Kolaboratif tpk

2,113 views
2,020 views

Published on

1 Comment
1 Like
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
2,113
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
108
Comments
1
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kolaboratif tpk

  1. 1. KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS TAJUK: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DAN BERBAKATNAMA NO. MATRIKNURUL ASYIKIN BINTI ABU BAKAR D20091034743MASAZIATIE BINTI AZIZ D20091034757KUMPULAN :APENSYARAH : DR. MD. NASIR BIN MASRAN
  2. 2. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT1.0 PengenalanDefinisi pembelajaran secara umumnya, “learning is about how we perceive and understand theworld, about making meaning” (Marton & Booth, 1997; dirujuk oleh Fry et al., 2003) dan olehitu pembelajaran merupakan prinsip abstrak, maklumat fakta, pemerolehan kaedah, teknik danpendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yang bersesuaian bagi situasi tertentu, mengenalisesuatu, dan penaakulan (reasoning) (Fry et al., 2003). Pembelajaran dikatakan berlaku apabilaterdapat perubahan dalam perlakuan pelajar hasil daripada penglibatannya dalam suatupengalaman pendidikan (Nicholls, 2002). Strategi merujuk kepada kebolehan guru dalam memilih, menyusun dan mengurussesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum. Memahamipendekatan dan gaya pembelajaran pelajar dapat membantu para guru ke arah menghasilkanpengajaran berkesan. Kajian tentang kaitan antara pelajar dan tugasan pembelajaran yangdiberikan (Morton, 1975; Morton & Saljo, 1984, dalam Fry et al., 2003) mendapati bahawapendekatan pelajar terhadap tugasan mereka ditentukan oleh tahap penglibatan mereka dalamsubjek berkenaan iaitu menjurus kepada pendekatan pembelajaran yang dipilih oleh pelajar. Dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat, guru perlumemainkan peranan yang penting dalam menentukan kaedah dan strategi pengajaran yangefektif untuk memaksimakan pencapaian kanak-kanak mereka. Terdapat pelbagai kaedah yangdapat digunakan antaranya kaedah pecutan, penggayaan, pengelompokan dan pembelajarankoperatif. Oleh itu, setiap pendidik memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalammenyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada anak didiknya melalui strategi berkesan.
  3. 3. 2.0 Kurikulum Pelajar Pintar CerdasMulai tahun 1999, satu kurikulum bestari dibentuk dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Kurikulum bagi pelajar pintar cerdas adalah sama dengan kurikulum bagi pelajarbiasa. Perkara yang membezakan program pelajar pintar cerdas dengan pelajar biasa ialahpengayaan kurikulum atau asas kaedah pengayaan yang merentas kurikulum dan yang berfokuskepada bidang yang diminati pelajar. Tahap kecerdasan pelajar amat berperanan dalam menentukan keberhasilan pembelajaranseseorang itu. Di dalam kelas mungkin terdapat satu atau dua orang pelajar yang tergolong dalamkategori pelajar pintar atau pintar cerdas dan ada juga golongan pelajar yang tergolong dalamkategori lemah. Dalam keadaan begini, pelajar yang cerdas akan merasa mereka tidak diberi perhatianyang sewajarnya kerana guru mengajar pelajaran yang senang bagi mereka. Manakala pelajarlemah pula akan merasa tertekan kerana sukar memahami apa yang diajar. Akibatnya, kedua-duagolongan