Laporan Jabatan Perhubungan Luar AIESEC di Universiti Utara Malaysia.
Fokus Jabatan Perhubungan Luar adalah  untuk m...
Laporan Jabatan Perhubungan Luar AIESEC di Universiti Utara Malaysia_last updated on March2010
Upcoming SlideShare
Loading in …5

Laporan Jabatan Perhubungan Luar AIESEC di Universiti Utara Malaysia_last updated on March2010

576 views

Published on

Published in: Education, Travel, Business
1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
• Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
576
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
4
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Laporan Jabatan Perhubungan Luar AIESEC di Universiti Utara Malaysia_last updated on March2010

1. 1. Laporan Jabatan Perhubungan Luar AIESEC di Universiti Utara Malaysia.
Fokus Jabatan Perhubungan Luar adalah untuk meningkatkan kerjasama dan pembentukkan strategic partnership antara AIESEC dengan entiti luar, termasuk NGO dan syarikat korporat. Jabatan Perhubungan Luar meletakkan keutamaan untuk meningkatkan Exchange Partner- iaitu syarikat/ organisasi luar yang menyertai program International Internship Exchange Program oleh AIESEC, juga dikenali sebagai Global Talent Program (GTP) di Malaysia.
Menyedari potensi untuk bekerjasama dengan NGO dalam International Internship Exchange Program oleh AIESEC , Jabatan Perhubungan Luar telah memperkenalkan division baru iaitu Non-Corporate Relations dengan program U2GIFT- Greater Impact For Tomorrow untuk NGO yang terbuka kepada isu semasa dari segi Ekonomi, Sosial, Alam Sekitar dan Tenaga.
Bermula dengan satu Exchange Partner, iaitu SOLS 24/7 pada permulaan tahun 2009, kini Jabatan Perhubungan Luar AIESEC di Universiti Utara Malaysia telah berjaya menambah 2 Exchange Partner iaitu Teow Soon Huat Sdn Bhd dari Langkawi (Langkawi Parade) dan Menara Alor Star yang melihatkan potensi kerjasama jangka panjang.
Selain itu, Jabatan Perhubungan Luar juga telah diberi amanat untuk mengetuai projek lain seperti Penang Career and Postgraduate Expo dan Penang Franchising Seminar 2010 yang lebih menumpukan skil pemasaran dan perhubungan koperat di kalangan ahli dengan syarikat luar.
Sebagai sokongan kepada Jabatan Pengurusan Projek, Jabatan Perhubungan Luar juga telah memberi nasihat yang tertumpu kepada komunikasi pemasaran dan membuat garis panduan berkenaan dengan proposal dan bentuk kerjasama yang relevant kepada ahli-ahli yang terlibat dengan division Perhubungan Luar di bawah Jabatan Pengurusan Projek. Ini masuk projek seperti International Congress Post Tour 2009, Malaysia Leadership Development Seminar 2009, Redwave, Cultural Understanding Through Exchange (CUTE), dan AIESEC in Universiti Utara Malaysia Awards Night 2010(AUUMAN).
Dari segi perhubungan dengan alumni AIESEC di Utara Malaysia, kini mempunyai lebih daripada 90 alumni di dalam data yang bermula sejak penubuhan AIESEC di Universiti Utara Malaysia semenjak tahun 1988. Alumni juga dilihat aktif dalam aktiviti peningkatan kendiri bersama ahli-ahli baru di AIESEC. Antara sumbangan alumni adalah seperti penyertaan alumni (Danny Ng, Presiden AIESEC UUM 2006/07) sebagai fasilitator dalam Local Leadership Development Seminar (LLDS 2009) dan penyertaan alumni sebagai Exchange Partner (Ramkumar, Presiden AIESEC UUM 1989/90).
Antara lain, Jabatan Perhubungan Luar AIESEC di Universiti Utara Malaysia juga terlibat dalam perbentukkan kerjasama dengan entiti lain seperti: (1)Majlis Perwakilan Pelajar UUM dalam Malaysia Outstanding Youth Conference 2009, (2) Junior Chamber International (JCI Alor Star) dengan projek baru, (3)College of Business (COB UUM) dengan program pertukaran pelajar (Go Exchange! Program), dan (4) penyertaan dalam program seperti BarCamp Penang 2009, (5) Menara Kuala Lumpur Basejump Opening, dan (6) JCI Alor Star Anniversary and Installation Night 2009 dan yang terbaru, (7)Penyertaan AIESEC di Universiti Utara Malaysia sebagai Pengerusi Majlis dan salah seorang Speaker dalam Branding and Marketing for Higher Education Conference 2010 yang membariskan penyertaan pihak pengurusan Universiti dari 5 negara anjuran Asia Business Forum.
Pada keseluruhan, Jabatan Perhubungan Luar telah melakukan yang terbaik untuk menyediakan sumber dan pengetahuan kepada ahli bagi memastikan kesinambungan pertumbuhan kepada AIESEC di Universiti Utara Malaysia. Terutama dari segi komunikasi pemasaran serta memposisikan AIESEC sebagai sebuah pertubuhan pelajar antarabangsa yang menyediakan platform bagi pelajar untuk mengembangkan potensi diri secara professional.
Interdependency antara semua Jabatan dan komunikasi dalaman adalah amat penting bagi memastikan message yang dibawa kepada entiti luar bertepatan dengan kapasiti dan pembangunan keseluruhan AIESEC di Universiti Utara Malaysia.
Diharapkan setiap ahli dapat mengambil peluang yang ada untuk meningkatkan potensi diri serta menambahkan professional skills dalam diri dengan mempraktikkan ilmu yang ditimba di Universiti melalui hands-on experience dalam aktiviti AIESEC.
Semoga Jabatan Perhubungan Luar dapat terus berkembang maju dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan Jabatan Perhubunga Luar di sepanjang pertumbuhan AIESEC di Universiti Utara Malaysia.
Selamat Maju Jaya!
Sekian terima kasih,
Disediakan oleh,
Sally Lim
Lim Sow Lay, Sally
Naib Pengerusi Jabatan Perhubungan Luar 2009/10
Pertubuhan AIESEC
Universiti Utara Malaysia