• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
 

Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

on

  • 5,161 views

 

Statistics

Views

Total Views
5,161
Views on SlideShare
5,161
Embed Views
0

Actions

Likes
4
Downloads
166
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

11 of 1 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Document Transcript

    • PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI MODUL PRA3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada November 2008 SEMESTER 4 MAJOR IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM
    • i Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin. Cetakan Jun 2008 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
    • ii Cetakan Mei 2009 Bahagian Pendidikan Guru Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan Kementerian Pelajaran Malaysia MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
    • iii Falsafah Pendidikan Kebangsaan i Falsafah Pendidikan Guru i Kandungan iii Kata Alu-aluan iv Panduan Pelajar v Pengenalan vii Agihan Tajuk ( Interaksi dan Modul ) viii Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 Perkembangan Kognitif kanak-kanak 1 1.1 Sinopsis 1 1.2 Hasil Pembelajaran 1 1.3 Kerangka Tajuk 2 1.4 Kandungan (rujuk lampiran ) 2 Tajuk 2 Pembelajaran Awal Matematik di Prasekolah 11 2.1 Sinopsis 11 2.2 Hasil Pembelajaran 11 2.3 Kerangka Tajuk 11 2.4 Kandungan (rujuk lampiran ) 14 Tajuk 3 Lima Proses Piawaian National Council Teaching Mathematic, (2000) dan Kaitan Dengan Pembelajaran Metematik Kanak- kanak Prasekolah 25 3.1 Sinopsis 25 KANDUNGAN MUKA SURAT
    • iv 3.2 Hasil Pembelajaran 26 2.3 Kerangka Tajuk 26 2.4 Kandungan (rujuk lampiran ) 27 Tajuk 4 Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains 33 4.1 Sinopsis 33 4.2 Hasil Pembelajaran 33 4.3 Kerangka Tajuk 33 4.4 Kandungan (rujuk lampiran ) 34 Rujukan Panel Penulis Modul Panel Pemurni Modul Ikon Modul Struktur Pelaksanaan
    • v Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. PANDUAN PELAJAR
    • vi 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan- bahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
    • vii Pengenalan Modul ini memberikan pendedahan dan pemahaman tentang Perkembangan Kognitif Kanak-kanak yang merangkumi pembelajaran awal Matematik dan Sains di prasekolah. Tidak ketinggalan juga modul ini akan membincangkan mengenai prinsip-prinsip dan proses piawaian National Council Teaching Mathematic (NCTM) dan kaitannya dengan pembelajaran Matematik oleh kanak-kanak prasekolah.. Modul ini diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Anda juga akan diberikan latihan pengukuhan kendiri untuk menguji kefahaman anda bersesuaian dengan ilmu pengetahuan yang disampaikan. Aktiviti yang diselitkan menerusi modul ini juga bertujuan untuk menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip pengajaran yang telah didedahkan dalam konteks pengajaran sebenar di bilik darjah. Ini merupakan pendedahan secara kontekstual bagi memantapkan penguasaan ilmu dan kemahiran anda sebagai seorang guru yang dedikasi dan berinovasi.
    • viii AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna Kadungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proform) Bil. Tajuk/Topik Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jum. Jam 1. Perkembangan Kognitif Kanak-kanak - 5 5 2. Pembelajaran Awal Matematik di Prasekolah - 5 5 3. Lima Proses Piawaian National Council teaching Mathematics, (2000) )Five Process standards-National Council Teaching Mathematics) dan kaitan dengan pembelajaran Matematik oleh kanak-kanak prasekolah. - 4 4 4. Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains 2 1 3 5. Pembelajaran Awal Sains di Prasekolah 5 - 5 6. Perancangan Program Awal Sains di Prasekolah 2 - 2 7. Penggunaan Pendekatan Projek (Project Approach) 3 - 3 8. Pengintegrasian Pelajaran Awal Sains dengan Aktiviti Seharian 3 - 3 9. Amali: Lima Proses Piawaian National Council teaching Mathematics, (2000) )Five Process standards-National Council Teaching Mathematics) dan kaitan dengan pembelajaran Matematik oleh kanak-kanak prasekolah. 5 - 5 10. Amali: Kemahiran Matematik Prasekolah(berdasarkan Kurikulum Stardard Prasekolah kebangsaan, KPM) 8 - 8 11 Amali: Aktiviti-aktiviti Matematik 7 - 7 12 Amali: Perancangan Program Awal Sains di Prasekolah 5 - 5 13 Amali: Penggunaan Pendekatan Projek (Project Approach) 5 - 5 45 15 60
    • ix *** isi ikut pecahan berikut: Pecahan kredit Interasksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jum. Jam ( 3+0) 30 15 45 (2+1) 45 15 60 (2+0) 15 15 30 (1+1) 30 15 45 (1+0) 0 15 15
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 1 Tajuk 1 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak 1.1 Sinopsis Unit ini merupakan pengenalan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak yang akan membincangkan konsep kognitif. Sebagai seorang guru prasekolah yang berkesan kita sepatutnya mengetahui tentang konsep kognitif dalam pendidikan prasekolah supaya kita dapat melaksanakan peranan sebagai seorang pendidik dengan lebih efektif. Penjelasan juga akan menjurus kepada teori perkembangan kognitif oleh dua orang tokoh yang terkenal iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky yang dikira mampu membantu anda mengaplikasi pengetahuan berkenaan di dalam lapangan pendidikan secara jelas. Ia dilihat sebagai penjana idea untuk merancang aktiviti kognitif di kelas prasekolah dengan lebih berkeyakinan dan kreatif. 1.2 Hasil Pembelajaran 1. Mengetahui konsep kognitif dan pengertian perkembangan kognitif. 2. Mengenal pasti tahap-tahap atau peringkat perkembangan kognitif yang dikemukakan oleh Jean Piaget. 3. Menyatakan perbezaaan teori Jean Piaget dan Lev Vygotsky dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. 1.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Subtajuk 1 Konsep Kognitif Subtajuk 2 Pengertian Perkembangan Kognitif Subtajuk 3 Teori-teori Perkembangan Kognitif
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 2 1.4 Perkembangan Kognitif Kanak- kanak Mari kita mulakan perbincangan ini dengan menghayati secara ringkas konsep kognitif kanak-kanak, secara terperinci. Perkataan „perkembangan kognitif kanak-kanak‟ diberikan pelbagai tafsiran oleh banyak pihak. Antaranya, perkembangan yang melibatkan otak atau berkaitan dengan matematik. 1.4.1 Konsep Kognitif Mari kita sama-sama cuba fahami apakah yang dimaksudkan dengan kognitif . Terdapat banyak definisi kognitif. Kognitif didefinisikan sebagai proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu: proses pembelajaran termasuklah pengamatan yang berlaku dalam otak manusia. Kognitif juga boleh didefinisikan sebagai perkara yang berkaitan dengan minda dan bagaimana ia bekerja (Charlesworth 2004). 1.4.2 Pengertian Perkembangan Kognitif Perkembangan kognitif ialah perkembangan yang dialami oleh akal dari aspek pemikiran dan ia dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Ia berkaitan dengan keupayaan seseorang individu menerima maklumat dari persekitaran, menyimpan dan bagaimana ia diingat semula apabila diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif merupakan aras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut bagi memahami dunia di sekitar mereka. Terdapat pelbagai teori dan penjelasan mengenai bagaimana kanak-kanak memperoleh, memproses dan menggunakan pengetahuan ini dalam aktiviti mereka Hetherington & Parke (1986). Antara ahli-ahli psikologi yang dikaitkan dengan perkembangan kognitif ialah Jean Piaget dan Lev Vygotsky.
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 3 Manakala menurut Haliza bt Hamzah (2008) pula perkembangan kognitif memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat daripada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. 1.4.3 Teori-teori Perkembangan Kognitif 1.4.3.1 Teori Perkembangan Kognitif Piaget http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http:/faculty.frostburg.edu/mbradley/psyograhy/p iaget Jean Piaget (1869-1980) pakar biologi Switzerland, berpendapat setiap kanak-kanak lahir dengan tingkah laku refleks (menangis, menghisap dan menggapai), untuk berinteraksi dan menafsir persekitaran. Beliau merujuk kepada kebolehan asas untuk menyusun dan memproses maklumat ini sebagai struktur kognitif (skema). Skema Skema ialah struktur kognitif yang berbentuk idea dan konsep yang digunakan oleh individu untuk mentafsir persekitaran. Salah satu daripada skema terawal ialah skema menghisap. Pada mulanya tingkah laku menghisap berlaku secara pantulan. Apabila kanak-kanak menghisap benda yang berbeza seperti puting getah botol susu dan jari tangan, ini bermakna bayi telah mengesan, membezakan serta, mengorganisasikan penglamannya menjadi skema ”menghisap puting getah” dan skema ” menghisap jari tangan”.