ini akan merasa bosan. Guru perlu peka dalam menangani masalah pelajar seperti inisama ada berusaha memberi pengayaan kepada pelajar pintar cerdas atau pemulihan kepadapelajar lemah.2.1 Ciri dan Keperluan Kanak-Kanak PintarSally (2007) menyenaraikan tiga kaedah mengajar pelajar-pelajar pintar iaitu yang pertamamenyediakan bahan-bahan kandungan pengajaran yang sesuai dan memberi tugasan yangmencabar, yang kedua memulakan unit pelajaran dengan memilih konsep dalam kurikulum ataudisiplin teras, mengenal pasti satu atau lebih generalisasi yang sesuai, dan mereka bentuk tingkatpelajaran yang berkaitan dengan generalisasi tersebut. Tingkat pelajaran adalah strategi pelajarandi mana guru-guru mentaksir tahap kesediaan minat, pengetahuan sedia ada dan tahap kemahiranpelajar-pelajar dan mengumpulkan mereka mengikut pengajaran dan penghasilan yangsewajarnya. Keperluan yang ketiga pula ialah, bagi pelajaran atau unit yang diberi, guru bolehmerancang dari tiga hingga enam latihan yang berlainan yang memfokuskan kepada konsep dangeneralisasi yang sama tetapi menggunakan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti pelajaran yang aras
  4. 4. kesukaran yang meningkat dan semakin kompleks. Disebabkan tahap kesediaan pelajar akanberbeza bagi setiap topik, kumpulan pelajar dalam kelas akan berbeza bergantung padaperubahan kurikulum. Tingkat pelajaran menyesuaikan semua pelajar dengan tahap kesediaanindividu dan tahap kandungan, dan menyediakan peluang kepada pelajar untuk mencabar dirimereka sendiri. Kanak-kanak pintar cerdas memerlukan pengajaran dan pembelajaran yang berbentukpengayaan, pecutan atau lebih terkehadapan berbanding pelajar biasa. Guru kelas perlumengetahui apakah keupayaan pelajar pintar cerdas mengenalpasti bentuk kecerdasannyaberdasarkan kepintarannya. Tugasan seperti salin-menyalin, menghafal fakta dan latih tubi tidakakan dapat memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas sebaliknya ia hanya akan melatihkemahiran motor halus mereka sahaja. Mereka memerlukan cabaran dari segi kualiti bukannyakuantiti. Kenal pasti keupayaan kecerdasan pelajar sama ada dari segi akademik, seni ataupunkecerdasan dari segi lapangan lain seperti pengubahsuaian dari segi isi kandungan pelajaran,kemahiran dan hasil pembelajaran yang diharapkan. Ini semua sukar untuk didapati dalamkonteks bilik darjah aliran perdana yang mana tidak semua kanak-kanak mempunyai keupayaanuntuk belajar secara pantas dan memahami konsep-konsep yang kompleks. Kanak-kanak yanglebih pintar perlu diberikan peluang untuk mendapat kurikulum yang lebih laju mengikut tahapkeupayaan mereka berbanding rakan-rakan yang kurang pintar. Pembelajaran kanak-kanak pintarcerdas perlu mengandungi aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar dan lebih ke hadapan.3.0 Kaedah PecutanKaedah pecutan juga boleh dikenali sebagai acceleration atau memendekkan masa belajar.Kaedah ini merupakan suatu kaedah di mana kanak-kanak diberi bahan dan tugasan yangkebiasaanya diesediakan kepada kanak-kanak gred yang lebih tinggi. Kaedah pecutan inimelibatkan penggunaan kurikulum sekolah yang sedia ada walaupun terdapat penggunaan bahantambahan dalam pembelajaran. Program pecutan lebih berkesan sekiranya sekolah mempunyaikurikulum yang ditetapkan dan penglibatan sekolah berterusan.
