Kssr
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

Kssr

on

  • 2,093 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,093
Views on SlideShare
2,093
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
78
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Kssr Document Transcript

  • 1. KSSR lengkapi kemahiran hadapi cabaran KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan Kementerian Pelajaran. Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR? KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri. KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu? Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan. Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas? Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani.Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains.
  • 2. Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris? Tidak.Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid.Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai. Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR? KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti berikut: http://www.moe.gov.my/bpk atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 03-88842283. S: Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P? J: KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan P&P seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P. S: Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan? J: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan. 2.1 Pengenalan Bab ini mengandungi petikan buku, jurnal dan hasil dapatan kajian daripada pengkajipengkaji lepas berkaitan dengan tajuk kajian. 2.2 Kajian Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di sekolah rendah Tahun 2011 mencatatkan perubahan kepada sistem pendidikan di Malaysia apabila Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan kepada murid Tahun 1 sekolah rendah. Perubahan yang dimaksudkan di sini ialah perbezaan antara keadaan semasa dengan sebelumnya (Amir Hassan dawi, 2006) iaitu penilaian terhadap pelajar telah ditukarkan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi menggantikan penilaian yang berorientasikan peperiksaan.Pelaksanaan pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru semakin mencabar (Amir Hassan Dawi, 2006). Sanitah dan Norsiwati (2012) dalam kajiannya untuk mengenalpasti apakah tahap kesediaan guru daripada aspek minat, sikap dan penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian.Sampel kajian terdiri daripada 50 orang guru Matematik Tahun Satu di Daerah Kluang. Dapatan kajian mendapati semakin lama seseorang guru mengajar tahun satu maka akan menimbulkan minat yang mendalam untuk menyampaikan ilmu. Ini jelas menunjukkan bahawa kesediaan minat dan sikap yang positif guru – guru yang mengajar Matematik Tahun Satu akan memberikan impak yang berkesan dalam pelaksanaan KSSR. Guru-guru ini mudah memahami kehendak sukatan pelajaran dan dapat menyampaikan ilmu kepada murid-murid dengan lebih efektif. Guru- guru yang
  • 3. berpengalaman mengajar Tahun Satu lebih mendekati murid dan memahami kehendak murid yang baru mengenali alam persekolahan. Tonggak kepimpinan Guru besar atau Pengetua mempengaruhi kejayaan sekolah dalam bidang akademik dan juga kokurikulum (Syed Ismail & Ahmad Subki,2010). Oleh yang demikian kepemimpinan guru besar dalam pelaksanaan PBS di peringkat sekolah amat diperlukan supaya matlamat dan hala tuju Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan tidak menyimpang dari tujuan asalnya. Kajian Yusof dan Mohd Musa (2010) terhadap 57 orang Guru Besar sekolah aliran kebangsaan di Daerah Kota Tinggi menunjukkan Guru Besar memahami maklumat berkaitan dengan pelaksanaan PBS dan berkeupayaan menjadi peneraju utama membawa misi dan visi serta mampu merealisasikan Dasar Pentaksiran Negara. Sokongan padu guru besar dalam mengetuai pelaksanaan PBS menjadikan PBS sebagai satu sistem yang amat releven untuk dilaksanakan dan selaras dengan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang akan menggantikan sistem peperiksaan yang lama. Faktor jantina dan lokasi sekolah sama ada bandar atau luar Bandar bukan faktor penentu dan penghalang dalam menjayakan misi dan visi pelaksanaan PBS. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Kajian yang dijalankan oleh Zurida dan Nooraida (n.d) adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang timbul sepanjang pelaksanaan KSSR pada tahun 2011 dalam aspek penaakulan.Data dikumpul melalui temubual berstruktur.Sampel kajian terdiri daripada 8 orang guru daripada 4 buah sekolah yang mengajar mata pelajaran Sains Tahun Satu. Berikut adalah hasil dapatan kajian: i) Kesemua guru yang ditemu bual masih kurang jelas tentang konsep menaakul kerana mereka tidak dapat memberi definisi dan maksud menaakul dengan betul. ii) Kesemua guru tidak pasti apakah kaedah dan pendekatan yang perlu digunakan oleh mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha untuk menerapkan dan meningkatkan kemahiran menaakul kepada murid-murid. iii) Kebanyakan guru menyatakan KSSR ini baik namun begitu penerangan yang lebih jelas dan terperinci perlu diberikan kepada semua guru apa yang sepatutnya dilaksanakan dari segi strategi pengajaran dan pentaksiran dalam usaha mencapai kemahiran 4M, iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul. Bagi kemahiran 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira tiada masalah yang timbul tapi bagi kemahiran menaakul, didapati guru-guru tidak pasti cara untuk menerap dan menentukan sejauh mana murid-murid telah menguasai kemahiran tersebut. iv) Kebanyakan guru mengharapkan pendedahan dan kursus yang memfokuskan kemahiran menaakul diberi kepada guru-guru. v) Hampir separuh guru menyatakan masa yang diperuntukkan untuk mengajar mata pelajaran Sains tidak mencukupi memandangkan waktu Sains telah dipendekkan dari 3 waktu kepada 2 waktu seminggu kerana dalam subjek Dunia Sains dan Teknologi masa perlu diperuntukkan untuk mengajar penggunaan komputer kepada murid-murid .4 Profession perguruan Guru merupakan golongan yang berada di barisan hadapan dalam mentrasmisikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai kepada generasi baru. (Amir Hassan Dawi, 2006). Hasil kajian Abdul Rahim, Ahmad Johari, Jamaluddin & Rosliza (2006) terhadap persepsi guru terhadap profesion perguruan masa kini mendapati: a) Guru menganggap bahawa kerjaya mereka sebagai guru adalah satu kerjaya yang mulia. b) Para guru yang terlibat dalam profesion perguruan ini menganggap bahawa ilmu pengetahuan itu adalah penting dan mereka akan cuba mendapatkan ilmu setinggi yang boleh
  • 4. mengikut kemampuan mereka sendiri. c) Guru juga menganggap bahawa pekerjaan sebagai guru adalah satu tugas yang mencabar. d) Guru menganggap sumbangan yang telah mereka berikan kepada masyarakat dan negara adalah besar dan tinggi nilainya. e) Guru menganggap bahawa sumbangan yang mereka berikan pada masa sekarang tidaklah dihargai oleh masyarakat berbanding dengan masyarakat dahulu yang begitu menghargai jasa seorang guru. f) Hasil daripada kajian menjelaskan bahawa para guru mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas mereka sebagai pendidik. g) Para guru sanggup menghadiri kursus dalam perkhidmatan dengan tujuan untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam dunia pengajaran. h) Tahap kesanggupan guru yang telah berkeluarga untuk berpindah atau mengajar di kawasan pedalaman adalah kurang atau pada tahap yang sederhana. i) Hasil daripada kajian menjelaskan bahawa beban tugas guru pada masa sekarang makin bertambah. j) Nisbah bilangan guru dengan pelajar yang tinggi menyukarkan pelaksanaan pengajaran guru dengan berkesan. 2.5 Kesimpulan Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah pada tahun 2012 memberikan pengalaman kepada guru-guru untuk beradaptasi dan memahami inovasi pendidikan ini.Justeru, guru-guru dapat mengenalpasti persediaan yang perlu dilakukan untuk menerima perubahan dalam bidang pendidikan, kelebihan dan kelemahan pentaksiran yang boleh dimurnikan lagi pada tahun-tahun berikutnya.Oleh itu, pengkaji mengambil kesempatan ini untuk mengetahui persepsi guru tentang persediaan dan bebanan tugas guru sepanjang pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. bibliografi Kerajaan Sedia Menambahbailk Sistem PBS; Rungutan Guru Dikaji. Berita Harian. 5 Novermber 2012 ms3.