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 4 Asimilasi Merupakan proses kognitif dimana seseorang menyatukan pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan maklumat baru ke dalam struktur yang sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengtan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Sebagai contoh, kanak-kanak telah mengenali ciri-ciri yang terdapat pada burung seperti bersayap dan dapat terbang. Maklumat baru ini akan diterima dan akan masuk ke dalam skema baru kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak terjumpa seekor burung merpati yang masih memenuhi ciri-ciri tersebut, maklumat ini akan ditambahkan ke dalam skema burung. Akomodasi Berlaku apabila kanak-kanak bertembung dengan pengalaman baru dan cuba mengasimilasikan dengan skema yang sedia ada tetapi tidak berjaya kerana tiada skema yang sesuai (disequilibrium) ketidakseimbangan. Oleh itu terdapat dua pilihan:  Mengubahsuai (modification) skema sedia ada untuk menerima pengalaman baru  Membentuk atau mewujudkan skema baru untuk menerima pengalaman baru Contohnya kanak-kanak yang telah memahami skema burung tadi, menjumpai seekor ayam yang bersayap. Dalam skemanya, ia termasuk dalam keluarga burung tetapi tidak terbang. Dengan pengalaman baru ini kanak-kanak perlu mengakomodasikan maklumat yang ada dalam skema burung sebelum ini, untuk mengambil kira burung yang tidak dapat terbang iaitu semua burung pada umumnya boleh terbang tetapi ada juga pengecualian kepada fakta ini kerana ada burung yang tidak boleh terbang. Kesimpulannya, akomodasi ialah penciptaan skema baru atau pengubahsuaian skema yang sedia ada lalu membentuk skema baru dan meningkatkan skema yang sedia ada. Proses akomodasi dan asimilasi sentiasa berlaku sehingga wujudnya keseimbangan atau equilibrium. Sudahkah anda mendapat gambaran tentang skema, akomodasi dan asimilasi? Cuba buat perbandingan antara akomodasi dan asimilasi.
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 5 Tahap Perkembangan Kognitif Berdasarkan pandangan Piaget, perkembangan kognitif dapat dibahagikan kepada empat tahap iaitu: 1. Peringkat deria motor (0-2 tahun)  Tahap ini ialah kebolehan memahami melalui deria  Pemahaman tentang dunia berasaskan gerakan spontan yang tidak dipelajari  Kanak-kanak belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya. 2. Peringkat Praoperasi (2-7 tahun)  Tahap memahami konsep asas; misalnya konsep asas nombor dan membilang secara hafalan.  Kanak-kanak boleh menggunakan simbol, objek atau perkataan untuk mewakilkan sesuatu atau peristiwa.  Pada peringkat ini kanak-kanak belum memahami konsep keabadian (konkrit), kebolehbalikan, pengekalan jisim dan isi padu. 3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) Perkataan operasi disini bermaksud operasi logik atau prinsip yang digunakan apabila menyelesaikan masalah.  Tahap ini kanak-kanak boleh memahami sesuatu konsep apabila disertai dengan bukti konkrit; misalnya mula memahami konsep nombor dan mengaitkan dengan objek.  Mula memperolehi konsep transformasi dan kebolehbalikan.
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 6 Pada peringkat ini kanak-kanak sudah dapat menguasai prinsip ketekalan atau conserve dari segi nombor, panjang dan isipadu cecair. Ketekalan atau conservation adalah sesuatu kuantiti tidak berubah walaupun terdapat perubahan dalam kewujudannya atau appearance. Jika anda tunjukkan empat guli kepada kanak-kanak dalam satu barisan lurus, kemudian anda meletakkan guli tadi secara berselerak, kanak-kanak praoperasi akan mengatakan guli yang berselerak itu adalah lebih banyak dari yang disusun secara lurus. Berbeza dengan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit pula akan mengatakan bilangan guli adalah sama. Contoh lain: Ambil segenggam plastisin atau tanah liat dan ulinya menjadi bulat, kemudian uli sehingga menjadi panjang atau boleh juga dibuat bentuk bulat (saiz kecil), kanak-kanak akan tahu jumlah plastisin atau tanah liat yang digunakan masih sama. Kanak-kanak juga tahu jika bulatan kecil jika digabungkan akan menjadi satu bentuk bulat yang besar (sama seperti sebelumnya) dikenali sebagai prinsip kebolehbalikan atau reversibility.
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 7 Contoh di atas menunjukkan prinsip konservasi kawasan atau area. Pada peringkat ini kanak-kanak belajar klasifikasi atau pengelasan dan seriasi (turutan). Klasifikasi merujuk kepada persoalan sama ada lebih banyak guli merah atau lebih banyak guli hitam? Sekarang kanak-kanak mula mendapat idea satu set boleh masuk yang lain. Seriasi pula ialah meletakkan objek dalam satu aturan atau in order. Contohnya seriasi saiz, warna dan bentuk. 4. Peringkat Operasi Formal (12 tahun ke atas)  Peringkat mula berfikir dan memahami sesuatu secara logik dan abstrak.  Menggunakan prinsip tertentu untuk menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.  Menguji disamping meramal dan merancang sesuatu tindakan. Cuba anda layari internet dan dapatkan maklumat berkaitan perkembangan kognitif oleh Jean Piaget.
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 8 1.4.3.2 Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http:/faculty.frostburg.edu/mbradley/psyography/ vygotsky Lev Semanovich Vygotsky, seorang ahli psikologi Rusia merumuskan bahawa perkembangan intelek adalah berdasarkan interaksi sosial antara murid dan guru dan juga dengan rakan sebaya. Beliau telah mengemukakan pembelajaran membina (konstruktivisme) berasaskan bantuan (constructivist concept of assisted learning). Menurut beliau faktor-faktor yang berpengaruh dalam pembentukan bagaimana seseorang individu berfikir adalah berdasarkan sejarah masyarakatnya dan pengalamannya dalam masyarakat itu. Perkembangan kognitif terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan ibubapa, guru, orang dewasa lain dan rakan sebayanya. Menurut beliau, bayi lahir dengan beberapa fungsi asas mental (elementary functions) iaitu perhatian, persepsi dan memori yang kemudiannya berubah menerusi konteks dengan budaya kepada proses mental yang lebih rumit dikenali sebagai fungsi mental peringkat tinggi. Dalam pembelajaran berbantukan guru, guru akan memberi panduan supaya murid menghayati fungsi ini. Apabila kemahiran ini diperolehi, murid akan memperoleh alat atau cara tertentu untuk pembelajaran terarah-kendiri (self guided learning). amalan pembelajaran dengan bantuan dan panduan ini juga dikenali sebagai scaffolding. Scaffolding adalah bantuan/bimbingan, petunjuk, tatacara oleh orang dewasa atau rakan yang lebih berpengetahuan dalam menguasai sesuatu kemahiran. Bantuan diberi lebih besar di awal pembelajaran dan semakin berkurangan dan akhirnya tiada langsung sebab kanak-kank telah boleh membuatnya sendiri. Pembelajaran ini menurut beliau akan berlaku dalam zone of proximal development (ZPD).