  5. 5. 3.1 Jenis Kaedah PecutanKaedah pecutan melibatkan kanak-kanak pintar cerdas akedemik akan belajar dengan lebihbanyak dan kehadapan melalui sistem sekolah daripada pelajar lain. Ini bermakna kurikulumpenyesuaian (adapting curriculum) kepada kanak-kanak dinilai daripada penguasaan danbukannya menggunakan kurikulum yang seragam yang digunakan oleh semua kanak-kanak diperingkat yang sama. Ini bermaksud, kanak-kanak yang menguasai tahap mata pelajaran yanglebih tinggi akan menerima kredit akademik berdasarkan tahap penguasaan mereka danbukannya pencapaian dalam kurikulum tahap darjah atau tingkatan di sekolah. Kaedah ini dapat dicapai dalam beberapa langkah yang berbeza merangkumi mulabersekolah fasa awal umur dan kelas lompat (grade skipping atau double promotion). Seterusnyaialah kelas tidak bergred di mana kanak-kanak pelbagai umur dikumpulkan bersama dankurikulum yang digunakan adalah berdasarkan penguasaan individu dan bukan diambil kiraberdasarkan umur kanak-kanak. Selain itu, cara menyesuaikan kurikulum di mana bahan atautopik yang telah dikuasai kanak-kanak dilangkau dan diteruskan dengan bahan atau topik yanglain. Grade telescoping pula memerlukan kanak-kanak menyelesaikan sesuatu program dalammasa yang singkat yang sepatutnya memerlukan masa beberapa tahun. Pecutan subjek (acceleration subject) pula menawarkan kanak-kanak yang menguasaisesuatu subjek tertentu. Dalam subjek lain, mereka akan ditempatkan sama dengan rakan sekelasmereka. Perubahan dalam sukatan pelajaran membolehkan pelajar pintar cerdas ini menyiapkanprogram pendidikan biasa dalam masa yang singkat. Namun, kaedah ini memerlukan pendidikanlanjutan yang baik agar kanak-kanak pintar ini dapat mengisi masa dengan produktif.3.2 Kesan Kaedah Pecutan Terhadap AkademikBanyak keterangan yang menyatakan bahawa manfaat terhadap akademik daripada kaedahpecutan. Kemampuan pengelompokan dengan sendirinya telah dijumpai untuk menghasilkanmanfaat yang terhad bagi kanak-kanak berbakat kecuali disertai dengan kurikulum yangdiperkaya atau dipercepat.
  6. 6. Karen Rogers pada tahun 1991 dan Kulik pada tahun 1992 mendapati bahawa manfaatdari kaedah pecutan bagi kanak-kanak tersebut secara keseluruhannya lebih besar daripadapengayaan: apabila kanak-kanak berkebolehan diletakkan dalam kumpulan dan diberikankurikulum standard, mereka mengungguli kawalan bersamaan dengan satu bulan; dengan arahanyang diubahsuai mereka mengungguli rakan-rakan mereka tiga atau lebih bulan, ketika merekayang ditawarkan kurikulum yang diperkaya mereka melebihi rakan sebaya di kelas campuranempat hingga lima bulan, dan ketika mereka menawarkan kurikulum yang dipercepat (pecutan),meraka mengungguli rakan-rakan mereka hampir setahun.4.0 Kaedah PengayaanKementerian Pendidikan Malaysia (1988) mendefinisikan program pengayaan sebagai aktivitiasas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman sertamengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Kaedah ini juga merupakan satu kaedah yangbaik bagi memenuhi keperluan murid pintar cerdas ini dan didasarkan mengikut kemampuan dankekuatan mental seseorang pelajar itu. Ia memberi peluang murid mendalami dan meluaskanpengetahuan dan pengalaman mereka dalam sesuatu tajuk yang diberi. Melalui aktiviti ini,pelajar akan mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan lagi minat, sifat ingin tahu dankebolehan yang ada pada diri mereka. Renzulli (1997) berpendapat guru sepatutnya melatih pelajar untuk mencari danmenggunakan maklumat dengan memberikan kemahiran dalam kaedah penyelidikan. Antaraprogram yang sering dirujuk ialah program pengayaan Renzulli’s Schoolwide Enrichment Modelatau SEM yang sudah dilaksanakan di Maktab Rendah Sains mara (MRSM). Model ini direkabagi menggalakkan pelajar didedahkan kepada pelbagai bidang melalui aktiviti seperti ceramah,lawatan, pembacaan, penerokaan melalui internet dan aktiviti lain. Pengalaman yang dikutipmampu membantu pelajar untuk mengenalpasti bidang dan minat bagi menjalankan penyelidikandan guru bertindak sebagai mentor. SEM ini bermula dari Aktiviti Jenis I, Jenis II dan Jenis III. Aktiviti Jenis I mendedahkanpelajar kepada dunia luar dan pelajaran yang tidak diajar di dalam kelas formal. Pengalaman danpenemuan yang diperolehi dapat membantu pelajar mengenalpasti minat dan bidang untukditeroka dan diselidik seterusnya. Aktiviti Jenis II bertujuan untuk memberikan pelajar
