Your SlideShare is downloading. ×
Sifat mazmumah
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Sifat mazmumah

4,105

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
4,105
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
56
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. SIFAT MAZMUMAHTAKBURDEFINISIERTI TAKBUR: perkataan bahasa arab „takabbara‟ yang membawamaksud sombong. Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam haditsbeliau:‫ال ناس وغمط ال حق ب طر ال ك بر‬“Kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia” (HR.Muslim dari Abdullah bin Mas‟ud)“ Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami danmenyombongkan diri terhadapnya, sesekali tidak akan dibukakan kepada merekapintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga masuk unta ke dalamlubang jarum”( al-cAraf : 40)Sifat sombong atau disebut juga takbur merupakan salah satu sifat yang tercela dandibenci oleh Allah S.W.T sepertimana yang disebutkan di dalam firman AllahS.W.T di atas. Di dalam ayat tersebut jelas menunjukkan balasan yang akanditerima oleh golongan ini di akhirat sana. Mereka sesekali tidak akan masuksyurga.
  • 2. Takbur berasal daripada perkataan bahasa arab „takabbara‟ yang membawamaksud sombong. Perkataan takbur telah diterima pakai sebagai salah satuperkataan bahasa melayu. Di dalam kamus dewan edisi ke empat mentakrifkantakbur sebagai berperasaan tinggi diri dan suka menganggap diri sendiri lebih mulia,lebih pandai, lebih cerdik dari orang lain. Manakala sombong ditakrifkan sebagaitinggi hati, angkuh dan bongkak.(Kamus Dewan ed 4 :2005) Takbur dan sombongadalah perkataan yang sama maksud dan pengertiannya.Di dalam kamus dewan edisi ke empat mentakrifkan takbur sebagai berperasaantinggi diri dan suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdikdari orang lain. Manakala sombong ditakrifkan sebagai tinggi hati, angkuh danbongkak. (Nauzubillah hi min dzaalik)HADIS 1. Ini ditegaskan sendiri oleh-Nya melalui sebuah hadis kudsi. Daripada Abu SaId al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman: Kesombongan adalah selendang Ku dan kebesaran adalah sarung-Ku. Maka sesiapa bersaing dengan-Ku pada salah satu daripada kedua-duanya, maka pasti kulemparkan ia ke dalam jahanam." - (Riwayat Abu Daud no. 4092 dan Ibn Majah no. 4147) 2. Rasulullah bersabda: “Dianggap sebagai takbur itu ialah menolak apa yang benar dan mengganggap hina kepada orang lain”. (HR. Muslim)
  • 3. 3. Bersabda Rasulullah saw kepada sahabatnya, Abu Dzar : “Takbur itu meninggalkan kebenaran dan engkau mengambil selain kebenaran. Engkau melihat orang lain dengan pandangan bahawa kehormatannya tidak sama dengan kehormatanmu, darahnya tidak sama dengan darahmu”.4. Berdasarkan kisah di dalam al-Qur‟an, makhluk yang pertama yang diserang dan menjadi mangsa penyakit takbur ialah iblis (la‟natullah). Walaupun diperintah oleh Allah swt, iblis enggan menghormati Adam a.s (manusia dan nabi Allah yang pertama) kerana dia menganggap dirinya lebih mulia daripada Adam. Katanya: “Aku lebih baik daripadanya (Adam). Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah” (QS 7:12)5. Di murkai dan dibenci oleh Allah Taala, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang membesarkan dirinya (takbur). (QS 16:23) Diriwayatkan : Nabi Musa a.s telah bertanya kepada Allah, “Hai, Tuhanku. Siapakah di antara makhluk-Mu yang paling Engkau murkai?”. Allah Taala berfirman, mafhumnya: Orang takbur hatinya, kasar lidahnya, terkelip-kelip matanya, bakhil tangannya dan jahat perangainya”.
  • 4. 6. Gambaran penghinaan di akhirat pula terdapat dalam hadis daripada Abu Hurairah r.a. Katanya, Rasulullah bersabda : “Orang-orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti kumpulan semut, dipijak-pijak oleh manusia kerana hinanya mereka di sisi Allah Ta‟ala”. Di seksa di akhirat dan dimasukkan ke dalam neraka, sebagaimana firman Allah Taala (tersebut dalam Hadis Qudsi), mafhumnya: Kebesaran itu selindang-Ku dan „adzmat (keagungan) itu kainku.Sesiapa merebut salah satu daripada yang dua itu, Aku masukkan dia ke neraka Jahannam. Rasulullah bersabda : “Tiada akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi daripada sifat takbur” (HR. Muslim) Mengikut hadis yang lain, Rasulullah bersabda : “Wahai Abu Dzar, barangsiapa mati dalam keadaan hatinya ada sebesar debu sahaja dari sifat takbur, dia tidak akan tercium bau syurga kecuali apabila aia bertaubat sebelum maut menjemputnya”.