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 9 Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) Vygotsky Aplikasi yang penting yang dikemukakan Vygotsky dalam teori pembelajaran ialah konsep zone of proximal development (ZPD) atau zon perkembangan terdekat. Menurut beliau, sebenarnya terdapat dua tahap perkembangan kognitif. Yang pertama adalah tahap yang dicapai oleh seseorang apabila dia berfungsi secara bersendirian yang dikenali sebagai tahap perkembangan sebenar (actual development) dan tahap kedua ialah paras yang lebih tinggi yang seseorang itu berpotensi mencapainya (potential development) apabila mendapat bimbingan daripada semua pihak yang lebih berkebolehan. Jarak diantara kedua tahap ini dikenali sebagai zone of proximal development. Konsep ini ialah “tahap jurang atau jarak yang dikenalpasti antara tahap perkembangan sebenar individu dalam menyelesaikan masalah tanpa dibantu dengan tahap maksimum potensi perkembangan individu yang dibantu oleh orang dewasa atau yang dibimbing secara kolaborasi daripada rakan sebaya yang lebih pandai atau berpengalaman”. Peranan orang dewasa semasa penyelesaian masalah sebagai penyelia di sisi, menyelia bagaimana murid menangani sesuatu tugasan dan guru akan memantau atau
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 10 campur tangan mengikut keperluan murid tersebut supaya mencapai hasil masteri tugasan itu. Siapa yang memerlukan bantuan? Adakah kita memerlukan bantuan? Ada perkara yang kita boleh melaksanakannya sendiri tanpa bantuan orang lain. Ada masanya kita tidak dapat melaksanakan sesuatu perkara, walaupun beberapa bantuan telah diberikan.ada kalanya perkara itu kita tidak mampu membuat seorang diri dan kita mampu membuatnya setelah diberi bantuan atau panduan orang lain. Ada kalanya perkara itu kita tidak mampu membuat seorang diri dan kita mampu membuatnya setelah diberi bantuan atau pandangan orang lain. Yang pentingnya, guru sebagai pemudahcara atau ibubapa seharusnya memberikan bantuan atau panduan kepada kanak-kanak mengikut jenis dan kadar yang mereka perlukan. Setiap kanak-kanak mungkin memerlukan cara dan kadar bantuan yang berbeza. Adakah anda pernah melaksanakan aktiviti sebegini sepanjang karier anda? Jika ya, apakah perasaan anda setelah melihat keberkesanan aktiviti tersebut? Sudah pasti anda telah melaksanakan apa yang disarankan oleh Lev Vygotsky secara berkesan, bukan? Syabas kepada anda di atas komitmen tersebut. Jika sebaliknya? Cuba renungkan apakah perubahan yang perlu dilakukan? Berikan ruang untuk berehat sebentar. Tenangkan fikiran anda dan jamahlah sedikit minuman atau makanan untuk memberikan sedikit tenaga kepada minda bagi meneruskan penerokaan modul ini. Anda pasti boleh melakukannya http://www.learningandteaching.info/learning/piaget.htm http://webspace.ship.edu/cgboer/piaget.html http://www.kolar.org/vygotsky http://mathforum.org/mathed/dvygotsky.html http://tip.psychology.org/vygotsky.html
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 11 Tajuk 2 Pembelajaran Awal Matematik di Prasekolah 2.1 Sipnosis Unit ini akan membincangkan tentang pengertian Matematik, kepentingan pembelajaran Matematik dan prinsip-prinsip pembelajaran Matematik National Council Teaching Mathematic (NCTM) . Sebagai seorang guru prasekolah yang berkesan kita sepatutnya memahami tentang konsep Matematik dan bagaimana untuk mengajar matapelajaran ini dengan cara yang menyeronokkan seterusnya memupuk perasaan suka dan minat akan Matematik dalam kalangan kanak-kanak, sesuai dengan kehendak kurikulum standard prasekolah kebangsaan. 2.2Hasil Pembelajaran 1. Membezakan beberapa definisi Matematik 2. Mengenal pasti kepentingan pembelajaran Matematik dalam Pendidikan Awal Kanak- kanak. 3. Mengenal pasti kepentingan pembelajaran Matematik dalam Pendidikan Awal Kanak- kanak. 4. Membuat hubungkait bagi setiap prinsip pembelajaran Matematik NCTM dengan pembelajaran Matematik oleh kanak-kanak prasekolah. 2.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini Pembelajaran Awal Matematik di Prasekolah Subtajuk 1 Pengertian Matematik Subtajuk 2 Kepentingan Pembelajaran Matematik Subtajuk 3 Prinsip-prinsip pembelajaran Matematik NCTM
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 12 2.4 Pengertian Matematik Cuba anda fikirkan, apakah maksud Matematik? Dari manakah asalnya perkataan Matematik itu? Cuba buat perbandingan jawapan yang anda beri dengan jawapan dalam nota di bawah ini. Matematik berasal dari „mathema‟ yang bermaksud mempelajari, menimba, sains dan ia didatangi untuk menjurus kepada makna yang lebih teknikal. Euclid, Ahli matematik Yunani tersohor pada abad ke-3 SM, seperti yang digambarkan oleh Raphael di dalam pencirian ini daripada The School of Athens.[1] Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 13 Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya; Benjamin Peirce memanggil ia "sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu". Ia berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik, daripada membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal. Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk merumuskan corak-corak baru dan mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan ketat yang dipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai. Mengikut Arbak Othman dalam kamus komprehensif Bahasa Melayu ,(2005), Matematik bermaksud ilmu pengetahuan nombor tentang angka, bentuk, susunan, hubungan perkiraan dan lain-lain dengan menggunakan simbol. Kesimpulannya, Matematik adalah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Ia juga melibatkan pemikiran ataupun pertimbangan induktif dan deduktif menggunakan nombor dengan berkesan dan menyelesaikan masalah secara saintifik. 2.5 Kepentingan Pembelajaran Matematik Mari kita bincangkan bersama-sama tentang kepentingan pembelajaran Matematik dalam pendidikan awal kanak-kanak. Mengapa ia penting? Bagaimana Matematik boleh memberi kesan kepada kehidupan manusia?
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 14 Dalam Kurikulum Standard Kebangsaan Prasekolah, Tunjang Kognitif yang mengandung matapelajaran Matematik dan Sains merupakan tunjang teras yang penting. Mengapa pentingnya kanak-kanak diajar Matematik? Bagaimana guru boleh mendedahkan kanak- kanak dengan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam situasi yang menyeronokkan dan bukannya sesuatu yang menakut dan membosankan mereka? Kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak di tadika oleh Baroody & Ginsburg (1990), menunjukkan bahawa kanak-kanak sendiri membina pengetahuan matematik yang tidak formal sebelum mereka mengikuti kelas formal di sekolah.Semasa bermain, kanak-kanak akan menggunakan istilah-istilah matematik seperti „lebih tinggi‟, „lebih rendah‟, „segitiga‟,‟bulat‟, „tiga‟,‟dua‟, dan sebagainya. Selain itu proses-proses pembelajaran yang tidak formal tentang pengetahuan matematik, seperti ukuran, ruang, bentuk geometri dan lain-lain juga berlaku semasa bermain. Maka, pembelajaran matematik berlaku apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya, rakan sebaya dan guru. Pengalaman seseorang kanak-kanak itu yang merupakan asas kepada pembinaan pengetahuan matematik dalam minda juga berhubungkait dengan persekitarannya. Dalam proses membesar, kanak-kanak memperoleh pengalaman melalui proses interaksi iaitu dengan melakukan pemerhatian, mendengar, bercakap, menyentuh, merasa, meniru dan sebagainya. Antara kepentingan pembelajaran Matematik adalah; a) Melatih individu menaakul secara logik dan rasional. b) Meningkatkan kemahiran dalam kehidupan seharian seperti urusniaga, perjalanan, makanan, pembelajaran dan membuat kerja.(Contoh: mengira berapa banyak masa kita perlukan untuk bekerja, berapa banyak makanan yang diperlukan untuk ahli keluarga, dan berapa harga makanan yang hendak dibeli) c) Memahami dan menyedari konsep ruang, luas, panjang, besar, masa dan simbol dalam matematik. (contoh: meramalkan keadaan lalulintas dan merancang masa untuk mulakan perjalanan ke sesuatu tempat) d) Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas, membanding, turutan, menyukat, membuat graf, membilang dan operasi nombor. e) Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang asas matematik. f) Meningkatkan kemahiran tertentu seperti berfikir. (contoh: menerangkan bagaimana kita menyelesaikan masalah dan membuat keputusan)
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 15 g) Meningkatkan perasaan ingin tahu dan suka menyiasat. h) Memberi pelbagai peluang memegang, meneroka bahan, mengubahsuai bahan yang berkaitan dengan idea Matematik. (Contoh: penggunaan teknologi seperti kalkulator dan komputer) i) Mengambil bahagian dalam aktiviti bermula daripada aktiviti dunia fizikal kepada idea di dunia yang abstrak. 2.6 National Council Teaching Mathematics (NCTM) Pernahkah anda membaca tentang National Council Teaching Mathematics (NCTM)? Jika tidak, sila cari maklumat tentang NCTM daripada internet (http:/www.nctm.org) dan kemudian kongsi maklumat yang anda dapat bersama rakan-rakan. NCTM President J. Michael Shaughnessy The National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) telah ditubuhkan pada tahun 1920. Ia telah berkembang menjadi salah sebuah organisasi yang terbesar di dunia yang barkaitan dengan pembelajaran Matematik. Terdapat hampir 100.000 ahli serata USA dan Canada serta antarabangsa. NCTM juga merupakan saluran suara orang ramai tentang pendidikan matematik yang menyokong para guru untuk memastikan kesamarataan dalam pendidikan matematik sehingga mencapai kualiti tertinggi menerusi visi, kepimpinan, pembangunan profesional dan penyelidikan. Maka, antara misi yang digariskan oleh NCTM adalah:  Saluran untuk orang ramai menyatakan pendapat mengenai pendidikan Matematik.  Menggalakkan pembinaan visi, kepimpinan dan profesionalisme dikalangan guru.  Menyumbang kepada pembelajaran Matematik yang berkualiti.