  7. 7. kemahiran-kemahiran asas bagi mengembangkan minat mereka. Antara kemahiran yangdiberikan ialah Kursus Kemahiran Berfikir yang memberikan pendedahan dan latihan kepadapelajar untuk berfikir secara meluas, kreatif, analisis, inovatif, kritis dan bentuk pemikiran yanglain lagi. Aktiviti Jenis III pula merupakan gerak kerja pelajar sama ada menjalankanpenyelidikan, mereka cipta atau aktiviti-aktiviti yang mencabar kepada mereka. Guru haruslahsentiasa mengawal perjalanan kumpulan masing-masing. Terdapat dua bentuk pengayaan iaitu pengayaan yang mendalam dan pengayaan yangmeluas. Pengayaan yang mendalam bermaksud membuka peluang untuk pelajar belajar denganlebih mendalam berkaitan bidang yang menjadi sebahagian kurikulum biasa di sekolah.Manakala pengayaan yang meluas ialah para pelajar akan dibimbing untuk mempelajari sesuatubidang yang di luar daripada aktiviti kurikulum biasa iaitu bidang yang tidak ada di dalam silibuspelajaran mereka. Kaedah pengayaan adalah kaedah pendekatan pendidikan yang didasarkanmengikut kemampuan dan kekuatan mental seseorang pelajar itu. Ini merupakan satu pendekatanalternatif bagi model pendidikan luar biasa. Pendekatan ini melibatkan tugasan bagi mengetahui sejauh mana kebolehan pelajar danmenggunakan maklumat tersebut sebagai titik tolak dalam mencipta lingkungan belajar.Implikasi daripada program pengayaan ini antaranya ialah objektif bagi setiap mata pelajarandapat dicapai di samping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarikdan bermakna. Kaedah ini juga dapat mengelakkan pelajar dari kebosanan. Penguasaan ilmuyang lebih luas juga turut berlaku kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan. Bagi memantapkan program pengayaan, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni dalamdiri pelajar menerusi aktiviti seperti slot ceramah dan tazkirah supaya pelajar mempunyai nilai-nilai semangat kewarganegaraan yang berlandaskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Selain itu, semua pihak perlu melibatkan diri dalam membangunkan sistem pengurusankolaborasi di antara ibu bapa, guru, pihak sekolah dan pelajar. Ini penting supaya semua pihakmerasa bahawa diri mereka dihargai selain dapat membantu merancang aktiviti yangbersesuaian.
  8. 8. 4.1 Konsep dan Aktiviti PengayaanKaedah ini merujuk kepada penyediaan pengalaman belajar yang berbeza oleh guru dalam kelas.Konsep pengayaan ialah satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai araskesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalambilik darjah. Hal ini bertujuan dalam memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia adapada kanak-kanak, meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka, memberi ruang untukmengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinanmurid-murid dalam pelbagai bidang serta memperkembangkan potensi murid kepada tahap yangpaling maksimum. Aktiviti pengayaan dijalankan dengan keperluan kognitif kanak-kanak sama ada bercorakbelajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri atau berbentuk lembaran kerjaatau projek. Aktivitinya pula dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadualwaktu tetap sekolah Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaanbercorak belajar kendiri. Hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudianguru akan memberi ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka dihargai Kaedah pengayaan mengisi masa kanak-kanak yang belajar lebih cepat denganmenawarkan bahan atau kegiatan yang tidak membolehkan kemajuan cepat melalui kurikulumyang ditetapkan. Kaedah pengayaan mungkin termasuk kanak-kanak diperkenalkan ke bidanglain atau aktiviti lain seperti seni, muzik, menulis jurnal, kelab atau kunjungan lapangan ataudiberikan tanggungjawab seperti pembantu guru di dalam kelas. Sebagai contoh pengayaan program matematik untuk kanak-kanak berumur lapan tahun.Kanak-kanak tersebut tidak diperkenalkan dengan kurikulum untuk umur yang lebih tinggi tetapikanak-kanak tersebut diberikan soalan yang lebih kompleks yang memerlukan kemahiran kanak-kanak tersebut. Selain itu, aktiviti pengayaan dapat dijalankan dengan melibatkan aktiviti yangtidak disediakan dalam bilik darjah seperti permainan catur, sudoku dan sebagainya. Kaedah ini mengambil kira bahawa kanak-kanak yang pintar cerdas adalah cepat dalammenyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka. Konsep ini dilaksanakanmelalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan didalam atau di luar bilik darjah.
