dan arahan penggunaan - guru perlu memberi panduan dan arahan yang jelas kepada pelajar untuk menggunakan sumber, bahan dan media.Pilih bahan : memilih bahan yang sesuai dengan maklumat yang diperlukan oleh pelajaruntuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. 12
  13. 13. Bab 4 : 21st century learning environmentU = Utilize technology, media and metarials (menggunakan teknologi, media danbahan)Imbas semula teknologi, media dan bahan :Lihat semula teknologi, media dan bahan yangdipilih dan mestilah mencapai objektif pembelajaran.Sediakan teknologi, media dan bahan : Guru perlu memastikan semua teknologi, bahan danmedia yang telah dipilih dapat digunakan. Segala media dan bahan yang akan digunadisusun mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Ini untuk mengelakkan timbulnyamasalah ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Persediaan persekitaran : Walau dimana sahaja pembelajaran berlaku, guru perlu memastikansemua fasiliti dan kemudahan yang ada supaya teknologi, media dan bahan dapat digunakansecara efektif. Guru perlu memastikan semua peralatan yang digunakan mencukupi danboleh dimudah dikendalikan.Persediaan pelajar : Memastikan pelajar bersedia untuk belajar dengan memberikanpenerangan berkaitan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menerangkankandungan pembelajaran berhubungkait dengan persekitaran sebenar pelajar. Pelajar perlumelibatkan diri secara aktif dan disinilah peranan guru membantu pelajar untuk turut sertadalam pembelajaran.Persediaan pengalaman pembelajaran : Pembelajaran ini biasanya berpusatkan guru dimanaguru memainkan peranan utama di dalam kelas. Guru akan menunjukkan beberapa cara dankemudian barulah pelajar akan melakukannya. Kebiasaannya, ia berkaitan aktivitipembentangan, tunjuk cara, latih tubi atau praktikal.R = Require Leaner Participation (memastikan penyertaan pelajar)Aktiviti pelajar : untuk memastikan ia berhasil, guru perlu memberi arahan dan panduankepada pelajar. menyediakan aktiviti yang sesuai berdasarkan pengetahuan dan kemahiranpelajar dan melihat semula sama ada ia memberi kesan yang positif atau sebaliknya. Latihanyang diberi mestilah melibatkan aktiviti internet atau kumpulan latihan, arahan yang dibantukomputer dan latihan yang boleh diperiksa sendiri pelajar. 13
  14. 14. Bab 4 : 21st century learning environmentMaklumbalas : pelajar perlu menerima maklum balas mengenai aktiviti yang dilakukan.Maklum balas yang diterima mungkin dari guru atau rakan-rakan dari kumpulan yang sama.Maklumbalas adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan menggunakan komputer, pelajarmemeriksa sendiri dengan komputer atau daripada guru yang mengajar. Paling pentingpelajar dapat menerima maklum balas yang betul tanpa mengira sumber.E = Evaluate and revise (menilai dan menyemak semula)Penilaian pencapaian pelajar : Guru perlu menilai dan menyemak semula keberkesanansemua perancangan yang telah dibuat dan melihat semula hasil pembelajaran yang telahdilaksanakan. Penilaian boleh dibuat mengikut kesesuaian topik, objektif, penggunaanteknologi, media dan bahan serta pencapaian yang diperoleh pelajar daripada aktiviti yangdijalankan seperti penilaian rubrik.Penilaian strategi, teknologi dan media : guru perlu menilai strategi, teknologi dan mediadengan melihat keberkesanan media secara keseluruhan. Selain itu, ia juga untuk mendapatkesan penggunaan media secara maksimum dengan melihat semula produk terakhir pelajardan memastikanobjektif pembelajaran pelajar tercapaisecara maksimum.Semakan : guru perlu menyemak semula semua perancangan termasuk objektif, strategi,teknologi, media dan bahan serta mendapatkan maklum balas daripada pelajar tentangkeberkesan penggunaan teknologi dan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 14

×