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 16 NCTM bukanlah sebuah badan yang mengetuai penyelidikan pendidikan Matematik tetapi NCTM telah membangunkan kurikulum dan penilaian Standard untuk Matematik sekolah diikuti dengan Profesional Standard untuk pengajaran Matematik (19991) dan Pentaksiran Standard untuk Matematik sekolah (1995). Pada tahun 2000 NCTM mengeluarkan Principles and Standard for School Mathematic yang terkini. NCTM telah menggariskan beberapa proses yang melibatkan guru-guru, ahli-ahli Matematik dan para penyelidik. Dokumen itu menghasilkan enam prinsip (Perkongsian/Keadilan, Kurikulum,Pengajaran, Pembelajaran, Pentaksiran dan Teknologi) yang menjelaskan tentang rangka kerja untuk program-program Matematik dan sepuluh tunjang atau standard yang merentas kurikulum Matematik sekolah. Tunjang-tunjang ini dibahagi kepada beberapa kandungan Matematik ( Nombor & operasi, Algebra, Geometri, Ukuran dan Analisis Data, dan Kebarangkalian) dan proses-proses (Penyelesaian Masalah, Sebab Akibat, Komunikasi, Perhubungan dan Gambaran). 2.7 Prinsip-prinsip pembelajaran Matematik NCTM dan kaitannya dengan pembelajaran Matematik oleh Kanak-kanak Prasekolah. 2.7.1 Perkongsian/keadilan (Equity) Budaya dalam equity mementingkan kerjasama atau usaha daripada semua pihak seperti kanak-kanak, guru, keluarga dan pembina polisi. Semua anggota dalam komuniti pendidikan perlu menghormati dan menghargai setiap sumbangan antara satu sama lain. Pihak sekolah pula perlu memupuk semua pengalaman, kepercayaan dan cara untuk meneroka Matematik.Manakala semua bahan dan rujukan untuk pengajaran yang optimum haruslah diperlengkapkan untuk kemudahan guru dan murid. Murid-murid perlu didedahkan dengan suasana yang mencabar dan pengalaman pembelajaran matematik yang lebih bermakna . terdapat beberapa elemen dalam perkongsian iaitu harapan yang tinggi, menghormati, memahami dan sokongan moral yang tinggi kepada murid. Semua perkara dalam elemen tersebut hendaklah dilaksanakan secara berterusan dalam pengajaran Matematik bagi memaksimakan pemerolehan pembelajaran Matematik. 2.7.2 Kurikulum (Curiculum)
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 17 Kurikulum yang digubal mestilah berkaitan , berfokus kepada kepentingan sebenar Matematik dan selaras dengan perkembangan dan umur kanak-kanak. Kurikulum yang dibentuk harus mempunyai perkaitan antara satu topik dengan satu topik yang lain. Apabila murid dapat membina perhubungan dan kemahiran antara topik, maka murid akan lebih memahami dengan lebih mendalam dan berkembang. Oleh itu murid perlu diberi lebih peluang untuk meneroka dunia matematik yang akan meningkatkan tahap perkembangan mereka. 2.7.3 Pengajaran (Teaching) Sumber: www.scholastic.ca/teacher/ Pengajaran Matematik yang efektif memerlukan guru mengetahui pengetahuan sedia ada kanak-kanak , menguasai bidang dan kemahiran Matematik yang diajar dan bersikap komited kepada murid seperti memberi latihan dan bimbingan yang sewajarnya dalam menyelesaikan masalah. Sebagai guru, mereka harus mencipta suasana pembelajaran yang menggalakkan budaya pemikiran matematik. Antara pengajaran Matematik yang efektif melibatkan perkara- perkara berikut: i. Pilih dan guna alat bantu mengajar yang sesuai. ii. Gunakan teknik penyampaian yang sesuai. iii. Menjalankan penambahbaikan yang berterusan dalam diri guru tersebut. iv. Menentukan topik yang hendak difokuskan pada hari itu. v. Mengetahui bagaimana menguruskan murid untuk melakukan aktiviti. vi. Menyediakan pelbagai soalan mengikut aras kesukaran.
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 18 2.7.4 Pembelajaran (Learning) Sumber: beehivepreschool.blogspot.com/2009/12/christm Murid harus belajar Matematik dengan pemahaman, pembinaan ilmu yang baru secara aktif melalui pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Asas pembelajaran Matematik sangat penting. Asas yang baik akan membantu kanak-kanak menggunakan ilmu secara fleksibel. Kanak-kanak yang benar-benar memahami konsep akan menjadi autonomous learner berkebolehan menyelesaikan pelbagai bentuk masalah, lebih suka menyelesaikan masalah dengan usaha sendiri, fleksibel untuk meneroka idea-idea Matematik dan bersedia menghadapi sebarang bentuk masalah. 2.7.5 Pentaksiran (Assesment) Pentaksiran mestilah menyokong kepentingan pembelajaran Matematik dan membekalkan maklumat penting kepada guru dan murid. Melalui pentaksiran guru dapat menentukan kaedah terbaik untuk pengayaan sama ada dalam bentuk bahan rujukan tambahan, mengajar semula topik yang sukar atau menyediakan latihan yang berlainan kepada murid yang memerlukan latihan tambahan. Guru perlu melakukan pelbagai jenis pentaksiran agar memperoleh keputusan yang lebih tepat. Guru perlu memastikan semua murid diberi peluang untuk mendemonstrasikan apa yang telah mereka pelajari. Contoh pentaksiran adalah melalui, soalan, temubual, ujian bertulis dan lain-lain. The National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) , prinsip-prinsip pentaksiran(2000) menyatakan bahawa “Pentaksiran mestilah menyokong pembelajaran
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 19 Matematik dan memberikan maklumat berguna kepada guru dan murid”. Elemen-elemen berikut mesti ada dalam sesuatu pentaksiran:  Pentaksiran mesti dapat meningkatkan pembelajaran murid-murid dengan menjadi sebahagian daripada arahan setiap hari.   Kemahiran berkomunikasi murid-murid dapat dipertingkatkan apabila pentaksiran melibatkan pemerhatian, perbualan, temubual, laporan lisan dan jurnal.  Panduan penilaian (rubrik) boleh menjelaskan apa dia kelemahan dan kekuatan seseorang murid dan membolehkan penilaian kendiri. 2.7.5.1 Kaedah-kaedah Pentaksiran i)Pemerhatian Pemerhatian digunakan untuk mengenalpasti bagaimana kanak-kanak menggunakan sesuatu konsep dalam kehidupan harian mereka. Pemerhatian boleh dijalankan dalam situasi naturalistic, informal dan aktiviti berstruktur. Guru sepatutnya sudah tahu jenis konsep yang digunakan oleh kanak-kanak. Apa sahaja konsep yang dilihat semasa aktiviti kanak-kanak akan dicatat dalam rekod mereka. Ini akan membantu guru merancang pengalaman-pengalaman di masa hadapan. Berikut adalah beberapa contoh tingkahlaku kanak-kanak yang ditulis dan direkodkan: Contoh 1: Iman (18 bulan) mencampakkan semua blok di atas lantai. Dia mengambil semua blok yang berbentuk bulat dan menyusunnya. Ini menunjukkan bahawa Iman sudah boleh mengasing dan menyusun blok. Contoh 2: Sofia (4 tahun) menyediakan meja untuk makan tengah hari. Dia ingat semuanya. Sofia memahami konsep padanan satu dengan satu. ii) Perbualan Informal