  9. 9. Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalamanserta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh kanak-kanak. Aktiviti pengayaan jugadapat membuka peluang kepada mereka untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingintahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri,kumpulan dan juga masyarakat. Tujuan bagi kaedah pengayaan adalah untuk membolehkan kanak-kanak menjalaniaktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka serta menambahkan minat dan pengalaman yangdapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. Aktiviti ini juga dapatmenambahkan minat mereka untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagimembolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti.5.0 Kaedah PengelompokanPengkelompokan merujuk kepada penempatan kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yanghampir sama dalam suatu kelas yang khusus. Sebuah tinjauan kajian utama daripada kumpulanpraktis oleh Karen Rogers pada tahun 1991 mendapati bahawa, pengelompokan sepenuh masa(tracking) arahan rutin tidak memberi sebarang perbezaan dalam kemampuan pencapaianakademik bagi pelajar biasa, tetapi pengelompokan ini memberi perbezaan besar dalampencapaian akademik pelajar yang berbakat. Rogers juga mendapati bahawa kemampuanpengelompokan untuk pengayaan dan bentuk lain dari kemampuan pengelompokan, sepertipengelompokan di dalam kelas juga memberi manfaat kepada pelajar berbakat. Pengelompokan untuk pecutan menghasilkan manfaat yang besar jika ianya dijalankandalam kelas tidak bergred, pemadatan kurikulum (curriculum compacting), grade telescoping(menghabiskan sekolah menengah lebih awal), pecutan subjek atau mata pelajaran dankemasukkan ke peringkat lebih tinggi (kolej atau universiti) pada usia lebih muda. Kaedahpecutan tidak memberi kesan langsung terhadap harga diri (self-esteem) mereka. Kaedah pecutanbukan hanya mampu untuk mendapatkan keputusan akademik yang menakjubkan, tetapi jugamampu untuk menyelesaikan masalah lain. Hal ini kerana kanak-kanak yang dikumpulkanbersama akan lebih dekat antara rakan-rakan sekelas mereka yang mempunyai kemampuan,minat dan tahap yang sama.
