Dokumen ini memberikan 15 tips bagi pekerja bantuan kemanusiaan ketika membawa tunai di kawasan bencana atau konflik, termasuk bersedia dengan risiko kehilangan wang, membawa denominasi kecil, menyimpan wang secara selamat, mengenalpasti mata wang tempatan, dan berhati-hati dengan wang palsu.
2. 1
Bersedia dengan segala risiko
dan kemungkinan
Di ground zero kawasan bencana dan konflik
tidak ada Mesin ATM atau Bank yang beroperasi.
Bersedia untuk membawa tunai yang banyak,
dalam matawang tempatan ataupun dollar.
3. 2
Sediakan beg atau sesuatu yang
sesuai untuk membawa duit
Tukaran dari Dollar ke matawang tempatan
mungkin memerlukan anda menggunakan 3
atau 4 beg plastik hitam sampah, dan ini sangat
menjolok mata. Mengundang pencuri untuk
mengekori kita.
4. 3
Bawa pecahan denominasi
yang kecil
Anda kadangkala akan berada jauh di
pendalaman atau kawasan kemusnahan total
atau kawasan yang terpencil, tiada fasiliti untuk
tukaran wang, maka anda perlu membawa duit
dan pecahan yang dirasakan mencukupi.
5. 4
Tidak perlu maklumkan pada
staf tempatan jumlah dana yang
anda bawa
Tidak perlu maklumkan pada staf tempatan
seperti penterjemah, pemandu, pengawal dan
lain-lain, jumlah dana yang anda bawa samada
dalam dollar, ringgit atau matawang tempatan.
Anda hanya perlu maklumkan (jika perlu) jumlah
yang hendak ditukar sahaja.
6. 5
Sentiasa letakkan duit anda
dalam keadaan tersorok
Jangan sangka semua orang se`Malaikat` seperti
anda. Jangan sangka di kawasan yang baru
dilanda musibah dan bencana semua orang insaf
dan taubat. Sentiasa pastikan duit anda tersorok
dan disimpan di tempat yang selamat dan ada
ciri keselamatan.
7. 6
Letakkan duit anda di setiap
poket yang ada
Letakkan duit yang anda ada di setiap poket
yang ada di badan, tetapi anda mesti ingat yang
mana pecahan besar dan yang mana pecahan
kecil, tujuannya agar tidak menarik perhatian
orang ketika membuat pembayaran atau ketika
mengeluarkan duit.
8. 7
Elak letakkan duit didalam
passport
Passport adalah dokumen yang paling banyak
digunakan semasa dalam perjalanan,
meletakkan duit didalam passport boleh
dianggap sebagai hadiah/rasuah kepada
imigresen/polis.
9. 8
Maklum dengan kadar tukaran
Anda harus maklum dan mahirkan dengan kadar
tukaran sesuatu matawang itu dengan US Dollar.
Ini membolehkan anda untuk mengagak
berapakah jumlah duit yang anda belanjakan,
samada berbaloi ataupun tidak.
10. 9
Tukaran USD diluar negara
perlukan kepingan yang baru
Di kebanyakkan negara mereka hanya menerima
kepingan dollar yang merupakan cetakan terkini.
Dollar lama dengan kepala George Washington
kecil, cetakan edisi 19XX sudah dikira antik dan
tidak diterima.
11. 10
Tukaran kepingan USD100
dengan kepingan lain tidak
sama nilainya
Di kebanyakkan negara jumlah tukaran USD100
dengan kepingan lain:- USD50, USD20, USD10,
USD5 dan USD1 adalah tidak sama. Tukarannya
lebih kecil nilainya.
12. 11
Kepingan yang terkoyak dan
mempunyai cop, terconteng akan
ditolak
Duit yang buruk, penuh dengan cop, tulisan,
terkoyak akan ditolak dan tidak perlu buang
masa untuk bertekak.
13. 12
Duit USD berlipat dua juga ditolak
Sekiranya anda melipat dua kepingan USD yang
anda miliki sehingga bertanda garisan putih
ditengah-tengahnya, kebiasaannya duit ini akan
ditolak kalaupun diterima, nilainya berkurangan
14. 14 Hati-hati dengan wang tiruan
Kami biasa menerima USD100 tiruan terselit
dicelah puluhan USD100 yang lain, kerana anda
jarang menggunakan duit tersebut.
15. 15
Biasakan dengan denominasi
wang tempatan
Agar anda tidak tersilap apabila bersedekah.
5000 Rupee Pakistan tidak sama dengan 5000
Afghani walaupun seberang sempadan sahaja.