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 20 Semasa kanak-kanak sedang meneroka bahan, guru boleh secara informal membuat komen atau bertanya soalan-soalan tentang aktiviti yang dilakukan dengan tujuan untuk mengenalpasti apa yang mereka fikirkan. Glanfield, Bush, and Stenmark (2003, p. 56), mencadangkan beberapa jenis soalan yang meransang kanak-kanak berkongsi apa yang mereka fikirkan. Contoh:  Beritahu saya lebih lanjut.  Boleh tunjukkan saya cara yang lain.  Tolong fahamkan saya.  Kenapa kamu...?  Bagaimana kamu tahu apa yang akan dilakukan selepas ini?  Apa lagi yang kamu tahu...?  Apa yang kamu fikir apabila kamu...? iii) Temubual Temubual secara individu dilakukan untuk mengetahui sesuatu maklumat secara terus. Guru boleh memberi tugasan dan membuat pemerhatian serta merekodkan bagaimana kanak-kanak itu melakukan tugasan dan mengemukakan cadangan-cadangan bagi menyelesaikan masalah. Betul atau salah bukan perkara yang penting tetapi bagaimana kanak-kanak mendapatkan jawapan adalah penting. Biasanya mereka akan bermula dengan betul tetapi tersasar di pertengahan masalah. Contoh: Kate (3 tahun) dikehendaki memadankan empat piring dan empat cawan (padanan satu dengan satu). Dia membuat tugasan tersebut dengan mudah. Selepas itu, Kate diberi lima cawan dan enam piring. Dia meletakkan setiap cawan di atas setiap piring. Ada baki satu piring. Kate meletakkan piring tersebut di bawah piring yang sudah ada pasangannya. Dia tersenyum. Daripada pemerhatian, guru boleh lihat bahawa Kate tidak faham dengan konsep “lebih daripada”. Ini merupakan perkara biasa untuk peringkat praoperasi umur tiga tahun . Kate cuba menyelesaikan masalah dengan meletakkan dua piring di bawah satu cawan. Dia faham akan idea padanan satu dengan satu tetapi tidak boleh membuat sesuatu yang lebih daripada itu. Hanya dengan membuat pemerhatian keseluruhan tugasan, guru akan dapat jawapan sebab-sebab kepada kesalahan dalam tugasan tersebut. iv) Laporan
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 21 Semua laporan tentang prestasi dan aktiviti kanak-kanak disimpan di dalam folder dan portfolio. Folder tersebut mengandung rekod anekdot dan senarai semak. Portfolio pula mengandungi koleksi hasil kerja kanak-kanak yang memberi maklumat tentang kesungguhan, prestasi dan pencapaian mereka. Merupakan koleksi yang dibuat secara sistematik untuk memberi bukti dan memantau perkembangan. Portfolio terdiri daripada pentaksiran autentik iaitu hasil kerja kanak-kanak. Guru bersama murid akan bekerja bersama, membuat refleksi dan menilainya. Berikut adalah beberapa item yang boleh dimasukkan ke dalam portfolio:  Gambar: lukisan, foto-foto semasa aktiviti, lakaran, tampalan  Laporan aktiviti, penyiasatan, pengalaman, idea, perancangan dan sebagainya.  Diagram,graf, data  Ulasan jurnal Matematik, sains dan pembelajaran sosial.  Contoh-contoh penyelesaian masalah  Pita video  jurnal 2.7.6 Teknologi (Technology) Sumber:http://www.associatedcontent.com/article/18930/free_online_games_and_activities _for.html Teknologi merupakan satu keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Ia mempengaruhi pengajaran dan memperkukuh pengetahuan murid. Penggunaan kalkulator komputer dan perisian komputer, serta interaktif laman web membenarkan murid mempelajari Matematik secara mendalam melalui cara penggunaan yang betul. Douglas H. Clements, seorang penyelidik tentang keberkesanan penggunaan komputer terhadap kanak-kanak (Clements,1992,2001;Clements and Sarama, 2002b), menyatakan bahawa aktiviti berbantu komputer akan membantu kanak-kanak menghubungkan sesuatu
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 22 yang konkrit kepada abstrak. Kanak-kanak boleh belajar konsep Matematik dan Sains daripada perisian yang mengandung tugasan, soalan dan memberi maklumbalas. Teknologi juga membantu murid menyelesaikan masalah sukar dengan kemudahan- kemudahan fungsi istimewa. Tetapi perlu diingat bahawa teknologi hanya membantu memudahkan pembelajaran tetapi bukan sebagai guru sebenar. Murid seharusnya memahami sesuatu konsep terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan teknologi. Guru pula perlu menentukan bilakah masa yang sesuai murid boleh menggunakan teknologi. Dalam melaksanakan tugas pengajaran, guru harus berusaha meningkatkan keberkesanannya. Pengajaran yang berkesan menghasilkan pembelajaran yang diharapkan. Pembelajaran yang baik berlaku apabila pelajar melibatkan diri.
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 23 2.7.6.1 Contoh aktiviti yang melibatkan penggunaan teknologi Push C 0 + 2 = What do you see?_______________ Push = again What do you see?________________ What will the calculator show if you push = again? ____________ Do it. Were you correct?______________ Push = = =. Guest what the calculator will show each time. ________ _________ ____________ What happened? _________________________________ Complete the following. Then use your calculator to see if you are correct. Push c 0 + 3 = The calculator will show _________________ Push = _______________________ = _______________________ = _______________________ Push c 0 + 4 = Then calculator will show _______________ Push = ____________ = ____________ = ____________
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 24 Mari kita rehat sebentar dan fikirkan apakah aktiviti-aktiviti Matematik lain yang boleh dijalankan dengan menggunakan teknologi? Anda juga boleh melayari laman web http://www.noggin.com Berikut adalah beberapa alamat laman web untuk membantu guru prasekolah memahami topik ini dan seterusnya memberi panduan dalam pengajaran dan pembelajaran awal Matematik. http://standards.nctm.org http://eprints.utm.my http://www.noggin.com http://www.associatedcontent.com/article/18930/free_online_games_and_activities_for.html
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 25 Unit 3 LIMA PROSES PIAWAIAN NATIONAL COUNCIL TEACHING MATHEMATIC, (2000) DAN KAITAN DENGAN PEMBELAJARAN MATEMATIK OLEH KANAK-KANAK PRASEKOLAH 1.1 Sipnosis PENGENALAN Unit ini menerangkan tentang lima proses piawai National Council Teaching Matematik dan perkaitan dengan pembelajaran matematik oleh kanak-kanak prasekolah. Sebagai seorang guru prasekolah yang berkesan dan efektif anda sepatutnya mengetahui tentang kelima-lima proses NCTM dan mengapliksikan proses ini dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran matematik menekankan pembelajaran dengan kefahaman dan kemahiran memahami prosedur, konsep dan proses.Keberkesanan pengajaran matematik akan membantu kanak-kanak:  Mengembangkan pengetahuan yang fleksibel  Mengaitkan kehidupan antara matematik dengan kehidupan sehari  Mengaplikasikan pembelajaran matematik dalam kehidupan seharian National Council Teaching Matematics (NCTM) menegaskan mengenai tiga aspek iaitu enam prinsip, lima piawai kandungan dan lima piawai proses. Enam prinsip NCTM telah dibincangkan dalam tajuk 2. Unit ini akan membincangkan mengenai lima piawai proses yang berikut: 1. Penyelesaian masalah (Problem solving) 2. Sebab/Akibat (Reasoning) 3. Komunikasi (Communication) 4. Hubungan/Hubungkait (Connection) 5. Gambaran (Representation) Piawai proses merujuk kepada proses matematik yang mana melalui proses tersebut kanak-kanak memperolehi dan mengguna pengetahuan matematik. Kelima-lima proses harus tidak boleh dipisahkan dari piawai kandungan dalam kurikulum matematik, malah ia harus dilihat sebagai aspek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 26 Mengajar matematik yang mengaplikasikan kelima-lima piawai proses merupakan pengertian terbaik berdasarkan “mengajar metematik menurut piawai NCTM. 1.2 Hasil Pembelajaran 1. Mengenal pasti kelima-lima piawai proses pengajaran dan pembelajaran matematik berdasarkan National Council Teaching Matematik. 