  10. 10. Kajian telah membuktikan keberkesanan kaedah pengelompokan yang membolehkankanak-kanak yang mempunyai tahap yang sama dan dikumpulkan bersama untuk mendapatkanpembelajaran yang lebih mencabar. Kaedah pengelompokan merangkumi pengelompokansepenuh masa, pengelompkan kluster, pengelompkan dalam kelas, pengelompkan silang kelas(cross-class/grade grouping) dan pull-out grouping. Kajian menunjukkan pencapaian akademik yang signifikan dicapai oleh kanak-kanakpintar cerdas yang menjalankan kaedah pengelompokan dalam kumpulan yang mempunyaiminat dan kemampuan yang sama. Selain itu, pengelompokan juga mempunyai kesan positifterhadap motivasi dan sikap terhadap pembelajaran, serta membantu kanak-kanak berbakatuntuk mengembangkan persepsi diri yang lebih realistik. Kajian mendapati bahawa jika strategiini digunakan secara fleksibel, ianya dapat memberi cabaran dalam pembelajaran kanak-kanakdan memberi banyak kesan positif kepada mereka.6.0 Kaedah KoperatifLayanan di antara pelajar pintar cerdas dan pelajar biasa tidak boleh kelihatan terlalu ketara agarpelajar pintar tidak merasa disisihkan oleh guru atau kawan-kawan. Bagi memastikan pelajarpintar cerdas ini tidak diasingkan oleh kawan-kawan, guru boleh menggunakan kaedahpembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran umum yangboleh dilaksanakan dalam kumpulan belajar yang kecil di mana pelajar berinteraksi sesamasendiri bagi menyelesaikan tugasan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Ianyamelibatkan perkongsian pembelajaran atau dapatan di antara ahli-ahli dalam kumpulannya. Jenis pembelajaran koperatif ada enam jenis iaitu yang pertama kaedah jigsaw. Setiapahli kumpulan menyumbangkan sekeping jigsaw dengan berkongsi maklumat yang merekaperolehi. Idea dari aktiviti jigsaw ialah seorang akan menjadi ketua dalam bab tertentu danseterusnya membantu ahli kumpulan memahaminya. Jenis yang kedua pula ialah belajar bersamaiaitu semua ahli kumpulan berusaha keras untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Seterusnyaialah Team Games Tournament yang dicipta oleh Robert Slavin. Ia berkonsepkan putaran biasaseperti dalam pengajaran, guru menyampaikan pelajaran yang berkaitan dan pelajar cuba untukmenyelesaikan lembaran kerja untuk menguasai konsep. Selepas itu pelajar akan bersaing dalamsatu pertandingan yang diwakili oleh pelajar yang berkebolehan akademik yang hampir sama.
  11. 11. Jenis pembelajaran koperatif yang keempat ialah Student Team Achievement Divisionatau dikenali juga sebagai STAD. Ia diilhamkan oleh Hopkins. Menerusi kaedah ini,gurumengikut satu pusingan mengajar, kumpulan pembelajaran dan juga penilaian secara individu.Seterusnya ialah Team Accelerated Instruction Mathematics iaitu pendekatan secara menyeluruhdalam bidang matematik. Menerusi jenis pembelajaran ini, murid ditentukan berdasarkankumpulan heterogenius iaitu mereka yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Selain itu,penyiasatan secara berkelompok antara kaedah koperatif yang membolehkan pelajar merancangsatu kursus pembelajaran. Pembelajaran koperatif boleh disesuaikan dengan sebarang kumpulan umur dan sebarangmatapelajaran. Ianya merupakan satu pendekatan yang baik dan perlu digunakan di dalampengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat danbersemangat di kalangan pelajar-pelajar di samping mempertingkatkan lagi mutu prestasi pelajardalam peperiksaan. Ia sesuai digunakan apabila populasi mempunyai sifat yang hampir seragam.Pembelajaran koperatif memerlukan interaksi dua hala yang baik. Pelajar ditempatkan di dalamkumpulan yang kecil, iaitu seramai empat ke enam orang sahaja dan dikendalikan oleh guru yangtelah dilatih dalam bidang pintar cerdas. Jika terdapat lebih dari enam orang pelajar yang cerdas, kumpulan boleh dibesarkan ataudua kumpulan dibentuk. Bagi pemilihan pelajar yang ingin ditempatkan dalam kumpulankoperatif, kriteria yang paling penting ialah pelajar itu harus menunjukkan pencapaian yangmelebihi tahap umurnya. Di dalam amalan pembelajaran koperatif, guru yang cekap danberwibawa dapat mencorakkan pengajarannya dengan baik. Secara tidak langsung dapatmeningkatkan keyakinan pelajar, menjadikan pembelajaran menarik dan disukai pelajar,menghidupkan semangat dan sentiasa memberi rangsangan kepada pelajar-pelajarnya untukberusaha dan bercita-cita tinggi. Secara umumnya guru akan sentiasa mempelbagaikan corak pengajarannya semasapembelajaran koperatif dilaksanakan yang bertujuan untuk menjadikan sesuatu pembelajaranmenarik dan disukai pelajar. Ianya akan menghidupkan semangat dan sentiasa memberirangsangan kepada pelajar-pelajarnya untuk terus mencapai kejayaan. Ini bermaknapembelajaran koperatif wajar digunakan sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran didalam pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Guru yang ingin melaksanakan