  • 5. DALILDalil dari Al Quran“Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkandiri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi.Dan kesudahan (yang baik) itu adalahbagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al Qashash:83)“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) danjanganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.Sesungguhnya Allah tidakmenyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.“ (QS. Luqman:18)Dalil yang diambil dari surat Al Qashash:83 menjelaskan bahwa syurga adalahtempatnya orang-orang yang tidak sombong. Dan pada dalil yang terdapat dalamsurat Luqman:18 Allah swt memerintahkan kita untuk tidak sombong kepadasesame manusia.Dalil dari HaditsDalil tentang haramnya takabur dan sombong yang berasal dari hadits atau sunnahRasul adalah sebagai berikut:Dari Abdullah bin Mas‟ud ra dari Nabi Muhammad saw, beliau bersabda: “Tidakakan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada sifat sombong walaupun hanyasebesar atom.” Ada seorang laki-laki berkata: “Sesungguhnya seseorang itu sukamemakai pakaian yang bagus dan sandal/kasut yang bagus pula.” Nabi Muhammadsaw kembali bersabda: “Sesungguhnya Allah itu indah, suka pada keindahan.Sombong itu menolak kebenaran dan merendahkan sesame manusia.” (HR. Muslim)Dari Salamah bin Al Akwa ra bahwasannya ada seorang laki-laki makan di hadapanNabi Muhammad saw dengan memakai tangan kirinya, beliau lantas bersabda:“Makanlah dengan memakai tangan kananmu.” Laki-laki itu menjawab: “Saya tidakbisa.” Nabi Muhammad saw bersabda lagi: “Kamu tidak bisa, itu adalah perbuatansombong.” (HR. Muslim)
  • 6. Dari Haritsah bin Wahb ra berkata: “Saya mendengar Nabi Muhammad sawbersabda, “Maukah kamu sekalian aku beritahu tentang ahli neraka? Yaitu setiaporang yang kejam, rakus, dan sombong.” (HR. Bukhari dan Muslim)CONTOH DARI KISAH NABI S.A.W MENGENAI TAKBURBerikut ini merupakan salah satu cerita Rasulullah saw. mengenai orang yangsombong :Percakapan antara Surga dan NerakaDiriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda:Neraka bercakap-cakap dengan surga, isi percakapan itu adalah : Neraka berkata:Aku akan dimasuki oleh orang yang zalim dan takabur (sombong). Syurga berkata:Aku akan dimasuki oleh orang yang lemah dan miskin. Maka Allah Azza Wa Jallaberfirman kepada Neraka: Kamu adalah siksaan-Ku. Aku akan menyiksa siapa sajayang Aku kehendaki melaluimu. Allah berfirman: Aku gunakan kamu untukmenimpakan bencana terhadap siapa saja yang Aku kehendaki. Allah berfirman pulakepada surga: Kamu adalah rahmat-Ku. Aku akan berikan rahmat-Ku melalui kamukepada siapa saja yang Aku kehendaki. Kedua-dua dari kamu Aku akan isi hinggapenuh.
  • 7. PERBEZAAN UJUB, TAKBUR DAN RIAKUjub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendirikerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yangdimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang kelilingnya, harta benda,kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat danakrab dengan dirinya.Sikap ujub ini dimiliki oleh iblis sebagaimana ayat berikut:Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketikaAku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahaiTuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.” [al-A‟raaf 7:12]Takbur bermaksud sombong iaitu perasaan sebagai tinggi hati, angkuh danbongkak.Manakala riak pula ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatudengan mengharapkan balasan yang setimpal.Sebagai contoh seorang lelaki atauperempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yangmemerhati dan memuji kerajinannya.Ketiga-tiga penyakit hati ini membahayakan umat Islam dan ada pendapat ulamameletakkan ketiga-tiga sifat ini sebagai syirik kecil. Jika sifat-sifat ini terdapat didalam diri, ia akan menyebabkan pahala amalan ditolak serta merta.BENTUK-BENTUK TAKBURSombong ada dua JENIS, iaitu sombong zahir (takabur zahir) dan sombong batin(takabur batin).Sombong lahir yaitu perbuatan sombong yang dilakukan olehanggota badan dan jelas terlihat.Sombong batin yaitu sifat kesombongan di dalamjiwa atau hati yang tidak terlihat.
  • 8. SIFAT TAKBUR MEMPUNYAI TIGA PERINGKAT IAITU :-1- Takbur kepada Allah S.W.T.Ia setinggi-tinggi tingkat takbur dan paling membahayakan diri, ia berpunca daripadasifat jahil, angkuh dan ingkar. Al-Quran mengisahkan kaum „Aad, Firaun dan Qarundiazab oleh Allah S.W.T kerana memiliki darjat takburseperti ini.2- Takbur kepada RasulIa jatuh pada darjat yang kedua peringkat takbur Golongan ini berpendapat bahawaRasul ialah manusia biasa yang tidak memiliki apa-apa keistimewaan sepetimanayang dirakamkan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu(Muhammad) hanya manusia biasa seperti kami." (Surah Ibrahim :10)3- Takbur terhadap sesama manusia.Takbur peringkat ketiga ini tidak sama dengan takbur kepada Allah S.W.T danRasul-Nya yang boleh membawa kepada sifat-sifat kafir. Takbur peringkat inihukumnya berdosa dan fasiq.Dipandang dari beberapa sudut, sifat takbur boleh membawa kepada:a) Ingin menyaingi kekuasaan dan sifat-sifat Allah S.W.T.b) Keingkaran terhadap perintah-perintah Allah S.W.T dan Rasul-Nya.c) Bertuhankan kepada manusia.d) Menghalang sifat-sifat baik.
  • 9. TANDA TAKBUR a. Tidak suka berdoa b. Mudah terluka dan melukakan hati orang lain c. Sukar memberi dan meminta maaf d. Memotong cakap orang lain e. Cara berjalan yang angkuh f. Bencana yang menimpa pesaingnya dianggap hasil kelebihan dirinya g. Tidak suka berziarah h.AKIBAT NEGATIF TAKBURSifat takabur adalah sifat tercela yang harus di jauhi oleh setiap mukmin, keranaakan berakibat sangat fatal di antaranya : Tidak mahu menerima kebenaran Tidak menyedari bahawa segala kemewahan dan kemudahan yang diperolehnya adalah karunia Allah Menganggap rendah pada orang lain Syaitan sudah menguasai dirinya Tidak pernah bersyukur kepada Allah Dalam pergaulan tidak disenangi oleh orang lain Di akhirat hanya di neraka tempatnya
  • 10. CARA MENGIKIS SIFAT TAKBUR DALAM DIRIImam al-Ghazali ada mencatatkan lima cara untuk mengikis sikap takbur dalam diriseseorang iaitu dengan cara:1. Apabila kita bersuara dengan Anak-Anak kecil, maka kita anggaplah yangsebenarnya dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana mereka masih belummempunyai dosa-dosa berbanding kita yang telah dewasa.2. Apabila kita bersuara dengan orang Tua pula, maka kita anggaplah yangsebenarnya doanya lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadahkepada Allah dari kita.3. Apabila bersuara dengan orang Alim pula, maka kita anggaplah yang sebenarnyabeliau lebih mulia daripada kita kerana insan sebegini memiliki lebih banyak ilmuyang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.4. Apabila kita bersuara dengan orang Jahil pula, maka kita anggaplah yangsebenarnya dia lebih mulia dari kita kerana dia melakukan dosa disebabkankejahilannya, sedangkan kita berdosa akan tetapi memiliki ilmu pula dengan segajakita melakukannya walaupun hakikatnya kita tahu yang mana satu perkara burukdan baik5. Apabila kita bersuara dengan orang Kafir pula, katakanlah dalam hati bahawasatu hari nanti mungkin dia akan insaf dan akan memeluk Islam. Maka dosa yangdilakukan sebelum dia masuk Islam akan diampunkan oleh Allah s.w.t sedangkankita pula sebagai umat Islam sejak lahir terus-menerus melakukan dosa tanpamengenal balasan Allah yang bakal tiba kelak.
  • 11. CARA MENGHINDARI TAKBUR1. Memahami dan menyadari tentang bahaya takabur, baik bahayanya di duniamahupun bahaya di akhirat nanti.2. Menerima setiap nikmat mahupun kelebihan yang dimiliki semata-mata keranakarunia Allah SWT.3. Menyadari bahwa asal kejadian semua manusia adalah sama, yakni dari selsperma dan ovum. Yang mungkin manusia itu sendiri merasa jijik bilamelihatnya.Kalau kemudian menjadi makhluk yang sangat bagus bentuknya semuaitu kerana kehendak dan kasih sayang dari Allah SWT, dan diri kita sendiri tidakpernah memesannya kepada Allah SWT.4. Berusaha untuk dapat bergaul dengan siapa saja denga baik, tanpa membeza-bezakannya.5. Segera mengikis benih-benih kesombongan di dalam hati yang setiap saatdihembuskan oleh syaitan, dengan cara membaca istighfar manakala kita menyedaritelah berbuat sombong.
  • 12. LAMPIRANRetrieved September 7, 2012 from http://firdausalhafiz.blogspot.com/2008/10/ilmu-ilmu-islam-sifat-takbur.html

×