2. Menyatakan perkaitan kelima-lima piawai proses National Council Teaching Matematik dengan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah 1.4 Kerangka Konsep Tajuk ini 1.4 Proses Piawai National Council Teaching Matematics (NCTM) Mari kita mulakan perbincangan ini dengan menghayati secara ringkas kelima-lima piawai proses NCTM dan perkaitannya dengan pengajaran dan pembelajaran matematik kanak-kanak prasekolah. Piawai Proses NCTM Hubungan/HubungkaitKomunikasi Sebab/AkibatPenyelesaian masalah Gambaran
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 27 1.4.1 PENYELESAIAN MASALAH (PROBLEM SOLVING) Penyelesaian masalah merupakan sebahagian pemikiran. Di anggap sebagai fungsi intelektual yang paling rumit, penyelesaian masalah telah ditakrifkan sebagai satu proses kognitif yang berperingkat tinggi dan yang memerlukan pemodulatan serta pengawalan kemahiran-kemahiran yang lebih rutin atau asas. Penyelesaian masalah berlaku apabila sebuah organism atau sistem kecerdasan buatan tidak tahu bagaimana menuju daripada satu keadaan yang diberikan kepada satu keadaan sasaran yang diingini. Ia merupakan sebahagian daripada proses masalah yang lebih besar yang meliputi pencarian masalah serta pembentukan masalah. Bidang matematik berdasarkan piawai tidak menekankan kemahiran-kemahiran khusus berdasarkan kandungan serta pengajaran kaedah-kaedah tradisional. Sebilangan strategi penyelesaian masalah yang dikenal pasti oleh NCTM termasuk  Menggunakan bahan-bahan manipulasi  Cuba-cuba  Membuat senarai  Melukis gambar rajah  Mencari-cari pola  Melakonkan masalah  Teka dan semak Sebilangan teknik penyelesaian masalah  Strategi pendakian bukit  Analisis cara dan hasil  Bekerja cara terbalik  Cuba-cuba  Perah otak  Kotak morfologi  Kaedah objek focus  Pemikiran lateral  Teknik George Polya  Penyelidikan  Analogi  Pengujian hipotesis  Pemeriksaan kekangan  Mengambil lebih banyak masa  Pengeraman  Membina (atau menulis) satu atau lebih model abstrak untuk masalah  Analisis punca masalah  Terowong angin
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 28  Set pandangan batin Rory O‟Connor Penyelesaian masalah melibatkan proses memperolehi jawapan dan bagaimana kanak- kanak mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dan membentuk pembelajaran bermakna. Kepentingan penyelesaian masalah kepada kanak-kanak prasekolah:  Membentuk konsep dan pengetahuan mengenai matematik  Mencungkil semangat ingin tahu kanak-kanak ketika menyelesaikan masalah.  Membentuk sikap bekerjasama sesama kanak-kanak.  Melihat proses penyelesaian masalah bukan hasilnya semata-mata. Sudahkah anda mendapat gambaran tentang piawai proses NCTM yang pertama dan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak untuk pencapaian pemahaman konsep yang baik melalui penyelesaian masalah. 1.4.2. SEBAB/ AKIBAT (REASONING) Penyelesaian masalah merupakan proses utama dalam matematik, manakala pemahaman merupakan cara berfikiran logik yang membantu anda memutuskan apakah dan mengapakah penyelesaian anda logik. Oleh itu kanak-kanak perlu diberi peluang untuk memberi pandangan dan penjelasan dalam dalam sesuatu penyelasaian masalah. Menyelidiki penyelasaian merupakan proses yang dapat meningkatkan pemahaman konsep. Pemikiran yang logik merupakan langkah untuk memahami dan menyelesaikan masalah mengenai matematik. Sebab dan akibat berkait rapat dengan perkembangan kemahiran berkomunikasi dan bersosial. Kepentingan sebab/ akibat kepada kanak-kanak prasekolah:  Merangsang murid-murid untuk meramal dan membina pendapat dalam menyelesaikan masalah.  Melatih murid-murid mahir dengan bahan maujud dan teknologi.  Membantu murid-murid kenal pasti, mengembangkan ramalan dan membina kemahiran tentang math melalui pemikiran logik.
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 29 Bagaimanakah anda memberi peluang kepada kanak-kanak prasekolah menyelesaikan sesuatu masalah atau persoalan? Adakah anda yakin cara anda ini berkesan? Beri justifikasi anda. 1.4.3. KOMUNIKASI (COMMUNICATIONS) Piawai komunikasi menitikberatkan betapa pentingnya kanak-kanak dapat bertutur, menulis, menggambarkan dan menjelaskan konsep matematik. Komunikasi dalam matematik membantu perkembangan bahasa untuk menjana idea dalam pembelajaran yang aktif. Cara yang terbaik untuk menjanakan idea ialah dengan menyampaikan idea kepada orang lain. Komunikasi merupakan langkah untuk kanak-kanak berkongsi idea dalam memahami konsep matematik. Proses komunikasi ini melibatkan aktiviti mendengar, membaca dan berfikir dan secara langsungnya membantu mengembangkan kemahiran intelektual kanak- kanak. Corak komunikasi atau interaksi yang biasa dilihat di prasekolah adalah interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan-bahan di sekeliling mereka. Aktiviti yang boleh dilaksanakan boleh secara lisan dan bertulis. Antara aktiviti bertulis seperti membuat latihan, membina projek dan menghasilkan buku skrap, manakala aktiviti lisan seperti bercerita, kuiz, perbincangan dan persembahan hasil kerja Kepentingan komunikasi kepada kanak-kanak prasekolah:  Membentuk keyakinan dalam diri murid-murid.  Melatih murid-murid menjadi pendengar yang aktif.  Membina kefahaman murid-murid mengenai math dengan lebih mendalam.  Menjana minda murid-murid untuk mengaitkan idea-idea baru dengan kehidupan seharian. Komunikasi guru yang berkesan dapat membantu kanak-kanak untuk memahami konsep matematik dengan mudah. Imbas kembali zaman persekolahan anda di mana anda tidak atau kurang memahami konsep matematik yang hendak disampaikan oleh guru kerana komunikasi yang tidak berkesan. 1.4.4. HUBUNGAN/ HUBUNG KAIT (CONNECTIONS) Matematik merupakan komponen kognitif yang sentiasa mengaitkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak dengan idea yang baru. Menurut piawai proses, hubungan adalah satu aspek yang dapat membantu kanak-kanak dalam memahami konsep.
