Ponteng sekolah contoh karangan spm
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Ponteng sekolah contoh karangan spm

on

  • 14,677 views

 

Statistics

Views

Total Views
14,677
Views on SlideShare
14,677
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
64
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Ponteng sekolah contoh karangan spm Ponteng sekolah contoh karangan spm Document Transcript

  • Beberapa hari kebelakangan ini, orang ramai mula heboh memperkatakan mengenai fenomenaponteng sekolah di kalangan pelajar. Isu ini mula mendapat tempat di media massa apabila PengarahPelajaran sebuah negeri membuat kenyataan bahawa separuh daripada pelajar di sebuah sekolahponteng pada hari Khamis dan Jumaat. Isu tersebut semakin mendapat perhatian apabila seorangTimbalan Menteri menyatakan bahawa guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca utamapeningkatan peratusan pelajar yang ponteng sekolah ini ibarat makan gaji buta. Persoalannya,benarkah guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca mengapa pelajar ponteng? Punca utama pelajar ponteng sekolah ialah kurangnya minat untuk bersekolah. Kebanyakanpelajar ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah dan mereka juga malas untuk membuatlatihan yang diberikan oleh guru dan mereka bukannya ulat buku. Mereka beranggapan bahawahadir di sekolah merupakan satu bebanan kerana terpaksa belajar dari pagi hingga tengahari disamping terpaksa membuat pelbagai latihan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jalanpenyelesaian yang dipilih oleh mereka adalah dengan ponteng sekolah. Pelajar dalam kategori inilazimnya keluar rumah pada waktu pagi dengan memakai pakaian sekolah yang lengkap. Malangnya,destinasi pagi mereka bukan sekolah, sebaliknya mereka berkumpul di mana-mana tempat lain untukberseronok-seronok. Di kawasan pekan atau bandar, tempat yang menjadi tumpuan utama pelajarseperti ini adalah pusat snuker atau pusat permainan video. Kurangnya pemantauan ibu bapa yang seperti melepaskan batuk di tangga juga merupakansalah satu faktor yang menyebabkan anak-anak berani untuk ponteng sekolah. Sebilangan ibu bapasibuk bekerja untuk mencari nafkah tambahan bagi anak-anak mereka sehingga mereka tidakmenyedari serta mengambil tahu tentang aktiviti anak-anak mereka di luar rumah. Keadaan menjadisemakin rumit apabila sesetengah ibu bapa enggan datang ke sekolah bagi membincangkanpermasalahan anak mereka. Ini menyulitkan lagi proses untuk menangani pelajar-pelajar yangbermasalah seperti ini. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat sesetengah guru yang tidak pandaimengajar atau tidak menunjukkan kesungguhan di bilik darjah sehingga membuatkan pelajar bosanlalu ponteng sekolah. Namun bilangan guru yang bersikap seperti ini sangat kecil. Biar apa pun puncanya pelajar ponteng sekolah, perkara penting yang patut difikirkan adalah cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, semakin ramaipelajar yang akan membuat keputusan untuk ponteng sekolah. Ibu bapa perlu memberikankerjasama yang padu kepada pihak sekolah untuk mengatasi fenomena ini. Ibu bapa tidakseharusnya menyerahkan tanggungjawab untuk membentuk, mendidik serta mengawasi anak-anakmereka kepada pihak sekolah sepenuhnya, tetapi mereka juga harus memainkan peranan dalammengawasi kegiatan anak mereka di luar sekolah. Jika tidak, anak-anak mereka akan menjadi tidakterkawal dan bebas untuk berkeliaran di luar sekolah. Kesimpulannya, fenomena ponteng sekolah bukanlah satu gejala yang tidak boleh ditangani.Dengan adanya kerjasama yang kukuh dan padu daripada semua pihak, sudah pasti gejala ini akanberkurangan ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Semua pihakkhasnya ibu bapa, pihak sekolah, pihak PIBG, serta masyarakat sekeliling harus menggemblengtenaga dan bersatu padu untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah ini.