  12. 12. strategi pembelajaran jenis ini perlu membuat perancangan pengajaran yang rapi dan telitisupaya waktu pengajaran mencukupi. Selain itu juga, agihan tugas yang sesuai diberikan kepadapelajar supaya pelajar berupaya melibatkan diri secara koperatif dan membentuk suasanapersaingan yang sihat. Guru yang melaksanakan kaedah pembelajaran koperatif hendaklah sentiasa berwaspadasupaya dapat memastikan bahawa pelajar menerima arahan yang boleh memberikanperkembangan pelajaran yang lengkap, berpeluang untuk berinteraksi secara aktif di antara satusama lain. Komitmen guru amat dituntut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,pendedahan kepada guru yang ingin melaksanakan pembelajaran secara koperatif amat perlusebagai panduannya semasa melaksanakannya. Persekitaran pembelajaran yang selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan jugaperlu disediakan bagi peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kini, kaedahpembelajaran tidak hanya berkisar dalam bilik darjah sahaja dengan guru hanya menggunakanbuku teks tetapi diperluaskan ke seluruh dunia dengan menggunakan internet dan bahanmultimedia semasa sesi P&P sedang berlangsung. Kaedah pembelajaran koperatif adalahberkesan dalam meningkatkan tahap pemahaman, kemahiran menyelesaikan masalah dan dapatmenimbulkan keseronokan untuk belajar di samping mengeratkan perhubungan sosial di antarapelajar dengan guru. Terdapat pelbagai cadangan untuk membantu kanak-kanak pintar cerdas ini. Misalnyadalam pengajaran matematik, pelajar pintar akan lebih berminat untuk mengetahui sejarah atauasal usul sesuatu konsep matematik itu terjadi. Golongan pelajar pintar cerdas sukar untukmencari jawapan bagaimana wujudnya sesuatu konsep matematik itu walaupun mereka dapatmenguasai tajuk itu dengan mudahnya. Di sini, guru harus melakukan perubahan dalam teknikpengajaran agar pembelajaran mudah diterima oleh pelajar pintar cerdas.
  13. 13. 7.0 PenutupKaedah pengajaran yang berkesan merupakan tonggak kejayaan seseorang pelajar. Jika pelajarmerasakan kaedah pengajaran yang diterima adalah berkesan maka ini akan secara tidaklangsung mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Penggunaan kaedah dan strategi yangpelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untukmembolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasajemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat, terdapatbeberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikianpemilihan terhadap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara teliti supaya kanak-kanak dapatmengembangkan potensi yang ada pada diri mereka.
  14. 14. BibliografiBukuNoriah Mohd Ishak, Rosadah Abd majid & Siti Fatimah Mohd Yassin (2009). Permatapintar negara: pengalaman UKM. Selangor: Pusat PERMATApintar Negara, UKM.Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (2001). Pengurusan perkhidmatan personalia murid. Selangor: Cerdik Publications Sdn. Bhd.Rogers, K. (2001). The relationship of grouping practices to the education of the gifted and talented learner: researchbased decision making. The National Research Center on the Gifted and Talented.Salhah Abdullah (2009). Kecerdasan pelbagai: aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.InternetSen Fa, N (2005). Rahsia individu pintar cerdas dan masalah mereka pada September 5 2010 daripada http://www.freewebs.com/truesenfa/bab1.htm.Intan Sapinas Binti Bahuri (2008). Tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak pada September 5 2010 daripada http://eprints.utm.my/6039/1/FULL_THESIS.pdf.Margaret DeLacy (1996). Acceleration for gifted students: a background paper created for the Portland public school district talented and gifted advisory committee pada September 6 2010 daripada http://www.tagpdx.org/accelera.htm.

×