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 30 Piawai hubungan mempunyai dua aspek yang berbeza. Pertama piawai berkaitan dengan hubungan di dalam dan antara konsep matematik. Contohnya nombor dihubungkan dengan simbol dan bilangan. Kanak-kanak harus dibantu utnuk melihat bagaimana suatu konsep matematik dibina di atas konsep yang lainnya. Kedua, matematik harus dihubungkan dengan dunia nyata dan mata pelajaran yang lain. Kanak-kanak dapat melihat matematik diintegrasikan dalam seni, sains dan bidang sosial. Matematik juga harus diserapkan dalam kehidupan seharian. Sebagai seorang guru prasekolah, langkah-langkah dalam pengajaran dan pembelajaran perlu saling berkait antara konsep matematik dengan kehidupan seharian kanak-kanak. Antara langkah pengajaran dalam menghubung kait ini, guru bolehlah merancang aktiviti yang mengalakkan murid-murid berfikir secara individu, bertukar pendapat bersama pasangan kemudian berkongsi bersama rakan-rakan sekelas. Selain itu, aktiviti perlulah menggunakan kesemua deria murid-murid dalam meneroka pembelajaran math serta menyediakan aktiviti matematik melalui pendekatan pengajaran yang berbeza. Kepentingan hubungan/hubung kait kepada murid prasekolah: Kepentingan hubungan/ hubung kait kepada murid-murid prasekolah:  Membantu murid-murid menyedari bahawa matematik sentiasa bersepadu dan mempunyai hubungan dengan kehidupan seharian.  Membina kemahiran berfikir murid-murid.  Meningkatkan semangat bekerjasama dan bertukar-tukar maklumat untuk pembelajaran yang bermakna. Sebagai seorang guru prasekolah fikir dan senaraikan contoh aktiviti yang menghubungkan matematik dengan matapelajaran yang lain serta kehidupan seharian. 1.4.5. GAMBARAN (REPRESENTATIONS) Gambaran merupakan proses piawaian NCTM yang memaparkan konsep atau perhubungan semasa proses menyelesaikan masalah dengan hasilnya.Hal ini bermakna,
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 31 gambaran membantu murid-murid mencari perkaitan idea matematik dengan kehidupan seharian sama ada secara informal, pemikiran abstrak dan melalui intuisi. Gambaran menjadi lebih efektif dan bermakna jika murid-murid memahami konsep math dengan baik hasil pengajaran guru dan penerokaan murid-murid itu sendiri mengenai matematik. Simbol, grafik, rajah dan model merupakan cara yang sangat baikuntuk mengambarkan konsep dan hubungan dalam matematik. Ia juga merupakan media pembelajaran yang sangat berguna dalam menyampaikan konsep matenatik kepada orang lain. Perubahan satu gambaran ke gambaran yang lain merupakan cara penting untuk menambah pemahaman terhadap sesuatu konsep. Kepentingan gambaran kepada murid-murid prasekolah:  Menjana murid-murid berfikir secara konkrit ke abstrak  Membantu proses penyelesaian masalah Andai tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Pembelajaran anda sebagai seorang guru merupakan satu proses sepanjang hayat. Piawai NCTM (2000) merangkumi aspek lima proses yang terdiri dari penyelesaian masalah, sebab/akibat, komunikasi, hubungan/hubung kait dan gambaran. Penyelesaian masalah adalah proses yang utama. Bagi peringkat awal kanak-kanak penyelesaian masalah adalah cara yang penting untu membina pengetahuan matematik. Masalah selalu berpunca dari rutin harian, aktiviti bermain, alat permainan dan cerita. Semasa kanak- kanak melakukan aktiviti dan berinterksi dengan bahan di sekeliling, mereka menyelesaikan masalah melalui sebab/akibat, komunikasi, hubungan/hubung kait dan gambaran. RUMUSAN
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 32 LATIHAN PENGUKUHAN KENDIRI Latihan 1 Latihan 2 Soalan 2 Bagaimanakah pengintergrasian metamatik dengan matapelajaran yang lain dapat meningkatkan kefahaman kanak-kanak dengan dunia di sekelilingnya? Selamat mencuba.......... Soalan 1: Rancangkan dengan meng
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 33 Tajuk 4 Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains 4.1 Sinopsis Unit ini akan membincangkan bagaimana seorang guru prasekolah boleh membuat perancangan untuk mengajar awal Sains supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan memberi kesan yang positif kepada murid-murid. Disamping itu pengajaran awal sains akan menjadi sesuatu yang bermakna dan menyeronokkan murid- murid. Untuk pengajaran dan pembelajaran awal sains, guru harus tahu bahawa mereka seharusnya merancang terlebih dahulu sesebuah aktiviti yang mana melibatkan tiga frasa iaitu sebelum, semasa dan selepas. 4.2 Hasil Pembelajaran 1. Memahami bagaimana untuk merancang aktiviti pembelajaran awal sains. 2. Mengenal pasti beberapa contoh aktiviti awal sains. 3. Mengetahui peranan guru dalam melaksanakan aktiviti awal sains. Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains (1jam)  Sebelum : Memperkenalkan aktiviti  Semasa: Menggalakkan pemikiran saintifik dan kemahiran proses Sains  Selepas: Membincang, membuat refleksi Mari kita mulakan perbincangan ini dengan memilirkan bagaimana seorang guru prasekolah dapat merancang dan menjalankan aktiviti sains?
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 34 Apakah pendekatan yang perlu diikuti oleh guru semasa mengajar awal sains kepada murid prasekolah? Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyarankan pengajaran sains dalam Tunjang Sains dan Teknologi. Terdapat tiga perkara atau matapelajaran yang menjadi tonggak kepada tunjang ini iaitu Awal Sains, Awal Matematik dan ICT. Jadi, apakah standard pembelajaran yang hendak disampaikan kepada murid-murid prasekolah? Dengan ringkas ianya merangkumi:  kemahiran saintifik  menyiasat alam hidupan  menyiasat alam bahan  menyiasat alam fizikal Bagaimana anda menilai kedudukan seorag guru prasekolah dalam merancang aktiviti pembelajaran awal sains? Adakah anda rasa ianya sesuatu yang amat mencabar atau sebaliknya? Siapa boleh mengajar sains di kelas prasekolah? Adakah gurunya perlu latihan khas? Jawapannya mudah sahaja; mana-mana guru yang boleh menyediakan iklim pemelajaran yang kondusif, sudi menerima pandangan murid dan menggalakkan penerokaan layak mengajar awal sains di kelas prasekolah. Selain dari itu, seorang guru prasekolah yang inginkan anak muridnya mempunyai minda sains harus berfikiran positif terhadap aktiviti sains, menjadi pemangkin serta sebagai pakar rujuk murid. Adalah menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak untuk mendekati dan merapatkan diri dengan seseorang yang boleh ditanya dan tidak disoal. Alangkah baiknya jika orang itu adalah gurunya. Perapatan (bonding) antara guru dengan murid sangat penting dan ianya dapat digunakan oleh guru untuk meningkatkan prestasi pembelajaran secara keseluruhan termasuk pembelajaran sains. Merancang aktiviti pembelajaran awal sains mempunyai tiga tahap iaitu:  sebelum  semasa dan  selepas Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru prasekolah sebelum merancang aktiviti pembelajaran awal sains ialah:  Tajuk-tajuk aktiviti dipilih oleh guru berdasarkan:
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 35  relevan dan berdasarkan pengalaman murid  konsep yang ingin belajar dapat disampaikan melalui aktiviti yang mudah serta „hands-on‟  tahap penyelesaian masalah hendaklah pada tahap kanak-kanak  bahan bantu belajar (BBB) murah dan mudah diperolehi  memperkenalkan aktiviti: guru hendaklah merujuk kandungan KSPK; dan pilih aktiviti yang sesuai dengan tajuk-tajuk standard pembelajaran. Contohnya, kandungan standard pembelajaran “menyiasat alam bahan”.  Guru hendaklah memilih aktiviti yang sesuai supaya standard pembelajaran tercapai dengan maksima; samada:  aktiviti bentuk ujikaji / eksperimen  aktiviti bentuk permainan  aktiviti bentuk projek  aktivti bentuk kuiz  aktiviti bentuk membaca fakta dan menerangkan  aktiviti bentuk menonton video  Guru juga perlu fikirkan pendekatan dan strategi pengajaran; serta bahan-bahan yang perlu disediakannya. Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru prasekolah semasa aktiviti pembelajaran awal sains ialah:  Guru menggalakkan muridnya berfikir ke arah menjawab persoalan saintifik dengan:  menanyakan soalan-soalan terbuka yang sesuai  meminta memerhati perubahan  tunjuk (pointing) supaya murid akan melihat (notice) dan memerhati  memberi tumpuan dan mendengar jika murid mengatakan sesuatu mengenai pemerhatiannya  Guru perlu memberi kelonggaran terhadap perjalanan aktiviti; tidak terlalu terikat dengan masa atau susun atur agenda aktivitnya. Ini adalah kerana:  murid akan rasa terkongkong dan ini akan menghalang pemikiran kritis dan kreatif  dominasi guru lebih daripada pembelajaran murid  aktiviti berubah bentuk dari pusatkan murid kepada pusatkan guru  penglibatan murid sepenuhnya mula merosot
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 36 Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru prasekolah selepas aktiviti pembelajaran awal sains ialah:  Guru mengadakan sesi perbincangan:  bertujuan untuk ingat semula (recall) perkara-perkara yang mereka telah lalui sepanjang aktiviti  sumbangkan pengetahuan serta idea dalam tajuk berkenaan  persoalan-persoalan / kemusykilan lain dikemukakan oleh murid bagi tujuan ingin tahu  Guru mengadakan sesi refleksi supaya ahli kumpulan:  perbincangan apa telah berlaku dalam aktiviti tadi (ujikaji / eksperimen, permainan, projek dab) serta menjelaskan kemusykilan mereka  dapat membuat rumusan bahawa ada kalanya lebih daripada satu kongklusi dapat dicapai  Guru mengadakan sesi rumusan perbincangan:  kongklusi setiap kumpulan disatukan untuk memahamkan sesuatu konsep sains yang diajar pada hari berkenaan  perkara ini dicapai dengan aktiviti „hands-on‟, minds-on‟, serta penerokaan yang mendalam Rumusan: Andaikata seorang guru ingin berjaya dalam merancang aktiviti pembelajaran awal sains, perlu ikut beberapa panduan; iaitu:  bertindak sebagai fasilitator: merancang, menyediakan persekitaran pembelajaran yang boleh membantu murid berkembang, sedia mengambil risiko serta mempunyai sikap toleransi yang tinggi  sebagai pemangkin mencungkil kebolehan intelek murid  bertindak sebagai pakar rujuk: memerhati, mendengar dan menjawab persoalan semasa murid terlibat secara aktif dalam penerokaan  sebagai model: menggalakkan trait ingin tahu, menghargai, berkreativiti dan terus mencuba Berikut adalah beberapa alamat laman web untuk aktiviti sains yang boleh membantu guru prasekolah dalam merancang aktiviti pembelajaran awal sains.
    • PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 37 http://www.sciencekids.co.nz/lessonplans.html http://www.tryscience.org/teachers/teacherstsic.html http://www.nsta.org/highschool/?lid=pub
    • [Type text] PRA3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 1 RUJUKAN : BUKU Charlesworth, R. & Lind, K.K. (2002). Maths & Science For Young Children. NY: Thomson Delmar Learning. Karen K. Lind (2005). Exploring Science in Early Childhood Education. NY: Thomsom Delmar Learning. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2002) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, PPK Martin D.J (2001). Constructing Early Childhood Science. NY. Tomson Delmar Learning. Praire, A.P. (2004). Inquiry into Maths, Science & Technology for Teaching Young Children. NY: Tomson Delmar Learning. Wellhousen, K. (2002). Outdoor Play Every Day: Innovative Play Conceots for Early Childhood. NY: Tomson Delmar Learning Kementerian Pelajaran Malaysia.(1993). Garis Panduan Kurikulum Prasekolah Malaysia.KL. Kementerian Pelajaran Malaysia. LAMAN WEB http://standards.nctm.org/document/appendix/process.htm http://eprints.utm.my http://www.learningandteaching.info/learning/piaget.htm http://webspace.ship.edu/cgboer/piaget.htm
    • PANEL PENULISAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) (PRA3105:PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK) NAMA KELAYAKAN SHARIFAH HANIM BT. SYED AKBAR Pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu Jalan Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur Kelulusan: Sarjana (Pendidikan Awal Kanak-kanak), UM Sarjana Muda(Kesusasteraan Melayu), UM Dip. Pendidikan Khas (Kesusasteraan Melayu),UM Sijil Perguruan Asas , Institut Bahasa Pengalaman: Guru Sekolah Rendah - 7 Tahun Guru Sekolah Menengah – 5 Tahun Pensyarah Prasekolah HAFIZA BT SULAIMAN Pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu Jalan Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur Kelulusan: Sarjana (Pendidikan Prasekolah), UKM Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak UM Pengalaman: Guru Prasekolah - 7 Tahun Pensyarah Prasekolah VENNILA VEERAPPAN Pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu Jalan Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur vvnila05@yahoo.com Kelulusan: Sarjana Pendidikan awal Kanak-Kanak, UM Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, UM Sijil Perguruan Asas,MPRM Pengalaman: Pensyarah Ilmu Pendidikan & Prasekolah (5 tahun) Guru Sekolah Rendah (16 tahun)
    • NAMA KELAYAKAN PN. NORZAINI YANG Pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu Jalan Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur Kelulusan: M. Ed (Curriculum & Instruction) B. Sc. (Family and Child Development) MAED (U.S. Teacher Prep. Program) Pengalaman: Guru Matematik & Bhs. Inggeris Pensyarah Prasekolah & Pendidikan Awal Kanak-kanak PERMATA DATIN SAKHIYAH BT. ABD. MANAF Pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu Jalan Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur Kelulusan: M. Ed (Pentadbiran) B.A Hons (Sosiologi) Dip. Ed. Pengalaman: Guru Sekolah Menengah Pensyarah Prasekolah, Pengurusan sumber, Pengurusan Media Pengajaran, Tamadun Islam & Asia, Kajian Tempatan
    • PANEL PEMURNIAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) (PRA3105:PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK) NAMA KELAYAKAN Dr NORIATI BINTI A. RASHID Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Kelulusan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM EN. BAHARUDDIN B. AB. LATIF Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia ujangserdang@yahoo.com Kelulusan: M.Ed.(Pentadbiran Pendidikan ), UPM Bac.Pend. PBMP. UPM Sijil Perguruan Khas (Pendidikan Jasmani), MPIK Sijil Asas Perguruan (Sejarah dan Geografi) Pengalaman: Penolong Pengarah Unit Kurikulum (Pendidikan Jasmani, Pendidikan Prasekolah, Kokurikulum, Bina Insan Guru)- 7 Tahun Pend. Awal Kanak-Kanak PERMATA – 1 Tahun En. ZULKIPLY BIN YAAKOB Pensyarah IPGM Kampus Tun Hussein Onn Km 7.75 Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat, Johor. zulky54@gmail.com Kelulusan: M.Ed.(Pendidikan Prasekolah) B.Ed. Hons. (Muzik) Sijil Guru Khas (Muzik) Sijil Guru (PPAK) Pengalaman: Pesyarah IPTHO Pensyarah MPTAA Guru Sekolah Menengah (2 tahun) Guru Sekolah Rendah ( 7 tahun) VENNILA VEERAPPAN Pensyarah IPGM Kampus Bahasa Melayu Malaysia Jalan Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur vvnila05@yahoo.com Kelulusan: Sarjana Pendidikan awal Kanak-Kanak, UM Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, UM Sijil Perguruan Asas,MPRM Pengalaman: Pensyarah Ilmu Pendidikan & Prasekolah (5 tahun) Guru Sekolah Rendah (16 tahun)
    • NAMA KELAYAKAN UMI KALSOM BT. TAKRIFF Pensyarah IPGM Kampus Raja Melewar Jalan Sikamat 70400 Seremban Negeri Sembilan umiktakriff@yahoo.com Kelulusan: Sarjana Pendidikan Prasekolah, UKM Bac Perakaunan, UPM Diploma Pendidikan MPPPP Pengalaman: Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan ( 5 tahun ) Guru Sekolah Menengah (9 tahun) NOOR MIZA BINTI ABDUL RAHMAN Pensyarah IPGM Kampus Tuanku Bainun 14000 Mengkuang Pulau Pinang puterimiza@yahoo.com Kelulusan: MSc.Edu. (Pengurusan Pendidikan), UUM B.A.(Hons) Childhood Education, UM Diploma Pendidikan Universiti Malaya Pengalaman: Pensyarah Ilmu Pendidikan ( 5 tahun ) Pensyarah Pengajian Prasekolah (5 tahun) Guru Sekolah Menengah (11 tahun) WAN NOR HAYATI BT WAN MD NOR Pensyarah IPGM Kampus Sultan Mizan 22200 Besut Terengganu kullah70_t70@yahoo.com Kelulusan: MSc.Edu. (Pendidikan Awal Kanak-kanak), UM B.A.(Hons) Pendidikan Awal Kanak-Kanak, UM Sijil Perguruan Asas (Pengajian Prasekolah), MP Kuala Terengganu Pengalaman: Pensyarah Pengajian Prasekolah (7 tahun) Guru Sekolah Menengah (1 tahun) Pegawai Khas Prasekolah, PPD (1 tahun) Guru Prasekolah (3 tahun) HJ. MAZLAN BIN TALIB Ketua Jabatan Pendidikan Prasekolah IPGM Kampus Sultan Mizan 22200 Besut Terengganu m6470t@yahoo.com Kelulusan: M.Sc.Edu. (Pentadbiran Pendidikan), UPM B.A.(Hons) Kemanusiaan Dgn. Pendidikan, USM Pengalaman: Pensyarah Pengajian Prasekolah (8 tahun) Guru Sekolah Menengah (13 tahun) WAN AHMAD JAZLAN WAN AB. RAHMAN Pensyarah IPGM Kampus Kota Bharu 16109 Kota Bharu Kelantan wjazlan@yahoo.com Kelulusan: M.Ed. (Pendidikan Awal Kanak-kanak), UPSI B.Ed.(Hons) Bimbingan Dan Kaunseling, UPM Sijil Perguruan Khas, MPKT, Batu Rakit Sijil Perguruan Asas, MPPP Kuala Terengganu Pengalaman: Pensyarah Pengajian Prasekolah (8 tahun) Guru Sekolah Menengah (2 tahun) Guru Sekolah Rendah (10 tahun)
    • LAMPIRAN A IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat